rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

18

Upload: voque

Post on 23-Jan-2017

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada
Page 2: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

Magnet Diri... 1

Malaysia 1945 - 2000 2 Integriti... 3 Indahnya Hidup Bersyariat 4 The Secret of Success... 5 Najib Razak: Pendakian ke Puncak Kuasa 6 PHP 6/MySQL Programming 7 Sway... 8 Ke mana Wang Anda? 9 Senangnya Memasak-Kambing 10 The Soul of a Leader 11 Making a Difference by Being Yourself 12 Pemikiran Hamka 13 Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah 14 Hardware-Based Computer Security Techniques to Defeat Hackers

15

Rahsia Orang Kaya Damansara 16

Page 3: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

Tentu anda ingin tahu:

• Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada jawatan • Prinsip, falsafah dan konsep pembinaan pengaruh luar biasa • Rahsia mengenal pasti kehebatan dan kekuatan diri, mencungkil

kehebatan, kemudian merancang memperhebatkan kekuatan itu...

Semua orang mahu menjadi individu berpengaruh. Sama ada pengaruh itu datang melalui jawatan, rupa paras mahupun kuasa, tidak ada yang dapat menafikan keinginan memiliki pengaruh. Persoalannnya, manakah antara pengaruh ini yang kekal? Magnet Diri mengupas secara jelas mengenai kuasa pengaruh dan rahsia mencipta pengaruh luar biasa. Ia membongkar rahsia tokoh-tokoh magnetik di Malaysia yang memancarkan kuasa pengaruh hebat tanpa terikat dengan sebarang jawatan. Ia juga menjelaskan secara terperinci teknik dan panduan bagi individu yang berhasrat mahu meningkatkan kuasa pengaruh hingga mampu digelar ‘individu magnetik’. Ayuh kita transformasi diri menjadi lebih menarik dan berjaya dengan Magnet Diri.

Perpustakaan MAMPU - 1 -

Judul : Magnet Diri… Pengarang : Amin Idris Penerbit : PTS Millennia Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2009 No. Panggilan : 153.6 AMI Tebal : 281 muka surat

Page 4: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

Dalam arus pemodenan masa kini, aspek sejarah, politik, sosial,

budaya dan ekonomi yang pernah dilalui oleh Malaysia seolah-olah telah

dilupakan. Buku Malaysia 1945-2000 yang terdiri dari lapan bab ini

memuatkan beberapa peristiwa terpilih. Perbicaraan menyentuh

persoalan bangsa Melayu yang telah melalui pelbagai cabaran sejak era

sebelum merdeka sehinggalah ke zaman pascamerdeka. Bermula dengan

sebuah pertuanan Melayu yang bebas merdeka, sejarah memperlihatkan

bangsa Melayu telah dijajah silih berganti oleh kuasa asing, terutamanya

kuasa Barat. Tanggal 31 Ogos 1957 menyaksikan Tanah Melayu telah

bebas daripada penjajahan setelah melalui perjuangan menuntut

kemerdekaan yang panjang dan menuntut pengorbanan yang bukan

sedikit.

Justeru, buku ini disajikan buat santapan para pembaca agar

kesedaran kemerdekaan itu tidak lekang dari jiwa. Kehadiran buku ini juga

diharapkan dapat memperkayakan lagi khazanah sejarah negara.

Perpustakaan MAMPU - 2 -

Judul : Malaysia 1945 - 2000 Pengarang : Ishak Saat Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2009 No. Panggilan : 959.5 ISH Tebal : 335 muka surat

Page 5: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

Integriti : Peningkatan Kualiti Organisasi memfokuskan aspek Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) berdasarkan konsep TQM dimensi kemanusiaan yang melihat kepada dimensi tingkah laku atau sosial yang terdapat di setiap organisasi. Penulis memulakan perbincangan dengan mengetengahkan pelbagai definisi, elemen, dan teori yang berkisar dengan integriti. Seterusnya, kupasan secara terperinci menjurus kepada elemen-elemen TQM dimensi kemanusiaan yang terdiri daripada pembetukan visi, misi dan matlamat, kepimpinan, latihan, budaya, pembetukan pasukan, komunikasi, dan pengiktirafan. Setiap topik dan subtopik yang dikemukakan turut didukung dengan model teori dan hujah para cendekiawan dunia. Bagi mempertingkatkan kualiti dan integriti organisasi, penulis menyertakan dua instrumen kajian iaitu “Instrumen Budaya Kerja Beretika (mengukur jenis budaya kerja sesebuah organisasi)” dan “Instrumen Iklim Proses Organisasi (mengukur dan menjelaskan empat jenis iklim organisasi dalam 17 dimensi iklim).” Kesemua aspek yang dikemukakan diyakini dapat mempertingkatkan kualiti dan integriti sesebuah organisasi selaras dengan keperluan masa kini.

Perpustakaan MAMPU - 3 -

Judul : Integriti... Pengarang : Mumtaz Begam Abdul Kadir & Mohammed Sani Ibrahim Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2009 No. Panggilan : 358.4 MUM Tebal : 174 muka surat

Page 6: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

Isi buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan panduan untuk

diri sendiri (fardu ain merangkumi bersuci, solat, puasa, dan lain-lain) seisi

keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi

syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan

remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan

rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu

bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta,

jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal

dengan mudah. Panduan amalan disampaikan mengikut turutan langkah

demi langkah. Gambar berwarna-warni digunakan agar penyampaian

lebih menarik dan realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk

dimiliki oleh semua.

Perpustakaan MAMPU - 4 -

Judul : Indahnya Hidup Bersyariat Pengarang : Dato’ Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2009 No. Panggilan : 297.57 ISM Tebal : 308 muka surat

Page 7: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

This inspiring collection features the stories of more than 300 people

who faced failure or setbacks in their fields before going on to phenomenal

success. The persevering individuals profiled include those from a wide

range of disciplines, backgrounds, and time periods. From Katharine

Hepburn to J.K. Rowling, from Elvis Presley to Michael Jordan, readers

will find all the motivation they need to create their own secret to success.

Perpustakaan MAMPU - 5 -

Judul : The Secret of Success... Pengarang : Darcy Andries Penerbit : Sellers Publishing, Inc. South Portland, Maine, 2008 No. Panggilan : 158.1 AND Tebal : 366 muka surat

Page 8: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

Pendakian 33 tahun Datuk Sri Mohd Najib ke puncak kuasa adalah

suatu pencapaian par exellence dalam sejarah politik pasca merdeka

Malaysia.

Apa yang menarik ialah Najib tiba ke puncak kuasa atas kebolehan

dan kepintaran politiknya sendiri. Benar pada peringkat awal, Najib

menumpang tuah nama Tun Razak. Tetapi itu hanya untuk sementara

waktu.

Selepas itu pendakiannya ke puncak kuasa adalah atas daya

usahanya sendiri dan keberanian beliau mengambil risiko. Dengan

kata-kata lain, pencapaian luar biasa Najib itu bukan diperolehi secara

hidangan dalam dulang emas atau kejayaan datang bergolek, tetapi hasil

kerja keras dan kebijaksanaan beliau bermain politik selama lebih tiga

dekad.

Perpustakaan MAMPU - 6 -

Judul : Najib Razak: Pendakian ke Puncak Kuasa Pengarang : Chamil Wariya Penerbit : Media Global Matrix Sendirian Berhad Petaling Jaya, 2009 No. Panggilan : 923.2595 CHA Tebal : 268 muka surat

Page 9: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

If you are new to programming with PHP 6 and MySQL and are

looking for a solid introduction, this is the book for you. Developed by

computer science instructors, books in the for the absolute beginner™

series teach the principles of programming through simple game creation.

You will acquire the skills that you need for more practical programming

applications and will learn how these skills can be put to use in real-world

scenarios. Everything you need to complete the tutorials is on the

companion CD—there’s no software to buy and you can get started right

away. By the time you finish the book you will be able to apply the basic

principles you’ve learned to the next programming language you tackle.

Perpustakaan MAMPU - 7 -

Judul : PHP 6/MySQL Programming Pengarang : Andy Harris Penerbit : Course Technology Cengage Learning Australia, 2009 No. Panggilan : 005.2762 HAR Tebal : 491 muka surat

Page 10: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

A fascinating journey into the hidden psychological influences that

derail our decision-making, Sway will change the way you think about the

way you think.

Why is it so difficult to sell a plummeting stock or end a doomed

relationship? Why do we listen to advice just because it came from

someone “important”? Why are we more likely to fall in love when there’s

danger involved? In Sway, reowned organizational thinker Ori Brafman

and his brother, psychologist Rom Brafman, answer all these questions

and more.

Perpustakaan MAMPU - 8 -

Judul : Sway... Pengarang : Ori Brafman & Rom Brafman Penerbit : Doubleday, New York, 2008 No. Panggilan : 155.92 BRA Tebal : 206 muka surat

Page 11: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

Anda perlu baca buku ini jika anda mahu:

• Bebas daripada masalah kewangan pada masa hadapan;

• Bebas daripada belenggu hutang;

• Menambah pendapatan diri dan keluarga;

• Tahu tentang risiko jika pendapatan meningkat;

• Mencapai matlamat kewangan dari mula bekerja hingga bersara;

• Jaminan kewangan;

• Tip mengurus wang pinjaman pengajian tinggi dengan bijak;

• Belajar mengawal perbelanjaan;

• Merancang kewangan keluarga;

• Tip merancang perbelanjaan untuk anak sejak lahir hingga

dewasa;

• Mendidik anak jimat berbelanja;

• Tahu cara bijak berbelanja untuk persiapan raya;

• Panduan merancang perbelanjaan majlis perkahwinan, dan

banyak lagi.

Perpustakaan MAMPU - 9 -

Judul : Ke mana Wang Anda? Pengarang : Rohani Datuk Mohd Shahir Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor, 2009 No. Panggilan : 332.024 ROH Tebal : 214 muka surat

Page 12: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

Buku resepi Senangnya Memasak-Kambing ini menghidangkan 23

resipi kambing antaranya Kuzi Kambing, Asam Pedas Kambing, Kambing

Massala dan banyak lagi yang menjadi pilihan seisi keluarga. Ia

disertakan dengan gambar langkah demi langkah yang mudah dan

praktikal. Resepi-resepi ini disediakan oleh Chef Hanieliza yang

berpengalaman luas dalam bidang masakan. Hidangan yang disajikan

bukan sahaja lazat, malah mudah dan cepat disediakan.

Perpustakaan MAMPU - 10 -

Judul : Senangnya Memasak-Kambing Pengarang : Chef Hanieliza Penerbit : PTS Millennia Sdn. Bhd. Batu Caves, Selangor, 2009 No. Panggilan : 641.663 CHE Tebal : 47 muka surat

Page 13: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

Most readers will enjoy this thoughtful evaluation of history's famous leaders, such as Pericles, Caesar, Napoleon, Lincoln and Reagan (Newell, a political scientist, served on Reagan's presidential transition team). This is not written as an uplifting chronicle but as a serious overview of how great leaders rule. In the first of three sections, about presidents from FDR to Bush, Newell stresses that the greatest triumphed in foreign policy and war. Yet, he notes, most historians give FDR higher marks for handling the Depression than WWII and believe LBJ's domestic achievements trump his Vietnam debacle. The second section is a long, adulatory evaluation of Lincoln. The third delivers a detailed history of the Peloponnesian War (431–404 B.C.) as an example of how democratic leaders (in this case, of Athens) can self-destruct. Newell draws a parallel to the Vietnam War, but passes over the invasion of Iraq. These are meaty chunks of stimulating, conservative-oriented great man history that concludes with lessons for success (in short: be ambitious; be moral, but only in moderation; make correct decisions at the beginning of a career, save mistakes for the end).

Perpustakaan MAMPU - 11 -

Judul : The Soul of a Leader Pengarang : Waller R. Newell Penerbit : HarperCollins Publishers New York, 2009 No. Panggilan : 352.23 NEW Tebal : 344 muka surat

Page 14: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

There are hundreds of ways to make a difference: in process, in

outcomes, with tasks or with people. And from the latest business

bestsellers to over 28 million hits on Google, people in every walk of life

are seeking answers. Building on the powerful fundamentals of the

Myers-Briggs Type Indicator(R) assessment and drawing on survey data

from more than 500 people at every level of the organization, Making a

Difference by Being Yourself offers a simplified framework that identifies

four key personality types--stabilizers, harmonizers, catalysts, and

visionaries--and shows how to go beyond a simple understanding of who

we are to actually put into practice--purposefully and consciously--the

strengths of our own personalities and styles in ways that can make a

meaningful difference.

Perpustakaan MAMPU - 12 -

Judul : Making a Difference by Being Yourself Pengarang : Gregory E. Huszczo Penerbit : Davies-Black Publishing Mountain View, California, 2009 No. Panggilan : 155.26 HUS Tebal : 246 muka surat

Page 15: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

Hamka dalam konteks dunia Melayu-Islam melakukan proses

transformasi sosial melalui pemikirannya yang disalurkan menerusi genre

sastera dan agama sebagai asas tajdid (pembaharuan) dan islah

(pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik). Ia amat

relevan di tengah-tengah masyarakatnya yang dibelenggu oleh adat dan

cara berfikir yang tidak berkembang dan menyebabkan kemunduran yang

berpanjangan.

Buku-buku mahupun novel yang ditulisnya mengajak pembaca

berfikir tentang pentingnya islah ke arah kemajuan yang diajar oleh Islam.

Tafsir al-Azharnya merupakan puncak penelitian masalah sosial dan

agama setempat yang dilihat dari jendela Qurani supaya ia mampu

memberi kesan pemikiran ke arah tajdid.

Buku ini cuba menukil makna bina insan yang islami, merangkumi

isu Islam dan perspektif sejarah, kritik terhadap kedudukan wanita dan

jalur berfikir ke arah perubahan.

Perpustakaan MAMPU - 13 -

Judul : Pemikiran Hamka Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 2008 No. Panggilan : 922.97701598 PEM Tebal : 175 muka surat

Page 16: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

Kita mengenalinya sebagai kekasih Nabi. Kita mengenalinya

sebagai isteri Nabi. Kita juga mungkin mengenalinya sebagai usahawan

yang berjaya. Tetapi, berapa ramaikah antara kita yang mengetahui apa

yang tersirat daripada yang tersurat, apa yang menjadi rahsia daripada

yang nyata?

Bersama kita membongkar rahsia tersembunyi di sebalik tindakan

Khadijah sebagai usahawan dan aplikasinya dalam bidang perniagaan. Ia

sememangnya dapat dipraktikkan dalam perniagaan anda sendiri.

Antaranya:

• Apakah faktor business matching atau pemadanan perniagaan

dalam menentukan kejayaan Khadijah?

• Bagaimana pelaksanaan medarabah antara Khadijah dan Nabi

Muhammad?

• Bagaimanakah perbezaan atau differentiation berlaku dalam

perniagaan Khadijah?

Perpustakaan MAMPU - 14 -

Judul : Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah Pengarang : Ashadi Zain Penerbit : PTS Professional, Kuala Lumpur, 2008 No. Panggilan : 338.04082 ASH Tebal : 98 muka surat

Page 17: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

This book provides a road map of the hardware-based security de-vices that can defeat—and prevent—attacks by hackers. Beginning with an overview of the basic elements of computer security, the book covers:

• Cryptography • Key generation and distribution • The qualities of security solutions • Secure co-processors • Secure bootstrap loading • Secure memory management and trusted execution technology • Trusted Platform Module (TPM) • Field Programmable Gate Arrays (FPGAs) • Hardware-based authentification • Biometrics • Tokens • Location technologies

Hardware-Based Computer Security Techniques to Defeat Hackers includes a chapter devoted entirely to showing readers how they can implement the strategies and technologies discussed. Finally, it concludes with two examples of security systems put into practice. The information and critical analysis techniques provided in this user-friendly book are invaluable for a range of professionals, including IT personnel, computer engineers, computer security specialists, electrical engineers, software engineers, and industry analysts.

Perpustakaan MAMPU - 15 -

Judul : Hardware-Based Computer Security Techniques to Defeat Hackers Pengarang : Roger R. Dube Penerbit : John Wiley & Sons, New Jersey, 2008 No. Panggilan : 005.8 DUB Tebal : 227 muka surat

Page 18: Rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada

Buku ini sebenarnya berasal daripada tulisan ringkas yang terdapat

di dalam sebuah buku rampaian peninggalan seorang kaya dari

Damansara Height.

Tulisan yang berupa rahsia dan panduan berkenaan wang itu

disusun, diolah semula dan dijadikan bentuk buku, namun masih tidak

terkeluar daripada rahsia asalnya. Dengan terbitnya buku ini, tertunailah

satu amanat. Orang kaya dari Damansara Height itu beramanat supaya

rahsia bagaimana mengumpul, mengembang dan menambahkan wang,

melindungi wang dan membina sikap yang penting bagi menjadi kaya

dapat diketahui oleh orang ramai.

Bagi mendapat faedah maksimum, anda perlu mempraktikkan

keseluruhan rahsia yang terkandung di dalam buku ini. Segala rahsia

perlu diserap dan diamalkan setiap hari sehingga menjadi tabiat

sepanjang hidup.

Perpustakaan MAMPU - 16 -

Judul : Rahsia Orang Kaya Damansara Pengarang : Razzi Armansur Penerbit : PTS Professional Kuala Lumpur, 2008 No. Panggilan : 330.16 RAZ Tebal : 109 muka surat