r 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

61
R1001 / UNIT 2/ 1 PERTOLONGAN CEMAS Objektif am : Mengetahui punca sesuatu kemalangan Mengetahui rawatan yang perlu diberikan Aplikasi rawatan untuk sesuatu kemalangan atau kecederaan Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- menyatakan punca dan rawatan yang perlu bagi sesuatu kecederaan mengenal punca sesuatu kecederaan memberi rawatan kecemasan bagi sesuatu kemalangan UNIT 2 OBJEKTIF PERTOLONGAN CEMAS

Upload: stikes-merangin-jambi

Post on 06-Jul-2015

2.425 views

Category:

Health & Medicine


7 download

DESCRIPTION

badan layanan umum

TRANSCRIPT

Page 1: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 1 PERTOLONGAN CEMAS

Objektif am :

• Mengetahui punca sesuatu kemalangan

• Mengetahui rawatan yang perlu diberikan

• Aplikasi rawatan untuk sesuatu kemalangan atau kecederaan

Objektif khusus :

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

Ø menyatakan punca dan rawatan yang perlu bagi sesuatu kecederaan

Ø mengenal punca sesuatu kecederaan

Ø memberi rawatan kecemasan bagi sesuatu kemalangan

UNIT 2

OBJEKTIF

PERTOLONGAN CEMAS

Page 2: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 2 PERTOLONGAN CEMAS

2.0 PENGENALAN

Pertolongan cemas sepatutnya dipelajari serta diamalkan oleh setiap rakyat

Malaysia. Tugas dalam memberikan perkhidmatan kecemasan tidak semestinya

dibebankan pada pihak hospital, doktor-doktor dan ahli pertolongan cemas

terlatih sahaja. Malahan ia sepatutnya dipikul oleh setiap lapisan masyarakat. Ini

adalah kerana kemalangan dan kecelakaan boleh terjadi pada bila-bila masa

samada di dalam rumah, pejabat, sekolah atau di kawasan terbuka.

Apabila berlaku kemalangan atau kecemasan, anda mungkin menjadi orang yang

berada di lokasi ataupun orang yang pertama tiba ke lokasi kemalangan atau

kecemasan. Oleh itu anda merupakan Responder Pertama atau ahli pertolongan

cemas yang berpotensi untuk menyelamatkan nyawa atau untuk mengurangkan

kemungkinan kecederaan dari menjadi lebih teruk.

Bagi membolehkan anda menjalankan rawatan kecemasan yang baik, anda

mestilah mempunyai pengetahuan ilmu pertolongan cemas yang mahir dan

cekap. Di dalam unit ini anda akan didedahkan mengenai ilmu pertolongan

cemas agar anda dapat memberikan rawatan pertolongan cemas dengan baik.

INPUT

Page 3: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 3 PERTOLONGAN CEMAS

2.1 DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS

Definisi – Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan

kepada pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama di

dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakit

mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan.

Matlamat utama anda sebagai ahli pertolongan cemas adalah:

• untuk menyelamatkan nyawa

• mengelakkan kecederaan dari bertambah teruk

• mengurangkan kesakitan

• sebagai persediaan sebelum diambilalih oleh ambulan atau doktor

2.2 PETUA-PETUA PERTOLONGAN CEMAS

i. Buat penilaian segera dan menyeluruh pada mangsa dan kawasan

ii. Atasi punca kecemasan sekiranya ada atau pindahkan mangsa dari

keadaan merbahaya.

iii. Bertindak dengan waspada dan penuh yakin

iv. Cara terbaik untuk memeriksa pesakit ialah mulai dari muka, kemudian

badan dan seterusnya anggota. Perhatikan warna kulit dan air muka

pesakit. Bibir kebiruan menunjukkan masalah pernafasan disebabkan

kekurangan oksigen. Muka pucat dan berkeringat adalah tanda-tanda

renjatan.

v. Periksa nadi dan pernafasan mangsa.

vi. Kawal pendarahan

vii. Tentukan tahap kesedaran mangsa

Page 4: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 4 PERTOLONGAN CEMAS

viii. Jangan cuba beri bantuan berlebih-lebihan. Beri bantuan yang

mustahak saja dan elakkan kecederaan bertambah parah. Beri

bantuan ikut keparahan.

ix. Tenangkan dan kendali dengan cermat. Tanggalkan pakaian jika perlu.

x. Beri bantuan / maklumat kepada pihak hospital/ berkenaan

2.3 SISTEM PERNAFASAN DAN PEREDARAN DARAH

Semasa bernafas, kita sebenarnya menyedut dan menghembuskan udara. Udara

yang disedut dibawa masuk ke paru-paru dan seterusnya meresapkan oksigen ke

dalam darah. Udara yang anda sedut sebenarnya hanya mempunyai 21%

sahaja oksigen dan selebihnya adalah kompisisi gas nitrogen. Badan kita hanya

memerlukan sebanyak 5% oksigen untuk melakukan proses respirasi.

Bilangan pernafasan bagi seseorang adalah seperti berikut:

Dewasa 15 hingga 20 kali seminit.

Kanak-kanak 6 hingga 10 tahun 22 hingga 25 kali seminit

Bayi 35 hingga 40 kali seminit.

Bilangan nadi bagi seseorang pula adalah seperti berikut:

Orang dewasa 70 – 80 seminit

Kanak-kanak 90 – 100 seminit

Bayi 100 - 140 seminit

Sel-sel otak kita akan mulai mati sekiranya tidak mendapat bekalan

oksigen selama tiga minit.

Page 5: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 5 PERTOLONGAN CEMAS

Anda boleh memeriksa nadi anda atau rakan anda di pergelangan tangan (nadi

radial) atau di leher (nadi karotid). Jangan gunakan ibu jari untuk memeriksa

nadi sebaliknya jugakan hujung jari telunjuk, jari tengah dan jari manis anda.

Sementara itu, sistem peredaran darah pula adalah berfungsi untuk menyalurkan

dan mengagihkan bahan makanan dan oksigen ke segenap sel-sel kita di dalam

badan dan juga membawa bahan buangan keluar. Dalam badan seorang

dewasa, terdapat sekitar empat hingga enam liter darah dan setiap tujuh

kilogram berat badan mengandungi 0.5 liter darah.

Fungsi darah adalah seperti berikut:

i. Membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu

ii. Membawa bahan buangan ke organ pembuangan

iii. Melawan penyakit

iv. Membawa enzim dan hormon ke organ sasaran

v. Mengawal suhu badan

vi. Menghentikan pendarahan

Rajah 1 : Cara memeriksa nadi

Nadi radial Nadi karotik Nadi brakial

Page 6: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 6 PERTOLONGAN CEMAS

2.4 RESUSITASI KARDIOPULMONARI ( CPR )

Resusitasi kardiopulmonari atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya CPR

adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang

tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas. Ia merupakan kombinasi

teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut (atau bantuan pernafasan dengan

kaedah lain) dan juga tekanan dada.

Sebelum ini anda telah dimaklumkan bahawa udara yang disedut mempunyai

21% oksigen dan badan hanya memerlukan 5% sahaja oksigen untuk

melakukan proses respirasi. Ini bermakna udara hembusan anda masih

mempunyai baki oksigen sebanyak 16%. Baki oksigen inilah yang akan dihembus

ke dalam badan mangsa kecederaan untuk membantu memperolehi oksigen.

Anda harus ingat bahawa mangsa juga hanya memerlukan sebanyak 5%

oksigen sahaja dari 16% yang dibekalkan. Tekanan yang dilakukan semasa CPR

pula berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus tadi

ke seluruh anggota badan.

Jadi CPR sebenarnya adalah agen untuk membantu mangsa yang tidak bernafas

dan tiada nadi untuk melakukan proses respirasi seperti orang sihat.

Secara umumnya terdapat dua sebab utama CPR perlu dilakukan iaitu:

i. terhenti pernafasan.

ii. tiada nadi.

Page 7: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 7 PERTOLONGAN CEMAS

Sementara itu untuk melakukan CPR terdapat tiga prinisip asas yang perlu anda

lakukan iaitu ABC:

A - AIRWAY - SALURAN PERNAFASAN

B - BREATHING - PERNAFASAN

C - CIRCULATION - PEREDARAN DARAH

2.4.1 Punca-punca terhenti pernafasan (Asfiksia)

Sebarang gangguan terhadap proses respirasi boleh mengakibatkan

terhentinya pernafasan dan akan membawa kepada kematian. Asfiksia

(aspyxia) merupakan istilah yang digunakan bagi kes sesak nafas atau

terhalang pernafasan hingga menyebabkan kekurangan oksigen pada paru-

paru.

Asfiksia akan menyebabkan darah beroksigen rendah dalam badan.

Kekurangan oksigen ini dikenali sebagai hipoksia. Sekiranya dibiarkan ia

akan membawa kepada maut. Anda harus ingat bahawa sel-sel otak mulai

mati sekiranya bekalan oksigen tidak diterima dalam masa tiga minit. Oleh

itu tindakan segera harus diambil untuk mengatasi keadaan ini.

Tanda-tanda seseorang itu mengalami hipoksia adalah:

1. pernafasan yang cepat,tercungap-cungap dan seperti menderita

kesakitan

2. rasa terkeliru, mudah meradang dan agresif yang membawa kepada

keadaan tidak sedarkan diri.

3. lazimnya, kulit akan menjadi lebam kebiruan

4. jika tidak dikawal, fungsi jantung akan terhenti.

Page 8: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 8 PERTOLONGAN CEMAS

Antara punca-punca boleh menyebabkan asfiksia adalah:

i. Lemas

a. Pakaian atau kain menutup muka

b. Lemas di air – tidak mendapat udara

c. Lemas di dalam bilik bergas – tidak mendapat oksigen

ii. Tercekik

a. Tersekat benda atau tergantung

b. Terhalang (makanan masuk saluran paru-paru )

iii. Kejutan

b. Arus elektrik

c. Kilat

Tanda-tanda am salur udara yang tersumbat adalah:

1. pernafasan yang berbunyi bising dan tercungap-cungap

2. pergerakan dada akan tersedut ke dalam dan perut menonjol ke luar

3. kulit kelihatan lebam kebiruan

4. lubang hidung menjadi kembang

Page 9: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 9 PERTOLONGAN CEMAS

2.4.2 Pemeriksaan ABC

A (Airway)

Saluran pernafasan. Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR. Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan secara visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang telah pecah.

B (Breathing)

Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tersebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakkan turun-naik dada. (Kaedah 3M =Mendengar,Merasa,Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut.

C (Circulation)

Peredaran darah. Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat bandan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati(cuaran xiphoid).

Page 10: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 10 PERTOLONGAN CEMAS

2.4.3 Kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut

1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan

badan. Dapatkan bantuan.

2. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.

3. Buang sebarang benda asing dari mulut.

4. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.

5. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk

anda.

6. Tentukan mulutnya terbuka

7. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga

anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran

udara semasa hembusan dilakukan.

8. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil

masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.

9. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan

pada kadar 10 kali seminit.

10. Jika mangsa telah mula bernafas secara normal, letakkan mangsa

dalam kedudukan pemulihan. (rujuk halaman 16)

Catatan:

1. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat

dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi

agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut

mangsa.

2. Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah

bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan

agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.

Page 11: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 11 PERTOLONGAN CEMAS

3. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak

naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh

muntah, darah atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi

rawatan mangsa yang tercekik.

2.4.4 Rawatan tercekik mangsa tidak sedar

1. Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.

2. Periksa samada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan

pemeriksaan ABC.

3. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.

4. Buang sebarang benda asing dari mulut.

5. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.

6. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk

anda.

7. Tentukan mulutnya terbuka

8. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga

anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran

udara semasa hembusan dilakukan.

9. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil

masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.

10. Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha

mangsa. Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen

mangsa iaitu antara pusat dan penghujung hulu hati.

11. Tekan abdomen dengan tepat dan cepat ke dalam dan ke atas

abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali.

12. Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum

bernafas atau masih tercekik.

13. Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam

kedudukan pemulihan.

Page 12: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 12 PERTOLONGAN CEMAS

14. Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit.

2.4.5 Kaedah CPR seorang diri

1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan

badan. Dapatkan bantuan.

2. Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa

seluruh badan

3. Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan.

4. Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada

kadar 12 hembusan seminit.

5. Jika nadi tiada, segera mulakan tekanan. Beri tekanan sebanyak 15

kali. Caranya adalah seperti berikut:

i. letakkan tangan anda di atas dada mangsa.

ii. berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5 – 2 inci untuk orang dewasa.

iii. belepas beri 15 tekanan, beri pula 2 hembusan.(1 pusingan)

iv. berikan 15 kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2

pusingan)

v. selepas 4 pusingan periksa nadi karotik

vi. teruskan CPR (15 tekanan da 2 hembusan ) jika tiada nadi.

Rajah 2 : Tekanan bagi rawatan tercekik

Tekan dengan tepat kedalam dan keatas sebanyak lima kali

Condongkan kepala

Page 13: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 13 PERTOLONGAN CEMAS

vii. lakukan sehingga bantuan pakar tiba.

6. Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan

bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali hembusan.

Bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi tiada.

7. Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam

kedudukan pemulihan.

8. Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit.

Catatan :

1. Jika mangsa kanak-kanak , lakukan tekanan sedalam 2.5 – 3.5 cm

pada kadar 100 kali seminit. Lakukan 5 tekanan : 1 hembusan.

Gunakan satu tangan sahaja untuk melakukan tekanan.

2. Jika bayi atau kanak-kanak bawah 2 tahun, lakukan tekanan sedalam

2 – 2.5 cm pada kadar 100 kali seminit. Gunakan dua jari sahaja untuk

melakukan tekanan. Periksa nadi dibahagian braktial (lengan atas).

3. Jangan lakukan latihan CPR pada orang yang sihat. Lakuan

pada patung (dummy).

Telefon 999 atau 991 untuk mendapatkan bantuan

Page 14: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 14 PERTOLONGAN CEMAS

Rajah 4 : Kedudukan tekanan CPR

Rajah 3 : Rawatan tercekik mangsa sedar

a) dewasa b) wanita c) kanak-kanak d) bayi mengandung

Page 15: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 15 PERTOLONGAN CEMAS

Rajah 5: Ringkasan CPR

Page 16: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 16 PERTOLONGAN CEMAS

2.4.6 Kedudukan pemulihan

Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau

sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan

pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah

mangsa daripada menutupi tekak atau salur pernafasan. Oleh kerana

kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan, ia akan

membenarkan cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan

mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan

bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus,

manakala anggota-anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan

mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.

1

4 3

2 Saluran udara hendaklah dibuka terlebih dahulu

Siku dibengkokkan Letakkan bahagian belakang tangan mangsa ke atas pipinya dan biarkan di situ

Gunakan lutut anda untuk menghalang mangsa daripada tergoleh jauh

Sokong dan lindungi muka menggunakan tangan anda

Kepala condong ke belakang dengan selesa

Pegang dengan kemas, kemudian golekkan mangsa kearah anda

Tangan menyokong kepala Lengan yang

bengkok memberi kestabilan

Kaki yang bengkok menupang badan ke atas dan menghalang mangsa daripada tergolek kehadapan

Kaki diluruskan

Rajah 6: Kedudukan pemulihan

Page 17: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 17 PERTOLONGAN CEMAS

Jawab soalan-soalan yang berikut:

1.1. Berikan definisi pertolongan cemas.

1.2. Apakah sebab utama CPR perlu dilakukan?

1.3. Berapakah bilangan nadi dan kadar pernafasan bagi orang dewasa?

1.4. Cuba anda periksa nadi radial dan karotid rakan anda.

1.5. Semasa anda hendak melakukan CPR anda dapati mangsa menggunakan

gigi palsu. Apakah tindakan anda?

1.6. Apa yang perlu anda buat untuk mengelakkan perut kembung semasa

bantuan pernafasan diberikan?

1.7. Berapa lamakah CPR boleh dihentikan bagi memindahkan mangsa ke

tempat lain?

1.8. Berapa kalikah hembusan dan tekanan yang perlu diberikan kepada mangsa

semasa CPR dilakukan? Bilakah masanya untuk memeriksa nadi?

AKTIVITI 1a

• UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!

• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

Page 18: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 18 PERTOLONGAN CEMAS

Jawapan :

2.1. Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan kepada

pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama di dalam

keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakit

mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan.

2.2. Sebab utama CPR perlu dilakukan apabila mangsa:

iii. terhenti pernafasan dan

iv. tiada nadi.

2.3. Bilangan nadi adalah 70 hingga 80 kali seminit dan kadar pernafasan adalah

15 hingga 20 kali seminit.

2.4. Nadi karotid di leher dan nadi radial di pergelangan kawan anda.

2.5. Jika boleh jangan tanggalkan gigi palsu tersebut supaya mulut anda dapat

menutup rapat ke mulut mangsa. Anda perlu menanggalkannya jika ia

longgar supaya tidak menghalang usaha-usaha menyelamat mangsa.

2.6. Perut kembung biasanya terjadi disebabkan oleh pemberian nafas bantuan

terlalu kuat atau saluran pernafasan yang separa tersekat. Keadaan ini

MAKLUMBALAS 1a

Page 19: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 19 PERTOLONGAN CEMAS

dapat dikurangkan dengan mengawal tekanan dan kelajuan pernafasan

bantuan. Pastikan anda tidak menghembus dengan paksa jika dada telah

mengembang.

2.7. Jangan hentikan CPR melainkan keadaan tempat mengancam nyawa anda

atau mangsa.

2.8. 2 hembusan dan 15 kali tekanan. Lakukan sebanyak 4 pusingan. Kemudian

baru memeriksa nadi. Jika nadi tiada teruskan 2 hembusan dan 15 kali

tekanan sehingga 4 pusingan. Periksa semula nadi dan begitulah

seterusnya. Ini bermakna satu pusingan 8 kali hembusan dan 60 kali

tekanan.

Page 20: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 20 PERTOLONGAN CEMAS

2.5 PENDARAHAN KECIL

Pendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Pendarahan eksternal ( di bahagian luar)

i. Luka terhiris - disebabkan benda tajam seperti pisau

ii. Luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai

iii. Luka berdarah - kena pukulan tepat benda tidak tajam

iv. Luka tembus - seperti kena tikaman pisau, jarum atau peluru

2. Pendarahan internal ( di bahagian dalam )

i. Perut – muntah berdarah

ii. Paru-paru / salur penafasan – batuk berdarah

iii. Tali usus – darah pada dubur

iv. Rahim – tumpah darah

v. Buah pinggang – kencing berdarah

vi. Tengkorak – darah mengalir melalui telinga dan hidung

3. Pendarahan internal tanpa kesan

i. Limpa dan hati pecah

ii. Pendarahan dalam otak

INPUT

a) Luka terhiris b) Luka terkoyak c) Lebam d) Luka tembus

Rajah 7: Jenis-jenis luka

Page 21: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 21 PERTOLONGAN CEMAS

2.5.1 Rawatan Pendarahan Eksternal secara umum

a) Luka-luka kecil.

Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil

seperti plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk

mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah–langkah rawatannya adalah

seperti berikut:

i. bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan

kotor.

ii. cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk

ke kawasan luka.

iii. keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.

iv. lekatkan pembebat atau plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap

atau batuk ke arah tempat luka.

v. gunakan pembalut untuk memegang pembebat.

Rajah 8: Balutan luka

Page 22: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 22 PERTOLONGAN CEMAS

b) Luka kecil yang ada benda asing.

Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti

kaca yang terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan cuba

keluarkan objek tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebih

banyak kerosakkan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan anda

adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek

dan mendapatkan rawatan perubatan. Langkah-langkah rawatannya adalah

seperti berikut:

i. bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan

kotor.

ii. cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk

ke kawasan luka.

iii. keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang telah disteril.

iv. kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas

kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.

v. tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko

jangkitan kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga

anda boleh membalut tanpa menekan objek.

vi. bawa mangsa ke hospital.

c) Jika lebam gunakan tuaman sejuk. Anda juga boleh mengalirkan air

sejuk ke atas bahagian anggota yang tercedera. Tuaman sejuk boleh

dibuat dari kiub ais yang dibungkus dengan tuala. Tuam anggota yang

cedera selama 20 minit.

Page 23: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 23 PERTOLONGAN CEMAS

2.5.2 Cara menahan darah

a) Tekanan tepat – tekan terus pada luka tersebut dengan kain

bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertai dengan

patah.

i. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang

disterilkan

ii. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan

menekan pada tempat berdarah.

iii. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat.

iv. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10-

15 minit.

b) Tekanan tidak tepat - tekan pada urat nadi. Gunakan ikatan

penjerut (tourniquet). Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit.

Komplikasi pengunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan pada

otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat. Ikatan yang longgar

memburukkan lagi pendarahan. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga

beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong.

Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.

Rajah 9: Balutan luka ada objek

Balut dibahagian atas dan bawah objek

Page 24: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 24 PERTOLONGAN CEMAS

c) Anggota terputus - Kawal darah dari berterusan keluar. Bahagian

putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang basah, sebaik-baiknya

dibasah dengan air garam isotonic yang suci kuman. Masukkan anggota

putus dalam bekas plastik. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi

bekas plastik yang mengandungi ketulan ais. Jangan rendam anggota putus

secara langsung ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital.

2.5.3 Pembebatan dan pembalutan

1. Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh

digunakan untuk menutup luka.

2. Fungsi pembebat dan balutan adalah :

i. mencegah jangkitan kuman

ii. menyerap kotoran yang keluar seperti nanah dan darah

iii. mengawal pendarahan dan melindungi luka

3. Jenis-jenis pembebatan ialah:

i. paraffin – biasanya digunakan untuk luka besar

ii. pembebat melekat – plaster , digunakan untuk luka kecil.

iii. pembebat berubat – kain kasa yang disapu ubat pembunuh

kuman

iv. pembebat pembebat biasa – gauze

4. Peraturan membalut:

i. bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan

tangan kotor.

ii. cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak

masuk ke kawasan luka.

iii. lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau

batuk ke arah tempat luka.

iv. gunakan pembalut untuk memegang pembebat.

Page 25: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 25 PERTOLONGAN CEMAS

5. Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah :

i. pembalut bergulung – berasal dari kain kasa ,WOW bandage

ii. pembalut segi tiga , lebar dan tirus – terdiri dari kain segi tiga

dari jenis kain kaliko

iii. pembalut cincin – diperbuat dari pembalut tirus

iv. pembalut kain krep – biasanya digunakan untuk kes terseliuh.

2.6 TERSELIUH DAN PATAH

1. Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering di alami

oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang, sendi dan otot terjadi

disebabkan oleh :

i. pukulan secara langsung yang tepat dan kuat. Kecederaan berlaku

pada tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta.

ii. pukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya

patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi.

iii. kecederaan otot (strain). Otot telah diregang secara berlebihan.

Terjadi kerana menggunakan otot secara mengejut. Sering terjadi

pada ahli sukan.

iv. terseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan

mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti berpusing secara

mengejut semasa berlari.

v. dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan

normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan.

Page 26: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 26 PERTOLONGAN CEMAS

2.6.1 Jenis-jenis patah.

Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori :

i. patah tertutup. Kulit permukaan tidak luka

ii. patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang.

iii. patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan melibatkan tulang dan

organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-lain.

iv. patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak.

v. patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua.

vi. patah simple. Tulang patah dua sahaja.

2.6.2 Tanda-tanda kecederaan tulang.

i. Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.

ii. Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah

iii. Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.

iv. Merasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota cedera.

v. Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.

vi. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi atau otot.

vii. Bentuk, kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.

2.6.3 Prinsip rawatan secara am.

Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut:

i. memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam

nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.

ii. jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan

rawatan ditempat kejadian.

Page 27: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 27 PERTOLONGAN CEMAS

iii. kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera.

Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.

iv. sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan

kain yang bersih.

v. halang/ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat

(splin), anduh dan pembebat.

vi. periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari

tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.

Rajah di bawah menunjukkan cara-cara ikatan anduh.

a) Andoh besar b) Andoh tiga segi c) Patah tulang lengan atas

d) Patah tulang dagu

e) Patah tulang peha

Rajah 10: Andoh atau balutan patah

Page 28: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 28 PERTOLONGAN CEMAS

Jawab soalan-soalan yang berikut:

2.9 Nyatakan jenis-jenis luka.

2.10 Semasa anda sedang berkhemah, rakan anda terhiris lengan tangannya

dengan parang semasa mencari kayu api. Apakah tindakan yang perlu

anda ambil sekiranya anda tidak mempunyai kotak pertolongan cemas.

2.11 Apakah tindakan dan rawatan yang perlu anda lakukan bila berhadapan

dengan rakan anda yang mengalami kemalangan motosikal.

AKTIVITI 1b

• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!

• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

Page 29: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 29 PERTOLONGAN CEMAS

Jawapan:

2.9 Jenis-jenis luka adalah:

i. Luka terhiris - disebabkan benda tajam seperti pisau

ii. Luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai

iii. Luka berdarah - kena pukulan tepat benda tidak tajam

iv. Luka tembus - seperti kena tikam pisau, jarum atau peluru

2.10 Tindakan yang perlu diambil adalah:

i. Tanggal atau gunting pakaian untuk mendedahkan luka.

ii. Bersih seberapa boleh kawasan cedera.

iii. Beri tekanan tepat ke atas luka dengan tapak tangan atau jari-jari

anda. Jika boleh gunakan kain yang bersih, tetapi jangan buang masa

untuk mencari kain pembalut. Beri tekanan sehingga darah berhenti.

Biasanya sekitar 10 hingga 15 minit.

iv. Angkat dan ampu anggota cedera atas dari paras jantung kawan anda.

v. Baringkan mangsa. Keadaan ini akan mengurangkan pengaliran darah

ke bahagian yang cedera dan mengurangkan dari risiko renjatan.

vi. Dapatkan bantuan. Sekiranya telah mempunyai pembalut. Balut

dengan kemas kawasan cedera. Jnagan balut terlalu ketat. Jika

perdarahan tembus menerusi balutan, bal;utlah selapis lagi.

MAKLUMBALAS 1b

Page 30: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 30 PERTOLONGAN CEMAS

2.11 Tindakan yang perlu diambil adalah:

Pastikan keselamatan diri anda terjamin dan anda tidak menimbulkan

sebarang bahaya dengan:

• Sekiranya anda membawa kenderaan, Letakkan kenderaan anda

ditempat yang selamat dan nyalakan lampu kecemasan pada

kenderaan anda.

• Jangan berlari melintasi jalan raya yang sibuk untuk pergi ke tempat

kemalangan.

• Jika kemalangan berlaku diwaktu malam, pakailah pakaian berwarna

cerah dan bawa lampu picit.

Ambil langkah-langkah keselamatan yang berikut:

• Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera dan maklumkan

suasana kejadian terutama bilangan mangsa.

• Arahkan orang yang menyaksikan kemalangan supaya memberi amaran

kepada pemandu-pemandu kenderaan yang lain.

• Arahkan orang yang menyaksikan kejadian agar berada sekurang-

kurangnya 18 meter dari kawasan kejadian.

• Letakkan papan tanda tiga segi sejauh kira-kira 200 meter dari kawasan

kejadian.

• Tutup suis enjin motosikal yang terlibat dalam kemalangan samada enjin

masih hidup atau telah dimatikan.

Jika rakan anda tidak sedarkan diri

• Jangan alih rakan anda kecuali jika benar-benar perlu.

• Anggap mangsa mengalami kecederaan tulang belakang.

Page 31: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 31 PERTOLONGAN CEMAS

• Jika mangsa perlu dialihkan, anda memerlukan sekurang-kurangnya tiga

orang pembantu. Seorang untuk mengampu bahu dan dada, seorang

untuk mengampu peha dan seorang untuk memegang kaki. Anda

hendaklah sentiasa mengapu kepala rakan anda.

Menanggalkan topi keledar

• Hanya perlu ditanggal jika betul-betul perlu sahaja. Contohnya jika topi

keledar menghalang anda dari memberi bantuan pernafasan.

• Jika boleh topi keledar ditanggal sendiri oleh mangsa.

• Buka topi keledar dengan menolak bahagian tepi keluar supaya kepala

bebas dari tekanan. Angkat topi keledar ke atas dan kebelakang.

• Sekiranya topi keledar muka penuh, Masukkan jari anda dibahagian

bawah rim. Sokong leher dan pegang rahang bawah dengan jari-jari

yang terbuka. Minta seseorang untuk menarik topi keledar dari

bahagian atas.

Rawatan kecederaan

• Ikuti pemulihan kaedah ABC

• Kawal pendarahan yang berlaku

• Beri rawatan luka yang besar, selaran dan keretakan atau patah yang

teruk

• Rawat mangsa akibat renjatan.

Page 32: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 32 PERTOLONGAN CEMAS

2.7 MELECUR DAN TERBAKAR

Kecederaan melecur dan terbakar adalah disebabkan oleh haba atau api.

Kecederaan melecur dan terbakar akan memecahkan kulit dan membolehkan

kuman memasuki kulit dan mengakibatkan jangkitan.

Kemalangan di rumah merupakan punca utama luka terbakar atau melecur.

Punca utama berlakunya luka terbakar adalah kecuaian menggunakan alatan

contohnya terpegang seterika panas, terkena tumpahan minyak, tersentuh ekzos

kenderaan terutamanya motor, terkena kejutan elektrik dan sebagainya.

Rawatan pertolongan cemas biasanya berupaya menyembuhkan luka terbakar

dengan baik dan secara semula jadi.

Kecederaan luka terbakar dapat dikelaskan mengikut dua faktor :

i. Klasifikasi terbakar atau kedalaman kecederaan

ii. Peratus kawasan permukaan yang terbakar (peraturan sembilan)

INPUT

Page 33: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 33 PERTOLONGAN CEMAS

2.7.1 Klasifikasi terbakar

i. Kecederaan terbakar

darjah pertama

- Terbakar kulit permukaan atas sahaja

- Terkena air panas atau benda panas untuk

seketika atau pancaran matahari

- Proses penyembuhan sekitar 1 minggu jika tiada

masalah jangkitan kuman.

ii. Kecederaan terbakar

darjah kedua

- Terdapatnya gelembong air (blister)

- Terkena benda panas agak lama atau semburan

api seperti gasoline.

- Memerlukan 2 hingga 3 minggu untuk sembuh.

Kemungkinan berlakunya renjatan.

iii. Kecederaan terbakar

darjah ketiga

- Melibatkan hingga bahagian otot

- Bau terbakar dapat dihidu

- Tidak ada rasa sakit atau sensasi terhadap

cucukan jarum.

- Kemungkinan berlakunya renjatan.

2.7.2 Peraturan Sembilan

Secara umumnya kebakaran 15 % (10% jika kanak-kanak) adalah

memerlukan rawatan perubatan dengan segera. Kecederaan anggota

penting seperti muka, organ seksual (kemaluan atau buah dada)

memerlukan rawatan segera walaupun kurang daripada 10%.

Peraturan Sembilan adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengenal

pasti atau mengira peratus kecederaan terbakar yang berlaku pada

mangsa. Peraturan Sembilan juga membahagikan kawasan permukaan

badan kepada sembilan bahagian . Ia digunakan untuk menghitung

kemelaratan kecederaan dan memutuskan tahap rawatan yang perlu

Page 34: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 34 PERTOLONGAN CEMAS

diberikan. Sekiranya kecederan terbakar berlaku pada tangan kanan,

mangsa mengalami peratus kebakaran sebanyak sembilan peratus.

• sebarang luka terbakar darjah kedua atau melebihi 1% perlu

mendapatkan rawatan doktor.

• kemelaratan sehingga 9% atau lebih boleh mengakibatkan renjatan.

Mangsa perlu dirawat dihospital.

• sebarang saiz luka berdarjah ketiga perlu dirawat dihospital.

PERATURAN SEMBILAN Dewasa dan Bayi

Kanak-kanak (%) (%) Kepala 9 18 Dada dan abdomen - Depan 18 18 - Belakang 18 18 Kaki dan peha kanan 18 14 Kaki dan peha kiri 18 14 Tangan kanan 9 9 Tangan kiri 9 9 Kemaluan 1 1 Keseluruhan 100 101

Page 35: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 35 PERTOLONGAN CEMAS

2.7.3 Rawatan luka terbakar yang ringan

Luka terbakar yang ringan biasanya terjadi di rumah ataupun kawasan

kerja. Matlamat rawatan adalah untuk menghentikan lecuran,

mengurangkan kesakitan dan gelembung dan risiko jangkitan.

Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:

i. alirkan atau curahkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang

terbakar selama 10 minit untuk menghentikan panas terbakar dan

mengurangkan kesakitan. Jika tidak terdapat air paip, sebarang cecair

Kepala 9% Bahagian hadapan badan 18% Bahagian belakang badan 18% Tangan kiri 9% Kemaluan 1% Bahagian belakang kaki kiri 9% Bahagian hadapan kaki kiri 9%

Rajah 11: Peraturan Sembilan

Page 36: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 36 PERTOLONGAN CEMAS

sejuk yang lain juga boleh digunakan seperti susu dan air minuman

dalam tin.

ii. tanggalkan sebarang barang kemas atau pakaian yang ketat dari

bahagian yang cedera sebelum ia menggelembung.

iii. balut bahagian cedera dengan pembalut steril atau sebarang bahan

bersih dan nipis.

2.7.4 Rawatan luka terbakar yang teruk

Luka terbakar yang teruk boleh terjadi sekiranya berlaku kebakaran rumah

atau kemalangan yang membabitkan kebakaran.

Matlamat rawatan adalah untuk menghentikan luka terbakar dan melegakan

kesakitan, memulihkan pernafasan, merawat kecederaan berkaitan dan

mengurangkan risiko jangkitan.

Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:

i. baringkan mangsa. Jika boleh elakkan anggota cedera dari terkena

tanah.

ii. dinginkan luka terbakar dengan cecair penyejuk yang secukupnya.

Mungkin mengambil masa selama 10 minit atau lebih. Jangan memberi

mangsa kedinginan yang berlebihan kerana boleh membawa kepada

risiko penurunan suhu badan (hypotermia).

iii. semasa proses penyejukan periksa saluran pernafasan dan denyutan

nadi. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan.

iv. tanggalkan sebarang pakaian seperti tali leher,pinggang, jam

tangan,cincin, kasut dan baju terbakar sebelum anggota yang cedera

menggelembung. Tanggalkan dengan perlahan.

v. tutup kecederaan dengan sehelai bahan yang steril. Sejukkan dengan

air untuk melegakan kesakitan.

Page 37: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 37 PERTOLONGAN CEMAS

vi. rawat mangsa daripada serangan renjatan. Periksa nadi dan

pernafasan sementara menanti kedatangan ambulans.

2.7.5 Terkejut (Shock) atau Renjatan

Kesakitan yang amat sangat atau kehilangan darah atau cecair dalam

badan yang banyak atau terperanjat. Boleh menyebabkan kematian jika

tidak dikawal.

Punca-punca ialah pendarahan yang banyak, cirit-birit dan muntah yang

berterusan, kulit terbakar, kejutan elektrik, serangan jantung, kesakitan

yang amat kuat, gangguan emosi, alahan kepada benda asing seperti bias

tebuan, penicillin atau makanan, kecederaan urat saraf tunjang.

Tanda-tanda renjatan adalah:

i. muka bibir dan anggota pucat.

ii. kulit sejuk dan berpeluh

iii. pandangan kabur dan pening

iv. nafas cetek dan pantas

v. denyutan nadi lemah dan pantas

vi. loya , muntah dan haus

vii. mungkin tidak bergerak atau bercakap

Langkah rawatan adalah seperti berikut:

i. baring pesakit. Jika kepala tak cedera, angkat kaki 8 - 12 inci tinggi.

Jika sakit dada atau sukar bernafas, letak dalam keadaan duduk atau

separuh duduk. Jangan biarkan pesakit berdiri. Lakukan pemeriksaan

ABC.

ii. tahan darah dari keluar ( jika berdarah )

Page 38: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 38 PERTOLONGAN CEMAS

iii. longgarkan pakaian dan pastikan suhu badan pesakit terkawal.

Pesakit pucat dan kesejukan hendaklah diselimut.

iv. jangan bagi pesakit minum kerana pesakit akan merasa loya dan

makan/minum akan menyebabkan muntah. Jika hospital jauh, beri

pesakit menghisap kain basah untuk kurangkan kekeringan tekak.

v. usahakan pesakit dapat udara segar. Jangan biarkan pesakit dapat

udara kering. Beri bantuan perubatan.

2.8 LEMAS – AIR DAN SESAK NAFAS

Lemas berlaku apabila udara dihalang daripada memasuki mulut dan hidung.

Seseorang yang lemas di sungai atau kolam air mungkin akan mengalami

kesejukan dan juga asfiksia. Ia juga mungkin memerlukan rawatan hipotermia.

Biasanya air yang masuk ke paru-paru mangsa adalah sedikit berbanding yang

masuk ke dalam perut mangsa.

Lemas juga boleh berlaku apabila udara yang memasuki saluran pernafasan

dicemari asap yang beracun seperti asap daripada kebakaran plastik, getah dan

ekzos kenderaan.

Lemas juga boleh berlaku sekiranya seseorang tertimbus di dalam pasir, leher

yang dijerut atau muka ditutup bantal.

Tanda-tanda seseorang ini mengalami lemas adalah:

i. kesukaran untuk bernafas.

ii. mulut berbuih.

iii. bibir dan kuku menjadi kebiruan jika puncanya tidak dialihkan serta-

merta

iv. kemungkinan tidak sedarkan diri.

Page 39: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 39 PERTOLONGAN CEMAS

2.8.1 Rawatan lemas kerana air

1. Bawa mangsa lemas naik ke darat, dengan kedudukan kepalanya lebih

rendah daripada dada. Ini untuk mengurangkan risiko menyedut air

dan muntah.

2. Baringkan mangsa sebaiknya di atas selimut atau sebagainya.

3. Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut

ke mulut.

4. Bagi mengelakkan terjadinya hipotermia, gantikan pakaiannya yang

basah dan hindari daripada kesejukkan dengan memberi minuman

panas.

5. Bawalah mangsa lemas ke hospital walaupun kelihatan telah pulih

sepenuhnya.

2.8.2 Rawatan lemas kerana asap

1. Bawa atau alihkan mangsa ke tempat udara yang bersih. Walaupun

begitu anda jangan cuba masuk ke dalam bilik yang dipenuhi asap

tanpa memakai sebarang peralatan keselamatan.

2. Jika mangsa pengsan, periksalah denyutan nadi dan pernafasannya.

3. Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut

ke mulut.

4. Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan.

5. Jika terdapat alat oksigen, berikanlah kepada mangsa dengan syarat

anda telah dilatih menggunakannya.

6. Tunggu mangsa sehingga bantuan tiba. Periksa nadi dan pernafasan

setiap 10 minit.

Page 40: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 40 PERTOLONGAN CEMAS

2.8.3 Rawatan sesak nafas (kesukaran bernafas)

1. Hiperventilasi

Keadaan di mana pernafasan udara yang berlebihan. Ia mungkin akan

menyebabkan ketakutan dan histeria. Gejala ini mudah menyerang individu

yang ketakutan dan terkejut.

Tanda-tanda hiperventilasi

i. Pernafasan yang cepat, dalam dan tidak normal

ii. Mungkin terdapat tabiat yang memerlukan perhatian, pitam,

mengantuk dan mengigil

iii. Kejang kaki dan tangan.

Langkah rawatan adalah seperti berikut:

i. Bercakaplah dengan nada tegas tetapi lembut dengan mangsa.

ii. Jika boleh bawa mangsa ke tempat tenang supaya ia boleh mengawal

kembali pernafasannya.

iii. Biarkan mangsa bernafas menggunakan beg plastik atau karung

kertas. Tetapi jangan terlalu lama. Ini akan menyukarkan lagi keadaan.

Beg plastik atau karung kertas akan menyebabkan mangsa

menggunakan udara yang sama untuk bernafas. Buka beg plastik

sekiranya mangsa mulai bernafas secara normal. Jika ketegangan

berterusan, biarkan mangsa menyedut semula udara hembusannya

daripada beg plastik tersebut.

Page 41: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 41 PERTOLONGAN CEMAS

2. Lelah

Pesakit asma biasanya mengetahui cara yang terbaik untuk mengendalikan

serangan. Biasanya mereka membawa bersama ubat aerosol dalam bentuk

penyedut.

Tanda-tanda lelah:

i. kesukaran untuk bernafas dengan lepasan nafas yang panjang.

ii. nafas yang berbunyi apabila mangsa menghembus nafas.

iii. mangsa mungkin sukar untuk bercakap.

Langkah rawatan adalah seperti berikut:

i. tenangkan dan beri keyakinan pada mangsa.

ii. bantu mangsa supaya ia dapat duduk dan berehat.

iii. jika mangsa mempunyai ubat beri ia untuk menggunakan ubat

tersebut.

iv. jika ia merupakan serangan pertama dan berterusan, dapatkan

bantuan ambulans. Periksa rekod nadi dan pernafasannya.

2.9 TIDAK SEDARKAN DIRI (PENGSAN)

Tidak sedar diri atau pengsan adalah keadaan yang tidak normal dimana ia

melumpuhkan tindakan refleks anggota badan. Salur udara bagi seseorang yang

pengsan mungkin sempit atau tersekat. Ini terjadi kerana mangsa kehilangan

kawalan otot di dalam tekak, mengakibatkan lidah mengendur ke belakang dan

menutup tekak. Seseorang yang pengsan hendaklah diberi pertolongan cemas

serta-merta.

Page 42: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 42 PERTOLONGAN CEMAS

Rawatan bagi mangsa yang pengsan:

i. buka salur udara dengan mengangkat dagu dan rebahkan kepala

mangsa ke belakang. Lakukan pemeriksaan ABC

ii. periksa nadi dan pernafasan mangsa.

iii. bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan mulut ke

mulut.

iv. jika mangsa hendak muntah letakkan mangsa dalam kedudukan

pemulihan.

v. periksa tahap kesedaran mangsa dengan pantas.

Kaedah AVPU adalah cara mudah untuk menilai tahap kesedaran :

A (alert) - Pesakit peka

V (verbal) - Pesakit ada respons kepada rangsangan verbal

P (pain) - Pesakit ada respons kepada rangsangan sakit

U (unresponsive)- Pesakit tiada respons kepada semua

rangsangan.

Cara yang terbaik untuk menimbulkan rangsangan sakit adalah dengan

memicit otot

vi. kawal sebarang pendarahan. Ampu kepatahan. Lihat kecederaan lain

yang nyata. Perhatikan tanda amaran perubatan contohnya rantai atau

gelang.

vii. letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.

Amaran

i. jangan cuba memberi sesuatu menerusi mulut mangsa

ii. jangan alihkan mangsa tanpa sebarang sebab.

iii. jangan tinggalkan mangsa pengsan seorang diri.

Page 43: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 43 PERTOLONGAN CEMAS

2.10 KEJUTAN ELEKTRIK

Bekalan arus elektrik dirumah, pejabat, bengkel dan kedai boleh menyebabkan

kecederaan yang teruk dan membawa maut. Kebanyakan kecederaan adalah

disebabkan suis yang rosak, wayar hampir putus dan alatan yang rosak. Air pula

merupakan pengalir elektrik yang baik. Sekiranya berlaku kemalangan yang

membabitkan arus elektrik, putuskan atau tutup suis utama sebelum bantuan

diberikan. Berikan bantuan setelah anda pasti punca elektrik telah diputuskan.

Langkah-langkah rawatan mangsa kejutan elektrik:

i. jika mangsa tidak sedarkan diri, bukalah salur udara dengan serta

merta. Periksa pernafasan dan nadi mangsa. Bersedia untuk

melakukan pemulihan pernafasan bantuan dan CPR, jika perlu.

ii. jika mangsa tidak sedar tetapi masih bernafas, letakkan dalam

kedudukan pemulihan.

iii. sejukkan sebarang luka terbakar dengan air sejuk yang banyak seperti

rawatan terbakar.

iv. rawat mangsa dari serangan renjatan.

Page 44: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 44 PERTOLONGAN CEMAS

Jawab soalan-soalan yang berikut :

2.12 Betis rakan anda tersentuh pada ekzos motor yang panas. Apakah

tindakan yang perlu anda lakukan?

2.13 Semasa perbarisan tamat latihan Kawad diadakan rakan anda tiba-tiba

jatuh pensan. Apakah yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan

anda itu?

2.14 Rakan anda yang diserang kekejangan kaki dan tangan semasa aktiviti

perkhemahan diadakan. Pernafasan rakan anda juga cepat dan tidak

teratur. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan?

AKTIVITI 1c

• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!

• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

Page 45: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 45 PERTOLONGAN CEMAS

Jawapan :

2.12 Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:

i. Alirkan atau curahkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang

terbakar selama 10 minit untuk menghentikan panas terbakar dan

mengurangkan kesakitan. Jika tidak terdapat air paip, sebarang

cecair sejuk yang lain juga boleh digunakan seperti susu dan air

minuman dalam tin.

ii. Tanggalkan sebarang pakaian yang ketat dari bahagian yang

cedera sebelum ia menggelembung.

iii. Balut bahagian cedera dengan pembalut steril atau sebarang bahan

bersih dan nipis.

2.13 Rawatan bagi mangsa yang pengsan:

i. Buka salur udara dengan mengangkat dagu dan rebahkan kepala

mangsa ke belakang. Lakukan pemeriksaan ABC

ii. Periksa nadi dan pernafasan mangsa.

iii. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan mulut ke

mulut.

iv. Jika mangsa hendak muntah letakkan mangsa dalam kedudukan

pemulihan.

v. Periksa tahap kesedaran mangsa dengan pantas.

MAKLUMBALAS 1c

Page 46: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 46 PERTOLONGAN CEMAS

2.14 Langkah rawatan adalah seperti berikut:

i. Bercakaplah dengan nada tegas tetapi lembut dengan mangsa.

ii. Jika boleh bawa mangsa ke tempat tenang supaya ia boleh

mengawal kembali pernafasannya.

iii. Biarkan mangsa bernafas menggunakan beg plastik atau karung

kertas. Tetapi jangan terlalu lama. Ini akan menyukarkan lagi

keadaan. Beg plastik atau karung kertas akan menyebabkan

mangsa menggunakan udara yang sama untuk bernafas. Buka beg

plastik sekiranya mangsa mulai bernafas secara normal. Jika

ketegangan berterusan, biarkan mangsa menyedut semula udara

hembusannya daripada beg plastik tersebut.

Page 47: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 47 PERTOLONGAN CEMAS

2.11 SENGATAN SERANGGA DAN GIGITAN BINATANG

Kecederaan seperti ini sering terjadi semasa aktiviti kegiatan luar diadakan.

Ancaman dari hidupan seperti ular, lipan, tebuan dan sebagainya tidak boleh

dipadang ringan. Pengetahuan mengenai rawatan kecemasan adalah perlu agar

mangsa tidak terbiar kesakitan seorang diri.

2.11.1 Patukan Ular

Terdapat lebih kurang 136 jenis ular di Semenanjung Malaysia. Daripada

jumlah tersebut, 104 jenis adalah dari yang tiada bisa. Jenis ular yang

berbisa adalah ular kapak, ular katam, ular tedung dan ular laut.

Rajah 12: Corak gigitan ular

INPUT

Page 48: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 48 PERTOLONGAN CEMAS

Jika seseorang itu menderita akibat gigitan ular, langkah-langkah berikut

adalah disyorkan. Kejayaan cara begini selalunya bergantung kepada masa

yang berlaku diantara waktu kena gigit dan masa pertolongan cemas

diberikan. Lebih singkat masa lebih berkesan rawatannya.

a. Seseorang yang kena gigitan ular selalunya terkejut dan menderita

kerana takut mati. Pulihkan rasa terkejut dan panaskan tubuh mangsa.

b. Baringkan pesakit dan jangan biarkan ia bergerak selepas kena gigit.

Jangan benarkan pesakit berjalan atau menggunakan tenaga. Tempat

yang digigit mestilah jangan digerakkan.

c. Letakkan kedudukan gigitan dibawah paras jantung.

d. Cuci sekeliling tempat kena gigit.

e. Kenakan alat penahan darah bagi kes gigitan ular senduk, katam dan

ular laut, tetapi tidak bagi ular kapak kerana ini akan menambahkan

kelemayuh (gangrene) Alat penahan darah (pengikat tourniquet) boleh

dibuat pada bahagian peha atau lengan bergantung pada kedudukan

gigitan. Biasanya 10 sentimeter di sebelah atas gigitan. Kekuatan

ikatan ini adalah sekadar menutup vena-vena dan tidak terlalu ketat

untuk menghalang pengaliran darah di arteri-arteri. Ini boleh

dipastikan dengan adanya nadi di arteri selepas ikatan.

f. Alat penahan darah hendaklah dilonggarkan 60 saat setiap 30 minit

dan jangan digunakan lebih dari 8 jam.

g. Tiub getah adalah alat yang terbaik untuk tujuan ini. Kaedah ini tidak

akan berhasil jika dilakukan 30 minit selepas gigitan.

h. Bawa pesakir terus ke hospital.

i. Bunuh ular tersebut dan bawa ke hospital. Ini mungkin mustahak bagi

mengenali jenis ular tersebut.

Page 49: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 49 PERTOLONGAN CEMAS

Anda juga boleh menggunakan kaedah dengan menghiris kawasan gigitan

ular menggunakan pisau yang disterilkan, kemudian sedut keluar bisa

tersebut dan ludah keluar dari mulut anda. Sebagai langkah keselamatan,

anda mesti memastikan bahawa tiada pendarah atau kelukaan di dalam

mulut anda sebelum melakukan kaedah ini.

2.11.2 Sengatan serangga

Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan menyebabkan kesakitan dan

kebengkakan pada tempat yang digigit. Ia juga kadangkala menimbulkan

perasaan ketakutan kepada mangsa. Jika seseorang itu sensitif pada sengat

atau disengat di dalam mulut, ia akan membengkak dengan cepat.

Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:

i. Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya.

ii. Jika sengat masih ada, keluarkan dengan menggunakan penyepit. Jika

boleh penyepit hendaklah disterilkan atau dibakar hujungnya supaya

basmi kuman. Elakkan menyepit pundi racun yang biasanya berada di

bahagian atas sengat.

iii. Sapukan krim antihistamine. Sekiranya tiada surgical spirit atau larutan

amonia atau larutan soda bikarbonat boleh digunakan.

iv. Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan

mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut, berilah

mangsa seketul ais untuk dihisap.

v. Jika ragu-ragu dengan keadaan pesakit, dapatkan bantuan perubatan.

Page 50: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 50 PERTOLONGAN CEMAS

2.11.3 Sengatan hidupan laut.

Apabila anda berkelah di tepi laut yang mempunyai ampai-ampai atau obor-

obor, anda sebenarnya terdedah dengan sengatan obor-obor tersebut.

Sengatan ikan sembilang juga menimbulkan kesakitan yang amat sangat

berserta kebengkakan.

Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:

1. Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya.

2. Curahkan alkohol atau sebarang minuman beralkohol atau cuka

makanan ke atas luka selama beberapa minit untuk melemahkan sel-

sel penyengat.

3. Sapukan krim antihistamin. Jika tiada sapukan sodium bicarbonate

(serbuk penaik) dan air pada luka.

4. Taburkan serbuk bedak yang kering ke atas kulit. Serbuk pelembut

daging yang digunakan dalam masakan “barbecue” adalah baik kerana

ia mempunyai “papain” untuk mematikan bisa.

Bawa pesakit ke hospital sekiranya ia mengalami alahan yang teruk atau

berterusan.

2.12 KERACUNAN

Kes keracunan biasanya terjadi dengan tidak disengajakan. Keracunan yang

biasa terjadi adalah berpunca daripada makanan yang tercemar, sayuran atau

buah-buahan yang beracun. Keracunan juga boleh berlaku melalui resapan pada

kulit seperti racun rumpai atau racun serangga.

Page 51: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 51 PERTOLONGAN CEMAS

Keracunan jika tidak diubati boleh menyebabkan kerosakkan sementara atau

kekal pada tubuh badan. Racun boleh tertelan, tersedut, tersentuh, terserap

dalam kulit, atau termasuk dalam mata.

2.12.1 Keracunan makanan

Tanda-tanda keracunan:

1. Biasanya mangsa mengalami loya dan muntah.

2. Sakit perut.

3. Cirit birit.

4. Pening kepala

5. Mungkin merasa deman.

6. Mangsa juga mungkin mengalami renjatan.

Langkah rawatan adalah:

1. Rehatkan mangsa.

2. Beri mangsa minum air yang banyak. Meminum glukosa “isotonic” dan

garam “oral rehydration” adalah ideal. Jus oren merupakan sumber

kalium yang amat berguna.

3. Dapatkan bantuan perubatan

2.12.2 Keracunan umum

Tanda-tanda keracunan umum adalah:

1. Mangsa merasa sangat mengantuk atau tidak sedar.

2. Mungkin terdapat botol atau bekas yang mengandungi bahan beracun,

tablet ubatan atau tumbuh-tumbuhan disamping mangsa

Page 52: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 52 PERTOLONGAN CEMAS

3. Terdapat tanda-tanda terbakar dan warna keputihan disekeliling bibir,

mulut sekiranya mangsa tertelan raun yang mengakis

4. Rasa sakit perut, cirit birit atau muntah.

5. Sakit kepala dan pening

6. Mungkin juga terdapat sesak nafas atau nafas terlalu cepat tetapi

cetek dan pendek ataupun nafas menjadi lambat.

7. Kemungkinan berlakunya renjatan

Langkah-langkah rawatan secara am:

1. Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah diambilnya. Jika mangsa

tidak sedar diri, periksa sekitar mangsa kerana ini mungkin dapat

membantu untuk mengesan apa yang diambil mangsa

2. Segera telefon ambulans

3. Periksa nadi dan pernafasan mangsa. Bersedia untuk melakukan

pemulihan bantuan pernafasan mulut kemulut.

4. Letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan

5. Jika anda pasti pesakit tidak tertelan racun menghakis, tetapi hanya

buah atau tablet, muntahkan dengan menggeletek anak lidah.

6. Cairkan racun dengan memberikan minum air atau susu yang banyak.

Beri sedikit demi sedikit agar mangsa tidak muntah.

7. Jangan muntahkan pesakit yang tertelan racun jenis mengakis seperti

bahan peluntur, disinfektan dan pengilap lantai.

8. Jika terkena bahan kimia, cuci dan bilas sisa bahan kimia pada kulit

dengan menggunakan air yang banyak dan mengalir.

9. Bawa mangsa ke hospital bersama-sama pil, bekas kosong atau buah

yang dijumpai berhampiran mangsa.

Page 53: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 53 PERTOLONGAN CEMAS

Jawab soalan-soalan yang berikut:

2.15 Rakan anda disengat seekor lebah semasa menjalankan aktiviti merentas

hutan. Apakah yang anda perlu lakukan?

2.16 Tangan rakan anda digigit seekor anjing liar semasa cuba untuk melarikan

diri dari anjing liar tersebut. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan.

AKTIVITI 1d

• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!

• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

Page 54: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 54 PERTOLONGAN CEMAS

Jawapan :

2.15 Langkah rawatan yang perlu anda lakukan adalah:

vi. Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya.

vii. Jika sengat masih ada, keluarkan dengan menggunakan penyepit.

Jika boleh penyepit hendaklah disterilkan atau dibakar hujungnya

supaya basmi kuman. Elakkan menyepit pundi racun yang biasanya

berada di bahagian atas sengat.

viii. Sapukan krim antihistamine. Sekiranya tiada surgical spirit atau

larutan amonia atau larutan soda bikarbonat boleh digunakan.

ix. Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan

dan mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut,

berilah mangsa seketul ais untuk dihisap.

x. Jika ragu-ragu dengan keadaan pesakit, dapatkan bantuan

perubatan.

MAKLUMBALAS 1d

Page 55: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 55 PERTOLONGAN CEMAS

2.16 Langkah rawatan yang perlu anda lakukan adalah:

i. Cuci luka dengan bersih mengunakan air dan sabun.

ii. Sekiranya luka adalah serius, kawal dan cegah pendarahan dengan

menggunakan tekanan secara terus. Angkat bahagian luka agar

lebih tinggi dari jantung mangsa.

iii. Tutup luka dengan pembalut atau pad yang bersih.

iv. Bawalah mangsa ke hospital.

Page 56: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 56 PERTOLONGAN CEMAS

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian

kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba semoga berjaya !!!

1. Kereta A telah melanggar kereta B diatas lebuhraya. Kemalangan

menyebabkan kereta B tercampak ke tiang letrik di tepi lebuhraya.

Hentaman ini telah menyebabkan talian kuasa jatuh ke atas bumbung

kereta B. Kereta A telah terbabas keluar dari jalan. Senaraikan perkara yang

anda harus perhatikan semasa penilaian tempat kejadian.

2. Apakah keperluan yang perlu ada sekiranya anda ingin menyediakan kotak

pertolongan cemas untuk kegunaan aktiviti rekreasi anda?

PENILAIAN KENDIRI

Page 57: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 57 PERTOLONGAN CEMAS

MELINTANG 2. Kecederaan terbakar anggota ini perlu diberi perhatian walaupun ianya kurang 10% 5. Bawalah ia bersama untuk membantu masalah cirit-birit 7. Pendarahan akibat benda tajam seperti pisau 8. Ia amat berguna digunakan untuk kes kecederaan lebam 9. Tindakan rawatan yang membabitkan tekanan bahagian dada. Jangan lakukan pada mereka yang sihat 10. Peperiksaan tempat ini menentukan peredaran darah seseorang itu masih beroperasi KE BAWAH 1. Ramai yang menggunakannya untuk mengatasi kebanyakkan rasa tidak selesa. Tetapi ada juga orang yang alah dengannya 3. Ancamannya boleh membawa maut jika tidak diberi rawatan seawal mungkin 4. Penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti nafas berbunyi, kulit lebam,hidung kembang dan pergerakan dada yang tersedut 6. Tindakan ini dilakukan semasa peringkat B dalam melakukan pemeriksaan ABC 7. Sekiranya tiada sebarang alat semasa kawan anda mengalami luka terhiris, anda perlu lakukan tindakan tekanan ini

1P 2 3 4A 5 6 S 7 H S 8 I 9 10 A D T

Page 58: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 58 PERTOLONGAN CEMAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ???

Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .

JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI

JAWAPAN :

1. Pastikan keselamatan diri anda terjamin dan anda tidak menimbulkan

sebarang bahaya dengan:

• Letakkan kenderaan anda ditempat yang selamat dan nyalakan lampu

kecemasan pada kenderaan anda.

• Jangan berlari melintasi jalan raya yang sibuk untuk pergi ke tempat

kemalangan.

• Jika kemalangan berlaku diwaktu malam, pakailah pakaian berwarna

cerah dan bawa lampu picit.

Ambil langkah-langkah keselamatan yang berikut:

• Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera dan

maklumkan suasana kejadian terutama keadaan talian kuasa yang

jatuh di atas kereta B dan bilangan mangsa.

• Arahkan orang yang menyaksikan kemalangan supaya memberi

amaran kepada pemandu-pemandu kenderaan yang lain.

• Arahkan orang yang menyaksikan kejadian agar berada sekurang-

kurangnya 18 meter dari kawasan kejadian.

• Letakkan papan tanda tiga segi sejauh kira-kira 200 meter dari

kawasan kejadian.

MAKLUMBALAS

Page 59: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 59 PERTOLONGAN CEMAS

• Tutup suis enjin kenderaan A yang terlibat dalam kemalangan samada

enjin masih hidup atau telah dimatikan. Jangan hampiri kenderaan B

sehingga anda diberitahu bahawa bekalan kuasa telah diputuskan.

Bahan-bahan seperti kayu kering atau pakaian tidak berupaya

melindungi anda daripada arus elektrik bervoltan tinggi. Bekalan kuasa

harus diputuskan dan dipisahkan sebelum mangsa dalam kereta B

didekati. Faktor ini amat penting terutama apabila talian kuasa elektrik

laluan atas.

• Pastikan kenderaan dalam keadaan stabil. Jika kenderaan dalam

keadaan tegak, tarik brek neutral, atau gunakan penghalang pada

tayar. Jika kenderaan terbalik pada sisinya, biarkan sahaja. Cuba

halang kenderaan itu daripada terbalik sepenuhnya.

• Perhatikan bahaya fizikal yang lain. Adakah sesiapa yang merokok,

membawa bahan kimia berbahaya, kerosakan talian bekalan elektrik,

telefon bimbit.

2. KOTAK PERTOLONGAN CEMAS

Keperluan pembebatan (dressing) dan balutan (bandages)

i. White Open Wove (WOW) - untuk memegang pembebatan

bandage pada tempatnya.

- 5cm x 5m, 7.5cm x 5m, 91cm x 5m

ii. Sterile stretch bandage - untuk memegang pembebatan

pada tempatnya.

- 7.5 cm x 1.9 m , 11.4 cm x 3.7 m

iii. Gauze ( kain kasa ) - rawatan luka melecur, bisul dsb

iv. Sterile gauze - rawatan luka melecur, bisul dsb.

v. Kain tiga segi - membalut anggota cedera

vi. Pembalut crepe - untuk menahan darah keluar

vii. Plaster pelbagai saiz - menutup luka kecil.

viii Roll of surgical tape - menetapkan pembebatan dan balutan

Page 60: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 60 PERTOLONGAN CEMAS

ix. Gunting - memotong pakaian , surgical tape

x. Safety pin - mengemaskan kedudukan balutan

xi. Kapas - membersihkan luka dan kotoran.

Keperluan untuk rawatan dan mencuci luka

Antiseptik cream - Burnol , salvon

i. Cecair antiseptik - mencuci peralatan perubatan

ii. Cecair antiseptik - mencuci kekotoran pada kulit

iii. Eusol - pencuci luka yang septic dan kudis

iv. Hydrogen peroxide - mencuci kekotoran seperti pasir

pada luka

v. Acriflavine lotion - ubat luka

vi. Povidone iodine - ubat luka

viii. Normal saline - pencuci luka, kudis dan bisul

ix. Habitine (5% spirit ) - mencuci peralatan (basmi kuman)

Keperluan ubatan (drug) dan lain-lain

i. PCM (Paracetamol ) - analgasic seperti pening

ii. Gelusil / actal - gastrik

iii. Minyak LMS - minyak gosok

iv. Spray kekejangan - meredakan sakit otot

v. Spray antiseptik - meredakan luka kecil seperti calar

vi. Garam ORS - meredakan sakit cirit-birit

vii. Painkillers ( bawah kawalan) - ubat tahan sakit.

Page 61: R 1001 unit 2 100222 101706-php app 01

R1001 / UNIT 2/ 61 PERTOLONGAN CEMAS

P C M U K A L S O R S A F A T E R H I R I S E S A I S

C P R I A K A R O T I D T