pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu sekolah ... · d. pada 11. kami tiba _____ pukul...
TRANSCRIPT
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Tahap SR3B
Fasa Latih Tubi
Modul 7
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
A. Latih Tubi Tatabahasa - Kata Sendi
1. Aida amat sayang _____ ibunya.
A. akan
B. pada
C. tentang
D. bagi
2. Rizal membelikan hadiah _____ grunya.
A. kepada
B. untuk
C. akan
D. dari
3. Pendatang haram yang ditangkap itu datang _____ Indonesia
A. dari
B. daripada
C. di
D. pada
4. Saya menerima sepucuk surat berwana biru ______ Zaida.
A. dari
B. daripada
C. di
D. pada
5. Kemalangan yang ngeri itu berlaku _____ persimpangan Jalan Tun
Razak.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. ke
B. di
C. pada
D. dari
6. Hamidon bermian tenis _____ Rosman di gelanggang tennis
sekolah mereka.
A. untuk
B. akan
C. dengan
D. oleh
7. Peperiksaan itu diadakan _____ pukul sembilan pagi _____ pukul
dua belas tengah hari.
A. pada…hingga
B. dari…hingga
C. pada…ke
D. dari…ke
8. Julia pergi _____ perpustakaan untuk meminjam buku.
A. dari
B. daripada
C. pada
D. ke
9. Saya mengucapkan ribuan terima kasih _____ Sarina atas
kerjasama yang telah diberikannya.
A. untuk
B. kepada
C. dari
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. dengan
10. Kebanyakan remaja mudah dipengaruhi _____ budaya barat.
A. oleh
B. kepada
C. dengan
D. pada
11. Kami tiba _____ pukul enam pagi di Kuala Lumpur dengan bas
Ekspres Nasional.
A. dari
B. untul
C. hingga
D. pada
12. Memandangkan Pak Leman sangant berpengaruh, dia dilantik
_____ Ketua Kampung Mata Air.
A. sebagai
B. terhadap
C. oleh
D. untuk
13. Lina menjadi pendiam _____ kematian ibunya bulan lepas.
A. oleh
B. sejak
C. dari
D. sehingga
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
14. Wajah tuan puteri itu cantik _____ bidadari.
A. daripada
B. oleh
C. seperti
D. sebagai
15. Orang ramai semakin risau memikirkan ____ kenaikan harga
barang-barang.
A. seperti
B. untuk
C. kepada
D. tentang
16. Anak-anak mestilah hormat _____ ibu bapa mereka.
A. kepada
B. seperti
C. dari
D. untuk
17. Masalah itu mudah _____ Pak Amin untuk menyelesaikannya.
A. untuk
B. bagi
C. seperti
D. sejak
18. Hujan lebat yang turun _____ pukul tiga petang tadi
menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat.
A. sejak
B. pada
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. oleh
D. daripada
19. Rumah Datuk Aman lebih besar _____ rumah Datuk Ishak.
A. dari
B. daripada
C. pada
D. seperti
20. Adik saya melanjutkan pelajaran _____ Universiti Sains
Malaysia.
A. pada
B. dari
C. di
D. sampai
21. ____________ kesejahteraan hidup, dia terpaksa bertungkus-
lumus ______ menyara hidup keluarga.
A. Dengan… untuk
B. Demi….untuk
C. Untuk…dengan
D. Oleh… dengan
22. Mereka yang berkelakuan biadap ______ guru akan digantung
sekolah.
A. tentang
B. akan
C. terhadap
D. antara
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
23. Dia benci ____ sikap orang yang tidak tahu bersyukur.
A. tentang
B. akan
C. pada
D. antara
24. Ubat yang disapu _____ luka itu memedihkan.
A. di
B. dengan
C. pada
D. kepada
24. Persahabatan _____ Minah dan Jolene semakin rapat.
A. dengan
B. antara
C. demi
D. terhadap
25. Para guru sedang berbincang _____ projek anak angkat sekolah.
A. akan
B. terhadap
C. tentang
D. demi
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Latih Tubi Ala UPSR – Kertas Model
Kertas 1 (Pemahaman)
Bahagian A (20 Markah)
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. “Perjalanan _____ ke pekan itu memakan masa dua jam,” kata
pasangan peserta itu kepada kami.
A. engkau C. anda
B. kita D. kami
2. Petani itu mengalami kerugian kerana duriannya gugur ketika
masih _____ .
A. mengkal C. ranum
B. putik D. muda
3. Bulan tidak mengeluarkan cahaya tetapi _____ cahaya matahari
ke bumi.
A. membiaskan C. menyalurkan
B. memantulkan D. melencongkan
4. Setelah menjalani latihan intensif selama tiga bulan, Yasmin
berasa _____ bahawa dia akan berjaya dalam acara sukan yang
akan disertainya.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A selesa C. bangga
B yakin D. lega
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5. Abang menyandang _____ senapang di bahunya sambil berjalan
ke arah belukar.
A. sebilah C. sebatang
B. selaras D. sepucuk
6. Murid-murid perkhemahan yang menyertai itu berasa _____
dengan keadaan tempat perkhemahan yang amat kotor.
A. selesa C. resah
B. simpati D. ragu
7. Encik Wahid _____ ke hospital apabila mendengar berita
tentang kemalangan yang menimpa rakannya.
A. bermula C. berlumba
B. bergegas D. berkemas
8. Catatan balingan peserta lontar peluru itu _____ menyamai
rekod tahun lalu.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. hampir C. nyaris
B. dekat D. kena
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
9. Dawai ampaian itu _____ kerana cuaca amat panas.
A. melentur C. menegang
B. melendung D. membengkok
10. Alunan _____ biola pemuzik itu amat merdu dan mendapat
tepukan gemuruh daripada penonton.
A. bergesek C. menggeseki
B. menggesek D. gesekan
11. Kanak-kanak perempuan yang baru ditemui itu _____ kerana
dikhuatiri tidak makan selama beberapa hari
A. pucat-lesi C. geli-geleman
B. herot-berot D. bengkak-bengkil
12. Hutan di negara kita memiliki _____ yang bersaiz besar
dan amat tinggi nilainya.
A. kayu-kayan
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. sayur-mayur
C. rempah ratus
D. rumput-rampai
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
13. Budak itu _____ tanah yang terlekat pada tayar
basikalnya.
A. menyodok C. mengorek
B. mencungkil D. menggali
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
14. Usaha sedang giat dijalankan oleh pelbagai pihak untuk
mengatasi berlakunya banjir kilat.
A. Banjir kilat sedang giat diusahakan oleh pelbagai pihak.
B. Usaha mengatasi berlakunya banjir kilat oleh pelbagai pihak
sedang dilakukan.
C. Pelbagai pihak sedang giat berusaha untuk mengatasi
berlakunya banjir kilat.
D. Pelbagai usaha untuk mengatasi berlakunya banjir kilat
sedang giat dilakukan.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
15. "Saya kagum dengan peningkatan prestasi lompatan awak"
kata jurulatih itu kepada Raju.
A. Raju bangga dengan peningkatan prestasi lompatan
jurulatihnya.
B. Peningkatan prestasi lompatan Raju mengagumkan
jurulatihnya.
C. Jurulatih Raju mengagumi peningkatan prestasi lompatannya
sendiri.
D. Peningkatan prestasi lompatan jurulatihnya mendapat pujian
daripada Raju.
Pilih ayat yang betul.
16. A. Kentang goreng amat sangat digemari oleh kanak-kanak.
B. Bakul yang kamu junjung itu sungguh berat nampaknya.
C. Kedai itu menjual pelbagai buku-buku rujukan dan
latihan.
D. Puan Hanim mengemas dengan cantik ruang tamu
rumahnya.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Malaysia, telah berjaya meraih populariti sebagai destinasi
pelancongan perubatan kerana mutu ditawarkan antara yang terbaik
dan termurah di dunia. Namun, populariti itu hanyalah khusus untuk
hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan berkenaan. Justeru,
rakyat biasa menagih daripada kerajaan untuk mendapatkan
perkhidmatan terbaik pada harga berpatutan.
Sehubungan itu, Perdana Menteri telah mengumumkan untuk
membina Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Kuala Lumpur dengan
peruntukan sebanyak RM848juta. Pembinaan hospital ini dianggap
sebagai langkah menjaga kebajikan dua kelompok tersebut. Apabila
diwujudkan hospital ini, sekurang-kurangnya keselesaan akan lebih
terjamin tanpa perlu bergaul dengan yang lain. Malah bagi wanita
bekerja, ia dapat menjimatkan masa daripada menunggu lama.
Keselamatan dalam kalangan kanak-kanak yang lebih mudah
dijangkiti penyakit juga akan lebih terpelihara. Mereka tidak akan
terdedah dengan pesakit lain dan ini dapat mengurangkan peratusan
dijangkiti penyakit dari pesakit lain. Pakar yang dapat menjalankan
kajian khusus untuk mengenal pasti penyakit-penyakit wanita dan
kanak-kanak juga diharapkan dapat disediakan di hospital ini.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
17. Hospital swasta di negara kita popular dalam kalangan
pesakit luar negara kerana
A. Menyediakan perkhidmatan terbaik walaupun pada harga
yang mahal
B. Menawarkan perkhidmatan terbaik dengan harga berpatutan
C. Menyediakan pengangkutan pergi dan balik dari negara asal
D. Harga yang murah dan perkhidmatan yang terbaik
18. Apakah pengumuman yang baru dibuat oleh Perdana
Menteri tentang perkhidmatan kesihatan?
A. Melengkapkan hospital dengan rawatan khusus untuk kanak-
kanak
B. Pembinaan hospital dalam sekolah di seluruh negara
C. Membina bangunan tambahan di semua hospital
D. Membina Hospital Wanita dan Kanak-kanak
19. Mengapakah hospital yang khusus untuk wanita dan kanak-
kanak diperlukan?
A. Golongan ini mudah dijangkiti penyakit
B. Bilangan wanita dan kanak-kanak lebih ramai
C. Pesakit wanita dan kanak-kanak sukar bercampur dengan
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
pesakit lelaki
D. Kos pembinaan hospital untuk wanita dan kanak-kanak lebih
murah
20. Apakah kebaikan daripada pembinaan hospital ini kepada
wanita yang bekerja?
A. Kos rawatan dan perubatan yang lebih murah.
B. Hanya akan menerima rawatan daripada doktor wanita.
C. Dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu menunggu lama.
D. Dapat menjimatkan perbelanjaan kerana terletak
berhampiran dengan tempat kerja.
Bahagian B (30 Markah)
Soalan 21 (4 markah)
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong
dalam petikan yang diberi.
Disebalik nama Kuala Kubu Baharu, terdapat mitos __________
mengatakan seorang Pegawai Daerah berbangsa Inggeris telah
menembak seekor buaya putih yang kononnya sebagai 'penunggu'
__________ penduduk kampung. Kejadian berlaku pada tahun 1833,
__________ akibat daripada tindakan itu __________ berlaku
banjir besar dan mengorbankan 33 nyawa termasuk pegawai daerah
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
itu sendiri. Ekoran peristiwa itu juga, pekan lama Kuala Kubu lama itu
dikenali sebagai Ampang Pecah dan kekal sehingga kini.
Soalan 22
a. Bina ayat tanya yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.
Kita mestilah menutup suiz lampu dan kipas jika tidak digunakan
agar tidak berlaku pembaziran tenaga elektrik. [2 markah]
_______________________________________________
_______________________________________________
b. Lengkapkan dialog berikut. [2 markah]
Tun Ali : Mengapa baginda kelihatan terlalu murka?
Tun Hassan : __________________________________
__________________________________
c. Berikan peribahasa yang sesuai dengan eerita yang diberi.
[2 markah]
Aminah selalu menghadapi kesukaran dalam pelajarannya tetapi
dia dapat mencari jalan penyelesaian.
_______________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.
Banjir mula melanda pantai timur apabila empat pusat
pemindahan sementara dibuka di Raub dan Lipis. Jabatan Meteorologi
berkata, pihaknya meletakkan amaran hujan lebat peringkat kuning
selepas meramalkan hujan kadang kala sederhana lebat di Pahang,
Kelantan dan Terengganu. Amaran akan bertukar menjadi jingga dan
kemungkinan bertukar kepada merah sekiranya hujan lebih lebat.
Penduduk yang tinggal di kawasan rendah yang biasanya berlaku
banjir diingatkan supaya bersiap sedia menghadapi banjir dan
mengikut arahan pihak berkuasa untuk berpindah sekiranya perlu.
Sama ada kecil atau besar banjir yang akan berlaku, semua jabatan
yang terlibat dengan bencana banjir perlu membuat persiapan rapi
supaya perkara-perkara di luar jangkaan dapat dihadapi dengan baik.
Di daerah Lipis seramai 23 orang telah dipindahkan ke pusat
pemindahan semalam.
a. Dua daerah yang telah membuka pusat penempatan sementara
mangsa banjir ialah
_______________________________________________
[1 markah]
b. Amaran peringkat kuning bermaksud ____________________
_______________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
[2 markah]
c. Sebutkan dua bencana alam lain yang boleh berlaku ketika hujan
lebat?
i. _____________________________________________
ii. _____________________________________________
[2 markah]
d. Pada pendapat kamu, apakah persediaan awal yang perlu
dilakukan jika kawasan tempat tinggal kita terletak di kawasan
banjir?
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
[2 markah]
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.
Anak kepada pasangan panda gergasi, Liang Liang dan Xing Xing,
yang dipertontonkan kepada umum mulai semalam akan menjadi
tarikan baharu keoada pengunjung Zoo Negara. Anak panda gergasi
yang dilahirkan pada 18 Ogos lalu, dipertontonkan di bilik bayi selama
satu jam setiap hari, iaitu dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Anak panda itu dijangka mampu meningkatkan jumlah
pengunjung sehingga 25 peratus. Sekiranya kementerian dan Zoo
Negara meningkatkan promosi melalui pelbagai medium, khususnya
akhbar dan televisyen, peningkatan pelancong mungkin lebih daripada
jangkaan itu. Dalam tempoh sepuluh bulan pertama tahun 2015,
seramai 403, 158 orang telah mengunjungi Zoo Negara. Pertandingan
menamakan anak panda berkenaan telah dilancarkan oleh Zoo Negara
dan tarikh tutup pertandingan itu ialah pada 17 Disember 2015.
a. Sekiranya kamu ingin berkunjung ke Zoo Negara untuk melihat
anak panda itu, kamu dicadangkan untuk datang sebelum jam
3.30 petang kerana
_______________________________________________
[2 markah]
b. Sekiranya kamu diberi peluang untuk menamakan anak pasangan
panda tersebut, apakah nama yang akan kamu beri dan
terangkan mengapa kamu memilih nama itu?
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
[2 markah]
c. Selain akhbar dan televisyen, apakah bentuk promosi lain yang
boleh menambah jumlah pengunjung ke Zoo Negara kita?
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
_______________________________________________
_______________________________________________
[2 markah]
Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.
Perlumbaan burung atau bird race ialah pertandingan menjejak,
mengenali dan menamakan spesies tersebut. Mereka yang
menyertainya memang memerlukan kesabaran tinggi selain perlu
memiliki kelengkapan secukupnya seperti teropong untuk menjejak
dan mengintai burung yang bertenggek di ranting pokok.
Peserta perlu bersabar kerana bukan semua spesies burung
yang dicari boleh muncul di depan mata dengan mudah. Ada yang
memerlukan masa yang lama untuk menunggunya datang. Bukit Fraser
merupakan salah satu lokasi pertandingan ini dan telah menjadikannya
sebagai acara tahunan. Pertandingan tersebut berjaya menarik minat
pencinta alam dan pengembara dari dalam dan luar negara.
Taman Negara Pahang merupakan lokasi baru pertandingan ini
dan dikatakan terdapat lebih 300 spesies burung dengan hampir 50
peratus daripadanya ialah burung hijrah. Antara tujuh burung hijrah
yang dikenal pasti singgah di Taman Negara ini ialah bangau kendi,
lang baza, berek-berek tadah hujan dan burung punai yang boleh
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
ditemui di kawasan lembab dan pokok berbuah di hutan hujan tropika
itu.
a. Apakah maksud bertenggek? [1 markah]
_______________________________________________
b. Senaraikan dua aktiviti yang perlu dilakukan oleh peserta
perlumbaan burung?
i. _____________________________________________
ii. _____________________________________________
[2 markah]
c. Nilai positif yang perlu ada pada peserta perlumbaan burung
ialah __________________________________________ .
[2 markah]
d. Pada fikiran kamu, mengapakah terdapat burung yang berhijrah
ke kawasan Taman Negara Pahang?
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
[2 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 20
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Kertas 2 (Penulisan)
Bahagian A (10 Markah)
Gambar di bawah menunjukkan hari keluarga yang diadakan di tempat
tinggal anda.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang sambutan hari keluarga
tersebut.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 21
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B (15 Markah)
Carta di bawah menunjukkan amalan makan yang baik.
Tulis ulasan tentang amalan atau cara makan yang baik dalam satu
perenggan. Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80
patah perkataan.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 22
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian C (25 Markah)
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab hanya satu soalan sahaja.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah
perkataan.
Soalan 1
Syarahan
Panduan Mengarang
1. Syarahan biasanya disampaikan dalam sesuatu perhimpunan atau
pertandingan. Syarahan berbeza dengan ucapan kerana syarahan
bertajuk.
2. Syarahan bermula dengan kata-kata aluan dan pengenalan tajuk.
3. Isi syarahan lebih kurang sama dengan karangan jenis fakta tetapi
panggilan dimasukkan ke dalam syarahan. Anda juga boleh
mengemukakan soalan semasa bersyarah.
4. Penanda wacana digunakan dalam karangan jenis ini.
5. Karangan ini berakhir dengan kata-kata yang mengatakan syarahan
anda berakhir dan diikuti dengan ucapan terima kasih.
Karangan Contoh:
Kamu terpilih mewakili sekolah dalam satu pertandingan syarahan di
peringkat daerah. Tajuk yang kamu pilih ialah “Cara-cara Memupuk
Semangat Kejiranan”. Sediakan teks ucapan syarahan kamu itu
selengkapnya.
Yang Dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pegawai
Pendidikan Daerah Gombak, guru-guru besar, barisan hakim yang adil,
guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian. Selamat pagi dan salam
sejahtera.
Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan sebuah
syarahan bertajuk “Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan”.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 23
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Jiran secara umumnya ialah orang yang tinggal bersebelahan
atau berdekatan dengan kita. Oleh sebab kedudukan yang
berdekatan, kita harus menjalinkan semangat kejiranan.
Hadirin yang dikasihi,
Bagi mewujudkan semangat kejiranan, kita perlu bersikap
rendah diri. Hal ini bermakn sesama jiran janganlah bermegah
terhadap apa yang kita miliki. Mungkin kita banyak wang, usahalah
menunjuk-nunjuk dengan apa yang kita miliki sehingga menyebabkan
mereka jauh hati.
Kita perlu bersikap prihatin terhadap masalah jiran kita secara
berterusan. Walaupun sibuk mengadu untung, jika ada masa,
bertanyalah khabar, Janganlah sekadar melafazkan “hai” apabila
bertemu bagaikan kera sumbang.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Pada hari perayaan, lakukanlah upacara kunjung-mengunjung.
Tidak kira sama ada Aidilfitri atau Tahun Baharu Cina, kunjungan ini
dapat mengeratkan tali persahabatan. Jika tahun ini kita menerima
kedatangan mereka, pada hari perayaan akan datang, jangan lupa pula
ke rumah mereka.
Aktiviti kejiranan seperti hari keluarga perlu diadakan. Mereka
yang tinggal di bandar sering diburu waktu. Justeru, aktiviti seperti
ini diharapkan dapat mengeratkan tali silaturahim. Pelbagai acara
dapat diadakan seperti pertandingan mewarna, sukaneka, aktiviti
sukan dan sebagainya.
Demikianlah serba sedikit cara memupuk semangat kejiranan.
Sebagai penutup bicara, dengarlah serangkap pantun daripada saya:
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 24
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Kemesraan padu tidak rapuh,
Jika boleh kekal lama;
Semangat kejiranan perlu diteguh,
Untuk faedah kita bersama.
Sekian, terima kasih.
Latihan
Kamu diminta menyampaikan syarahan kepada ahli-ahli Persatuan
Bahasa Inggeris di sebuah sekolah. Tajuk syarah yang ditetapkan
ialah “Faedah-faedah Menguasai Bahasa Inggeris”. Sediakan teks
syarahan kamu itu.
Pendahuluan : Kata alu-aluan
tajuk
memberi salam
Isi 1 : -bahasa Inggeris bahasa antarabangsa
-diajar sejak mula bersekolah lagi
-merupakan bahasa ilmu
-banyak buku rujukan dalam bahasa Inggeris
-membolehkan kita menambahkan pengetahuan
Isi 2 : -peluang melanjutkan pelajaran di luar negeri
-pengajaran dan pemelajaran dalam bI
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 25
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
-berurusan / berkomunikasi dengan mereka
dalam bI
-secara tidak langsung, menambahkan kenalan
Isi 3 : -menambahkan peluang mencari pekerjaan
-berkeupayaan berurusan dengan mana-mana
negara
-boleh memahami dokumen penting / kontrak
-tidak ditipu orang
Isi 4 : -menambahkan cara berhibur
-memahami bahan bacaan bI
-memahami rancangan dan lagu bI
-menyertai aktiviti yang dikendalikan dalam bI
Isi 5 : -galakkan hadirin menguasai bI
-banyak faedahnya
-rendah hati untuk mempelajari bI
Penutup : -Penutup bicara / terima kasih / pantun
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 26
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 2 :
Maksud pantun di atas ialah kita harus sentiasa berterima kasih dan
mengenang budi.
Berdasarkan maksud pantun di atas tulis sebuah cerita tentang sikap
berterima kasih dan mengenang budi.
(Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 27
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Rampaian Bahasa
Simpulan Bahasa
1. Mabuk cendawan : Dilamun cinta sehingga terganggu
fikiran
2. Mabuk darah : a. fikiran tidank menentu apabila
melihat darah
b. suka mencederakan orang
3. Mabuk kepayang : Mabuk cendawan
4. Mabuk laut : Pening dan muntah-muntah dalam
pelayaran
5. Mabuk tahi telinga : Menjai bingung kerana mendengar
bermacam-macam percakapan orang
6. Mabuk udara : Pening dan muntah-muntah dalam
penerbangan
7. Mahkota hati : Kekasih
8. Makan angin : Melancong
9. Makan angkat : Suka dipuji
10. Makan besar : Jamuan makan minum
11. Makan dalam : Pendiam dan banyak berfikir atau
memendamkan perasaan
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 28
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
12. Makan darah : Mengambil keuntungan dengan berlebih-
lebihan
13. Makan duit : a. rasuah
b. membelanjakan wang majikan untuk
sendiri
14. Makan gaji : Bekerja untuk orang lain
15. Makan garam : Orang yang sudah berumur dan banyak
pengalaman
16. Makan hati : Amat dukacita akibat perbuatan orang
yang dikasihi
17. Makan kawan : Menyusahkan kawan sendiri
18. Makan suap : Rasuah
19. Makan tanggung : Hidup di bawaah jagaan seseorang
20. Makan tidur : Hidup tanpa membuat apa-apa pekerjaan
21. Makan tuan : Menganiaya atau mencelakakan tuannya
sendiri
22. Malam buta : Larut malam
23. Malu-malu kucing : Pura-pura malu
24. Mandi darah : Berlumuran darah
25. Mandi kerbau : Mandi yang tidak bersih
26. Mandi peluh : Membuat kerja sehingga berpeluh-peluh
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 29
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
27. Manis buah : Rasa makanan yang manis sedikit sahaja
28. Manis muka : Muka yang selalu tersenyum
29. Masuk akal : Munasabah, boleh diterima
30. Masuk campur : Mengambil tahu hal orang lain
31. Masuk daun : Mendapat peluang yang baik atau
sesuatu yang pasti akan berhasil
32. Mata air : Kekasih
33. Mata duitan : Orang yang tamakkan wang atau
mengutamakan wang
34. Mata kayu :Buta huruf
35. Mata keranjang : Lelaki yang suka melihat perempuan
36. mati berangan : Mati bukan kerana penyakit (rindu,
sedih)
37. Mati katak : Kematian yang tidak dipedulikan oleh
sesiapa
38. Mengadu untung : Mencari nafkah hidup; mencuba nasib
39. Menjolok mata : Perbuatan yang tidak sedap dipandang
40. Muka bantal : Tidak tahu malu
41. Muka tebal : Muka bantal
42. Muka tembok : Muka bantal
43. Musuh dalam selimut : Musuh dalam kumpulan sendiri
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 30
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Kata Ganda
1. bermaaf-maafan : saling memaaf dan meminta maaf
2. termengah-mengah :tercungap-cungap
3. mentah-mentah : belum masak
4. moga-moga : diharap
5. muda-mudi : orang muda
6. mudah-mudahan : moga-moga
7. mundar-mandir : berulang-alik di sesuatu tempat
8. oleh-oleh : buah tangan
9. berombak-ombak : berbentuk ombak
10. olok-olok : yang tidak benar
Perkataan Banyak Makna
1. rekah
A. retak : Buah durian yang rekah itu tidak boleh
dijual.
B. mula berkembang :Bunga ros Puan Lina sudah mula rekah.
2. rela
A. sudi : Saya rela membantunya dalam apa jua
keadaan.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 31
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. ikhlas : Derma mestilah dihulurkan dengan
penuh rela.
C. senang hati : Dia rela akan perbuatan isterinya.
3. rendah
A. tidak tinggi : Pokok kelapa mawar rendah sahaja.
B. sedikit : Projek itu menggunakan perbelanjaan
yang rendah.
C. lembut : Mereka bercakap dengan suara yang
rendah supaya tidak mengganggu orang
lain
D. tidak sombong : Amir yang rendah hati disenangi kawan-
kawannya.
E. kurang baik : Barangn yang bermutu rendah patut
dipulaukan
4. renung
A. tatap : Dia merenung wajah ibunya
B. jenguk : Dia merenung keluar tingkap sambil
mengeluh panjang.
C. fikir : Renunglah nasihat gurumu.
5. ringan
A. tidak berat : Kertas itu ringan sahaja.
B. mudah : Dia hanya diberi kerja-kerja yang
ringan sahaja..
C. tidak penting : Masalah itu ringan sahaja, janganlah
bimbang.
D. tidak terlalu bahaya : Mangsa kemalangan mengalami
cedera ringan sahaja.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 32
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. tidak banyak : Tugasnya semakin ringan setelah
dibantu adiknya.
F. ringkas : Jamuan ringan akan diadakan untuk para
tetamu.
6. rosak
A. tidak berfungsi : Jam tngan ayah sudah rosak semalam.
B. busuk : Buah mempelam itu sudah rosak.
C. ternganggu : Rancangan Gheeta rosak setelah
majikannya masuk campur.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 33
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Perkataan Hampir Sama Makna
A. Cara Menggigit / makan
1. menggigit : menggigit benda dengan dua barisan gigi
depan
2. mengunyah : menggigit dengan semua gigi sehingga hancur,
memamah
3. menggerit : menggigit sedikit-sedikit dengan gigi depan
(tikus)
4. memagut : menggigit dengan cepat (ulat)
5. mematuk : mencederakan dengan paruh/mulut yang
muncung (burung, ular)
7. membaham : makan dengan gelojoh (harimau membaham
kambing)
8. memamah : mengunyah
9. menggongong : memegang pada mulut dengan menggigit
B. Membersihkan
1. mengelap : mengeringkan dengan kain / kertas tisu
2. menggosok : menggeserkan sesuatu pada benda lain (kasut,
baju)
3. menggilap : menggosok supaya berkilat
4. mengilatkan : menjadikan kilat
B. Menjahit
1. menganyam : menyusun secara bersilang-silang/berjalin
(tikar, sarung ketupat)
2. menenun : membuat kain daripada benang
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 34
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. menyulam : menjahit perhiasan pada kain (menyulam
corak bunga)
4. menekat : menyulam
5. memilin : memintal tali supaya berjalin
Pepatah Melayu
1. Ditumbuk dikisar baru lumat
Maksud : Dengan usaha yang bersungguh-sungguh sahaja dapat
mencapai kejayaan
Contoh : Untuk mencapai kejayaan, amalkanlah sikap seperti
ditumbuk dikisar baru lumat.
2. Gajah-sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-
tengah
Maksud : Apabila orang yang berkuasa berselisih faham, orang
yang di bawah atau orang kebanyakan akan mendapat
kesusahan
Contoh : Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di
tengah-tengah, begitulah keadaan jika pemimpin kita
berebut kuasa.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 35
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Harapkan pagar, pagar makan padi
Maksud : Orang yang kita harapkan telah menderhaka kepada kita
Contoh : Anak tirinya yang diharapkan untuk menjaga hartanya
telah mengkhianatinya, bak kata pepatah harapkan
pagar, pagar makan padi
4. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan
Maksud : Seseorang yang mendengar ada keuntungan besar, yang
sedikit ada padanya dihabiskan.
Contoh : Jangan diharapkan burung terbang tinggi, punai di
tangan dilepaskan kerana kita yang akan rugi.
5. Hidup pokok biar berbuah, hidup manusia biar berjasa
Maksud : Setiap orang hendaklah berbuat baik semasa
hidupnya.
Contoh : Semasa memberikan ceramah motivasi, Encik Fazil
selalu berkata, hidup pokok biar berbuah, hidup
manusia biar berjasa
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B07 36
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my