pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia sekolah … · 2020. 8. 17. · soalan 7-8...
TRANSCRIPT
-
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Modul PT3
SM 211
Nama : _____________________________
-
Format Bahasa Melayu PT3
Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)
Bahagian A: (20%)
20 Soalan aneka pilihan
a. Sistem bahasa b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)
Bahagian B: (25%)
Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)
Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)
Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)
Bahagian C: (15%)
Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada
2)
Kertas 2 : 40% (1 jam)
Bahagian A: (10%)
Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)
Bahagian B: (30%)
Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Sistem Bahasa
Bahagian A :
A. Pengimbuhan
Pengimbuhan – merupakan proses yang menggandingkan imbuhan pada sesuatu kata
dasar.
Imbuhan Awalan
• awalan kata nama pe
pem
pen
peng
peng
: penyampai
: pembangkang
: pencadang
: pengganas
: pengecat
pel
ke
juru
maha
tata
: pelajar
: ketua
: jurubahasa
: maharaja
: tatatertib
pra
sub
supra
eka
dwi
: pramoden
: subkontraktor
: supranasional
: ekamatra
: dwibahasa
• awalan kata kerja me
mem
men
meng
menge
memper
: melawat
: membasuh
: mendengar
: menggaru
: mengelap
: memperkuat
ber
be
bel
ter
di
diper
: bercuti
: berantai
: balajar
: terbalik
: dijahit
: diperkemas
• awalan kata adjektif ter : terlaju
te : terancak
se : secantik
Imbuhan Akhiran
• akhiran kata nama an
wan
man
wati
: minuman
: karyawan
: budiman
: olahragawati
isme
in
at
ah
: kapitalisme
: hadirin
: muslimat
: sultanah
• akhiran kata kerja kan : ambilkan i : contohi
Program Bahasa Melayu Edubest - SM211_PT3_2020 1
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Imbuhan Apitan
• apitan kata nama pe…an
pem…an
pen…an
peng…an
penge…an
per…an
pel…an
ke…an
: pelabuhan
: pemprosesan
: pendamaian
: penggunaan
: pengeboman
: pertanian
: pelajaran
: kedaulatan
Latihan:
Soalan 1-4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Datuk Sharifah Mazlina dijangka memulakan ____________ menawan kutub utara menjelang pertengahan tahun ini.
A. perkembangan B. pengembaraan C. pemodenan D. pembangunan
2. Sebagai mengenang jasa para ____________, anugerah khas telah diwujudkan dalam majlis anugerah itu.
A. sasterawan B. seniman C. peragawan D. angkasawan
Soalan 3-6
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama A, B, atau
C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
3. Gerobok itu merupakan barang antik yang berharga. Tiada kesalahan. A B C D
4. Langit rumahnya berjelaga kerana menggunakan pelita minyak tanah. Tiada A B C D
kesalahan.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM211_PT3_2020 2
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
5. Rumah nenek telah diperbesarkan oleh Pak Usu. Tiada kesalahan. A B C D
6. Berapa orang penduduk negara jiran telah dijangkiti virus selsema burung. A B C
Tiada kesalahan.
D
Soalan 7-8
Pilih ayat-ayat yang betul.
7. I Amri berasa bimbang jika dia dilucutkan jawatan. II Menjelang Hari Deepavali, Yoges membersihkan rumahnya.
III Sebagai tentera, Azman perlu bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja.
IV Cikgu Yunus seorang para guru yang berdedikasi.
A. I, II, dan III sahaja B. II, III, dan IV sahaja C. I, II, dan IV sahaja D. I, III, dan IV sahaja
8. I Warga negara asing yang bertugas di Malaysia dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan sebulan sekali.
II Hasil penat lelah bekerja selama dua puluh tahun, akhirnya dia berjaya
memegang jawatan tertinggi dalam syarikat itu.
III Mehran menyedari kehilangan alat tulis yang diletakkan di dalam begnya
semasa dia pulang dari tandas.
IV Kapal terbang itu terhempas tidak jauh dari kediaman orang ramai.
A. I, II, dan III sahaja
B. II, III, dan IV sahaja
C. I, II, dan IV sahaja
D. I, III, dan IV sahaja
B. Penggunaan Kata Dalam Ayat
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan
tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
1. I Operasi kilang itu masih lagi berjalan seperti biasa walaupun pengurus
besarnya telah meninggal dunia.
II Semua persiapan untuk menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan sedang berjalan
lancar.
III Dia bercadang untuk berjalan ke kampungnya pada Hari Raya akan datang.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM211_PT3_2020 3
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
IV Para pelajar dilarang berjalan di atas rumput yang baru ditanam itu.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II, dan IV
D. I, II, III, dan IV
2. I. Dia sengaja mencari nahas dengan membuat bising semasa guru-guru
sedang bermesyuarat.
II Kemalangan udara itu merupakan nahas paling buruk dalam sejarah negara tersebut.
III Perniagaannya ditimpa nahas kerana kegagalannya untuk mengawal perbelanjaan
pada setiap bulan.
IV Sebanyak lima orang nahas dalam kemalangan pada pagi itu.
A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I, II, III, dan IV
3.
I Hanya Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa untuk membubarkan
Parlimen.
II Dia menggunakan kuasa yang ada padanya untuk membatalkan keputusan
itu.
III Robot itu berfungsi dengan menggunakan kuasa tenaga yang amat tinggi.
IV Penjana kuasa itu menggunakan bahan api yang tidak berbahaya kepada kesihatan
manusia.
A. I sahaja
B. II sahaja
C. I, II, dan IV
D. I, II, III, dan. IV
C. Memilih Frasa Yang Betul
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika
tiada kesalahan.
1. Makanan yang utama untuk penduduk rantau ini ialah nasi atau bubur nasi yang dimakan dengan lauk dan sayur-sayuran.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM211_PT3_2020 4
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
A. Makanan yang terutama penduduk rantau ini B. Makanan utama penduduk rantau ini C. Makanan yang paling terutama untuk penduduk rantau ini D. Makanan yang utama untuk penduduk rantau ini
2. Hakim mendapat lelaki itu salah berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa raya.
A. mendapat lelaki itu bersalah B. mendapati lelaki itu bersalah C. mendapati lelaki itu salah D. mendapat lelaki itu salah
3. Permusuhan di antara kedua keluarga itu telah berlarutan selama dua generasi.
A. Permusuhan di antara kedua-dua buah keluarga B. Permusuhan antara kedua buah keluarga C. Permusuhan antara kedua-dua buah keluarga D. Permusuhan di antara kedua keluarga
D. Memilih Ayat Yang Betul
Pilih ayat-ayat yang betul.
1. I Dia bercadang untuk memperbesar perniagaannya bagi menampung keperluan para
pelanggannya yang semakin bertambah.
II Segala usaha-usahanya selama ini mula membuahkan hasil.
III Kepulangan anak kesayangannya di luar negara memberikan tenaga baru kepada
orang tua itu.
IV Pertemuan antara kedua-dua orang sahabat lama itu amat mengharukan.
A. I dan IV
B. II dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
2. I Sikapnya yang mula berubah menimbulkan syak wasangka dalam hati
bapanya.
II Jam yang rosak itu telah dibaiki oleh saya pagi tadi.
III Kemerosotan mutu sukan negara terus menjadi tanda tanya kepada para peminat
Program Bahasa Melayu Edubest - SM211_PT3_2020 5
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
sukan tanah air.
IV Perasaannya yang membara mula reda setelah melihat wajah cucunya yang comel
itu.
A. I dan II
B. II dan IV
C. I, III, dan IV
D. I, II, III, dan IV
3. I Hanya segelintir kecil pelajar di sekolah itu sahaja yang membawa motosikal ke
sekolah.
II Peranan yang dimainkan oleh Tuk Penghulu bagi meningkatkan taraf hidup
penduduk kampung itu harus dipuji.
III Pertandingan lumba basikal itu terpaksa dibatalkan selepas kemalangan yang
mengerikan itu.
IV Mereka menjadi contoh pasangan bahagia pada masyarakat kampung itu.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II, dan III
E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang
paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.
1. Keadaan tumbuhan semula jadi sesuatu tempat amat bergantung pada keadaan cuaca serta kedudukannya.
A. Pergantungan pada keadaan cuaca serta kedudukannya menentukan keadaan tumbuhan semula jadi di sesuatu tempat.
B. Keadaan cuaca serta kedudukannya menentukan tumbuhan semula jadi di sesuatu tempat.
C. Keadaan cuaca dan tumbuhan semula jadi sesuatu tempat amat bergantung pada kedudukan sesuatu tempat.
D. Cuaca serta kedudukannya amat bergantung pada keadaan tumbuhan semula jadi pada sesuatu tempat.
2. Mereka yang berbadan gemuk dan kurang bersenam lebih mudah diserang penyakit jantung berbanding dengan orang biasa.
A. Hanya orang yang berbadan gemuk dan tidak bersenam akan menghadapi masalah
Program Bahasa Melayu Edubest - SM211_PT3_2020 6
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
penyakit jantung.
B. Risiko penyakit jantung adalah lebih tinggi bagi orang yang gemuk dan kurang bersenam jika dibandingkan dengan orang biasa.
C. Penyakit jantung merupakan sejenis penyakit yang hanya akan menyerang orang yang berbadan besar dan tidak bersenam.
D. Orang biasa tidak terdedah kepada penyakit jantung kerana penyakit ini hanya menyerang mereka yang berbadan gemuk dan tidak bersenam.
3. Usaha membebaskan tebusan itu tidak berhasil kerana ketiadaan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.
A. Usaha membebaskan tebusan itu gagal kerana semua pihak yang terlibat tidak mahu melibatkan diri secara serius.
B. Tebusan itu tidak dapat dibebaskan kerana mereka tidak mahu bekerjasama dengan mereka yang terlibat.
C. Ada pihak yang tidak mahu bekerjasama untuk membebaskan tebusan itu. D. Ketiadaan kerjasama daripada mereka yang terlibat menyebabkan usaha
membebaskan tebusan itu tidak berhasil.
F. Peribahasa
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.
1 Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.
A bagai aur dengan lebung
B bagai pinang dibelah dua
C bagai kacang lupakan kulit
D seperti anjing dengan kucing
2 Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu _____
A seperti api dalam sekam
B seperti gajah masuk kampung
C bagai Belanda meminta tanah
D bagai menatang minyak yang penuh
3 Lee dikatakan _____ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh
kawannya.
A bagai itik pulang petang
B bagai kera dapat bunga
C bagai bertepuk sebelah tangan
D bagai menatang minyak yang penuh
( / )
Program Bahasa Melayu Edubest - SM211_PT3_2020 7
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Bahagian B
1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan tatabahasa:
• Kata tugas
• Ayat
• Istilah
• Imbuhan
• Hukum DM
Ayat Jenis Kesalahan
Tatabahasa
(i) Penghulu Mahat mengharapkan kerjasama dari penduduk
untuk menjayakan projek pembinaan.
__________________________________________________
(ii) Damia memasukkan alat tulis–alat tulis yang
digunakannya ke dalam bekas pensel selepas
menggunakannya.
__________________________________________________
(iii) Puan Margerat mencantas pokok bunga pada halaman
rumahnya supaya kelihatan lebih kemas.
__________________________________________________
(iv) Encik Albert mengambil masa selama dua setengah jam
untuk menyiapkan replika bangunan lama itu .
__________________________________________________
( /8)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM211_PT3_2020 8
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
2. Dalam petikan di bawah terdapat kesalahan Kenal pasti kesalahan-kesalahan dan
tulis yang pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan
itu semula.
Jenis kesalahan ejaan:
• Kata majmuk
• BA →BM
• Vokal (a e i o u)
• Tanda baca (Aa / “ ” / - )
• Imbuhan (gg & kk)
Ayat Jenis Kesalahan
Ejaan
(i) Industri kraftangan mempunyai potensi besar di negara kita
meskipun menghadapi pelbagai masalah.
_________________________________________________
(ii) Adik sangat gembira apabila ibu membelikan bag sekolah
bahari untuknya.
_________________________________________________
(iii) Hutandi negara kita kaya dengan kayu kayan yang sangat
berharga.
_________________________________________________
( /3)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM211_PT3_2020 9
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
3 Nyatakan pola ayat untuk ayat-ayat berikut.
Pola ayat :
FN + FN
FN + FK
FN + FS
FN + FA
(i) Hadiah itu daripada Abang Haikal.
_____________________________________________________________________
(ii) Kanak-kanak itu berlari-lari di taman permainan.
_____________________________________________________________________
(iii) Encik Ahmad pengurus di Syarikat Setia Jaya.
_____________________________________________________________________
(iv) Rumah Encik Ramesh paling besar di kapung ini.
_____________________________________________________________________
(v) Murid-murid menjalani latihan bola sepak.
_____________________________________________________________________
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM211_PT3_2020 10
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan pasangan gambar di bawah,
tulis peribahasa yang sesuai.
( /4)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM211_PT3_2020 11
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Kertas 2
Masa: 2jam
A. Ulasan (15%)
Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut. Tulis ulasan yang
panjangnya antara 80 sehingga 100 patah perkataan.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM211_PT3_2020 12
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit
Berdasarkan gambar di bawah, tulis sebuah karangan pendek tentang kes buli yang
melibatkan pelajar di sekolah. Panjang karangan anda adalah antara 50 hingga 80
patah perkataan.
Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest - SM211_PT3_2020 13
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
C. Karangan Umum (30%)
Karangan Jenis Fakta
Petua Menulis Karangan Jenis Fakta
1. Karangan jenis ini menghendaki anda mengemukakan isi dengan fakta yang benar, logis, dan menepati kehendak soalan.
2. Oleh itu anda harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi, sejarah, geografi, ekonomi, perdagangan,
kebudayaan, keagamaan, dan sebagainya.
3. Sebelum menulis karangan jenis ini, pastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang cukup tentang topik yang dikemukakan.
4. Karangan jenis fakta mempunyai ciri-ciri yang berikut: a) memberikan petunjuk dan arahan
b) menerangkan bagaimana proses sesuatu perkara itu terjadi
c) menerangkan sesuatu peraturan
d) tidak berbentuk khayalan
5. Pada umumnya, soalan-soalan peperiksaan menghendaki anda memberikan
fakta-fakta tentang isu, tema, peranan sesuatu pertubuhan, pelaksanaan sesuatu
kempen oleh kerajaan, dan sebagainya.
6. Gunakanlah bahasa yang jelas, tepat, dan mudah difahami oleh pemeriksa.
Contoh Karangan:
Rancangan kartun memberikan pelbagai kesan terhadap perkembangan kanak-kanak.
Nyatakan pendapat anda tentang perkara ini.
Sejak belakangan ini, kita mendapati bahawa rancangan hiburan kartun semakin
banyak ditayangkan di televisyen. Hal ini berlaku kerana rancangan kartun menjadi
pilihan penonton terutamanya kanak-kanak. Rancangan kartun meninggalkan pelbagai
kesan terhadap penonton terutamanya remaja dan kanak-kanak. Antara rancangan
kartun yang popular di televisyen ialah "Doraemon", "Pokemon" "Dragon Ball",.
Antara kesan utama pengaruh kartun terhadap kanak-kanak ialah rancangan ini
mempengaruhi dan tingkah laku mereka. Hal ini kerana kanak-kanak masih mentah
dan tidak mampu untuk membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Oleh itu,
mereka mudah meniru aksi watak kartun tersebut. Selain itu, minda mereka juga
dipengaruhi kerana rancangan kartun yang mengandungi unsur-unsur ganas, tahyul
Program Bahasa Melayu Edubest - SM211_PT3_2020 14
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
dan khayalan yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Misalnya mereka
bertindak ganas terhadap rakan sebaya mereka sehingga menyebabkan kecederaan.
Selain itu, ketagihan menonton rancangan kartun akan menyebabkan kanak-
kanak terutamanya murid sekolah mengabaikan pelajaran mereka. Keadaan ini akan
menyebabkan prestasi akademik mereka terjejas. Tambahan pula jika kanak-kanak ini
dibiarkan menonton rancangan kartun terlalu lama tanpa_ kawalan ibu bapa. Oleh itu,
mereka tidak mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah.
Di samping itu, rancangan kartun juga akan mempengaruhi penguasaan bahasa
pelajar. Terda sesetengah rancangan kartun yang mengandungi kata-kata yang tidak
sesuai untuk kanak-kanak. Oleh itu, kanak-kanak akan menggunakan bahasa yang
salah kerana mereka ingin meniru watak kartun yang diminati. Selain itu, rancangan
kartun juga menayangkan gambar animasi yang boleh dianggap lucah terutamanya
rancangan kartun yang dibawa dari luar negara. Contohnya kartun "Doraemon",
"Dragon Ball" dan sebagainya.
Jelaslah bahawa rancangan kartun yang banyak disiarkan oleh stesen televisyen
pada hari ini meninggalkan impak negatif terhadap penonton terutamanya kanak-
kanak. Maka ibu bapa harus memainkan peranan mereka dalam menentukan
pemilihan rancangan yang sesuai ditonton oleh anak-anak mereka. Selain itu, kerajaan
juga sepatutnya mengehadkan rancangan kartun terutamanya rancangan kartun yang
diimport.
Latihan:
1. Prestasi sukan Negara pada peringkat antarabangsa semakin merosot. Pada
pendapat anda, apakah punca-punca kemerosotan mutu sukan negara ?
2. Belakangan ini, kanak-kanak dan remaja semakin ketagihan gajet seperti
telefon bimbit. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh
diambil untuk membetulkan fenomena ini ?
Program Bahasa Melayu Edubest - SM211_PT3_2020 15
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my