pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ...€¦ · program bahasa malaysia sekolah...

24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Modul PT3 SM 105 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

28 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Modul PT3

SM 105

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

Format Bahasa Melayu PT3

Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%)

20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)

Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada

2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

Sistem Bahasa

Bahagian A

A. Golongan Kata

Kata Seru & Kata Tanya

Kata Seru

Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan

dan digunakan dalam ayat seruan.

Kata Seru:

Aduh – kurang selesa

Aduhai – hampa / malang / kagum

Amboi – sindir/ kagum

Ah – menolak sesuatu secara marah

Cis – marah

Eh – terkejut

Hai – menegur / terkejut / kecewa

Oh – menyeru (doa) / terkejut / menandakan faham

Nah – memberikan/ menghulurkan sesuatu

Syabas / Tahniah- menguacpkan tahniah

Wah – kagum

Wahai – menyeru orang

Contoh ayat:

Aduh, sakitnya kakiku!

Wah, cantiknya baju dia!

Syabas, awak telah berjaya!

Kata Tanya

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan atau menyoalkan

sesuatu.

Kata tanya :

Apa - benda

Bagaimana - cara

Berapa- bilangan

Bila - masa

Di mana- tempat

Dari mana – asal tempat

Ke mana – tempat yang ditujui

Kenapa / Mengapa - sebab

Siapa- orang / nama orang

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.

Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan

hendaklah disertai partikel –kah.

Contoh ayat:

Harga baju itu berapa?

Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?

Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya iaitu

apa, siapa, dan mana.

Soalan:

Set A:

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. , kauterimalah tumbukanku yang berbisa ini!" kata pendekar itu.

A. Eh

B. Oh

C. Nah

D. Wah

2. , malangnya nasibku ini!" keluh pengemis itu seorang diri.

A. Aduh

B. Wahai

C. Amboi

D. Aduhai

3. Sejak kah kamu sudah pandai mengadu?

A. apa

B. bila

C. mana

D. mengapa

4. , berani sungguh engkau memper-main-mainkan kami!

A. Hai

B. Cis

C. Aduh

D. Aduhai

5. ___ anak-anakku, berbaktilah kepada bangsa dan negara!

A. Amboi

B. Wahai

C. Syabas

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

D. Aduhai

6. __ kah kamu datang lewat ke sekolah pada hari ini?

A. Bila

B. Mana

C. Siapa

D. Mengapa

7. kah kalian faham akan topik yang saya perkatakan tadi?

A. Apa

B. Ada

C. Bila

D. Mana

8. “ harikah abang akan berpergian?" soal Puan Haliza kepada suaminya.

A. Bila

B. Siapa

C. Mana

D. Berapa

Set B:

Soalan 1 hingga Soalan 4

Lengkaphan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. , kamu rupa-rupanya yang mengambil buku rujukan Sejarah saya

tempoh hari!" kata Razali kepada Samsul.

A. Oh

B. Eh

C. Cis

D. Wah

2. , malang sungguh nasibku semenjak suamiku meninggal dunia!

A. Aduh

B. Aduhai

C. Oh

D. Eh

3. , anda memenangi sebuah televisyen dalam Peraduan Gandakan

Wang Anda!

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

A. Amboi

B. Wah

C. Syabas

D. Aduhai

4. , tidak kuduga begini jadinya!

A. Oh

B. Ah

C. Wah

D. Nah

Soalan 5 dan Soalan 8

Pilih ayat-ayat yang betul.

5. I Nah, banyak engkau berbelanja hari ini, Lili!

II Eh, ke manakah hilangnya duit yang kuletakkan di atas meja tadi!

III Wah, inilah akibatnya jikalau tidak mendengar cakap ibu bapa!

IV Wahai Tuhanku, Engkau selamatkanlah anak-anakku!

A. I dan II

B. II dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

6. I Aduh, bisanya gigitan ular inil

II Amboi, lunaknya suara penyanyi itu!

III Wah, ada lipas di dalam beg saya!

IV Eh, sakitnya kepalaku ini!

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

7. I Amboi, engkau datang ke sini lagi!

II Wah, cantiknya pengantin perempuan itu!

III Cis, bila kau balik dari Pulau Pinang!

IV Wahai murid-murid sekalian, janganlah bermain-main ketika belajar!

A. I dan II

B. II dan IV

C. I, II dan IV

D. I, III dan IV

8. I Oh, sedih betul aku mendengar ceritamu itu!

II Nah, panasnya cuaca hari ini!

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

III Hai, lama kita tidak bersua!

IV Amboi, akhirnya aku berjaya!

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan III

D. III dan IV

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1. I Berkata Ali kepada Chong, "Chong, ibumu sakit. Sekarang dia berada di

hospital".

II "Janganlah awak berkata semasa luka awak ini saya balut," kata Ben kepada

Lim.

III "Beta akan mengampunkan kamu kalau kamu berkata benar," kata Sultan

Jaya.

IV "Kamu dapat berkata dalam bahasa Arab, Amin?" soal Ustaz Maliki.

A. I dan III

B. II dan IV

C. I, II, dan III

D. II, III, dan IV

2. I Kekosongan pejabat itu oleh penyewanya dilakukan secara berperingkat-

peringkat.

II Rumah itu terbiar kekosongan apabila pemiliknya berpindah ke bandar.

III Sehingga sekarang kekosongan jawatan pengurus itu belum diisi lagi.

IV Semenjak isterinya meninggal dunia, dia terasa kekosongan kini.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III, dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika

tiada kesalahan.

1. Selain membaca buku, mengumpul setem ialah hobi Hayati pada masa

lapang.

A. mengumpul setem adalah hobi

B. mengumpulkan setem adalah hobi

C. mengumpulkan setem ialah hobi

D. mengumpul setem ialah hobi

2. Wanita tua itu berjalan ke hulu dan ke hilir untuk mencari rumah anaknya.

A. hulu dan hilir

B. ke hulu dan hilir

C. ke hulu hilir

D. ke hulu dan ke hilir

3. Berlian yang diperagakan oleh peragawati-peragawati itu ditafsirkan berharga

lebih daripada RM1 juta.

A. ditafsirkan berjumlah lebih daripada RM 1 juta

B. ditaksirkan berharga lebih kurang RM1 juta

C. ditaksirkan bernilai lebih daripada RM1 juta

D. ditafsirkan berharga lebih daripada RM1 juta

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Aziah menghidangi kami kek yang dibuatnya sendiri.

II Haji Mahadi memarahi anak gadisnya kerana memakai pakaian yang mencolok

mata.

III Makin lama lagu-lagu yang dimainkan penyiar itu semakin rancak.

IV Kaum itu kerap berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

2. I Akan saya serahkan bukti-bukti itu kepada pihak polis secepat yang mungkin. II Banyak saranan yang penduduk kampung itu berikan kepada kami. III Perlawanan akhir skuasy itu menemukan dua orang jaguh dari Asia. IV Gowri memperlihatkan ukiran yang dibuatnya kepada rakan-rakannya.

A. I dan II

B. I dan IV

C. I, III, dan IV

D. II, III, dan IV

3. I Kecurangan pegawai itu diadukan orang bawahannya kepada pihak atasan.

II Ibu tua itu menangis apabila dilakukan seperti abdi oleh anaknya sendiri. III Buah-buah tembikai yang besar dan manis di dalam kotak-kotak itu. IV Orang itu berbisik, "Orang ini pada pelihatanku bukan sembarangan orang".

A. I dan III

a) I dan IV

b) I, II dan IV

c) I, II, III, dan IV

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.

1. Bekas penagih dadah itu menceritakan pengalamannya menagih dadah

kepada orang yang hadir dalam majlis ceramah itu tanpa rasa malu.

A. Bekas penagih dadah itu tidak malu untuk mengisahkan pengalamannya

menagih dadah kepada orang yang menghadiri majlis ceramah itu.

B. Bekas penagih dadah itu berceramah tentang pengalamannya yang tidak berasa

malu untuk menagih dadah.

C. Tanpa rasa malu, para peserta majlis ceramah mendengar cerita bekas penagih

dadah itu tentang pengalamannya menagih dadah.

D. Tanpa perasaan malu, bekas penagih dadah itu dapat menceritakan

pengalamannya menagih dadah kepada peserta ceramah.

2. "Jangan, budak itu jangan kalian perlakukan sedemikian rupa. Dia

kurang upaya. Sepatutnya, dia kalian bantu," kata Urip kepada Agus dan

Din.

A. Urip memarahi Agus dan Din kerana tidak membantu budak kurang upaya itu.

B. Urip melarang Agus dan Din membuli budak cacat itu dan mengingatkan

mereka bahawa budak seperti itu perlu dibantu.

C. Agus dan Din dinasihati Urip supaya membantu budak kurang upaya, bukan

menderanya.

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

D. Urip mengherdik Agus dan Din kerana membuli orang kurang upaya sedangkan

golongan itu sepatutnya dibantu.

3. Orang tua yang mendiami rumah bakti itu kebanyakannya berusia lebih

daripada 60 tahun.

A. Orang tua yang menghuni rumah bakti itu semuanya berusia lebih daripada 60

tahun.

B. Rumah bakti itu hanya dihuni oleh orang-orang tua yang berusia lebih daripada

60 tahun.

C. Rumah bakti yang sudah berusia 60 tahun lebih itu kebanyakannya dihuni oleh

orang tua.

D. Hampir semua orang tua yang tinggal di rumah bakti itu berumur tidak kurang

daripada 60 tahun.

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. Walaupun Aida asalnya seorang pelajar yang lemah, berkat usaha gigihnya

dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR. Sikap Aida itu

diibaratkan _________

________________

A. sehari selembar benang, lama-lama jadi kain

B. ke bukit sama di daki, ke lurah sama di turuni

C. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

D. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

2. Alimin berangan-angan hendak menjadi orang kaya dan hidup bahagia

sedangkan dia malas berusaha. Dia hanya mengharapkan kesenangan datang

kepadanya.

Perbuatannya ini diibaratkan

A. menantikan nasi disajikan ke lutut

B. menantikan kucing bertanduk

C. tanam padi, lalang yang tumbuh

D. yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

3. Pada mulanya Chai Meng berasa sukar untuk menguasai mata pelajaran Bahasa

Melayu. Berkat ketekunannya, dia berjaya mendapat markah yang baik dalam

mata pelajaran tersebut.

Usaha Chai Meng itu ibarat

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

A. alah bisa tegal biasa

B. seperti our dengan tebing

C. kacang lupakan kulit

D. sudah terang lagi bersuluh

( / )

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

Bahagian B:

1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak

perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat

Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa

(i) Pegawai itu beranggapan dengan mutu kerja perlu

ditingkatkan untuk memperoleh produktiviti yang tinggi.

(ii) Peserta seminar bahasa itu akan dibekalkan dengan

kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar

tersebut.

(iii) Beberapa kawasan pendalaman di Kelantan dinaiki air

akibat hujan yang terlalu lebat.

(iv) “Kamu berdua hendaklah sampaikan maklumat ini

kepada rakan-rakan kita yang tidak hadir agar mereka dapat

menyiapkan tugasan yang diberikan,” kata Cikgu Jalauddin

kepada Lili dan Ikhwan.

( /8)

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan

betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk

BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - )

Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan

(i) Peningkatan jumlah pengangguran akibat kelembapan

ekonomi golabal sudah tentu turut memberikan kesan kepada

ekonomi negara.

(ii) Hargailah masa sekarang untuk mencapai cita-cita yang

diidamkan kerana sesungguhnya masa itu tidak pernah

menunggu sesiapa.

(iii) “Saya tidak berapa minat dengan patung bentuk katunlah

kak,” kata Azfa Hanani kepada Kak Finaz.

( /3)

3. Tukar ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

Teknik : Kenal pasti :

Subjek : Ali / Saya / Mereka

Kata kerja : membaca

Objek : buku itu

Frasa sendi / hubung : di bilik

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

2. Tukar kedudukan subjek dan objek. Frasa sendi / hubung kekal di belakang

Nota : Subjek (orang) pihak pertama (saya & kami) dan kedua (kamu dan kalian)

tidak boleh guna “di…oleh”

Contoh : Saya membaca buku itu di bilik

Buku itu saya baca.

Hanya subjek pihak ketiga (dia & nama orang) guna “di…oleh”

Mereka membaca buku itu di bilik

Buku itu dibaca oleh mereka di bilik.

Latihan :

(i) Semua orang membantu ibu membersihkan rumah pada waktu pagi.

__________________________________________________________________

(ii) Murid sekolah menengah atas mengunjungi peerpustakaan untuk meminjam buku.

__________________________________________________________________

(iii) Gopal mengangkat batu itu degan mudah sekali.

__________________________________________________________________

(iv) Murid tadika itu menaiki van ke sekolah .

__________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

(v) Saya menyiapkan tugas ini sebelum tidur.

__________________________________________________________________

( /10)

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai

dengan gambar tersebut.

( /4)

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

Penulisan :

A. Ulasan (15%)

Lihat gambar tentang amalan menghormati orang tua di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan

maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga

100 patah perkataan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Lihat poster di bawah dengan teliti. Huraiakn pendapat anda tentang langkah-

langkah membentuk keluarga bahagia. Panjang karangan anda tidak melebihi 120

patah perkataan.

Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

C. Karangan Umum (30%)

Karangan Jenis Peribahasa

Petua Menulis Karangan Jenis Peribahasa

1. Karangan jenis ini menghendaki anda menjelaskan maksud peribahasa yang

dijadikan tajuk karangan anda.

2. Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud peribahasa

itu.

3. Karangan jenis ini dapat anda tulis dengan menggunakan teknik huraian atau

teknik cerita.

4. Jika anda memilih teknik huraian, anda perlu menjelaskan maksud peribahasa

tersebut serta sejarah terciptanya peribahasa itu dalam kalangan masyarakat.

5. Selain itu, jelaskan perkaitan antara peribahasa itu dengan kehidupan

masyarakat hari ini.

6. Untuk membuktikan bahawa anda faham akan maksud peribahasa itu, kaitkan

peribahasa itu dengan peribahasa-peribahasa lain yang mempunyai persamaan

maksud.

7. Jika anda memilih teknik cerita untuk menulis karangan jenis ini, maka cerita

itu hendaklah menjelaskan maksud peribahasa itu.

8. Selain itu, cerita itu haruslah dapat menggambarkan pandangan anda terhadap

peribahasa itu.

9. Teknik menulis karangan jenis ini sama dengan teknik menulis karangan jenis

cereka atau imaginasi, yakni dimulakan dengan pendahuluan, kemuncak, dan

diakhiri dengan kesimpulan yang sesuai.Karangan anda boleh merupakan

rekaan semata-mata atau berdasarkan pengalaman anda sendiri.

Contoh:

Masyarakat Melayu kaya dengan peribahasa. Antaranya “Sesal dahulu pendapatan,

sesal kemudian tidak berguna”. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

Hakim dibesarkan dalam keluarga sederhana. Ibu bapanya bekerja sebagai guru

di sebuah bandar di selatan tanah air. Ibu dan bapanya berasal daripada keluarga

miskin. Hidup mereka dahulu ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan

petang. Sungguhpun begitu, datuk dan nenek Hakim selalu mendorong ayah serta ibu

Hakim agar belajar dengan bersungguh-sungguh supaya menjadi manusia yang

berguna kepada bangsa dan negara. Alhamdulilah ayah dan ibu Hakim akhirnya

menjadi guru seperti yang diharapkan oleh datuk dan neneknya.

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

Sebenarnya, Hakim seorang budak yang cerdik tetapi pemalas. Di rumah, dia

selalu dimarahi ibunya kerana enggan membuat kerja yang diberikan oleh guru di

sekolah. Dia juga selalu dihukum oleh ibunya kerana malas menghafal sifir darab.

Settiap kali disuruh oleh ibunya menghafal sifir, air matanya berderai. Hal ini amat

merisaukan fikiran ibunya.

Leteran ibunya tidak pernah dihiraukan oleh Hakim. Ibunya kemudian

menghantar Hakim ke pusat tuisyen untuk belajar Matematik. Namun, Hakim selalu

ponteng kelas untuk ke kafe siber tanpa pengetahuan ibunya. Semasa berada dalam

Tingkatan 3, pencapaian Matematik Hakim sangat lemah. Dalam peperiksaan

percubaan PMR, dia mendapat pangkat “E” . Ibunya cemas dengan keputusan ibu

lantas berjumpa dengan guru kaunseling untuk berbincang tentang masalah pelajaran

Hakim. Beliau mencadangkan Hakim agar dihantar tuisyen kepada seorang aguru

Matematik yang mengajar murid-murid bisu, iaitu Cikgu Hamidah.

Cikgu Hamidah sudah berkeluarga tetapi tidak mempunyai anak kandung.

Masanya banayak dihabiskan di sekolah untuk membantu murid-murid yang lemah

dalam Matematik. Beliau seorang guru yang baik dan berdedikasi. Pada awalnya

Hakim agak keberatan untuk belajar dengannya kerana semua murid bisu yang diajar

oleh Cikgu Hamidah ialah murid perempuan. Setelah dipujuk oleh ibunya, barulah dia

bersetuju. Dengan kebijaksanaan Cikgu Hamidah, Hakim tekun belajar Matematik dan

membuat latihan. Akhirnya, Hakim lulus Matematik dengan pangkat “C” dalam PMR

dan menjadikan keputusan keseluruhannya 2A, 5B dan 1C.

Berdasarkan keputusan Hakim yang gak baik dalam PMR, dia ditawarkan ke

Tingkatan Empat aliran sains. Memandangkan Hakim seorang murid yang kurang

rajin, ibu menasihatinya agar memasuki Tingkatan Empat aliran teknik dan

vokasional. Menurut ibu lagi, hanya murid yang rajin dan pandai menguruskan masa

layak mengambil jurusan sains.

Kasihan sungguh Hakim, Dia bercita-cita hendak mejadi ahli kaji bintang. Oleh

sebab itu, dia suka membaca buku-buku dan ensiklopedia tentang bintang. Walaupun

dia cemerlang dalam mata pelajaran Sains, akibat malas membuat latihan Matematik,

Hakim mengalah dengan pandangan ibunya. Dalam SPM, Hakim mendapat 3A, 1B

dan 4C. Kini, dia melanjutkan pelajaran dalam aliran sastera Tingkatan Enam Rendah.

Benar sekali peribahasa yang mengatakan “sesal dahulu pendapatan, sesal keudian

tidak berguna”. Nampaknuya, cita-cita Hakim untuk menjadi ahli astronomi terkubur

begitu sahaja.

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

LATIHAN

LATIHAN

1. “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. Tulis sebuah karangan atau cerita

berdasarkan peribahasa tersebut

2. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Beratsam dipikul, ringan sama

dijinjing.

Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas
Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas
Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas
Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest . Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format Bahasa Melayu PT3 . Kertas

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my