pusat perkembangan minda darul ridzuan (ppmdr) …
TRANSCRIPT
1
PUSAT PERKEMBANGAN MINDA
DARUL RIDZUAN (PPMDR)
RINGKASAN MODUL
ULUM AL-HADITH
SEMESTER 2
PENSYARAH : USTAZ MOHAMMAD ASRI TAHIRUDDIN
2
UNIT 1
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN ILMU USUL AL-HADITH
Pertumbuhan dan perkembangan ilmu Hadith membawa maksud perkembangannya mulai
daripada perintisan hingga kepada zaman pembukuan juga penyempurnaannya. Asas
perkembangan ilmu Hadith berdasarkan kepada kaedah Al Quran sebagaimana firman Allah
:
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya. ( Surah al –
Hujurat : 49:6 )
Antara lain juga ia berdasarkan sabda Nabi SAW :
و ن ام ن ام غ غ نام ن الله نمالله ن االله ن ض ان ن ام ن ام ض ن م يء ن فن ض ا ن من الله امرء ن ن ض
Maksudnya : Allah mengelokkan seseorang yang mendengar sesuatu daripada kami, lalu
dia menjaga , memahami dan menyampaikan sama sebagaimana yang didengarinya,
kemungkinan orang yang disampaikannya itu lebih memahami daripadanya ( orang yang
mendengar itu atau penyampai ). ( al-Tabrani, Mu‟jam al-Ausat, al-Alif : 1327 )
Bertolak daripada kedua-dua nas tersebut, para Sahabat begitu berhati-hati dalam menukil
dan menerima sesebuah hadith yang sampai kepada mereka. Selain itu, mereka juga
mengambil sikap berhati-hati dalam menyampaikan hadith. Iaitu hanya kepada sesiapa yang
benar-benar amanah dan beriman. Oleh itu, para Sahabat tidak teragak-agak untuk menolak
sesebuah hadith yang tidak menepati syarat-syarat penerimaannya.
ULUM AL-HADITH ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT
Perkembangan Ulum al-Hadith pada zaman Rasulullah SAW dan Sahabat Baginda dapat
dijelaskan sebagaiman berikut :
3
BAB 1 : ZAMAN RASULULLAH SAW
Pada masa ini umat Islam dapat secara langsung memperolehi hadith Rasul SAW. Antara
lain, Rasulullah dengan para sahabat tidak ada jarak atau hijab yang menyukarkan
pertemuan mereka.
Kedudukan Nabi yang mulia menjadikan semua perkataan, perbuatan dan taqrir Baginda
sebagai rujukan oleh para Sahabat. Dimana para Sahabat tidak mempersia-siakan
kesempatan ini.
Justeru mereka secara proaktif sentiasa mendampingi juga bertanya kepada Baginda apa
sahaja yang tidak diketahui, sama ada dalam urusan dunia mahupun akhirat. Mereka juga
mentaati semuanya bahkan meniru sesempurna yang mampu.
Sehubungan dengan itu, ada beberapa cara Rasulullah SAW dalam menyampaikan hadith
kepada para Sahabat, iaitu:
1. Melalui majlis ilmu.
2. Rasulullah SAW menyampaikan hadith melalui Sahabat tertentu, yang kemudian
disampaikan pula kepada orang lain.
3. Melalui ceramah atau pidato di tempat terbuka, seperti ketika Haji Wada‟ dan Fath
Makkah.
Rumusannya, pada zaman Rasulullah SAW, kritikan atau penetilian terhadap suatu riwayat
hadith yang menjadi dasar pertumbuhan ilmu Hadith, khususnya Ilmu Hadith Dirayah
dilakukan dengan cara yang sederhana sekali.
Dimana apabila seseorang Sahabat ragu-ragu menerima suatu riwayat daripada Sahabat
lain, dia segera menemui Rasulullah SAW atau Sahabat lain yang dapat dipercayai untuk
mengesahkannya. Selepas itu barulah dia menerima dan mengamalkan hadith tersebut.
BAB 2 : ZAMAN SAHABAT
Zaman Sahabat penulisan hadith belum lagi dianggap sebagai suatu tuntutan yang
mendesak untuk dilaksanakan. Dimana waktu itu hadith-hadith masih lagi terjaga dalam
bentuk hafazan serta majoritinya mereka masih menetap sekitar Madinah dan Mekah.
Untuk itu, mereka tidak menggalakkan usaha penulisan hadith kerana dibimbangi akan
mengganggu perhatian juga penumpuan muslim terhadap Al-Quran.
4
KAEDAH SAHABAT MENERIMA DAN MERIWAYAT HADITH
Para Sahabat menggunakan kaedah berikut dalam menerima dan meriwayatkan hadith,
iaitu :
1. Mengurangkan riwayat. Hal tersebut kerana dibimbangi tersalah atau terlupa yang
mana ia akan membawa kepada pembohongan terhadap Nabi SAW. Contohnya Abu
Bakar, walaupun beliau orang yang paling rapat dengan Nabi dan banyak
mendengar hadith Baginda, namun kurang meriwayatkan hadith selepas kewafatan
Nabi.
2. Terlalu teliti ketika menerima dan meriwayatkan hadith. Dimana Sahabat
memberikan penekanan kepada sanad dan matan sesebuah hadith yang Mutawatir,
Masyhur dan tidak bertentangan dengan Al-Quran.
3. Menghalang para Sahabat yang menjadi perawi daripada menyatakan hadith yang
tidak sesuai diriwayatkan kepada masyarakat umum. Hal ini kerana, kadangkala
Nabi SAW hanya mengkhususkan Sahabat tertentu sahaja ilmu yang Baginda
sampaikan.
Dimana Baginda melihat dari beberapa aspek keistimewaan, seperti : Kecerdikan,
amalan, kefahaman dan kekuatan akidah dan sebagainya yang dimiliki oleh
sesetengah Sahabat.
4. Menghadkan hanya mereka yang benar-benar berminat dan thiqah mendengar
hadith mereka. Iaitu para Sahabat tidak membenarkan mereka yang tidak dikenali
atau diragui atau mereka yang dikenali suka membuat cerita menghadiri majlis ilmu
mereka.
5. Semua Sahabat berpegang teguh kepada hadith Nabi, sebagaimana sabda Baginda
:
ن الله ا ن ام م و ن ام ب ن الله ن ن ان و ن د ن ن ن ن م يء ن الله ن نمن د الله ن
Maksudnya : sesiapa yang meriwayatkan hadith daripadaku dan didapati ia dusta,
maka ia adalah salah seorang yang melakukan pembohongan terhadapku. ( al-
Tirmizi, al-I‟lm:2606 )
6. Hadith yang disampaikan oleh seseorang memerlukan kesaksian sebagai bukti dia
tidak bersendirian meriwayatkan hadith.
5
ULUM AL-HADITH ABAD KE-2 HINGGA KE -10 HIJRAH
BAB 1 : ABAD PERTAMA HINGGA KE-2 H
Peringkat ini secara lebih khususnya berlangsung pada awal abad pertama hingga akhir
abad kedua hijrah. Dimana selepas pembunuhan khalifah Uthman dan khalifah Ali,
perpecahan kalangan umat Islam semakin ketara.
Ekorannya, muncul berbagai puak dalam islam, seperti : Syiah, Khawarij dan lainnya yang
masing-masing mendokong fahaman mereka. Keadaan ini memberi kesan kapada kaedah
periwayatan hadith, khususnya Hadith Palsu mulai tersebar kalangan umat islam.
Melihat fenomena ini, para Sahabat telah membuat tapisan dan saringan setiap hadith yang
diriwayatkan.
Antara kaedah yang digunakan ialah :
1. Menyenaraikan sanad hadith dan sifat-sifat mereka.
2. Para Sahabat memperingatkan umat Islam agar berhati-hati ketika menerima
sesuatu riwayat. Iaitu dengan menetapkan syarat perawi yang menyampaikan itu
mestilah seorang yang thiqah, warak, adil dan dobit. Atas dasar inilah dikeluarkan
satu kaedah : Hadith-hadith adalah agama, oleh itu telitilah daripada siapa kamu
menerimanya.
3. Merantau dan mengembara mencari perawi bagi sesebuah hadith untuk
mensabitkan riwayatnya.
4. Membentangkan Hadith Da‟if dan Mawdu‟ kepada perawi thiqah lain yang terdiri dari
para penghafaz hadith.
BAB 2 : ABAD KE-3 HINGGA KE-4H
Dimana ia bermula pada abad ketiga hingga pertengahan kurun keempat. Pada zaman
inilah terbukunya hadith-hadith di dalam musnad-musnad dan ilmunya. Pada peringkat
awalnya hadith-hadith Abu Bakar dikumpul dan terhasil Musnad Abu Bakar juga Umar.
Selepas itu, al-Bukhari dengan menggunakan kaedahnya telah mengasingkan hadith-
hadith Sahih dan mengumpulnya dalam al-Jami‟ secara bertopik. Ia kemudiannya diikuti
oleh Muslim dan pengarang-pengarang kitab Sunan yang lain. Hasilnya ibnu khuzaimah
dan ibn Hibban telah meletakkan syarat-syarat kesahihan sesebuah hadith.
Justeru, terbentuk lah ilmu-ilmu yang membicarakan secara khusus mengenai hadith,
seperti : Ilmu Hadith Sahih,Ilmu Mursal, Ilmu tentang nama dan gelaran para perawi dan
seumpamanya yang dikarang secara khusus dan berasingan.
6
BAB 3 : ABAD KE-4 HINGGA KE-7 H
Ia bermula pada pertengahan abad ke-4 hingga awal abad ke-7 Hijrah. Pada abad ini
ualam Hadith lebih banyak menumpukan kepada mengkaji karya-karya sebelumnya
berkaiatan ilmu Hadith.
Antara lain, mereka menjadikannya sebagai satu topic dengan membuat beberapa
tambahan, kritikan dan ulasan. Istilah-istilah dalam ilmu Hadith juga telah dijadikan
sebagai topic berasingan. Zaman ini ulama Hadith banyak memberikan tumpuan kepada
kritikan sanad, matan dan rijal.
BAB 4: ABAD KE-7 HINGGA KE-10H
Ia bermula pada abad ke-7 hingga ke-10H. Zaman ini dikira zaman lebih sempurna lagi
penyusunannya dalam ilmu Hadith sertya lebih banyak menyelesaikan masalah secara
teliti.
7
UNIT 2
ILMU HADITH RIWAYAH DAN ILMU HADITH DIRAYAH
BAB 1 : HADITH RIWAYAH
PENGERTIAN
Perkataan Riwayah menurut bahasa bermaksud : cerita, khabar, kisah, kenyataan,
warta, hikayat atau pemberitahuan. Dari sudut istilah ulama Hadith membawa beberapa
pengertian mengenai ilmu Hadith Riwayah, antaranya :
1. Ilmu yang menyatakan berkaitan dengan penyambungan atau pemindahan
sesuatu yang berhubung dengan Baginda SAW, sama ada ia berbentuk ucapan,
perbuatan, pengakuan atau sifat peribadi.
2. Ilmu yang membicarakan tentang penukilan hadith secara bertulis daripada Nabi
SAW, sama ada sudut perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat dan juga
segala apa yang disandarkan kepada Sahabat dan Tabi‟in.
JENIS HADITH RIWAYAH
Hadith Riwayah dibahagikan kepada dua jenis, iaitu : Riwayah dengan lafaz serta
Riwayah dengan makna.
RIWAYAH DENGAN LAFAZ ( الرواية باللفظ)
Riwayah dengan lafaz bermaksud : pemindahan sesuatu hadith dengan
menitikberatkan lafaz perawinya tanpa melakukan sebarang pindaan atau gentian
terhadap huruf dan perkataan asal Rasulullah SAW.
Sebagai contohnya, ibn Umar mendengar „Ubayd bin „Umayr yang menukulkan
hadith dengan katanya : Rasulullah ada bersabda :
ايل اا ق ايل اش ة ام ة اغ ا
Lalu ibn Umar mengatakan : Celakalah kamu, jangan kamu berdusta terhadap
Rasulullah SAW. Sebenarnya Rasulullah SAW. Sebenarnya Rasulullah bersabda
begini :
ايل اا ق ايل اش ة ا ئمة اغ ا
8
RIWAYAH DENGAN MAKNA الرواية بالمعنى
Riwayah dengan makna bermaksud : Perawi mengemukakan hadith tanpa terikat
dengan perkataan-perkataan yang telah didengarinya. Dimana dia menukar lafaznya
dengan perkataan lain yang seerti atau menunjukkan nmaksud yang sama dengan
perkataan asal,tanpa mengubah maksud asal sabda Baginda SAW.
HUKUM RIWAYAH DENGAN MAKNA
Berkaitan hukum meriwayatkan sesebuah hadith dengan makna sebagaimana
berikut :
a. Sebahagian Sahabat, Tabi‟in dan ulama Hadith mengharuskan riwayat
dengan cara ini.
b. Sebahagian daripada Sahabat, Tabi‟in dan ulama Hadith tidak membenarkan
riwayah dengan makana. Hal itu, kerana ia tidak menepati syarat-syarat
tertentu.
c. Menurut ibn al-Salah dan al-Nawawi : ulama sepakat mengatakan jika perawi
itu tidak mengetahui makan perkataan, topiknya, tidak mahir dengan bahasa
Arab dan ucapannya, tidak mengetahui tentang Fiqh dan perselisihan hokum
serta syarat-syarat lain yang wajar dipenuhi, dia tidak boleh meriwayatkannya
dengan makna, bahkan wajib baginya menerangkan lafaz yang didengarinya
tanpa melakukan sebarang pindaan atau penukaran perkataan.
d. Namun begitu,konteks perawi yang mahir mengenai hadith, ilmunya, bahasa
arab dan memenuhi syarat-syaratnya. Pendapat ulama mengenainya seperti
berikut :
I. Sebahagian ulama Hadith, Usul Fiqh dan Fiqh tetap menolak riwayat
dengan makna.
II. Menurut Imam Malik dan al-Baihaqi : Sebahagian mereka menegah
riwayat dengan cara ini hanya untuk Hadith Marfu‟. Manakala untuk
hadith selain Marfu‟ dibenarkan.
III. Sebahagian mereka pula mengharuskan riwayat dengan cara ini jika
penukaran perkataan dengan makna seerti dengannya.
IV. Ada yang mengharuskan riwayat jika perawi itu lupa lafaz tersebut
dan hanya mengingati maksud sahaja.
V. Bahkan ada yang mengharuskan riwayat dengan cara ini hanya untuk
perawi dari kalangan Sahabat.
SYARAT RIWAYAT DENGAN MAKNA
Antara syarat yang dikenakan oleh ulama untuk membolehkan riwayat dengan makna
perawi yang diharuskan ialah :
a. Perawi mestilah mahir dengan lafaz-lafaz hadith secara mendalam, tahu perbezaan
antara perkataan tersebut dari aspek tatabahasa dan gaya bahasa Arab dari
segenap aspek.
9
b. Riwayat itu mestilah khabar yang zahir maknanya, tidak yang samar-samar atau
mengandungi makna tersirat yang lain yang berkemungkinan boleh menyebabkan
terkeluar dari maksud sebenar Rasulullah.
c. Penukaran lafaz juga hendaklah dengan makna yang seerti dan tepat menurut
bahasa Arab dengan lafaz asal.
d. Lafaz yang diganti itu hendaklah benar-benar tepat tanpa sebarang tambahan dan
pengurangan, baik makna secara zahir atau tersirat. Hal tersebut kerana kadangkala
ucapan itu berbentuk muhkamdan ada juga mutasyabih.
PENGASAS HADITH RIWAYAH
Orang pertama yang bertindak sebagai perintis kepada pengajian Hadith Riwayah sekaligus
berusaha gigih untuk mengumpulkan hadith-hadith Nabi serta membukukannya ialah
Muhammad bin Syihab al-Zuhri (m.124H). Dimana beliau melakukan usaha tersebut dengan
arahan khalifah Umar bin „Abd al-„Aziz.
Natijah aplikasi daripada Ilmu Riwayah ini dapat dilihat pada hari ini, antaranya dalam kitab :
Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmizi, Sunan al-Nasa‟I, Sunan
ibn Majah, al-Muwatta‟ Imam Malik, Musnad Ahmad bin Hambal dan lainnya.
MATLAMAT PENGAJIAN HADITH RIWAYAH
1. Menjamin ketepatan setiap hadith yang disampaikan.
2. Memelihara atau menjaga sesebuah hadith daripada penyelewengan serta
kesalahan sudut pemindahan sesuatu yang dihubungkan dengan Rasulullah.
3. Selamat daripada berlaku atau kemungkinan berlaku kesalahan dalam pengambilan
dan penyebaran hadith Nabi SAW.
4. Menjamin daripada berlaku penyelewengan juga kesilapan sewaktu memindahkan
hadith serta dapat membezakan di antara Hadith Sahih dan Palsu.
5. Melaksanakan secara lebih praktikal segala hukuman dan undang-undang yang
disyariatkan.
6. Menyempurnakan tuntutan mencontohi Baginda SAW dan mengelokkannya dalam
semua aspek.
HUKUM MEMPELAJARI HADITH RIWAYAH
Hukum mempelajari ilmu Hadith Riwayah ialah :
1. Fardhu Ain terhadap setiap individu.
2. Fardhu Kifayah terhadap seluruh umat Islam yang mukalaf untuk mempelajarinya.
10
HADITH DIRAYAH
PENGERTIAN :
Pengertian Hadith Dirayah sudut istilah dapat dijelaskan sebagaiman berikut :
1. Hadith Dirayah juga dikenali dengan : Ulum al-Hadith, Mustalah al-Hadith atau Usul
al-Hadith. Iaitu ilmu yang memperkenalkan segala kaedah berkaitan keadaan perawi,
matan, metod penyampaian dan penerimaan hadith juga sifat Rijal Hadith.
2. Menurut ibn Hajar, Hadith Dirayah adalah metodologi hadith untuk mengetahui
keadaan perawi dan riwayat mereka.
3. Ilmu tentang cara menilai kesahihan atau da‟if sesebuah hadith. Seterusnya ia juga
menjelaskan bagaimana hadith itu disampaikan juga sebab-sebab hadith itu
didatangkan oleh Rasulullah SAW atau Asbab Wurud al-Hadith.
Rumusannya Hadith Dirayah ialah ilmu yang membincangkan kebenaran riwayat, syarat-
syarat, jenis-jenis, hukum-hukum, kedudukan perawi juga syarat mereka, kategori riwayat
dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Skop perbincangan Hadith Dirayah secara umumnya berkaitan dengan pengajian matan
dan sanad.
PENGAJIAN MATAN
Iaitu pengajian tentang lafaz sesebuah hadith, antaranya :
1. Dimana perbincangan tertumpu kepada sifat perawi, iaitu : Sahih, Hasan dan Da‟if.
2. Jenis-jenis Hadith Da‟if seperti : Munqati‟, Mu‟dal, Mudtarib, Syaz, Mudallas,
Mu‟allaq, Mubham dan sebagainya.
3. Hadith Palsu dan pembahagiannya.
4. Perbincangan adalah dari aspek bilangan perawi iaitu : Ahad dan Mutawatir.
5. Jenis Hadith Ahad, iaitu : Masyhur, „Aziz dan Gharib.
6. Jenis Hadith Mutawatir : Lafzi dan Maknawi.
PENGAJIAN SANAD
Iaitu pengajian tentang rangkaian perawi sesebuah hadith, antaranya :
1. Riwayat hidup perawi.
2. Ilmu penilaian perawi, yang antara lain dekenali dengan al-Jarh wa al-Ta‟dil, meliputi
syarat-syarat dan kategorinya.
3. Metod penerimaan riwayat, seperti : Melalui Pendengaran, Pembacaan, Ijazah,
Pengambilan, Penulisan, Penemuan, Wasiat dan Pengkhabaran.
4. Metodologi kitab-kitab yang dihasilkan oleh pakar pengkritik perawi.
5. Memastikan sanadnya bersambung atau terputus.
6. Memastikan tiada sebarang penambahan pada sanad.
11
HUKUM MEMPELAJARI HADITH DIRAYAH
Mempelajari Ilmu Hadith Dirayah melibatkan hukum berikut, iaitu :
1. Fardhu Ain terhadap setiap individu yang berkemampuan dab berkebolehan untuk
mempelajarinya.
2. Fardhu Kifayah terhadap kumpulan umat islam. Dimana semua umat islam berdosa
kiranya mereka tidak mempelajari ilmu ini dengan mendalam.
12
UNIT 3 :
ISTILAH-ISTILAH DALAM ULUM AL-HADITH
TAKRIF HADITH
1. Pengertian bahasa : Hadith membawa erti : sesuatu yang baharu,lawannya qadim.
Hal ini kerana perkataan qadim dinisbahkan kepada Al-Quran, manakala hadith
dinisbahkan kepada Rasulullah SAW.
2. Hadith juga bererti : perkhabaran. Banyak tempat dalam Al-Quran yang
menggunakan perkataan hadith, antaranya firman Allah :
Terjemahan : Dan sudahkah sampai kepadamu ( Wahai Muhammad ) perihal Nabi Musa ?(
Surah Taha 20:9 )
Pengertian istilah :
Al-Hadith menurut pengertian istilah dikemukakan dengan pelbagai maksud, antaranya yang
masyhur :
Menurut penjelasan ulama, al-Hadith ialah : Segala yang diriwayatkan daripada Baginda
SAW sama ada berbentuk perbuatan, percakapan, kelakuan, ikrar atau peneranagn tentang
sifat fizikal Baginda SAW yang zahir. Seterusnya, ia juga merangkumi apa yang disandarkan
kepada para Sahabat atau Tabi‟in.
TAKRIF SUNNAH
PENGERTIAN BAHASA:
Perjalanan, haluan, peraturan, gaya dan tingkah laku dalam kehidupan. Bukti
penggunaannya sebagiman firman Allah :
Terjemahan : Kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaanyaorang-orang ( yang kufur
dan ingkar ) dahulu kala. ( surah al-Anfal 8:38 )
13
PENGERTIAN ISTILAH
Menurut majoriti ulama Hadith : Sunnah membawa pengertian yang sama dengan Hadith.
Iaitu apa yang disandarkan kepada Nabi SAW, sama ada sudut : Perkataan, perbuatan,
taqrir atau sifat Baginda.
TAKRIF MATAN
Matan dari segi bahasa ertinya membelah, mengeluarkan, mengikat. Sedangkan menurut
istilah ahli hadith, matan ialah: Teks hadith atau lafaz sesuatu hadith sama ada yang
berbentuk perkataan Rasulullah SAW, perbuatan mahu pun iqrar baginda, atau apa yang
berakhir padanya hujung sesuatu sanad sesebuah hadith.
Contoh matan hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari:
ا ما قاف ا م...........يلا ا
ISNAD DAN SANAD
Isnad atau Sanad, satu makna sama., ini kerana Isnad juga menyambungkan hadith kepada
pengucapnya, sebagaimana pengistilahan ahli hadith. Ibnu Jamaah (wafat 733H) menyebut;
sanad ialah perkhabaran terhadap jalur (meriwayatkan) matan iaitu hadis kerana Sanad
adalah menyambungkan/ menyandarkan perkataan/ matan kepada pengucapnya iaitu
perawinya.
TAKRIF MUSNAD
Menurut bahasa: merupakan isim maf‟ul dari asnada yang berarti menyandarkan atau
menasabkan kepadanya.
Menurut istilah, memiliki tiga macam arti :
1. Setiap kitab yang di dalamnya mengandung kumpulan apa yang diriwayatkan oleh para
sahabat, menurut ketentuan tertentu .
2. Hadits marfu‟ yang sanadnya bersambung.
3. Jika yang dimaksudkannya adalah sanad, berarti itu adalah mashdar mim.
TAKRIF MUSNID
Adalah orang yang meriwayatkan hadits dengan sanadnya, baik orang itu mengerti ataupun
tidak mengerti dan hanya menyampaikan riwayat saja.
14
UNIT 4
GELARAN AHLI HADITH
AL-MUHADDITH
Maksud al-Muhaddith ialah: Gelaran untuk ulama yang menguasai hadith sama ada dari
segi riwayah atau dirayah, seperti mampu membezakan hadith Da‟if dan hadith Sahih,
mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayat hadith,menguasai periwayatan hadith yang
mukhtalif dan hal-hal lain yang berkaitan dengan ilmu hadith.
CIRI-CIRI AL-MUHADDITH
1. Ulama yang menguasai dan mengetahui kurang daripada 100 000 hadith.
2. Mengetahui sanad, „illat hadith dan nama-nama rawi.
3. Memahami kitab Sunnah Sittah, Musnad Imam Ahmad, Sunan Al-Baihaqi dan
Majmu‟ at-Tabrani.
TOKOH-TOKOH YANG MENDAPAT GELARAN AL-MUHADDITH
Tokoh-tokoh yang mendapat gelaran al-Muhaddith ialah:
1. Al-imam Abu Bakar Ahmad bin Marwan al-Maliki.
2. Al-Imam Ahmad bin Abdullah bin Qutaibah al-Dainuri.
3. Al- Imam al-Busiri Hibatullah.
4. Al-Imam Abu Qasim bin Abdul Rahman.
AL-HAFIZ
Maksud al-Hafiz: Gelaran untuk ulama yang memiliki sifat-sifat al-Muhaddith di samping
dapat menghafaz dan menguasai tidak kurang daripada 100 000 hadith dari segi matan dan
sanad.
CIRI-CIRI AL-HAFIZ
1. Ulama hadith yang menguasai dan mengetahui kurang daripada 100 000 hadith.
2. Dapat mentashihkan sanad dan matan hadith.
3. Dapat menta‟dilkan dan mencacatkan rawi.
4. Mengetahui „illat-„illat hadith, rawi yang mubham dan istilah-istilah para muhaddithin.
15
TOKOH-TOKOH YANG MENDAPAT GELARAN AL-HAFIZ
Tokoh-tokoh yang mendapat gelaran al-Hafiz ialah:
1. Abdul Rahman bin Abi Hatim ar-Razi.
2. Ibnu Majah.
3. Abu Bakar bin Abi Syaibah.
AL-HUJJAH
Maksud al-Hujjah ialah:
Gelaran untuk ulama yang memiliki sifat-sifat al-Hafiz dan menghafaz serta menguasai tidak
kurang daripada tiga ratus ribu (300 000) hadith beserta matannya.
CIRI-CIRI AL-HUJJAH
1. Gelaran yang ditetapkan bagi ulama hadith yang menguasai dan mengetahui lebih
300 000 hadith
2. Hadith yang diriwayatkan dari segi sanad, matan, jarah, ta‟dil dan tarikhnya.
TOKOH-TOKOH YANG MENDAPAT GELARAN AL-HUJJAH
Tokoh-tokoh yang mendapat gelaran al-Hujjah ialah:
1. Abdullah bin Yusuf al-Kala‟ie.
2. Imam Ma‟mar bin Rashid.
3. Malek bin Ismail al-Hindi.
4. Al-Hajjaj bin Manhal.
AL-HAKIM
Maksud al-Hakim ialah:
Gelaran untuk ulama yang dapat menguasai melebihi 700 000 hadith, iaitu dari segi riwayat
dan dirayah.
16
CIRI-CIRI AL-HAKIM
Ciri-ciri al-Hakim ialah :
1. Gelaran yang ditetapkan kepada ulama yang menguasai dan mengetahui lebih
daripada 700 000 hadith.
2. Hadith yang diriwayatkan dari segi sanad, matan, jarah, ta‟dil dan tarikhnya.
TOKOH-TOKOH YANG MENDAPAT GELARAN AL-HAKIM
1. Al-Imam Malek bin Anas
2. Al-Imam Ahmad bin Hanbal
3. Ali bin Abdullah al-Madini
4. Muhammad bin Ismail al-Bukhari.
17
UNIT 5
PEMBAHAGIAN HADITH
HADITH MARFU’ MAWQUF DAN MAQTU’
Penjelasan berkaitan Hadith Marfu‟ Mawquf serta Maqtu‟ secara lebih terperincinya sama
ada sedut konsep dan pembahagiannya dapat dikemukakan sebagaimana berikut :
HADITH MARFU’
Pengertian :
Apabila ia ditinjau sudut bahasa, Marfu‟ berasal daripada perkataan Rafa‟a, bererti :
Mengangkat , lawan kepada Wada‟a, iaitu meletakkan. Seolah-olah dinamakan demikian
kerana nisbahnya kepada kedudukan yang tinggi dan mulia sesuai dengan keduudkan Nabi
SAW.
Hadith Marfu‟ sudut istilah bermaksud :
Apa yang disandarkan kepada Rasulullah SAW dalam bentuk ucapan,
perbuatan, pengakuan atau sifat.
CONTOH HADITH MARFU’
Ciri-ciri utama atau penting Hadith Marfu‟ yang perlu diketahui ialah :
Disandarkan kepada Nabi Saw, contohnya :
ق ل م مل ص د م
BAHAGIAN HADITH MARFU’
Berdasarkan pengertian Hadith Marfu‟ itu ada empat bahagian :
1. Marfu‟ Qawli : Contoh Marfu‟ Qawli ialah : Sahabat atau orang lain berkata :
Rasulullah SAW bersabda…
2. Marfu‟ Fe‟li. Contoh Marfu‟ Fe‟li ialah : Sahabat atau orang lain berkata : Rasulullah
SAW melakukan demikian.
3. Marfu‟ Taqriri. Contoh Marfu‟ Taqriri ialah : Sahabat atau orang lain berkata : Ada
perkara dilakukan dihadapan Rasulullah SAW dan Baginda tidak mengingkarinya.
4. Marfu‟ Wasfi. Contoh Marfu‟ Wasfi ialah : Sahabat atau orang lain berkata:
Rasulullah SAW adalah seseorang yang paling baik akhlaknya.
18
HADITH MAWQUF
PENGERTIAN :
Sudut bahasa Mawquf berasal daripada perkataan Waqafa iaitu : Memberhentikan. Dimana
ia seolah-olah perawi memberhentikan hadith itu sehingga Sahabat sahaja tidak terus
menyebutkan baki rantaian sanad.
Hadith Mawquf sudut istilah ulama Hadith bermaksud :
1. Apa yang disandarkan kepada Sahabat dalm bentuk ucapan, perbuatan atau
pengakuan.
2. Hadith yang disandarkan kepada Sahabat, sama ada bentuk kata-kata atau
perbuatan atau pengakuan mereka, sama ada sanadnya bersambung atau terputus.
BAHAGIAN HADITH MAWQUF
Berdasarkan pengertianHadith Mawquf ada 3 bahagian :
1. Mawquf Qawli. Sebagai contoh : Kata-kata perawi : Ali bin Abu Talib berkata :
Bercakaplah dengan orang ramai mengikut pengetahuan mereka, adakah anda
mahu Allah dan Rasul-Nya didustakan.
2. Mawquf Fe‟li. Sebagai contoh : al- Bukhari berkata : Ibn Abbas menjadi imam
sedangkan beliau bertayamum.
3. Mawquf Taqriri. Sebahagian contohnya : Kata-kata sebahagian Tabi‟in : Kami
berbuat demikian di hadapan salah seorang Sahabat dan beliau tidak membantah.
CONTOH HADITH MAWQUF
Antara Hadith Mawquf yang dapat dikemukakan di sini ialah :
ل اطلاق ج ىز إلا طلاق اا ت ا: ق ل م
Maksudnya: Ali RA berkata : Semua jenis talak adalah harus kecuali talak yang dilafazkan
oleh orang yang kurang akal. ( al-Tirmizi, al-Talaq wa al-Li‟an : 1109 )
Hadith ini tidak disandarkan matannya kepada Rasulullah SAW, kerana ia adalah kata-kata
Ali.
HUKUM BERAMAL HADITH MAWQUF
Sudut asalnya Hadith Mawqquf itu tidak dapat dijadikan hujah. Hal itu kerana ia adalah
ucapan dan perbuatan Sahabat. Namun begitu, sebagaimana maklum Hadith Mawquf itu
juga kadang-kadang bertaraf: Sahih, Hasan atau Da‟if.
Justeru, sesebuah Hadith Mawquf itu jika sabit sebagai Sahih ia boleh menguatkan
sesetengah Hadith Da‟if. Hal itu kerana keadaan Sahabat adalah beramal dengan Sunnah.
Erti kata lain, apabila Mawquf itu mempunyai hokum Marfu‟, ia adalah hujah.
19
HADITH MAQTU’
PENGERTIAN
Sudut bahasa Maqtu‟ berasal daripada perkataan Qata‟a, ertinya : memutuskan, lawan
kepada Wasala beerti : Menyambung. Seterusnya sudut istilah ia membawa maksud
sebagaimana berikut:
Ia merupakan Khabar yang disandarkan kepada Tabi‟in. iaitu dari sudut perkataan,
perbuatan atau pengakuan, sama ada sanadnya bersambung atau terputus.
CONTOH HADITH MAQTU’
1. Maqtu‟ Qawli :
a) Sebagaimana kata-kata Mujahid :
ع ص ( ات )ق ل اج إتق شم ا ا م دا ا لا : إا د
.ت تا ا
Maksudnya : Kata-kata Mujahid ( Tabi‟in ) apabila mengucapkan selamat tinggal kepada
sahabat-sahabatnya : Takutlah kepada Allah, sebarkanlah ilmu ini, ajarlah dan jangan
sembunyikannya. ( ibn „Abd al-BaRR,558 )
b) Sebagaimana kata-kata al-Hasan al-Basri tentang solat di belakang ahli
Bid‟ah: Solatlah kamu (dibelakangnya), dia bertanggungjawab terhadap
bid‟ahnya.
2. Maqtu‟ Fe‟li : Kata-kata Ibrahim bin Muhammad al-Muntasyir: Masruq sering
melabuhkan tabir di antara dirinya dengan ahli keluarganya, dia terus bersolat dan
membiarkan mereka dengan urusan dunia mereka.
HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH MAQTU’
Hadith Maqtu‟ dikira sama seperti hadith kategori : Marfu‟ juga Mawquf, iaitu ada yang
Sahih, Hasan dan Da‟if. Justeru, sudut beramal atau berhujah dengan Hadith Maqtu‟ adalah
dengan meninjau kepada syarat-syarat penerimaan hadith atau penolakannya.
Erti kata lain, Hadith Maqtu‟ pada asasnya tidak boleh dijadikan hujah dalam mana-mana
hokum syarak walaupun sah sandarannya kepada tuannya. Hal itu kerana ia hanya ucapan
atau perbuatan salah seorang muslim.
Walau bagaimanpun,jika terdapat qarinah atau tanda yang menunjukkan ia Marfu‟ maka ia
diaggap mempunyai hokum Hadith Marfu‟ Mursal, seperti : Kata-kata sesetengah perawi
ketika menyebutkan Tabi‟in Yarfa‟uhu. Iaitu mengangkatnya kepada Rasulullah SAW, maka
Maqtu‟ itu dianggap mempunyai hukum Marfu‟ Mursal.
20
UNIT 6 & 7
PEMBAHAGIAN HADITH SAHIH, HASAN, AHAD, DHA’IF, PENGERTIAN DAN
BAHAGIAN HADITH SAHIH
HADITH SAHIH
PENGERTIAN
Sudut bahasa, Sahih bererti : Sihat atau tidak sakit. Asalnya perkataan sihat ini digunakan
untuk fizikal dan badan, namun dalam konteks ini ia dipinjamkan untuk makna hadith dari
sudut bahasa secara Isti‟arah Tab‟iyyah atau majaz.
Manakala sudut istilah Hadith Sahih membawa maksud :
Hadith bersambung sanadnya dengan nukilan perawi yang adil, dobit daripada perawi
sepertinya hingga ke hujung sanad tanpa ada sebarang syaz dan „illah.
SYARAT HADITH SAHIH
1. Sanad bersambung
2. Perawi adil
3. Perawi dobit
4. Tidak syaz
5. Tiada „illah
PEMBAHAGIAN HADITH SAHIH
SAHIH LI ZATIH
Pengertian :
Sudut bahasa : Sihat atau tidak sakit. Sudut istilah : Hadith mempunyai silsilah sanad
yang bersambung, diwakili oleh para perawi adil, dobit atau baik pemelihanraanya,
sama ada sudut tulisan atau hafazan, tidak janggal juga tiada kecacatan yang boleh
merosakkan riwayat tersebut.
CONTOH HADITH SAHIH LI ZATIH
ي قت ة ي جم م ا مة اق ق ع ش ماة زم ة
م مة م ق ل ج ر مجل إا م ل ص م ق ل م ل ا
ق ا س ص ت ق ل اك ق ل يم ا ق ل يم اك ق ل يم ا ق ل يم اك ق ل يم ا
ق ل يم ك
21
Maksudnya : al- Bukhari berkata : Qutaybah bin Sa‟id meriwayatkan, daripada Jarir
daripada „Umarah bin Abu Hurairah RA katanya : Seorang lelaki telah datang
kepada Rasulullah SAW lalu bertanya : Wahai Rasulullah SAW! Siapakah orang
paling berhak untuk daku berbuat baik kepadanya ? Baginda SAW menjawab :
Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi : Kemudian siapa lagi ? Baginda menjawab :
Kemudian ibumu. Lelaki itu bertanya lagi : Kemudian siapa lagi ? Baginda menjawab
: Kemudian ibumu. Lelaki itu bertanya lagi : Kemudian siapa lagi? Baginda
menjawab: Kemudian ayahmu. ( al- Bukhari, al-Adab : 5543 )
SAHIH LI GHAIRIHI
PENGERTIAN
Pengertian Hadith Sahih Li Ghairih sudut istilahnya membawa maksud sebagaimana berikut
:
1. Hadith yangmana sanadnya bersambung dan perawinya adil serta dobit, Cuma
sudut keadilan dan kedobitannya kurang sedikit daripada Sahih Li Zatih.
2. Hadith ini berasal daripada kategori Hadith Hasan Li Zatih, namun ia dinaikkan
tarafnya kepada Sahih Li Ghairah ekoran terdapat dua syarat yang melayakkan naik
ke taraf ini iaitu :
a) Kerana ia diriwayatkan melalui para perawi yang sudah terkenal dengan
kebenaran dan baik, walupun hanya sedikit kurang pemeliharan mereka.
b) Hadith ini turut diriwayatkan melalui jalan sanad lain yang sahih dan
mempunyai kekuatan untuk mendokong hadith ini ke tahap penjagaan yang
sempurna. Justeru, hadith yang asalnya Hasan Li Zatih akan dinaikkan taraf
ke Sahih Li Ghairih kerana riwayat yang lain, bukan kerana ia berasal dari
kategori Sahih Li Zatih.
CONTOH HADITH SAHIH LI GHAIRIH
ا لا شق : ا م ا اتمااي ا طم ق ا ا ام اة م مة م ل ص م ق ل
. ات لأامت م ا ك ل صلاة
Maksudnya : Imam al-Tirmizi meriwayatkan melalui jalan sanad Muhammad bi „Amru
daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda : Sekiranya tidak
kerana bimbang menjadi menjadi bebanan terhadap umatku, nescaya aku akan
memerintahkan mereka agar bersugi setiap kali hendak menunaikan solat. ( al-Tirmizi, al-
„IIal al-Kabir : 10 )
22
HADITH HASAN
PENGERTIAN
Hasan sudut bahasa adalah sifat Musyabbahah daripada perkataan al-Husn, bererti :
Keindahan. Sudut istilah, ulama berbeza pendapat dalam memberikan definisi Hadith
Hasan. Hal tersebut memandangkan ia berada pertengahan di antara Sahih dan Da‟if.
Walau bagaimanapun, di sini dikemukakan beberapa definisi yang diberikan oleh ulama
Hadith, antaranya :
Ibn Hajar mendefinisikan Hadith Hasan ialah hadith yang dinukilkan oleh perawi adil,
bersambung sanad tanpa ada „illah serta syaz, Cuma sudut kesempurnaan perawi atau
ketepatannya kurang sedikit berbanding syarat Hadith Sahih.
SYARAT HADITH HASAN
1. Perawinya bersifat adil.
2. Perawinya bersifat dobit.
3. Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir riwayat.
4. Tidak berlaku sebarang syaz atau kejanggalan.
5. Tidak ada sebarang „illah padanya,iaitu tidak cacat.
CONTOH HADITH HASAN
ي قت ة ي ج م ا ا ام اج م ا
لأش مي ق ل ا ت مة ا ق ل ق ل م ل ص م إ اج ة ت ت
ظلال ا ف
Maksudnya: kata beliau : Qutaibah telah menceritakan kepada kami bahawa Ja‟afar bin
Sulaiman al-Duba‟I telah menceritakan daripada Abu „Imran al-Jawni daripada Abu Bakar
bin Abu Musa al-„Asy‟ari berkata : Saya mendengar ayah saya berkata ketika berhadapan
dengan musuh: Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya pintu-pintu syurga berada di
bawah naungan pedang-pedang. ( al-Tirmizi, Fada‟il al-Jihad : 1582 )
23
PEMBAHAGIAN HADITH HASAN
HASAN LI ZATIH
PENGERTIAN
Sudut bahasa Hasan bererti: Elok, cantik dan indah. Manakala sudut istilah ia membawa
maksud:
Hadith silsilah sanadnya bersambung diwakili oleh para perawi yang adil, kurang sedikit
sudut dobit atau kurang pemeliharaannya sama ada sudut tulisan atau hafalan, tetapi tidak
janggal dan tidak ada kecacatan.
Justeru, hadith hasan Li Zatih adalah hadith yang memenuhi syarat sebagai Hadith Hasan
sebagaimana di atas.
CONTOH HADITH HASAN LI ZATIH
ا م ا اتمااي ا طم ق ا ا ام اة م مة م ل ص
.ا لا شق ات لأامت م ا ك ل صلاة : م ق ل
Maksudnya : Imam al-Tirmizi meriwayatkan melalui jalan sanad Muhammad bi „Amru
daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda : Sekiranya tidak
kerana bimbang menjadi menjadi bebanan terhadap umatku, nescaya aku akan
memerintahkan mereka agar bersugi setiap kali hendak menunaikan solat. ( al-Tirmizi, al-
„IIal al-Kabir : 10 )
HASAN LI GHAIRIH
PENGERTIAN
Berkaitan dengan pengertian Hadith Hasan Li Ghairih sudut istilah dapat diberikan
sebagaimana berikut :
Hadith yang tidak diketahui dengan jelas keadaan perawinya sudut sifat dan kelayakan,
sama ada perawi itu kuat atau lemah.
Justeru, hadith Hasan Li Ghairih ini disokong oleh riwayat lain yang muktabar dan sama
sudut lafaz serta maknanya, sama ada melalui al-Mutabi‟ atau al-Syahid.
24
FAKTOR BERTARAF HASAN LI GHAIRIH
Sebagaimana maklum, Hadith Hasan Li Ghairih asalnya Da‟if, tetapi menjadi Hasan Li
Ghairih kerana disokong oleh hadith lain atau riwayat lain yang sama pada lafaz dan
maknanya.
Justeru, keadaan-keadaan yang membolehkan sesebuah hadith asalnya Da‟if dinaik taraf
menjadi Hasan Li Ghairih ialah :
1. Da‟if kerana perawinya tidak diketahui keadaannya, tidak banyak lupa atau
kesilapan.
2. Da‟if kerana perawinya tidak baik hafazannya atau tersalah dan tersilap kerana usia
yang lanjut juga halangan lain yang tidak disengajakan, sedangkan perawi itu
dikenali seorang yang amanah dan benar dalam riwayatnya.
3. Da‟if kerana rangkaian sanad tidak bersambung, sama ada ia adalah Munqati‟ atau
Mursal.
4. Da‟if kerana ada kalangan perawinya Mudallis yang meriwayatkan hadith dengan
lafaz ( ), sedangkan perawi tersebut tidak dituduh sebagai pendusta.
Justeru, keempat-empat keadaan ini boleh diterima berdasarkan dua syarat :
a) Tiada syaz
b) Ada rantaian sanad lain yang boleh menyokong kedudukannya.
CONTOH HADITH HASAN LI GHAIRIH
Hadith riwayat Abu Sa‟id:
لا مم لا م م
Maksudnya: Tiada mudarat dan tiada memudaratkan. ( al-Daruqnuti, al-Hajj: 2714)
Hadith ini asalnya adalah Da‟if, tetapi ia turut diriwayatkan oleh al-Daruqnuti dan al-Hakim
yang menyokong hadith ini serta naik ke taraf Hasan Li Ghairih.
KEHUJAHAN HADITH HASAN
Menurut pendapat ulama, kehujahan dan beramal dengan Hadith Hasan sebagaimana
berikut :
1. Menurut pandangan majority Ahli Hadith, wajib beramal denga Hadith Hasan. Erti
kata lain, berhujah dengan Hadith Hasan Lizatih dan Hasan Lighairih sama dengan
Hadith Sahih.
25
Untuk itu, kedudukannya adalah sama seperti Hadith Sahih, tetapi darjat perawinya
tidak mencapai darjat perawi Hadith Sahih.
Hal ini kerana ia berbeza dengan dengan Hadith Sahih dari aspek kedobitan
perawinya yang kurang sedikit dan kekuatan hujahnya juga kurang berbanding
Hadith Sahih.
2. Menurut pendapat minority Ahli Hadith, seperti: Ibn Hibban, al-Hakim dan Ibn
Khuzaimah, kedudukan Hadith Hasan adalah setaraf dengan Hadith Sahih.
Walau bagaimanapun mereka tetap meletakkan darjat Hadith Sahih lebih tinggi dan
mestilah diutamakan terlebih dahulu apabila berlaku pertentangan di antara
keduanya.
HADITH AHAD
PENGERTIAN
Hadith Ahad sudut bahasa,antaranya: Ahad bererti: Satu, manakala Khabar Wahid ertinya:
Khabar diriwayatkan oleh seorang.
Hadith Ahad sudut istilah, antaranya:
Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau 2 atau lebih, tetapi tidak memenuhi
syarat mutawatir.
KATEGORI HADITH AHAD
MASYHUR,A’ZIZ DAN GHARIB.
HADITH MASYHUR
PENGERTIAN
Masyhur sudut bahasa: tersebar atau terkenal. Sudut istilah ia membawa bermaksud: Hadith
yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih pada setiap tabaqah,tetapi tidak mencapai taraf
Mutawatir. Sebagai contohnya:
ي آ م إ س ق ل ي ش ة ا م إ ا ل خ ا اش
اا م ا م اا ا : ام م ا ا ص م ق ل
ا ا ا اا جم ا جم ا
Hadith tersebut sejak tabaqah atau peringkat pertama, iaitu Sahabat tabaqah imam-imam
yang membukukan hadith, seperti: al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi, diriwayatkan tidak
kurang daripada tiga orang perawi dalam setiap tabaqah.
26
KATEGORI HADITH MASYHUR
Hadith Masyhur ada yang bertaraf: Sahih, Hasan atau Da‟if.
1. HADITH MASYHUR SAHIH
Maksud Hadith Masyhur bertaraf Sahih ialah: Hadith Masyhur yang telah lama mencapai
ketentuan-ketentuan Hadith Sahih, sama ada pada sanad ataupun matanya. Sebagaimana
hadith daripada Ibn Umar:
ي ف ق ل خ م ا اك ام م ا م ل
م ي ا ج ي مة ا ص . إا ج ر م اجا ة غت ل : ص م ق ل
. م
2. HADITH MASYHUR HASAN
Maksud Hadith Masyhur Hasan ialah: Apabila ia telah mencapai ketentuan Hadith
Hasan, sebagaimana hadith:
ي م خ ا ا ا مي ااغ س ي ل ا ي ا ق ة ي
لا مم لا : إ ق ا ا ة اص ات م ل م ق
.م ي ا ج ي مة ا ص م. . م م
3. HADITH MASYHUR DA’IF
Maksud Hadith Masyhur Da‟if ialah: ia tidak memenuhi ketentuan Hadith Sahih,
sebagaimana Hadith :
. ط ا م ا اص :
HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH MASYHUR
Secara umumnya Hadith Masyhur itu ada yang bertaraf sahih atau tidak sahih. Erti
kata lain ada antaranya yang : Sahih,Hasan atau Da‟if bahkan terdapat juga Mawdu‟.
Namun begitu,andainya Hadith Masyhur itu bertaraf sahih, maka ia mempunyai
keistimewaan yang mengatasi Hadith „Aziz dan Gharib. Justeru, ia dapat dijadikan
hujah atau diamalkan, dapat dijadikan pentakhsis atau mengkhususkan ayat Al-
Quran yang umum atau „Am.
HADITH ‘AZIZ
PENGERTIAN
„Aziz sudut bahasa merupakan Sifat Musyabbahah daripada perkataan: „Azza,
Ya‟izzu, bererti sedikit dan jarang ataupun daripada perkataan: „Azza, Ya‟azzu,
bererti: Kuat dan bersangkutan.
27
Ia dinamakan sedemikian sama ada kewujudannya yang jarang dan sedikit ataupun
kerana kekuatannya. Kerana ia datang dari tariq atau sanad yang lain.
Seterusnya Hadith A‟ziz sudut istilah pula bermaksud :
1. Ialah hadith yang diriwayatkan oleh dua orang perawi, sama ada dalam satu tabaqah
atau beberapa tabaqah sanad.
2. Hadith yang bilangan perawi-perawinya tidak kurang daripada dua orang setiap
peringkat sanad. Sekiranya didapati pada sesetengah sanad tiga orang atau lebih itu
tidak mengapa,Cuma dengan syarat ada dua orang perawi walaupun pada satu
peringkat. Hal itu kerana yang diambil kira ialah had minima mana-mana peringkat
sanad.
Rumusannya,pengertian tersebut merupakan definisi terpilih sebagaimana yang diputuskan
oleh Ibn Hajar.
CONTOH HADITH A’ZIZ
Sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada dua Sahabat,
iaitu Anas dan Abu Hurairah. Nabi SAW bersabda:
لا ؤا م ت إا ا ا ا ا ا ا س جا
Maksudnya: Tidak beriman seseorang itu sehingga ia mengasihi aku lebih daripada dirinya,
ibubapanya, anak-anaknya dan manusia seluruhannya.( al-Bukhari,al-Iman:14 )
Perawi dalam hadith tersebut ialah:
1. Tabaqah 1: 2 orang perawi: Anas bin Malik dan Abu Hurairah.
2. Tabaqah 2: 2 orang perawi: Qatadah dan „Abd al-Aziz bin Suhayb,meriwayatkan
daripada seorang.
3. Tabaqah 3: 2 Orang perawi dari Qatadah: Syu‟bah dan Said. 2 orang perawi dari
„Abd al-Aziz: Ismail bin Ulaiyyah dan „Abd al-Warith bin Said.
4. Tabaqah 4: Ramai perawi meriwayatkan dari mereka berdua.
HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH ‘AZIZ
Hadith „Aziz juga ada yang bertaraf Sahih, Hasan, atau Da‟if. Dimana ia bergantung kepada
sama ada memenuhi atau tidaknya ciri-ciri atau syarat-syarat juga ketentuan-ketentuan yang
berkaitan dengan Sahih, Hasan dan Da‟if.
Justeru, apa yang pentingnya jika ia memenuhi syarat Sahih dan Hasan boleh beramal
dengannya. Sebaliknya pula, jika ia Da‟if atau Mawdu‟ tidak boleh beramal dengannya.
HADITH GHARIB
28
PENGERTIAN
Gharib dari sudut bahasa: Terasing, berjauhan dan tunggal. Sudut istilah pula ia bermaksud:
Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja pada mana-mana tabaqah. Namun
begitu ia berlainan dengan Gharib al-Hadith. Dimana Gharib al-Hadith bermaksud: Matan
Hadith yang mengandungi perkataan-perkataan yang susah dan sukar difahami.
CONTOH HADITH GHARIB
Gharib boleh berlaku sama ada pada Sanad ataupun Matan hadith. Dimana Gharib dari segi
Sanad ialah: hadith yang diriwayatkan oleh sekumpulan Sahabat,tetapi seorang perawi telah
meriwayatkan daripada Sahabat yang lain. manakala Gharib dari segi Matan pula ialah:
hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja.
Contoh :
إ ا لأ ا ل ا ت إ ا ا ل امئ ا
Maksudnya: Setiap amalan berdasarkan niat, setiap orang itu dikira berdasarkan niatnya. (
Abu Daud,al-Talaq: 1886)
Hadith tersebut diriwayatkan sebagaimana berikut:
1. Peringkat pertama: Umar al-Khattab.
2. Peringkat kedua: „Alqamah seorang.
3. Peringkat ketiga: Muhammad bin Ibrahim.
4. Peringkat keempat: Yahya bin Sa‟id.
5. Peringkat kelima: Sejumlah perawi.
HUKUM BERAMAL HADITH GHARIB
1. Sekiranya ia bertaraf Sahih, maka boleh beramal dan berhujah dengannya.
2. Jika ia bertaraf Hasan, juga boleh beramal dengannya.
3. Seandainya pula ia Da‟if atau Mawdu‟, tidak boleh beramal dengannya.
29
UNIT 8
PENGERTIAN HADITH DHA’IF DAN BAHAGIAN SERTA HUKUM MENGAMALKANNYA
HADITH DA’IF
PENGERTIAN
Sudut bahasa Da‟if, beerti: Lemah, lawan kepada Qawiy, iaitu: Yang kuat. Hadith Da‟if
menurut pengertian istilah ulama Hadith ialah :
Ibn al-Salah mentakrifkan: Setiap hadith yang tidak menepati syarat-syarat Hadith Sahih
juga syarat-syarat Hadith Hasan. Ia adalah hadith yang gugur satu atau lebih syarat-syarat
maqbul.
CIRI-CIRI HADITH DA’IF
Pada asasnya Hadith Da‟if termasuk kategori Hadit Mardud. Iaitu hadith yang ditolak oleh
para ulama sebagai sumber rujukan hukum atas beberapa sebab:
1. Kelemahan Perawi, iaitu :
a. Dusta dan ia lebih dikenali dengan Hadith Mawdu‟.
b. Tertuduh dusta dan dikenali dengan Hadith Matruk.
c. Fasik, banyak salah dan lemah dalam menghafaz.
d. Banyak prasangka atau sangka buruk.
e. Menyalahi riwayat orang yang lebih thiqah atau dipercayai.
f. Tidak diketahui identitinya dan dikenali dengan Hadith Mubham.
g. Penganut Bid‟ah dan dikira Hadith Mardud.
h. Tidak baik hafazannyadan dikira Hadith Syaz dan Mukhtalit.
2. Sanadnya tidak bersambung, iaitu :
a. Jika sanad pertamanya digugurka, ia disebut Hadith Mu‟allaq.
b. Jika sanad terakhirnya, iaitu kalangan Sahabat digugurkan ia disebut Hadith
Mursal.
c. Jika 2 sanad atau lebih digugurkan secara berturut-turut, ia disebut Hadith
Munqati‟.
3. Matan atau kandungan hadith bermasalah, iaitu :
Hadith yang dianggap Da‟if berdasarkan matannya, digelar Hadith Mawquf dan
Hadith Maqtu‟.
30
Rumusannya, Hadith Da‟if tidaklah dianggap sebagai salah dan palsu
keseluruhannya, Cuma sudut statusnya sangat diragui sama ada ia sebuah hadith
atau tidak.
CONTOH HADITH DA’IF
Hadith yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi dari Tariq Hakim al-Athram daripada Abu Tamimah
al-Hujaimai daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :
ق م ا زل ا ا , ا ت ئ ام ة م
Maksudnya: Sesiapa yang mendatangi ( menyetubuhi ) isteri berhaid atau pada duburnya
atau menemui tukang tilik, sesungguhnya dia telah mengkufuri apa yang telah diturunkan
kepada Muhammad. ( al- Tirmizi, al-Taharah: 125 )
Setelah mengeluarkan hadith ini, al- Tirmizi mengulas: Kita tidak mengetahui hadith ini
hadith Hakim al-Athram daripada Abu Tamimah al-Hujaimi daripada Abu Hurairah.
Kemudian al-Tirmizi berkata lagi : Muhammad al-Bukhari telah menda‟ifkan hadith ini,
kerana pada sanadnya ada Hakim al-Athram. Seterusnya di dalam Taqrib al- Tahzib, Ibn
Hajar berkata: Padanya ada kelemahan.
HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH DA’IF
PENDAPAT ULAMA HUKUM BERAMAL HADITH DA‟IF
1. Menurut pendapat yang dipelopori oleh Abu Bakar ibn al-„Arabi yang bermazhab
Malik, al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hazm yang bermazhab al-Syafi‟i : Tidak harus
beramal dengan Hadith Da‟if secara mutlak, sama ada hadith itu berkaitan dengan
perundangan atau hukum dan sama ada ia berkaitan dengan Fada‟il al-Amal.
2. Menurut pendapat Imam Ahmad : Jika hadith tersebut berkaitan dengan galakan dan
ancaman, kami tidak terlalu ketat mengenai sanadnya.
Ini bermakna Imam Ahmad akan meriwatkan hadith tersebut dengan menyebut
semua perawinya. Iaitu jika tiada di dalam rangkaian sanadnya perawi thiqah yang
boleh digunakan sebagai hujah.
Beliau mengatakan lagi, Hadith Da‟if boleh digunakan untuk beramal dalam perkara
berkaitan kelebihan amalan soleh sahaja, seperti zikir dan kelebihan bacaan Al-
Quran.
Menurut Imam Ahmad juga : Apabila Hadith Da‟if tersebut mengandungi kelebihan-
kelebihan yang menunjukkan jumlah tertentu atau batasan tertentu, seperti : Solat
31
pada waktu tertentu dengan membaca ayat tertentu dengan cara tertentu, tidak
boleh. Hal itu kerana dikira menentukan amalan harus tidak sabit melalui dalil syarak.
UNIT 9
KLASIFIKASI KITAB-KITAB HADITH
KITAB MENGANDUNGI HADITH SAHIH
Karangan pertama serta masih berkekalan tentang Hadith Sahih ialah: Sahih al-Bukhari
kemudian Sahih Muslim. Kedua-duanya adalah kitab paling sahih selepas Al-Quran.
Erti kata lain, kiatab paling sahih di antara keduanya pula ialah Sahih al-Bukhari. Hal itu
kerana hadith-hadith al-Bukhari lebih kemas sudut bersambung –sambung sanadnya dan
para perawinya lebih thiqah di samping terdapat kesimpulan-kesimpulan Fiqh dan ,masalah-
masalah ilmiah yang tidak ada dalam Sahih Muslim.
KITAB SAHIH UTAMA
Majoriti ulama menetapkan kedudukan Sahih al-Bukhari dikira lebih sahih berbanding Sahih
Muslim dengan mengambil kira secara keseluruhan. Namun begitu, tidak dinafikan terdapat
sebahagian hadith dalam Sahih Muslim lebih kuat daripada beberapa hadith dalam Sahih al-
Bukhari.
Seterusnya apa yang perlu diketahui juga, al-Bukhari dan Muslim tidak beriltizam untuk
memasukkan semua hadith sahih dalam kitab-kitab mereka. Dimana al-Bukhari berkata :
Daku hanya memasukkan hadith yang sahih sahaja dalam kitab yang jami‟ ini dan daku
tinggalkan hadith-hadith sahih yang lain. Muslim juga berkata: Bukan semua hadith yang
sahih menurutku, daku masukkan disini. Dimana sahih yang disepakati sahaja yang daku
masukkan.
Justeru, menurut pendapat kukuh, masih banyak lagi hadith sahih yang tidak disebutkan
oleh mereka berdua. Ia disokong mrnerusi apa yang dinukilkan daripada al-Bukhari,
katanya: Hadith-hadith sahih yang saya tinggalkan lebih banyak. Beliau juga berkata: Daku
menghafaz seratus ribu hadith sahih dan dua ratus ribu hadith tidak sahih.
Secara umumnya jumlah hadith dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim ialah: Sahih al-
Bukhari mengandungi 6397 hadith termasuk hadith yang berulang. Manakala jumlah yang
berulang dan tanpa berulang sebanyak 4000 hadith.
Konteks tersebut, hadith-hadith sahih lain yang ditinggalkan oleh al-Bukhari dan Muslim
boleh didapati di dalam kitab-kitab muktabar yang masyhur, seperti: Sahih Ibn Khuzaimah,
32
Sahih Ibn Hibban, Mustadrak al-Hakim, kitab sunan yang empat, Sunan al-Daruqnuti, Sunan
al-Baihaqi dan lain-lain.
Perlu diketahui juga bahawa kewujudan sesebuah hadith di dalam kitab-kitab tersebut tidak
bermakna ia pasti sahih, tetapi masih memerlukan kepada penjelasan tentang
kesahihannya, kecuali di dalam kitab yang pengarangnya mensyaratkan hanya menyebut
hadith sahih sahaja, seperti: Sahih Ibn Khuzaimah.
AL-MUWATTA
Al-Muwatta atau Muwatta Malik merupakan kitab hadits dan fiqih yang disusun oleh Imam Malik bin Anas, merupakan salah satu dari Kutubut Tis'ah (sembilan kitab hadits utama di kalangan Sunni). Kitab ini terdiri dari dua bahagian:
1. Perkataan dan perbuatan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam (juga
dikenal sebagai sunnah). Riwayat perkataan dan perbuatan Nabi disebut hadis.
2. Pendapat dan keputusan resmi sahabat Nabi, penerus mereka, dan beberapa ulama
kemudian.
Imam Malik (nama lengkap Malik bin Anas bin Malik bin Abu Amir Al-Ashbahi) dilahirkan
tahun 93 H dan wafat tahun 179 H. Ia banyak tinggal di Madinah, kota tempat kediaman
Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam. Ia ulama Islam yang terkenal, dan pendiri mazhab Maliki.
Ia dikenal mempunyai lebih dari seribu murid. Selama kehidupannya, Imam Malik
senantiasa memperbaharui Muwaththa beliau, sehingga kitab ini mencerminkan
pembelajaran dan pengetahuan beliau selama lebih dari empat puluh tahun. Kitab ini
mengandung seribuan hadis.
Al-Muwatta‟ adalah nama yang berasal dari Imam Malik sendiri. Cuma, mengapa kitab
tersebut dinamakan dengan Al-Muwatta‟ menimbulkan beberapa pendapat :
Pertama, sebelum kitab itu disebarluaskan, Imam Malik telah meperlihatkan karyanya ini di
hadapan para 70 ulama Fiqh Madinah dan mereka menyepakatinya. Dalam sebuah riwayat
As-Suyuthi menyatakan: “Imam Malik berkata, Aku mengajukan kitabku ini kepada 70 ahli
Fiqh Madinah, mereka semua setuju denganku atas kitab tersebut, maka aku namakanya
Al-Muwatta‟.
Kedua, pendapat yang menyatakan ia dinamakan Al-Muwatta‟, kerana kitab tersebut
“memudahkan” khalayak umat Islam dalam memilih dan menjadi pegangan hidup dalam
beraktiviti dan beragama.
Ketiga, pendapat yang menyatakan ia dinamkan Al-Muwatta‟, kerana kitab Al-Muwatta‟
merupakan perbaikan terhadap kitab-kitab fiqh sebelumnya.
Kitab ini menghimpun hadis-hadis Nabi SAW, pendapat sahabat, qaul tabi‟in, Ijma‟ ahlul
Madinah dan pendapat Imam Malik.
Para ulama berbeza pendapat tentang jumlah hadis yang terdapat dalam al-Muwatta‟;
33
Ibnu Habbab yang dikutip Abu Bakar al-A‟rabi dalam Syarah al-Tirmizi menyatakan ada 500
hadis yang disaring dari sejumlah 100.000 hadis
Abu Bakar al-Abhari berpendapat ada 1726 hadis dengan perincian 600 musnad, 222
mursal, 613 mauquf dan 285 qaul tabi‟in.
Al-Harasi dalam “Ta‟liqah fi al-Usul” mengatakan Al-Muwatta‟ memuat 700 hadis dari 9000
hadis yang telah disaring
Abu al-Hasan bin Fahr dalam “Fada‟il” mengatakan ada 10.000 hadis dalam kitab Al-
Muwatta‟.
Arnold John Wensinck menyatakan dalam Al-Muwatta‟ ada 1612 hadis
Muhammad Fu‟ad Abdul Baqi mengatakan Al-Muwatta‟ berisi 1824 hadis”.
Ibnu Hazm berpendapat, dengan tanpa menyebutkan jumlah tepat, 500 lebih hadis
musnad, 300 lebih hadis mursal, 70 hadis lebih yang tidak diamalkan Imam Malik dan
beberapa hadis dha‟if.
M. Syuhudi Ismail menyatakan “Al-Muwatta‟ hadisnya ada 1804”.
Menurut As-Suyuthi, lebih dari seribu orang yang meriwayatkan Al-Muwatta‟, dan banyak
naskah tentang itu. Namun yang terkenal adalah 14 naskah menurut As-Suyuthi, dan
menurut al-Kandahlawi ada 16 naskah, sedang menurut Qadi Iyad ada 20 naskah, malah
ada yang berpendapat ada 30 naskah. Di antara naskah itu adalah:
Naskah Yahya bin Yahya al-Masmudi al-Andalusi (w. 204 H). Beliaulah yang pertama kali
mengambil Al-Muwatta‟ dari Yazid bin „Abdurrahman bin Ziyad al-Lahmi (al-Busykatun) dan
pembawa mazhab Maliki di Andalusia
Naskah ibn Wahb (w. 197 H)
Naskah Abu Ubaidillah Abd al-Rahman bin al-Qasim ibn Khalid al-Misri (w. 191 H)
Naskah Abu Abd al-Rahman Abdullah bin Musalamah bin Qa‟nabi al-Harisi (w.221 H).
Naskah Abdullah bin Yusuf al-Dimsyqi Abu Muhammad at-Tunaisi (w. 217 H)
Naskah Mu‟an al-Qazzazi (w. 198 H)
Naskah Sa‟id bin „Uffair (w. 226 H)
Naskah Ibn Bukair (w. 231 H)
Naskah Abu Mas‟ab Ahmad bin Abu Bakr al-Qasim az-Zuhri (w. 242 H)
Naskah Muhammad ibn al-Mubarak al-Quraisyi (w. 215 H).
Naskah Musa‟ab ibn Abdullah al-Zubairi (w. 215 H).
Naskah Suwaid ibn Zaid Abi Muhammad al-Harawi (w. 240 H)
Naskah Muhammad ibn al-Hasan al-Syaibani (w. 179 H)
Naskah Yahya bin Yahya al-Taimi (w. 226 H)
Naskah Abi Hadafah al-Sahmi (w. 259 H)
Di antara naskah-naskah tersebut, riwayat Yahya bin Yahya al-Andalusi yang paling
mahsyur.
Muwaththo Imam Malik Kitab Hadis Sahih Selepas Sahih Muslim. Antara guru yang Imam
Al-Syafie (204H) pergi menuntut semasa beliau berhijrah ke Madinah ialah Imam Darul
34
Hijrah Malik bin Anas (179H), bahkan Al-Imam al-Syafie adalah merupakan penghafaz dan
periwayat kitab al-Muwattha' yang paling jitu.
ت ا ت ): ق ل لأا م ا ... لاا م اش ا لأي ت اا م اا طف ا اك
( اا طف ا ة شم مجلا ا ظ ص ا اك ف ت اش لأ ج ت ق ا م ت ... لام لأا م ا اش م ف ة م ة لاا م اش ا ا طف غ م ا ام ت
, ( ة اا ) ت م ت ا اك ام ا صح لأ ج ا ت جل ا م ا اك , جل ا م ا اك, فجل ا م ام
اش : ا ص م اق م ط م اتا ا (ا م ة ع ا ) ق قل اصلاح ت
د اا ا ة ا جل لأ ا تج إجا ع ص ا ام ام ة ا اك ) جلا ا اش
“adapun sesungguhnya Imam Al-Syafie adalah daripada kalangan perawi yang
meriwayatkan kitab Muwatta‟ dari Imam Malik yang asbat (jitu dan tepat),..dan hal ini adalah
sebagaimana yang disebut oleh Imam Ahmad: (telah mendengar [iaitu maksudnya telah
menghafaz –pent] kitab Muwatta‟ beberapa belas perawi daripada kalangan huffaz
(penghafaz hadis) yang merupakan ashab (murid-murid) Imam Malik , tetapi aku merujuknya
kepada Al-Syafie kerana aku mendapati dia adalah yang paling kuat (paling tepat dan jitu)
berbanding yang lain-lain)
Dan sesungguhnya kata-kata Imam Ahmad ini memberi isyarat serta menunjukkan akan
kelebihan (akan afdhal nya) riwayat Imam Al-Syafie terhadap kitab Muwatta‟ berbanding
penghafaz-penghafaz yang lain dari kalangan periwayat (penghafaz hadis)…sehingga
terdapat beberapa riwayatnya (iaitu Imam Al-Syafie) dari Imam Malik dari Nafi‟ dari Ibn Umar
adalah termasuk dalam ketegori sanad-sanad yang paling sahih, agungnya riwayat itu
sehingga diberi nama (Silsilah Al-Zahb/Silsilah Emas), maka yang paling agung yang
meriwayatkan dari `Abdullah ibn Umar ialah Nafi', dan yang paling agung yang
meriwayatkan dari Nafi' ialah Malik, dan yang paling agung yang meriwayatkan dari Malik
ialah Al-Syafie!
Dan telah menukilkan Ibn Al-Solah dalam kitabnya (Ma‟rifah Anwaq Al-Hadis) dari Abi
Mansur Abdi Al-Qahir bin Thahir Al-Tamimi: (sesungguhnya silsilah periwayatan ini adalah
daripada silsilah sanad-sanad yang agung disisi ijma‟ para ashab al-hadis (para ahli hadis)
iaitu sesungguhnya tiada satupun riwayat dari Imam Malik yang lebih agung (iaitu lebih jitu
dan tepat) berbanding dari riwayat Imam Al-Syafie)…”
[rujukan: Musnad Al-Syafie, tahqiq Dr. Mahir Yasin Al-Fahl, bahagian muqaddimah oleh
pentahqiq, m/s 25, cetakan Syarikat Gheras, Al-Jahraa, Kuwait, 1425H]
Secara umumnya, tidak ada pernyataan yang tepat tentang kriteria yang dipakai Imam Malik
dalam menghimpun kitab Al-Muwatta‟. Namun secara terperinci, dengan melihat paparan
Imam Malik dalam kitabnya, cara yang dipakai adalah ciri ciri pembukuan hadis berdasar
klasifikasi hukum Islam (abwab fiqhiyyah) dengan mencantumkan hadis marfu‟ (berasal dari
Nabi), mauquf (berasal dari sahabat) dan maqthu‟ (berasal dari tabi‟in). Bahkan bukan itu
sahaja, kita dapat melihat bahawa Imam Malik menggunakan susunan susunan berupa :
(a) pemilihan terhadap hadis-hadis yang disandarkan kepada Nabi,
(b) Atsar/fatwa sahabat,.
35
(c) fatwa tabi‟in,
(d) Ijma‟ ahli Madinah dan
(e) pendapat Imam Malik sendiri.
Meskipun kelima aturan tersebut tidak selalu muncul bersamaan dalam setiap
pembahasannya, urutan pembahasan dengan mendahulukan penulusuran dari hadis Nabi
yang telah dipilih merupakan acuan pertama yang dipakai Imam Malik, sedangkan proses
kedua dan seterusnya dipaparkan Imam Malik apabila dirasakan perlu untuk dipaparkan.
Dalam hal ini empat kriteria yang dikemukakan Imam Malik dalam mengkritik periwayatan
hadis adalah:
(a) Periwayat bukan orang yang berperilaku buruk
(b) Bukan ahli bid‟ah
(c) Bukan orang yang suka berdusta dalam hadis
(d) Bukan orang yang tahu ilmu, tetapi tidak mengamalkannya.
Biarpun Imam Malik telah berupaya meneliti sehalus mungkin dalam menyaring hadis-hadis
yang diterima untuk dihimpunkan, tetap saja para ulama hadis berbeza pendapat dalam
memberikan penilaian terhadap kualiti hadis-hadisnya:
Sufyan ibn „Uyainah dan As-Suyuthi mengatakan, seluruh hadis yang diriwayatkan Imam
Malik adalah sahih, kerana diriwayatkan dari orang-orang yang terpercaya
Abu Bakar al-Abhari berpandangan tidak semua hadis dalam Al-Muwatta‟ sahih, 222 hadis
mursal, 623 hadis mauquf dan 285 hadis maqthu‟.
Ibn Hajar al-‟Asqalani menyatakan bahawa hadis-hadis yang termuat dalam Al-Muwatta‟
adalah sahih menurut Imam Malik dan pengikutnya.
Ibn Hazm dalam penilaiannya yang termaktub dalam Maratib al-Diyanah, ada 500 hadis
musnad, 300 hadis mursal dan 70 hadis dha‟if yang ditinggalkan Imam Malik. Sedang
menurut Ibn Hajar di dalamnya ada hadis yang mursal dan munqati‟.
Al-Gafiqi berpendapat dalam Al-Muwatta‟ ada 27 hadis mursal dan 15 hadis mauquf.
Hasbi ash-Shiddiqi menyatakan dalam Al-Muwatta‟ ada hadis yang sahih, hasan dan da‟if.
Harus diingat biarpun dalam Al-Muwatta‟ tidak semuanya sahih, ada yang munqati‟, mursal
dan mu‟dal. Banyak ulama hadis berikutnya yang mencuba mentakhrij dan me-muttasil-kan
hadis-hadis yang munqati‟, mursal dan mu‟dal seperti Sufyan ibn Uyainah, Sufyan al-Tsauri,
dan Ibn Abi Dzi‟bi. Dalam pandangan Ibnu Abdil Barr dari 61 hadis yang dianggap tidak
muttasil semuanya sebenarnya musnad dengan jalur selain Imam Malik
KITAB-KITAB SYARAHNYA
Kitab Al-Muwatta‟ disyarahkan oleh beberapa ulama di antaranya:
Al-Tamhid lima fi Al-Muwatta‟ min al-Ma‟ani wa al-Asanid karya Abu Umar ibn Abdil Bar al-
Namri al-Qurtubi ( w. 463 H)
Al-Istizkar fi Syarh Maz|ahib Ulama al-Amsar karya Ibn „Abdil Barr (w. 463 H.)
Kasyf al-Mugti fi Syarh Al-Muwatta‟ karya Jalaluddin al-Suyuti (w. 911 H.)
Tanwirul Hawalik, karya Jalaluddin as-Suyuti (w. 911 H)
Syarah al-Ta‟liq al-Mumajjad Al-Muwatta‟ Imam Muhammad karya al-Haki ibn Muhammad
al-Laknawi al-Hindi
Al-Muntaqa karya karya Abu Walid al-Bajdi (w. 474 H.).
Al-Maswa karya al-Dahlawi al-Hanafi (w. 1176 H.)
36
Syarh al-Zarqani karya al-Zarqani al-Misri al-Maliki (w. 1014 H.)
Pendapat Para Ulama tentang Al-Muwatta‟
Di antara ulama yang memberikan penilaian terhadap kitab Al-Muwatta‟ adalah:
Asy-Syafi‟i : “Di dunia ini tidak ada kitab setelah al-Qur‟an yang lebih sahih daripada kitab
Malik...”
Al-Hafiz al-Muglatayi al-Hanafi: “ Karya Imam Malik adalah kitab sahih yang pertama kali”
Ibn Hajar:” Kitab Malik sahih menurut Malik dan pengikutnya...”
Waliyullah al-Dahlawi menyatakan al-Muwatta‟ adalah kitab yang paling sahih, masyhur dan
paling terdahulu pengumpulannya
UNIT 10
AL-MASANID DAN JAMI’
AL-MASANID
PENGERTIAN
Musnad atau Masanid bermaksud: Kitab hadith yang disusun berdasarkan urutan nama
Sahabat. Iaitu sama ada mengikut susunan abjad atau terdahulu memeluk Islam. Erti kata
lain: Iaitu kitab-kitab yang menghimpun hadith-hadith yang diriwayatkan oleh setiap Sahabat
ditempat yang khusus dan mencantumkan nama Sahabat yang meriwayatkannya.
METOD PENULISAN
Musnad merupakan satu bentuk kitab hadith yang awal. Susunannya menyerupai atau lebih
menjurus kepada bentuk koleksi-koleksi keluarga atau keluarga milik Sahabat. Namun
begitu ia masih belum dilengkapi indeks sehingga agak menyulitkan penggunanya.
Antara lain, dalam kitab Musnad hadith dikumpulkan berdasarkan nama-nama Sahabat
yang meriwayatkannya. Sebahagian penyusun menetapkan: Pengumpulan hadith beserta
isnad secara abjad. Sedang penyusun lain ada yang menetapkan berdasarkan tingkat
hubungan keluarga dengan Nabi SAW sudut dekat atau jauhnya. Ada juga yang menyusun
sudut pengabdian bagi kepentingan agama.
Kitab-kitab Musnad disusun dari koleksi-koleksi yang lebih awal sering disebut sebagai: Juz‟,
Hadith dan Ahadith atau seolah-olah seperti Sahifah dimana ia belum tersusun secara
sistematik. Sebagai contoh kitab seumpama ini yang mula-mula ditulis ialah: Musnad Abu
Daud Sulayman al-Tayalis ( 133-203H)
Pada masa yang sama juga Ahmad ibn Hanbal (m.241H) menulis Musnadnya yang
dianggap sebagai kitab Musnad paling komprehensif. Dimana kitab ini sudah tidak
memuatkan fatwa Sahabat dan Tabi‟in. Cuma metod analisis Isnad yang dapat menjelaskan
bentuk dan kategori Hadith Sahih, Hasan dan Dai‟f belum diterapkan.
Hakikatnya perkara sebegitu masih berlaku kerana para pengumpul hadith waktu itu
berusaha mengumpulkan dan menyalin segala hadith daripada para Sahabat, iaitu tanpa
mempedulikan sudut isi dan matannya.
37
Justeru, Musnad merupakan Kitab Hadith yang disusun berdasarkan nama-nama Sahabat
yang meriwayatkan hadith. Dimana kebiasaannya ia dimulai dengan nama Sahabat yang
terawal masuk Islam atau menyesuaikan dengan urutan Abjad.
Imam Ahmad yang menulis Musnad telah mendahulukan hadith-hadith Abu Bakar daripada
hadith-hadith Sahabat yang lain. Antara cara penyusunan Musnad ialah :
1. Memuatkan hadith-hadith tentang 10 orang Sahabat yang dijamin masuk syurga atau
tentang Khalifah al-Rasyidin yang empat.
2. Menurut kalangan lebih dahulu memeluk Islam.
3. Dengan melihat kalangan ahli Badar atau Hudaibiyah dahulu.
4. Dengan melihat golongan yang memeluk Islam terlebih dahulu ketika Pembukaan
kota Mekah.
5. Dengan melihat lelaki perlu diutamakan. Tetapi kalangan wanita isteri-isteri Nabi
diutamakan terlebih dahulu.
6. Atau dengan melihat jenis qabilah, iaitu Qabilah Bani Hasyim didahulukan.
KEISTIMEWAAN DAN KEPENTINGAN
1. Mempermudahkan untuk mengetahui sanad-sanad hadith. Hal tersebut kerana
sanad-sanad itu terkumpul pada suatu tempat.
2. Mempermudah mengetahui penyusun sumber asli yang mengeluarkan hadith
tersebut serta bab hadith dalam sumber –sumber tersebut. Justeru, dengan demikian
kitab hadith jenis ini merupakan bentuk indeks hadith pelbagai fungsi.
3. Teknik penyusunan berdasarkan urutan nama Sahabat seperti ini sangat membantu
dalam mengetahui jumlah dan jenis hadith yang diriwayatkan oleh para Sahabat dari
Nabi SAW dan mempermudah penetilian dan penyemakannya.
4. Kewujudan kitab seperti ini sangat berfaedah bagi pencarian sumber hadith yang
diketahui nama Sahabat meriwayatkannya serta faedah-faedah lain yang berkaitan
dengan kemudahan pengkajian hadith.
CONTOH KITAB
Kitab-kitab hadith yang disusun berdasarkan nama-nama Sahabat ini ada dua jenis, iaitu:
MUSNAD
Kitab Musnad adalah kitab hadith yang disusun berdasarkan urutan nama Sahabat. Urutan
Sahabat itu ada kalanya disusun berdasarkan urutan huruf Abjad atau Hija‟yah. Ada kalanya
juga ia berdasarkan urutan waktu masuk Islamnya dan ada kalanya berdasarkan keluhuran
nasabnya.
Seterusnya, dimana Musnad taraf hadith tidak diambil kira. Dimana ia Cuma menerangkan
tentang sesuatu perkara.
Jumlah kitab Musnad ini sangat banyak, namun begitu yang paling masyhur dan yang paling
tinggi martabatnya adalah: al- Musnad karya Imam Ahmad bin Hambal, kemudian musnad
Abu Ya‟la al-Muslihi.
38
AL-ATRAF
Kata Atraf adalah jamak daripada Tharf, bererti: Bahagian dari sesuatu. Tharf hadith adalah
bahagian hadith yang dapat menunjukkan hadith itu sendiri ataupun pernyataan yang dapat
menunjukkan hadith, seperti: لا ا ل ا ت
Kitab al-Atraf adalah kitab-kitab yang disusun untuk menyebutkan bahagian hadith yang
menunjukkan keseluruhannya, lalu disebutkan sanad-sanadnya pada kitab-kitab sumbernya.
Sebahagian penyusun menyebutkan sanadnya dengan lengkap dan sebahagian yang
lainnya hanya menyebutkan sebahagiannya. Kitab –kitab ini tidak memuatkan matan hadith
secara lengkap.
AL-JAWAMI’
PENGERTIAN
Kitab al-Jawami‟ adalah bentuk jamak daripada perkataan al-Jami‟. Kitab Jami‟ menurut
istilah ulama Hadith bermaksud: Kitab hadith yang disusun berdasarkan bab dan mencakupi
hadith-hadith berbagai skop ajaran Islam dan pecahan-pecahannya.
Secara ringkasnya bab-babnya mencakupi tentang: Akidah, Ibadat, Muamalat, Sirah Nabi
SAW, Hamba, Fitnah dan berita hari Kiamat.
Kitab Jami‟ ini sangat banyak, antara yang terkenal ialah :
1. Al-Jami‟ al-Sahih,karya al-Bukhari.
2. Al-Jami‟ al-Sahih, karya Muslim
3. Al-Jami‟, karya al-Tarmizi atau yang dikenali dengan Sunan al-Tirmizi. Kitab al-
Tirmizi. Kitab al-Tirmizi ini juga disebut Sunan kerana ia lebih menonjolkan hadith-
hadith hukum.
Rumusannya, penulisan kitab Jami‟ bermaksud menghimpunkan hadith-hadith berkenaan
dengan bidang: Akidah, Ahkam, Riqaq, Adab, Tafsir, Tarikh dan Sirah, Fitan dan Manaqib.
METOD PENULISAN
Sesebuah kitab hadith untuk dikenali sebagai Jami‟ hendaklah mengandungi sekurang-
kurangnya lapan bidang. Kalangan ulama ada yang menyusun hadith-hadith dalam bidang-
bidang ini secara berasingan, antaranya ialah :
1. Akidah. Contohnya: Kitab al-Tauhid, karangan Abu Bakar ibn Abu Khuzaimah dan
Kitab al-Asma‟ Wa al-Sifat oleh al-Baihaqi.
2. Ahkam. Kitab hadith hukum yang disusun seperti dalam kitab-kitab Fiqh, antaranya:
Bulugh al-Maram dan „Umdah al-Ahkam.
39
3. Riqaq. Ia dinamakan juga sebagai Ilmu al-Suluk Wa al-Zuhd. Iaitu menyebut tentang
peringatan di hari akhirat dan azab kubur yang akan melembutkan hati sesiapa yang
mendengarnya dan menjadikannya seorang yang zuhud. Contohnya: Kitab Zuhud
oleh Abdullah ibn al-Mubarak dan Imam Ahmad.
4. Adab. Adab sopan, adab tidur, adab solat, adab makan dan sebagainya. Contohnya:
Kitab al-Adab al-Mufrad oleh al-Bukhari dan Kitab Syama‟il oleh Tirmizi.
5. Tafsir. Hadith-hadith yang mentafsirkan Al-quran. Contohnya: Kitab Tafsir Ibn
Mawardah, Ibn Jarir al-Tabari, Tafsir al-Dailami dan Tafsir Jailani.
6. Tarikh. Sejarah terbahagi kepada dua jenis:
a) Sejarah tentang kejadian alam atau Bad‟ al-Khalq, seperti: Kejadian langit
dan bumi, syurga, neraka, jin, syaitan, malaikat dan sebagainya.
b) Sejarah tentang kehidupan Rasulullah SAW dan para Sahabat, seperti: Sirah
Ibn Hisyam, Sirah Mullah Umar dan sebagainya.
7. Al-fitan. Iaitu fitnah-fitnah yang muncul akhir zaman, bermula selepas kewafatan
Rasulullah SAW. Contohnya: Kitab Mu‟in bin Hammad ( guru al-Bukhari ) tentang
Dajjal, turunnya Nabi Isa, kemunculan Imam Mahdi dan sebagainya. Beliau telah
mencampur adukkan antara yang sahih dan tidak sahih.
8. Munaqib. Iaitu tentang kelebihan seseorang, seperti: Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali,
Tabi‟in, Ahl al-Bait, isteri-isteri Rasulullah SAW, Nawasib dan sebagainya.
Contohnya al-Riyadh al-Nadirah Fi Manaqib al-„Asyarah, oleh Muhib al-Tabari dan
Zakha‟ir al-„Uqba Fi Manaqib Zawi al-Qurba serta lainnya.
40
UNIT 11
AL-MUSTADRAK
Kitab ini telah dihasilkan oleh al-Imam, al-Hafiz, al-Allamah, Muhammad bin Abdullah bin
Muhammad al-Dhabiyyi, al-Naisaburi, al-Hakim Abu Abdullah, juga terkenal dengan gelaran
singkat Ibn al-Bayyi‟ atau al-Hakim al-Naisaburi. Beliau dilahirkan di Naisabur, Iran pada
tahun 321H dan mempelajari hadis sejak kecil daripada bapa dan juga bapa saudaranya.
Kemudiannya beliau turut mengembara dalam mempelajari hadis di serata pelusuk wilayah
Islam seperti Iraq, Mada`in, Khurasan, Hijaz dan banyak lagi. Beliau mendengar hadis
daripada sejumlah besar ulama hadis yang mencapai angka 2000 orang syeikh.
Beliau meriwayatkan hadis daripada bapanya, Abu al-„Abbas al-Asomm, Muhammad bin
Salih bin Hani`, Abu Abdillah al-Akhram, Abu Ali al-Naisaburi dan selain mereka. Hadisnya
pula diriwayatkan pula oleh beberapa tokoh hadis yang hebat seperti al-Daruquthni, al-
Baihaqi, Abu Zar al-Harawi, Ibn Hibban dan ramai lagi.
Beliau berpegang kepada mazhab Fiqh al-Syafii daripada gurunya Abu Sahl al-Sa‟luki dan
Abu Ali bin Abu Hurairah. Beliau juga merupakan salah seorang pakar Qiraat yang
mempelajarinya daripada Muhammad bin Abu Mansur al-Saram dan Abu al-Naqar al-Kufi.
Beliau menjawat jawatan kadi (hakim) di Naisabur dan diminta untuk memegang jawatan
yang sama di Jurjan tetapi beliau menolaknya. Beliau merupakan salah seorang ahli
perunding atau duta diplomasi di antara kerajaan Bani Buwaih dan Daulah Samaniyah.
Hasil karyanya menurut Ibn Asakir mencapai angka 2,500 buah jilid dalam pelbagai tajuk.
Beliau merupakan salah seorang yang menjadi petanda kehebatan Allah Taala di muka
bumi ini dengan karang yang luar biasa banyaknya. Dalam hal ini beliau menceritakan: “Aku
telah minum air zamzam dan berdoa semoga Allah menganugerahkan kepadaku
kepandaian mengarang dengan begitu baik.” [lihat Thabaqat al-Huffaz].
Di antara kitab karangannya yang masyhur ialah:
Tarikh Naisabur
Al-Mustadrak „ala al-Sahihain
41
Al-Madkhal ila Makrifat al-Sahih
Fadhail al-Syafii
Al-Iklil
Tasmiyah man Ukrija Lahum al-Bukhari wa Muslim
Makrifah Ulum al-Hadits
Beliau meninggal dunia pada tahun 405H selepas keluar daripada tempat permandian
dalam usia yang begitu lanjut.
KITAB AL-MUSTADRAK
Tujuan al-Hakim menyusun kitab al-Mustadrak adalah untuk menghimpun hadis-hadis sahih
berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim, atau salah seorang daripada mereka, yang tidak
ditulis dalam kitab sahih masing-masing. Al-Hakim telah menghimpun sebanyak 8,803 hadis
di dalamnya dan mensahihkannya mengikut beberapa tahap:
1. Hadis yang sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim.
2. Hadis yang sahih mengikut syarat salah seorang daripada mereka sama ada syarat al-
Bukhari atau mengikut syarat Muslim.
3. Hadis yang sahih tanpa disandarkan kepada al-Bukhari atau Muslim iaitu hadis sahih
mengikut syarat al-Hakim sendiri.
4. Hadis yang tidak diberi apa-apa darjat. Kemungkinan al-Hakim bermaksud untuk
menilainya setelah siap menyusun kitab al-Mustadrak tetapi dia tidak sempat untuk
menunaikan maksudnya.
Kajian yang dilakukan semula oleh tokoh-tokoh hadis selepas al-Hakim mendapati wujud
beberapa percanggahan dalam teknik pensahihan al-Hakim. Mereka dapati hanya
sebahagian hadis yang darjatnya menepati pensahihan al-Hakim manakala selainnya tidak.
Ada hadis yang dihukum sahih oleh al-Hakim berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim
akan tetapi semakan semula mendapati ia tidak menepati syarat al-Bukhari dan Muslim.
Demikian juga bagi hadis yang beliau sahihkan berdasarkan syarat salah seorang daripada
mereka, atau berdasarkan syarat al-Hakim sendiri. Bahkan adakalanya di sebalik
pensahihan tersebut, semakan semula mendapati hadis tersebut sebenarnya memiliki darjat
dha„if, sangat dha„if sehinggalah ke darjat palsu (maudhuk).
Para ahli hadis ini yang mengetahui percanggahan ini telah terbahagi kepada 3 bahagian:
Pertama: mereka yang mendakwa beliau adalah seorang ahli hadis tetapi pada masa yang
sama juga adalah seorang Syi„ah al-Rafidhah yang jahat. Oleh itu disahihkan hadis-hadis
yang tidak sahih bertujuan mencemari asas-asas Ahl al-Sunnah dan pada waktu yang sama
membenarkan Mazhab Syi„ah.
Hal ini dijelaskan oleh al-Zahabi: “Beliau merupakan seorang yang dipercayai tetapi beliau
mensahihkan di dalam kitab Mustadraknya itu beberapa hadis yang digugurkan dan begitu
banyak boleh dijumpai di dalamnya. Aku tidak mengetahui apa yang dia sembunyikan
42
daripada hal itu atau sememangnya dia tidak mengetahui perkara tersebut (dari
kejahilannya sendiri).
Sekiranya dia mengetahui kesalahan yang dia lakukan itu dan disengajakan, maka itu
merupakan perbuatan khianat dan dia adalah seorang Syiah yang sememangnya masyhur
dengan perlakuan sedemikian dalam mengambil hadis yang bercanggah dengan hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim.” [Kitab Mizan Iktidal]
Perkataan yang agak „keras‟ dilafazkan oleh Abu Ismail Abdullah al-Ansari apabila ditanya
tentang al-Hakim: “Beliau ialah seorang imam dalam hadis dan juga Rafidhah yang najis.”
Berkata pula Ibn Thahir al-Maqdisi: “Beliau adalah seorang yang begitu fanatik dalam
jiwanya terhadap Syiah. Beliau menampakkan dirinya sunnah dengan mendahulukan para
khulafa yang awal, tetapi mula bersikap menyeleweng tentang Mu‟awiyah dan ahli
keluarganya secara terang dan langsung tidak memohon maaf atas kesalahannya”.
Al-Zahabi berkata: “Aku mengambil jalan sederhana dengan menyatakan bahawa beliau
bukanlah Rafidhah (pelampau Syiah) tetapi hanya sekadar seorang Syiah. [Kitab Mizan
Iktidal]
Pendapat ini dianggap lemah malah ditolak oleh Ahl al-Sunnah. Ini kerana Mazhab Ahl al-
Sunnah tidak menghukum seseorang melainkan pada amal zahirnya. Amalan zahir al-Hakim
tidak menunjuk atau mengisyaratkan apa-apa tanda bahawa beliau bermazhab Syiah al-
Rafidhah.
Perkara paling utama yang boleh dikatakan tentang al-Hakim ialah beliau hanya
mengutamakan kecintaan kepada para Ahl al-Bait dan ini dikenali sebagai al-Tasyaiyu‟ atau
al-Mufadhdhilah.
Kedua: Bagi usaha mengumpulkan 8,803 buah hadis yang sahih menurutnya. al-Hakim
telah mengambil jangka masa yang begitu lama sehingga ke penghujung hayatnya. Dalam
jangka masa yang lama ini, sebagaimana kebiasaannya bagi orang yang berusia lanjut
mereka tidak begitu mantap dalam menghukum darjat sesebuah hadis, bahkan sering
tersilap.
Kecerdasan fikiran yang semakin lemah dan berkemungkinan nyanyuk telah menyebabkan
al-Hakim banyak membuat kesilapan di dalam periwayatan hadis dalam al-Mustadrak
sehingga ke tahap mensahihkan hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang pernah
ditolaknya sendiri dalam kitab yang lain.
Oleh kerana kesilapan yang begitu menjejaskan ini dalam lapangan ilmu hadis, sebahagian
ahli hadis menganggap lemah pensahihan hadis al-Hakim sehingga tidak boleh berhujah
dengannya melainkan disemak semula.
Ibn Hajar al-„Asqalani rahimahullah (852H) menerangkan: (al-Hakim adalah) seorang imam
yang sangat benar dan juga seorang yang sangat bahaya, paling utama yang disebutkan
tentangnya adalah dia digolongkan di kalangan orang-orang yang dha„if. Tetapi telah
diperkatakan oleh sebahagian ulama tentang keuzurannya kerana dia menulis kitab al-
43
Mustadrak ketika di penghujung umurnya. Malahan sebahagian yang lain menyebutkan
bahawa beliau telah mulai tidak kuat mengingat dan nyanyuk pada usia tersebut.
Ketiga: al-Hakim dalam periwayatan hadis agak bermudah-mudahan (tasahul) di dalam
mensahihkan sesuatu hadis. Ini sebagaimana terang Ibn al-Shalah rahimahullah (643H):
”Dan dia (al-Hakim) meluaskan syarat penetapan hadis sahih dan mengambil sikap
bermudah-mudahan dalam menghukum dengannya.”
Ibn Dihyah di dalam kitabnya al-„Ilm berkata: “Menjadi kewajipan kepada ulama hadis untuk
berwaspada pada setiap perkataan al-Hakim Abu Abdullah kerana dia banyak berbuat silap,
menzahirkan hadis-hadis yang tertolak.”
Berkata Abu Sa‟id al-Malini: “Aku telah melihat kitab al-Mustadrak yang dikarang oleh al-
hakim daripada mula hingga akhir dan kau tidak jumpa sebuah hadis yang terdapat syarat
kedua imam tersebut (al-Bukhari dan Muslim).”
Berkata al-Zahabi dalam mengomentari pendapat tersebut: “Ini merupakan pendapat yang
melampau oleh al-Malini, sedangkan masih terdapat sejumlah hadis yang menepati syarat
kedua imam tersebut dan sejumlah besar lagi mengikut syarat salah seorang dari keduanya.
Moga kedua syarat tersebut memenuhi setengah kitabnya, seperempat di kalangan hadis
yang sah dari aspek sanadnya sekalipun terdapat sedikit kecacatan, dan seperempat lagi
yang mengandungi hadis munkar dan lemah yang tidak sah diamalkan serta selebihnya
adalah hadis palsu.” [Tazkirat al-Huffaz]
44
UNIT 12
HADITH MAWDU’ SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA
TAKRIF HADITH MAWDU’
Sudut bahasa Mawdu‟ berasal daripada perkataan: Wada‟, bererti: Letak, jatuh atau
rendah. Oleh itu, Hadith Mawdu‟ dinamakan demikian kerana kedudukannya yang
rendah.
Seterusnya maksud Hadith Mawdu‟ sudut istilah dapat dijelaskan sebagaimana
berikut :
1. Hadith diriwayat oleh perawi dusta.
2. Khabar yang direka-reka dan disandarkan kepada Nabi SAW atau Sahabat
atau Tabi‟in secara dusta, ekoran ada muslihat tertentu.
SEJARAH DAN FAKTOR KEMUNCULAN HADITH MAWDU’
Hadith palsu mulai tersebar meluas selepas zaman Khulafa‟ al-Rasyidin. Oleh itu,
sememangnya ada beberapa golongan tertentu yang sengaja mencipta dan
menyebarkannya kalangan umat Islam demi memuaskan nafsu mereka juga menimbulkan
huru hara, seperti: al-Rafidah.
SEJARAH KEMUNCULAN
Menurut ahli sejarah, bermula kemunculan Hadith Palsu ekoran tercetusnya fitnah dan
pertelingkahan antara penyokong Ali dengan Muawiyah yang berpunca daripada isu politik,
kemudian merebak kepada isu agama.
Golongan yang mula-mula melibatkan diri secara langsung dengan penciptaan Hadith Palsu
ialah : al-Rafidah yang merupakan pecahan kepada Syiah.
Hal itu sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar: Banyak Hadith Palsu yang dicipta oleh
golongan al-Rafidah, seperti: Hadith tentang kelebihan Ahl al-Bait. Mereka juga mencipata
hadith tentang kejahilan Ahl al-Sunnah.
45
Justeru, bertitik tolak isu dan factor politik, lahir golongan mencipta Hadith Palsu yang
bertujuan memihak kepada golongan-golongan yang disokongnya atau aliran pemikiran
yang mereka pegang. Oleh itu, ia menyebabkan bercampur aduk dalam Islam antara Hadith
Palsu dengan Hadith Sahih.
FAKTOR KEMUNCULAN:
PERSELISIHAN POLITIK
Golongan al-Rafidah yang merupakan sebahagian daripada Syiah menentang para Sahabat
yang member bai‟ah atau taat setia kepada Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah.
Golongan ini seterusnya berpecah pula kepada beberapa kumpulan. Dimana mereka
banyak mencipta hadith untuk mengukuhkan parti atau fahamannya.
Konteks tersebut, terdapat Hadith Palsu yang dicipta oleh golongan al-Rafidah dengan
mencela dan mencaci Muawiyah. Selain itu ada pula golongan fanatik kepada Muawiyah
akan mencipta Hadith Palsu mereka. Seterusnya terdapat Hadith Palsu yang dicipta oleh
golongan memusuhi Muawiyah dan Ali serentak, antaranya ialah :
1. Hadith Mawdu‟ yang dicipta atas dasar membenci Muawiyah:
قت ا, إا م تم ا ة خت ا مي
Maksudnya : Apabila kamu melihat Muawiyah berkhutbah di atas mimbarku,
hendaklah kamu bunuh dia. ( al-Syawkani, al-Fawa‟id al-Majmuah,Bab Munaqib al-
Khulafa‟ al-Arba‟ah Wa Ahl al-Bait, Zikr Muawiyah: 147 )
GOLONGAN ZINDIQ
Golongan Zindik dan Mulhid umumnya merupakan kalangan orang yang mengubah serta
menukar makna Al-Quran dan Hadith dengan makna yang bercanggah daripada akidah.
Antara lain, mereka juga terdiri kalangan orang yang pura-pura beriman. Dimana hakikatnya
mereka golongan munafik juga kafir yang menyimpan perasaan dengki, dendam dan benci
terhadap Islam.
Dimana golongan Zindiq dan Mulhid tersebut berusaha merosakkan Islam serta umat Islam
dengan berbagai cara, antaranya: Mencipta Hadith Palsu dalam jumlah yang banyak,
kemudian mereka sebarkan hadith-hadith tersebut atas nama Nabi SAW. Sebagai contoh,
Hammad bin Zaid, pernah berkata : Kaum Zindiq telah memalsukan hadith atas nama
Rasulullah SAW sebanyak 14,000 buah.
46
Begitu juga, sewaktu salah seorang Zindiq bernama Abdul Karim bin „Awja‟ akan dijatuhkan
hukuman mati oleh seseorang penguasa Basrah pada zaman khilafah al-Mahdi tahun 160H,
ia berkata : Sesungguhnya aku telah memalsukan sebanyak 4000 buah hadith, antaranya :
Aku haramkan padanya perkara yang halal dan aku telah halalkan padanya perkara yang
haram.
Erti kata lain, golongan Zindiq dan Mulhid tersebut membenci ajaran Islam dan umatnya
terutamanya apabila jajahan Islam serta agamaIslam telah tersebar meluas hingga wilayah
Rom dan Parsi sekaligus golongan bukan Islam memeluk Islam beramai-ramai.
Oleh itu, mereka menaruh perasaan dendam dan irihati lalu bertindak merosakkan syariat
Islam sekaligus mempermainkan agama Allah dengan menanam tasykik atau keraguan di
dalam hati kaum muslimin. Antara Hadith Palsu yang dicipta ialah dengan memburuk-
burukkan agama Islam dan kesuciannya.
Contoh Hadith Mawdu‟ yang dicipta tentang kelebihan malaikat :
خ ق ت مك ت ا االائ ة ا ش م ام
Maksudnya: Allah menjadikan malaikat dari bulu lengan-Nya.
FANATIK BAHASA, BANGSA DAN NEGARA
Sikap taksub atau fanatik terhadap Negara, bahasa atau golongan tertentu juga menjadi
factor pemalsuan hadith. Erti kata lain, golongan ini memalsukan hadith ekoran mengikut
hawa nafsu.
Dimana golongan ini mengajak orang ramai mengikuti mereka, seperti: Fanatik terhadap
mazhab atau imam tertentu, golongan, kelompok, kabilah atau suku-suku, negeri atau
bahasa dan lain-lain.
Justeru, terdapat berbagai bentuk Hadith Palsu yang dicipta oleh golongan fanatic atau
taksub ini, antaranya ialah :
Hadith Mawdu‟ yang dicipta menyatakan cintakan Negara sebahagian iman:
ا ط ا لإ ا
Maksudnya: Cintakan kepada Negara sebahagian daripada iman. ( Mulla „Ali al-Qari, Harf
al-Ha‟ al-Muhmalah: 164)
MENCARI REZKI
Terdapat sesetengah tukang cerita yang berusaha mencari rezki dengan menyampaikan
Hadith Palsu kepada orang ramai. Dimana mereka sengaja membawa cerita-cerita yang
47
menghiburkan dan pelik sehingga orang ramai member perhatian dan menghulurkan hadiah
atau habuan tertentu kepada mereka, antara mereka ialah: Abu Said al-Mada‟ini.
Selanjutnya, terdapat juga kalangan Tukang Cerita tersebut mencipta hadith tujuan mencari
pengaruh dan kemasyuran.
Dimana bentuk dan caranya ialah dengan mengemukakan hadith-hadith yang pelik. Antara
lain, mereka juga menukarkan sanad hadith supaya kelihatan ganjil.
Erti kata lain,penciptaan kisah dan riwayat yang direka oleh tukang cerita dengan
menyandarkan kepada Nabi SAW untuk menarik orang ramai mendengar cerita dan riwayat
mereka bawa. Sebagai contoh Hadith Mawdu‟ yang diciptakan ialah :
Hadith Mawdu‟ mengenai kelebihan memakai cincin permata Yakut:
تختا ا ق ت إ ا قم
Maksudnya: Pakailah cincin perkaat Yakut, kerana ia boleh menghindari kepapaan.(ibn al-
Jawzi, al-Mawdu‟at:1377)
PERSELISIHAN MAZHAB DAN FAHAMAN
Muncul juga pencipta Hadith Palsu kalangan mereka yang bertujuan menyokong fahaman
dan mazhab. Dimana setiap kumpulan menciptakan hadith masing-masing bagi menyokong
fahaman mereka, sebagai contoh :
Golongan Syiah mencipta Hadith Palsu tentang kelebihan Ali, antaranya :
ا ام قل خ م ا س ق م
Maksudnya: Sesiapa tidak berkata Ali sebaik-baik manusia, ia kufur. ( Ibn al-Jawzi, al-
Mawdu‟ at:555 )
KEJAHILAN
Kejahilan dan tidak mendalam pengetahuan tentang Islam, namun niat dan tujuan untuk
membela agama menyebabkan golongan ini mencipta Hadith Plasu, antaranya: Ahli Sufi.
Selain itu, terdapat juga sekumpulan ahli Bidah yang dikenali sebagai: al-Karamiyah.
Dimana mereka mendakwa harus mencipta hadith-hadith berhubung galakan dan ancaman.
Mereka beralasan ingin mendekatkan diri kepad Allah. Iaitu dengan mencipta hadith-hadith
yang menggalakkan manusia kepada kebajikan dan hadith-hadith yang menakutkan
melakukan kemungkaran.
Oleh itu, disebabkan kejahilan mereka bertindak mencipta Hadith Palsu mengenai kelebihan
sesuatu amalan, sesebuah syrah Al-Quran dan lainnya. Selain itu, mereka juga mencipta
Hadith Palsu tentang keutamaan amalan sunat dan lain-lain.
48
Justeru, golongan ini mengharuskan mencipta Hadith Palsu dengan mengharapkan
ganjaran daripada Allah, antara hadith yang dicipta ialah :
Hadith Mawdu‟ mengenai kelebihan memandang wajah elok :
ا ظم إا ج ا ام ة
Maksudnya: Memandang kepada wajah orang alim suatu ibadah. ( al-Syawkani, al-
Fawa‟id al-Majmu‟ah: 52 )
49
UNIT 13
GERAKAN ANTI HADITH DAN KESANNYA KEPADA MASYARAKAT ISLAM
SEJARAH GOLONGAN ANTIHADITH
Golongan Antihadith adalah mereka yang menolak atau meragui Hadith atau Sunnah Nabi
Muhammad SAW sebagai sumber kedua syariat Islam selepas Al-Quran. Erti kata lain,
hakikatnya mereka merupakan golongan yang menafikan hadith secara keseluruhannya.
BIBIT ANTI HADITH ZAMAN SAHABAT
Secara tidak langsung golongan Antihadith atau Ingkarsunnah telah wujud pada masa
Sahabat. Dimana Umaiyah bin Khalid telah berusaha mencari penyelesaian seluruh
masalah dengan hanya merujuk kepada Al-Quran sahaja.
Akhirnya dia berkata kepada Abdullah bin Umar: Bahawa di dalam al-Quran daku hanya
menemui masalah solat di rumah dan ketika perang sahaja. Sedangkan masalah solat
musafir tidak ditemui. Abdullah bin Umar menjawab: Wahai anak saudaraku! Allah telah
mengutuskan Muhammad SAW dan kita tidak tahu apa-apa. Kita hendaklah kerjakan sahaja
apa yang Nabi SAW lakukan.
Sehubungan dengan itu, bibit-bibit Antihadith sudah mulai wujud sejak zaman Sahabat lagi.
Cuma ia tidak serius dan masih berbentuk pandangan individu atau tidak secara kumpulan
atau gerakan.
KEMUNCULAN ANTIHADITH ZAMAN AL-SYAFI’I
Pada zaman al-Syafi‟I lahir secara jelas golongan Antihadith. Justeru, beliau bangkit untuk
menentang golongan tersebut, contohnya: Menerusi perdebatan dan berhujah.
Untuk menjelaskan mengenai majlis perdebatan antara Imam al-Syafi‟I dengan golongan
Antihadith sebagaimana tercatat dalam kitab: al-Risalah dan al-Umm. Dimana mereka
bertanya kepada Imam al-Syafi‟I : Ada atau tidak dalil bersifat zanni yang menghalalkan
suatu masalah yang diharamkan dengan dalil pasti: Imam Syafi‟I menjawab: Ada.
50
Golongan Antihadith bertanya lagi: Apa dia? Imam al-Syafi‟I menjawab: Apa pendapatmu
mengenai orang yang membawa harta de sebelah saya ini? Bukanlah dia ini haram dibunuh
dan hartanya haram dirampas. Golongan Antihadith menjawab: Ya, haram dibunuh dan
hartanya haram dirampas.
Lantaran itu Imam al-Syafi‟I berkata: Tetapi, apabila ternyata ada dua orang saksi yang
mengatakan bahawa orang ini baru sahaja membunuh orang lain dan merompak hartanya,
apakah pendapat kamu mengenai orang ini? Golongan Antihadith menjawab: Dia mesti
diqisas dan hartanya mesti dirampas untuk dikembalikan kepada warisnya.
Imam al-Syafi‟I berkata lagi: Apakah ada kemungkinan dua orang saksi tadi berbohong atau
keliru: Golongan Antihadith berkata: Ya, ada kemungkinan. Imam al-Syafi‟I berkata: Jika
begitu, kamu telah membolehkan membunuh atau qisas dan merampas harta dengan dalil
zanni, sedangkan membunuh dan merampas harta itu telah diharamkan menggunakan dalil
yang pasti. Golongan Antihadith berkata: Ya, kerana kita diperintahkan untuk menerima
persaksian.
Rumusannya yang dapat difahami daripada dialog tersebut bahawa golongan Anti Hadith
tersebut hanya menerima kehujahan dalil qati atau pasti sahaja, seperti, seperti: Al-Quran
dan menolak kehujahan dalil tidak pasti, seperti: Hadith.
PERKEMBANGAN ANTIHADITH ZAMAN MODEN
Semenjak zaman Imam al-Syafi‟I dan beberapa abad selepasnya, golongan Antihadith
berdiam diri seolah-olah tidak berdaya dan lumpuh. Tibalah zaman Orientalis, mereka
berusaha menghidupkan semula pandangan Antihadith serta berpegang dengan Al-Quran
sahaja, antaranya: Iraq dan di Mesir pada zaman Syeikh Muhamad Abduh ( 1849-1905 )
Hal ini muncul semula ekoran bantuan dan peranan penjajah Barat yang ketika itu sedang
rancak menjajah Negara umat Islam. Hasilnya, mereka berjaya menimbulkan keraguan di
hati sebahagian umat Islam. Tujuannya untuk melumpuhkan kekuatan umat Islam yang
ketika itu sememangnya berada dalam keadaan lemah.
Berkaitan perkara tersebut, Dr Tawfiq Sidqi ada menulis dua artikel mengenai hadith di
dalam majalah al-Manar. Dimana mafhum daripada artikel berkenaan : Dr . Tawfiq menyeru
supaya berpegang dengan Al-Quran sahaja, tidak perlu kepada Sunnah. Justeru, golongan
Antihadtih zaman moden secara langsung ada kaitan dengan Orientalis dan Barat yang
memusuhi Islam dan umatnya.
Sebagai contoh permusuhan Orientalis terhadap Islam ialah: Dr.Ahmad Amin pernah
bercadang mengkritik buku-buku Joseph Schact sebagai tajuk tesis beliau, tetapi
permohonanya ditolak oleh pihak senat Universiti London. Malah beliau disyorkan supaya
tajuk tesis tersebut diubah serta disesuaikan dengan pemikiran Joseph Schacht.
Kemudiannya, Dr . Ahmad Amin berpindah ke Universiti Cambridge dengan mengemukakan
tajuk tesis ysng sama, namun ia juga ditolak. Dimana beliau juga dinasihatkan agar tidak
mengkritik buku-buku Schacht. Untuk itu, beliau menukar tajuk tesisnya kepada tajuk baru:
Kriteria Penelitian Hadith Menurut Ahli Hadith. Akhirnya tajuk dan tesis tersebut diterima
serta diluluskan. Selain Dr. Ahmad Amin, ramai lagi pengkaji Islam yang menjadi mangsa
51
diskriminasi golongan Orientalis, seperti Ignaz Goldziher, antara mereka ialah: Mahmud Abu
Rayyah.
UNIT 14
KUTUB AS-SITTAH
PENGENALAN
Kutub as-sittah ialah enam buah kitab hadith yang masyhur yang disusun oleh ulama-ulama
hadith terkenal.
Kitab-kitab tersebut ialah:
a. Sahih al-Bukhari
b. Sahih al-Muslim
c. Sunan Abu Daud
d. Sunan al-Tirmidhi
e. Suanan an-Nasai‟i
f. Sunan Ibnu Majah
SAHIH BUKHARI
Nama sebenar Sahih al-Bukhari ialah: al-Jami‟ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Umur
Rasulillah Wa Ayyamihi Wa Sunanihi.
HURAIAN NAMA SAHIH AL-BUKHARI
Al-Jami‟ atau al-Jawami‟ maksudnya ialah: Satu metod penulisan kitab-kitab hadith yang
menghimpunkan sekurang-kurangya lapan bab utama dalam agama. Ini termasuklah:
Akidah, Hukum, Tafsir, Sirah dan Maghazi, Zuhud, Adab, Manaqib dan Fitan.
Al-Musnad maksudnya ialah: Hadith-hadith yang dikemukakan dalam kitabnya adalah
bersambung sanadnya kepada Rasulullah SAW.
Al- Sahih maksudnya ialah: Imam al-Bukhari beriltizam untuk mengeluarkan hadith yang
sahih sahaja.
52
Al-Mukhtasar maksudnya ialah: Beliau tidak bermaksud untuk menyebutkan semua hadith
sahih. Banyak lagi terdapat hadith sahih tetapi al-Bukhari hanya menyebut sebahagian
sahaja. Begitu juga beliau tidak bermaksud menyebutkan semua perawi sahih yang boleh
dijadikan hujah.
Ayyamihi maksudnya ialah: Imam al-Bukhari menyebutkan juga beberapa peristiwa yang
berlaku di zaman jahiliah yang berkaitan dengan Baginda SAW.
PERAWI SAHIH BUKHARI
Imam al-Bukhari telah menyususn sahihnya dalam tempoh enam belas tahun setelah
menyalin daripada 600000 hadith. Seramai 90000 orang telah mendengar kitab sahih yang
dibacakannya.
Ini menunjukkan betapa ulama hadith member perhatian yang khusus kepada sahih ini
dengan meletakkannya pada kedudukan yang sewajarnya. Antara yang meriwayatkan kitab
sahih ini ialah:
1. Muhammad bin Yusuf al-Farabi.
2. Ibrahim bin Ma‟qil bin al-Hajjaj al-Nasafi.
3. Hammad bin Syakir bin Sawiyyah al-Nasafi.
4. Mansur bin Muhammad bin „Ali al-Bazdawi.
5. Al-Husain bin Ismail al-Mahamili.
KEISTIMEWAAN SAHIH AL-BUKHARI
Antara keistimewaan Sahih al-Bukhari dapat dikemukan di sini ialah:
1. Keistimewaan paling utama kita Sahih al-Bukhari terletak pada tajuk-tajuk bab dan
kitab. Sehingga ketokohan dan kefahaman al-Bukhari dalam bidang hadith terserlah
memalui Tarjamah al-Bab.
Oleh kerana pentingya perkara ini, ulama telah mengkaji dan membuat kaedah untuk
memahami makna Tarjamah al-Bab.
2. Seringkali kita dapati Basmalah dalam Sahih al-Bukhari. Sebabnya ialah setelah
Imam al-Bukhari berhenti untuk beberapa ketika dari menulis kitabnya, apabila
hendak memulakan semuala beliau akan menulis Basmalah.
3. Kesesuaian antara kitab dari awal hingga akhir, contohnya :
a. Kitab pertama:
م ف ر ا إا م ل ص
b. Hadith yang pertama:
إ لأ ا ل ا ت
53
c. Kitab yang terakhir:
ت ا
d. Bab yang terakhir :
( اا ز اق ط ا م اق اة ) ق ل ت ا
e. Hadith yang terakhir:
ات ت إا ام ا خ ت ا يق ت اا ز ا ا
ا ظ م
Kesesuiannya yang dapat disimpulkan ialah al-Bukhari mahu mengisyaratkan bahawa
sumber utama untuk manusia mengenal Allah dan syariat-Nya ialah wahyu. Wahyulah yang
membimbing manusia supaya mentauhidkan Allah.
Tauhid merupakan pelindung kepada manusia dari permulaan kehidupan hingga ke
akhirnya. Amalan manusia hanya diterima dan berguna apabila dia seorang ahli tauhid dan
amalannya akan ditimbang di akhirat.
Zikir dengan niat yang ikhlas akan menjadikan amalan itu berat dalam timbangan Allah SWT
walaupun ia sangat mudah lagi ringkas pada perkiraan manusia.
4. Menyebutkan banyak ayat Al-Quran sebagai asas kepada bab. Ini boleh dianggap
salah satu kaedah penafsiran Al-Quran oleh Imam al-Bukhari. Iaitu secara Mawdu‟I
atau Tematik dengan mengeluarkan sesuatu tajuk daripada ayat.
5. Mengisyaratkan kepada ayat-ayat yang bersesuaian bab dengan mentafsirkan
makna salah satu lafaznya untuk meringkaskan. Ini boleh didapati dengan
banyaknya dalam: Kitab Bad‟ al-Khalaq dan Kitab al-Tafsir.
ااي خ ق ا ت ا لأمض اي ت زل لأام ات ا ل )
( ا ) ا ا ر ( ا قف اام ع ) (ش ر ق م ق ط ل ش ر ا
( اقت ) ا ت ط ت ( ا ت ) ر ا ك ت ؤ
ج لامض ( ا مة ) (ط ) خمجت ا ا اا ت تخ ت م
ا ا م م م
IMAM MUSLIM
1. Riwayat hidup dan pendidikan Imam Muslim
a. Beliau ialah Abu Husein Muslim bin Hajjaj Al-Qusyairi An-Naisaburi. Lahir di
Naisabur pada tahun 204 Hijrah.
54
b. Mempelajari hadith di Naisabur, Iraq, Hijaz, Syam, Mesir dan sebagainya.
Antara gurunya ialah Imam Bukhari.
c. Pada tahun 220 Hijrah beliau telah menunaikan haji di mekah dan dalam
perjalanan ke Mekah beliau telah belajar dengan Qa‟nabi dan beberapa
ulama yang lain.
d. Pada tahun 230 Hijrah, beliau telah mengembara ke Iraq, Hijaz, Syria dan
mesir untut menuntut ilmu terutamanya dalam bidang hadith.
e. Beliau ialah seorang yang rajin dan gigih menuntut ilmu serta kuat ingatan
dan hafazan.
f. Imam Muslim meninggal dunia di Naisaburi pada tahun 261 Hijrah dalam usia
57 tahun.
2. Guru-guru Imam Muslim ialah:
a. Ishak bin Rahawiah
b. Said bin Mansur
c. Muhammad bin Mahram
d. Dhuhali
e. Imam al-Bukhari
f. Ibn Abi Syaibah
3. Murid-mirid Imam Muslim ialah:
a. Imam al-Tirmidhi
b. Abu al-Fadhl Ahmad bin Salamah
c. Solah bin Muhammad al-Hafiz
d. Hasbi bin Muhammad Al-Qibbani.
4. Kandungan hadith yang terdapat dalam Sahih Muslim ialah:
a. Mengandungi sebanyak 12 000 hadith yang berasal daripada 300 000 hadith
yang dikumpul pada peringkat awalnyatermasuk yang disebut berulang kali.
b. Terdapat sejumlah 4000 hadith tidak berulang.
c. Kitab Sahih Muslim ini disusun di dalam 54 tajuk.
d. Kitab hadith ini menghimpunkan hadith yang mempunyai matan yang sama
atau hamper sama di dalam satu tempat dan menyebut perkara-perkara yang
berbeza pada sanad atau matan hadith tersebut.
5. Keistimewaan Sahih ini ialah:
a. Dianggap kitab hadith yang paling sahih selepas Sahih Bukhari.
b. Sahih ini disusun dengna hadith-hadith yang berlainan sanad pada satu
tempat.
c. Memudahkan umat Islam membuat rujukan dan mengeluarkan hukum
daripadanya.
d. Hadith-hadith yang mempunyai rawi yang ramai.
6. Metodologi penyusunan hadith yang dilakukan oleh Imam Muslim ialah:
55
a. Hadith yang diriwayatkan itu mestilah diriwayatkan oleh perawi-perawi yang
thiqah sehingga sampai ke peringkat sahabat.
b. Sanadnya juga mestilah bersambung hingga ke peringkat sahabat yang
menerima hadith tersebut daripada Rasulullah SAW.
c. Perawi mestilah melengkapi syarat-syarat hadith sahih.
d. Beliau hanya memilih hadith sahih sahaja untuk diriwayatkan dalam kitabnya.
7. Kaedah penyusunan Sahih Muslim oleh Imam Muslim ialah:
a. Beliau mengambil masa selama 16 tahun untuk menyelesaikan susunan
kitabnya dengan membuat kajian ke atas 300 000 hadith yang dikumpulkan
pada peringkat awalnya.
b. Beliau membahagikan kitabnya kepada beberapa tajuk yang dinamakan kitab
yang berjumlah 54 kitab.
c. Beliau menyusun hadith dengan sanad yang berlainan pada satu tempat dan
jika terdapat kelainan lafazpada sesuatu riwayat beliau akan menerangkan
bahawa lafaz hadith tersebut dari perawi yang berkenaan.
d. Beliau mendahulukan sahihnya dengan satu muqaddimah yang
menerangkan tujuan dan objektif penyusunannya.
IMAM ABU DAUD
1. Riwayat hidup dan pendidikan Abu Daud ialah:
a. Beliau ialah Sulaiman bin Al-Asy‟at bin Ishak bin Bashir bin Syadad bin Amru
bin Imran as-Sajistani. Lahir di Sajistani pada tahun 202 Hijrah.
b. Imam Abu Daud telah mengembara dari sebuah negeri ke sebuah negeri
untuk menuntut ilmu termasuk Iraq, Khurasan, Syam, Mesir, Hijaz dan
Jazirah.
c. Beliau terkenal dengan sifat kuat beribadat, soleh dan warak.
d. Beliau meninggal dunia di Basrah pada tahun 275 Hijrah.
2. Guru-guru Imam Abu Daud ialah:
a) Muslim bin Ibrahim.
b) Sulaiman bin Harb.
c) Othman bin Abi Syaibah.
d) Abu Amru ad-Dhorir.
3. Murid-murid Imam Abu Daud ialah :
a) Imam an-Nasa‟i.
b) Imam al-Tirmidhi.
c) Abu „Ali al-Li‟lu
d) Abu „Uwanah.
56
4. Kandungan hadith yang terdapat dalam Sunan Abu Daud ialah:
a) Kitab ini mengandungi 40 tajuk yang dibahagikan pula kepada beberapa bab.
b) Kandungan hadith pula sebanyak 4800 hadith muttasil dan 600 hadith mursal
yang diperolehi selama pengembaraan.
c) Memperkenal istilah-istilah baru untuk menerangkan kedudukan sesebuah
hadith seperti : قم atau ش atau ش
5. Metodologi penyusunan hadith yang dilakukan oleh Imam Abu Daud ialah:
a) Tidak semua hadith yang terkandung dalam kitab ini muttasil.
b) Tidak meletakkan syarat-syarat yang ketat dalam periwayatan hadith hadith
seperti al-Bukhari dan Muslim.
c) Beliau juga meriwayatkan hadith-hadith Hasan dan Dha‟if disamping hadith
Sahih.
d) Kebanyakkan hadith yang terdapat di dalam kitab ini adalah dalam kategori
hasan.
IMAM AT-TIRMIDHI
1. Riwayat hidup dan pendidikan Imam al-Tirmidzi:
a) Beliau ialah Abu Isa Muhammad bin „Isa bin Surah al-Tirmidhi. Dilahirkan
pada tahun 209 Hijrah di Tirmidh.
b) Beliau telah mengunjungi ulama-ulama hadith yang terkenal Khurasan, Iraq,
Hijaz, untuk mendengar,menghafaz dan mencatat hadith daripada mereka.
c) Imam al-Tirmidhi terkenal dengan sifat-sifat terpuji seperti kuat ingatan, zuhud
dan warak.
d) Beliau meninggal dunia pada tahun 279 Hijrah.
2. Guru-guru Imam al-Tirmidhi ialah:
a) Imam al-Bukhari.
b) Imam Muslim.
c) Imam Abu Daud.
3. Murid-murid Imam al-Tirmidhi ialah:
a) Makhul bin al-Fadhl.
b) Muhammad bin Mahmud „Anbar.
c) Hamad bin Syakir.
4. Kandungan hadith yang terdapat dalam kitab Sunan al-Tirmidhi ialah:
57
a) Kitab ini mengandungi 46 bab yang disusun mengikut tajuk-tajuk tertentu
seperti kitab al-fadhail, manaqib, fitanun, zuhud, adab, tafsir, nasihat dan lain-
lain.
b) Bilangan hadith yang tercatat di dalamnya sebanyak 4107 buah hadith.
c) Hadith-hadith dalam kitab ini lebih membicarakan hadith yang diamalkan oleh
ulama feqah yang menjadi pegangan mereka sama ada hadith sahih, hasan
atau dhaif.
5. Metodologi penyusunan hadith yang dilakukan Imam al-Tirmidhi dalam kitab ini ialah:
a) Tidak semua hadith yang dimasukan dalam sunan beliau mempunyai
martabat sahih.
b) Beliau tidak meletakkan syarat yang ketat dalam penerimaan hadith seperti
al-Bukhari dan Muslim.
c) Meriwayatkan hadith yang diamalkan oleh fuqaha semasa ada ia sohih,
hasan, dhaif, gharib dan mu‟allal dengan menerangkan kelemahannya atau
kedhaifannya.
6. Kaedah yang digunakan oleh al-Tirmidhi dalam penyusunan kitab hadithnya ialah:
a) Menyusun kitab mengikut ilmu fiqah dengan membahagikan susunan kepada
46 kitab.
b) Menyusun hadith mengikut tajuknya terlebih dahulu.
c) Menyebut satu atau dua hadith yang dapat dikutip tajuk.
d) Memberi pandangan berkenaan mutu hadith tersebut sama ada sahih, hasan
atau dhaif.
e) Sekiranya terdapat hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang mempunyai
maksud yang sama beliau turut menyatakan hadith tersebut.
IMAM NASA’I
1. Riwayat hidup dan pendidikan Imam al-Nasa‟i:
a) Beliau ialah Abdul Rahman Ahmad bin Syuaib bin Ali al-Khurasani al-Nasa‟i.
lahir di Nasa‟ sebuah Bandar di Khurasan pada tahun 215 Hijrah.
b) Imam al-Nasa‟I mula berguru dengan Qutaibah bin Said di Khurasan selama
setahun lebih. Kemudian beliau mengembara kebeberapa buah negeri
seperti Mesir,Hijaz,Iraq,Syam dan lain-lain.
c) Imam al-Nasai‟ adalah seorang yang banyak berpuasa dan bertahajjud pada
waktu malam.
d) Beliau meninggal dunia di Palestin pada tahun 303 Hijrah.
2. Guru-guru Imam al-Nasai‟:
a) Imam Ahmad bin Hanbal.
b) Ishak bin Rahawiah.
c) Al-Harith bin Maskin.
58
3. Murid-murid Imam al-Nasa‟i
a) Abu Qasim al-Tabrani.
b) Abu Ja‟far al-Tahawi.
c) Abu Bakar bin Ahmad as-Sani.
4. Kandungan hadith yang terdapat dalam kitab Sunan al-Nasa‟i:
a) Kitab ini mengandungi 51 tajuk besar dan setiap tajuk mengandungi huraian
dan pecahan-pecahan tajuk yang lebih kecil.
b) Kitab ini memuatkan hampir 12 000 buah hadith.
c) Banyak mengumpulkan hadith-hadith berkaitan ibadat ibadat seharian
sehingga hadith-hadith berkenaan doa yang dibaca ketika rukuk dan sujud
diriwayatkan dalam kitab ini.
5. Metodologi penyusunan hadith yang dilakukan oleh Imam al-Nasa‟I dalam
penyusunan kitab hadithnya ialah:
a) Meriwayatkan hadith-hadith yang diriwayatkan daripada perawi-perawi yang
tidak disepakati oleh ulama untuk menolak hadith daripada mereka.
b) Beliau amat teliti memilih perawi seperti Imam al-Bukhari dan Muslim.
c) Beliau juga amat teliti memilih hadith, jika terdapat kecacatan tertentu dalam
sanad atau matan beliau akan menerangkan kecacatan hadith berkenaan.
IMAM IBNU MAJAH
1. Riwayat hidup dan pendidikan Imam al-Ibnu Majah:
a) Beliau ialah Abdullah Muhammad bin Yazid bin Majah Al-Qazwini dan digelar
Ibnu Majah. Beliau lahir pada tahun 207 Hijrah/824 M di al-Qazwin, Iran.
b) Imam Ibnu Majah menjelajah ke beberapa buah negeri untuk meluaskan ilmu
pengetahuan dalam bidang hadith. Negeri-negeri tersebut termasuk Basrah,
Baghdad, Kufah, Syam, Mesir, Hijaz dan lain-lain.
c) Beliau seorang yang jujur,kuat hafazan serta luas ilmu pengetahuan terutama
mengenai hadith dan periwayatannya.
d) Beliau meninggal dunia pada tahun273 Hijrah/887 M dalam usia 64 tahun.
2. Guru-guru Ibnu Majah ialah:
59
a) Abu Bakar bin Abi Syaibah.
b) Muhammad bin Abdullah.
c) Hisyam binAmmar.
3. Murid-murid Ibnu Majah:
a) Sulaiman bin Yazid al-Qazwini.
b) Muhammad bin „Isa al-Abahri.
c) Abu Hasan al-Qattan.
d) Ibrahim bin Dinar al-Jarasyi al-Hamdani.
4. Metodologi yang digunakan oleh Ibnu Majah untuk menyususn hadith ialah:
a) Sunan ini disusun mengikut pembahagian ilmu fiqah seperti yang terdapat dalam
kitab sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan al-Tirmidhi dan Sunan
al-Nasa‟i.
b) Terdapat bermacam-macam darjat hadith di dalam kitab ini seperti sahih,hasan,dan
dhaif. Hadith Da‟if merupakan hadith yang paling banyak. Terdapat juga sedikit
hadith Mungkar dan hadith Mawdu‟.
c) Kebanyakkan hadith yang diriwayatkan secara bersendirian oleh Ibnu Majah di
dalam kitab ini merupakan hadith Dha‟if dan tidak boleh berhujah dengannya.
5. Kandungan kitab Sunan Ibn Majah ialah:
a) Beliau membahagikan kitabnya kepada 32 kitabdan dibawahnya terdapat
1500 bab. Kitab ini disusun mengikut sistematik kitab fikah.
b) Kitab ini mengandungi 4341 hadith. Sebanyak 3002 hadith telah pun dicatat
dalam sunan lima kitab yang terdahulu.
c) Bakinya sebanyak 1339 hadith sahaja yang tidak terdapat dalam sunan
tersebut. Hadith-hadith ini dapat dikategorokan sebagaiman berikut:
I. 428 hadith sahih.
II. 199 hadith hasan.
III. 613 hadith yang isnadnya lemah.
IV. 99 hadith Mungkar dan Makhdzub.
d) Susunan Ibnu Majah masih merupakan kitab hadith yang muktabar dan
diletakkan pada susunan terakhir dalam senarai enam kitab hadith.
60
Ringkasan Modul disediakan oleh:
Mohd Amir Afiq bin Zakaria
Ketua Jabatan Akademik
Pusat Perkembangan Minda Daru Ridzuan
Rujukan Utama : Ulum al-Hadith ( Dr.Ab.Latif Muda & Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin)