pui pencemaran air tasik tai

Download PUI Pencemaran Air Tasik Tai

Post on 02-Jul-2015

76 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1.0

PENGENALAN

Semua orang mahukan air yang bersih untuk diminum, untuk rekreasi dan untuk bergembira dengan sekadar melihatnya. Sekiranya, air dicemari, ianya akan kehilangan nilai ekonomi dan estetika kepada kita, dan akan menjadi ancaman kepada kesihatan kita dan kehidupan ikan yang hidup di dalamnya serta hidupan liar yang bergantung hidup kepadanya.

Air yang telah digunakan oleh komuniti di kenali sebagai air terpakai/air kumbahan.Jika ianya tidak dirawat sebelum dilepaskan ke dalam saluran air, pencemaran serius adalah jawapannya.Berdasarkan sejarah, perkara ini telah mengambil masa yang agak lama oleh manusia sejagat untuk mengatasinya.Pencemaran air juga berlaku apabila air hujan yang turun di kawasan Bandar dan kawasan perindustrian serta kawasan pertanian dan operasi perlombongan membawanya kembali ke kawasan tadahan air (sungai, tasik atau lautan) and juga ke dalam tanah.Untuk menjaga air terpakai dari mencemarkan sumber air kita, kita perlu mengalihkan pencemaran sebelum air itu kembali kepada persekitaran.Di kawasan bandar pada kebanyakkan negara membangun, air kumbahan dari perumahan, perniagaan, dan perindustrian adalah dikumpul di dalam pemparitan bawah tanah kumbahandimana dibawa kepada satu atau lebih sistem rawatan air. Kebanyakan sistem ini berada dilokasi yang berdekatan punca air dimana air yang telah dirawat akan disalurkan.

Selain mempunyai sistem pemparitan kumbahan yang juga dikenali, dengan agak aneh, sanitasi saluran najis yang membawa sisa kumbahan ke loji rawatan, bandar dan pekan juga memerlukan pemparitan ini untuk mengumpul air yang bergerak deras ini.Sistem ini diperlukan untuk menahan dari berlakunya banjir di atas jalan raya dan seterusnya mengalir ke kawasan perairan tanpa rawatan. Runoff dari pencemaran kenderaan dan halaman membawa kepada sisa kumbahan yang mengandungi minyak dan sisa dari automotif, yang mana turut mengandungi toksik logam dan campuran organik1

dan juga pestisid dan nutrien yang mengandungi fertilizer dari laman mahupun taman, dan patogen mikroorganisma dari sisa haiwan. 2.0 TASIK TAI, DELTA YANGTZE, CHINA 2.1 Geografi Tasik Tai merupakan tasik yang besar di kawasan Delta Yangtze, iaitu di sempadan daerah Jiangsu dan daerah Zhejiang di China.Keluasan tasik ini adalah 2250 km2 dan kedalaman di sekitar 2 meter.Tasik ini adalah tasik air tawar yang ketiga besar di China iaitu selepas Tasik Poyang dan Tasik Dongting. Tasik ini mempunyai lebih kurang 90 pulau-pulau kecil yang bersaiz di antara beberapa meter persegi sehinggalah beberapa batu persegi. Antara pulau yang terkemuka ialah Pulau Tiga Bukit atau dikenali sebagai Sanshan Islands, iaitu Taman Negara Geologi China.

Rajah 1: Kedudukan Tasik Tai di China Tasik ini terkenal dengan industry perikanan sejak tahun 1970an. Selain itu, daerah-daerah yang berdekatan jugaterkenal dengan kegiatan pelancongan kerana sekitar Tasik ini dipenuhi dengan keindahan alam semulajadi dan2

kewujudan pembentukan batu-batu kapur yang unik.Tasik ini membekalkan sumber air kepada penduduknya yang dianggarkan dalam populasi 30 million di daerah Wuxi.

2.2

Sejarah dan Data Pencemaran Air di Tasik Tai Peningkatan ekonomi yang begitu pesat di rantau berdekatan menyebabkan Tasik Tai telah diancam oleh pencemaran.Pada Mei 2007, tasik ini telah dipenuhi oleh pertumbuhan algae yang berleluasa dan mengalami pencemaran cyanobacteria.Kerajaan China telah memutuskan kejadian bencana alam terhadap malapetaka alam sekitar ini. Pada Oktober 2007, kerajaan China terpaksa menutup dan meyitakan 1300 kilang di sekitar tasik ini. Kini, majlis perbandaran daerah Jiangsu dipertanggungjawabkan untuk membersihan tasik yang luas ini.Mereka diberi tempoh sehingga tahun 2012 untuk melaksankan tugas pembersihan dan pemulihan ini.

Rajah 2: Kepekatan pertumbuhan alga toksik yang mengerunkan di Tasik Tai.3

Tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China menentukan beberapa kawasan pengurusan pencemaran yang penting, menetapkan dan melaksanakan penataan perairan pencemaran air, dasar pentadbiran dan dasar pengawalan pengeluaranan pencemar.Setakat penghujung tahun2002, kerajaan telah menaruh pelaburan sejumlah lebih 40 bilion yuan RMB untuk perlindungan alam sekitar di kawasan Sanxia. Dalam tahun 2001, 37 buah perusahaan pengeluaran pencemaran yang berat ditutupi, jumlah pengeluaran air buang dari 60 buah perusahaan pengeluaran pencemaran turun 15.6 peratus dibandingkan dengan tahun lalu. Jumlah pelbagai pencemaran yang terhasil mencapai 8 ribu ton, antaranya pengeluaran oksigen kimia menurun 48.3 peratus. Kawasan Tasik Tai yang tercemar dengan kritikalnya dan mula diuruskan sejak tahun 2002, iaitu menyalur air bersih dari Sungai Yangtze ke dalam Tasik Tai yang keluasan perairannya 36,9 ribu kilometer persegi. Pelaksanaan projek ini sudah memperbaiki iklim perairan kawasan Tasik Tai secara nyata, agar kadar pencemaran utama iaitu phophor, nitrogen dan permanganate masing-masing menurun 56 peratus, 25 peratus dan 9 peratus dibandingkan pada empat tahun lalu. Mutu air bandar Shanghai yang bersumber dari Tasik Tai meningkat secara nyata, orang yang mendapat faedah mencapai ratusan ribuan.Walau bagaimanapun, pencemaran air kembali menular pada tahun April 2008. Pertumbuhan alga yang bertoksik tersebut didapati akan kembali pada setiap tahun dalam lingkungan bulan Julai sehingga September.

4

2.3

Gambar-gambar Pencemaran Air di Tasik Tai

Rajah 3: Para nelayan yang masih mencari nafkah walaupun dibelenggu pencemaran air yang dipenuhi dengan pertumbuhan algayang kritikal di Tasik Tai.

Rajah 4: Pekerja yang sedang membersihkan tasik dengan mengeluarkan toksik di Tasik Tai secara manual.5

Rajah 5: Kematian sumber ikan disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam Tasik Tai.

Rajah 6:6

Penduduk sekitar Tasik Tai masih menggunakan air tercemar untuk kegunaan harian mereka.

Rajah 7: Loji rawatan dan pembersihan air di daerah Jiangsu juga dicemari.

7

Rajah 8: Pembersihan Tasik Tai

3.0

JENIS-JENIS PENCEMARAN AIR DI TASIK TAI 3.1 Bahan Toksik sejenis pencemaran berbentuk kimia yang tidak terhasil dalam sistem akuatik. Penyumbang terbesar kepada pencemaran kimia ialah racun rumpai, racun serangga dan bahan buangan industri.

3.2

Bahan Organik pencemaran organik berlaku apabila lebihan bahan organik seperti baja dan kumbahan memasuki air. Apabila bahan organik ini meningkat di dalam tangki air, jumlah bahan hancur akan meningkat. Bahan hancur atau bahan reput ini akan tumbuh pantas dan menggunakan banyak oksigen apabila ia membesar. Ini mengakibatkan pengurangan oksigen apabila proses kehancuran berlaku. Kekurangan oksigen akan membunuh organisma akuatik. Apabila organisma akuatik itu mati, ia akan sama musnah dengan bahan hancur berkenaan, sekali gus meningkatkan pengurangan oksigen berkenaan. Sejenis pencemaran organik boleh berlaku apabila pencemaran bahan bukan organik seperti nitrogen dan fosfat meningkat dalam sistem akuatik. Kadar tinggi bahan berkenaan menyebabkan peningkatan keterlaluan tumbuhan dan rumpair. Apabila tumbuhan dan rumpair itu mati, ia menjadi bahan organik di dalam air. Bahan tumbuhan berkenaan akan reput dengan pantas, sekali gus mengurangkan kadar oksigen. Proses pantas pertumbuhan tumbuhan itu kemudian diikuti dengan peningkatan aktiviti oleh bahan hancur berkenaan dan dengan kekurangan kadar oksigen yang dikenali sebagai eutrofikasi.

3.3

Pencemaran Terma pencemaran jenis itu boleh berlaku apabila air digunakan sebagai bahan penyejuk berdekatan kilang industri dan kemudian kembali kepada persekitaran akuatik dengan kadar suhu yang lebih tinggi, sebagai ia sepatutnya.8

Pencemaran terma boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan meningkatkan kadar keperluan biologikal oleh organisma akuatik untuk oksigen.

3.4

Pencemaran Ekologikal ini berlaku apabila pencemaran bahan kimia, pencemaran organik atau pencemaran terma berlaku daripada persekitaran alam, bukannya aktiviti kemanusiaan. Sebagai contoh, pencemaran ekologikal akan meningkat daripada bahan aliran selepas berlakunya tanah runtuh, yang juga akan meningkatkan jumlah kotoran dalam air. Contoh lain ialah apabila haiwan seperti rusa mati lemas dalam banjir dan kemudian sejumlah besar bahan organik yang mengalir ke dalam air. Kejadian geologikal seperti ledakan gunung berapi juga boleh menjadi sumber kepada pencemaran ekologikal.

9

4.0

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN DI TASIK TAI Pencemaran air di Tasik Tai berlaku adalah hasil dari aktiviti manusia sendiri yang lalai. Salah satu aktiviti manusia yang menjurus kepada pencemaran air ialah pembuangan sampah dan kumbahan secara tidak bermoral ke dalam Tasik Tai dan jaringan sungaisungai yang tidak terkawal. Sampah sarap yang dimaksudkan adalah dari pembuangan sisa dari loji-loji yang begitu banyak di sekitar tasik dan juga kawasan kediaman,perindustrian dan juga pertanian. Pencemaran yang disebabkan oleh perindustrian biasanya dalam bahan-bahan kimia ,sisa toksik ,logam berat ,minyak dan bahan radioaktif .Ini termasuk sisa-sisa dari sektor penternakan dan pertanian yang menggunakan racun perosak secara berleluasa.

Rajah 9:10

Saluran paip pembuangan sisa-sisa toksik dari sebuah kilang di sekitar Tasik Tai.

Bahan-bahan seperti pestisid dan bahan kimia lain di ditemui di dalam air yang tercemar berpunca sektor pertanian.akibat dari penggunaan baja yang berlebihan. Permusnahan terhadap alam sekitar yang serius.Contohnya penebangan pokok-pokok di hutan bagi tujuan komersil.Ini bagi membuka penempatan baru untuk kediaman manusia,atau bagi mendirikan kilang-kilang di sekitar tasik.Akibatnya, air akan tercemar akibat dari perlepasan air-air sisa dari kilang-kilang ini dan sisi makan dan najis yang dibuang oleh kawasan kediaman manusia. Ini akan mendata