prosa moden

40
1 CSL2013 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LALOH 18000 KUALA KRAI KELANTAN PROGRAM PECUTAN AKHIR BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 SOALAN 2(B) PEMAHAMAN PETIKAN PROSA MODEN cikgusazalilaloh CSL2013

Upload: syaffi-syazani

Post on 01-Jan-2016

371 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROSA MODEN

1

CSL2013

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LALOH 18000 KUALA KRAI

KELANTAN

PROGRAM PECUTAN AKHIR BAHASA MELAYU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013

SOALAN 2(B) PEMAHAMAN PETIKAN PROSA MODEN

cikgusazalilaloh CSL2013

Page 2: PROSA MODEN

2

CSL2013

TINGKATAN 4 PROSA MODEN

CERPEN PEMAIN CATUR (Zaharah Nawawi)

Sinopsis:

Enam beradik daripada keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj, Ul, Us, Uk, Ur dan Um. Mereka terkenal kerana berketurunan al-Hakam iaitu rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya as-Sufi, iaitu salah seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani di dunia. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut mengajak Um adik bongsunya berlawan permainan catur. Bagi Uj, Um ialah adik yang paling mudah untuk dibentuk berbanding adik-beradik yang lain. Dia berharap Um dapat menggantikannya sebagai tonggak keluarga. Um semakin berminat untuk bermain catur setelah mendengar kisah kehebatan pemain catur ternama di dunia. Kempen Uj berhasil.

Uj mengajak Um berlawan catur untuk menguji pengetahuan. Um menolak dengan alasan bahawa dia hilang fokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya yang sedang sakit. Um terpaksa menerima cabaran Uj untuk berlawan catur secara terbuka. Perlawanan berlangsung dengan sengit. Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi perlawanan tersebut. Uj hampir kalah. Um berkalih untuk minum. Beberapa detik kemudian, buah caturnya telah berubah. Um segera mengalih semula buah catur tersebut. Uj tidak berpuas hati lalu menjerit dan menghentak meja. Uj menuduh Um penipu dan memaksa Um mengaku kalah. Um ke bilik air mencuci muka untuk menenangkan diri. Sekembalinya ke meja apabila duduk, kakinya terkuis sebotol asid di bawah meja. Um berasa amat sakit. Ibunya yang ketika itu sedang sakit berasa amat hiba sehingga diserang angin ahmar.

Keadaan semakin haru-biru, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid itu. Berlaku tuduh menuduh antara Um dan Uj. Ibu meminta mereka bertenang namun diabaikan. Keluarga tersebut mula berpecah kepada dua, iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang menyokong Um.

Persoalan

Sikap bangga yang menguasai diri. Contoh: Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebabkan mereka bertelagah. Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik..

Keharmonian dalam keluarga harus diutamakan. Contoh: Ibu yang sedang sakit amat risau tentang pergaduhan anak-anak yang boleh menyebabkan keharmonian terganggu..

Pengkhianatan sesama ahli keluarga Contoh: Ahli keluarga terutama Uj dan Um bertindak di luar batasan semata-mata untuk menentukan kehebatan mereka dalam permainan catur..

Page 3: PROSA MODEN

3

CSL2013

Nilai

Kasih sayang Contoh: Uj menyayangi adiknya Um.

Kegigihan Contoh: Um berusaha bersungguh-sungguh menelaah buku tentang permainan catur..

Keberanian Contoh: Um menyahut cabaran abangnya Uj untuk bertanding catur.

Pengajaran

Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup.

Semangat keberanian perlulah dimiliki oleh setiap individu agar semua cabaran yang ditempuh dapat diatasi dengan baik..

Kita hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik kita agar kehidupan bahagia dan harmoni.

PROSA MODEN CERPEN MELLISA (Abdullah Hussain)

Sinopsis

Mellisa seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersama-sama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar nanti. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam Peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih Peristiwa 13 Mei sebagai latihan ilmiah untuk Sarjana Muda dalam bidang sejarah.

Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana tugas dan tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan memilih untuk mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak mahu Peristiwa 13 Mei berulang lagi.

Persoalan

Pengorbanan demi cinta akan negara Contoh: Mellisa sanggup mengorbankan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintainya untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.

Page 4: PROSA MODEN

4

CSL2013

Persengketaan antara kaum Contoh: Hisyam dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara.

Kesedaran terhadap sejarah negara Contoh: Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air.

Nilai

Kasih sayang Contoh: Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu.

Kegigihan Contoh: Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu.

Keberanian Contoh: Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa.

Cinta akan tanah air Contoh: Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera.

Pengajaran

Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan masalah.

Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan.

Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan terhadap kita.

Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara kerana dengan semangat inilah kita boleh hidup dengan aman dan sejahtera.

Page 5: PROSA MODEN

5

CSL2013

1. Sekiranya anda berada dalam keadaan Jamilah, nyatakan tindakan-tindakan yang patut anda ambil. o memohon bantuan pihak keselamatan o berlindung di balai polis atau di kem tentera o berdoa kepada Tuhan agar diberikan suasana segera aman

2. Pada pendapat anda, apakah usaha yang patut kita lakukan untuk memastikan rusuhan kaum tidak berlaku lagi?

o kita perlu bersikap baik dan berkawan dengan rakan daripada pelbagai kaum o kita jangan sesekali terpengaruh atau menimbulkan isu sensitif yang menyinggung perasaan kaum

lain o kita bersama-sama membantu kerajaan mengekalkan keamanan tanpa ada perasaan prejudis

terhadap kaum lain 3. Jelaskan kesan polarisasi perkauman yang digambarkan dalam petikan tersebut.

o Kesan polarisasi perkauman menyebabkan pengenalan kaum semakin jelas o Hal ini terbukti apabila Inggeris menjalankan dasar devide et empera, setiap kaum akan

mementingkan kaum masing-masing o Contohnya, kaum baba peranakan yang mempunyai identiti sendiri dan sudah berasimilasi dengan

masyarakat setempat, telah berubah secara mendadak o Kalau dahulu gadis mereka memakai baju panjang dan jaket dalam serta berkainarung dan

bersanggul siput, tetapi sekarang tidak lagi o Apabila mereka berpakaian begitu, mereka kelihatan seperti orang Melayu dan identiti tersebut

tidak melambangkan identiti kaum 4. Rusuhan kaum mendatangkan berbagai-bagai masalah kepada rakyat dan negara. Nyatakan tiga

masalah. o Menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat o Membantutkan usaha kerajaan untuk membangunkan negara o Imej negara juga akan terjejas

5. Sekiranya anda Syahid, wajarkah anda mencari perempuan lain apabila mengetahui Mellisa bertindak demikian? Kemukakan tiga alasan untuk menyokong pendapat anda. o Tidak akan mencari perempuan lain kerana o Mellisa memang mencintai saya dan saya juga demikian o Mellisa meninggalkan saya semata-mata untuk kepentingan negara o Saya tidak mahu dianggap sebagai orang yang mementingkan diri sendiri

6. Pada pendapat anda, mengapakah dia merasakan cintanya kepada Hisyam adalah cinta yang benar?

Berikan tiga alasan anda. o Hisyam terlalu menyayanginya o Hisyam tidak pernah melukai hatinya o Hisyam terlalu baik orangnya o Hisyam tidak pernah melepaskannya

7. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk daripada peristiwa rusuhan kaum terhadap negara kita?

Nyatakan tiga kesan. o Banyak nyawa terkorban

Page 6: PROSA MODEN

6

CSL2013

o Keadaan politik menjadi tidak stabil kerana rakyat bersengketa o Aktiviti ekonomi lumpuh kerana urus niaga tidak dapat dijalankan dengan lancar

8. Pada pendapat anda, apakah usaha yang patut kita lakukan untuk memastikan rusuhan kaum tidak

berlaku lagi? o Kita perlu bersikap baik dan berkawan dengan rakan daripada pelbagai kaum o Kita jangan sesekali terpengaruh atau menimbulkan isu sensitif yang menyinggung perasaan kaum

lain o Kita bersama-sama membantu kerajaan mengekalkan keamanan tanpa ada perasaan prejudis

terhadap kaum lain 9. Pada pendapat anda, siapakah penjajah yang dimaksudkan pengarang dan mengapakah penjajah itu

mengamalkan sistem devide ae empera (pecah dan perintah)? o Penjajah yang dimaksudkan pengarang ialah Inggeris o Kerana hendak memastikan rakyat yang dijajah mereka hidup berasingan dan tidak bersatu padu o Dengan cara ini, kaum yang berbeza tidak akan bersatu untuk menentang penjajahan mereka

10. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam

kalangan remaja? o Kempen kesedaran o Pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah o Didikan daripada ibu bapa o Penglibatan diri dalam Program Latihan Khidmat Negara

11. Perpaduan sangat penting dalam usaha memajukan negara kita. Huraikan tiga usaha yang boleh

dilakukan untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara kita. o Melalui sistem pendidikan yang sama o Kerajaan mengadakan kempen kesedaran berkaitan kepentingan perpaduan o Melalui sambutan perayaan secara bersama o Peranan media massa yang selalu memaparkan kepentingan perpaduan

12. Pada pendapat anda, apakah perasaan Farid apabila rakannya itu tertarik pada Syahid? Berikan tiga

alasan anda berpendapat sedemikian. o Farid berasa cemburu o Kerana dia mempunyai perasaan terhadap rakannya itu o Rakannya itu telah lama dikenali o Rakannya itu selalu bersama-sama dengannya o Rakannya itu anak gadis dan dia pula masih bujang

13. Cadangkan tiga langkah untuk memajukan kampung tersebut.

o Bina jalan raya berturap yang lebar untuk memudahkan perhubungan kampung tersebut dengan masyarakat luar

o Tanah sawah di kampung tersebut dinaikkan taraf menjadi tanah sawah moden yang diusahakan dengan jentera dan teknik pertanian moden

o Pihak berkuasa juga perlu memajukan tanah terbiar untuk dijadikan kilang atau tempat industri desa bagi memberikan peluang perkerjaan kepada penduduk tempatan

Page 7: PROSA MODEN

7

CSL2013

14. Cadangkan usaha-usaha untuk menarik minat remaja menyertai pasukan keselamatan? o Pihak polis/tentera menyampaikan penerangan terperinci kepada remaja o Membuat promosi/kempen di media massa o Pihak sekolah mewajibkan penyertaan pelajar dalam badan beruniform seperti polis/tentera/JPA o Dorongan daripada ibu bapa o Kerajaan menyediakan gaji/elaun/kemudahan yang lebih baik

PROSA MODEN CERPEN ISRAK

(Erda Roslan Khairi) Sinopsis

Mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah, telah balik ke kampung bersama-sama isterinya Siti Hawa dan anak-anaknya, Israk dan Mikraj di Kampung Sayong, Perak. Keadaan rumah yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas dan keselesaan menyebabkan anaknya Israk berasa kurang senang dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung. Namun adiknya Mikraj suka akan suasana kampung dan menyebabkan mereka sering bertikam lidah. Hal ini berlaku kerana Israk telah dibesarkan di luar negara. Tindakan Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah menimbulkan rasa kurang senang Mikraj dan dia sering mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah. Perbezaan pendapat ini telah mencetuskan perang mulut antara mereka. Namun Wah tidak suka mereka bertengkar bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka berbaik-baik semula walaupun hati Wah terluka. Suatu hari, bekalan air paip di Kampung Sayong telah terputus menyebabkan Mikraj mencadangkan abangnya mandi di sungai. Namun, Israk telah terjatuh dan Wah lah yang berusaha menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing. Akhirnya Israk insaf dan berubah. Dia mula memakai baju Melayu, makan nasi, dan mencari jering serta tempoyak untuk dimakan.

Persoalan

Jati diri Contoh: Israk yang dibesarkan di Perth, Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran akibat persekitaran dan cara dia dibesarkan. Hal ini bertentangan dengan sifat adiknya Mikraj yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran.

Kasih sayang seorang nenek terhdap cucunya. Contoh: Wah seorang nenek yang menyayangi cucunya, walaupun cucunya amat ego dan selalu melukakan hatinya namun Wah tetap sabar. Hal ini terpancar apabila Wah menyelamatkan Israk yang hampir lemas dengan tenaga tuanya.

Tanggungjawab bapa terhadap keluarga Contoh:

Page 8: PROSA MODEN

8

CSL2013

Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Dia membiasakan anak-anak dengan kehidupan kampung di tempat dia dibesarkan agar anak-anaknya tidak sombong dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di bandar.

Nilai

Menghormati ibu bapa Contoh: Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama keluarganya.

Ketabahan Contoh: Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami.

Keprihatinan Contoh: Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan dan kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan miskin neneknya.

Kasih sayang Contoh: Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup menggunakan tenaga tuanya untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk selalu menyakiti hatinya.

Pengajaran

Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi percakapan dan perbuatan kita.

Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak agama dan masyarakat.

Kita haruslah menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang di sekeliling kita tidak berasa tersinggung dan kurang senang kepada kita.

Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita.

Kita mestilah berterima kasih terhadap apa-apa bantuan yang telah diterima. 1. Kita selalu diingatkan bahawa malang itu tidak berbau.

Pada pendapat anda, apakah tindakan yang patut kita lakukan untuk mengelakkan daripada menerima nasib seperti Israk? o mandi di kawasan cetek dan diakui tidak berbahaya o mandi perlu berteman agar rakan dapat menolong kita jika kita lemas o perlu mempunyai kemahiran berenang sebagai persiapan diri menghadapi sebarang kemungkinan

Page 9: PROSA MODEN

9

CSL2013

2. Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang?

o bercakap dengan lemah lembut dan bersopan santun o berusaha memahami adat dan budaya di tempat tersebut o menghormati orang yang lebih tua daripada kita

3. Sekiranya anda ialah mahasiswa dalam bidang pertanian, jelaskan usaha-usaha yang akan anda

lakukan untuk memajukan bidang pertanian di kampung. Berikan tiga cadangan anda.

o Bantuan nasihat agar petani dapat meningkatkan pengeluaran hasil pertanian o Menggunakan teknologi terkini untuk memajukan bidang pertanian o Mengurus pinjaman modal melalui bank

4. Pada pendapat anda, apakah langkah yang dapat dilakukan agar Israk berusaha untuk menyesuaikan

diri di rumah Wah? o Pada peringkat awal Israk hendaklah diberi penjelasan berkaitan cara hidup dan makanan

penduduk kampung o Mikraj perlulah bijak memujuk agar hati Israk lembut dan menurut katanya o Mikraj seharusnya menasihati Israk agar bersopan santun dengan orang yang lebih tua kerana itu

adalah adat orang timur 5. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan orang tua kita,

selain melawati mereka? Berikan tiga tindakan. o Menjaga kebajikannya dan membawa orang tua bersiar-siar o Menjaga hati mereka o Cuba memenuhi permintaan mereka

6. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang memungkinkan sesebuah kampung itu mundur?

Berikan tiga faktor. o Letaknya jauh dari bandar o Tiada kemudahan asas, terutama jalan raya o Tiada sebarang hasil yang menguntungkan

7. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara melayan orang tua seperti Wah? o Melayan beliau dengan penuh kasih dan sayang o Membantu beliau dalam melakukan sesuatu kerja o Melakukan sesuatu yang dapat menggembirakan hatinya o Menghulurkan duit supaya beliau tidak terbeban untuk membuat kerja

8. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara terbaik untuk mendidik seseorang itu menghormati orang

tua? Kemukakan tiga cadangan anda. o Ibu bapa memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak supaya anaknya itu sedar akan

kepentingan menghormati golongan tua o Kempen kesedaran tentang kepentingan menghormati golongan tua digiatkan o Sambutan Hari Warga Tua diadakan secara besar-besaran supaya masyarakat menghormati

golongan tua

Page 10: PROSA MODEN

10

CSL2013

9. Pada pendapat anda, mengapakah sesekali kita perlu menziarahi keluarga kita y ang berada di kampung? o Untuk mengeratkan tali silaturahim o Kita belajar memahami masalah yang dihadapi oleh orang lain agar kita lebih bersyukur akan

nasib baik yang kita lalui o Kita boleh memanfaatkan pengalaman tesebut unutk digunakan dalam pembelajaran di kelas atau

kehidupan kita seharian 10. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan mata pelajaran

Sastera di sekolah? o Memperkenalkan mata pelajaran ini di peringkat sekolah rendah o Membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran ini untuk menarik minat para pelajar

mempelajarinya o Mewajibkan semua pelajar mempelajari mata pelajaran ini

11. Andaikan diri kamu Mikraj, nyatakan tiga kesan sekiranya kamu berbalah dengan Israk.

o Keluarga akan berpecah-belah o Menjatuhkan nama baik dan imej keluarga o Memutuskan ikatan silaturahim o Menjejaskan kesihatan dan emosi Wah

CERPEN IBU DAN CEPER (Shahnon Ahmad)

Sinopsis

Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceperialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas.

Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda.

Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu.

Page 11: PROSA MODEN

11

CSL2013

Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.

Persoalan

Kepentingan air dalam kehidupan Contoh: Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya.

Kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Contoh: Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya..

Kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam Contoh: Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.

Nilai

Bertanggungjawab Contoh: Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya.

Kegigihan Contoh: Walaupun ter[paksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga.

Kesabaran Contoh: Ibu terpaksa bersabar melayani karenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga.

Pengajaran

Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan.

Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri.

Page 12: PROSA MODEN

12

CSL2013

Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara.

Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan kepada masyarakat.

1. Pada pendapat anda, wajarkah ibu “aku” menjerit dan memarahi bapa “aku”? Berikan tiga alasan anda.

o ya / wajar o bapa “aku” tidak mengendahkan masalah besar yang menimpa tanaman padi mereka o bapa “aku” tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga o bapa “aku” lebih mengutamakan hobinya berdenak ketitir daripada menyelesaikan masalah

tanaman padi yang ditenggelami air 2. Sebagai seorang anak, jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan hati

seorang ibu yang berhadapan dengan situasi seperti yang digambarkan dalam petikan cerpen di atas. o berjaya dalam pelajaran o memujuk ibu supaya bersabar menghadapi ujian Tuhan o patuh kepada arahan dan nasihatnya o membantunya ketika ada masa lapanh o tidak mengabaikan ibu ketika usia tuanya

3. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan sungai dapat

mengekalkan fungsinya? o setiap rakyat perlu bersama-sama menjaga kebersihan air sungai sebagai sumber air pertanian

dan tempat tinggal habitat ikan o kempen `Sayangi Sungai Kita` hendaklah diteruskan sehingga masyarakat sedar akan

kepentingan sungai dalam kehidupan manusia o pihak berkuasa hendaklah menjadikan sungai sebagai tempat riadah dengan menyediakan

kemudahan yang perlu 4. Pada pendapat anda, apakah keistimewaan yang ada pada ibu dibandingkan dengan Sungai Ceper

yang "memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya”? o Keistimewaan ibu sangat istimewa kerana tulang empat kerat ibu bertenaga. o Ibu sentiasa cergas dan cekap melakukan kerja-kerja seperti mengejar burung apabila padi

menguning dan menuai padi. o Ibu juga pandai menganyam tikar mengkuang serta bergaul dengan masyarakat semasa kenduri

ataupun ada kematian. 5. Pada pendapat anda, mengapakah golongan petani sering dikaitkan dengan kemiskinan? Berikan tiga

pendapat. o Kebanyakan petani mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan o Menggunakan alatan tradisional untuk bercucuk tanam o Ancaman musuh tanaman dan faktor alam sekitar selalu menjejaskan pendapatan petani

6. Sekiranya rumah jiran anda dinaiki air, apakah usaha anda untuk membantu jiran anda itu? Nyatakan

tiga usaha anda. o Menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan perkara itu

Page 13: PROSA MODEN

13

CSL2013

o Membantu jiran saya berpindah ke pusat pemindahan o Memberikan bantuan sama ada makanan atau pakaian mengikut kemampuan

7. Pada pendapat anda, apakah kepentingan sungai kepada kehidupan manusia? Nyatakan tiga

kepentingannya. o Sungai membekalkan sumber protein o Sungai membekalkan sumber bekalan air untuk kegunaan manusia o Sungai menjadi jalan pengangkutan, khususnya di kawasan pedalaman

8. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara seseorang anak membalas jasa ibu bapanya? Kemukakan tiga cadangan anda. o Sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup ibu bapa o Selalu menziarahi ibu bapa bagi anak yang tinggal berjauhan o Menjaga ibu bapa apabila ibu bapa tua

9. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan unutk memastikan sungai dapat

mengekalkan fungsinya? o Setiap rakyat perlu bersama-sama menjaga kebersihan air sungai sebagai sumber air pertanina

dan tempat tinggal habitat ikan o Kempen ”Sayangi Sungai Kita” hendaaklah diteruskan sehingga masyarakat sedar akan

kepentingan sungai dalam kehidupan manusia o Pihak berkuasa hendaklah berusaha menjadikan sungai sebagai tempat riadah, dengan

menyediakan kemudahan yang perlu, yang menyebabkan masyarakat berusaha untuk menjaganya

10. Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak pada zaman sekarang menghantar ibu bapa mereka

yang sudah tua ke rumah kebajikan? o Mereka tidak mempunyai masa untuk menjaga ibu bapa mereka o Mereka malu untuk menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua o Mereka beranggapan menjaga ibu bapa akan membebankan mereka o Mereka beranggapan ibu bapa mereka akan dijaga dengan lebih baik di rumah kebajikan

11. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat hari ini kurang menghargai sungai? Nyatakan tiga

sebab. o Masyarakat kurang mempunyai kesedaran tentang kepentingan sungai o Masyarakat mengambil jalan mudah dengan membuang kotoran dan sisa industri ke dalam sungai o Tiada penguatkuasaan undang-undang yang tegas

12. Penulis menyatakan bahawa dia amat mencintai ibu. Bagaimanakah sewajarnya beliau menunjukkan

rasa kecintaan itu? o Membantu ibu bekerja di rumah seperti mengemas rumah untuk emlegakan hatinya o Membantu ibu di sawah untuk meringankan tugasnya o Menyediakan makanan atau minuman untuk ibu semasa bekerja di sawah bagi memberikan

semangat kepadanya

Page 14: PROSA MODEN

14

CSL2013

PROSA MODEN CERPEN BIARKAN SAMUDERA

(Raihanah Salleh) Sinopsis

Mir atau Aminah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta masyarakat. Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang terletak di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Disebabkan itu, kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering teringatkan masa silam bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya Mir mula beransur pulih daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih.

Persoalan

Kemiskinan para nelayan. Contoh: Ayah Amirah digambarkan terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa ayahnya berada di lautan. Malah segala-galanya serba kekurangan.

Keikhlasan dalam persahabatan Contoh: Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk bercuti. Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut.

Keinsafan untuk mendekati ajaran agama. Contoh: Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha ini berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku.

Kepentingan menjaga alam sekitar. Contoh:

Page 15: PROSA MODEN

15

CSL2013

Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai banyak kepentingan kepada manusia. Oleh itu Amirah sering membayangkan akan keindahan pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya.

Nilai

Kasih sayang Contoh: Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi.

Prihatin Contoh: Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan kepadanya.

Kesabaran Contohnya: Amirah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan.

Rasional Contoh: Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan dirobohkan untuk pembangunan.

Patuh kepada agama Contoh: Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada ajaran agama sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah.

Pengajaran

Kita hendaklah tolong menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang sedang dalam kesusahan.

Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan tenang untuk melalui kehidupan seharian.

Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar kita tidak bertindak di luar batasan.

Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang keseorangan di kampung.

Kita haruslah menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan memberi pendidikan kepada kita.

1. Jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk membela nasib kaum nelayan.

o memberikan bantuan peralatan dan perkakasan perikanan o mewujudkan perkampungan nelayan yang bersih, selesa, dan lengkap dengan kemudahan-

kemudahan asas

Page 16: PROSA MODEN

16

CSL2013

o menubuhkan koperasi nelayan 2. Sekiranya anda ialah Hakimah, nyatakan tiga tindakan yang akan anda ambil untuk memulihkan semanngat Mir?

o mengajak dia melancong o selalu menemaninya berbual o mengajak dia balik kampung untuk bertemu dengan keluarga o membawanya berjumpa dengan pakar

3. Jika anda daripada keluarga kurang berada, apakah yang akan anda lakukan jika berhadapan dengan

rakan-rakan daripada anak orang berada? o saya tetap mengutamakan sikap berbudi bahasa kerana masyarakat menghargai sikap budi

bahasa o bersaing dengan rakan itu daripada aspek kecemerlangan dalam akademik supaya rakan lebih

menghormati saya o mencungkil rahsia kejayaan keluarga rakan saya itu untuk dijadikan motivasi

4. Pada pendapat anda, adakah tindakan Hakimah yang selalu mendampingi Amirah itu betul? Berikan

alasan anda. o Tindakan Hakimah itu betul dan memberikan faedah kepada Amirah o Kerana sekurang-kurangnya Amirah ada tempat untuk mengadu masalahnya atau berbual-bual o Puan Kaunselor telah mengklasifikasikan kes Amirah sebagai pneyakit skizofrenia awal yang

bosan untuk hidup o Jikalau Hakimah membiarkan Amirah keseorangan dan menurut perasaan kecewanya, tidak

mustahil Amirah akan membunuh diri 5. Jika anda sahabat baik Mir, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk menggembirakan sahabat

anda itu? Nyatakan tiga tindakan. o Saya akan mengajaknya bersiar-siar untuk menenangkan fikiran o Saya juga akan menasihatnya agar bersabar menghadapi cabaran o Saya akan selalu menemaninya agar dia tidak keseorangan

6. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat berbakti kepada samudera? Kemukakan tiga cara anda berbakti kepada samudera. o Saya akan berbakti kepada samudera dengan cara menulis makalah tentang keburukan

mencemari samudera o Saya juga akan menyokong dan menyertai aktiviti membersihakn samudera o Saya akan membantah pembangunan yang boleh menjejaskan keaslian samudera

7. Pada pendapat anda, apakah perbuatan manusia yang boleh mencemari laut dan hidupannya?

o Membuang sampah sarap ke laut o Mengambil batu karang o Membuang sisa toksik dan minyak ke laut o Menyalurkan air kumbahan ke laut o Menambak laut untuk membangunkan sesuatu projek

Page 17: PROSA MODEN

17

CSL2013

8. Sekiranya anda Hakimah, apakah tindakan yang anda ambil untuk membantu Mir mengatasi tekanan perasaan yang dialaminya? Kemukakan tiga cadangan anda. o Meminta Mir meluahkan masalahnya untuk mendapatkan pandangan o Membawa Mir berjumpa dengan kaunselor di kolej o Membawa Mir melancong ke tempat-tempat yang menarik

9. Jika anda daripada keluarga kurang berada, apakah yang akan anda lakukan jika berhadapan dengan rakan-rakan daripada anak orang berada? o Saya tetap mengutamakan sikap berbudi bahasa kerana masyarakat menghargai sikap budi

bahasa o Saya ”berlawan” dengan rakan saya itu daripada aspek kecemerlangan dalam akademik supaya

rakan saya itu lebih menghormati saya o Saya mengorek rahsia akan kejayaan keluarga rakan saya itu unutk dijadikan motivasi

10. Sekiranya anda ialah Hakimah, mengapakah anda bersungguh-sungguh mahu membantu Mir?

Berikan tiga sebab anda mahu membantu Mir. o Hakimah sangat kasihan akan diri Mir o Mir ialah sahabat rapat Hakimah o Hakimah telah dididik menjadi orang yang berbudi oleh ibunya

11. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri sahabat yang baik?

o Menegur kesilapan yang dilakukan oleh rakannya o Bersama-sama dengan rakannya semawsa senang dan susah o Tidak memburuk-burukkan nama rakannya di hadapan orang laiin o Sentiasa mengajak rakannya melakkukan perkara y ang berfaedah

CERPEN MEMORI SEORANG TUA

(Zahari Affandi)

Sinopsis

Pak Itam digambarkan seorang pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk mengadakan majlis sambutan harijadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke majlis berkenaan bagi berkongsi kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman.

Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan untuk majlis itu dan turut dibantu oleh beberapa orang pemuda kampong seperti Isa, Latif dan Jali. Pada hari yang ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang kampong memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul. Pak Itam merasakan segala pengorbanannya selama ini telah dilupakan.

Page 18: PROSA MODEN

18

CSL2013

Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat tetapi selepas itu beliau telah meninggal dunia di atas sejadah. Tetamu yang hadir membacakan surah Yaasin untuk arwah. Pada ketika itu datang seorang perempuan tua mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan menganggap hajat Pak Itam untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah tercapai.

Persoalan

Kesediaan menghadapi cabaran Pak Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana perjuangannya bertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu.

Rasa tanggungjawab terhadap nasib anak bangsa Atas dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia ingin melihat bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di Negara sendiri.

Jati diri yang teguh Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh dari usia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun.

Nilai:

Pengorbanan Pak Itam sanggup menolak jawatan sebagai majistret demi cinta akan bangsa dan agama.

Cinta akan Negara Pak Itam berjuang untuk membebaskan anak bangsanya daripada dibelenggu kemiskinan dan mahu melihat anak bangsanya mendapat pendidikan tinggi.

Bekerjasama Semua penduduk kampong tidak kira tua atau muda berganding bahu menjayakan persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam

Pengajaran

Kita hendaklah cinta akan bangsa dan Negara agar tidak dijajah oleh bangsa lain.

Kita wajarlah saling membantu dalam setiap usaha agar pekerjaan menjadi mudah.

Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah tuhan dengan meningkatkan ibadah agar mendapat kesenangan pada kemudian hari.

Kita haruslah mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan Negara walaupun masa berubah.

1. Pada pendapat anda, mengapakah tokoh yang berjasa kepada negara patut kita kenang dan hargai?

o kerana daripada perjuangan merekalah negara memperoleh kemerdekaan dan kini terus maju o dapat membalas jasa mereka walaupun tidak dalam bentuk wang ringgit o sekiranya mereka masih hidup, kita akan memperoleh ganbaran yang sebenar tentang sejarah

perjuangan pahlawan tanah air satu ketika dahulu

Page 19: PROSA MODEN

19

CSL2013

2. Sekiranya anda Pak Mat, apakah yang akan anda lakukan untuk memujuk dan menenangkan hati Pak Itam?

o bercerita tentang kemeriahan sambutan hari lahirnya o berbual-bual dengan Pak Itam tentang perjuangannya sewaktu menuntut kemerdekaan tanah air o memberikan alasan kukuh tentang kesibukan tugas seorang wartawan

3. Sekiranya anda ialah Pak Itam, nyatakan tiga tindakan yang akan anda lakukan untuk mengisi

kemerdekaan sebagai sumbangan kepada kemajuan negara. o menyahut seruan kerajaan untuk mengisi kemerdekaan o membimbing anak muda agar mampu merealisasikan hasrat kerajaan o menyokong rancangan kerajaan mengadakan pembangunan di kampung

4. Pada pendapat anda, mengapakan Pak Itam berasa sedih apabila mengenangkan nasib anak-anaknya?

o kerana dia tidak berpeluang membesarkan anak-anaknya o dia tidak mengetahui nasib anak-anaknya kini, sama dalam keadaan sihat atau sebaliknya o naluri seorang ayah akan berasa sedih apabila lama tidak bertemu dengan anak-anak

5. Jelaskan matlamat dan perjuangan Pak Itam.

o Pak Itam ingin menyedarkan orang Melayu tentang hak mereka, menjaga maruah, dan mentadbirkan negara mereka sendiri

o Segala kekayaan di tanah air perlu dinikmati oleh orang Melayu bukannya penjajah 6. Jelaskan tiga kesan sekiranya undang-undang negara tidak dihormati. Berikan tiga kesan.

o Kesejahteraan hidup akan terjejas o Perasaan tidak puas hati sesetengah pihak akan timbul o Imej negara pasti terjejas

7. Sekiranya di kampung anda terdapat seorang orang tua yang tinggal bersendirian seperti Pak Itam, apakah pertolongan yang dapat anda berikan? Nyatakan tiga jenis pertolongan. o Menziarahinya pada masa lapang untuk berbual-bual bagi menghilangkan kesunyiannya o Memberinya makana dan minuman mengikut kemampuan o Membawanya ke hospital sekiranya orang tua itu uzur

8. Pada pendapat anda, apakah sikap Tuk Mat yang wajar dicontohi?

o Sikap prihatin Tuk Mat menjaga kebajikan Pak Itam o Kesungguhan Tuk Mat mengetuai penduduk kampung membuat persediaan untuk menyambut

ulang tahun hari lahir Pak Itam.

9. Pada pandangan anda, bagaimanakah semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan generasi muda? o Kempen Patriotisme dalam kalangan pelajar dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

10. Pada pendapat anda, mengapakah Pak Itam ingin membela bangsanya? Nyatakan empat alasan

anda. o Bangsa Pak Itam telah ditindas oleh Orang Putih o Bangsa Pak Itam hidup melarat dengan kemiskinan

Page 20: PROSA MODEN

20

CSL2013

o Bangsa Pak Itam tidak maju seperti bangsa lain o Penjajah orang putih tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap bangsa Pak Itam o Pak Itam mahu bangsanya menerajui tanah airnya sendiri

11. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat melupakan jasa seseorang pejuang? Kemukakan tiga sebab.

o Masyarakat selesa akan keadaan sekarang yang aman o Masyarakat leka oleh kemewahan yang dinikmati pada masa ini o Masyarakat tidak mengenalinya sebagai pejuang

12. Pada pendapat anda, mengapakah Pak Itam berasa sedih apabila mengenangkan nasib anak-anaknya? o Mengenangkan anak-anaknya kerana dia tidak berpeluang membesarkan anak-anaknya o Dia tidak mengetahui akan nasib anaknya kini, sama ada dalam keadaan sihat atau sebaliknya o Naluri seorang ayah akan berasa sedih apabila lama tidak bertemu dengan anak-anak

13. Berikan pendapat anda tentang sebab-musabab Pak Itam berjuang untuk memelayukan orang

Melayu? o Pada waktu itu sudah ada orang Melayu yang meniru cara kehidupan orang Inggeris yang

menjajah Tanah Melayu o Ada orang Melayu pada ketika itu yang bersekongkol dengan orang Inggeris untuk menentang

pejuang kemerdekaan o Pada ketika itu, sudah ada orang Melayu yang berpendidikan Inggeris enggan membantu bangsa

Melayu, malah memandang jijik terhadap bangsa sendiri 14. Sekiranya anda ialah Tuk Mat, jelaskan tiga tindakan untuk mententeramkan Pak Itam yang kerisauan

kerana tetamu tidak datang ke majlisnya. o Saya akan mendampingi Pak Itam dan berbual-bual dengannya o Saya akan memberitahu Pak Itam bahawa tetamu akan tiba sebentar lagi o Saya akan menasihati Pak Itam supaya bersabar

15. Pada pendapat anda, mengapakah Tuk Mat ingin membela dirinya apabila melihat keredupan wajah

Pak Itam? Nyatakan empat sebab. o Tuk Mat berasa bersalah kerana tidak dapat membantu menunaikan hajat Pak Itam o Tuk Mat tidak mahu dianggap gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh

Pak Itam dengan baik o Tuk Mat mendapati Pak Itam bersedih pada hari lahirnya o Tuk Mat mendapati rancangan yang telah diatur tidak berjalan lancar

Page 21: PROSA MODEN

21

CSL2013

DRAMA FORUM REMAJA 2020

(Sharif Shaary) Sinopsis

Memaparkan peranan dan tanggungjawab tiga orang remaja iaitu Salmah, Chandran dan Chong menjelang tahun 2020. Mereka berjumpa dengan dua orang makhluk Utopia yang datang ke bumi untuk menjayakan sesuatu misi.

Kedatangan mereka didorong atas rasa tanggungjawab moral untuk mengingatkan makhluk bumi bahawa situasi kini sudah mencapai tahap kritikal ke arah kemusnahan. Makhluk Utopia memilih Malaysia kerana Malaysia berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. Mereka berpendapat segala pembangunan sekarang bukan sumbangan generasi muda yang diwakili oleh Salmah, Chandran dan Chong tetapi sumbangan generasi terdahulu. Generasi muda kini belum berbuat apa-apa. Sebagai bakal pemimpin masa depan, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu pengetahuan dan memiliki moral yang tinggi bagi merealisasikan matlamat tersebut. Masalah keruntuhan moral generasi muda berada dalam satu era kritikal dari segi moral, sosial dan mental. Mereka mesti bersatu padu sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersemangat patriotiuk dan mengamalkan nilai keagamaan dalam aspek kehidupan.

Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu pun tersedar dan mereka rupanya bermimpi. Ketiga-tiga remaja itu berbincang tentang kritikan yang diberi oleh makhluk Utopia dan mereka menyetujuinya. Sebagai remaja, mereka perlu merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan pembamngunan negara di samping melahirkan generasi yang berdisiplin.

Persoalan

Remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan.

Kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja.

Kepentingan penghayatan nilai keagamaan dalam kehidupan.

Semangat patriotik sebagai pegangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa.

Jati diri, moral dan ilmu pengetahuan sebagai teras kepada remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020.

Nilai

Keberanian. Contoh: Tiga sahabat berani berhujah dengan makhluk Utopia tentang cabaran untuk membangunkan negara..

Cinta akan tanah air. Contoh:

Page 22: PROSA MODEN

22

CSL2013

Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu menjadi pemimpin pada masa yang akan datang..

Baik hati. Contoh: Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi teguran kepada penduduk bumi.

Pengajaran

Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum dan mengamalkannya dalam hidup bermasyarakat.

Remaja hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan.

Remaja hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab dan memiliki jati diri yang kental..

Remaja hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa hadapan.

1. Jelaskan tiga usaha lain yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan bahawa rakyat negara ini

hidup bersatu padu dan harmoni. o mewujudkan sekolah satu aliran o mewujudkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan o merealisasikan slogan 1Malaysia dalam pelbagai lapangan kehidupan

2. Mewujudkan bahasa kebangsaan merupakan salah satu usaha memperkasakan integrasi nasional.

Cadangkan empat usaha lain yang dapat dilakukan untuk memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan rakyat negara ini. o melalui PLKN yang dapat mengukuhkan jati diri remaja o melalui sukan o melalui sistem pendidikan satu aliran o melalui aktiviti kemasyarakatan dan sambutan perayaan

3. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia berusaha mewujudkan pembangunan fizikal?

o untuk kemudahan rakyat dalam menjalani kehidupan seharian o pembangunan fizikal penting untuk merancakkan perkembangan ekonomi negara sekali gus

mempercepat usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju o sebagai tanggungjawab sosial untuk memastikan terus mendapat sokongan rakyat yang sentiasa

dahagakan pembangunan 4. Pada pendapat anda, mengapakah, Salmah, Chandran dan Chong begitu yakin bahawa Malaysia

mampu menjadi sebuah negara model? o Rakyat Malaysia yang berlainan bangsa dan budaya dapat hidup bersama-sama dalam suasana

yang aman damai, menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan, dan mengamalkan satu budaya nasional

o Walaupun negara Malaysia mempunyai satu agama rasmi, teatapi agama-agama lain boleh diamalkan juga

Page 23: PROSA MODEN

23

CSL2013

5. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang berwibawa? o Berilmu dalam bidang akademik dan berpendidikan agama o Berfikiran terbuka, bertoleransi dan adil o Mentadbir negara secara demokrasi

6. Nyatakan langkah-langkah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja. o Mewajibkan murid-murid mempelajari mata pelajaran sejarah di sekolah o Menyiarkan lagu patriotik melalui media elektronik dan media cetak o Memulihara tempat-tempat bersejarah

7. Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan oleh generasi kini untuk memastikan pencapaian negara terus terjamin? o Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama o Menguasai ilmu dan teknologi terkini untuk membangunkan negara o Menghayati aspirasi negara untuk mencapai Wawasan 2020 o Menjauhkan diri daripada najis dadah dan gejala sosial o Mengukuhkan semangat jati diri dan patriotik

8. Pada pendapat anda, mengapakah golongan remaja harus bersedia menerima kritikan? Kemukakan tiga sebab. o Supaya mereka dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan o Supaya mereka dapat membaiki segala kelemahan mereka o Supaya fikiran mereka matang dan tajam

9. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia berusaha mengujudkan pembangunan fizikal?

o Untuk kemudahan rakyat dalam menjalani kehidupan seharian o Pembangunan fizikal penting untuk merancakkan perkembangan ekonomi negara, sekali gus

mempercepat usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju o Sebagai tanggungjawab sosial untuk memastikan terus mendapat sokongan rakyat yang sentiasa

dahagakan pembangunan 10. Pada pendapat anda, bagaimanakah peranan ibu bapa dalam menangani gejala keruntuhan moral

dalam kalangan remaja? o Memberikan didikan agama yang sempurna o Memberikan kasih sayang yang secukupnya o Menasihati anak-anak ke arah kebaikan o Memantau segala akitiviti anak-anak

11. Berdasarkan hemat anda, kemukakan empat contoh usaha yang diambil oleh kerajaan dalam

menangani masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja. o Mengadakan Kempen Budi Bahasa o Mewujudkan mata pelajaran Sivik di sekolah o Menekankan aspek nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran o Mewujudkan Program Latihan Khidmat Negara untuk membentuk jati diri remaja

Page 24: PROSA MODEN

24

CSL2013

12. Anda sebagai anak muda, bagaimanakah tindakan anda apabila melihat rakan anda berkelakuan tidak bermoral? o Menegur dan menasihati mereka agar tidak berkelakuan demikian o Mengajak mereka untuk membuat perkara yang berfaedah dan mengamalkan nilai-nilai murni

untuk diri, keluarga, masyarakat, dan negara o Memberitahu ibu bapa mereka atau pihak berkuasa sekiranya perbuatan anak-anak muda itu

boleh menjejaskan keamanan dan ketenteraman orang ramai. 13. Pada pendapat anda, apakah akibat-akibat yang akan berlaku jika masalah sosial dalam kalangan

remaja tidak diambil perhatian. o Negara dan masyarakat akan kehilangan bakal pemimpin yang berkualiti o Imej negara tercemar o Negara akan kekurangan sumber tenaga untuk membangunkan ekonomi o Akan lahir masyarakat yang tidak bermoral

DRAMA GELANGGANG TUK WALI

(Ismail Kassan) Sinopsis Babak 1

Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali, untuk memaklumkan jemputan bersilat di majlis perkahwinan rumah Haji Kodri. Kedatangannya disambut oleh Mak Umi. Tuk Wali mahu memenuhi jemputan tersebut walaupun demam. Tuk Wali juga berbual dengan Ripin tentang kerakusan manusia yang menyebabkan kepupusan spesies pokok-pokok herba di hutan sebagaimana yang dilakukan oleh Si Guan. Tuk Wali kesal oleh sebab harga akar-akar kayu semakin rendah. Tuk Wali meminta Ripin memastikan murid-murid silat berkumpul kerana wartawan akan datang pada malam itu.

Babak 2

Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri dengan berpakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping dan bersongkok. Tidak lama kemudian, Imam dan Siak berkunjung ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka disambut oleh Mak Umi. Siak menyatakan perasaan tidak senang kerana Tuk Wali masih bersilat di gelanggang. Baginya, Tuk Wali sepatutnya menghabiskan masa di masjid. Mak Umi mempertahankan suaminya kerana selama ini suaminya tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap malam. Bagi Mak Umi, Tuk Wali hanya memenuhi hajat orang untuk memeriahkan majlis, tidak melanggar adat dan agama. Mak Umi meminta Imam dan Siak bercakap dengan Tuk Wali sendiri tentang hal itu. Dia juga akan memaklumkan nasihat Siak dan Imam kepada Tuk Wali.

Babak 3

Page 25: PROSA MODEN

25

CSL2013

Tuk Wali meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Piee, cucu tirinya yang telah memalukan dirinya di rumah Haji Kodri. Mak Umi mahu Tuk Wali mengubatkan Piee yang menagih dadah. Tuk Wali menyuruh Mak Umi menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi. Tuk Wali terlalu marah kepada Piee kerana dia telah mencuri wang tambang Tuk Wali ke Mekah berjumlah RM2000.00. Mak Umi memaklumkan nasihat Imam dan Siak kepada Tuk Wali. Tuk Wali mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid tetapi dia juga perlu mengubatkan orang yang patah kaki, terseliuh, dan histeria. Tuk Wali mengimbas dirinya ketika muda dahulu sering dipuji, dan dianggap hebat.

Apabila dia sudah tua segala yang dilakukannya dipandang tidak elok. Mak Umi mencadangkan anak-anak muridnya seperti Ripin menggantikan tempatnya untuk bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali mengatakan silat sudah sebati dengan dirinya. Tuk Wali dikunjungi Ripin dan Mariam. Tuk Wali menyarankan Ripin dan Mariam mengambil tempatnya untuk mengajar silat tetapi mereka berdua tidak bersedia. Mereka merayu agar Tuk Wali terus mengajarkan silat. Tuk Wali mengambil sebilah keris dan menceritakan asal usul keris tersebut. Tuk Wali merasakan Ripinlah yang layak untuk menjadi pewaris keris itu.

Dua orang wartawan daripada majalah Pejuang, iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk menemu ramahnya. Piee cucu tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan muncul. Setelah kedua-dua wartawan itu pulang, Tuk Wali menampar dan memarahi Piee kerana masuk ke dalam biliknya. Empat orang pemuda telah datang ke rumah Tuk Wali. Menyangka Tuk Wali tiada di rumah, mereka bermain gitar, menyanyi sambil menari-nari. Tuk Wali memarahi mereka. Salah seorang pemuda telah ditampar oleh Tuk Wali kerana bersikap biadap.

Babak 4

Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Siak berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka bertarung menggunakan sundang. Mak Umi mencari Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Ripin berjaya mengunci pergerakan Siak. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak menyelesaikan masalah dengan cara berunding. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya meninggalkan rumah. Tuk Wali yang kepenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah.

Babak 5

Piee masuk ke rumah Tuk Wali dan mengambil biola serta sebilah keris yang tersisip di dinding beranda itu. Tuk Wali menyedari perkara itu dan memarahi Piee. Kemudian berlaku pergaduhan dan pertikaman antara Tuk Wali dengan Piee. Semasa Tuk Wali ingin mengambil biola yang dijatuhkan oleh Piee, Tuk Wali ditikam oleh Piee. Tikaman itu terkena di perut Tuk Wali. Tuk Wali dapat mengambil keris daripada tangan Piee.

Tuk Wali semakin lemah apabila banyak darah keluar daripada lukanya. Ripin terkejut apabila melihat Tuk Wali yang terbaring berlumuran darah. Ripin mahu menghantar Tuk Wali ke hospital tetapi Tuk Wali enggan. Tuk Wali sempat menyerahkan keris tersebut kepada Ripin sebelum meninggal.

Ripin ingin menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Imam muncul dan melihat Ripin memegang keris dalam keadaan Tuk Wali

Page 26: PROSA MODEN

26

CSL2013

telah terbujur kaku. Imam menyangka bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Berlaku tuduh menuduh antara Siak dan Ripin. Mariam dan Umi sampai lalu menerpa ke arah mayat Tuk Wali. Mak Umi dan Mariam ingin tahu orang yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Ripin saling menuduh sekali lagi. Mak Umi menafikan ripin membunuh Tuk Wali.

Persoalan

Sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang berilmu. Contoh: Ripin amat menyanjung tinggi Tuk Wali yang mengajarnya ilmu silat.

Budaya warisan bangsa yang diremehkan. Contoh: Ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tuk Wali kerana bersilat dalam majlis perkahwinan.

Masalah penagihan dadah yang sukar dirawat. Contoh: Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya.

Perasaan dengki dan khianat. Contoh: Ada pihak yang dengki kepada Tuk Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.

Dendam yang berpanjangan. Contoh: Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tuk Wali kerana Tuk Wali berkahwin dengan bekas tunangnya.

Keprihatinan dalam kalangan masyarakat. Contoh: Tuk Wali merawat orang sakit, menguruskan jenazah dan perkara-perkara lain tanpa meminta sebarang upah.

Nilai

Ketegasan. Contoh: Tuk Wali tegas pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatan itu tidak salah.

Keberanian. Contoh: Tuk Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.

Page 27: PROSA MODEN

27

CSL2013

Taat akan perintah agama. Contoh: Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.

Hormat-menghormati Contoh: Ripin menghormati Tuk Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya.

Bertanggungjawab. Contoh: Tuk Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda di kampung tersebut.

Tolong-menolong Contoh; Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tuk Wali dan Siak.

Keprihatinan Contoh: Tuk Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah.

Pengajaran

Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan datang berpeluang mendapat manfaatnya.

Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita.

Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan agar masyarakat hidup harmoni.

Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang negatif.

Setiap masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan secara rundingan supaya tidak berlaku kecederaan atau pertumpahan darah.

Kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa kita supaya kehidupan lebih sejahtera.

Kita hendaklah bijak menangani masalah yang timbul agar tidak menimbulkan kesusahan kepada diri sendiri kelak.

1. Pada pendapat anda, apakah kelebihan khazanah hutan khususnya pokok dipelihara?

o untuk mengekalkan ekosistem yang melibatkan interaksi suatu komuniti haiwan dan tumbuhan dengan alam sekitar yang tidak bernyawa

o pokok dapat dimanfaatkan untuk generasi akan datang sebagai sumber perubatan dan kajian o dapat membantu menyimpan air di dalam tanah untuk mengelakkan banjir dan hakisan

Page 28: PROSA MODEN

28

CSL2013

2. Adakan anda bersetuju dengan tindakan Siak yang mengajak Tuk Wali “berusul”? o setuju o berbincang dapat menyelesaikan pelbagai masalah o berbincang dapat mengelakkan sebarang pertelingkahan o berbincang dapat meredakan kemarahan seseorang o berbincang dapat mengenal pasti pihak yang melakukan kesilapan

3. Jelaskan empat usaha yang dapat anda lakukan untuk memelihara khazanah budaya bangsa.

o menjadikannya sebagai ilmu untuk dipelajari o membimbing generasi baru untuk menghargai khazanah budaya bangsa o mempromosikan/mengiklankan dalam internet o menjadikannya hobi pada waktu lapang

4. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat masih lagi menggunakan perubatan tradisional

walaupun perubatan moden mampu mengubati pelbagai penyakit? o kerana perubatan tradisional diakui masih mampu mengubati sesetengah penyakit o harga ubat-ubatan tradisional masih murah o diakui perubatan tradisional tidak meninggalkan kesan sampingan kepada pengguna

5. Pada pandangan anda, wajarkah Mak Umi menjauhkan diri daripada dua orang yang bergaduh itu?

Berikan alasan anda. o Mak Umi sewajarnya menjauhkan diri daripada dua orang yang bergaduh itu kerana mereka sudah

lama memusuhi antara satu dengan yang lain, iaitu sejak Tuk Wali berkahwin dengan Mak Umi o Sekiranya Mak Umi terus berada di situ, hal ini boleh menambah kemarahan dalam diri Tuk Wali

dan Siak kerana kedua-duanya terlalu menurut perasaan yang boleh mencetuskan pergaduhan o Hal yang demikian kerana Tuk Wali dan Siak tidak mahu mengalah sebaliknya tetap mahu

menegak pendirian masing-masing 6. Nyatakan langkah-langkah untuk menyemai semula minat mempelajari ilmu persilatan dalam kalangan

generasi muda. o Mewajibkan pelajar mempelajari ilmu pertahanan diri dalam aktiviti kokurikuklum di sekolah o Kementerian Kebudayaan membayar gaji yang tinggi kepada guru silat yang mengajar para belia o Mengadakan persembahan persilatan kepada masyarakat umum

7. Pada pendapat anda, mengapakah Imam dan Siak menuduh Ripin membunuh Tuk Wali? o Ripin yang berdiri bersebelahan mayat Tuk Wali o Ripin sedang memegang keris yang berlumuran darah o Ripin yang kononnya sangat memerlukan keris itu untuk menjadi guru silat

8. Sekiranya anda ialah Ripin, adakah anda akan meninggalkan Tuk Wali dan Siak dalam keadaan

begitu? Berikan empat alasan anda. JAWAPAN : Ya o Untuk mengelakkan diri daripada terbabit dalam pergaduhan tersebut o Tidak mahu dituduh orang sebagai penghasut o Percaya pergaduhan tersebut akan diselesaikan oleh Tuk Wali dan Siak dengan baik o Mengelakkan diri daripada menjadi saksi jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini

Page 29: PROSA MODEN

29

CSL2013

JAWAPAN : Tidak o Tuk Wali ialah guru saya o Ingin meleraikan pergaduhan itu o Ingin menjadi saksi jika berlaku apa-apa kejadian yang tideak diingini o Ingin membantu Tuk Wali, jika beliau mengalami masalah dalam pergaduhan itu

9. Pada pendapat anda, adakah wajar Ripin dan Mariam menolak cadangan Tuk Wali hendak

menyerahkan tugas mengajar silat kepada mereka? Kemukakan tiga sebab. o Wajar:

o Ripin dan Mariam belum mahir sangat tentang ilmu silat o Tugas itu sangat berat untuk dipikul oleh mereka yang masih muda o Mereka sukar untuk mendapatkan kepercayaan daripada murid-murid silat Tuk Wali yang

lain o Tidak wajar:

o Ripin dan Mariam anak murid Tuk Wali yang paling hebat o Mereka mempunyai kemahiran silat yang tinggi o Dapat menimba pengalaman untuk memperkasakan seni warisan melalui peluang

tersebut 10. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat masih lagi menggunakan perubatan tradisional,

walaupun pelbagai penyakit perubatan moden mampu mengubatinya? o Diakui perubatan tradisional masih mampu mengubati penyakit o Harga ubat-ubatan tradisional masih murah o Diakui perubatan tradisional tidak meninggalkan kesan sampingan kepada pengguna

11. Pada pendapat anda, apakah kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan diri?

o Dapat digunakan untuk mempertahankan diri semasa berada dalam keadaan kecemasan o Satu cara mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah o Dapat mewarisi seni mempertahankan diri nenek moyang seperti seni silat

12. Sekiranya anda ialah Siak, adakah anda akan mengajak Tuk Wali beradu tenaga di gelanggang

berikan empat alasan anda. o Ya:

o Tuk Wali telah menampar cucu saya o Bertindak bersendirian o Tidak mempunyai belas kasihan kepada remaja o Sudah takbur dan bongkak dengan kehebatannya

o Tidak: o Tindakan Tuk Wali adalah betul o Masalah itu boleh diselesaikan menerusi muafakat o Perbuatan cucu adalah salah dan perlu diberikan pengajaran o Dia tidak melakukan perbuatan yang melulu

13. Pada pendapat anda, mengapakah Mak Umi menyindir Imam dan Siak?

o Tindakan yang dilakukan itu tidak kena pada masanya. Pada waktu itu, sembahyang asar hampir masuk waktu, Imam sepatutnya sudah berada di masjid

Page 30: PROSA MODEN

30

CSL2013

o Tidak berani bersemuka dengan Tuk Wali sendiri untuk menyampaikan nasihat itu. 14. Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan yang diperoleh apabila seseorang mempelajari seni

silat? o Dapat mempertahankan diri daripada serangan musuh/ orang yang tidak dikenali o Menyihatkan badan kerana melakukan pelbagai aktiviti kecergasan o Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah

TINGKATAN 5 PROSA MODEN

CERPEN PAHLAWAN BUNTUNG (S Othman Kelantan)

Sinopsis

Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat.

Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun.

Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan.

Selepas itu, Pak Hussain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong.

Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

Persoalan

Kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.

Keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.

Kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.

Mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.

Berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.

Hormat kepada warga tua atau warga emas. Nilai

Nilai keberanian. Contohnya Pak Hussain berani menghadapi tentera Jepun.

Nilai kebijaksanaan. Contohnya Pak Hussain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.

Nilai kasih sayang. Contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Hussain ketika mereka berpindah.

Nilai patriotisme. Contohnya Pak Hussain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

Page 31: PROSA MODEN

31

CSL2013

Pengajaran

Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.

Kita hendaklah bijak membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.

Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.

1. Pada pendapat anda, mengapakah Pak Husain terkejut apabila mendapati ayah Khalid sudah meninggal dunia?

o kerana sudah terlalu lama tidak bertemu dan harapannya untuk bertemu tidak kesampaian o dia terasa baru sahaja menemui ayah Khalid, sedangkan hakikatnya sudah berpuluh-puluh tahun

tidak bertemu o dia masih mengingati kenangan manis bersama ayah Khalid dan berharap kenangan itu dapat

dikongsi dengan anak cucu 2. Sekiranya anda ialah penulis, nyatakan tiga tindakan yang mungkin anda ambil untuk membalas jasa Pak Husain.

o membawa Pak Husain tinggal bersama o menjaga kebajikan Pak Husain o berusaha mendapatkan pengiktirafan atas keberanian Pak Husain

3. Sekiranya anda ialah pakar psikologi, nyatakan tiga tindakan yang mungkin anda lakukan untuk memulihkan semangat Pak Husain kembali.

o Menemani Pak Husain sepanjang masa dengen cerita yang menggembirakan o Menasihati Pak Husain agar tabah dan tenang menghadapi peristiwa lalu o Mengajak Pak Husain mendekati diri dengan perintah Allah/ suruhan agama o Meminta kerjasama daripada ahli keluarganya untuk sama-sama memulihkannya

4. Pada pendapat anda, mengapakah mereka takut akan peperangan?

o Kerana peperangan boleh memisahkan mereka sekeluarga o Peperangan boleh menyebabkan kalangan mereka ada yang terbunuh o Peperangan menyusahkan pergerakan mereka untuk ke sesuatu tempat

5. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh generasi kini untuk mengisi kemerdekaan negara?

o Belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencurahkan bakti kepada negara o Menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat o Tidak melakukan perbuatan jenayah yang mengancam kemakmuran dan keselamatan rakyat

serta negara

PROSA MODEN CERPEN PENANGGUHAN

(Wijaya Mala) Sinopsis

Page 32: PROSA MODEN

32

CSL2013

Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal.

Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya.

Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.

Persoalan

Kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.

Rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya.

Simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami.

Keredaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.

Nilai

Nilai simpati. Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya.

Nilai kasih sayang. Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya.

Nilai berani. Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut. Pengajaran

Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai. Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum.

Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri. Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.

Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting. Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.

Page 33: PROSA MODEN

33

CSL2013

PROSA MODEN CERPEN TANGGAR AMANAT

(Amaruszati Noor Rahim) Sinopsis

Di Yellowstone, Hawa dan Adam iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ.

Hawa yang sedang hamil menghadapi konflik apabila Adam suaminya mengajaknya pulang ke Malaysia sedangkan dia igin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah yang pertama di situ.

Tambahan lagi kawasan Yellowstone merupakan kawasan lingkaran gunung berapi.

Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan Adam, Hawa berhalunisasi dengan janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya tentang kemusnahan yang akan dihadapi jika terus tinggal di situ.

Atas nasihat dan pandangan yang diberikan oleh janin dalam kandungannya, Hawa mengambil keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.

Persoalan

Kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat.

Perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat.

Kepincangan hidup di tempat orang.

Kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Nilai

Nilai kasih sayang. Contoh: Hawa menyayangi perusahaan keluarganya yang telah diwarisi turun-temurun.

Nilai kesabaran. Contoh: Adam masih bersabar dengan Hawa semasa menghadapi pertentangan pendapat.

Nilai ketabahan. Contoh: Ahmad Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di rantau orang.

Pengajaran

Kita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga. Contohnya, Hawa sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone.

Page 34: PROSA MODEN

34

CSL2013

Kita hendaklah sabar menghadapi tekanan. Contohnya Adam yang bersabar dengan kedegilan Hawa.

Kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menempuh dugaan hidup di perantauan.

PROSA MODEN CERPEN IDOLA (Zaen Kasturi)

Sinopsis

Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan Hero sebagai idola hidupnya.

Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah.

Pada suatu petang dia berjumpa dengan si Hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup.

Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.

Persoalan

Kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil.

Suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa berangan-angan menjadi hero.

Kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya.

Kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya.

Nilai

Nilai kejujuran. Contohnya Hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilaluinya adalah berbeza dengan lakonannya.

Nilai kesabaran. Contohnya isteri si penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil.

Nilai ketabahan. Contohnya isteri si penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin dan tinggal di kawasan setinggan.

Pengajaran

Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan. Contoh:

Page 35: PROSA MODEN

35

CSL2013

Hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan.

Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawab dalam rumah tangga. Contoh: isteri si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagung-agungkan Hero.

Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan memdidik anak-anak. Contoh: isteri si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah.

DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

(Suriani Mohd Yusof) Sinopsis

Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah.

Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabriah dan Salmah serta Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan.

Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya.

Sabriah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapanya (Jumaat) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya, dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah.

Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabriah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya.

Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabriah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Siap mereka ditegur Pak Man.

Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka.

Sabriah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat.

Dalam keadaan kecoh itu, Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami.

Akhirnya Jumaat dijumpai dan dkhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis.

Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat.

Sabriah, Salmah dan Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu.

Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Jimah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.

Page 36: PROSA MODEN

36

CSL2013

Persoalan

Kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bahagi.

Sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.

Simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang.

Jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.

Sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.

Kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Nilai

Nilai kasih sayang kepada suami. Contohnya Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan.

Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami. Contohnya Jimah tetap setia menanti suaminya yang hilang.

Nilai menghormati orang yang lebih tua. Contohnya, Sani tetap menghormati Sabriah walaupun kerap dimarahinya.

Nilai nasihat-menasihati. Contohnya, Pak Man menasihati Sabriah supaya tidak menghina Sani anak angkat emaknya.

Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Contohnya Sani dan Wan Malini terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari.

Pengajaran

Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak. Contoh: Pak Jumaat dan Mak Jimah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti.

Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita.

Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita. Contoh: Sabriah insaf atas kesilapannya.

Kita perlu bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki. Contoh: Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.

Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga.

Page 37: PROSA MODEN

37

CSL2013

Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Contoh: Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirim oleh anak-anaknya.

1. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang patut dilakukan untuk memastikan remaja tidak

terpengaruh dengan gejala negatif yang datangnya dari negara Barat? o kerajaan hendaklah mengawal kemasukan media Barat yang banyak memaparkan unsur negatif o ibu bapa hendaklah selalu menegur pelakuan anak, terutama fesyen pakaian anak-anak o guru hendaklah menekankan nilai barat yang boleh dicontohi dan yang perlu dihindari

2. Pada pendapat anda, mengapakah Pak Man boleh mengeluarkan idea yang bernas sedangkan dia

hanyalah nelayan biasa? o kerana hasil pergaulan dengan masyarakat kampung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang

kerjaya dan pendidikan o Pak Man suka berfikir mengenangkan nasib nelayan yang tidak berubah walaupun bekerja keras

untuk meningkatkan pendapatan o ramai anaknya sudah berjaya dalam pelajaran dan hidup, dan hasil perbincangan dengan anak-

anaknyalah pengetahuannya semakin luas 3. Wajarkah kakak dan abang Sani tidak pulang apabila keluarga mereka ditimpa musibah? Berikan tiga alasan anda.

o tidak wajar o bapa mereka bertarung nyawa mencari rezeki di lautan o emak mereka bersusah payah membesarkan mereka o menjadi tanggungjawab anak menjenguk keluarga apabila ditimpa musibah

4. Pada pendapat anda, wajarkah Shahrul meneruskan niatnya untuk pulang bekerja di Kuala Lumpur ketika keluarganya berada dalam musibah?

o Tidak wajar o Ayahnya yang hilang di laut belum lagi ditemui o Peristiwa kehilangan ayah kandungnya di laut bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main o Sebagai seorang anak, Shahrul sepatutnya banyak memberi perangsang/semangat kepada ibunya o Shahrul tidak sepatutnya membebani ibunya dengan masalah baharu

5. Pada pendapat anda, apakah bentuk-bentuk bantuan yang sewajarnya dihulurkan kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir dan tsunami? Nyatakan tiga bentuk bantuan itu.

o Bantuan makanan seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya o Bantuan pakaian kerana pakaian basah, kotor, hilang o Bantuan ubat-ubatan dan alat kebersihan diri o Bantuan kewangan untuk pembelian barang-barang keperluan yang rosak o Bantuan sokongan psikologi/motivasi untuk memulihkan mangsa daripada trauma sebagai akibat

kesan bencana alam tersebut 6. Sebagai seorang anak, nyatakan tiga cara untuk membalas jasa ibu bapa.

o Saya akan menggembirakan hati ibu bapa saya

Page 38: PROSA MODEN

38

CSL2013

o Saya akan sentiasa menyayangi mereka o Saya akan menjaga mereka semasa mereka tua nanti

7. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu masih sanggup menjadi nelayan walaupun mengetahui malapetaka yang bakal menimpa apabila berada di tengah-tengah laut?

o Kerana pekerjaan tersebut telah dilakukan sejak remaja, jadi sudah sebati dengan jiwa mereka o Golongan ini tiada kemahiran lain untuk bertukar bidang kerja o Mereka yakin hidup dan mati telah ditentukan Allah, jadi masalah tempat bekerja bukan menjadi

halangan untuk terus mencari rezeki 8. Sekiranya anda sebagai anak Jimah, nyatakan tindakan-tindakan yang patut anda lakukan untuk membahagiakan ibu bapa anda itu.

o Selalu menziarahi mereka di kampung o Memberikan bantuan dari segi kewangan dan keperluan lain yang diperlukan oleh mereka o Membawa mereka ke rumah saya atau melancong ke tempat lain untuk menggembirakan hati

mereka 9. Sebagai pelajar, jelaskan tiga perkara yang dipertimbangkan untuk memenuhi keperluan dan keinginan anda dalam kehidupan seharian.

o Saya akan mengambil kira kemampuan diri. o Sebagai contoh, saya membeli pakaian sekolah mengikut kemampuan dan bukan keinginan untuk

memiliki pakaian yang cantik dan berjenama o Saya juga akan memenuhi keperluan dan keinginan saya berdasarkan kesan yang akan saya

terima o Sebagai contoh, saya akan membahagikan masa untuk bermain atau menonton televisyen dengan

masa untuk belajar di rumah agar tidak terlalu membuang masa o Saya juga akan memenuhi keperluan dan keinginan saya berdasarkan peraturan dan undang-

undang o Sebagai contoh, saya akan memastikan pilihan dan tindakan saya itu tidak menyalahi peraturan

dan undang-undang negara 10. Punca yang menyebabkan berlakunya penggangguran dalam kalangan siswazah di negara ini.

o Sikap memilih pekerjaan o Berlaku lambakan siswazah dalam satu-satu jurusan pengajian di pasaran o Banyak syarikat swasta mengutamakan pekerja yang berkemahiran dan sudah berpengalaman

bekerja o Saingan daripada pekerja asing/upah tenaga kerja asing lebih rendah.

Page 39: PROSA MODEN

39

CSL2013

DRAMA 1400

(Noordin Hassan) Sinopsis

Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung.

Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun, Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli.

Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaannya Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung.

Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat.

Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan daripada kampung tersebut.

Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya hilang dan balik kepada keadaan asal.

Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.

Persoalan

Kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta.

Keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan.

Pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit.

Penindasan kepada golongan lemah.

Penipuan kepada orang yang kurang berilmu. Nilai

Nilai kesabaran. Contoh: Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung.

Nilai tolong-menolong. Contoh: Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji.

Page 40: PROSA MODEN

40

CSL2013

Nilai menghargai barangan tempatan. Contoh: Dollah tidak menggunakan batu marmar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih batu marmar dari Itali.

Nilai kasih sayang antara suami isteri. Contoh: Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik.

Nilai ketaatan. Contoh: Intan Siti Rahimah mendengar arahan suaminya iaitu Dollah semasa mengandung.

Pengajaran

Kita hendaklah mencari rezeki yang halal. Contoh: Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan.

Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Contoh: Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin.

Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar. Contoh: Dollah mencemarkan sungai dengan najis kuda yang dipeliharanya.

Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Contoh: Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu.

Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Contoh: Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung.