proposal perangkap serangga automatik

Upload: youdiey

Post on 02-Jun-2018

446 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Proposal Perangkap Serangga Automatik

    1/16

    PERANGKAP SERANGGA AUTOMATIK

    1.0 PENGENALAN

    Tujuan utama proposal ini disediakan adalah untuk mencatat dan melaporkan segala

    aktiviti yang kami jalankan. proposal dan isi kandungan yang dibuat oleh kumpulan kami

    sangatlah jelas dan mudah difahami.

    Semasa di peringkat pertama pelbagai idea dicadangkan sebagai projek akhir untuk

    semester ini. Akhirnya kami dapati bahawa terdapat suatu masalah mengenai pencemaranalam terhadap penyebar penyakit yang serius melalui sejenis serangga iaitu lalat.

    Antara penyebaran yang kami dapat lihat adalah setiap lalat hinggap di suatu tempat,

    kurang lebih 125,000 kuman yang jatuh ke tempat tersebut. Lalat sangat menggandakan

    penglihatan untuk bertahan hidup lebih lama dan ianya sukar dihapuskan.

    Maka terhasil sebuah projek Perangkap Lalat Automatik yang bertujuan untuk

    memudahkan kita memerangkap lalat daripada menguasai sesuatu tempat atau kawasan

    tersebut secara berleluasa.

  • 8/11/2019 Proposal Perangkap Serangga Automatik

    2/16

    2.0OBJEKTIF PROJEK

    Merekabentuk projek yang bersesuaian dengan kehendak kami dan mudah untuk

    digunakan supaya ia boleh tahan lebih lama.

    Antaranya ialah:

    i. Membuat penyelidikan mengenai Perangkap Lalat Automatik tersebut.

    ii. Menyelidik tentang tabiat lalat.

    iii. Mereka bentuk perangkap lalat yang senang dibawa dan murah.

    3.0 SKOP PROJEK

    .

    i. Sesuai untuk digunakan secara terbuka.

    ii.

    Premis atau restoran sangat digalakkan.iii. Mengetahui ciri-ciri saiznya adalah 500mm, lebar 250mm dan tinggi juga

    250mm.

    iv. Anggaran berat maksimum adalah 2kg.

    4.0 PENYATAAN MASALAH

    Berdasarkan dari pemantauan yang telah kami jalankan, didapati antara masalah

    yang sering dihadapi mengenai lalat ini adalah:

    i. Lalat sering menganggu suasana di tempat makanan.

    ii.

    Memberi masalah kepada kesihatan dan menunjukkan kawasan tidak bersih.iii. Penyebar penyakit yang sangat serius kepada manusia.

  • 8/11/2019 Proposal Perangkap Serangga Automatik

    3/16

    5.0 KAJIAN LITEATURE

    5.1 JENIS-JENIS LALAT

    Lalat Buah

    Lalat buah ( fruit flys) merupakan serangga yang amat popular dalam merosakan buah

    buahan serta sayuran berbuah, keadaan ini amat merugikan petani besar dan juga kecil serta

    rakan rakan yang memiliki kebun kecil di rumah. Lalat buah akan menyerang pokok-pokok

    berbuah dan sayuran berbuah seperti belimbing, mangga, jambu batu, betik, cili, terung,tomato, nangka, cempedak dan beberapa lagi buah buahan tropika yang kita tanam dengan

    menyuntik telur ke dalam buah-buah tersebut, ini akan menyebabkan buah buahan serta sayur

    tersebut rosak sebelum dapat dipetik. Jangka hayat lalat buah adalah selama 20- 28 hari,

    sekiranya sempat mengawan akan bertelur dan menghasilkan dalam 1200 biji telur. Teknik ini

    merupakan alternatif selain daripada teknik membungkus buah dan menyembur racun

    serangga ke atas tanaman.

    Lalat Buah

  • 8/11/2019 Proposal Perangkap Serangga Automatik

    4/16

    Lalat Rumah

    Lalat rumah (Musca domestica) ialah sejenis lalat dalam suborder Brachycera. Lalat

    rumah merupakan lalat yang paling biasa ditemui di dalam rumah, meliputi kira-kira 90%

    daripada semua lalat di tempat tinggal manusia, dan merupakan salah satu daripada serangga

    yang paling luas tersebar di seluruh dunia. Lalat rumah dianggap serangga perosak yang

    membawa penyakit berbahaya.

    Lalat Rumah

    Lalat Hijau

    Lalat hijau (Green bottle fly) merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Lalat

    hijau bersaiz lebih besar berbanding lalat rumah dan mempunyai badan yang warna hijau

    berkilat. Lalat hijau biasanya berbunyi berdengung-dengung.

    Lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan

    yang separuh hadam masuk ke dalam perutnya melalui belalainya.

    Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan

    cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam

    tandas, tempat sampah dan sebagainya.

  • 8/11/2019 Proposal Perangkap Serangga Automatik

    5/16

    Lalat Hijau

    Lalat Askar Hitam

    Lalat askar hitam (Hermetia illucens) ialah spesies paling biasa ditemui dalam famili

    Stratiomyidae. Ia terdapat di Eropah, Afrika tropika, Australasia, Amerika Tengah dan timur

    Asia termasuk Malaysia. Lalat askar hitam adalah sejenis lalat yang tidak dikategorikan

    sebagai pembawa penyakit. Tempoh hidup seekor lalat askar hitam dewasa adalah di sekitar 5

    hingga 7 hari sahaja. Lalat askar hitam dewasa juga tidak mempunyai mulut, tugas bersama

    pasangannya hanyalah untuk mengawan dan bertelur. Anggaran tempoh hayat seekor lalat

    askar hitam terpanjang semasa di peringkat lava. Ia bergantung kepada makanan yang ada,

    lava akan membesar sehingga sepanjang setengah inci.

    Seekor lalat askar hitam boleh bertelur sehingga 500 selama hayatnya seminggu. lalat

    askar hitam betina akan mencari tempat-tempat yang strategik di persekitaran tempat bahan

    bahan busuk agar mudah anak-anak lavanya mencari makanan. Kebiasaannya di celah-celah

    rekahan, bawah daun dan berongkoi-rongkoi kecil tajam berwarna putih kekuningan.

    Bergantung kepada suhu dan cuaca telur akan menetas dalam masa 4 hari atau lebih.

    Selepas menetas lava akan merangkak ke tempat gelap dan busuk untuk makan.

    Sekiranya cuaca membenarkan dan makanan cukup, lava boleh matang dalam masa 20 hari.

    Selepas itu ia akan segera keluar dari tempat gelap dan busuk untuk mencari tanah. Ia akan

    masuk ke dalam tanah dan akan berubah menjadi pupa selepas beberapa hari. Lava boleh

    hidup sehingga 6 bulan sekiranya makanan masih tidak mencukupi. Tempoh pupa Lalat Askar

    Hitam adalah seminggu. Ianya keras dan akan menetaskan Lalat Askar Hitam dewasa.

  • 8/11/2019 Proposal Perangkap Serangga Automatik

    6/16

    Lalat Askar Hitam dewasa berukuran 7-10mm menyerupai penyengat kecil tetapi

    tidak mempunyai mulut, berwarna hitam dan keperang-perangan. Ada juga spesis yang

    berwarna biru. Lalat Askar Hitam dilahirkan samada jantan atau betina hanya untuk tujuan

    mengawan dan bertelur. Sebab itu, Lalat Askar Hitam tidak boleh dijadikan penyebab

    pembawa penyakit, kecuali ianya hinggap di makanan manusia yang sememangnya sudah

    busuk.

    Lalat Askar Hitam

    5.2 JENIS-JENIS KAJIAN PERANGKAP LALAT

    Perangkap Feromon Serangga

    Perangkap bekas pada pohon

    http://3.bp.blogspot.com/-NfdF0-TRK-s/T91-GxdO2rI/AAAAAAAAJ9c/eYFLJHTNHNA/s1600/trapf1a.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-NfdF0-TRK-s/T91-GxdO2rI/AAAAAAAAJ9c/eYFLJHTNHNA/s1600/trapf1a.jpg
  • 8/11/2019 Proposal Perangkap Serangga Automatik

    7/16

    Mungkin ramai yang tidak tahu akan penggunaan perangkap feromon serangga

    (Pheromone Insect Trap) dalam bidang pertanian. Kaedah ini digunakan di dalam Kawalan

    Perosak Bersepadu Tanaman (Intergrated Pest Management - IPM) untuk membuat tinjauan

    populasi serangga perosak yang hadir dalam kawasan kebun kita. Tinjauan lading perlu

    dijalankan setiap masa atau mengikut jadual ditetapkan bagi menentukan bilangan populasi

    serangga sampai kepada tahap merbahaya (Treshold level) yang perlukan kawalan. Kaedah

    kawalan meliputi pelbagai cara sama ada kaedah Racun Kimia, Kawalan Biologi, Kawalan

    Mekanikal, Kawalan Praktis Agronomi dan sebagainya.

    Salah satu cara membuat perangkap serangga yang praktikal adalah dengan

    menggunakan PERANGKAP FEROMON iaitu bahan kimia khas yang diletakkan pada bekas

    khas dan akan menarik beberapa jenis serangga untuk hadir ke kawasan feromon.

    Perangkap pada kertas

    FEROMON (Pheromone) adalah cecair khas yang dihasilkan oleh bahagian organ

    serangga yang akan menarik serangga berlainan jantina untuk tujuan mengawan dan

    sebagainya. Dalam teknologi terkini bahan feromon boleh dihasilkan di makmal dan mudah

    dibeli dipasaran serta mudah di pasangkan di kawasan kebun. Paling mudah di perolehi

    adalah feromon seperti Methyl Eugenol yang digunakan untuk menarik Lalat

    Buah ( Bactoceraspp atau Daucusspp ) jantan dating ke dalam perangkap yang kita

    pasang. Methyl Eugenol di sapu pada kapas dan dimasukkan ke dalam bekas plastic botol air

    yang dibuat lubang disekelilingnya. Lalat Buah Jantan akan menghidu bau feromon tersebut

    dalam jarak beberapa jauh (tidak dapat dipastikan jarak kekuatan feromon ini) bergantung

    kepada angin dan keadaan pokok disekeliling (lapang atau semak). Serangga ini berupaya

    masuk ke dalam botol tetapi agak sukar untuk keluar kerana bau dalam plastik sehingga ianya

    mati. Bau feromon ini tahan untuk beberapa hari dan perlu ditukar semula.

    http://2.bp.blogspot.com/-fTOWiq8_vds/T91-Lv8iIBI/AAAAAAAAJ9k/PEGincGmszw/s1600/trapf1f.jpg
  • 8/11/2019 Proposal Perangkap Serangga Automatik

    8/16

    Perangkap menggunakan botol

    Serangga yang disasarkan untuk di perangkap menggunakan bahan feromon yang

    berlainan. Jika kita hendak memerangkap beberapa jenis serangga bebeza boleh diletakkan

    dikawasan kebun dengan jarak antara 150 - 300 kaki diantaranya dengan menggunakan

    feromon dan bentuk bekas yang berlainan. Walaupun terdapat serangga bukan sasaran yang

    hadir dalam bekas perangkap kita, bilangannya adalah sedikit berbanding dengan serangga

    sasaran khusus bergantung kepada jenis feromon yang digunakan. Bilangan perangkap

    feromon juga berbeza jumlahnya bergantung kepada peringkat tanaman, keadaan cuaca,

    persekitaran dan sebagainya. Contohnya di kawasan kebun tanaman tomato boleh dipasang

    sebanyak 7 perangkap sehektar untuk menangkap kupu-kupu diperingkat sebelum

    pembentukkan buah. Bilangan ini dikurangkan ketika peringkat buah telah masak atau ketika

    pokok belum berbuah.

    Perangkap lalat buah

    Beberapa perkara penting dalam mengendalikan pemasangan perangkap feromon

    perlu kita patuhi agar ianya berkesan dan tidak mendatangkan ancaman. Pertama sekali

    pastikan hanya feromon yang betul dan tulin dibeli daripada pembekal yang dilesenkan.

    http://3.bp.blogspot.com/-O3k-O7c5qVM/T91-abrn9VI/AAAAAAAAJ90/x0Cv4MqGKD4/s1600/trapf1e.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-UCrCEp1Pmag/T91-QcBLZSI/AAAAAAAAJ9s/OqOqfxOXKl4/s1600/trapf1c.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-O3k-O7c5qVM/T91-abrn9VI/AAAAAAAAJ90/x0Cv4MqGKD4/s1600/trapf1e.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-UCrCEp1Pmag/T91-QcBLZSI/AAAAAAAAJ9s/OqOqfxOXKl4/s1600/trapf1c.jpg
  • 8/11/2019 Proposal Perangkap Serangga Automatik

    9/16

    Terdapat beberapa feromon yang telah lupus (expired date) dijual di kedai kimia dan masih

    dijual. Beli feromon khusus untuk setiap jenis serangga yang hendak diperangkap. Kita perlu

    tahu akan bahan feromon tersebut dengan mempelajarinya. Beritahu jiran tetangga kebun

    bersebelahan yang kita akan memasang perangkap feromon. Bahan feromon perlu ditukar

    setiap 2 minggu atau satu bulan sekali. Gunakan sarung tangan baru setiap kali menukar

    perangkap feromon. Periksa bekas perangkap samaada masih boleh digunakan, rosak, jatuh

    akibat ribut, penuh dengan serangga dan mengandungi air. Periksa bekas tersebut dan jika

    boleh diguna semula perlu di bersihkan dahulu. Pastikan pemasangan di lokasi yang strategik

    dan tidak membahayakan kepada orang lain, digantung di kawasan yang mudah dilihat dan

    sesuai dengan kanopi pokok. Pemeriksaan perangkap feromon sebaiknya dijalankan sekerap

    mungkin untuk mendapatkan data dan maklumat selain daripada pemantauan kewujudan

    serangga perosak dalam kawasan kebun.

    Perangkap atraktan

    Salah satu cara yang dianggap paling efektif, mudah dan berkesan untuk

    mengendalikan lalat buah adalah penggunaan perangkap atraktan (pemikat) lalat buah. Cara

    ini dianggap lebih berkesan kerana tidak meninggalkan sisa pada tumbuhan yang ditanam.

    Bahan pemikat ini biasanya ditempatkan di dalam perangkap berupa botol plastik atau tabung

    silinder sehingga lalat buah akan masuk dan terperangkap di dalam.

  • 8/11/2019 Proposal Perangkap Serangga Automatik

    10/16

    Atraktan ini dapat digunakan untuk tiga fungsi utama, yakni:

    i. Mengenal pasti populasi lalat buah di sekitar kawasan kebun.

    ii. menarik lalat buah kemudian membunuhnya dengan menggunakan perangkap

    tersebut.

    iii. mengacaukan perilaku habitat, berkumpul, dan pemakanan lalat buah.

    Mekanisme kerja perangkap adalah memancing lalat buah masuk ke dalam perangkap

    dengan menggunakan methyl eugenol yang ditempatkan di dalam botol perangkap. Di dasar

    botol perangkap tersebut boleh diisi dengan air sehingga sayap lalat buah akan melekat jika

    tersentuh air tersebut dan akhirnya lalat buah akan mati tenggelam.

    Perangkap petroganol

    Pemasangan perangkap petroganol lalat buah dengan menggunakan bekas botol airminuman. Perangkap lalat buah itu sendiri boleh dibuat daripada bahan sederhana, pada

    umumnya adalah bekas botol plastik minuman. Botol ini dimodifikasi sedemikian rupa dan

    diisi dengan zat pemikat lalat buah iaitu methyl eugenol. Zat pemikat atau atraktan ini boleh

    kita didapati di kedai-kedai menjual peralatan untuk pertanian. Walaupun begitu, kita juga

    dapat menggunakan bahan lainnya yang mudah diperoleh dan murah seperti ekstrak daun

    selasih/kemangi dan daun melaleuca.

  • 8/11/2019 Proposal Perangkap Serangga Automatik

    11/16

  • 8/11/2019 Proposal Perangkap Serangga Automatik

    12/16

    penggunaan produk ini. Tentunya spray dengan bahan kimia tidak sepenuhnya aman bagi

    manusia.

    Selain dengan spray, perangkap kertas lalat yang sederhana juga banyak digunakan.

    Perangkap ini menggunakan kertas yang telah diberi untuk menjebak lalat yang hinggap.Bentuknya ada yang seperti lembaran kertas atau gulungan pita kecil yang panjangnya

    mencecah 1m.

    Perangkap jenis ini ada juga yang diperbuat daripada bahan plastik. Ia juga boleh

    digantung dekat jendela atau diletakkan di luar rumah.

    Selain itu, perangkap berperekat dan spray merupakan perangkap elektrik menjadi

    pilihan yang efektif dan efisyen. Alat ini menggunakan lampu sinar UltraViolet (UV).Serangga diundang datang ke perangkap dengan sengatan listrik, serangga itu dapat

    ditewaskan. Sangat berkesan untuk aplikasi di dalam ruangan, Restaurant,Vila, Apartement,

    Hotel, dan Cafe Out Door

    Prinsip kerja alat ini adalah mengundang lalat untuk menghampiri perangkap dengan

    lampu UV. Lampu ini menghasilkan panas yang seakan sama panas dengan tubuh manusia.

    Tambahan pula, kipas pada perangkap akan menyedut lalat, sehingga terperangkap pada alat

    tersebut dan mati kerana dehidrasi. Alat ini amat berguna kerana tidak menggunakan bahan

    kimia yang berbahaya dan tidak berbau.

    Alat pembasmi lalat memang telah banyak dikomersilkan dipasaran. Namun begitu,

    kebanyakan teknologi yang mereka gunakan adalah teknologi pakai buang sehinggakan alat

    ini menjadi tidak efektif sebagai fungsi pembasmi lalat dan ia tidak jarang membuat

    kekecewaan bagi mereka yang sudah membelinya, sehinggalah munculnya asumsi dalam

    kalangan mereka. Jangan terburu bersikap skeptik kerana kehadiran alat pembasmi lalat

    dengan teknologi moden yang telah lulus uji riset International dan memperoleh pengakuan

    dari GS Quality Appproved dan International Standard CE.

    Alat ini bekerja dengan Sinar UV dan lapisan Titanium Dioxide yang diproses dengan

    teknologi Nano yang tidak tercemar untuk kesihatan. Ia juga dilengkapi dengan V-Trap yang

    bisa mencegah lalat yang telah terperangkap untuk tidak dapat terbang kembali. Alat ini

    bekerja tanpa racun serangga, asap, bau, sengatan listrik, dan juga tanpa isi ulang, serta Watt

    yang bervariasi tinggi. Alat ini telah terbukti efektif dan telah di gunakan di beberapa buahnegara di Jepun, Jerman, USA, Eropah dan Asia.

  • 8/11/2019 Proposal Perangkap Serangga Automatik

    13/16

    LAKARAN PROJECT PERANGKAP LALAT AUTOMATIK

  • 8/11/2019 Proposal Perangkap Serangga Automatik

    14/16

    RUJUKAN

    http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perangkap&d=8

    http://zon152.blogspot.com/2010/12/mengapa-lampu-alat-perangkap-lalat.html

    http://balittra.litbang.deptan.go.id/

    http://books.google.com.my/books

    http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perangkap&d=8http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perangkap&d=8http://zon152.blogspot.com/2010/12/mengapa-lampu-alat-perangkap-lalat.htmlhttp://zon152.blogspot.com/2010/12/mengapa-lampu-alat-perangkap-lalat.htmlhttp://balittra.litbang.deptan.go.id/http://balittra.litbang.deptan.go.id/http://books.google.com.my/books?id=yemybxrnz18C&pg=PA200&lpg=PA200&dq=pisau+pemotong+perspek&source=bl&ots=R81xIdcl9X&sig=VAxw3EZ6BR8jEtlGhJES2l1OHRE&hl=en&sa=X&ei=Ou4WU5yDO4S_rgeG64GQAQ&redir_esc=y#v=onepage&q=pisau%20pemotong%20perspek&f=falsehttp://books.google.com.my/books?id=yemybxrnz18C&pg=PA200&lpg=PA200&dq=pisau+pemotong+perspek&source=bl&ots=R81xIdcl9X&sig=VAxw3EZ6BR8jEtlGhJES2l1OHRE&hl=en&sa=X&ei=Ou4WU5yDO4S_rgeG64GQAQ&redir_esc=y#v=onepage&q=pisau%20pemotong%20perspek&f=falsehttp://books.google.com.my/books?id=yemybxrnz18C&pg=PA200&lpg=PA200&dq=pisau+pemotong+perspek&source=bl&ots=R81xIdcl9X&sig=VAxw3EZ6BR8jEtlGhJES2l1OHRE&hl=en&sa=X&ei=Ou4WU5yDO4S_rgeG64GQAQ&redir_esc=y#v=onepage&q=pisau%20pemotong%20perspek&f=falsehttp://balittra.litbang.deptan.go.id/http://zon152.blogspot.com/2010/12/mengapa-lampu-alat-perangkap-lalat.htmlhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perangkap&d=8
  • 8/11/2019 Proposal Perangkap Serangga Automatik

    15/16

    BARANG YANG DIGUNAKAN

    Bateri Limit switch

    Perspek cerah (clear) WAYAR

    Perspek hitam LED

    Aluminium ON/OFF switch

    Benang Papan litar

    Ribet Timah

    Skru benam sendiri

    Gam perspek

    Motor

    Pulley

  • 8/11/2019 Proposal Perangkap Serangga Automatik

    16/16