proposal penyelidikan sains sosial

46
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL INTERNET DAN SOSIALISASI POLITIK GOLONGAN BELIA DI MALAYSIA 1.0 RINGKASAN ESEKUTIF Internet pada awalnya bermula sebagai alat komunikasi dan kini telah menjadi alat bagi interaksi sosial, pendidikan, perniagaan dan beberapa fungsi serta aktiviti lain yang dapat dilakukan. Beberapa kajian lepas telah menunjukkan bagaimana internet digunakan dan diaplikasi. Contohnya, Program Pembangunan Telecentre yang telah dilaksanakan di Sri Lanka merupakan salah satu usaha yang menunujukkan penggunaan internet ini. Hal ini turut tidak ketinggalan di Malaysia iaitu di mana pada 1986 Rangkaian Komputer Malaysia (RangKom) mula menghubungkan Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Cawangan Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia di Perak dan kemudiannya Universiti Sains Malaysia kampus induk di Pulau Pinang (Tan Lee Ooi, 2010, ms17). Perkembangan internet di Malaysia dilihat bermula sekitar tahun 1980an. 1

Upload: mubarak-ahmad

Post on 12-Feb-2016

1.366 views

Category:

Documents


117 download

DESCRIPTION

proposal penyelidikan sains sosia

TRANSCRIPT

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

INTERNET DAN SOSIALISASI POLITIK GOLONGAN BELIA DI MALAYSIA

1.0 RINGKASAN ESEKUTIF

Internet pada awalnya bermula sebagai alat komunikasi dan kini telah menjadi alat bagi

interaksi sosial, pendidikan, perniagaan dan beberapa fungsi serta aktiviti lain yang dapat

dilakukan. Beberapa kajian lepas telah menunjukkan bagaimana internet digunakan dan

diaplikasi. Contohnya, Program Pembangunan Telecentre yang telah dilaksanakan di Sri

Lanka merupakan salah satu usaha yang menunujukkan penggunaan internet ini. Hal ini

turut tidak ketinggalan di Malaysia iaitu di mana pada 1986 Rangkaian Komputer

Malaysia (RangKom) mula menghubungkan Universiti Malaya, Universiti Putra

Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Cawangan Kejuruteraan Universiti Sains

Malaysia di Perak dan kemudiannya Universiti Sains Malaysia kampus induk di Pulau

Pinang (Tan Lee Ooi, 2010, ms17). Perkembangan internet di Malaysia dilihat bermula

sekitar tahun 1980an.

Dengan perkembangan di dalam teknologi ini, masih wujud perbezaan

terutamanya antara negara sedang membangun iaitu sejauh terhadap akses kepada

teknologi baru ini diambil kira. Hal ini terbukti dengan majoriti penduduk luar bandar di

Nigeria yang mempunyai populasi sebanyak 80 % masih kekurangan di dalam

infrastruktur asas seperti internet, perpustakaan dan pusat informasi (Kari, 2007). Namun

perkembangan internet di negara sedang membangun seperti di Malaysia agak awal dan

semakin berkembang dengan pesat.

1

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Pengguna internet di Malaysia terus meningkat dari tahun 1998 hingga 2004.

Menurut sumber Malaysian Communication and Multimedia Commission (dipetik dari

Tan Lee Ooi, 2010), pada tahun 1998 pengguna internet mencatatkan jumlah 1,215,000

pengguna dan kemudiannya bertambah kepada 2,004,000 pengguna pada tahun 1999.

Jumlah pengguna internet dari tahun 2000 sehingga 2004 masing-masing ialah 6,345,000,

7,842,000, 8,643,000 dan 9,879,000. Kadar pertumbuhan pengguna internet melonjak

secara mendadak pada tahun 1998,1999 dan 2000, masing- masing mencatatkan jumlah

peratusan yang tinggi iaitu 97.6%, 64.9% dan 148.4% merupakan sesuatu yang menarik

perhatian.

Menurut Tan Lee Ooi (2010, ms. 19), antara sebab kadar pertumbuhan yang

tinggi ini berlaku adalah kerana rakyat Malaysia mula terdedah dan tertarik dengan

internet menerusi revolusi teknologi yang melanda dunia. Hal ini menyebabkan internet

dijadikan sebagai ruang bagi menyokong dan pemerhati politik memanipulasikan ruang

ini sebagai ruang untuk berpolitik. Hal ini diperkukuhkan oleh Tan Lee Ooi apabila krisis

politik tercetus pada tahun 1998 yang menjadikan internet sebagai ruang untuk berpolitik

dan sekali gus meningkatkan jumlah pengguna internet kepada 97.6% pengguna.

Menurut Hasim (2009), belia merupakan pemimpin masa depan yang perlu

menguasai teknologi terkini dan internet merupakan salah satu teknologi terkini yang

kerap kali digunakan oleh setiap lapisan masyarakat di dunia. Oleh itu, penggunaan

2

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALinternet oleh golongan belia sangat penting bagi masa depan negara. Belia adalah aset

yang amat berharga negara. Mereka merupakan tonggak kekuatan generasi serta pewaris

kepimpinan masa depan negara. Menurut Kementerian Belia dan Sukan, golongan belia

adalah merujuk kepada mereka yang berumur diantara 15 hingga 40 tahun. Pada masa ini

golongan belia dianggarkan seramai 11.9 juta orang atau 41.5% daripada keseluruhan

penduduk negara ini yang berjumlah seramai 28 juta orang pada tahun 2009.

Peningkatan pengguna internet di Malaysia ini terdiri dari seluruh lapis

masyarakat di negara tersebut. Golongan belia tidak ketinggalan dalam penggunaan

media baru ini, malah mereka merupakan golongan yang mahir dan cekap dalam

penggunaan internet. Diana Owen (2006:20) menyatakan bahawa golongan belia sangat

pakar dalam mengadaptasi penggunaan media baru ini iaitu internet dalam mengaplikasi

penggunaannya dalam kehidupan harian mereka. Hal ini kerana di usia yang muda

mereka adalah lebih cekap mempelajari teknologi baru ini.

Akibat daripada penglibatan golongan belia ini dalam penggunaan internet ini,

pelbagai bidang yang diceburi oleh mereka. Diana Owen (2006: 20) menyatakan

golongan muda ini melihat teknologi baru ini sebagai medium bagi mereka mendapat

input yang lebih terutamanya dalam arena pendidikan, pekerjaan dan juga tidak

ketinggalan dalam dunia politik. Oleh itu tidak dinafikan internet dapat memainkan

peranannya di dalam politik. Hal ini menyebabkan internet dijadikan sebagai medium di

dalam politik. Maka tidak dapat dinafikan bahawa internet berperanan sebagai agen

3

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALsosialisasi politik golongan belia untuk bergerak aktif di dalam politik. Maka, pengaruh

internet ini menyebabkan ia menjadi salah satu agen sosialisasi politik yang baru.

Penggunaan internet kebanyakkannya digunakan oleh golongan muda. Pew

Research Center (2003) menyatakan bahawa bukti menunjukkan bahawa golongan muda

atau belia lebih cenderung dalam penggunaan internet berbanding golongan tua

terutamanya dalam menjalankan kajian dan mendapat maklumat mengenai internet,

termasuk semasa kempen pilihan raya. Hal ini terbukti bahawa terdapatnya penglibatan

belia menerusi penggunaan internet.

Mansoor Marican (1982:181) mendefinisikan sosialisasi politik sebagai satu

proses pembelajaran individu mengenai politik dan budaya politik dalam masyarakat.

Golongan belia merupakan salah satu golongan yang mengalami proses sosialisasi politik

ini. Aspek-aspek yang dipelajari dalam proses sosialisasi menurut Marican ialah sejauh

manakah pengetahuan tentang negara, kerajaan, peranan kakitangan kerajaan,

pengetahuan hak-hak politik, tanggungjawab rakyat dan budaya politik. Antara agen

sosialisasi utama yang mempengaruhi sosialisasi politik golongan belia ini ialah keluarga,

media, parti politik, sekolah dan rakan sebaya. Namun Kajian ini dijalankan lebih

tertumpu bagi mengkaji peranan internet dalam sosialisasi politik golongan belia di

Malaysia.

Menurut Samuel Beer (1985:32), budaya politik merangkumi sikap kepercayaan,

emosi dan nilai sesuatu masyarakat tentang cara kerajaan memimpin dan perkara yang

4

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALdilaksanakan oleh kerajaan dalam sistem politik dan isu-isu politik. Namun, golongan

belia kini kebanyakannya mempunyai kesedaran yang kurang dalam politik negara

mereka. Hal ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi turut berlaku di seluruh dunia.

Kesedaran yang kurang dalam kalangan belia ini dikenali sebagai ‘political apathy’

(Powell, 2003, ms. 29).

Oleh itu, proses sosialisasi politik boleh terjadi melalui penerapan atau maklumat

yang diperoleh melalui saluran media massa seperti internet. Golongan belia merupakan

pelapis kepimpinan negara dan mereka juga mengalami proses sosialisasi. Namun, proses

mereka agak berbeza berbanding generasi sebelum ini dimana tiadanya kewujudan

internet pada zaman sebelum ini iaitu penggunaan media seperti surat khabar, radio dan

televisyen. Hal ini kerana informasi yang diperoleh berbeza di internet di mana

terdapatnya saluran daripada parti alternatif yang menyebabkan cara pegangan politik

mereka mungkin berbeza.

Maka jelas disini bahawa internet mempunyai pendedahan yang lebih luas

berbanding media lain seperti surat khabar, radio dan televisyen. Kajian ini dijalankan

bagi mengkaji beberapa objektif yang ditetapkan bagi mengkaji hubungan di antara

peranan internet dan sosialisasi politik golongan belia di Malaysia.

2.0 KENYATAAN MASALAH

Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, menunjukkan bahawa internet

memainkan peranan yang agak berpengaruh terhadap pandangan masyarakat Malaysia di

5

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALdalam politik di negara tersebut. Menurut Muhamad Nadri (2009), strategi laman web

politik Barisan Nasional (BN) dan Barisan Alternatif (BA) dalam konteks hegemoni

merupakan salah satu faktor kekalahan BN pada PRU 2008. Oleh itu, hal ini jelas

menunjukkan bahawa internet mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam politik di

Malaysia.

Perkara ini terbukti dengan kekalah calon BN dari MCA bagi kerusi Parlimen

Petaling Jaya Utara iaitu Chew Mei Fun yang dikalahkan oleh calon DAP Tony Pua

dengan majoriti 20,000 undi (Jun E. Tan & Zawawi Ibrahim, 2008: 85). Kekerapan Tony

Pua dalam mengemaskini laman webnya semasa kempen PRU 2008 membanunya dalam

memenangi kerusi Parlimen tersebut. Berbanding Chew Mei Fun yang hanya

mengemaskini dalam ceramah yang dilakukannya. Hal ini jelas menunjukkan

keberkesanan internet dan kekerapan mengemaskini maklumat di laman web membantu

dalam kemenangan BA bagi beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

(DUN) pada PRU 2008.

Transformasi perkembangan media baru yang pesat iaitu dalam penggunaan

internet di Malaysia terutamanya terhadap keputusan PRU 2008 sedikit sebanyak

mempengaruhi penggunaan ruang siber ini dalam politik Malaysia. Internet sedikit

sebanyak telah membantu dalam mempengaruhi keputusan pilihan raya pada PRU 2008

di Malaysia. Hal ini menimbulkan persoalan oleh pengkaji iaitu adakah internet dapat

mempengaruhi golongan belia terhadap politik di Malaysia?

6

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALOleh itu, hal ini menimbulkan beberapa kenyataan masalah dalam kajian ini iaitu

kesan daripada penggunaan internet golongan belia terhadap politik Malaysia.

Permasalahan kajian yang pertama iaah mengenai penularan laman web, blog dan saluran

rangakaian sosial (social networking) yang berunsurkan politik dan kesannya ke atas

kesedaran golongan belia terhadap politik di Malaysia. Selain itu, timbul juga

permasalahan mengenai internet iaitu melihat penggunaan media ini sebagai agen

sosialisasi politik golongan belia di Malaysia.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Akibat daripada perkembangan penggunaan internet yang tidak asing lagi kepada

golongan belia. Hal ini menimbulkan persoalan kepada pengkaji dalam menjalankan

kajian berkaitan internet dan golongan belia di Malaysia. Persoalan kajian yang ingin

dikaji oleh pengkaji dalam kajian ini ialah bagi meninjau peranan internet sebagai agen

sosialisasi politik golongan belia di Malaysia, khususnya golongan belia yang terdiri

daripada mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Bagi menjawab persoalan ini beberapa

objektif ditetapkan dalam menjalankan kajian ini.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian yang akan dijalankan di dalam kajian ini ialah seperti yang

disenaraikan di bawah ini iaitu:

i. Mengenalpasti corak penggunaan internet dalam kalangan belia di Malaysia.

7

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALii. Melihat pengaruh internet terhadap penglibatan belia di dalam politik di Malaysia

dari sudut berita politik, pilihan raya dan status sebagai pengundi.

iii. Menganalisa kesan daripada kekerapan penggunaan internet golongan belia dan

pengetahuan mereka mengenai politik di Malaysia

iv. Melihat minat dan pengetahuan belia mengenai negara, kerajaan, hak-hak politik

dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia menerusi penggunaan internet.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Wujud beberapa faktor yang mendorong kajian ini untuk dilakukan. Malahan

kajian ini turut dijalankan berikutan masih ramai lagi golongan masyarakat yang tidak

menyedari bahawa fenomena ini semakin hari semakin meningkat dan penting dalam

kehidupan golongan belia. Oleh yang demikian, dapatan daripada kajian yang diterima

ini diharap akan dapat membantu dalam memberikan sedikit gambaran yang lebih jelas

mengenai peranan internet terhadap sosialisasi politik golongan belia.

Kajian ini juga penting dijalankan bagi mengenalpasti internet sebagai media baru

dalam memainkan peranannya sebagai agen sosialisasi politik. Selain itu, kajian ini juga

penting dijalankan bagi melihat masa depan politik di Malaysia akibat daripada

penggunaan internet oleh golongan belia yang merupakan generasi pelapis kepimpinan

negara pada masa akan datang.

Kajian ini juga dijalankan bagi melihat corak politik di Malaysia akibat

penggunaan internet yang merupakan ruang yang bebas tanpa sekatan kerajaan

8

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALpemerintah. Hal ini di aman ruang ini menjadi medan bagi perbincangan demokrasi

secara bebas. Melalui kajian ini, pengkaji inigin melihat peranan yang dimainkan oleh

internet dalam mencorakkan persepsi golongan belia terhadap perkembangan politik di

Malaysia.

Akhir sekali, kajian ini penting dalam membantu menyediakan maklumat terkini

mengenai perkembangan internet yang berperanan sebagai saluran alternatif kepada

golongan belia terhadap politik di Malaysia sebagai rujukan seluruh masyarakat

Malaysia. Malahan kajian berhubung corak penglibatan politik golongan belia agak

kurang dijalankan dan bagi penambahan informasi berhubung belia, maka kajian ini

dijalankan.

6.0 HASIL KAJIAN LEPAS

6.0.1 Peranan Internet Dalam Kajian Proses Sosialisasi Politik Golongan Belia.

Kajian sosialisasi politik lepas yang telah dijalankan bukannya tidak mengambil

kira keseluruhannya mengenai kemunculan internet, tetapi jarang menyentuh secara

menyeluruh terhadap peranan yang dimainkan oleh internet. Hal ini kerana peranan yang

dimainkan oleh internet agak baru di dalam pergerakan ruang informasi dan teknologi

maklumat atau pun ICT (Information and communication technology).

Terdapat beberapa jenis peranan internet dalam kajian sosialisasi politik. Kajian

jenis pertama tidak berfokus secara langsung kepada internet tetapi sekurang-kurangnya

menyentuh mengenai media massa yang merupakan cabang kepada internet. Bahagian ini

9

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALakan lebih berfokuskan kepada sosialisasi politik. Terdapat dua kajian yang dikenal pasti

yang berada di bawah bahagian ini iaitu pertama mengenai sosialisasi politik terhadap

tiga kelas pekerjaan di Singapura.

Kajian yang dijalankan oleh Robert E. Gamer (1965) ini menyentuh mengenai

hubungan di antara tiga kelas pekerjaan di Singapura, di mana ia mempengaruhi

sosialisasi politik di negara tersebut. Pengkaji menyatakan enam perkara penting yang

mempengaruhi sosialisasi politik iaitu dari segi pendapatan, budaya, umur, pekerjaan,

komunikasi dan keluarga. Kajian yang telah dijalankan oleh Robert E. Gamer ini

mempunyai kaitan dengan kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Hal ini di mana

Robert menyatakan bahawa proses sosialisasi mengambil tempat semasa atau pada

peringkat belia di mana mereka merupakan generasi seterusnya yang bakal menjadi

pemimpin di dalam bidang politik kelak.

Kajian seterusnya yang dijalankan oleh Stephen A. Douglas (1970) menyentuh

mengenai sosialisasi politik dan aktivis mahasiswa di Indonesia. Douglas mendefinisikan

sosialisasi politik sebagai proses di mana individu menerima informasi dan tingkah laku

mereka terhadap politik dan menguji kesan daripada keluarga, pendidikan dan media

massa di Indonesia terhadap sosialisasi politik individu di negara tersebut pada

September 1965. Di dalam kajian yang telah dijalankan oleh Douglas, terdapat dua agen

sosialisasi yang menjadi pemangkin kepada pergerakan aktivis mahasiswa di Indonesia.

10

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALAgen sosialisasi politik di Indonesia ini ialah dari segi pendidikan yang

berpandukan demokrasi dan peranan media massa yang bebas berhubung realiti politik di

Indonesia. Walau pun kajian ini tidak menyentuh mengenai peranan internet, namun ia

menunjukkan bahawa peranan media dan pendidikan merupakan agen sosialisasi politik

yang berkesan di Indonesia. Hal ini terbukti dengan kemunculan aktivis mahasiswa di

Indonesia yang majoritinya terdiri daripada golongan belia.

Kajian jenis kedua pula ialah mengenai aspek yang menyentuh peranan internet

tetapi dari skop yang tidak menyentuh proses sosialosasi politik golongan belia secara

menyeluruh. Jun-E Tan dan Zawawi (2008), mengecilkan skop penggunaan internet

dalam kajian mereka kepada hanya melihat dari sudut penggunaan “blog” di dalam

internet.

Kajian mereka adalah mengenai penggunaan blog dan pendemokrasian di

Malaysia dalam pembentukan masyarakat sivil baru. Dalam kajian ini, mereka

menerangkan mengenai blog dan secara umumnya juga turut melihat internet sebagai

medium penghubung. Menurut Jun-E Tan dan Zawawi (ms. 2), blog atau weblog

didefinisikan sebagai sebuah laman web yang sering dikemaskini dan mengikut tarikh

kronologi yang ditetapkan secara terbalik supaya kenyataan yang baru mengenai sesuatu

isu akan dipaparkan dahulu.

Mereka juga turut membincangkan mengenai penggunaan internet sebagai

sempadan terakhir bagi Barisan Alternatif (BA) dalam mengembangkan sayap mereka di

11

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALarena politik Malaysia. The internet is referred to as a potent vehicle for publishing and

disseminating sensitive information often shunned by the mainstream press (George

2006:84). Hal ini menunjukkan bahawa hubungan internet dan pihak kerajaan sering

mengeluarkan kenyataan dari dua sudut pandangan. Perkara ini jelas dilihat di dalam

akhbar arus perdana seperti “Utusan Malaysia” dan akhbar dari internet seperti “Malaysia

Kini” sering menyampaikan informasidari dua pandangan yang berbeza.

Jun-E Tan dan Zawawi (2008), mengkaji masyarakat dari lapisan manakah yang

cenderung dalam membaca atau pun menulis blog. Hasil daripada kajian mereka

kebanyakkan pembaca blog di Malaysia adalah dari lingkungan usia 19-23 tahun iaitu

sebanyak 85 peratus. Manakala dari segi etnik pula sebanyak 69 peratus pembaca blog

terdiri dari etnik Cina, 23 peratus Melayu dan 3 peratus dari etnik India. Jumlah pembaca

blog yang tinggi daripada golongan etnik cina kerana kebanyakkan blog yang dibaca oleh

mereka adalah dalam bahasa inggeris dan mereka ini dikatakan mahir dalam membaca

blog berbahasa inggeris. Dari segi latar belakang pendidikan dan bidang kerjaya,

kebanyakkan pembaca blog adalah terdiri daripada golongan pelajar Universiti dan Kolej

iaitu sebanyak 58 peratus iaitu dari golongan berpendidikan.

Seterusnya, dari hasil kajian mereka, masyarakat sivil di Malaysia yang terdiri

dari golongan berpendidikan adan dari kelas pertengahan. Kecenderungan tahap akses

mereka terhadap internet sangat tinggi. Oleh itu, mereka lebih cenderung membaca blog

dan berita secara online berbanding membaca akhbar arus perdana. Disebabkan oleh

peningkatan dalam laman berita alternatif yang didapati daripada internet

12

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALkebanyakkannya dari laman web pembangakang. Hal ini menyebabkan cara pemikiran

masyarakat sivil ini berbeza. Mereka lebih terpengaruh dengan keinginan untuk

menjadikan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan demokrasi secara menyeluruh.

Andaian Jun-E Tan dan Zawawi mengenai kemunculan masyarakat sivil dalam

menjadikan Malaysia sebuah demokrasi menerusi blog ini hampir menjadi realiti. Hal ini

terbukti akibat daripada keputusan Pilihan Raya Umum 2008 apabila kebanyakkan wakil

rakyat dan juga ahli parlimen adalah terdiri daripada “bloggers”. Contohnya ialah seperti

kes di Jelutong di mana seorang blogger iaitu Jeff Ooi bertanding untuk pilihan raya dan

menang.

Kaedah metadologi yang digunakan oleh Jun-E Tan dan Zawawi bagi kajian ini

adalah dengan menggunakan kaedah kuantitaif iaitu melalui tinjauan secara online dan

kaedah kualitatif dengan menjalankan temu ramah. Kajian yang dijalankan oleh Jun E.

Tan dan Zawawi ini sedikit sebanyak membantu pengkaji kerana data mengenai

kecenderungan belia dalam mengunjungi blog-blog berunsurkan politik dikenalpasti dari

hasil kajian mereka.

Kajian seterusnya ialah hasil kajian Muhamad Nadzri (2009) iaitu mengenai

‘Politik Malaysia di Persimpangan’. Dalam kajian Nadzri ini, beliau menyentuh

mengenai ‘Hegemoni Siber’ dalam penggunaan ruang maya pada Pilihan Raya Umum

(PRU) 2008. Internet merupakan salah satu media yang merupakan salah satu agen

sosialisasi politik di Malaysia. Nadzri (2009) mengatakan bahawa kerajaan Malaysia

13

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALmengawal agen sosialisasi politik iaitu Media Massa di Malaysia. Namun mereka terlepas

pandang kepada kewujudan internet yang juga merupakan salah satu agen sosialisasi

politik. Oleh itu, pihak pembangkang mengambil kesempatan dalam menggunakan media

alternatif ini dalam mengembangkan penyebaran propaganda politik parti mereka kepada

rakyat di Malaysia.

Hegemoni parti Barisan Nasional yang diutarakan oleh Nadzri (2009:23), boleh

ditafsirkan sebagai kaedah pendominasian kelas dominan termasuklah golongan

pemerintah ke atas Massa dari sudut minda dan fizikal dalam usaha untuk mendapat

kepatuhan dan sokongan. Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan gabungan aparatus

hegemoni yang berbentuk halus dan keras bagi menjana kerelaan dan keterpaksaan agar

Massa bertindak dan berfikir mengikut rentak yang ingin dicorakkan oleh pemerintah.

Namun konsep dan kedudukan hegemonik yang dikemukan oleh Nadzri bukanlah

sesuatu yang kekal sebaliknya bagi Gramsci (1971) aktiviti penghegemonian perlu

dilakukan pada setiap masa di segenap ruang kehidupan masyarakat yang ada. Tun

Mahathir memperkenalkan penggunaan internet secar besar-besaran di Malaysia pada

tahun 1997. Internet bukan sahaja menyediakan kaedah bagi masyarakat Malaysia untuk

mendapatkan informasi dan interaksi tetapi juga turut menyediakan satu spektrum baru

bagi parti-parti politik, masyarakat sivil dan individu tertentu dalam mempengaruhi

masyarakat Malaysia secara maya atau atas talian (online).

14

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALNadzri (2009), dalam membincangkan berkaitan isu hegemoni siber menyatakan

peluang yang dijanakan oleh ruang siber sebagai sebuah arena of political contestation di

Malaysia khasnya sebagai instrumen kontra hegemoni adalah sesuatu yang sukar

dielakkan oleh parti pembangkang. Antara pendekatan yang digunakan oleh Nadzri bagi

memahami persekitaran politik siber dalam pilihan raya umum 2008, menggunakan

kaedah analisis kandungan yang telah digunapakai. Antara kaedah yang digunakan oleh

Nadzri ialah dengan melawat secara arbitari laman web parti penjawat dan parti

pembangkang utama.

Kaedah yang digunakan oleh Nadzri ini sedikit sebanyak dapat memberi idea

kepada pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Walau pun kajian yang dilakukan oleh

Nadzri tidak mempunyai kaitan dengan kajian yang bakal dijalankan, namun beliau

menerangkan dengan jelas peranan yang dimainkan oleh internet sebagai agen sosialisasi

politik di Malaysia.

Kesimpulan yang dapat dilakukan daripada kajian-kajian lepas yang telah

dijalankan mengenai peranan penggunaan internet kebanyakannya menyentuh mengenai

impak terhadap pilihan raya umum di Malaysia. Kajian-kajian lepas juga turut melihat

corak keputusan pilihan raya yang tidak begitu konsisten walau pun penggunaan internet

semakin meluas di Malaysia. Hanya sejak akhir-akhir ini internet memberi perubahan

yang sangat drastik apabila penggunaan blog menerusi internet oleh parti pembangkang

semakin rancak.

15

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALKajian jenis ketiga seterusnya pula adalah mengenai kajian lepas yang mempunyi

kaitan dengan peranan internet, belia dan hubungan kaita kedua-dua perkara ini dengan

politik. Kajian yang dijalankan oleh Kaila K. (2008) membincangkan mengenai “Youth

and Politics, the Disengaged Generation”. Dalam kajian Kaila, beliau menyentuh

mengenai sejarah perkembangan penglibatan belia di dalam politik. Hal ini di mana,

akibat daripada revolusi industry membentuk golongan beliau ini terlibat di dalam politik.

Menurut Kaila (2008), golongan belia terlibat dengan ketenteraan akibat daripada

perang dunia. Mengikut pemerhatian ketua ketenteraan umur yang sesuai untuk

berkhidmat di dalam ketenteraan adalah dari lingkungan 18-24 thaun. Oleh itu

disebabkan penyertaan belia didalam ketenteraan, hal ini menyebabkan ciri kepimpinan

mereka terpupuk sejak menyertai ketenteraan. Hal ini menyebabkan kemahiran sebagai

pemimpin terpupuk dan menjadi pemangkin kepada mereka untuk terlibat dalam bidang

politik. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa penglibatan mereka dalam ketenteraan

juga secara tidak langsung mempengaruhi proses sosialisasi politik golongan belia sejak

dahulu lagi.

Seterusnya, Kaila membincangkan mengenai kurangnya minat golongan belia di

Jepun terhadap politik. Menurut Japan Times (2007), pada pilihan raya 2007 di

Jepun,seramai 34% golongan belia dari lingkungan usia 20 tahun ke atas keluar

mengundi berbanding jumlah keseluruhan mereka sebanyak 59% di negara tersebut.

Penglibatan belia terhadap politik di Jepun agak kurang kerana gaya hidup mereka yang

16

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALberkerja keras dan kemajuan dalam teknologi yang mempengaruhi kurangnya

kecenderungan mereka untuk terlibat di dalam politik.

Akibat daripada kurangnya penglibatan belia di Jepun dalam politik, internet

dijadikan sebagai alat untuk menglibatkan mereka di dalam politik. Perdana Menteri

Jepun pada ketika itu iaitu Yasuo Fukuda mempunyai salurannya sendiri di You Tube.

Namun, ahli politik di jepun tidak dibenarkan untuk menggunakan internet sebagai

saluran bagi mereka berkempen semasa pilihan raya.

Walaupun kerajaan Jepun cuba menarik penyertaaan golongan belia terhadap

politik menerusi pendekatan internet, namun penyertaan ini terbatas apabila kempen

pilihan raya tidak di jalankan menerusi internet. Selain itu, golongan belia juga tidak akan

melihat politik sebagai sesuatu yang serius pada masa akan dating. Hal ini kerana semua

yang terdapat di dalam internet kini adalah lebih kepada hiburan.

Hasil kajian Kaila K. (2008) ini mengenai kurangnya penglibatan golongan belia

di Jepun di dalam politik menerusi internet sedikit sebanyak membantu pengkaji dalam

melihat gambaran penglibatan belia terhadap politik di negara luar. Walau pun kemajuan

teknologi seperti internet yang maju di Jepun yang boleh dijadikan sebagai medium atau

pun ruang untuk berpolitik, namun ruang ini tidak digunakan secara menyeluruh untuk

tujuan tersebut. Malah, masyarakat Jepun lebih gemar menggunakan internet sebagai

ruang hiburan dan meningkatkan ekonomi mereka sendiri.

17

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL7.0 METOD KAJIAN

Metodologi kajian adalah merupakan elemen yang menjadi pemain utama dalam

setiap kajian yang dijalankan. Hal ini kerana metodologi kajian akan menentukan hala

tuju kajian yang dijalankan. Bukan itu sahaja, metodologi kajian juga akan menjadi faktor

terpenting dalam memastikan data dapat dikumpulkan dengan sewajarnya. Dalam

bahagian ini metodologi kajian dan kaedah yang digunakan dalam menjayakan kajian

yang dilakukan akan dibentangkan. Aspek pensampelan juga akan turut dibentangkan

dalam bahagian ini.

8.0 LOKASI KAJIAN

Kajian yang akan dijalankan ini mengambil tempat di Universiti Utara Malaysia

(UUM) yang merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia.

Kawasan ini dipilih sebagai lapangan kajian kerana mahasiswa UUM terdiri daripada

golongan belia yang berusia dalam lingkungan 15-40 tahun. Selain itu, lokasi ini dipilih

oleh pengkaji kerana di UUM golongan belianya terdiri daripada pelbagai bidang

pengkhususan.

9.0 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk penyelidikan yang akan digunakan dalam kajian ini ialah dari segi

kaedah penyelidikan berbentuk kuantitatif. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan

18

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALmaklumat dan pengumpulan data dari responden. Kajian ini akan menggunakan kaedah

kuantitatif. Metodologi kuantitatif digunakan dalam melihat pecahan demografi di mana

umur, jantina, taraf pendidikan, status sebagai penundi berdaftar dan beberapa lagi

perkara yang berkaitan dengan kajian yang dikaji. Metodologi ini juga dipilih berikutan

bagi menyediakan data empirikal yang dapat dijadikan sebagai bukti dan sandaran

kepada kajian yang dijalankan.

10.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian yang akan dijalankan ini beberapa kaedah pengumpulan data akan

diguna pakai. Kepelbagaian penggunaan kaedah pengumpulan maklumat ini dilakukan

memadangkan wujudnya maklumat yang hanya boleh diperolehi dengan menggunkan

kaedah yang tertentu. Bukan itu sahaja, penggunaan kepelbagaian kaedah juga dapat

membantu dalam meneliti semula setiap maklumat yang dimiliki di mana ia dapat

membantu dalam memastikan tahap kebolehpercayaan dan kebergantungan yang dimiliki

sesuatu maklumat.

Data dan maklumat kajian akan diperolehi melalui borang soal selidik yang

merangkumi persoalan-persoalan yang terdiri daripada kehendak dan objektif kajian yang

akan diberikan kepada responden yang berkenaan. Borang soal selidik yang akan

diedarkan ini berbentuk soalan-soalan seperti “open-ended” dan “close-ended” yang

terbahagi kepada empat bahagian yang utama iaitu Bahagian A yang terdiri mengenai

maklumat peribadi dan latar belakang responden. Bahagian B pula berkaitan dengan

19

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALmaklumat berhubung isu, minat dan tingkah laku responden terhadap politik secara

umum. Manakala Bahagian C mengenai maklumat penggunaan internet secara umum.

Akhir sekali Bahagian D berhubung maklumat penglibatan politik responden melalui

internet.

11.0 KAEDAH MEREKOD DATA

Data-data yang telah dikumpul menggunakan borang soal selidik telah direkodkan

ke laman aplikasi ‘Statistical Procedure for Social Sciences’ (SPSS) versi 17.0. Data-data

ini penting untuk direkodkan secara konsisten bagi memastikan data yang dimiliki tidak

hilang apabila analisis data hendak dilakukan bagi mendapatkan dapatan kajian.

12.0 SAMPEL KAJIAN

Dalam kajian yang akan dijalankan ini, kaedah persampelan stratifikasi secara

rawak atau ‘stratified random sampling’ akan digunakan. Sampel merujuk kepada

sejumlah responden yang digunakan dalam penyelidikan yang dilakukan mewakili satu

populasi yang besar. Dalam penyelidikan kajian ini, populasi kajian yang digunakan ialah

mahasiswa UUM yang terdiri dari golongan belia yang berusia dalam lingkungan 18

tahun ke 35 tahun. Bagi kajian ini seramai 500 orang responden daripada jumlah

mahasiswa UUM tersebut akan digunakan.

20

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALResponden ini dipilih secara rawak dalam lingkungan 18 tahun ke 35 tahun

dengan menggunakan kaedah persampelan stratifikasi. Daripada kajian yang telah

dijalankan sebanyak 7 orang responden dari lingkungan 18-20 tahun, 86 orang daripada

lingkungan 21-23 tahun, 10 orang daripada linkungan 24-26 tahun dan 2 orang responden

dari lingkungan umur 27-29 tahun.

Dalam kajian yang dijalankan sebanyak 15 orang responden dipilih daripada

setiap 7 fakulti yang dipilih. Daripada jumlah 15 orang responden bagi setiap fakulti itu,

9 orang terdiri daripada pelajar perempuan dan 6 orang pelajar lelaki. Wajaran 60:40

peratus bagi pilihan responden mengikut pelajar perempuan dan lelaki ini adalah

disebabkan jumlah populasi pelajar IPTA di Malaysia menunjukkan majoriti pelajarnya

didominasi oleh pelajar perempuan. Kajian yang dijalankan sebanyak 61 orang responden

adalah perempuan dan 44 orang adalah lelaki.

13.0 SASARAN KAJIAN

Bagi borang kaji selidik yang akan diedarkan, ia disasarkan pada Mahasiswa

UUM. Borang kaji selidik ini akan diedarkan di kawasan di sekitar UUM di mana ia

diedarkan di tujuh daripada lapan Fakulti yang terdapat di UUM.

21

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL14.0 DATA

Dalam kajian yang dijalankan ini, terdapat dua jenis data yang dilibatkan. Data

yang pertama atau data primer dimiliki melalui pengedaran borang soal selidik dan juga

temu ramah yang dijalankan. Bukan itu sahaja, data primer juga turut melibatkan data

yang dimiliki melalui proses pemerhatian yang dijalankan. Mankala data kedua atau data

sekunder pula adalah merupakan data yang telah sedia ada wujud. Data-data ini

merangkumi buku-buku jurnal-jurnal, kajian dan data simpanan organisasi yang terbabit

dalam kajian yang dijalankan ini.

15.0 ANALISIS DATA

Bagi kaedah soal selidik, data-data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan

SPSS (Statistical Procedure for Social Sciences). Beberapa analisis akan dijalankan ke

atas data yang akan dimasukkan ke dalam perisian ini. Salah satu analisis yang akan

dijalankan ialah analisis frekuensi atau kekerapan yang dilihat amat perlu bagi melihat

corak demografi dan kekerapan perulangan kelakuan.

16.0 JANGKA MASA KAJIAN

Secara kasar, kajian ini akan mengambil masa selama lima bulan iaitu bermula

pada bulan Januari 2012 hingga Mei 2012. Jangka masa ini dikira berdasarkan keupayaan

dalam mengumpulkan data dan maklumat yang diperlukan setelah mengambil kira

22

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALlimitasi kajian. Selepas data dan maklumat dikumpul, analisis perlu dilakukan dengan

betul dan sistematik dan proses tersebut dijangka akan memakan masa kerana perlu

dilakukan dengan berhati- hati dan teratur supaya hasil kajian ini boleh dipercayai.

23

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIALLAMPIRAN

Universiti Utara Malaysia

Borang soal selidik bagi kajian:

Internet Dan Sosialisasi Politik Golongan Belia Di Malaysia

Kajian Kes: Mahasiswa Universiti Utara Malaysia

A. Maklumat Demografi.Sila tanda [/] pada kotak yang disediakan.

1. Kumpulan umur 5. Tempat utama anda melayari internet

24

Kajian ini mengupas hubungan antara internet dan proses sosialisasi politik golongan belia di Malaysia. Kajian ini tertumpu kepada mahasiswa UUM yang menjadi kajian kes.

Maklumat yang dikumpulkan adalah sulit dan hasil kajian akan digunakan untuk laporan dalaman sahaja.

Diharap kerjasama yang diberikan dapat membantu pengkaji mencapai objektif kajian yang ditetapkan. Terima kasih.

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL18-20 Tahun Rumah 21-23 Tahun Kolej Kediaman

24-26 Tahun Kafe Siber27-29 Tahun Perpustakaan30-32 Tahun Lain-lain. Sila nyatakan ______________

33-35 Tahun

2. Jantina 6. Jenis capaian internet

Lelaki Dialan (Dial-Up)Perempuan Jalur Lebar (Broadband)

Wi-fi/ Wi-Max3. Bangsa/ Etnik Lain-lain. Sila nyatakan ____________

Melayu Cina India Iban BidayuhLain-lain. Sila nyatakan.______________

4. Fakulti di UNIMAS

Fakulti Sains Sosial Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Fakulti Kejuruteraan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Fakulti Sains dan Teknologi Sumber Fakulti Sains Komputer dan Informasi Teknologi

B. Maklumat berhubung isu, minat dan tingkah laku responden terhadap politik secara umum. Sila tanda [/] pada kotak yang disediakan.

1. Nyatakan isu atau perkara yang paling penting kepada anda.Inflasi Pembangunan yang tidak seimbang antara negeriJenayah dan keselamatan awam Isu etnik dan ketidaksamarataan etnikMasalah moral dan sosial Rasuah Masalah ekonomi yang lain Politik duniaMasalah alam sekitar Politik nasionalPeluang pekerjaan Tidak tahu

Lain-lain. Sila nyatakan.__________________________________________________________

25

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

2. Berapa kerapkah anda berbincang tentang dasarkerajaan dan isu semasa dengan ahli keluarga/ rakan/ rakan sekolah atau sekerja?

Selalu Kadang-kadang Tidak pernah

3. Adakah anda seorang pengundi berdaftar?

Ya Tidak

4. Mengapakah anda belum mendaftar sebagai pengundi?Dibawah umur untuk mengundi Tidak tahu bagaimana dan di mana untuk medaftarTidak ada masa Tidak bersediaTidak berminat Lupa untuk medaftar

5. Pada pandangan anda, parti politik manakah yang lebih cenderung kepada aspirasi dan kepentingan anda?

Barisan Nasional Parti Keadilan Rakyat PAS DAP BEBAS Lain-lain. Sila nyatakan.__________________________________________

6. Adakah anda berpuas hati dengan prestasi Najib Razak sebagai Perdana Menteri?

Puas hatiTidak berpuas hatiTidak tahu

C. Maklumat Penggunaan Internet Secara Umum.Sila tanda [/] pada kotak yang disediakan.

1. Secara purata di dalam seminggu, berapa jamkah anda meluangkan masa melayari internet?< 11-22-33-44-5

26

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL>5

2. Apakah aktiviti yang sering anda lakukan semasa mengakses internet?

Membaca dan membalas E-mel Mendapatkan berita Mencari maklumat Menjalankan transaksi kewangan secara ‘online’Berkomunikasi menerusi rangkaian sosialBermain permainan ‘online’Memuat turun lagu dan ceritaMembeli barangan secara ‘online’Melakukan urusan berhubung pendidikanMengakses tanpa tujuan yang spesifikLain-lain. Sila nyatakan ________________

3. Senaraikan 3 laman web yang sering anda kunjungi.i.___________________________________________________________________ii.__________________________________________________________________iii.__________________________________________________________________

4. Pernahkah anda mengikuti berita dan perkembangan semasa politik apabila anda melayari internet?Ya TidakJika ya, sila teruskan ke bahagian D Borang Soal Selidik.

D. Maklumat Penglibatan Politik Responden Melalui Internet.Sila tanda [/] pada kotak yang disediakan.1. Melalui saluran manakah anda memperoleh maklumat dan berita mengenai politik?

Media Tradisional (Contoh: Televisyen, Radio, Surat Khabar)Internet Lain-lain. Sila nyatakan. ______________________________

2. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan di bawah mengenai media tradisional dan internet? Sila tanda [ / ] pada ruangan yang berkenaan.

Bil . Kenyataan Setuju Tidak Setuju

1. Media tradisional lebih banyak penapisan berbanding internet.

2. Internet menyalurkan informasi yang lebih terperinci berbanding media tradisional.

3. Perspektif maklumat yang disalurkan menerusi internet adalah pelbagai.

4. Media tradisional hanya menyalurkan komunikasi sehala berbanding internet yang bersifat dua hala.

27

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL5. Internet membolehkan pengguna bertindak sebagai pengeluar

dan pengguna.

6. Informasi yang disalurkan di dalam internet boleh dipercayai.

3. Nyatakan sebab utama anda menggunakan internet sebagai sumber berita dan informasi politik.Mudah dicapaiMudah digunakanTidak memerlukan kos kewangan yang tinggiMaklumat yang terkiniLain-lain. Sila nyatakan. __________________

4. Sumber manakah yang selalu dikunjungi oleh anda bagi mencari berita dan informasi mengenai politik?

Tanda [ / ] Nyatakan BlogLaman audio/visual / video.Laman beritaLaman rangakaian sosial. Laman web parti politik.

Lain-lain. Sila nyatakan. ______________________________5. Bagaimanakah anda sedar akan kewujudan sumber di atas?

Hyperlink dari laman internet yang lain KeluargaRakanPensyarah Ahli politikLain-lain. Sila nyatakan. ___________________

6. Pernahkah anda menerima sebarang permintaan atau jemputan untuk menyokong agenda/ program politik atau menyertai aktiviti yang berunsurkan politikYa Tidak Jika ya, sila jawab soalan 6 (a), manakala jika tidak, sila jawab soalan 6 (b).

6 (a). Pernahkah anda menyokong sebarang agenda/ program politik atau mengambil bahagian di dalam aktiviti politik hasil dari jemputan atau permintaan politik yang anda terima.

Ya Tidak

Jika ya, sila nyatakan aktiviti tersebut.____________________________________________________________________.

6 (b).Pernahkah anda menghantar sebarang permintaan atau jemputan untuk menyokong sebarang agenda/ program politik atau terlibat di dalam aktiviti politik kepada masyarakat sekeliling anda (keluarga, rakan dan lain-lain).Ya Tidak

28

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL7. Adakah melalui pembacaan berita dan maklumat politik mempengaruhi atau

mengubah persepsi anda terhadap kumpulan politik atau isu berhubung politik dan sosial.Ya TidakJika ya, sila nyatakan sebab anda.________________________________________________________________________________________________________________________________________

8. Pernahkah anda memberi sebarang komen atau berkongsi pandangan mengenai berita dan informasi politik secara ‘online’?Ya Tidak

Jika ya, sila jawab soalan 9. Jika tidak teruskan dengan soalan berikutnya.9. Melalui sumber ‘online’ manakah anda memberi komen dan berkongsi pandangan

mengenai maklumat dan berita mengenai politik? [Boleh tanda lebih dari satu pilihan]

Tanda [ / ] Nyatakan BlogLaman audio/visual / video.Laman beritaLaman rangakaian sosial. Laman web parti politik.

Lain-lain. Sila nyatakan. _______________________________10. Adakah melalui maklumat di dalam internet ini membantu anda dalam mempelajari

sistem politik di Malaysia?Ya Masih kurang jelas Tidak Tidak pasti

11. Adakah selepas membaca mengenai berita dan maklumat politik menerusi internet ini mendorong anda untuk mengundi pada pilihan raya umum ke -13 akan datang?

Ya Tidak layak mengundiTidak Tidak pasti

- Terima Kasih di Atas Kerjasama Anda -

29

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

RUJUKAN

Andersen. J, 2006. In Hoff.J, 2006. Internet, Governance and Democracy: Democratic transitions from Asian and European Perspectives, Nordic Institute of Asian Studies(NIAS), Denmark

Beer, Samuel & Ulan, Adam (1958), Patterns of Government: The Major Political System of Europe, David McKay Company INC, New York.

Bell.G.F, 2008. Footness to History: The Premier on the American Political Character, Mercer University Press, Georgia

Browning.G, 2005. Electronic Democracy: Using the Internet to Transform American Politics. Information Today, Inc. Medford, New Jersey.

Burcher. N, 2011. Facebook usage statistics Dec 31st 2010 vs Dec 31st 2009 vs Dec 31st 2008, Dicapai pada: http://www.nickburcher.com/2011/01/facebook-usage-statistics-dec-31st-2010.html, akses pada 20 Februari 2011

Doughlas, S.A. 1970. Political Socialization and Student Activism in Indonesia, University of Illinois Press, Chicago

Facebook, 2011. 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower, Dicapai pada: http://www.facebook.com/NoMegaTower?sk=info, akses pada 21 Mac 2011

Gamer, R.G. 1965. Political Socialization in Three Working Class Neighborhoods of Singapore, Department of Political Science, University of Singapore, Singapore

Gibson et al., 2005 in Stanyer.J, 2007. Modern Political Communication: Mediated Politics in Uncertain Times, Polity Press, United Kingdom

Kaila, K. 2008. Youth and Politics: The Disengaged Generation, Dicapai pada: http://www.youthandpolitics.info, akses pada 10 Oktober 2010.

30

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL‘Kaiser Family Foundation and National Public Radio’ in Browning.G, 2005. Electronic

Democracy: Using the Internet to Transform American Politics. Information Today, Inc. Medford, New Jersey

Kazmee, 2010. Internet Usage among The Youth Today, Dicapai pada: http://technology.ezinemark.com/internet-usage-among-the-youth-today-171455f31bc.html, akses pada 12 Mac 2011

Malaysian Communication and Multimedia Commission. 2005. Maklumat Pengguna Langganan Internet Dial-up, 1998-2004. Diambil daripada : Ooi, Lee Tan, 2010. Dinamik Ruang Siber dalam Gerakan Reformasi di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

Marican, Y. Mansoor (1982), Dasar Ilmu Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Merdeka Centre, 2010. “Peninsular Malaysia Voters Opinion Poll Quarter 4 / 2010, Dicapai pada: http://www.merdeka.org/pages/02_research.html, akses pada 18 Mac 2011

Nadzri, Muhamad (2009), Politik Malaysia di Persimpangan: Praktik Politik dalam PRU 2008 dan Kontemporari, Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), Petaling Jaya.

New Straits Times, 2010 . Is political apathy taking root among youth?, Dicapai pada: http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-times/mi_8016/is_20101109/political-apathy-root-youth/ai_n56231752/, akses pada 17 Mac 2011

Norris, 2003 in Stanyer.J, 2007. Modern Political Communication: Mediated Politics in Uncertain Times, Polity Press, United Kingdom

Ooi, Lee Tan, 2010. Dinamik Ruang Siber dalam Gerakan Reformasi di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

Stanyer.J, 2007. Modern Political Communication: Mediated Politics in Uncertain Times, Polity Press, United Kingdom

Tan,Jun-E & Ibrahim, Zawawi. 2008. Blogging and Democratization in Malaysia: A New Civil Society in the Making, Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD)

31

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

32