projek percetakan teragih mykad jabatan …habinovasi.mampu.gov.my/.../1781-projek-percetakan... ·...

11
PROJEK PERCETAKAN TERAGIH MYKAD JABATAN PENDAFTARAN NEGARA PENGENALAN Latar belakang ringkas perkhidmatan. Projek Percetakan Teragih MyKad adalah satu projek bagi membolehkan percetakan MyKad dilaksanakan di cawangan-cawangan JPN. Pada tahun Mac 2007, JPN Melaka dipilih sebagai cawangan perintis pelaksanaan berdasarkan kesesuaian lokasi dan keperluan semasa. JPN Melaka sebagai lokasi pilot pertama telah membuktikan rakyat mendapat manfaat dari projek percetakan teragih ini. JPN Melaka menerima kunjungan rakyat dari negeri- negeri berhampiran seperti Negeri Sembilan dan Johor. Kapasiti pengeluaran MyKad juga telah bertambah sehingga 300 MyKad sehari. Evolusi pengeluaran kad pengenalan telah mengalami banyak perubahan. Pada tahun 60an proses pengeluaran kad pengenalan adalah secara manual. Tempoh masa enam bulan ke setahun diambil untuk mengeluarkan kad pengenalan. Bermula awal tahun 1990 hingga 2000, pengeluaran kad pengenalan adalah menggunakan sistem semi manual. Pada tahun 2001 pengeluaran MyKad telah menggunakan sistem automatk sepenuhnya menggunakan teknologi percetakan terkini dimana tempoh masa pengeluaran MyKad mengambil masa hanya 10 hari di Semenanjung dan 30 hari di Sabah dan Sarawak (termasuk tempoh penghantaran daripada Ibu Pejabat ke pejabat cawangan). Semua percetakan dilaksanakan secara berpusat di Ibu Pejabat JPN di Putrajaya. Kini satu lagi evolusi baru telah tercetus dan menyaksikan satu transformasi dalam pengeluaran MyKad dimana rakyat akan menerima MyKad dalam tempoh 24 jam bagi permohonan di 44 cawangan JPN.

Upload: phungtruc

Post on 08-May-2019

308 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROJEK PERCETAKAN TERAGIH MYKAD JABATAN …habinovasi.mampu.gov.my/.../1781-projek-percetakan... · Projek Percetakan Teragih MyKad adalah satu projek yang memberikan impak yang besar

PROJEK PERCETAKAN TERAGIH MYKAD

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

PENGENALAN Latar belakang ringkas perkhidmatan. Projek Percetakan Teragih MyKad adalah satu projek bagi membolehkan percetakan

MyKad dilaksanakan di cawangan-cawangan JPN. Pada tahun Mac 2007, JPN Melaka

dipilih sebagai cawangan perintis pelaksanaan berdasarkan kesesuaian lokasi dan

keperluan semasa.

JPN Melaka sebagai lokasi pilot pertama telah membuktikan rakyat mendapat manfaat

dari projek percetakan teragih ini. JPN Melaka menerima kunjungan rakyat dari negeri-

negeri berhampiran seperti Negeri Sembilan dan Johor. Kapasiti pengeluaran MyKad

juga telah bertambah sehingga 300 MyKad sehari.

Evolusi pengeluaran kad pengenalan telah mengalami banyak perubahan. Pada tahun

60an proses pengeluaran kad pengenalan adalah secara manual. Tempoh masa enam

bulan ke setahun diambil untuk mengeluarkan kad pengenalan. Bermula awal tahun

1990 hingga 2000, pengeluaran kad pengenalan adalah menggunakan sistem semi

manual. Pada tahun 2001 pengeluaran MyKad telah menggunakan sistem automatk

sepenuhnya menggunakan teknologi percetakan terkini dimana tempoh masa

pengeluaran MyKad mengambil masa hanya 10 hari di Semenanjung dan 30 hari di

Sabah dan Sarawak (termasuk tempoh penghantaran daripada Ibu Pejabat ke pejabat

cawangan). Semua percetakan dilaksanakan secara berpusat di Ibu Pejabat JPN di

Putrajaya.

Kini satu lagi evolusi baru telah tercetus dan menyaksikan satu transformasi dalam

pengeluaran MyKad dimana rakyat akan menerima MyKad dalam tempoh 24 jam bagi

permohonan di 44 cawangan JPN.

Page 2: PROJEK PERCETAKAN TERAGIH MYKAD JABATAN …habinovasi.mampu.gov.my/.../1781-projek-percetakan... · Projek Percetakan Teragih MyKad adalah satu projek yang memberikan impak yang besar

LAPORAN INOVASI Tujuan Projek Inovasi Tujuan Projek Percetakan Teragih adalah untuk mempercepatkan tempoh pengeluaran

MyKad dalam tempoh 24 jam.

Pelaksanaan Inovasi

Pelaksanaan pembangunan projek adalah secara gabungan in-house dan out-source.

Aplikasi sistem utama front-end adalah secara in-house manakala sistem percetakan

MyKad adalah secara out-source.

Proses sebelum dan selepas Sebelum Projek Percetakan Teragih dilaksanakan permohonan MyKad dari semua 228

cawangan JPN di seluruh Negara dicetak di Ibu Pejabat Putrajaya. MyKad yang telah

dicetak akan dihantar semula melalui Pos Laju ke cawangan berkenaan untuk diserah

kepada pemohon. Tempoh masa MyKad diserah kepada pemohon adalah 10 hari di

Semenanjung dan 30 hari di Sabah/Sarawak.

Proses kerja sebelum dan selepas Projek Percetakan Teragih dilaksanakan adalah

seperti dibawah:

Page 3: PROJEK PERCETAKAN TERAGIH MYKAD JABATAN …habinovasi.mampu.gov.my/.../1781-projek-percetakan... · Projek Percetakan Teragih MyKad adalah satu projek yang memberikan impak yang besar

Impak inovasi terhadap kumpulan sasar/perkhidmatan/ jabatan/agensi/Negara :

a) Elemen Inovatif/Kreativiti

Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik

Untuk meningkatkan sistem penyampaian kepada pelanggan dengan mengeluarkan

MyKad siap dalam tempoh 1 - 24 jam.

Kemudahan cetakan teragih MyKad dengan menggunakan mesin pencetak

berteknologi tinggi ini tidak hanya terhad di Ibu Pejabat Putrajaya tetapi diperluaskan ke

semua Ibu Pejabat Negeri, Cawangan terpilih dan Cawangan UTC seluruh negara

supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati kemudahan tersebut.

Elemen mempermudahkan/penyelesaian masalah Sebelum projek, percetakan MyKad hanya dilakukan secara berpusat di Ibu Pejabat

Putrajaya. Serahan MyKad kepada pemohon mengambil masa antara 10 hari di

Semenanjung hingga 30 hari di Sabah dan Sarawak. Tempoh masa untuk memperolehi

Sebelum

Semenanjung : 10 hari Sabah : 30 hari Sarawak : 30 hari

Selepas

Semenanjung : 1 hari Sabah : 1 hari Sarawak : 1 hari

PROSES KERJA SEBELUM DAN SELEPAS PERCETAKAN TERAGIH

Ibu Pejabat Putrajaya

44 pejabat JPN

Page 4: PROJEK PERCETAKAN TERAGIH MYKAD JABATAN …habinovasi.mampu.gov.my/.../1781-projek-percetakan... · Projek Percetakan Teragih MyKad adalah satu projek yang memberikan impak yang besar

MyKad menimbulkan kerumitan kepada orang awam untuk urusan rasmi mereka.

Penghantaran MyKad dari Ibu Pejabat ke cawangan juga meningkatkan risiko

keselamatan seperti kemalangan dan hijack.

Selepas projek ini dilaksanakan, orang awam dapat memperolehi MyKad dalam tempoh

1-24 jam yang secara tidak langsung dapat memudahkan mereka melakukan urusan

rasmi lain yang memerlukan penggunaan MyKad sebagai pengesahan Identiti

b) Elemen Keberkesanan

Gambaran faedah yang nyata diperolehi Projek Percetakan Teragih MyKad yang dilaksanakan ternyata dapat mengurangkan

masa menunggu pelanggan dan urusan pelanggan menjadi mudah serta MyKad

diperolehi dengan cepat.

Selain daripada itu, orang awam juga dapat menjimatkan kos pengangkutan mereka

kerana bagi orang awam yang memohon MyKad, mereka hanya perlu menunggu dalam

tempoh 1-2 jam untuk memperolehi MyKad terutamanya di JPN Negeri Sarawak.

Peningkatan produktiviti/kepuasan Kajian kepuasan pelanggan yang telah diadakan pada 6 hingga 17 April 2015 di 34

cawangan JPN yang terpilih. Hasil kajian tersebut adalah seperti berikut:

Page 5: PROJEK PERCETAKAN TERAGIH MYKAD JABATAN …habinovasi.mampu.gov.my/.../1781-projek-percetakan... · Projek Percetakan Teragih MyKad adalah satu projek yang memberikan impak yang besar

88% daripada 1,054 responden berpuas hati dengan tempoh singkat memperolehi MyKad.

Tempoh Siap MyKad 24 Jam

90% daripada 1,054 responden bersetuju tempoh siap MyKad 24 jam ini dapat membantu mereka dalam melakukan urusan rasmi lain memerlukan penggunaan MyKad.

Tempoh Siap MyKad Siap 24 jam Membantu Urusan Rasmi

Page 6: PROJEK PERCETAKAN TERAGIH MYKAD JABATAN …habinovasi.mampu.gov.my/.../1781-projek-percetakan... · Projek Percetakan Teragih MyKad adalah satu projek yang memberikan impak yang besar

c) Elemen Signifikan

Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan Rakyat boleh mendapatkan gantian MyKad dalam tempoh singkat (kemudahan ini amat

diperlukan disebabkan MyKad adalah dokumen mandatori untuk semua urusniaga

sebagai kad pengenalan diri dan lesen memandu). Selain dari itu, projek ini dapat

menjimatkan masa dan kos pelanggan seiring dengan seruan kerajaan, rakyat

didahulukan pencapaian diutamakan.

Penjimatan masa/kos/sumber manusia

Projek ini dapat menjimatkan tempoh pengeluaran MyKad dimana berlaku peningkatan

percetakan MyKad dari tahun 2012 sehingga tahun 2014 seperti statistik dibawah:

17.95%

33.61%

STATISTIK PERCETAKAN MYKAD DI 34 PUSAT PERCETAKAN TERAGIH BAGI TAHUN 2012 SEHINGGA MAC 2015

Tempoh pengeluaran MyKad masih dapat dipendekkan kepada 1 hari walaupun permohonan semakin meningkat dari tahun ke setahun di 34 cawangan.

Page 7: PROJEK PERCETAKAN TERAGIH MYKAD JABATAN …habinovasi.mampu.gov.my/.../1781-projek-percetakan... · Projek Percetakan Teragih MyKad adalah satu projek yang memberikan impak yang besar

Dari kajian yang dilakukan di cawangan, anggaran kos pengangkutan orang awam yang

dapat dijimatkan melalui projek ini adalah seperti berikut:

Bil. Cawangan

Teragih Kawasan

Pelanggan Jenis

Pengangkutan

Tempoh masa perjalanan/ jarak(km)

SEBELUM percetakan Teragih

SELEPAS Percetakan Teragih

Kos dua hala (RM)

Jumlah Kos (RM)

Kos dua hala (RM)

Jumlah Kos (RM)

1 JPN Miri Ulu Baram Sewa 4WD 8 jam sehala 600.00 1,200.00 600.00 600.00

2 JPN Keningau

Pensiangan (Nabawan)

Bot - Kereta sewa

3 jam sehala 400.00 800.00 400.00 400.00

3 JPN Terengganu

Pulau Redang

Feri - Teksi 2 jam sehala 90.00 180.00 90.00 90.00

4 JPN Gua Musang

Pos Gob (kampung orang asli)

Sewa Hilux 1 hari (bermalam)

100.00 200.00 100.00 100.00

5 JPN Perak Grik Motor (orang asli)

115 km 115.00 230.00 115.00 115.00

Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil Perlaksanaan projek ini telah berjaya:

meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan JPN;

meningkatkan kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan JPN;

meningkatkan imej Perkhidmatan Awam dan Kerajaan.

Page 8: PROJEK PERCETAKAN TERAGIH MYKAD JABATAN …habinovasi.mampu.gov.my/.../1781-projek-percetakan... · Projek Percetakan Teragih MyKad adalah satu projek yang memberikan impak yang besar

Elemen Relevan

Sumbangan kepada agenda organisasi/nasional Projek Percetakan Teragih MyKad adalah satu projek yang memberikan impak yang

besar dimana ianya boleh diterima pakai oleh semua lapisan rakyat dan selaras dengan

agenda nasional di bawah dasar “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

Pengeluaran MyKad dalam masa yang singkat amat diperlukan oleh rakyat

memandangkan ianya adalah dokumen mandatori untuk semua urusan. Selain daripada

menjadi kad pengenalan diri, kemudahan lain yang disediakan dalam MyKad adalah

maklumat lesen memandu, maklumat kesihatan, maklumat passport dan kemudahan

Touch n Go.

Urusan gantian Mykad rosak atau hilang dalam kadar singkat amat relevan dan

diperlukan oleh rakyat. Tanpa kemudahan ini aspirasi Negara supaya rakyat

menggunapakai MyKad dalam semua urusan akan terbantut dan perkhidmatan awam

akan dituduh sebagai tidak efisyen.

MyKad merupakan medium yang digunakan untuk membuat pengesahan diri pemohon

bagi setiap bantuan/subsidi yang diberikan oleh Kerajaan. Secara tidak langsung mem

Contoh yang dinyatakan di atas menunjukkan kepentingan projek dalam menyokong

agenda nasional yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

Pengiktirafan Diterima

Selepas projek ini dilaksanakan, JPN menerima pujian daripada orang awam melalui

ePenghargaan, Facebook, Maklumbalas Kepuasan Pelanggan dan ICMS. Antara

penghargaan yang diterima adalah seperti berikut:

Page 9: PROJEK PERCETAKAN TERAGIH MYKAD JABATAN …habinovasi.mampu.gov.my/.../1781-projek-percetakan... · Projek Percetakan Teragih MyKad adalah satu projek yang memberikan impak yang besar

Gambar-gambar Berkaitan

Melalui projek ini, 44 cawangan JPN telah mempunyai Bilik Cetak MyKad yang dilengkapi

dengan infrastruktur dan sistem untuk melaksanakan percetakan dalam tempoh 1-24 jam

di cawangan tersebut. Antara keadaan infrastruktur Bilik Cetak MyKad adalah seperti di

bawah:

Page 10: PROJEK PERCETAKAN TERAGIH MYKAD JABATAN …habinovasi.mampu.gov.my/.../1781-projek-percetakan... · Projek Percetakan Teragih MyKad adalah satu projek yang memberikan impak yang besar

JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

JPN Shah Alam

JPN Sarawak JPN Johor

Implikasi Kewangan

Projek ini memberi implikasi kewangan yang besar kepada JPN iaitu kos penyediaan Bilik

Cetak bagi satu (1) cawangan adalah sebanyak RM900,000.00. Selain daripada kos Bilik

Cetak, kos kad mentah dan bahan habisguna yang digunakan untuk mencetak MyKad

juga adalah sebanyak RM22.80 bagi setiap keping kad untuk kegunaan Mesin Pencetak

di cawangan JPN.

Walau bagaimanapun, kos yang tinggi ini tidak menjadi bebanan kepada JPN kerana

melalui perkhidmatan ini, JPN dapat memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan

Page 11: PROJEK PERCETAKAN TERAGIH MYKAD JABATAN …habinovasi.mampu.gov.my/.../1781-projek-percetakan... · Projek Percetakan Teragih MyKad adalah satu projek yang memberikan impak yang besar

memudahkan orang awam walau di 45 cawangan JPN termasuk Ibu Pejabat Putrajaya.

PENUTUP

Projek Percetakan Teragih MyKad yang mengeluarkan MyKad dalam masa singkat

sudah pasti mampu menjadi penanda aras bagi projek-projek yang seumpamanya yang

telah dilaksanakan oleh organisasi di dalam dan di luar negara dalam usaha

mempertingkatkan kualiti, penggunaan, keberkesanan dan impak sistem.

Hakikatnya, JPN adalah negara pertama didunia yang memperkenalkan kad

pengenalan bercip pelbagai aplikasi. Keunikan sistem pengenalan diri berasaskan cip

menjadikan Malaysia khususnya JPN sebagai tarikan negara-negara luar datang kesini

untuk mempelajari sistem dan teknologi yang digunakan. Sekiranya pelaksanaan

percetakan teragih MyKad ini berjaya dilaksanakan, JPN akan sekali lagi menjadi

tumpuan dunia sebagai peneraju dalam percetakan teragih kad pengenalan diri.

Disediakan oleh:

Nama Pegawai/Unit Terlibat : Maizatul Sheela binti Mohamad

Adilah binti Abdullah

Ummi Fatma binti Zainal Abidin

(Unit Infrastruktur dan Operasi)

Tel. : 8880 7238/8880 7246

Emel : [email protected]/ [email protected]/ [email protected]