projek melukis mural

6
PROJEK MELUKIS MURAL KERTAS KERJA PENGELOLA PROGRAM:

Upload: azaliza-abdullah

Post on 12-Nov-2015

101 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sempena aktiviti kelab

TRANSCRIPT

PROJEK MELUKIS MURAL

KERTAS KERJA

PENGELOLA PROGRAM:GURU-GURU PENASIHAT KELAB RUKUN NEGARA

1.0 PENGENALANSekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru penasihat mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah.

2.0 RASIONALPrasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan para pelajar. Justeru sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung pelajar yang melalui kawasan makmal dan perpustakaan akan membaca dan menghafal prinsip-prinsip rukun negara yang dijadikan mural.

3.0 OBJEKTIF

i) memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.ii) supaya pelajar sentiasa mengingati prinsip-prinsip Rukun Negara.iii) menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan. iv)memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.v) dapat menceriakan kawasan sekolah.

4.0TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : Sepanjang bulan April

Masa : 07.40 pagi hingga 08.50 pagi

Tempat : Tangga Makmal Blok B

5.0 SASARAN

Guru Penasihat dan Ahli Kelab Rukun Negara

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BilPerkaraHarga seunitKuantitiJumlah

1.Cat putih30.00130.00

2. Pelaka merah 18.00118.00

3.Pelaka hitam 16.00118.00

4.Pelaka kuning18.00118.00

5.Berus lukisan (1 set)5.5015.50

6.Berus cat5.0015.00

7.Roller 5.5015.50

Jumlah100.00

7.0 PERANCANGAN PROJEKBILAKTIVITITINDAKAN

1.Perbincangan mengenai idea mural- Guru penasihat dan ahli kelab Rukun Negara

2.Pembinaan Kertas Kerja- Guru penasihat

3.Projek dimulakan- ahli Kelab Rukun Negara

4.Refleksi dan dokumentasi- Setiausaha Kelab Rukun Negara

8.0 PENUTUPPerancangan kertas kerja ini adalah untuk memohon peruntukan kewangan dari Unit Kokurikulum SMK Klebang Besar. Kami berharap projek mural ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek ini adalah salah satu platfom para pelajar untuk mencari pengalaman secara terus tidak melalui bilik darjah di samping dapat mengeratkan hubungan antara ahli-ahli kelab. Diharap hasil mural di tangga makmal Blok B ini nanti akan lebih menceriakan lagi persekitaran SMK Klebang Besar.

Disediakan oleh;

.................................................(PN. NOR AZALIZA ABDULLAH)Guru Penasihat Kelab Rukun Negara

Disemak oleh;

...............(PN HJH JAMALIAH ABU SAMAH)Guru Penolong Kanan Kokurikulum,SMK KLEBANG BESAR

Disahkan oleh:

..........................................(PN AZALLAH BINTI MOHD SALLEH)PengetuaSMK KLEBANG BESAR