projek chinese cabbage

Upload: kuehkiong

Post on 07-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Projek Chinese Cabbage

    1/8

    TAJUK : KURSUS TANAMAN CHINESE CABBAGE

    PENGENALAN

    Kobis Cina (Brassica rapa Linn) atau di panggil sebagai Chinese Cabbagemerupakan sejenis

    sayuran daun dari keluarga CRUCIFERAE yang ditanam di malaysia. Sayuran ini berasal dari

    negara China dan merupakan hasil biakbaka semenjak tahun 1600 dulu dan kini ditanam di seluruh

    dunia sebagai sejenis sayuran sawi yang rangup, lembut apabila di celur atau dipanaskan dan sesuai

    untuk dijeruk.

    Nama lain bagi kobis cina seperti petsai, kobis cina (Malaysia, Indonesia), Kapis (Papa New Guinea),

    Pkkkat khaoli, Phakkat khaoyai (Thailand), pe-chaay (Cambodia), wong bok (Filipina), Kaad Chin

    (Laos) dan macam2 lagi.

    Tanaman kobis cina (Chinese Cabbage) ini luas di tanam di china (300,000 ha/tahun atau 27%

    pengeluaran dunia), Jepun (45,000 he/tahun), Korea (53,000 ha/tahun) dan Taiwan 8,000 ha/tahun.

    Di Asia Tenggara keluasan tanaman ini telah meningkat kerana ada kultiran baru yang sesuai dengan

    keadaan tropika terutama benih yang diimport dari China dan Taiwan. Kajian menunjukkan setiap

    100 gram kobis cina mengandungi 95 g air, 1.2 g proten, 0.2 g lemak, 2.2 g kabohidrat, 0.5 g serat, 49

    mg kalsium, 0.7 mg Ferous dan 38 mg Vitamin C tetapi Cuma 65 Kj tenaga.

    1

    Nama Saintifik : Brassica rapa Linn

    Famili : Cruciferae

    Asal : China

    Nama Lain : Kobis Cina (Chinese Cabbage)

  • 8/4/2019 Projek Chinese Cabbage

    2/8

    Terdapat beberapa kultiran kobis cina iaitu seperti sawi (daun dan batang) dan jenis Rosset.

    Tanaman ini ditanam menggunakan biji benih yang bercambah 3 5 hari disemai. Benih yang dibeliadalah benih Hibrid diimport dari luar negara dan mempunyai bahan yang sangat tinggi.

    Dua cara menyemai biji benih adalah dengan cara menyemai dalam Seed tray yang mengandungimedia Cocopeat atau tabur terus benih di atas batas. Di Ladang Encik Chang Kueh Kiong caramenyemai adalah dengan cara menggunakan Dulang ( seed tray).

    AMALAN KULTURA

    Penyemaian Biji benih

    Bahan bahan semaian seperti dulang semaian dan tanah organik disediakan untuk

    penyemaian biji benih Chinese Cabbage.

    Dulang semaian yang digunakan mempunyai 200 lubang kesemuanya. Sebanyak duabelas

    dulang semaian digunakan semasa penyemaian biji benih Chinese Cabbage untuk kursus ini.

    Tanah yang digunakan untuk menyemai biji benih Chinese Cabbage ialah tanah organik.

    2

    Chinese Cabbage Sawi Chinese Cabbage (Kobis Cina)daun dan batang

  • 8/4/2019 Projek Chinese Cabbage

    3/8

    Biji benih Chinese Cabbage yang digunakan ialah biji benih yang diimport.

    Langkah Langkah Penyemaian

    1. Tanah organik diratakan di dalam dulang semaian. Tanah yang diratakan jangan diisi terlalu

    padat di dalam dulang semaian kerana ia akan menyukarkan pertumbuhan biji benih.

    3

    Dulang seed tray semaianyang digunakan.

    Tanah organik yangdigunakan.

    Biji benih Chinese Cabbageyang digunakan.

  • 8/4/2019 Projek Chinese Cabbage

    4/8

    2. Selepas itu, biji benih Chinese Cabbage disemai ke dalam dulang semaian. Bahagian biji

    benih yang mengeluarkan akar ditanam ke dalam tanah organik. Jika bahagian yang

    mengeluarkan akar ditanam terbalik, biji benih tidak akan tumbuh.

    3. Semasa penyemaian dilakukan, biji benih tidak boleh diletakkan ditapak tangan kerana haba

    yang dihasilkan oleh badan manusia menyebabkan benih tidak bercambah.

    4. Setelah semua biji benih telah disemai, dulang semaian disiram sehingga betul betul basah

    dan air yang mencukupi untuk percambahan biji benih.

    5. Selepas disiram, dulang semaian ditutup menggunakan kain kanvas untuk mengekalkan

    kelembapan tanah organik. Dulang semaian dibiarkan selama empat hari sebelum dipindahkan

    ke dalam rumah semaian.

    4

  • 8/4/2019 Projek Chinese Cabbage

    5/8

    Penyediaan Batas

    Membuat Batas

    1. Batas sepanjang 117 kaki panjang, lebar 4 kaki 7 inci, tinggi batas adalah 6 inci manakala

    jarak di antara batas ialah 1 kaki 2 inci disediakan untuk menanam Chinese Cabbage. Dalam

    kursus ini, dua batas berukuran sama telah disediakan. Batas digembur sebanyak dua kali

    menggunakan bajak putar. Penggemburan yang pertama adalah untuk membentuk batas yang

    ingin digunakan manakala penggemburan yang kedua pula ialah untuk menghaluskan tanah

    supaya senang untuk membuat batas dan menanam Chinese Cabbage.

    Penanaman Di Ladang1. Anak benih dipindahkan ke batas setelah 8 hari atau 2 4 daun dibiarkan di dalam rumah

    semaian. Setiap batas ditanam dengan 1,200 anak benih (6 Tray) mengikut jumlah lubang

    yang dibuat.

    5

  • 8/4/2019 Projek Chinese Cabbage

    6/8

    2. Semasa penanaman dilakukan, anak benih yang dikeluarkan daripada dulang semaian dengan

    berhati hati supaya tidak mematahkan batang batang anak benih. Bahagian akar anak benih

    tidak boleh dipegang semasa penanaman dilakukan kerana tangan manusia yang panas boleh

    menyebabkan benih mati.

    Gambar menanam Chinese Cabbage

    Ringkasan Aktiviti

    Bil Tarikh Aktiviti/Kerja Catatan1. 8 Ogos 2011 Merumput dan membersih batas2. 9 Ogos 2011 Membajak batas dan peenyediaan batas3. 12 Ogos 2011 Menyemai biji benih 12 Tray 2,400

    Kali dengan 2 biji= 4,800

    4. 22 Ogos 201123 Ogos 2011

    Menanam anak benih ke batas (8 hari setelah disemai)

    2 batas 1 batas 6 Tray2,400

    Anak benih = 4,8005. 25 Ogos 2011 Membaja NPK (12:12:17 + TE)6. 02 Sep 2011 Meracun serangga ulat, Vitamin dan membaja Baja Organik , Nutra N-Phos

    Press dan Pictor 019

    7. 12 Sep 2011 Membaja Baja Organik 8. 15 Sep 2011 Membaja NPK (12:12:17 + TE)9. 22 Sep 2011 Menuai 62 Kg

    10. 23 Sep 2011 Menuai 7 Kg11. 24 Sep 2011 Menuai 80.5 Kg12. 26 Sep 2011 Menuai 49 Kg

    6

  • 8/4/2019 Projek Chinese Cabbage

    7/8

    PENYAKIT DAN PEROSAK

    Perosak DanPenyakit

    Simptom Simptom Serangan Kaedah Kawalan

    Hamama

    Menyerang bahagian pucuk Chinese

    Cabbage. Menyebabkan daun pucuk

    berkerekot dan tidak berkembang.Pucuk seakan akan terbakar.

    Racun Amistar dan Press

    digunakan di mana 25 L air

    dicampurkan dengan 5 ccAmistar dan Press disembur

    pada dua batas.

    UlatMemakan daun dan menyebabkan

    Chinese Cabbage jadi botak dan

    daun bergulung

    Racun Pictor 019 disembur

    pada tanaman.

    Daun berlubangDaun berlubang dan berbintik-bintik Baja Nutra-Phos N disembur

    Pada tanaman.

    7

    RACUN PEROSAK YANG DIGUNAKAN BAJA DAN VITAMIN YANG DIGUNAKAN

    RACUN YANG DIGUNAKAN UNTUK KAWALAN ULAT

    DAN SERANGGA

    GAMBAR ULAT DAUN

  • 8/4/2019 Projek Chinese Cabbage

    8/8

    PEMASARAN

    Chinese Cabbage dijual mengikut harga pasaran kepada pemborong Encik Sin Fook Shin di mana 1

    kg di antara RM 1.60 hingga RM 2.00 mengikut harga pasaran. Manakala Chinese Cabbage yang

    dijual kepada orang perseorangan (jual sendiri) dijual dengan harga RM 3.00 untuk setiap 1 kg.

    Sepanjang tempoh 4 hari penjualan, sebanyak 198.5 kg yang telah dituai dengan penjualan sebanyak RM 392.60.

    Hari Penjualan Dan Tarikh Berat (kg) Jualan (RM)

    Hari pertama / 22 Sep 2011 56 kg (Pemborong)

    6 kg (Jual Sendiri)

    RM 89.60

    RM 18.00

    Hari kedua / 23 Sep 2011 7 kg (Jual Sendiri) RM 21.00

    Hari ketiga / 24 Sep 2011 80.5 kg (Pemborong) RM 61.00

    Hari keempat / 26 Sep 2011 5 kg (Jual Sendiri)

    44 kg (Pemborong)

    RM 15.00

    RM 88.00

    Jumlah keseluruhan 198.5 kg RM 392.60

    Gambar Taukey Pemborong

    8