program - portal lembaga kaunselor malaysia penyedia perkhidmatan 2017.pdf · syarat-syarat bagi...
TRANSCRIPT
Program Perkembangan
Profesional
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT
BERTERUSAN Kaunselor berdaftar
BUKU PANDUAN PENYEDIA PERKHIDMATAN DAN PERAKUAN PROGRAM
“ P r o g r a m P e r k e m b a n g a n
Profesional Berterusan dapat
memperkasakan kaunselor berdaftar
dengan ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang tinggi selaras
dengan perkembangan terkini dalam
perkhidmatan kaunseling. Maka
dengan itu, kaunselor berdaftar
sent iasa dapat member ikan
perkhidmatan yang terbaik secara
profesional dan beretika.”
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. Pendahuluan 4
2. Perakuan Penyedia Perkhidmatan bagi melaksanakan program Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar
5
Pengenalan Kategori Penyedia Perkhidmatan Syarat-syarat bagi pendaftaran Penyedia Perkhidmatan Prosedur permohonan pendaftaran Penyedia
Perkhidmatan
6 7 8 9
3. Perakuan program bagi program Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar 10
Pengenalan Kategori program Syarat-syarat bagi perakuan program Prosedur permohonan perakuan program
11 12 13
14-15
4. Faedah pendaftaran sebagai Penyedia Perkhidmatan dan Perakuan program Perkembangan Profesional Berterusan yang disediakan
16
5. Penutup 17
6. Lampiran Borang permohonan Penyedia Perkhidmatan Borang permohonan perakuan program Surat akur janji Sijil
18 19 20 21
22-23
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 4
Mata program Perkembangan
Profesional Berterusan ini perlu
diperolehi melalui program/ aktiviti
yang dikendalikan oleh Lembaga
Kaunselor atau mana-mana penyedia
perkhidmatan yang diperakukan oleh
Lembaga Kaunselor.
Pendahuluan
Program Perkembangan Profesional
Berterusan (PPB) Kaunselor Berdaftar
merupakan komitmen Lembaga
Kaunselor bagi memastikan Kaunselor
Berdaftar melengkapkan diri atau
dilengkapkan dengan pengetahuan
profesional, kemahiran profesional dan
nilai serta amalan profesional melalui
program latihan yang terancang dan
sistematik secara berterusan.
Program Perkembangan Profesional
Berterusan ini diwajibkan kepada semua
kaunselor berdaftar. Kaunselor berdaftar
perlu mengumpul mata Program
Perkembangan Profesional Berterusan dalam
tempoh masa dua (2) tahun sebagai syarat
wajib bagi memperbaharui Perakuan Amalan
Dwitahunan.
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 5
1. Pengenalan
2. Kategori Penyedia Perkhidmatan
3. Syarat-syarat pendaftaran
4. Prosedur permohonan
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 6
Pengenalan
Panduan ini diperkenalkan bertujuan untuk
menjelaskan proses memperakukan agensi-
agensi kerajaan, dan bukan kerajaan yang
berkelayakan sebagai penyedia perkhidmatan
program Perkembangan Profesional Berterusan
Kaunselor Berdaftar.
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 7
Kategori
Penyedia Perkhidmatan
Agensi Kerajaan
Agensi kerajaan merangkumi Kementerian, Jabatan Kerajaan
Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun dan Universiti
Awam.
Agensi Bukan Kerajaan
Agensi Bukan Kerajaan merangkumi Syarikat Swasta, Badan
Bukan Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat
Milik Kerajaan, Badan Tidak Berkanun dan Universiti Swasta.
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 8
Syarat-Syarat
bagi Pendaftaran Penyedia Perkhidmatan
Pendaftaran Penyedia Perkhidmatan
hanya dikenakan kepada agensi bukan
kerajaan.
Permohonan pendaftaran sebagai
Penyedia Perkhidmatan hendaklah
dibuat kepada Lembaga Kaunselor.
Penyedia Perkhidmatan yang berdaftar
dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) perlu mengemukakan salinan
profil syarikat, salinan sijil pendaftaran
SSM dan salinan perakuan kod bidang
perkhidmatan yang disediakan.
Penyedia perkhidmatan yang berdaftar
dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia perlu mengemukakan salinan
profil pertubuhan dan salinan sijil
pendaftaran pertubuhan.
Semua permohonan pendaftaran perlu
disertakan dengan fi seperti yang ditetapkan.
Sijil pendaftaran Penyedia Perkhidmatan
hanya sah untuk tempoh satu (1) tahun dari
tarikh kelulusan. Penyedia Perkhidmatan
perlu membuat permohonan pendaftaran
semula selepas tamat tempoh masa yang telah
ditetapkan.
1
2
3
4
5
6
7
Penyedia Perkhidmatan yang telah
diperakukan perlu menandatangani Surat
Akur Janji berhubung tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan sebagai Penyedia
Perkhidmatan.
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 9
Prosedur Permohonan Pendaftaran Penyedia Perkhidmatan
Setiap permohonan pendaftaran Penyedia Perkhidmatan perlu mengikut prosedur
berikut:
I. Menggunakan Borang LK/CPD 1 yang boleh dimuat turun di portal Lembaga
Kaunselor www.lkm.gov.my.
II. Borang permohonan perlu disertakan dengan dokumen berkaitan.
III. Permohonan perlu disertakan dengan fi pendaftaran berjumlah RM1,200.00
(termasuk fi proses RM200.00). Pembayaran boleh dibuat kepada
Lembaga Kaunselor melalui pindahan wang secara elektronik atau cek syarikat
ke akaun Lembaga Kaunselor CIMB 8000273435. Bukti pembayaran fi
pendaftaran perlu dikemukakan bersama borang permohonan.
IV. Permohonan lengkap hendaklah dihantar kepada Lembaga Kaunselor di
alamat berikut:
Lembaga Kaunselor, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Aras 19, No. 55 Persiaran perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya atau
faks: 03-83232070/emel: [email protected]
Keputusan permohonan pendaftaran Penyedia Perkhidmatan akan dimaklumkan
dalam masa 14 hari bekerja selepas tarikh permohonan lengkap diterima. Sijil dan nombor pendaftaran akan dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan yang berjaya. Fi pendaftaran berjumlah RM1000.00 akan dikembalikan sekiranya permohonan tidak berjaya.
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 10
1. Pengenalan
2. Kategori program
3. Syarat-syarat bagi perakuan program
4. Prosedur permohonan
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 11
Pengenalan
Panduan ini diperkenalkan bertujuan untuk
menjelaskan proses memperakukan program
yang akan disediakan oleh Penyedia
Perkhidmatan bagi membolehkan kaunselor
berdaftar mengumpul mata program
Perkembangan Profesional Berterusan
Kaunselor Berdaftar.
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 12
Kategori Program
Program yang dilaksanakan oleh penyedia perkhidmatan
berdaftar
Program yang dilaksanakan oleh penyedia perkhidmatan tidak
berdaftar
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 13
Syarat-Syarat
bagi perakuan program
Kedua-dua kategori program yang
dilaksanakan oleh Penyedia Perkhidmatan
berdaftar dan tidak berdaftar perlu mendapat
perakuan dari Lembaga Kaunselor bagi tujuan
penetapan mata program Perkembangan
Profesional Beterusan Kaunselor Berdaftar.
Permohonan perakuan program hendaklah
dibuat kepada Lembaga Kaunselor.
Penyedia Perkhidmatan hendaklah membuat
permohonan kepada Lembaga Kaunselor bagi
perakuan program selewat-selewatnya 30
hari bekerja sebelum tarikh pelaksanaan
program.
Program yang akan diperakukan bagi tujuan
pengumpulan mata program Perkembangan
Profesional Berterusan perlu memenuhi
kriteria berikut:
i. Berkaitan bidang kaunseling (rujuk
senarai komponen latihan terkini
yang boleh diberikan mata PPB
yang disediakan oleh Lembaga
Kaunselor).
ii. Mencapai tahap profesional dan
menyumbang kepada kompetensi
kaunselor berdaftar.
iii. Modul/kurikulum program mesti
dibangunkan oleh pihak yang benar
-benar berkelayakan dalam bidang
kaunseling.
1
2
3
4
Lembaga Kaunselor boleh untuk tidak
memperakukan program yang dicadangkan
oleh penyedia perkhidmatan sekiranya
didapati tidak memenuhi kriteria seperti
yang ditetapkan.
5
Sebarang perubahan terhadap modul/
kurikulum yang telah diluluskan tidak
boleh dilakukan tanpa kebenaran Lembaga
Kaunselor. Sekiranya didapati berlaku
ketidakakuran syarat ini, Lembaga
Kaunselor berhak untuk membatalkan
kelulusan tersebut.
6
Semua permohonan perakuan program
hendaklah disertakan dengan fi seperti
yang ditetapkan. 7
Sijil perakuan program hanya sah untuk
tempoh satu (1) tahun dari tarikh
kelulusan. Penyedia Perkhidmatan perlu
membuat permohonan perakuan semula
selepas tamat tempoh masa yang telah
ditetapkan.
8
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 14
Prosedur Permohonan Perakuan Program
Setiap permohonan perakuan program perlu mengikut prosedur berikut:
I. Menggunakan Borang LK/CPD 2 yang boleh dimuat turun di portal Lembaga
Kaunselor www.lkm.gov.my.
II. Borang permohonan perlu disertakan dengan dokumen berkaitan seperti:
a. Maklumat program (brochure/flyers/poster/kertas konsep).
b. Kurikulum kursus/bengkel.
c. Maklumat penceramah/fasilitator/pembentang kertas
III. Permohonan perlu disertakan dengan fi perakuan program seperti berikut:
a. Program berbayar yang dilaksanakan oleh Penyedia Perkhidmatan
berdaftar berjumlah RM500.00 (fi berjumlah RM200.00 akan dikembalikan
sekiranya program tidak diperakukan).
b. Program berbayar yang dilaksanakan oleh Penyedia perkhidmatan tidak
berdaftar berjumlah RM1,500.00 (fi berjumlah RM1,000.00 akan
dikembalikan sekiranya program tidak diperakukan).
c. Program tidak berbayar yang dilaksanakan oleh semua penyedia
perkhidmatan adalah percuma.
d. Pembayaran boleh dibuat kepada Lembaga Kaunselor melalui pindahan
wang secara elektronik atau cek syarikat ke akaun Lembaga Kaunselor
CIMB 8000273435. Bukti pembayaran fi pendaftaran perlu dikemukakan
bersama borang permohonan.
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 15
IV. Permohonan lengkap hendaklah dihantar kepada Lembaga Kaunselor di alamat
berikut:
Lembaga Kaunselor, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Aras 19, No. 55 Persiaran perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya atau
faks: 03-83232070/emel: [email protected] V. Keputusan permohonan perakuan program akan dimaklumkan dalam masa 14
hari bekerja selepas tarikh permohonan lengkap diterima. Jumlah nilai mata PPB
yang dibenarkan bagi setiap program yang diperakukan akan dimaklumkan.
VI. Penyedia Perkhidmatan perlu menandatangani Surat Akur Janji Borang LK/CPD 3
selepas permohonan diluluskan.
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 16
FAEDAH PENDAFTARAN SEBAGAI PENYEDIA PERKHIDMATAN
DAN PERAKUAN PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONAL
Penyedia perkhidmatan boleh mengiklankan bahawa syarikat
berkaitan adalah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor bagi tujuan
pemberian mata Program Perkembangan Profesional Berterusan
Kaunselor Berdaftar.
Maklumat program yang diperakui oleh Lembaga Kaunselor boleh
dimuat naik dalam laman web atau lain-lain saluran media Lembaga
Kaunselor.
Menambah nilai kepada pemasaran program yang akan dianjurkan.
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 17
PENUTUP Pendaftaran penyedia perkhidmatan dan
perakuan program bagi tujuan pelaksanaan
sistem pengumpulan mata Program
Perkembangan Profesional Berterusan akan
dapat melancarkan usaha Lembaga
Kaunselor dalam meningkatkan kompetensi
serta menggalakkan pengetahuan dan
kemahiran profesional kaunselor berdaftar.
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 18
LAMPIRAN
1. Borang permohonan penyedia perkhidmatan
2. Borang permohonan perakuan program
3. Surat akur janji
4. Sijil
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 19
Borang LK/CPD 1
Saya/Kami*mengaku bahawa sebaik pengetahuan dan kepercayaan saya/kami* segala maklumat
yang diberikan adalah benar dan betul. Saya/kami* faham bahawa jika apa-apa maklumat yang
diberikan didapati tidak benar dan tidak betul permohonan ini akan ditolak.
Tarikh : ……………………………
BORANG PERMOHONAN
PENDAFTARAN PENYEDIA PERKHIDMATAN PROGRAM CPD
Nama Organisasi
Nama Pegawai Bertanggungja-
wab
Alamat Organisasi
No. Telefon
No. Fax
Alamat emel
Maklumat/Dokumen
1. Profil Organisasi 2. Sijil Pendaftaran Syarikat/ Perniagaan/ Pertubuhan
………………………………
(Tandatangan Pemohon)
………………………………
Cop Rasmi Syarikat/Pertubuhan
……………………………………..
(Ketua Pegawai Eksekutif / Pendaftar)
Lembaga Kaunselor
……………………………
Cop Rasmi
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 20
BORANG PERMOHONAN
PERAKUAN PROGRAM CPD
Nama Organisasi
No. Perakuan Pendaftaran (jika berkaitan)
No. Telefon
No.Fax
Alamat emel
Maklumat Program *sila sertakan maklumat program
seperti syarat permohonan
Borang LK/CPD 2
Saya/Kami*mengaku bahawa sebaik pengetahuan dan kepercayaan saya/kami* segala maklumat
yang diberikan adalah benar dan betul. Saya/kami* faham bahawa jika apa-apa maklumat yang
diberikan didapati tidak benar dan tidak betul permohonan ini akan ditolak.
Tarikh : ……………………………
………………………………
(Tandatangan Pemohon)
………………………………
Cop Rasmi Syarikat/Pertubuhan
……………………………………..
(Ketua Pegawai Eksekutif / Pendaftar)
Lembaga Kaunselor
……………………………
Cop Rasmi
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 21
Borang LK/CPD 3
Surat Akur Janji Penyedia Perkhidmatan
Program Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar
Saya…………………………………………….……….No. Kad Pengenalan…………………………………...
mewakili syarikat/pertubuhan…………………………………………………………………………………….
no.pendaftaran syarikat/pertubuhan…………………………………………………………………………...
beralamat.………………………………………………………………………………………..………………….....
………………………………………………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………………………………………………..
dengan sesungguhnya berjanji akan menjalankan tanggungjawab sebagai penyedia perkhidmatan yang
telah diperakukan oleh Lembaga Kaunselor seperti berikut:
i. Berintegriti dan beretika dalam mengendalikan program seperti mana yang diperakukan.
ii. Perlu mengemukakan perkara berikut kepada Lembaga Kaunselor selewat-lewatnya sepuluh
(10) hari bekerja selepas setiap program dijalankan:
a) Senarai kehadiran kaunselor berdaftar yang disahkan beserta Borang LK/CPD 3 bagi
setiap peserta.
b) Menjelaskan bayaran sebanyak 15% daripada jumlah yuran penyertaan yang dikenakan
kepada kaunselor berdaftar.
c) Membenarkan pemeriksaan kualiti program oleh Lembaga Kaunselor dari semasa ke
semasa.
Tarikh : …………………………….
………………………………
(Penyedia Perkhidmatan)
………………………………
Cop Rasmi
……………………………………..
(Ketua Pegawai Eksekutif / Pendaftar)
Lembaga Kaunselor
……………………………
Cop Rasmi
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 22
LEMBAGA KAUNSELOR
No. Perakuan Pendaftaran
SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN PENYEDIA PERKHIDMATAN
Dengan ini diperakui bahawa
SYARIKAT AAAA SDN. BHD.
telah didaftarkan sebagai Penyedia Perkhidmatan Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor
Berdaftar berkuatkuasa mulai 01 November 2017 hingga 31 Oktober 2018.
Ketua Pegawai Eksekuitf/Pendaftar
Lembaga Kaunselor
PPPXXXX
Garis Panduan Perkembangan Profesional Berterusan 23
LEMBAGA KAUNSELOR
No. Perakuan Program
SIJIL PERAKUAN PROGRAM
Dengan ini diperakui bahawa
MODUL BENGKEL YYYY
SYARIKAT AAAA SDN. BHD.
telah diluluskan untuk pelaksanaan dan pemberian mata Perkembangan Profesional Berterusan
Kaunselor Berdaftar bermula 01 November 2017 hingga 31 Oktober 2018
Ketua Pegawai Eksekuitf/Pendaftar
Lembaga Kaunselor
SPPXXXX