program matrikulasi kolej matrikulasi melaka … · 5.1 etika berpakaian pelajar lelaki 5.2 etika...

28

Click here to load reader

Upload: hoangbao

Post on 04-May-2019

315 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

i

PROGRAM MATRIKULASI

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 2: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

ii

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Halaman

KATA-KATA ALUAN PENGARAH i

AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN BLOK KEDIAMAN ii

WAKTU URUSAN KAUNTER HEP DAN FELO 1

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 PEMAKAIAN DAN TAFSIRAN 3-4

3.0 PERATURAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN

3.1 Peraturan Am

3.2 Peraturan Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan Kolej Kediaman

3.3 Penggunaan, Kekemasan dan Kesempurnaan Bilik/Perabot/Peralatan

3.4 Penggunaan Alat-alat Elektrik

3.5 Kebebasan Beragama

5-7

7-9

9-10

10-11

11

4.0 PENGGUNAAN BILIK AIR, TANDAS, RUANGAN MEMBASUH DAN AMPAIAN

4.1 Bilik Air

4.2 Tandas

4.3 Ruangan Membasuh

4.4 Bilik Mandi

4.5 Ampaian

11-12

12

12

12

13

5.0 ETIKA BERPAKAIAN

5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki

5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan

13-15

15-17

6.0 KEGIATAN PELAJAR DI LUAR WAKTU AKADEMIK 17-18

7.0 MENERIMA TETAMU 18

8.0 PERATURAN KELUAR MASUK DARI KAWASAN KOLEJ

8.1 Peraturan Keluar/Masuk (Outing)

8.2 Peraturan Balik Bermalam

8.3 Peraturan Balik Bercuti

8.4 Urusan Menyahsekat (Unblock) Kad Matrik Pelajar

8.5 Disiplin Tingkah Laku Pelajar Semasa Berada di Luar Kawasan Kolej

18-19

20-21

21

21-22

22-23

9.0 PEMBELIAN BARANG ONLINE 23

AKU JANJI 24

Page 3: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

i

KATA-KATA ALUAN PENGARAH

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saudara-saudari yang budiman,

Bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya, kita dapat merealisasikan Perincian Buku Peraturan Pelajar Kolej Matrikulasi Melaka, KPM.

Perincian Buku Peraturan Pelajar Kolej MatrikulasiMelaka ini diharapkan dapat memberi satu panduan kepada para pelajar dalam usaha kita untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin tinggi, berwibawa dan mempunyai pengurusan diri yang baik sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Potensi insan yang seimbang akan pudar sekiranya tiada usaha yang berterusan untuk menggilap dan mencernakannya agar sentiasa berada dalam kategori pelajar yang cemerlang.

Perincian ini telah disusun berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan disesuaikan dengan keadaan semasa dan persekitaran Kolej Matrikulasi Melaka. Para pelajar diharapkan dapat menimba pengalaman serta pengetahuan tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara. Justeru itu, aspek pembinaan insan berketrampilan mulia dan berperibadi tinggi adalah antara agenda terhasilnya Peraturan Dalaman ini.

Saya dengan ini mengesahkan bahawa Perincian Buku Peraturan Pelajar Kolej MatrikulasiMelaka yang telah disediakan oleh pihak Pengurusan Kolej Kediaman adalah diterima sebagai satu peraturan yang wajib dipatuhi oleh semua pelajar Kolej Matrikulasi Melaka. Akhir kata,

“ Tanda akal seseorang itu ialah tingkah lakunya dan tanda ilmu seseorang itu ialah perkataannya “

Sekian, terima kasih.

“KECEMERLANGAN ANDA KEJAYAAN KAMI”

HAJAH RUSILAH BINTI JAIS

Pengarah,

Kolej Matrikulasi Melaka

13 Mei 2019.

Page 4: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

ii

JAWATANKUASA PENGURUSAN BLOK KEDIAMAN

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

SESI 2019 / 2020

Penaung : Hajah Rusilah binti Jais

Penasihat : Tuan Jamal Mohamad Hashim bin Adenan

Jawatankuasa :

BIL. NAMA UNIT BLOK JAWATAN

1. En. Khairudin bin Nozari Pengurusan - Pengetua Kolej Kediaman

2. Cik Dalina binti Daud Kimia B5 Ketua Felo

3. Cik Afiqah binti Mohamed Biologi A4 Ketua Felo

4. En. Mohd Mohshen bin Jaamat HEP C5 Ketua Felo

5. Cik Hanisah binti Sam Hun Fizik A1 Felo

6. Pn. Khadijah binti Mohamad Pata Bahasa Inggeris A2 Felo

7. Cik Sharifah Nurliyana binti Syed Nasir Kimia A3 Felo

8. A5 Felo

9. Cik Nurdiyawati binti Abidin HEP B1 Felo

10. Pn. Juliah binti Ahmad Biologi B2 Felo

11. B3

12. B4

13. En. Md. Hairi bin Ibrahim Ko-Kurikulum C1 Felo

14. En. Alimi bin Mat Said Pengajian Am C2 Felo

15. En. Hilman bin Muhamad Matematik C3 Felo

16. En. Mohamad Zairul bin Md Razali Kimia C4 Felo

17. Pn. Siti Norulakmal binti Che Abu Bakar Fizik A5/Apartment Felo

18. Pn. Nur Suhaila Binti Zulkifli Biologi B4/Apartment Felo

19. Cik Nurfarehan binti Nordin Matematik B3/Apartment Felo

20. Mohd Norazmi bin Che Kob Biologi Apartment Felo

BIL. NAMA UNIT KLUSTER JAWATAN

1. En. Muhammad Shahir bin Abdullah Asrama A, B & C Ketua Penyelia Asrama

2. Pn. Nurul Nadia binti Abd. Halim Asrama A Penyelia Asrama

3. Pn. Rogayah binti Rahman Asrama B Penyelia Asrama

Page 5: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

1

WAKTU URUSAN KAUNTER HEP DAN FELO

KAUNTER HAL EHWAL PELAJAR

WAKTU BERURUSAN DENGAN PEGAWAI / STAF HEP

HARI MASA CATATAN

Isnin hingga Khamis 8.00 pagi – 1.00 tengahari 1.00 tengahari sehingga 2.00 petang : KAUNTER TUTUP

2.00 petang – 5.00 petang

Jumaat 8.00 pagi – 12.15 tengahari 12.15 tengahari sehingga 2.45 petang : KAUNTER TUTUP

2.45 petang – 5.00 petang

KAUNTER HAL EHWAL PELAJAR

WAKTU PENGHANTARAN KE KLINIK

HARI MASA CATATAN

Isnin hingga Khamis 8.15 pagi Sila tepati waktu yang telah ditetapkan

Tiada perkhidmatan penghantaran ke klinik selain

daripada waktu yang telah ditetapkan

2.15 petang

Jumaat 8.15 pagi

2.45 petang

Sabtu / Ahad / Cuti Umum TUTUP Rujuk waktu berurusan felo bertugas

KAUNTER FELO BERTUGAS

WAKTU BERURUSAN DENGAN FELO BERTUGAS

HARI MASA CATATAN

Isnin hingga Jumaat 8.00 malam – 9.30 malam Perkhidmatan ke klinik hanya

jam 8.30 mlm bagi KES

KECEMASAN SAHAJA

Sabtu / Ahad / Cuti Umum 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Perkhidmatan ke Klinik jam

10.00 pg dan 8.30 mlm bagi

KES KECEMASANSAHAJA)

8.00 malam – 9.30 malam

(Kecemasan merujuk luka yang melibatkan pendarahan kritikal, patah anggota badan, asma kritikal, pengsan,

gigitan binatang berbisa dan demam kronik.

Page 6: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

2

PERINGATAN

Pelajar yang mengalami penyakit ringan seperti demam, selsema, batuk, gatal-gatal, cirit birit dan

sebagainya perlu ke klinik segera pada waktu hari bekerja (8.15 pagi dan 2.15 petang)

Pelajar-pelajar yang disahkan menghidap penyakit tertentu perlulah mempunyaibekalan ubat yang

mencukupi. Contohnya penyakit gastrik, asma dan lain-lain.

Pelajar perlu memaklumkan kepada pihak kolej jika mempunyai sebarang penyakitkritikal /rawatan

berkala yang telah disahkan oleh pakar perubatan. Sila bawa dokumen pengesahan daripada doktor ke

kaunter HEP.

Pelajar yang mempunyai rekod perubatan psikitrik perlu memaklumkan kepada pihakkolej.

Pelajar yang memalsukan/menyembunyikan sebarang penyakit kritikal/ rawatan berkalaakan dikenakan

tindakan oleh pihak kolej.

Page 7: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

3

PERATURAN DALAMAN (LOCAL RULES) KOLEJ KEDIAMAN

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

1.0 PENDAHULUAN

Buku peraturan ini disediakan sebagai garis panduan untuk pentadbiran dan pengurusan pelajar di Kolej

Matrikulasi Melaka. Peraturan yang ditetapkan perlulah digunapakai oleh semua pelajar Kolej Matrikulasi

Melaka.

2.0 PEMAKAIAN DAN TAFSIRAN

2.1 Pelajar yang tertakluk di bawah semua peruntukan ini ialah semua pelajar yang mendaftar

Program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Melaka.

2.2 Dalam pemakaian peraturan ini, melainkan kandungan ayatnya menghendaki makna yang

lain:

2.2.1 “Kolej Kediaman” bermaksud asrama iaitu bangunan yang disediakan oleh Kolej

Matrikulasi Melaka untuk kediaman pelajar.

2.2.2 “Bangunan” bermaksud mana-mana kemudahan fizikal berbentuk bangunan yang

ada di dalam Kolej Matrikulasi Melaka.

2.2.3 “Kawasan” bermaksud mana-mana kawasan yang ada di dalam Kolej Matrikulasi

Melaka seperti padang dan gelanggang permainan serta kawasan dalam dan luar di

sekeliling bangunan.

2.2.4 “Kolej” bermaksud institusi pelajaran yang menjalankan Program Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.2.5 “Kluster” bermaksud kelompok/gugusan kolej kediaman

2.2.6 “Lawatan ke luar kolej” bermaksud apa jua bentuk lawatan anjuran mana-mana

jabatan, unit, kumpulan kokurikulum, kumpulan MEPro, kumpulan tutorial, persatuan,

kelab dan badan-badan kebajikan yang mendapat kebenaran bertulis Pengarah

Kolej.

2.2.7 “Pengetua Kolej Kediaman” bermaksud Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar yang

bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran Kolej Kediaman.

2.2.8 “KetuaFelo” bermaksud pegawai yang bertanggungjawab ke atas Kolej Kediaman

dan dilantik dalamkalangan pegawai / pensyarah dan mengetuai felokluster.

Page 8: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

4

2.2.9 “Felo” bermaksud pegawai yang bertanggungjawab ke atas Kolej Kediaman dan

dilantik dalam kalangan pegawai / pensyarah oleh Pengarah Kolej.

2.2.10 “Felo Blok” bermaksud felo yang bertanggungjawab bagi sesebuah blok kediaman.

2.2.11 “Ketua Penyelia Asrama” bermaksud pegawai yang mengurus selia Kolej

Kediaman.

2.2.12 “Penyelia Asrama” bermaksud pegawai yang membantu Ketua Penyelia Asrama

mengurus selia kolej kediaman.

2.2.13 “Pelajar” bermaksud pelajar pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan

Malaysia.

2.2.14 Pelajar Menetap bermaksud seorang pelajar yang tinggal dalam sesuatu asrama.

2.2.15 “Kad Pelajar” bermaksud dokumen yang digunakan oleh pelajar bagi tujuan keluar

masuk kolej berasaskan Matrix Information System (MIS) dan juga tanda pengenalan

diri pelajar

2.2.16 “Peralatan” bermaksud semua jenis peralatan yang sedia ada dalam bangunan dan

di kawasan kolej.

2.2.17 “Pihak luar” bermaksud pelawat sama ada yang mewakili sesuatu institusi kerajaan,

institusi pendidikan, agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan, kelab-kelab dan

badan-badan serta kumpulan yang sah pendaftarannya di bawah Akta Pertubuhan

Negara.

2.2.18 “Tetamu” bermaksud, ibubapa / penjaga / adik beradik / waris (seperti maklumat

yang didaftarkan dalam Sistem MIS kolej)yang datang mengunjungi pelajar di kolej.

2.3 Pemakaian Peraturan Dalaman Kolej Matrikulasi Melaka adalah tertakluk kepada Buku

Peraturan Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan Undang-undang

Malaysia Akta 174 versi 2016.

2.4 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan diedarkan dalam bentuk helai-

cerai dan hendaklah dianggap sebahagian daripada peraturan ini.

(Akta 174 : Kaedah 26)

Page 9: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

5

3.0 PERATURAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN

3.1 Peraturan Am

3.1.1 Pelajar Kolej Matrikulasi Melaka wajib menetap di Kolej Kediaman.

3.1.2 Pelajar wajib menetap di bilik yang diperuntukkan untuk dirinya. Pelajar tidak

dibenarkan tidur di bilik selain daripada bilik yang diperuntukkan.

(Akta 174 : Kaedah 23)

3.1.3 Pelajar tidak dibenarkan tidur di dalam bilik-bilik Khas seperti Bilik TV, Bilik Bacaan

dan Surau Blok tanpa kebenaran.

3.1.4 Permohonan perpindahan bilik boleh dilakukan melalui prosedur yang telah

ditetapkan dan hanya dengan kelulusan bertulis daripada Pengetua Kolej Kediaman

atau wakil yang diberi kuasa.

(Akta 174 : Kaedah 32)

3.1.5 Pihak kolej berhak menutup mana-mana bilik pelajar dan memindahkan pelajar ke

bilik yang lain sekiranya berlaku;

Kerosakan bilik sama ada elektrik ataupun kerosakan fizikal

Penghuni bilik kurang daripada 3 orang

Apa-apa sebab yang munasabah

3.1.6 Pelajar dikehendaki mengosongkan asrama dari jam 8.00 pagi sehingga jam 10.00

pagi pada hari kuliah.

3.1.7 Pelajar tidak dibenarkan berada di luar blok kediaman masing-masing selepas jam

11.00 malam.

(Akta 174 : Kaedah 29 & 30)

3.1.8 Had nyala lampu bilik pelajar sehingga jam 12.00 malam kecuali mendapat keizinan

dari pengurusan felo untuk dilanjutkan masa. Pelajar hanya dibenarkan menyalakan

lampu meja selepas jam 12.00 malam sekiranya terdapat keperluan untuk belajar.

3.1.9 Pelajar lelaki tidak dibenarkan memasuki kawasan Kolej Kediaman pelajar

perempuan dan sebaliknya :

i. Laluan yang dilarang bagi pelajar lelaki adalah semua jalan

berturap disekeliling Kluster A dan B (kecuali laluan menuju

kafetaria A di antara jam 7.00 pagi hingga 6.45 petang)

ii. Laluan yang dilarang bagi pelajar perempuan adalah semua jalan

berturap di sekeliling Kluster C (termasuk laluan Rumah Pengarah

dan Rumah Ketua-Ketua Jabatan)

Page 10: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

6

3.1.10 Pelajar perlu menggunakan premis Kolej Kediaman dan segala kemudahannya

dengan cermat, bertanggungjawab menjaga kebersihan, keceriaan, kekemasan serta

menghindarkan sebarang kerosakan.

(Akta 174 : Kaedah 31)

3.1.11 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah

tamat peperiksaan akhir semester kecuali mendapat kebenaran pihak pentadbiran

kolej.

(Akta 174 : Kaedah 33)

3.1.12 Pelajar dikehendaki merujuk kepada tarikh balik bermalam yang telah dikeluarkan

oleh pihak HEP. Namun begitu, ia tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

dan akan dimaklumkan.

3.1.13 Barangan dan tingkah laku terlarang:

i. Semua pelajar dilarang sama sekali membawa dan menggunakan sebarang

peralatan atau dalam kawalannya seperti dadah, inhalan dan racun.

(Akta 174 : Kaedah 20)

ii. Menyalahgunakan ubat batuk, pil khayal, dadah, inhalan, memiliki atau

membawa atau menghisap atau mengedar ganja, menyuntik dadah

merupakan satu kesalahan jenayah yang serius. Pihak kolej berhak pada

bila-bila masa untuk mengarah membuat ujian air kencing secara rawak ke

atas pelajar.

(Akta 174 : Kaedah 20)

iii. Menyimpan, memiliki, menjual, mengedar dan menghisap rokok, e-rokok

(vapor), shisha dalam kawasan kolej.

iv. Daging babi, anjing, arak dan perkara-perkara yang tidak halal adalah

dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam kawasan kolej.

v. Setiap pelajar dilarang sama sekali untuk berniaga atau bekerja dalam

kawasan kolej tanpa kebenaran.

(Akta 174 : Kaedah 14)

vi. Menyimpan, menyebar dan menonton bahan lucah.

vii. Melakukan sebarang bentuk tingkah laku:

lucah

yang memusnahkan harta benda kerajaan atau orang lain

yang boleh mengundang risiko keselamatan dan membahayakan

diri atau orang lain. Contohnya; (menelan ubat berlebihan tanpa

preskripsi doktor, mencederakan diri dengan sengaja, dan lain-lain)

yang bersifat membazirdan boleh mengotorkan kolej kediaman.

Contohnya; (bermain tepung, air sabun, baling telur, dan lain-lain)

Page 11: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

7

(Akta 174: Kaedah 21)

3.1.14 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah felo kecuali dengan kebenaran felo

berkenaan.

3.1.15 Pelajar yang ingin berurusan dengan felo hendaklah berpakaian sopan dan menutup

aurat (pelajar muslim).

3.1.16 Pelajar hendaklah mematuhi masa berurusan yang telah ditetapkan oleh felo blok

masing-masing.

3.1.17 Pelajar hendaklah bersopan dan beradab ketika ingin berurusan dengan semua

warga kolej.

3.1.18 Kafetaria kolej kediaman adalah dibuka untuk pelajar sehingga pukul 11.00 malam.

Walau bagaimanapun, pelajar lelaki hanya boleh mengunjungi kafetaria A dan Bdi

antara jam 7.00 pagi sehingga jam 6.45 malam sahaja. Manakala pelajar perempuan

hanya boleh mengunjungi kafetaria Cdi antara jam 7.00 pagi sehingga jam 6.45

malam sahaja.

3.1.19 Pelajar dilarang berada di kawasan terbuka (contoh: padang dan gelanggang

permainan) sewaktu hujan, cuaca panas, kilat, petir dan jerebu.

3.1.20 Pelajar dilarang melakukan aktiviti yang mengundang bahaya atau beriadah di

kawasan lereng-lereng bukit.

3.1.21 Pelajar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan apabila

berhadapan dengan binatang liar dan berbahaya.

3.1.22 Pelajar tidak dibenarkan berdua-duaan berlainan jantina sama ada di tempat yang

terang ataupun gelap atas apa jua tujuan sekalipun.

(Akta 174: Kaedah 26)

3.1.23 Pelajar dilarang menyelenggara/membaiki/mengubahsuai sebarang peralatan elektrik

sama ada milik persendirian atau kolej.

3.1.24 Apabila tamat pengajian, kunci bilik dan rantai kunci hendaklah diserahkan kepada

penyelia asrama di pejabat penyelia asrama masing-masing pada tarikh yang telah

ditetapkan oleh pihak kolej.

3.1.25 Pelajar wajib memulangkan kunci dengan sempurna (salinan asal dan penanda) pada

tarikh yang ditetapkan. Pelajar yang gagal memulangkan kunci dengan sempurna

akan dikenakan denda sebanyak RM5.00 bagi kunci dan RM5.00 bagi penanda.

3.2 Peraturan Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan Kolej Kediaman

3.2.1 Tanggungjawab pelajar kolej kediaman.

i. Pelajar perlu memastikan bilik penginapan sentiasa dalam keadaan bersih

dan kemas setiap hari sebelum ke kuliah atau tutoran atau amali.

ii. Pelajar boleh dikenakan tindakan tatatertib jika membiarkan bilik penginapan

kolej kediaman kotor dan berselerak.

Page 12: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

8

(Akta 174: Kaedah 21)

iii. Pelajar digalakkan melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kolej

kediaman dan persekitarannya sekurang-kurangnya sebulan sekali.

iv. Pelajar dilarang sama sekali memiliki / menyimpan/ memelihara sebarang

jenis binatang di bilik / blok kediaman / mana-mana premis kolej kediaman.

viii. Pelajar dikehendaki membuang sampah ke dalam tong sampah yang

disediakan oleh pihak kolej dan memastikan tiada sampah yang dibuang

melalui tingkap, sepanjang koridor dan tangga aras.

ix. Bagi mengelakkan gangguan binatang liar dan haiwan perosak (monyet,

tikus dan lain-lain), pelajar tidak dibenarkan membawa makanan ke bilik

asrama (kecuali makanan kering seperti biskut, kerepek, makanan ringan

dan lain-lain).

(Perkara 3.4 Buku Peraturan Program Matrikulasi)

x. Bagi mengelakkan keracunan makanan, pelajar dilarang membeli atau

memesan makanan daripada luar.

xi. Pelajar perempuan dikehendaki membuang tuala wanita di dalam bekas

sanitari/tong sampah. Sila basuh dan balut tuala wanita dengan kemas

sebelum dibuang ke dalam bekas sanitari/tong sampah.

vi. Pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan bilik-bilik khas

seperti bilik tv, bilik rekreasi, bilik tetamu, bilik bacaan, surau blok, bilik

gerakan atau mana-mana bilik khas yang disediakan oleh pihak kolej.

vii. Pelajar diwajibkan mengenakan cadar tilam serta sarung bantal yang bersih

sepanjang masa.

viii. Buku-buku, alat tulis, alat sukan dan lain-lain peralatan perlu disusun

dengan kemas dan tidak berselerak.

ix. Pelajar bertanggungjawab memastikan perabot / peralatan yang dibekalkan

oleh pihak kolej berada dalam keadaan yang baik.

(Akta 174: Kaedah 31)

xii. Penggunaan paku dan sebarang tampalan bersifat kekal di dinding dan

perabot adalah dilarang.

xi. Pastikan langsir tingkap kemas dan bersih. Perbuatan menanggal,

menggulung, mengikat simpul dan menjulur keluar kain langsir adalah tidak

dibenarkan.

xii. Kasut, selipar dan sandal perlu disusun dengan kemas dan diletakkan di

atas rak kasut yang disediakan oleh pihak kolej di luar bilik kediaman

masing-masing.

xiii. Tuala hendaklah disidai dengan kemas.

Page 13: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

9

xiv. Pakaian basah tidak dibenarkan digantung di dalam bilik. Ianya hendaklah

digantung di ampaian yang disediakan. Pelajar dilarang membuat ampaian

tambahan di dalam bilik.

xv. Pelajar tidak dibenarkan membuang lebihan air basuhan di ruangan

ampaian.

xvi. Menjemur pakaian di koridor, rel langsir atau tingkap adalah tidak

dibenarkan.

xvii. Semua pelajar diwajibkan membersih dan mengemas bilik sebelum pulang

bercuti.

xviii. Pelajar hendaklah memastikan semua barang berharga dibawa bersama

ketika pulang bercuti. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab di atas

sebarang kehilangan.

3.3 Penggunaan, Kekemasan dan Kesempurnaan Bilik/ Perabot / Peralatan

3.3.1 Mengalih / meminda / mengubahsuai susunan perabot / peralatan bilik.

i. Pelajar mesti memastikan susunan asal kedudukan perabot / peralatan di

dalam bilik tidak diubah kecuali dengan kebenaran Pengetua Kolej

Kediaman, Ketua Felo atau felo blok masing-masing.

ii. Pelajar bertanggungjawab memastikan semua perabot / peralatan berada

dalam keadaan baik dan seperti asal.

iii. Menambah kunci pada pintu masuk adalah tidak dibenarkan.

iv. Pelajar tidak dibenarkan membawa bersama perabot / peralatan kolej

apabila diarahkan berpindah bilik atau setelah menamatkan pengajian.

3.3.2 Perabot / peralatan tambahan (persendirian).

i. Pelajar dibenarkan membawa perabot / peralatan kecil seperti rak buku.

ii. Bantal tambahan dibenarkan dibawa.

iii. Pelajar dibenarkan membawa permaidani, tikar getah atau bakul sampah

sendiri.

3.3.3 Kerosakan Kemudahan Bilik / Perabot / Peralatan.

i. Pelajar wajib melaporkan sebarang jenis kerosakan kepada Penyelia

Asrama masing-masing dengan mengisi Buku Aduan Kerosakan.

ii. Pelajar tidak dibenarkan membaiki sendiri sebarang kerosakan.

iii. Pelajar akan dikenakan tindakan tatatertib jika melakukan kerosakan

dengan sengaja.

iv. Pelajar bertanggungjawab membayar ganti rugi kerosakan kemudahan atau

peralatan yang disediakan di kolej kediaman. Pelajar wajib membayar kos

pembaikan atau kos penggantian yang dikenakan sekiranya kerosakan yang

Page 14: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

10

berlaku adalah akibat kecuaian atau kegiatan vandalisme individu pelajar

atau perkumpulan pelajar.

v. Sekiranya kecuaian melibatkan sekumpulan pelajar, pelajar berkenaan akan

menanggung kos ganti rugi secara sama rata.

3.3.4 Pemeriksaan kebersihan, kekemasan dan keceriaan.

i. Pengetua Kolej Kediaman, Timbalan Pengetua Kolej Kediaman, Ketua Felo,

Felo dan Penyelia Asrama adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk

melakukan pemeriksaan kebersihan, kekemasan dan keceriaan bilik

penginapan pelajar pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.

ii. Pelajar wajib membenarkan pegawai yang diberikan kuasa untuk membuat

pemeriksaan bilik.

(Akta 174 : Kaedah 28)

3.4 Penggunaan Alat-Alat Elektrik dan Peralatan Memasak

3.4.1 Pelajar dikehendaki menutup suis elektrik / suis lampu setiap kali meninggalkan bilik.

(Akta 174 : Kaedah 31)

3.4.2 Peralatan elektrik yang dilarang dibawa dan dilarang penggunaannya di bilik

penginapan pelajar antaranya :

i. Televisyen (pelbagai saiz).

ii. Sebarang jenis radio yang berkuasa melebihi 100 watt.

iii. Pemanas air / cerek elektrik.

iv. Peti sejuk.

v. Periuk nasi / periuk nasi elektrik.

vi. Dapur elektrik

vii. Hair straightener/ hair dryer.

viii. Pembakar roti / pembuat sandwich / pengisar elektrik.

ix. Seterika.

x. Set pembesar suara.

xi. Penghawa dingin mudah alih

3.4.3 Pelajar hanya dibenarkan menggunakan seterika dan peralatan elektrik yang

disediakan oleh pihak kolej di tempat yang telah disediakan sahaja.

3.4.4 Televisyen (dibekalkan oleh pihak kolej) boleh ditonton di bilik televisyen sahaja.

Masa menonton yang dibenarkan adalah dari jam 4.00 petang hingga 11.00 malam

pada hari kuliah dan 7.00 pagi hingga 11.00 malam pada hari cuti.

3.4.5 Pelajar hendaklah memastikan semua perabot dan peralatan di bilik televisyen

berada dalam keadaan kemas dan tersusun sebelum meninggalkan bilik berkenaan.

3.4.6 Penggunaan radio adalah untuk pendengaran sendiri sahaja (penggunaan head-

phone adalah digalakkan) dan tidak mengganggu rakan sebilik atau pelajar yang lain.

Page 15: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

11

(Akta 174 : Kaedah 22)

3.4.7 Sebarang bentuk peralatan muzik persendirian adalah tidak boleh dibawa masuk di

dalam kawasan kolej.

3.4.8 Pelajar dibenarkan membawa komputer riba dan mesin pencetak untuk kegunaan

akademik sahaja. Namun begitu, keselamatan peralatan berkenaan adalah di bawah

tanggungjawab pelajar.

3.4.9 Barangan berharga atau peralatan peribadimilik pelajar seperti telefon bimbit, tablet

dan lain-lain yang dibawa adalah di bawah tanggungjawab pelajar itu sendiri.

3.4.10 Pelajar tidak dibenarkan memasak di mana-mana kawasan kolej.

3.4.11 Peralatan memasak adalah tidak dibenarkan dibawa sama sekali. Contohnya; dapur

gas mudah alih, periuk, kuali dan lain-lain.

3.4.12 Semua peralatan yang dilarang (seperti yang dinyatakan di atas) boleh dirampas dan

disimpan oleh felo. Semua peralatan terlarang yang dirampas hanya akan

dipulangkan apabila pelajar menuntut semula semasa pulang bercuti. Felo tidak

bertanggungjawab di atas kerosakan peralatan terlarang yang dirampas.

3.5 Kebebasan Beragama

3.5.1 Menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 (1);

“Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.

3.5.2 Pelajar bukan beragama Islam adalah bebas menganuti mana-mana agama. Namun

demikian, pelajar perlu memastikan tiada upacara keagamaan dijalankan seperti

meditasi, sembahyang dan seumpamanya dalam kawasan kolej. Namun begitu,

pelajar bukan beragama Islam dibenarkan keluar/balik bermalam secara mingguan

untuk upacara keagamaan. Pelajar bukan beragama Islam perlu mengisi borang

kebenaran keluar/balik bermalam.

3.5.3 Pelajar tidak dibenarkan membawa, menyimpan serta mempamerkan patung,

gambar, kemenyan, setanggi, colok dan sebagainya di mana-mana kawasan kolej.

3.5.4 Pelajar perlu menghormati agama dan budaya masing-masing.

4.0 PENGGUNAAN BILIK AIR, TANDAS, RUANGAN MEMBASUH DAN AMPAIAN

4.1 Bilik air

4.1.1 Pelajar perlu menggunakan bilik air sebaik mungkin.

4.1.2 Pelajar dilarang merosakkan kemudahan bilik air seperti cermin muka, kepala paip

dan lain-lain. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pelajar yang melakukan

kerosakan tersebut.

(Akta 174 : Kaedah 3g)

Page 16: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

12

4.1.3 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan peralatan peribadi seperti sabun, berus gigi,

bekas makanan dan sebagainya di dalam bilik air. Peralatan tersebut hendaklah

disimpan di bilik pelajar sendiri.

4.1.4 Pelajar dilarang meninggalkan atau menyidai pakaian di bilikair.

4.1.5 Pelajar digalakkan mencuci bilik air selepas setiap kali digunakan.

4.1.6 Pelajar dikehendaki menggunakan air secara berhemah.

4.2 Tandas

4.2.1 Pelajar perlu menggunakan tandas sebaik mungkin.

4.2.2 Pelajar perlu menekan curahan („flush‟) selepas menggunakan tandas.

4.2.3 Pelajar dilarang sama sekali membuang sampah seperti TUALA WANITA, kertas,

plastik dan sebagainya di dalam mangkuk tandas.

4.2.4 Pelajar perlu bertanggungjawab menggunakan kemudahan tandas untuk

mengelakkan kesulitan di kemudian hari.

4.2.5 Pelajar dikehendaki menggunakan air secara berhemah.

4.3 Ruangan membasuh

4.3.1 Pelajar perlu menggunakan ruangan membasuh dengan sebaik mungkin.

4.3.2 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan peralatan membasuh seperti berus, baldi,

sabun dan sebagainya di dalam ruangan membasuh. Peralatan tersebut hendaklah

disimpan di bilik pelajar sendiri.

4.3.3 Pastikan ruangan membasuh dibersihkan selepas digunakan (contoh: sisa air sabun

dan sampah).

4.3.4 Dilarang menyidai pakaian di ruangan membasuh.

4.3.5 Pelajar dilarang merendam pakaian di dalam sinki.

4.3.6 Bekas rendaman hendaklah diletakkan di atas lantai.

4.3.7 Pelajar dikehendaki menggunakan air secara berhemah.

4.4 Bilik mandi

4.4.1 Pelajar perlu menggunakan bilik mandi sebaik mungkin.

4.4.2 Kemudahan bilik mandi seperti pancur air („shower head‟), pintu dan sebagainya

mestilah dijaga dengan baik.

(Akta 174 : Kaedah 3g)

4.4.3 Pelajar digalakkan membersihkan bilik mandi selepas setiap kali digunakan.

4.4.4 Pelajar dilarang membuang sabun dan sampah di dalam saluran keluar air.

4.4.5 Pelajar dikehendaki menggunakan air secara berhemah.

Page 17: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

13

4.5 Ampaian

4.5.1 Ampaian di dalam bilik adalah untuk pakaian kering sahaja. Pakaian basah

hendaklah dijemur di ampaian luar blok kediaman masing-masing.

4.5.2 Pelajar digalakkan menggunakan penyangkut baju apabila menggunakan ampaian

untuk menjimatkan ruang.

4.5.3 Pastikan pakaian dikepit dengan sempurna dan diangkat dari jemuran apabila kering.

4.5.4 Pelajar dilarang menyidai pakaian selain daripada tempat yang disediakan seperti di

tangga blok, di stor, bilik kosong, bilik tv, bilik-bilik khas, surau, di tingkap bilik, koridor

blok, garaj kereta felo dan bumbung.

5.0 ETIKA BERPAKAIAN

5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki

5.1.1 Berurusan di kawasan akademik pada waktu rasmi (waktu P&P dan minggu

ulangkaji).

i. Baju kemeja berlengan panjang sahaja, tidak bercorak (plain) dan

dimasukkan dalam seluar (tuck-in).

ii. Tali leher kolej ataupun sesaiz dengannya. Tali leher kolej WAJIB dipakai

pada hari Isnin dan semasa Majlis Rasmi Kolej.

iii. Seluar panjang (slack) berwarna gelap sahaja.

iv. Tali pinggang mestilah tidak melebihi 3 cm lebar dan berwarna gelap sahaja.

Kepala tali pinggang yang besar dan berlambang tidak dibenarkan.

v. Kasut kulit atau PVC yang bertutup keseluruhan dan berwarna gelap (kasut

sukan/sandal tidak dibenarkan sama sekali).

vi. Berstokin.

vii. Pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan iaitu baju T kolej yang

ditetapkan oleh pihak pengurusan, seluar trek ‟bottom‟ (longgar) dan kasut

sukan pada hari yang melibatkan P&P Kokurikulum sahaja.

viii. Pemakaian songkok dibenarkan tetapi berwarna hitam sahaja.

ix. Pelajar Muslim lelaki digalakkan memakai baju melayu lengkap bersampin

dan bersongkok hitam pada hari Jumaat.

x. Semua pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan mempamerkan

kad pelajar yang dikeluarkan oleh pihak kolej semasa berada di dalam kolej.

(Akta 174 : Kaedah 25)

5.1.2 Keluar/masuk kolej

i. Pakaian pelajar ketika keluar adalah baju T kolej yang ditetapkan oleh pihak

pengurusan dan seluar panjang (slack) / seluarseluar trek ‟bottom‟ dan

berkasut, ATAU;

ii. Pakaian formal ke kuliah yang lengkap.

Page 18: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

14

iii. Tidak dibenarkan memakai:

Seluar jeans

Selipar / sandal

Baju T selain daripada baju T rasmi kolej. (Contoh : Baju T kelas /

praktikum / kelab / persatuan dan lain-lain)

5.1.3 Di luar blok kediaman/kawasan sekitar/kafeteria/akademik di luar waktu rasmi.

i. Kemeja lengan panjang/pendek

ii. Baju T

iii. Baju melayu

iv. Seluar panjang tidak digulung atau dilipat dan tidak ketat.

v. Seluar trek panjang

vi. Kasut, capal atau sandal.

vii. Tidak dibenarkan berkain pelikat, seluar pendek/bermuda/ hawaii/khakis

pendek/‟boxer‟, singlet, baju T tanpa lengan/ketat dan tuala.

5.1.4 Riadah

i. Pelajar dikehendaki memakai seluar trek panjang dan berbaju T berlengan.

ii. Hanya kasut sukan yang bersesuaian dengan jenis permainan dan

berstoking dibenarkan.

iii. Selipar, sandal, capal tidak dibenarkan semasa bermain.

iv. Aktiviti bersukan hanya dibenarkan di tempat yang dikhaskan / disediakan di

dalam kawasan kolej.

5.1.5 Kekemasan diri.

Semua pelajar lelaki mestilah berambut pendek dan kemas. Istilah berambut panjang

ditafsirkan seperti berikut:

i. Di belakang – rambut panjang jatuh melebihi garisan di bawah cuping luar

telinga.

ii. Di hadapan – rambut panjang menutupi garisan tengah dahi.

iii. Di sisi – rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya

dan ’side burn’ melebihi paras tengah hidung.

iv. Di atas – rambut tidak melebihi daripada 2 inci panjang.

v. Pelajar lelaki yang bermisai dan berjanggut hendaklah sentiasa

mengurusnya dengan kemas.

vi. Mewarnakan/melunturkan rambut adalah dilarang sama sekali.

vii. Semua jenis baju tanpa lengan tidak dibenarkan.

Page 19: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

15

viii. Semua jenis perhiasan diri atau barang kemas tidak dibenarkan seperti

subang, gelang, rantai dan lain-lain.

ix. Sebarang tindikan di muka dan telinga tidak dibenarkan.

x. Membotakkan kepala adalah tidak digalakkan.

xi. Pelajar lelaki dilarang berpakaian /berpenampilan menyerupai perempuan.

5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan.

5.2.1 Berurusan di kawasan akademik pada waktu rasmi (waktu P&P danminggu

ulangkaji).

i. Semua pelajar perempuan muslim dikehendaki memakai baju kurung

berpesak sahaja yang tidak mencolok mata, tidak jarang dan longgar. Kain

yang terbelah tidak dibenarkan. Pelajar muslim digalakkan memakai

tudung.

ii. Semua pelajar bukan muslim dibenarkan memakai kemeja dan kain sahaja.

Kemeja hendaklah berwarna gelap, mempunyai satu tona warna, tidak

jarang sehingga boleh menampakkan bentuk, corak dan warna baju

dibahagian dalam, kemeja hendaklah lengan panjang hingga ke

pergelangan tangan dan dibutangkan sepenuhnya, kemeja hendaklah

longgar, labuh hingga menutup punggung, tidak boleh dimasukkan (tuck-in)

dalam kain dan kemeja hendaklah mempunyai butang dan butang tersebut

dipasang sepenuhnya. Hanya kemeja jenis cotton sahaja. Kain berwarna

hitam sahaja dibenarkan. Kain hendaklah labuh hingga paras buku lali, tidak

beropol dan bercorak, tidak mempunyai aksesori seperti butang, reben dan

lain-lain, longgar, tidak berbelah dan tidak jarang. Kain jenis A-Shape

(Straight)/ A Line sahaja dibenarkan. Pemakaian baju kurung berpesak

adalah digalakkan.

iii. Sebarang jenis pakaian selain yang disebut dalam perkara 5.2.1 (i) dan (ii)

adalah tidak dibenarkan.

iv. Tudung kolej WAJIB dipakai pada hari Isnin dan semasa Majlis Rasmi Kolej.

v. Kasut kulit atau PVC yang bertutup keseluruhan dan berwarna gelap (kasut

sukan/sandal tidak dibenarkan sama sekali). Kasut bertumit tidak melebihi 1

inci sahaja dibenarkan.

vi. Berstoking.

vii. Pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan iaitu baju T kolej yang

ditetapkan oleh pihak pengurusan, seluar trek ‟bottom‟ (longgar) dan kasut

sukan pada hari yang melibatkan P&P Kokurikulum sahaja.

Page 20: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

16

viii. Semua pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan mempamerkan

kad pelajar yang dikeluarkan oleh pihak kolej semasa berada di dalam kolej.

(Akta 174 : Kaedah 25)

5.2.2 Keluar/masuk kolej.

i. Pakaian pelajar ketika keluar adalah baju T kolej yang ditetapkan oleh pihak

pengurusan dan seluar panjang (slack) / seluarseluar trek ‟bottom‟ dan

berkasut, ATAU;

ii. Pakaian formal ke kuliah yang lengkap.

iii. Tidak dibenarkan memakai:

Seluar jeans

Selipar / sandal

Baju T selain daripada baju T rasmi kolej. (Contoh : Baju T kelas /

praktikum / kelab / persatuan dan lain-lain)

5.2.3 Di luar blok kediaman/kawasan sekitar/kafeteria/akademik di luar wakturasmi.

i. Baju T/baju blaus yang tidak ketat dan tidak jarang.

ii. Bagi pelajar muslim digalakkan untuk menutup aurat dengan memakai baju

T berlengan panjang atau memakai stoking lengan.

iii. Baju kurung atau jubah.

iv. Seluar panjang yang tidak ketat dan tidak jarang.

v. Kasut, capal atau sandal.

vi. Sebarang baju tanpa lengan tidak dibenarkan.

vii. Seluar pendek/seluar paras lutut /bermuda, semua jenis baju tidur, kain

batik, kaftan, baju babyT dan tuala tidak dibenarkan.

5.2.4 Riadah

i. Pakaian sukan yang bersesuaian sahaja yang dibenarkan.

ii. Baju T/baju blaus yang tidak ketat dan tidak jarang.

iii. Bagi pelajar muslim digalakkan untuk menutup aurat dengan memakai baju

T berlengan panjang atau memakai stoking lengan.

iv. Seluar trek panjang yang longgar dan tidak jarang dibenarkan.

v. Hanya kasut sukan yang bersesuaian dengan jenis permainan dan

berstoking dibenarkan.

vi. Selipar, sandal, capal tidak dibenarkan semasa bermain.

vii. Aktiviti bersukan hanya dibenarkan di tempat dikhaskan/ disediakan di

dalam kawasan kolej.

Page 21: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

17

5.2.5 Kekemasan diri.

i. Pelajar perempuan yang berambut panjang hendaklah mengikat (pony tail)

atau mendandannya supaya kelihatan kemas.

ii. Mewarnakan/melunturkan rambut adalah dilarang sama sekali.

iii. Bertudung adalah sangat digalakkan.

iv. Pelajar perempuan di larang berpakaian/berpenampilan menyerupai lelaki

seperti perkara 5.1.1, 5.1.3 dan 5.1.5.

5.2.6 Perhiasan diri.

i. Barang kemas yang dipakai adalah tanggungjawab sendiri sepenuhnya.

ii. Solekan sekiranya digunakan, mestilah tidak keterlaluan.

iii. Pemakaian inai yang berlebihan dan berlukis tidak dibenarkan.

iv. Dilarang mewarnakan kuku.

v. Subang di telinga hanya dibenarkan sepasang sahaja,.

vi. Anting-anting panjang atau besar tidak dibenarkan.

vii. Sebarang tindikan di muka tidak dibenarkan.

6.0 KEGIATAN PELAJAR DI LUAR WAKTU AKADEMIK

6.1 Pelajar wajib mengikuti program rasmi anjuran kolej yang ditetapkan seperti :

i. Perhimpunan Pelajar – Semua pelajar

ii. Matrix Excellence Programme (MEPro) – Pelajar tersenarai

iii. Peer Assisted Learning (PAL) – Pelajar tersenarai

iv. Sayyidul Aiyyam (Program Kerohanian Khamis malam Jumaat) – Pelajar Muslim

v. Program kecemerlangan akademik – tertakluk kepada takwim unit

vi. Liqa‟ Al-Kahfi ( 30 minit sebelum solat Jumaat ) – Semua pelajar lelaki Muslim

vii. Program-program lain yang tertakluk kepada memo yang dikeluarkan

6.2 Sebarang aktiviti atau kegiatan anjuran pelajar di dalam dan di luar kawasan kolej hendaklah

mengikut prosedur berikut:

i. Mendapatkan seorang atau lebih pensyarah penasihat bagi aktiviti berkenaan.

ii. Menyediakan kertas kerja / mengisi borang kebenaran menjalankan aktiviti (rujuk

Pejabat HEP).

iii. Menghantar kertas kerja / borang kebenaran menjalankan aktiviti ke Pejabat HEP

untuk semakan.

iv. Menghantar kertas kerja / borang kebenaran menjalankan aktiviti ke Pejabat

Pengarah untuk kelulusan.

v. Mencetak salinan (fotokopi) kertas kerja yang telah diluluskan, dan menghantarnya

ke Pejabat HEP.

Page 22: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

18

6.3 Pensyarah penasihat aktiviti perlu berada bersama-sama pelajar sepanjang aktiviti

berlangsung sehingga tamat.

6.4 Pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan terbuka semasa cuaca panas hujan/petir/guruh.

6.5 Setiap aktiviti yang dijalankan pada waktu malam perlu berakhir sebelum pukul 11.00 malam.

(Akta 174 : Kaedah 29)

6.6 Pihak HEP / Felo / Pengawal Keselamatan berhak menamatkan sebarang aktiviti anjuran

pelajar yang tidak mematuhi ketetapan di atas.

7.0 MENERIMA TETAMU

7.1 Istilah tetamu adalah merujuk kepada ketetapan seperti dalam perkara 2.2.18.

7.2 Semua pelajar bertanggungjawab memastikan tiada orang luar/pelawat dan tetamu menginap

atau memasuki atau bermalam di biliknya.

(Akta 174: Kaedah 27)

7.3 Kenderaan tetamu yang dibenarkan masuk ke kawasan kolej hanyalah kenderaan yang

mempunyai pelekat kenderaan yang dikeluarkan oleh pihak kolej

7.4 Kenderaan awam sama ada digunakan oleh pelajar atau tetamu seperti teksi, grab car dan

lain-lain tidak dibenarkan memasuki kawasan kolej.

7.5 Pelajar tidak dibenarkan membawa tetamu untuk memasuki mana-mana kawasan dalam blok

kediaman termasuk kanak-kanak kecil.

7.6 Waktu menerima tetamu adalah pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan cuti umum sahaja

di antara jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang sahaja.

7.7 Pelajar hendaklah memastikan tetamu meninggalkan kawasan kolej sebelum jam 7.00 petang.

7.8 Pelajar hanya boleh berjumpa tetamu di kafeteria, wakaf yang disediakan atau Pusat

PerkhidmatanPelajar.

8.0 PERATURAN KELUAR MASUK DARI KAWASAN KOLEJ

8.1 Peraturan Keluar/Masuk (Outing)

8.1.1 Hari Isnin sehingga Jumaat (waktu pejabat: 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

i. Pelajar sama sekali tidak dibenarkan keluar dari kawasan kolej pada

waktuP&P (mengikut waktu yang dipohon) kecuali dengan kebenaran

Pengarah/wakilnya dan tidak mempunyai kelas tutoran, kuliah dan amali,

kegiatan ko-kurikulum, MEPro atau perhimpunan pelajar pada waktu

tersebut.

ii. Urusan yang diberi kebenaran antaranya;

a. Urusan polis atau mahkamah.

b. Urusan pendaftaran kad pengenalan.

c. Urusan hospital (temujanji doktor)

Page 23: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

19

d. Urusan dengan pihak bank.

e. Urusan Kematian ahli keluarga (ibu / bapa / adik-beradik / datuk /

nenek kandung).

f. Urusan Temuduga.

g. Urusan Ujian Memandu

iii. Pelajar perlu mengisi borang kebenaran keluar yang boleh didapati di

kaunter HEP.

iv. Pelajar perlu membuat permohonan sekurang-kurangnya TIGA hari lebih

awal.

v. Pelajar juga perlu mempunyai surat sokongan atau bukti yang kukuh

(seperti salinan surat doktor, salinan kad temujanji doktor, salinan surat

panggilan temuduga dan lain-lain)

vi. Pelajar perlu mendapatkan kelulusan sama ada daripada:

a. KJPP

b. PP HEP

c. Wakil yang diberi kuasa

vii. Pelajar hendaklah menyerahkan borang kebenaran keluar dan mengimbas

keluar kad pelajar di pondok pengawal. Apabila kembali semula ke kolej

pelajar perlu mengimbas masuk kad pelajar di pondok pengawal.

8.1.2 Hujung Minggu (Sabtu dan Ahad)

i. Semua pelajar dibenarkan keluar bermula jam 7.00 pagi.

ii. Sebelum keluar, pelajar perlu mengimbas kad pelajar di pondok pengawal.

iii. Atas sebab-sebab keselamatan dan kemudahan pengurusan pihak kolej

kediaman, semua pelajar dikehendaki pulang ke kolej sebelumjam 7.00

malam.

iv. Pelajar akan ditahan keluar (outing) selama 30 hari sekiranya gagal kembali

ke kolej sebelum jam 7.00 malam.

v. Ibubapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kolej selepas jam 7.00 malam

walaupun untuk menghantar pelajar.

vi. Apabila kembali semula ke kolej pelajar perlu mengimbas masuk kad pelajar

di pondok pengawal.

8.1.3 Cuti Umum

i. Pelajar tidak dibenarkan keluar outing atau balik bermalam pada cuti umum

kecuali dengan arahan Pengarah/wakilnya.

ii. Ibubapa dibenarkan melawat pelajar di kolej kediaman pada cuti umum.

Page 24: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

20

8.2 Peraturan Balik Bermalam

8.2.1 Hujung Minggu

i. Balik bermalam dibenarkan pada tarikh dan masa yang ditetapkan seperti di

dalam memo yang dikeluarkan oleh Pejabat HEP.

ii. Sebelum keluar, pelajar perlu mengimbas kad pelajar di pondok pengawal.

iii. Pelajar perlu kembali ke kolej sebelum jam 7.00 malam dan mengimbas kad

pelajar.

8.2.2 Balik Bermalam Khas

i. Pelajar boleh balik bermalam khas jika mempunyai urusan yangpenting

seperti:

a. Temujanji doktor

b. Menghantar atau menjemput ibu/bapa menunaikan haji/umrah

c. Menghadiri temuduga

d. Kenduri kahwin ahli keluarga terdekat

e. Sakit yang memerlukan rawatan lanjut

f. Sakit yang berjangkit

Pelajar hendaklah mempunyai surat sokongan atau bukti yang kukuh

(seperti surat daripada penjaga yang sah, surat doktor dan lain-lain).

ii. Pelajar perlu mengisi borang balik bermalam yang bolehdidapati di kaunter

HEP atau kaunter felo.

iii. Pelajar perlu mendapatkan kelulusan sama ada daripada:

a. KJPP

b. PP HEP

c. Wakil yang diberi kuasa

iv. Pelajar perlu ke pondok pengawal untuk menyerahkan borang kebenaran

dan mengimbas kad pelajar .

Pelajar hendaklah membuat permohonan balik bermalam sekurang-

kurangnya TIGA hari lebih awal.

8.2.3 Balik Kecemasan

i. Merujuk kepada balik bermalam yang tidak dirancang, dan terdapat kejadian

yang tidak diingini yang memerlukan pelajar balik segera.

ii. Kecemasan yang merujuk kepada:

a. Kematian ahli keluarga terdekat*.

b. Kemalangan ahli keluarga terdekat*.

c. Ahli keluarga terdekat* dimasukkan ke wad secara

Page 25: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

21

tiba-tiba.

d. Pelajar mengalami sakit yang kronik atau kecederaan

yang memerlukan rawatan lanjut.

*Ahli keluarga terdekat merujuk kepada ibu / bapa / penjaga / adik beradik /

nenek / datuk.

iii. Jika pelajar mendapat berita kecemasan pada waktu P&P dan ingin balik

pada waktu tersebut, mereka perlu ke kaunter HEP.

iv. Pelajar perlu mengisi borang balik bermalam kecemasan.

v. Pelajar perlu mendapatkan kelulusan daripada:

Waktu P&P/Pejabat:

a. Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar

b. PP HEP

c. Wakil yang diberi kuasa

Di luar waktu P&P/pejabat:

a. Ketua Felo

b. Felo Bertugas

c. Felo Blok

d. Wakil yang diberi kuasa

vi. Pastikan borang tersebut diserahkan kepada pengawal di pondok pengawal.

8.3 Peraturan Balik Bercuti

8.3.1 Balik bercuti merujuk kepada cuti yang ditentukan oleh kolej/cutisemester/cuti

pertengahan semester / balik bermalam wajib.

8.3.2 Semua pelajar dikehendaki balik / meninggalkan kawasan kolej untuk cuti-cuti yang

telah ditentukan oleh kolej, cuti semester, cuti pertengahan semester dan balik

bermalam wajib.

8.3.3 Pelajar dibenarkan balik bercuti pada hari terakhir perkuliahan sahaja.

8.3.4 Pelajar dikehendaki mengosongkan asrama selewat-lewatnya jam 10.00 malam pada

tarikh akhir kuliah.

8.3.5 Pelajar yang keluar atau balik bermalam diwajibkan kembali ke kolej sebelum

jam 7.00 malam.

8.4 Urusan menyahsekat(unblock)Kad Matrik Pelajar

8.4.1 Pelajar perlu menyemak status kad matrik selewat-lewatnya 2 hari sebelum keluar

outing / balik bermalam.

Page 26: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

22

8.4.2 Semakan status kad matrik boleh dibuat di Pejabat HEP pada waktu rasmi dan di

Kaunter Felo bertugas mengikut masa operasi seperti yang termaktub dalam perkara

10.0.

8.4.3 Berikut adalah jenis kesalahan yang mengakibatkan kad matrik pelajar akan disekat,

serta pihak yang perlu pelajar rujuk sekiranya mahu menyahsekatan (unblock) status

kad berkenaan:

i. Felo Blok

Balik lewat / tidak hadir perjumpaan blok / membuat bising dalam blok / tidak

mengosongkan asrama pada hari kuliah di antara jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi /

tidak mengosongkan asrama pada setiap Khamis bermula 7.30 malam hingga 9.00

malam / tidak menjaga kebersihan bilik / membawa peralatan terlarang dan

seumpamanya.

ii. PPHEP

Semua salah laku disiplin yang dilakukan oleh pelajar seperti ponteng kelas / tidak

hadir perhimpunan pelajar / tidak patuhi etika pakaian / tidak memakai kad matrik /

melanggar memo arahan yang dikeluarkan oleh pihak kolej / tingkahlaku tidak sopan /

dan pelanggaran semua peraturan kolej.

iii. Penyelaras program

Tidak hadir ke program yang dianjurkan oleh Unit seperti MEPro / Bicara An-nisa /

Meka / Kumbe / kelas tambahan / tidak hantar tugasan / dan seumpamanya.

8.4.4 Untuk menyahsekat (unblock) kad matrik, setiap pelajar perlu berbincang dengan

Felo/PPHEP/Penyelaras program bergantung kepada kesalahan yang dilakukan

mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pegawai berkenaan.

8.4.5 Bagi membuat rayuan menyahsekat (unblock) kad matrik, pelajar perlu

mengemukakan bukti dan sebab yang kukuh semasa berbincang dengan pegawai

berkenaan.

8.4.6 Felo bertugas boleh menyahsekat(unblock) kad matrik pelajar dengan kebenaran

Felo Blok/PPHEP/Penyelaras program berkenaan.

8.5 Disiplin tingkah Laku Pelajar Semasa Berada Di Luar Kawasan Kolej

8.5.1 Setiap pelajar perlu menjaga tingkah laku semasa berada di luar kolej iaitu perlu

menjaga nama baik agama, keluarga dan kolej.

(Akta 174: Kaedah 3a).

Page 27: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

23

8.5.2 Premis larangan yang tidak boleh dikunjungi oleh pelajar semasa berada diluar

kawasan kolej seperti premis-premis hiburan yang berunsur maksiat,perjudian /

pelacuran / disko / tempat minuman keras / memabukkan.

8.5.3 Pelajar dilarang menyewa kenderaan sama ada keretaatau motosikal untuk tujuan

outing atau balik bermalam.

8.5.4 Pelajar yang menggunakan perkhidmatan Grab Car/Uber/ ”Prebet Sapu” hendaklah

menanggung sendiri sebarang risiko yang akan berlaku seperti keselamatan dan

kelewatan pulang ke kolej.

8.5.5 Pelajar dilarang menyewa hotel, rumah tumpangan dan seumpamanya tanpa

kehadiran ibubapa.

9.0 PEMBELIAN BARANG ONLINE

9.1 Setiap pelajar tidak dibenarkan membeli barang online selain untuk kegunaan peribadi sahaja.

9.2 Kegunaan Peribadi merujuk barang keperluan untuk kegunaan diri sendiri sahaja. Contoh:

Makanan tambahan (supplement)

Peralatan mandian (toiletries)

Buku rujukan

Pakaian untuk kegunaan sendiri

9.3 Barang yang terlarang untuk di bawa seperti yang termaktub di dalam perkara 3.1.13 dan

perkara 3.4 adalah tidak dibenarkan sama sekali.

9.4 Pihak HEP / Felo / Penyelia Asrama berhak membuka barang onlinesekiranya:

Dipesan dalam kuantiti yang banyak dan saiz yang besar

Berat bungkusan yang melebihi 5 kilogram

Bungkusan yang diragui

9.5 Pihak kolej juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan barang-barang

online tersebut dan sebarang kesan hasil penggunaan barang tersebut.

9.6 Pelajar perlu mendapatkan kebenaran daripada Pejabat HEP sebelum membeli barang online

untuk :

Kegunaan Jawatankuasa/kelab/persatuan/praktikum.

Barang selain yang dibenarkan dalam perkara 9.2

Yang bersaiz besar dan berat melebihi 5 kilogram

Page 28: PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA … · 5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki 5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan 13-15 ... memberi satu panduan kepada para pelajar dalam

24

AKU JANJI

PENERIMA PERINCIAN BUKU PERATURAN PELAJAR

KOLEJ KEDIAMAN KOLEJ MATRIKULASIMELAKA

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

Kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Melaka:

1. Saya,...................................................................................................................................................................

No. Matrik : .................................................. dengan ini mengaku bahawa saya telah membaca dan

memahami Perincian Buku Peraturan Pelajar Kolej MatrikulasiMelaka

2. Dan saya juga berjanji untuk mematuhi semua peraturan sama ada secara bertulis atau lisan yang telah

ditetapkan oleh Kolej Matrikulasi Melaka pada setiap masa.

3. Saya juga berjanji akan menjaga nama baik Kolej Matrikulasi Melaka.

Tandatangan Pelajar : ...................................................................................

No Bilik : ...................................................................................

Tarikh : ...................................................................................

: ...................................................................................

Saksi,

Tandatangan Felo : ...................................................................................

Nama Felo : ...................................................................................

Tarikh : ...................................................................................