program kokurikulum - stleonards.vic.edu.au · bengkel penulis kelab, aktiviti dan pertandingan...

2
Program Kokurikulum Pendidikan St Leonard’s mencakup kurikulum akademik, program penjagaan pastoral, dan program kokurikulum yang kaya dan beragam. Kami menganggap seap unsur ini penng bagi pelajar kami menjadi manusia dewasa yang sebaik-baiknya. Khususnya, program kokurikulum kami menawarkan peluang di luar bilik darjah, untuk pelajar menemui dan membina kemahiran, minat dan kesedaran sedunia, serta membongkar bidang kegemaran dan bakat yang akan menjadi bekal hidup mereka. Melalui program kokurikulum, pelajar dapat merasakan diri mereka bertempat di dunia ini dan dapat berjasa kepada masyarakat. Seap akvi direka dengan teli dan bermbang rasa demi perkembangan dan pembangunan intelek, peribadi, jasmani, sosial dan emosi seap individu. Kami terkenal dengan pementasan teater dan persembahan muzik yang hebat, serta pembahas yang cerdas tangkas. Seap tahun, kalendar Kolej penuh dengan berbagai-bagai konsert, rombongan persembahan di luar negara, serta pementasan muzik dan teater. Pasukan sukan kami berjaya dalam aneka bidang yang bermanfaat kepada kesihatan dan kemampuan fizikal mereka, selain memberi peluang untuk menjalin persahabatan baharu dan mendedahkan bakat dan minat yang baharu. Kami juga menawarkan berbagai-bagai peluang untuk pelajar menikma akvi luar, melalui perkhemahan dan pembelajaran pengalaman di pusat perkhemahan kekal kami di tepian pantai Semenanjung Banksia. Program kepimpinan pelajar dan akvi pembangunan diri memupuk perkembangan sosial, emosi, kemahiran dan kematangan seap pelajar. Program kokurikulum juga mengutamakan keadilan sosial dan membantu pelajar memahami penngnya menghorma, menyokong dan menyayangi orang lain, sambil mencabar mereka supaya bergiat bukan sekadar untuk mengumpul dana tetapi dengan menyumbangkan masa dan bakat. Selain itu, pelajar digalakkan supaya memikirkan tempat mereka di dunia ini, dan memahami bahawa keismewaan hidup membawa tanggungjawab yang besar. Di seap peringkat umur dan perkembangan, pelajar meneroka bakat dan sumbangan mereka kepada dunia dengan cara yang posif. Program kokurikulum kami beragam, dinamik dan menawarkan sesuatu untuk setiap pelajar. stleonards.vic.edu.au ABN 52 006 106 556 | CRICOS 00343K

Upload: buidan

Post on 07-May-2019

395 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Program Kokurikulum

Pendidikan St Leonard’s mencakup kurikulum akademik, program penjagaan pastoral, dan program kokurikulum yang kaya dan beragam. Kami menganggap setiap unsur ini penting bagi pelajar kami menjadi manusia dewasa yang sebaik-baiknya. Khususnya, program kokurikulum kami menawarkan peluang di luar bilik darjah, untuk pelajar menemui dan membina kemahiran, minat dan kesedaran sedunia, serta membongkar bidang kegemaran dan bakat yang akan menjadi bekal hidup mereka. Melalui program kokurikulum, pelajar dapat merasakan diri mereka bertempat di dunia ini dan dapat berjasa kepada masyarakat. Setiap aktiviti direka dengan teliti dan bertimbang rasa demi perkembangan dan pembangunan intelek, peribadi, jasmani, sosial dan emosi setiap individu.

Kami terkenal dengan pementasan teater dan persembahan muzik yang hebat, serta pembahas yang cerdas tangkas. Setiap tahun, kalendar Kolej penuh dengan berbagai-bagai konsert, rombongan persembahan di luar negara, serta pementasan muzik dan teater.

Pasukan sukan kami berjaya dalam aneka bidang yang bermanfaat kepada kesihatan dan kemampuan fizikal mereka, selain memberi peluang untuk menjalin persahabatan baharu dan mendedahkan bakat dan minat yang baharu. Kami juga menawarkan berbagai-bagai peluang untuk pelajar menikmati aktiviti luar, melalui perkhemahan dan pembelajaran pengalaman di pusat perkhemahan kekal kami di tepian pantai Semenanjung Banksia.

Program kepimpinan pelajar dan aktiviti pembangunan diri memupuk perkembangan sosial, emosi, kemahiran dan kematangan setiap pelajar. Program kokurikulum juga mengutamakan keadilan sosial dan membantu pelajar memahami pentingnya menghormati, menyokong dan menyayangi orang lain, sambil mencabar mereka supaya bergiat bukan sekadar untuk mengumpul dana tetapi dengan menyumbangkan masa dan bakat. Selain itu, pelajar digalakkan supaya memikirkan tempat mereka di dunia ini, dan memahami bahawa keistimewaan hidup membawa tanggungjawab yang besar. Di setiap peringkat umur dan perkembangan, pelajar meneroka bakat dan sumbangan mereka kepada dunia dengan cara yang positif.

Program kokurikulum kami beragam, dinamik dan menawarkan sesuatu untuk setiap pelajar.

stleonards.vic.edu.au ABN 52 006 106 556 | CRICOS 00343K

stleonards.vic.edu.au ABN 52 006 106 556 | CRICOS 00343K

Program Kokurikulum

LANJUTAN AKADEMIK

Dekatlon da Vinci

Penyelesaian Masalah Akan

Datang

Pakar Ejaan

Pertandingan Kecerdasan

Bengkel Penulis

KELAB, AKTIVITI DAN

PERTANDINGAN

Kelab Seni

Catur

Kelab Pengekodan

Bahas

Kelab Permainan Komputer

Kelab Berkebun

Aktiviti Rumah

Kelab Kesedaran Masyarakat

Asli

Model Bangsa-Bangsa Bersatu

Kelab Falsafah

Kelab Pidato

Robotik

Pertandingan Sains

Kelab STEM

Lawatan Kajian – Asia Tenggara dan Masyarakat Asli Australia

KEPIMPINAN

Sokongan Sebaya

Kumpulan Keadilan Sosial

Majlis Pelajar

PERSEMBAHAN MUZIK

3 Band

7 Orkestra

9 Koir

3 Kumpulan Gitar

6 Kumpulan Jazz

6 Kumpulan Muzik Chamber

Lawatan Muzik Antarabangsa

PENDIDIKAN LUAR

Perlumbaan Kembara

Anugerah Duke of Edinburgh

Perkhemahan Kecergasan

Cabaran Hillary

Sukan Salji

SENI PERSEMBAHAN

Membuat kostum pentas

Kru Dandanan/Rambut

Teater dan muzikal

Kru Pentas

Kru Teknikal

SUKAN

Atletik

Bola Sepak Australia

Badminton

Bola Keranjang

Bola Tampar Pantai

Sukan Sorakan

Kriket

Rentas Desa

Futsal

Golf

Gimnastik

Hoki

Karate

Kayak

Menyelamat Nyawa

Bola Jaring

Kelab Berlari

Belayar

Bola Sepak

Bola Lisut

Aerobik Sukan

Sukan Ombak

Berenang

Tenis Meja

Tenis

Ragbi Sentuh

Triatlon

Bola Tampar

Yoga

Cocurricular Program - MAL