profesionlaisme kerja kursus

Upload: muhammad-izzat

Post on 11-Oct-2015

121 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kerja kursus

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAKKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN(PISMP SEKOLAH RENDAH)SEMESTER 8, AMBILAN JANUARI 2011------------------------------------------------------------------------------------------------------KERJA KURSUS KEPIMPINAN DAN PROFESIONALISME PEMBANGUNAN KEGURUAN-------------------------------------------------------------------------------------------------------------NAMA PELAJAR : NURUL NADIA BINTI REDZUAN NOMBOR MATRIK : 2009 / 5642NOMBOR KAD PENGENALAN : 910619-13-5826KUMPULAN / UNIT : PISMP 1111 SAINSKOD DAN NAMA SUBJEK : SCE 3111PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK MANOGARAN A/L SUBRAMANIAMIsi kandunganBil. muka surat

Profil

Halaman Pengakuan

Soalan Tugasan

Penghargaan

Pengenalan

Kesimpulan

Rujukan

Refleksi

NAMA:NURUL NADIA BINTI REDZUAN NOMBOR KAD PENGENALAN:910619-13-5826

TARIKH LAHIR:19 jun 1991

TEMPAT LAHIR:HOSPITAL BESAR SARIKEI, SARAWAK.

BANGSA:MELAYU

AGAMA:ISLAM

ALAMAT RUMAH:LOT 161 JALAN BUNGA RAYA , 96100 SARIKEI SARAWAK.

NOMBOR TELEFON:0109620154 / 0145995019

E-MAIL:[email protected].

HALAMAN PENGAKUAN

Dengan ini, saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan: .Nama Penulis: ..Tarikh: .

SOALANTUGASAN

Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim. Terutama sekali, kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pensyarah kami, Encik Manogaran A/L Subramaniam atas segala tunjuk ajar yang telah banyak diberikan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini. Sesungguhnya, segala tunjuk ajar yang diberikan kepada kami amatlah kami hargai. Di samping itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan- kawan sekelas atas segala bimbingan dan sokongan yang diberikan. Sesungguhnya, segala budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya tunjuk ajar tidak akan saya lupakan. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam sama-sama menjayakan kerja kursus ini secara langsung ataupun tidak langsung kerana tanpa kerjasama semua, maka kerja kursus ini tidak akan dapat disiapkan dengan jayanya. Sekian, terima kasih.

Pengenalan

Kerja kursus ini merupakan tugasan bagi subjek Kepimpinan Dan Profesionalisme Pembangunan Keguruan. Dalam kerja kursus ini, bagi tugasan pertama, saya bersama pasangan saya dikehendaki untuk me laksanakan pemerhatian tentang sekurang-kurangnya satu aspek kecemerlangan (atau kegagalan) sekolah di mana saya menjalani program internship dan menghasilkan satu penulisan bagi menjelaskan perincian tentang bukti-bukti kecemerlangan (atau kegagalan) tersebut. Kami juga diminta untuk melampirkan bukti-bukti pemerhatian. Bagi tugasan kedua pula, secara individu, saya perlu menghasilkan satu penulisan bagi memperjelaskan faktor-faktor kecemerlangan (atau kegagalan) dan mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari daripada pelbagai topik yang relevan dalam kursus ini.

Untuk tugasan ketiga, kami diminta untuk menyediakan satu rangka terperinci (detailed outline) tentang sebuah Sekolah Idaman saya sekiranya anda dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sekolah tersebut. Dalam pada itu, saya juga perlu merujuk kepada teori-teori relevan yang telah dipelajari melalui pelbagai topik dalam kursus ini. Pada pendapat saya, tugasan ini amat bermanfaat bagi kami sebagai bakal guru . Sesungguhnya, banyak ilmu pengetahuan yang telah kami perolehi dan diharap , segala ilmu pengetahuan ini dapat kami aplikasikannya sepanjang perkhidmatan kami sebagai guru kelak. Insyaallah.

bukti-bukti kecemerlangan( Pasangan)

Faktor-Faktor Kecemerlangan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tarat atau nama ringkasnyaSK Tarat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang mempunyai faktor kecemerlangan yang tertentu. Antara faktor kecemerlangan yang boleh dilihat di sekolah ini adalah melalui kecemerlangan kokurikulumnya iaitu pertandingan sukan badminton. Bagi pendapat saya, antara faktor kecemerlangan sukan badminton pada sekolah ini adalah penguasaan ilmu yang mendalam serta kecekapan dalam bidang tersebut. Ini adalah merupakan salah satu ciri dalam suatu profesion bagi mendorong kecemerlangan telah dinyatakan oleh Ornstein dan Levine (1993) , Adalah

Di samping itu, antara faktor kecemerlangan sukan badminton dalam yang agak jelas terlihat adalah kerana guru-guru di sekolah tersebut mempunyai ciri ciri guru professional. Ini dibuktikan oleh Abdul Shukor Abdullah ( 1998 ) iaitu sikap professional adalah merupakan faktor yang penting dalam menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.

Antara faktor kecemerlangan yang lain adalah hubungan yang mesra antara komuniti.

Dalam pada itu, menurut McEwan (2002)

Dorongan oleh misi dan passionate Positif dan benar

Teori Keprihatinan (Fuller 1969)- Peringkat Keprihatinan Diri- Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas- Peringkat Impak

Kepimpinan ialah proses mempengaruhi individu dan kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat".

Sebagai seorang pemimpin, tugas anda ialah untuk mengimbangi beberapa tuntutan atau keperluan, seperti keperluan diri, kumpulan dan organisasi. Mengikut John Adair pula, tugas pemimpin ialah untuk mengimbangi antara keperluan-keperluan tugas, pasukan dan individu"Aktiviti untuk mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objekti kumpulan dan organisasi."(Jaafar Muhammad).

"Satu usaha mempengaruhi individu untuk mengikut ke arah pencapaian matlamat yang sama". (Koontz & O'Donnell).

Pemimpin demokratik: melibatkan pengikut dalam pembuatan keputusan. Biasanya disukai ramai kerana pengikut merasa mereka dihargai dan ada rasa pemilikan dan kekitaan.Dalam tulisannya Leadership Dynamic, Hollander (1978) mendefinasikan kepimpinan sebagai satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut. Meskipun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih Pengurusan Persatuan dan Kelab bergantung kepada pujukan dari paksaan. Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Daripada pelbagai definisi yang dikemukakan di atas maka dapatlah dirumuskan seperti berikut:i. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik.Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi.ii. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki perancangan sendiri yang mantap..2 Kepimpinan BerperikemanusiaanKepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya. Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan.3.3 Kepimpinan DemokrasiStail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.

Pada dasarnya stail kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu:3.1 Kepimpinan Autokratik

4.1 Drucker (1985) berpendapat kejayaan sesebuah organisasi adalah tanggungjawab eksekutif. Bagi organisasi seperti universiti, kejayaannya adalah tanggungjawab Kumpulan Pengurusan. Mereka bertanggungjawab terhadap prestasi sendiri, pekerja, hasil serta kualiti perkhidmatan.4.2 Edmond (1978) berpendapat principals can make a difference, yang membawa maksud bahawa sesebuah organisasi boleh dimajukan dan kemajuannya berpunca daripada kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan memupuk kerjasama antara pengurusan dan pekerja di dalam pelbagai aktiviti organisasi merupakan prasyarat penting kepada kepimpinan berkesan.Penyelidikan yang dibuat oleh pakar-pakar pengurusan menyatakan ciri-ciri yang lazim ada pada kepimpinan yang berkesan ialah :i. Semangat mereka mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan, tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk berjaya.ii. Kejujuran dan integriti- mereka mempunyai sikap terbuka, boleh dipercayai, jujur dan boleh diharapkan.iii. Dorongan kepimpinan- mereka mempunyai hasrat yang tinggi mahu mempengaruhi individu lain supaya menyokong usaha mencapai tujuan dan matlamat yang sudah ditetapkan oleh pemimpin.iv. Keyakinan diri- mereka sangat pEDU3108 - Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Keguruan: August 2012

Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role ModelNilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

Bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020, transformasi dalam bidang pendidikan perlu dilakukan secara berterusan terutama bagi melahirkan modal insan yang holistik yang mampu mengharungi segala cabaran sama ada di peringkat domestik atau global.

Tidak dapat dinafikan bidang pendidikan merupakan asas utama kepada pembangunan negara. Dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan pendidikan itu, peranan kepimpinan pengetua sering dijadikan fokus utama.Dalam hal ini pencapaian sesebuah sekolah tidak dilihat dari pencapaian akademik semata-mata tetapi yang lebih penting dapat melahirkan pelajar yang holistik iaitu mempunyai kemahiran intelek, sosial, fizikal dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi dan keadaan.Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor kejayaan sesebuah sekolah dan ramai di kalangan mereka berpendapat peranan pengetua dan ditambah memiliki ilmu kepengetuaan adalah faktor yang signifikan. Kepimpinan yang berkualiti dan holistik akan dapat mengubah sekolah yang hanya dalam keadaan biasa kepada sekolah yang berkesan atau cemerlang.Dalam usaha untuk melahirkan sekolah cemerlang itu, ada beberapa kriteria yang perlu dimiliki oleh pengetua, antaranya mereka mestilah merupakan seorang yang berwawasan.Pengetua perlu mempunyai visi dan misi untuk menjadikan sekolahnya sebagai sekolah cemerlang. Di samping itu, mereka juga hendaklah sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang holistik iaitu memiliki pelbagai kemahiran dan kebolehan serta bersedia menghadapi sebarang persaingan dan cabaran.Oleh itu, bagi mencapai hasrat tersebut sebagai pemimpin utama di sekolah mestilah mempunyai perancangan dan strategi tertentu. Bagi mencapai hasrat tersebut mereka juga perlu mendapat sokongan dan kerjasama kuat daripada semua peringkat warga sekolah.

Bagi mencapai matlamat ke arah negara maju seperti yang digariskan dalam dasar negara, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan pelan dan garis panduan tertentu untuk dilaksanakan oleh semua sekolah.

Justeru pengetua mestilah berupaya untuk memahami dan sentiasa mengamalkan dasar-dasar yang telah disediakan, keupayaan untuk menterjemahkan dasar kepada tindakan memerlukan kemahiran tertentu yang dimiliki oleh pengetua berkenaan. Di sinilah letaknya perbezaan antara seorang pengetua dengan yang lain.Dari segi peribadi pengetua yang berkesan kebiasaannya memiliki sifat dedikasi, bertanggungjawab, berkeyakinan tinggi dan tidak mudah berputus asa. Bukanlah suatu yang mudah untuk mentadbir ratusan orang guru dan beribu bilangan pelajar di sesebuah sekolah.Hal ini belum lagi berhadapan dengan pelbagai kerenah ibu bapa. Namun demikian perancangan yang rapi dan ditambah dengan keupayaan peribadi kebiasaannya segala masalah dan halangan dapat diatasi dengan mudah.Kemahiran atau memiliki ilmu kepengetuaan akan dapat membantu pengetua melaksanakan tugas dengan lancar. Pendekatan kepimpinan yang holistik dengan menggunakan pelbagai gaya kepimpinan akan dapat mempengaruhi orang bawahannya supaya bekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Dengan kata lain pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang berkebolehan menggunakan pelbagai stail kepimpinan mengikut situasi dan keadaan.Pengurusan sumber manusia terutama keupayaan menguruskan guru dan pelajar secara berkesan akan dapat membantu mencapai matlamat sekolah dengan cepat. Guru merupakan aset penting kepada sekolah.Dengan memberikan empowerment dan kepercayaan akan membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan yakin dan sedia memberi sokongan kepada perancangan yang telah disediakan. Pengetua yang berkesan tidak akan mengabaikan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti. Pelbagai aktiviti perlu diadakan secara berterusan seperti majlis jamuan makan malam, gotong royong atau solat hajat.Masalah disiplin pelajar, kekurangan dana dan sebagainya dapat diatasi melalui perkongsian pintar dengan pihak-pihak di luar sekolah terutama dengan ibu bapa.Peranan pengetua adalah penting bagi membantu merealisasikan dasar-dasar kerajaan khususnya dalam melahirkan warga negara yang kompeten, bertanggungjawab dan sedia menghadapi cabaran masa depan.

Modal insan yang juga dikenali sebagai pembangunan sumber manusia merupakan antara agenda utama dalam perealisasian Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) . RMK-9 yang dilancarkan oleh Perdana Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi fokus kepada unsur ini memandangkan manusia itu sendiri akan berperanan dengan begitu ketara pembangunan justeru mampu membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Konsep pembangunan modal insan ini adalah proses untuk membentuk insan yang baik, kamil dan berguna, bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada masyarakat, agama dan negara.

8. CIRI-CIRI SEKOLAH YANG BERJAYAKepemimpinan pengetua dan jawatankuasa pengurusan yang dinamis dan berkesan Guru dan kakitangan amanah,ikhlas, memiliki sifat kecindan dan tidak mementingkan diri sendiri. Keadaan fizikal dan mental yang sihat ahli-ahli dalam komuniti sekolah Kemahiran berkomunikasi oleh semua warga sekolah Kebolehan pengurusan sekolah menganalisis masalah Kebolehan pengurusan sekolah membuat keputusan Keterampilan pemimpin pelajar Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sistematik Pengurusan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang tersusun Visi dan misi yang dinyatakan kepada semua warga sekolah dengan jelas Keceriaan sekolah diberi keutamaan Fokus ke arah pembinaan sahsiah dan peribadi pelajar

Saya merumuskan bahawa agenda pembangunan modal insan ini perlu diutamakan dalam proses pembangunan negara kita kerana menjadi pemangkin yang bakal mencorakkan tahap ketamadunan bangsa kita. Kita perlu berfikir dan bertindak secara produktif . Pendidikan merupakan faktor penting terhadap usaha ini.

Sekolah Idaman

Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat untuk murid menimba ilmu pengetahuan. Sekolah ibarat rumah kedua kepada pelajar kerana di sinilah sebahagian besar masa murid digunakan untuk belajar. Sebagai rumah kedua ,sudah pastinya sekolahperlu mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk memberikan keselesaankepada para penghuninya.Di sini, saya telah menyediakan sediakan satu rangka terperinci tentang sebuah Sekolah Idaman saya sekiranya saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sekolah tersebut. Antara ciri-ciri sekolah idaman yang saya inginkan adalah:1. Mempunyai guru yang berdedikasi,bertanggungjawab dan berkasih sayang dalam menjalankan tugasnya Untuk memastikan murid memperoleh ilmu pengetahuan yang sewajarnya , mereka sememangnya memerlukan warga guru yang bertanggungjawab dan berdedikasi terhadap tugas menyampaikan ilmu pengetahuan. Guru-guru juga perlu menyemaikan perasaan kasih sayang kepada anak didiknya supaya mereka akan sentiasa dihormati dan bukan ditakuti. Berdasarkan Teori Maslow, kasih sayang amat penting untuk mendapatkan hubungan yang mesra. Kebiasaan yang berlaku di dalam kelas, pelajar akan mudah berasa terganggu apabila terjadi perkelahian antara satu sama lain serta tidak diberikan perhatian oleh guru. Mereka berasakan diri dan emosi mereka berada di dalam keadaan yang tidak stabil menyebabkan tumpuan dalam proses pembelajaran mereka terjejas. Sikap kepekaan dan keprihatinan guru yang bertanggungjawab terhadap anak muridnya perlu demi menjaga keselamatan murid-murid mereka. Hasil penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958) berdasarkan kajiannya turut menunjukkan betapa pentingnya perdampingan dan sentuhan orang dewasa kepada seseorang kanak-kanak.Guru yang boleh dijadikan model kepada anak didik. Menurut Albert Bandura dalam teori perlakuan model, beliau menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan. Dalam pada itu, beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

3. Mempunyai murid-murid sekolah yang berdisiplin. Hal ini kerana disiplin yang baik menjadi asas kepada suasana sekolah yang tenteram dan harmoni. Jika keadaan sekolah tidak terkawal kerana masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar sudah pasti proses penerimaan ilmu pengetahuan kepada pelajar akan terganggu. Hal yang sedemikian turut berlaku di dalam kelas. Pelajar-pelajar memerlukan keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk disiplin. Oleh itu dari peringkat awal lagi, kanak-kanak perlu diajar mengenai disiplin. Mereka perlu dididik dengan kaedah-kaedah bagi mendisiplinkan diri mereka sendiri. Sebagai seorang yang lebih berpengalaman, wajarlah guru memainkan peranannya dalam mendidik dan mengajar kanak-kanak akan hal ini.

Memiliki kemudahan fizikal sekolah yang lengkap dan mencukupi untuk menampung bilangan anak murid Kemudahan fizikal yang lengkap akan membolehkan pelajar belajar dengan selesa dan para guru dapat mengaplikasikan pengunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah-mempunyai rangkaian akses internet,projector LCD, CCTV, komputer riba, penghawa dingin dan alatan kerusi meja yang fleksibel dan selasa. Perpustakaan, makmal computer,bilik guru dan dewan turut mempunyai penghawa dingin. Perpustakaan yang lebih besar supaya boleh menyimpan lebih banyak buku dan juga mempunyai ruang untuk murid-murid mengulangkaji ataupun membaca buku.Hal ini disebabkan ada murid yang suka datang ke perpustakaan untuk meminjam buku ataupun membaca pada masa lapang atau pada waktu rehat Tidak dilupakan juga, kemudahan fisiologi murid seperti kantin sekolah yang menyediakan makanan yang berkhasiat untuk para murid. Membicarakan teori motivasi Maslow dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu atau terjejas. Kemudahan sukan: seperti peralatan sukan, padang sekolah, padang badminton, bola jaring, bola sepak dan kolam renang. Kemudahan-kemudahan ini penting kerana, bagi mewujudkan murid yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademiknya, malah juga cemerlang dari segi jasmaninya. Secara tidak langsung, dengan wujudnya kemudahan-kemudahan yang lengkap ini, kebarangkalian untuk sekolah melahirkan atlet seperti Pandelela Rinong akan lebih tinggi. Pada pendapat saya, dengan mewujudkan kemudahan fizikal sebegini, barulah murid mudah untuk menumpukan sepenuhnya perhatian dalam pelajaran. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran.

5. Persekitaran sekolah yang mempunyai landskap yang cantik dan bersih. Dalam pada itu, kebersihan juga merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, persekitaran yang bersih dan landskap yang menarik akan memberikan ketenangan dan ketenteraman kepada setiap warga di sekolah. Landskap seperti taman sekolah ataupun kolam ikan juga boleh mewujudkan persekitaran yang cantik serta menarik bagi memberi murid perasan yang tenang dan sayang pada sekolah.

6. Buku-buku sekolah dikurangkan atau ditukarkan kepada penggunaan teknologi seperti ipad . Dengan adanya pengaplikasian teknologi sebegini, maka ianya bukan sahaja memudahkan para murid, malah turut juga meringankan beban guru kerana boleh menjalankan sesi PdP dengan menggunakan ICT. Para murid juga tidak perlu membawa buku teks yang berat apabila datang ke sekolah. Perkara ini diperkukuhkan lagi dalam teori belajar Jerome Bruner, beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak murid, serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan mereka.

7. Persekitaran pembelajaran serta perancangan yang sesuai Persekitaran seperti bilik darjah yang terurus dengan baik, selesa, ceria dan menarik menjadi idaman guru kerana ia membolehkan murid mengikuti pengajaran dengan mudah dan berkesan. Suasana yang aman, tenang, dan tenteram juga mampu mempengaruhi pemikiran murid. Dalam hal pembelajaran, guru harus menyedari hakikat bahawa perkembangan diri bagi setiap kanak-kanak sebenarnya adalah berbeza. Oleh yang demikian, semua perancangan yang melibatkan aktiviti, kandungan, pemilihan bahan, strategi pengajaran dan sebagainya harus sesuai dengan perkembangan diri kanak-kanak ketika itu. Seperti yang dinyatakan Mok Soon Sang (2002), Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) juga terdapat pada manusia yang membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara baru. Teori ini merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba bagi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.Sebagai contoh, apabila guru mengajarkan sesuatu tajuk baharu kepada murid, guru hendaklah menyediakan bahan dan aktiviti yang sesuai untuk merangsang celik akal murid dalam memahami isi pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru.

8. Bilangan murid pada tiap kelas hanya 20 orang sahaja pada setiap kelas.Bilangan murid yang optimum menjamin sesi pembelajaran yang lebih efektif dan teratur. Semasa sesi PdP, guru dapat mengajar dengan lebih mudah dan terkawal. Selain itu, bilangan murid yang kecil juga membantu guru untuk memberi fokus kepada pelajar yang lemah dalam pembelajaran tersebut. Fokus yang lebih utama dapat diberikan kepada pelajar yang lemah bagi membantu mereka meningkat kefahaman degan lebih baik.

Penutup

Sebagai guru, kita mestilah menunaikan tanggungjawab yang diberikan sebaiknya kerana itu adalah amanah daripada Allah. Guru hendaklah menunjukkan keghairahan dalam proses P&P kerana aura positif ini boleh mempengaruhi pelajar-pelajar kita agar mereka berminat untuk belajar. Selain itu, guru juga harus menunjukkan sikap kasih sayang dan berperikemanusiaan supaya pelajar-pelajar merasakan diri mereka diterima dan dihargai.Sebagai guru yang berdedikasi, kita seharusnya memberikan peluang dan ruang kepada pelajar-pelajar kita menyuarakan pendapat atau permasalahan mereka. Sekiranya mereka diberikan peluang tersebut, nescaya lebih mudah untuk kita mendekati para pelajar. Di samping itu,kita mesti membantu mereka dengan memberikan sokongan dan panduan agar mereka boleh mengatasi masalah pembelajaran dengan betul dan berkesan. Guru yang baik juga perlu bijak dalam memberikan ganjaran atau peneguhan yang bersesuian setiap kali pelajar memberikan tindak balas yang diingini semasa proses P&P. Galakan dan motivasi juga sangat diperlukan untuk mengatasi masalah pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar. Sekolah boleh di ibaratkan seperti sebuah rumah. Kita memerlukan sebuah rumah yang cantik, selesa dan tenteram untuk didiami. Begitu juga halnya dengan sekolah iaitu tempat setiap pelajar menimba ilmu pengetahuan.

Kamus Dewan, Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2007.Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.Dr Wan Shamsuddin Bn Wan Mamat (Disember 1998). Pengisian Wawasan Pendidikan Negara Menuju Abad 21.http://citacita.tripod.com/nota/wawasdidik.htm%20online%20on%2024/02/2008.Dr Ismail Zain, Pendidikan Bertaraf Dunia Ke Arah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.http://www.tutor.com.my/online on 24/02/2008Mak Soon Sang (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3: Profesional Keguruan) Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Subang Jaya.Mohamad Bin Muda (1991), Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Cabaran Dan Harapan dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru.Professor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak (26-28 Disember 2006). Peningkatan Kualiti Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Di Aceh, Prosiding Persidangan Antarabangsa Pembangunan Aceh, UKM Bangi. http://pkukmweb.ukm.my online on 24/02/2008

________________

Shahril @ Charil Marzuki, et. al. (1993) menegaskan guru sebagai pengamalilmu, mempunyai peranan serta tanggungjawab sosial iaitu:-(a) perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran;(b) penyampai ilmu pengetahuan;(c) pembentuk akhlak;(d) pembimbing; dan(e) contoh teladan atau model. Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru mempunyai peranan serta tugas yangamat berat, rumit dan mencabar

Pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti yang dilaksanaguru untuk membentuk dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjahyang membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran(Weber,1999) .

Rujukan:1. Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.2. Drs. Wasty Soemato (1987), Psikologi Pendidikan, Jakarta, PT Bina Aksara.3. Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.4. Lingren (1959), Psychology of Personal and Social Adjustment, Second Edition, New York. American Book Company.5. Mok Soon Sang (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan : Pendidikan di Malaysia dan Psikologi Pendidikan 1. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.6. Moustakas (1953), Children in Play Therapy, New York, McGraw-Hill Book Company.7. Rohaty Mohd. Majzud (1992), Psikologi Perkembangan,Kuala Lumpur,8. Saedah, Zainun, Tunku Mohani (1996). Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd..9. Sufean Hussain (1993). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka