prinsip asas tamadun islam

35
Prinsip 1 : Memelihara Keselamatan Nyawa Tamadun Islam meletakkan keselamatan nyawa di tempat paling utama. Membunuh adalah dilarang sama sekali. Dalam al-Quran menjelaskan : „”Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri . Sesungguhnya Tuhan itu penyayang kepadamu” (al-Nisa, 29) Dalam ayat yang lain Allah menjelaskan: “Bahawa siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka bererti orang itu telah membunuh manusia seluruhnya.” (al-Maidah:32) Prinsip 2 : Memelihara Akal Keselamatan akal juga diutamakan dalam tamadun Islam kerana dengan akal manusia boleh menguruskan alam ini. Oleh itu Islam mengharamkan sesuatu perkara yang boleh merosakkan akal. Arak diharamkan kerana boleh merosakkan akal manusia. Perkara ini dijelaskan oleh al Quran seperti terjemahan berikut: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperoleh keuntungan.

Upload: ismahani-hani

Post on 09-Aug-2015

123 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prinsip Asas Tamadun Islam

Prinsip 1 : Memelihara Keselamatan Nyawa

Tamadun Islam meletakkan keselamatan nyawa di tempat paling utama. Membunuh

adalah dilarang sama sekali. Dalam al-Quran menjelaskan :

„”Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri . Sesungguhnya Tuhan itu

penyayang kepadamu” (al-Nisa, 29)

Dalam ayat yang lain Allah menjelaskan: “Bahawa siapa yang membunuh seorang

manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam

negeri, maka bererti orang itu telah membunuh manusia seluruhnya.” (al-Maidah:32)

Prinsip 2 : Memelihara Akal

Keselamatan akal juga diutamakan dalam tamadun Islam kerana dengan akal

manusia boleh menguruskan alam ini. Oleh itu Islam mengharamkan sesuatu

perkara yang boleh merosakkan akal. Arak diharamkan kerana boleh merosakkan

akal manusia. Perkara ini dijelaskan oleh al Quran seperti terjemahan berikut:

“Wahai orang yang beriman sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk

berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan

syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperoleh keuntungan.

(al-Maidah: 90)

Prinsip 3 : Memelihara Maruah

Keselamatan keturunan dan maruah dapat dipelihara dengan cara menjauhkan diri

daripada melakukan zina, homosek dan lesbian. Perbuatan zina meosakkan

keturunan kerana anak yang lahir ketiadaan bapa. Perbuatan lesbian dan homosek

pula menjadikan pasangan itu tidak mempunyai anak dan merupakan perbuatan

terkutuk. Umat nabi Lut yang mengamalkan perbuatan homosek telah dilaknat oleh

Allah dengan cara menelingkupkan bumi tempat tinggal mereka. Akibat daripada

sek tanpa kahwin melahirkan jenayah-jenayah yang lain seperti pengguguran bayi

Page 2: Prinsip Asas Tamadun Islam

dan pembunuhan bayi. Dalam al-Quran Allah menerangkan:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina kerana ia merupakan perkara keji

dan seburuk-buruk cara” (Israk: 32)

Hukuman yang berat dikenakan kepada pesalah-pesalah zina. Pukulan dengan

rotan sebanyak seratus kali dikenakan kepada teruna dan dara dan rejam sampai

mati dikenakan kepada pesalah yang telah berkahwin.

Prinsip 4 : Memelihara Harta Benda

Harta adalah perlu dijaga supaya tiidak hilang. Oleh itu orang yang memiliki harta

disuruh supaya menjaganya dengan baik. Sesiapa yang mencuri akan dikenakan

hukuman yang berat iaitu potong tangan. Firman Allah yang bermaksud:

“lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai

pembalasan bagi apa yang telah dikerjakan dan sebagai seksaan daripada

Allah.” (al-Maidah:38)12

Berjudi dilarang sama sekali dan dimurkai oleh Allah. Semua peminat judi

mengetahui bahawa amalan berjudi menghapuskan harta dan merupakan ajakan

syaitan untuk memusnahkan harta yang dikumpul oleh manusia.

Prinsip 5 : Menjaga Hak Kebebasan

Tamadun Islam mementingkan kebabasan. Manusia diminta supaya bebas daripada

beragama secara ikutan. Manusia dikehendaki beragama kerana betul-betul yakin

bahawa agama yang dianuti itu adalah agama yang benar yang diturunkan oleh

Allah. Tidak dibenarkan beragama kerana mengikut ibu dan bapa. Manusia juga

diminta supaya bebas daripada kesesatan. Akal manusia sahaja tidak dapat

mengetaIsalhui perkara-perkara ghaib seperti syurga dan neraka. Oleh itu akal

manusia memerlukan pertunjuk daripada al-Quran bagi menerangkan perkaraperkara yang tidak dapat difikirkan oleh akal.

Umat Islam tidak boleh mamaksa orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.

Page 3: Prinsip Asas Tamadun Islam

Cara yang baik ditunjukkan oleh alQuran ialah melakukan dakwah dengan bijaksana.

Walau bagaimanapun sekiranya orang-orang bukan Islam mengkhianati orang-orang

Islam, perang jihad adalah dibenarkan.

PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM SESUAI DIAMALKAN DI DALAM MASYARAKAT MAJMUK. BINCANGKAN.

Menurut Kamus Dewan Edisi baru 1989 halaman 1274, Tamadun bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran(sosial, budaya, politik dll) yang tinggi peradaban; 2. negara dan penduduknya yang telah mencapai kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dll ) yang tinggi; 3. Budaya, cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral ) yang halus, peradaban. Ringkasnya Tamadun ialah perkembangan kemajuan yang lebih baik termasuk dari segi fizikal dan spiritual. Manakala Tamadun Islam pula ialah perkembangan ke arah yang lebih baik dari segi fizikal dan spiritual yang bersumberkan wahyu iaitu Al Quran dan Al Hadis (al Sunnah) yang ditegakkan oleh orang-orang Islam yang terdiri dari berbagai bangsa dan keturunan. Namun begitu tidak bermakna mereka yang bukan Islam tiada sumbangan terhadap ketamadunan Islam. Mereka turut menyumbang dalam menterjemah buku-buku dari tamadun-tamadun sebelum Islam ke dalam bahasa Arab serta sumbangan lain yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam.

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Baru 1989, halaman 786, masyarakat majmuk bermaksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum ( suku bangsa) atau bangsa.

Page 4: Prinsip Asas Tamadun Islam

”Masyarakat Majmuk ialah: 1.masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan tinggal bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup cara berasingan dan tidak bersatu padu dan mempunyai budaya yang tersendiri.” (http:fauzynm.tripod.com/Nasihat/Nasihat144/nasihat144.html 19 December 2008, jam 9.45am)

Islam yang menjadi pegangan dan agama anutan telah membawa perubahan besar kepada cara berfikir umat. Islam membawakan konsep keadilan sejagat, keadilan pemerintahan, tanggungjawab pemimpin, hak rakyat, hak asasi manusia berbanding dengan sebelum kedatangan Islam. Ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah membolehkan pemikiran dan keilmuan Islam terbina dengan disiplin dan peraturan yang meliputi seluruh aspek kehidupan sehingga membentuk identitinya yang tersendiri.

Wujudnya kekuatan intelektual yang dipelopori oleh ulamak Islam dan digabungkan pula dengan kekuatan dan kecerdasan spiritual yang wujud pada diri mereka menjadi asas terpenting bagi pembinaan sebuah tamadun. Islam diturunkan oleh Penciptanya kepada seluruh manusia. Justeru itu Islam adalah milik manusia di mana sahaja mereka berada. Islam adalah pembawa kesejahteraan kepada seluruh alam. Dasar utamanya ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia.

Sebelum membincangkan bagaimana prinsip Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk dengan lebih terperinci terlebih dahulu elok kita mengetahui apakah prinsip-prinsip Tamadun Islam. Terdapat lima prinsip dalam Tamadun Islam yang kesemuanya adalah berasaskan Al Quran dan Al Sunnah. Kelima-lima prinsip tersebut ialah memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara maruah dan keturunan, dan yang terakhir ialah memelihara harta.

Prinsip Tamadun Islam yang pertama iaitu memelihara agama amat sesuai diamalkan kerana Islam menjamin suasana selesa bagi memupuk keharmonian hidup beragama dalam sesebuah masyarakat majmuk.

Masyarakat majmuk tidak asing bagi Islam. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Page 5: Prinsip Asas Tamadun Islam

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak semoga kamu dapat kenal mengenali antara satu sama lain:”

(Al-Hujurat, ayat 13)

“Dan di antara tanda-tandaNya ialah kejadian penciptaan langit dan bumi dan kepelbagaian bahasa dan warna kulit di kalangan kamu, sesungguhnya ia adalah menjadi bukti bagi mereka yang berilmu”

(Al-Rum, ayat 22)

Islam juga mengakui kewujudan pelbagai agama selain daripada Islam seperti yang ternyata di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan jika dikehendaki Tuhanmu, tentu beriman semua manusia yang ada di bumi; lantaran itu patutkah engkau (Muhammad) hendak paksa manusia sampai mereka menjadi mu’minin (beriman)”

(Surah Yunus, ayat 99)

“Dan kalau Allah mahu, nescaya Ia jadikan kamu (semua) satu umat, tetapi ia sesatkan siapa yang ia kehendaki dan Ia pimpin siapa yang Ia kehendaki; dan kamu akan ditanya darihal sesuatu yang kamu telah kerjakan:”

(Surah al-Nahl, ayat 93)

”Tidak ada paksaan pada agama. Telah nyata kebenaran daripada kesesatan.”

(Surah al-Baqarah ayat 256)

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa dalam soal fahaman dan anutan agama seseorang tidak boleh memaksa seseorang untuk mengikuti fahaman agamanya. Islam memberi kebebasan untuk memilih agama yang diyakini. Orang bukan Islam bebas menganut agama yang mereka yakini dan bebas

Page 6: Prinsip Asas Tamadun Islam

mengamalkannya. Islam mengiktiraf kemampuan manusia berbanding dengan makhluk lain untuk menggunakan akalnya dengan memberikan kebebasan untuk membeza dan memilih mana satu yang benar dan mana satu yang salah. Islam juga memberi seluas-luasnya ruang kepada kekuatan intelek untuk melakukan penelitian dengan hujah-hujah ilmiah untuk mencapai kebenaran. Ini membuktikan Islam memberi peluang kepada masyarakat pelbagai bangsa dan agama bukan sekadar berinteraksi dalam urusan harian, malah dalam perbincangan tentang keilmuan serta soal kepercayaan dan akidah.

Islam menyediakan cara hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama. Prinsip toleransi beragama, kebebasan beragama, sikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain yang berlainan anutan agama adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib dilaksanakan. Sekiranya semua pihak yang berlainan agama ini benar-benar memahami agamanya tentu mereka akan mengamalkan ajaran agamanya dengan sebaik-baiknya. Dalam waktu yang sama Islam menggalakkan dan sentiasa memberi ruang dan kesempatan untuk semua pihak yang berbeza agama ini berinteraksi bagi berbincang tentang fahaman masing-masing yang tidak bertentangan dengan prinsip agama masing-masing supaya lahir suasana yang harmoni dan saling hormat-menghormati. Kesimpulannya setiap penganut agama mestilah memahami dengan sebaik-baiknya ajaran agama yang dianutinya dan beramal dengannya. Ini jelas menunjukkan betapa Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk kerana Islam sentiasa menekankan kepentingan mendalami ilmu agama dan mengamalkannya demi menjamin keharmonian masyarakat di samping kesucian agama yang akan tetap terpelihara.

Islam mengakui wujudnya agama lain namun begitu ini tidak bermakna Islam mengakui kebenaran agama-agama tersebut. Di dalam Islam tidak ada kompromi dalam soal akidah namun dalam soal-soal lain Islam menggalakkan umatnya berinteraksi dengan kelompok-kelompok berlainan agama.

Prinsip seterusnya yang akan kita bincangkan ialah memelihara nyawa. Islam mewajibkan umatnya menjaga keselamatan dan mengharamkan perkara atau perbuatan yang boleh membahayakan nyawa. Merokok dan menyalahguna dadah adalah dilarang kerana ia merosakkan kesihatan dan membahayakan nyawa. Merokok akan merosakkan paru-paru dan hati perokok serta orang-orang yang terhidu asap rokok. Paru-paru dan hati yang rosak boleh menyebabkan kematian. Penyalahgunaan dadah akan merosakkan seluruh sistem saraf dan boleh menyebabkan kematian. Membunuh tanpa sebab merupakan dosa besar. Membunuh diri juga merupakan dosa besar dan akan ditimpa azab di akhirat nanti. Perselisihan, perbalahan atau pergaduhan sangat dilarang kerana ia akan merosakkan keharmonian dan mungkin menyebabkan pembunuhan dan kehilangan nyawa. Justeru itu Islam amat menekankan cara hidup yang harmoni.

Page 7: Prinsip Asas Tamadun Islam

Sebagai contoh keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia ialah hasil peranan Islam sebagai unsur terpenting kerana orang Melayu yang majoritinya beragama Islam, mempunyai kekuatan rohani dan intelek yang membolehkan mereka membina kemahiran berkomunikasi, berinteraksi dengan sesiapa sahaja termasuk orang asing. Budaya yang berlandaskan Islam telah membentuk ciri-ciri kelembutan, mudah bersahabat, empati dan bertimbangrasa serta bertolak ansur. Ini menjamin keamanan dan mengelakkan perbalahan dan peperangan. Keharmonian dan keamanan menjamin nyawa terpelihara.

Islam juga bersifat anjal. Islam mewajibkan umatnya berusaha untuk mempertahankan nyawa. Sekiranya sesuatu perkara atau perbuatan itu boleh menyelamatkan nyawa, walau pada awalnya hukumnya haram ia boleh dilakukan. Contohnya dalam bidang perubatan, ubat berbentuk cecair yang digunakan untuk merawat penyakit jantung adalah diambil dari babi yang kita sedia maklum akan hukum haramnya, namun jika ia dapat menyelamatkan nyawa pesakit ia adalah dibenarkan. Ia pastinya bersesuaian dan mudah diterima di kalangan masyarakat majmuk.

Prinsip ke tiga Tamadun Islam ialah memelihara akal. Perkara-perkara yang menyentuh tentang cara serta makanan dan minuman yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan akal fikiran juga diajarkan dalam Islam. Di dalam Al Quran ada dinyatakan tentang kebaikan pengambilan madu lebah sebagai ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Menjaga kesihatan menjadi kewajipan umat Islam. Adab makan juga diajarkan di dalam Islam. Contohnya sebelum makan mestilah mencuci tangan supaya kekotoran pada tangan dapat dibersihkan. Islam juga mengesyurkan memegang makanan menggunakan tangan kanan kerana tangan kanan mengandungi kimia yang membantu penghazaman makanan. Makanan yang mudah hazam menjamin kesihatan tubuh badan seterusnya menyihatkan fikiran dan akal. Tubuh badan yang sihat akan menjamin akal yang sihat ke arah membina negara dan menegakkan agama.

Makanan yang dimakan atau minuman yang diminum hendaklah yang halal yang terhasil dari usaha yang halal kerana makanan dan minuman ini akan menjadi darah dan daging serta menjana minda. Makanan atau minuman yang haram akan mengotorkan jiwa dan merosakkan akal.

”Hendaklah perut itu dipaksa jangan sampai senang kepada kerakusan, sedikit sahaja makan dan itupun yang halal sahaja, menjauhi perkara-perkara syubhat dan dilarang untuk mengikut syahwat sehingga tidak mengenal batas.”

Page 8: Prinsip Asas Tamadun Islam

(Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi; Intipati Ihya’ Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin, halaman 1364 )

Islam juga mengajar adab melakukan pekerjaaan. Islam mengajar umatnya memulakan langkah dengan kaki kanan kerana pergerakan anggota kanan akan mengaktifkan otak kiri. Otak kiri yang aktif akan melahirkan insan yang cerdik serta kuat ingatan dan akalnya. Melakukan perkara yang merosakkan diri juga adalah dilarang. Contohnya minum arak, ia dilarang kerana boleh menyebabkan mabuk dan merosakkan akal. Mabuk dan akal yang rosak ini menjadikan manusia tidak siuman seterusnya menggalakkan mereka melakukan kemudaratan kepada diri, orang lain serta persekitarannya. Untuk lebih menjamin kewarasan akal, Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu demi meningkatkan tahap pemikiran. Umat Islam digalakkan menimba ilmu sebanyak-banyaknya walau di manapun supaya dengan ilmu yang dimiliki akal akan terpelihara seterusnya menghindar diri dari melakukan perkara-perkara yang menyalahi norma masyarakat serta ditegah oleh agama. Malah mencari ilmu itu merupakan satu ibadat dan jihad di dalam Islam. Tidak syak lagi ia bersesuaian dengan nilai agama lain dan sesuai diamalkan oleh semua orang.

Prinsip Tamadun Islam yang ke empat ialah memelihara maruah dan keturunan. Islam mendidik umatnya untuk sentiasa memelihara maruah dan keturunan. Islam mengharamkan zina demi mengelakkan keturunan yang tidak menentu nasabnya. Islam juga mengharamkan zina bagi mengelakkan tersebarnya penyakit berjangkit yang berkaitan hubungan kelamin secara rambang. Contohnya di Malaysia kini pasangan Islam yang akan berkahwin diwajibkan untuk mengikuti kursus perkahwinan dan mulai tahun hadapan iaitu tahun 2009 mereka perlu menjalani ujian HIV (Warta 12, RTM 1, 23 Desember 2008). Ini adalah untuk memastikan bakal-bakal suami isteri mempunyai ilmu yang secukupnya untuk mengendali sebuah keluarga seterusnya melahirkan zuriat yang berakhlak mulia, sihat tubuh badan dan akal serta mampu menegakkan syariat Islam.

Islam telah mengiktiraf perkahwinan poligami namun ia tidak diwajibkan dan bukan sesuatu yang digalakkan. Poligami dibenarkan adalah demi memelihara maruah dan keturunan zuriat yang bakal dilahirkan. Ini berbeza dengan fahaman lain selain Islam. Contohnya di Barat, poligami tidak dibenarkan tetapi undang-undang membenarkan lelaki dan perempuan hidup bersekedudukan. Akibatnya lahirlah anak-anak luar nikah yang tidak tentu keturunannya serta merebaknya penyakit berjangkit seperti AIDS atau penyakit kelamin yang lain. Seterusnya terbentuklah masyarakat yang rosak akhlaknya dan tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Justeru itu tidak syak lagi prinsip Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Masyarakat bukan Islam boleh juga melaksanakan peraturan seperti masyarakai Islam negara ini yang mewajibkan pasangan yang bakal berkahwin mengikuti kursus perkahwinan dan menjalani ujian HIV. Ini akan memelihara maruah dan keturunan mereka.

Page 9: Prinsip Asas Tamadun Islam

Prinsip Tamadun Islam yang terakhir ialah memelihara harta. Setiap individu berhak mencari rezeki masing-masing serta berusaha untuk mendapat, mengumpul dan menggunakan harta benda mereka secara bebas mengikut kemampuan masing-masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama. Harta atau kekayaan yang diperoleh dari usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan dipertahankan. Tiada sesiapa berhak mengambil tanpa izin pemiliknya. Mereka yang memelihara hartanya akan diberi pahala oleh Allah S.W.T.

Di Malaysia yang agama rasminya ialah agama Islam, sistem ekonomi alternatif yang serasi dengan nilai Islam diperkenalkan. Prinsip dan amalan nilai Islam juga diterapkan dalam pentadbiran. Usaha membanteras rasuah juga dijalankan. Program membasmi kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat berintegriti, pengukuhan institusi keluarga, penekanan kepada pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Semua ini adalah usaha ke arah menjamin pemeliharaan harta benda.

Hadis Rasulullah yang bermaksud:

”Abdullah bin Omar berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid.”

(Diriwayatkan oleh Bukhari )

Berdasarkan maksud masyarakat majmuk yang telah dinyatakan di awal perbincangan tadi iaitu masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan tinggal bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup cara berasingan dan tidak bersatu padu dan mempunyai budaya yang tersendiri, tentunya ia memerlukan gabungan nilai yang dapat diterima oleh semua pihak bagi menjamin keharmonian dan membentuk masyarakat yang bersatupadu. Keharmonian dan masyarakat yang bersatupadu, sentiasa bekerjasama serta saling memahami antara satu sama lain akan menjamin perkembangan intelektual, politik, kerohanian, sahsiah dan ekonomi sesebuah negara dan masyarakatnya. Justeru itu Tamadun Islam yang berdasarkan lima prinsip utama iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara maruah dan keturunan serta memelihara harta yang kesemuanya berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah di mana dasar utamanya ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia, adalah sangat sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Kesimpulannya Islam mengandungi gabungan nilai-nilai yang merupakan cara hidup dan bersifat universal sesuai diamalkan oleh semua orang.

Page 10: Prinsip Asas Tamadun Islam

PENGENALAN

Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya di dunia ini, termasuklah lain-lain makhluk ciptaan-Nya. Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa aspek penting iaitu memelihara keselamatan agama, memelihara nyawa atau jiwa, memelihara keselamatan akal, memelihara maruah atau keturunan, memelihara harta benda dan memelihara hak dan kebebasan

2.3.1 Memelihara Keselamatan Agama

Salah satu daripada fitrah semula jadi manusia ialah memikirkan hal-hal ghaib, alam roh dan alam ketuhanan. Sejak kelahiran Adam a.s hingga hari ini, beribu agama kalau tidak berjuta telah menjelma di dunia ini. Sama ada agama yang hak iaitu wahyu daripada Allah S.W.T yang berakhir dengan Islam atau agama yang batil iaitu ciptaan manusia yang menyembah sesuatu yang lain daripada-Nya.

Oleh kerana fitrah semula jadi manusia itu yang sentiasa hendak beragama, maka Allah S.W.T telah memberikan kebebasan beragama. Soal penganutan agama-agama adalah menjadi hak asasi manusia. Antara satu sama lain tidak boleh memaksa atau menggunakan kekerasan untuk mempercayai apa yang dianutinya. Satu ungkapan pendek tetapi penuh bererti telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran, terjemahannya:

Tidak ada paksaan dalam beragama.

( Surah al-Baqarah 2:256 )

Page 11: Prinsip Asas Tamadun Islam

Oleh kerana kesejahteraan masyarakat manusia ditentukan oleh setiap anggota masyarakat itu sendiri, maka untuk tujuan mewujudkan suatu masyarakat yang adil, aman dan sejahtera, setiap individu dikehendaki mematuhi dan beribadat serta menyerah diri kepada Allah S.W.T yang maha Esa dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Lebih-lebih lagi secara pasti segala suruhan-Nya seratus peratus untuk kebaikan dan kebajikan manusia sejagat. Sebaliknya meninggalkan segala larangan-Nya juga untuk memelihara keselamatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan, harta benda, hak dan kebebasan. Jesteru itu prinsip utama tamadun Islam ialah untuk memelihara keselamatan agama seperti pencegahan berlakunya penyelewengan ajaran Islam contohnya ialah ajaran sesat dan budaya murtad.

2.3.2 Memelihara Nyawa atau Jiwa

Tamadun Islam juga berprinsipkan untuk menjamin keselamatan setiap nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain. Sebab itulah tamadun Islam melarang pembunuhan sama ada diri sendiri atau diri orang lain. Sebaliknya pemeliharaan diri setiap manusia daripada mara bahaya sentiasa digalakkan oleh tamadun Islam daripada sebarang tindakan yang boleh mencederakan fizikal orang lain. Allah S.W.T menerangkan hal ini dalam ayat, terjemahannya:

Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri, Sesungguhnya Tuhan itu penyayang padamu.

( Surah an-Nisaa 4:29 )

Larangan membunuh telah diperketatkan lagi dengan memberi peringatan yang memberi kesan yang mendalam kepada diri dan psikologi setiap insane. Al-Quran telah terlebih dahulu memberikan gambaran yang buruk terhadap perbuatan membunuh dengan memaparkan kesan daripada jenayah itu.

Page 12: Prinsip Asas Tamadun Islam

Ia bukan sahaja bererti membunuh seorang manusia, tetapi bererti membunuh seluruh makhluk manusia. Dalam erti kata seorang ialah sebahagian daripada makhluk manusia. Makhluk manusia itu ialah satu dalam erti kata perpaduan, kesatuan dan kerjasama antara satu sama lain.

Mereka saling perlu-memerlukan untuk menyempurnakan perjalanan dan kelicinan hidup masyarakat manusia. Sebab itulah membunuh walaupun diri sendiri melambangkan pembunuhan makhluk manusia pada keseluruhannya. Hal ini disebabkan, ia telah mengurangkan satu anggota masyarakat. Larangan ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya:

Barang siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka ertinya orang itu talah membunuh manusia seluruhnya.

( Surah al-Maa’idah 5:32 )

2.3.3 Memelihara Keselamatan Akal

Oleh kerana mulia dan tingginya darjat akal yang membezakan manusia daripada haiwan, maka tamadun Islam berusaha untuk memelihara keselamatan, kewarasan dan kesejahteraannya. Sebab itulah tamadun Islam telah mengharamkan minuman keras kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kewarasan fikiran. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :

Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya minuman arak, berjudi, (berkorban) untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu, agar kamu mendapat keberuntungan.

( Surah al-Maa’idah 5:90 )

Page 13: Prinsip Asas Tamadun Islam

2.3.4 Memelihara Maruah Atau Keturunan

Fitrah semula jadi manusia selanjutnya ialah suka kepada berketurunan dan mempunyai cahaya mata. Malangnya sejarah telah mencatatkan bahawa sejak zaman jahiliah budaya pembuangan dan pembunuhan anak berleluasa. Untuk memelihara generasi manusia daripada pupus, tamadun Islam memperundangkan sesuatu untuk menyekat kemungkinan budaya itu terus berlaku.

Pada masa kini, dunia dikejutkan dengan pelbagai gejala social seperti budaya bohsia dan bohjan yang berakhir dengan pengguguran dan pembuangan anak luar nikah dan sebagainya. Untuk memelihara kesinambungan generasi manusia, tamadun Islam telah mengharamkan segala punca yang membawa kepada zina dan perbuatan pengguguran dan pembuangan anak. Hal ini dijelaskan dalam ayat, terjemahnnya :

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yang besar.

( Surah al-Israa’ 17:31 )

2.3.5 Memelihara Harta Benda

Fitrah semula jadi manusia juga ialah suka untuk mencari harta kekayaan. Jesteru itulah tamadun Islam menggalakkan manusia melakukannya. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :

Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kamu untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan.

( Surah al-Qasas 28:77 )

Page 14: Prinsip Asas Tamadun Islam

Setelah jaminan kebebasan untuk mencari harta benda dengan cara yang halal diperundangkan, harta yang diusahakan itu mestilah halal dari segi cara ia diperoleh, barangan yang terlibat dan cara ia dibelanjakan. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :

Orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya ke jalan Allah, maka hendaklah diberikan khabar balasan dengan azab yang pedih. Pada hari mereka dibakar muka, rusuk dan punggung mereka, seraya dikatakan kepadanya inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk diriku. Maka rasailah balasan yang kamu simpan dahulu.

( Surah at-Taubah 9:34 -35 )

Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :

Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah.

( Surah al-Maa’idah 5:38 )

2.3.6 Memelihara Hak Dan Kebebasan

Tamadun Islam juga memelihara hak dan kebebasan manusia yang dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu hak Allah S.W.T dan hak manusia :

Page 15: Prinsip Asas Tamadun Islam

HAK ALLAH

Kebebasan yang ada kaitannya dengan hal Allah S.W.T merupakan kebebasan manusia daripada sebarang bentuk pengabdian diri selain Allah S.W.T dalam erti kata yang lain, konsep kebebasan yang ada kaitannya dengan Allah S.W.T ialah pentauhidan terhadap-Nya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :

Kepada-Mu lah tempat kami sembah dan kepada-Mu lah juga tempat kami meminta pertolongan.

( Surah al-Fatihah 1:5 )

Tamadun Islam juga menjamin hak dan kebebasan berkaitan dengan hak Allah S.W.T melalui tiga cara :

Kebebasan daripada Taklid

Telah menjadi kegemaran dan tabiat manusia itu sendiri yang suka mengikut apa yang telah menjadi tradisi bagi mereka. Tradisi dan adat pusaka yang bertentangan dengan akidah,syarak dan akhlak ialah belenggu yang membendung dan mengikat akal manusia daripada berfikir secara rasional dan matang. Tamadun Islam datang untuk memerdekakan manusia daripada belenggu yang menindas akal mereka.

Pematuhan kepada isme-isme yang beraneka corak pada masa kini seperti sekularisme dan sebagainya juga merupakan penjajahan akidah dan pemikiran yang sentiasa diperjuangkan

Page 16: Prinsip Asas Tamadun Islam

penghapusannya oleh tamadun Islam. Isme-isme itu hanya buah fikiran pendeta dan ahli falsafah yang sesat. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :

Mereka menjadikan orang yang alim dan pendeta-pendeta mereka sebagai Tuhan selain Allah S.W.T.

( Surah at-Taubah 9:31)

Alam Bukti Kewujudan Allah S.W.T

Sebelum manusia sampai ke tahap penerimaan segala yang terkandung dalam al-Quran tentang sifat ketuhanan Allah S.W.T, mereka dikehendaki meneliti, merenung, berfikir dan menjalankan penyelidikan terhadap kejadian alam kerana dengan berbuat demikian kelak akan mencetuskan keimanan yang kuat dan unggul terhadap kekuasaan dan keluasan ilmu-Nya.

Kebebasan daripada Kesesatan

Akal manusia hanya terbatas kekuasaannya di ruang alam benda. Sedangkan perkara-perkara ghaib, alam roh dan hal ketuhanan bukan urusan dan bidang yang dapat diterokai oleh akal. Jesteru itu, mahu tidak mahu, dia mesti patuh dan menyerah diri kepada bimbingan al-Quran yang merupakan wahyu daripada Allah S.W.T.

Page 17: Prinsip Asas Tamadun Islam

HAK MANUSIA

Kebebasan yang ada kaitannya dengan hak manusia daripada kaca mata tamadun Islam ialah seperti berikut :

Kebebasan Bergerak

Kemerdekaan bergerak dan bertindak merupakan satu perkara yang menjadi hak asasi manusia yang dijamin oleh tamadun Islam. Kebebasan bergerak dan bertindak yang dijamin oleh tamadun Islam selagi tidak bertentangan dengan akidah, syarak dan akhlak.

Kebebasan Bersuara

Islam menganggap bahawa kebebasan bersuara dan kebebasan mengeluarkan buah fikiran merupakan hak asasi manusia. Setiap manusia mempunyai bakat semula jadi yang dapat diperkembangkan sehingga boleh mengeluarkan fikiran yang bernas dan bermutu. Buah fikiran yang bermutu inilah yang menghasilkan tamadun yang bermutu tinggi asalkan ia berasaskan kepada akidah, syarak dan akhlak.

Kebebasan Berpersatuan

Kewajipan melaksanakan konsep syura dalam Islam ialah bukti yang nyata bahawa umat Islam diberi kebebasan untuk berhimpun dan berpersatuan. Hala ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :

Dan bagi orang yang menerima (mematuhi) suruhan-Nya dan mendirikan sembahyang dan urusan mereka (diputuskan) dengan syura antara mereka.

( Surah asy-Syura 42:38 )

Page 18: Prinsip Asas Tamadun Islam

Kebebasan Beragama

Tamadun Islam memperjuangkan kebebasan beragama seperti yang dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya:

Tiada paksaan (memasuki) agama Islam. Sesungguhnya telah jelas yang benar dari jalan yang salah.

( Surah al-Baqarah 2:256 )

Dakwah berhikmah diwajibkan oleh Islam iaitu dengan pujukan dan dakwah yang lemah lembut sahajalah merupakan jalan yang paling baik untuk menyeru mereka untuk menganut Islam. Hikmah yang dimaksudkan di sini ialah memberikan dalil-dalil yang jelas yang dapat menghilangkan segala keraguan tentang kebenaran Islam.

Sesungguhnya tamadun Islam itu mempunyai prinsip yang jelas dan bertepatan dengan fitrah semulajadi manusia. Ia memperjuangkan pemeliharaan keselamatan agama, nyawa, jiwa, akal fikiran, maruah, keturunan, harta benda, hak dan kebebasan. Sebab itulah tamadun Islam mengatasi semua tamadun yang pernah lahir di atas muka bumi ini sama ada sebelum atau selepasnya.

Page 19: Prinsip Asas Tamadun Islam

1.0 PENDAHULUAN

Islam tidak boleh difahami sebagai agama dalam pengertiannya yang sempit. Ia merupakan satu sistem hidup yang amat lengkap dan sempurna, bersifat rabbani serta meliputi semua dimensi kehidupan manusia. Selain itu, tamadun Islam ialah tamadunyang bersifat keagamaan dan bermatlamatkan keredhaan Allah S.W.T. Perjalanan tamadun Islam dibimbing oleh akidah dan diatur oleh syariah serta diawasi oleh nilai -nilai akhlak mulia. Tamadun Islam juga merupakan peraturan hidup yang merangkumi aspek rohaniah serta jasmaniah insan yang menjadikan Al ± Quran dan As ± Sunnah sebagai pedomannya. Tamadun Islam mestilah mengikut Maqasid Al ± Syari¶ah. Syariat Islam telah menggariskan 5 prinsip utama dikenali sebagai Maqasid Al ± Syari¶ah yang mesti dihormati oleh setiap Muslim dalam membangunkan tamadun. Lima prinsip asas tersebut ialah:1) Memelihara Agama2) Menjaga Nyawa3) Memelihara Kewarasan Akal4) Menjaga Maruah dan Keturunan Manusia5) Melindungi Harta Benda Manusia

2.1 PRINSIP ± PRINSIP TAMADUN ISLAM BESERTA CONTOH.

MEMELIHARA AGAMA

Pegangan agama menggambarkan keimanan dan nilai diri seseorang. Ia merupakan satu perkara yang tidak boleh dipermainkan. Demi menjaga kesucian Islam, maka Islam tidak membenarkan penganutnya murtad, yakni keluar daripada agama Islam. Setiap penganut Islam wajib berpegang teguh kepada agama anutannya. Mereka yang meninggalkan Islam hendaklah diberi peluang bertaubat dan sekiranya mereka enggan, maka pemerintah Islam boleh mengenakan hukuman berat ke atas pesalah murtad.

Apabila seseorang keluar daripada Islam sedangkan ia baligh dan berakal maka iadiajak untuk kembali kepada Islam hingga tiga kali disertai peringatan. Jika ia kembali setelah itu maka akan diterima dan jika menolak maka akan dibunuh, sebagaimana firman Allah S.W.T ‘Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.´

Page 20: Prinsip Asas Tamadun Islam

Hadis Rasulullah S.A.W pula mensabitkan hukuman kepada orang yang murtad. Imam Bukhari telah meriwayatkan dari Ikrimah yang berkata, ‘Dihadapkan kepada Amirul Mukminin Ali orang-orang zindiq, lalu beliau membakar mereka. Maka berita itu disampaikan kepada Ibnu Abbas dan beliau berkata, ‘Seandainya aku, tidaklah aku bakar mereka kerana larangan Nabi S.A.W yang bersabda ‘Jangan kamu menyiksa dengan siksaan Allah´. Akan tetapi pasti akan aku bunuh mereka kerana sabda Rasulullah S.A.W. ‘Barangsiapa yang menukar agamanya, hendaklah kamu bunuh akan dia´. Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan, ‘Allah dan RasulNya telah menetapkan, bahawa orang yang murtad dari agamanya maka dia mesti dibunuh´.

Banyak lagi hadis yang seumpama ini yang menunjukkan dengan jelas bahawa hukuman bagi orang - orang yang murtad adalah dibunuh. Mereka tidak dibakar. Ini disebabkan adanya larangan dari Rasulullah untuk mengazab seseorang dengan azab Allah, iaitu api (dibakar). Selain itu, keumuman hadis, ‘Barangsiapa murtad maka bunuhlah ia´,menunjukkan bahawa hukum bagi mereka yang murtad adalah dibunuh. Sedangkan apa yangdiperbuat oleh Saidina Ali tidak boleh dijadikan dalil, sebab yang menjadi pegangan kita di sini ialah perkataan Rasulullah, bukannya perbuatan Saidina Ali. Apa yang dilakukan oleh Saidina Ali adalah berdasarkan ijtihadnya yang mungkin pada waktu itu dibuat sebelum beliau mendengar hadis yang melarang mengazab seseorang dengan azab Allah (membakar).

Berkaitan pembahasan orang yang murtad dianjurkan untuk bertaubat dalam tempoh tiga hari adalah berdasarkan hadis dari Marwan, bahawa Rasulullah S.A.W memerintahkan agar menasihati orang yang murtad. Saidina Abu Bakar juga pernah melakukan hal seperti ini. Daruquthniy dan Baihaqiy mengeluarkan hadis, ‘Bahawa Saidina Abu Bakar menganjurkan wanita yang murtad untuk bertaubat. Wanita itu bernama Ummu Qurfah, di mana dia kafir setelah masuk Islam. Wanita itu tidak mahu bertaubat, sehingga beliau (Abu Bakar) membunuh wanita itu.´

Anjuran taubat selama tiga hari, bukanlah qayyid (batasan). Tiga hari adalah batas minima yang umumnya memungkinkan terjadinya insaf. Jika dalam tempoh itu masih juga tidak mahu insaf, maka tempoh itu boleh dilanjutkan (oleh Qadhi). Sebab, maksud dari anjuran bertaubat adalah menyedarkan dia tentang Islam, dan supaya dia kembali kepada Islam sehingga dia mesti diberikan masa yang mencukupi untuk bertaubat. Diriwayatkan bahawa Abu Musa memberi kesempatan bertaubat seorang yang murtad di mana kemudian Muaz memerintahkan untuk membunuhnya. Kemudian Abu Musa membunuh orang murtad tersebut,setelah memberi kesempatan taubat selama dua bulan sebelum kedatangan Muaz. Walaubagaimanapun, taubat hanya diterima jika dia tidak mengulangi murtad. Jika ternyata dia mengulanginya, maka taubatnya tidak diterima dan dia mesti dibunuh segera tanpa diberi tempoh lagi (tidak dikira lagi samada dia bertaubat atau tidak).

Diriwayatkan oleh Asyram dari Thibyana bin Umarah, ‘Bahawa seorang lelaki dari Bani Saad melintas ke Masjid Bani Hanifah, sedangkan mereka sedang membaca sajak Musailamahal Kadzab. Kemudian lelaki itu pergi kepada Ibn Masud dan menceritakan kejadian itu.Kemudian mereka didatangi dan mereka disuruh bertaubat. Semuanya telah meninggalkan jalan keyakinan mereka kecuali seorang lelaki, di mana Ibn Nuwahah berkata kepadanya,’Sungguh aku melihat engkau satu kali, dan aku menduga engkau telah bertaubat, dan aku melihatmu

Page 21: Prinsip Asas Tamadun Islam

mengulangi lagi perbuatanmu itu. Maka lelaki tersebut dibunuh.´Seperkara yang perlu diperhatikan ialah dari segi perlaksanaan hukum di mana mereka yang dibenarkan untuk membunuh orang murtad adalah negara (pemerintah) atau orang yang ditugaskan oleh negara (Qadhi). Mana-mana individu atau jemaah tidak boleh melakukannya.Tugas individu atau jemaah hanyalah sebatas memberi peringatan, ancaman dan memuhasabah pemerintah yang tidak menerapkan hukum Islam.

MENJAGA NYAWA

Allah S.W.T, pencipta yang Maha Berkuasa terhadap sekalian alam telah mengurniakan kepada setiap makhluk termasuk manusia tentang kehidupan. Oleh kerana kehidupan adalah hak masyarakat, tanpa kebenaranNya tidak ada sesiapa berhak untuk mencabar hak ini. Tentang kehidupan ini, Allah S.W.T telah menegaskannya dalam firmanNya yang bermaksud:

Dan sesungguhnya kamilah yang menghidupkan dan mematikan, dan kamilah yang menjadi waris. (Al-Hijr, ayat 23).

Dalam hal ini, seseorang yang menceroboh kehidupan seseorang yang lain bermakna menceroboh masyarakatnya. Firman Allah S.W.Tyang bermaksud:

Sesiapa yang membunuh orang tanpa kesalahan atau berbuat kerosakkan di bumi, maka seolah - olah dia membunuh manusia semuanya. (Al-Maidah ayat 32).’

Manakala seseorang yang membunuh dirinya atau orang lain dianggap melakukan jenayah sosial yang besar iaitu melawan qadak Allah S.W.T dan kekuasaan - Nya. Maka itu ia berhak untuk menerima azab di akhirat sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Siapa yang melakukan demikian secara ceroboh dan zalim, maka kami akan membakarnya dengan api (An-Nisa’ ayat 30).

Berdasarkan pernyataan diatas, dapat disimpulkan pertamanya, setiap perkara yang berhubung kehidupan dan kawalannya adalah wajib seperti memelihara kesihatan, melawan penyakit dan melawan wabak untuk mengawal hidup. Kedua, setiap perkara yang boleh memudaratkan atau merosakkan tubuh badan manusia atau mengancam nyawa kehidupan atau melemahkannya adalah haram seperti mabuk (meminum minuman keras, menghisap dadah) atau memakan benda yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan yang dan yang membawa kepada lemah anggota untuk melakukan ibadat kepada Allah. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

Sesungguhnya terhadap diri kamu, kamu mempunyai hak terhadap tubuh badan kamu (Riwayat Bukhari).

Ketiga, setiap perkara yang bermatlamat untuk kehidupan seperti makan dan minum, pakaianmu dan sebagainya, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Makan dan minumlah kamu, tetapi jangan melampaui batas ( Al - Araf, ayat 31).

Page 22: Prinsip Asas Tamadun Islam

Keempat, setiap perkara yang boleh mengelakkan daripada kematian adalah wajib dilakukan seperti seseorang yang terlampau lapar atau dahaga yang dikhuatiri akan membawa maut, maka wajiblah ia minum atau makan yang asalnya dilarang atau diharamkan (babi, anjing) sekiranya perbuatan yang dapatmenghindarkan diri daripada kematian.

MEMELIHARA KEWARASA AKAL

Dalam konteks ini, Islam sangat mengambil berat tentang pemeliharaan akal fikiran.Pemeliharaan akal fikiran wajib ke atas manusia kerana membawa kesempurnaan akal, dan inimenunjukkan kesempurnaan manusia daripada makhluk ± makhluk lain. Oleh itu, Islam telah menggariskan beberapa panduan agar akal fikiran manusia berfikiran baik dan terkawal. Dalam Islam diwajibkan ke atas setiap penganutnya supaya menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin tanpa dibatasi oleh had masa, tempat atau bangsa. Ini ditegaskan oleh sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga keliang lahad. ( Riwayat Muslim ). Bersesuaian dengan kewajipan menuntut ilmu, tidak terdapat tempat dalam Islam kepada orang -orang jahil, seperti yang ditegaskan dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Manusia itu ada dua golongan, orang pandai dan pelajar, tidak ada kebajikan selain daripada kedua - duanya.( Riwayat Muslim). Mengenai pemeliharaan akal fikiran manusia, dilarang penganutnya untuk minum dan makan makanan yang dilarang atau memberi kesan yang negatif. Ini akan mempengaruhi kesiuman atau tahap kesedaran seseorang manusia sebagai lambang manusia untuk bertakwa dan berbakti kepada Allah S.W.T. Maka itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang memabukkan dan kemabukan boleh menghilangkan sifat - sifat kemanusiaan serta melahirkan sifat – sifat kebinatangan.

Islam menggalakkan pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan kepada Allah S.W.T.Fikiran yang terbuka dan lapang serta bersih dari unsur keburukan, kepalsuan, khayalan, keraguan dan was - was. Fikiran - fikiran negatif ini memungkinkan perlaksanaan tingkah laku negatif dalam kehidupan manusia yang tidak selaras dengan ajaran Islam. Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya yang bermaksud: Perumpamaan itu Kami adakan untuk manusia, tetapi tidak difahaminya, kecuali orang - orang yang pandai. ( Al - Ankabut, ayat 43).

CONTOH :

Untuk memastikan akal dapat berfungsi dengan sebaik mungkin dan potensinyadipertingkat dan dikembangkan, Islam mensyariatkan ibadat dan amalan seperti:menuntut ilmu dan meransang budaya berfikir, memahami, mengingati, memerhati,merenung, meneliti, ta akul, mengkaji, membuat analisa, menilai, membuatkesimpulan, mengambil pelajaran dan iktibar. Dengan bimbingan Quran dan Sunnahamalan ini membantu manusia mengenali hakikat dirinya dan kehidupan ini serta sedar dan insaf akan keagungan dan kekuasaan Allah.Firman Allah:³Apakah mereka tidak mentadabbur Al-Quran, atau hati-hati mereka telah tertutup.´³Maka apakah mereka tidak melihat bagaimana untuk diciptakan «

Abul Laits mengatakan, Jauhilah minum arak, kerana di dalamnya mempunyai 10 perkara yang tercela:

Page 23: Prinsip Asas Tamadun Islam

Apabila seseorang itu minum arak maka kedudukannya seperti orang gila, akhirnya dia menjadi bahan ketawa kanak-kanak. Dan tercela ia bagi orang yang berakal.

Arak itu boleh menyebabkan hilang dan menyebabkan musnahnya wang ringgit.

Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.

Minum arak akan menghalangi seseorang itu ingat atau berzikir kepada Allah S.W.T. dan akan menghalangi dia dari mengerjakan solat.

Minum arak akan mendorong perbuatan zina. Sebab seseorang yang minum arak mungkin denggan mudah menceraikan isterinya tanpa diasedari.

Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat, orang yang minum arak mudah sekali melakukan perbuatan terkutuk.

Minum arak boleh menyakiti keluarganya dan teman-temannya kerana mengiringi ketempat fasik.

Orang yang minum arak wajib dihad, di hukum dengan 80 sebatan, kalau ia tidak dipukul di dunia dia akan di pukul di akhirat dengan cemeti api neraka dihadapan orang ramai dan disaksikan oleh bapa dan teman-temannya.

Minum arak itu menyebabkan pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari.

Minum arak itu menyebabkan dikhuatiri dicabut imannya.

MENJAGA MARUAH DAN KETURUNAN MANUSIA

Allah S.W.T Pencipta yang Maha Berkuasa telah mencipta manusia sebaik ± baik makhlukNyadi dunia, dan kehormatannya telah tetap dengan sifat insan Bani Adam tanpa diambil kiraagama, asal keturunan, bahasa dan keadaannya. Kehormatan bagi setiap manusia itumenentukan tiap ± tiap seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri,kedudukan maruah, habuan dan sebagainya.

Maka itu, diturunkan segala peraturan dan hukum yang menyentuh semua manusiatanpa pengecualiannya. Mereka sama ± sama dihukum dan sama ± sama diberi pengajaran Allah S.W.T. Telah dijelaskan dengan terang fungsi manusia itu dalam firmanNya yangbermaksud: Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan dapat, melainkan menurut apa yangtelah diusahakannya. ( An ± Najm, ayat 39 ). Rasulullah S.A.W juga menerangkan bahawaseluruh umat manusia adalah berasal daripada satu bapa dan satu ibu. Sabda baginda yangbemaksud: Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu satu dan kamu sekalian berasaldaripada tanah. ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Dengan undang ± undang dan peraturan ini, manusia dapat menjalinkan kerjasamaseluruh anggota masyarakat. Setiap orang mempunyai kewajipan masing ± masing untukmembina masyarakat dan mempunyai kehormatan sebagai manusia tanpa pengecualian.Jaminan tegas

Page 24: Prinsip Asas Tamadun Islam

mempertahankan kehormatan ini jelas terkandung dalam pidato terakhir Rasulullah S.A.W di Padang Arafah. Sabda Baginda bermaksud: Sesungguhnya nyawa, harta,dan kehormatan kamu adalah suci seperti kesuciannya hari haji ini. ( Riwayat Bukhari ).

Dalam Islam juga, ditekankan tentang pemuliharaan keturunan. Untuk itu, terdapatundang ± undang dan peraturan ± peraturan dalam urusan nikah perkahwinan dengan lengkap,semata ± mata terhadap perkara ± perkara seperti perzinaan, seks bebas, hubungan di luar tabii dan sebagainya adalah untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusiadaripada sifat ± sifat binatang.

CONTOH:

Suatu hari ada seorang lelaki yangmenemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata,´Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemarbermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.µSetelah mendengar perkataan tersebutIbrahim berkata, ´Jika kamu mahu menerimalima syarat dan mampu melaksanakannya, makabolehlah kamu melakukan maksiat.µLelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya,´Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?µIbrahim bin Adham berkata, ´Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, janganmemakan rezekinya.µ Mendengar itu diamengenyitkan kening seraya berkata, ´Darimana aku mahu makan? Bukankah semua yangada di bumi ini rezeki Allah?µ´Ya!µ tegas Ibrahim bin Adham. ´Kalau kamusudah memahaminya, masih mampukahmemakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?µ´Yang kedua,µ kata Ibrahim, ´Kalau mahubermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!µSyarat ini membuat lelaki itu terkejutsetengah mati. Ibrahim kembali berkatakepadanya, ´Wahai Abdullah, fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezekiNya dantinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggarsegala laranganNya?µ. ´ Ya! Anda benar.µ katalelaki itu.Dia kemudian menanyakan syarat yangketiga. Ibrahim menjawab, ´Kalau kamu masihmahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!µ Lelaki itukembali terperanjat dan berkata, ´WahaiIbrahim, ini nasihat macam mana?Manamungkin Allah tidak melihat kita?µ ´Ya, kalaumemang yakin demikian, apakah kamu masihberkeinginan melakukan maksiat?µ kataIbrahim.Lelaki itu mengangguk dan memintasyarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,´Kalau malaikat maut datang hendak mencabutrohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikankematianku dulu. Aku masih mahu bertaubatdan melakukan amal soleh.µKemudian lelaki itu menggelengkan kepala dansegera tersedar, ´Wahai Ibrahim, manamungkin malaikat maut akan memenuhipermintaanku?µ´Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakinibahawa kamu tidak boleh menunda danmengundurkan datangnya kematianmu, lalubagaimana engkau boleh lari dari kemurkaanAllah?µ. ´Baiklah, apa syarat yang kelima?µIbrahim pun menjawab, ´Wahai Abdullah kalaumalaikat Zabaniyah datang hendakmengiringmu ke api neraka di hari kiamatnanti, jangan engkau ikut bersamanya.µPerkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.Dia berkata, ´Wahai Aba Ishak, sudah pastimalaikat itu tidak membiarkan aku menolakkehendaknya.µ Dia tidak tahan lagi mendengarperkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.´Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.µkatanya sambil terisak-isak.

Page 25: Prinsip Asas Tamadun Islam

MEMELIHARA HARTA BENDA

Dalam konteks ini, Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hakuntuk memiliki harta benda dan kewajipan untuk mempertahankan haknya. Di samping itu,Islam melalui kaedah ilmu faraid telah menggariskan harta tersebut secara halal mengikut fitrahmanusia sendiri.

Dalam usaha memenuhi kehidupan dari aspek pemilihan harta benda, semua orang dituntutmencari haluan hidup dan rezeki adalah terbuka. Kekayaan di dunia ini tidaklah ditentukankepada satu golongan sahaja, malah tiap ± tiap orang hendaklah berusaha mengikutkemampuan dan kebolehan masing ± masing. Allah S.W.T meluaskan bidang memiliki hartabenda seluas ± luasnya kepada makhluk di dunia tanpa sekatan yang di luar tabii manusia.Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ³ Allah S.W.T telah memudahkan bagi kamu akan lautansupaya kamu boleh berjalan padanya dengan kapal ± kapal untuk mencari daripadakekayaannya mudah ± mudahan kamu bersyukur. Ia telah memudahkan kamu apa ± apa yangdi langit semuanya ´. ( Al ± Jatsiyah : 12.13 )

Apabila seseorang dikurniakan kekayaan melalui titik peluhnya, maka kekayaan itu tidak harusdilucutkan daripadanya dengan paksa atau dirampas. Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik harta untuk mempertahankan hartanya walaupun ke titisan darahterakhir. Ini jelas daripada sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Abdullah binOmar berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Sesiapa yang terbunuhkerana mempertahankan hartanya maka ia mati syahid ( Riwayat Bukhari ).

Agama Islam amat menitikberatkan soal pemilikan harta benda. Islam tidak melarang setiappenganutnya mengumpulkan harta yang halal dengan syarat mereka menunaikan kewajipanberzakat. Apabila seseorang itu telah menunaikan kewajipan tersebut, maka harta bendamereka tidak boleh diceroboh oleh sesiapa pun. Pemerintah wajib melindungi hak ± hakmereka daripada dirampas ataupun dicuri. Dalam Islam, mereka yang melakukan jenayahseperti merompak, meragut dan mencuri boleh dikenakan hukuman yang bersesuaian dengankesalahan yang dilakukan seperti dipotong tangan bagi kesalahan mencuri.

3.0 KESIMPULAN

Berdasarkan prinsip ± prinsip tamadun Islam dapat disimpulkan bahawasesungguhnya kelima ± lima prinsip ini penting dalam kehidupan kita hari ini. Tidakdinafikan sekiranya kita tidak memelihara agama, ramai di kalangan masyarakat kitayang akan terpengaruh dengan agama lain dan memungkinkan berlakunya murtadiaitu keluar daripada agama Islam. Sesungguhnya jika selama ini matlamat kita didunia ini adalah untuk mencari harta, rumah dan berbagai kemewahan dunia ataupaling tepatnya untuk dunia semata ± mata maka refleksikan diri semula denganmelihat bencana alam yang diturunkan kepada manusia seperti gempa bumi,kemarau, banjir, peperangan dan sebagainya. Walau apa pun hujah yang diberikan,namun satu hakikat yang mesti diakui bahawa itu semua adalah amaran daripada Allah kepada hamba ± hambaNya supaya mereka dapat berfikir yang dunia inisebenarnya telah tua usianya. Tanda ± tanda kehancurannya telah pun nyatabersama ± sama dengan gelagat dan akhlak buruk

Page 26: Prinsip Asas Tamadun Islam

sebahagian umat manusia. Olehitu jadilah keduniaan yang kita cari itu sebagai jambatan untuk membawakebahagiaan di akhirat kelak.

REFLEKSI

NAMA : JULITAH BT MINHAD

NO K/P : 760917-04-5334

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia - Nya saya diizinkan Tuhan untuk menyiapkan kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini tepat pada masanya. Saya dan rakan - rakan telah menerima tugasan kerja kursus ini dan diberikan taklimat oleh Pn Fatimah Maaruf. Beliau meminta kami melayari laman sesawang JAPIM, IPPM untuk mendapatkan tajuk kerja kursus ini. Kerja kursus ini merupakan kerja berkumpulan yang perlu dibuat dalam bentuk esei. Kerja kursus ini dijalankan sewaktu berada di rumah kerana kami hanya berjumpa lebih kurang sebulan sekali. Setelah diadakan perbincangan dan pengagihan tugas, saya mula mencari bahan di dalam internet. Terdapat banyak gangguan sewaktu mencari informasi dan melaksanakan kerja kursus tersebut. Antaranya,saya perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Saya hanya mencari bahan - bahan rujukan di dalam internet dan di rumah sahaja kerana tidak berpeluang untuk ke perpustakaan negeri yang jauh dari rumah. Berdasarkan kajian terhadap kerja kursus ini saya telah dapat menambah input - input tentang lima prinsip utama yang mesti dihormati dan dipelihara oleh setiap Muslim dalam membangunkan tamadun Islam. Selain itu, saya dapat mengetahui tentang bagaimana prinsip - prinsip tamadun Islam dapat mengurangkan masalah sosial yang berlaku di kalangan masyarakat Islam kita yang terdiri dari golongan remaja lebih mendalam kerana sebelum ini hanya didengar dan sekadar dibincangkan bersama kawan- kawan di dalam kelas sahaja. Justeru, setelah melakukan kajian kerja kursus ini, saya merasakan pemimpin negara hendaklah melaksanakan prinsip - prinsip Islam ini dalam kehidupan kita untuk melahirkan generasi yang tidak memikirkan kejayaan di dunia semata - mata sebaliknya menjadikan dunia ini sebagai jambatan untuk mencapai kebahagiaan di akhirat kelak, InsyaAllah. Secara keseluruhannya, kerja kursus TITAS ini sangat berguna kerana menambahkan ilmu pengetahuan dan menyedarkan saya agar sentiasa berusaha untuk menjadikan diri ini sentiasa dekat dengan perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Akkhir sekali, pupuklah dalam diri masing - masing untuk mengamalkan prinsip- prinsip tamadun Islam agar diri sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya.