presentation 1

14
BENGKEL BAHASA MELAYU KERTAS 2 BAHAGIAN C SEKOLAH KEM SYED SIRAJUDDIN MOHD FAHMIE BIN MOHD FAUZI

Upload: roger-henry

Post on 18-Dec-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

BENGKEL BAHASA MELAYUKERTAS 2BAHAGIAN C

SEKOLAH KEM SYED SIRAJUDDIN

MOHD FAHMIE BIN MOHD FAUZI

Sebelum Menjawab

Baca dan fahami arahan soalan.Fahami kata kunci yang diberi sama ada meminta menulis tentang nilai murni, amalan baik,pengajaran atau seumpamanya.Baca petikan atau puisi yang diberi secara keseluruhan dan cuba faham isi kandungannya.Baca petikan atau puisi yang diberi sekali lagi secara ayat demi ayat dan gariskan perkataan, frasa / rangkaikata yang mempunyai nilai-nilai murni, pengajaran atau sebagainya mengikut arahan soalan.Jika terdapat nilai yang negatif, jadikan nilai itu kepada positif. ( Contoh: bangun lewat - bangun awal / malas ke sekolah - rajin ke sekolah)

Semasa Menjawab

Berpandukan nilai-nilai murni/pengajaran yang telah dicatat, tulis jawapan dengan menggunakan ayat sendiri dan cuba gunakan penanda wacana yang sesuai untuk membina ayat yang gramatis.Pengajaran/nilai murni yang ditulis hendaklah disertai contoh-contoh dalam petikan.Hanya contoh yang terdapat dalam petikan sahaja diterima.Ulasan hendaklah tulis dalam satu perenggan sahaja.Elakkan / jangan menyalin semula nilai murni/pengajaran atau petikan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun.

Selepas Menjawab

Baca semula keseluruhan jawapan dan semak 5 aspek kesalahan bahasa dari segi perbendaharaan kata, struktur ayat, imbuhan, ejaan dan tanda baca.Pastikan tiada idea / isi yang tertinggal.Lima idea/isi/nilai murni/pengajaran mesti dikemukaan.Baiki tulisan/perkataan yang tidak jelas.

Kita mestilah .(Nilai) seperti (berdasarkan petikan yang digariskan). Seterusnya, kita perlulah .(Nilai) dengan/seperti (berdasarkan petikan yang digariskan). Selain itu, kita patutlah (Nilai) seperti .. Selepas itu, kita haruslah .. dengan/seperti (petikan). Akhir sekali, kita hendaklah .seperti .CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN

Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina daripada nilai murni tersebut .

CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin.Nilai Murni: mematuhi peraturan.Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana.

CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing.Nilai Murni: bertanggungjawabAyat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggungjawab.

3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.Mengapakah adik menangis? tanya pengawas itu.Nilai Murni: prihatinAyat: Kita seharusnya prihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.

CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN4. Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat lapardan saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan, jawab budak itu sambil menangis.Nilai Murni: berterus-terang.Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan.

5. Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut abang. kata pengawas itu.Nilai Murni: memberi pertolongan.Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.

KLINIK 1Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.

PENGAJARAN1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.5. Jangan mencuri harta benda orang.6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.

JAWAPAN LENGKAPSebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah berdisiplin dengan bangun awal untuk pergi ke sekolah.Selain itu, kita hendaklah jujur terhadap ibu bapa kerana menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Di samping itu, kita perlulah rajin pergi ke sekolah.Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Kita juga patutlah tekun berusaha kerana masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran.Akhir sekali, kita sewajarnya amanah iaitu tidak mencuri harta benda orang lain . Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga.