pppm psk pt3

Upload: pang

Post on 14-Oct-2015

212 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PT3

TRANSCRIPT

  • 5/24/2018 PPPM PSK PT3

    1/8

    PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

    PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

    PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

    TINGKATAN3

  • 5/24/2018 PPPM PSK PT3

    2/8

    PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 2

    MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam

    masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah

    kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

    OBJEKTIF KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

    Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.

    Objektif Pengetahuan

    i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara.ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera.iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera.

    iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dinamik dan patriotik.v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara.vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.

    Objektif Kemahiran

    i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara.ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia.iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara.iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat.v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama.

    vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara.vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.

  • 5/24/2018 PPPM PSK PT3

    3/8

    PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 3

    Objektif Nilai

    i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan.iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia.iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama.vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab.vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara.viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.

  • 5/24/2018 PPPM PSK PT3

    4/8

    PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 4

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    1 Mengetahui asas identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan.

    2 Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan.

    3 Mengetahui dan memahami identiti d iri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan sertaboleh melaksanakan kemahiran sivik dengan baik.

    4 Mengetahui, memahami dan mengamalkan kemahiran sivik dengan dedikasi ke arah membentuk warganegara yangberakhlak mulia bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu.

    5 Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten ke arah melahirkanwarganegara yang bersikap positif, bertanggungjawab, berupaya menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapicabaran.

    6 Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten sebagai warganegara yang,berakhlak mulia, prihatin, berwawasan, bertanggungjawab, patriotik dan bersedia menyumbang ke arah pembangunandiri, masyarakat dan negara serta boleh diteladani.

  • 5/24/2018 PPPM PSK PT3

    5/8

    PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 5

    TAJUK / TEMA BAND DESKRIPTOR

    PENCAPAIAN

    KENDIRI

    a. Pilihan Kerjaya

    b. Keputusan yang

    bijak dan adil.

    &

    HUBUNGAN

    KEKELUARGAAN

    a.Tanggungjawab

    terhadap keluarga

    1 Menyatakan pelbagai peluang kerjaya yang ada di dalam dan di luar negara dengan betul.

    2 Menyenaraikan kelayakan akademik/ikhtisas dan kemahiran bagi pelbagai kerjaya dengan betul.

    3 Mengenal pasti keperluan yang berbeza dalam aspek fizikal, mental, emosi, dan rohani bagi anggotakeluarga dengan jelas.

    4 Menghuraikan cara menjaga keselamatan anggota keluarga ketika berada di dalam dan di luarrumah dengan jelas.

    5 Mengumpul maklumat tentang kesan positif dan kesan negatif mengenai kerjaya yang dipilihterhadap diri sendiri dan keluarga dengan lengkap.

    6 Membuat rumusan tentang kesan positif dan kesan negatif mengenai kerjaya yang dipilih terhadapdiri sendiri dan keluarga secara kreatif.

  • 5/24/2018 PPPM PSK PT3

    6/8

    PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 6

    TAJUK / TEMA BAND DESKRIPTOR

    HIDUP

    BERMASYARAKAT

    a. Pemeliharaan dan

    pemuliharaan alam

    sekitar.

    b. Kepekaan dantindakan terhadap isu

    dan masalah alam

    sekitar.

    1 Menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar secara ringkas.

    2 Mengenal pasti cara-cara untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dengan betul.

    3 Membezakan peranan agensi yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar dengan tepat.

    4 Merancang projek memelihara atau memulihara alam sekitar dengan tersusun.

    5 Melaksanakan projek memelihara atau memulihara alam sekitar dengan baik.

    6Menghasilkan laporan mengenai isu alam sekitar di kawasan setempat dengan lengkap .

  • 5/24/2018 PPPM PSK PT3

    7/8

    PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 7

    TAJUK / TEMA BAND DESKRIPTOR

    WARISAN

    KEPELBAGAIAN

    BUDAYA MALAYSIA

    a. Adat resam dan

    pantang larang

    pelbagai kaum.

    1 Mentakrif adat resam dan pantang larang dengan jelas.

    2 Menyenaraikan pantang larang pelbagai kaum di Malaysia dengan betul.

    3 Mengenal pasti perbezaan adat resam pelbagai kaum dalam aspek kelahiran, perkahwinan dankematian dengan tepat.

    4 Menghuraikan tujuan amalan adat resam dan pantang larangpelbagai kaum di Malaysia denganjelas.

    5 Merangka projek khidmat masyarakat bertemakan Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia denganterperinci.

    6 Melaksanakan projek khidmat masyarakat yang telah dirangka dengan sempurna.

  • 5/24/2018 PPPM PSK PT3

    8/8

    PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 8

    TAJUK / TEMA BAND DESKRIPTOR

    MALAYSIA NEGARA

    BERDAULAT

    a. Jentera pentadbiran

    Negara Malaysia.

    b. Kenali kementerian-

    kementerian di

    Malaysia.

    &

    CABARAN MASA

    DEPAN

    a. Mengekalkan

    keamanan negara dan

    sejagat.

    b. Memastikan

    Undang-Undang

    Kemanusiaan

    Antarabangsa

    1 Mengenal pasti struktur dan peranan jentera pentadbiran negara dengan tepat.

    2 Menamakan semua kementerian di Malaysia dengan betul.

    3 Menjelaskan jenis ancaman dalaman dan ancaman luaran yang boleh mengganggu keamanan dankeharmonian negara dengan betul.

    4 Mengumpul maklumat tentang hak asasi manusia dan agensi yang terlibat dengan lengkap.

    5 Menghasilkan sebuah karya kreatif yang menarik menunjukkan penghargaan dan sokongan kepadajentera pentadbiran negara dalam mengekalkan keamanan dunia.

    6 Mengemukakan pendapat tentang keberkesanan peranan kementerian yang bertanggungjawabdalam menghadapi ancaman dalaman atau ancaman luaran dengan bernas.