pppm 2015-2025

21
i-THINK : Kemahiran Berfikir Secara Kreatif, Kritis dan Inovatif Sabtu, November 09, 2013 Hal Guru , Hal Pelajar , Hal Sekolah , Kreatif 46 comments iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Kenapa Diadakan Program i-THINK? Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing. Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam

Upload: cik-hunieys

Post on 16-Jan-2016

53 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: pppm 2015-2025

i-THINK : Kemahiran Berfikir Secara Kreatif, Kritis dan InovatifSabtu, November 09, 2013  Hal Guru, Hal Pelajar, Hal Sekolah, Kreatif  46 comments

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Kenapa Diadakan Program i-THINK?Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINKPeta PemikiranPeta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami

Page 2: pppm 2015-2025

merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.

1.  Circle Map (Peta Bulatan)Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

Page 3: pppm 2015-2025

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4. Tree Map (Peta Pokok) Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5. Brace Map (Peta Dakap)Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

Page 4: pppm 2015-2025

6. Flow Map (Peta Alir)Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

Page 5: pppm 2015-2025

8. Bridge Map (Peta Titi)Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

Selamat Mencuba!!

Page 6: pppm 2015-2025

Apakah yang dimaksudkan dengan Program i-Think?

Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan

(needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi

(higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.

Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri

yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut.

Bagaimana Program i-Think dilaksanakan?

Kursus i-Think kepada Pemandu Sekolah dan Guru.

Pelaksanaan Rintis Program i-Think (6 SR dan 4 SM) dibandar dan luar bandar pada

tahun 2012.

Pelaksanaan Penuh Program i-Think di semua sekolah secara berperingkat-peringkat

pada tahun 2013.

Page 7: pppm 2015-2025

Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan termasuklah thinking maps, habits of mind,

thinking hats, dan Q-matrix charts.

Apakah yang diharapkan dari Program i-Think?

Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus,

berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.

Aktiviti banyak berpusatkan murid.

Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran dan pengajaran.

Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan

sebagai fasilitator.

Page 8: pppm 2015-2025

Apa itu I-Think?? skema pulak... ok...hangpa tau dak apa tu I-Think... mai cheQ nak

ceghita sikit noo apa dia I-Think tu.... ilmu ni cheQ dapat masa pi seminar baru-

baru ni...

I-think ni diperkenalkan untuk membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan

pelajar disamping melahirkan murid yang berinovatif. 

melalui i-think ni, murid-murid akan didedahkan dengan lapan jenis carta yang

boleh digunakan untuk menghasilkan nota. ini amat berguna tau. menurut

pensyarah cheq ( Dr. Irfan Nyia) yang bagi seminar ni, berkemungkinan program

i-think ni akan mula diperkenalkan disekolah di Malaysia pada akhir Oktober

ni...wallahualam... ada 8 jenis carta(map) ni.. 

1.  peta bulatan ( circle map). kebiasaannya carta jenis ni guna untuk bagi

definisi ataupun nak dapatkan maklumat tambahan(brainstorming).

sumber: tok ki google

Page 9: pppm 2015-2025

sumber : tok ki google

dua-dua gambaQ di ataih tu menunjukkan peta bulatan (circle map). cara nak

gunapeta ni ialah minta murid-murid tulis tajuk utama ditengah-tengah bulatan

dan minta murid huraikan/ senaraikan isi berdasarkan tajuk pada bahagian

bulatan yg ditepi... boleh guna kaedah tulisan ataupun lukis/tampal gambar.

2.    peta pokok ( tree map). peta ni digunakan untuk membuat pengelasan.

sumber: tok ki google

Page 10: pppm 2015-2025

sumber : tok ki google

ok....contoh macam dalam gambaQ tu... tajuk utama letak di ataih,

pengelasan/kategori tulis di bawah. yang tu tunjuk contoh pengelasa bagi

haiwan. kelaskan haiwan mengikut jenis.

3.    peta buih (bubble map).  peta ni biasa digunakan untuk menerangkan

sesuatu..contoh nak terangkan pasai bunga. kat bulat tengah tulih la bunga,

bulat yang tepi-tepi tulis la ciri-ciri bunga.

sumber: tok ki google

Page 11: pppm 2015-2025

sumber : tok ki google

boleh juga guna untuk terangkan sesuatu watak.

4.    peta buih berganda (double bubble map). peta jenis ni guna untuk

membandingbea sesuatu perkara. contoh: nak banding beza watak Harry Potter

dengan Superman. bulatan yang bersambung ditengah-tengah tu untuk tulis

persamaan. yang tepi-tepi untuk tulis perbezaan watak tu. 

sumber : tok ki google

Page 12: pppm 2015-2025

sumber : tok ki google

5.   Peta alir (flow map) ni untuk menerangkan urutan. contoh kalau urutan nak

masak nasik goreng, boleh la guna peta air ni... yang penting urutan ni mesti

anak panah dia selari. tak boleh anak panah bertentangan. 

sumber : tok ki google

contoh yang kat bawah ni urutan pasai siap nak pi sekolah.

6.  Peta pelbagai alir ( multi-flow map). peta ni guna untuk menerangkan sebab

dan akibat. contoh pasai kebakaran. tajuk tulis kat tengah. sebab sebelah kiri,

akibat sebelah kanan.

Page 13: pppm 2015-2025

sumber : tok ki google

sumber : tok ki google

kat atas tu contoh kemalangan kereta. sebab dan akibat....

7.  Peta dakap ( Brace map). digunakan untuk terangkan hubungan bahagian

dengan seluruh.  contoh nak terangkan pasai manusia. apa hubungan bahagian

yang berkaitan dengan manusia? contoh kepala, badan, kaki. bahagian kepala

ada pecahan lagi kepada mata, hidung, mulut.

Page 14: pppm 2015-2025

sumber : tok ki google

sumber : tok ki google

8.    Peta titi ( bridge map). peta ni untuk membuat analogi- hubungan yang sam, mencari faktor perhubungan. 

sumber : tok ki google

contoh tengok gambaQ kat ataih tu. untuk buat analogi karektor dalam buku.

[Tigger is a character in Winnie The Pooh as Wilbur is a character in Charlotte's

Web as Bilbo  is a character in The Hobbit.]

ok...cukup 8 jenis peta. harap semua faham la nooo..hehe....lepaih ni bulih la

praktik guna peta macam ni pulak....jangan duk buat sembrono jaa...

Page 15: pppm 2015-2025

Program I-Think

Apakah program I-Think?

Program I-Think adalah program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.

Apa yang diharapkan daripada program I-Think?1. Dengan menggunakan alat berfikir (Thinking tools) murid lebih fokus dan berkeyakinan di dalam kelas.2. Aktiviti berpusatkan murid.3. Prestasi murid meningkat setelah menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.4. Hubungan guru dan murid semakin rapat kerana guru berperanan sebagai fasilitator.Laman Rasmi program I-Think:

Page 16: pppm 2015-2025

Klik sini untuk ke laman tersebut.

Page 17: pppm 2015-2025

About Us

To remain competitive in the world, Malaysia needs to embrace change and become an innovation economy.

To achieve our goal, the Ministry of Education & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) jointly created the i-THINK project.

i-THINK equips Malaysia's next generation of innovators to think critically and be adaptable in preparation for the future.

The project helps schools impart thinking skills to students, allowing them to be lifelong learners; great at solving problems and coming up with creative solutions.

Agensi Inovasi Malaysia (AIM) is a statutory body set up by the Malaysian Government to drive and sustain progress for Malaysia by accelerating a culture of innovation.

Providing equal opportunities to quality education for all is the Ministry of Education’s primary focus. Malaysia’s educational goals are manifested in the National Educational Philosophy (NEP) with the ultimate aim of achieving the nation’s vision to prepare children to become knowledgeable and skilled individuals to meet the challenges of the 21st Century.

Emphasis is placed on science, technology and information technology, as well as inculcating good moral and work ethics. This remains the central focus pursuant to developing a world-class curriculum that will help

teachers, parents and children keep up with the accelerating pace of economic and technological changes.

Access, equity and quality education will ensure a progressive future for Malaysia, even in inaccessible areas. Under the 10th Malaysia Plan, new initiatives are further enhanced through the entire educational developmental lifecycle, from early childhood education to basic education and tertiary education and all the way to adult working lives. The National Key Result Areas (NKRAs) for education under the Government Transformation Programme (GTP) provide the roadmap with detailed objectives, outcomes and set of actions to address these challenges in our endeavours to ensure that quality education is available to all.

Page 18: pppm 2015-2025

Our ChallengeThe examination-based system places emphasis on students remembering & recalling facts.

While this helps students gain knowledge, they now need to take the next step & develop the skills to apply their knowledge, to enable them to succeed in our changing world.

 

Our SolutionThis calls for our students to not only embrace critical and creative thinking skills, but to also learn to work collaboratively.

With these tools, students will become lifelong learners, equipped with the right skill-sets to take on the challenges of the 21st century.