power point pengajaran rph (abm)
TRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARANHARIAN EKONOMI
RUMAHTANGGA (ERT)
TAJUK : JENIS - JENIS KANCING
OBJEKTIF PEMBELAJARAN• Mengetahui jenis-jenis kancing dan jenis
pakaian yang sesuai dijahit menggunakan kancing tersebut.
• Membezakan setiap bentuk kancing dengan betul.
• Mengetahui alatan yang perlu digunakan untuk menjahit kancing.
• Mengetahui jenis jahitan yang digunakan untuk menjahit setiap jenis kancing.
• Kancing dijahit pada pakaian untuk merapatkan belah pakaian bagi mengekalkan bentuk pakaian dan memudahkan pakaian dipakai.
• Boleh digunakan untuk dijadikan hiasan.
MAKSUD KANCING
JENIS-JENIS KANCING
Butang dan lubang butang
Cangkuk dan mata/rumah
Cangkuk dan palang
Velkro (pita nilon)
riben
zip
Butang dan gelung fabrik (rulo)
BUTANG DAN LUBANG BUTANG
Butang • Kancing yang teguh, kemas, tahan lasak. • Dijahit pada semua jenis pakaian dan
kelengkapan rumah.• Dijahit setiap pengakhiran proses jahitan
pakaian.• Dua jenis kancing ( butang leper dan butang
bertangkai).
BUTANG DUA LUBANG
BUTANG EMPAT LUBANG
BUTANG BERTANGKAI BUTANG KATUP
Lubang butang• Boleh dijahit dengan tangan dan mesin jahit.• Boleh dijahit secara melintang atau menegak .
LUBANG BUTANG
CANGKUK DAN MATA/RUMAH
Cangkuk dan mata• Kancing yang teguh untuk pakaian ketat dan
sesuai dijahit pada belah yang tidak bertindih.• Menggunakan jahitan lubang butang atau
jahitan insang pari.
Cangkuk dan rumah• Mulakan dengan menjahit cangkuk terlebih
dahulu bagi memastikan kedudukan tepat dan sama.
• Jahit dengan jahitan insang pari dengan rapat untuk menutupi lebihan lembaran benang.
CANGKUK DAN PALANG• Sesuai dijahit pada belah yang bertindih.• Kedudukan cangkuk dan palang mestilah
secara tegak.• Menggunakan jahitan insang pari dan jahitan
lubang butang
VELKRO ( PITA NILON)• Terdiri daripada 2 bahagian iaitu cangkuk dan
pail nilon lembut.• Dijahit pada selipar, kasut, sepatu, beg dan
pakaian.• Boleh dijahit dengan mesin jahit , jahitan lilit
ubi yang halus di sekeliling empat tepi pita.
ZIP
• Dijahit pada gaun, skirt, blaus, beg.dll.• Senang dan cepat dipasang serta mudah
dikancingkan.• Jenis dan panjang zip bergantung pada stail
pakaian.• 2 jenis zip biasa zip susup
ZIP BIASA ZIP SUSUP
RIBEN• Dijahit pada belah berkun pakaian.• Potongan reben mengikut panjang yang
dikehendaki dan letakkan sebelah luar reben pada sebelah dalam tepi pakaian.
• Menggunakan jahitan sembat, jahitan lilit ubi.
BUTANG DAN GELUNGAN FABRIK (RULO)
• Kancing diperbuat dengan menggunakan jalur serong tepat.
• Hasil gelung yang baik dan cantik ialah gelungan yang bulat dan padat.
• Elak buatkan gelungan yang terlalu tebal.
TEKNIK JAHITAN KANCING
ALATAN JAHITAN KANCING
BUTANG DAN LUBANG BUTANG
1. Masukkan jarum dari sebelah dalam.
2. Cucukkan jarum ke dalam lubang butang.
4. Kemaskan lilitan pada butang.
3. Cucukkan jarum ke sebelah dalam.
5. Matikan jahitan dengan jahit kia.
CANGKUK DAN MATA/RUMAH
• Letakkan batang cangkuk dan mata di tepi belah dan tanda kedudukan.
• Cangkuk yang melekatkan daripada tepi belah mestilah kedudukan mata jarum menjalur keluar 3mm daripada tepi belah.
• Letakkan cangkuk tersebut di tempat yang di tanda dan jahit pada lubang cangkuk dan mata.
• Lilitkan dua atau tiga kali lilitan di bawah cangkuk dan mata bagi mengukuhnya.
CANGKUK DAN PALANG
• Mulakan dengan jahitan kia.
• Jahit jahitan lilit kemas (4-5 kali).
• Matikan dengan jahitan kia.
• Mulakan dengan jahitan kia.
• Jahit jahitan lilit kemas (4-5 kali).
• Susup jarum ke lubang kedua pada palang.
• Matikan jahitan dengan jahitan kia.
Aktiviti : latihan ulangkaji
TERIMA KASIH… TAMAT
"