porfolio pandu puteri
DESCRIPTION
portfolio pandu puteri untuk unit beruniformTRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPISPAHANG DARUL MAKMUR
UNIT BERUNIFORMWAJ 3110
PORTFOLIO PERSATUAN PANDU PUTERI KADET
NAMA PELAJAR : CLARA BEATRICE ANAK LOGIE
NO K.P : 900812-13-6688
KUMPULAN/UNIT : PISMP TESL 1 (SK) SEMESTER III
NAMA PENSYARAH : CIK HAJAR NURSYIDA
TARIKH SERAHAN : APR 2013
KANDUNGAN FAIL
1. Sejarah Unit Beruniform Riwayat hidup pengasas
Sejarah & perkembangan kepanduan WAGGGS, PPPM, Negeri/BPG,
Daerah & Sekolah.
2. Struktur dan organisasi pertubuhan Struktur & organisasi peringkat antarabangsa (WAGGGS)
Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan (PPPM)/ negeri/BPG,
daerah/IPG.
Struktur dan organisasi peringkat sekolah dan kumpulan.
Fungsi majlis tertinggi
3. Perlembagaan Pertubuhan Prinsip-Prinsip Asas Pertubuhan
Perlembagaan Pertubuhan
Lambang, cogan kata, lagu dan bendera Pertubuhan
4. Pengurusan dan Pentadbiran Struktur Unit
Laporan Aktiviti
Pakaian Seragam Ahli & Pemimpin
Takwim & Rancangan Aktiviti
Anugerah & Penilaian
5. Disiplin dan Kerohanian Persetiaan dan Undang- Undang Pertubuhan
Lagu-lagu Patrioktik & Pertubuhan
6. Asas Pertolongan Cemas Tujuan & Prinsip PC
Anduh & Balutan
Merawat luka, gigitan
Melecur, pitam, patah
Keracunan, terseliuh
Pemulihan pernafasan
7. Asas Kawad Kaki Kawad kaki
Bahasa Hukuman
Pergerakan dan Formasi Kawad
8. Istiadat Istiadat Perhimpunan
Istiadat Melantik
Istiadat Meningkat Naik
Istiadat Penyampaian Lencana
Istiadat Bendera
Sejarah Bermulanya Kepanduan Di Malaysia
1917
Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya
1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang
1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak
1920an Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur
1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang
1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924
1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan
1925Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.
Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya.
1928
Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.
1932Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu.
1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.
1937-1946Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun.
1947
Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu.
Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya.
1948-1960 Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.
1957
Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan.
1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece.
1962PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember.
1964
Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963.
1967-1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti – aktiviti Perkhemahan Jubli Emas.
1969
Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.
1977-1986
Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara.
1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor.
1987-1996
Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.
1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula.
1998 Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98.
1999Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.
2000 8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre.Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China.
Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11
negara mengambil bahagian.
20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa;‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China)
2001
7-12 September – Kem Integrasi 2001:Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.
Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand
2002
April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia.
2003
Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).
Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat.
Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.
Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".
2005
21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini.
Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.
16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan.
16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara.
17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.
2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:
Nama Lama Nama Baru
Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja
Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer
Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet
Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.
13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta.
1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.
26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak.
9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.
9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.
Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.
2007
Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking"diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy.
19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara
1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9
3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda.
6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian.
7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM
6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM
9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri
25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia
2008 19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah
6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011
17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom
TUJUAN PERSATUAN PANDU PUTERI
MALAYSIA
PPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warga negara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin.
Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain. Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan dan latihan melalui program Pandu Puteri mengutamakan sistem berkumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.
PIAGRAM
Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:
Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti
Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Pandu Puteri
Melahirkan ahli yang berkaliber
Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni
Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna
Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran
NILAI-NILAI TERAS
PERSETIAAN PANDU PUTERI
Bahawa Dengan Sesungguhnya
Saya Berjanji Dan Bersetia
Dengan Sedaya Upaya Menunaikan Kewajipan Saya
Kepada Tuhan
Raja Dan Negara Saya Malaysia
Menolong Orang Setiap Masa, dan
Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri
UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI
Seorang pandu puteri boleh dipercayai
LAMBANG PANDU PUTERI
L LEMAH LEMBUT
A AMANAH
M MESRA
B BIJAKSANA
A ALIM
N NAIF
G GIGIH
P PINTAR
A ABADI
N NAIF
D DINAMIK
U UNTUNG
P PEKA
U ULUNG
T TULUS
E EMOSIONAL
R RAMAH
I IKHLAS
LENCANA PANDU PUTERI MALAYSIA
Lencana Pandu Puteri Malaysia hampir sama bentuknya dengan lencana Pandu Puteri Sedunia
Reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia ini diperkenalkan dan digunakan dalam bulan Januari 1962 .
Lencana dicipta oleh Cik Mary Bowers , Pesuruhjaya Latihan di IbuPejabat Pandu Puteri Malaysia .
Lencana ini mempunyai lambang daun atau cabang trefoil yang melambangkan tiga bahagian dalam ikrar Pandu Puteri .
Bintang pecah empat belas melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan satu pecahan lagi menghala keatas melambangkan jarum kompasyang boleh dianggapkan sebagai petunjuk ke jalan yang sebenar .
“ Pandu Puteri “ ialah “ Girl Guides “ .
Lencana ini dipinkan di tali leher ahli Pandu Puteri dan kadet semasa upacara perlantikan .
Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia
• Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.
• Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia.
• Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.
BENDERA PANDU PUTERI
WORLD SONGOur Way Is Clear as We March OnAnd See Our Flag On HighIs Never Furled Throughout The WorldFor Hope Shall Never DieWe Must Unite For What Is RightIn Friendship True And StrongUntil The Earth In Its RebirthShall Sing Our Song (2x)
All Those Who Loved The True And GoodWhose Promises Were KeptWith Humble Mind, Whose Acts Were KindWhose Honour Never SleptThese Were The FreeAnd We Must Be,Prepare Like Them To LiveTo Give To All, Both Great And SmallAll We Can Give(2x)
LAGU DUNIAArah kita jelas ke depanBendera berkibarTidak berlipat di duniaHarapan abadiBersatu untuk kebenaranPersahabatan kukuhSelagi dunia masih ada Akan Nyanyi, lagu ini
Yang cintakan kebenaranMenetapkan janjiDengan rela berjaya, setia abadiKebenaran kita tepatiBersedia samaUntuk semua miskin, kayaKita beri, yang terdaya
EDELWEISS
Edelweiss, EdelweissEvery morning you greet meSmall and white clean and brightYou look happy to meet meBlossom of snow may you bloom and growBloom and grow foreverEdelweiss,EdelweissBless my homeland forever.
MANDOLO
Mandolo, mandolo hepapale pale (X4)Alaf tanda (X8)
THINKING DAY SONG
Hey, hey, hey It’s thinking day 2xAll over the worldIt’s thinking day
In Malaysia, it’s thinking dayIn Singapore, it’s thinking dayIn Philippines, it’s thinking day
In Mexico, it’s thinking dayIn Switzerland, it’s thinking dayIn Canada, it’s thinking dayAll over the world it’s thinking day
TAPS ( MALAM )
Day is done,gone the sunFrom the sea, from the hills, from the skyAll is well, safely restGod is nigh
Malam datang,siang hilangDari laut, dari gunung, dari langitSemua selamat, sihat rehatBerkat Tuhan
TAPS ( SIANG )
Thanks and praise, for our days‘Neath the sun, ‘neath the stars, ‘neath the skyAs we go, this we knowGod is nigh
Kami puji, nikmat diberiMatahari, bintang-bintang, langit biruMana pergi hidup kamiTuhan saksi
LAGU MANITO
Chorus :Love my manito, yes I do ( 3x )Love my manito but I won’t tell who
I’ve got a feeling warm and gayAs she cast her eyes my wayI will reveal her name somedayBut who she is I will not say
Ulang Chorus
Manito, manito, manito (2x)I wonder who you areIt’s time to say goodbyeManito, manito mine
WE ARE GIRL GUIDES
We are Girl Guides ( 2x )We are Girl Guides through and throughKeep our promise, wear our badgesKeep the law in front of you
On to guiding, here’s to guidingIf there’s danger never mindKeep on trying, keep on smilingThat’s the spirit sister guides
NONA NONA ZAMAN SEKARANG
C/O:Nona, nona, zaman sekarangTak boleh ditegur, tak boleh dilarangBajunya pendek, bertambahlah jarangItu menjadi hatiku riangNonalah jangan bikin keliruTidaklah dikenal Cina MelayuPipinya merah pulak disapuSekarang sudah jadi tak tentu( Ulang Chorus )Dalam dunia banyak rusuhanJangan dibuat perkara tak sopanDalam dunia banyak penggodaBanyak yang jadi rosak binasa( Ulang Chorus )
TREK TEK TEK
Kalau tidak kerana sayang,trek, tek tekTakkan bulan terbit pagi, trek, tek tekKalau tidak kerana abangTakkan saya datang ke mari,Trek, tek tekKalau roboh kota Melaka,trek, tek tekPapan di Jawa saya dirikanTrek, tek tekKalau sungguh bagai dikataBadan dan nyawa saya serahkan,Trek tek tekPohon sena dahannya sena,trek, tek tekSena patah menimpa perigitrek tek tekTahun mana bulan yang manaBoleh kita berjumpa lagi, trek tek tek
DI SINI KITA BERKUMPUL
Di sini di sini kita berkumpul ( 2x )Salam ( 5x ) hoiHere we are, here we arehere we are again( 2x )Hello ( 5x ) hoiCai celi cai celi woh men cai celi ( 2x )How ma ( 5x ) hoiEnggeye, enggeye, engeli porengeh( 2x )Vanikam ( 5x ) hoiNengkene, nengkene ketemu mering( 2x )Kabare ( 5x ) hoi
APUSE
Apuse ko kon daoYarabe soron doveveiOf lenso, beni nemo, beni faseiOf lenso, beni nemo, beni faseiArafabeAuswa rak waArafabeAuswa rak wa
Selamat tinggal kawanKitakan berjumpa lagiSelamat ku doakan engkau pergiSelamat ku doakan engkau pergiSelamat jalanJumpa lagiSelamat jalanJumpa lagi
SAYONARA
Sayonara, sayonaraSampai berjumpa lagi( 2x )Buat apa susah, buat apa susahSusah itu tak ada gunanya( 2x )
Sayonara, sayonaraSampai berjumpa lagiSayonara, sayonaraSampai berjumpa lagi
PERPISAHAN
Takkan dapat ku lupakanTakkan dapat ku gambarkanTakkan dapat ku lukiskan Hanya dapat ku kenangkan
IT’S A SMALL WORLD
It’s a world of laughter, a world of tearsIt’s a world of hopes and a world of fearsThere’s so much that we share that it’s timeWe’re awareIt’s a small world after all
Chorus :It’s a small world after all ( 3x )It’s a small, small world
LAGU KUMPULAN
Tunas puteri bersediaMenolong setiap masa
( Teratai )Teratai nama kami
Berkerja setiap masa
(Cempaka)Cempaka bersuka riaMenolong orang duka
(Saitan)Saitan datang berkawanBerlari macam pahlawan
(Melur)Melur taat dan setia
Berusaha setiap masa
Kategori Keahlian
(Mengikut Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 9 Jun 2006)
Kategori Keahlian setiap Pasukan
/ Guild
Umur Bahagian Tempat Penubuhan /
Nota
Ahli
Aktif /
Tidak
Aktif
Minimum Maksimum
Pasukan 12 36 Di
bawah
6 tahun
Pandu Puteri
Kelip-Kelip
Pra-sekolah Ahli
Aktif
12 36 6 – 12 Pandu Puteri
Tunas
Sekolah Rendah
16 36 12 – 15 Pandu Puteri
Remaja
Sekolah Menengah
Rendah
08 36 15 – 18 Pandu Puteri
Renjer
Sekolah Menengah Atas
08 50 18 ke
atas
Pandu Puteri
Kadet
Institut Perguruan
08 50 18 ke
atas
Pandu Puteri
Siswi
Institut Pengajian Tinggi
08 50 18 ke
atas
Pandu Puteri
Dewasa
Taman Perumahan,
Tempat Kerja, Daerah,
Negeri, Kebangsaan 18 ke
atas
Penolong
Pemimpin
21 ke
atas
Pemimpin
24 ke
atas
Bakal Jurulatih
24 ke
atas
Jurulatih
24 ke
atas
Pesuruhjaya
Guild Bebas 18 ke Guild Trefoil Bekas ahli Pandu Puteri
atas
Bebas 18 ke
atas
Pandu Puteri
Raja
Untuk Pandu Puteri Raja
Bebas 18 ke
atas
Mantan Ketua
Pesuruhjaya
Untuk mantan Ketua
Pesuruhjaya, Ahli
Lembaga Eksekutif
Kebangsaan, Ketua
Pesuruhjaya Cawangan
Pasukan 08 50 18 ke
atas
Sahabat
Pandu Puteri
Wanita berumur 18
tahun ke atas
Ahli
Tidak
Aktif08 50 18 ke
atas
Sukarelawan
Pandu Puteri
Lelaki & wanita
berumur 18 tahun ke
atas