politeknik tun syed nasir syed ismail -...

20
1 POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL HUB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH, KM 1 JALAN PANCHOR, 84600 PAGOH, MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM. Tel: 06 9742288 / 2218 / 2219 Faks : 06 9742395 Email : [email protected] http://www.ptsn.edu.my BUKU PANDUAN PENDAFTARAN DIS 2018 TARIKH PENDAFTARAN RASMI 2 DISEMBER 2018 (AHAD) MASA : 8.30 PAGI TEMPAT: POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL HUB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH, KM 1, JALAN PANCHOR, 84600 PAGOH, MUAR JOHOR Buku ini terdiri daripada 2 (DUA) bahagian:- a) Maklumat Am b) Maklumat Pendaftaran ARAHAN: 1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini, fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. 2. Lengkapkan semua borang-borang pendaftaran (HEP 1 HEP 6).

Upload: vudang

Post on 19-Apr-2019

529 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

1

POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL

HUB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH, KM 1 JALAN PANCHOR, 84600 PAGOH, MUAR,

JOHOR DARUL TAKZIM.

Tel: 06 – 9742288 / 2218 / 2219 Faks : 06 – 9742395

Email : [email protected] http://www.ptsn.edu.my

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

DIS 2018

TARIKH PENDAFTARAN RASMI

2 DISEMBER 2018 (AHAD) MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT:

POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL HUB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH,

KM 1, JALAN PANCHOR, 84600 PAGOH, MUAR

JOHOR

Buku ini terdiri daripada 2 (DUA) bahagian:-

a) Maklumat Am b) Maklumat Pendaftaran

ARAHAN:

1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini, fahamkan

dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. 2. Lengkapkan semua borang-borang pendaftaran (HEP 1 – HEP 6).

2

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Isi Kandungan 2

Senarai Semak Sebelum Hadir Hari Pendaftaran 3

A. Maklumat Am 4

1. Lokasi Kampus Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 4

2. Makluman Penting Pendaftaran 4

3. Yuran Dan Bayaran Lain 4

4. Kemudahan Tempat Tinggal 8

5. Bantuan Kewangan 8

6. Rupadiri 8

7. Hal-hal Lain 10

B. Maklumat Pendaftaran 11

1. Hari Pendaftaran 11

2. Perkara-perkara Yang Mesti Dibawa Pada Hari Pendaftaran 11

3. Pakaian dan Rupadiri Semasa Pendaftaran 12

4. Program Minggu Transformasi Siswa 13

5. Hal-hal Lain 13

3

SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI PENDAFTARAN

Semak dan tandakan

pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh anda, sebelum bertolak ke politeknik untuk mendaftar diri.

1. Dokumen-Dokumen Asal (PERINGATAN: Kegagalan membawa dokumen-dokumen ASAL akan mengakibatkan pendaftaran anda DITOLAK)

1.1 Kad Pengenalan

1.2 Surat Tawaran ke Politeknik

1.3 Sijil/Transkrip atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V)

1.4 Dokumen-dokumen/Sijil-sijil Kokurikulum (jika berkaitan - terutamanya yang mewakili negeri dan negara)

1.5 Sijil Berhenti Sekolah

1.6 Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan)

1.7 Borang-Borang Pendaftaran telah lengkap diisi

i. HEP 1 : MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR ii. HEP 2 : LAPORAN PEMERIKSAAN DOKTOR iii. HEP 3 : KEBENARAN UNTUK RAWATAN PEMBEDAHAN iv. HEP 4 : IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG v. HEP 5 : AKUAN PELAJAR vi. HEP 6 : AKU JANJI PELAJAR vii. BORANG SOAL SELIDIK

1.8 Salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan bagi tujuan permohonan pinjaman/biasiswa

1.9 Dokumen/slip cetakan pendaftaran on-line SPMP

2. Slip Bayaran berjumlah RM200.00 (BANK ISLAM (M) BERHAD) atas nama Politeknik Malaysia (Yuran Pengajian sahaja).

Slip Wang Tunai Masuk berjumlah RM600.00 (BANK ISLAM (M) BERHAD) atas nama Koperasi Tun Syed Nasir Syed Ismail Berhad untuk Bayaran Yuran Pendaftaran/Pelbagai.

3. Gambar warna terbaru (saiz kad pengenalan) 6 keping.

4

A. MAKLUMAT AM

Baca dengan teliti maklumat/arahan berikut dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar urusan pendaftaran anda berjalan lancar dan anda dapat memulakan pengajian di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail dengan selesa.

1. LOKASI KAMPUS POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL

Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) terletak di Hub Pendidikan Tinggi Pagoh, Km 1, Jalan Panchor, 84600 Pagoh, Muar, Johor. Sila rujuk pelan lokasi PTSN yang disertakan di bahagian belakang dalam buku panduan ini ( Lampiran).

2. MAKLUMAN PENTING PENDAFTARAN

a. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga berhak MENARIK BALIK tawaran kemasukan ke Politeknik ini sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke Politeknik.

b. Lengkapkan semua borang pendaftaran (Borang HEP 1-6) sebelum diserahkan kepada

pihak Hal Ehwal Pelajar PTSN

3. YURAN & BAYARAN LAIN

Semua pelajar PERLU membuat bayaran di bank berkenaan sebelum melapor diri pada

hari yang telah ditetapkan. Pembayaran di kaunter pendaftaran secara tunai pada hari pendaftaran TIDAK DIBENARKAN.

Jumlah bayaran adalah seperti jadual di muka surat sebelah.

a. Pelajar perlu membuat 2 (dua) jenis bayaran meliputi Bayaran Yuran Pengajian,

Bayaran 2 iaitu Pendaftaran/Pelbagai. Sila rujuk jadual di muka surat selanjutnya.

b. Dokumen atau bukti pembayaran perlu dibawa dan ditunjukkan sebagai bukti

semasa melapor diri nanti. Anda tidak boleh didaftarkan sebagai pelajar politeknik

sekiranya gagal menjelaskan sebarang bayaran. Semua pembayaran dalam bentuk

Tunai, Cek, Kiriman Wang (‘Money Order’), Wang Pos (‘Postal Order’) dan Draf

Bank TIDAK AKAN DITERIMA.

c. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta,

DIMESTIKAN membawa satu salinan surat atau salinan dokumen dari pihak penaja

hendaklah diposkan ke PTSN dengan segera untuk membenarkan calon mendaftar

secara atas talian (on-line). Surat atau dokumen asal penaja hendaklah dibawa

bersama semasa melapor. Pelajar yang tidak ditanggung oleh penaja atau dalam

proses permohonan, hendaklah menjelaskan bayaran seperti biasa.

5

3.1 PELAJAR BAHARU KURSUS DIPLOMA SEMESTER 1 (LULUSAN SPM DAN LULUSAN SIJIL

KOLEJ KOMUNITI)

KURSUS BAYARAN 1 BAYARAN 2

Sila rujuk kod kursus pada YURAN PENGAJIAN

BAYARAN PENDAFTARAN /

PELBAGAI

surat tawaran

DTM, DFO RM200.00 RM600.00

DPE, DPC, DEI, DCE RM200.00 RM600.00

CARA BAYARAN Cara Bayaran 1 melalui Cara Bayaran 2 melalui kaunter

Perkhidmatan Perbankan Internet ke dalam akaun nombor 01-023-01-0095554

(www.bankislam.com.my) / Mesin atas nama “Koperasi Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail

Deposit Tunai (CDM) di Berhad’ di

BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB) BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB)

Nama Kursus :

LULUSAN SPM/SIJIL KOLEJ KOMUNITI DTM – Diploma Teknologi Makanan DFO – Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak) DPE – Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) DPC – Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia) DEI – Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Instrumentasi (Petrokimia) DCE – Diploma Kejuruteraan Kimia

PERINGATAN: Para pelajar yang telah mendaftar tetapi menarik diri selepas itu tidak akan dikembalikan yuran dan bayaran pendaftaran mereka.

6

3.2 KAEDAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

Semua pelajar Politeknik KPT (pelajar baru dan senior) diwajibkan membuat pembayaran yuran pengajian / yuran asrama di mana-mana cawangan Bank Islam (M) Berhad. Berikut adalah Nama Bank dan No. Akaun Bank bagi pembayaran Yuran Pengajian:

Nama Bank : BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB)

No. Akaun : 16018010017541

Yuran Pengajian : RM200

Bayaran tersebut hanya boleh dibuat melalui saluran berikut:

A PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET

1 Layari www.bankislam.com.my

2 Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”

3 Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.

4 Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.

5 Pilih POLITEKNIK KPT pada bahagian senarai Universiti.

6 Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”

7 Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “pay” 8 Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account” yang hendak

di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay”

9 Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan..

10. Klik "Confirm" untuk menuruskan pembayaran atau sebaliknya.

Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan 11. adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan.

B PERKHIDMATAN MESIN ATM BANK ISLAM

1. Pilih menu LAIN-LAIN

2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT

3. Pilih menu YURAN IPT

4. Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit )

5. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

6. Pilih Bil yang ingin dibayar

7. Sahkan amaun yang ingin dibayar

8. Transaksi selesai dan ambil resit

7

C PERKHIDMATAN MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BANK ISLAM

1. Pilih menu YURAN IPT

2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

3. Pilih POLITEKNIK KPT

4. Sahkan data dan masukkan wang

5. Sahkan jumlah kemasukkan wang

6. Transaksi selesai dan ambil Resit

3.3 KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PELBAGAI DI KAUNTER BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB).

Calon boleh membuat bayaran di mana-mana kaunter cawangan BIMB dengan melengkapkan Borang Slip Pembayaran Bil seperti berikut:

1. Nama Pelajar : (Nama Pelajar)

2. No Akaun : 01-023-01-0095554

3. Amaun : RM600

4. Bayar Kepada : KOPERASI POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL BERHAD

5. Jenis Bayaran : BAYARAN PELBAGAI

6. No. My KAD Pelajar : (No Kad Pengenalan Pelajar)

( Sila simpan salinan pendua Borang Slip Pembayaran Bil yang akan dikembalikan oleh pihak bank

sebagai bukti pembayaran)

1 2

3

4 5 6

contoh

8

4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL DAN PENGANGKUTAN

4.1 KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

Politeknik Tun Syed Nasir masih tidak ada kemudahan asrama pada masa ini. Namun begitu pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar PTSN telah mengambil inisiatif mengumpulkan senarai-senarai kediaman yang boleh disewa disekitar kampus PTSN. Senarai tersebut adalah seperti berikut:

1. Rumah Teres 2 Tingkat (22x70) 4 Bilik Tidur plus 3 Bilik Air beralamat di No. 37,

Jalan Jaya 2/14, Taman Pagoh Jaya 2, 84600 Pagoh, Muar. (Partially Furnised) Kemudahan yang disediakan Katil + tilam + bantal = setiap pelajar Loker = setiap pelajar Peti Sejuk Mesin Basuh Meja Belajar

RM 750/semester = Setiap Pelajar (Tidak Termasuk Bil Api + Air) TEMPAT TERHAD Jika Berminat terus BANK IN ke MPP PTSN RESOURCES MPP PTSN RESOURCES – Bank Islam (01023010094803) – Sila bawa salinan asal bukti pembayaran semasa hari pendaftaran Contact Person = Cik Embun (018-5774249)

2. Asrama Koperasi UTHM, Blok B2 Kampus Kediaman UTHM

Kemudahan yang disediakan Katil + tilam + bantal = setiap pelajar Loker = setiap pelajar Meja Belajar

RM 990/semester = Setiap Pelajar (Termasuk Bil Api + Air) Jika Berminat boleh berhubung dengan En. Hafiz di talian 018-6681050 – Pembayaran secara manual di Koperasi UTHM di hari pendaftaran.

3. Unit kediaman lot kedai beralamat di Taman Pagoh Jaya, 84600 Pagoh Muar.

Kapasiti 26 pelajar/unit. Toilet dan bilik mandi setiap unit kediaman = 9 unit (Fully Furnished)

Kemudahan yang disediakan Katil + tilam + bantal = setiap pelajar Loker = setiap pelajar Peti Sejuk Mesin Basuh Meja Belajar WIFI + TV + Sofa RM750/semester = Setiap Pelajar (Termasuk Bil Api + Air) TEMPAT TERHAD Jika Berminat terus BANK IN ke MPP PTSN RESOURCES MPP PTSN RESOURCES – Bank Islam (01023010094803) – Sila bawa salinan asal bukti pembayaran semasa hari pendaftaran Contact Person = Cik Embun (018-5774249)

9

Keperluan lain yang perlu dibawa: a. Bantal dan sarung bantal b. Kain selimut. c. Baju Melayu (lengkap dan bersampin) bagi pelajar lelaki beragama Islam. d. Pakaian sukan – kasut, seluar trek bewarna BIRU GELAP/HITAM, baju-T dll. e. Pakaian harian secukupnya (rujuk Bahagian 6 – Rupadiri, untuk pakaian ke kuliah) f. 1 keping gambar berukuran kad pengenalan. g. 1 bakul sampah, 1 penyapu, 1 cermin muka, tikar (jika perlu) dan 1 baldi untuk

kegunaan anda. h. Keperluan asas mengikut individu (termasuk ubat-ubatan)

4.2 PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN

Pihak PTSN tidak menyediakan perkhidmatan pengangkutan pelajar dari asrama luar ke kampus. Namun, atas usaha pihak PTSN, pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan pengangkutan bas berhawa dingin dari pihak kontraktor yang dilantik dengan bayaran RM400/semester. Sebanyak 18 ‘trip’ sehari bagi perjalanan pergi dan balik dari tempat kediaman luar (Taman Pagoh Jaya – Kampus PTSN). Setiap pelajar semester 1 adalah digalakkan untuk mengambil perkhidmatan ini disebabkan pelajar semester 1 adalah tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan sendiri.

TEMPAT TERHAD Jika Berminat terus BANK IN ke MPP PTSN RESOURCES MPP PTSN RESOURCES – Bank Islam (01023010094803) – Sila bawa salinan asal bukti pembayaran semasa hari pendaftaran Contact Person = En. Danial (01124005146)

5. BANTUAN KEWANGAN

Pihak pengurusan Politeknik Tun Syed Nasir TIDAK menjamin sebarang bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa politeknik. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.

6. RUPADIRI

Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan yang dikeluarkan oleh Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, sopan dan menutup aurat (bagi pelajar Islam). Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

Semua pelajar diwajibkan memakai baju-T berkolar (seperti di dalam panduan di muka sebelah), seluar trek (track bottom) bewarna biru gelap atau hitam dan kasut yang bersesuaian semasa aktiviti kokurikulum.

10

6.1 RUPADIRI PELAJAR LELAKI

6.1.1 Pakaian ke Kelas/Bengkel/Makmal

a. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek semasa menghadiri kuliah.

b. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju ‘T’ tidak berkolar TIDAK dibenarkan. Pakaian ini terhad semasa dalam bengkel sahaja.

c. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).

d. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna. e. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin,

berkasut dan bersongkok hitam.

f. Berseluar ‘slack’.

g. Berkasut dan berstokin.

h. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.

i. Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.

6.1.2 Rambut

a. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi.

b. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, q a z a , berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan.

6.1.3 Perhiasan

Pelajar lelaki dilarang memakai perhiasan seperti gelang, subang dan rantai.

RAMBUT HENDAKLAH SENTIASA KEMAS DAN PENDEK

TIDAK MELEBIHI TIDAK MENUTUPI TIDAK MENUTUPI

KOLAR BAJU TELINGA DAHI

6.2 RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN

6.2.1 Pakaian Ke Kelas/Bengkel/Makmal

a. Pelajar digalakkan memakai baju kurung atau memakai blaus labuh dan skirt labuh bagi pelajar bukan Islam ketika menghadiri kuliah.

b. Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek,

berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK dibenarkan.

c. Pelajar TIDAK dibenarkan memakai ‘skirt’ yang lebih pendek dari paras lutut.

d. Baju ‘T’ berkolar dan berlengan panjang yang tidak mempunyai tulisan atau

gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju ‘T’ tidak berkolar TIDAK dibenarkan. Pakaian ini terhad semasa dalam bengkel sahaja.

e. Berseluar yang tidak ketat.

f. Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi (yang runcing) TIDAK dibenarkan. Kasut

yang berladam logam yang berbunyi juga TIDAK dibenarkan.

11

6.2.2 Rambut

a. Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan.

b. Pelajar Islam dimestikan memakai tudung.

6.2.3 Perhiasan

Memakai barang kemas yang berlebihan TIDAK digalakkan.

Contoh Penampilan Rupadiri Pelajar Lelaki/Pelajar Perempuan

7. HAL-HAL LAIN

7.1 Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan yang sesuai dan memenuhi syarat-

syarat pakaian seperti dijelaskan dalam bahagian 6.

7.2 Sediakan mesin kira (kalkulator) saintifik yang tidak boleh diprogramkan.

Penggunaan kalkulator boleh program adalah dilarang semasa peperiksaan.

12

B. MAKLUMAT PENDAFTARAN

Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar.

1. HARI PENDAFTARAN

Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL pada hari dan waktu seperti yang dinyatakan. Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini. (Sila rujuk Lampiran B)

2. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN

2.1Dokumen-dokumen ASAL yang berikut:-

a. Kad Pengenalan, b. Surat Tawaran ke Politeknik, c. Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V) atau Transkrip Sijil Kolej Komuniti/Sijil

Matrikulasi/Sijil ILKA yang berkenaan d. Sijil Berhenti Sekolah, e. Dokumen kokurikulum yang berkaitan

(terutamanya yang mewakili negara dan negeri),

f. Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan), g. Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi:-

(i) Borang Maklumat Peribadi Pelajar – HEP 1; (ii) Laporan Pemeriksaan Doktor– HEP 2; (ii) Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga untuk Rawatan Pembedahan – HEP 3; (iii) Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung – HEP 4; (iv) Akuan Pelajar – HEP 5; (v) Aku Janji Pelajar – HEP 6;

h. Dokumen/slip cetakan pendaftaran on-line SPMP

2.2 Bayaran melalui bank hendaklah dilakukan sebelum datang mendaftar. Semua slip pembayaran perlu dibawa semasa hari pendaftaran sebagai bukti pembayaran.

SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda berhenti dari menjadi pelajar POLITEKNIK.

Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama surat pengesahan penajaan yang asal beserta satu salinan semasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran.

Pelajar juga dikehendaki melaksanakan pendaftaran secara atas talian di pautan http://spmp.ptsn.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp. Mana-mana calon yang tidak mendaftar secara online dianggap tidak berminat untuk melanjutkan pengajian di politeknik ini.

2.3 Enam (6) keping gambar berwarna yang terbaru berukuran passport tidak termasuk gambar pada borang HEP. Gambar bagi pelajar lelaki mesti lengkap bertali leher dan berambut pendek. Bagi pelajar perempuan pula, hendaklah berpakaian sopan serta tidak mendedahkan bahagian bahu dan untuk pelajar perempuan Islam hendaklah bertudung. Sila catatkan nama, no. kad pengenalan dan kursus anda di belakang setiap keping gambar.

13

3. PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA PENDAFTARAN

a) Pelajar-pelajar lelaki hendaklah memakai seluar panjang slack dan baju kemeja cerah.

Pelajar-pelajar perempuan (Islam) hendaklah berpakaian kemas dan menutup aurat. Bagi pelajar-pelajar bukan Islam hendaklah memakai pakaian yang bersih, kemas dan tidak menjolok mata. Pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang adalah tidak dibenarkan.

b) Berkasut serta berstokin. c) Rambut mestilah kemas. Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek. Aras belakang tidak

melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi.

d) Topi, Baju-T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan (‘track bottom’) adalah dilarang.

14

4. PROGRAM MINGGU TRANSFORMASI SISWA (MTS)

4.1 Semua pelajar diwajibkan mengikuti Program Minggu Transformasi Siswa (MTS). Aturcara MTS akan diberikan kepada setiap pelajar pada hari pendaftaran.

4.2 Pelajar lelaki dikehendaki membawa kemaja putih, seluar slack hitam, tali leher, songkok hitam, kasut hitam (bukan kanvas/getah), seluar sukan gelap dan t-shirt berkolar gelap, kasut sukan dan stokin untuk aktiviti program MTS.

4.3 Pelajar perempuan dikehendaki membawa baju kurung putih dan kain sarung hitam (untuk yang bukan beragama Islam), blaus labuh putih dan skirt labuh (untuk yang bukan beragama Islam), tudung hitam (jenis bawal), serta kasut bertutup hitam (bukan kanvas/getah), seluar sukan gelap, t-shirt lengan panjang berwarna gelap (bagi perempuan), kasut sukan dan stokin untuk aktiviti program MTS.

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Sila Layari Laman Web PTSN di alamat www.ptsn.edu.my untuk maklumat lanjut.

15

Lampiran A

PELAN ARAH KE PTSN

16

Lampiran B

MAKLUMAT RINGKAS HARI PENDAFTARAN DAN MINGGU TRANSFORMASI SISWA PELAJAR BARU POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED NASIR SESI DISEMBER 2018

1. TAKLIMAT BERSAMA PENGURUSAN POLITEKNIK BERSAMA IBUBAPA Tarikh : 2 Disember 2018 (Ahad) Masa : 9.30 pagi – 10.30 pagi Tempat : Perpustakaan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.

2. PENDAFTARAN PENGAJIAN PELAJAR BARU Tarikh : 2 Disember 2018 (Ahad) Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari Tempat : Rotunda Ulul Albab, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.

PAKAIAN: Pelajar lelaki : Kemeja, seluar slack, kasut hitam berstokin. Pelajar perempuan : Baju kurung dan bertudung (bagi yang beragama Islam)

atau blaus panjang dan skirt labuh (bagi yang bukan Islam), kasut hitam bertutup dan berstokin)

3. PERATURAN PEMAKAIAN SEMASA MINGGU TRANSFORMASI SISWA

Pakaian majlis rasmi bagi pelajar lelaki:

Kemeja putih lengan panjang Slack hitam Tali leher Kasut hitam dan stokin Songkok hitam (bagi pelajar Islam) Pakaian semasa sukan/riadah bagi pelajar lelaki:

T-shirt gelap berkolar

Track bottom gelap

Kasut sukan

4. KEPERLUAN LAIN

Pakaian majlis rasmi bagi pelajar perempuan:

Baju kurung putih Kain hitam Kasut hitam bertutup Tudung hitam jenis bawal (bagi

pelajar Islam)

Pakaian semasa sukan/riadah bagi pelajar lelaki:

T-shirt gelap lengan panjang bertudung Track bottom gelap Kasut sukan

Pakaian yang sesuai untuk ke kuliah/tutorial/amali/bengkel Bantal, sarung bantal cadar Keperluan ubat-ubatan Keperluan harian lain (seperti payung, baldi, sabun, peyangkut baju, tikar dsb)

17

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI BORANG SOAL SELIDIK PELAJAR SESI : DISEMEBER 2018

Tujuan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklum balas dari pelajar yang telah mendaftar di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail Johor. Maklumat ini adalah penting bagi pihak politeknik untuk mengenalpasti ruang penambahbaikan dalam memenuhi kepuasan pelanggan. Sila beri jawapan anda secara ikhlas.

ARAHAN : Sila lengkapkan maklumat atau tanda ( √ ) pada petak yang berkenaan. A MAKLUMAT AM

1. Program : …………………………………………………………………………...

Pra Diploma 2. Peringkat Pengajian :

Diploma

Diploma Integrasi

Program Bridging

3. Berapa ramai ahli keluarga yang datang bersama anda?

Orang

4. Adakah petunjuk arah dan kawalan lalulintas sempurna dan lancar.

Ya Tidak ( nyatakan : .....................................................................)

5. Apakah jenis kenderaan yang anda gunakan semasa hadir ke tempat pendaftaran?

Kenderaan Sendiri Kenderaan Awam

Nota : Jika kenderaan awam, terus ke no. 7

6. Adakah ruang tempat letak kenderaan mencukupi dan sesuai? (Jika berkaitan)

Ya Tidak ( nyatakan : .....................................................................)

7. Adakah anda bersetuju bahawa Politeknik adalah pilihan pertama anda sebagai pusat pengajian.

Ya Tidak

8. Sumber maklumat rujukan ketika anda memilih Politeknik sebagai pusat pengajian

Promosi

Career Counselling

Lain-lain (nyatakan:...................................................................... )

9. Program pengajian di Politeknik ini dipilih oleh

Sendiri

Keluarga

Lain-lain (nyatakan:…….……...........................................……….)

18

B. PROSES MEMOHON

1. Adakah anda baca iklan? Jika

tidak terus ke soalan 4.

2. Iklan yang disiarkan mudah difahami

3. Panduan di dalam iklan permohonan kemasukan

4. Adakah anda mengisi e-borang sendiri?

Jika tidak terus ke soalan Bahagian C.

5. Permohonan secara On-line di Laman Web

a. Arahan dan panduan di dalam laman web

b. Proses memasukkan butiran permohonan ke dalam e-borang

c. Maklumbalas tentang permohonan yang dihantar

C. PROSES PENDAFTARAN

1. Arahan di dalam Buku Panduan Pendaftaran Kemasukan ke Politeknik KPT.

2. Borang–borang Pendaftaran mudah difahami dan dilengkapkan.

3. Penggunaan sistem nombor giliran untuk Pendaftaran (jika ada).

4. Urusan pembayaran yuran pengajian dan bayaran pendaftaran melalui Bank.

5. Tempat duduk yang disediakan semasa menunggu proses pendaftaran.

6. Layanan oleh Urusetia Pendaftaran.

7. Proses Pendaftaran Kamsis (jika berkenaan). 8. Keseluruhan Proses Pendaftaran Pelajar

adalah terkawal dan berjalan lancar.

D. ULASAN DAN CADANGAN (jika ada)

Ya Tidak.

Amat tidak Amat Memuaskan Memuaskan

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

Ya

Tidak.

Amat tidak Amat Memuaskan Memuaskan

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

Amat tidak Amat Memuaskan Memuaskan

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

Terima Kasih Atas Kerjasama Anda Nota:

Indikator : 1 – Amat Tidak Memuaskan 2 – Tidak Memuaskan 3 – Sederhana 4 – Memuaskan 5 – Amat Memuaskan

19

20