polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

38
PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG POLISI INISIATIF KESELAMATAN PESAKIT HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG (PATIENT SAFETY INITIATIVE) PENGENALAN Hospital Changkat Melintang telah mengambil langkah untuk mengikuti inisiatif keselamatan pesakit yang telah digariskan oleh Malaysian Patient Safety Council dimana garispanduan yang dicadangkan telah diadaptasikan supaya bersesuaian dengan keadaan fizikal hospital, taraf perkhidmatan yang disediakan dan sumber manusia yang sedia ada. Inisiatif keselamatan pesakit yang diambil oleh Hospital Changkat Melintang akan meliputi bidang-bidang yang tersenarai di bawah : o Clean care is safer care (Perkhidmatan perawatan yang bersih dan selamat) o Communication processes including hand-off, verbal order, discharge communication and communication of critical result and medication doses. (Komunikasi yang meliputi hand-off, pesanan lisan, komunikasi semasa discaj dan makluman keputusan kritikal dan dos ubatan) o Patient identification (Pengenalan pesakit) o Patient fall (Pesakit jatuh) o Safe blood transfusion ( Transfusi darah yang selamat) o Incident reporting (Pengurusan laporan insiden) o Medication safety ~ medication reconcialation ~ adverse effect in inpatient ~ Look alike, sound alike medication(LASA) ~ Concentrated injectable medication ~ High alert medication 1

Upload: lee-oi-wah

Post on 06-Dec-2014

4.880 views

Category:

Business


22 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

POLISI INISIATIF KESELAMATAN PESAKIT HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG (PATIENT SAFETY INITIATIVE)

PENGENALAN

Hospital Changkat Melintang telah mengambil langkah untuk mengikuti inisiatif keselamatan pesakit yang telah digariskan oleh Malaysian Patient Safety Council dimana garispanduan yang dicadangkan telah diadaptasikan supaya bersesuaian dengan keadaan fizikal hospital, taraf perkhidmatan yang disediakan dan sumber manusia yang sedia ada.Inisiatif keselamatan pesakit yang diambil oleh Hospital Changkat Melintang akan meliputi bidang-bidang yang tersenarai di bawah :

o Clean care is safer care (Perkhidmatan perawatan yang bersih dan selamat)o Communication processes including hand-off, verbal order, discharge

communication and communication of critical result and medication doses. (Komunikasi yang meliputi hand-off, pesanan lisan, komunikasi semasa discaj dan makluman keputusan kritikal dan dos ubatan)

o Patient identification (Pengenalan pesakit)o Patient fall (Pesakit jatuh)o Safe blood transfusion ( Transfusi darah yang selamat)o Incident reporting (Pengurusan laporan insiden)o Medication safety ~ medication reconcialation ~ adverse effect in inpatient ~ Look alike, sound alike medication(LASA) ~ Concentrated injectable medication ~ High alert medication

1

Page 2: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

1. INISIATIF “CLEAN CARE IS SAFER CARE”

1.1 Latarbelakang

Untuk memastikan kejayaan inisiatif keselamatan ini, Hospital Changkat Melintang telah menubuhkan Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Kawalan Antibiotik (Hospital Infection Control And Antibiotic Control, HIACC) yang merupakan satu pasukan “multidiscipline”.(Lampiran A)

1.2 Objektif

Memperkukuhkan Program Kawalan Infeksi hospital melalui Polisi dan Prosedur Kawalan Infeksi.

Mempertingkatkan standard dan komplian terhadap “hand hygiene” melalui latihan “hand hygiene” dengan penekanan kepada penggunaan Alcohol Hand Rub.

Memastikan peruntukan yang mencukupi untuk Alcohol Hand Rub.

Memantau komplian terhadap “hand hygiene”melalui audit berkala (setiap 3 bulan)

1.3 Polisi operasi

Setiap unit klinikal dan bukan klinikal di Hospital Changkat Melintang diWAJIBKAN untuk mengikuti garispanduan kawalan infeksi di unit masing-masing seperti yang telah digariskan dalam Manual Polisi dan Prosedur Kawalan Infeksi Hospital Changkat Melintang.

Latihan amali “hand hygiene” diberikan kepada semua kakitangan hospital dan HSS yang baru semasa Program Orientasi mereka.

Latihan amali “hand hygiene” diadakan untuk semua kakitangan hospital sekurang-kurangnya 2 kali setahun semasa Kursus Kawalan Infeksi.

Latihan amali “hand hygiene” kepada semua jururawat pelatih semasa kursus orientasi.

Poster “5 Moments of Hand Hygiene” dan poster-poster lain yang berkenaan dipamerkan di tempat yang strategic seperti di besin basuh dan pintu masuk ke unit-unit.

2

Page 3: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

Semua kakitangan klinikal dibekalkan dengan “Alcohol Hand Rub” yang bersaiz poket dan WAJIB untuk membawa bersama mereka sepanjang waktu bertugas mereka.

Alcohol Hand Rub ditempatkan di setiap kaunter perkhidmatan dan di pintu masuk Dewan dan Bilik Mesyuarat dan orang awam dan kakitangan diberi peringatan untuk membersihkan tangan mereka.

Jawatankuasa HIACC terlibat dalam permohonan peruntukan untuk mendapatkan bekalan Alcohol Hand Rub yang mencukupi.

Jururawat Kawalan Infeksi dilantik sebagai Penyelaras untuk Audit Handwashing yang diadakan 4 kali setahun dengan bantuan “Link Nurse” di setiap unit. Hasil penemuan audit dibentangkan semasa Mesyuarat Jawatankuas HIACC.

3

Page 4: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

2. INISIATIF PROSES KOMUNIKASI UNTUK KESELAMATAN PESAKIT

2.1 Latarbelakang Pembangunan satu proses komunikasi pesakit sebagai satu ”tool” untuk dinamik untuk satu program berterusan bagi mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit. Komunikasi yang seragam akan memudahkan penyampaian informasi yang tepat dan efisien untuk menjamin keselamatan pesakit. Polisi komunikasi ini meliputi aspek-aspek seperti berikut :

o Hand-off communication

o Verbal order

o Communication of critical result

o Communication of medication doses

o Discharge communication

2.2 Objektif

Mengadakan satu garispanduan yang seragam dan komprehensif untuk kegunaan semua kategori kakitangan yang terlibat dalam rawatan pesakit.

Mempertingkatkan keselamatan pesakit melalui proses komunikasi yang lengkap, tepat dan berkesan supaya kejadian ”medical error” dapat diminimakan.

Memastikan proses komunikasi adalah berkesan dan tidak melibatkan banyak gangguan (interruption) dalam proses rawatan.

Memastikan setiap proses komunikasi didokumentasikan dengan tepat dan lengkap.

4

Page 5: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

2.3 Polisi operasi

2.3.1 Hand-off communication

Objektif hand-off communication adalah untuk menyampaikan informasi yang tepat mengenai keaddan pesakit, perawatan yang diperlukan , perkhidmatan yang diperlukan dan sebarang perubahan yang berlaku atau yang dijangka dalam jangkamasa tertentu.

Dilakukan semasa pertukaran shif di wad-wad. ”Tool ” yang digunakan

oleh jururawat adalah penggunaan nemonic ”ISBAR” yang didokumentasikan dalam buku Hand-off jururawat pada permulaan setiap shif.

Dilakukan pada setiap pagi oleh Pegawai Perubatan yang baru menghabiskan tugas panggilan kepada Pegawai Perubatan yang akan bertugas atas panggilan pada hari tersebut. Dokumentasi di dalam buku Hand-off Pegawai Perubatan.

Dilakukan semasa pertukaran shif di unit kecemasan oleh Penolong Pegawai Perubatan. Dokumentasi di dalam buku laporan 24 jam Penolong Pegawai Perubatan .

2.3.2 Verbal order

Setiap ”verbal order” oleh Pegawai Perubatan harus didokumentasikan dalam nota rawatan pesakit oleh Jururawat atau Penolong Pegawai Perubatan dengan menggunakan kaedah ”read back” dan ”call out”.

Setiap ”verbal order” oleh Pegawai Perubatan mestilah disusuli dengan dokumentasi bertulis dalam nota pesakit dalam tempoh 24jam.

2.3.3 Communication of critical result

Setiap keputusan pemeriksaan haruslah dimaklumkan kepada Pegawai Perubatan. Pegawai Perubatan WAJIB menandatangan dan Cop pada salinan keputusan makmal tersebut. Untuk pemeriksaan ECG dan X-ray, keputusan pemeriksaan WAJIB didokumentasikan dalam nota rawatan pesakit.

Untuk keputusan yang dimaklumkan kepada Pegawai Perubatan melalui talipon, proses komunikasi WAJIB didokumentasikan dalam nota rawatan pesakit dan arahan Pegawai Perubatan direkodkan dengan mengikut tatacara seperti “verbal order” (2.2.2)

5

Page 6: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

2.3.4 Communication of medication doses

Setiap arahan Pegawai Perubatan melalui talipon untuk ubatan haruslah direkod oleh Jururawat atau Penolong Pegawai Perubatan melalui kaedah “read back” dan “call out”.

Perubahan dalam dos ubatan WAJIB diikuti dengan dokumentasi bertulis dalam borang UOU oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh 24jam.

2.3.5 Discharge communication

Komunikasi yang lengkap untuk pesakit yang discaj HARUS meliputi butiran-butiran seperti berikut :

o Kad temujanji

o * Kad discaj pesakit yang lengkap

o Surat rujukan (jika perlu)

Untuk kes-kes TB yang didiscaj, pastikan Klinik Dada telah dimaklumkan untuk program DOTS.

* Maklumat dalam kad discaj pesakit adalah seperti berikut: Maklumat penuh pesakit Diagnosa pesakit Senarai lengkap ubatan pesakit (medication reconcialation) Keputusan makmal yang penting Perancangan rawatan termasuk keputusan ujian yang “pending” Doktor yang merawat No talipon untuk dihubungi sekiranya bermasalah.

6

Page 7: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

3 PATIENT IDENTIFICATION (PENGENALAN PESAKIT)

3.1 Latarbelakang

Positive patient identification (pengenalan pesakit positif) adalah proses di mana identiti pesakit disemak dan disahkan dalam setiap “point” dalam perjalanan rawatan pesakit seperti :

o Pengambilan sampel

o Prosedur radiologi seperti X-ray, Ultra-sound dan sebagainya.

o Prosedur pembedahan

o Transfusi darah

o Pemberian ubatan

3.2 Objektif

Untuk mempertingkatkan tahap keselamatan pesakit

Untuk memastikan pengalaman pesakit yang baik

Untuk menjamin perkhidmatan yang berkualiti

Untuk mengelakkan daripada membuang masa dan sumber.

Untuk mengelakan dari kejadian medical error

3.3 Polisi operasi

Setiap pesakit yang dimasukkan ke dalam wad akan diberikan Patient identification bracelet yang dipasang pada pergelangan tangan (pesakit dewasa) atau pergelangan kaki (kanak-kanak)

Dua (2) parameter digunakan iaitu Nama pesakit dan No Kad Pengenalan/Mykid. Maklumat ini akan ditulis oleh Jururawat Terlatih dalam huruf blok semasa kemasukan pesakit. Pesakit dinasihatkan supaya tidak menanggalkan bracelet tersebut.

7

Page 8: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

Kakitangan akan menyemak dan sahkan identiti pesakit dengan bertanyakan nama pesakit dan No Kad Pengenalan dan membandingkan dengan Identification bracelet pesakit sebelum melakukan prosedur rawatan yang tersenarai di atas.

Dalam keadaan di mana Bracelet pesakit tidak ditemui, prosedur ”Time-out” perlu dilakukan. Jururawat Y/M WAJIB melakukan pemeriksaan dan mengesahkan identiti pesakit dan menggantikan Bracelet yang hilang sebelum prosedur boleh diteruskan. Perlu didokumentasikan dalam nota pesakit.

8

Page 9: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

4. PATIENT FALL ( PESAKIT JATUH)

4.1 Latarbelakang

Kejadian pesakit jatuh merupakan satu kejadian yang boleh menjejaskan tahap kesihatan pesakit dan merupakan satu isu keselamatan pesakit yang penting. Kejadian pesakit jatuh menyumbangkan kepada morbiditi dan mortaliti pesakit dan menyebabkan peningkatan kepada kos rawatan . Ia juga meninggikan risiko hospital dalam potensi litigasi. Kebanyakan pesakit adalah dari golongan warga emas yang mempunyai risiko untuk mendapat kecederaan yang serius dan mengancam nyawa. Beberapa kategori pesakit yang mempunyai risiko untuk jatuh semasa rawatan dalam wad termasuklah :

o Pesakit kanak-kanak

o Pesakit tua yang berada dalam keadaan fizikal yang lemah

o Pesakit-pesakit sawan

o Pesakit yang dirawat dengan ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk, pening dan sebagainya.

o Pesakit yang baru menjalani prosedur rawatan yang tertentu seperti CMR yang telah diberi ubat pelali.

4.2 Objektif

Untuk mengenalpasti faktor-faktor pesakit dan rawatan yang menyumbangkan kepada insiden pesakit jatuh.

Untuk mengenalpasti faktor-faktor persekitaran yang menyumbangkan kepada insiden pesakit jatuh.

Untuk mengambil langkah-langkah intervensi untuk mencegah kejadian pesakit jatuh.

Untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya jika berlaku insiden pesakit jatuh.

Untuk memastikan dokumentasi yang lengkap dan tepat setiap kejadian pesakit jatuh supaya langkah penambahbaikan dapat diambil .

9

Page 10: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

4.3 Operasi polisi

4.3.1 Definisi

A fall is defined as a sudden, uncontrolled, unintentional, downward displacement of the body to the ground or other object, excluding falls resulting from violent blows or other purposeful actions.

A near fall is a sudden loss of balance that does not result in a fall or other injury. This can include a person who slips, stumbles or trips but is able to regain control prior to falling.

An un-witnessed fall occurs when a patient is found on the floor and neither the patient nor anyone else knows how he or she got there.

4.3.2 Penilaian potensi jatuh untuk pesakit dalam wad

Semua pesakit yang dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan perlu dinilai :

Semasa kemasukan ke dalam wad

Jika pesakit dipindahkan dari satu unit kepada unit lain dalam fasiliti.

Sekiranya ada perubahan dalam status kesihatan pesakit.

Sekiranya pesakit jatuh .

Dilakukan secara berkala untuk pesakit yang tinggal lama dalam wad(mingguan)

4.3.3 Tool yang digunakan

o Sistem Bintang (PPJ)

o Skor bintang pesakit akan digantung pada hujung kaki katil untuk rujukan kakitangan.

10

Page 11: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

4.3.4 Jawatankuasa Program Pesakit Potensi Jatuh

Pengarah Hospital

Penyelia Jururawat

Ketua-ketua jururawat

Pengurus HSS

Pegawai Farmasi

4.3.5 Tindakan kawalan persekitaran

Pastikan kawasan laluan dan kawasan pesakit mendapat pencahayaan yang mencukupi.

Pastikan kawasan laluan dan kawasan pesakit tidak terhalang oleh benda- benda yang menjadi gangguan dan bebas daripada tumpahan.

Pintu yang seharusnya berkunci dikuncikan jika tidak ada kakitangan yang menjaganya.

Handrail yang dipasangkan di tempat-tempat tertentu adalah kukuh dan selamat.

Perabut untuk kegunaan pesakit (kerusi dan meja) adalah kukuh dan dalam keadaan baik.

Assistive devices untuk kegunaan pesakit seperti kerusi roda, walking frame dan sebagainya diperiksa secara berkala supaya berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.

Sebarang keadaan persekitaran yang Tidak selamat harus dinotifikasikan dan supaya tindakan awal dapat dilakukan untuk mencegah kejadian pesakit jatuh contohnya membaiki paip yang bocor, lampu yang terbakar dan sebagainya.

11

Page 12: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

4.3.6 Tindakan kejururawatan

Membuat penilaian ke atas setiap pesakit yang dimasukkan ke dalam atau dipindahkan dari unit lain.

Menempatkan pesakit yang mempunyai potensi jatuh di katil yang bersesuaian (berpagar) dan dekat dengan kaunter jururawat.

Memastikan brek katil, brek kerusi roda dan brek ”cardiac table ” dikunci dan berfungsi dengan baik.

Memberi orientasi kepada pesakit dan warisnya mengenai potensi pesakit jatuh dan langkah-langkah seperti memberi arahan supaya pesakit meminta bantuan jika perlu menggunakan tandas.

Mendapatkan kerjasama dari waris supaya menjaga pesakit yang mempunyai potensi untuk jatuh.

Membuat pemantauan yang lebih kerap ke atas pesakit yang berpotensi jatuh seperti memeriksa keadaan pagar katil, memastikan keperluan ”toileting” pesakit diuruskan dengan lebih efisien terutama pesakit yang mengalami masalah incontinens.

Memastikan kawasan sekitar pesakit bebas daripada gangguan seperti perabut yang berlebihan, tiang drip dan terlalu banyak sambungan Ivline yang berserabut.

12

Page 13: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

4.3.7 Senarai semak langkah-langkah pencegahan untuk pesakit potensi jatuh

Intervention Level of riskHigh Low Frequent falls Altered Muscle Mobility Multiple medications Depression

eliminations weakness problemsLow beds X X X X X X X

Assign patient to bedthat allows patient to X X X X X X X X Xexit toward stronger sideLock movable transferequipment prior to X X X X X X X X Xtransfer

Individualized equipment to patient X X X X X X X X Xneed

Medication review X X X X X X

Toiletting worksheet X X

Star rating ** X X X X X X

Bed/chair alarm X X X X

X

X

INTERVENTION STRATEGIESArea of risk

X

13

Page 14: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

4.3.8 Pengurusan selepas insiden pesakit jatuh

Terdapat 2 elemen di dalam pengurusan pesakit selepas berlakunya insiden pesakit jatuh :

o Penilaian awal pesakito Dokumentasi dan susulan pesakit

4.3.8.1 Penilaian awal pesakit

Mendapatkan maklumat-maklumat seperti yang disenarai di bawah :

Tarikh dan masa kejadian

Kronologi yang menuju kepada kejadian : Apakah yang pesakit sedang buat sebelum berlakunya insiden? Di manakah berlaku kejadian? (katil, kawasan ruang am, bilik air

dsbnya)

Waris yang dimaklumkan tentang kejadian

Tanda vital pesakit selepas insiden

Ubat-ubatan terkini pesakit

Penilaian pesakit : Kecederaan yang dialami Penyebab jatuh Penyakit co-morbid Faktor risiko ( ketidakseimbangan gait/lemah anggota dsbnya) Penilaian pesakit jatuh (sistem bintang)

Penilaian faktor-faktor penyumbang lain : Adakah pesakit menggunakan alat bantuan pergerakan ? Apa ? Adakah disebabkan oleh pakaian pesakit yang terlalu labuh? Adakah pesakit perlukan alat bantuan sensori? Adakah kelemahan dalam persekitaran ?

Katil terlalu tinggi Roda katil tidak berkunci Kerusi roda tidak berkunci Lantai basah Pencahayaan tidak mencukupi

14

Page 15: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

Terlalu banyak perabut atau wayar yang berserabut

Perabut terlalu jauh dari capaian pesakit Adakah siderail katil dinaikkan

4.3.8.2 Dokumentasi dan susulan pesakit

Laporkan kejadian kepada Ketua unit dengan segera.

Lengkapkan borang laporan insiden dan maklumkan kepada Pengarah dalam tempoh 24 jam

Lengkapkan laporan dalam nota pesakit termasuk laporan penilaian pesakit (Post-fall assessment)

Merujuk pesakit yang terlibat untuk pemeriksaan dan rawatan oleh Pegawai Perubatan.

Memaklumkan kepada kakitangan semua shif tentang kejadian pesakit jatuh dan risiko untuk jatuh semula.

15

Page 16: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

5. SAFE BLOOD TRNNSFUSION (TRANSFUSI DARAH YANG SELAMAT)

5.1 Latarbelakang

Proses transfusi darah adalah satu proses yang menolong menyelamatkan nyawa pesakit dan mempengaruhi kualiti kehidupan pesakit dalam beberapa keadaan klinikal. Akan tetapi prosedur ini tidak dikecualikan daripada risiko dan garispanduan diperlukan di dalam setiap langkah proses transfusi darah.

5.2 Objektif

Untuk memastikan proses adalah tepat dan selamat iaitu” Right blood, right patient and right time”

Untuk memastikan proses penyiasatan, dokumentasi dan susulan yang efisien sekiranya berlaku sebarang kejadian ”transfusion reaction” atau ”transfusion error”

5.3 Operasi polisi

5.3.1 Proses transfusi darah

Setiap proses transfusi darah perlu dapat keizinan daripada pesakit dengan mengisi borang keizinan pemindahan darah (consent form). Pegawai Perubatan dikehendaki memaklumkan kepada pesakit sebab transfusi darah diperlukan dan pesakit dikehendaki menandatangani borang tersebut.

Setiap pesakit yang memerlukan transfusi darah perlu memakai ”wristband” untuk tujuan pengenalan diri.

Sampel darah dari pesakit harus diambil oleh Pegawai Perubatan dan dilabel di tepi katil pesakit. Pengenalan pesakit disahkan dengan menanyakan nama dan no kad pengenalan pesakit dan dibandingkan dengan maklumat dalam wristband. Identiti pesakit perlu diverifikasi oleh Jururawat sebagai ”2nd person”.

Borang permohonan ”cross-matching” WAJIB diisi oleh Pegawai Perubatan.

16

Page 17: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

Maklumat dalam borang “cross-match” harus disahkan dengan maklumat dalam kad darah dan dibandingkan dengan wristband pesakit.

Tarikh luput, kumpulan darah, nombor bag darah dan keadaan fizikal darah harus diperiksa oleh Jururawat dan Pegawai perubatan sebelum proses pemindahan darah.

Ambil tanda vital pesakit sebagai baseline sebelum proses pemindahan setiap unit darah iaitu :

o suhu badano nadi dan tekanan daraho SpO2

Pemantauan tanda vital pesakit harus dilakukan setiap 15 minit dan direkod dalam nota pesakit.

Rekodkan maklumat mengenai nombor bag darah, kumpulan darah dan tarikh dan masa proses transfuse dalam nota pesakit.

Pemantauan pesakit diteruskan untuk mengenalpasti kejadian “delayed blood transfusion” yang mungkin berlaku.

5.3.2 Kejadian transfusion reaction

Jika pesakit mengalami gejala-gejala reaksi transfusi darah, hentikan proses transfusi dengan serta-merta.

Jururawat bertugas WAJIB memaklumkan kepada Pegawai Perubatan dengan serta-merta.

Rawatan awal diberikan untuk menjamin keselamatan dan keselesaan pesakit termasuk pemantauan tanda vital pesakit.

Sampel darah dan kencing pesakit diambil untuk penyiasatan seperti dalam garispanduan pengurusan reaksi transfusi.

Kejadian didokumentasikan dalam nota pesakit. Jika pesakit memerlukan rawatan lanjut, pesakit harus dirujuk ke hospital berpakar.

Jururawat dan Pegawai Perubatan bertugas WAJIB mengisi borang laporan insiden dan borang penyiasatan transfusion reaction dalam masa 24jam dan maklumkan kepada Pengarah dan Jawatankuasa Transfusi Darah.

17

Page 18: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

6. PENGURUSAN LAPORAN INSIDEN

6.1 Latarbelakang

Laporan insiden-insiden yang menglibatkan aspek keselamatan pesakit merupakan satu aktiviti pengurusan risiko yang penting (risk management strategy).Tujuan laporan ini dilakukan adalah supaya analisa dapat dijalankan dan langkah-langkah penambahbaikan dan pencegahan dapat diambil supaya insiden yang serupa dapat dielakkan di masa hadapan.

6.2 Objektif

Untuk menyeragamkan tatacara membuat laporan supaya tepat, lengkap, segera dan mesra pelanggan.

Untuk memastikan setiap insiden akan disiasat dengan segera dan langkah membaikpulih dan penambahbaikan dapat dilaksanakan.

Untuk memastikan sistem dokumentasi yang sempurna yang boleh digunakan sebagai sumber untuk aktiviti pembelajaran dan peningkatan kualiti.

6.3 Operasi polisi

Setiap insiden yang berlaku WAJIB dilaporkan oleh kakitangan di unit yang terlibat dengan menggunakan borang laporan insiden dalam masa 24 jam dan dianalisa oleh Ketua unit.

Laporan insiden PERLU dihantar kepada Pengarah hospital dalam masa 24 jam waktu bekerja untuk dianalisa. Untuk insiden yang mustahak, Pengarah hospital perlu dimaklumkan serta-merta melalui talipon.

Satu salinan laporan inbsiden akan dipulangkan kepada unit yang berkenaan sementara satu salinan ini akan disimpan di unit kualiti.

Penyelaras laporan insiden akan membuat analisa semua jenis laporan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Kualiti.

18

Page 19: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

7. INISIATIF KESELAMATAN PENGUBATAN

7.1 OBJEKTIF

Polisi ini diwujudkan bagi memastikan pengurusan hospital adalah komited dalam memberi pengubatan yang selamat serta mengurangkan kesilapan pengubatan yang boleh memudaratkan kesihatan pesakit.

7.2 KESELAMATAN PESANAN PENGUBATAN

7.2.1 Pesanan pengubatan secara bertulis

Pegawai Perubatan hendaklah menulis preskripsi atau pesanan pengubatan dengan jelas dan mudah dibaca.

Pegawai Perubatan hendaklah memberi maklumat yang lengkap tentang pesakit (patient-specific data) semasa membuat pesanan pengubatan secara bertulis.

Pegawai Perubatan hendaklah menulis nama ubat dengan menggunakan nama generik. Nama brand boleh digunakan jika Pegawai Perubatan ingin memesan ubat yang mempunyai brand yang khusus.

Pegawai Perubatan tidak boleh menulis nama ubat dengan menggunakan perkataan atau nama singkatan.

Pegawai Perubatan hendaklah menulis berat, isipadu dan unit dengan menggunakan sistem metrik.

Pegawai Perubatan hendaklah elak penggunaan tempat titik perpuluhan. Jika diperlukan, bagi angka kurang dari 1, angka 0 hendaklah ditulis sebelum titik perpuluhan. (e.g. 0.5mg)

19

Page 20: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

7.2.2 Pesanan pengubatan secara verbal

Pegawai Perubatan dinasihati untuk mengelakkan pesanan pengubatan secara verbal.

Jika pesanan pengubatan secara verbal tidak dapat dielakkan, Pegawai Perubatan hendaklah membuat pesanan dengan perlahan, jelas dan nyata.

Angka hendaklah diberitahu dengan menggunakan cara pilot, iaitu 15mg diberitahu secara ‘satu- lima mg’ atau ‘one-five mg’.

Pegawai Perubatan hendaklah mengejakan nama ubat yang susah dan panjang.

Pegawai Perubatan hendaklah memesan dos secara spesifik dengan menyatakan konsentrasi atau kekuatan ubat dan elakkan dos dalam bentuk ‘tabs’, ‘ampuls’ atau ‘vials’.

Pegawai Perubatan hendaklah meminta penerima pesanan menyebut semula pesanan itu dan mengeja nama ubat.

7.2.3 Maklumat kepada pesakit

Pesakit yang serba tahu tentang rawatan dan ubat akan dapat mencegah kesilapan, menjaga diri dengan baik dan dapat berkhidmat sebagai cegatan untuk keselamatan pengubatan.

Pegawai Perubatan hendaklah memberitahu pesakit jika terdapat perubahan dos atau ubat baru dipreskripsikan.

Pegawai Perubatan hendaklah memastikan pesakit faham tentang indikasi ubat yang dipreskripsikan, cara pengambilan yang betul dan kesan sampingan umum.

Pegawai Perubatan hendaklah mengajar pesakit cara mengelakkan kesan sampingan dan cara melaporkan kesan sampingan jika berlaku.

Jika berkenaan, Pegawai Perubatan hendaklah memberitahu pesakit tentang had cara pemakanan, risiko pengambilan herba, vitamin dan ubat over-the- counter.

20

Page 21: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

Pegawai Perubatan digalakkan untuk menguji kefahaman pesakit tentang maklumat yang diberi dengan memanggil pesakit mengulangi maklumat tersebut.

7.3 KESELAMATAN PENGUBATAN DI WAD

7. 3.1 Administrasi ubat

Jururawat terlatih hendaklah memberi ubat kepada seorang pesakit sahaja pada satu masa.

Jururawat terlatih hendaklah memastikan ubat diberi kepada pesakit yang betul dengan menyemak wristband pesakit.

Jururawat terlatih hendaklah memastikan ubat yang akan diberi kepada pesakit adalah seperti yang dipesan oleh Pegawai Perubatan.

Jururawat terlatih hendaklah menyemak ubat, dos, frekuensi dan jangka masa ubat yang perlu diberi kepada pesakit dengan merujuk kepada Bed Head Ticket dan carta pengubatan.

Jururawat terlatih hendaklah kenal pasti alergis pesakit.

Jururawat terlatih hendaklah memberi ubat pada masa yang tepat dan dengan cara pengambilan yang betul.

Jururawat terlatih hendaklah menjelaskan kepada pesakit indikasi setiap ubat semasa pemberian ubat.

Selepas pemberian ubat, Jururawat terlatih hendaklah mencatat terus pada carta pengubatan pesakit.

Jika terdapat sebarang keraguan atau soalan, Jururawat terlatih hendaklah bertanya atau berbincang dengan Pegawai Perubatan atau Ketua Jururawat.

21

Page 22: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

7.3.2 Pengiraan dos ubat

Jururawat terlatih digalakkan untuk menggunakan carta dos yang disediakan di wad untuk memastikan dos pesakit.

Jururawat terlatih hendaklah melakukan semak silang selepas setiap pengiraan dos.

Jika terdapat sebarang keraguan atau soalan, Jururawat terlatih hendaklah bertanya atau berbincang dengan Pegawai Perubatan atau Ketua Jururawat.

Jururawat terlatih hendaklah dilatih dalam pengiraan dos dan kemahiran pengiraan dos dinilai dari semasa ke semasa.

7.4. KESELAMATAN PENGUBATAN DI FARMASI

7.4.1 Penyimpanan ubat

Pegawai Farmasi hendaklah memastikan ubat disimpan di tempat yang sesuai mengikut cara penyimpanan yang betul bagi setiap jenis ubat.

Pegawai Farmasi atau Penolong Pegawai Farmasi U32 hendaklah memastikan stok ubat diperiksa setiap bulan bagi mengelakkan ubat yang melebihi tarikh luput disimpan di Farmasi.

Penolong Pegawai Farmasi U32 hendaklah melabelkan ubat yang hampir tarikh luput.

7.4.2 Penyaringan preskripsi

Anggota yang menyaring preskripsi hendaklah memastikan preskripsi adalah jelas dan mudah dibaca. Preskripsi yang tidak jelas hendaklah disemak semula dengan Pegawai Perubatan yang berkenaan.

Preskripsi yang mempunyai dos yang tinggi hendaklah disemak semula dengan Pegawai Perubatan yang berkenaan.

Preskripsi yang mengandungi dos pediatrik hendaklah disemak berdasarkan umur dan berat badan pesakit.

22

Page 23: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

Anggota yang menyaring preskripsi hendaklah berhubung dengan Pegawai Perubatan yang berkenaan jika preskripsi mengandungi interaksi sesama ubat atau polypharmacy.

Bahan rujukan yang mengikut keperluan semasa hendaklah sentiasa ada dan mudah dirujuk oleh anggota yang bekerja.

Hubungi Pegawai Perubatan atau Pegawai Farmasi jika terdapat sebarang keraguan atau soalan.

7.4.3 Pengisian ubat

Ubat hendaklah diisi dengan betul mengikut preskripsi dan dilabel dengan lengkap dan jelas. Anggota yang mengisi hendaklah mengunakan label sedia ada yang mempunyai peringatan atau arahan kepada pesakit.

7.4.4 Pendispensan ubat

Pengisian dan pendispensan ubat hendaklah dilakukan oleh orang yang berlainan apabila terdapat lebih daripada 2 anggota bekerja pada satu masa.

Anggota yang mendispens hendaklah mendispen ubat kepada seorang pesakit sahaja pada satu masa.

Anggota yang mendispens hendaklah memastikan ubat diberi kepada pesakit yang betul dengan menanya nama penuh pesakit.

Anggota yang mendispens hendaklah mendispen ubat yang betul dan lengkap dengan label mengikut preskripsi.

Anggota yang mendispens hendaklah memberi maklumat yang lengkap kepada pesakit – indikasi ubat, cara pengambilan ubat yang tepat dan kesan sampingan umum yang mungkin dialami oleh pesakit.

Jika terdapat perubahan bentuk, size dan warna ubat kerana bekalan dari syarikat yang berlainan, anggota yang mendispens akan maklumkan kepada pesakit.

Anggota yang mendispens hendaklah membekalkan penyukat kepada pesakit yang mengambil ubat air.

Jika pesakit perlu kaunseling, pesakit akan dikaunsel oleh Pegawai Farmasi yang bertugas.

23

Page 24: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

7.4.5 Ubat Look Alike Sound Alike

Pegawai Farmasi atau Penolong Pegawai Farmasi U32 hendaklah mengasingkan ubat ‘Look Alike Sound Alike’.

Preskripsi dan pesanan pengubatan secara verbal yang tidak jelas hendaklah disemak semula dengan Pegawai Perubatan yang berkenaan.

Anggota yang mendispens hendaklah menanya pesakit indikasi penggunaan ubat ‘Look Alike Sound Alike’ dalam preskripsi bagi memastikan ubat yang betul diberi kepada pesakit.

Semua anggota hendaklah peka terhadap ubat-ubatan ‘Look Alike Sound Alike’.

7.5 LAPORAN KESILAPAN PENGUBATAN

7.5.1 Lingkungan laporan kesilapan pengubatan

Semua kesilapan atau kejadian yang berkaitan dengan sistem dan proses pengubatan harus dilaporkan walaupun kesilapan atau kejadian itu tidak sampai ke pesakit.

7.5.2 Prosedur laporan

Semua kesilapan pengubatan hendaklah diberitahu kepada Ketua Unit dan seterusnya kepada Pengarah Hospital.

Semua kesilapan pengubatan hendaklah dilaporkan dengan menggunakan format yang boleh didapati daripada laman web Pharmaceutical Services Division (www.pharmacy.gov.my).

24

Page 25: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

7.6 POLISI MEDICATION RECONCIALATION

OBJEKTIF

Polisi ini diwujudkan untuk membekalkan satu proses yang selamat dan berkesan untuk mendapat dan mendokumentasi pengubatan pesakit supaya pengubatan pesakit dapat diteruskan.

POLISI

Medication Reconciliation adalah satu proses formal untuk mendapat senarai pengubatan pesakit yang sedia ada dengan lengkap dan tepat.

Satu senarai yang lengkap untuk pesakit tentang pengubatan semasa dan alahan akan diperolehi dan didokumentasi semasa pesakit dimasukkan ke dalam wad.

Semua ubat yang baru dipreskripsi atau diadministrasi akan disesuaikan mengikut senarai ini semasa patient’s care.

Satu senarai pengubatan yang lengkap akan diberikan kepada pesakit semasa keluar wad. Senarai ini juga akan digunakan oleh pegawai perubatan yang lain semasa pesakit tersebut dirujuk atau dipindah ke hospital atau klinik lain.

PROSEDUR UMUM

Medication Reconciliation adalah proses verifikasi, menjelaskan dan memperbaiki pengubatan semasa pesakit yang akan dibuat dalam masa 24 jam selepas pesakit dimasukkan ke dalam hospital. Proses ini berlaku semasa kemasukan, pemindahan ke hospital lain dan juga keluar wad.

Satu senarai pengubatan pesakit yang lengkap termasuk pengubatan semasa dan alahan mesti didapati dan didokumentasi apabila pesakit dimasukkan ke dalam hospital. Senarai ini boleh dikemaskini dari masa ke semasa.

Jika pesakit tidak dipreskripsi sebarang ubat, maka senarai pengubatan semasa tidak perlu didokumentasikan.

Jika pengubatan pesakit tidak dapat diperolehi disebabkan faktor-faktor tertentu, catatkan sebab.

25

Page 26: Polisi inisiatif keselamatan pesakit hospital changkat melin

PATIENT SAFETY INISIATIVE MANUAL OF HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

Senarai pengubatan pesakit mesti dikemaskini (didokumentasi) jika terdapat ubat baru dipreskripsi.

PROSEDUR BAGI PESAKIT DIMASUKKAN KE DALAM WAD

1. Pegawai Perubatan mesti mendapatkan senarai pengubatan pesakit yang terkini dalam masa 24 jam.

2. Pegawai Perubatan boleh bertanya terus kepada pesakit tentang ubat-ubatan yang diambil jika pesakit tahu.

3. Pegawai Perubatan boleh meminta keluarga pesakit membawa semua ubat yang pesakit sedang ambil secepat yang mungkin.

PROSEDUR BAGI PEMINDAHAN PESAKIT KE HOSPITAL LAIN

1. Pegawai Perubatan perlu menulis satu senarai ringkasan tentang pengubatan semasa terkini pesakit yang akan dirujuk untuk rujukan Pegawai Perubatan hospital lain.

2. Pengubatan yang diambil di rumah, pengubatan yang diambil semasa dalam wad ,pengubatan yang telah dihentikan semasa dalam wad atau dan pengubatan yang pernah diberi semasa berada di wad perlu ditulis dalam ringkasan tersebut.

PROSEDUR BAGI KELUAR WAD

1. Pegawai Perubatan perlu menulis ringkasan keluar wad yang mengandungi senarai pengubatan pesakit yang perlu disambung dan diberikan kepada pesakit tersebut.

2. Pegawai Perubatan perlu mempreskripsi ubat yang perlu pesakit sambung di rumah.

26