pmb shariah tactical fund · 2018. 10. 9. · >>> laporan setengah tahun - pmb shariah tactical...

46
PMB SHARIAH TACTICAL FUND LAPORAN SETENGAH TAHUN BERAKHIR 30 JUN 2018

Upload: others

Post on 11-Feb-2021

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PMB SHARIAHTACTICAL FUND

    LAPORAN SETENGAHTAHUN BERAKHIR30 JUN 2018

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>> (1)

    NOTIS KEPADA PARA PELABUR __________________________________________________________

    LAPORAN TAHUNAN DAN LAPORAN INTERIM SECARA ELEKTRONIK MULAI 2018

    1. Berkuatkuasa 31 Mac 2018, kami, PMB Investment Berhad (PMBI), akan mengedarkan secara elektronik dokumen-dokumen berikut –

    a. Laporan tahunan dana; dan

    b. Laporan interim dana,

    untuk semua dana yang dilanggani oleh tuan/puan.

    ‘Edaran secara elektronik’ bermaksud muat turun dari laman sesawang kami di www.pmbinvestment.com.my

    2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah secara automatik didaftarkan untuk menerima dokumen-dokumen tersebut secara elektronik.

    3. Tuan/puan akan dimaklumkan mengenai ketersediaan dokumen-dokumen tersebut melalui e-mail atau khidmat pesanan ringkas (sms) apabila dokumen-dokumen tersebut dimuatnaik ke laman sesawang kami.

    4. Susulan dengan itu, tuan/puan adalah dimohon untuk mengemaskini

    maklumat alamat e-mel dan nombor telefon mudah alih tuan/puan menggunakan Borang Kemaskini Maklumat Pelabur yang dilampirkan dan menyerahkan melalui saluran berikut:-

    a. Pejabat Jualan atau ejen-ejen berdaftar PMBI seluruh negara; atau

    b. Diposkan kepada:-

    PMB Investment Berhad

    Bahagian Perhubungan Pelabur Level 20, 1 Sentral,

    Jalan Rakyat, Kuala Lumpur Sentral, Peti Surat 10701 50722 Kuala Lumpur;

    c. Faks: 03-2785 9801; atau

    d. E-mel: [email protected]

    5. Sila maklumkan kepada kami secara bertulis jika tuan/puan tidak mahu menerima dokumen secara elektronik pada bila-bila masa melalui saluran yang dinyatakan di atas.

    6. Dokumen-dokumen tersebut yang bercetak masih boleh diperolehi atas

    permintaan tuan/puan tanpa sebarang caj di pejabat pengurusan dan pejabat-pejabat jualan kami.

    Terima kasih.

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perhubungan Pelabur di talian

    03-2785 9900 atau e-mel ke [email protected]

    mailto:[email protected]

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (2)

    Tuan/Puan Yang Dihargai

    PMB INVESTMENT BERHAD – MAKLUMAN MENGENAI PRIVASI

    Berkuatkuasa 15 November 2013, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

    (PDPA) diperkenalkan untuk mengawalselia pemprosesan data peribadi di

    dalam transaksi-transaksi komersial.

    Kami di PMB INVESTMENT BERHAD menilai tinggi privasi anda dan

    menggembeleng usaha untuk melindungi maklumat-maklumat peribadi

    anda dalam mematuhi kehendak-kehendak PDPA. Seiring dengan itu,

    PMB INVESTMENT BERHAD telah mengeluarkan Notis Privasi kepada

    semua pelanggan-pelanggan individu kami.

    Kandungan Notis Privasi tersebut melibatkan perkara-perkara mengenai

    pemprosesan maklumat-maklumat peribadi anda oleh pihak kami

    berkaitan dengan akaun pelaburan anda dan/atau perkhidmatan dengan

    kami. Sila luangkan masa untuk membaca dan mengambil maklum

    mengenai isi kandungan Notis Privasi berkenaan.

    Notis Privasi tersebut boleh dicapai di dalam laman web kami

    www.pmbinvestment.com.my dan/atau di pejabat kami sama ada di ibu

    pejabat atau cawangan-cawangan kami.

    Sila hubungi kami di bahagian Perhubungan Pelabur, talian 03-2785 9900

    sekiranya anda memerlukan sebarang penjelasan mengenai perkara ini.

    http://www.pmbinvestment.com.my/

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (3)

    PENGURUS PMB INVESTMENT BERHAD (Syarikat Kumpulan Pelaburan MARA)

    IBU PEJABAT Level 20, 1 Sentral Jalan Rakyat, Kuala Lumpur Sentral Peti Surat 10701

    50722 Kuala Lumpur Tel: (03) 2785 9800 Faks: (03) 2785 9901 E-mel: [email protected] Laman Web: www.pmbinvestment.com.my

    LEMBAGA PENGARAH Dato‟ Abdul Malik bin Ismail - Pengerusi (Berkuatkuasa sehingga 31 Mei 2018)

    Dato‟ Sri Hj Abd Rahim bin Hj Abdul

    Dato‟ Mohammad Safie bin Asnan @ Asnawi

    (Berkuatkuasa sehingga 31 Mei 2018)

    Prof. Dr. Faridah binti Hj Hassan

    Mansoor bin Ahmad

    Nik Mohamed Zaki bin Nik Yusoff

    Dato‟ Ahmad Nazim bin Abd Rahman

    Najmi bin Hj Mohamed

    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Najmi bin Hj Mohamed

    SETIAUSAHA SYARIKAT Shahrizat binti Othman

    JAWATANKUASA PELABURAN Mansoor bin Ahmad

    Nik Mohamed Zaki bin Nik Yusoff

    Dato‟ Ahmad Nazim bin Abd Rahman

    Prof. Dr. Mohamed Aslam bin Mohamed Haneef

    PEMEGANG AMANAH AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD

    PENASIHAT SYARIAH BIMB SECURITIES SDN. BHD.

    JURUAUDIT BEBAS JAMAL, AMIN & PARTNERS

    MAKLUMAT KORPORAT

    mailto:[email protected]://www.pmbinvestment.com.my/

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (4)

    NO. KANDUNGAN MUKA SURAT

    1. MAKLUMAT DANA 6

    1.1 NAMA DANA 6

    1.2 TARIKH PELANCARAN SEMULA DANA 6

    1.3 KATEGORI/JENIS DANA 6

    1.4 OBJEKTIF DANA 6

    1.5 TANDA ARAS DANA 6

    1.6 DASAR PENGAGIHAN DANA 6

    1.7 KEDUDUKAN PEGANGAN UNIT 6

    2. PENCAPAIAN DANA 7 – 8

    2.1 KOMPOSISI DANA 7

    2.2 PENGAGIHAN PENDAPATAN/TERBITAN UNIT PECAHAN 8

    3. LAPORAN PENGURUS 9 – 15

    3.1 ANALISA PRESTASI DANA 9

    3.1.1 ANALISA PRESTASI DANA DENGAN TANDA ARAS

    9

    3.2 ANALISA PRESTASI DANA BERDASARKAN NILAI ASET BERSIH SEUNIT

    9

    3.3 POLISI DAN STRATEGI PELABURAN 10

    3.4 PERUMPUKAN ASET-ASET DANA 10

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (5)

    NO. KANDUNGAN MUKA SURAT

    3.5 SUASANA EKONOMI NEGARA 11

    3.6 SUASANA BURSA SAHAM TEMPATAN SEMASA 12

    3.7 SUASANA PASARAN WANG TEMPATAN SEMASA 13

    3.8 PENGAGIHAN PENDAPATAN/TERBITAN UNIT PECAHAN 14

    3.9 KEPENTINGAN PEMEGANG-PEMEGANG UNIT 15

    3.10 REBAT DAN KOMISEN RINGAN 15

    4. PENYATAAN PEMEGANG AMANAH 16 5. PENYATAAN PENASIHAT SYARIAH 17 6. PENYATAAN PENGURUS 18 7. PENYATA KEWANGAN 19 – 34 8. ASAS PENGIRAAN MAKLUMAT PRESTASI DAN

    PENCAPAIAN DANA 35 – 36

    9. MAKLUMAT TAMBAHAN 37 – 38 10. MAKLUMAT JARINGAN PERNIAGAAN 39 – 40 11. MAKLUMAT PERHUBUNGAN PELABUR 41 12. BORANG KEMASKINI MAKLUMAT PELABUR 42

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (6)

    1. MAKLUMAT DANA

    1.1 NAMA DANA PMB SHARIAH TACTICAL FUND - PMB STF.

    1.2 TARIKH PELANCARAN SEMULA DANA 25 Oktober 2013.

    1.3 KATEGORI / JENIS DANA Dana Aset Campuran (Syariah) / Pertumbuhan dan Pendapatan.

    1.4 OBJEKTIF DANA Mencapai pertumbuhan modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang dengan melabur dalam portfolio pelaburan yang mematuhi prinsip-

    prinsip Syariah.

    1.5 TANDA ARAS DANA Tanda aras yang digunapakai bagi prestasi tahunan ialah 2 kali (2x)

    prestasi Kadar Purata Terselaras 1-tahun Kadar Rujukan Islam Kuala

    Lumpur (Kuala Lumpur Islamic Reference Rates, KLIRR).

    1.6 DASAR PENGAGIHAN DANA Pengagihan pendapatan (jika ada) akan diisytiharkan pada setiap akhir

    tahun kewangan bergantung kepada lebihan pendapatan sepanjang tempoh kewangan dan akan diagihkan sama ada dalam bentuk tunai atau unit tambahan.

    1.7 KEDUDUKAN PEGANGAN UNIT PADA 30 JUN 2018

    Saiz Pegangan Unit Jumlah

    Pemegang Unit

    % Jumlah Unit Dipegang * %

    5,000 dan ke bawah 7,660 89.30 9,222,666.35 30.65

    5,001 - 10,000 547 6.38 3,862,459.14 12.84

    10,001 - 50,000 340 3.96 6,302,892.87 20.95

    50,001 - 500,000 30 0.35 4,047,940.96 13.45

    500,001 dan ke atas 1 0.01 6,651,223.18 22.11

    Jumlah 8,578 100.00 30,087,182.50 100.00

    * Nota: Tidak termasuk unit Pengurus

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (7)

    2. PENCAPAIAN DANA 2.1 KOMPOSISI DANA Komposisi dan prestasi Dana bagi tempoh setengah tahun berakhir 30 Jun 2018 dan 3 tahun kewangan berakhir 31 Disember.

    30 JUN 31 DISEMBER Sektor (%) 2018 2017 2016 2015 Pasaran Utama: % % % % Barangan Pengguna 8.57 6.51 4.64 -

    Barangan Industri 14.51 20.43 9.43 12.64

    Pembinaan 9.62 6.04 7.38 11.16

    Dagangan & Perkhidmatan 12.43 28.08 26.95 25.90

    Perbankan & Kewangan 3.80 - - 3.07

    Hartanah 18.88 14.91 3.22 2.71

    Teknologi 1.37 - 2.23 13.67

    Perladangan - 2.35 4.22 -

    Pasaran Ace: Teknologi 4.30 6.07 - -

    Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) Islam

    - - - 2.13

    Deposit Islam dan lain-lain 26.52 15.61 41.93 28.72

    Jumlah 100.00 100.00 100.00 100.00 Maklumat Prestasi Nilai Aset Bersih (NAB) - xD (RM‟000) 11,054 12,510 14,612 16,194

    Unit Dalam Edaran („000) 30,105 30,460 30,904 31,884

    NAB Seunit - xD (RM) 0.3672 0.4107 0.4728 0.5079

    NAB Seunit - xD: Tertinggi (RM) 0.4326 0.5084 0.5084 0.5226 NAB Seunit - xD: Terendah (RM) 0.3514 0.4076 0.4718 0.4569 Jumlah Pulangan # (%) (10.59) (13.13) (5.43) 5.94

    - Pertumbuhan Modal # (%) (10.59) (13.13) (6.91) 3.89

    - Pengagihan Pendapatan (%) - - 1.48 2.05

    Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (NPP) (%) * 0.95 1.95 1.97 1.93

    Pusing Ganti Portfolio (PGP) (kali) ** 0.71 1.17 1.23 1.15 # Sumber: Lipper Peratusan NPP Dana menyusut sebanyak 0.04 peratusan mata dalam

    setengah tahun pertama kewangan berakhir 30 Jun 2018 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya (30/6/2017: 0.99%). Ini adalah berikutan penurunan saiz purata Dana sebanyak 22.19% dan penurunan jumlah perbelanjaan pengurusan sebanyak 25.17%.

    Pencapaian Dana pada masa lalu bukannya petunjuk atau gambaran pencapaian masa hadapan. Harga unit dan pulangan ke atas pelaburan akan

    berubah-ubah mengikut nilai pasaran.

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (8)

    2.1 KOMPOSISI DANA (SAMB.) ** Peratusan untuk PGP turun sedikit kepada 0.71 kali bagi setengah tahun

    pertama kewangan berakhir 30 Jun 2018 daripada 0.76 kali pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. Ini disebabkan aktiviti pembelian dan penjualan saham selari dengan strategi Dana dengan mengambil kesempatan daripada ketidakcekapan keadaan pasaran jangka pendek.

    # PURATA TAHUNAN (BERAKHIR 30 JUN)

    1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun

    PMB STF (22.94%) (8.28%) (4.52%)

    # PULANGAN TAHUNAN (BERAKHIR 31 DISEMBER)

    2017 2016 2015 2014 2013

    PMB STF (13.13%) (5.43%) 5.94% (2.87%) 10.42%

    # Sumber: Lipper

    2.2 PENGAGIHAN PENDAPATAN/TERBITAN UNIT PECAHAN

    Tarikh/Tahun 31 DISEMBER

    2017 2016 2015

    Pengagihan - Kasar (sen seunit)

    - Bersih (sen seunit)

    -

    -

    0.75

    ^ 0.75

    1.00

    ^ 1.00

    Nisbah Unit Pecahan - - -

    ^ Pengagihan dalam bentuk unit.

    Nota: Unit Pecahan (jika ada) tidak layak menerima pengagihan pendapatan

    untuk tahun kewangan semasa.

    Sila rujuk muka surat 35 - 36 bagi asas pengiraan.

    Pencapaian Dana pada masa lalu bukannya petunjuk atau gambaran pencapaian masa hadapan. Harga unit dan pulangan ke atas pelaburan akan

    berubah-ubah mengikut nilai pasaran.

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (9)

    3. LAPORAN PENGURUS Bagi tempoh enam (6) bulan berakhir 30 Jun 2018 (1 Januari 2018 hingga 30 Jun 2018).

    3.1 ANALISA PRESTASI DANA

    3.1.1 BANDINGAN PRESTASI DANA DENGAN TANDA ARAS Prestasi Dana berbanding tanda aras tahunan iaitu 2 kali (2x) prestasi Kadar Purata Terselaras 1-tahun Kadar Rujukan Islam Kuala Lumpur

    (Kuala Lumpur Islamic Reference Rates, KLIRR)* bagi tempoh 5 tahun berakhir 30 Jun 2018 adalah seperti berikut:-

    Graf di atas mencerminkan pergerakan pulangan Dana untuk tempoh 5

    tahun berakhir 30 Jun 2018. Sepanjang tempoh tersebut, NAB seunit Dana

    menyusut sebanyak 20.64% berbanding kenaikan penanda aras sebanyak

    38.84%. Bagi tempoh kajian berakhir 30 Jun 2018, KLIRR ialah pada kadar

    3.88% setahun.

    3.2 ANALISA PRESTASI DANA BERDASARKAN NILAI ASET BERSIH SEUNIT Sepanjang tempoh kajian, NAB seunit Dana menyusut sebanyak RM0.0435

    atau -10.59% iaitu daripada RM0.4107 pada 31 Disember 2017 kepada

    RM0.3672 bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2018.

    Pulangan PMB STF Berbanding Tanda Aras Bagi Tempoh 5 Tahun

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (10)

    3.3 POLISI DAN STRATEGI PELABURAN Dana ini menggunapakai strategi peruntukan aset taktikal dan mempunyai

    fleksibiliti untuk mengimbangkan semula peruntukan di kalangan kelas-

    kelas aset yang berbeza seperti ekuiti dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Syariah tersenarai di Bursa Malaysia dan pelaburan bukan ekuiti seperti sekuriti hutang Islam, instrumen pasaran wang Islam, penempatan deposit Islam dan/atau lain-lain pelaburan yang dibenarkan, bergantung kepada

    keadaan pasaran.

    3.4 PERUMPUKAN ASET-ASET DANA Pecahan seunit mengikut kelas aset adalah seperti berikut:-

    PECAHAN SEUNIT MENGIKUT KELAS ASET

    30 JUN 2018 (%)

    31 DIS 2017 (%)

    Perubahan

    Peratus Mata

    Purata Pendedahan

    Pelaburan (%)

    Ekuiti 73.48 84.39 (10.91) 78.94

    Deposit Islam lain-lain 26.52 15.61 10.91 21.06

    Pada 30 Jun 2018, pegangan ekuiti Dana ialah sebanyak 73.48%, berbanding 84.39% pada 31 Disember 2017. Baki 26.52% berada dalam deposit Islam dan lain-lain bentuk pelaburan patuh Syariah yang

    bersesuaian dengan polisi dan objektif Dana.

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (11)

    3.5 SUASANA EKONOMI NEGARA

    Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 5.4% pada suku

    pertama 2018. Pertumbuhan keseluruhan disebabkan oleh pengembangan aktiviti sektor swasta yang berterusan dan sokongan yang mantap daripada eksport bersih. Dari segi penawaran, semua sektor ekonomi berkembang. Pada asas suku tahunan terlaras secara

    bermusim, ekonomi meningkat 1.4% (S4 2017: 1.0%). Inflasi keseluruhan menurun kepada 1.8% pada S1 2018 (S4 2017: 3.5%), mencerminkan kesan daripada harga bahan api domestik yang lebih kecil berikutan kenaikan harga minyak dunia yang lebih rendah berbanding dengan suku

    tahun sebelumnya serta kadar pertukaran Ringgit yang lebih kukuh pada suku pertama 2018.

    Keadaan pasaran kewangan domestik kekal teratur walaupun volatiliti

    meningkat ekoran perkembangan di luar negara. Institusi kewangan domestik terus berdaya tahan dan mempunyai kualiti aset yang mantap, keuntungan yang kukuh dan mudah tunai yang lebih daripada mencukupi. Aktiviti pengantaraan kredit terus menyokong aktiviti ekonomi benar

    dengan sektor perniagaan dan isi rumah mengekalkan keupayaan untuk membayar balik hutang dengan baik.

    Pertumbuhan dijangka terus menggalakkan pada tahun 2018, dengan

    permintaan dalam negara terus menjadi pemacu utama pertumbuhan. Prospek pertumbuhan terus disokong oleh limpahan positif yang berterusan daripada sektor luar negara kepada aktiviti ekonomi dalam negara. Inflasi keseluruhan dijangka berada pada purata 2% hingga 3%

    pada tahun 2018, disebabkan oleh faktor kos global yang lebih kecil dan kadar pertukaran ringgit yang lebih kukuh berbanding dengan tahun 2017. Inflasi keseluruhan, seperti yang diukur oleh inflasi teras, dijangka kekal rendah, disebabkan oleh kesan pindahan kos yang lebih kecil terhadap

    harga runcit berbanding dengan tahun 2017. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia Untuk Suku Pertama 2018

    (Sumber: Laman sesawang Bank Negara Malaysia)

    Sektor 2018 2017 2017 Sektor 2018 2017 2017 Penawaran S1 S4 S1 Permintaan S1 S4 S1

    Pertanian +2.8% +10.7% +8.4% Penggunaan Akhir Swasta

    +6.9% +7.0% +6.7%

    Pembinaan +4.9% +5.9% +6.6% Penggunaan Akhir Kerajaan

    +0.4% +6.8% +7.5%

    Perkhidmatan +6.5% +6.2% +5.8% Pembentukan Modal Tetap Kasar

    +0.1% +4.3% +10.0%

    Pembuatan +5.3% +5.4% +5.6% Eksport +3.7% +6.7% +9.8%

    Perlombongan +0.1% -0.3% +1.4% Import -2.0% +7.3% +13.0%

    KDNK +5.4% +5.9% +5.6% KDNK +5.4% +5.9% +5.6%

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (12)

    3.5 SUASANA EKONOMI NEGARA (SAMB.) Inflasi Untuk tempoh 6 bulan berakhir Mei 2018, inflasi mencatatkan kenaikan sebanyak

    2.0% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Pertumbuhan inflasi dipacu

    oleh kenaikan dalam indeks pengangkutan (+3.1%) dan makanan dan bukan

    minuman keras (+2.7%).

    Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) IPP meningkat sebanyak 3.0% pada bulan Mei 2018 berbanding bulan yang sama

    tahun sebelumnya. Peningkatan pada bulan Mei 2018 disokong oleh

    pertumbuhan dalam indeks elektrik (2.6%) dan indeks pembuatan (4.1%).

    Perdagangan Luar Negara Untuk tempoh enam bulan berakhir Mei 2018, imbangan dagangan Malaysia

    mencatatkan kenaikan sebanyak 47.6%, mencecah nilai RM61.8 bilion. Jumlah

    perdagangan untuk tempoh 6 bulan berakhir Mei 2018 bernilai RM904.9 bilion

    berbanding RM865.4 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun

    lepas. Untuk tempoh yang sama, jumlah eksport berkembang sebanyak 6.6%,

    mencecah nilai RM483.3 bilion manakala jumlah import berkembang sebanyak

    2.4%, mencecah nilai RM421.6 bilion.

    3.6 SUASANA BURSA SAHAM TEMPATAN SEMASA Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2018, penanda aras utama ekuiti patuh Syariah iaitu Indeks FBMSHA menyusut 1,210.37 mata atau -

    9.10% kepada 12,092.55 manakala penanda aras utama Bursa Malaysia

    iaitu FBM KLCI jatuh 105.31 mata atau -5.86% kepada 1,691.50.

    Bagi tempoh tersebut, Indeks FBMSHA mencatat paras tertinggi 13,807.20

    pada 8 Januari 2018 dan paras terendah 11,888.56 pada 28 Jun 2018.

    Sementara itu, FBM KLCI mencatat paras tertinggi 1,895.18 pada 19 April 2018 manakala paras terendah pula ialah 1,665.68 yang dicatat pada 28

    Jun 2018. Julat pergerakan Indeks FBMSHA untuk tempoh tersebut ialah

    1,918.64 mata berbanding 1,149.47 mata pada tempoh yang sama tahun

    sebelumnya.

    Dalam tempoh kajian, prestasi pasaran saham tempatan kelihatan tidak

    menentu. Pasaran saham tempatan kelihatan memberangsangkan

    sepanjang Januari 2018 disokong oleh kemasukan pelabur-pelabur asing.

    Pelabur-pelabur asing kelihatan terus menerus masuk ke pasaran saham

    tempatan sepanjang bulan Januari 2018 dengan jumlah kemasukan bersih

    sebanyak RM3.3 bilion. Keaktifan pelabur asing di pasaran saham

    sepanjang bulan Januari telah menyebabkan pasaran saham tempatan

    meningkat ke paras tertinggi yang pernah dicapai lebih 3 tahun yang lalu.

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (13)

    3.6 SUASANA BURSA SAHAM TEMPATAN SEMASA (SAMB.) Namun demikian, keadaan ini berubah sepanjang bulan Februari dan Mac 2018 di mana kemerosotan pasaran Amerika Syarikat serta ketidak

    pastian terhadap dasar monetari yang akan diambil oleh pengerusi baru Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, Jerome Powell, telah menyebabkan

    pelabur berada dalam keadaan berjaga-jaga. Hal ini bukan sahaja mendatangkan masalah di pasaran saham tempatan, malah pasaran

    serantau juga berhadapan dengan masalah yang sama. Keadaan ini ditambah burukkan lagi oleh perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China di mana kedua-dua kuasa ekonomi besar dunia kelihatan bersaing untuk melumpuhkan ekonomi satu sama lain. Pelabur

    kelihatan terus berada dalam keadan berjaga-jaga sepanjang bulan April 2018 setelah Parlimen Malaysia dibubarkan ekoran daripada

    ketidakpastian terhadap kesinambungan tampuk kepimpinan negara.

    Berikutan kemenangan mengejut Pakatan Harapan di dalam Pilihan Raya

    Umum ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018, Indeks FBMSHA menurun kepada paras 12,092.55 pada 30 Jun 2018 berbanding paras

    13,075.36 yang dicatatkan pada 8 Mei 2018. Penurunan sebanyak 7.51% itu didorong oleh jualan pelabur-pelabur asing dengan jumlah pengeluaran

    bersih sebanyak RM9.3 bilion. Pelabur-pelabur asing dilihat mengurangkan wajaran di pasaran saham Malaysia ekoran dari ketidak-

    pastian terhadap polisi-polisi yang akan digunakan oleh kerajaan baru.

    Dalam keadaan pasaran yang tidak menentu ini, berdasarkan sumber

    Lipper NAB seunit Dana menyusut sebanyak 10.59% bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2018.

    3.7 SUASANA PASARAN WANG TEMPATAN SEMASA Dalam tempoh setengah tahun berakhir 30 Jun 2018, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia

    (BNM) membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) kepada kadar 3.25% setahun pada 25

    Januari 2018 dan mengekalkan kadar yang sama di mesyuarat yang

    berlangsung pada 7 Mac 2018 dan 10 Mei 2018.

    Menurut BNM, ekonomi global semakin teguh. Perdagangan global menunjukkan momentum pertumbuhan yang kukuh. Dalam ekonomi maju,

    peningkatan upah dan sokongan dasar akan terus mendorong pertumbuhan. Di Asia, pertumbuhan akan dipacu oleh aktiviti domestik

    yang mampan dan permintaan luaran yang kukuh. Pelarasan yang berlaku dalam pasaran kewangan baru-baru ini, meskipun sementara,

    menunjukkan bahawa volatiliti mungkin akan timbul. Ketegangan perdagangan juga meningkat dalam tempoh kebelakangan ini. Pada

    ketika ini, risiko kepada prospek pertumbuhan global terus seimbang, menunjukkan perkembangan ekonomi global yang berterusan.

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (14)

    3.7 SUASANA PASARAN WANG TEMPATAN SEMASA (SAMB.) Bagi Malaysia, prestasi pertumbuhan yang kukuh pada suku keempat tahun 2017 terus disokong oleh perbelanjaan sektor swasta. Pada masa hadapan, prospek pertumbuhan akan terus mampan berikutan prospek pertumbuhan global yang positif dan limpahan daripada sektor luaran

    kepada ekonomi domestik. Permintaan dalam negara akan kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan, disokong oleh keadaan pendapatan dan pasaran pekerja yang menggalakkan, perbelanjaan projek infrastruktur baharu dan projek yang sedang dalam pelaksanaan serta pelaburan

    modal yang mampan oleh firma dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan. Dengan dorongan tambahan daripada sektor luaran, pertumbuhan dijangka terus kukuh pada tahun 2018.

    Purata inflasi diunjurkan lebih rendah pada tahun 2018. Ini berikutan jangkaan bahawa kesan faktor kos global semakin berkurang. Kadar pertukaran Ringgit Malaysia yang semakin kukuh berbanding tahun 2017 akan mengurangkan kos import. Harga tenaga dan komoditi dunia dijangka terus meningkat pada tahun 2018, namun pada kadar kenaikan

    yang lebih sederhana berbanding tahun lalu. Walau bagaimanapun, trajektori inflasi keseluruhan akan bergantung pada harga minyak dunia yang amat tidak menentu. Inflasi asas, yang diukur oleh inflasi teras, juga dijangka menurun disebabkan oleh produktiviti pekerja yang bertambah

    baik dan pelaburan yang berterusan untuk menambah kapasiti. Pasaran kewangan domestik terus berdaya tahan. Kenaikan nilai Ringgit Malaysia yang menyeluruh pada tahun lalu mencerminkan asas-asas

    ekonomi negara yang bertambah teguh. Mudah tunai sistem perbankan juga mencukupi, dengan institusi kewangan terus beroperasi berlandaskan kekuatan modal dan mudah tunai yang mencukupi. Pertumbuhan pembiayaan kepada sektor swasta terus meningkat dan

    menyokong kegiatan ekonomi.

    Pada kadar semasa OPR, tahap akomodatif dasar monetari adalah sejajar

    dengan pendirian dasar untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dalam

    negara terus berada pada landasan pertumbuhan yang menggalakkan

    dalam keadaan inflasi yang lebih rendah. MPC akan terus memantau dan

    menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan domestik dan inflasi.

    (Sumber: Laman sesawang Bank Negara Malaysia) 3.8 PENGAGIHAN PENDAPATAN/TERBITAN UNIT PECAHAN Tiada pengagihan pendapatan dan/atau terbitan unit pecahan

    dicadangkan sepanjang tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2018.

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (15)

    3.9 KEPENTINGAN PEMEGANG-PEMEGANG UNIT Sepanjang tempoh kajian, tiada sebarang kejadian yang menjejaskan

    kepentingan Pemegang-Pemegang Unit selain daripada urusniaga-urusniaga yang dijalankan selaras dengan Suratikatan Amanah, Garispanduan Tabung Unit Amanah, Akta Pasaran Modal dan

    Perkhidmatan 2007 dan undang-undang lain yang berkuatkuasa.

    3.10 REBAT DAN KOMISEN RINGAN Pengurus dan pemegang amanah tidak berhak menerima sebarang rebat

    atau berkongsi sebarang komisen daripada mana-mana broker sebagai balasan untuk urusniaga langsung dalam pelaburan dana-dana. Sehubungan itu, sebarang rebat dan komisen yang dikongsi itu akan dimasukkan ke dalam akaun dana-dana yang berkaitan. Walau

    bagaimanapun, Pengurus boleh menerima barangan atau perkhidmatan dalam bentuk komisen ringan selagi barangan dan perkhidmatan itu ternyata bermanfaat kepada dana-dana dan pelaksanaan sesuatu urusniaga itu adalah selaras dengan piawai pelaksanaan terbaik.

    Semasa tempoh di bawah tinjauan (31 Disember 2017 – 30 Jun 2018),

    Pengurus telah menerima komisen ringan daripada syarikat broker saham dalam bentuk perisian dan perkakasan komputer yang berkaitan dengan

    pengurusan pelaburan Dana dan pengurusan pasaran saham dan ekonomi. Pengurus, delegasi dan Pemegang Amanah kami tidak menerima sebarang rebat atau berkongsi sebarang komisen daripada mana-mana broker sepanjang tempoh yang sama di bawah tinjauan.

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (16)

    4. PENYATAAN PEMEGANG AMANAH Kepada Pemegang-Pemegang Unit PMB SHARIAH TACTICAL FUND Kami, AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD telah bertindak selaku Pemegang

    Amanah kepada PMB SHARIAH TACTICAL FUND bagi tempoh kewangan enam

    bulan berakhir 30 Jun 2018. Pada pendapat kami, PMB INVESTMENT BERHAD,

    selaku Pengurus, telah melaksana dan mengurus PMB SHARIAH TACTICAL FUND

    selaras dengan had-had kuasa pelaburan yang diberikan kepada Pengurus

    mengikut Suratikatan, undang-undang sekuriti dan Garispanduan Tabung Unit

    Amanah yang diterimapakai bagi tempoh kewangan enam bulan berakhir 30 Jun

    2018.

    Kami juga berpendapat bahawa:

    (a) Penilaian dan penentuan harga dibuat selaras dengan Suratikatan dan

    mana-mana kehendak kawalseliaan; dan

    (b) Penjadian unit dilaksanakan adalah selaras dengan Suratikatan dan lain-

    lain peruntukan undang-undang berkaitan.

    Untuk dan bagi pihak

    AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD HABSAH BINTI BAKAR Ketua Pegawai Eksekutif

    Kuala Lumpur, Malaysia 2 Ogos 2018

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (17)

    5. PENYATAAN PENASIHAT SYARIAH PEMEGANG-PEMEGANG UNIT YANG DIHORMATI

    Kami telah bertindak sebagai Penasihat Syariah kepada PMB INVESTMENT

    BERHAD, selaku Pengurus bagi PMB SHARIAH TACTICAL FUND untuk jangkamasa

    kewangan berakhir 30 Jun 2018. Tanggungjawab kami adalah untuk memastikan

    prosedur dan proses yang dilaksanakan oleh PMB INVESTMENT BERHAD serta

    peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Suratikatan Induk Tambahan

    Keempat Belas bertarikh 6 September 2016 yang telah didaftarkan dengan

    Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 14 Oktober 2016 adalah mematuhi Syariah.

    Pada pendapat kami, berdasarkan laporan-laporan berkala dan penerangan yang

    kami terima, untuk jangkamasa kewangan berakhir 30 Jun 2018, PMB

    INVESTMENT BERHAD telah mengurus dan mentadbir PMB SHARIAH TACTICAL

    FUND mengikut kehendak Syariah dan mematuhi segala garispanduan, arahan

    mahupun keputusan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dari

    aspek Syariah.

    Kami juga mengesahkan bahawa portfolio PMB SHARIAH TACTICAL FUND yang

    dikendalikan oleh PMB INVESTMENT BERHAD adalah mengandungi sekuriti-

    sekuriti yang dikategorikan sebagai patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah

    Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sementara itu, pelaburan juga telah dibuat

    melalui simpanan dan instrumen kewangan Islam dengan institusi kewangan

    yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia.

    Untuk dan bagi pihak

    BIMB SECURITIES SDN BHD

    IR. DR. MUHAMAD FUAD ABDULLAH Pegawai Syariah Yang Dilantik KUALA LUMPUR 7 Ogos 2018

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (18)

    6. PENYATAAN PENGURUS Kepada Pemegang-Pemegang Unit PMB SHARIAH TACTICAL FUND

    Kami, sebagai Pengarah kepada PMB INVESTMENT BERHAD, selaku Pengurus

    PMB SHARIAH TACTICAL FUND berpendapat penyata kewangan yang tidak diaudit

    yang dibentangkan memberikan maklumat dan pandangan yang benar dan

    saksama mengenai kedudukan kewangan Dana pada 30 Jun 2018, perubahan

    dalam ekuiti, prestasi kewangan serta aliran tunai Dana untuk jangkamasa

    kewangan yang berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan Piawaian Laporan

    Kewangan Malaysia (Malaysian Financial Reporting Standards - MFRS), Piawaian

    Laporan Kewangan Antarabangsa (International Financial Reporting Standards -

    IFRS) dan diubahsuai menurut Garispanduan Tabung Unit Amanah oleh

    Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

    Untuk dan bagi pihak

    PMB INVESTMENT BERHAD Selaku Pengurus, PMB SHARIAH TACTICAL FUND

    NAJMI BIN HAJI MOHAMED Pengarah DATO’ AHMAD NAZIM BIN ABD RAHMAN Pengarah KUALA LUMPUR 27 Julai 2018

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (19)

    7. PENYATA KEWANGAN

    PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN YANG TIDAK DI AUDIT

    PADA 30 JUN 2018

    NOTA 30.06.2018 31.12.2017

    ASET RM RM

    PELABURAN 4 Saham tersiarharga di Malaysia 7,426,900 9,566,038 Deposit Islam dengan institusi kewangan berlesen di Malaysia

    5

    2,627,507

    1,761,920

    10,054,407 11,327,958

    LAIN-LAIN ASET Terhutang oleh Broker Saham 1,016,262 969,339 Keuntungan diterima terakru dari Deposit Islam

    807 650

    Dividen diterima terakru 29,731 14,075 Tuntutan Cukai 36,823 44,926 Simpanan Al-Wadiah 60,891 41,320

    1,144,514 1,070,310

    JUMLAH ASET 11,198,921 12,398,268

    LIABILITI

    Terhutang kepada Pengurus 6 13,787 15,961 Terhutang kepada Pemegang Amanah

    460 532

    Terhutang kepada Broker Saham 150,072 - Pengagihan 7 - - Lain-lain sipiutang 3,985 5,350

    JUMLAH LIABILITI 168,304 21,843

    EKUITI Modal unit bersih 8 39,845,457 39,984,196 Kerugian terkumpul (28,814,840) (27,607,771)

    JUMLAH EKUITI 11,030,617 12,376,425

    JUMLAH EKUITI DAN LIABILITI 11,198,921 12,398,268

    UNIT DALAM EDARAN 8 30,105,000 30,460,000

    NILAI ASET BERSIH SEUNIT (RM) 9 0.3664 0.4063

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (20)

    PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF YANG TIDAK DI AUDIT

    UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2018

    NOTA

    ENAM BULAN BERAKHIR

    30.06.2018 RM

    ENAM BULAN BERAKHIR

    30.06.2017

    RM PENDAPATAN PELABURAN Keuntungan Dari Deposit Islam 33,766 52,345 Hibah Dari Simpanan Al-Wadiah 138 411 Dividen Kasar 115,725 142,685 Keuntungan Dari Penjualan Pelaburan 585,567 473,229

    Kerugian Bersih Pelaburan Di Atas Perubahan Nilai Pasaran Wajar (Fair Value)

    10 (1,766,673) (337,344)

    (1,031,477) 331,326

    PERBELANJAAN Yuran Pengurus 11 88,492 113,614 Yuran Pemegang Amanah 12 2,950 3,787 Yuran Audit 1,625 1,250 Yuran Agen Cukai 500 350 Yuran Broker Saham Dan Lain-Lain

    Kos Transaksi 13 54,257 68,661

    Cukai Barangan dan Perkhidmatan 6,584 10,096 Perbelanjaan Pentadbiran 13,081 22,023

    167,489 219,781 (KERUGIAN)/KEUNTUNGAN BERSIH SEBELUM CUKAI (1,198,966) 111,545

    Cukai 14 (8,103) - (KERUGIAN)/KEUNTUNGAN BERSIH SELEPAS CUKAI (1,207,069) 111,545 (KERUGIAN)/KEUNTUNGAN BERSIH SELEPAS CUKAI TERHASIL OLEH:

    KEUNTUNGAN DIREALISASI 559,604 448,889

    KERUGIAN BELUM DIREALISASI 10 (1,766,673) (337,344)

    (1,207,069) 111,545

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (21)

    PENYATA PERUBAHAN DALAM EKUITI YANG TIDAK DI AUDIT UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2018

    Modal Unit Bersih

    Kerugian Terkumpul

    Jumlah Ekuiti

    RM RM RM

    Baki pada 1 Januari 2017 40,179,968 (25,643,035) 14,536,933

    Keuntungan direalisasi - 448,889 448,889

    Kerugian belum direalisasi - (337,344) (337,344)

    Perolehan daripada penjadian unit

    236,400 - 236,400

    Penjelasan tunai bagi perlucutan unit

    (185,576) - (185,576)

    Baki pada 30 Jun 2017 40,230,792 (25,531,490) 14,699,302

    Baki pada 1 Januari 2018 39,984,196 (27,607,771) 12,376,425

    Keuntungan direalisasi - 559,604 559,604

    Kerugian belum direalisasi - (1,766,673) (1,766,673)

    Penjelasan tunai bagi perlucutan unit

    (138,739) - (138,739)

    Baki pada 30 Jun 2018 39,845,457 (28,814,840) 11,030,617

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (22)

    PENYATA ALIRAN TUNAI YANG TIDAK DI AUDIT

    UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2018

    30.06.2018 30.06.2017 RM RM ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PELABURAN DAN OPERASI

    Perolehan dari penjualan pelaburan 8,814,580 9,724,306 Pembelian pelaburan (7,753,400) (14,206,213) Dividen diterima 100,070 120,423 Keuntungan dari deposit Islam 33,609 82,639 Hibah dari simpanan Al-Wadiah 138 411 Yuran Pengurus telah dijelaskan (90,666) (113,949) Yuran Pemegang Amanah telah dijelaskan (3,022) (3,798) Yuran audit telah dijelaskan (2,500) (2,500) Yuran agen cukai telah dijelaskan - (700) Lain-lain perbelanjaan (74,912) (100,801)

    Tunai bersih diperolehi daripada/(digunakan dalam) aktiviti pelaburan dan operasi

    1,023,897 (4,500,182)

    ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PEMBIAYAAN

    Perolehan daripada penjadian unit - 4,620 Penjelasan tunai bagi perlucutan unit (138,739) (207,120) Tunai bersih digunakan dalam

    aktiviti pembiayaan (138,739) (202,500)

    LEBIHAN/(KURANGAN) BERSIH DALAM TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI

    885,158 (4,702,682)

    TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI DIBAWA KE HADAPAN

    1,803,240 5,950,998

    TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI DIHANTAR KE HADAPAN

    2,688,398 1,248,316

    TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI

    Simpanan Al-Wadiah 60,891 166,215 Deposit Islam 2,627,507 1,082,101

    2,688,398 1,248,316

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (23)

    NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN

    UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2018

    1. UNIT AMANAH, PENGURUS DAN AKTIVITI UTAMA

    PMB SHARIAH TACTICAL FUND diuruskan oleh PMB INVESTMENT BERHAD,

    mula dilancarkan pada 29 Oktober 1979 sebagai Kumpulan Modal Bumiputera Yang Kesebelas. Dengan persetujuan pemegang-pemegang unit di dalam Mesyuarat Agong Luarbiasa pada 4 Julai 2013, Dana ini telah

    ditukarkan nama kepada ASM Shariah Tactical Fund sebagaimana

    termaktub di dalam Suratikatan Induk Tambahan Kesebelas bertarikh 30

    Julai 2013, di antara Pengurus (PMB INVESTMENT BERHAD), Pemegang

    Amanah (AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD) dan pemegang-pemegang

    unit berdaftar dan telah mendaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 30 Ogos 2013. Berdasarkan Prospektus Induk bertarikh 28 April

    2014, Dana ini sekali lagi ditukarkan namanya daripada ASM Shariah

    Tactical Fund kepada PMB SHARIAH TACTICAL FUND selari dengan

    perubahan nama Pengurus daripada ASM Investment Services Berhad

    kepada PMB INVESTMENT BERHAD. Dana ini akan terus beroperasi sehingga ia diberhentikan atau dibubarkan mengikut peruntukan Suratikatan Amanah dan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

    Aktiviti utama PMB SHARIAH TACTICAL FUND ialah urusniaga sekuriti

    bolehpasar di mana pelaburan dibuat di dalam “Pelaburan Yang

    Dibenarkan” sebagaimana yang didefinisikan di bawah Klausa 1 di dalam Suratikatan Amanah dan tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan berlandaskan Prinsip-Prinsip Syariah dari semasa ke semasa. Ini termasuk sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan di

    dalam instrumen pasaran kewangan yang diluluskan mengikut Prinsip-Prinsip Syariah. Pengurus adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan

    dimiliki sepenuhnya oleh Pelaburan MARA Berhad. Aktiviti utama Pengurus

    ialah pengurusan Dana-Dana Unit Amanah dan Dana Korporat.

    2. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN Operasi Dana Unit Amanah ini adalah terdedah kepada beberapa risiko yang mana antara lainnya termasuklah risiko pasaran, risiko kecairan, risiko

    spesifik, risiko kadar keuntungan dan risiko harga ekuiti. Pengurusan risiko kewangan dilaksanakan melalui sistem kawalan dalaman serta sekatan-sekatan pelaburan yang digariskan di dalam Garispanduan Tabung Unit Amanah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan mengikut Prinsip-Prinsip

    Syariah.

    (a) Risiko Pasaran Pendedahan kepada risiko pasaran terhasil dari perjalanan biasa perniagaan Unit Amanah melalui ketidakpastian dalam harga pasaran yang dipengaruhi oleh perubahan dalam persekitaran pasaran termasuk perubahan ekonomi secara global, peraturan, politik dan

    kadar keuntungan. Unit Amanah menguruskan risiko pasaran melalui garispanduan dan polisi pelaburan yang disediakan serta strategi kepelbagaian pengagihan portfolio aset Dana.

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (24)

    NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN

    UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2018

    2. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (SAMB.)

    (b) Risiko Kecairan Unit Amanah menguruskan aliran tunai dengan menempatkan

    sebahagian tunai dalam deposit Islam dengan memastikan pulangan yang maksimum dan mengambil peluang ke atas pelaburan dan peluang baru. Risiko kecairan adalah risiko Unit Amanah menghadapi kesulitan untuk mendapatkan dana bagi memenuhi

    komitmen kewangan. (c) Risiko Spesifik Risiko spesifik adalah risiko yang dialami melalui pelaburan terhadap

    syarikat-syarikat yang mengalami perubahan dalam prestasi perniagaan, citarasa dan permintaan pengguna, tindakan undang-

    undang dan amalan pengurusan. Risiko ini boleh dikurangkan melalui kepelbagaian dalam pelaburan dan sekatan pelaburan yang digariskan oleh Garispanduan Tabung Unit Amanah dan berlandaskan Prinsip-Prinsip Syariah.

    (d) Risiko Kadar Keuntungan Unit Amanah menguruskan risiko kadar keuntungan dengan

    mengekalkan portfolio instrumen kewangan berdasarkan garispanduan dan polisi pelaburan serta semakan yang kerap ke atas kadar keuntungan dan jangkaan pasaran. Risiko kadar keuntungan

    adalah risiko nilai instrumen kewangan Unit Amanah yang sensitif terhadap kadar keuntungan akan berubah-ubah disebabkan oleh perubahan dalam kadar keuntungan pasaran.

    (e) Risiko Harga Ekuiti Risiko harga ekuiti adalah perubahan harga ekuiti yang akan naik

    atau turun disebabkan perubahan terhadap indeks ekuiti dan nilai saksama individu. Pendedahan risiko harga ekuiti timbul dari pelaburan tersiarharga Dana.

    Jadual di bawah menunjukkan kesan ke atas nilai aset bersih Dana pada tarikh pelaporan disebabkan kemungkinan perubahan dalam harga ekuiti dengan semua pembolehubah lain yang dipegang malar:-

    Perubahan

    Dalam Harga Ekuiti Kesan Ke Atas Nilai

    Aset Bersih Diagihkan % RM

    +5 / - 5 371,345 / (371,345)

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (25)

    NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN

    UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2018

    3. HURAIAN DASAR PERAKAUNAN PENTING

    (a) Asas Penyediaan Penyata kewangan ini telah disediakan menurut kelaziman kos

    sejarah dan diubahsuai bagi mematuhi Piawaian Laporan Kewangan

    Malaysia (Malaysian Financial Reporting Standards - MFRS), Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (International Financial

    Reporting Standards - IFRS) dan Garispanduan Tabung Unit Amanah

    oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

    Dasar perakaunan yang digunapakai bagi jangkamasa kewangan berakhir 30 Jun 2018 adalah konsisten dengan yang digunapakai pada penyata kewangan bagi jangkamasa kewangan berakhir 30 Jun 2017.

    Dana masih belum menerimapakai MFRS berikut yang diterbitkan

    oleh MASB tetapi belum berkuatkuasa.

    Tarikh Kuatkuasa Bagi Tahun

    Kewangan Bermula Pada Atau Selepas

    MFRS 9

    Instrumen Kewangan (IFRS 9

    diterbitkan oleh IASB pada Julai

    2014)

    1 Januari 2018

    MFRS 15

    Hasil daripada kontrak dengan pelanggan

    1 Januari 2018

    Penggunaan piawaian di atas dijangka tidak mempunyai kesan yang ketara ke atas penyata kewangan Dana.

    (b) Saham Tersiarharga Saham tersiarharga adalah dinilaikan menurut harga tertinggi

    tawaran (Bid Price) pada penutup pasaran di Bursa Malaysia pada tarikh pelaporan. Ini adalah bagi mematuhi Piawaian Laporan

    Kewangan Malaysia - MFRS 139.

    Walau bagaimanapun Unit Amanah ini tertakluk kepada Suratikatan

    Amanah (Trust Deed) di mana saham tersiarharga adalah dinilaikan menurut harga penutup pasaran di Bursa Malaysia pada tarikh pelaporan. Oleh yang demikian, bagi sebarang urusniaga jual beli unit amanah pada tarikh pelaporan ini, harga sebenar jual beli unit

    amanah tersebut adalah dinyatakan di dalam nota 9.

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (26)

    NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN

    UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2018

    3. HURAIAN DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)

    (c) Pendapatan Dividen Kiraan dividen-dividen dari pelaburan ditetapkan mengikut asas

    akruan sebaik sahaja harga saham syarikat berkenaan dicatat ”xD” (tanpa dividen) di Bursa Malaysia. Mulai 1 Januari 2008, dividen satu peringkat telah diperkenalkan dan semua dividen yang diagihkan oleh syarikat mastautin dikecualikan cukai di Malaysia.

    (d) Keuntungan Dari Deposit Islam Keuntungan dari deposit Islam adalah diambilkira berdasarkan asas

    akruan. Keuntungan yang diterima oleh Dana ini daripada mana-

    mana bank atau institusi kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Insitusi-Institusi Kewangan 1989 atau Akta Bank Islam 1983 mendapat pengecualian cukai selaras dengan peruntukan di dalam

    Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

    (e) Keuntungan/(Kerugian) dari Penjualan Pelaburan Kos yang diambilkira bagi menentukan keuntungan/(kerugian) dari

    penjualan pelaburan adalah berdasarkan kepada kos purata wajaran.

    Mengikut ACP 1967, keuntungan ini tidak dianggap sebagai

    pendapatan Dana dan tidak tertakluk kepada cukai.

    (f) Keuntungan/(Kerugian) Belum Direalisasi Keuntungan/(Kerugian) belum direalisasi mewakili keuntungan/

    (kerugian) akibat daripada perubahan pada Nilai Pasaran Wajar bagi saham tersiarharga yang menggunakan harga tertinggi tawaran (Bid Price) pada tarikh pelaporan berbanding dengan tarikh jangkamasa

    kewangan sebelumnya. (g) Penjadian dan Perlucutan Unit Penerimaan dari penjadian unit dan pembayaran atas perlucutan unit

    adalah berdasarkan nilai pasaran unit yang terdiri dari bahagian modal dan bahagian pendapatan pada tarikh penjadian atau

    perlucutan berkenaan. (h) Pengimbangan Agihan Pengimbangan agihan diambilkira pada tarikh penjadian dan

    perlucutan berdasarkan purata jumlah pendapatan yang boleh diagihkan termasuk dalam harga penjadian dan perlucutan unit.

    (i) Tunai dan Persamaan Tunai Tunai dan persamaan tunai meliputi deposit Islam dan simpanan Al-

    Wadiah dengan bank dan institusi kewangan berlesen di mana simpanan tersebut adalah berlandaskan Prinsip-Prinsip Syariah.

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (27)

    NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN

    UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2018

    3. HURAIAN DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)

    (j) Instrumen Kewangan Aset dan liabiliti kewangan yang dinyatakan dalam Penyata

    Kedudukan Kewangan adalah merangkumi tunai di bank, pelaburan sekuriti saham tersiarharga, simpanan di institusi-institusi kewangan, penghutang dan pemiutang. Polisi perakaunan tentang perkara-perkara tersebut dinyatakan dalam dasar perakaunan masing-

    masing. Instrumen kewangan diklasifikasikan sebagai aset atau liabiliti

    berdasarkan butiran perjanjian kontrak. Keuntungan dari deposit

    Islam dan simpanan Al-Wadiah, dividen, keuntungan atau kerugian berkaitan instrumen kewangan yang diklasifikasikan sebagai aset, dilaporkan sebagai pendapatan atau kerugian dari pelaburan.

    4. PELABURAN

    Butir-butir adalah seperti berikut:- 30.06.2018 31.12.2017 RM RM

    (a) Saham tersiarharga @ jumlah kos 11,493,491 11,865,956 Kurangan nilai pasaran (4,066,591) (2,299,918)

    Nilai Pasaran 7,426,900 9,566,038

    (b) Deposit Islam 2,627,507 1,761,920

    Jumlah Pelaburan 10,054,407 11,327,958

    Senarai Pelaburan adalah seperti di Jadual A.

    5. DEPOSIT ISLAM Deposit Islam adalah meliputi simpanan tetap berlandaskan Prinsip-Prinsip

    Syariah di dalam institusi kewangan berlesen seperti berikut:-

    30.06.2018 31.12.2017 RM RM

    (a) Bank-Bank Islam 1,324,257 1,761,920 (b) Bank Pelaburan 1,303,250 -

    2,627,507 1,761,920

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (28)

    NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2018

    5. DEPOSIT ISLAM (SAMB.)

    Purata kadar keuntungan sepanjang jangkamasa kewangan dan purata tempoh akan matang simpanan pada tarikh penutup jangkamasa kewangan adalah seperti berikut:-

    Purata Kadar Keuntungan

    %

    Purata Tempoh Akan Matang

    Hari

    (a) Bank-Bank Islam 3.25 10

    (b) Bank Pelaburan 3.20 8 6. TERHUTANG KEPADA PENGURUS

    30.06.2018 31.12.2017 RM RM Yuran pengurus yang terakru 13,787 15,961

    7. PENGAGIHAN Tiada peruntukan pengagihan (interim) disyorkan kepada pemegang-

    pemegang unit bagi jangkamasa kewangan berakhir 30 Jun 2018 [Tiada pengagihan yang disyorkan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017].

    8. MODAL UNIT BERSIH

    30.06.2018 31.12.2017 Unit RM Unit RM

    Baki dibawa

    ke hadapan 30,460,000 39,984,196 30,904,000 40,179,968

    Penjadian dalam jangkamasa

    - - 500,000 236,400

    30,460,000 39,984,196 31,404,000 40,416,368

    Perlucutan dalam jangkamasa

    (355,000 ) (138,739 ) (944,000 ) (432,172)

    Baki dihantar ke hadapan

    30,105,000 39,845,457 30,460,000 39,984,196

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (29)

    NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2018

    9. NILAI ASET BERSIH Nilai Aset Bersih diambilkira setelah menolak jumlah liabiliti Dana daripada

    jumlah aset Dana. Bagi mematuhi MFRS 139 di dalam penyediaan Penyata Kewangan ini, saham tersiarharga telah dinilaikan menurut harga tertinggi tawaran (Bid Price) pada penutup pasaran di Bursa Malaysia pada tarikh pelaporan berbanding dengan Suratikatan Amanah yang menetapkan nilai pasaran pada harga terakhir yang disebut di Bursa Malaysia bagi penetapan harga jualan dan belian unit amanah pada tarikh tersebut. Oleh yang demikian, pada 30 Jun 2018, penyesuaian bagi nilai aset bersih seunit untuk tujuan agihan kepada pemegang-pemegang unit amanah pada tarikh di atas adalah seperti berikut:-

    30.06.2018 31.12.2017 RM RM/Unit RM RM/Unit

    Nilai aset bersih seunit bagi agihan jual/beli unit

    amanah

    11,053,955 0.3672 12,510,303 0.4107

    Perbezaan nilai aset

    bersih apabila mematuhi

    MFRS 139

    23,338 0.0008 133,878 0.0044

    Nilai aset bersih seunit

    yang boleh diagihkan kepada pemegang-pemegang unit seperti yang dinyatakan di

    Penyata Kewangan

    11,030,617 0.3664 12,376,425 0.4063

    10. KERUGIAN BERSIH PELABURAN DI ATAS PERUBAHAN NILAI PASARAN

    WAJAR (FAIR VALUE) 30.06.2018

    RM 31.12.2017

    RM

    Kerugian belum direalisasi dari

    saham tersiarharga (4,066,591) (2,299,918)

    Keseluruhan kerugian belum direalisasi (4,066,591) (2,299,918) Tolak: Kerugian belum direalisasi tahun terdahulu

    (2,299,918) (421,932)

    (1,766,673) (1,877,986)

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (30)

    NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2018

    11. YURAN PENGURUS Yuran yang dibayar kepada Pengurus, PMB INVESTMENT BERHAD adalah

    dikira secara harian berdasarkan 1.5% setahun ke atas Nilai Aset Bersih sebelum mengambilkira yuran Pengurus dan yuran Pemegang Amanah

    terakru harian. 12. YURAN PEMEGANG AMANAH Yuran yang dibayar kepada Pemegang Amanah, AMANAHRAYA TRUSTEES

    BERHAD adalah dikira secara harian berdasarkan 0.05% setahun ke atas

    Nilai Aset Bersih sebelum mengambilkira yuran Pengurus dan yuran Pemegang Amanah terakru harian.

    13. URUSNIAGA DENGAN BROKER/DEALER (01/01/2018 – 30/06/2018)

    Nama Broker/Dealer

    Nilai Transaksi

    RM

    %

    Komisen & Fi RM

    %

    Public Investment Bank Bhd. 2,366,341 14.12 6,232 11.49

    Alliance Investment Bank Bhd. 2,048,697 12.22 5,091 9.38

    BIMB Securities Sdn. Bhd. 2,023,665 12.07 7,357 13.56

    Hong Leong Investment Bank Bhd.

    1,779,410 10.61 5,519 10.17

    Kenanga Investment Bank Bhd. 1,500,973 8.95 5,142 9.48

    Maybank Investment Bank Bhd. 1,337,835 7.98 4,672 8.61

    CIMB Investment Bank Bhd. 1,298,928 7.75 4,882 9.00

    RHB Investment Bank Bhd. 1,267,821 7.56 4,441 8.18

    KAF-Seagroatt & Campbell Securities Sdn. Bhd.

    1,068,136 6.37 3,339 6.15

    MIDF Amanah Investment Bank

    Bhd. 999,099 5.96 3,720 6.86

    Affin Hwang Investment Bank Bhd. 983,071 5.87 3,653 6.73

    Inter-Pacific Securities Sdn. Bhd.

    91,000 0.54 209 0.39

    Jumlah Transaksi 16,764,976 100.00 54,257 100.00

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (31)

    NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN

    UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2018

    14. CUKAI 30.06.2018

    RM 30.06.2017

    RM

    Peruntukan cukai semasa - - Peruntukan terkurang tahun taksiran terdahulu

    (8,103) -

    Perbelanjaan cukai untuk tahun semasa (8,103) -

    Cukai adalah dikenakan pada kadar 24% ke atas pendapatan bercukai dividen setelah ditolak perbelanjaan dibenar pada kadar 10%.

    Penyelarasan di antara perbelanjaan cukai dan keuntungan perakaunan

    didarabkan dengan kadar cukai 24% untuk jangkamasa kewangan berakhir 30 Jun 2018 dan 30 Jun 2017 adalah seperti berikut:-

    30.06.2018 RM

    30.06.2017

    RM

    (Kerugian)/Keuntungan sebelum cukai (1,198,966) 111,545

    Cukai Malaysia @ 24% 287,752 (26,771)

    Kesan cukai dari pendapatan yang tidak dikenakan cukai

    (247,555) 79,518

    Kesan cukai dari perbelanjaan yang tidak dibenar

    (40,197) (52,747)

    Peruntukan cukai semasa - - Peruntukan terkurang tahun taksiran terdahulu

    (8,103) -

    Perbelanjaan cukai untuk tahun semasa (8,103) -

    15. KEPENTINGAN PENGURUS DAN PENGARAH-PENGARAH Butir-butir kepentingan Pengurus dan Pengarah-Pengarah Syarikat di

    dalam Dana ini adalah seperti berikut:-

    30.06.2018 30.06.2017

    (a) Unit Pegangan

    PMB INVESTMENT BERHAD 17,817.50 unit bernilai

    RM6,542.59

    5,190.84 unit bernilai

    RM2,473.44

    Pengarah-Pengarah Tiada Tiada

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (32)

    NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN

    UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 JUN 2018

    15. KEPENTINGAN PENGURUS DAN PENGARAH-PENGARAH (SAMB.) Butir-butir kepentingan Pengurus dan Pengarah-Pengarah Syarikat di

    dalam Dana ini adalah seperti berikut:-

    30.06.2018 30.06.2017

    (b) Perbelanjaan

    Yuran Pengurus yang telah dibayar dan terakru

    RM88,492 RM113,614

    Urusniaga-urusniaga di antara Dana dan Pengurus serta pihak berkaitan dijalankan berdasarkan transaksi perniagaan yang normal. Pegangan Unit Pengurus adalah berasaskan pegangan benefisial.

    16. NISBAH PERBELANJAAN PENGURUSAN (NPP)

    Pengiraan NPP adalah seperti berikut:-

    30.06.2018 30.06.2017

    NPP = Fi + Perbelanjaan yang

    didapatkan balik x 100

    Saiz Purata Dana dikira

    setiap hari urusniaga

    0.95%

    0.99%

    17. PUSING GANTI PORTFOLIO (PGP)

    Pengiraan PGP adalah seperti berikut:-

    30.06.2018 30.06.2017 PGP = (Jumlah kos belian + Jumlah

    kos jualan) / 2

    Saiz Purata Dana dikira

    setiap hari urusniaga

    0.71 kali 0.76 kali

    18. MATAWANG

    Semua jumlah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (33)

    JADUAL A

    SENARAI PELABURAN PADA 30 JUN 2018

    RM RM % A SAHAM TERSIARHARGA PASARAN UTAMA

    BARANGAN PENGGUNA 1 Lay Hong Bhd 235,000 222,874 215,025 1.95

    2 Poh Huat Resources Holdings Bhd

    145,000 263,704 189,950 1.72

    3 Power Root Bhd 260,000 526,168 460,200 4.17

    Jumlah Kecil 1,012,746 865,175 7.84

    BARANGAN INDUSTRI 1 Cahya Mata Sarawak

    Bhd 127,000 604,843 297,180 2.70

    2 CB Industrial Product

    Holding Bhd

    145,000 256,650 185,600 1.68

    3 Mieco Chipboard Bhd 400,000 390,940 156,000 1.41

    4 V.S. Industry Bhd 250,000 521,938 387,500 3.51

    5 Versatile Creative Bhd 885,000 1,254,755 442,500 4.01

    Jumlah Kecil 3,029,126 1,468,780 13.31

    PEMBINAAN 1 Gamuda Bhd 60,000 270,823 196,200 1.78

    2 IJM Corporation Bhd 170,000 546,497 302,600 2.74

    Jumlah Kecil 817,320 498,800 4.52

    DAGANGAN/PERKHIDMATAN

    1 Dagang Nexchange Bhd 200,000 83,520 79,000 0.72 2 IHH Healthcare Bhd 46,000 276,597 277,840 2.52

    3 Telekom Malaysia Bhd 110,000 675,278 338,800 3.07

    4 UEM Edgenta Bhd 80,000 266,704 152,000 1.38

    5 Westports Holdings Bhd 120,000 497,341 406,800 3.69

    Jumlah Kecil 1,799,440 1,254,440 11.38

    HARTANAH 1 Ewein Bhd 1,300,000 1,086,382 962,000 8.72

    2 IOI Properties Group Bhd 120,000 220,800 192,000 1.74

    3 Sime Darby Bhd 175,000 212,835 208,250 1.89

    4 Tadmax Resources Bhd 2,445,000 1,002,450 550,125 4.99

    Jumlah Kecil 2,522,467 1,912,375 17.34

    NILAI PERATUS NILAI HARGA HARGA TERTINGGI JUMLAH JUMLAH TERTINGGI TAWARAN KE ATAS BIL. NAMA SYARIKAT SAHAM KOS TAWARAN NILAI ASET BERSIH

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (34)

    JADUAL A

    SENARAI PELABURAN PADA 30 JUN 2018

    RM RM %

    A SAHAM TERSIARHARGA PASARAN UTAMA

    TEKNOLOGI

    1 Unisem (M) Bhd 60,000 172,597 138,600 1.26

    KEWANGAN

    1 BIMB Holdings Bhd 100,000 415,906 385,000 3.49

    PASARAN ACE

    PEMBINAAN

    1 GDB Holdings Bhd 1,461,500

    0

    511,525 467,680 4.24

    TEKNOLOGI

    1 Orion IXL Bhd 5,814,000 1,212,364 436,050 3.95 Jumlah Saham Tersiarharga 11,493,491 7,426,900 67.33 Kerugian Belum Direalisasi (4,066,591 ) 7,426,900

    RM RM %

    B DEPOSIT ISLAM

    1 Bank Islam Malaysia Bhd Wafiah 1,324,257 1,324,493 12.01 2 MIDF Amanah Investment

    Bank Bhd

    Komoditi

    Murabahah

    1,303,250 1,303,822 11.82

    Jumlah Deposit Islam 2,627,507 2,628,315 23.83 10,055,215 91.16

    NILAI PERATUS NILAI HARGA HARGA TERTINGGI JUMLAH JUMLAH TERTINGGI TAWARAN KE ATAS BIL. NAMA SYARIKAT SAHAM KOS TAWARAN NILAI ASET BERSIH

    NILAI NILAI PENEMPATAN KOS PENEMPATAN DANA KE ATAS BIL. NAMA INSTITUSI JENIS PENEMPATAN DANA NILAI ASET BERSIH

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (35)

    8. ASAS PENGIRAAN MAKLUMAT PRESTASI

    DAN PENCAPAIAN DANA

    KANDUNGAN PORTFOLIO Kandungan portfolio adalah dikira mengikut harga penutup pasaran pada

    setiap 30 Jun.

    KAEDAH HARGA TUNGGAL (SINGLE PRICING REGIME - SPR) Berkuatkuasa 1 Julai 2007, Kaedah Harga Tunggal (SPR) telah

    digunapakai bagi menggantikan kaedah Dwipenetapan Harga (Dual Pricing). Melalui kaedah ini, penjualan, pembelian balik, perlucutan dan penjadian unit-unit oleh Pengurus akan dilaksanakan pada Nilai Aset

    Bersih (NAB) seunit pada penutup hari urusniaga. Yuran kemasukan/pengeluaran (jika ada) akan dikira secara berasingan

    berdasarkan NAB pelaburan unit-unit anda.

    HARGA JUALAN SEUNIT Harga jualan seunit ialah harga yang dijual oleh Pengurus kepada

    pemegang-pemegang unit dengan mengambilkira NAB pada penutup hari

    urusniaga dibahagi dengan bilangan unit dalam pusingan pada hari

    tersebut dan dikenakan caj jualan sebanyak 6% (berkuatkuasa 28 April

    2014) kecuali 2% bagi PMB Sukuk Fund dan tiada caj jualan dikenakan

    bagi PMB Shariah Cash Management Fund.

    HARGA BELIAN SEUNIT Harga belian seunit ialah harga yang sedia dibeli oleh Pengurus daripada

    pemegang-pemegang unit yang ingin menjual kembali unit-unit pelaburan

    mereka pada harga NAB Dana.

    NISBAH PERBELANJAAN PENGURUSAN (NPP) Pengiraan NPP adalah seperti berikut:

    NPP = Fi + Perbelanjaan yang didapatkan balik x 100

    Saiz Purata Dana dikira setiap hari urusniaga

    PUSING GANTI PORTFOLIO (PGP) Pengiraan PGP adalah seperti berikut:

    PGP = (Jumlah kos belian + Jumlah kos jualan) / 2

    Saiz Purata Dana dikira setiap hari urusniaga

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (36)

    JUMLAH PULANGAN

    Jumlah pulangan ialah jumlah pulangan pendapatan bersih dan pertumbuhan nilai modal dikira seperti berikut:-

    NAB (cD bagi tempoh kewangan semasa) - 1 x 100

    NAB (xD bagi tahun kewangan sebelumnya)

    (selepas penyelarasan unit-unit pecahan sekiranya ada)

    PENGAGIHAN PENDAPATAN (JIKA ADA) Pengagihan pendapatan kasar adalah pengagihan tunai sebelum cukai dalam tahun kewangan, manakala pengagihan pendapatan bersih adalah pengagihan tunai selepas peruntukan cukai.

    Pengagihan tunai bersih di dalam tempoh kewangan x 100

    NAB (xD bagi tahun kewangan sebelumnya)

    (selepas penyelarasan unit-unit pecahan sekiranya ada)

    PERTUMBUHAN MODAL Pertumbuhan modal dikira dengan mengambil perbezaan jumlah pulangan dan jumlah pulangan pendapatan.

    JUMLAH PURATA PULANGAN TAHUNAN Jumlah purata pulangan tahunan dikira seperti berikut:- Jumlah Pulangan

    Bilangan tahun bawah kajian

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (37)

    9. MAKLUMAT TAMBAHAN PEMBAYARAN PENGAGIHAN Pembayaran pengagihan tunai (jika ada) akan dihantar dalam jangkamasa

    dua (2) bulan selepas tarikh tutup tahun kewangan kepada pemegang-pemegang unit melalui cek ke alamat terkini di dalam daftar. Cek tersebut sahlaku selama enam (6) bulan dari tarikh pengeluaran. Harap ambil perhatian bahawa cek yang tidak ditunaikan selepas enam (6) bulan dari tarikh pengeluarannya akan dilaburkan semula mengikut harga jualan pada penutup hari kelima belas (15) bulan berikutnya atau tarikh lebih awal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pengurus.

    MELABURKAN SEMULA PENGAGIHAN Anda boleh melabur semula dengan membuat pilihan yang sesuai di dalam

    Borang Permohonan atau memaklumkan kepada Pengurus secara bertulis dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh tutup tahun kewangan Dana. Walau bagaimanapun, untuk pengagihan yang bernilai kurang dari RM50.00, ianya akan dilaburkan semula secara automatik. Pengagihan akan dilaburkan semula pada nilai NAB Seunit yang dikira pada penutup hari

    urusniaga pertama selepas tarikh agihan. Tiada caj dikenakan ke atas

    pelaburan semula pengagihan. Walau bagaimanapun, pelaburan semula pengagihan melalui waran agihan akan dianggap sebagai jualan biasa.

    PERTUKARAN KE LAIN-LAIN DANA Semua pemegang-pemegang unit Dana sedia ada diberi kemudahan untuk

    menukar Dana yang disertai ke lain-lain Dana [kecuali PMB Shariah TNB

    Employees Fund]. Caj-caj yang dikenakan adalah seperti berikut:-

    - caj pertukaran dana yang dikenakan bagi Dana yang mempunyai caj

    jualan yang sama adalah tidak melebihi RM25.00 bagi setiap transaksi.

    - walau bagaimanapun, tiada caj pertukaran dikenakan sekiranya melibatkan pertukaran Dana yang mempunyai caj jualan yang lebih tinggi ke Dana yang tiada atau mempunyai caj jualan yang lebih rendah.

    - caj pertukaran pada kadar caj jualan semasa pula akan dikenakan sekiranya melibatkan pertukaran Dana dari Dana yang tiada atau mempunyai caj jualan yang rendah ke lain-lain Dana yang mempunyai caj jualan yang lebih tinggi.

    - unit akan ditebus dan dibelikan unit amanah yang baru berasaskan NAB

    seunit. Pertukaran minimum bagi setiap transaksi hendaklah tidak

    kurang daripada RM1,000.

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (38)

    KEMUDAHAN MENAMBAH MODAL MELALUI BANK (AUTODEBIT) PMB INVESTMENT BERHAD menyediakan kemudahan pelaburan secara

    tetap setiap bulan melalui Arahan Bank (Autodebit) menerusi BANK

    SIMPANAN NASIONAL, CIMB BANK BERHAD, MALAYAN BANKING BERHAD/ MAYBANK ISLAMIC BERHAD dan RHB BANK BERHAD/RHB ISLAMIC BANK

    BERHAD. Pelaburan minimum setiap arahan ialah sebanyak RM50.00 pada

    tiap-tiap bulan.

    MENUKAR MILIK Unit-unit Dana anda boleh ditukar milik kepada orang lain dengan

    menggunakan borang tukar milik yang boleh diperolehi di pejabat Pengurus. Pembeli atau penerima unit akan dikenakan caj tukar milik tidak

    melebihi RM10.00 untuk mendaftar unit-unit tersebut atas namanya.

    CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GOODS AND SERVICES TAX - GST)

    Berkuatkuasa 1 Jun 2018, caj yang dikenakan ke atas Cukai Barangan dan

    Perkhidmatan (GST) adalah 0%.

    PROSES PENYUCIAN Zakat

    Kewajipan mengeluarkan zakat adalah dikenakan kepada mana-mana pelabur yang beragama Islam dan entiti Islam ke atas perolehan/ pendapatan dari pelaburan. Walau bagaimanapun, Dana tidak

    memperuntukkan bayaran untuk zakat yang dikenakan ke atas perolehan modal pengagihan pendapatan. Sehubungan dengan itu, bayaran zakat ke atas perolehan modal dan pengagihan pendapatan adalah menjadi tanggungjawab pelabur-pelabur untuk berbuat demikian.

    Penentuan jumlah zakat adalah dengan mengambil kira jumlah pelaburan perolehan modal dan pengagihan pendapatan dalam tahun kewangan didarabkan dua perpuluhan lima peratus (2.5%).

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (39)

    10. MAKLUMAT JARINGAN PERNIAGAAN PEJABAT JUALAN: Ibu Pejabat Level 21, 1 Sentral, Jalan Rakyat Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur Tel: (03) 27859900 Faks: (03) 27859901 E-mel: [email protected] Wilayah Tengah Tingkat 1, Wisma PMB No. 1A, Jalan Lumut 50400 Kuala Lumpur Tel: (03) 40454000 Faks: (03) 40443800 H/P: (013) 2710392 (Suhaila Malzuki) E-mel: [email protected] [email protected] Wilayah Utara No. 46 1/F Jalan Todak 2 Pusat Bandar Seberang Jaya 13700 Perai, Pulau Pinang Tel: (04) 3909036 Faks: (04) 3909041 H/P: (019) 4741717 (Mohammad Faizal Mohammad Tahir) E-mel: [email protected] [email protected] Wilayah Timur Lot D103, Tingkat 1, Mahkota Square Jalan Mahkota, 25000 Kuantan Pahang Darul Makmur Tel: (09) 5158545 Faks: (09) 5134545 H/P: (017) 7710117 (Ameer Khalifa Mohd Azman) E-mel: [email protected] [email protected] Wilayah Selatan No. 17-01, Jalan Molek 1/29 Taman Molek, 81100 Johor Bahru Johor Darul Takzim Tel: (07) 3522120 Faks: (07) 3512120 H/P: (017) 2809653 (Mohd Shohada Ahmad Mokhtar) E-mel: [email protected] [email protected] Sarawak No. 59, Tingkat Satu, Jalan Tun Jugah 93350 Kuching, Sarawak Tel: (082) 464402 Faks: (082) 464404 H/P: (013) 8230645 (John Nyaliaw) E-mel: [email protected] [email protected]

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (40)

    PEJABAT JUALAN: Sabah Lot 2-3-19C, Tingkat 2, Plaza Wawasan Lorong Plaza Wawasan, 88000 Kota Kinabalu, Sabah Tel: (088) 244129 Faks: (088) 244419 H/P: (013) 8808273 (Hadjira@Azeera Mangguna) E-mel: [email protected] [email protected] PEJABAT AGENSI: Kuala Lumpur Nor Azihan Alias AAG Suite, Level 3, Wisma PMB, No. 1A, Jalan Lumut 50400 Kuala Lumpur H/P: (019) 2277375 E-mel: [email protected] Abdul Samah Ashaari Al-Fateh, Suite 1402, Level 14, G Tower 199, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur H/P: (019) 2206085 E-mel: [email protected] Najdiah Abu Bakar Heroz Ventures Resources 19-1 Jalan Danau Lumayan, Bandar Permaisuri 56000 Kuala Lumpur H/P: (019) 2773776 E-mel: [email protected] Melaka Datuk Md. Ramly bin Mohamad No. 253-A, Jalan TMR 3, Taman Melaka Raya 75000 Melaka Tel: (06) 2815051 Faks: (06) 2815046 H/P: (012) 6093859 E-mel: [email protected]

    EJEN INSTITUSI:

    Apex Investment Services Bhd

    iFast Capital Sdn Bhd PERKHIDMATAN AUTODEBIT:

    Bank Simpanan Nasional

    CIMB Bank Berhad

    Malayan Banking Berhad/Maybank Islamic Berhad

    RHB Bank Berhad/RHB Islamic Bank Berhad

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (41)

    11. MAKLUMAT PERHUBUNGAN PELABUR

    Sebarang pertanyaan mengenai Dana, sila hubungi bahagian

    Perhubungan Pelabur melalui:

    E-mel : [email protected]

    Telefon : (03) 2785 9900

    PERINGATAN KEPADA BAKAL PELABUR

    LAPORAN INI BUKANLAH TAWARAN UNTUK MENJUAL UNIT. BAKAL PELABUR

    DIKEHENDAKI MEMBACA PROSPEKTUS INDUK DAN/ATAU PROSPEKTUS INDUK

    TAMBAHAN DANA INI DENGAN TELITI SEKIRANYA INGIN MELABUR. SEKIRANYA

    ANDA MERASA RAGU, SILA BERUNDING DENGAN PENASIHAT PELABURAN ANDA

    TENTANG SKIM INI. PENCAPAIAN DANA INI PADA MASA LALU BUKANNYA

    PETUNJUK ATAU GAMBARAN PENCAPAIANNYA PADA MASA HADAPAN. HARGA

    UNIT DAN PULANGAN KE ATAS PELABURAN AKAN BERUBAH-UBAH MENGIKUT

    NILAI PASARAN.

  • >>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH TACTICAL FUND >>>

    (42)

    12. BORANG KEMASKINI MAKLUMAT PELABUR

  • Cover emailHIRES TacticalFund(Interim-30Jun2018).pdfTacticalFund(Interim-30Jun2018).pdfblank