pjb memenangi pertandingan culinaire malaysia

8
PJB KE ROBOWORLD CUP & CONGRESS 2011 DI TAIWAN i i ISU 4 / 2011 KANDUNGAN: PJB teroka kerjasama Kraftangan Malaysia 2 Seminar Kerjaya bersama Bill Keith 3 Pameran seni BENANG 3 Festival Kesenian Islam Zon Selatan 4 Karnival ICT PJB 2011 5 Khidmat Masyarakat bersama orang asli 6 PJB Johan Lukisan Patriotik RaPaT 2011 7 Sambutan Kemerdekaan peringkat PJB 8 P U N C A K J A Y A B E R W A W A S A N P U N C A K J A Y A B E R W A W A S A N PJB MEMENANGI PERTANDINGAN CULINAIRE MALAYSIA Manakala pertandingan „Hot Cooking‟ berjaya membawa diploma. Ketiga-tiga peserta PJB ini, Hairul Syazwan Kamoordin (Table Setting, One Malaysian), Mohamad Riduan Bin Berahim (Table Setting, Ocean) dan Mohamad Shahrul Hamisan (Hot Cooking, Fish Course) berjaya mengharumkan PJB dan meletakkan nama PJB sebaris dengan Institusi pendidikan lain dan pihak industri. Kejayaan mereka merupakan gandingan kerjasama barisan pensyarah dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) iaitu Tn Hj Nor Hairul bin Palal, Pn Ruhaizah bt Duki, Pn Nor Marlina bt Othman, Cik Nurul Badariah bt Yusoff dan Cik Siti Norizan bt Hassan. Diharapkan penyertaan ini akan terus membantu menaikkan lagi nama PJB dan sekaligus memartabatkan pendidikan Politeknik Malaysia. P oliteknik Johor Bahru (PJB) telah menyertai Pertandingan Culinaire Malaysia 2011 yang diadakan pada 20 23 September 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre. Program tahunan ini merupakan pertandingan peringkat antarabangsa yang diiktiraf oleh World Association of Chef Societies. Ianya terbuka kepada semua penyertaan dari institusi pendidikan mahupun industri. Pada pertandingan tersebut Politeknik Johor Bahru telah berjaya membawa pulang 2 pingat perak dan 1 diploma dari penyertaan „Table Setting‟ dan „Hot Cooking‟. Penyertaan „Table Setting‟ berkonsepkan „Ocean‟ dan „One Malaysian‟ berjaya memikat perhatian 3 juri masing-masing dari Cambodia, Spain dan Singapura sehingga berjaya membawa pulang 2 pingat perak. Hairul Syazwan Kamoordin, Tema One Malaysian, Mohamad Riduan Bin Berahim (atas kanan), Tema Ocean “Politeknik Mentransformasi Kehidupan” Kontijen Malaysia ke Taiwan Lagi berita di mukasurat 7 Pelajar PJB wakil Malaysia ke Taiwan Disediakan oleh: Nur Fadillah bt Mat Ariffin

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PJB MEMENANGI PERTANDINGAN CULINAIRE MALAYSIA

PJB KE ROBOWORLD CUP & CONGRESS 2011 DI TAIWAN

i i

ISU 4 / 2011

KANDUNGAN:

PJB teroka kerjasama Kraftangan Malaysia

2

Seminar Kerjaya bersama Bill Keith

3

Pameran seni BENANG 3

Festival Kesenian Islam Zon Selatan

4

Karnival ICT PJB 2011 5

Khidmat Masyarakat bersama orang asli

6

PJB Johan Lukisan Patriotik RaPaT 2011

7

Sambutan Kemerdekaan peringkat PJB

8

P U N C A K J A Y A B E R W A W A S A N P U N C A K J A Y A B E R W A W A S A N

PJB MEMENANGI PERTANDINGAN CULINAIRE MALAYSIA

Manakala pertandingan „Hot Cooking‟

berjaya membawa diploma.

Ketiga-tiga peserta PJB ini, Hairul

Syazwan Kamoordin (Table Setting, One

Malaysian), Mohamad Riduan Bin

Berahim (Table Setting, Ocean) dan

Mohamad Shahrul Hamisan (Hot Cooking,

Fish Course) berjaya mengharumkan PJB

dan meletakkan nama PJB sebaris

dengan Institusi pendidikan lain dan pihak

industri. Kejayaan mereka merupakan

gandingan kerjasama barisan pensyarah

dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti

(JPH) iaitu Tn Hj Nor Hairul bin Palal, Pn

Ruhaizah bt Duki, Pn Nor Marlina bt

Othman, Cik Nurul Badariah bt Yusoff dan

Cik Siti Norizan bt Hassan. Diharapkan

penyertaan ini akan terus membantu

menaikkan lagi nama PJB dan sekaligus

memartabatkan pendidikan Politeknik

Malaysia.

P oliteknik Johor Bahru (PJB) telah

menyertai Pertandingan Culinaire

Malaysia 2011 yang diadakan pada 20 –

23 September 2011 di Kuala Lumpur

Convention Centre. Program tahunan ini

merupakan pertandingan peringkat

antarabangsa yang diiktiraf oleh World

Association of Chef Societies. Ianya

terbuka kepada semua penyertaan dari

institusi pendidikan mahupun industri.

Pada pertandingan tersebut Politeknik

Johor Bahru telah berjaya membawa

pulang 2 pingat perak dan 1 diploma dari

penyertaan „Table Setting‟ dan „Hot

Cooking‟. Penyertaan „Table Setting‟

berkonsepkan „Ocean‟ dan „One

Malaysian‟ berjaya memikat perhatian 3

juri masing-masing dari Cambodia, Spain

dan Singapura sehingga berjaya

membawa pulang 2 pingat perak.

Hairul Syazwan Kamoordin, Tema One Malaysian,

Mohamad Riduan Bin Berahim (atas kanan), Tema Ocean

“Politeknik Mentransformasi Kehidupan”

Kontijen Malaysia ke Taiwan

Lagi berita di mukasurat 7

Pelajar PJB wakil Malaysia ke Taiwan

Disediakan oleh: Nur Fadillah bt Mat Ariffin

Page 2: PJB MEMENANGI PERTANDINGAN CULINAIRE MALAYSIA

Mukasurat 2

i i BENGKEL KEBOLEHPASARAN GRADUAN PJB 2011

Disediakan oleh: Hairizan bin Adam

P ada 5-8 September 2011 yang

lalu Unit Perhubungan dan

Latihan Industri telah mengadakan

Bengkel Kebolehpasaran Graduan

2011. Bengkel ini membabitkan

pelajar-pelajar semester 5 dan 6 bagi

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,

Jabatan Kejuruteraan Elektrik,

Jabatan Rekabentuk Komunikasi &

Visual dan Jabatan Perlancongan &

Hospitaliti.

Objektif bengkel ini adalah untuk

mendedahkan kepada para pelajar

kepada persediaan menghadapi dunia

pekerjaan. Bermula dari persediaan

menghadapi temuduga, semasa sesi

temuduga sehinggalah berkaitan

dengan undang-undang semasa

b e k e r j a . I n i a m a t p e n t i n g

memandangkan pelajar-pelajar ini

akan menamatkan pengajian mereka

dalam masa terdekat.

Secara keseluruhannya bengkel ini

telah berjaya meningkatkan keyakinan

diri pelajar-pelajar Politeknik Johor

Bahru bagi menghadapi alam

pekerjaan yang semakin hari semakin

mencabar di samping persaingan

yang sangat hebat daripada pelajar-

pelajar dari institusi pengajian tinggi

yang lain. Taklimat yang berlangsung di Dewan Serbaguna, PJB

POLITEKNIK JOHOR BAHRU TEROKAI KERJASAMA DENGAN KRAFTANGAN

MALAYSIA CAWANGAN JOHOR

sama pihak KMCJ bersedia membantu

dalam mengenalpasti pengusaha-

pengusaha industri kraf yang bersedia

bekerjasama dalam membangunkan

produk kraf mereka.

Pada pertemuan tersebut satu sesi

perkenalan dengan penenun tempatan

juga telah diadakan iaitu bersama Pn.

Esah binti Ismail seorang pengusaha

tempatan Tenunan Serat Nanas dari Felda

Sening, Kota Tinggi Johor. Semoga

pertemuan ini akan menjadi titik tolak

kepada pencapaian dan kecemerlangan

COT, PJB.

Disediakan oleh: Johaini bin Ibrahim

S atu pertemuan bagi jalinan kerjasama

telah diadakan pada 05 Oktober 2011,

Rabu di Kraftangan Malaysia, Cawangan

Johor (KMCJ) bersama wakil dari Jabatan

Rekabentuk Komunikasi & Visual, (JRKV).

Pertemuan telah dibuat di antara En. Nor

Azmi bin Ismail, Pengarah Kraftangan

Malaysia Cawangan Johor, En. Fazar Ivan

Hidayat bin Zahari, pereka Kraftangan

Malaysia Cawangan Johor, dengan En.

Abu Bakar bin Abdul Hamid selaku ketua

Center of Technology (COT), En. Badrul

Hisham bin Shaharin dan En. Johaini bin

Ibrahim, wakil COT Politeknik Johor

Bahru.

Pertemuan tersebut telah diadakan

bertujuan menjalin hubungan dan

kerjasama dalam menerokai rekaan dan

penghasilan produk kraf baru. Ianya juga

bertujuan mengenalpasti peranan yang

boleh dimainkan oleh institusi pendidikan

seperti PJB dalam memberi sumbangan

kepada komuniti setempat.

Sebagai permulaan pada pertemuan

tersebut pihak Kraftangan Malaysia

Cawangan Johor dengan wakil COT, PJB

telah bersetuju untuk bersama-sama

dalam membangunkan produk kraf baru

iaitu Sampin Tenun Serat Nanas Johor.

Dalam pertemuan itu perbincangan juga

menyentuh kemungkinan kerjasama

dengan pengusaha-pengusaha dari

Perkampungan Orang Asli, Ulu Juasih,

Segamat, Johor yang menghasilkan

produk kraf berasaskan rotan.

Selain daripada itu jalinan kerjasama

berterusan akan diadakan bersama

secara berperingkat dan pada masa yang

En. Abu Bakar bin Abdul Hamid dan En.

Badrul Hisham bin Shaharin berbincang

dengan En. Fazar Ivan Hidayat bin Zahari,

pereka Kraftangan Malaysia mengenai

produk kraf rotan dari Perkampungan Orang

Asli Ulu Juasih, Segamat, Johor.

Proses menenun rekacorak dan motif daripada

serat nanas menggunakan peralatan Kek Tenun

Page 3: PJB MEMENANGI PERTANDINGAN CULINAIRE MALAYSIA

PAMERAN SENI TEKSTIL & FESYEN `BENANG`

SEMINAR KERJAYA REKABENTUK KREATIF 2011

BERSAMA BILL KEITH

Mukasurat 3

ISU 4 / 2011

Bengkel ini diakhiri dengan peserta

mempamerkan hasil karya seni cetakan

mereka yang telah siap bagi tujuan

penilaian hasil karya dan persembahan

kepada umum pada Majlis Perasmian

Pameran Seni Tekstil `Benang` dan

Pelancaran Pertandingan RITMA Johor

2011, pada petang tersebut.

Disediakan oleh: Badrul Hisham Bin Shaharin

P ameran Seni Tekstil dan Fesyen

`Benang` merupakan satu pameran seni

yang mengetengahkan karya-karya seni tekstil

yang menggunakan pelbagai teknik dalam

penghasilannya. Pameran yang dianjurkan

oleh Yayasan Warisan Johor dengan

kerjasama Politeknik Johor Bahru, Universiti

Teknologi MARA dan beberapa pengkarya

seni tekstil mempamerkan sebanyak 70 buah

karya. Pameran ini dirasmikan oleh Timbalan

Pengarah dari Dewan Bahasa dan Pustaka

Wilayah Selatan iaitu En. Saidul Azam bin

Kamarudin pada 20 September 2011.

Pameran ini memberi pendedahan dan galakan

kepada masyarakat untuk menilai dan

seterusnya memberi inspirasi untuk

memperkembangkan bidang seni ini sebagai

satu bidang yang mampu menjana masa depan.

Politeknik Johor Bahru telah dijemput untuk

mengadakan satu bengkel yang berkaitan seni

tekstil pada hari perasmian pameran tersebut.

Bengkel ini diadakan bertujuan memberi ilmu

kepada para pelajar dan para guru dalam

memperkenalkan Seni Cetakan Saring sebagai

salah satu cabang ilmu seni. Program ini juga

diharap dapat membantu guru dalam

meningkatkan penyampaian proses pengajaran

dan pembelajaran bagi matapelajaran Seni

Visual di sekolah. Bengkel ini telah diadakan di

perkarangan Galeri Seni Johor dengan

bimbingan tenaga pengajar dari Jabatan JRKV,

Politeknik Johor Bahru iaitu En, Badrul Hisham

Bin Shaharin, En. Johaini Bin Ibrahim dan Cik

Siti Nur Saadah Binti Masri . Perjalanan Bengkel

ini juga telah dibantu oleh pelajar Program

Rekabentuk Grafik semester 5 dari Kursus

V4060 Pengurusan Acara. Peserta yang terlibat

adalah di kalangan pelajar-pelajar dan guru

pengiring sekitar Johor Bahru, antaranya

Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB @ EC) ,

Sekolah Menengah Dato Bendahara dan

Sekolah Seni Johor Bahru.

Disediakan oleh: Nor Rofizah binti Johari

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi

Visual (JRKV) telah mengadakan

Seminar Kerjaya Rekabentuk Kreatif

2011 yang telah berjaya dikendalikan

oleh ikon fesyen tempatan dan

antarabangsa iaitu Bill Keith yang sudi

datang ke Politeknik di atas tiket

Pertandingan Rekabentuk Kasut

Malaysia 2012 anjuran Persatuan

Pengilang-Pengilang Kasut Malaysia

(MFMA). Kehadiran beliau sebagai

penasihat kepada MFMA memberi satu

kelebihan kepada pelajar, kerana di

samping memberi penerangan mengenai

pertandingan tersebut, beliau juga

memberi motivasi yang berkesan kepada

CERIA...Bill Keith (Dua dari kanan) bersama Pengarah PJB dan

staf JRKV

Perasmi Program En Saidul Azam bin Kamarudin,

Timbalan Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka

Wilayah Selatan diiringi oleh dan Puan Ismalyza

bt Mat Arif wakil Ketua Jabatan JRKV, PJB

Demonstrasi cetakan saring yang dijalankan di Galeri

Seni Johor

pelajar dan pensyarah yang hadir.

Menurut Bill Keith, “Kemenangan

hanyalah satu bonus namun yang

paling berharga adalah pengalaman

menyertai pertandingan seumpama ini

dapat membantu pelajar untuk

menghargai proses pembelajaran

mereka dan bukan berharap untuk

menang semata-mata”.

Lawatan mesra-ilmiah beliau di harap

dapat memberi inspirasi kepada pelajar,

sejajar dengan matlamat JRKV yang

menawarkan pendidikan kreatif dan

inovatif ke arah kecemerlangan

akademik pensyarah dan pelajar.

Page 4: PJB MEMENANGI PERTANDINGAN CULINAIRE MALAYSIA

Mukasurat 4

i i POLITEKNIK JOHOR BAHRU TUAN RUMAH FESTIVAL

KESENIAN ISLAM

Disediakan oleh: Yeow Chee Keong

B ahagian Pembangunan dan Kebajikan

Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik,

Kementerian Pengajian Tinggi bersama-sama

dengan Jabatan Pengajian Am, Politeknik

Johor Bahru telah berjaya menganjurkan

Festival Kesenian Islam Politeknik 2011

peringkat zon selatan. Tema festival yang

telah diadakan untuk kali kedua ini ialah

„Transformasi ke Arah Kecemerlangan‟.

Peserta yang mengambil bahagian dalam

festival ini, selain daripada Politeknik Johor

Bahru (PJB) adalah Politeknik Merlimau

(PMM) , Politeknik Melaka (PM), Politeknik

Port Dickson (PPD), Politeknik Mersing (PMJ)

dan Politeknik Nilai.

Dalam festival kali ini, sebanyak empat

kategori telah dipertandingkan iaitu

pertandingan azan, nasyid, syair dalam

Bahasa Arab dan bercerita dalam Bahasa

Inggeris. Majlis Perasmian Penutup Festival

Kesenian Islam ini telah disempurnakan oleh

Datuk Haji Mohlis bin Jaafar, Timbalan Ketua

Pengarah (Operasi), Jabatan Pengajian

Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia. Mantan Pengarah PJB ini juga

melahirkan rasa syukur dapat kembali ke PJB

sebagai perasmi festival dan berharap agar

festival seperti ini dapat diteruskan lagi pada

masa akan datang.

Menurut beliau, “Remaja hari ini khususnya,

lebih terdedah dengan pelbagai perkembangan

dan kemajuan seni bertaraf antarabangsa

dengan perkembangan teknologi. Ianya

mengenepikan budaya serta nilai positif yang

harus ditanam dan dikembangkan dalam diri.

Justeru, Festival ini menjadi wadah kepada

warga Politeknik untuk mengembalikan anak

-anak bangsa ke dalam acuan akademik

dan sahsiah yang seimbang demi

kecemerlangan secara keseluruhan.”

Beliau kemudiannya menyampaikan hadiah

kepada para pemenang. Majlis pada malam

itu diakhiri dengan persembahan daripada

semua johan bagi setiap kategori.

Pemenang bagi setiap kategori pula akan

berentap dalam Festival Kesenian Islam

Peringkat Kebangsaan yang dijangka

berlangsung pada 19 dan 20 Oktober ini di

Politeknik Port Dickson.

Festival Kesenian Islan di Dewan Serbaguna, PJB

K olokium JPP PJB telah berjalan

dengan jayanya pada 14 hingga 16

Ogos 2011 bertempat di Resort Pantai

Penyabung, Mersing, Johor. Majlis tertinggi

dan exco-exco JPP bersama-sama dengan

wakil kelab dan persatuan PJB telah

menghadirkan diri ke kolokium yang

dikelolakan oleh Ahli Majlis Tertinggi JPP ini.

Pengisian utama kolokium ini adalah untuk

membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan

dijalankan sepanjang 2011. Ketiga program

utama yang dibincangkan adalah program yang

berteraskan pendidikan, kemasyarakatan dan

kepimpinan. Setiap kumpulan pelajar diminta

membentangkan akt ivi t i -akt ivi t i yang

dicadangkan kepada 3 panel yang juga

pengiring program iaitu, Tn. Hj Abd. Aziz bin

Talib (pegawai HEP), Pn. Nurzarimah bt Jamil

(Penyelaras Pengurusan JPP) dan En. Yusri

bin Jani (Penyelaras Aktiviti JPP).

Di samping membincangkan mengenai

aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan, peserta

kolokium juga didedahkan dengan pengisian

prosedur kertas kerja, ceramah ciri-ciri

pemimpin yang berkaliber dan tazkirah-

tazkirah agama. Memandangkan kolokium

ini dijalankan pada bulan puasa, majlis

berbuka puasa dan solat terawih secara

berjemaah juga dijalankan sepanjang

kolokium berlangsung.

Disediakan oleh: Nurzarimah bt Jamil

Bergambar kenangan di Pantai Penyabung, Mersing

Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar

(JPP), Politeknik

Johor Bahru

Adik Md.Husnul Fathi bin Zakaria (10 tahun)

sedang membaca al-Quran

Kolokium Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) PJB

Page 5: PJB MEMENANGI PERTANDINGAN CULINAIRE MALAYSIA

Mukasurat 5

ISU 4 / 2011

KARNIVAL ICT PJB 2011 BERSAMA JKP ZON SCIENTEX

Disediakan oleh: Sy. Hannan Sy Abd Rahman

K arnival ICT 2011 anjuran Jabatan

Matematik, Sains dan Komputer,

Politeknik Johor Bahru dengan kerjasama

JKP Zon Scientex telah diadakan pada 6

hingga 8 Oktober 2011 yang lalu bertempat

di perkarangan Politeknik Johor Bahru. Majlis

Penutup karnival ini telah dirasmikan oleh

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir

Gudang, Tuan Haji On bin Jabbar @ Jaafar.

Penganjuran karnival ini juga merupakan

salah satu wadah untuk mendedahkan

kepada masyarakat tentang kepelbagaian

ICT dalam kehidupan seharian tanpa

mengira peringkat umur. Aktiviti-aktiviti yang

dijalankan semasa karnival ini dirancang bagi

menghasilkan satu platform untuk

meningkatkan semangat setiakawan dan

muhibbah sesama pensyarah, staf , pelajar

politeknik dan komuniti luar.

Karnival ini telah dilaksanakan dengan

kerjasama jawatankuasa yang diketuai oleh

En Mohd Ali bin Jasmi, Ketua Jabatan

Matematik, Sains dan Komputer. Pelbagai

aktiviti telah disusun sepanjang karnival ini

bagi memeriahkan lagi suasana. PC Fair

yang ditaja oleh Unicorn Sdn Bhd telah

berlangsung selama tiga hari bermula pada

hari Khamis hingga Sabtu. Pada masa yang

Suasana sekitar Majlis Penutup Karnival ICT PJB

PJB MEMENANGI PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO

PERTUBUHAN PERGERAKAN QARI QARIAH MALAYSIA

P ertubuhan Pergerakan Qari

Q a r i a h Ma l a y s i a t e l a h

mengadakan pertandingan mencipta

logo bagi pertubuhan mereka dimana

seramai 10 orang pelajar dari

Program Rekabentuk Grafik, Jabatan

Rekabentuk dan komunikasi Visual

Politeknik Johor Bahru telah

menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan ini telah dibahagikan

kepada dua kategori iaitu mencipta

logo untuk Pertubuhan Pergerakan

Qari Qariah Malaysia dan kategori

kedua ialah mencipta logo untuk

Persatuan Qari Qariah Negeri Johor.

Setiap kategori menawarkan hadiah

wang tunai RM150, sijil penyertaan berserta hadiah

iringan. Kedua-dua kategori tersebut telah

dimenangi oleh pelajar Diploma Rekabentuk Grafik

Semester 6 iaitu Nurashikin Binti Said.

Satu majlis penyampaian hadiah telah

dilaksanakan di Jabatan Rekabentuk dan

komunikasi Visual pada 24 Ogos 2011. Hadiah

disampaikan oleh Pn. Norhayati (wakil dari PQM)

Sesi bergambar para pelajar bersama Pn. Norhayati (wakil

PQM) dan En. Rozli Bin Zainuddin, Ketua Jabatan, JRKV

P u a n N o r h a y a t i

m e n y a m p a i k a n

cenderahati kepada

En. Rosli Bin Zainuddin

Disediakan oleh: Ismalyza bt Mt Arif

dengan diiringi En. Rosli Bin Zainuddin

selaku Ketua Jabatan.

Untuk pengetahuan, logo yang memenangi

pertandingan ini akan digunakan oleh pihak

Pertubuhan Pergerakan Qari Qariah

Malaysia untuk tujuan rasmi.

Penyampaian cenderamata kepada YDP Pasir Gudang oleh En. Shabudin b Man, Pengarah PJB

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan oleh Tn Haji On bin Jaabar @ Jaafar, YDP Pasir Gudang

sama, gerai jualan yang melibatkan komuniti

luar juga menambah variasi lagi aneka

barangan yang boleh didapati semasa

karnival ini.

Pada hari kemuncak karnival ini, aktiviti

senamrobik terbuka kepada semua warga

PJB dan komuniti luar dimulakan seawal 7

pagi bertempat di Gelanggang Bola Jaring,

PJB. Aktiviti ini disusuli dengan Pertandingan

Explorace yang bertemakan ICT dijalankan.

Selain itu, Pertandingan Rekacipta Blog dan

Logo juga diadakan melibatkan pelajar PJB

bagi menjana kreativiti pelajar dalam

mengaplikasikan pengetahuan ICT dalam

kehidupan seharian.

Penyampaian hadiah bagi semua aktiviti

yang dijalankan telah dilaksanakan pada

Majlis Perasmian Penutup karnival. Semua

hadiah disampaikan oleh YDP Tuan Haji On

Bin Jabbar @ Jaafar diiringi oleh Pengarah

Politeknik Johor Bahru, En Shabudin Bin

Man. Karnival ini disudahi dengan jamuan

makan di Restoran Baiduri selepas melawat

PC Fair yang ditaja oleh Unicorn Sdn Bhd.

Karnival ini telah memberi manfaat dan

kebaikan kepada semua. Walau

bagaimanapun, masih ada ruang

penambahbaikan bagi pihak penganjur untuk

program pada masa akan datang.

Page 6: PJB MEMENANGI PERTANDINGAN CULINAIRE MALAYSIA

KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA ORANG ASLI MERSING

Mukasurat 6

i i

Cik Rozana Junita Binti Abdul

Rahman bersama Encik Baharim

B. Khusil@Samsuri , Timbalan

Rektor, HEP & Alumni, UiTM

Melaka semasa mengadili karya

yang dipertandingkan di Galeri

Seni Johor.

K em ini terdiri daripada 25 keluarga

orang asli yang menetap di

seluruh daerah Mersing, Johor. Antara

program yang diadakan adalah tentang

kefahaman Islam, aktiviti keislaman,

ceramah agama, keusahawanan, seni

hiasan diri, bersukan dan aktiviti

akademik. Program ini dirasmikan oleh

Tn Hj Shahruni Hj Aslam, Timbalan

Pengurus Besar, Amal Business

Department, Johor Corporation. Antara

objektif program ini adalah untuk

mendekati keluarga orang asli bersama

masyarakat di samping meningkatkan

kefahaman tentang Islam. Program yang

dianjurkan adalah diharapkan dapat

memberi kesan positif kepada halatuju

dan pembangunan diri keluarga orang

asli dalam mengharungi cabaran dunia

serba moden berlandaskan kefahaman

Islam.

Slot program ini, dimulai dengan

ceramah keusahawanan mengenai

peluang-peluang perniagaan dari sudut

makanan dan minuman oleh En Mohd

Amin Zakaria (Ketua Program Unit

Pengurusan Hotel dan Katering,

Politeknik Johor Bahru). Manakala dua

jam seterusnya beliau mengadakan

sesi demonstrasi empat set masakan

barat seperti chicken chopped beserta

sos lada hitam, coleslaw dan cheesy

wedges. Keseluruhan peserta telah

menunjukkan minat untuk mencuba

makanan yang disajikan. Ada di antara

mereka yang ingin menjadikan menu

tersebut sebagai daya tar ikan

pelancong yang melawat tempat

mereka kelak.

Disediakan oleh: Nur Fadillah bt Mat Ariffin

C ik Rozana Junita Binti Abdul Rahman, pensyarah

Program Rekabentuk Industri, JRKV telah terpilih

menjadi pengadil bagi Pertandingan Melukis Permainan

Tradisional Peringkat Negeri Johor 2011 pada akhir Julai

yang lalu. Pertandingan ini mengetengahkan sebanyak 260

buah hasil karya pelajar dari 48 buah sekolah menengah di

seluruh negeri Johor. Sesi pengadilan telah dijalankan

pada 9 Julai 2011 di Galeri Seni Johor. Pertandingan ini

bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada generasi

kini agar dapat mengetahui jenis-jenis permainan

tradisional yang terdapat di negara kita. Pertandingan ini

jelas menghasilkan satu dokumentasi visual yang

bermakna agar kesenian dan kebudayaan tradisi terus

subur menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai harganya.

PERTANDINGAN MELUKIS PERMAINAN TRADISIONAL

PERINGKAT NEGERI JOHOR 2011

Disediakan oleh: Ismalyza bt Mt Arif

Bersama 25 keluarga orang asli yang menetap diseluruh daerah Mersing, Johor. Program ini dirasmikan

oleh Tn Hj Shahruni Hj Aslam, Timbalan Pengurus Besar, Amal Business Department, Johor Corporation

Bersama Tok Batin menjamu selera

Page 7: PJB MEMENANGI PERTANDINGAN CULINAIRE MALAYSIA

JRKV menghantar 10 orang pelajar dan diiringi

tiga orang pensyarah bagi menyertai

pertandingan Lukisan Patriotik, Fotothon

Patriotik dan Suara Patriotik.

Kegigihan pelajar-pelajar JRKV terbukti tatkala

diumumkan sebagai Johan Lukisan Patriotik

RaPaT 2011 dan membawa pulang sejumlah

wang tunai, trofi dan sijil. Walaupun tidak dapat

memenangi kesemua acara yang disertai,

semangat yang ditunjukkan wajar dipuji kerana

telah memberikan yang terbaik sepanjang

program berlangsung.

Pertandingan yang dipertandingkan turut

mendapat sambutan dari Jabatan Kejuruteraan

Mekanikal yang menghantar 2 orang pelajar

untuk kategori Suara Patriotik dan Deklamasi

Sajak Patriotik, Jabatan Kejuruteraan

Elektrik menghantar seorang pelajar untuk

kategori Suara Patriotik, Jabatan

Pelancongan dan Hospitaliti menghantar

seorang pelajar untuk kategori Deklamasi

Sajak Patriotik.

Bukan itu sahaja, peserta dan pensyarah

pengiring juga melibatkan diri dalam aktiviti

Eksplorasi Minda yang telah diadakan di

Sungai Rambai, Melaka. Pelbagai tapak

agrikultur telah dilawati seperti ladang

kelapa sawit, ladang getah dan Stesen

Hujan Jasin.

Pelajar juga dapat menambah ilmu ketika

mengunjungi Homestay „Pak Man‟. Di sana

peserta berpeluang mewarna batik dan

mengenali rumah asal Negeri Melaka.

PJB JOHAN LUKISAN PATRIOTIK ‘RapaT 2011’

Mukasurat 7

ISU 4 / 2011

Disediakan oleh: Hairizan bin Adam

S etelah memenangi pertandingan

Malaysia 4th FIRA Cup 2011 di

POLIMAS pada pertengahan Julai lalu,

Politeknik Johor Bahru (PJB) buat pertama

kalinya telah mewakili Malaysia dalam

pertandingan RoboWorld Cup & Congress

2011 di Taiwan pada 26-30 Ogos yang lalu

bertempat di National Kaohsiung First

University of Science and Technology,

Kaohsiung, Taiwan.

PJB telah menghantar seorang pensyarah

dan empat orang pelajar iaitu En. Hairizan

bin Adam sebagai pengurus pasukan.

Manakala peserta pula terdiri daripada

Muhammad Haffizz bin Hamid, Banupriya a/

p Gunasingam, Lorizka Xalfina Simon dan

Kejayaan yang diraih oleh peserta PJB

Nur Zayti binti Nordin. Kesemua pelajar ini

adalah pelajar dalam jurusan Diploma

Kejuruteraan Mekatronik (DEM) dari

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM).

Terdapat 5 Kategori yang telah

dipertandingkan iaitu Mirosot, Simurosot,

Hurosot, Androsot dan Hurocup. Namun

PJB hanya menyertai pertandingan

kategori Mirosot sahaja. Secara

keseluruhannya, PJB telah menduduki

tempat yang ke-5.

Pada tahun 2012 pertandingan ini akan

diadakan di Bristol, UK dan Malaysia akan

menjadi tuan rumah pada tahun 2013.

Sambungan dari mukasurat 1

Disediakan oleh: Nor Rofizah binti Johari

ROBOWORLD CUP & CONGRESS 2011

DI TAIWAN

Suasana ketika pertandingan sedang berlangsung

Peserta bersama pensyarah iringan

Peserta melukis Lukisan Patriotik RaPaT 2011

P rogram Rakyat Patriotik 2011 anjuran

KPTM, yang dikelolakan dengan

jayanya oleh semua Kolej Komuniti di

Negeri Melaka diadakan bagi tujuan

membangkitkan semangat patriotisma di

kalangan pelajar IPT khususnya untuk

menanam semangat cintakan Negara,

selaras dengan prinsip-prinsip Rukun

Negara dan seiring dengan Gagasan Satu

Malaysia.

Untuk menyokong usaha tersebut, Jabatan

Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV)

PJB, telah mengambil langkah proaktif

untuk turut serta dalam pertandingan ini

bersama-sama Kolej-Kolej Komuniti di

Negeri Melaka, Perak, UTHM dan UiTM.

Page 8: PJB MEMENANGI PERTANDINGAN CULINAIRE MALAYSIA

ISU 4 / 2011

K e m k e p i m p i n a n

merupakan salah satu

tugasan wajib dilaksanakan

seperti di dalam sukatan

modul H 5060 (kepimpinan)

bagi Diploma di bawah topik

Kem Latihan Kepimpinan.

Program ini dianjurkan

bertujuan untuk melatih

setiap pelajar di jabatan

dalam merancang, mengurus dan

mengorganisasi kem latihan kepimpinan agar

ia dapat berjalan dengan lancar.

Selain dari itu, program ini mampu melatih

pelajar memikul tanggungjawab yang

diamanahkan dengan baik dan berkesan.

Kem latihan ini akan diadakan di Tanjung

Resang Indah Chalet, Mersing, Johor.

Pemilihan tempat dibuat berdasarkan kepada

prasarana yang terdapat di tempat tersebut

seperti dewan aktiviti, dewan makan,

kawasan perkhemahan, padang kawad,

chalet dan surau yang selesa di samping

alam semulajadi yang

menarik. Tempat yang

dipilih telah dipastikan

s e l a m a t d a r i p a d a

s e b a r a n g b a h a y a

berdasarkan rekod kem

latihan kepimpinan yang

lepas. Urusetia bagi

program ini terdiri

daripada 2 orang

pensyarah modul, 4 orang penceramah, 2

orang kaunselor, 10 orang ahli jawatankuasa

yang dilantik di kalangan pelajar-pelajar DHK

6A dan SHK 4.

Diharapkan agar pelaksanaan Kem Latihan

Kepimpinan ini, pelajar-pelajar dapat menimba

pelbagai jenis ilmu kepimpinan, lebih

berketrampilan, bersemangat patriotik dan

membina jati diri untuk menghadapi realiti

kehidupan apabila mereka berada di tengah-

tengah masyarakat dan di alam pekerjaan

kelak. Semoga pelajar-pelajar yang mengikuti

program ini akan menjadi seorang pemimpin

i i Kem Kepimpinan Tanjung Resang

SIDANG REDAKSI

Pengerusi

En Shabudin bin Man

Timbalan Pengerusi En Sahul Hamed bin Abdul Wahab

Pn Suzanah binti Hashim

Ketua Editor

En Mohd Ali bin Jasmi

Penolong Ketua Editor

Pn Umi Kalthom binti Ramin

Editor

Pn Norihan binti Mahmood

Pn Sy Hannan binti Sy Abd Rahman

Rekabentuk

Pn Syarifah Hana binti Syed Zubin

Wakil Jabatan/Unit

Cik Norashikin binti Awang Kechik (PRO)

En Mohd Fauzi bin Mohd Yunus (JKM)

Pn Zubydah bin Mustafa (JKE)

Pn Ismalyza bt Mt Arif (JRKV)

Cik Nur Fadillah bt Mat Ariffin (JPH)

En. Yeow Chee Keong (JPA)

En. Rozainudin bin Mohd Lazim (JHHP)

Pn Rohamiah bt Muda (Pruf)

Pn Dina binti Abdul Khalik (Pruf)

Peserta Kursus Kepimpinan

S empena Hari Kemerdekaan Malaysia ke

-54 pada tahun ini, Jabatan Rekabentuk

dan Komunikasi Visual (JRKV) telah

mengadakan program sambutan Hari

Kemerdekaan di peringkat jabatan dan pada

kali ini Sambutan Hari Kemerdekaan

bertemakan “Transformasi Berjaya Rakyat

Sejahtera”. Program ini telah diadakan

bermula 01hb Ogos 2011 sehingga 16hb

September 2011, iaitu ianya disambut

seawal bulan Ogos sehinggalah tarikh

sambutan Hari Satu Malaysia.

Program sambutan Hari Kemerdekaan

diadakan setiap tahun di Jabatan JRKV, ia

bertujuan bagi menyemarakkan lagi

sambutan kemerdekaan di peringkat jabatan

dalam menyemai semangat cintakan negara,

memperingati dan merhargai kemerdekaan

negara kita. Program ini telah dianjurkan oleh

Pelajar Diploma Rekabentuk Grafik, Kursus

Event Management dari kelas DRG 5A dan

DRG 5B dibawah bimbingan pensyarah

kursus iaitu En. Johaini bin Ibrahim dan Cik

Nur Sa‟adah bin Masri.

Bagi pengisian program sepanjang bulan

sambutan Hari Kemerdekaan ini beberapa

aktiviti telah diadakan. Aktiviti utama program

ini adalah menghiasi jabatan dengan

bendera negeri Johor dan bendera Malaysia,

flag line bendera Malaysia dan bendera

negeri Johor, serta menggantungkan Banner

Ucapan Sambutan Hari Kemerdekaan bagi

menyemarakkan lagi sambutan.

Aktiviti lain turut diadakan ialahpertandingan

mencipta Poster Kemerdekaan, mencipta

Puisi Merdeka, mencipta Setem Sempena

Hari Kemerdekaan ke-54 dan pertandingan

fotografi yang bertema kemerdekaan iaitu

Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

Program sambutan ini dimeriahkan lagi pada

hari kemuncak sambutan di mana ianya

diadakan serentak dengan sambutan hari

Raya peringkat Jabatan yang bertemakan

Merdeka Raya. Sebagai pembukaan

program ini, ucapan Merdeka Raya telah

disampaikan oleh En. Rosli Bin Zainuddin,

Ketua Jabatan JRKV. Program diteruskan

dengan penyampaian hadiah kepada

pemenang pertandingan dan menjadi

penutup bagi sambutan Hari Kemerdekaan.

BULETIN PREMIER POLITEKNIK JOHOR BAHRU, KM 10, JALAN KONG KONG

81700 PASIR GUDANG, JOHOR TEL: 07 2612403 / 2423

[email protected] www.polijb.edu.my

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Disediakan oleh: Johaini bin Ibrahim

Disediakan oleh: Nur Fadillah bt Mt Arif

Kemeriahan sambutan merdeka di JRKV