pidato perpaduan asas keharmonian negara

3
SITI AISHAH SK TAMAN SENANGAN PIDATO 2012 Cetusan barakah buat Peneraju Majlis nan budiman, panel hakim penjunjung kesaksamaan, penjaga masa penghitung detik perjalanan, dan kulasentana dewan yang dimuliakan. Salam ukhuwah berbungakan kemesraan. Justeru tampilnya saya di podium ini demi melakarkan wacana yang bertemakan insan cemerlang Negara terbilang…. Lantas saya tampilkan dahulu interpritasi yang membina maudhuknya. Frasa insan cemerlang, membawa konotasi, insan yang berdaya saing dan mampu memanipulasikan dirinya ke arah kemajuan seiring perkembangan zaman. manakala ,frasa Negara terbilang pula bermaksud Negara yang dipimpin oleh pemimpin berwibawa serta mampu mencapai keseimbangan dalam segala aspek termasuk politik,ekonomi mahupun sosial. sidang Saksi Bermisi, Fasa ke-2, bab yang ke 11, dalam Rancangan Malaysia ke-9, menyatakan, pembentukan modal insan amat perlu untuk menjamin kemajuan Negara pada tahun 2020. Mantan Perdana menteri kita Tun Abdullah Ahmad Badawi, pernah menyatakan, individu yang memiliki minda kelas pertama selaras dengan nilai modal insan mampu memacu pembangunan Negara.Pembentukan keperibadian yang unggul membawa kepada transformasi minda ke arah pembentukan modal insan bagi mewujudkan tamadun manusia yang komprehensif dan inovatif.

Upload: siti-aishah

Post on 20-Jul-2015

431 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pidato perpaduan asas keharmonian negara

SITI AISHAH

SK TAMAN SENANGAN

PIDATO 2012

Cetusan barakah buat Peneraju Majlis nan budiman, panel hakim

penjunjung kesaksamaan, penjaga masa penghitung detik

perjalanan, dan kulasentana dewan yang dimuliakan. Salam

ukhuwah berbungakan kemesraan. Justeru tampilnya saya di

podium ini demi melakarkan wacana yang bertemakan insan

cemerlang Negara terbilang….

Lantas saya tampilkan dahulu interpritasi yang membina

maudhuknya.

Frasa insan cemerlang, membawa konotasi, insan yang berdaya

saing dan mampu memanipulasikan dirinya ke arah kemajuan

seiring perkembangan zaman. manakala ,frasa Negara terbilang

pula bermaksud Negara yang dipimpin oleh pemimpin berwibawa

serta mampu mencapai keseimbangan dalam segala aspek

termasuk politik,ekonomi mahupun sosial.

sidang Saksi Bermisi,

Fasa ke-2, bab yang ke 11, dalam Rancangan Malaysia ke-9,

menyatakan, pembentukan modal insan amat perlu untuk

menjamin kemajuan Negara pada tahun 2020. Mantan Perdana

menteri kita Tun Abdullah Ahmad Badawi, pernah menyatakan,

individu yang memiliki minda kelas pertama selaras dengan nilai

modal insan mampu memacu pembangunan Negara.Pembentukan

keperibadian yang unggul membawa kepada transformasi minda ke

arah pembentukan modal insan bagi mewujudkan tamadun manusia

yang komprehensif dan inovatif.

Page 2: Pidato perpaduan asas keharmonian negara

SITI AISHAH

SK TAMAN SENANGAN

warga dewan yang budiman,

pragmatic yang kedua

Insan berintegriti , Negara dijulang

Insan berintegriti amat penting bagi membentuk corak dan

kemajuan Negara. Akhlak yang unggul akan melahirkan individu

yang progresif , berperanan positif dalam dimensi pembangunan

Negara. ini jelas terbukti , usahawan berjaya iaitu Ku Azhar ku Abd

Razak, yang membuka syarikat perusahaan feri terbesar di

Malaysia iaitu JMV Tradetech. Kejayaan syarikat beliau yang telah

memperkenalkan destinasi menarik Malaysia seperti Langkawi di

peringkat global menunjukkan kepada kita bahawa insan

berintegriti telah menjulang nama Malaysia di persada

antarabangsa.

warga dewan yang budiman,

Insan yang berilmu meningkatkan kualiti insani. Sejarah pembinaan

tamadun manusia, telah membuktikan bahawa keagungan

sesebuah tamadun dapat diukur melalui tahap keintelektualan

masyarakat tamadun tersebut saya bawakan contoh –contoh

pelajar cemerlang SPM kita , Nur Amalina Che Bakri, Azali Azlan

dan Nik Nur Madihah, yang telah membuktikan, insan berilmu

meningkatkan kualiti diri yang unggul, sekaligus mampu

memberikan sumbangan besar kepada Negara ke arah

kegemilangan. Insan yang berilmu , kreatif dan inovatif inilah, yang

mampu memacu kepesatan Negara Malaysia agar berjaya

mengharungi arus globalisasi yang melanda seharusnya berdiri

sama tinggi, duduk sama rendah dengan Negara-negara yang lain.

Page 3: Pidato perpaduan asas keharmonian negara

SITI AISHAH

SK TAMAN SENANGAN

Sidang saksi bervisi,

Insan bersatu, Negara maju..

Konsep 1 Malaysia” Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan,

telah digagaskan oleh Yang amat Berhormat Dato Najib Abdul

Razak bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat

Malaysia. bak kata pepatah,” bersatu teguh bercerai roboh”. Dalam

erti kata lain, 1 Malaysia menuntut rakyat Malaysia agar sama-

sama berganding bahu ,menggembleng tenaga dalam membantu

memastikan aspirasi Negara tercapai. Insan yang bersatu,

masyarakat berpadu, Negara kita Malaysia pasti maju.

Tuntasnya, insan cemerlang adalah insan yang memiliki nilai dan

sikap yang maju dan kehadapan dalam membina dan mencanai

Negara ke arah kegemilangan yang sejagat.

Warga Malaysia, kaulah harapan bangsa, kaulah bunga-bunga nusa,

kaulah pemaju kejayaan Negara.. Insan cemerlang, Negara

terbilang..

Sekian. Pemidato bestari mohon permisi.