pesona siswa edisi mei 2015

27
PESONA siswa MALAYSIA Mei 2015 Edisi Kedua Pakaian Sukan vs Bentuk badan SPA DI RUMAH Etika komunikasi “Pertama kali bertemu” 1

Upload: sue-suriyati

Post on 17-Feb-2017

327 views

Category:

Self Improvement


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pesona siswa edisi mei 2015

PESONA siswa MALAYSIA

Mei 2015 Edisi Kedua

Pakaian Sukan vs Bentuk badan

SPA DI RUMAH

Etika komunikasi

“Pertama kali

bertemu”

1

Page 2: Pesona siswa edisi mei 2015

Dari Meja Editor Salam setia salam bahagia,. Alhamdulillah syukur. Kali ini saya ingin berkongsi tentang syukur. Terlalu banyak sebab untuk bersyukur. Terlalu banyak kasih sayang Allah setiap saat pada nafas, setiap masa pada bahagia, setiap hari pada sejahtera dan setiap ketika pada rezeki yang mencurah-curah tanpa henti. Setiap apa yang berlaku pada kita pasti ada hikmah yang dijanjikan Allah. Emosi sering berubah tatkala hadir ujian dan dugaan. Namun sentiasa perlu ingat untuk bersyukur kerana dengannya kita akan bahagia. Saya doakan anda yang sedang membaca ini bahagia. Saya ingin berterima kasih kepada teman penulis yang setia mencurahkan idea dalam berkongsi inspirasi buat tatapan pembaca. Terima kasih tidak terhingga kepada suami tercinta atas dorongan yang tiada batas, pada mak abah tersayang dan ibu mertua yang mengiring doa restu seterusnya kepada semua warga pembaca kerana sudi berkongsi minat yang sama. Membaca! Moga semua mendapat manfaat bersama demi pembangunan jati diri dan melahirkan modal insan yang sempurna.. Salam Sayang, Sue Suri

2

Page 3: Pesona siswa edisi mei 2015

KONSULTAN imej

3

Page 4: Pesona siswa edisi mei 2015

Edisi Kedua

Gincu & TOP

Handbag oh handbag

Awasi pemakanan untuk kekal cantik

Kekalcantik & aktif ketika bersukan

Jenis pakaian sukan & bentuk badan

Spa di rumah

Tips melancong & bergaya

Personal Branding

Warna mampu mancipta pesona

Etika menghadiri temuduga

Etika komunikasi pertama kali betemu

4

Page 5: Pesona siswa edisi mei 2015

Gincu

5

Page 6: Pesona siswa edisi mei 2015

Gincu bibir memainkan peranan penting menyerikan lagi wajah anda dan membuatkan rakan-rakan

sekelas senang mengingati anda. Seeloknya tukar warna gincu bibir selalu supaya orang tidak

berpendapat bahawa mereka berhadapan tembok yang sama.

Biarpun hasilnya tidak semestinya positif jika warna yang anda gunakan tidak sesuai dengan warna

kulit, warna pakaian tetapi ianya sebagai permulaan sepertimana anda mencuba produk fesyen yang

lain seperti aksesori.

Pemakaian gincu bibir juga penting dan perlu jelas dengan objektifnya iaitu dengan menggunakan

prinsip ”TOP”

O

P

“Occasion” ( Acara/ majlis )

“Time” ( Masa )

“Place” ( Tempat )

Gincu & TOP

6

Page 7: Pesona siswa edisi mei 2015

Teringat pada orang dahulu “jika

tidak ada pemerah pipi, boleh

sahaja pakai gincu bibir”. Perlu

berani dan bijak untuk aplikasi

sebegini. Bagi mendapatkan

koordinasi yang sama dan ringkas

anda boleh titipkan satu titik gincu

bibir yang anda pakai itu pada pipi

anda dan ratakan bagai anda

menyapu pemerah pipi. Ia akan

menghasilkan wajah yang natural

kerana pelembap pada gincu bibir

itu akan membuat pipi anda sedikit

berminyak, segar dan licin.

Tips Gincu & TOP

Keseluruhan wajah anda akan kelihatan selekeh jika

bibir anda kering dan retak malahan berdarah. Ini

sering berlaku pada kulit yang kering atau kulit wanita

matang. Sekiranya bibir anda jenis retak dan kering,

sapukan “concealer” di tepi bibir terlebih dahulu

sebelum menyapu gincu bibir. Pastikan anda memakai

lip balm setiap kali keluar rumah.

Jangan gunakan penggaris bibir jika warnanya kontras

dengan warna gincu bibir anda. Ini akan membuat

wajah anda tidak natural. Jadi pastikan anda

mempunyai beberapa rona pensel penggaris bibir

seperti merah jambu, coklat muda dan merah terang.

7

Page 8: Pesona siswa edisi mei 2015

Dan sebaliknya juga jika anda suka solekan yang ringkas pada mata dan bahagian lain, anda boleh pilih gincu bibir yang merah terang atau yang berona mewah seperti menggunakan “lip tint” yang kini menjadi trend bagi golongan muda siswi.

Disarankan jika anda mempunyai aktiviti di luar kuliah pada waktu siang, pilihan warna yang natural dan lembut lebih sesuai manakala warna yang lebih gelap dan mewah digunakan pada waktu malam.

Untuk gaya ke kuliah, elakkan warna terang seperti merah cili, warna gelap seperti warna

anggur atau coklat gelap yang memberi elemen “gothic” kerana ianya kurang sesuai dengan

keadaan pembelajaran. Sebaliknya warna yang menyerlah ini lebih sesuai dipakai untuk

menghadiri majlis makan malam.

Sekiranya anda gemar solekan yang agak tebal di mata atau gaya “smokey eyes”, cuba imbangi

ia dengan gincu bibir yang berona lembut seperti warna merah jambu lembut atau rona coklat

muda. Ini akan membuat mata anda nampak galak dan bibir anda mongel menawan yang mana

akan menghasilkan wajah yang natural. Harus diingat, pada setiap masa titik fokus perlu ada

pada satu tempat sahaja.

8

Page 9: Pesona siswa edisi mei 2015

Wanita dan beg tangan tidak dapat dipisahkan. Ada yang cuma ada 1 beg tangan sahaja, ada

yang ada semua warna dalam pelbagai bentuk! Sesetengah wanita menganggap beg tangan

sebagai pelengkap gaya dan ada yang cuma membawa beg tangan sebagai keperluan untuk

meletakkan dompet, tisu, kunci kereta dan sebagainya. Tidak mahu mengusung semuanya di

tangan, sumbat sahaja di dalam beg tangan.

Pelbagai jenis beg tangan di pasaran dan didatangkan di dalam pelbagai saiz. Jom kenali jenis-

jenis beg tangan wanita.

Pemilihan warna beg tangan juga bergantung kepada personaliti seseorang. Ada yang sukakan

warna-warna selamat seperti hitam, biru gelap dan coklat supaya lebih sesuai untuk dipadankan

dengan semua warna pakaian. Tidak kurang juga yang memilih warna beg tangan mengikut

warna kasut yang digayakan. Apapun beg tangan pilihan anda, asalkan anda yakin

membawanya, anda cukup kelihatan bergaya!

9

Page 10: Pesona siswa edisi mei 2015

FB Page

PESONA SISWA

10

Page 11: Pesona siswa edisi mei 2015

Awasi pemakanan anda Semua wanita baik muda mahupun berusia suka akan kecantikan.Namun,dengan lambakan pil

dan suplemen kesihatan dan kecantikan di pasaran,kaum wanita khususnya tanpa ragu-ragu

berani mencuba dengan hanya mempercayai testimoni dan iklan di akhbar serta televisyen.

Mereka sering memandang enteng akan kesan untuk jangka masa panjang dan hanya fikirkan

kesan segera untuk cantik.

Kelihatan tua atau kurang menarik menjadi ketakutan sebahagian wanita.Ketahuilah,itu adalah

hakikat kehidupan dan ianya proses semulajadi yang dialami oleh semua orang.Kita tidak boleh

mengelakkan ianya terjadi namun melambatkan proses penuaan itu ada caranya.

Penghasilan kolagen seorang wanita akan berkurangan apabila mencecah usia 25 tahun dan

keatas.Oleh itu,tanda-tanda penuaan akan wujud seperti kulit akan terasa kurang anjal, garisan

halus di tepi mulut,tepi mata,jeragat dan tompokan hitam yang sukar hilang akan muncul.

Bagaimana untuk menangani masalah ini? Pemilihan makanan yang terbaik untuk diri adalah

penting dan penjagaan terbaik adalah sedari usia belasan tahun lagi.

11

Page 12: Pesona siswa edisi mei 2015

Antara Fungsi Madu terhadap makanan

kesihatan wanita dan peranannya adalah :

✔ M️eningkatkan kadar serapan kalsium

dalam badan

✔ D️apat meningkatkan hemoglobin dan

dapat mencegah dari serangan anemia.

✔ B️ila dicampurkan sedikit cuka ia dapat

merawat arthirik sendi

✔ K️egunaan madu secara luaran juga

dapat mempercepatkan lagi proses

penyembuhan.

✔ D️apat meningkatkan pengeluaran

gastrointestinal untuk merawat ulser.

✔ S️umber laxative yang natural dan

lembut

✔ S️umber utama vitamin dan mineral yang

kaya.

✔ S️umber tenaga yang hebat dan

semulajadi tidak seperti gula pasir yang

memudaratkan.

Sayuran hijau menyediakan nutrien dan serat

yang penting untuk badan. Kata orang – orang

tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak

khasiatnya. Cuba makan sekurang – kurangnya

tiga hidangan setiap hari.

Buah – buahan termasuk sitrus, strawberi, lada

merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam,

tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di

samping menyumbang kepada kesihatan

menyeluruh, buahan – buahan yang kaya

dengan Vitamin C dan anti oksidan telah

dikaitakn dengan penurunan risiko penyakit

jantung kronik.

Mungkin ada di antara anda tidak menyukai

rasanya yang masam, tetapi tahukah anda

jus kranberi membantu mencegah bakteria

daripada melekat pada dinding pundi

kencing anda sekaligus mencegah jangkitan

pada saluran kencing. Penyelidikan baru

juga membuktikan bahawa kranberi boleh

mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

Itu adalah 4 sumber makanan yang terbaik

untuk diamalkan dalam pemakanan harian

anda.Kekal cantik dan kekal sihat dengan

barangan semulajadi dan dari sumber

mineral.

12

Page 13: Pesona siswa edisi mei 2015

Selesai kuliah sepanjang hari, waktu petang

adalah masa terbaik untuk beriadah selepas

penat belajar. Luangkan masa bersama-sama

kawan-kawan sambil menghilangkan tekanan

sewaktu belajar. Ramai yang beranggapan,

waktu bersenam tidak perlu bergaya. Tanpa

sedar, pakaian senaman yang dipakai jika tidak

sesuai membuatkan anda tidak selesa sepanjang

masa beriadah. Tentu aktiviti senaman anda

juga tidak bebas dan tidak ceria kerana

ketidakselesaan. Kami ada beberapa idea hebat

untuk kamu kekal aktif dan gembira sepanjang

waktu senaman.

Pakai tudung yang simple,

ringan dan menyerap peluh supaya tidak

mengganggu keselesaan anda sewaktu melakukan

aktiviti sukan. Fabrik kapas diutamakan supaya

peluh di bahagian kepala dan leher mudah diserap.

Perpeluhan di kawasan ini boleh menyebabkan

kulit kepala gatal jika mengenakan fabrik tudung

yang tidak sesuai.

Baju T yang

dikenakan perlulah sesuai dengan saiz rangka

badan dan labuh baju sesuai dengan ketinggian

anda. Elakkan tulisan atau grafik yang menarik

perhatian pada bahagian tubuh yang lebih besar.

Kenali apakah bentuk badan anda sebelum

memilih baju sukan dan warna yang sesuai.

Sentiasa

mengutamakan kualiti fabrik yang tahan lasak dan

dari jenis kain kapas atau kain jersey untuk

keselesaan. Pilih jenis seluar yang sesuai dengan

bentuk badan anda. Seluar yang terlalu besar boleh

menganggu pergerakan badan. Manakala saiz yang

terlalu kecil dan sendat boleh menyebabkan

pergerakan terbatas dan ketidak selesaan.

Pilih

pakaian dalam terutama coli khas untuk

bersukan. Coli sukan yang dipilih seharusnya

memberikan sokongan yang sesuai kepada

payudara mengikut aktiviti sukan. Coli untuk

sukan berintensiti tinggi seperti jogging atau

yangbanyak melibatkan lompatan perlu

menyokong keseluruhan payudara termasuk di

bahagian tepi.

Kasut sukan bukan sahaja dipilih

mengikut jenis acara sukan yang akan

dilakukan, tetapi perlu juga mengambil kira

jenis bentuk lekuk tapak kaki. Ada tiga jenis

yang biasa iaitu bentuk rata (flat), lekukan

dalam (high arched) atau biasa (normal).

Majoriti mempunyai jenis lekuk biasa dan

kebanyakan kasut sukan yang dijual dipasaran

adalah untuk golongan ini terutama kasut

jogging.

13

Page 14: Pesona siswa edisi mei 2015

bentuk badan

Pakai warna baju sukan yang lebih cerah daripada seluar. Pilih seluar sukan yang mempunyai bukaan lebih besar di bahagian bawah (flare) Elakkan Seluar sukan yang mempunyai garis sebelah kanan dan kiri

Pakai baju sukan yang longgar untuk menutup bahagian perut. Pilih Seluar Sukan mengikut saiz kaki anda yang biasanya kecil dari bahagian atas. Elakkan Seluar sukan yang mempunyai bukaan lebih besar di bahagian bawah (flare)

Pakai baju sukan yang mempunyai garisan atau grafik di bahagian pinggang sangat sesuai untuk menonjolkan pinggang anda yang kecil Elakkan baju dan seluar sukan yang longgar dan besar

14

Page 15: Pesona siswa edisi mei 2015

Wajah adalah salah satu aset penting untuk kita semua. Oleh itu penjagaan kulit wajah haruslah

sentiasa dijaga, dirawat dan dibelai. Terpulang kepada individu samada mahu menggunakan produk

yang mahal ataupun yang murah, yang penting kita harus tahu apakah bahan yang terkandung dalam

produk tersebut. Setiap individu mahukan kulit wajah yang jelita dan menawan juga suka dipuji. Ada

juga diantara kita yang kurang mampu atau tidak mempunyai masa untuk membeli produk-produk

yang dijual dipasaran.

Jika anda tidak mempunyai masa atau kurang yakin untuk membeli sesuatu produk, dan mahu cuba

untuk menghasilkan sendiri bahan-bahan untuk kulit wajah secara semulajadi disini dikongsikan

beberapa tips.

Scrub wajah digunakan adalah untuk menanggalkan sel-sel mati di kulit wajah.

Bahan-bahannya :

Madu 1 sudu besar

Minyak zaitun (extra virgin olive oil) 1 sudu kecil

Jus Lemon ½ atau 1 sudu besar

Gula perang (Brown sugar) 2 sudu besar

# Gaulkan semua bahan tersebut dan anda boleh terus menggunakannya. Lebihan bahan boleh

disimpan didalam peti sejuk maksimum 2 minggu sahaja.

Penggunaan mask wajah adalah bertujuan supaya wajah kita

kelihatan lebih lembut dan bersinar..

Bahan-bahannya :

Serbuk kayu manis - 1 atau 2 sudu besar

Madu – 1 atau 2 sudu besar

#Campur dan gaulkan semua bahan kemudian disapukan di

kulit wajah dan dibiarkan selama lebih kurang 20 minit dan

bersihkan. Anda mesti teruja !

#Bahan yang berlebihan disimpan di peti sejuk maksimum 2

minggu sahaja.

SPA DI RUMAH

15

Page 16: Pesona siswa edisi mei 2015

1. Kekalkan solekan mudah dan pastikan kulit sentiasa lembap.

Tips paling asas untuk kekal cantik anda

harus menggunakan pelembap pada setiap

masa. Dicadangkan pelembab

berwarna (tinted moisturizer) atau nama

lain BB Cream/ CC Cream. Jika kebiasaan

menggunakan bedak asas jenis litupan

penuh, anda bolehlah bertukar ke pelembap

berwarna.

Sebagai bonus, pelembap berwarna ini tidak

hanya membantu wajah untuk kelihatan

bermekap malah ia juga dapat mengelakkan

kulit dari menjadi terlalu kering. Ia amat

penting kerana kitaran udara di dalam kapal

terbang adalah amat kering.

Sebagai tambahan untuk kelihatan sentiasa

segar adalah dengan menggunakan sedikit

mascara, pemerah pipi, dan pelembap bibir

berwarna. Disarankan juga menyimpan tisu

basah (wet wipes makeup remover) di dalam

tas tangan untuk memudahkan

menanggalkan makeup jenis kalis air ketika

bersedia mengambil wudhu.

2. Pakaian yang selesa tapi bergaya. Terdapat jelas perbezaan antara keselesaan dan

kelihatan tak kemas. Anda boleh menggunakan

material jenis jeans untuk kelihatan selesa dipadan

dengan blaus jenis kapas. Jika anda penggemar

jeans dan t-shirt pastikan anda lapiskan dengan jaket

sebagai penyuntik gaya segera. Pastikan anda cukup

selesa untuk berada dalam kapal terbang dalam

tempoh masa yang sangat lama.

3. Gunakan kasut tumit rata Adakalanya kita tak pasti jika terpaksa mengejar

bas, teksi atau kapal terbang. maka kasut tumit

tinggi adalah tidak disarankan. Kasut tumit rata tak

bermakna membosankan. Anda boleh memilih kasut

tumit rata yang selesa dilengkapi metalik atau

berbatu permata ataupun kasut jenis pump.

16

Page 17: Pesona siswa edisi mei 2015

4. Tudung atau topi sebagai senarai penyelamat. Melancong pasti tidak sah jika tiada aktiviti luar.

Maka anda terdedah kepada matahari dan sinar UV

yang tidak menentu. Pastikan rambut anda sentiasa

dijaga dari menjadi terlalu kering dan seterusnya

rosak. Bertuah jika anda sememangnya wanita

bertudung. Namun bagi yang tidak berhijab sangat

digalakkan anda menggunakan topi sebagai

penyelamat. Sebagai cadangan menggunakan topi

jenis Fedoras and Cloches. Topi yang trendy

sepanjang zaman.

6. Pilih aksesori yang mudah. Kemungkinan besar ketika di bahagian

pemeriksaan imigresen, anda akan perlu untuk

menaggalkan semua barang aksesori jika yang

metal apabila di metal detector. Jadi elakkan barang

kemas sebegitu. Ia termasuk tali pinggang, rantai

dan sebagainya. Sebagai alternatif boleh

menggunakan bracelet dan necklace panjang yang

tidak mengganggu ketika beratur di bahagian

sekuriti. Ia akan kelihatan hebat dengan anda.

5. Gunakan pakaian berlapis. Adakalanya di dalam kapal terbang, udara boleh

menjadi sangat sejuk. Mulakan dengan baju di

bahagian dalam berwarna hitam atau putih. Apabila

mula terasa sejuk, gunakan cardigan sedikit lebih

besar atau jaket ringan.

17

Page 18: Pesona siswa edisi mei 2015

Gaya personaliti dan psikologi amat berkait rapat di mana jika anda rasa selesa dengan pemakaian dan diri sendiri, imej yang dibentuk dan interpretasi orang lain kepada anda adalah lebih berkeyakinan, berkarisma dan lebih mudah didekati. Melalui pembacaan siri gaya personaliti lepas, anda mengetahui bahawa gaya pemakaian boleh ditentukan melalui warna, fabrik, jenama, suai padan pakaian, kekemasan perincian, aksesori dan jenis fesyen dan 4 gaya personaliti diri. Sudahkan anda kenal pasti sama ada anda bergaya Natural, Romantik, Classic atau Dramatik?

Bagaimanakah menjadikan gaya personaliti di atas sebagai jenama unik anda?

Perlukah anda mempunyai jenama unik anda sendiri?

Menurut pakar penjenamaan Marty Neumeier, jenama adalah bagaimana perasaan seseorang terangsang terhadap sesuatu produk, servis dan syarikat. Maklum balas terhadap perasaan dan pendapat mengenai sesuatu berbeza bagi setiap individu. Perkara unik diri s eperti gaya anda berpakaian, gaya bertutur, perilaku gerak bahasa badan dan bagaimana perasaan seseorang apabila berbicara dengan anda serta perkara lain akan tercetus apabila individu tersebut mendengar nama anda atau bertemu secara langsung dengan anda. Apa mesej dan impak yang anda inginkan? Adakah mesej yang anda sampaikan sama dengan apa yang orang lain terima? Bagaimana untuk mengetahuinya? Cuba survey impak imej 6 saat ini. Anda boleh lakukannya dengan sesiapa sahaja sama ada orang yang anda kenali atau tidak. Berikan kepada mereka untuk memberi respon apa yang mereka dapat dari impresi awal mengenai anda.

Kenali siapa diri anda sebenar, dan

hiasilah diri anda sebaiknya.

-Epictetus-

18

Page 19: Pesona siswa edisi mei 2015

1. Apakah impresi awal anda terhadap saya? ______________________________________

2. Berapakah umur saya? _____________________________

Pada skala 1-5

( 1= sangat tidak setuju 2= tidak setuju 3= tidak pasti 4= setuju 5= sangat bersetuju)

* Berkeyakinan * Menarik

* Mudah didekati * Pemalu

* Bijak * Gaya fesyen menarik

* Boleh dipercayai * Peribadi baik

* Mempunyai unsur humor * Berpengaruh

Cuba survey impak imej 6 saat ini. Anda boleh lakukannya dengan sesiapa sahaja sama ada orang yang anda kenali atau tidak. Berikan kepada mereka untuk memberi respon apa yang mereka dapat dari impresi awal mengenai anda. Contoh survey:

Hasil daripada survey di atas, anda boleh lihat apa kekuatan mesej imej yang diterima oleh

orang lain. Selepas itu, anda boleh menyuaipadan gaya personaliti anda dengan mesej yang

anda ingin pamerkan.

19

Page 20: Pesona siswa edisi mei 2015

Warna mampu menc ip ta

Pesona Menurut kajian yang dilakukan oleh beberapa orang pengkaji di Amerika Syarikat,warna mampu

mempengaruhi mood seseorang individu. Pemilihan warna yang tepat membantu menyerlahkan

penampilan seseorang individu. Kesan emosi melalui warna yang digunakan dapat memberikan

kelebihan dari sudut psikologi dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar untuk

memperbaiki dan menguruskan hubungan interpersonal.

Yang paling menarik tentang warna ialah boleh mencipta pesona imej yang diinginkan. Salah satu

cara yang paling mudah ialah melalui warna pakaian yang anda pilih untuk dipakai ke kuliah.

Mengenakan warna-warna tertentu mempengaruhi cara rakan atau orang sekeliling berhubungan

dengan anda. Contohnya, sekiranya anda adalah salah seorang daripada Majlis Perwakilan Pelajar

ataupun Pembimbing Rakan Sebaya, apakah warna pakaian yang sesuai dengan imej anda?

Ataupun anda ingin dilihat sebagai seorang yang berpotensi menjadi seorang ketua.

20

Page 21: Pesona siswa edisi mei 2015

Coklat

Warna rona tanah ini mampu menonjolkan

pesona “down to earth “ . Walaupun warna

ini agak bosan dan pudar , ia juga menyuntik

elemen tenang dan selamat.

Merah

Warna yang cukup bertenaga ini

menonjolkan pesona ceria, teruja pada si

pemakai. Warna ini sememangnya mencuri

perhatian sesiapa yang memandang. Namun

pencinta warna ini perlu berwaspada agar

kurangkan penggunaan warna ini ketika sesi

temuduga. Ini kerana ,menurut kajian, warna

ini ibarat amaran.

Jingga

Warna ini menyuntik pesona ceria kepada si

pemakai. Warna yang agak dramatik ini

seakan-akan memberikan motivasi kepada

sesiapa yang memandang. Namun waspada,

anda juga mungkin dilhat seperti seorang

yang suka bermain-main dan kurang matang

sekiranya kerap memilih warna ini dalam

penampilan anda.

Putih Warna ini sememangnya memperlihatkan

pesona simple , bersih , muda dan yang

menariknya anda akan dilihat sebagai seorang

yang cekap. Menarik bukan !

Hitam

Sophistikated ! Perkataan yang paling tepat

untuk individu yang memilih warna ini untuk

melengkapkan penampilan. Anda akan dilihat

sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri

tanggungjawab dan berdisiplin . Tetapi hati-

hati sekiranya anda kerap menggayakan warna

hitam, anda juga akan terlihat misteri.

Kelabu Pemilihan warna ini amat sesuai jika ingin

dilihat sebagai seorang pemimpin yang tegas

tetapi mempunyai karakter yang

menyenangkan iaitu mudah didekati dan

tenang.

Navy Warna yang konservatif ini adalah pilihan

yang paling digemari oleh golongan adam . Ini

kerana warna ini mampu menyuntik elemen

matang dan mesra. 21

Page 22: Pesona siswa edisi mei 2015

Kuning

Warna yang cukup ceria ini menonjolkan imej yang

positif dan optimistik. Tepat sekali sekiranya warna

ini dianggap warna persahabatan. Warna ini juga

mampu mencuri tumpuan orang yang memandang.

Hijau

Elemen segar, harmoni dan seimbang sememangnya

dapat dilihat melalui pemilihan warna ini pada

penampilan. Warna yang sangat mendamaikan ini

sangat sesuai dipilih untuk dipakai pada siang hari.

Merah Jambu

Sekiranya warna “navy” amat sinonim dengan kaum

adam.Merah jambu adalah warna yang digemari oleh

ramai gadis. Pesona lembut, feminin , manis dan

penuh rasa cinta dapat ditonjolkan melalui warna ini.

Ungu

Menurut sejarah, sewaktu pemerintahan Ratu

Elizabeth 1 , warna ini hanya boleh dipakai oleh

kerabat diraja sahaja. Namun begitu anda juga boleh

memilih warna ini dalam penampilan, Selain

melambangkan kemewahan , warna ini menyuntik

pesona kuasa, keinginan dan yang paling menarik

adalah menggalakan kreativiti. Jadi apa tunggu lagi,

tonjolkan pesona anda melalui warna

22

Page 23: Pesona siswa edisi mei 2015

PANTUN KASIH IBU

MANIS RASA ISI KELAPA

KELAPA DIBELI DARI KOTA

PESAN MU IBU TIDAK KU LUPA

WALAUPUN DIKAU JAUH DI MATA

DUDUK BERDUA UDA DAN DARA

TERSENYUM SIMPUL RASA TERUJA

LEMBUT TANGANMU MEMBELAI MESRA

DIKAU LAH TEMPAT DAKU BERMANJA

DUDUK MAKAN BUAH BERANGAN

MELIHAT BURUNG HINGGAP DI DAHAN

KASIH IBU TIADA TANDINGAN

BIAR DIBERI BERJUTA PILIHAN

Pantun Ini Ditujukan Khas Buat Ibu Saya, ..Maimon Binti Mohamed

dari anakmu Nooraslina Binti Tukimin

SIRIH DISIMPAN DI DALAM PETI

CANTIK TERSUSUN KAPUR DAN GAMBIR

WALAUPUN DERITA DI DALAM HATI

SENYUMAN IBU SENTIASA DI BIBIR

TERANG CAHAYA DI WAKTU PAGI

INDAH DILIHAT TIDAK JEMU

TIADA UCAPAN SEINDAH INI

OH IBU………AKU SAYANG PADA MU

23

Page 24: Pesona siswa edisi mei 2015

Etika Komunikasi

Sesuaikan dengan majlis Gaya kita berbahasa dan pengenalan diri perlulah disesuaikan dengan majlis yang kita hadiri. Sebagai contoh, jika anda menghadiri acara khusus untuk graduan, lebih baik anda menggunakan ayat seperti, "Hai, saya Alisya, lulusan perakaunan. Selamat berkenalan." Namun jika anda menghadiri acara formal seperti temuduga Bahasa yang anda gunakan juga mestilah formal contohnya seperti "Assalamualaikum, saya Alisya. Gembira dapat bertemu dengan tuan.”

K.I.S.S ( Keep It Simple and Sweet) Pengenalan ringkas sentiasa terbaik, jadi pastikan perbualan anda pendek dan manis. Jika anda berkongsi semua sekali gus, seolah-olah anda ingin menguasai perbualan dan tidak mahu orang lain bercakap. Mulakan dengan senyuman dan berkongsi hanya keperluan sahaja. Dengan melakukan ini, secara tidak langsung sesi perkenalan akan berlangsung secara lebih semula jadi, kerana setiap orang bertanya soalan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lain.

Bagaimana cara anda memperkenalkan

diri anda pada kali pertama anda

berurusan? Tidak kira apa jua majlis,

sama ada formal ataupun kasual, cara

anda menampilkan diri kepada orang lain

adalah sangat penting. Lagipun,

pertemuan pertama selalu akan diingati

orang dan meninggalkan kesan

bagaimana orang mengingati kita untuk

pertemuan yang berikutnya.

Kali Pertama Bertemu

Jadilah pendengar yang baik Janganlah hanya anda yang ingin

bercakap, sekali-sekala biar orang lain

pula bercakap dan anda pula yang

mendengar. Bertanya kepada mereka

soalan, dan beri tumpuan kepada jawapan

mereka..

Tunjukkan minat anda dalam apa yang dikatakan Mengangguk sekali-sekala, tersenyum

kepada orang itu, dan memastikan postur

anda adalah terbuka dan mengundang

membuatkan orang yang sedang bercakap

dengan anda rasa dihargai

*Sebenarnya rasa sedikit gugup apabila

bertemu dengan orang buat kali pertama

adalah natural Semoga dengan sedikit

perkongsian tips ini dapat membantu anda

tampil yakin dalam mana-mana acara.

24

Page 25: Pesona siswa edisi mei 2015

Salam Sejahtera siswa mempersona sekalian .

Bertemu kembali di ruangan ini dalam edisi kedua majalah Pesona Siswa. Saya percaya, anda

mendapat banyak manfaat yang berguna di dalam majalah ini. Dalam edisi pertama, saya telah

kongsikan perkara yang penting dalam persediaan sebelum menghadiri temuduga kerja iaitu

hanya meliputi Fasa 1. Dalam edisi kali ini, saya akan memfokuskan perkara penting pada hari

temuduga kerja dan asas grooming ketika menghadiri temuduga kerja. Ketika Menghadiri

Temuduga

Ketika hendak menghadiri temuduga, anda perlulah mengetahui dan mengenalpasti lebih awal,

tempat temuduga tersebut diadakan. Ia bertujuan agar anda tidak tersesat jalan, dan terperangkap

dalam trafik jam seterusnya memungkinkan anda terlewat dan terlepas waktu untuk

ditemuduga.

Selain itu, anda perlulah bangun lebih awal dari biasa, sekiranya temuduga di waktu pagi dan

dinasihatkan datang lebih awal daripada masa temuduga yang ditetapkan sekurang-kurangnya 15

minit awal sampai di tempat temuduga. Datang lebih awal dapat mengurangkan rasa gugup

kerana apabila anda lewat, perasaan anda akan terganggu dan tidak fokus.

Sebelum ketempat temuduga, pastikan anda bersarapan jika waktu temuduga adalah waktu pagi,

atau mengambil sedikit makanan sebagai alas perut jika waktu temuduga adalah selepas waktu

tengah hari.

Pengambilan sedikit makanan membantu anda kelihatan lebih cergas dan bertenaga . Jangan

pula anda lupa membawa Fail Folder yang telahpun anda siapkan semasa Fasa 1 iaitu

memastikan sijil-sijil keperluan dan resume serta salinan sijil-sijil atau dokumen yang lain

lengkap.

Fasa

2

25

Page 26: Pesona siswa edisi mei 2015

Asas Grooming Semasa Menghadiri Temuduga

Asas grooming seperti kebersihan diri dan

berpenampilan kemas semasa menghadiri

temuduga adalah sangat penting . Semasa sesi

temuduga,penampilan anda dilihat secara

teliti. Kepada graduan lelaki, anda perlu

tampil dengan potongan rambut yang kemas

dan terurus. Rambut perlu disikat dengan

rapi. Jangan memakai topi atau penutup

kepala tanpa sebab.

Anda kelihatan tidak yakin dengan diri anda,

kerana pemakaian topi dan penutup kepala

semasa temuduga bukanlah perkara yang

bijak dan ia tidak rasmi. Kepada wanita yang

berambut panjang, pastikan anda mengikat

rambut dan pinkan dengan kemas. (Saya akan

sentuh lebih lanjut tentang pakaian /tudung

yang sesuai semasa temuduga kerja pada

keluaran akan datang).

Kebersihan kuku juga perlu dititikberatkan.

Pastikan kuku anda tidak panjang dan kotor.

Jika kuku anda bersih dan dipotong rapi, ia

dapat menunjukkan anda seorang yang

bertanggungjawab pada diri sendiri. Sudah

tentulah, mereka yang bertanggungjawab

kepada diri sendiri, serba sedikit

mempengaruhi tanggungjawab terhadap tugas

seharian.

Penemuduga yang teliti, juga akan melihat

keseluruhan penjagaan asas diri anda,

sehinggalah kepada (nasal hair). Pastikan ia

telah dirapikan sehari sebelum menghadiri

temuduga.

Sekiranya anda mengambil makanan sebelum

ditemuduga, pastikan tiada yang tersangkut

dicelahan gigi hadapan. Contohnya, cebisan

lada atau sayuran berwarna yang kelihatan

jelas . Sudah tentu ia menimbulkan keadaan

yang kurang selesa kepada panel penemuduga

semasa anda mula membuka mulut untuk

bersuara untuk menjawab soalan mereka.

Kepada yang beragama Islam, bolehlah

berselawat dan berzikir untuk menenangkan

hati yang gemuruh sebelum nama anda

dipanggil ke bilik temuduga. Anda

dinasihatkan sentiasa bersikap positif dan

sentiasa senyum. Sekiranya ada rakan

setemuduga yang lain, tidak salah jika anda

berkenalan antara satu sama lain. Sikap ini

juga membolehkan anda mengurangkan rasa

gemuruh dan takut.

Sampai jumpa lagi di edisi bulan hadapan.

Salam ukhwah dan kejayaan dari saya.

26

Page 27: Pesona siswa edisi mei 2015

Ruang untuk iklan, sila emel ke

[email protected]

27