perutusan presiden 2015

1
Presiden ANGKASA PERUTUSAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2015 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, ANGKASA selaku badan puncak gerakan koperasi di negara ini, sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada koperasi sekolah untuk terus memajukan koperasi sekolah supaya ianya sentiasa seiring dengan keperluan dan kehendak warga koperasi sekolah. Oleh itu, sambutan Hari Kopersi Sekolah (HKS) dianggap sebagai satu acara yang boleh memenuhi sebahagian keperluan dan kehendak warga koperasi sekolah di samping memenuhi aspirasi kerajaan yang ingin memastikan pembangunan modal insan berbudaya keusahawanan berasaskan pengetahuan. Gerakan koperasi kini berhadapan dengan pelbagai cabaran baru dari dalam dan luar yang mempengaruhi prestasinya. Perubahan dalam ekonomi, politik dan persekitaran termasuklah proses liberalisasi pasaran, kemunculan teknologi baru dan perkembangan ICT menuntut koperasi memperkukuhkan kedudukan dan meningkatkan daya saing dan daya tahan. Perkembangan ini membawa cabaran baru untuk menggerakkan koperasi supaya berperanan lebih berkesan bukan sahaja untuk meningkatkan taraf kehidupan anggota tetapi juga untuk sama-sama membantu kerajaan dalam merealisasikan agenda pembangunan negara. Oleh kerana itu, tema HKS pada tahun ini “Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakatmerupakan gambaran bagaimana koperasi disamping menggembleng tenaga dan bersatu membangunkan koperasi dan modal insan juga perlu mengambil kira aktiviti yang dilaksanakan dalam keadaan persekitaran yang kondusif sepertimana yang telah digariskan dalam Dasar Koperasi Negara menjelang 2020. Semoga sambutan HKS ini dapat dijadikan satu asas yang kukuh kepada pihak pengurusan koperasi untuk mencanangkan kewujudan dan peranan koperasi sekolah seterusnya dapat memupuk penyertaan menyeluruh meliputi pelajar, guru, kakitangan, PIBG dan masyarakat setempat dalam amalan berkoperasi. Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

Upload: simah-ima

Post on 11-Nov-2015

50 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

angkasa

TRANSCRIPT

  • Presiden ANGKASA PERUTUSAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2015

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

    ANGKASA selaku badan puncak gerakan koperasi di negara ini, sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada koperasi sekolah untuk terus memajukan koperasi sekolah supaya ianya sentiasa seiring dengan keperluan dan kehendak warga koperasi sekolah. Oleh itu, sambutan Hari Kopersi Sekolah (HKS) dianggap sebagai satu acara yang boleh memenuhi sebahagian keperluan dan kehendak warga koperasi sekolah di samping memenuhi aspirasi kerajaan yang ingin memastikan pembangunan modal insan berbudaya keusahawanan berasaskan pengetahuan. Gerakan koperasi kini berhadapan dengan pelbagai cabaran baru dari dalam dan luar yang mempengaruhi prestasinya. Perubahan dalam ekonomi, politik dan persekitaran termasuklah proses liberalisasi pasaran, kemunculan teknologi baru dan perkembangan ICT menuntut koperasi memperkukuhkan kedudukan dan meningkatkan daya saing dan daya tahan. Perkembangan ini membawa cabaran baru untuk menggerakkan koperasi supaya berperanan lebih berkesan bukan sahaja untuk meningkatkan taraf kehidupan anggota tetapi juga untuk sama-sama membantu kerajaan dalam merealisasikan agenda pembangunan negara. Oleh kerana itu, tema HKS pada tahun ini Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat merupakan gambaran bagaimana koperasi disamping menggembleng tenaga dan bersatu membangunkan koperasi dan modal insan juga perlu mengambil kira aktiviti yang dilaksanakan dalam keadaan persekitaran yang kondusif sepertimana yang telah digariskan dalam Dasar Koperasi Negara menjelang 2020. Semoga sambutan HKS ini dapat dijadikan satu asas yang kukuh kepada pihak pengurusan koperasi untuk mencanangkan kewujudan dan peranan koperasi sekolah seterusnya dapat memupuk penyertaan menyeluruh meliputi pelajar, guru, kakitangan, PIBG dan masyarakat setempat dalam amalan berkoperasi. Dato Haji Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA