perundingan & perjanjian kolektif
DESCRIPTION
Sumber ManusiaTRANSCRIPT
KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
1. Tujuan 2
2. Terminologi 2
3. Latar Belakang 3
4. Perundingan Kolektif 4
5. Syarat-Syarat Untuk Mengadakan 4
Perundingan Kolektif
6. Panduan Perundingan Kolektif 6
Yang Berkesan
7. Perjanjian Kolektif 7
8. Carta Aliran Proses Perjanjian Kolektif 9
2
1. Tujuan
Buku panduan ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan
mudah dan ringkas kepada para pekerja, majikan dan kesatuan-
kesatuan sekerja mereka mengenai perundingan kolektif untuk
menghasilkan Perjanjian Kolektif.
2. Terminologi
2.1 “Kesatuan Sekerja” bermaksud sesebuah badan
yang didaftarkan sebagaimana yang diperuntukkan
di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.
2.2 “Tuntutan Pengiktirafan” bermaksud tuntutan yang
dikemukakan oleh sesebuah kesatuan sekerja
kepada pihak majikan supaya kesatuan sekerja
berkenaan diberikan pengiktirafan untuk mewakili
para pekerja tertentu untuk merundingkan terma
dan syarat-syarat perkhidmatan bagi menghasilkan
perjanjian kolektif.
2.3 “Perundingan Kolektif” bermaksud proses tawar-
menawar yang dijalankan oleh kesatuan sekerja dan
majikan mengenai terma dan syarat perkhidmatan.
2.4 “Perjanjian Kolektif” bermaksud suatu perjanjian yang
dihasilkan daripada perundingan kolektif yang
mengandungi terma-terma dan syarat perkhidmatan
yang dipersetujui oleh majikan dan kesatuan sekerja.
Perjanjian kolektif yang diberikan pengiktirafan oleh
Mahkamah Perusahaan akan berkuatkuasa dan
mengikat kedua belah bagi tempoh sekurang-
kurangnya tiga tahun.
2.5 “Mahkamah Perusahaan” yang ditubuhkan menurut
Bahagian VII Akta Perhubungan Perusahaan 1967
(APP 1967) mempunyai kuasa untuk membuat
keputusan (award) terhadap sesuatu pertikaian
perusahaan atau kes representasi pemulihan kerja.
3. Latar Belakang
Kontrak perkhidmatan yang dimeterai di antara majikan dan
pekerja yang mengandungi terma dan syarat-syarat perkhidmatan
adalah terdiri daripada pelbagai bentuk dokumen seperti surat
perlantikan, surat tawaran perkhidmatan, surat pengesahan
jawatan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun dari semasa ke semasa para pekerja
mungkin akan bergabung bagi menubuhkan sebuah kesatuan
sekerja untuk dijadikan platform bagi mengadakan perundingan
atau tawar-menawar dengan pihak majikan bagi mendapatkan
terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik, adil dan
saksama.
3
4
4. Perundingan Kolektif
4.1 Perundingan kolektif adalah satu proses tawar-
menawar secara kolektif di antara majikan dan
kesatuan sekerja untuk mencapai sebuah perjanjian
kolektif.
4.2 Mana-mana pihak iaitu sama ada majikan atau
kesatuan sekerja boleh tanpa membuat pelawaan
kepada satu pihak yang lain secara bertulis untuk
mengadakan perundingan kolektif.
(Sek. 13(1)(a)(b)) APP 1967
Pihak yang menerima pelawaan tersebut hendaklah
memberikan jawapannya dalam tempoh 14 hari.
(Sek. 13(4)) APP 1967
5. Syarat-Syarat Untuk Mengadakan Perundingan
Kolektif:-
5.1 Kesatuan sekerja bagi pekerja mestilah telah
didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959
yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Hal Ehwal
Kesatuan Sekerja.
5.2 Kesatuan sekerja berkenaan mestilah telah
mendapat pengiktirafan daripada majikan.
5.3 Mana-mana pihak boleh membuat pelawaan untuk
mengadakan perundingan kolektif.
5.4 Pelawaan hendaklah secara bertulis dan disertakan
dengan cadangan perjanjian kolektif.
5.5 Perundingan kolektif mestilah dimulakan dalam
tempoh 30 hari dari tarikh setuju untuk menerima
pelawaan bagi mengadakan perundingan kolektif.
(Sek. 13(2)) APP 1967
5.6 Mana-mana pihak boleh mengemukakan terma-
terma dan syarat-syarat yang dicadangkan untuk
dibincangkan di dalam perundingan kolektif kecuali
perkara-perkara yang disifatkan sebagai hak
keistimewaan majikan seperti berikut :-
a. Kenaikan pangkat
b. Pertukaran tempat bekerja pekerja
c. Pengambilan pekerja-pekerja
d. Penamatan perkhidmatan pekerja atas sebab
lebihan pekerja atau penyusunan semula
organisasi
e. Pemecatan dan pemulihan semula pekerja
bekerja oleh majikan
f. Penetapan dan peruntukan tugas-tugas oleh
majikan kepada pekerja
(Sek. 13(3)) APP 1967
5
5.6 Walau bagaimanapun, APP 1967 membenarkan
kedua belah pihak untuk membincangkan secara
umum perkara-perkara yang menyentuh hak
keistimewaan majikan seperti di atas.
(Sek. 13(8)) APP 1967
5.7 Sekiranya mana-mana pihak enggan menerima
pelawaan untuk mengadakan perundingan kolektif
atau gagal memulakan perundingan kolektif dalam
tempoh 30 hari dari tarikh persetujuan terhadap
pelawaan berkenaan atau jika perundingan kolektif
mengalami kebuntuan, pihak yang terkilan bolehlah
mengemukakan aduan kepada Ketua Pengarah
Perhubungan Perusahaan Malaysia (KPPPM) untuk
mendapatkan bantuan penyelesaian.
6. Panduan Perundingan Kolektif Yang Berkesan
6.1 Mengemukakan cadangan mengenai terma-terma
dan syarat-syarat perjanjian kolektif yang jelas,
lengkap dan munasabah;
6.2 Mengamalkan prinsip ‘menang-menang’;
6.3 Membantu mencari penyelesaian terhadap sesuatu
permasalahan dan bukan memberi masalah;
6.4 Bersikap profesional dan realistik;
6.5 Bersikap positif dan sentiasa bertolak-ansur;
6
7
6.6 Sentiasa fokus terhadap objektif perundingan;
6.7 Mengelakkan daripada membuat ancaman terhadap
pihak yang lain;
6.8 Memahami situasi pihak yang lain;
6.9 Menjadi pendengar yang baik dan penyabar;
6.10 Mendapatkan penjelasan dengan meminta
pengulangan semula perkataan atau kenyataan jika
tidak jelas;
6.11 Mengemukakan cadangan dengan berbudi bahasa
dan bersopan-santun;
6.12 Bijak memberi cadangan alternatif;
6.13 Berfikiran positif, mempunyai perspektif yang betul
dan fokus terhadap isu perundingan; dan
6.14 Memberikan justifikasi bagi setiap cadangan yang
ditolak.
7. Perjanjian Kolektif
7.1 Perjanjian kolektif merupakan sebuah perjanjian
bertulis yang dicapai di antara majikan dan kesatuan
sekerja yang mengandungi terma dan syarat-syarat
pekerjaan yang telah dipersetujui.
8
7.2 APP 1967 mensyaratkan terma-terma khusus yang
mesti diperuntukkan di dalam sesebuah perjanjian
kolektif iaitu:
7.2.1 Menetapkan tempoh kuatkuasa perjanjian kolektif
yang hendaklah tidak kurang daripada tempoh
tiga (3) tahun.
7.2.2 Memperuntukkan prosedur-prosedur untuk
pengubahsuaian dan penamatan perjanjian
kolektif.
7.3 Penyimpanan (Deposit) perjanjian kolektif untuk
Pengiktirafan Mahkamah Perusahaan
Perjanjian kolektif yang telah dimeterai oleh kedua
pihak yang terlibat hendaklah dikemukakan secara
bersama kepada Pendaftar Mahkamah Perusahaan
untuk mendapatkan pengiktirafan Mahkamah
Perusahaan. Pengemukaan perjanjian kolektif
berkenaan mestilah dilakukan dalam tempoh satu bulan
dari tarikh perjanjian berkenaan dimeterai.
7.4 Kesan Perjanjian Kolektif
Sesuatu perjanjian kolektif yang telah diiktiraf oleh
Mahkamah Perusahaan akan terpakai dan mengikat
kedua belah pihak tersebut.
9
8. Carta Aliran Proses Perjanjian Kolektif
1.Kesatuan/Majikan-Kemukakan Aduan
2. KPPPM-Terima & Agih Aduan
3. Pengarah Bahagian/Negeri-Adakan Rundingan Damai
4. Keputusan Rundingan
TUTUP FAIL
5. Laporan: Kpd KPPPM -Agih Laporan
6. Pengarah Bahagian: -Semakan Laporan
Kes Selesai
Kes Tidak Selesai
Tidak Dirujuk
Rujuk
Kes Selesai
Prosiding Mahkamah
Kes Tidak Selesai
Laporan
KESATUAN MAJIKAN
7. Runding Damai Lanjutan:(jika perlu) TUTUP FAIL
TUTUP FAIL
8. Laporan:Kpd KPPPM
9. Rujuk kpd Y.B. Menteri
10. Keputusan:Rujuk/Tidak Dirujuk
11. MahkamahPerusahaan:
AWARD(Perintah Mahkamah)
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh disiarkan dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.
DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADKUALA LUMPUR, 2008www.printnasional.com.myemail: [email protected]: 03-92366895 Faks: 03-92224773