pertandingan menulis esei sempena sambutan bulan kemerdekaan kolej komuniti zon selangor 2013

3

Click here to load reader

Upload: kolej-komuniti-hulu-selangor-scribd-rasmi

Post on 28-Oct-2015

196 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

TERMA DAN SYARAT

TRANSCRIPT

Page 1: PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KOLEJ KOMUNITI ZON SELANGOR 2013

TERMA DAN SYARAT

PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

KOLEJ KOMUNITI ZON SELANGOR 2013

1. AM

1.1 Peraturan ini diterima pakai untuk Pertandingan Menulis Esei Bulan

Kemerdekaan 2013

1.2 Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan

1.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda

sebarang peraturan pertandingan pada bila-bila masa sepanjang tempoh

pertandingan sebagaimana yang difikirkan perlu

2. TAFSIRAN

2.1 ‘Ketua Hakim’ dan ‘Panel Hakim’ bermaksud individu yang dilantik oleh pihak

Kolej Komuniti Klang untuk memegang jawatan-jawatan tersebut

2.2 ‘Peserta’ bermaksud individu yang menyertai pertandingan ini.

3. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan Kolej Komuniti

zon Selangor

3.2 Peserta dikehendaki memilih tajuk HANYA daripada senarai tajuk yang telah

disenaraikan.

3.3 Setiap kolej boleh menghantar lebih daripada satu esei dengan menggunakan

tajuk yang berlainan tetapi hanya layak memenangi satu hadiah sahaja

3.4 Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu esei, tetapi hanya satu esei

yang terbaik sahaja akan dipilih untuk memenangi hadiah.

3.5 Esei yang hendaklah hasil nukilan peserta sendiri dan belum pernah disiarkan

pada mana-mana bahan cetakan mahupun sumber daripada Internet. Sekiranya

didapati karya diciplak atau diterjemahkan, dengan sendirinya penyertaan akan

terbatal.

3.6 Jika menggunakan sumber rujukan (bibliografi), peserta perlulah menuliskannya

di bahagian esei

3.7 Peserta dilarang sama sekali menyentuh hal-hal sensitif seperti bangsa, agama

dan kaum

3.8 Kolej Komuniti berhak untuk menerbit, mencetak dan mempamerkan hasil karya

peserta dan tidak terikat dengan apa - apa bentuk bayaran sekalipun kepada

peserta.

3.9 Keputusan Panel Hakim adalah muktamad dan sebarang bentuk bantahan tidak

akan dilayan.

Page 2: PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KOLEJ KOMUNITI ZON SELANGOR 2013

4. FORMAT KARANGAN

4.1 Penulisan mestilah menggunakan kaedah ejaan baru mengikut Daftar Kata

Bahasa Melayu (DKBM) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun

2003 dan cetakan semula 2008.

4.2 Panjang esei mestilah tidak kurang daripada 500 patah perkataan

4.3 Setiap esei perlulah ditaip menggunakan kertas bersaiz A4 berwarna putih ( font

Ariel, bersaiz 12 dengan jarak langkau dua baris (double spacing) serta

menggunakan muka hadapan sahaja.

4.4 Setiap helaian kertas esei perlulah mengandungi bilangan muka surat di

bahagian bawah, sudut sebelah kanan kertas.

5. TAJUK – TAJUK PENULISAN

5.1 GAGASAN 1MALAYSIA KE ARAH MELAHIRKAN MASYARAKAT BERBUDAYA

5.2 SATU BAHASA MENDAULATKAN NEGARA

5.3 PERANAN BELIA MEMPERKASA PERANAN 1MALAYSIA

5.4 PEMIMPIN BERBUDAYA RAKYAT TERBELA

5.5 1M4U - EVOLUSI AKTIVITI KESUKARELAWANAN MALAYSIA

5.6 SEMANGAT SUKARELAWAN MEMBENTUK SAHSIAH REMAJA

5.7 BELIA PENCETUS TRANSFORMASI NEGARA

5.8 ERTI MENJADI RAKYAT MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB

5.9 TULISAN JAWI: SINAR IDENTITI BANGSA MELAYU

5.10 1MALAYSIA - TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA

6. MAKLUMAT PENGARANG

6.1 Peserta perlulah menyertakan sekali maklumat beliau di akhir esei dengan

menggunakan format berikut:

NAMA PENUH (HURUF BESAR) :

NO KAD PENGENALAN :

NO MATRIK (SEKIRANYA PELAJAR) :

NAMA KOLEJ KOMUNITI

:

7. KAEDAH PENGHANTARAN

7.1 Pegawai HEP Kolej perlu mengumpulkan kesemua esei peserta dan menghantar

kesemua esei penyertaan di dalam satu sampul, ke Kolej Komuniti Klang secara

pos. Pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dan

kerosakan esei yang dikirim kepada urusetia.

7.2 Pegawai HEP perlulah melengkapkan borang Lampiran 1, menyenaraikan

kesemua maklumat peserta yang menghantar penyertaan. Tajuk penulisan yang

dipilih oleh peserta juga perlu turut dicatat

7.3 Tarikh tutup penerimaan di pihak urusetia adalah : 02 September 2013

Page 3: PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KOLEJ KOMUNITI ZON SELANGOR 2013

8. PEMARKAHAN

8.1 Format pemarkahan adalah berdasarkan kepada perkara berikut :

Penilaian Bahasa ( 30% )

- Tatabahasa : 15 markah

- Gaya Bahasa : 15 markah

Penilaian Isi ( 70% )

- Pendahuluan : 10 markah

- Isi : 40 markah

- Pertautan Isi : 10 markah

- Penutup / Kesimpulan : 10 markah