persidangan dewan majlis - images/laporan2015/hansard_  · jabatan perdana menteri

Download PERSIDANGAN DEWAN MAJLIS - Images/laporan2015/hansard_  · Jabatan Perdana Menteri

Post on 16-Mar-2019

217 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PETANG HARI SELASA, 19 JAMADILAWAL 1436H / 10 MAC 2015M 44

Majlis Mesyuarat disambung

Pada pukul 2.30 petang

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Assalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh. Ahli-Ahli

Yang Berhormat, Persidangan Majlis

Mesyuarat Negara disambung semula

dengan membincangkan Rang Undang-

Undang (2015) Perbekalan 2015/2016,

tadi di peringkat Jawatankuasa.

Maka bagi membolehkan kita

meneruskan mesyuarat Jawatankuasa

bersidang semula, saya tangguhkan

Persidangan Majlis Mesyuarat Negara

ini.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai

Jawatankuasa)

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang

majlis ini bersidang sebagai

Jawatankuasa bagi menimbangkan Rang

Undang-Undang (2015) Perbekalan

2015/2016. Alhamdulillah, pada

Mesyuarat Jawatankuasa, yang telah

kita adakan pada pagi tadi, seramai

11 orang Ahli Yang Berhormat Yang

Dilantik telah mengemukakan soalan-

soalan bagi Tajuk SA14A hingga Tajuk

SA25A Jabatan-Jabatan di bawah

Jabatan Perdana Menteri.

Dalam senarai saya masih lagi ada

4 orang Ahli Yang Berhormat yang ingin

untuk membuat pertanyaan terhadap

tajuk-tajuk di bawah Jabatan Perdana

Menteri ini. Sebelum saya

mempersilakan Yang Berhormat

Menteri-Menteri di Jabatan Perdana

Menteri untuk mengemukakan jawapan-

jawapan ataupun penerangan-

penerangan terhadap soalan-soalan

dikemukakan tadi, maka saya persilakan

4 orang Ahli Yang Berhormat yang

berkenaan ini untuk mengemukakan

pertanyaan ataupun permintaan

mereka. Mula-mula saya jemput Yang

Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji

Nudin.

Yang Berhormat Awang Haji

Tahamit bin Haji Nudin: Terima kasih

Yang Berhormat Pengerusi.

Assalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh. Kaola

ingin membawakan SA17A Jabatan

Perancangan dan Kemajuan Ekonomi.

Tajuk ini telah dibawakan oleh beberapa

rakan sejawatan sebalah pagi tadi.

Walau bagaimanapun, kaola ingin

menambah sedikit sahaja. Harga

barang keperluan seharian, nampak

seolah-olah tidak terkawal, kenaikan

harga barang sering menjadi buah

mulut orang ramai. Ramai orang

memilih alternatif lain dengan membeli-

belah di negara jiran untuk mendapat

harga yang jauh lebih murah.

Dalam masa jangka panjang, ini akan

merugikan negara dari segi ekonomi

bahkan mungkin sosial. Saya berharap

ada inisiatif untuk tindakan yang

sewajarnya. Sepatutnya ada pemikiran

supaya pekan-pekan yang ada di Brunei

bukan jadi pekan pelintasan sahaja.

Jadikanlah pekan-pekan kita lebih

menarik, kompetitif dalam semua segi

bagi mengurangkan orang-orang kita

berbelanja di luar negara. Jika dapat

dikurangkan 20 peratus pun, kita sudah

PETANG HARI SELASA, 19 JAMADILAWAL 1436H / 10 MAC 2015M 45

merasa bersyukur. Sekian terima kasih

Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi:

Sekarang saya jemput Yang Berhormat

Datin Paduka Dayang Hajah Salbiah

binti Haji Sulaiman.

Yang Berhormat Datin Paduka

Dayang Hajah Salbiah binti Haji

Sulaiman: Terima kasih

Yang Berhormat Pengerusi.

Assalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh. Kaola

ada soalan di bawah dua tajuk. Tajuk

No.1 SA14A Suruhanjaya Perkhidmatan

Awam.

1. Merujuk kepada titah Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam mengenai kelambatan-

kelambatan dalam proses kerajaan,

kaola ingin bertanya kenapakah

skim-skim perkhidmatan bagi

pegawai-pegawai profesional seperti

Skim Perkhidmatan Profesional

Teknikal, Arkitek, Skim Profesional

Kesihatan dan juga Skim

Perkhidmatan Lalu Lintas Udara

mengambil masa yang begitu lama

untuk diluluskan sehingga ada

sebilangan pegawai yang

terkandung dalam skim-skim

tersebut telah bersara sedangkan

skim masih belum diluluskan?; dan

2. Pada setiap tahun penuntut-

penuntut yang lulus ijazah dan

diploma dari ITB akan diberikan

surat pengesahan tamat kursus dan

keputusan-keputusan peperiksaan

sebaik sahaja keputusan

peperiksaan mereka telah

dikeluarkan. Sementara upacara

konvokesyen atau graduation

mereka hanya akan diadakan kira-

kira empat bulan kemudiannya atau

ada yang lebih dari empat bulan

lebih. Apa yang jadi masalah

kepada penuntut-penuntut lulusan

dari ITB ini ialah apabila mereka

hendak menghadapkan borang

permohonan untuk mendapatkan

pekerjaan kepada Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam, permohonan

mereka tidak diluluskan atau tidak

diterima dengan alasan mereka tidak

mempunyai sijil.

Kenapakah Suruhanjaya Perkhidmatan

Awam tidak membuat usaha kerjasama

atau perundingan dengan ITB supaya

surat pengesahan serta keputusan

peperiksaan yang dikeluarkan oleh ITB

dapat diiktiraf sementara menanti sijil

yang akan diberikan semasa majlis

konvokesyen?

Di bawah Tajuk - SA23A Pusat

Kebangsaan E-Kerajaan. Laporan United

Nation e-Government Survey 2014

Masihi yang dibuat setiap dua tahun

sekali telah melaporkan bagi tahun 2014

Masihi tempat kedudukan Negara Brunei

Darussalam telah menurun ke tangga

86, berbanding pada tahun 2010 Masihi

yang Negara Brunei Darussalam

menduduki tempat ke-68 dan meningkat

ke tempat 54 pada tahun 2012 Masihi.

Walaupun ranking ini, bukannya

petanda yang wajib samaada negara

PETANG HARI SELASA, 19 JAMADILAWAL 1436H / 10 MAC 2015M 46

berada dalam keadaan yang baik

ataupun tidak, namun ia boleh

digunakan sebagai alat bagi kerajaan

mengenal pasti kelemahan, kekuatan

serta cabaran-cabaran yang dihadapi

oleh E-Kerajaan dan seterusnya boleh

membantu merangka strategi dan dasar

masa depan. Dalam menyediakan

kajian tersebut, UNE Government telah

meneliti tiga kriteria atau komponen

bagi setiap negara iaitu availability of

online service, telecommunication

infrastructure dan human capacity.

Bagi Negara Brunei Darussalam ketiga-

tiga komponen ini telah dinilai menurun

pada tahun 2014 Masihi. Malah terdapat

beberapa buah negara yang mempunyai

GDP yang lebih rendah daripada Negara

Brunei Darussalam tetapi lebih tinggi

dalam ranking tersebut.

Soalan No.1, bagaimanakah pihak-pihak

berkenaan seperti Pusat E-Kebangsaan

(EGNC) atau AITI memastikan

pelaburan negara yang besar dalam

E-Kerajaan berbaloi dan menepati

objektif-objektifnya?

Soalan No.2, bagi memenuhi aspirasi

negara ke arah knowledge base

economy dan knowledge base society,

bagaimanakah Pusat Kebangsaan

E-Kerajaan memainkan peranannya

sebagai facilitator dan leader

bagi pengguna-pengguna kerajaan?

Bagaimanakah AITI sebagai regulatory

body bagi industri ICT menyeimbangkan

pembangunan prasarana telekomunikasi

di negara ini dengan usaha-usaha untuk

meningkatkan penggunaan online

serivce yang memuaskan di dalam

kalangan agensi kerajaan dan orang

awam serta sentiasa siap siaga

memastikan kapasiti dan tahap

prasarana telekomunikasi yang

mencukupi kukuh, dinamik, berdaya

tahan dan selamat digunakan untuk

menangani pertumbuhan traffic

penggunaan dan perubahan teknologi

yang semakin pesat? Terima kasih

Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi:

Sekarang saya persilakan Yang

Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya

Awang Haji Othman bin Uking.

Yang Berhormat Orang Kaya Maha

Bijaya Awang Haji Othman bin

Uking: Terima kasih Yang Berhormat

Pengerusi. Tajuk yang akan saya sentuh

ialah SA18A mengenai Undang-Undang.

Mengikut fatwa mufti, menghisap rokok

adalah haram. Ia akan merosakkan

penghisap rokok. Mengikut maklumat

Kementerian Kesihatan, ramai rakyat di

negara ini mengalami kanser paru-paru.

Untuk merawat kanser paru-paru yang

disebabkan oleh menghisap rokok,

Kementerian Kesihatan telah

memperuntukkan sebahagian besar

peruntukan bagi merawat penyakit

disebabkan oleh menghisap rokok.

Adalah dianggarkan B$400 juta bagi kos

untuk merawat pesakit dari kesan

menghisap rokok dan penyakit yang

tidak berjangkit menjelang tahun 2035

Masihi.

PETANG HARI SELASA, 19 JAMADILAWAL 1436H / 10 MAC 2015M 47

Soalan:

1. Adakah kerajaan bercadang supaya

menghisap rokok diharamkan sama

sekali seperti mana yang dilakukan

Recommended

View more >