persepsi pengurusan makanan halal di hotel johor … · penyediaan makanan halal dalam masakan...

25
PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR BAHRU. MOHD SYAHIR BIN HASSIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR

BAHRU.

MOHD SYAHIR BIN HASSIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL

JOHOR BAHRU

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya MOHD SYAHIR BIN HASSIM

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_________________________________ ______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: Nama Penyelia:

K-9 LOT 1825,

KG PAUH LIMA,16090 KOTA BHARU, DR.TAMAR JAYA BIN NIZAR

KELANTAN DARUL NAIM

TEL: 013-7909014 Tarikh: 16 MEI 2011 Tarikh: 16 MEI 2011

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.

Tandatangan :……………………………………………………

Nama Penyelia : DR.TAMAR JAYA BIN NIZAR

Tarikh : 16 MEI 2011

Page 4: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR

BAHRU

MOHD SYAHIR BIN HASSIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………………

Nama Penulis : MOHD SYAHIR BIN HASSIM

Tarikh : 16 MEI 2011

Page 6: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

iii

DEDIKASI

Setinggi-tinggi Penghargaan Ku Tujukan Buat:

Ayah dan Ibu,

Hassim bin Mohamed & Aesah binti Hasan

Terima kasih atas segala pengorbananmu, Restu dan doamu,

Adalah titian kejayaanku.

Kakak-kakak dan abangku,

Zainab, Khairani dan Mawardi , Terima kasih atas dorongan.

Adik-adikku,

Halim, Rabiatul, Husna, Bazilah, Syahmi dan Masyitah Jangan jemu dalam menuntut ilmu.

Para Pensyarah,

Fakulti Tamadun Islam(FTI) dan Fakulti Pendidikan,

Terima kasih atas ilmu yang diberikan, Semoga Allah membalas jasa dan bakti yang dicurahkan.

Buat Teman Seperjuangan,

SPI(2007-2011)

Terima kasih atas segala-galanya, Pengalaman indah bersama kalian tidak akan ku lupakan,

Teruskan perjuangan.

Page 7: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, pertama dan selamanya segala puji bagi Allah Taala serta selawat dan

salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi kesyukuran

dirafa’ka kepada kepadaNya kerana Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan pada

masanya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr Tamar Jaya Bin Nizar selaku penyelia PSM

yang banyak membimbing, memberikan kata-kata nasihat dan tunjuk ajar sepanjang satu

tahun bersama beliau. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Fakulti Tamadun

Islam (FTI) dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang banyak

memberikan kerjasama selama mana saya berada di sini.

Tidak dilupakan kepada ahli keluarga yang banyak memberikan dorongan dan sahabat-

sahabat seperjuangan yang banyak berkongsikan pengalaman dan idea bagi

merealisasikan PSM ini. Semoga tuhan memberkati anda semua.

Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan PSM ini. Semoga sumbangan

yang sedikit ini memberikan manfaat untuk semua.

Page 8: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

v

ABSTRAK

Dewasa ini kita melihat berlaku masalah dalam isu berkaitan logo halal hotel

sekaligus menimbulkan keraguan dalam pengurusan makanan halal di hotel. Ini kerana

makanan itu merupakan nadi bagi orang mukmin dan ia secara langsung berkait rapat

dengan ibadah yang mana dilakukan untuk mencapai redha yang Esa. Seramai 50 orang

telah menjadi respoden terlibat dalam kajian ini yang mana dilakukan kepada pelanggan-

pelanggan hotel dan juga orang awam yang pernah ke hotel. Kajian ini dilakukan secara

kuantitatif dengan mengedarkan borang kaji selidik yang mengandungi 40 item soalan

sebagai instrumen kajian. Data telah dianalisis menggunakan “Statistical Package for

The Social Sciences”(SPSS) versi 14 for windows. Secara keseluruhan, analisis

menunjukkan bahawa responden mempunyai persepsi yang positif terhadap pengurusan

makanan halal berdasarkan nilai min yang diperoleh iaitu sebanyak 4.498. Bagi persepsi

penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434

manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah 4.725. Di akhir kajian,

penyelidik juga mencadangkan beberapa cadangan dan penambahbaikan untuk pihak

yang berkaitan dengan kajian.

Page 9: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

vi

ABSTRACT

Nowadays, we can see the prevailing problems in the issue of halal logo as well

as to cast doubt in the hotel management of halal food in the hotel. This is because the

food is at the heart of the believer and it is directly linked to the worship which is done

to achieve that pleased God. Totally of 50 respondents who involved in this study which

made the hotel clients and the public who had gone to the hotel. The quantitative study

was conducted by distributing questionnaires containing 40 items as an instrument. Data

was analyzed using by Statistical Package for the Social Sciences( SPSS) version 14 for

windows. Overall, the analysis shows that the respondents have a positive perspective on

the management of halal food based on the mean value obtained by 4.498 supply the

perception of halal food in the food supply, the minimum obtained was 4.434 , while the

perspective of the food supply is 4.725. At the end of the study, researcher also proposed

a number of suggestions and improvements to the relevant parties in connection with the

study.

Page 10: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

Page 11: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

viii

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 8

1.9 Kesimpulan 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Pengertian Makanan Halal 12

2.2.1 Prinsip Makanan Halal-Haram Dalam Islam 14

2.3 Pensyariatan Makanan Halal 16

2.3.1 Sumber Makanan Halal 16

2.3.2 Makanan dan minuman halal 18

2.3.3 Penyembelihan Halal 20

2.3.4 Pembentukan Sahsiah Melalui Pemakanan 20

2.3.5 Kepentingan Logo Makanan Halal 22

2.4 Pengurusan 23

2.4.1 Kepentingan Pengurusan Dalam Organisasi 24

2.4.2 Pengurusan Makanan Halal 25

2.5 Kajian Lepas 26

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 27

3.2 Reka Bentuk Kajian 27

3.3 Lokasi Kajian 28

Page 12: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

ix

3.4 Sampel Kajian 29

3.5 Instrumen Kajian 29

3.5.1 Bahagian A 29

3.5.2 Bahagian B 30

3.6 Analisis Data 31

3.7 Prosedur Kajian 31

3.7.1 Kajian Rintis 32

3.8 Jangka Masa Kajian 33

3.9 Penutup 34

Section 1.01 BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisis Data Bahagian A 36

4.2.1 Latar Belakang responden mengikut jantina 36

4.2.2 Latar Belakang Mengikut Umur 37

4.2.3 Latar Belakang Mengikut Kelulusan Akademik

Tertinggi 37

4.2.4 Latar Belakang Mengikut Pengalaman

Menginap Di Hotel 38

4.2.5 Latar Belakang Mengikut Jenis Hotel Yang

Pernah Responden Menginap 39

4.3 Analisis Data Bahagian B 39

4.3.1 Analisis Data Berkenaan Persepsi Makanan

Halal dan Pengurusan Makanan Halal di Hotel 39

4.4 Rumusan Min Dapatan Kajian 58

4.4.1 Mengenalpasti Persepsi Makanan Halal dan

Pengurusan Makanan Halal di Hotel 58

Page 13: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

x

4.4.2 Mengenalpasti Persepsi Penyediaan Bahan

Dalam makanan 60

4.4.3 Mengenalpasti Sumber Bekalan Makanan

Yang didapati 62

4.5 Analisis Keseluruhan Persepsi Responden 64

4.6 Kesimpulan 65

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Ringkasan Kajian 66

5.3 Perbincangan Hasil Dapatan 67

5.3.1 Maklumat Latar Belakang Responden 68

5.3.2 Persepsi Terhadap Makanan Halal dan 69

Pengurusan Makanan Halal di Hotel

5.3.3 Penyediaan Bahan Dalam Masakan 71

5.3.4 Persepsi Sumber Bekalan Makanan 72

5.4 Rumusan 74

5.4.1 Persepsi Terhadap Makanan Halal dan

Pengurusan Makanan Halal di Hotel 74

5.4.2 Penyediaan Bahan Dalam Makanan 75

5.4.3 Persepsi Sumber Bekalan Makanan 75

5.5 Cadangan 76

5.5.1 Peranan Individu 77

5.5.2 Peranan Pihak Pengurusan Hotel Berkaitan

Makanan Halal 78

5.5.3 Penelitian Terhadap Sumber Bekalan Yang

Didapati 79

Page 14: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

xi

5.5.4 Peranan JAKIM 79

5.5.5 Peranan Pelanggan/Pengunjung 80

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 80

5.7 Penutup 81

BIBLIOGRAFI 82

LAMPIRAN 85

Page 15: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Skala likert 29

3.2 Skala nilai min 30

3.3 Jangka masa kajian 32

4.1 Taburan responden mengikut jantina 34

4.2 Taburan responden mengikut umur 35

4.3 Taburan responden mengikut kelulusan akademik

tertinggi 36

4.4 Taburan responden mengikut pengalaman menginap

di hotel 37

4.5 Taburan responden mengikut jenis hotel yang pernah

mereka menginap 37

4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 38

4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 39

4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 39

4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 40

4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 40

4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 41

4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 41

4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 42

4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 42

Page 16: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

xiii

4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 43

4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 43

4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 44

4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 44

4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 45

4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 45

4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 46

4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 46

4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 47

4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 47

4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 48

4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 48

4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 49

4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 49

4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 50

4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 50

4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 51

4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 51

4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 52

4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 52

4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 53

4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 53

4.37 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 54

4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33 54

4.39 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 34 55

4.40 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 35 55

4.41 Rumusan peratusan dan min bagi persepsi

terhadap makanan halal dan pengurusan makanan

halal di hotel. 56

4.42 Rumusan peratusan dan min bagi penyediaan

bahan dalam makanan 58

Page 17: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

xiv

4.43 Rumusan peratusan dan min bagi sumber

bekalan makanan diperolehi 59

4.44 Taburan min untuk persepsi responden 61

Page 18: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

xv

SENARAI SINGKATAN

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAJ Jabatan Agama Johor

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

S Setuju

SAW Sallallahu ’alaihi wasallam

SPSS Statistical Package for Social Science

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dewasa ini, pembangunan pesat negara Malaysia dalam pelbagai aspek

sememangnya memberikan kelebihan kepada masyarakatnya. Pembangunan ini turut

melibatkan aspek ekonomi di mana dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti

pertumbuhan pesat industri hospitaliti dan industri pelancongan. Keadaan sebegini

menggambarkan perkara yang berkaitan dengan kemajuan bagi kedua-dua prospek

ini dan juga masalah yang berkaitan dengannya.

Seperti yang diketahui umum, hotel merupakan tempat yang sering kali

menjadi tumpuan ramai pengunjung yang datangnya daripada latar belakang berbeza.

Ini berlaku terutamanya pada musim-musim cuti yang banyak program diadakan

pada masa tersebut. Pengunjung yang singgah ke hotel bukan sekadar mahu

menginap di hotel yang dipilih tetapi pada masa yang sama akan menikmati makanan

yang disediakan oleh pihak hotel yang sememangnya berkelas tinggi. Pakej “makan”

Page 20: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

2

selalu menjadi pakej yang biasa diamalkan oleh hotel-hotel termasuk dengan pakej

acara-acara lain yang diadakan.

Namun, dewasa ini kita melihat berlaku masalah dalam isu berkaitan logo

halal hotel sekaligus menimbulkan keraguan dalam pengurusan makanan halal di

hotel. Ini kerana makanan itu merupakan nadi bagi orang mukmin dan ia secara

langsung berkait rapat dengan ibadah yang dilakukan untuk mencapai redha yang

Esa.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dewasa ini negara Malaysia yang semakin membangun telah mencapai

kejayaan dari hari ke hari. Hal ini secara langsung menjadikan Malaysia sebagai

salah satu tempat tumpuan juga tempat percutian seperti “Program Cuti-cuti

Malaysia” dan berbagai acara lain yang sering kali di uar-uarkan di dalam media.

Perkara ini juga bersangkut paut dengan industri perhotelan apabila pengunjung

daripada luar negara atau dalam negara yang datang daripada orang beragama Islam

bersinggah ke hotel-hotel ketika sedang bercuti. Ini kerana ia melibatkan makanan

halal yang disediakan oleh pihak hotel dan ini turut melibatkan bagaimana cara

penyediaannya.

Baru-baru ini, timbul ini berkaitan logo halal hotel yang sedikit sebanyak

memberikan satu impak negatif kepada industri perhotelan itu sendiri dan juga para

pengunjung yang sudah atau akan berkunjung ke hotel. Adakah makanan yang

disediakan oleh sesuatu hotel itu halal dari segi pengurusannya?

Page 21: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

3

Takrifan sebenar produk makanan halal bukan hanya terbatas kepada bahan

asas yang digunakan dalam menghasilkan produk akhir semata-mata. Ia mengcakupi

konsep yang lebih luas iaitu bermula daripada peringkat awal sehinggalah produk itu

sedia untuk dimakan. Ia juga memberikan penekanan kepada aspek kebersihan dalam

keseluruhan makanan tersebut merangkumi penyediaan, pemprosesan,

pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan. Makanan tersebut mestilah

diasingkan dengan mana-mana makanan yang tidak halal.

Diriwayatkan oleh An-Nu’man bin Basyir r.a.: Aku pernah

mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Yang halal dan yang haram

telah jelas, namun sebahagian besar umat manusia tidak mengetahui

bahawa di antara keduanya terdapat syubhat( sesuatu yang

meragukan).”

(Hadis Riwayat Sahih Al-Bukhari,jilid 1,no 49:Bab Kitab al-Iman).

Orang yang menjaga dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti

orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke

dalam perkara syubhah akan masuk ke dalam yang haram laksana seorang

penggembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke

dalam tempat larangan itu.(Majalah Aniqah,2010: 21 ).

Makanan akan membentuk tingkah laku seseorang. Apa yang banyak

dimakan, itulah yang akan membentuk tingkah laku dan perangai seseorang itu.

Ibarat minyak untuk pelita, kalau minyak kurang atau tidak berkualiti, pelita itu tidak

akan menyala dengan terang. Begitu juga dengan enjin kereta yang menggunakan

minyak kurang berkualiti, ia tidak akan bergerak dengan laju dan lancar.”(Majalah

Aniqah, 2010: 23 ).

Page 22: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

4

Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang makan makanan halal selama 40 hari,

maka Allah Taala akan menerangi hatinya, lalu mengalirkan sumber-sumber hikmah

dari hatinya (melalui lisannya). (Imam Ghazali, 2009: 204). Islam menitikberatkan

pemakanan halal itu sendiri kerana ia banyak mempengaruhi peribadi seseorang

muslim. Sheikh Paiman berkata “memakan dan menggunakan produk halal adalah

pokok segala ibadah.” (Majalah Aniqah, 2010:29 ). Allah Taala berfirman:

Maksudnya:

Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi Yang

halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana

Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

(Surah Al-Baqarah, 2 :168)

"Prosedur berhubung pemprosesan dan pembungkusan makanan halal juga

perlu diawasi secara berkala memandangkan kebanyakan hotel di negara ini

menggunakan perkhidmatan pakar asing yang mungkin tidak jelas mengenai konsep

makanan halal," katanya. Mengulas isu makanan yang tidak halal di dalam bufet

ramadhan, SM Mohamed berkata gejala itu jelas menunjukkan bagaimana isu

makanan dipandang ringan oleh pihak hotel. Katanya, “ ia jelas menunjukkan sikap

tidak menghormati kesucian amalan Islam terutama pada bulan

Ramadan."(.http://penpasksgb.blogspot.com/2010/08/cap-saran-senaraikan-hotel-

halal-di.html).

Page 23: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

5

Perkara ini secara jelas menunjukkan bahawa banyak pihak yang telah

memanipulasikan isu yang berkaitan dengan halal haram terutamanya pihak

pengurusan hotel yang lebih memikirkan keuntungan berbanding dengan dosa dan

pahala. Justeru, antara lain kajian ini dilakukan adalah untuk memberikan sedikit

kesedaran kepada pihak yang berkenaan berkaitan isu halal haram yang merupakan

perkara yang amat penting bagi umat Islam.

1.3 Pernyataan Masalah

Pengurusan makanan halal ini sebenarnya adalah satu perkara yang amat

penting kerana ia melibatkan proses awal penyediaan makanan kepada pelanggan.

Sekiranya proses yang digunakan bercampur baur dengan perkara haram ia secara

tidak langsung akan memberikan kesan buruk kepada makanan tersebut. Ini akan

menjejaskan banyak perkara rohaniah seseorang muslim termasuk sifat dan

amalannya.

Dalam keadaan negara Malaysia sekarang, boleh dikatakan ramai pelancong

yang datang daripada negara-negara yang berbeza dan semestinya menu yang

disediakan oleh sesuatu hotel itu pasti juga berbeza mengikut pelancong yang datang

dengan bermatlamatkan ingin memberi tarikan kepada pelancong tersebut di samping

ingin memberikan kelainan kepada pengunjung tersebut. Tetapi masalah yang

dihadapi sekarang adalah ramai daripada pihak pengurusan hotel tidak mengambil

berat berkaitan dengan status penyediaan makanan ini dan apabila perkara ini berlaku

ia sedikit sebanyak memberikan keraguan kepada umat Islam itu sendiri. Isu yang

sering kali timbul ialah disebabkan sesetengah hotel terlalu ingin menjaga imej di

mata pelancong, mereka sanggup menggunakan bahan yang tidak halal dan ini

memberikan ketidakselesaan di kalangan orang tempatan yang ramai daripadanya

merupakan pelanggan-pelanggan hotel.

Page 24: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

6

Kajian yang dilakukan oleh penulis ini sebenarnya adalah tertumpu dan

berfokus kepada persepsi pengurusan makanan halal dalam suasana hotel tersebut.

Penulis ingin melihat aspek manakah yang sering kali diabaikan atau pun yang sering

kali dipandang remeh oleh pihak pengurusan atau pihak pekerja sendiri berkaitan

dengan penyediaan makanan tersebut. Persoalan yang sering kali penulis lontarkan

ialah “adakah penyediaan makanan halal tersebut memenuhi tuntutan syariah dari

segi penyediaan makanannya?

Oleh hal yang sedemikian, penulis merancang untuk menjalankan satu kajian

terhadap persepsi cara penyediaan makanan halal di hotel daripada bebarapa aspek

yang utama iaitu dari segi persepsi pengurusan makanan halal di hotel, penyediaan

bahan dalam masakan dan sumber bekalan makanan yang diperolehi.

1.4 Objektif Kajian

Objektif adalah perkara yang ditekankan dalam kajian untuk memastikan ia

berfokus. Antara objektif untuk kajian ini adalah seperti yang berikut:

1. Mengenalpasti persepsi pelanggan hotel berkaitan dengan makanan halal.

2. Mengetahui persepsi pelanggan terhadap bahan yang sepatutnya digunakan oleh

pekerja atau tukang masak dalam penyediaan makanan di hotel.

3. Mengetahui persepsi pelanggan terhadap perlunya sumber bekalan makanan

halal untuk hotel.

Page 25: PERSEPSI PENGURUSAN MAKANAN HALAL DI HOTEL JOHOR … · penyediaan makanan halal dalam masakan pula,min yang diperoleh ialah 4.434 manakala bagi persepsi sumber bekalan makanan ialah

7

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang terdapat dalam kajian ini ialah:

1. Apakah persepsi pelanggan hotel berkaitan dengan makanan halal.

2. Apakah persepsi pelanggan hotel terhadap bahan yang sepatutnya digunakan

oleh pekerja atau tukang masak dalam penyediaan makanan di hotel.

3. Apakah bentuk masalah dari segi sumber bekalan makanan halal untuk hotel.