persembahan kajian tindakan 2015
TRANSCRIPT
KAJIAN
TINDAKAN 2015
“I-Pak”- Aplikasi Kaedah” I Think” Menerusi
Modul Nota Kompak Melalui Mata
Pelajaran Sejarah Dunia 940/1
OLEH:
HANIZAH BINTI HASSAN
SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH KAJANG
1 .0 REFLEKSI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN LALU
Sikap segelintir pelajar yang malas menyediakan nota
Menjejaskan peluang untuk mendapat markah cemerlang dalam
peperiksaan Penggal 1 STPM meskipun majoriti mendapat gred
A dan Btdalam SPM
Teknik pembelajaran SPTM dan SPM agak berbeza
Merisaukan guru. Cara penulisan nota yang bakal saya
ketengahkan nanti merupakan aspirasi daripada teknik I Think
yang begitu popular dalam kalangan warga pendidikan mulai
tahun 2014. Nota tersebut merupakan nota bersaiz kompak yang
kemudiannya saya namakan “I-Pak”.
PETA PEMIKIRAN I THINK:
2.0 ISU KEPERIHATINAN/FOKUS
KAJIAN:
Malas mengulangkaji kerana nota terlalu padat dan
membosankan!
Tidak membaca buku / tidak membuat ulangkaji
Tidak ingat rumus / fakta / konsep penting
Tidak faham soalan dan lain-lain lagi
Maklum balas yang diberikan oleh pelajar dan guru serta
keazaman untuk mencapai kelulusan 100% telah
mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan
Respons Rakan Setugas:
. Hal ini saya ajukan terhadap beberapa
orang rakan setugas. Ada yang memberi
respons positif dengan menyarankan
beberapa langkah, tetapi ada juga yang
menjawab dalam nada sinis dan agak
cliché..
Apabila saya nyatakan kekecewaan saya
pada rakan-rakan, maklum balas yang
diterima tidak banyak membantu.
Komen diterima:
. Antaranya :
“Biasalah tu Zah, akak dah lali dengan budak-budak macam ni.”
“Hmmmm, nak buat macam mana, Sejarah tu dahlah subjek
boring yang amat, nak suruh salin nota banyak-banyak, kalau
saya jadi pelajar pun tak sanggup………”
“Rileks arr,…..banyak lagi benda lain yang boleh difikirkan,
kenapa nak serabutkan otak memikirkan masalah depa tu… biiaq
pi la….dah malas, nak buat camne???
Susah sangat , bagi je nota fotostat banyak-banyak, selesai
masalah…!!
Profil Ujian Kecerdasan Pelbagai (MI)
oleh Howard Gardner:
Kecerdasan dominan (7) Bil. Pelajar (21)
Logik – Matematik
Visual – Ruang
Tubuh kinestetik
Verbal – Linguistik
Muzik Ritma
Interpersonal
Intrapersonal
-
10
2
4
2
1
2
Analisa KP Pelajar 6RB:
Berdasarkan jadual di atas, seramai 10 orang pelajar
atau 48 peratus daripada pelajar kelas ini
mempunyai kecerdasan ruang atau spatial.
2 orang cenderung untuk mempunyai Kecerdasan
jenis kinestetik, dan ritma muzik iaitu mewakili
sebanyak peratus daripada jumlah keseluruhan.
Tiada pelajar saya yang mempunyai kecenderungan
luar biasa terhadap logic Matematik.
4 orang atau mewakili 19 peratus yang
mempunyai kemahiran verbal seperti
berpidato, petah bercakap dan berkemahiran
baik dalam seni penyampaian maklumat secara
verbal.
10 peratus atau 2 orang pelajar kelas ini
mempunyai kecenderungan dalam intra
personal .
1 orang atau 5 peratus sahaja yang memiliki
kemahiran Intrapersonal.
Analisis Carta Pai 1: (KP/MI)kinestetik
9%
ritma music
9%
matematik
0%
interpersonal
5%
intrapersonal
10%
verbal
linguistik
19%
visual ruang
48%
Kajian ini bertujuan untuk memupukminat pelajar agar rajin dan berasa seronokuntuk mengambil nota dan mengulangingat fakta Sejarah melalui kaedah yangtidak membosankan
3.0 OBJEKTIF AM :
Objektif Khusus:
Meningkatkan kemahiran pelajar untukmengambil nota secara lebih spesifik.
Mengubah cara pemikiran pelajar terhadapmata pelajaran sejarah yang kebiasaannyadianggap statik dan membosankan
Meningkatkan daya ingatan pelajarmelalui teknik menghafal dan mengingatfakta yang lebih segar dan menarik.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tingkatan 6RB
Lelaki : 7 orang
Perempuan : 14 orang
Jumlah : 21 orang
5.0 PELAKSANAAN UJIAN:
Analisis Tinjauan Masalah
UJIAN PRA DAN POS-KUIZ
• Melibatkan 21/21 Pelajar
SOAL SELIDIK
• Melibatkan 17/21 Pelajar
Bil
Deskripsi/Butiran
Bil Skor
Ya Tidak
1. Subjek Sejarah 940/1 merupakan subjek yang sangat
mencabar minda saya
17 0
2. Sejarah ialah subjek yang sangat menarik,dan mencabar dan
sangat relevan sepanjang masa
17 0
3 Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru menarik,
kontemporari dan menarik perhatian
17 0
4. Guru memanfaatkan sepenuhnya penyaluran maklumat
daripada bahan laman sesawang
17 0
5. Guru Berjaya menerangkan tajuk dengan berkesan 17 0
6. Personaliti guru, gaya pengajaran dan pemudah caraan
meyakinkan pelajar
16 1
7. Guru menguasai topik yang disampaikan dengan baik 17 0
8. Kaedah penyediaan nota melalui “I-Pak” memupuk minat saya
untuk lebih bersemangat mencatat nota
17 0
9. Kaedah I Pak membantu pelajar menguasai fakta Sejarah
dengan lebih mudah dan sangat efektif.
17 0
Analisis Perbandingan Ujian Pra Dan Pos
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
4
4.5
A B+ B B- C C+ C- D+ F
Ujian Pra
Ujian Pos
PROSES PELAKSANAAN KAJIAN
L1
• Pelajar diberi penerangan tentang Konsep I Think sejelasnya-8 PETA PEMIKIRAN
• Pelajar dibekalkan edaran modul I think /tampaldlm modul
L2
• Pelajar diminta membawa peralatan spt pen berwarna, kertas warna sebanyak satu rim-pelbagaiwarna
• Pen pelbagai warna
L3
• Pelajar diminta menyediakan nota modul saizkompak berdasarkan tajuk yang diajar
• Guru memberi panduan dari segi teknik danpemilihan peta yang sesuai utk hasilkan “I –Pak”
Refleksi Kajian: Setelah menggunakan kaedah ini dalam sesi pengajaran dan
pemudahcaraan, saya membuat konklusi bahawa
kebanyakan pelajar faham dan memanfaatkan teknik ini
sepenuhnya. Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra,dan Pos
1menunjukkan peningkatan yang agak ketara.Kemahiran
membina nota menggunakan kaedah “I-Pak”
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kombinasi
kaedah “ I –Pak” dan Teori Kecerdasan Pelbagai serta I
Think ( banyak membantu pelajar meningkatkan keyakinan
diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang
dipelajari disamping menjadikan suasana P&P lebih ceria
dan menyeronokkan.
CADANGAN TINDAKAN
SETERUSNYA:
saya berhasrat untuk mengaplikasikan
model ini dalam subjek Bahasa Melayu
pula memandangkan saya turut mengajar
subjek berkenaan di tingkatan enam.
Semoga usaha yang kecil ini diberkati
Allah SWT dan memberi manfaat kepada
para pelajar dan juga rakan –rakan
sealiran..mudah-mudahan. InshaAllah.
LAMPIRAN GRAFIK: