perpustakaan kolej sains perubatan antarabangsa … · mengenai kami perpustakaan kolej sains...

13
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN PERPUSTAKAAN KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERPUSTAKAAN KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA … · Mengenai Kami Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi ditubuhkan pada tahun 2003 bertempat di aras 5, Bangunan

BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN

PERPUSTAKAAN KOLEJ

SAINS PERUBATAN

ANTARABANGSA PUSRAWI

Page 2: PERPUSTAKAAN KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA … · Mengenai Kami Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi ditubuhkan pada tahun 2003 bertempat di aras 5, Bangunan

Kandungan

Mengenai Kami 1

Misi dan Objektif 1

Keahlian 2

Pendaftaran 2

Waktu Perkhidmatan 2

Waktu Pinjaman 2

Koleksi Perpustakaan

1. Koleksi Umum / Terbuka 3

2. Koleksi Berbintik Merah 3

3. Koleksi Rujukan 3

4. Koleksi Terbitan Bersiri 3

5. Koleksi Bacaan Ringan 3

6. Koleksi Tesis / Laporan Projek 4

7. Koleksi Suratkhabar 4

Kemudahan dan Perkhidmatan Perpustakaan

1. Ruang Bacaan 4

2. Fotokopi dan Cetakan 4

3. Loker Terbuka 4

4. Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) 4

5. Bilik Komputer 4

6. Tempahan 5

7. KOHA 6

8. Rangkaian WIFI 6

9. Bilik Perbincangan 6

10. Orientasi Perpustakaan 6

Peraturan dan Undang-Undang

1. Peraturan Pinjaman 7

2. Pembaharuan Pinjaman 7

3. Kelayakan Pinjaman 7

4. Peraturan Umum 8

Page 3: PERPUSTAKAAN KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA … · Mengenai Kami Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi ditubuhkan pada tahun 2003 bertempat di aras 5, Bangunan

Denda Perpustakaan

1. Koleksi Umum / Terbuka 9

2. Koleksi Berbintik Merah 9

3. Kad Perpustakaan Hilang 9

4. Bahan Hilang Atau Rosak 9

5. Bahan Tidak Dikembalikan 9

6. Salah Guna Kad Perpustakaan 9

7. Peringatan 9

Hubungi 10

PICOMS

Page 4: PERPUSTAKAAN KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA … · Mengenai Kami Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi ditubuhkan pada tahun 2003 bertempat di aras 5, Bangunan

Mengenai Kami

Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi ditubuhkan pada

tahun 2003 bertempat di aras 5, Bangunan Tabung Haji. Perpustakaan kini sedang

berkembang seiring dengan Kolej bagi menyediakan perkhidmatan dan

kemudahan yang diperlukan. Pada bulan Julai 2011, perpustakaan PICOMS telah

berpindah di Tingkat 6, Bangunan Wisma Baitulmal, Jalan Ipoh. Pada Jun 2012,

perpustakaan baru di kampus Batu Muda telah ditubuhkan dan kini dijadikan

sebagai perpustakaan kampus induk.

Misi

Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi mensasarkan untuk

kemudahan dan penyampaian sumber maklumat untuk pelajar dan kakitangan

bagi menyokong berkaitan kajian, pengajaran dan pembelajaran di kolej ini.

Objektif

Perpustakaan menyediakan perkhidmatan termasuk latihan berkaitan kemahiran

maklumat dan pengurusan bagi membolehkan pengguna mencapai keperluan

pengajaran dan pembelajaran.

Mengamalkan pengurusan perpustakaan yang efektif dan sistematik.

Menggalakkan pengguna untuk menggunakan sumber maklumat dengan

sewajarnya.

PICOMS 1

Page 5: PERPUSTAKAAN KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA … · Mengenai Kami Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi ditubuhkan pada tahun 2003 bertempat di aras 5, Bangunan

Keahlian

Keahlian adalah terbuka kepada semua staf dan pelajar yang telah berdaftar dengan Kolej

Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS).

Pendaftaran

Pengguna perlu mendaftar dengan mengisi Borang Keahlian Perpustakaan.

Pelajar dikehendaki membayar yuran perpustakaan.

Kad Keahlian akan dikeluarkan kepada semua ahli. Kehilangan Kad Keahlian perlu

dilaporkan dengan segera di Kaunter Sirkulasi. Bayaran RM 10.00 akan dikenakan jika

membuat Kad Keahlian yang baru.

Kad Keahlian hendaklah dikembalikan kepada pihak perpustakaan jika pelajar berhenti

daripada kolej.

Waktu Perkhidmatan

Isnin hingga Jumaat 8.30 pagi - 5.00 petang

Kampus Jalan Ipoh 8.00 pagi - 5.00 petang

Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am Tutup

Waktu Pinjaman

Isnin hingga Jumaat 8.30 pagi – 5.00 petang

PICOMS 2

Page 6: PERPUSTAKAAN KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA … · Mengenai Kami Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi ditubuhkan pada tahun 2003 bertempat di aras 5, Bangunan

Koleksi Perpustakaan

1. Koleksi Umum / Terbuka

Koleksi ini merangkumi pelbagai bidang dan diletakkan di rak terbuka.

Staf dan pelajar dibenarkan membuat pinjaman.

2. Koleksi Berbintik Merah

Koleksi ini mengandungi bahan-bahan bacaan wajib yang disyorkan oleh

pensyarah untuk pelajar dan pinjaman amat terhad. Bahan bacaan tersebut

boleh dipinjam selama 2 jam pada satu masa atau semalaman.

Isnin - Khamis Selepas 4.00 petang dan dikembalikan sebelum 10.00

pagi keesokan hari

Jumaat Selepas 4.00 petang dan dikembalikan sebelum 10.00

pagi pada hari Isnin

3. Koleksi Rujukan

Koleksi rujukan ini merangkumi pelbagai buku rujukan seperti kamus,

ensiklopedia, laporan tahunan, direktori, almanak, dan sebagainya.

Koleksi ini hanya untuk rujukan di dalam perpustakaan sahajadan tidak

dibenarkan untuk pinjaman.

4. Koleksi Terbitan Bersiri

Koleksi ini merangkumi pelbagai subjek. Jurnal yang terkini akan

dipamerkan di rak dan jurnal yang kebelakangan akan disimpan.

Terdapat 2 “online journal” yang boleh di akses di kawasan kampus, iaitu:

1) International Journal of Nursing Knowledge

url :http://onlinelibrary.wiley.com/journal/10.1111/(ISSN)1744-618X/issues

2) Nursing in Critical Care

url :http://onlinelibrary.wiley.com/journal/10.1111/(ISSN)1744-618X/issues

Koleksi Ebook

Koleksi ini boleh di akses di kawasan kampus sahaja (e-book)

url :http://portal.igpublish.com/iglibrary/feature/list.html

5. Koleksi Bacaan Ringan

Koleksi ini mengandungi novel, buku motivasi, biografi dan lain-lain.

Amat sesuai untuk semua pengguna.

PICOMS 3

Page 7: PERPUSTAKAAN KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA … · Mengenai Kami Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi ditubuhkan pada tahun 2003 bertempat di aras 5, Bangunan

6. Koleksi Tesis / Laporan Projek

Koleksi ini merangkumi tesis dan laporan projek pelajar PICOMS.

Koleksi ini hanya untuk rujukan sahaja.

7. Koleksi Suratkhabar

Perpustakaan telah melanggan beberapa suratkhabar utama seperti Berita

Harian, Harian Metro (Kampus Jalan Ipoh) dan New Straits Times.

Suratkhabar Digital

1. Berita Harian

2. Harian Metro

3. New Straits Times

Untuk maklumat lanjut sila layari

http://subscription.nstp.com.my/webflow dan boleh dapatkan nama

pengguna dan kata laluan melalui staf perpustakaan.

Kemudahan dan Perkhidmatan Perpustakaan

1. Ruang Bacaan

Perpustakaan boleh memuatkan 150 orang dalam satu masa.

2. Fotokopi dan Cetakan

Perkhidmatan ini juga disediakan oleh pihak perpustakaan. Perkhidmatan

fotokopi ini boleh dilakukan dengan layan diri. Semua pengguna akan

dikenakan bayaran RM 0.10 sehelai untuk fotokopi dan RM 0.10 sehelai

untuk cetakan.

3. Loker Terbuka

Perpustakaan menyediakan loker terbukadi luar perpustakaan dan

pengguna tidak dibenarkan membawa beg, makanan, minuman dan lain-

lain ke dalam perpustakaan. Pihak perpustakaan tidak akan

bertanggungjawab ke atas kehilangan barang pengguna.

4. Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)

Bahan-bahan yang tidak terdapat di dalam koleksi perpustakaan boleh

dipinjam dari perpustakaan lain melalui perkhidmatan ini. Maklumat

lanjut boleh diperolehi dari kakitangan yang bertugas di Kaunter Sirkulasi.

PICOMS 4

Page 8: PERPUSTAKAAN KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA … · Mengenai Kami Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi ditubuhkan pada tahun 2003 bertempat di aras 5, Bangunan

5. Bilik Komputer

Perpustakaan telah menyediakan komputer (9 buah bagi kampus Batu

Muda, 11 buah bagi kampus Jalan Ipoh)dilengkapi kemudahan internet.

Pengguna perlu memberitahu staf untuk menggunakan bilik komputer.

PICOMS 5

Page 9: PERPUSTAKAAN KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA … · Mengenai Kami Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi ditubuhkan pada tahun 2003 bertempat di aras 5, Bangunan

6. Tempahan

Pengguna boleh membuat tempahan di kaunter sirkulasi dengan mengisi

Borang Tempahan kecuali Koleksi Berbintik Merah.

Buku tersebut akan disimpan selama 5 hari dari tarikh tempahan.

Buku yang ditempah akan disusun atau dikeluarkan untuk pengguna lain

selepas 5 hari. Buku tempahan boleh diambil oleh penempah sahaja.

7. KOHA Integated Library System

Perpustakaan menyediakan stesen KOHA untuk pencarian bahan.

Sebarang masalah boleh diajukan kepada staf.

8. Rangkaian WIFI

Perpustakaan telah menyediakan kemudahan WIFI untuk pengguna

mengakses internet. Pengguna dibenarkan membawa laptop untuk

menggunakan kemudahan ini dan ianya percuma tanpa sebarang had.

Sila berjumpa dengan staf perpustakaan untuk mendapatkan kata laluan.

9. Bilik Perbincangan

Perpustakaan menyediakanbilik perbincangan (3 buah bilik bagi kampus

Batu Muda, 2 buah bilik bagi kampus Jalan Ipoh) untuk kegunaan

pengguna. Peraturan penggunaan sila rujuk kepada kakitangan di kaunter

sirkulasi.

10. Orientasi Perpustakaan

Orientasi perpustakaan akan diberikan kepada pelajar baru. Orientasi ini

akan dikendalikan oleh staf dan taklimat berkaitan perkhidmatan,

peraturan dan undang-undang serta maklumat tentang perpustakaan secara

amnya.

PICOMS 6

Page 10: PERPUSTAKAAN KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA … · Mengenai Kami Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi ditubuhkan pada tahun 2003 bertempat di aras 5, Bangunan

Kategori

Ahli

Koleksi

Terbuka

Koleksi

Bertanda

Merah

Bahan

Audio

Visual

Koleksi

Terbitan

Bersiri

Jurnal

Kebelakan

gan

Staff

8 buah buku

untuk 2 bulan

1 buah buku

untuk 1

minggu

1 buah

untuk 1

bulan

Rujukan

sahaja

Rujukan

sahaja

Pelajar

2 buah buku

untuk 2

minggu

1 buah buku

untuk 2 jam

/ semalaman

Rujukan

sahaja

Rujukan

sahaja

Rujukan

sahaja

Ahli Luar

2 buah untuk

1 minggu

Rujukan

sahaja

Rujukan

sahaja

Rujukan

sahaja

Rujukan

sahaja

Peraturan dan Undang-Undang

1. Peraturan Pinjaman

Pengguna yang telah menjadi ahli sahaja.

Pengguna perlu menunjukkan kad matriks / kad keahlian (wajib) semasa

di Kaunter Sirkulasi.

Pengguna / Peminjamtidak dibenarkan meminjam atau memperbaharui

bagi pihak orang lain.

Staf dan pelajar yang berhenti daripada kolej perlu memulangkan semua

buku dan bahan kepada perpustakaan.

2. Pembaharuan Pinjaman

Koleksi Umum / Terbuka boleh diperbaharui sebanyak 2 kali sahaja

kecuali untuk Koleksi Berbintik Merah atau buku yang telah ditempah

oleh pengguna lain.

3. Kelayakan Pinjaman

*Keahlian Luar perlu membayar yuran pinjaman tahunan RM 50.00 dan mengisi boring permonan serta 2 keping

gambar berukuran passport.

*Sila bawa matrik/surat pengesahan/pengenalan diri dari perpustakaan/Jabatan/Institusi masing-masing.

PICOMS 7

Page 11: PERPUSTAKAAN KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA … · Mengenai Kami Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi ditubuhkan pada tahun 2003 bertempat di aras 5, Bangunan

4. Peraturan Umum

Kad Matriks perlu dipamer/dipakai semasa di dalam perpustakaan.

Semua pengguna perlu bertanggungjawab di atas segala pinjaman yang

dilakukan dan perlu membayar denda jika berlaku kerosakan dan

kehilangan bahan.

Beg, payung, fail, bungkusan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam

perpustakaan. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas

kehilangan barang-barang berharga.

Haiwan atau haiwan peliharaan dilarang masuk ke dalam perpustakaan.

Pengguna luar perlu mendapat kebenaran daripada Pustakawan jika ingin

menggunakan perpustakaan.

Merokok, makan dan minum dilarang sama sekali di dalam perpustakaan.

Pengguna tidak dibenarkan mengubah/mengalihkan bahan-bahan di dalam

perpustakaan.

Pengguna perlu senyap semasa di dalam perpustakaan.

Telefon bimbit perlu ditutup atau ‘vibrate’ semasa di dalam perpustakaan.

Semua pengguna perlu berpakaian sopan dan mengikut etika yang telah

ditetapkan oleh pihak Kolej.

Pengguna perlu memulangkan bahan-bahan yang dipinjam mengikut

tarikh yang ditetapkan. Denda akan dikenakan jika buku atau bahan-bahan

lewat dikembalikan.

Pengguna perlu bertanggungjawab di atas segala tindakan yang dikenakan

dan tertakluk pada Akta Hakcipta 1987.

Pengguna yang membawa keluar buku atau bahan-bahan tanpa kebenaran

akan dilabel sebagai pencuri.

Staf perpustakaan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas

pengguna daripada mengunakan kemudahan yang diberi jika pengguna

melanggar arahan yang termaktub di dalam Peraturan dan Undang-undang

Perpustakaan.

Pihak perpustakaan berhak meminda atau menambah peraturan

perpustakaan (jika perlu) dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.

PICOMS 8

Page 12: PERPUSTAKAAN KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA … · Mengenai Kami Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi ditubuhkan pada tahun 2003 bertempat di aras 5, Bangunan

Denda

1. Koleksi Umum / Terbuka

Denda sebanyak RM 0.50 sehari dan denda maksimum sebanyak RM

200.00.

Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am tidak termasuk dalam kiraan.

2. Koleksi Berbintik Merah

Denda sebanyak RM 0.50 bagi setiap 30 minit.

Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am tidak termasuk dalam kiraan.

3. Kad Perpustakaan Hilang

Kad Perpustakaan yang hilang perlu dilaporkan dengan segera di Kaunter

Sirkulasi. Bayaran RM 10.00 akan dikenakan untuk Kad yang baru.

4. Bahan Hilang atau Rosak

Pengguna perlu melaporkan dengan segera di Kaunter Sirkulasi.

Pengguna perlu menggantikan bahan yang sama atau edisi terkini dan

bayaran memproses sebanyak RM 20.00 dikenakan atau

Pengguna perlu membayar 2 kali ganda harga bahan dan bayaran

memproses sebanyak RM 20.00.

5. Bahan Tidak Dikembalikan

Staf– Dipotong melalui gaji.

Pelajar – Denda / Digantung keahlian.

6. Salah Guna Kad Perpustakaan

Pelajar – Digantung keahlian selama 1 semester (Peminjam dan Pemegang

Kad).

7. Peringatan

Peringatan pertama akan dikeluarkan beserta jumlah denda yang

dikenakan dan ditampal di papan kenyataan.

Jika tidak ada sebarang maklum balas, nama akan dihantar kepada Ketua

Pegawai Eksekutif untuk tindakan selanjutnya.

PICOMS 9

Page 13: PERPUSTAKAAN KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA … · Mengenai Kami Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi ditubuhkan pada tahun 2003 bertempat di aras 5, Bangunan

Hubungi

Sebarang pertanyaan dan cadangan boleh diajukan kepada:

Kampus Induk:

Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS)

Tingkat 1, No 3, Jalan 31/10A ,

Kawasan Perindustrian IKS,

Taman Batu Muda

68100 Batu Caves,

Selangor, Malaysia.

Telefon: 03-61869506/07 samb 161 atau 163

Faks: 03-61879501

Emel:[email protected]

[email protected]

[email protected]

Kampus Jalan Ipoh:

Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS)

Tingkat 6, Bangunan Wisma Baitulmal,

Lot 132-138, 51200 Jalan Ipoh,

Kuala Lumpur, Malaysia.

Telefon: 03-40449504/05samb 601

Faks: 03-40449502

Emel: [email protected]

[email protected] / [email protected] / [email protected]

PICOMS 10