perpaduan kaum kunci kesejahteraan dan keharmonian negara
TRANSCRIPT
8/12/2019 Perpaduan Kaum Kunci Kesejahteraan Dan Keharmonian Negara
http://slidepdf.com/reader/full/perpaduan-kaum-kunci-kesejahteraan-dan-keharmonian-negara 1/4
Perpaduan Kaum Kunci Kesejahteraan dan Keharmonian Negara
( Pengenalan : 5 markah )
Apakah yang dimaksudkan dengan perpaduan? Menurut Kamus Bahasa Melayu
terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, perpaduan dapat didefinisikan sebagai satu proses yang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan perpaduan sebagai penggabungan,
peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu,
sepakat dan sebagainya. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh jelaslah dengan pentakrifan
konsep perpaduan ini memberi gambaran betapa pentingnya perpaduan sebagai kunci
kesejahteraan dan keharmonian negara. Tanpa perpaduan, masyarakat sesebuah negara
tidak akan mampu hidup dalam keadaan yang aman dan damai.
( Perenggan 2 : Kepentingan perpaduan : 15 markah )
1. Mengapa perpaduan dikatakan kunci kesejahteraan dan keharmonian negara?
untuk mencapai status negara yang merdeka, sudah tentu perpaduan merupakan kunci
yang utama. British sendiri menuntut perpaduan kaum sebagai prasyarat utama dalam
memberi kemerdekaan kepada negara. Oleh itu, tidak dinafikan perpaduan kaum penting
bagi kesejahteraan dan keharmonian sesuatu negara itu. Pertama, jika ditelusuri, dengan
adanya perpaduan yang wujud antara kaum Melayu, Cina dan India dahulu yang diwakili
dalam parti politik UMNO, telah membawa kepada kepercayaan rakyat untuk bersatu padu
demi mencapai kemerdekaan. Usaha ini terbukti apabila wakil-wakil rakyat yang mewakili
setiap kaum bersatu dalam satu parti politik dan seterusnya membentuk Malaysia. Dengan
perpaduan yang wujud ini juga, kemerdekaan negara telah dicapai pada tarikh keramat 31
Ogos 1957.
2. Tidak hanya sejarah dahulu yang memperlihatkan kepentingan perpaduan kaum
kepada kita, tetapi kini kepentingan perpaduan kaum ini masih terserlah dan sentiasa
dipupuk dari semasa ke semasa. Ini bagi membenihkan rasa cinta akan negara kepada
rakyat Malaysia dan akan membawa kepada keharmonian sejagat. Contohnya, slogan
1Malaysia yang sering dilaungkan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah
diperkenalkan yang menunjukkan kita sebagai bangsa malaysia. Tanpa perpaduan kaum,
sudah tentu malaysia tidak akan sejahtera dan harmoni seperti hari ini. Tidak hanya itu,
ekonomi, politik dan sosial negara juga akan stabil kerana negara tidak akan menghabiskan
8/12/2019 Perpaduan Kaum Kunci Kesejahteraan Dan Keharmonian Negara
http://slidepdf.com/reader/full/perpaduan-kaum-kunci-kesejahteraan-dan-keharmonian-negara 2/4
wang untuk memperbaiki kerosakan jika berlakunya pergaduhan kaum. Cukuplah sejarah
hitam 13 Mei dahulu menjadi pengajaran yang cukup besar kepada kita.
3. Disamping itu, jika adanya perpaduan kaum yang wujud antara rakyat sudah pasti
perbalahan, kekecohan dan persengketaan tidak akan wujud. Dalam erti kata lain, negara
akan berada dalam keadaan yang makmur, aman dan damai. Misalnya di Amerika Syarikat,
Nelson Mandela telah menyuarakan perpaduan perlu wujud antara rakyat berkulit putih dan
rakyat berkulit hitam. Hanya warna kulit yang menjadi persoalan. Berbanding di Malaysia,
warna kulit mahupun bangsa dan agama tidak menjadi satu asas dalam membangkitkan isu
perkauman. Sebaliknya rakyat bersatu padu dalam satu negara. Perlukah kita mewujudkan
satu fenomena perpaduan hanya kerana warna kulit ini? Sudah tentu tidak. Justeru, jelas
menunjukkan kepada kita betapa pentingnya perpaduan kaum itu sebagai kunci
kesahteraan dan keharmonian negara.
( Perenggan 3 : Faktor Pengukuhan Kaum : 15 markah )
1. Perpaduan kaum boleh dipupuk dan disemai dengan beberapa faktor. Antara
faktor yang menyumbang kepada pengukuhan kaum adalah adanya satu sistem pendidikan
yang bercorak kebangsaan. Hal ini telah dijelaskan dalam syor Laporan Rahman Talib
dimana beliau memperuntukkan sekolah bercorak kebangsaan kepada rakyat di Tanah
Melayu pada ketika itu. Contoh yang dapat kita lihat pada hari ini ialah wujudnya sekolah-
sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan di Malaysia. Sekolah-sekolah
ini pula menggunakan satu kurikulum yang sama dan selaras di semua sekolah.
2. Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum yang kedua ialah
media sosial. Apa yang dikaitkan dengan media sosial disini ialah peranan media sosial itu
sendiri sebagai medium utama dalam menyampaikan maklumat yang pantas kepada rakyat.
Media sosial memainkan peranan untuk memberi apa jua maklumat tidak kira mengenaisosial, ekonomi, politik dan hal ehwal semasa sama ada di dalam dan di laur negara. Oleh
yang demikian, dengan adanya medium seperti ini, masyarakat akan sentiasa terdedah
dengan kempen-kempen yang melestarikan dan menaikkan semangat kebangsaan.
Contohnya, program 1Malaysia. Di akhbar logo ini akan sentiasa ada terpampang. Selain
itu, iklan-iklan perayaan. Setiap kali perayaan kaum besar di Malaysia seperti Melayu, Cina
dan India, akan ada iklan-iklan yang berkaitan dengan sambutan perayaan ini. Iklan
sambutan hari Deepavali misalnya, begitu juga dengan sambutan Tahun Baru Cina. Jelas
menunjukkan peranan media sosial sebagai penyumbang kepada pengukuhan perpaduan
kaum.
8/12/2019 Perpaduan Kaum Kunci Kesejahteraan Dan Keharmonian Negara
http://slidepdf.com/reader/full/perpaduan-kaum-kunci-kesejahteraan-dan-keharmonian-negara 3/4
3. Seterunya, dasar dan usaha kerajaan. Dasar dan usaha kerajaan dalam
mengukuhkan perpaduan kaum ialah kerjaan menubuhkan parti-parti politik yang mewakili
setiap kaum seperti MCA, MIC, Barisan Nasionad dan lain-lain sebagai tunjang rakyat dalam
memberi kepercayaan untuk bersatu. Parti-parti politik ini bertindak sebagai wakil suara
setiap kaum jika terdapat ketidakpuasan hati dan hak yang perlu diperjuangkan. Bagi usaha
kerajaan pula, contoh yang dapat kita lihat ialah adanya PLKN. PLKN yang diperkenalkan
kerajaan mendidik para pelajar di peringkat remaja dengan menanamkan semangat jati diri
dan sepasukan tanpa mengira kaum. Begitu juga dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar tersebut diperkukuhkan lagi dengan pengenalan Rukun
Negara sebagai ideologi kebangsaan. Kerajaan juga telah membentuk beberapa dasar lain
seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara.
Semua dasar tersebut dimantapkan lagi dengan pengenalan Wawasan 2020 dengan visi
dan misi menjadikan Malaysia maju dalam semua aspek kehidupan.
( Perenggan 4 : Cabaran Kekalkan Perpaduan Kaum : 15 markah )
1. Dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan british dahulu. Dasar dimana British
memisah-misahkan tempat tinggal mengikut kaum. Kaum Melayu di kawasan luar bandar
dan kampung-kampung. Orang Melayu hanya berkerja sebagai nelayan dan petani.
Sebaliknya kaum Cina di lombong-lombong dan kaum India di ladang-ladang getah yang
lebih maju berbanding Melayu. Sehingga kini masih wujud perbezaan ini juga jelas dari segi
ekonomi.
2. Penyalahgunaan media sosial. Media sosial dan akhbar-akhbar dimanipulasikan demi
kepentingan sesentengah pihak dan melaporkan hal yang becanggah dar cerita sebenar.
Perkar-perkara seperti ini boleh menyebabkan pergaduhan kaum sekiranya disalah tafsir.
3. Sistem persekolah. Masih dikekalkan sekolah jenis kebangsaan yang mana sekolah inimengikut kaum masing-masing. Sungguh sekolah ini bolehmngekalkan warisan pendidikan
mereka, tetapi faktor ini jugda sedikit sebanyak menyumbang kepada masalah dalam
memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, sudah semestinya dalam sekolah
masing-masing mengikut cara yang tersendiri. Kaum cina dengan cina dan begitu juga
dengan kaum India.
8/12/2019 Perpaduan Kaum Kunci Kesejahteraan Dan Keharmonian Negara
http://slidepdf.com/reader/full/perpaduan-kaum-kunci-kesejahteraan-dan-keharmonian-negara 4/4
( Perenggan 5 : Langkah Mantapkan Perpaduan Kaum : 10 markah )
1. adakan rumah terbuka semasa menyambut perayaan
2. penggunaan bahasa kebangsaan
3. aktiviti kemsyarakatan
4. slogan 1 malaysia
5. PLKN - Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat
perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal
pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum
berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat
disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN.
Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan
dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.
( Rumusan : Pengetahuan, Iktibar, Relevan : 5 markah )
Pengetahuan
1. Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah
negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah
melalui situasai keharmonian dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin.
2. Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di
negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
3. Kita juga seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini
yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin
penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .
Iktibar
Perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormatmenghormati antara satu sama lain.
Harapan
Saya berharap agar semua warganegara akan sentiasa mematuhi undang-undang/
peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah
banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar
menjadi lebih bermakna.