perniagaan antarabangsa
TRANSCRIPT
Perniagaan Antarabangsa
Perniagaan Antarabangsa
Definisi Perniagaan Antarabangsa
Urusan perniagaan atau pelaburan di negara asing dengan tujuan mendapat keuntungan
Perniagaan Antarabangsa
Sebab Utama Menjalankan Perniagaan Antarabangsa
Mengembangkan Perniagaan Memperoleh bahan mentah dengan
murah. Mempelbagaikan sumber jualan
Perniagaan Antarabangsa
Fahaman Pengurus Perniagaan Antarabangsa
Etnosentri Negara dan rakyat asing lebih baik daripada
negaraya.Senang memperkenalkan perubahan. Polisentri
Negara dan rakyat asing berlainan daripada negaranya dan sukar untuk membuat perubahan setempat. Tugas pengurusan diserahkan kepada orang tempatan.
Geosentri Menerima persamaan dan perbezaan di antara negara
asing and negarannya sendiri dari segi polisi pengurusan.
Perniagaan Antarabangsa
Alasan Menjalankan Perniagaan Antarabangsa
Reaktif Tindak balas terhadap faktor-faktor reaktif seperti halangan
dan peraturan dikenakan oleh negara sendiri seperti kuota dan tarif, permintaan terhadap sesuatu produk oleh negara asing, halangan perdagangan yang wujud antara negara-negara dan persaingan di pasaran antarabangsa.
Proaktif Mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa
secara aktif atas sebab seperti ekonomi bidangan, pasaran tempatan yang tepu, penjimatan kos operasi, sumber bahan mentah yang banyak di luar negeri, insentif yang ditawarkan oleh negara asing.
Perniagaan Antarabangsa
Jenis-Jenis Perniagaan Antarabangsa
Import Eskport Perkhidmatan Pembuatan Kontrak Pengeluaran Francais Pelesenan Operasi Serah Kunci Usahasama
Perniagaan Antarabangsa
Import
Import bermaksud kemasukan barangan atau perkhidmatan dari negara asing ke negara sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Import dilakukan melalui kaedah yang melibatkan pengangkutan darat, laut dan udara atau melalui alat telekomunikasi seperti satelit(cth: program TV),telefon(cth: Ringtone) dan Internet(cth:e-buku, perisian, maklumat, video dll)
Perniagaan Antarabangsa
Prosedur Import
Menghantar produk ke negara pengimport Mendapatkan pelepasan(clearance) daripada Jabatan
Kastam dan Eksais Diraja Malaysia dan membayar cukai dan duti sebelum membawa barangan keluar daripada kawasan gudang.
Membayar kepada pengeksport secara terus atau melalui bank pengeksport
Produk yang tidak dihantar terus kepada pengguna perlulah disimpan dalam gudang.
Menjual produk.
Perniagaan Antarabangsa
Eksport
Penjualan barangan atau perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara ke pasaran antarabangsa sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Perniagaan Antarabangsa
Proses Pengeksportan
Promosi Pengutipan hasil pendapatan Urusan pembayaran Urusan pengangkutan dan penghantaran.
Perniagaan Antarabangsa
Kaedah Pembayaran dan Penyelesaian Perdagangan.
Surat Kredit(Letter of Credit) Kredit berdokumen yang dikeluarkan oleh
bank pengimport yang mengesahkan jaminan bahawa bank itu akan membayar sesuatu amaun tertentu kepada pengeksport berdasarkan terma dan syarat yang dinyatakan dalam dokumen tersebut.
Perniagaan Antarabangsa
Surat Kredit
Proses pengeluaran surat kredit: Pengimport memohon kepada bank untuk
mengeluarkan surat kredit sebagai jaminan bagi pembayaran.
Surat Kredit akan diserahkan kepada pengeksport melalui bank di negara pengeksport.
Pengeksport menyediakan barangan dan dokumen yang berkaitan untuk dihantarkan kepada pengimport.
Pengimport menuntut barangan daripada ejen atau syarikat perkapalan.
Pihak bank membuat pembayaran melalui bank pengeksport.
Perniagaan Antarabangsa
Contoh Surat Kredit
Perniagaan Antarabangsa
Perniagaan Antarabangsa
Perniagaan Antarabangsa
Surat Pengesahan Penghantaran Laut/Bil Muatan( Bill of Lading)
Dokumen hak milik ke atas barangan yang terlibat dalam urus niaga antarabangsa, khususnya yang menggunakan pengangkutan laut.
Perniagaan Antarabangsa
Surat Pengesahan Penghantaran Laut/Bil Muatan( Bill of Lading)
Pengeksport(Shipper) memilih kaedah pengangkutan untuk dihantar kepada pengimport.
Pihak pengangkut(Carrier) menandatangani bil muatan sebagai akuan menerima barangan.
Satu salinan bil muatan dihantar kepada pengimport untuk membuat tuntutan daripada pihak kastam.
Perniagaan Antarabangsa
Butir-Butir dalam Bil Muatan
Nama dan alamat pengeksport dan pengimport.
Keterangan tentang barangan seperti jenis, tanda, saiz, kuantiti, ukuran dan timbangan.
Maklumat tentang pelabuhan, tambang dan syarikat perkapalan.
Perniagaan Antarabangsa
Perniagaan Antarabangsa
Empat Fungsi Bil Muatan
Sebagai resit rasmi penerimaan barangan Sebagai bukti terma kontrak untuk
penghantaran barangan. Sebagai dokumen untuk memindahkan
hak milik(title) barangan. Sebagai satu instrumen boleh niaga
Perniagaan Antarabangsa
Sijil Pengesahan Tempat Asal (certificate of origin)
Dokumen pengesahan tentang asal usul barangan yang diurusniagakan.
Disediakan oleh pengeksport dan diperakui oleh kerajaan pengeksport.
Dokumen ini diperlukan oleh kastam pengimport untuk melaksanakan dasar kerajaan terhadap kemasukan barangan negara asing seperti kuota dan cukai import atau pengecualiannya.
Perniagaan Antarabangsa
Perniagaan Antarabangsa
Pengesahan Penghantaran Udara
Nota penghantaran barangan melalui udara. Dikenali juga dengan nama nota konsainan
udara. Dikeluarkan oleh syarikat penerbangan yang
menerima barangan untuk dieskport. Dianggap sebagai resit penerimaan.
Merupakan dokumen asas penerbangan yang akan mengikuti barangan yang di.angkut.
Ia bukan dokumen hak milik. Oleh itu, ia tidak boleh diniagakan atau dijadikan cagaran.
Perniagaan Antarabangsa
Perniagaan Antarabangsa
Perdagangan Barter
Pertukaran barangan atau perkhidmatan antara dua pihak dari dua buah negara, mengikut syarat yang telah dipersetujui, tanpa melibatkan penggunaan wang atau pemindahan wang.
Perniagaan Antarabangsa
Bil Perintah Bayar(Bil Pertukaran)
Perintah tanpa syarat yang bertulis untuk memastikan pengeksport mendapat bayaran daripada pengimport bagi barangan yang diniagakan.
Perniagaan Antarabangsa
Proses pembayaran melalui bil perintah bayar
Sebelum memenuhi pesanan pengimport, pengeksport mengeluarkan dan menandatangani bil perintah bayar.
Bil tersebut dikirimkan kepada pengimport untuk mendapatkan persetujuannya membayar pada tarikh yang dinyatakan.
Penerima kembali bil yang telah ditandatangani membuktikan kesanggupan pengimport untuk membayar.
Pengeksport menghantarkan barangan kepada pengimport.
Perniagaan Antarabangsa
Perkhidmatan
Suatu bentuk produk tidak nampak yang boleh diimport dan dieskport merentasi sempadan antarabangsa.
Contoh: Pelancongan, perjalanan dan pengangkutan, perbankan, insurans ,sewa, kejuruteraan, penggunaan aset(tanda nama, hak cipta, kepakaran yg kenakan yuran, royalti), dll.
Perniagaan Antarabangsa
Pembuatan
Perusahaan yang memproses bahan mentah kepada barang separuh siap atau barang siap.
Perniagaan Antarabangsa
Kontrak Pengeluaran
Pemberian kebenaran kepada individu atau syarikat untuk mengeluarkan sesuatu barangan siap, komponen alat, atau sebahagian daripada barangan siap.
Perniagaan Antarabangsa
Francais
Sesebuah syarikat diberi tanda niaga perniagaan, barangan dan perkhidmatan, prinsip pengurusan syarikat, khidmat nasihat daru aspek pengurusan, pemasaran, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perjalanan perniagaan itu.