permainan tradisional teng teng

7
Permainan Tradisional TENG TENG Mohammad Akil Muhammad Zaidiee

Upload: akil-alias

Post on 20-Nov-2015

209 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

permainan tradisional melayu (teng teng)

TRANSCRIPT

Permainan Tradisional TENG TENG

Permainan Tradisional TENG TENGMohammad AkilMuhammad Zaidiee

Latarbelakang Permainan Teng TengPermainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Teng-teng juga tidak memerlukan kawasan yang besar.Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang didalam sebuah gelanggang.

Gelanggang teng-teng lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.

Cara bermain TENG TENGUndian (Lai lai li tam plong )kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petakJika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula

Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak kesembilan dengan kedua belah kaki.Pemain tidak boleh memijak petak yang ada gundu pemain lain dan tidak boleh memijak garisan.

Membina RumahAcara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap petak dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilanSambil berdiri menghadap di garisan permulaan, pemain dikehendaki menundukkan kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan semula setelah giliranya sampai kemudian

Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya.Tuan rumah boleh memijak dengan kedua belah kaki. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.