permainan tradisional - teng-teng

17
PERMAINAN TRADISIONAL TENG TENG OMAR AIMAN FAIZ ROSLI NUR SYAHIRAH SYAZA SITI NORZAIDAH

Upload: ct-norzaidah

Post on 18-Nov-2015

298 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

Permainan ini perlu dilaksanakan secara amali. Dengan itu, murid lebih faham cara untuk bermain.

TRANSCRIPT

Slide 1

PERMAINAN TRADISIONALTENG TENG OMAR AIMANFAIZ ROSLINUR SYAHIRAH SYAZASITI NORZAIDAH

LATAR BELAKANG Teng Teng adalah sejenis permainan kanak-kanak dengan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki.Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Permainan teng-teng ini juga terkenal dalam kalangan masyarakat zaman dahulu terutama dalam kalangan kaum wanita. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini berbanding kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan ini tidak begitu lasak serta tidak memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.

Di kampung-kampung gelanggang teng-teng biasanya dibuat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau di kawasan pekan yang tiada halaman bertanah.

Mereka akan menggunakan kapur tulis ,tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang.Tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat orang pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.

GELANGGANGGelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat pelbagai jenis bentuk gelanggang teng-teng dengan jumlah petak yang berlainan. Ada gelanggang atau petak teng-teng yang terdiri daripada sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Dan ada juga yang terdiri daripada lapan petak-petak kosong. Kami fokus kepada permainan teng- teng menggunakan sembilan petak.

Lukisan petak seperti berikut Tangga pertama, satu petak dilukisPada tangga ke-2, satu petak lagi dilukis, Pada tangga ke-3, satu petak lagi dilukis,Tangga ke-4 dilukiskan sayap, dengan pembahagi sayap terletak di tengah-tengah petak ke-2. Pada tangga ke-5 satu petak dilukis, dan Pada tangga ke-6 satu lagi sayap dilukis dengan pembahagi sayap pada tengah-tengah petak tangga ke-5. Satu semi bulatan (semi-D) dilukis dari hujung kiri sayap secara melengkok hingga ke hujung kanan sayap. (Rujuk gambar di bawah).

312456

879

GUNDU / BUAHSelain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.Setiap pemain perlu ada gundu ini. Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.

UNDIANSebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu.Lai lai li tam plongadalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Namun, ada juga undian yang dibuat dengan memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan batang terpanjang bermain dahulu, dan yang terpendek terkemudian

CARA BERMAINPemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama. Kemudian melompat terus ke petak tangga ke-2 dan kemudian petak tangga ke-3 dengan sebelah kaki. Pemain tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 4 & 5), kaki kiri dalam petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan.

Lompatan diteruskan ke petak yang ke-6 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 7 & 8). Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2 (petak 7 & 8) tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama.

Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu satu lompatan dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan diteruskan hingga keluar dari gelanggang.

Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,..., dan 8). Apabila selesai membaling petak ke-8, satu lontaran ke petak semi-D (petak 9) dibuat secara pandang ke belakang.

Pemain tidak boleh melihat petak semi-D sewaktu membaling buah teng-teng. Sekiranya buah jatuh dalam petak semi-D, dia akan melompat seperti biasa dan bersedia untuk mengambil buah apabila telah melompat pusing (petak 7 & 8) dan membelakangkan petak semi-D.

Pemain boleh duduk di petak semi- D untuk mencapai buah dengan syarat tidak menyentuh garisan D. Dia dikira mati jika tersentuh garisan. Setelah mendapatkan buah dia perlu menghabiskan lompatan seperti biasa.

Seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan. Setiap pemain juga tidak dibenarkan memijak petak di mana gundu berada di dalamnya, sama ada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

MEMBINA RUMAH Pemain yang telah berjaya mencapai buah/gundu di petak semi-D, maka dia boleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu.

Sekiranya buah jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

PEMENANGPemenang adalah pemain yang memperoleh rumah terbanyak.

MATA / GILIRAN HILANG Pemain dikira mati (giliran) jika :> Buah yang dilontar terkena garisan petak> Kaki terpijak garisan petak> Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya> Pemain menukar kaki sewaktu giliran> Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap, iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan> Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D> Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya> Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.

TAMAT