perkembangan falsafah pendidikan barat dan implikasi terhadap perkembangan (2).pptx

32
PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT & IMPLIKASI TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: ANNY TANG SIEW UNG TEE FUI SUN

Upload: anny-tang

Post on 11-Sep-2015

565 views

Category:

Documents


35 download

TRANSCRIPT

Slide 1

PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT & IMPLIKASI TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIADISEDIAKAN OLEH:ANNY TANG SIEW UNGTEE FUI SUNFALSAFAH PENDIDIKAN BARATFalsafah Pendidikan Barat boleh dibahagikan kepada 2 kategori:

1. Falsafah Pendidikan Barat TradisionalPerenialisme Esensialisme

2. Falsafah Pendidikan Barat Moden Progresivisme RekonstruktionismeEksistensialismePragmatisme

Falsafah Pendidikan Tradisional Barat PERENIALISME Konsep PerennialismeCiri-ciri asas semula jadi manusia berbentuk sejagat dan tidak berubah-ubah.Antara ciri tersebut termasuk unsur rasionaliti (fikiran yang wajar). Matlamat pendidikan Bertujuan untuk :-mengajar pengetahuan serta nilai yang bersifat sejagat, abadi dan tidak mempunyai had masa.Sekolah bertanggungjawab untuk menyediakan murid-murid yang menghadapi cabaran yang timbul dalam kehidupan seharian kelak.Tumpuan (4 aspek) Essentialisme Satu pergerakan falsafah yang sistematik dalam bidang pendidikan pada tahun 1930an.

Berpunca daripada realisme dan idealisme.

Bersifat konservatif (tidak mudah menerima perubahan)

Konsep Esensialisme Ilmu dan kemahiran perlu diajar kepada anak murid.

Menumpukan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui seseorang individu agar menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Oleh sebab perkara asas boleh berubah dari masa ke semasa, esensialisme dikatakan bersifat praktikal dan prakmatik.Matlamat Pendidikan Pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati & disimpan.

Penghayatan budaya.Tumpuan (4 aspek) Falsafah Pendidikan Moden Barat Berkembang daripada pragmatisme.

Peranan sekolah jauh berbeza daripada mazhab perenialisme.

ProgresivismeTumpuan (4 aspek) RekonstruktionismeRekonstruktionisme adalah hasil progresivisme.Rekonstruktionisme mengesyorkan supaya kita membaiki dan membina semula masyarakat.Konsep Rekonstruktivisme Sekolah dianggap sebagai pemangkin utama untuk meningkatkan keadaan hidup manusia melalui pembaharuan yang dikemukakan dalam bidang pendidikan dan sosial.

Sekolah merupakan satu landasan yang sesuai untuk membentuk sesuatu masyarakat baru bagi mengenalpasti masalah sosial yang menjejaskan pembangunan masyarakat dan menimbulkan krisis budaya.Matlamat pendidikan Pendidikan bermatlamat untuk mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit sosial.

Tumpuan (4 aspek) EksistentialismeBerfokuskan pada fitrah kewujudan manusia.Manusia dianggap sebagai dilahirkan tanpa sebarang tujuan.Realiti dilihat sebagai sesuatu yang bersifat subjektif dan hanya boleh didefinisikan oleh individu berkenaan sahaja.Konsep EksistentialismeSeseorang individu seharusnya bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan tanpa merujuk kepada sebarang autoriti luar.

Matlamat Pendidikan Sistem sekolah / guru tidak berhak untuk menekankan matlamat pendidikan ke atas murid-murid.

Matlamat pendidikan tidak digariskan.

Tumpuan (4 aspek) IMPLIKASI TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASelaras dengan FPK, matlamat pendidikan negara adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai murni serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Secara keseluruhannya, FPK lebih mirip kepada falsafah pendidikan progresivisme dan rekonstruksionalisme. Kedua-duanya menekankan pencapaian kesejahteraan diri serta membentuk masyarakat harmoni & makmur.Merujuk kepada konsep kaedah projek, aktiviti penyelesaian masalah, kemahiran berfikir memang dijadikan sebagai kaedah pengajaran dalam bilik darjah.

Sekolah merupakan masyarakat kecil yang mengamalkan gaya hidup yang demokratik; membolehkan murid berkumpul, berinteraksi, bekerja dalam kumpulan dan saling hormat-menghormati.

Kurikulum sekolah juga merangkumi pendidikan teknik & vokasional, iaitu m/p yang juga dititikberatkan mengikut tafsiran falsafah pendidikan yang berlandaskan progresivisme.Fungsi mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang boleh dikesan & dihayati dalam falsafah rekonstruksionisme.

Malaysia dikatakan mengandungi unsur-unsur esensialisme yang bercorak tradisional kerana sistem pendidikan menitikberatkan penguasaan 3M (membaca, menulis & mengira) di samping memfokuskan peranan guru sebagai orang yang berautoriti.