perkara yang perlu dilakukan sebelum

7
Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum & Selepas Memandikan Jenazah Pendahuluan Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa. Orang Yang Berhak Menguruskan Jenazah Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya. Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya. Perkara Yang Perlu Diuruskan Oleh Warisnya Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian. Di antara perkara yang perlu diuruskan oleh warisnya ialah : 1. Urusan di Balai Polis bagi melaporkan kematian. Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor. 2. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat. 3. Menentukan bilal untuk memandikan mayat. 4. Urusan menggali kubur. 5. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat. 6. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.

Upload: ummiabhar

Post on 23-Oct-2015

45 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum & Selepas Memandikan Jenazah

Pendahuluan

Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila

sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang

lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang

mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu

kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.

Orang Yang Berhak Menguruskan Jenazah

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari

kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya

sendiri kalau simati bapanya. Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau

pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk

menguruskannya.

Perkara Yang Perlu Diuruskan Oleh Warisnya

Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan

kematian. Di antara perkara yang perlu diuruskan oleh warisnya ialah :

1. Urusan di Balai Polis bagi melaporkan kematian. Nota : Sekiranya

jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau

pengesahan dari doktor.

2. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan

mayat.

3. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.

4. Urusan menggali kubur.

5. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.

6. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.

Page 2: Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum

7. Ucapan takziah.

Syarat Mandi (ke atas mayat)

1. Beragama Islam.

2. Ada bersifat manusia.

3. Ada tubuh manusia walaupun sebahagian daripadanya (ada mayat).

4. Bukan mati syahid yang menegakkan kesucian Islam.

Syarat Ke atas Orang Hendak Memandikan Mayat

1. Beragama Islam.

2. Bukan musuh.

3. Orang dewasa.

4. Merdeka.

5. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

6. Sabar.

7. Tabah dan berani.

8. Beramanah.

Rasulullah saw bersabda :

“Barang siapa yang memandikan mayat dan ia menyembunyikan ke atas

apa yang dilihatnya, diampunkan oleh Allah swt empat puluh kali”.

Peralatan Dan Persiapan Mandi

1. Tempat mandi/bilik mandi/tabir.

2. Kain basahan dan tuala mandi.

Page 3: Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum

3. Air sabun – 1 baldi.

4. Air cendana dan air kapur barus – 1 ceret.

5. Sarung tangan.

6. Kain sugi – 5 & 6 helai.

7. Kain sugi – 7 & 9 gulung.

8. Air daun bidara – 1 baldi.

9. Kemeyan/setanggi sekiranya diperlukan.

10. Pencebok atau gayung secukupnya.

11. Tanah untuk tayammum.

Cara Memandikan Jenazah

Pada asasnya, mandi mayat sama dengan mandi wajib yang lain. Iaitu

mengandungi 2 rukun. Pertamanya niat mandi dan keduanya meratakan air

keseluruhan badan termasuklah bulu-bulu rambut dan umbi rambut. Cara-

caranya ialah :

1. Mayat diletakkan di tempat yang di khaskan.

2. Dimandikan dalam sehelai kain yang boleh menyerapkan air serta

menutup aurat. “Sesungguhnya Nabi saw telah dimandikan di dalam

gamisnya (baju labuh)”. Maksud hadis.

3. Bersihkan najis-najis pada tubuh dan kemaluannya. Kemudian diurut

serta menekan perutnya supaya mengeluarkan najis atau kotoran

yang ada dan membersihkannya. Niat beristinjak : “Sahaja aku

beristinjak ke atas mayat ini kerana Allah taala”.

4. Wudukkan mayat sepertimana orang hidup. Niat wuduk : “Sahaja

aku mengambil wuduk yang sunat bagi mayat ini kerana Allah

taala”.

Page 4: Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum

5. Mulakan mandi dengan air bersih. Disertai niat memandikan jenazah

(hukum niat adalah sunat) (mandi adalah wajib). Lafaz niat : “Sahaja

aku mandikan ke atas jenazah ini kerana Allah taala”.

6. Setiap anggota mulakan disebelah kanan dahulu, dari Ummu Athiyah

mengatakan ketika kami memandikan puteri Rasulullah saw, Zainab.

Rasulullah bersabda mafhumnya : “Mulakan dengan memandikan

bahagian anggota-anggota yang kanan dan anggota wuduk”.

(Riwayat Al-Bukhari).

7. Setelah dimandikan dengan air sabun, air daun bidara dan air mutlak

sebanyak 3 kali, sekiranya tidak cukup memuaskan, maka lebihkan

mandian menjadi 5 atau 7 kali. Rasulullah saw bersabda :

“Mandikanlah jenazah-jenazah itu secara ganjil tiga, lima, tujuh

kali atau lebih jika kamu pandang perlu”.

8. Akhirnya mandikan dengan air kapur barus dan air cendana.

Beberapa Peringatan

1. Ketika membasuh di sebelah kanan. “Ampunkanlah dia wahai tuhan

dan kepada Engkaulah tempat kembali”.

2. Ketika membasuh di sebelah kiri. “Ampunkanlah dia wahai Tuhan

yang Maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali”.

3. Ketika mencurah air kapur barus (diakhir mandi jenazah).

“Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan kepada

Engkau tempat kembali”.

4. Sunat orang yang telah selesai memandikan jenazah, mandi sunat

dengan niat “Sahaja aku mandi sunat selepas memandikan mayat

kerana Allah Taala”. Begitu juga dengan orang yang

mengangkatkan jenazah, sunat berwuduk untuk dirinya.

5. Doa untuk mengelakkan dari badi mayat. “Dengan nama Allah yang

tidak memberikan kemudharatan oleh sesuatu di bumi dan di langit.

Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha

Page 5: Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum

Mengetahui”.

Permasalahan

1. Mayat lelaki atau perempuan dalam keadaan janabah (Berhadas

besar) tidak dituntut mandi lagi kerana mandi mayat sudah memadai.

2. Jika di dapati keluar najis atau darah setelah sempurna dimandikan

memadai dibersihkan sahaja darah atau najis tersebut. Jika berlarutan

keluarnya diikat dan dibalut dengan kapas atau kain.

3. Jika rambut, kulit atau lainnya yang tanggal dari anggota badannya,

wajib diambil dan dibasuh kemudian kapankan bersama-sama

jasadnya.

4. Jika didapati mayat di dalam sungai atau lombong yang sudah

berubah atau reput, maka boleh kita selamkan semula mayat itu

dalam 1 atau 2 minit dengan niat memandikan mayat (kira-kira

meratakan air di seluruh anggotanya, nescaya sahlah mandinya jika

tidak ada najis di badannya.

5. Keguguran mengikut Imam Syafie, bayi cukup bulan ialah berumur

dalam kandungan 6 bulan lahzah. Manakala bayi yang tidak cukup

bulan ialah berumur 6 bulan lahzah ke bawah.

6. Keguguran bayi cukup bulan, wajib disempurnakan empat perkara

sepertimana jenazah orang dewasa iaitu mandi, kafan, sembahyang

dan kebumikan.

7. Keguguran bayi yang tidak cukup bulan : Jika keguguran itu ada

tanda-tanda hidup seperti bersuara atau bergerak wajib

disempurnakan sepertimana jenazah orang-orang dewasa (mandi,

kafan, sembahyang dan di kebumikan). Jika keguguran itu tidak ada

tanda-tanda hidup wajib disempurnakan tiga perkara sahaja iaitu

mandi kafan dan kebumikan dengan tidak perlu disembahyangkan.

Jika keguguran itu seketol darah dan belum bersifat manusia, sunat

dibungkuskandengan kain lalu ditanamkan sahaja.

Page 6: Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum

8. Mayat kanak-kanak yang lahir, mati sebelum dipotong urinya.

Sebelum dimandikan hendaklah dipotong urinya terlebih dahulu,

kerana uri itu bukan anggota kanak-kanak tersebut dan bukan dari

anggota ibunya. Uri itu najis, jika tidak dipotong, tidak sah

sembahyang keatas kanak-kanak tersebut. Potong uri tidak

dinamakan menyiksa mayat. Haram dimandikan, disembahyangkan dan ditanam

uri bersama kanak-kanak tersebut. Uri perlu dibungkus dan ditanam begitu sahaja.

9. Mengkebumikan mayat wanita mengandung. Diakui oleh doktor

perubatan atau bidan yang anak dalam kandungan itu telah mati, baru

boleh dikebumikan. Haram membelah perut ibu untuk mengeluarkan

mayat anaknya di dalam kandungan. Sekiranya disahkan oleh doktor

perubatan atau bidan, anak dalam kandungan masih hidup hendaklah

dibelahkan perut ibunya untuk menyelamatkan anaknya.

Tayammum Dari Aspek Keadaan Mayat

Tayammum ialah menggunakan debu tanah yang suci lagi kering sebagai

ganti daripada mandi mayat dan anggota yang tidak dapat kena air.

1. Mayat yang harus ditayammum : Kerana ketiadaan air, mayat harus

ditayammum berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud : “Jika

kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka

hendaklah kamu bertayamum”. (An-Nisa : 43). Mayat yang terlalu

uzur (mati terbakar) kalau dimandikan hancur dagingnya. Mayat

lelaki atau perempuan yang meninggal tempat yang terpencil yang

susah mendapatkan air mutlak. Rasulullah saw bersabda mafhumnya

: “Jika seorang wanita meninggal di lingkungan lelaki hingga tidak

ada wanita lain, atau lelaki di lingkungan wanita-wanita di mana

tidak ada lelaki lain, maka hendaklah mayat tersebut

ditayammumkan lalu dimakamkan kedua mereka itu sama halnya

dengan yang tidak mendapatkan air”. Kanak-kanak lelaki yang

belum berkhatan. Mayat yang reput atau hancur.

2. Niat Tayammum “Sahaja aku tayammumkan ke atas jenazah ini

kerana Allah taala”.

Page 7: Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum

Jenazah Yang Tidak Perlu dimandikan Atau Ditayammumkan

Orang yang mati di medan pertempuran kerana menegakkan agama Allah

dari musuh yang bukan Islam. Dari Jabir Bin Abdullah berkata mafhumnya

:

“Sesungguhnya Nabi saw memerintah untuk menanamkan mereka yang

terbunuh di medan perang Uhud dengan darah serta pakaian mereka dan

tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disembahyangkan”. (Riwayat Al-

Bukhari)

Perkara Yang Haram Di Waktu Mandi

1. Meniarapkan mayat.

2. Menyentuh kemaluan dengan tidak berlapik.

3. Melihat aurat antara pusat ke lutut dengan tidak ada sesuatu hajat.

4. Menceritakan kepada orang lain apa yang dilihat sewaktu

memandikan jenazah, seperti hitam mukanya, lebam, berubah

baunya dan sebagainya.