peristiwa 13 mei 1969

26
PEMBENTANGAN TUTORIAL Menerangkan konsep perpaduan bangsa dan integrasi nasional. Menjelaskan konflik dan dasar kerajaan untuk penyelesaian masalah. PEMBENTANG: VIJAYA SIM YONG JING

Upload: sim-yong-jing

Post on 06-Sep-2015

279 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

:)

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

PEMBENTANGAN TUTORIAL Menerangkan konsep perpaduan bangsa dan integrasi nasional. Menjelaskan konflik dan dasar kerajaan untuk penyelesaian masalah.PEMBENTANG: VIJAYA SIM YONG JINGKonsep Perpaduan BangsaDefinisi perpaduanSatu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.

Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.3 konsep asas perpaduan dan IntegritiASIMILASI

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik yang mempunyai berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama.

Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu/kelompok ke dalam kelompok yang lain. Menurut seorang pakar sosiologi, Vander Zanden menyatakan, asimilasi ialah satu proses dalam mana-mana kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh berbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.

Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hamper semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai.

Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C = A, di mana A mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti.

Pada dasarnya proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang agak lama.

Kejayaan dan keberkesanan asimilasi pada umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

Di negara kita Malaysia, seperti apa yang berlaku ke atas masyarakat Cina Kelantan, Jawa, Baba dan Nyonya merupakan salah satu contoh berlakunya proses asimilasi. Walaubagaimanapun ianya hanya berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Dalam sesetengah kes masyarakat Cina di Malaysia telah mengamalkan kepelbagaian kebudayaan yang umum di mana pemikiran dan sentimen mereka walaupun bersifat kecinaan dari segi etnik namun mereka dikatakan berkongsi sentimen bersama dan beberapa cara hidup orang Melayu, India dan penduduk-penduduk Malaysia yang lain dan begitu juga sebaliknya samada dari segi pemakanan, pakaian dan sebagainya.Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi adalah salah satu pendekatan yang terbaik di dalam usaha membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti.

Contohnya apabila dilihat melalui konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka.

Di sini amat jelas bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halus terdapat perbezaannya.

Budaya Bab Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini dengan jelas telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.

AMALGAMASIAmalgamasi merupakan satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka.

Proses ini kebiasaannya memakan masa yang lama dan akan melalui beberapa generasi. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C = D, di sini A,B dan C mewakili kumpulan etnik yang berlainan dan D mewakili kumpulan baru (amalgam) yang terhasil daripada penyatuan A,B dan C itu tadi.

Proses amalgamasi merupakan proses yang boleh dilakukan secara campurtangan (interventionist) dan sedar oleh beberapa kumpulan etnik atau pemerintah , di dalam usaha untuk mencantumkan beberapa unsur berbeza daripada kumpulan yang berbeza ke dalam satu entiti yang bersatu, samada secara sementara atau berkekalan dan contohnya seperti wujudnya Sekolah Wawasan oleh pihak kerajaan.

Saya merasakan proses amalgamasi adalah satu proses yang berguna di dalam memupuk perpaduan di dalam negara kita Malaysia tapi ianya jarang digunakan atau didapati di Malaysia.

PLURALISME

Konsep ini adalah bertentangan dengan dasar asimilasi amalgamasi. Pluralisme merujuk kepada suatu bentuk integrasi yang sering dirujuk sebagai proses perpaduan dalam kepelbagaian di mana kepelbagaian dilihat sebagai suatu kekuatan bagi sesebuah negara yang memilikinya.

Teori pluralisme dinyatakan dalam bentuk A+B+C = A+B+C , di mana A,B dan C yang mewakili etnik mengekalkan ciri-ciri kelompok dan budaya masing-masing. Konsep ini mempertahankan kepelbagaian kumpulan etnik dalam masyarakat.

Di Malaysia kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum majority yang lain adalah bebas di dalam menjaga ciri-ciri bangsa dan budaya mereka masing-masing. Konsep pluralisme ini adalah bertentengan sama sekali dengan konsep asimilasi dan amalgamasi.

Konsep ini menyatakan bahawa kepelbagaian adalah satu kekuatan dan kelebihan bagi sesebuah negara yang mengamalkannya dan percantuman pelbagai etnik sudah pasti akan mengayakan lagi warisan sesebuah masyarakat itu sendiri.

KONFLIK YANG BERLAKU DI MALAYSIAPeristiwa 13 Mei 1969Tragedi 13 Mei 1969 telah menjadi peristiwa yang amat penting dalam sejarah Tanah Melayu dan peristiwa ini memberi pengajaran kepada semua penduduk terutamanya para pemimpin politik dan rakyat Malaysia.

Tragedi ini telah menyebabkan kematian dan kerosakan harta benda yang teruk di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi terutamanya masalah yang berkaitan dengan hubungan antara kaum .

Hal yang demikian kerana tragedi 13 Mei berpunca daripada masalah perpaduan yang amat ketara antara kaum . Dasar- Dasar Kerajaan Untuk Penyelesaian Masalaha. Majlis Muhibah ditubuhkanTujuan Majlis Muhibah turut dibentuk:

menggalakan perkembangan muhibah dengan memulihkan kepercayaan sesebuah kaum dengan kaum yang lain

mengkaji dan menyelesaikan masalah dengan kerjasama pihak berkenaan yang berkaitan dengan kesulitan serta perselisihan faham antara kaum

membantu pertubuhan lain dan kerja-kerja sukarela dalam lapangan kerja sosial mengikut pelbagai peringkat serta sedia membantu kerajaan pada bila-bila masa diperlukan. Kerajaan Berparlimen telah dipulihkan semula pada 23 Feb 1971.

Ekoran daripada hal tersebut Majlis Muhibah Negara telah dimansuhkan dan diganti dengan Majlis Perpaduan dan ditadbir melalui kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dengan Pejabat Muhibah Negara.

Peranan utama majlis ini adalah membincangkan perkara-perkara berkaitan perpaduan negara yang difikirkan oleh Perdana Menteri perlu dirujukan kepada majlis dan membincangkan , mencadangkan langkah-langkah penyelesaian kepada masalah perpaduan negara bagi memupuk perpaduan kaum.Majlis Perundingan Negara(MAPEN) DitubuhkanMAPEN dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) saling berkerjasama iaitu MAGERAN bertindak sebagai pemerintah manakala,MAPEN berfungsi sebagai penasihat kepada MAGERAN khususnya perkara berkaitan perhubungan kaum.

MAPEN berperanan membincangkan dan meneliti masalah yang berkaitan perpaduan kaum untuk mencari jalan penyelesaian agar pisang tidak berbuah dua kali iaitu mengelak berulangnya peristiwa 13 Mei.

MAPEN dianggotai oleh Tun Abdul Razak bin Dato Hussien(pengerusi), tiga orang menteri, wakil-wakil kerajaan negeri,wakil-wakil parti politik ,wakil-wakil agama, badan professional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil kumpulan-kumpulan kecil. Setiap ahli berperanan dalam membincangkan isu berkaitan perpaduan kaum dengan jujur tanpa was-was dan dalam keadaan yang tenang.

Namun isu yang dibincangkan bukan hanya tertumpu kepada perpaduan kaum semata-mata tetapi juga melibatkan perancangan dan penyelarasan pembangunan dari segi ekonomi, sosial, pembangunan wilayah dan negeri.

Dasar Ekonomi BaruDasar Ekonomi Baru (1970-1990) dirangka dengan dua objektifiaitu membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.

Dasar Ekonomi dirujuk sebagai tapak ,panduan ,falsafah, peraturan dan cara mencapai matlamat dasar yang merujuk kepada usaha untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan yang mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan).

Jurang kemiskinan antara golongan kaya dengan golongan miskin terlalu besar bezanya terutama daripada aspek ekonomi dimana golongan kaya memonopoli hampir separuh sektor ekonomi menyebabkan penduduk miskin tidak dapat melibatkan diri dalam sektor ini.

Program pembangunan ekonomi diwujudkan bagi mencapai perpaduan ekonomi yang seimbang dalam sektor ekonomi agar setiap golongan masyarakat dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

DEB mengutamakan isu kemiskinan di luar bandar dan di bandar sebagai tumpuan utama terutamanya bagi kaum bumiputera yang menjalankan aktiviti pertanian tradisional.

DEB telah mengambil beberapa langkah untuk menangani isu ini iaitu mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak , menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang kepada pekerja di sektor yang rendah, daya pengeluarannya ke sektor yang lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan kawasan, memodenkan kehidupan di luar bandar, mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan kaum bumiputera, mewujudkan sektor pekerjaan yang mengabungkan pelbagai kaum, memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat. DEB menjalankan pembasmian kemiskinan melalui tiga perigkat: pembasmian mengikut kawasan luar bandar dan bandarpembasmian mengikut negeri pembasmian melalui penyediaan keperluan asas dan mutu hidup yang baik.

Masyarakat telah disusun semula melalui beberapa strategi iaitu peningkatan dalam pendapatan dan kadar kemiskinan disusun mengikut kaum, penyusunan semula corak guna tenaga, penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat dan sektor industri dan pembangunan bandar dan luar bandar.

Dasar Kebudayaan KebangsaanDasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk hasil daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 untuk menjadi panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip utama seperti kebudayaan rakyat asal rantau melayu, unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar diterima dan Islam sebagai unsur yang paling penting.

Terdapat beberapa objektif Dasar Kebudayaaan Kebangsaan ini iaitu mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang wujud daripada kebudayaan kebangsaan serta memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan manusia dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Dasar Kebudayaan Kebangsaan dilaksanakan melalui pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.

Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing dan melatih peminat, pendokong dan pengerak kebudayaan dengan meluas sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia, memenuhi keperluan sosiobudaya serta meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Kementerian Kebudayaan ,Kesenian dan Pelancongan berperanan penting dalam melaksanakan dasar ini iaitu menguruskan penyelidikan ,pembangunan dan pengalakkan penyelidikan dan pengembangan kesenian serta perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.

Integrasi ekonomi melalui dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, DEB, Dasar Pembangunan Nasional adalah untuk memastikan pengasingan ekonomi yang dijalankan sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka dapat dimansuhkan di samping merapatkan jurang ekonomi yang wujud antara penduduk kaya dengan penduduk miskin agar perasaan tidak puas hati dapat dielakkan. Integrasi EkonomiFahaman politik yang bersatu harus diwujudkan seperti Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) atau Barisan Nasional yang dianggotai oleh pelbagai parti komponen seperti UMNO, MCA, MIC, PPP, Gerakan, AKAR, PBDS, SNAP, PBB, SUPP, PBRS, PDS dan SAPP .

Integrasi PolitikManakala aspek-aspek sosial lain yang perlu diambilkira ialah perpaduan kaum dapat dipupuk melalui pengenalan dan penerapan dasar-dasar sosial seperti Rukun Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain .

Dalam hal ini Malaysia berjaya mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional kerana sikap kesederhanaan dan bertolak ansur semua kaum.

Integrasi SosialKesimpulannyaKonflik ini telah mengajar rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya pembentukan dasar perpaduan dalam melahirkan masyarakat yang harmoni.

Di samping itu ,tragedi ini juga telah menunjukan faktor utama wujudnya masalah perpaduan kaum ialah faktor kemiskinan yang terutamanya melibatkan penduduk luar bandar disebabkan dominasi ekonomi oleh golongan kaya.

Oleh itu, pembentukan DEB adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang ekonomi ini.

Seterusnya, Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu berperanan dalam menjadi alat perpaduan kaum .