perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia jun 2018 · menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan...

23
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2018 TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 4 JUN 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: habao

Post on 01-Jul-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2018

TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA

DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

4 JUN 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Hajah Rosnah

binti Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed

Zaini bin Abdul Rahman

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

3

Pengarah-Pengarah Kanan

Pengarah-Pengarah Bahagian

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan berkat limpah

kurniaNya, dapat kita bersama-sama

dalam Majlis Perhimpunan Bulanan

4

Jabatan Kimia Malaysia, Ibu Pejabat

bagi bulan Jun 2018 pada pagi di

bulan Ramadan yang penuh dengan

keberkatan ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah Kanan dan warga kerja

Pusat Analisis Sains Forensik

kerana telah mengatur dan

menganjurkan Majlis Perhimpunan

Bulanan kita pada pagi ini dengan

begitu baik sekali.

5

3. Tidak terlambat rasanya untuk saya

mengucapkan selamat menjalankan

ibadah puasa dan solat terawih di

Bulan Ramadan ini. Semoga kita

semua mendapat keberkatan dari

Nya.

Warga Kimia yang dikasihi sekalian,

[AMANAT KP]

4. Untuk menjadi warga KIMIA yang

berjaya, kita seharusnya

meningkatkan nilai tambah masing-

masing untuk membezakan serta

6

meninggikan prestasi kita berbanding

kakitangan lain. Persiapkan diri

dengan segala ilmu serta kemahiran

yang tinggi. Contoh nilai tambah yang

lain adalah selain dari kemahiran dari

segi teknikal, tuan/puan jua boleh

bergiat aktif dalam Kelab, Puspanita,

Pemurni dan lain-lain.

5. Tuan/Puan juga seharusnya berani

menerima cabaran dalam kerjaya.

Contoh termudah adalah sanggup dan

berani untuk berpindah sekiranya

diarahkan. Untuk makluman, pihak

7

pengurusan tidak kejam dengan

menukar atau memindahkan

kakitangan sesuka hati. Pihak

pengurusan telah meneliti seseorang

pegawai sebelum mengeluarkan

arahan berpindah. Perpindahan juga

elok untuk meluaskan pandangan

serta pengalaman seseorang pegawai

dalam menghadapi kerjaya di masa

hadapan. Seperti saya yang sudah 7

kali berpindah, menjadikan saya peka

dengan situasi dan masalah di tempat

lain.

8

6. “Dare to fail”. Satu ungkapan yang

harus dipegang oleh warga KIMIA.

Tidak semestinya kita gagal sekali,

kita akan gagal selamanya.

Mengambil contoh ungkapan Thomas

Edison iaitu “I have not failed. I've just

found 10,000 ways that won't work”.

Beliau telah mengalami kegagalan

beribu kali sebelum berjaya sebagai

pereka cipta yang berjaya dan

terkenal di seluruh dunia.

9

Hadirin sekalian,

[PENGANUGERAHAN PINGAT]

7. Pingat Negeri Pahang: Sukacita

dimaklumkan Encik Abdullah bin

Mohd Yusof, Pengarah JKMN

Pahang telah dikurniakan Darjah

Setia Mahkota Pahang (S.M.P.)

sempena Hari Ulang Tahun Hari

Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Sultan Pahang. Istiadat

pengurniaan tersebut telah diadakan

pada 12 Mei 2018 bertempat di

10

Balairung Seri, Istana Abu Bakar,

Pekan, Pahang.

8. Tahniah dan syabas atas

penganugerahan pingat tersebut.

Syabas!

Hadirin sekalian,

[PERSARAAN BULAN JUN 2018]

9. Untuk makluman semua, warga Kimia

berikut telah/akan bersara pada bulan

Jun 2018 ini:

11

4 Jun: Encik Selvan a/l Muthaiah

(Pembantu Makmal / C26, JKMN

Pulau Pinang)

29 Jun: YBrs. Dr. Silverraji a/l

Samiveloo (Pengarah / C54, JKMN

Melaka)

10. Setinggi penghargaan dan ucapan

ribuan terima kasih diucapkan. Jasa

anda pada Jabatan Kimia Malaysia

tidak akan dilupakan.

12

[KENAIKAN PANGKAT]

11. Pengesahan Kenaikan Pangkat

Jawatan Pegawai Sains Gred C48:

Encik Mohd Asri bin Razali (PTM)

Puan Noorhazlina binti Abu Bakar

(Pulau Pinang)

Puan Siti Nur Musliha binti

Mohamad Noor (Forensik)

Encik Mohd Zawawi bin Yusoff

(Kualiti)

Encik Sharani bin Abu Samah

(Sekitaran)

13

Encik Rosman bin Bawok

(Sekitaran)

Encik Ahmad Shamsul Irwan bin

Mohd Zaki (Forensik)

Puan Azalina binti Othman @ AB.

Rahman (Sekitaran)

YBrs. Dr. Nooratiny binti Ishak

(Sekitaran)

14

Warga Kimia yang dikasihi sekalian,

[MAJLIS KHATAM AL-QURAN &

BERBUKA PUASA]

12. Pada 1 Jun yang lepas, telah

diadakan majlis khatam Al-Quran dan

berbuka puasa di Kimia Ibu Pejabat.

Seramai lebih dua ratus orang warga

KIMIA serta ahli keluarga telah

menyertai majlis ini. Terlebih dahulu,

saya ingin merakamkan setinggi -

tinggi penghargaan dan ribuan terima

kasih kepada Pemurni, Kelab Sukan &

15

Kebajikan serta Puspanita Kimia, juga

kepada mereka yang bertungkus

lumus menjayakan majlis ini secara

langsung atau tidak langsung.

13. Majlis seperti ini amat bermakna buat

kita semua kerana kita bukan sahaja

dapat berkumpul untuk berbuka puasa

bersama-sama, malah kita dapat

memberi sumbangan kepada warga

Kimia yang ditimpa musibah serta

yang memerlukan.

14. Di sini saya ingin merakamkan ucapan

ribuan terima kasih kepada warga

16

Kimia Ibu Pejabat serta pegawai dari

negeri / cawangan yang telah

menyumbang bagi majlis tersebut.

Untuk makluman, jumlah sumbangan

yang telah diterima adalah bernilai RM

6,360.

15. Pemberian dapat meningkatkan rasa

ukhuwwah dan persaudaraan

kemanusiaan. Seperti ungkapan,

“tangan yang memberi lebih baik dari

tangan yang menerima”. Sehubungan

dengan itu, saya ingin mengucapkan

17

setinggi penghargaan kepada semua

penderma dan penyumbang majlis ini.

Hadirin Sekalian

SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN KITA

SEBAGAI WARGA KERJA JABATAN

KIMIA KEPADA JABATAN SEPANJANG

SETENGAH TAHUN 2018

16. Marilah kita renungkan sejenak.

Adakah setiap kita telah

melaksanakan tanggungjawab yang

18

diamanahkan sebagai warga kerja

Jabatan Kimia Malaysia? Adakah kita

telah mencapai sasaran prestasi kerja

yang telah ditetapkan kepada kita?

Tuan/puan sendiri dapat menilai diri

masing-masing. Kepada mereka yang

telah mencapai prestasi yang

membanggakan , tahniah diucapkan.

17. Manakala mereka yang merasakan

diri masih di tahap prestasi yang

rendah; Bangunlah! Berazamlah serta

berusahalah untuk menjadi warga

19

kerja yang lebih berdedikasi dan

cemerlang di sisa baki setengah tahun

2018 ini.

18. Renungkanlah ungkapan ini : YOU

NEVER REST ON YOUR LAST

VICTORY , THERE WERE ALWAYS

MORE TO DO .........

19. Ini bermakna kita tidak boleh terus

dibuai leka atas kecemerlangan masa

lalu. Tidak boleh berpuashati dan

mendabik dada dengan pencapaian

yang telah dicapai. Mungkin pada

masa itu pencapaian dan

20

perkhidmatan kita cukup untuk

kepuasan pelanggan kita. Masa kian

berubah. Kehendak dan ekspektasi

stakeholders sering meningkat yang

mengkhendaki kita lebih berkesan dan

memperkenalkan perkhidmatan yang

jauh lebih efisyen.

20. Masih terdapat banyak ruang untuk

kita melakukan penambahbaikan dan

kemajuan bagi kita mencapai visi kita.

Semua warga kerja hendaklah

memastikan Jabatan Kimia sentiasa

21

kekal relevan: dulu, kini dan

selamanya. Ini hanya boleh tercapai

jika kita sentiasa berfikir dan

berinovasi dalam melaksanakan tugas

harian dan pelaksanaan idea-idea

baru yang akan membolehkan

pelaksanaan operasi dan fungsi kita

berkonsepkan cepat, tepat dan

berintegriti.

(Penutup)

21. Sebelum saya mengakhiri ucapan,

saya ingin mengucapkan ‘Selamat

22

Hari Lahir’ kepada warga Kimia yang

menyambut ulang tahun kelahiran

pada bulan Jun ini serta selamat

menjalani ibadah di bulan Ramadan

yang penuh keberkatan ini.

Perbanyakkan amalan, bersangka

baik, berbuat baik dan hindari sikap

negatif di bulan yang mulia ini.

22. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

juga buat semua warga kerja KIMIA.

Bagi yang hendak pulang ke kampung

23

halaman nanti, berhati-hatilah di jalan

raya. Ingatlah orang yang tersayang...

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun: Pucuk selasih bertunas menjulang, Dahannya patah tolong betulkan, Bulan yang mulia kembali menjelang, Salah & khilaf mohon dimaafkan… Wabillahittaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh