perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3

27
UNIT PENGURUSAN KOKURIKULUM, SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 3 TAHUN 2013. 1.

Upload: isnu-sururi

Post on 21-May-2015

2.487 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Fail ini Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3 telah dimuat naik ke SLIDESHARE.NET yang membincangkan sedikit sebanyak perancangan sub unit memperbaiki aku janji dimasa hadapan. Is telah dibuat dan diubahsuai oleh guru-guru skpa3 pada tahun 2013 yang lalu. Terimalah seadanya.

TRANSCRIPT

Page 1: Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3

UNIT PENGURUSAN KOKURIKULUM, SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 3 TAHUN 2013.

1.

Page 2: Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3

PERANCANGAN STRATEGIK KECEMERLANGAN KOKURIKULUMSekolah Kebangsaan Puncak Alam 3,

42300 BANDAR PUNCAK ALAM

TAHUN 2012 – 2015.

KERTAS KONSEP

PERANCANGAN STRATEGIK KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3, 42300 BANDAR PUNCAK ALAM.

2012 - 2015

Page 3: Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3

FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM

Untuk melahirkan murid murid yang sedar bahawa pencapaian kecemerlangan serta budaya

kegigihan, ketahanan mental serta fizikal, kemulian rohani dan penghayatan nilai nilai murni

adalah berterusan demi melahirkan ahli masyarakat yang terbaik yang bakal menangani masa

depan bangsa dan negara.

VISI

Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 menjadi sekolah berkesan menjelang 2015.

MISI

Membanngunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 merupakan sebuah sekolah harian biasa yang

bertanggungjawab bukan hanya semata mata untuk mencapai kecemerlangan akademik murid

tetapi juga memupuk dan menerapkan sahsiah yang cemerlang.

Adalah menjadi matlamat sekolah untuk melahirkan insan yang seimbang dengan melatih murid

menggunakan masa lapang yang maksima serta memberikan rasa gembira dan sejahtera.Hasrat

ini dapat dipupuk melalui aktivit kokurikulum yang menjadi wadah untuk meningkatkan interaksi

dan integrasi di kalangan murid untuk membina sahsiah bersepadu dari segi psikomotor,kognitif

dan afektif.

Guru penolong kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai Dasar

Pendidikan Negara melalui pemantapan pengurusan kokurikulum.Bidang ini bertanggungjawab

merangkumi pengurusan aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan kelab, unit beruniform

serta 1 murid 1 sukan.

2

Page 4: Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3

2.0 MATLAMAT

Aktiviti Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 adalah bermatlamat untuk :

2.1 Mengadakan satu sistem pendidikan menyeluruh dengan tujuan melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan intelek

2.2 Meningkatkan minat, bakat dan kemahiran murid dalam aktiviti yang diceburi

2.3 Mengukuhkan interaksi dan intergrasi antara murid

2.4 Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

3.0 OBJEKTIF

Sejajar dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara, Perancangan Strategi Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 adalah bertujuan untuk :

3.1 Membentuk sifat berdikari dan kepimpinan yang tersusun dan berorganisasi

kepada setiap murid

3.2 Meningkatkan disiplin murid melalui pemupukan nilai dan sikap positif selaras

dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.3 Meningkatkan keseimbangan antara perkembangan mental, sosial, jasmani, minat

dan bakat murid ke arah kecemerlangan kokurikulum berpandukan Falsafah

Pendidikan Negara.

3.4 Mengukuhkan intergrasi dan interaksi di kalangan murid untuk meningkatkan

suasana sekolah yang ceria dalam usaha melahirkan budaya sekolah

yang cemerlang dan seterusnya dapat mencapai matlamat yang di sasarkan.

3.5 Meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara murid

dengan murid, murid dengan guru, sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.

3

Page 5: Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3

4.0 PEMANTAUAN

4.1 Pemantauan aktiviti kokurikulum adalah dilakukan dengan bantuan Setiausaha unit beruniform, setiausaha sukan dan permainan, setiausaha kelab dan persatuan dan setiausaha 1 Murid 1 Sukan.

4.2 Pemantauan yang dibuat antara lain merangkumi aspek :

4.2.1 Kehadiran ahli

4.2.2 Penyertaan murid

4.2.3 Kemudahan dan peralatan

4.2.4 Perjalanan aktiviti.

4.2.5 Matlamat dan objektif

4.2.6 Perlembagaan dan peraturan

4.2.7 Disiplin dan keselamatan

PERANCANGAN STRATEGIK UNIT UNIT KOKURIKULUM

a ) Perancangan Strategik Unit Beruniform

b) Perancangan Strategik Kelab dan Persatuan

c) Perancangan Strategik Sukan dan Permainan

d) Perancangan Strategik 1 Murud 1 Sukan

4

Page 6: Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3

5.0 ISU-ISU DAN MATLAMATISU STRATEGIK, MATLAMAT, KPI DAN SASARAN

UNIT BERUNIFORM (Format lama)

Kumpulan A

( Unit Beruniform )ISU STRATEGIK MATLAMAT

STRATEGIKINDIKATOR

PRESTASI

2012 2013 2014 2015

Pergerakan Doktor Muda

Pergerakan Kompang

Pergerakan Pengakap Muda Malaysia,

Pergerakan Persatuan Bulan Sabit Merah,

Pergerakan Puteri Islam Malaysia,

Pergerakan Puteri Tunas Malaysia.

Pergerakan Taekwando Malaysia, dan

Pergerakan Tunas Kadet Remaja Sekolah TKRS

Sebahagian murid dalam kokurikulum pakaian seragam tiada asas kawat kaki

Menjadi johan peringkat daerah dalam satu jenis pertandingan untuk badan beruniform (kawad kaki)

Tahap pencapaian Suku

AkhirSeparuh

akhir Naib

JohanJohan

Sebahagian guru kurang pengetahuan dan pengalaman dalam badan beruniform

Semua guru penasihat mempunyai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan tauliah untuk melaksanakan aktiviti.

Peratusan guru mempunyai pengalaman dan kemahiran

50% 70% 80% 92

Sikap murid yang memberi kesan besar terhadap prestasi mereka bagi menjalankan aktiviti pakaian seragam

Menambahbaikan sikap murid yang kurang berminat terhadap aktiviti pakaian seragam

Peratusan pelajar berminat menyertai badan beruniform

65% 78% 88% 90

Kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum menjadi satu masalah.

Mewajibkan kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum

Peratusan kehadiran murid dalam aktiviti badan beruniform

70% 80% 85 90%

5

Page 7: Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3

6

Page 8: Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3

PEMILIHAN STRATEGI : UNIT BERUNIFORM (Format lama)

ISU STRATEGIK STRATEGI YANG DICADANGKAN

PELAN TAKTIKAL YANG

DICADANGKAN

FAKTA YANG MENYOKONG STRATEGI INI

HALANGAN UNTUK

MELAKSANAKAN STRATEGI INI

PENDORONG UNTUK MEMILIH

STRATEGI

Sebahagian murid dalam

kokurikulum pakaian

seragam tiada asas

kawat kaki

Menjadi johan peringkat daerah dalam satu jenis pertandingan untuk badan beruniform (kawad kaki)

Kursus asas kawad badan beruniform

Latihan intensif Pertandingan

dalaman antara unit kecil

Pelajar boleh mematuhi arahan

Masalah kewangan.

Tiada uniform lengkap

Ahli badan beruniform melakukan aktiviti tanpa panduan mela kukan satu aktiviti sepanjang tahun.

Sebahagian guru kurang pengetahuan dan pengalaman dalam badan beruniform

Semua guru penasihat mempunyai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan tauliah untuk melaksanakan aktiviti.

Kursus dalaman Kursus anjuran

badan beruniform peringkat daerah atau negeri

Lawatan penanda aras ke sekolah yang mempunyai badan beruniform terbaik

Aktiviti terhad kepada latihan kawad sahaja.

Guru mempunyai pengetahuan asas badan beruniform

Pertindihan kursus, masa dan kewangan

Alasan peribadi, masalah kesihatan dan kekeluargaan.

Ahli badan beruniform melakukan aktiviti tanpa panduan.

Kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum menjadi satu masalah

Mewajibkan kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum

Mempelbagaikan aktiviti yang menarik

Masalah kewangan

Kekangan masa

7

Page 9: Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3

ISU STRATEGIK, MATLAMAT,KPI DAN SASARANKELAB DAN PERSATUAN (Format lama)

Kumpulan B

( Kelab & Persatuan )ISU STRATEGIK MATLAMAT

STRATEGIKINDIKATOR

PRESTASI

2012 2013 2014 2014

Kelab Agama Islam

Kelab Bahasa Inggeris

Kelab Bahasa Melayu

Kelab Kebudayaan

Kelab Matematik Sains

Kelab Pusat Sumber Sekolah

Kelab Rukunegara 3K

Kelab SPBT

Kelab Teknologi Maklumat / ICT ; dan

Kelab TPRS – Kaunseling

Sebahagian besar guru kurang berpengalaman dan pengetahuan dalam kokurikulum berkaitan kelab dan persatuan.

Semua guru penasihat mempunyai pengetahuan, kemahiran dan tauliah untuk melaksanakan aktiviti

Peratusan guru mempunyai pengalaman dan kemahiran

65 % 75 % 80 90 %

Pencapaian murid dalam pertandingan bercerita, sajak dan sebagainya kurang memuaskan

Menjadi johan peringkat daerah dalam salah satu pertandingan yang dijalankan.

Tahap pencapaian

Akhir Naib johan

Naib Johan

Johan

Aktiviti kelab dan persatuan yang membosankan pelajar

Mempelbagai kan aktiviti yang dijalankan dalam kelab dan persatuan

Murid terlibat sepenuhnya dalam aktiviti yang dijalankan

65 % 80 % 90 % 99 %

8

Page 10: Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3

PEMILIHAN STRATEGI : KELAB DAN PERSATUAN(Format lama)

ISU STRATEGIK STRATEGI YANG DICADANGKAN

PELAN TAKTIKAL YANG DICADANGKAN

FAKTA YANG MENYOKONG STRATEGI INI

HALANGAN UNTUK MELAKSANAKAN STRATEGI INI

PENDORONG UNTUK MEMILIH STRATEGI

Pencapaian murid dalam pertandingan bercerita, sajak dan sebagainya kurang memuaskan

Membimbing pelajar yang berpotensi untuk menyertai pertandingan

Latihan dan bimbingan daripada guru penasihat

Program bersama kelab dan persatuan

Pelajar yang berpotens

Guru yang berpengalaman

Jadual guru yang padat

Murid tiada keyakinan diri

JPN dan Dasar KPM

Aktiviti kelab dan persatuan yang membosankan pelajar

Mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pelajar

Pertandingan reka cipta antara dalam kelab

Program Latihan Intensif Pertandingan Bahasa (sajak, bercerita)

Guru penasihat yang komitmen

Ahli yang ramai dalam kelab dan persatuan

Kekangan masa

Kurang kerjasama antara ahli dalam kelab dan persatuan

JPN dan Dasar KPM

9

Page 11: Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3

ISU STRATEGIK, MATLAMAT, KPI DAN SASARANPERMAINAN (Format lama)

Kumpulan C( Permainan )

ISU STRATEGIKMATLAMAT STRATEGIK

INDIKATORPRESTASI

2012 20132014

Badminton,

Bola Baling,

Bola Jaring,

Bola Keranjang,

Bola Sepak,

Hoki,

Olahraga,

Ping pong dan ;

Sepak Takraw,

Keperluan program latihan yang bersistematik dan

berkesan untuk murid

Murid memperbaiki pengetahuan asas sesuatu permainan

Peratusan murid mengetahui asas sesuatu permainan

Akhir 70% 80% 90%

Memberi fokus kepada kecemerlangan pencapaian olahraga sekolah peringkat MSSD

Menjadi johan keseluruhan olahraga peringkat MSSD

Tahap pencapaian.

Akhir Ke 5 Ke 3 Naib johan

Guru tiada asas kejurulatihan dalam permainan.

Menyediakan guru yang berkemahiran untuk melatih murid.

Peratusan guru yang berkemahiran dalam sesuatu permainan

Akhir 70% 80% 90%

10

Page 12: Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3

PEMILIHAN STRATGI : PERMAINAN(Format lama)

ISU STRATEGIK STRATEGI YANG DICADANGKAN

PELAN TAKTIKAL YANG DICADANGKAN

FAKTA YANG MENYOKONG STRATEGI INI

HALANGAN UNTUK MELAKSANAKAN STRATEGI INI

PENDORONG UNTUK MEMILIH STRATEGI

Terdapat guru yang kurang pengalaman mengendalikan sesuatu permainan

Menyediakan guru yang berpengalaman dalam permainan tertentu.

Latihan dan bimbingan kepada guru penasihat

Guru penasihat yang berkomitmen.

Guru kurang mempunyai kesempatan untuk melatih murid

JPN dan Dasar KPM

Murid menganggap sukan dan permainan hanyalah untuk mengisi masa lapang

Memberikan motivasi kepada murid bahawa sukan permainan juga penting untuk menjadi pelajar yang terbaik.

Latihan dan bimbingan kepada murid yang terpilih

Komitmen guru untuk memberikan latihan kepada murid

Sebilangan ibu bapa yang tidak membenarkan penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan permainan.

JPN dan Dasar KPM

11

Page 13: Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3

ISU STRATEGIK, MATLAMAT,KPI DAN SASARAN1 MURID 1 SUKAN (Format lama)

Kumpulan D( 1M 1S)

ISU STRATEGIKMATLAMAT STRATEGIK

INDIKATORPRESTASI

2012 2013 2014

Badminton,

Bola Baling,

Bola Jaring,

Bola Keranjang,

Bola Sepak,

Hoki,

Olahraga,

Ping pong dan ;

Sepak Takraw,

Keperluan program latihan yang bersistematik dan berkesan untuk murid

Murid memperbaiki pengetahuan asas sesuatu permainan

Peratusan murid mengetahui asas sesuatu permainan

70 % 86 % 88 % 96 %

Alatan yang tidak mencukupi menampung keperluan murid yang ramai

Menyediakan alatan yang mencukupi untuk kegunaan murid

Kelengkapan alatan yang mencukupi untuk semua murid

70 % 80 % 90 % 99 %

Guru tiada asas kejurulatihan dalam permainan.

Menyediakan guru yang berkemahiran untuk melatih murid.

Peratusan guru yang berkemahiran dalam sesuatu permainan

60 % 70 % 85 % 99 %

12

Page 14: Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3

PEMILIHAN STRATEGI : 1 MURID 1 SUKAN(Format lama)

ISU STRATEGIK STRATEGI YANG DICADANGKAN

PELAN TAKTIKAL YANG DICADANGKAN

FAKTA YANG MENYOKONG STRATEGI INI

HALANGAN UNTUK MELAKSANAKAN STRATEGI INI

PENDORONG UNTUK MEMILIH STRATEGI

Terdapat guru yang kurang pengalaman mengendalikan sesuatu permainan

Menyediakan guru yang berpengalaman dalam permainan tertentu.

Latihan dan bimbingan kepada guru penasihat

Guru penasihat yang berkomitmen.

Guru kurang mempunyai kesempatan untuk melatih murid

JPN dan Dasar KPM

Murid menganggap sukan dan permainan hanyalah untuk mengisi masa lapang

Memberikan motivasi kepada murid bahawa sukan permainan juga penting untuk menjadi pelajar yang terbaik.

Latihan dan bimbingan kepada murid yang terpilih

Komitmen guru untuk memberikan latihan kepada murid

Sebilangan ibu bapa yang tidak membenarkan penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan permainan.

JPN dan Dasar KPM

13 TAMAT. Nov 2013