peranan guru sekolah rendah

33
PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH EDU 3108 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Upload: aimeeshah67

Post on 23-Jun-2015

2.160 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Guru Sekolah Rendah

PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH

EDU 3108ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN

PROFESIONAL GURU

Page 2: Peranan Guru Sekolah Rendah

Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat :

• menghuraikan amalan guru yang sejajar sesuai dengan pendidikan semasa

• membina kesediaan untuk menerima peranan-peranan guru yang dikaitkan dengan guru yang berkesan

Page 3: Peranan Guru Sekolah Rendah

PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH

•Agen sosial•Agen perubahan•Pengganti ibu bapa•Pembentuk tingkah laku•Pengurus pembelajaran

Page 4: Peranan Guru Sekolah Rendah

Agen sosialDEFINISI

Peranan untuk menyemarakan kesedaran bergelagat secara tertentu/terancang menerusi pelbagai bentuk mekanisme perhubungan dengan individu , komuniti

PERANAN AGEN SOSIAL• AGEN KESEDARAN BUDAYA

– Dasar Budaya Kebangsaan– Dasar Budaya Lestari

• AGEN KESEDARAN AGAMA, AKHLAK DAN NILAI– Dasar Amalan Agama– Pelan Intergriti Nasional

• AGEN PEMBENTUKAN JATI DIRI DAN KEWARGANEGARAAN– Prinsip Rukun Negara– Masyarakat maju dan saintifik (wawasan 2020)– Semangat Cintakan Negara Malaysia (Patriotisme)

• AGEN PEMBENTUKAN KOMUNITI MASA DEPAN– Masyarakat Majmuk– Intergrasi Nasional– Konsep satu Malaysia

Page 5: Peranan Guru Sekolah Rendah

Dasar Budaya Kebangsaan

Berpegang kepada 3 prinsip– Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal

Rantau Nusantara– Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar

boleh diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.

– Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Page 6: Peranan Guru Sekolah Rendah

Dasar Alam Sekitar1. Pengawasan Alam SekitarMenghormati dan berperihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika yang tertinggi. 2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian AlamMemulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem sokongan hidup. 3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam SekitarMemastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan ekonomi

dan pembangunan manusi. 4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber AsliMenguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar. 5. Membuat Keputusan BersepaduMengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan mandat semua sektor. 6. Peranan Sektor SwastaMemperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar. 7. Komitment dan KebertanggungjawabanMemastikan semua pembuat keputusan di sektor awam dan swasta, pengguna-pengguna sumber, pertubuhan bukan kerajaan

dan orang awam mempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar ketika membentuk, merancang dan melaksanakan aktiviti masing-masing.

8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat AntarabangsaMenyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.

Page 7: Peranan Guru Sekolah Rendah

Dasar Amalan Agama

• Perlembagaan Malaysia membenarkan kebebasan beragama.

• Perkara 11 menyatakan, “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya,” tetapi perkara ini juga memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk “mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.” Perkara 3 dalam Perlembagaan menyatakan bahawa, “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dan “Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam.”

• Perkara 160 dalam Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam. Mahkamah sivil biasanya menyerahkan kuasa kepada mahkamah Syariah bagi kes-kes berkaitan keluar daripada agama Islam, dan mahkamah Syariah pula enggan membenarkan sesiapa keluar daripada agama Islam. Undang-undang dan dasar-dasar lain mengenakan beberapa sekatan terhadap kebebasan beragama.

Page 8: Peranan Guru Sekolah Rendah

Pelan Intergriti Nasional• Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui

pembinaan keluarga bahagia;• Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani

dan rohani; dan• Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan

identiti

• Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti

• Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti; dan

• Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum

Page 9: Peranan Guru Sekolah Rendah

Prinsip Rukun NegaraMalaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada rakyat berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup sosial, kebudayaan dan kepercayaan yang berbeza. Ini menyebabkan perpaduan agak sukar dicapai kerana setiap orang mempunyai kepercayaan dan pandangan hidup yang berbeza. Oleh itu, kita memerlukan sesuatu yang dapat mengeratkan perhubungan sesama rakyat dan membolehkan kita hidup bersama dengan aman dan harmoni di bawahbumbung yang sama tidak kira sama ada dari kaum atau status yang berbeza.

Sehubungan itu, Rukun Negara telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail Nasuruddin Shah pada 31 Ogos 1970. Antara tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan prinsip hidup semua rakyat negara ini dan menjamin perpaduan kaum dan keamanan negara. Rukun Negara seharusnya dijadikan panduan oleh setiap rakyat yang mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia.

Page 10: Peranan Guru Sekolah Rendah

• Kepercayaan kepada Tuhan,Kesetiaan kepada raja dan negara,Keluhuran Perlembagaan,Kedaulatan Undang-undang,Kesopanan dan kesusilaan.

Page 11: Peranan Guru Sekolah Rendah

Masyarakat yang maju dan saintifik

Masyarakat yang maju dan saintifik sentiasa bersedia menerima perubahan untuk menjadi lebih baik. Kemajuan pula bererti berubah daripada keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik.

Fikiran terbuka untuk menerima idea baru dan berubah mengikut objektif yang dikehendaki amat penting.

Pendidikan dan latihan merupakan wahana terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau `world class’ akan menentukan kejayaan perubahan insan. ( mohd najib , 1997 )

Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Masa dan pelbagai faktor lain menuntut perubahan dalam pendidikan. Perubahan ialah salah satu fakta yang wujud dalam pendidikan. Ada faktor luaran dan dalaman yang mendesak dan menekan untuk melakukan perubahan.

Page 12: Peranan Guru Sekolah Rendah

Patriotisme

didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' (bahasa Latin patria < bahasa Greek patris, oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain.

Patriot mematuhi nilai-nilai patriotik tertentu, seperti menghormati bendera menyanyi lagu kebangsaan, meraikan bulan kemerdekaan, menghormati tokoh-tokoh negarawan, wira-wira perjuangan.

Page 13: Peranan Guru Sekolah Rendah

Masyarakat majmuk merujuk kepada beberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat, tetapi hidup terpisah kerana mengamalkan cara hidup, adat, kepercayaan yang berbeza dengan bangsa lain.

INTEGRASI NASIONAL Suatu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan tanpa menghilangkan ciri-ciri kelompok masing-masing.

Page 14: Peranan Guru Sekolah Rendah

1. Menstruktur semula perpaduan rakyat dan masyarakat Malaysia (Perpaduan Nasional) serta meningkatkan nilai dalam kesejahteraan kehidupan rakyat.

2. Meniupkan semangat sebuah generasi baru untuk berkhidmat kepada Malaysia yang mempunyai satu penyatuan pemikiran, satu semangat perjuangan berlandaskan semangat Perlembagaan Persekutuan.

3. Untuk membentuk negara maju dengan mengambil kira

keperluan rakyat tanpa mengira kaum.

4. Untuk bersedia menghadapi sebarang cabaran terhadap rakyat dan negara daripada anasir yang boleh memecah belah dan menghancurkan negara samada dari luar dan dalam negara.

Konsep satu Malaysia

Page 15: Peranan Guru Sekolah Rendah

Agen PerubahanCarnall ( 1991 ) perkara yang pasti akan berlaku untuk setiap organisasi adalah perubahan. Perubahan adalah satu keperluan dan setiap organisasi pasti akan menghadapinya, mahu atau tidak mahu. Perubahan adalah agenda khas dalam pengurusan di alaf baru.

Perubahan terpaksa dilakukan kerana wujudnya globalisasi, negara tanpa sempadan, peningkatan teknologi komputer dan internet di hujung jari dan persaingan antara kelompok atau negara semakin meningkat.

Page 16: Peranan Guru Sekolah Rendah

Perubahan PersepsiPerubahan TingkahlakuPerubahan Teknologi Anjakan Paradigma

Page 17: Peranan Guru Sekolah Rendah

Perubahan Persepsi• Perubahan yang berlaku dalam domain kognitif

dan metakognitif dan Affektif

• Perlu ada rangsangan / pemikiran luar kekotak untuk mencetus perubahan

• Berupaya mengubah nilai, idealogi, prinsip dari plaform lama kepada platform baru

• Boleh dikesan awal melalui butiran perbualan

• Menjadi titik tolak untuk membentuk perubahan tingkahlaku

Page 18: Peranan Guru Sekolah Rendah

Perubahan Tingkahlaku

• Perubahan yang berlaku dalam domain psikomotor menggunakan pancaindera

• Rangsangan diterima mencontohi identiti pelaku idola/model

• Peniruan perlakuan idola / model di jadi kan titik awal perubahan. (Hidonisme)

• Secara beransur menghayati identiti baru dan mewatak

• Boleh dikesan awal melalui gaya terubah (ala-ala)

Page 19: Peranan Guru Sekolah Rendah

Perubahan Teknologi

• Perubahan yang berlaku pada alatan yang menyokong kesinambungan kehidupan manusia.

• Bertujuan memudahkan manusia menguruskan aktiviti rutin kehidupan.

• Membentuk penanda arasan yang baru dalam ketamadunan manusia.

• Membantu manusia menguasai perlumbaan meneruskan kesinambungan kehidupan.

Page 20: Peranan Guru Sekolah Rendah

Anjakan Paradigma– Perkataan anjakan paradigma dipopularkan oleh Thomas Kuhn dalam

tahun 1963.

– Mengikut Kuhn, kemajuan saintifik bukanlah satu proses evolusi, tapi satu siri selingan damai yang disentak oleh revolusi intelektual yang menggegarkan. Dalam revolusi ini berlaku satu penggantian dalam tassawur atau konsep 'world view'.

– Revolusi intelektual • Perubahan dalam cara kita berfikir, merancang bertindak dan

menilai• Perubahan akan terus kekal menjadi rutin kehidupan mendatang• Memberi kesan positif kepada individu / organisasi untuk jangka

panjang

Page 21: Peranan Guru Sekolah Rendah

Pengganti ibu bapa

• IN LOCO PARENTIS – bahasa latin yang membawa makna ibu bapa gantian

Page 22: Peranan Guru Sekolah Rendah

Pengurus pembelajaran• Apa itu pengurusan

• Pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti yang dilaksana guru untuk membentuk dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjah yang membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran (Weber,1999)

• . Apa itu pembelajaran• Marton & Booth menyatakan bahawa pembelajaran ialah “learning is

about how we perceive and understand the world, about making meaning” . (Fry et al., 2003). .

Ini menunjukkan bahawa bentuk pembelajaran boleh merupakan sesuatu prinsip yang abstrak, maklumat serta fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan untuk melakukan sesuatu serta penaakulan

• Kemahiran sebagai pengurus pembelajaran• kemahiran mengelola / menyelia pembangunan insaniah pelajar

(student outcome) • Kemahiran pengurusan persekitaran pengajaran-pembelajaran• Kemahiran menggunakan pendekatan pembelajaran dan strategi

pembelajaran

Page 23: Peranan Guru Sekolah Rendah

• Kemahiran sebagai pengurus pembelajaran• kemahiran mengelola / menyelia pembangunan insaniah pelajar

(student outcome) • Kemahiran pengurusan persekitaran pengajaran-pembelajaran• Kemahiran menggunakan pendekatan pembelajaran dan

strategi pembelajaran

Page 24: Peranan Guru Sekolah Rendah

• kemahiran mengelola / menyelia pembangunan insaniah pelajar (student outcome)

• Tujuan • merangsangkan murid supaya menggerakkan mereka

sentiasa bermotivasi untuk belajar • mewujudkan situasi berlumba untuk belajar yang

positif • mencerap kemajuan pencapaian pelajar dari masa ke

semasa.

• Apa yang perlu dikelolakan• Refleksi pengajaran dan pembelajaran setiap kali sesi

pembelajaran • Rekod kehadiran Pelajar• Rekod Pencapaian Pelajar• ADAB

Page 25: Peranan Guru Sekolah Rendah

• Kemahiran pengurusan persekitaran pengajaran-pembelajaran

• Tujuan • membina dan menggalakan persekitaran

pembelajaran yang kondusif• asas amalan konsep 3 K

(keselamatan, kebersihan, keceriaan)• asas amalan konsep lestari

• Apa yang perlu dikelolakan• susun atur meja yang berkesan• pengudaraan / penyamanan• sudut bacaan / papan kenyataan• jadual kebersihan (duty roster)

Page 26: Peranan Guru Sekolah Rendah

• Kemahiran menggunakan pendekatan pembelajaran dan strategi pembelajaran

• Tujuan • merancang / membina proses pembelajaran secara

profesional• mengikut kaedah –kaedah yang diperakui oleh pakar

pendidikan

• Apa yang perlu dikuasai • Konsep pembelajaran

• SLC – TLC- ILC• Pendekatan Pembelajaran

• Constructivisme – Contactualisme – Mastery Learning• Strategi pembelajaran

• demonstrasi, sumbangsaran, penyelesaian masalah, belajar sambil melawat ……

Page 27: Peranan Guru Sekolah Rendah

Pembentuk tingkah laku

• Tujuan • Mengurus Tingkah Laku Pelajar agar sejajar

dengan norma

• Apa yang perlu dikuasai

• Pengesanan Jenis-Jenis Tingkah Laku • Keperluan Mempraktikkan Aspek Kemanusiaan

Page 28: Peranan Guru Sekolah Rendah

Jenis-Jenis Tingkah Laku Bermasalah

MASALAH TINGKAH LAKU MURID BERKEPERLUAN KHAS (PKBP)

penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negative, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.

Tindakan

Guru hendaklah peka di dalam penyediaan bahan yang bersesuaian dengan murid-murid keperluan khas ini.

Page 29: Peranan Guru Sekolah Rendah

TINGKAH LAKU BERMASALAH

dua kategori utama iaitu tingkah laku bermasalah positif dan negatif

Tingkah laku bermasalah positif • dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran merujuk

kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku atau di sekolah dipanggil hiperaktif positif.

• secara umumnya perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid, namun

sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku.

Page 30: Peranan Guru Sekolah Rendah

Tingkah laku bermasalah negatif

• perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, • disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu,• tingkah laku bergantung yang berlebihan.

Page 31: Peranan Guru Sekolah Rendah

perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial,

Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain.

Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Tingkahlaku destruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen

Tindakan : dicatit di dalam buku disiplin sekolah . Tindakan akan diambil adalah berbentuk amaran untuk pertama kali dan kedua kali dilakukan. Apabila ianya kerab dilakukan maka murid itu akan diambil tindakan berjumpa dengan waris sebelum sekolah mengambil tindakan susulan. Terdapat buku peraturan sekolah dan tindakan yang akan diambil termasuk merotan mengikut undang-undang yang ditetapkan sekolah dengan perserujuan ibubapa dan Jabatan Pendidikan.

Page 32: Peranan Guru Sekolah Rendah

tingkah laku desruptif pula sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran.

disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu,

bercakap sesama mereka, menjerit, mengganggu rakan sekelas dan sebagainya.

disebabkan kurangnya guru mengendalikan murid-murid tersebut seperti tidak mempelbagaikan kaedah penyampaian mengajar

kesannya pelajar hilang minat untuk mengikuti pembelajaran

Tindakan :guru mesti memainkan peranan dengan menggunakan kaedah modelling iaitu modifikasi tingkah laku melalui ubah suai luaran.

Modifikasi ini merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku seorang model yang disanjung dan secara tidak langsung mengubah tingkah lakunya. – Teori Bandura

Page 33: Peranan Guru Sekolah Rendah

tingkah laku bergantung yang berlebihan.

orang yang diharapkan tiada, individu ini akan berasa cemas, takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa yang dilakukannya.

Individu sebegini juga merupakan individu yang pendiam, tidak aktif, rendah diri, selalu mengalami kebimbangan dan tekanan

punca berlaku tingkah laku pergantungan berlebihan ialah akibat ibu bapa yang mengamalkan perlindungan terlampau, suasana rumah tangga yang tegang, autokratik dan tidak mempercayai kanak-kanak

Tindakan mengambil tindakan dengan memberi tumpuan kepada murid tersebut secara individu agar murid dapat memberi perhatian

Tuntun murid untuk berdikari secara beransur-ansur