penyusunan masyarakat dan pemantapan perpaduan
TRANSCRIPT
PENYUSUNAN MASYARAKAT DAN PEMANTAPAN PERPADUAN
KUMPULAN 2:MUHAMMAD AMIN SYAFIQ
NUR JANNAH NABIHAH SABRI
PENGENALAN
• Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) telah bermula sebelum kemerdekaan lagi apabila British memperkenalkan Sistem Ahli.
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
LAPORAN BARNES 1950 LAPORAN FENN-WU 1951
ORDINAN PELAJARAN 1952
LAPORAN RAHMAN TALIB 1960
PENYATA RAZAK 1956
JAWATANKUASA KABINET 1974
LAPORAN JAWATANNKUASA KABINET 1979
LAPORAN BARNES 1950
• Mencadangkan semua sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil dibubarkan serta digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan.
• Bahasa pengantar sekolah rendah - bahasa Melayu sekolah menengah - bahasa Inggeris
• Cadangan ini ditentang oleh masyarakat Cina kerana menganggap bahasa ibunda mereka akan tergugat.
Mewakili masyarakat CinaLAPORAN
FENN-WU 1951
Mencadangkan sekolah vernakular Cina terus kekal
Bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.
ORDINAN PELAJARAN 1952
Mengambil kira Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu.
Mencadangkan dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan diajar apabila mendapat permintaan daripada ibu bapa.
Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan sebaliknya.
Tidak dapat dijalankan :• tentangan masyarakat Cina dan India• kekurangan kewangan • ancaman pengganas komunis.
PENYATA RAZAK 1956
sistem persekolahan yang sama
kurikulum yang bercorak kebangsaan.
sekolah jenis umum (rendah) ~~bahasa Inggeris, Cina dan Tamil(bahasa pengantar)
Penubuhan sekolah umum ( rendah ) ~~bahasa Melayu(b.pengantar)
Dijadikan Ordinan Pelajaran 1957
LAPORAN RAHMAN TALIB 1960
Sekolah umum – sekolah kebangsaan
Sekolah jenis umum – sekolah jenis kebangsaanPelajaran percuma kepada semua kaum
Bahasa Melayu sebagai bahasapengantar (sekolah menengah)
~Agama Islam~bahasa Tamil~bahasa Cina
Akan di ajar jika terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar
Peperikasaan dalam bahasa kebangsaan
JAWATANKUASA KABINET 1974
kaji semula pelaksanaansistem pelajaran kebangsaan
Penekanan terhadap 3M
Kenaikan darjah secara automatik
Sukatan pelajaran sekolah swasta
Bahasa Melayu sebagai subjek wajib dalam peperiksaan
Pelaksanaaan ko-kurikulum
LAPORAN JAWATANKUASA KABINET
1979
Kementerian Pendidikan melaksanakan
~~KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah 1982)~~KBSM ( Kurikulum Berseoadu Sekolah Menengah 1988)
Menekankan perkembangan pelajar dari segi JERIS
MATLAMAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia
dan bersatupaduMelahirkan insan yang beriman,
berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan
Memberi peluang pendidikan kepada semua
warganegara Malaysia
PENDEMOKRASIANPENDIDIKAN
Tiada pelajar buta huruf
Wujudkan sistem pendidikan umum selama 11 tahun
Menyediakan kemudahan asas pendidikan mengikut piawaian
Pastikan semua kanak-kanak akan memasuki sekolah pada umur 5 tahun
Pelaksanaan pendidikan wajib di sekolah rendah
PERPADUAN NEGARA
Semua sekolah pelbagai aliran dibina dalam satu kompleks
Menyepadukan Sekolah Agama Rakyat / Kerajaan Negeri
Sekolah Integrasi
Sekolah Wawasan
SBP Integrasi
KEMUDAHAN PENDIDIKAN
Hanya satu sesi persekolahan bagi
sekolah rendah dan menengah
Saiz kelas~sek.rendah tdk melebihi 35 orang~sek.menengah tdk melebihi 40 orang
Sesi persekolahan ( 8pg-4ptg)
Kemudahan asas~elektrik, air, komputer, telefon, mesin faks
Selenggara institusi pendidikan
Pastikan kemudahan tambahan spt rumah guru, asrama
dan kemudahan sukan disediakan
Kemudahan~buku teks, biasiswa
KEMUDAHAN PENDIDIKAN TINGGI
menaikkan taraf maktab perguruan / politeknik
menjadi Kolej Universiti
IPT dapat menampung antara 20,000-30,000 pelajar
Menentukan 30% daripada penduduk yang berumur 19-24 tahun
mendapat peluang memasuli IPT
PEMBELAJARAN SEUMUR HIDUP
Satupasukan program dan aktiviti pendidikan dengan sektor swasta
Wujud celik budaya saintifik dan teknik
Sediakan kelas lanjutan dan kelas komputer
Sediakan pelbagai laluan dan pilihan untuk memasuki bidang pengajian
PENDIDIKAN KEPERLUAN KHAS
Mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa
Bina sekolah khas dengan keperluan
kepada pelajar tertentu
Tubuhkan Institusi Pendidikan Khas
PENILAIAN DAN PENGUKURAN
Laksanakan sistem pendidikan terbuka
Pastikan 60% soalan adalah critical thinking
Wujud sitem pensijilan terbuka di peringkat SPM
Wujud kaedah penilaian bagi kurikulum baru rekacipta
KURIKULUM
Mengubahsuai kurikulum sekolah rendah dan menengah untuk menghadapi dan mengalami isu-isu: Perpaduan Negara Pendidikan Moral Kesepaduan Nilai Patriotisme
Memastikan sains dan teknologi merentasi kurikulum semua peringkat mata pelajaran
Memastikan kesinambungan kurikulum prasekolah ke peringkat pendidikan tinggi
Bahasa tambahan di sekolah rendah(Tamil, Cina, Arab)
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
menyepadukan pendidikan prasekolah yang dikehendaki oleh agensi kerajaan di bawah KPM.
memastikan semua kanak-kanak mengikuti pendidikan prasekolah
menyelaraskan kurikulum
TENAGA MANUSIA
Memastikan 80% daripada keperluan tenaga menusia dipenuhi dalam bidang :
•Kejuruteraan• perakaunan• perubatan• senibina• perguruan
Nisbah sains dan sastera pada tahun 2010 :
• sains, 60% : sastera, 40%
TENAGA PENGAJAR
Kelulusan tenaga pengajar:• menengah (100%, ijazah)• rendah ( 50%, ijazah 2010)• pengetua (ijazah lanjutan)Guru dalam bidang
# Pj# kesihatan# kaunseling# pendidikan khas
Latihan dalam perkhidmatan bagi guru
Menubuhkan dan mengembangkan cawangan2 Institut Aminuddin BakiGuna teknologi moden
SISTEM PENGURUSAN
Melaksanakan pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam dan Ikhtisas bagi tingkatkan pengurusan
Amalkan prinsip perkhidmatan penyayang• Koperasi Guru• Kesatuan Bekas Pendidik• Majlis Guru Besar
Mewujudkan strategi bagi memastikan kesinambungan pengurusan yang berkesan
PENGLIBATAN MASYARAKAT
Wujudkan PIBG Daerah, Negeri dan Kebangsaan
Menentukan masyrakat membiayai sebahagian daripada kos pendidikan
PENYELIDIKAN DAN SISTEM INFORMASI
Wujudkan jaringan Teknologi Maklumat (on line system) Tubuhkan Institut Penyelidikan
Pendidikan Negara
Memantapkan penghantaran maklumat pendidikan melalui media cetak dan elektronik
Objektif :
1. Membentuk, mewujud, dan mengekalkan identiti negara yang unik.2. Menjadi saluran untuk mengekalkan perpaduan bangsa dan negara melalui
kebudayaan.
Strategi:
3. Meningkatkan taraf dan mutu kesenian4. Memenuhi keperluan sisiobudaya yang terdiri dari masyarakat majmuk.5. Mengamalkan toleransi agama dan budaya6. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah mewujudkan kesedaran
kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Melayu
Latar belakang
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.
Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
Rasional
Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.
• Sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:
I. Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan
ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.
(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.
• Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971
Objektif
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh
daripada Kebudayaan Kebangsaan(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan
dan kerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:
(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya
(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan
(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia; (iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya
(iv) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
•Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.
•Penutup Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum.
MEMAHAMI KEBUDAYAAN SECARA UMUM
Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.
Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan salah satu daripada usaha pihak kerajaan untuk mewujudkan perpaduan rakyat di negara ini.
Beberapa dasar diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini untuk membentuk perpaduan seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta ideologi kebangsaan, iaitu Rukun Negara.
Walau bagaimanapun, sejak kemerdekaan, usaha kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan masih diteruskan.
Peranan kebudayaan dalam memupuk perpaduan masyarakat sememangnya sangat penting.
Kepentingan kebudayaan kebangsaan ini telah dibicarakan dengan jelas dalam Kongres Kebudayaan yang diadakan dalam tahun 1971.
Kongres Kebudayaan bertujuan :
1. Menentukan kebudayaan kebangsaan2. Mengemukakan syor-syor tentang cara-cara mencapai kebudayaan
kebangsaan.
Kongres ini akhirnya telah mengemukakan tiga dasar yang menjadi ciri asas kebudayaan kebangsaan negara ini, iaitu:
3. Kebudayaan negara ini haruslah berteraskan penduduk asli negara ini.4. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai wajar diterima dan menjadi
sebahagian daripada unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.5. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.
PENGENALAN
• Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1970 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein.
• Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan melalui Rancangan Malaysia Kedua.
• Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
• Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
• DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.
MATLAMAT
Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
• mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum
• mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
• Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar.
• Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar.
• Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik.
• Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah.
• Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
• Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian.
STRATEGI
Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
• Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
• Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
• Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
• Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.
AGENSI TERLIBAT
Agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan seperti:
• Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) ditubuhkan pada 1971 untuk menstabilkan harga padi.
• Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ditubuhkan pada 1971 untuk membangunkan industri perikanan dan meningkatkan taraf hidup nelayan.
• Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) 1971 untuk membangunkan bandar.
• Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) 1973 untuk membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah.
• Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 untuk membantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi.
• Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974 untuk memajukan sektor perindustrian dan perniagaan yang berkaitan dengan petroleum.
• Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri untuk menggalakkan perindustrian dan perdagangan (menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan kedai).