penyerapan pengetahuan

12
PENYERAPAN PENGETAHUAN BY : IDRIS - GLEEN - AREY

Upload: muhammad-idriez-abdul-hamid

Post on 13-Sep-2015

230 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

penyerapan

TRANSCRIPT

PENYERAPAN PENGETAHUAN

PENYERAPAN PENGETAHUANBY : IDRIS - GLEEN - AREYKONSEP 5PKonsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR/KSSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni, pemulihan dan juga pengayaan.Konsep Penyerapan Pengetahuan Penyerapan pengetahuan merupakan proses menyerapkan dan menyatukan ilmu pengetahuan daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu mata pelajaran. Penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran.

Ciri-ciri Penyerapan :Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai dan kemahiran berfikir/bernilai tambah dalam proses Pengajaran dan PembelajaranPeyerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritisPenyerapan semangat patriotisme dan nilai murni dalam Pengajran dan Pembelajaran.

Penyerapan Pengetahuan / Isi PelajaranKelebihan Penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.Pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain menjadikan murid menjadi lebih ceria, dan bersemangat.Contohnya, penyerapan mata pelajaran Sejarah atau Sains dan Matematik ke dalam Pendidikan Seni Visual.Penyerapan Nilai Murni dan Kewarganegaraan.Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat yang berlandaskan kepada Rukun Negara, hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penyerapan nilai tersebut boleh diserapkan pada bila-bila masa ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.Misalnya, menggunakan tema Cinta akan alam sekitar dalam menghasilkan karya seni. Penyerapan Kemahiran Berfikir Dan Kemahiran Nilai Tambah.

Kemahiran berfikir perlu diserapkan dalam aktiviti pengajaran. Contoh kemahiran berfikir yang boleh diserapkan sewaktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual adalah dalam pemilihan hal benda yang sesuai mengikut tema.Kemahiran nilai tambah juga dapat mengelakkan kebosanan di kalangan murid. Murid memperolehi pengetahuan dan pengalaman secara tidak lansung, di samping mempelajari dunia seni.

Rasional Proses Penyerapan1. Melalui aspek pembelajaranProses ini membantu murid menambahkan kefahaman dan kemahiran, dengan mematuhi arahan dan peraturan. Guru juga dapat membentuk sikap ingin menambah ilmu pengetahuan serta meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati. Corak pemikiran yang terbuka dan rasa ingin tahu juga dapat dipupuk dalam diri pelajar. Seterusnya, guru dapat membentuk pemikiran yang rasional, logik, dan positif kepada murid.

2. Menerusi aspek komunikasiGuru dapat membantu murid dalam menguasai pengetahuan dalam komunikasi di bilik darjah melalui penyerapan pengetahuan yang disampaikan kepada guru.Murid akan memahami serta mengamalkan aspek nilai dan tingkah laku yang sesuai demi memperkembangkan diri serta memastikan mereka diterima rakan sebaya dan masyarakat.

Sekian, Terima Kasih