“penyelidikan tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 rasional seminar...

300
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG (PISMP Sains Ambilan Januari 2011) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 “Penyelidikan Tindakan Pemangkin Inovasi Pengajaran & Pembelajaran Sains” Tarikh : 2 - 3 September 2014 Tempat : IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

Upload: doantruc

Post on 02-May-2019

275 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BATU LINTANG

(PISMP Sains Ambilan Januari 2011)

Seminar Penyelidikan Tindakan

IPG KBL Tahun 2014

“Penyelidikan Tindakan

Pemangkin Inovasi

Pengajaran & Pembelajaran Sains”

Tarikh : 2 - 3 September 2014 Tempat : IPG Kampus Batu Lintang,

Kuching, Sarawak.

Page 2: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

i

Tarikh : 2-3 September 2014

Tempat : IPG Kampus Batu Lintang,

Kuching, Sarawak.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BATU LINTANG

“Penyelidikan Tindakan Pemangkin Inovasi Pengajaran & Pembelajaran Sains”

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan

(PISMP Sains Ambilan Januari 2011)

Seminar Penyelidikan Tindakan

IPG KBL Tahun 2014

Terbitan

Institut Pendidikan Guru

Kampus Batu Lintang

Page 3: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

ii

Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan

(PISMP Sains Ambilan Januari 2011) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Jalan College, 93200 Kuching, Sarawak. ISBN: 978-983-2827-23-8

Cetakan Pertama: 2014

© Hak cipta terpelihara IPG KBL. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel dan isi kandungan Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan (PISMP Sains Ambilan Januari 2011), Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Penyunting Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan (PISMP Sains Ambilan Januari 2011), Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2014, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (PISMP Sains Ambilan Januari 2011), Jalan College, 93200 Kuching, Sarawak. Pembaca diingatkan juga bahawa hasil penulisan pada Koleksi ini adalah semata-mata pandangan para penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pandangan para penyunting Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Penyelidikan Tindakan (PISMP Sains Ambilan Januari 2011), Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014.

Page 4: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

JAWATANKUASA PENERBITAN KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN PIMP AMBILAN JANUARI 2011

(SAINS PENDIDIKAN RENDAH) SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IPG KBL TAHUN 2014

Penaung

Tn. Hj. Awang Hambali Bin Hj. Awang Hamdan Pengarah

Penasihat

En. Jamiran Bin Salam Timbalan Pengarah

Pengerusi Bersama

En. Yahya Bin Sedik Ketua Jabatan Sains

Pensyarah Jabatan Sains

Dr. Tan Ming Tang En. Lee Gim Keit

En. Murugan A/L Mini Ratamun Pn. Lim Poh Moy

En. Joshua Oniyeye Ak Graman En. Harry Ak Aton En. Ooi Eng Hong

Ketua Penyunting dan Penyelaras Bersama

Dr. Tan Ming Tang

Panel Penyunting

Dr. Tan Ming Tang En. Lee Gim Keit

Sidang Pengarang

Angela Hii Ai Yin Betty Lau Chien Lu Carina Chan Hui Hung Chang Tun Kuet Chong Siau Nee Chua Ee Wang Goh Poi Gek Kelly Sim Boon Hui Lau Yieng Sin

Ruth Ting Sing Huong Sheila Lee Fui Li Sia Siew Bing Sia Soon Hung Tan Shi Jing Tang Kho Lee

Teoh Li Ming Wong Liew Ling Yeong Chan Yeu

Page 5: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

KANDUNGAN

Kandungan……………………………………………………………….. iv

Rasional dan Objektif Seminar Penyelidikan Tindakan…………...... vi

Jadual Seminar Penyelidikan Tindakan………………………………. viii

Senarai Pembentang dan Tajuk Artikel Penyelidikan Tindakan…… ix

Dari Meja Ketua Penyunting dan Penyelaras………………………… xii

Bil. Tajuk Kertas Kerja/ Nama Pembentang Muka Surat

1 Keberkesanan Penggunaan Peta Pokok terhadap Pencapaian dan Minat Murid Tahun Empat dalam Sains di Kuching (Angela Hii Ai Yin)

1

2 Keberkesanan Penggunaan Play Card terhadap Pencapaian dan Minat Murid Tahun Lima dalam Sains di Kuching (Wong Liew Ling)

16

3 Keberkesanan Pendekatan Inkuiri Penemuan terhadap Minat dan Kemahiran Menentukan Pembolehubah Murid Sains Tahun Empat di Kuching (Yeong Chan Yeu)

32

4 Keberkesanan Aktiviti ‘Hands-On’ terhadap Minat dan Pencapaian Murid Tahun Empat dalam Sains di Kuching (Betty Lau Chien Lu)

47

5 Keberkesanan Sistem Ganjaran dan Hukuman Meningkatkan Kekerapan Menghantar Kerja Rumah, Pencapaian dan Minat Murid Tahun Empat di Kuching (Tan Shi Jing)

63

6 Keberkesanan Penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam Meningkatkan Minat, Daya Ingatan dan Kefahaman Murid Tahun Lima di Kuching (Chua Ee Wang)

78

7 Keberkesanan Kaedah Bermain Sambil Belajar terhadap Minat, Penglibatan dan Kefahaman Murid Tahun Lima dalam Sains di Kuching (Tang Kho Lee)

92

8 Keberkesanan Sistem Ganjaran terhadap Kawalan Kelas, Penglibatan dan Kefahaman Sains Murid Tahun Empat di Kuching (Goh Poi Gek)

108

Page 6: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Bil. Tajuk Kertas Kerja/ Nama Pembentang Muka Surat

9 Keberkesanan Penggabungjalinan Seni Visual dalam Meningkatkan Minat, Penglibatan dan Pencapaian Murid Tahun Tiga dalam Sains di Kuching (Kelly Sim Boon Hui)

124

10 Keberkesanan Model terhadap Prestasi Pengajaran dan Pembelajaran Guru serta Pencapaian Sains Murid Tahun Tiga di Kuching (Carina Chan Hui Hung)

140

11 Keberkesanan Penggunaan Video terhadap Minat dan Pencapaian Murid Tahun Lima dalam Sains di Kuching (Sheila Lee Fui Li)

156

12 Keberkesanan Penggunaan Peta Alir terhadap Minat dan Pencapaian Murid Tahun Empat dalam Sains di Kuching (Lau Yieng Sin)

172

13 Keberkesanan Sistem Ganjaran dan Hukuman dalam Meningkatkan Kawalan Kelas, Kualiti PdP dan Minat Murid Sains Tahun Empat di Kuching (Sia Soon Hung)

188

14 Keberkesanan Penggunaan Seni Visual terhadap Minat dan Kefahaman Sains Murid Tahun Lima di Kuching (Ruth Ting Sing Huong)

204

15 Keberkesanan Kaedah Hands-On dan Minds-On terhadap Minat dan Pencapaian Murid Tahun Empat dalam Sains di Kuching (Teoh Li Ming)

217

16 Keberkesanan Kaedah Model terhadap Amalan, Minat dan Pencapaian Murid Tahun Empat dalam Sains di Kuching (Chang Tun Kuet)

232

17 Keberkesanan Penggunaan Peta Pokok terhadap Minat dan Pencapaian Murid Tahun Lima dalam Sains di Kuching (Sia Siew Bing)

248

18 Keberkesanan Penggunaan Peta Dakap terhadap Ingatan dan Minat Murid Tahun Lima dalam Sains di Kuching (Chong Siau Nee)

264

Gambar-gambar Penganjuran dan Pelaksanaan Seminar………

279

Page 7: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

vi

RASIONAL DAN OBJEKTIF SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IPG KBL TAHUN 2014

1.0 PENGENALAN

Penyelidikan Tindakan merupakan satu usaha menjalankan amalan refleksi secara sistematik terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam sesebuah bilik darjah berdasarkan data terkumpul. Pada semester kelapan, guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2011 diwajibkan mengendalikan Seminar Penyelidikan Tindakan bagi memenuhi kehendak proforma kursus SCE 3153. Seramai 18 orang dari PISMP Sains telah menyertai Seminar Penyelidikan Tindakan 2014. Melalui seminar ini, para guru pelatih telah mempersembahkan laporan penyelidikan tindakan masing-masing. Selain itu, guru pelatih juga diberi peluang untuk menimba pengalaman dan pengetahuan baharu dalam mengelolakan seminar, melaksanakan prosedur pendokumentasian serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan.

2.0 RASIONAL

Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan pengurusan seminar pendidikan dalam kalangan guru-guru pelatih PISMP pada semester kelapan. Pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh akan dijadikan panduan kepada guru-guru pelatih dalam pengurusan dan pengendalian seminar penyelidikan tindakan di sekolah-sekolah pada masa akan datang. Selain itu, Seminar Penyelidikan Tindakan ini turut mampu memupuk minat dan inisiatif guru-guru pelatih bagi mengamalkan budaya penyelidikan apabila ditempatkan di sekolah-sekolah kelak. Tambahan pula, guru-guru pelatih juga diberi peluang untuk mempersembahkan laporan penyelidikan tindakan sebelum mendokumentasikan dan menerbitkan laporan penyelidkkan.

Page 8: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

vii

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2014 diadakan adalah seperti berikut:

3.1 Melatih guru pelatih mengelola dan mengurus seminar penyelidikan tindakan.

3.2 Melatih guru pelatih berkongsi dan menyebarkan dapatan penyelidikan tindakan masing-masing.

3.3 Memberi pengalaman kepada pelajar untuk membentang dan mendapat maklum balas untuk penambahbaikan kajian dalam seminar.

3.4 Memenuhi kehendak proforma dengan kod SCE 3153 (teras major) PISMP Ambilan Januari 2011 semester kelapan.

4.0 TEMA

“Penyelidikan Tindakan Pemangkin Inovasi Pengajaran & Pembelajaran Sains”.

5.0 BIDANG FOKUS

Bidang fokus seminar ini ialah pengajaran dan pembelajaran untuk kursus Sains Pendidikan Rendah.

Page 9: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

viii

JADUAL SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2011

IPG KBL TAHUN 2014

Tema : “Penyelidikan Tindakan Pemangkin Inovasi Pengajaran & Pembelajaran Sains”

Tarikh : 2 September 2014 (Selasa)

Masa Aktiviti

0745 - 0800 Pendaftaran para guru pelatih

Ucapan kata alu-aluan Pengerusi

Penyelidikan Tindakan

0800 - 1000 Sesi 1

1000 - 1030 Rehat pagi

1030 - 1200 Sesi 2

1200 -1400 Rehat tengahari

1400 - 1630 Sesi 3

1630 Majilis bersurai

Tarikh : 3 September 2014 (Rabu)

Masa Aktiviti

0800 - 0930 Sesi 4

0930 - 1000 Rehat pagi

1000 - 1130 Sesi 5

1130 - 1150 Rehat

1150 -1230 Majlis Penutupan

1230 Majlis bersurai

Page 10: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

SENARAI PEMBENTANG DAN TAJUK ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2014

(PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2011)

HARI PERTAMA : 2 SEPTEMBER 2014 (SELASA)

SESI NAMA MASA TAJUK

1

Angela Hii Ai Yin 0800-

0830

Keberkesanan Penggunaan Peta

Pokok terhadap Pencapaian dan

Minat Murid Tahun Empat dalam

Sains di Kuching

Wong Liew Ling 0830-

0900

Keberkesanan Penggunaan Play

Card terhadap Pencapaian dan

Minat Murid Tahun Lima dalam Sains

di Kuching

Yeong Chan Yeu 0900-

0930

Keberkesanan Pendekatan Inkuiri

Penemuan terhadap Minat dan

Kemahiran Menentukan

Pembolehubah Murid Sains Tahun

Empat di Kuching

Betty Lau Chien

Lu

0930-

1000

Keberkesanan Aktiviti ‘Hands-On’

terhadap Minat dan Pencapaian

Murid Tahun Empat dalam Sains di

Kuching

REHAT PAGI

2

Tan Shi Jing 1030-

1100

Keberkesanan Sistem Ganjaran dan

Hukuman Meningkatkan Kekerapan

Menghantar Kerja Rumah,

Pencapaian dan Minat Murid Tahun

Empat di Kuching

Chua Ee Wang 1100-

1130

Keberkesanan Penggunaan Peta

Pemikiran I-Think dalam

Meningkatkan Minat, Daya Ingatan

dan Kefahaman Murid Tahun Lima di

Kuching

Tang Kho Lee 1130-

1200

Keberkesanan Kaedah Bermain

Sambil Belajar terhadap Minat,

Penglibatan dan Kefahaman Murid

Tahun Lima dalam Sains di Kuching

REHAT TENGAHARI

ix

Page 11: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

x

HARI PERTAMA : 2 SEPTEMBER 2014 (SELASA)

SESI NAMA MASA TAJUK

3

Goh Poi Gek 1400-

1430

Keberkesanan Sistem Ganjaran

terhadap Kawalan Kelas,

Penglibatan dan Kefahaman Sains

Murid Tahun Empat di Kuching

Kelly Sim Boon

Hui

1430-

1500

Keberkesanan Penggabungjalinan

Seni Visual dalam Meningkatkan

Minat, Penglibatan dan Pencapaian

Murid Tahun Tiga dalam Sains di

Kuching

Carina Chan Hui

Hung

1500-

1530

Keberkesanan Model terhadap

Prestasi Pengajaran dan

Pembelajaran Guru serta

Pencapaian Sains Murid Tahun Tiga

di Kuching

Sheila Lee Fui Li 1530-

1600

Keberkesanan Penggunaan Video

terhadap Penglibatan dan

Pencapaian Murid Tahun Lima

dalam Sains di Kuching

Lau Yieng Sin 1600-

1630

Keberkesanan Penggunaan Peta Alir

terhadap Minat dan Pencapaian

Murid Tahun Empat dalam Sains di

Kuching

Page 12: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

xi

HARI KEDUA : 3 SEPTEMBER 2014 (RABU)

SESI NAMA MASA TAJUK

1

Sia Soon Hung 0800-

0830

Keberkesanan Sistem Ganjaran dan

Hukuman dalam Meningkatkan

Kawalan Kelas, Kualiti PdP dan

Minat Murid Sains Tahun Empat di

Kuching

Ruth Ting Sing

Huong

0830-

0900

Keberkesanan Penggunaan Seni

Visual terhadap Minat dan

Kefahaman Sains Murid Tahun Lima

di Kuching

Teoh Li Ming 0900-

0930

Keberkesanan Kaedah Hands-on

dan Minds-on terhadap Minat dan

Pencapaian Murid Tahun Empat

dalam Sains di Kuching

REHAT PAGI

2

Chang Tun Kuet 1000-

1030

Keberkesanan Kaedah Model

terhadap Amalan, Minat dan

Pencapaian Murid Tahun Empat

dalam Sains di Kuching

Sia Siew Bing 1030-

1100

Keberkesanan Penggunaan Peta

Pokok terhadap Minat dan

Pencapaian Murid Tahun Lima

dalam Sains di Kuching

Chong Siau Nee 1100-

1130

Keberkesanan Penggunaan Peta

Dakap terhadap Ingatan dan Minat

Murid Tahun Lima dalam Sains di

Kuching

Page 13: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

xii

DARI MEJA KETUA PENYUNTING DAN PENYELARAS

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1Malaysia.

Bersyukur kita kepada Tuhan yang Maha Esa, Maha Pengasih dan

Penyayang kerana dengan izinNya, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu

Lintang (IPGKBL) berjaya mendokumentasikan artikel Seminar Penyelidikan

Tindakan IPGKBL Tahun 2014 dalam bentuk koleksi artikel.

Pendokumentasian koleksi ini merupakan hasil kohort kelima Program

Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) IPGKBL.

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan bagi Sains Pendidikan Rendah telah

memuatkan sebanyak 18 buah artikel yang disumbangkan oleh 18 orang

guru pelatih dari PISMP Sains Pendidikan Rendah Ambilan Januari 2011 di

mana mereka telah membentangkan penyelidikan tindakan mereka dalam

Seminar Penyelidikan Tindakan IPGKBL Tahun 2014 yang bertemakan

‘Penyelidikan Tindakan Pemangkin Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran

Sains’. Para penyumbang telah menerokai dan menyelidik isu-isu yang

berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Sains semasa praktikum

Fasa III pada semester tujuh di sekolah-sekolah rendah di daerah Kuching

dan seterusnya pelaporan dan perkongsian dapatan penyelidikan telah

dilangsungkan pada semester lapan.

Seminar ini telah menyediakan landasan kepada guru-guru pelatih selaku

penyelidik muda dalam penyelidikan tindakan untuk berkongsi hasil dapatan

daripada aktiviti penyelidikan tindakan terhadap pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran major, iaitu Sains dalam bilik darjah. Namun,

hasrat paling penting seminar ini adalah sebagai pencetus idea kepada

bakal pendidik untuk merenung dan membuat refleksi serta menilai amalan

pedagogi kendiri. Para guru pelatih juga diharapkan akan mendapat iktibar

serta mengorak langkah susulan untuk menambahbaik tindakan yang

diketengahkan dalam seminar melalui penglibatan berterusan dalam aktiviti

penyelidikan di sekolah nanti. Semoga pendokumentasian koleksi ini dapat

Page 14: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

xiii

memenuhi hasrat Seminar Penyelidikan Tindakan IPGKBL Tahun 2014.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Seminar Penyelidikan Tindakan ini

tidak akan dapat dianjurkan tanpa sokongan padu dan usaha kolaboratif

daripada pelbagai pihak. Justeru, ribuan terima kasih dirakamkan kepada

Tuan Haji Awang Hambali Bin Haji Awang Hamdan, Pengarah IPGKBL dan

Encik Jamiran Bin Salam, Timbalan Pengarah IPGKBL atas galakan dan

sokongan dalam pelbagai bentuk bagi menggerakkan pembudayaan

penyelidikan dalam kalangan guru pelatih. Ucapan terima kasih juga

dirakamkan kepada staf-staf IPGKBL yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam memberi bimbingan dan sokongan padu kepada AJK

Pengelola Seminar Penyelidikan Tindakan (guru pelatih) dalam menjayakan

Seminar Penyelidikan Tindakan IPGKBL Tahun 2014.

Tidak terlupa juga atas kerjasama yang diberikan oleh Ketua Jabatan

Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan dan para pensyarah

Jabatan Sains dalam pendokumentasian artikel Penyelidikan Tindakan para

guru pelatih. Bukan itu sahaja, jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada

AJK Penerbitan Koleksi Artikel PT (guru pelatih) atas kerjasama yang

diberikan dalam mengumpul dan menyunting aspek teknikal 18 buah artikel

Penyelidikan Tindakan untuk dimuatkan pada koleksi ini.

Untuk makluman para pembaca, setiap artikel yang dimuatkan dalam

koleksi ini mempunyai kekuatan yang tersendiri mengikut konteks serta

pemahaman dan tafsiran guru pelatih tentang penyelidikan tindakan. Para

pembaca juga perlu mengambil perhatian mengenai kerja-kerja

penyuntingan yang dibuat pada aspek teknikal tanpa menjejas makna yang

hendak disampaikan oleh para penyumbang artikel. Di samping itu,

pandangan yang diberi oleh para penyumbang tidak semestinya

menggambarkan pendangan panel penyunting.

Page 15: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

xiv

Kami berharap koleksi ini akan memanfaatkan para guru pelatih, pendidik,

penyelidik serta mereka yang berminat menjalankan penyelidikan tindakan.

Ucapan tahniah juga dirakamkan kepada para penyumbang koleksi ini atas

kegigihan dan kejayaan untuk menghasilkan artikel di samping

membentang artikel dengan jayanya dalam Seminar Penyelidikan Tindakan

IPGKBL Tahun 2014. Semoga usaha menyelidik pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah akan diteruskan di sekolah kelak.

Sekian, terima kasih.

Ketua Penyunting dan Penyelaras,

Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014

(Sains Pendidikan Rendah),

IPGKBL, Kuching.

x

Page 16: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 1-15

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

1

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA POKOK TERHADAP PENCAPAIAN DAN MINAT MURID TAHUN EMPAT DALAM SAINS DI KUCHING

Angela Hii Ai Yin

[email protected]

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan peta pokok terhadap pencapaian dan minat lima orang murid Tahun Empat dalam Sains di sebuah sekolah kebangsaan daerah Kuching. Kelima-lima murid tersebut dipilih atas pencapaian mereka yang rendah dalam ujian diagnostik yang telah dijalankan. Kaedah soal selidik, temu bual, Senarai Semak Pemerhatian dan ujian telah digunakan untuk mengumpul maklumat bagi kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Penyemakan data dilakukan dengan menggunakan triangulasi masa, penyelidik dan kaedah untuk meningkatkan kesahan hasil dapatan dan keputusan kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan peta pokok dapat meningkatkan pencapaian dan minat murid-murid Tahun Empat dalam Sains. Saya ingin melanjutkan kajian ini di mana peta pokok digantikan dengan peta pemikiran yang lain seperti peta bulatan dan peta aliran agar penggunaan peta pemikiran dapat menyumbang hasil secara optimun dalam pembelajaran murid.

Kata kunci: Peta pokok, Sains, Tahun Empat, pencapaian dan minat murid

Abstract

This action research was conducted to study the effectiveness of tree map in achievement and interest of five Year four pupils in a primary school of Kuching district. These five pupils were selected based on their low achievement in diagnostic test conducted. Surveys, interviews, observation check list and tests were used to collect data for this study. Data were analyzed qualitatively and quantitatively. Data were checked by using time, person’ and method triangulation to increase the validity of the findings and results of this study. The findings of this study shows that the use of tree map increase interest and achievement of Year Four students in Science. I would like to further this research by replacing tree map with other thinking maps like circle map and flow chart so that the use of thinking map would achieve its optimun results in students learning.

Keywords: Tree map, Science, Year four, interest and achievemet of

students.

Page 17: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 1-15

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

2

Pengenalan Konteks

Sepanjang praktikum yang dijalankan dari Fasa Satu hingga Fasa Tiga, saya mendapati bahawa kebanyakan murid sentiasa menghadapi masalah untuk memahami fakta dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Masalah pemahaman ini akan menyebabkan mereka tidak mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dan tahap pencapaian mereka dalam matapelajaran Sains juga sangat rendah.

Semasa Praktikum Fasa Tiga, saya telah diamanahkan untuk mengajar Sains bagi kelas Tahun Empat dan Tahun Lima. Kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan tayangan slaid powerpoint dan penyalinan nota seperti dalam Praktikum Fasa Satu dan Dua. Dalam slaid powerpoint, saya telah menyelitkan banyak gambar, video dan animasi yang

menarik.

Namun begitu, mereka kurang melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana mereka hanya mendengar secara pasif sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh saya. Apabila saya memberi tugasan atau kerja rumah kepada mereka, saya mendapati lebih daripada separuh murid kelas Tahun Empat tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Jawapan yang diberikan oleh mereka tidak tersusun dan mereka tidak memahami apa yang dipelajari oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Saya mula menyedari bahawa tayangan slaid powerpoint tidak berkesan bagi murid-murid Tahun empat untuk memahami konsep. Mereka gagal mengingati dan menyusun fakta-fakta yang diajar dalam satu bentuk yang sistematik menyebabkan mereka gagal menjawab tugasan yang diberi. Hal ini telah menyebabkan pencapaian mereka yang rendah dalam Sains.

Keadaan ini amat berbeza dengan situasi semasa praktikum Fasa Satu dan Dua. Hal ini adalah kerana murid-murid dapat memahami pembelajaran Sains yang disampaikan dan boleh membuat tugasan yang diberi dengan baik dengan penggunaan tayangan slaid powerpoint dan penyalinan nota. Hal ini mungkin adalah kerana murid-murid yang diajar oleh saya sebelum ini adalah terdiri daripada kelas campuran murid-murid yang pandai dan lemah. Manakala dalam praktikum Fasa Tiga ini, murid Tahun Empat merupakan murid-murid yang berpencapaian rendah. Jadi, pembelajaran melalui ICT iaitu tayangan slaid powerpoint dan penyalinan nota tidak sesuai dengan mereka.

Namun begitu, pembelajaran dengan menggunakan tayangan slaid powerpoint dan penyalinan nota amat berkesan terhadap murid-murid Tahun Lima di sekolah yang sama. Hal ini adalah murid-murid Tahun Lima adalah terdiri daripada murid yang berpencapaian tinggi.

Jadi, masalah yang saya hadapi semasa praktikum Fasa Tiga ini adalah bagaimana saya boleh membantu murid-murid Tahun Empat untuk meningkatkan pencapaian dan minat mereka dalam Sains. Penggunaan ICT dan penyalinan nota dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebelum ini nampaknya tidak mendatangkan kesan dalam kalangan murid-murid Tahun Empat. Hal ini mungkin adalah kerana murid-murid Tahun Empat masih memerlukan bahan

Page 18: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 1-15

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

3

konkrit dalam pembelajaran mereka. Jadi, mereka memerlukan bantuan untuk menyusun isi kandungan yang telah dipelajari mereka di dalam kelas supaya mereka boleh memahami dengan lebih berkesan. Apabila pemahaman mereka terhadap isi kandungan pembelajaran meningkat, mereka boleh membuat perkaitan antara isi kandungan pembelajaran yang disampaikan oleh guru dengan baik dan seterusnya meningkatkan pencapaian dan minat mereka dalam mata pelajaran Sains.

Jelas menunjukkan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh saya sebelum ini tidak dapat membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran bagi topik-topik Sains yang telah diajar. Setelah membuat refleksi ke atas kaedah pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati bahawa penggunaan peta pemikiran dapat membantu saya untuk mencapai objektif ini. Hal ini boleh disokong dengan kajian Hyerle (1999) yang mengatakan bahawa peta pemikiran merupakan cara yang paling baik untuk murid berfikir tentang idea dan menyusun serta mengekspresikan idea mereka. Oleh yang demikian, saya membuat keputusan untuk menjalani satu kajian tindakan bagi meninjau keberkesanan penggunaan peta pokok dalam pencapaian dan minat murid Tahun Empat dalam Sains.

Isu Keprihatinan Isu keprihatinan yang pertama ialah murid mempunyai pencapaian yang

rendah dalam Sains. Isu keprihatinan yang kedua pula ialah murid-murid tidak berminat terhadap Sains. Saya telah menjalankan tinjauan awal bagi isu keprihatinan pertaman melalui tiga teknik pengumpulan data, termasuklah teknik ujian, soal selidik dan analisis dokumen. Manakala tiga teknik pengumpulan data iaitu temu bual, soal selidik dan pemerhatian langsung pula digunakan untuk mengumpul data bagi isu keprihatinan kedua.

Isu Keprihatinan 1: Pencapaian murid yang rendah dalam Sains Teknik 1: Ujian

Jadual 1 menunjukkan bilangan murid yang mendapat Gred A, B, C, D dan E dalam ujian diagnostik.

Jadual 1 Bilangan murid yang mendapat Gred A, B, C, D dan E dalam ujian diagnostik

Gred Markah Bilangan Murid Peratus (%) Kelulusan

A 100-80 0 0.0 Lulus

B 79-60 2 9.1 Lulus

C 59-40 15 68.2 Lulus

D 39-20 5 22.7 Gagal

E 19-9 0 0.0 Gagal

Dari Jadual 1, seramai 15 (68.2%) orang murid Tahun Empat yang mendapat Gred C manakala lima (22.7%) orang murid Tahun Empat yang mendapat Gred D telah gagal dalam ujian yang diberi. Markah yang diperoleh oleh murid-murid yang gagal adalah di antara 27.0% hingga 37.0%. Dua (9.1%) orang murid yang memperoleh Gred B manakala tiada murid yang mencapai Gred A.

Page 19: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 1-15

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

4

Teknik 2: Soal selidik Jadual 2 menunjukkan hasil dapatan analisis data soal selidik yang diperoleh

bagi item pertama.

Jadual 2 Hasil dapatan analisis data soal selidik yang diperoleh bagi item pertama

Item 1:Adakah kamu selalu menjawab soalan yang ditanya oleh guru dengan betul dalam matapelajaran Sains?

Respon murid Bilangan murid (orang) Peratusan (%)

Ya

3 15.0

Tidak 17 85.0

Jadual 2 menunjukkan sebanyak 17 (85.0%) orang murid selalu tidak dapat

menjawab soalan yang ditanya oleh guru dengan betul dalam matapelajaran Sains. Hanya tiga (15.0%) orang murid yang dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan betul.

Jadual 3 menunjukkan analisis respon murid-murid terhadap soalan lanjutan item pertama

Jadual 3 Analisis respon murid-murid terhadap soalan lanjutan item pertama

Jika “Tidak”, apakah sebab utama yang menyebabkan anda gagal menjawab soalan guru dengan betul?

Respon murid (sebab utama) Bilangan murid (orang)

Peratusan (%)

Tidak dapat ingat apa yang diajar

13 65.0

Lemah dalam Sains

4 20.0

Tidak faham soalan

2 10.0

Tidak tahu jawapan

1 5.0

Lain-lain 0 0.0

Jadual 3 menunjukkan sebab-sebab murid tidak dapat menjawab soalan yang

ditanya oleh guru dalam mata pelajaran Sains. Didapati sebab utama yang menyumbang kepada pencapaian rendah murid ialah mereka (65.0%) lupa atau tidak ingat apa yang telah diajar oleh guru. Sebab kedua ialah murid-murid lemah dalam Sains (20.0%) diikuti tidak faham soalan (10.0%) dan tidak tahu jawapan (5.0%). Jadi, faktor utama yang menyebabkan pencapaian rendah dalam kalangan murid adalah murid-murid mudah lupa dan tidak ingat isi kandungan yang diajar oleh guru.

Page 20: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 1-15

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

5

Teknik 3: Analisis dokumen Rajah 1 menunjukkan salah satu lembaran kerja murid bagi topik

“Perkumuhan” yang dianalisis.

Rajah 1. Salah satu lembaran kerja murid bagi topik “Perkumuhan” yang dianalisis

Rajah 1 menunjukkan murid tersebut mendapat hampir semua soalan salah dalam lembaran kerja yang diedarkan. Hanya dua jawapan betul yang berjaya diisi olehnya. Hal ini menunjukkan bahawa pencapaian murid tersebut sememangnya rendah. Isu Keprihatinan 2: Murid-murid tidak berminat terhadap Sains Teknik 1: Soal Selidik

Jadual 4 menunjukkan analisis maklum balas minat murid-murid terhadap Sains Jadual 4 Analisis respon murid-murid terhadap item kedua

Item 2: Adakah anda berminat terhadap Sains?

Respon murid Bilangan murid (orang) Peratusan (%)

Ya 4 20.0

Tidak 16 80.0

Jadual 4 menunjukkan bahawa hanya 4 (20.0%) orang murid yang berminat

terhadap Sains manakala 16 (80.0%) orang murid tidak berminat terhadap Sains.

Jadual 5 menunjukkan analisis respon murid-murid terhadap soalan lanjutan item kedua.

Page 21: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 1-15

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

6

Jadual 5 Analisis respon murid-murid terhadap soalan lanjutan item kedua

Jika “Tidak”, apakah sebab utama yang menyebabkan anda tidak berminat terhadap Sains?

Respon murid (sebab utama) Bilangan murid (orang)

Peratusan (%)

Selalu salin nota

11 55.0

Tidak seronok

4 20.0

Lemah

3 15.0

Tidak faham

2 10.0

Lain-lain 0 0.0

Jadual 5 menunjukkan sebab-sebab para murid tidak berminat dengan Sains.

Didapati sebab utama yang menyumbang kepada isu ini ialah pembelajaran yang berasaskan penyalinan nota (55.0%). Sebab yang kedua ialah rasa tidak seronok (20.0%) diikuti dengan lemah (15.0%) dan tidak faham (10.0%) dengan isi pembelajaran Sains.

Teknik 2: Temu bual

Jadual 6 menunjukkan hasil temu bual dengan lima orang murid Tahun Empat.

Jadual 6 Hasil temu bual item pertama dengan murid-murid

Item 1:Apakah perasaan anda semasa mempelajari Sains?

Murid Respon

A Bosan.

B Tidak Seronok.

C Tidak menarik.

D Bosan.

E Tidak seronok.

Item 2:Adakah anda berminat untuk mempelajari Sains?

Murid Respon

A Tidak.

B Sedikit sahaja.

C Tidak.

D Tidak.

E Tidak.

Dapatan temu bual bagi item pertama menunjukkan bahawa murid-murid

berasa bosan dan tidak seronok semasa mempelajari Sains. Terdapat seorang murid yang mengatakan bahawa topik ini tidak menarik. Manakala dapatan temu bual bagi item kedua pula menunjukkan bahawa empat orang murid mengatakan bahawa mereka tidak berminat terhadap Sains. Hanya seorang murid yang

Page 22: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 1-15

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

7

mengatakan bahawa terdapat sedikit minat terhadap Sains. Dapatan temu bual menunjukkan murid-murid tidak berminat terhadap Sains.

Teknik 3: Pemerhatian langsung

Rajah 2 menunjukkan tingkah laku murid A dan murid B semasa guru mengajar Sains.

Rajah 2. Tingkah laku murid A dan murid B semasa guru mengajar Sains

Dapatan Rajah 2 menunjukkan murid A yang bercakap dengan rakan yang bersebelahan dengannya dan tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar di depan kelas. Murid B pula lari dari tempat duduknya ke tempat duduk murid A semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka tidak memberi perhatian kepada guru yang mengajar di depan dengan melakukan kerja mereka sendiri.

Rajah 3 pula menunjukkan tingkah laku murid semasa membuat aktiviti.

Rajah 3. Tingkah laku murid semasa membuat aktiviti

Dalam Rajah 3, murid C tersebut meniarap di atas lantai semasa guru menyuruh kelas membuat aktiviti pembelajaran. Murid tersebut bermain bersendirian tanpa melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.

Murid A Murid B

Murid C

Page 23: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 1-15

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

8

Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana penggunaan peta pokok dapat meningkatkan:

a. Pencapaian murid-murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan X dalam Sains

b. Minat pembelajaran murid-murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan X dalam Sains

Soalan Kajian Berdasarakan objektif kajian, kajian tindakan ini akan menjawab persoalan berikut:

a. Sejauh manakah penggunaan peta pokok dapat meningkatkan pencapaian murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan X dalam Sains?

b. Sejauh manakah penggunaan peta pokok dapat meningkatkan minat pembelajaran murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan X dalam Sains?

Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan

Perancangan Tindakan

Semua perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan peta pokok adalah berasaskan Sukatan Pelajaran Sains KSSR Tahun Empat.

Saya telah melakukan tinjauan awal untuk mengetahui pencapaian dan minat murid-murid terhadap Sains. Saya telah menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid dalam Sains. Soal selidik, Senarai Semak Pemerhatian dan temu bual juga telah digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pencapaian dan minat murid dalam Sains. Selepas itu, lima orang murid telah dipilih untuk dijadikan responden dalam kajian ini. Mereka dipilih berdasarkan keputusan yang mereka peroleh dalam ujian diagnostik yang telah dijalankan. Mereka telah memperoleh pencapaian yang rendah dalam ujian diagnostik yang dijalankan. Jadi, saya telah menggunakan peta pokok untuk mengajar mereka dalam mata pelajaran Sains supaya mereka dapat menunjukkan pencapaian yang lebih baik dan meningkatkan minat mereka dalam pembelajaran Sains.

Langkah-langkah tindakan yang dijalankan adalah seperti berikut:

i. Hasil pembelajaran bagi topik-topik Sains dikaji agar boleh dipindahkan dalam bentuk peta pokok. Jadual 7 menunjukkan tahap penguasaan dan standard prestasi Sukatan Pelajaran Sains KSSR Tahun Empat yang dipilih untuk kajian.

ii. Membuat perancangan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan peta pokok bagi topik Sains dengan mengambil kira masa yang diperuntukkan.

iii. Sebelum pelaksanaan sesi pembelajaran yang menggunakan peta pokok, borang soal selidik diedarkan. Temu bual ,pemerhatian dan ujian awal sebelum kajian juga dilaksanakan.

iv. Sesi pengajaran dan pembelajaran berasaskan penggunaan peta pokok dijalankan.

v. Menemu bual, membuat pemerhatian dan mengedarkan soal selidik serta menjalankan ujian kesan tindakan terhadap peserta kajian selepas pelaksanaan pembelajaran dengan menggunakan peta pokok.

Page 24: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 1-15

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

9

Jadual 7 Tahap penguasaan dan standard prestasi bagi topik-topik Sains yang dipilih mengikut Sukatan Pelajaran Sains KSSR Tahun Empat

Sesi Tahap Penguasaan

Standard prestasi

1 Tahap 2 Memerihalkan proses pernafasan dari aspek laluan udara dan pergerakan dada

2 Tahap 3 Membina penyusunan grafik dengan hasil perkumuhan

3 Tahap 3 Menjelas dengan contoh organ deria yang bergerak balas terhadap rangsangan

4 Tahap 3 Menyebut ciri individu yang diwarisi daripada ibu bapa

Tahap 4 Menjelas dengan contoh ciri yang terdapat pada anak yang diwarisi daripada ibu atau bapa

5 Tahap 2 Mengenalpasti tabiat yang boleh mengganggu proses hidup manusia

Tahap 3 Menjelas dengan contoh kesan tabiat yang boleh mengganggu kepada proses hidup

Pelaksanaan Tindakan

Berikut adalah penerangan bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan untuk kajian ini.

Prasesi: Semasa prasesi kajian tindakan, saya menerangkan ciri-ciri peta pokok dan

cara-cara untuk membuat peta pokok kepada lima orang murid tersebut. Selepas itu, saya menyuruh mereka membuat satu peta pokok bagi satu topik yang digemari oleh mereka supaya saya boleh mengesan murid-murid yang masih tidak dapat menguasai teknik penggunaan peta pokok.

Sesi 1: Dalam sesi ini, saya mengajar murid-murid topik “Proses Pernafasan Manusia”.

Mula-mulanya, saya mengulangkaji dengan murid-murid tentang topik ini. Kemudian, saya mengedarkan lembaran kerja yang mempunyai peta pokok yang tidak lengkap kepada kelima-lima responden tersebut. Mereka melengkapkan lembaran tersebut di bawah bimbingan saya. Selepas mereka habis mengisi tempat kosong pada lembaran tersebut, saya menyuruh mereka untuk membentangkan peta pokok tersebut kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Setiap peserta kajian perlu membentang mengikut giliran.

Sesi 2: Dalam sesi ini, saya mengajar murid-murid topik “Perkumuhan Manusia”.

Mula-mulanya, saya mengulangkaji dengan murid-murid tentang topik ini. Kemudian, saya mengedarkan lembaran kerja yang menpunyai bingkai peta pokok

Page 25: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 1-15

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

10

kepada kelima-lima responden tersebut. Mereka melengkapkan lembaran tersebut tanpa bimbingan saya. Selepas mereka habis mengisi tempat kosong pada lembaran tersebut, saya menyuruh mereka untuk membentangkan peta pokok tersebut kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Saya telah membetulkan peta pokok mereka jika terdapat kesalahan dalam peta tersebut. Selepas itu, saya menyuruh mereka untuk membuat semula satu peta pokok yang sama seperti yang diisi oleh mereka tanpa merujuk kepada peta pokok yang dibuat oleh mereka sebelum ini.

Sesi 3: Dalam sesi ini, saya telah mengajar murid-murid topik “Manusia bergerak

balas terhadap rangsangan”. Mula-mulanya, saya mengulangkaji dengan murid-murid tentang topik ini. Kemudian, saya mengedarkan sekeping kertas A4 kepada kelima-lima responden tersebut. Mereka disuruh untuk membuat peta pokok mengenai organ deria dan rangsangan yang diterima oleh organ tersebut tanpa bimbingan guru. Selepas mereka habis membuat peta pokok tersebut, saya menyuruh mereka untuk membentangkan peta pokok tersebut kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Saya membetulkan peta pokok mereka jika terdapat kesalahan dalam peta tersebut.

Sesi 4: Dalam sesi ini, saya mengajar murid-murid topik “Pewarisan Manusia”. Mula-

mulanya, saya mengulangkaji dengan murid-murid tentang topik ini. Kemudian, saya mengedarkan sekeping kertas A4 kepada kelima-lima responden tersebut. Mereka disuruh untuk membuat peta pokok mengenai ciri-ciri individu yang boleh diwarisi daripada ibu bapa dan contoh-contoh bagi setiap ciri tanpa bimbingan guru. Selepas mereka habis membuat peta pokok tersebut, saya menyuruh mereka untuk membentangkan peta pokok tersebut kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Saya membetulkan peta pokok mereka jika terdapat kesalahan dalam peta tersebut.

Sesi 5: Dalam sesi ini, saya mengajar murid-murid topik “Tabiat Boleh Mengganggu

Proses Hidup Manusia”. Mula-mulanya, saya mengulangkaji dengan murid-murid tentang topik ini. Kemudian, saya mengedarkan sekeping kertas A4 kepada kelima-lima responden tersebut. Mereka disuruh untuk membuat peta pokok mengenai tabiat yang boleh mengganggu proses hidup manusia dan kesan setiap tabiat tersebut tanpa bimbingan guru. Selepas mereka habis membuat peta pokok tersebut, saya menyuruh mereka untuk membentangkan peta pokok tersebut kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Saya membetulkan peta pokok mereka jika terdapat kesalahan dalam peta tersebut.

Kaedah Kajian

Peserta Kajian Peserta kajian saya ialah lima orang murid Tahun Empat yang terdiri daripada

dua orang perempuan dan tiga orang lelaki. Sebab utama saya memilih mereka kerana mereka merupakan lima orang murid dalam kelas Tahun Empat yang gagal dalam ujian diagnostik (Lampiran A) yang dijalankan Saya juga mendapati mereka mempunyai masalah untuk menyusun hasil pembelajaran dalam Sains. Mereka juga tidak menunjukkan minat dan tidak menumpukan perhatian semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Sains. Mereka juga sering gagal menjawab soalan dengan betul semasa sesi perbincangan di dalam kelas.

Page 26: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 1-15

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

11

Etika Penyelidikan Sebelum saya memulakan kajian, saya memohon kebenaran daripada

Sekolah Kebangsaan X untuk mengizinkan saya menjalankan kajian ini. Saya juga mendapat persetujuan penyertaan daripada peserta kajian. Saya telah memberitahu mereka tentang hak-hak mereka sepanjang kajian ini. Saya juga telah memaklumkan kepada mereka bahawa tingkah laku dan perbuatan mereka akan diperhatikan dan direkodkan sepanjang tempoh kajian ini. Ini termasuklah pengambilan gambar-gambar semasa kajian dijalankan.

Teknik Mengumpul Data

Soal Selidik. Borang soal selidik diedarkan kepada peserta kajian sebelum dan selepas penggunaan peta pokok diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia digunakan untuk mengumpul data mengenai pencapaian dan minat murid-murid terhadap pembelajaran Sains sebelum dan selepas penggunaan peta pokok dalam pembelajaran. Aspek yang dilibatkan dalam soal selidik adalah pencapaian dan minat murid. Skala yang digunakan adalah terdiri daripada “Ya” atau “Tidak”. “Ya” merujuk kepada mereka setuju dengan penyataan tersebut manakala “Tidak” merujuk kepada mereka tidak setuju dengan penyataan tersebut. Item soal selidik yang digunakan sebelum kajian adalah sama dengan item soal selidik selepas kajian.

Temu Bual. Saya menggunakan temu bual berstruktur dalam sesi temu bual saya dengan peserta kajian. Sesi temu bual tentang minat peserta kajian dijalankan sebelum kajian bermula dan selepas kajian dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang aspek minat peserta kajian terhadap Sains. Soalan yang ditanya adalah sama bagi sebelum kajian dan selepas kajian.

Senarai Semak Pemerhatian. Borang Senarai Semak Pemerhatian disediakan untuk diisi oleh rakan sepraktikum saya sebelum dan selepas penggunaan peta pokok dalam pembelajaran Sains. Tujuannya adalah untuk melihat perubahan peserta kajian dalam pencapaian dan minat terhadap pembelajaran Sains sebelum dan selepas kajian.

Ujian. Sebelum pengajaran dan pembelajaran dengan peta pokok dijalankan dengan lima orang murid sasaran tersebut, saya telah memberi satu ujian pencapaian iaitu ujian awal kepada murid-murid Tahun Empat. Ujian ini adalah bertujuan untuk mengesan tahap pencapaian murid-murid Tahun Empat terhadap Sains sebelum kajian bermula.Selepas peta pokok digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan murid-murid sasaran dalam pembelajaran Sains sebanyak lima kali, peserta kajian telah diberikan satu ujian pencapaian lagi iaitu ujian kesan tindakan untuk mengesan sejauh mana penggunaan peta pokok dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran Sains berbanding dengan pencapaian sebelum ini dalam ujian awal.

Teknik Menganalisis Data Analisis Kandungan. Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data

kualitatif seperti data temu bual dan data senarai semak pemerhatian. Hasil temu bual ditranskrip dan dibaca beberapa kali untuk mendapatkan gambaran keseluruhan isi kandungan temu bual. Data-data yang penting digariskan dan tema-tema dibina berdasarkan aspek yang diberi tumpuan. Tema-tema digabungkan menjadi kategori tertentu seterusnya kesimpulan dibuat. Data senarai semak pemerhatian juga dianalisis secara kualitatif. Data sebelum kajian dan selepas kajian telah dianalisi dan dibanding.

Page 27: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 1-15

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

12

Analisis Deskriptif Statistik. Analisis deskriptif statistik digunakan untuk menganalisis data kuantitatif seperti data soal selidik dan data ujian. Bagi data soal selidik, jadual perbandingan item-item dihasilkan untuk menunjukkan respon setiap responden dan peratus bagi setiap item. Perubahan penglibatan responden dapat dikesan dengan menganalisis peratusan bagi setiap item dalam borang soal selidik. Selain itu, data ujian awal pencapaian telah dibandingkan dengan data ujian kesan tindakan. Jadual dan graf yang membandingkan kedua-dua markah ujian disediakan.

Teknik Menyemak Data

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan kajian saya. Antara kaedah yang telah digunakan adalah kaedah temu bual, soal selidik dan pemerhatian (Borang Senarai Semak Pemerhatian). Perbandingan data bagi setiap kaedah ini telah membantu saya untuk menyemak kredibiliti data yang diperolehi. Triangulasi kaedah ini dilaksanakan bagi menjawab kedua-dua soalan kajian satu dan dua.

Saya juga menggunakan triangulasi penyelidik untuk menyemak data yang

diperoleh. Triangulasi penyelidik melibatkan proses mendapatkan maklumat dan pandangan daripada guru pembimbing dan rakan sepraktikum. Saya juga menyuruh guru pembimbing dan rakan sepraktikum saya untuk menyemak semula kertas ujian bagi ujian kesan tindakan selepas disemak oleh saya. Selain itu, saya juga menyuruh mereka untuk memerhatikan penglibatan dan tingkahlaku responden sepanjang tempoh kajian dijalankan. Triangulasi penyelidik ini juga akan dilaksanakan bagi menjawab kedua-dua soalan kajian satu dan dua.

Triangulasi masa juga digunakan dalam kajian saya. Kajian ini telah bermula

pada Praktikum Fasa Tiga dan diteruskan pada tempoh Internship. Perbandingan ke atas data pencapaian dan minat sebelum dan selepas peserta kajian terhadap Sains telah dilakukan. Misalnya, perbandingan ujian awal dan ujian kesan tindakan telah dilakukan untuk melihat peningkatan pencapaian murid dalam Sains selepas penggunaan peta pokok dalam pengajaran dan pembelajaran.

Refleksi

Refleksi Dapatan

Sejauh manakah penggunaan peta pokok dapat meningkatkan pencapaian murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan X dalam Sains?

Merujuk kepada data yang diperoleh daripada soal selidik, didapati

pencapaian para peserta kajian meningkat selepas peta pokok digunakan dalam pembelajaran Sains . Sebelum peta pokok digunakan, hanya 20.0% peserta kajian yang faham dengan isi kandungan yang diajar oleh guru dan mereka boleh membuat kerja rumah Sains yang diberi. Manakala 80.0% peserta kajian tidak faham isi kandungan yang diajar oleh guru dan tidak dapat membuat kerja rumah yang diberi. Semua peserta kajian faham dan boleh membuat kerja rumah selepas peta pokok digunakan dalam Sains. Menurut Cronin et al. (1990, dalam Hyerle, 2000), pembentangan penyusunan grafik dapat membantu murid untuk melihat perkaitan antara idea utama dan maklumat-maklumat penting dan ini akan menggalakkan pencapaian skor yang lebin tinggi dalam ujian. Jadi, pencapaian

Page 28: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 1-15

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

13

murid-murid dalam Sains boleh ditingkatkan kerana peta pokok mampu membantu murid membuat perkaitan maklumat.

Hasil dapatan daripada senarai semak juga menunjukkan peningkatan pencapaian para peserta selepas penggunaan peta pokok dalam Sains. Peserta kajian diperhatikan mampu menyiapkan kerja rumah yang diberi dan dapat menjawab hampir semua soalan dengan betul. Peserta kajian juga mampu mengatakan semula isi pembelajaran yang dipelajari. Hal ini selaras dengan kajian Alvermann (1981, melalui Leary, 1999) yang menunjukkan bahawa murid yang mempunyai daya pembelajaran yang rendah boleh belajar dengan lebih berkesan dengan adanya pengurusan grafik. Jadi, adalah tidak mustahil murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan apabila mereka boleh belajar dengan berkesan.

Manakala ujian pencapaian yang dijalankan juga telah menunjukkan peningkatan pencapaian peserta kajian dalam Sains selepas peta pokok digunakan. Peningkatan min ujian kesan tindakan juga memaparkan peningkatan pencapaian murid-murid selepas kajian dijalankan. Dalam Dahar (1996), Ausubel menyatakan kebaikan dari belajar bermakna iaitu informasi yang dipelajari secara bermakna dapat diingat lebih lama. Otak kita dapat memproses maklumat yang teratur dan jelas dengan lebih baik agar ia diingat dengan kukuh. Oleh itu, pembelajaran menggunakan peta pokok dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan kefahaman murid-murid dalam pembelajaran Sains.

Kesimpulannya, penggunaan peta pokok telah berjaya meningkatkan pencapaian murid-murid dalam topik Sains. Ini disokong oleh Hyerle (2000) yang mengatakan bahawa penggunaan peta pemikiran dapat meningkatkan daya ingatan murid terhadap isi kandungan yang dipelajari, menyusun hasil pembelajaran dengan lebih baik, memahami konsep yang lebih mendalam, berkomunikasi lebih baik dalam konsep yang abstrak, meningkatkan penilaian kendiri dan pemindahan proses pemikiran secara sistematik. Ini akan membantu dalam meningkatkan pencapaian murid-murid dalam Sains.

Sejauh manakah penggunaan peta pokok dapat meningkatkan minat

pembelajaran murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan X dalam Sains?

Soal selidik, temu bual dan Senarai Semak Pemerhatian telah digunakan mengkaji sejauh mana penggunaan peta pokok dapat meningkatkan minat pembelajaran murid dalam Sains.

Berdasarkan data yang diperolehi melalui soal selidik yang dijalankan, didapati minat para peserta kajian meningkat selepas penggunaan peta pokok dalam Sains Sebelum penggunaan peta pokok, hanya 20.0% peserta kajian yang berminat untuk mempelajari Sains dan 80.0% peserta kajian tidak berminat dalam Sains. Manakala, tiada peserta kajian yang berasa seronok mempelajari Sains. Selepas peta pokok digunakan dalam Sains, peserta kajian berminat dan seronok dalam pembelajaran Sains. Bagi peserta kajian, topik Sains sukar difahami menyebabkan mereka tidak memberi perhatian dalam kelas. Apabila murid-murid tidak dapat menerima apa yang guru sampaikan dalam kelas, murid-murid akan berasa Sains adalah satu mata pelajaran yang susah dan mereka hilang minat untuk mempelajari sains

Page 29: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 1-15

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

14

(Wahidah, 2011).Jadi, peta pokok yang digunakan mampu membantu murid-murid untuk membuat perkaitan isi pembelajaran dan membantu meningkatkan minat pembelajaran murid terhadap Sains.

Temu bual telah dijalankan ke atas kelima-lima orang peserta kajian sebelum dan selepas penggunaan peta pokok dalam pembelajaran Sains. Dapatan menunjukkan minat para peserta kajian terhadap Sains telah berubah selepas kajian dilaksanakan. Mereka mula berminat dan suka dengan Sains dan seronok belajar mata pelajaran Sains. Hal ini adalah kerana pembelajaran menggunakan peta pokok mampu mewujudkan keseronokan kepada mereka. Menurut Wahidah (2011), pendidik perlu menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai untuk mengekalkan minat pelajar.

Manakala hasil dapatan daripada Senarai Semak Pemerhatian juga menunjukkan perubahan minat para peserta kajian dalam Sains selepas penggunaan peta pokok. Murid-murid kelihatan lebih berminat dan seronok semasa pembelajaran Sains. Mereka juga semakin giat melibatkan diri dalam sesi pembelajaran seperti mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru. Apabila mereka diberi peluang untuk belajar dengan cara yang sesuai, minat mereka dalam Sains telah meningkat.

Kesimpulannya, penggunaan peta pokok telah meningkatkan minat murid dalam Sains. Ini disokong oleh Canas, Coffey, & Novak (2003) yang mengatakan bahawa peta boleh digunakan untuk mengukuhkan pengalaman pembelajaran pelajar bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif. Dengan ini, minat pembelajaran murid dapat ditingkatkan.

Refleksi Pembelajaran Kendiri

Antara masalah yang telah saya hadapi dalam kajian tindakan ini adalah mengenal pasti isu kajian saya. Hal ini adalah kerana saya mendapati banyak masalah yang wujud apabila saya merujuk semula kepada refleksi selepas proses pengajaran dan pembelajaran saya. Saya ingin menyelesaikan semua masalah pengajaran dan pembelajaran yang wujud tetapi kemampuan saya adalah terhad. Jadi, saya berasa sangat keliru kerana tidak dapat membuat keputusan tentang isu manakah yang perlu difokus.

Selain itu, penyelidikan tindakan ini telah memupuk rasa tanggungjawab

terhadap murid dalam diri saya. Saya perlu bertanggungjawab atas pembelajaran murid. Apabila murid-murid tidak dapat menaakul isi kandungan yang disampaikan, saya perlu mengambil tindakan untuk menilai cara pengajaran saya dan faktor-faktor yang menyebabkan masalah yang berlaku. Seterusnya, saya perlu mengambil tindakan yang relevan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi supaya murid-murid dapat belajar dengan berkesan.

Penyelidikan tindakan ini juga menyedarkan saya tentang betapa pentingnya minat murid-murid dalam pembelajaran Sains. Apabila mereka tidak berminat dengan sesuatu subjek tersebut, maka segala isi pembelajaran yang disampaikan tidak dapat diserap oleh murid-murid. Jadi, hal ini akan menyebabkan pencapaian murid rendah. Jadi, minat murid dalam Sains amat penting untuk memotivasikan murid dalam pembelajaran Sains.

Page 30: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 1-15

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

15

Di samping itu, saya juga telah menyedari bahawa pembelajaran tradisional tidak lagi berkesan pada zaman globalisasi ini lagi. Hal ini adalah kerana ia akan menyebabkan minat dan pencapaian murid-murid menurun. Jadi, guru perlu melengkapkan diri dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menampung keperluan murid-murid yang mempunyai perbezaan individu supaya pembelajaran yang berkesan boleh berlaku.

Secara kesimpulannya, saya telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman yang sangat berguna sebagai seorang guru yang boleh digunakan pada masa yang akan datang. Tugasan ini memberi peluang kepada saya untuk menjadi seorang guru yang prihatin akan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dan mendorong saya mengambil langkah yang sewajarnya untuk membantu murid-murid sekolah.

Cadangan Tindakan Kitaran Seterusnya Saya mengikhtiarkan beberapa cadangan kajian seterusnya. Antaranya

termasuklah menambahkan bilangan peserta kajian supaya hasilnya dapat memanfaatkan lebih ramai murid dan menggunakan peta pemikiran yang lain dalam pembelajaran Sains.

Rujukan

Canas, A. J., Coffey, J. W. & Novak, J. D. (2003). A summary of literature pertaining to the use of concept mapping techniques and technologies for education

and performance support. Dicapai pada 22 Mac, 2014 dari http://d.scribd.com/docs/261j5fna86ajy54923b3.pdf

Hyerle, D. (2000). Thinking Maps: Seeing is understanding. Diakses daripada http://www.ascd.org/publications/educationalleadership/dec95/vol53/num04/[email protected]

Leary, S. F. (1999). The effect of thinking map instruction on the achievement of fourth-grade students. Diakses pada 22 Mac, 2014 dari http://www.thinkingfoundation.org/research/graduate_studies/pdf/samuel-leary-dissertation.pdf

Dahar, R. W. (1996). Teori-teori Belajar. Jakarta: Erlangga Publication. Wahidah Binti Haji Abu Bakar. (2011). keberkesanan konsep peta minda dalam

pembelajaran berasaskan masalah. Diakses pada 14 Ogos, 2014 dari http://eprints.uthm.edu.my/4169/1/WAHIDAH_ABU_BAKAR.pdf

Page 31: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 16-31

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

16

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PLAY CARD TERHADAP PENCAPAIAN DAN MINAT MURID TAHUN LIMA DALAM SAINS DI KUCHING

Wong Liew Ling

[email protected]

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan play card yang merupakan kaedah bermain sambil belajar terhadap pencapaian dan minat murid Tahun 5 dalam topik “Kemandirian Spesies”. Responden dalam kajian ini terdiri daripada empat orang murid dari Tahun 5 Merah yang kurang berminat, tidak menumpu perhatian dalam kelas dan mempunyai tahap pencapaian yang rendah. Data dikumpulkan melalui temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik. Hasil analisis data mendapati bahawa empat orang responden menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam lembaran kerja berbanding dengan lembaran kerja sebelum pelaksanaan kajian tindakan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan play card berjaya meningkatkan minat dan pencapaian responden kajian dalam topik “Kemandirian Spesies”.

Kata kunci: Play card, kaedah bermain sambil belajar, pencapaian, minat, topik “Kemandirian Spesies”

Abstract

The purpose of this study was to evaluate the effectiveness of using play card which is learning through play method on achievement and interest of Year 5 students in the topic of “Survival of the Species”. The respondents in this study consisted of four students from Year 5 Merah who show less interest, not paying attention in class and obtained low grade in achievement. The data for this study was collected using interviews, observations, document analysis and questionnaires. The results showed that all respondents improved significantly in their worksheet compared to worksheet before implementation of action research. The results of the study showed that the play card was able to increase the interest and achievement of respondents in the topic “Survival of the Species”.

Keywords: Play card, learning through play method, achievement, interest, topic of “Survival of the Species”

Page 32: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 16-31

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

17

Pengenalan Konteks Sains merupakan satu matapelajaran teras di sekolah rendah. Matlamat kurikulum Sains sekolah rendah ialah untuk mengembangkan minat dan kreativiti murid melalui pengalaman harian dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni. Dalam abad ke-21, teknologi akan berubah menjadi bidang yang berasaskan sains kerana perkembangan teknologi akan hampir sepenuhnya bergantung kepada perkembangan pengetahuan sains (Poh, 1996). Maka, ia adalah penting kita sebagai seorang guru untuk menyediakan suasana pembelajaran yang bermakna supaya merangsangkan minat dan mental murid terhadap matapelajaran Sains. Saya merupakan seorang guru pelatih yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) pengkhususan Sains. Saya telah mengalami tiga fasa praktikum di sekolah rendah yang berlainan di sekitar bandaraya Kuching. Sepanjang saya menjalani praktikum di sekolah, saya menyedari bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai adalah penting bagi menyesuaikan keadaan sekolah yang berlainan, terutamanya tahap pencapaian murid, saiz kelas, kemudahan sekolah (seperti makmal komputer, makmal Sains, penggunaan LCD dan lain-lain), penglibatan murid dalam bilik darjah, minat murid terhadap matapelajaran dan lain-lain. Pada awal praktikum fasa III, pengintergrasian ICT tidak diaplikasikan dalam kelas kerana sekolah tersebut tidak mempunyai makmal komputer. Jadi, masa untuk memasang dan mengemaskan LCD dalam bilik darjah telah menjadikan faktor pertimbangan saya kerana waktu matapelajaran Sains saya adalah pada waktu pertama dan saya mempunyai jadual waktu yang berterusan untuk memasuki kelas yang berlainan. Jadi, kad gambar telah banyak digunakan untuk menyampaikan isi kandungan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pemerhatian, terdapat murid telah menunjukkan rasa kurang berminat, tidak bermotivasi, berkhayal dan tidak menumpu perhatian dalam kelas serta tidak menguasai konsep Sains yang diajar. Menurut Aliza Ali, Zahara Aziz, & Rahaty Majzub (2011), “Play is a very important part of a child’s life. A child learns to make sense of the world around them through play”. Bermain menggalakkan murid untuk membina pengetahuan melalui pengalaman dengan persekitaran dan menyediakan pembelajaran yang bermakna secara tidak langsung. Murid-murid akan mengingati konsep Sains dengan lebih mendalam dengan mengerakkan perkembangan kognitif mereka melalui bermain. Bermain merupakan satu pendekatan terancang dan berstruktur bagi memberikan peluang kepada murid belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan, bebas dan selamat (Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009). Justeru, kaedah bermain sambil belajar merupakan satu strategi yang mampu memotivasikan murid supaya berminat terhadap sesuatu konsep Sains dan membantu membina ingatan yang mendalam terhadap mereka. Fokus Kajian Pada praktikum fasa III, saya mendapati bahawa kebanyakan murid dalam kelas Tahun 5 Merah mempunyai pencapaian yang memuaskan dalam matapelajaran

Page 33: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 16-31

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

18

Sains. Namun, terdapat dalam kalangan mereka mempunyai tahap pencapaian yang rendah, pasif, kurang berminat, tidak bermotivasi, berkhayal dan tidak menumpu perhatian dalam kelas. Selepas menjalankan aktiviti mengumpul maklumat awal, isu keprihatinan yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah dikenalpasti. Antara kaedah yang digunakan termasuklah pemerhatian dan analisis dokumen. Melalui pemerhatian, saya telah mendapati bahawa seramai 7 hingga 8 orang murid yang tidak menumpu perhatian dalam kelas, terutamanya mereka yang duduk di belakang bilik darjah. Mereka lebih cenderung untuk berbual-bual dengan rakan sebelah dan membuat kerja sendiri semasa guru menyampaikan isi kandungan pembelajaran di hadapan. Walaupun perbincangan telah dijalankan dan soalan-soalan dikemukakan terhadap murid-murid, namun ia hanya melibatkan murid yang berpencapaian tinggi dan aktif dalam kelas sahaja. Hal ini secara tidak langsung telah mengabaikan murid-murid yang berada di belakang dan mendorong mereka untuk membuat kerja sendiri atau bermain dan berbual-bual dengan rakan di sebelah. Dari segi analisis dokumen pula, saya telah meneliti lembaran kerja murid. Melalui lembaran kerja, saya mampu mengesan terdapat murid yang tidak dapat mengaitkan ciri-ciri yang terdapat pada setiap agen pencaran dengan contoh-contoh tumbuhan. Selain itu, ujian diagostik bagi topik “Kemandirian Spesies” juga diedarkan kepada murid. Daripada analisis yang telah dilakukan, terdapat 11.43% (4 orang) yang mempunyai tahap pencapaian yang lemah dalam ujian yang telah dijalankan bagi topik “Kemandirian Spesies”. Dengan ini, murid-murid berkenaan perlulah diberi perhatian dan tindakan yang sesuai perlu dilaksanakan untuk membantu mereka. Menurut Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2011), dalam kajian mereka telah mengatakan bahawa pembelajaran mestilah berdasarkan keperluan dan minat kanak-kanak. Pembelajaran yang mengambil kira minat murid mendorong mereka memberi perhatian dan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2008). Menurut Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros, & Mohd. Ali Samsudin (2006), kaedah bermain sambil belajar menggalakkan pembinaan pengetahuan secara aktif dalam proses pembelajaran yang selaras dengan pendekatan konstruktivisme yang menekankan peranan individu, kepentingan membina makna dan peranan aktif pelajar. Justeru, penggunaan play card yang merupakan kaedah bermain sambil belajar digunakan untuk melaksanakan kajian tindakan ini. MenurutNoriati A. Rashid, Boon, P. Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), main berperaturan merupakan permainan formal yang melibatkan peraturan yang ditetapkan. Dalam kajian Bila Nastiti Tasaufi, & Moh. Adnan Latief (2011) yang bertajuk “Developing Role-Play Cards as the Media for Assessing Speaking Skill of Seventh Grade Students”, ia telah mendapatkan hasil dapatan yang memuaskan selepas pelaksanaan kajian. Mereka telah mengatakan bahawa “The cards are fun, attractive, and have a good pictures”. Hal ini kerana melalui penggunaan role-play cards, ia telah memberi peluang kepada murid untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dan memperluaskan perbendaharaan murid. Di samping itu, penggunaan role-play cards membantu untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan dapat

Page 34: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 16-31

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

19

meningkatkan motivasi murid secara tidak langsung seperti yang telah dinyatakan dalam kajian mereka, “It helps the students to have fun activity because they can act based on the situation given. Subsequently, they will have motivation to learn English because they enjoy the activity”. Jadi, peranan guru tidak hanya mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira, tetapi juga merancangkan aktiviti supaya memberi makna yang luas terhadap murid untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui interaksi dalam sesuatu permainan. Objektif Kajian Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk:

i. meningkatkan pencapaian murid Tahun 5 dalam topik “Kemandirian Spesies” di Kuching, dan

ii. meningkatkan minat murid Tahun 5 dalam topik “Kemandirian Spesies” di Kuching

melalui penggunaan play card. Soalan Kajian Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang dapat dijawab ialah:

i. Sejauh manakah penggunaan play card dapat meningkatkan pencapaian murid Tahun 5 dalam topik “Kemandirian Spesies” di Kuching?

ii. Sejauh manakah penggunaan play card dapat meningkatkan minat murid Tahun 5 dalam topik “Kemandirian Spesies” di Kuching?

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Perancangan Tindakan Menurut Martlew, Stephen, & Ellis (2011), dalam proses pembelajaran peraturan adalah penting untuk memastikan kanak-kanak bermain dengan “betul-betul” dan menyediakan peluang kepada mereka untuk menguasai kemahiran akademik yang diperlukan dalam pembelajaran secara formal. Maka, play card yang merupakan kaedah bermain sambil belajar digunakan untuk membantu responden kajian saya bagi topik “Kemandirian Spesies”. Tempoh masa perancangan tindakan mengambil masa kira-kira 3 bulan yang bermula daripada membuat tinjauan awal, pemilihan responden kajian, melaksanakan tindakan, pengumpulan data dan lain-lain. Jadual 1 merupakan jadual perancangan pelaksanaan tindakan bagi melaksanakan kajian tindakan ini.

Page 35: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 16-31

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

20

Jadual 1 Jadual perancangan pelaksanaan tindakan

Bil. Rancangan Tindakan Tarikh Pelaksanaan

1. Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melaksanakan tinjauan awal menggunakan kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan ujian diagnostik.

6 – 13 Februari 2014

2. Memilih responden kajian melalui hasil pemerhatian dan keputusan murid berdasarkan ujian diagnostik dan lembaran kerja.

17 Februari 2014

3. Mendedahkan dan melaksanakan kaedah bermain sambil belajar dengan penggunaan play card terhadap responden. Melakukan pemerhatian sepanjang proses pelaksanaan aktiviti bermain.

1 April 2014

4. Melaksanakan sesi kedua kaedah bermain sambil belajar dengan penggunaan play card terhadap responden. Melakukan pemerhatian sepanjang proses pelaksanaan aktiviti bermain.

8 April 2014

5. Mengedarkan lembaran kerja yang berkaitan dengan tajuk “Kemandirian Haiwan” dan “Kemandirian Tumbuhan” kepada responden kajian.

9 April 2014

6. Menjalankan temu bual dengan responden kajian. 10 April 2014

7. Mengedarkan borang soal selidik kepada responden kajian.

11 April 2014

8. Mengumpul dan menyusun data yang dikumpul. 12 – 13 April 2014

Pelaksanaan Terapi Sebelum Pelaksanaan Aktiviti Bermain 1. Menentukan tujuan dan hasil pembelajaran.

Aktiviti bermain yang dilaksanakan adalah berfokus kepada dua tajuk, iaitu “Kemandirian Haiwan” dan “Kemandirian Tumbuhan”.

2. Menentukan aktiviti permainan. Permainan play card yang merupakan permainan berperaturan direka cipta khas dan ia bernama “Siapakah saya?”.

3. Menyediakan isi kandungan aktiviti permainan Saya menyusunkan isi kandungan dengan membahagikan kepada dua bahagian, iaitu “Kemandirian Haiwan” dan “Kemandirian Tumbuhan”. Secara keseluruhannya, terdapat 18 ciri-ciri yang disenaraikan bagi tajuk “Kemandirian Haiwan” dalam set play card. Manakala bagi tajuk “Kemandirian Tumbuhan”, ia terdapat 15 ciri-ciri yang disenaraikan bagi empat agen pencaran dalam set play card.

4. Menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan. Dua set kad, iaitu kad gambar haiwan dan kad gambar tumbuhan disediakan

sebelum pelaksanaan sesi bermain dengan responden kajian. Dalam setiap set

kad, ia mengandungi kad gambar dan kad penerangan (merupakan kad yang

memerihal ciri-ciri haiwan atau tumbuhan untuk memastikan kemandirian

Page 36: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 16-31

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

21

spesiesnya). Rajah 1 menunjukkan set kad bagi tajuk “Kemandirian Haiwan”

dan “Kemandirian Tumbuhan”.

Rajah 1. Set kad bagi tajuk “Kemandirian Haiwan” dan “Kemandirian Tumbuhan”

5. Menetapkan peraturan permainan. Play card merupakan permainan yang berperaturan dan direka khas untuk murid-murid seramai empat hingga lima orang. Antara berikut merupakan peraturan-peraturan permainan “Siapakah Saya?”: 1) Kad gambar dan kad penerangan masing-masing dicuci secara rawak. 2) Kad penerangan diletakkan di tengah meja, manakala kad gambar

diagihkan kepada setiap orang murid secara sama rata (kad yang lebih diketepikan).

3) O-som dilakukan untuk menentukan seorang pemenang untuk memulakan permainan.

4) Pemenang tersebut sebagai pemain pertama dan membuka sekeping kad penerangan yang diletakkan di atas meja.

5) Sekiranya pemain pertama mempunyai kad gambar yang sepadan dengan kad penerangan tersebut, kad dikeluarkan dengan meletakkannya di atas meja.

6) Pemain kedua akan meneruskannya sehingga pemain yang seterusnya tidak mempunyai kad gambar yang tidak sepadan dengan kad penerangan tersebut dan sekeping kad penerangan dibenarkan untuk dibuka.

7) Sekiranya pemain tersebut tidak mempunyai kad gambar yang sepadan dengan kad penerangan tersebut yang dibuka olehnya, peluang akan diberikan kepada pemain yang seterusnya dengan menyebut “pass”.

8) Permainan ini akan diteruskan sehingga terdapat tiga orang pemain habis mengeluarkan kad gambar.

Catatan: Dalam proses permainan “Siapakah Saya?” bagi set kad tumbuhan, murid dikehendaki untuk menyatakan jenis agen pencaran setiap kali kad di tangan dikeluarkan. Dalam permainan ini, guru sebagai fasilitator dan pemerhati bagi memastikan murid-murid membuat pemadanan yang betul. Sekiranya terdapat kesalahan dalam membuat pemadanan, sekeping kad gambar daripada kad yang selebihnya akan bagi kepada pemain tersebut.

Page 37: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 16-31

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

22

6. Menetapkan tempoh pelaksanaan aktiviti bermain. Tempoh pelaksanaan aktiviti bermain adalah pada 17 Mac – 13 April 2014. Aktiviti bermain telah dijalankan sebanyak dua kali.

Semasa Pelaksanaan Aktiviti Bermain 1. Menerangkan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran terhadap responden

kajian. 2. Menjelaskan permainan “Siapakah Saya?” dan peraturan bagi permainan

tersebut. 3. Mengendalikan aktiviti bermain dengan berperanan sebagai fasilitator. 4. Memerhati responden melalui borang pemerhatian, iaitu catatan log untuk

merekod tingkah laku dan aksi responden kajian. Rakan berpasangan membantu untuk mengambil gambar foto semasa pelaksanaan aktiviti.

5. Memastikan kelancaran aktiviti dengan berperanan sebagai pembimbing apabila terdapat murid yang beragu-ragu terhadap kad gambar yang hendak dikeluarkan bagi memadankan dengan kad penerangan yang ditunjukkan.

Selepas Pelaksanaan Aktiviti Bermain 1. Mengedarkan lembaran kerja kepada responden kajian.

Lembaran kerja bagi tajuk “Kemandirian Haiwan” dan “Kemandirian Tumbuhan” diedarkan kepada responden kajian.

2. Menilai aktiviti bermain. Penilaian terhadap catatan log dan gambar foto dilakukan, terutamanya reaksi, respons dan penglibatan responden kajian semasa pelaksanaan aktiviti bermain. Selain itu, penilaian terhadap hasil lembaran kerja juga dilakukan untuk memastikan responden mempunyai peningkatan dari segi pencapaian dan penguasaan terhadap topik “Kemandirian Spesies”.

3. Mendapatkan maklum balas daripada responden. Borang soal selidik telah disediakan kepada responden untuk mendapatkan maklum balas melalui penilaian terhadap respons mereka.

4. Mengadakan sesi temu bual dengan responden. Sesi temu bual dengan responden telah dijalankan untuk mengesan minat dan memastikan sama ada mereka dapat menguasai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

Kaedah Kajian

Peserta Kajian Kumpulan sasaran kajian tindakan saya adalah terdiri daripada 4 orang murid lelaki kelas 5 Merah. Mereka mempunyai ciri-ciri yang serupa, iaitu kurang berminat, tidak melibatkan diri dan tidak menumpu perhatian dalam kelas, tidak dapat menguasai konsep Sains bagi topik “Kemandirian Spesies” serta mempunyai tahap pencapaian yang rendah. Etika Penyelidikan Sebelum melaksanakan kajian tindakan di sekolah, saya telah meminta kebenaran daripada pihak sekolah terlebih dahulu mengenai pelaksanaan kajian tindakan yang akan melibatkan murid-murid. Saya juga telah meminta kebenaran daripada empat orang murid sasaran yang telah dikenalpasti dan memberi penjelasan ringkas mengenai tujuan dan prosedur kajian tindakan yang akan dijalankan. Sebelum

Page 38: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 16-31

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

23

bermula pelaksanaan kajian tindakan, surat persetujuan untuk menjadi responden kajian ditandatangani untuk melindungi hak dan kepentingan mereka. Teknik Mengumpul Data Lembaran Kerja Lembaran kerja digunakan sebagai sumber data kajian ini bagi menilai responden kajian dari aspek peningkatan pencapaian dan penguasaan pembelajaran terhadap topik “Kemandirian Spesies” selepas penggunaan play card. Pemerhatian Pemerhatian terhadap responden kajian dilakukan dengan merekod tingkah laku atau aksi mereka dalam catatan log sepanjang pelaksanaan kajian tindakan. Gambar foto juga diambil untuk merekodkan tingkah laku atau sesuatu situasi dalam keadaan yang statik dengan bantuan rakan berpasangan. Soal Selidik Borang soal selidik disediakan untuk mendapat maklumat berkaitan dengan persepsi responden kajian terhadap isu-isu yang berkaitan selepas pelaksanaan aktiviti bermain melalui penggunaan play card. Temu Bual Temu bual digunakan untuk menilai isu yang hendak dikenalpasti dalam kajian melalui interaksi sosial dengan responden kajian. Temu bual berstruktur digunakan untuk memastikan tidak meninggalkan mana-mana soalan yang penting dan memastikan pertanyaan adalah sentiasa berfokus kepada isu kajian. Jadi, soalan-soalan telah disediakan untuk dikemukakan semasa sesi temu bual bersama dengan responden kajian. Teknik Menganalisis Data Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data kualitatif dan kuantitatif, iaitu data lembaran kerja, temu bual, pemerhatian dan soal selidik yang telah digunakan untuk mengumpul data dalam melaksanakan kajian ini. Analisis terhadap lembaran kerja adalah mengenalpasti bilangan soalan yang dapat dijawab oleh responden kajian sebelum dan selepas kajian tindakan. Selepas itu, data ini disusun dalam bentuk graf palang berganda untuk membuat perbandingan dan mengenalpasti persoalan kajian yang ingin dikaji dalam kajian ini, iaitu aspek pencapaian responden kajian selepas pelaksanaan kajian tindakan. Bagi data yang diperoleh daripada temu bual, pemerhatian dan soal selidik pula analisis terhadap transkrip temu bual dan kandungan catatan log serta soal selidik dilakukan terlebih dahulu. Selepas itu, data dikategorikan bagi membentuk tema yang berhubungkait dengan isu. Tema yang dibentuk disusun dalam grid analisis sama ada dalam bentuk jadual, graf atau carta untuk mengenalpasti isu/ tema/ corak dan makna data yang dikumpul. Akhirnya, menentukan aktiviti kajian susulan bagi menghubungkaitkan data yang dikumpul dengan persoalan kajian. Gambar foto yang diambil juga dianalisis dengan menginterprestasi dan mengimbas kembali sesuatu tingkah laku yang direkod atau situasi dalam keadaan yang statik yang berhubung dengan persoalan kajian dalam kajian ini.

Page 39: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 16-31

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

24

Teknik Menyemak Data Triangulasi Kaedah Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul data kajian saya, termasuklah kaedah lembaran kerja, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Penggunaan pelbagai kaedah ini adalah untuk memperoleh data dan maklumat bagi menjawab persoalan kajian yang sama. Keputusan data yang selaras menunjukkan kesahan dan kepercayaan data yang tinggi. Triangulasi Penyelidik Saya telah meminta bantuan daripada rakan berpasangan untuk mengambil gambar foto. Gambar foto digunakan untuk merekodkan tingkah laku atau sesuatu situasi dalam keadaan yang statik. Selain itu, saya juga merujuk kepada rakan berpasangan saya untuk mendapatkan komen dan mengenalpasti tingkah laku yang ditunjukkan oleh responden kajian.

Refleksi Refleksi Dapatan

Sejauh manakah penggunaan play card dapat meningkatkan pencapaian murid Tahun 5 dalam topik “Kemandirian Spesies” di Kuching?

Dengan merujuk kepada Jadual 2 yang merupakan analisis dan penyusunan data temu bual selepas kajian tindakan dilaksanakan, ia menunjukkan murid-murid adalah memahami dan mampu memberi contoh haiwan atau tumbuhan berserta dengan cara untuk memastikan kemandirian spesies mereka. Jadual 2 Penyusunan data temu bual mengenai pemahaman dan pencapaian murid terhadap topik “Kemandirian Spesies” selepas penggunaan play card

Nama Respons Murid

Memahami Memberi Contoh

Murid A Murid B Murid C - Murid D

Berpandu Rajah 2 yang mengenai tingkah laku responden kajian semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Sebelum permainan play card diperkenalkan, responden adalah tidak menguasai konsep Sains dan memerlukan bimbingan.

Rajah 2. Tingkah laku responden kajian semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains

Page 40: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 16-31

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

25

Namun, dengan merujuk kepada Rajah 3, semasa pelaksanaan kajian tindakan, responden telah menunjukkan peningkatan kerana mereka mampu memadankan kad gambar dengan kad penerangan walaupun terdapat seorang murid masih beragu-ragu dan tidak yakin terhadap diri sendiri.

Rajah 3. Tingkah laku murid semasa pelaksanaan kajian tindakan

Dengan berpandukan Rajah 4 dan 5, ia telah menunjukkan corak graf yang meningkat bagi kedua-dua lembaran kerja yang digunakan sebelum dan selepas pelaksanaan kajian.

Rajah 4. Graf perbandingan bilangan jawapan yang betul sebelum dan selepas pelaksanaan kajian tindakan bagi Lembaran Kerja 1

Rajah 5. Graf perbandingan bilangan jawapan yang betul sebelum dan selepas pelaksanaan kajian tindakan bagi Lembaran Kerja 2.

Page 41: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 16-31

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

26

Daripada Jadual 3, secara keseluruhannya, maklum balas atau keputusan positif ditunjukkan kerana murid-murid dapat mengingati fakta, memerihal, dan menyenaraikan ciri-ciri serta contoh haiwan atau tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesies. Hanya seorang murid yang masih keliru dengan ciri-ciri tumbuhan bagi setiap agen pencaran. Jadual 3 Dapatan soal selidik mengenai penguasaan murid terhadap topik “Kemandirian Spesies” selepas penggunaan play card

Bil. Soalan Bilangan Murid

Ya Tidak

Bahagian A: Kemandirian Haiwan 1. Adakah anda dapat mengingati contoh haiwan yang

menjaga telur dan anaknya? 4 -

2. Adakah anda keliru terhadap haiwan yang menjaga telur dengan haiwan yang menjaga anak?

- 4

3. Adakah anda dapat memberi tiga contoh haiwan yang menjaga telurnya?

4 -

4. Adakah anda dapat memerihalkan cara menjaga telur bagi salah satu contoh haiwan yang diberikan?

4 -

5. Adakah anda dapat memberi tiga contoh haiwan yang menjaga anaknya?

4 -

6. Adakah anda dapat memerihalkan cara menjaga anak bagi salah satu contoh haiwan yang diberikan?

4 -

Bahagian B: Kemandirian Tumbuhan 1. Adakah anda dapat mengingati empat agen pencaran dan

ciri-ciri tumbuhan? 4 -

2. Adakah anda dapat menyenaraikan empat agen pencaran?

4 -

3. Adakah anda dapat menyenaraikan ciri-ciri tumbuhan bagi setiap agen pencarannya?

3 1

4. Adakah anda dapat memberikan dua contoh tumbuhan yang dipencarkan melalui setiap agen pencaran?

4 -

5. Adakah anda keliru dengan ciri-ciri tumbuhan dengan agen pencarannya?

1 3

Penggunaan play card dapat meningkatkan pencapaian murid bagi topik “Kemandirian Spesies” dengan berpandukan hasil dapatan daripada temu bual, pemerhatian, lembaran kerja dan soal selidik. Ini dapat disokong oleh dapatan kajian lepas oleh Zairul Sabanah, Zaliha Binti Musa, & Yahya Sedik (2011) yang mendapati bahawa selepas strategi permainan “I am Dispersal Agent!” telah digunakan dan dilaksanakan, semua responden kajian telah menunjukkan peningkatan markah dalam lembaran kerja berbanding sebelum strategi dilaksanakan. Menurut Piaget (1962) melalui Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), main memberi peluang kepada kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah yang pelbagai (kognitif, manipulatif, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek.

Page 42: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 16-31

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

27

Sejauh manakah penggunaan play card dapat meningkatkan minat murid Tahun 5 dalam topik “Kemandirian Spesies” di Kuching? Rajah 6 merupakan analisis dan penyusunan data temu bual selepas kajian tindakan dilaksanakan. Responden telah menunjukkan minat kerana mereka berasa seronok, suka bermain dengan rakan, dapat ingat fakta, berasa senang dan mudah difahami serta bermotivasi tinggi untuk menjadi pemenang dan gembira apabila mereka memadankan kad.

Rajah 6. Minat murid terhadap topik “Kemandirian Spesies” selepas penggunaan play card Berpandukan Rajah 7, murid-murid telah menunjukkan minat pada akhir sesi pelaksanaan tindakan kajian. Mereka telah menunjukkan tingkah laku seperti penglibatan diri secara aktif, gembira apabila berjaya memadankan kad, tidak sabar untuk bermain dan lain-lain.

Rajah 7. Tingkah laku murid semasa pelaksanaan kajian tindakan

Rajah 8 menunjukkan suasana semasa pelaksanaan aktiviti bermain dengan empat orang responden kajian. Melalui gambar foto ini, ia adalah jelas bahawa semua

Page 43: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 16-31

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

28

reponden kajian adalah melibatkan diri secara aktif dan berasa seronok apabila aktiviti bermain dilaksanakan.

Rajah 8. Suasana pelaksanaan kajian tindakan dengan penggunaan play card

Dengan merujuk kepada Jadual 4 yang merupakan dapatan soal selidik mengenai minat murid terhadap topik “Kemandirian Spesies” selepas penggunaan play card, semua responden adalah berminat dan gembira ketika mempelajari topik “Kemandirian Spesies” dengan penggunaan play card. Jadual 4 Dapatan soal selidik mengenai minat murid terhadap topik “Kemandirian Spesies” selepas penggunaan play card

Bil. Soalan

Bilangan Murid

Ya Tidak

Bahagian A: Kemandirian Haiwan 1. Adakah anda berminat dan gembira ketika mempelajari

tajuk ini?

4 -

Nyatakan sebab:

Kerana saya dapat tahu tentangnya.

Kerana terdapat banyak maklumat tentang haiwan.

Kerana saya dapat belajar tentang kehidupan.

Kerana ianya seronok. Bahagian B: Kemandirian Tumbuhan 2. Adakah anda berminat dan gembira ketika mempelajari

tajuk ini?

4 -

Nyatakan sebab:

Kerana saya dapat tahu tentang empat agen pencaran.

Kerana terdapat banyak maklumat tentang tumbuhan.

Kerana saya tahu mana agennya.

Kerana dapat mengenali kemandirian tumbuhan.

Petunjuk:

Mempelajari konsep Sains Seronok

Page 44: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 16-31

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

29

Berpandukan Rajah 9, mereka adalah berasa gembira kerana mereka dapat mempelajari dan lebih mengenali topik yang disampaikan serta ia adalah seronok.

Rajah 9. Minat responden terhadap topik “Kemandirian Spesies” selepas penggunaan play card Penggunaan play card telah berjaya meningkatkan minat murid dengan berpandukan hasil dapatan daripada temu bual, pemerhatian dan soal selidik. Ini adalah selaras dengan dapatan kajian lepas yang dilaksanakan oleh Lau Ging Lim (2012) yang mendapati bahawa kaedah bermain sambil belajar telah berjaya meningkatkan minat murid melalui penglibatan aktif murid dan interaksi murid semasa menjalankan aktiviti permainan. Menurut Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), bermain meliputi aktiviti yang memberi kegembiraan dan peluang bagi murid melahirkan perasaan, meneroka serta mencuba dan meningkatkan minat. Refleksi Penilaian Tindakan Penggunaan play card membantu saya dalam meningkatkan pencapaian dan minat murid terhadap topik dalam matapelajaran Sains. Bermain merupakan satu aktiviti yang menyeronok dan memerlukan penglibatan aktif murid secara fizikal dan kognitif untuk mengalami atau melakukannya dengan diri sendiri. Melalui bermain, murid-murid lebih mengenali secara mendalam tentang sesuatu konsep Sains yang ingin disampaikan dalam keadaan pembelajaran yang riang. Menurut Mohd. Sharani Ahmad (2006), bermain secara berkongsi adalah apabila kanak-kanak bertambah minat bermain dengan kanak-kanak lain. Dalam proses pelaksanaan aktiviti bermain, terdapat murid memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta memberi teguran terhadap rakannya. Dengan ini, aktiviti bermain telah memberi peluang kepada murid untuk menghalusi lagi pemikiran dan mendalami kefahaman mereka. Selain itu, aktiviti bermain menggalakkan murid membuat perbincangan antara satu sama lain. Proses pembinaan pengetahuan berlaku dalam konteks sosial di mana seseorang pelajar bertukar-tukar idea dengan rakan-rakannya, sama ada dalam kumpulan kecil atau dalam kelas yang besar (Poh, S. H.,1998). Dalam proses pelaksanaan kajian tindakan ini, saya juga mendapati bahawa kelemahan penggunaan play card ini adalah ia hanya sesuai bagi murid-murid yang

Page 45: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 16-31

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

30

mempunyai pengetahuan sedia ada dan tahap pencapaian yang sederhana ataupun tinggi. Hal ini kerana mereka memadankan kad gambar dengan cepat dan tepat jika berbanding dengan murid yang mempunyai tahap penguasaan yang rendah. Dengan ini, ia akan menyebabkan murid kurang yakin terhadap diri sendiri dan hilang motivasi. Jadi, ia adalah penting guru sebagai fasilitator untuk membantu murid untuk memikir dengan mengemukakan soalan atau tips. Refleksi Pembelajaran Kendiri Pelaksanaan kajian tindakan ini telah menyediakan peluang kepada saya untuk membuat tinjauan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pengalaman dan amalan pengajaran dan pembelajaran saya serta mengalakkan saya menjadi seorang yang peka dan prihatin terhadap keperluan murid-murid. Tambahan pula, ia menggalakkan saya untuk mengukuhkan dan memperkembangkan profesionalisme guru serta membawa kepada pembaharuan kerana set play card yang direka cipta dapat membantu meningkatkan minat, pencapaian dan penglibatan responden kajian dalam proses pembelajaran mereka. Selain itu, ia memberi manfaat terhadap sekolah, masyarakat dan negara melalui play card yang direka cipta yang merupakan satu inovasi bagi menyediakan peluang kepada murid untuk bermain sambil belajar. Di samping itu, masalah pembelajaran murid telah dikenalpasti dan strategi yang bersesuaian dengan tahap dan gaya pembelajaran mereka telah digunakan. Dengan ini, saya menyedari bahawa kepentingan dan kebaikan untuk melakukan penyelidikan tindakan di sekolah. Saya berharap pengetahuan dan pengalaman yang telah menimba melalui kajian ini dapat digunakan pada masa depan dari semasa ke semasa. Cadangan Tindakan Selanjutnya Selepas pelaksanaan kajian tindakan ini, ia terdapat beberapa cadangan kajian yang berkaitan dengan penggunaan play card boleh dilaksanakan pada masa hadapan. Pertama sekali, play card boleh digunakan sebagai kad imbasan untuk membantu murid-murid yang mempunyai tahap penguasaan konsep Sains yang lemah supaya memberi peluang kepada murid membuat penerokaan sendiri mengenai konsep Sains yang hendak disampaikan dan mengurangkan suasana kalah menang semasa menjalankan kajian tindakan. Selain itu, sesi melaksanakan aktiviti bermain boleh dilanjutkan untuk mengkaji tahap pencapaian murid yang lemah sehingga mereka dapat menguasai konsep Sains dengan sepenuhnya dengan penggunaan play card. Akhir sekali, play card boleh diaplikasikan ke dalam topik-topik yang berlainan dalam sukatan matapelajaran Sains bagi mengkaji keberkesanan alat bantu belajar tersebut dalam topik-topik yang berlainan.

Page 46: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 16-31

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

31

Rujukan

Aliza Ali, Zahara Aziz, & Rahaty Majzub. (2011). Teaching and Learning Reading Through Play. World Applied Sciences Journal 14 (Learning Innovation and Intervention for Diverse Learners), 15-20.

Bila Nastiti Tasaufi, & Moh. Adnan Latief. (2011). Developing Role-play Cards as the Media for Assessing Speaking Skill of Seventh Grade Students. Didapatkan daripada http://jurnal-online.um.ac.id/data/artikel/artikel83C4AB 7C21160153DAC4AD5F52E65EE5.pdf

Haliza Hamzah, & Joy Nesamalar Samuel. (2008). Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Lau, G. L. (2012, September 27-28). Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2009: Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, hlm. 195-209.

Martlew, J., Stephen, C., & Ellis, J. (2011). Play in the primary school classroom? The experience of teachers supporting children’s learning through a new pedagogy. Early Years (Volume 31; Number 1), 71-83.

Mohd. Sharani Ahmad. (2006). Siri Prasekolah: Psikologi Kanak-kanak. Selangor: PTS Professionall Publishing Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Siri Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Poh, S. H. (1996). Pedagogi Sains 1: Kurikulum Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Poh, S. H. (1998). Pedagogi Sains 2: Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Sharifah Nor Puteh, & Aliza Ali. (2011). Pendekatan Bermain dalam Pengajaran Bahasa dan Literasi bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1-15.

Zairul Sabanah, Zaliha Binti Musa, & Yahya Sedik. (2011). "I Am Dispersal Agent"-Permainan sebagai Strategi untuk Membantu Murid-murid Tahun 5 Menamakan Ciri-ciri Tumbuhan Mengikut Cara Penyebarannya. Jurnal Penyelidikan Tindakan 2011, 32-41.

Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros, & Mohd. Ali Samsudin. (2006). Siri Pembangunan Profesion Perguruan: Kaedah Mengajar Sains. Pahang Darul Makmur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Page 47: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 32-46

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

32

KEBERKESANAN PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN TERHADAP MINAT DAN KEMAHIRAN MENENTUKAN PEMBOLEHUBAH

MURID SAINS TAHUN EMPAT DI KUCHING

Yeong Chan Yeu

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana pendekatan inkuiri penemuan dapat meningkatkan minat dan kemahiran menentukan pembolehubah empat orang murid Tahun Empat di samping menambah baik amalan pengajaran sains saya di sebuah sekolah kebangsaan di Kuching. Kaedah temu bual, soal selidik, pemerhatian dan penelitian dokumen telah digunakan untuk mengumpul data dan teknik kualitatif dan kuantitatif digunakan untuk menganalisis data yang dikumpulkan. Saya menggunakan triangulasi kaedah, masa dan penyelidik dalam proses penyemakan data yang dikumpulkan. Hasil analisis data menunjukkan bahawa pendekatan inkuiri penemuan telah berjaya meningkatkan minat dan kemahiran empat orang murid dalam menentukan pembolehubah. Ia juga telah menambah baik amalan pengajaran sains saya dalam mata pelajaran Sains. Implikasi dapatan kajian ini adalah pendekatan inkuiri penemuan harus digunakan oleh lebih ramai guru untuk mengajar sains agar minat dan kemahiran menentukan pembolehubah murid dapat ditingkatkan.

Kata kunci: pendekatan inkuiri penemuan, minat, kemahiran menentukan pembolehubah, amalan pengajaran, Sains

Abstract

This study aimed to review the extent to which inquiry-discovery approach enhance the interest and skills of determining variables for four students in Year Four while improving my science teaching practices in a primary school in Kuching. Methods of interviews, questionnaires, observations and research documents were used to collect data and qualitative and quantitative techniques were used to analyze the data collected. I used method, time and investigator triangulations in the process of checking the data collected. The analysis of data shows that the inquiry-discovery approach has succeeded in improving the interest and skills of determining the variables of my respondents. It has also improved my science teaching practices in Science subjects. The implication of this study is inquiry-discovery approach should be used by more teachers to teach science so that skills of determining the variables and interest of students can be improved.

Keywords: inquiry-discovery approach, interest, skills of determining

variables, teaching practices, Science

Page 48: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 32-46

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

33

Pengenalan

Konteks

Pada peringkat awal kanak-kanak, sains diintegrasikan dalam kurikulum di mana aktiviti adalah berpusatkan kanak-kanak dan berbentuk “hands-on”. Kurikulum Sains Sekolah Rendah (2012) adalah berasaskan inkuiri yang menitikberatkan penerokaan persekitaran, merangsang murid-murid meneroka lebih jauh bagi meningkatkan kefahaman, membantu mereka memperkembangkan kemahiran proses sains, berkomunikasi dan merekodkan pembelajaran. Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2013), murid-murid Tahun Tiga perlu mempelajari setiap kemahiran proses sains dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Kemahiran proses sains mempunyai hubungan dengan kemahiran berfikir dan perlu dilalui oleh setiap individu yang mempelajari sains. Oleh yang demikian, pendekatan inkuiri penemuan menggalakkan murid membina ilmu pengetahuan baru dan kemahiran proses sains melalui proses inkuiri yang dijalankan melalui eksperimen, teknik penyelesaian masalah dan penyiasatan. Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran

Melalui pengalaman saya semasa menjalankan praktikum yang lepas, saya mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran proses sains kebanyakan murid sekolah rendah adalah lemah. Murid-murid tidak dapat menjawab soalan terutamanya yang melibatkan kemahiran mengawal pembolehubah. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya penekanan terhadap kemahiran mengawal pembolehubah semasa saya mengajar Sains.

Melalui pemerhatian saya terhadap tingkah laku murid-murid di sekolah, mereka mempunyai sikap tidak peduli dan mengabaikan bimbingan saya. Respons yang diberikan oleh murid mencerminkan mereka kurang minat terhadap sains. Hal ini demikian kerana strategi yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran sains adalah lebih memusatkan guru, di mana saya menggunakan kaedah latih tubi, perbincangan, memberi arahan, menyalin nota dan berbentuk diraktif untuk menyampaikan isi pelajaran sains. Kesan daripada strategi pemusatan guru ini, murid menjadi bosan, kurang aktif dalam pembelajaran, kurang memberi perhatian dan juga hilang minat dalam pembelajaran sains.

Oleh itu, saya telah membuat refleksi terhadap cara pengajaran dan pembelajaran dengan teliti, iaitu kesesuaian teknik yang digunakan, teknik berkomunikasi, bentuk latihan yang diberikan dan kesesuaian teknik bimbingan. Hal ini membolehkan saya membuat penambahbaikan dan pengubahsuaian terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran. Akibatnya, saya bercadang menggunakan pendekatan inkuiri penemuan untuk meningkatkan minat dan kemahiran menentukan pembolehubah murid serta menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran sains.

Fokus Kajian Tinjuan Masalah

Sebelum pelaksanaan pendekatan inkuiri penemuan, saya mendapati bahawa kebanyakan murid tidak dapat menentukan pembolehubah iaitu pembolehubah yang dimanipulasikan, pembolehubah yang bergerak balas dan pembolehubah yang dimalarkan. Oleh itu, meningkatkan kemahiran murid-murid Tahun Empat

Page 49: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 32-46

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

34

dalam menentukan pembolehubah merupakan fokus utama kajian ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga dua isu lain yang saya ingin kaji melalui kajian ini iaitu minat murid terhadap pembelajaran sains dan amalan pengajaran sains saya.

Isu Keprihatinan

Bagi meninjau masalah mengenai murid kurang mahir dalam menentukan pembolehubah dalam suatu soalan, saya telah mengumpul data melalui soalan 4(d) dalam Bahagian B bagi Peperiksaan Pertengahan bulan Mac 2014 sebagai ujian diagnostik untuk 38 orang murid dalam kelas Tahun Empat pada 17 Mac 2014. Saya telah menganalisis dan meneliti tahap penguasaan murid dalam soalan yang berkaitan dengan pembolehubah dari segi bilangan murid yang dapat menjawab dengan betul. Jadual 1 menunjukkan kebolehan murid-murid Tahun Empat dalam menentukan pembolehubah dalam soalan ujian tersebut. Bilangan murid yang berjaya menjawab dengan betul soalan yang berkaitan dengan pembolehubah adalah kurang daripada 11 (40.7%) orang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa majoriti murid-murid menghadapi masalah dalam menentukan pembolehubah.

Jadual 1 Analisis peratusan murid yang dapat menjawab soalan dengan betul dalam menentukan pembolehubah

Soalan 4 (d) Bilangan murid yang menjawab

dengan betul

Bilangan murid yang menjawab dengan salah

Peratus murid menjawab

dengan betul (%)

Pembolehubah yang dimalarkan

2 36 5.6

Pembolehubah yang dimanipulasikan

11 27 40.7

Pembolehubah yang bergerak balas

8 30 26.7

Bagi meninjau masalah murid tidak berminat dalam pembelajaran sains, saya telah menggunakan kaedah soal selidik untuk mengumpul maklumat. Berdasarkan analisis terhadap soalan item 1 dalam soal selidik (Jadual 2), terdapat 26 (68.4%) orang murid menyatakan mereka tidak berminat belajar sains.

Jadual 2 Analisis respon murid terhadap item 1 dalam borang soal selidik

Item 1: Adakah anda berminat untuk mempelajari mata pelajaran Sains?

Respon Murid Kekerapan Peratusan (%)

Ya 12 31.6 Tidak 26 68.4

Berdasarkan 26 orang murid yang tidak berminat belajar sains tersebut, saya telah membuat tinjuan terhadap punca mereka yang menyebabkan mereka tidak berminat belajar sains. Melalui hasil analisis item 1 (Jadual 3) iaitu sebab utama murid tidak berminat belajar sains, majoriti puncanya adalah murid (38.5%) tidak faham apa yang diajar oleh guru dan murid (34.5%) tidak suka cara guru mengajar. Kedua-dua punca utama tersebut menyumbang kepada faktor guru merupakan punca utama yang menyebabkan murid-murid tidak berminat untuk belajar sains.

Page 50: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 32-46

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

35

Jadual 3 Analisis sebab utama murid tidak berminat untuk mempelajari sains terhadap item 1

Item 1: Jika “Tidak”, apakah sebab UTAMA yang mengakibatkan anda tidak berminat untuk mempelajari mata pelajaran sains?

Respon Murid (Sebab utama) Kekerapan Peratusan (%)

Tidak faham apa yang guru ajar 10 38.5 Membosankan 2 7.8 Tidak suka membuat latihan sains 5 19.2 Tidak suka guru sains 0 0.0 Keputusan sains lemah 0 0.0 Tidak suka cara guru mengajar 9 34.5 Keadaan kelas tidak selesa 0 0 Lain-lain 0 0

Semasa menjalankan Praktikum Fasa Tiga, saya mendapati bahawa amalan pengajaran sains saya kurang berkesan. Pada kali pertama penyeliaan guru pembimbing, beliau telah menyatakan bahawa pengajaran saya kurang menyeronokkan dan murid bersifat pasif belajar sains. Berdasarkan Rajah 1, ulasan yang diberi oleh guru pembimbing semasa penyeliaan pertama iaitu aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya kurang menyeronokkan dan tidak menarik, di mana murid hanya duduk dan mendengar arahan guru semasa melakukan aktiviti. Ulasan ini menunjukkan amalan pengajaran sains saya adalah kurang berkesan.

Rajah 1. Maklum balas daripada guru pembimbing semasa penyeliaan pertama

pada 12 Februari 2014

Secara keseluruhan, saya mendapati bahawa isu keprihatinan yang saya ingin kaji dalam kajian tindakan ini memang wujud hasil dari dapatan awal data yang dikutip. Keadaan ini menggalakkan saya untuk menggunakan kaedah inkuiri penemuan bagi menangani isu keprihatinan yang timbul tersebut. Saya telah merancang dan menyediakan aktiviti yang berasaskan inkuiri penemuan bagi membantu murid menentukan pembolehubah dan meningkatkan minat mereka belajar sains serta menambah baik amalan pengajaran sains saya.

Objektif Kajian Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan pendekatan inkuiri penemuan dalam: 1. meningkatkan kemahiran murid-murid Tahun Empat dalam menentukan

pembolehubah dalam sesuatu penyiasatan sains. 2. meningkatkan minat murid-murid Tahun Empat terhadap pengajaran dan

pembelajaran sains. 3. menambah baik amalan pengajaran sains saya.

Pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara melatar dan agak pasif.

Page 51: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 32-46

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

36

Persoalan Kajian Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan seperti berikut: 1. Sejauh manakah pendekatan inkuiri penemuan dapat meningkatkan

kemahiran murid-murid Tahun Empat dalam menentukan pembolehubah dalam sesuatu penyiasatan sains?

2. Sejauh manakah pendekatan inkuiri penemuan dapat meningkatkan minat murid-murid Tahun Empat terhadap pengajaran dan pembelajaran sains?

3. Bagaimanakah pendekatan inkuiri penemuan dapat menambah baik amalan pengajaran sains saya?

Perancangan dan Pelaksanaan Kajian

Perancangan Tindakan

Pendekatan inkuiri penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman dan ia bermula daripada sesuatu pemerhatian yang menarik minat dan seterusnya menimbulkan persoalan (Suchman, 1966). Oleh itu, inkuiri penemuan melibatkan sesuatu penyiasatan untuk mengkaji apa yang menyebabkan sesuatu perkara itu berlaku iaitu menentukan apakah kesan satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain (Beverly Tay, 2005). Sim Siew Ling (2008) pula mentakrifkan pendekatan inkuiri penemuan sebagai pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran.

Dalam perancangan pendekatan inkuiri penemuan, saya telah menggunakan aktiviti inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sains bagi kelas Tahun Empat dalam masa tiga minggu. Aktiviti penyiasatan seperti eksperimen telah dirancangkan sebagai aktiviti inkuiri penemuan. Jadual 4 menunjukkan tajuk aktiviti yang telah dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran sains untuk membantu murid-murid dalam menentukan pembolehubah. Saya telah menggunakan aktiviti yang berbeza melalui penyiasatan dan eksperimen selama tiga minggu dalam kajian saya.

Jadual 4 Aktiviti-aktiviti inkuiri penemuan yang dijalankan sepanjang intervensi

Minggu Tajuk aktiviti Strategi

1 Menguji kekuatan magnet. Penyiasatan

2 Menentukan hubungan antara bilangan guli dengan isipadu air yang disesarkan.

Penyiasatan

3 Menguji faktor-faktor yang menyebabkan kestabilan sesuatu objek.

Eksperimen

Pelaksanaan Tindakan

Dalam kajian tindakan ini, empat orang murid yang dipilih kerana mereka kurang berminat belajar sains dan tidak dapat menguasai kemahiran menentukan pembolehubah. Sebelum aktiviti inkuiri bermula, saya memperkenalkan tajuk aktiviti yang dijalankan dan mengimbas kembali maksud dan jenis pembolehubah yang terdapat dalam suatu aktiviti. Selepas itu, saya memberi peluang kepada murid-murid meneroka dan mendapatkan keputusan secara berkumpulan dalam aktiviti

Page 52: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 32-46

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

37

yang dijalankan. Selepas itu, saya membuat penilaian ke atas empat orang murid yang disasarkan sama ada mereka dapat menentukan pemboleubah atau tidak melalui lembaran kerja.

Saya telah menjalankan satu aktiviti inkuiri penemuan dalam setiap minggu. Saya menilai perkembangan dan kemajuan murid mengenai cara mereka melakukan aktiviti, penglibatan dan kemahiran mereka menentukan pembolehubah sepanjang tiga minggu. Saya telah mengutip segala data dapatan kajian atau hasil lembaran kerja yang murid lakukan untuk dijadikan bahan sokongan saya dalam kajian ini. Di samping, saya turut menyuruh rakan setugas untuk menjalankan pemerhatian semasa saya mengendalikan aktiviti.

Kaedah Kajian Peserta Kajian

Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah kebangsaan di Kuching dan melibatkan empat orang murid dalam kelas Tahun Empat. Dalam kajian ini saya telah menamakan empat orang murid tersebut sebagai Murid A, Murid B, Murid C dan Murid D. Empat orang murid tersebut dipilih atas sebab mereka kurang berminat dalam belajar sains. Mereka juga tidak dapat membuat hubungkait antara apa yang mereka perhatikan dengan pembolehubah dalam latihan. Hal ini adalah kerana mereka hanya dapat membuat pemerhatian, tapi tidak dapat menentukan pembolehubah dengan tepat. Etika Penyelidikan

Saya sentiasa memastikan bahawa saya bersikap berhati-hati dan jujur dalam setiap langkah agar saya mematuhi etika penyelidikan sepanjang masa. Pada peringkat awal, saya telah mendapatkan kebenaran daripada guru besar dari sekolah berkenaan untuk menjalankan kajian tindakan di sekolah tersebut. Sebelum memulakan sesi intervensi, saya juga mendapatkan kebenaran daripada empat orang murid yang disasarkan untuk melibatkan diri dalam kajian saya. Mereka dikehendaki untuk menandatangani surat kebenaran sebagai tanda persetujuan menerima tawaran sebagai peserta sasaran kajian saya. Untuk menjaga kerahsiaan dan anomiti identiti murid, saya telah menggunakan nama samaran semasa mendokumentasikan kemajuan murid dan mengkaburkan atau menghitamkan mata murid sekiranya adanya gambar murid dalam laporan saya. Kaedah Mengumpul Data

Soal selidik. Saya menggunakan kaedah soal selidik untuk mengumpul data yang berkaitan dengan kemahiran murid dalam menentukan pembolehubah dan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran sains guru. Saya telah menggunakan borang soal selidik jenis soalan tertutup di mana responden akan membuat pilihan terhadap jawapan yang sesuai yang diberikan. Bagi mengkaji keberkesanan pendekatan inkuiri penemuan dalam pembelajaran sains, saya telah mengendalikan sesi soal selidik ini dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas penggunaan pendekatan inkuiri penemuan dalam pembelajaran sains.

Temu bual. Dalam kajian tindakan ini, saya menggunakan kaedah temu bual

separa struktur untuk mengumpul data bagi aspek minat murid terhadap

Page 53: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 32-46

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

38

pengajaran dan pembelajaran sains guru. Selepas pelaksanaan intervensi selama tiga minggu, saya telah menjalankan temu bual dengan empat orang responden yang terlibat untuk mengumpul maklumat yang lebih sahih dan kukuh mengenai minat murid terhadap pembelajaran sains.

Pemerhatian. Dalam kajian tindakan ini, rakan penyelidik saya telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengumpul data mengenai aspek amalan pengajaran sains saya. Satu rekod pemerhatian yang mengandungi aspek-aspek amalan pengajaran sains saya telah disediakan. Saya telah meminta rakan penyelidik saya untuk membuat pemerhatian semasa saya mengendalikan eksperimen dalam kelas pada 9 April 2014.

Penelitian dokumen. Saya menggunakan kaedah penelitian dokumen untuk mengumpul data bagi ketiga-tiga aspek fokus kajian ini iaitu kemahiran murid dalam menentukan pembolehubah, minat murid terhadap pembelajaran sains dan amalan pengajaran sains guru. Penelitian dokumen dalam bentuk hasil lembaran kerja murid, ujian kesan tindakan, Borang Bimbingan Praktikukm (PR1) dan catatan refleksi harian digunakan sebagai sumber data kajian ini. Teknik Menganalisis Data

Analisis Kandungan. Data-data yang diperoleh melalui instrumen seperti transkrip temu bual, borang rekod pemerhatian, catatan refleksi harian dan borang PR1 telah dianalisis secara kualitatif. Dalam kajian tindakan ini, saya telah menggunakan cara yang biasa digunakan untuk membuat analisis kandungan terhadap data kualitatif tersebut iaitu melalui cara mengenal pasti isu/tema dan makna perkataan dan ayat. Saya telah mengkategorikan tema mengikut keperluan saya mengenai isu yang telah dikenalpasti.

Analisis deskriptif. Saya juga memperoleh dan menganalisis data-data yang bersifat nombor atau angka seperti soal selidik, ujian kesan tindakan dan semakan lembaran kerja murid dengan cara kuantitatif. Analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri pembolehubah dalam kajian. Ia juga membantu saya membuat kesimpulan data numerikal. Teknik Menyemak Data

Triangulasi Kaedah. Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul data kajian saya, termasuklah kaedah pemerhatian, temu bual, soal selidik dan penelitian dokumen sepanjang proses pengumpulan data. Saya juga telah menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis deskriptif untuk menganalisis data saya. Keputusan data yang selaras menunjukkan kesahan dan kepercayaan data yang tinggi.

Triangulasi Masa. Saya telah mengambil masa tiga minggu dalam melaksanakan kajian ini. Sebelum intervensi dijalankan, saya telah mengedarkan borang soal selidik dan ujian diagnostik kepada murid-murid. Selepas tiga minggu pelaksanaan intervensi, saya telah memberi semula borang soal selidik dan ujian kesan tindakan kepada mereka. Hal ini membolehkan saya menilai keberkesanan pendekatan inkuiri penemuan bagi mencapai objektif dengan lebih sahih dan tepat.

Page 54: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 32-46

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

39

Triangulasi Sumber Saya telah memperoleh maklum balas daripada guru pembimbing dan rakan penyelidik saya semasa saya mengajar. Kerjasama dan kolaborasi dengan guru pembimbing dan rakan penyelidik saya sepanjang mengumpul dan menyemak data bagi memastikan bahawa semua data dan maklumat yang telah saya peroleh adalah sahih kebenarannya. Maklum balas daripada guru pembimbing dan rakan penyelidik telah membantu saya dalam meningkatkan kebolehpercayaan dan keesahan data yang dikumpulkan.

Refleksi

Refleksi Dapatan 1. Sejauh manakah pendekatan inkuiri penemuan dapat meningkatkan

kemahiran murid-murid Tahun Empat dalam menentukan pembolehubah dalam sesuatu penyiasatan sains?

Kaedah-kaedah pengumpulan data yang digunakan untuk meninjau sejauh mana pendekatan inkuiri penemuan dapat meningkatkan kemahiran empat orang murid Tahun Empat dalam menentukan pembolehubah dalam suatu penyiasatan sains adalah soal selidik dan penelitian dokumen. Analisis data borang soal selidik Bahagian A yang telah dijalankan terhadap empat orang responden kajian adalah ditunjukkan dalam Jadual 5.

Melalui hasil dapatan data bagi item 4, 5 dan 6 dalam borang soal selidik yang dijalankan, sebelum pelaksanaan pendekatan inkuiri penemuan, hanya seorang murid sahaja yang setuju bahawa dia dapat menentukan pembolehubah yang bergerak balas melalui aktiviti penyiasatan atau eksperimen. Selepas saya menjalankan intervensi dalam tempoh 3 minggu, keempat-empat responden tersebut bersetuju bahawa mereka boleh menentukan semua pembolehubah melalui aktiviti penyiasatan atau eksperimen. Melalui hasil dapatan soal selidik ini, saya mendapati bahawa empat orang murid tersebut telah berjaya meningkatkan kemahirannya dalam menentukan pembolehubah dalam suatu penyiasatan sains.

Jadual 5 Keputusan data item borang soal selidik yang berkaitan dengan kemahiran menentukan pembolehubah empat orang responden sebelum dan selepas intervensi dijalankan

Item soalan

Bilangan responden yang “setuju”

Fasa sebelum Fasa selepas

4. Saya boleh menentukan pembolehubah yang dimanipulasikan melalui aktiviti penyiasatan atau eksperimen.

0 4

5. Saya boleh menentukan pembolehubah yang bergerak balas melalui aktiviti penyiasatan atau eksperimen.

1 4

6. Saya boleh menentukan pembolehubah yang dimalarkan melalui aktiviti penyiasatan atau eksperimen.

0 4

Page 55: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 32-46

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

40

Selain itu, saya juga telah menjalankan ujian diagnostik dan ujian kesan tindakan ke atas 4 orang responden kajian pada 19 Mac 2014 dan 17 April 2014. Jadual 6 menunjukkan perbandingan keputusan ujian diagnostik dan ujian kesan tindakan bagi empat orang responden yang terlibat dalam menjawab soalan ujian yang berkaitan dengan pembolehubah. Berdasarkan Jadual 6, tiada responden dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan pembolehubah dalam ujian diagnostik. Selepas saya menjalankan aktiviti pendekatan inkuiri penemuan, hampir semua murid berjaya menjawab soalan yang berkaitan dengan pembolehubah. Oleh itu, terdapatnya satu peningkatan yang positif selepas intervensi yang dijalankan ke atas empat orang responden dalam menentukan pembolehubah.

Jadual 6 Keputusan jawapan empat orang responden dalam ujian diagnostik dan ujian kesan tindakan

Jenis pembolehubah Bilangan murid yang dapat menjawab dengan betul

Ujian diagnostik Ujian kesan tindakan

Pembolehubah yang dimalarkan

0 3

Pembolehubah yang dimanipulasikan

0 4

Pembolehubah yang bergerak balas

0 3

Tambahan pula, saya juga telah memperoleh data melalui hasil lembaran kerja yang diedarkan kepada empat orang murid bagi ketiga-tiga aktiviti inkuiri yang telah dijalankan. Rajah 2 menunjukkan graf perbandingan bilangan responden yang dapat menentukan pembolehubah dengan betul bagi setiap lembaran kerja yang dijalankan. Bilangan murid yang dapat menentukan pembolehubah dengan betul telah menunjukkan peningkatan dalam setiap aktiviti inkuiri penemuan yang dijalankan. Dalam lembaran kerja aktiviti 3, kesemua murid telah berjaya menentukan pembolehubah-pembolehubah dalam aktiviti.

Rajah 2. Perbandingan bilangan murid yang dapat menentukan pembolehubah dengan betul dalam lembaran kerja setiap intervensi

0

0.5

1

1.5

2

2.5

3

3.5

4

4.5

Pembolehubah yang dimanipulasi

Pembolehubah yang bergerak

balas

Pembolehubah yang dimalarkan

Bil

an

ga

n m

uri

d y

an

g d

ap

at

me

ne

ntu

ka

n p

em

bo

leh

ub

ah

d

en

ga

n b

etu

l

Jenis pembolehubah

Lembaran kerja aktiviti 1

Lembaran kerja aktiviti 2

Lembaran kerja aktiviti 3

Page 56: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 32-46

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

41

Sebagai rumusan, hasil dapatan data yang diperoleh melalui borang soal selidik, ujian kesan tindakan dan lembaran kerja telah menunjukkan bahawa pendekatan inkuiri penemuan dapat meningkatkan kemahiran empat orang murid Tahun Empat dalam menentukan pembolehubah dalam penyiasatan sains. Hal ini adalah selaras dengan pendapat yang dikemukakan oleh Buttemer (2006), “inquiry discovery are excellent ways for highlighting the role of variables in an experiment”. Hampir semua murid yang terlibat telah berjaya menguasai kemahiran menentukan pembolehubah yang dimanipulasikan, pembolehubah yang bergerak balas dan pembolehubah yang dimalarkan dalam suatu penyiasatan selepas intervensi dijalankan. 2. Sejauh manakah pendekatan inkuiri penemuan dapat meningkatkan minat

murid-murid Tahun Empat terhadap pengajaran dan pembelajaran sains?

Keadah-kaedah mengumpul data yang digunakan untuk meninjau sejauh mana pendekatan inkuiri penemuan dapat meningkatkan minat murid-murid dalam pembelajaran sains adalah borang soal selidik, temu bual dan penelitian dokumen. Dalam borang soal selidik Bahagian B yang berfokus mengenai isu minat murid terhadap pembelajaran sains, saya telah menganalisis respon empat orang peserta kajian dan hasilnya ditunjukkan dalam Jadual 7.

Berdasarkan item 8, 9 dan 10 dalam Jadual 7, terdapat seorang murid sahaja yang bersetuju bahawa dia suka belajar melalui eksperimen dan penyiasatan sebelum intervensi dilaksanakan. Selepas pelaksanaan pendekatan inkuiri penemuan, hampir kesemua empat orang responden bersetuju bahawa mereka suka, seronok dan berminat belajar sains melalui eksperimen dan penyiasatan. Hal ini telah menunjukkan terdapat peningkatan minat murid yang positif selepas intervensi dijalankan.

Jadual 7 Keputusan data item borang soal selidik mengenai minat murid dalam pembelajaran sains sebelum dan selepas intervensi dijalankan

Item soalan

Bilangan responden yang “setuju”

Fasa sebelum Fasa selepas

8. Saya suka belajar melalui eksperimen dan penyiasatan.

1 4

9. Saya berasa seronok dalam aktiviti yang dijalankan semasa dalam kelas.

0 3

10. Aktiviti eksperimen dan penyiasatan menarik minat saya untuk terus belajar.

0 4

Selain itu, saya juga telah mengumpul data menggunakan kaedah temu bual yang dijalankan ke atas empat murid responden yang terlibat pada 20 April 2014. Melalui transkrip temu bual soalan pertama (Rajah 3), saya mendapati kesemua murid tersebut telah menunjukkan sikap suka terhadap pembelajaran sains hasil dari aktiviti inkuiri penemuan yang dijalankan. Mereka suka kerana mengeksperimen membolehkan mereka berasa seronok dan melibatkan diri secara langsung dalam pembelajaran sains.

Page 57: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 32-46

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

41

Soalan 1 Adakah anda suka terhadap aktiviti penyiasatan dan eksperimen semasa pembelajaran Sains? Mengapa?

Murid A : Suka, kerana saya berasa seronok semasa membuat eksperimen. Murid B : Suka, kerana saya boleh membuat eksperimen sendiri. Murid C : Suka kerana saya boleh bermain dan berasa seronok apabila

membuat eksperimen. Murid D : Suka, kerana saya berasa seronok semasa membuat eksperimen

sendiri.

Rajah 3. Analisis transkrip temu bual soalan pertama kepada empat responden

Berdasarkan transkrip temu bual soalan yang kedua (Rajah 4), saya mendapati bahawa kesemua murid tersebut menunjukkan sikap berminat terhadap pembelajaran sains dengan menjalankan aktiviti inkuiri penemuan. Mereka menyatakan dengan jelas bahawa mereka berminat dan seronok belajar sains kerana aktiviti penyiasatan dan mengeksperimen membolehkan mereka belajar.

Soalan 2 Adakah anda berminat belajar Sains melalui cara membuat penyiasatan dan eksperimen? Mengapa?

Murid A : Ya, kerana saya berasa seronok semasa membuat eksperimen. Murid B : Berminat, kerana saya boleh belajar kemahiran baru daripada

eksperimen. Murid C : Suka kerana saya boleh belajar sambil bermain apabila

membuat eksperimen. Murid D : Berminat, kerana saya berasa seronok semasa belajar membuat

eksperimen sendiri.

Rajah 4. Analisis transkrip temu bual soalan kedua kepada empat responden

Tambahan pula, saya juga telah mengumpul data melalui kaedah penelitian dokumen iaitu menggunakan catatan refleksi harian pengajaran dan pembelajaran. Rajah 5 dan Rajah 6 menunjukkan catatan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang dicatat pada 2 April 2014 dan 9 April 2014. Melalui catatan kekuatan refleksi pengajaran dan pembelajaran tersebut, saya telah mencatatkan bahawa aktiviti penyiasatan telah berjaya mewujudkan minat murid dalam pembelajaran sains.

Rajah 5. Analisis catatan refleksi pelaksanaan aktiviti penyiasatan pada 2 April 2014

Rajah 6. Analisis catatan refleksi pelaksanaan aktiviti eksperimen pada 9 April 2014

Aktiviti eksperimen manarik minat murid dengan berkesan di mana mereka berasa seronok dan gembira apabila membuat eksperimen dengan diri sendiri.

Aktiviti penyiasatan manarik minat murid untuk belajar dengan melakukan aktiviti.

42

Page 58: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 32-46

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

43

Melalui hasil dapatan kajian daripada borang soal selidik, temu bual dan analisis catatan refleksi pengajaran dan pembelajaran harian, pendekatan inkuiri penemuan telah dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran sains. Dengan itu, pendekatan inkuiri penemuan sesuai untuk mengajar sains di sekolah rendah dan ia berupaya untuk menangani masalah kemerosoton minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains (Rosinah Edinin, 2005). Hasil dapatan juga selaras dengan dapatan kajian daripada Nik Zarini & Salmiza Saleh (2012), murid yang menerima pengajaran melalui pendekatan inkuiri penemuan didapati lebih berminat untuk meneroka pengetahuan sains. Secara rumusnya, murid-murid menunjukkan sikap yang positif selepas pelaksanaan pendekatan inkuiri penemuan dalam pembelajaran sains. Murid-murid berasa seronok dan gembira apabila melakukan aktiviti penyiasatan dan eksperimen dengan diri sendiri semasa pembelajaran sains.

3. Bagaimanakah pendekatan inkuiri penemuan dapat menambahbaik amalan pengajaran sains saya?

Untuk mengkaji bagaimana pendekatan inkuiri penemuan dapat menambahbaik amalan pengajaran sains saya, saya telah mengumpul dan menganalisis data daripada Borang Bimbingan Praktikum (PR1) dan borang rekod pemerhatian. Saya telah menggunakan ulasan dalam borang PR1 yang dicatat oleh guru pembimbing sewaktu membuat penyeliaan terhadap pengajaran dan pembelajaran saya. Selepas saya menjalankan intervensi sebanyak tiga kali, saya mendapati bahawa saya menjadi lebih prihatin dan mengambil berat terhadap pembelajaran murid daripada mengejar masa untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cepat.

Rajah 7 merupakan ulasan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran saya yang diberikan oleh guru pembimbing samasa saya melaksanakan pendekatan inkuiri penemuan pada 2 April 2014. Guru pembimbing menyatakan bahawa aktiviti eksperimen telah meningkatkan minat murid untuk belajar, pengajaran mengikut urutan yang sistematik, murid menumpukan perhatian, aktiviti mengikut tahap murid dan nilai diterapkan dengan baik dalam ulasan borang PR1. Maka, saya yakin bahawa pendekatan inkuiri penemuan telah menambahbaik amalan pengajaran sains saya.

Rajah 7. Analisis ulasan terhadap pelaksanaan pengajaran saya yang diberikan

oleh guru pembimbing pada 2 April 2014

Tambahan pula, saya juga telah mengumpul data menggunakan borang rekod pemerhatian yang dicatatkan oleh rakan penyelidik saya. Saya telah menganalisis catatan yang diberi oleh rakan penyelidik semasa beliau membuat pemerhatian

Dapat meningkatkan keinginan murid untuk belajar Mengikut urutan yang sistematik Murid dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran Sangat baik untuk mengikut tahap murid Kebanyakan murid dapat memahami hasil pembelajaran dengan baik Nilai diterapkan dengan baik

Page 59: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 32-46

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

44

bagi aktiviti tiga yang dijalankan pada 9 April 2014. Berdasarkan Rajah 8, beliau menyatakan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran sains saya adalah baik di mana murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti eksperimen, murid dibahagikan dalam kumpulan kecil supaya setiap murid mempunyai peluang untuk melakukan aktiviti, aktiviti dijalankan dengan lancar dan teratur dan guru mengambil berat dan prihatin dengan keperluan murid.

Rekod Pemerhatian

Tarikh : 09 April 2014 Kelas : Tahun 4 Tempat : Bilik Sains

Aspek yang diperhatikan Catatan/Komen

1. Penglibatan murid dalam aktiviti yang dijalankan.

Murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti eksperimen yang dijalankan. Setiap murid mempunyai peluang untuk melakukan aktiviti.

2. Cara guru mengendalikan aktiviti yang dijalankan.

Guru membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang kecil di mana setiap kumpulan mempunyai 2 - 3 orang murid.

3. Amalan guru dalam mengendalikan aktiviti.

Guru mengendalikan aktiviti dengan lancar dan teratur di mana perancangan yang rapi dan sistematik membolehkan murid-murid melakukan eksperimen dengan baik.

4. Sikap dan nilai guru terhadap murid semasa dalam aktiviti.

Guru mengambil berat dan prihatin terhadap kemajuan murid di mana guru memantau setiap kumpulan dengan teliti dan memberi bantuan ke atas kumpulan yang menghadapi masalah.

Rajah 8. Analisis rekod pemerhatian yang dicatatkan oleh rakan penyelidik semasa saya menjalankan intervensi kali ketiga pada 9 April 2014 Melalui hasil dapatan borang PR1 dan rekod pemerhatian, saya yakin bahawa amalan pengajaran sains saya telah ditambah baik dengan menggunakan pendekatan inkuiri penemuan dalam pembelajaran sains. Amalan ini boleh dilihat melalui aspek penglibatan murid dalam aktiviti, cara saya melaksanakan aktiviti dan sikap saya terhadap murid semasa dalam pembelajaran sains. Menurut Dewey (1996), dalam pembelajaran secara inkuiri penemuan di mana guru membimbing, memberi fokus, mencabar, dan menggalakkan pembelajaran turut meningkatkan sifat ingin tahu kanak-kanak. Selepas menggunakan pendekatan inkuiri penemuan dalam pembelajaran sains, saya mendapati bahawa saya menjadi lebih yakin dan pada masa yang sama, respon yang diberikan oleh murid-murid bertambah baik kerana mereka berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam aktivti yang dijalankan. Saya juga menjadi lebih prihatin dan mengambil berat terhadap kemajuan murid-murid semasa aktiviti dijalankan di mana saya memberi masa yang mencukupi kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam mengendalikan eksperimen.

Refleksi Penilaian Tindakan

Penggunaan pendekatan inkuiri penemuan telah menunjukkan perubahan dan kesan yang positif dalam meningkatkan kemahiran menentukan pembolehubah dan

Page 60: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 32-46

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

45

minat murid di samping juga menambah baik amalan pengajaran sains saya. Walau bagaimanapun, saya sedar bahawa pendekatan ini juga mempunyai kekuatan dan kelemahannya.

Antara kekuatan pendekatan inkuiri penemuan termasuklah ia dapat meningkatkan minat dan motivasi murid untuk belajar serta menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Melalui hasil dapatan kajian tindakan ini, didapati bahawa aktiviti penyiasatan dan eksperimen yang dijalankan dapat merangsangkan minat dan sifat ingin tahun murid dalam pembelajaran sains. Kedua, pendekatan ini juga dapat mengalakkan murid-murid melibatkan diri secara aktif dan lebih menumpukan perhatian. Berdasarkan hasil dapatan kajian Triona dan Klahr (2007), pembelajaran secara inkuiri penemuan melalui aktiviti “hand-on” dapat meningkatkan kefahaman dan penglibatan murid. Oleh itu, aktiviti inkuiri penemuan dapat mengelakkan murid daripada berasa bosan dan ngantuk semasa guru mengajar serta meningkatkan penglibatan murid semasa aktiviti sains.

Walau bagaimanapun, terdapat kekangan dalam pelaksanaan pendekatan inkuiri penemuan. Pertama sekali, saya mendapati bahawa pelaksanaan aktiviti inkuiri penemuan memerlukan masa yang lebih panjang. Hal ini menyebabkan saya menghadapi masalah dalam memberi arahan dan berbincang keputusan penyiasatan dalam tempoh masa 60 minit. Kedua, saya mendapati murid-murid yang lemah dan kurang pengalaman sukar untuk melaksanakan aktiviti inkuiri penemuan. Hal ini menimbulkan kesulitan dan masalah kepada murid-murid dalam mengikuti proses aktiviti yang dijalankan. Refleksi Pembelajaran Kendiri

Melalui kajian tindakan ini, saya menjadi lebih teliti semasa membuat perancangan. Semasa saya membuat perancangan kajian tindakan ini, saya telah membuat pertimbangan yang mendalam dan teliti terhadap fokus kajian berdasarkan kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi dan kerelevanan.

Sebelum ini saya menggangap murid tidak dapat menjawab soalan yang diberikan adalah disebabkan sikap mereka yang malas. Setelah menjalankan tinjauan awal, saya mendapati bahawa kebanyakan masalah yang wujud dalam bilik darjah adalah berpunca daripada saya. Saya menyedari bahawa sikap saya yang mementingkan diri ini akan menjelaskan pembelajaran murid. Oleh itu, saya perlu bersikap lebih terbuka dan lebih prihatin terhadap keperluan murid semasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, hubungan saya dengan murid-murid telah dipereratkan. Saya sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap mereka dengan memerhati tingkah laku mereka dan berbual-bual dengan mereka selepas aktiviti dijalankan. Hubungan yang baik dengan para peserta kajian saya membolehkan kajian tindakan saya dilaksanakan dengan lancar.

Melalui kajian tindakan ini, membuat refleksi membolehkan saya mengimbas kembali keadaan bilik darjah, kekuatan, kelemahan dan tindakan susulan yang dijalankan bagi membuat penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan ini memang merupakan salah satu cara yang berkesan untuk

Page 61: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 32-46

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

46

memperbaiki kualiti pengajaran saya. Ia juga meningkatkan keyakinan diri saya semasa mengajar. Saya tidak lagi cemas, takut dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran yang timbul.

Cadangan Tindakan Lanjutan

Berdasarkan pelaksanaan kajian tindakan saya, saya ingin melanjutkan kajian ini ke kajian-kajian yang lain pada masa yang akan datang. Untuk cadangan kajian seterusnya, saya ingin mencuba melaksanakan kajian tindakan ini dengan menggunakan pendekatan yang berbeza iaitu saya ingin menggunakan kaedah gambar rajah dalam meningkatkan kemahiran murid-murid menentukan pembolehubah dalam suatu penyiasatan sains. Hal ini adalah penting bagi saya dan guru-guru sekolah untuk meneroka cara lain yang berkesan supaya murid-murid menguasai kemahiran mengawal pembolehubah dalam sains.

Seterusnya, saya juga ingin meninjau sejauh mana pendekatan inkuiri penemuan meningkatkan kemahiran proses sains yang lain bagi murid-murid di sekolah rendah. Kini, kemahiran proses sains semakin penting dalam pendidikan sekolah rendah. Guru-guru di sekolah yang kurang pengalaman dalam mengajar kemahiran proses sains boleh cuba melaksanakan kajian ini pada masa akan datang untuk meningkatkan kemahiran proses sains murid-murid di samping juga menambah baik amalan pengajaran guru.

Akhirnya, saya berharap bahawa hasil dapatan kajian ini dapat memberikan maklumat yang berguna kepada murid-murid dan guru-guru sains serta pihak sekolah. Dapatan kajian-kajian tersebut akan menggalakkan guru-guru sains untuk menggunakan pendekatan inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah mereka.

Rujukan

Buttemer, H. (2006). Science and children. Washington: NSTA Press. Dewey, J. (1966). Democracy and education. New York: The Free Press. Kurikulum Sains Sekolah Rendah. (2012). Unit 2 kurikulum sains sekolah rendah.

Diperoleh daripada http://myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Pre view/20120221120241UNIT_2_KRS3023.pdf

Nik Zarini Nik Kar & Salmiza Saleh. (2012). Kesan pendekatan inkuiri penemuan terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran kimia. Asia Pacific Journal of Educatiors and Education, 27, 159-174.

Rosinah Edinin. (2005). Pelaksanaan pendekatan inkuiri-penemuan dalam pendidikan sains. (Unpublished PhD dissertation). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Sim, S. L. (2008). Amalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih UTM semasa latihan mengajar di Negeri Johor. (Unpublished master's dissertation). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Suchman, R. (1966). Developing inquiry. Chicago: Science Research Associates. Tay, B. (2005). Proses skills in science. Singapore: Pearson Education South Asia

Pte Ltd. Triona, L. M. & Klahr, D. (2007). Hands-on science: Does it matter what

students’hand are on?. The Science Education Review, 6(4), 126-130.

Page 62: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 47-62

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

47

KEBERKESANAN AKTIVITI ‘HANDS-ON’ TERHADAP MINAT DAN PENCAPAIAN MURID TAHUN EMPAT DALAM SAINS DI KUCHING

Betty Lau Chien Lu

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan mengaplikasikan aktiviti ‘hands-on’ terhadap minat dan pencapaian murid Tahun Empat Hijau dalam topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’. Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid Tahun Empat dari sebuah sekolah kebangsaan di Kuching. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah temu bual, soal-selidik, pemerhatian, ujian diagnostik dan ujian kesan tindakan.Data yang dikumpul dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif.Untuk meningkatkan kesahan hasil dapatan, triangulasi kaedah dan triangulasi penyelidik telah digunakan.Dapatan kajian menunjukkan bahawa kelima-lima peserta kajian telah meningkatkan minat dan pencapaian mereka dalam topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’. Memandangkan aktiviti ‘hands-on’ memberi keberkesanan dalam topik ini, saya bercadang untuk melanjutkan kajian ini terhadap murid yang berlainan tahap pencapaian dalam topik lain.

Kata kunci : aktiviti ‘hands-on’, minat, pencapaian, kualitatif, kuantitatif

Abstract

This research was conducted to investigate the effect of using hands-on activities on the interest and achievement for Year 4 pupils in topic Science Process Skills ‘Measuring and Using Number’. This research involved 5 Year Four Pupils from a primary school in Kuching. Observation, interview, questionnaire and document analysis were used to collect data. The data was analysed by using descriptive statistical analysis and content analysis. I also used method and researcher triangulation in checking data. Hence, the result of interpretation of the research showed that hands-on activities is effective for five Year 4 pupils who are involved to increase their achievement and interest in topic Science Process Skills ‘Measuring and Using Number’. I would like to further this research by involving more pupils with different level of achievement in their studies.

Keywords: hands-on activities, interest, achivement, descriptive

statistical analysis, content analysis

Page 63: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 47-62

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

48

Pengenalan

Konteks

Dalam ketiga-tiga fasa praktikum ini, saya telah mengajar murid Tahun 4.Saya selalu menggunakan strategi pembelajaran yang berpusatkan guru.Saya mengemukakan isi pembelajaran sebelum menjalankan aktiviti dalam kalangan murid-murid.Saya terlalu mementingkan pencapaian hasil pembelajaran sehingga bercakap banyak dan menyebabkan kebosanan muncul dalam kelas saya.

Pada praktikum fasa III, saya telah berusaha untuk mengelakkan penggunaan

strategi pembelajaran berpusatkan guru.Namun, saya telah menghadapi masalah yang baru iaitu kawalan kelas dan juga objektif pembelajaran saya selalu tidak tercapai. Demi menarik perhatian murid-murid, saya telah menyediakan banyak alat bantu mengajar seperti slaid powerpoint dan juga klip video yang berkenaan. Namun, objektif pembelajaran saya selalu tidak tercapai akibat ketidaklancaran proses pembelajaran dan pengajaran. Saya selalu membazirkan masa yang panjang untuk memastikan murid-murid bersedia dan duduk baik-baik.

Menurut Mok (2009), penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai dapat menarik minat, mengekalkan perhatian , menerapkan sesuatu konsep secara berkesan dan merangsang mereka untuk belajar. Oleh itu, saya tidak sepatut mengehadkan strategi pembelajaran yang saya guna dalam kelas disebabkan masalah kawalan kelas saya.Saya sepatutnya menggunakan pelbagai strategi pembelajaran dan mencari sesuatu yang paling sesuai untuk murid saya.

Isu Kajian 1. Isu Pertama – Minat murid yang rendah terhadap topik Kemahiran Proses

Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’ Soal Selidik

Murid-murid telah diingati supaya jangan menulis nama mereka pada kertas soal selidik tersebut. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan analisis respon murid terhadap topik ini.

Jadual 1 Respon murid terhadap topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’ Item 1 :Adakah anda suka akan topik ini ( Kemahiran Mengukur dan Menggunakan Nombor ) ?

Respon murid Kekerapan Peratusan (%)

Ya

2 8.3

Tidak

10 41.7

Tidak ada perasaan

12 50.0

Jadual 1 telah menunjukkan respon murid 4H terhadap topik pembelajaran ini.Sebanyak 12 (50%) orang murid yang menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap topik ini manakala sebanyak 10 (41.7%) Orang murid yang mengaku bahawa mereka langsung tidak berminat dalam topik ini. Hanya terdapat dua (8.3%) orang murid yang berminat sahaja.

Page 64: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 47-62

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

49

Pemerhatian

Saya telah memilih kaedah ini untuk mengesan minat murid saya terhadap topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’. Saya telah mengambil gambar murid-murid sebagai bahan sokongan saya .

Rajah 1. Keadaan Perbincangan Kumpulan dalam Kalangan Murid- Murid

Rajah 1 menunjukkan hanya beberapa orang murid yang melibatkan diri dalam perbincangan sahaja.Mereka tidak menunjukkan nilai bekerjasama dengan ahli kumpulannya dan bertindak sebagai ‘penumpang’ dalam kumpulan mereka.

2. Isu Kedua - Pencapaian Murid yang Rendah dalam Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’

Ujian Diagnostik

Saya telah menjalankan ujian diagnostik dan menyemak kertas soalan murid.Jadual berikut adalah analisis terhadap pencapaian murid dalam topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’.

Jadual 2 Keputusan Murid dalam Ujian Diagnostik

Bilangan soalan yang betul

Gred Pengelasan Bilangan Murid

Peratusan %

8-9 A

Cemerlang 0 0.0

6-7 B

Baik 5 20.8

4-5 C

Memuaskan 14 58.3

2-3 D

Lemah 3 12.5

0-1 E

Sangat Lemah 2 8.3

Page 65: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 47-62

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

50

Jadual 2 di atas telah menunjukkan bahawa paling banyak murid dalam kelas 4H iaitu sebanyak 14 (58.3%) orang murid adalah berada pada tahap yang memuaskan sahaja, iaitu Gred C dalam ujian tersebut. Manakala, terdapat 5 (20.8%) orang murid sahaja yang mendapat gred B dan tiada orang yang mencapai tahap cemerlang.Sebanyak tiga (12.5%) orang murid yang mendapat gred D dan dua (8.3%) orang murid yang mendapat gred E. Hal ini telah menunjukkan bahawa pencapaian murid dalam topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’ adalah sangat rendah.

Hasil Kerja

Rajah berikut telah menunjukkan hasil kerja murid dalam topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’.

Rajah 2. Hasil Kerja Seseorang Murid dalam Topik Kemahiran Proses Sains

‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’

Merujuk kepada Rajah 2, murid telah hampir salah semua dalam lembaran kerja tersebut.Mereka tidak pandai untuk menggunakan pembaris untuk mengambil bacaan dengan betul. Hal ini telah membuktikan bahawa murid telah menghadapi masalah semasa terdedah kepada kemahiran proses sains yang baru ini, iaitu mengukur dan menggunakan nombor.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan :

- Minat murid terhadap topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’.

- Pencapaian murid dalam topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan

Menggunakan Nombor’ dengan melaksanakan aktiviti ‘hands-on’.

Page 66: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 47-62

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

51

Persoalan Kajian

- Sejauh manakah pelaksanaan aktiviti ‘hands-on’ boleh meningkatkan minat murid terhadap topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’ ?

- Sejauh manakah aktiviti ‘hands-on’ boleh membantu murid dalam aspek pencapaian bagi topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’ ?

Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan

Perancangan Tindakan

Saya telah memilih kaedah pembelajaran secara ‘hands-on’ bagi topik ini adalah disebabkan aktiviti ‘hands-on’ boleh menolong murid-murid untuk mengaitkan isi pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada mereka. Hujah ini boleh disokong oleh Munir Hussain & Mumtaz Akhtar (2013) yang menyatakan bahawa ‘hands-onactivities are effective learning experiences. Research has evidenced that hands-on approach in science improves understanding of concepts resulting in better achievement score and success in science subject area.

Di samping itu, aktiviti ‘hands-on’ boleh memotivasikan murid dalam pembelajaran. Hujah saya ini telah disokong oleh Triona & Klahr (2007) yang menyatakan bahawa hands-on science teaching brings the scientific methods used to produce new scientific knowledge to the forefront. In hands-on science, students’ concrete, kinesthetic actions are related to abstract concepts and these activities tend to increase student motivation and engagement.

Beberapa langkah yang telah dirancang bagi setiap fasa pelaksanaan aktiviti ‘hands-on’. Antaranya termasuklah menentukan objektif pembelajaran dan tujuan aktiviti hands-on dalam topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’, merancang aktiviti yang sesuai, menetapkan peraturannya serta tempoh masa yang diperlukan dan menyediakan bahan serta alat yang diperlukan, mengedarkan borang soal selidik kepada murid-murid, menjalankan temu-bual dan pemerhatian ,melaksanakan proses PdP dan akhir sekali menemu bual, membuat pemerhatian dan soal-selidik kepada murid-murid selepas pelaksanaan aktiviti ‘hands-on’

Tindakan Pelaksanaan

1) Aktiviti Mengenali Alat Pengukur

a) Guru menunjukkan bahan maujud seperti termometer, bikar, penimbang berat, pembaris dan pita pengukur di dalam kelas.

b) Murid dikehendaki untuk menyatakan nama setiap alat pengukur dengan betul.

c) Murid diberi sekeping kertas yang mengandungi pelbagai alat pengukur dan mengguntingkan gambar-gambar tersebut serta melekatkannya pada ruang yang telah disediakan.

d) Murid diedarkan alat pengukur untuk menyemak jawapan sendiri sama ada betul atau tidak.

e) Murid juga perlu mencari unit piawai bagi setiap alat pengukur.

Page 67: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 47-62

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

52

2) Aktiviti Mengukur

a) Setiap murid diberi satu set alat pengukur, seperti bikar, termometer, jam randik dan pembaris. Hanya penimbang berat yang perlu dikongsikan dalam kalangan mereka. Tali juga dibekalkan pada kali ini.

b) Murid dikehendaki untuk mengukur setiap objek yang dibekalkan seperti lilitan bola ping pong, berat batu, ketinggian meja, panjang pen penanda dan isipadu air.

c) Murid diingati supaya kedudukan mata mestilah selaras dengan bacaan yang ingin diambil.

d) Selepas semua murid siap menjalankan aktiviti, guru melakukan demonstrasi dan mengukur setiap objek yang dibekalkan untuk menyemak jawapan murid.

3) Aktiviti Permainan Stesen

a) Satu set alat pengukur yang lengkap disediakan pada setiap stesen (5 stesen sahaja).

b) Setiap stesen mempunyai tugasan yang berbeza. Stesen 1 : Isipadu air Stesen 2 : Panjang buku teks Stesen 3 : Lilitan botol air Stesen 4 : Berat kotak yang telah disediakan khas Sesen 5 : Suhu air panas

c) Murid dikehendaki untuk memilih alat pengukur yang telah disediakan pada setiap stesen untuk mengukur.

d) Murid yang paling cepat siap dan memberi jawapan yang betul dikira menang.

4) Aktiviti ‘Mencari Harta’

a) Satu objek akan dibekalkan dan setiap murid dikendaki untuk mengukurnya secara individu.

b) Sebagai contohnya, satu garisan lulus telah dilukis pada papan putih, murid dikendaki untuk mengukur panjang garisan tersebut dengan pembaris ataupun pita pengukur.

c) Selepas setiap murid mendapat catatan sendiri, murid dikehendaki untuk pergi mencari ukuran yang sama panjang dengan garisan tersebut.

d) Sesiapa yang paling cepat untuk mencari objek yang sama panjang dengan garisan tersebut dikira sebagai pemenang.

e) Aktiviti ini dijalankan sebanyak 4 pusingan dengan menggantikan objek yang diukur setiap kali.

Page 68: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 47-62

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

53

Kaedah Kajian

Kumpulan Sasaran

Kajian ini telah dilaksanakan di sebuah sekolah rendah di Kuching dengan melibatkan limamurid Tahun 4. Antaranya adalah 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan.Mereka dipilih sebagai peserta kajian adalah disebabkan minat dan pencapaian mereka yang rendah dalam Sains.

Etika Penyelidikan

Saya telah meminta kebenaran daripada guru besar serta guru pembimbing saya sebelum menjalankan penyelidikan. Saya juga telah menghantar rancangan penyelidikan tindakan saya serta nama dan murid yang telah saya libatkan untuk disemak oleh guru besar. Sepanjang penyelidikan tindakan ini dijalankan, saya memastikan nama setiap peserta kajian dan identiti mereka adalah dirahsiakan. Peserta kajian berhak untuk mengundur diri bila-bila masa sekiranya mereka ingin berbuat demikian.

Kaedah Pengumpulan Data

Sejauh manakah pelaksanaan aktiviti ‘hands-on’ boleh meningkatkan minat murid terhadap topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’ ?

a) Pemerhatian Dengan menggunakan kaedah ini untuk mengumpul data, saya yang sebagai

guru telah menjadi instrumen pemerhati dan memerhati peserta kajian semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang dijalankan. Saya menggunakan nota lapangan yang disokong dengan gambar untuk mencatat pemerhatian saya.Terdapat dua fasa pemerhatian yang telah saya jalankan terhadap peserta kajian, iaitu sebelum dan selepas penggunaan aktiviti ‘hands-on’ dalam topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’. Saya juga telah meminta bantuan daripada rakan sepraktikum saya untuk menjalankan pemerhatian terhadap peserta kajian sebelum dan selepas penggunaan aktiviti ‘hands-on’.

b) Soal- selidik Soalan dalam soal selidik saya adalah soalan tertutup. Saya telah mentadbir

soal selidik ini secara kumpulan sebanyak dua kali, iaitu sebelum dan selepas penggunaan aktiviti ‘hands-on’ bagi topik Kemahiran Proses ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’. Saya telah meminta semua peserta kajian untuk berkumpul di pusat sumber semasa waktu rehat dan menjawab soal selidik yang telah saya sediakan. Jadual berikut telah menunjukkan soal-selidik yang dikemukakan untuk mengesan minat murid terhadap topik pembelajaran ini.

Page 69: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 47-62

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

54

Sejauh manakah aktiviti ‘hands-on’ boleh membantu murid dalam aspek pencapaian bagi topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’ ?

a) Temu Bual

Saya telah menjalankan dua fasa temu bual, iaitu sebelum dan selepas tindakan. Untuk mengesan perubahan murid selepas tindakan yang telah saya ambil, saya telah menggunakan set soalan yang sama. Berikut merupakan soalan temu bual saya.

i. Adakah kamu faham tentang apa yang dipelajari dalam topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’ ?

ii. Sila nyatakan satu contoh alat pengukuran beserta dengan unit piawainya. b) Ujian Kesan Tindakan

Untuk mengetahui tahap kefahaman dan pencapaian peserta kajian selepas penggunaan aktiviti ‘hands-on’ , ujian kesan tindakan telah dijalankan. Fasa ini merupakan fasa kedua yang digunakan mengenalpasti tahap kefahaman murid sama ada meningkat atau tidak. Masa yang diambil kira-kiranya adalah 15 minit.

c) Soal –selidik Saya juga telah menggunakan soal-selidik untuk mengumpul maklumat yang

berkaitan dengan tahap pencapaian murid.

Kaedah Analisis Data dan Teknik Menyemak Data

Menurut A.Michael Huberman & Matthew B.Miles (1994) melalui Loh (2013), analisis data yang teah dikumpulkan adalah penting sebagai suatu proses bagi menyemak dan menyusun semula data tersebut supaya dalam keadaan teratur dan sistematik. Hanya dengan analisis yang tepat, barulah saya boleh mengesan keberkesanan penggunaan aktiviti ‘hands-on’ terhadap peserta kajian dalam topik pembelajaran Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’.

Kaedah Analisis Data

a) Pemerhatian (Analisis Kualitatif )

Saya telah menggunakan kaedah ini utnuk menganalisis pemerhatian saya yang dicatat dalam format nota lapangan. Saya menganalisis kandungan nota lapangan terlebih dahulu dan menandakan isi penting yang berkaitan dengan persoalan kajian saya dengan warna lain. Selepas itu, saya membandingbezakan nota lapangan saya pada dua fasa iaitu sebelum dan selepas melaksanakan tindakan. Saya juga membandingbezakan nota lapangan saya dengan nota lapangan rakan sepraktikum.

b) Temu bual (Kaedah Analisis Kualitatif dan Kuantitatif )

Berdasarkan hasil temu bual yang telah saya kumpulkan, saya telah menganalisisnya secara kuantitatif dan kualitatif.Bagi soalan 1 yang menekankan

Page 70: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 47-62

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

55

tahap kefahaman peserta kajian, saya telah menganalisisnya secara kualitatif.Manakala analsis kuantitatif telah diaplikasikan kepada soalan 2, iaitu peserta kajian dikehendaki untuk menyatakan satu alat pengukur beserta dengan unit piawainya.

a) Soal Selidik (Kaedah Analisis Kuantitatif ) Saya telah merumuskan data-data yang dikutip dengan

mempersembahkannya dalam bentuk yang senang difahami. Untuk menganalisis data yang diperolehi melalui soal selidik, saya telah mengira peratusan sebelum dan selepas bagi setiap soalan yang dijawab dalam soal-selidik.

b) Ujian Kesan Tindakan (Kaedah Analisis Kuantitatif) Untuk menganalisis data yang telah dikumpul melalui ujian kesan tindakan,

saya telah menyemak kertas soalan murid-murid.Malah, markah murid juga direkod dalam bentuk jadual.Min ujian diagnostik dan ujian kesan tindakan telah dikira.Saya telah mengelaskan murid ke dalam gred masing-masing berdasarkan keputusan mereka dalam ujian. Peratusan peningkatan atau penurunan markah juga telah dikira.

Teknik Menyemak Data

Triangulasi kaedah melibatkan pengesahan terhadap data yang telah saya kumpul melalui pelbagai kaedah pengumpulan data, seperti pemerhatian, soal selidik, temu bual dan ujian diagnostik serta ujian kesan tindakan.Saya telah membandingbezakan sumber data yang dikumul. Dengan ini , saya boleh menyemak kredibiliti data yang diperolehi.

Untuk triangulasi penyelidik, saya telah meminta bantuan daripada rakan sepraktikum saya. Dia menjalankan pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran saya dan juga mengambil gambar untuk mengukuhkan meningkatkan kebolehpercayaan serta kesahan data saya. Dia juga menulis nota lapangan berdasarkan pemerhatiannya sebelum dan selepas penggunaan aktiviti ‘hands-on’ terhadap peserta kajian.

Refleksi

Refleksi Dapatan

Sejauh manakah pelaksanaan aktiviti ‘hands-on’ boleh meningkatkan minat murid terhadap topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’ ?

Menurut rajah 3 dan rajah 4 yang berkaitan dengan analisis data nota lapangan, didapati peserta kajian sebelum kajian kurang berminat dalam topik ini sebelum penggunaan aktiviti ‘hands-on’. Namun, sifat murid telah berubah selepas mengaplikasikan aktiviti ‘hands-on’ bagi topik kemahiran proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’. Murid aktif dalam kelas dan berebut-rebut untuk menjawab soalan guru. Mereka sudah mula mematuhi peraturan aktiviti dan juga asyik meminta guru untuk menyemak hasil kerja mereka. Dengan mengaplikasikan aktiviti ‘hands-on’ bagi topik ini, pembelajaran boleh dikatakan lebih berkesan dan lebih menarik bagi peserta kajian. Minat peserta kajian telah dipertingkatkan. Ini

Page 71: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 47-62

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

57

dapat disokong dengan rajah 5 dan rajah 6 yang menunjukkan keadaan murid menjalankan aktiviti.

Rajah 3. Analisis Catatan Nota Lapangan Sebelum dan Selepas Penggunaan

Aktiviti ‘Hands-on’

Nota Lapangan Rakan Sepraktikum

Tarikh : 15 Februari 2014 (Isnin) Masa : 1030-1130 Kelas : Tahun 4 Nama Pemerhati : Saudari Tang Keadaan kelas sangat bising. Murid termenung sahaja apabila guru memberi penjelasan di depan. Murid enggan melibatkan diri semasa aktiviti kumpulan dan banyaknya merupakan penumpang. Murid tidak berdisiplin dan tidak mematuhi peraturan. Apabila lembaran kerja diedarkan, murid menyalin jawapan daripada orang lain ataupun langsung tidak peduli.

Tarikh : 12 April 2014 (Rabu) Masa : 1030-1130 Kelas : Tahun 4 Nama Pemerhati : Saudari Tang Murid aktif untuk menjawab soalan guru dan kelihatan bersemangat. Murid selalu menyumbang idea dan berbincang antara satu sama lain. Sepanjang aktiviti dijalankan, murid melakukan aktiviti dan mematuhi peraturan guru. Mereka semua berebut-rebut untuk melakukan aktiviti dan menggunakan alat yang disediakan. Mereka juga berusaha untuk menyiapkan lembaran kerja yang diedarkan.

Rajah 4. Analisis Catatan Nota Lapangan Rakan Sepraktikum Sebelum dan

Selepas Penggunaan Aktiviti ‘Hands-on’

Tarikh : 11 Februari 2014 (Rabu) Masa : 1030-1130 Kelas : Tahun 4 Nama Pemerhati : Betty Lau Kelima-lima orang murid tidak aktif di dalam kelas. Mereka selalu mengambil peluang untuk membuat kerja sendiri. Murid A dan B selalu bercakap dengan orang lain dan mengganggu kawannya serta bergerak dalam kelastanpa kebenaran. Murid C, D dan E selalu beraksi sebagai ‘penumpang’ apabila melakukan aktiviti kumpulan. Keadaan kelas kelam labut. Murid-murid tidak mendengar arahan saya dan enggan menghantar buku kerja.

Sebelum Kajian

Tarikh : 8 April 2014 (Rabu) Masa : 1030-1130 Kelas : Tahun 4 Nama Pemerhati : Betty Lau Murid memberi perhatian kepada saya semasa pross PdP dijalankan. Mereka mendengar arahan saya dan mematuhi peraturan aktiviti. Malah, murid-murid juga menanya soalan apabila terdapat soalan ataupun kekeliruan. Murid juga asyik meminta saya untuk menyemak hasil kerja mereka sama adalah betul atau salah. Mereka juga berbincang antara satu sama lain untuk menyelesaikan tugasan.

Selepas Kajian

Tidak berminat Berminat

Tidak berminat Berminat

56

Page 72: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 47-62

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

57

Saya telah mengelaskan data-data yang dikumpul melalui kaedah soal selidik

bagi setiap item mengikut tema, iaitu minat dan pencapaian peserta kajian.

Jadual 3 Perbandingan Kekerapan Bagi Item Soal-Selidik Dalam Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’ (Tema Minat )

Item Respons

Sebelum Selepas

YA TIDAK YA TIDAK

1. Saya suka cara guru mengajar hari ini. 2 (40%)

3 (60%)

5 (100%)

0 (0%)

2. Saya berasa seronok terhadap aktiviti yang dijalankan hari ini.

1 (20%)

4 (80%)

5 (100%)

0 (0%)

3. Saya berminat terhadap topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’.

2 (40%)

3 (60%)

5 (100%)

0 (0%)

Berdasarkan Jadual 3, didapati tiga (60%) orang peserta kajian yang tidak

suka akan cara guru mengajar sebelum aktiviti ‘hands-on’ dijalankan. Namun, selepas aktiviti ‘hands-on’ telah dijalankan, kelima-lima (100%) peserta kajian telah berpendapat bahawa suka akan cara saya mengajar, iaitu dengan mengaplikasikan aktiviti ‘hands-on’ dalam topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’.

Rajah 5. Murid berebut-rebut untuk mengambil bacaan pada bikar

Rajah 6. Kedua-dua murid melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti ‘Mencari Harta’

Page 73: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 47-62

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

58

Sebelum aktiviti ‘hands-on’ dilaksanakan, hanya seorang peserta kajian (20%) yang berpendapat bahawa aktiviti yang telah saya sediakan, iaitu melihat video untuk belajar cara mengukur adalah amat menarik dan seronok. Namun, selepas aktiviti ‘hands-on’ dijalankan, kelima-lima peserta kajian (100%) telah berpendapat bahawa aktivti ‘hands-on’ adalah sangat menarik dan menyeronokkan mereka. Terdapat dua (40%) orang peserta kajian sahaja yang berminat terhadap topik ini. Tetapi, selepas aktiviti ‘hands-on’ dijalankan, kelima-lima (100%) peserta kajian telah menukar pendapat mereka dan meningkatkan minat mereka terhadap topik ini.

Sejauh manakah aktiviti ‘hands-on’ boleh membantu murid dalam aspek pencapaian bagi topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’ ?

Berdasarkan Jadual 4 yang berkaitan dengan analisis temu bual soalan pertama, jelaslah bahawa kefahaman murid sudah meningkat. Sebelum aktiviti ‘hands-on’ diaplikasikan, terdapat 3 (60%) orang peserta kajian langsung tidak faham ataupun tidak mengetahui tentang topik pembelajaran ini. Namun, selepas mengaplikasikan aktiviti ‘hands-on’ dalam topik ini, semua murid sudah mulai memahami tentang isi pembelajaran.

Jadual 4 Perbandingan Transkripsi Murid bagi Soalan Temu Bual Pertama (Sebelum dan Selepas)

Soalan 1 : Adakah kamu faham tentang apa yang dipelajarai tadi?

Peserta Kajian Respons Sebelum Respons Selepas

Murid A

Faham sikit. Ya, faham sudah,cikgu.

Murid B

Boleh, tapi tidak ingat. Faham, sangat faham.

Murid C

Tidak faham. Faham sikit.

Murid D

Tidak dapat. Faham sikit.

Murid E

Tidak tahu. Faham.

Berdasarkan Jadual 5 yang menunjukkan perbandingan tahap pencapaian murid dalam soalan temu bual kedua sebelum dan selepas aktiviti ‘hands-on’ diaplikasikan , terdapat tiga (60%) orang peserta kajian adalah berada pada tahap sederhana dan dua (40%) orang peserta kajian adalah berada pada peringkat lemah. Selepas kajian, terdapat empat (80%) orang peserta kajian telah mendapat pencapaian yang baik dan hanya seorang (20%) sahaja yang masih berada pada tahap sederhana.Secara keseluruhannya, tahap pencapaian murid telah dipertingkatkan dan amat memuaskan.

Page 74: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 47-62

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

60

Jadual 5 Perbandingan Tahap Pencapaian Murid bagi Soalan Temu Bual Kedua

Peserta Kajian

Bilangan Jawapan yang Betul

Tahap Pencapaian

Sebelum Selepas Sebelum Selepas

Murid A 1 2 Sederhana Baik

Murid B 1 2 Sederhana Baik

Murid C 1 2 Lemah Baik

Murid D 0 1 Lemah Sederhana

Murid E 0 2 Lemah Baik

Berdasarkan Jadual 6 yang menunjukkan analisis data soal selidik, pencapaian murid telah meningkat secara ketara selepas aktivti ‘hands-on’ dijalankan bagi topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’. Sebelum menjalankan aktiviti ‘hands-on’ bagi topik ini, hanya terdapatlah 20% daripada semua peserta kajian yang pandai untuk menggunakan pembaris untuk mengukur panjang. Namun, selepas aktiviti ‘hands-on’ dijalankan, peratusannya telah dipertingkatkan kepada 100%, iaitu semua peserta kajian sudah berupaya untuk menggunakan pembaris dalam pengukuran.

Malah, tiada peserta kajian yang pandai menggunakan termometer, bikar serta jam randik untuk mengukur sebelum ini. Walaubagaimanpun, terdapat peningkatan juga bagi peratusan setiap item.Bagi penggunaan termometer, terdapat tiga (60%) orang peserta kajian sudah menguasai tekniknya dan dua (20%). orang yang masih belum mahir. Selain itu, terdapat empat (80%) orang peserta kajian telah berupaya untuk menggunakan bikar dalam pengukuran suhu dan 20% iaitu seorang murid sahaja yang belum menguasai teknik ini.

Di samping itu, hanya terdapat dua (40%) orang murid yang pandai menggunakan jam randik untuk mengukur masa.Sebahagian besar murid masih tidak dapat menguasai teknik ini.Walaubagaimanapun, semua peserta kajian sudah berkeyakinan terhadap diri sendiri dan dapat menyiapkan lembaran kerja yang disediakan.

59

Page 75: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 47-62

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

60

Jadual 6 Perbandingan Kekerapan Bagi Item Soal-Selidik Dalam Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’. (Tema Pencapaian)

Item Respons

Sebelum Selepas

YA TIDAK YA TIDAK

4. Saya mahir menggunakan pembaris

untuk mengukur panjang. 1

(20%) 4

(80%) 5

(100%) 0

(0%)

5. Saya mahir menggunakan termometeruntuk mengukur suhu.

0 (0%)

5 (100%)

3 (60%)

2 (40%)

6. Saya mahir menggunakan bikar untuk

mengukur isipadu. 0

(0%) 5

(100%) 4

(80%) 1

(20%)

7. Saya mahir menggunakan jam randik

untuk mengukur masa. 0

(0%) 5

(100%) 2

(40%) 3

(60%) 8. Saya dapat menyiapkan lembaran

kerja yang disediakan. 1

(20%) 4

(80%) 5

(100%) 0

(0%)

Keberkesanan aktiviti ‘hands-on’ dalam topik Kemahiran Proses Sains dapat

diuji dengan tepat melalui ujian diagnostik dan ujian kesan tindakan. Pencapaian murid boleh ditunjukkan secara jelas.Saya telah meminta semua peserta untuk menduduki ujian sebelum dan selepas aktiviti ‘hands-on’ dilaksanakan dalam topik ini. Malah, saya juga sudah menyemak jawapan mereka dan memberi markah.Saya telah menggunakan graf untuk membandingkan markah murid dalam kedua-dua ujian.Rajah 7 telah menunjukkan data ujian diagnostik dan data ujian kesan tindakan.

Rajah 7. Perbandingan Data Ujian Diagnostik dan Ujian Kesan Tindakan bagi Murid

Tahun Empat

Secara keseluruhannya, aktiviti ‘hands-on’ adalah berkesan untuk meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam topik Kemahiran Proses Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’.

77.7

55.5

66.6

33.3

33.3

22.2

33.3

0

0 20 40 60 80 100

Murid A

Murid B

Murid C

Murid D

M

u

r

i

d

Graf Data Ujian Diagnostik dan Data Kesan Tindakan bagi Murid Tahun Empat

Data Awal

Data Kesan Tindakan

Page 76: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 47-62

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

61

Refleksi Penilaian Tindakan

Melalui kajian yang telah saya jalankan, saya telah sedar bahawa betapa pentingnya untuk merancang aktiviti yang sesuai bagi sesuatu topik. Selain daripada rancangan PdP yang sesuai, strategi pembelajaran juga adalah amat penting.Selepas kajian dijalankan, saya sudah biasa dengan kaedah berpusatkan murid dan selalu menjalankan aktiviti ‘hands-on’. Menurut Haury & Rillero (1994) melalui Ates & Eryilmaz (2011) , ‘hands-on’ dalam Sains boleh didefinisikan sebagai pendekatan pengajaran yang melibatkan aktiviti dan pengalaman secara langsung dengan fenomena semula jadi atau apa-apa pengalaman yang melibatkan murid secara aktif dalam memanipulasi objek untuk memperolehi pengetahuan atau kefahaman.Ini telah menunjukkan bahawa murid belajar dengan lebih cepat selepas mengalami sesuaitu dengan sendiri.

Saya telah berusaha dengan sedaya upaya untuk meningkatkan kreativiti dan ilmu pengetahuan saya melalui pembacaan bahan rujukan dari internet ataupun buku. Malah, saya juga akan mencuba aktiviti ‘hands-on’ dahulu sebelum saya meminta murid-murid untuk menjalankannya. Tindakan ini adalah untuk memastikan kelancaran aktiviti.Saya juga meningkatkan kemahiran penyoalan saya dalam kajian ini. Saya telah membuat rujukan dari pelbagai sumber untuk meningkatkan teknik penyoalan saya supaya saya berupaya untuk mengemukakan soalan yang merangsang murid untuk berfikir.

Refleksi Pembelajaran Kendiri

Kajian tindakan ini telah mengubah persepsi saya mengenai profesion guru.Selain daripada menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid, guru juga bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan murid dari pelbagai aspek seperti emosi dan sosial.Dengan ini, barulah murid boleh berkembang dengan sempurna.

Pelaksanaan penyelidikan tindakan ini juga telah menyedarkan saya bahawa kemahiran membuat refleksi adalah sangat penting untuk seseorang guru.Guru-guru perlu merenung balik masalah yang telah timbul dalam kelas ataupun dalam kalangan murid dan berusaha untuk menyelesaikannya.

Kajian tindakan ini telah membuka minda baru dalam diri saya sebagai seorang yang menceburi profesion perguruan.Melalui kajian ini, saya dapat mengesan kelemahan saya dan membuat pembetulan untuk menambahbaikkannya.Selain itu, saya juga dapat menyelesaikan sesuatu masalah pembelajaran dengan lebih sistematik dan terancang.

Melalui kajian tindakan ini, saya menyedari bahawa sebagai seorang bakal guru pada abad ke-21 ini, saya perlulah menyesuaikan dan melengkapkan diri saya dengan pelbagai inovasi dan perubahan transformasi pendidikan yang giat dilaksanakan.

Sebagai Penyelidik dalam Penyelidikan Tindakan

Sesuatu kajian tindakan tidak akan berjaya jika tanpa kerjasama daripada semua pihak termasuklah pikah sekolah, guru-guru dan murid-murid saya. Kemahiran interpersonal yang efektif adalah sangat penting untuk memudahkan

Page 77: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 47-62

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

62

proses pengumpulan data dalam kajian tindakan. Saya selalu perlu berkomunikasi dengan pihak sekolah semasa menjalankan kajian tindakan.

Saya juga sedar bahawa sebagai seorang penyelidik, saya mestilah mematuhi etika penyelidkan supaya boleh dipercayai.Selain itu, sepanjang pelaksanaan penyelidikan tindakan ini, saya telah terdedah kepada banyak perkara yang baru. Antaranya termasuklah cara untuk merancang, mengendalikan penyelidikan tindakan dan penulisan laporan.

Di samping itu, saya juga berupaya untuk menganalisis data-data dengan pelbagai instrument secara sistematik.Data yang telah dikumpul perlu disusun semula, dikodkan, dikategorikan dan kemudiannya menyediakan tindakan susulan.

Cadangan Kajian Seterusnya

Penyelidikan tindakan saya telah berjaya untuk meningkatkan minat, penglibatan serta pencapaian murid dalam topik Kemahiran Sains ‘Mengukur dan Menggunakan Nombor’.Oleh itu, saya berhasrat untuk melanjutkan kajian saya dengan melibatkan sampel murid yang lebih besar. Selain itu, saya ingin juga melanjutkan kajian ini dengan mengaplikasikan aktiviti ‘hands-on’ dalam topik-topik lain bagi mata pelajaran Sains. Aktiviti ‘hands-on’ yang dicipta perlulah sesuai dengan tahap kefahaman murid.

Rujukan

Ates, O., & Eryilmaz, A. (2011).Effectiveness of hands-on and minds-on activities on students’ achievement and attitudes towards physics. Asia-Pacific Forum on Science Learning and Teaching, 12(1), Diakses daripada http://www.ied.edu.hk/apfslt/download/v12_issue1_files/ates.pdf

Haury, D.L.,& Rillero, P. (1994).What are the benefits of hands-on learning? How do I justify a hands-on approach. Diakses daripada http://www.ncrel.org/sdrs/area s/issues/content/cntareas/science/eric/eric-2.htm

Mok, S. S. (2009).Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi Murid Dan Alam Belajar.Perak : Multimedia – ES Resources Sdn Bhd.

Munir Hussain,& Mumtaz Akhtar (2013). Impact of Hands-on Activities on Students’ Achievement in Science : An Experimental Evidence from Pakistan. Middle-East Journal of Scientific Research 16(5).Diakses pada Mei 10, 2014, dari http://www.idosi.org/mejsr/mejsr16(5)13/10.pdf

Triona, L.M., & Klahr,D. (2007). Hands-On Science: Does it matter what student’s hands are on?.The Science Education Review, 6(4). Diakses pada Mei 10, 2014, dari http://www.psy.cmu.edu/~klahr/pdf/SER.triona&klahr07.pdf

Page 78: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 63-77

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

63

KEBERKESANAN SISTEM GANJARAN DAN HUKUMAN MENINGKATKAN KEKERAPAN MENGHANTAR KERJA RUMAH, PENCAPAIAN DAN MINAT

MURID TAHUN EMPAT DI KUCHING

Tan Shi Jing

[email protected]

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan menggunakan sistem ganjaran dan hukuman bagi meningkatkan kekerapan menghantar kerja rumah, pencapaian dan minat murid-murid Tahun Empat dalam mata pelajaran Sains. Responden kajian terdiri daripada empat orang murid Tahun 4K di sebuah sekolah kebangsaan, daerah Kuching. Kaedah senarai semak, ujian data awal pencapaian dan ujian data kesan tindakan, temu bual dan soal selidik digunakan untuk mengumpul data tentang kajian tindakan kali ini. Triangulasi data digunakan untuk tujuan penyemakan data bagi memastikan kesahan hasil dapatan dan keputusan kajian. Hasil analisis keputusan menunjukkan bahawa penggunaan sistem ganjaran dan hukuman berjaya dalam meningkatkan kekerapan murid-murid dalam menghantar kerja rumah mata pelajaran Sains. Kajian lanjutan dicadangkan untuk mengkaji kegunaan sistem ganjaran dan hukuman terhadap murid yang berlainan.

Kata kunci: Sistem ganjaran dan hukuman, Tahun 4K, kerja rumah murid-murid, kekerapan, keberkesanan

Abstract

The purpose of this study was to investigate the effectiveness of the Reward and Punishment System in improving the frequency of Year Four students to hand in their homework, achievement and interest in Science. The respondent of this research consists of four students from the class 4K from a primary school in the City of Kuching.The data of this study was collected by checklists, tests (pre-test and post-test), interviews and surveys. Data are checked by data triangulation to increase the validity of the findings and results of this study. The findings show that the use of Reward and Punishment System can improve the frequency of Year Four students to hand in their Science homework. Further studies was suggested to investigate the effects of Reward and Punishment Method on different groups of pupils.

Keywords: the Reward and Punishment System, year 4K, pupils’

homework, frequency, effectiveness

Page 79: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 63-77

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

64

Pengenalan

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam semester yang lepas, saya telah menjalankan praktikum Fasa 1 dan 2 di sekolah yang berlainan. Saya telah diberi peluang untuk mengajar murid tahap rendah dan tinggi. Mengikut pengalaman saya yang lepas semasa berpraktikum di sekolah, saya telah menghadapi pelbagai cabaran.

Semasa saya mengutip kerja rumah daripada murid-murid saya, mereka akan sentiasa memberi pelbagai alasan bahawa mereka tidak dapat menghantar kerja rumah mereka. Antara alasan adalah seperti mereka terlupa membawa kerja rumah, kertas latihan yang diberi telah dikoyak oleh adiknya dan sebagainya. Semua alasan akan diberi oleh murid-murid semasa mereka tidak dapat menghantar kerja rumah mereka.

Murid-murid yang tidak menghantar kerja rumah ini merupakan murid-murid yang agak lemah dalam pentaksiran yang sebelum ini. Kebanyakan murid-murid ini merupakan murid yang mendapat markah terendah dalam kelas semasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Dalam pada itu, mereka asyik tidak dapat menjawab soalan dalam kelas serta tidak dapat memahami pengajaran yang telah disampaikan. Jadi, saya terpaksa pergi ke kelas tersebut setiap pagi untuk mengutip kerja rumah. Walau bagaimanapun, masih terdapat murid-murid yang tidak menghantar kerja rumah.

Sains dan Teknologi telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara kita. Oleh itu, pembelajaran Sains dalam sekolah harus dititikberatkan supaya pembelajaran yang berkesan akan berlaku untuk mencungkil kreativiti murid-murid. Ramai guru sekolah berpendapat bahawa asalnya murid-murid dapat memahami pengajaran dalam kelas seharian, sama ada murid tersebut menghantar kerja rumah atau tidak bukan satu masalah yang besar lagi. Pada pendapat saya, ini merupakan anggapan yang agak salah kerana seseorang murid yang dapat menjawab dengan betul dalam kelas tidak bermaksud dia sudah memahami pembelajaran hari tersebut.

Merujuk kepada catatan refleksi saya, saya mendapati masalah menjadi semakin serius di mana murid-murid masih kurang dapat menguasai atau mengaplikasikan ilmu pengetahuan baharu mereka dalam PBS yang dijalankan. Hal ini mengakibatkan pencapaian murid-murid semakin menurun serta asyik melakukan kesalahan yang sama dalam latihan yang diberi kerana latihan mereka tidak pernah dihantar untuk disemak. Mempertimbangkan semua perkara ini, satu cara yang berkesan perlu dirancang dan digunakan supaya murid-murid akan lebih berdisiplin serta menghantar kerja rumah mereka tepat pada masa yang ditetapkan.

Melalui kerja rumah murid-murid, kita akan mendapati kesalahan yang tidak mampu dikesan dalam kelas seharian seperti kesalahan ejaan dan sebagainya. Oleh itu, saya sentiasa menegaskan bahawa setiap kerja rumah yang diberi mesti disiapkan dan dihantar pada hari yang ditetapkan supaya saya dapat memahami kekuatan serta kelemahan setiap pelajar di samping membuat refleksi tentang pengajaran dan pembelajaran saya.

Page 80: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 63-77

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

65

Dengan menggunakan sistem ganjaran dan hukuman dalam menggalakkan murid-murid menghantar kerja rumah, murid-murid di samping mendapat keseronokan melalui pertandingan yang positif ini, mereka juga akan menjadi lebih berdisiplin serta mementingkan pembelajaran Sains mereka. Perkara ini dapat menggalakkan pembelajaran yang positif dalam kalangan murid-murid serta membantu saya mentafsir murid-murid saya dengan lebih berkesan. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian murid-murid yang sentiasa tidak menghantar kerja rumah terutamanya murid yang lebih lemah.

Fokus Kajian

Fokus kajian saya pada kali ini adalah berkaitan dengan modifikasi tingkah laku yang bermasalah dalam kelas dengan menggunakan sistem ganjaran dan hukuman.

Dalam kelas mempunyai pelbagai rutin dan prosedur yang sentiasanya perlu dipatuhi oleh murid-murid dan guru kelas. Oleh sebab rutin tidak dapat dipaksakan atas murid-murid, masalah ketidaklakukan rutin akan berlaku. Masalah yang paling serius di sekolah berpraktikum Fasa III saya ialah murid-murid asyik tidak menghantar kerja rumah mereka. Kerja rumah merupakan latihan atau kerja yang diberi kepada murid-murid selepas pengajaran seharian dijalankan untuk menguji serta mengukuh kefahaman murid-murid terhadap topik yang baharu itu.

Pada awal praktikum Fasa III, saya telah mendapati bahawa murid-murid di sekolah yang saya menjalankan praktikum ini kurang berminat dalam menyiapkan kerja rumah mereka serta tidak dapat menghantar kerja rumah mereka pada hari yang ditetapkan. Murid-murid tertentu akan sentiasa menberi alasan yang berbeza untuk mengelakkan diri mereka daripada menghantar kerja rumah mereka. Selain itu, murid-murid yang tidak menghantar kerja ini merupakan murid-murid yang tidak dapat menguasai dalam PBS yang dijalankan.

Menurut B.F. Skinner (1961) melalui Mcleod (2007), teori pelaziman operan menekankan bahawa hasil kesan-akibat membawa kepada tingkah laku yang ingin diteruskan atau diulangi dan sebaliknya. Kesan-akibat boleh berlaku dalam bentuk ganjaran dan hukuman. Mengikut Skinner (1961) melalui Mok (2010), apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Tingkah laku operan ini boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan. Stimuli ini dikenali sebagai peneguhan.

Token ekonomi merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukar dengan pelbagai peneguh yang sebenar diidamkan. Di dalam token ekonomi ini, sesuatu sistem merit ditentukan berdasarkan kriteria respons terhadap tingkah laku yang diingini.(Mok, 2010)

Menurut Fisher (2003), seseorang dijangka akan kehilangan tingkah laku yang tidak diingini dengan menggunakan sistem token. Jikalau kanak tersebut bercuba dengan sedaya upaya untuk mendapatkan token atau ganjaran. Kemungkinan untuk kanak tersebut membuangkan tingkah laku yang tidak diingini adalah sangat tinggi.

Page 81: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 63-77

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

66

Dengan menggunakan sistem ganjaran dan hukuman dalam kelas, saya dapat mengukuhkan perlakuan yang diingini (iaitu membuat kerja rumah dan menghantar pada hari yang ditetapkan) melalui peneguhan positif iaitu ganjaran dan menyekatkan perlakuan yang tidak diingini (tidak menghantar kerja rumah pada hari yang ditetapkan) dengan menggunakan hukuman.

Dengan memilihkan fokus kajian ini, saya berharap dapat membantu pihak sekolah dalam mengurangkan bilangan murid yang sentiasa tidak menghantar kerja rumah pada masa yang ditetapkan. Secara tidak langsung, diharapkan kajian ini juga dapat membantu dalam meningkatkan minat serta pencapaian murid-murid dalam pembelajaran Sains. Sistem ganjaran dan hukuman ini bukan sahaja dapat diaplikasikan dalam pembelajaran Sains, ia juga boleh digunakan dalam mana-mana satu mata pembelajaran asalnya menghadapi masalah yang sama iaitu murid-murid asyik tidak mengamalkan sikap menghantar kerja rumah mereka.

Oleh itu, saya telah mengambil kesempatan in untuk menjalankan penyelidikan tindakan terhadap masalah di mana murid-murid selalu tidak menghantar kerja rumah mereka supaya saya dapat mengatasi masalah ini dengan lebih berkesan.

Objektif Kajian

i. Meningkatkan kekerapan murid dalam menghantar kerja rumah. ii. Meningkatkan keminatan murid-murid terhadap pembelajaran Sains. iii. Meningkatkan pencapaian murid-murid dalam pembelajaran ilmu

pengetahuan Sains. Soalan Kajian

i. Sejauh manakah penggunaan sistem ganjaran dan hukuman membantu dalam meningkatkan kekerapan murid-murid dalam menghantar kerja rumah?

ii. Sejauh manakah keminatan murid-murid terhadap pembelajaran Sains dapat ditingkatkan?

iii. Sejauh manakah pencapaian murid-murid dapat ditingkatkan selepas suatu jangka masa dengan penggunaan sistem ganjaran dan hukuman?

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Untuk mengesahkan masalah yang telah saya perhatikan, saya telah memberi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang memerlukan murid-murid menyiapkannya sebelum waktu rehat. Melalui cara ini, saya mendapati murid-murid dalam golongan yang tidak menghantar kerja rumah merupakan antara murid yang tidak menguasai dalam PBS yang diberi.

Jadi, saya telah menjalankan pengumpulan awal data kepada isu-isu keprihatinan dalam kajian tindakan ini iaitu:

a. Menemu bual murid b. Menganalisis pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Sains c. Memberi soal selidik tentang kerja rumah yang diberi kepada murid-murid

Page 82: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 63-77

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

67

Temu Bual

Saya telah menggunakan temu bual separa dengan kelima-lima responden saya. untuk lebih mengenali latar belakang, kelakuan dan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid-murid saya. Ini adalah untuk memudahkan saya mengenal pasti punca masalah kawalan kelas tersebut boleh berlaku dan kemudian mencari jalan penyelesaian yang sesuai bagi mengatasi masalah ini. Pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Sains

Semasa saya menjalankan Praktikum III di sekolah, Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi topik Kemahiran Proses Sains telah dijalankan. Oleh itu, saya telah mengambil kesempatan untuk membuat analisis terhadap penguasaan murid bagi mengenal pasti tahap-tahap penguasaan dan kefahaman murid-murid terhadap topik itu.

Soal Selidik

Menurut Rosinah Edini (2012), soal selidik dalam bentuk item-item soalan adalah digunakan untuk mendapatkan maklumat dan fakta berkaitan dengan persepsi responden berkaitan dengan sesuatu isu yang dibincangkan dalam kajian. Oleh itu, setiap responden akan disoal dengan soalan yang sama supaya saya boleh membuat perbandingan antara responden untuk mendapat idea yang lebih konkrit tentang persepsi mereka.

Pelaksanaan Tindakan

Langkah 1:

Membina Carta Ganjaran dan Hukuman

Carta ganjaran dan hukuman dibina seperti berikut :

Rajah 1. Carta Ganjaran dan Hukuman

Carta ini mengandungi 32 poket-poket yang kecil di mana setiap poket mewakili seorang murid dengan mengikut nombor dalam kelas mereka.

I CAN DO IT!

1 2 3 4 5 6 7 8

9 10 11 12 13 14 15 16

17 181

8

19 20 21 22 23 24

25 26 27 28 29 30 31 32

Page 83: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 63-77

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

68

Langkah 2:

Menentukan peraturan

Murid-murid ditunjukkan carta ganjaran dan hukuman serta dijelaskan. Berikut merupakan peraturan carta ganjaran dan hukuman:

i. Bagi murid-murid yang telah menghantar kerja rumah tepat pada masa yang ditetapkan akan diberi sekeping kad hijau. Kad hijau tersebut akan diletakkan dalam poket murid tersebut dengan mengikut nombornya.

ii. Manakala murid-murid yang tidak menghantar kerja rumah tepat pada masa yang ditetapkan akan diberi kad kuning. Dengan ini, jikalau murid-murid ini menghantar kerja rumah mereka pada hari yang akan datang, kad kuning akan diambil keluar dari poketnya pada carta ganjaran dan hukuman tetapi tiada kad hijau yang akan diberi kepadanya.

iii. Bagi murid-murid yang masih tidak menghantar kerja rumah tersebut serta kerja rumah yang baru yang seterusnya, murid itu akan diberi kad merah. Kad-kad ini merupakan simbolik seperti lampu isyarat di mana warna hijau membawa maksud lalu, kad kuning membawa maksud sebagai amaran dan kad merah membawa maksud henti.

Langkah 3:

Menentukan bentuk ganjaran dan hukuman yang diberi

Bagi murid-murid yang telah mendapat 5 keping kad hijau akan dberi ganjaran. Cara ganjaran dilaksanakan seperti berikut:

1. Pelbagai ganjaran sama ada dalam bentuk hadiah konkrit atau tiket istimewa akan ditulis pada sekeping kertas serta diletak dalam kotak ganjaran.

2. Murid tersebut diberi peluang untuk mencabut undi dari Kotak Ganjaran.

Bagi murid-murid yang mendapat sekeping kad merah akan diberi hukuman. Cara hukuman dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Pelbagai hukuman sama ada dalam bentuk membuat latihan yang terlebih atau mendapat tiket istimewa akan ditulis pada sekeping kertas serta diletak dalam kotak hukuman.

2. Murid tersebut diberi peluang untuk mencabut undi dari Kotak Hukuman.

Langkah 4:

Penilaian

Saya akan menilai hasil keberkesanan carta ganjaran dan hukuman berdasarkan kekerapan murid-murid dalam menghantar kerja rumah pada hari yang ditetapkan melalui kaedah analisis dokumen.

Page 84: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 63-77

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

69

Langkah 5:

Mendapat maklum balas

Saya akan mendapat maklum balas daripada murid-murid selepas carta ganjaran dan hukuman digunakan sepanjang tempoh masa yang ditetapkan. Hal ini adalah supaya saya dapat menilai dengan lebih berkesan sama ada carta ganjaran dan hukuman berguna dalam menggalakkan murid-murid menghantar kerja rumah yang telah disiapkan pada masa yang ditetapkan.

Kaedah Kajian

Peserta Kajian

Dalam penyelidikan tindakan ini, murid-murid Tahun 4K telah dipilih sebagai peserta kajian saya Kumpulan sasaran untuk kajian kali ini adalah seramai 4 orang dari kelas 4K dan mereka semua adalah perempuan.Tiga orang murid daripada peserta kajian mempunyai prestasi akademik yang rendah dan seorang peserta kajian mempunyai prestasi akademik yang sederhana.

Teknik Mengumpul Data

Senarai Semak

Menurut Rosinah Edinin (2012), senarai semak telah digunakan ketika pemerhatian dan penelitian dokumen. Bagi kajian ini, saya telah menggunakan senarai semak untuk menyemak frekuensi murid-murid menghantar kerja rumah dan dianalisis dengan menggunakan frekuensi dan peratus melalui senarai semak yang disediakan. Jadual 1 menunjukkan senarai semak yang digunakan untuk menyemak kekerapan murid dalam menghantar kerja rumah.

Jadual 1

Kekerapan murid menghantar kerja rumah

Bil Responden

Kajian 1 2 3 4 5 6 Kekerapan

1 Murid A

2 Murid B

3 Murid C

4 Murid D

Page 85: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 63-77

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

71

Ujian Data Awal Pencapaian dan Ujian Data Kesan Tindakan

Dalam kaedah pengumpulan data, saya telah menggunakan kaedah Ujian Data Awal Pencapaian dan Ujian Data Kesan Tindakan sebagai dokumen primer. Hal ini adalah penting supaya saya dapat mengesankan keberkesanan carta ganjaran dan hukuman dalam meningkatkan pencapaian murid-murid. Kaedah pengumpulan data itu dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pertama sebelum penggunaan carta ganjaran dan hukuman ini dan fasa kedua selepas penggunaan carta ganjaran dan hukuman ini. Pada fasa yang pertama, saya telah menjalankan Ujian Data Awal Pencapaian selama 30 minit iaitu pada 18 Mac 2014 (Selasa)kepada semua murid Tahun 4K iaitu selepas isi pelajaran serta kerja rumah diberikan. Pada fasa kedua, saya telah menjalankan Ujian Data Kesan Tindakan selama 30 minit pada 15 April 2014 (Jumaat) iaitu tiga minggu selepas penggunaan carta ganjaran dan hukuman kepada semua murid.

Temu Bual

Bagi mengkaji keberkesanan sistem ganjaran dan hukuman dalam meningkatkan kekerapan responden menghantar kerja rumah, saya telah mengendalikan sesi temu bual tersebut dalam dua fasa, iaitu sebelum dan selepas penggunaan carta ganjaran dan hukuman ini.

Soal Selidik

Menurut Rosinah Edinin (2012), soal selidik biasanya dalam bentuk item-item soalan yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan fakta berkaitan dengan persepsi responden dalam kajian yang dijalankan. Jenis soal selidik yang akan saya gunakan adalah berdasarkan skala Gutman. Skala Gutman digunakan supaya dapat memberi respon yang tegas mengenai sesuatu isu.

Teknik Menganalisis Data

Analisis Kandungan

Analisis kandungan digunakan untuk membuat analisis bagi data temu bual. Temu bual yang dijalankan telah direkodkan dengan alat perakam dan ditranskripsi untuk memudahkan penganalisis data kemudian. Hasil analisis data temu bual telah disusun dalam bentuk jadual atau dalam petikan percakapan peserta kajian. Berikut merupakan soalan yang telah dikemukakan oleh penyelidik semasa sesi temu bual dalam mengkaji keberkesanan sistem ganjaran dan hukuman. Berikut merupakan contoh transkripsi temu bual.

Deskriptif Stastitik

Selain itu, saya juga telah menggunakan deskriptif statistik dalam penyelidikan tindakan ini. Deskriptif statistik dalam kajian ini bermaksud menganalisis corak sama ada perbezaan atau persamaan bagi data yang didapati menerusi senarai semak,ujian data awal pencapaian dan ujian data kesan tindakan serta soal selidik. Deskriptif stastitik dapat membantusaya mengenali sama ada penggunaan carta ganjaran dan hukuman berkesan atau tidak.

70

Page 86: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 63-77

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

71

Teknik Menyemak Data

Triangulasi Kaedah

Menurut Ngu (2012), triangulasi kaedah merupakan proses penyemakan data di mana ia melibatkan penggunaan pelbagai kaedah utuk menyelidik fenomena yang sama. Triangulasi kaedah dilakukan dengan membuat perbandingan antara sumber data. Perbandingan ini akan membolehkan saya menyemak kredibiliti data yang diperolehi. Antara kaedah yang tekag saya gunakan adalah senarai semak, temu bual, ujian data awal pencapaian dan ujian data kesan tindakan serta soal selidik bagi mengkaji persoalan kajian mengenai keberkesanan sistem hukuman dan ganjaran.

Triangulasi Penyeldik

Menurut Yong (2013), triangulasi penyelidik melibatkan pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama. Dalam penyelidikan tindakan ini, saya akan melibatkan rakan sepraktikum saya untuk untuk menyemak senarai semak bagi mendapat maklumat tentang penglibatan murid-murid sebelum dan semasa carta ganjaran dan hukuman dijalankan.

Triangulasi Masa

Menurut Ngu (2013), triangulasi masa merupakan proses pengumpulan data ke atas sesuatu sumber yang dilakukan dalam suatu tempoh masa yang panjang. Kajian tindakan ini telah dijalankan sepanjang tempoh masa empat bulan iaitu tiga bulan semasa praktikum III dan satu bulan internship. Selain itu, ,ujian data awal pencapaian dan ujian data kesan tindakan yang dijalankan pada masa yang berlainan.

Refleksi

Refleksi Dapatan

Sejauh manakah penggunaan sistem ganjaran dan hukuman membantu dalam meningkatkan kekerapan murid-murid dalam menghantar kerja rumah?

Selepas penggunaan carta ganjaran dan hukuman, bilangan murid yang menghantar kerja rumah telah bertambah. Merujuk kepada Jadual 2, perbandingan kekerapan dan peratus responden menghantar kerja rumah telah meningkat dengan ketara.

Page 87: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 63-77

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

72

Jadual 2 Rumusan peratus responden menghantar kerja rumah

Responden Kajian Peratus sebelum sistem ganjaran

dan hukuman (%)

Peratus selepas sistem ganjaran

dan hukuman (%)

Keadaan

Murid 1

16.67 66.67 Meningkat

Murid 2

33.33 100 Meningkat

Murid 3

0 83.33 Meningkat

Murid 4 16.67 83.33 Meningkat

Peratus bagi keempat-empat responden sebelum sistem ganjaran dan hukuman digunakan adalah lebih rendah daripada selepas penggunaan sistem ganjaran dan hukuman. Hal ini adalah kerana responden-responden mendapat motivasi dalam melaksanakan kerja rumah mereka selepas penggunaan sistem ganjaran dan hukuman.

Menurut Tobias, Ovidiu & Liu (2008), mereka telah menyatakan bahawa ganjaran dan hukuman adalah berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka berpendapat bahawa ganjaran dan hukuman yang bersesuaian dapat menghasil kesan yang dingini dengan penambahbaikkan dalam diri seseorang.

Jadual 3 Peratus bagi analisis soal selidik selepas kajian

Bil. Item Bilangan dan Peratus untuk frekuensi Ya

Bilangan dan Peratus untuk

frekuensi Tidak

1 Adakah anda sangat ingin / lebih bermotivasi dalam menyiapkan kerja rumah anda selepas carta ganjaran dan hukuman digunakan?

4

(100%)

0

(0%)

2 Adakah anda telah mengamalkan sikap untuk menghantar kerja rumah tepat pada masa yang ditetapkan selepas carta ganjaran dan hukuman digunakan?

4

(100%)

0

(0%)

Untuk menjawab soalan kajian ini, saya telah menggunakan kaedah soal selidik bagi responden saya selepas kajian dijalankan. Melalui soal selidik ini, saya telah mendapati bahawa semua responden saya adalah bersetuju bahawa mereka sekarang adalah lebih bermotivasi dalam menyiapkan kerja rumah mereka selepas penggunaan carta ganjaran dan hukuman. Mereka juga bersetuju bahawa mereka akan mengamalkan sikap menghantar kerja rumah tepat pada masa selepas kajian ini.

Page 88: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 63-77

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

73

Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah temu bual untuk menjawab persoalan kajian ini. Saya telah membuat temu bual kepada keempat-empat responden kajian ini selepas penggunaan sistem ganjaran dan hukuman. Semasa ditanya soalan berkaitan pandangan mereka terhadap carta ganjaran dan hukuman ini, mereka telah memberi respons yang positif.

Soalan 1: Apakah perasaan atau pandangan anda terhadap carta ganjaran dan hukuman ini?

Nama Responden Respons Peserta

Murid 1

Seronok.

Murid 2

Sangat comel.

Murid 3

Sangat menarik dengan ganjaran.

Murid 4 Seronok.

Soalan 2: Adakah anda lebih berkerap dalam menyiapkan tugasan Sains selepas carta ganjaran dan hukuman ini diaplikasikan? Kenapa?

Nama Responden Respons Peserta

Murid 1

Ya. Kerana saya boleh mendapat ganjaran.

Murid 2

Ya. Saya suka dengan ganjaran yang diberi.

Murid 3

Ya. Saya ingin mendapat lebih banyak kad hijau.

Murid 4 Ya. Saya tidak ingin mendapat kad merah.

Berdasarkan kesemua respon yang diberi oleh responden, data telah menunjukkan bahawa mereka berasa carta ganjaran dan hukuman ini telah berjaya dalam meningkatkan minat mereka terhadap menyiapkan tugasan Sains. Hal ini adalah kerana mereka sangat beringin untuk mendapatkan ganjaran daripada hukuman. Menurut Sheena (2005), motivasi ekstrinsik adalah saling berhubungkait dengan motivasi intrinsik. Dengan mempunyai motivasi ekstrinsik (sistem ganjaran dan hukuman) yang berterusan akan menghasilkan motivasi instrinsik (sikap yang diingini) secara tidak langsunng.

Page 89: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 63-77

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

74

Sejauh manakah keminatan murid-murid terhadap pembelajaran Sains dapat ditingkatkan?

Jadual 4 Peratus bagi analisis soal selidik selepas kajian

Bil Item Bilangan dan Peratus untuk frekuensi Ya

Bilangan dan Peratus untuk

frekuensi Tidak

3 Adakah anda lebih berminat dalam mempelajari Sains selepas penggunaan carta ganjaran dan hukuman?

4

(100%)

0

(0%)

Bagi menjawab soalan kajian ini, saya juga telah mendapat data dengan menggunakan kaedah soal selidik. Analisis data telah menunjukkan bahawa murid-murid semua bersetuju bahawa mereka telah menjadi lebih berminat dengan mata pelajaran Sains selepas penggunaan carta ganjaran dan hukuman.

Hasil analisis ini menunjukkan bahawa murid-murid telah memupuk minat terhadap mata pelajaran Sains ini selepas menggunakan carta ganjaran dan hukuman. Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Wynne & Ruth (2003), motivasi dalam akademik dapat dilaksanakan dengan menggunakan ganjaran dan hukuman. Dengan mempunyai ganjaran jikalau murid-murid sentiasa melaksanakan tugasan mereka, murid-murid akan lebih berminat dalam mempelajari mata pelajaran Sains secara tidak langsung.

Di samping itu, untuk menjawab soalan kajian ini, saya telah membuat temu bual dengan keempat-empat orang responden saya. Berikut merupakan transkripsi temu bual yang telah dijalankan untuk menjawab soalan kajian ini.

Soalan3: Adakah anda lebih suka mata pelajaran Sains selepas penggunaan carta ganjaran dan hukuman?Kenapa?

Nama Responden Respons Peserta

Murid 1

Ya. Carta ini sangat comel.

Murid 2

Ya. Saya menjadi lebih rajin dalam membuat kerja rumah.

Murid 3

Suka. Kerana dapat bersaing untuk mendapat kad hijau.

Murid 4 Oklah. Sebab ia menggalakkan saya untuk membuat kerja rumah.

Dengan merujuk kepada data yang telah dikumpul melalui temu bual ini, saya mendapati bahawa responden-responden saya adalah lebih berminat dalam mata pelajaran Sains selepas carta ganjaran dan hukuman diperkenalkan. Selain itu, murid-murid juga menjadi lebih bertanggungjawab kerana mereka akan datang berjumpa saya jikalau mereka tidak mendapat kerja rumah mereka.

Page 90: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 63-77

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

75

Sejauh manakah pencapaian murid-murid dapat ditingkatkan selepas suatu jangka masa dengan penggunaan sistem ganjaran dan hukuman?

Jadual 5 Perbandingan antara Min bagi Ujian Data Awal Pencapaian dan Ujian Data Kesan Tindakan

Merujuk kepada jadual 4, min ujian data awal pencapaian bagi keempat-empat orang responden adalah agak rendah iaitu 23.1%. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh mereka kekurangan kefahaman tentang topik yang diuji sebab mereka tidak membuat latihan atau kerja rumah yang berkaitan dengan topik tersebut. Menurut Sarah & Hannah (2002), kerja rumah telah memainkan peranan yang penting dalam guru dan murid. Kerja rumah adalah untuk murid-murid mempraktiskan ilmu pengetahuan baharu yang telah dipelajari, memberi maklum balas kepada guru berkaitkan dengan perkembangan seseorang murid dan memotivasikan murid-murid memberi perhatian dalam kelas. Oleh itu, ujian data kesan tindakan responden adalah lebih tinggi daripada ujian data awal pencapaian kerana mereka telah mengamalkan rutin untuk membuat kerja rumah atau latihan yang berkaitan dengan topik tersebut.

Jadual 6 Peratus bagi analisis soal selidik selepas kajian

Bil Item

Bilangan dan Peratus

untuk frekuensi Ya

Bilangan dan Peratus untuk

frekuensi Tidak

4 Adakah anda mendapat pencapaian yang lebih baik selepas mengamal sikap menghantar kerja rumah tepat pada masa?

4

(100%)

0

(0%)

Untuk menjawab soalan kajian ini, saya juga menggunakan kaedah soal selidik. Melalui jawapan yang didapati daripada soal selidik telah menunjukkan bahawa murid-murid adalah bersetuju bahawa dengan sentiasa membuat latihan atau kerja rumah mereka serta menghantarnya telah membantu dalam pencapaian mereka di sekolah.

Min Ujian Data Awal Pencapaian (%) Min Ujian Data Kesan Tindakan (%)

23.1 66.5

Page 91: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 63-77

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

76

Refleksi Pembelajaran Kendiri

Tanggungjawab seseorang guru Sains dalam mendidik anak murid tidak harus dipandang rendah malah harus dititikberatkan. Bagi menjayakan pendidikan mata pelajaran Sains, saya telah bercuba sedaya upaya untuk mengubahsuaikan cara pengajaran serta kawalan kelas saya. Tambahan pula, saya perlu mengikut minat murid-murid untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran seharian dijalan secara berkesan dan lancar.

Melalui kajian ini, saya menyedari tentang kepentingan amalan kerja rumah diterapkan dalam diri murid di samping untuk mendisiplinkan murid-murid supaya sentiasa mengamalkan rutin membuat serta menghantar kerja rumah mereka. Penglibatan yang aktif dalam kalangan murid dapat dipupukkan semasa kajian dijalankan untuk memastikan pencapaian murid-murid dapat ditambahbaikkan.

Melalui penyelidikan tindakan ini, saya diberi peluang untuk mempelajari cara-cara mengendalikan kajian, ,mengumpul data dan menulis laporan serta artikel untuk menjayakannya. Sebelum saya bermula menjalankan penyelidikan tindakan ini, saya berasa gelisah kerana saya mempunyai pengalaman yang cetek dalam bidang ini.

Walau bagaimanapun, selepas mengendalikan penyelidikan kajian ini, saya menjadi lebih bersemangat sama ada dalam menambahbaikkan pengajaran saya atau dalam menjalankan kajian saya. Saya sentiasa berendah diri untuk merujuk kepada pensyarah pembimbing berkaitan dengan cara serta format yang bersesuaian untuk menulis laporan saya.

Sebagai seorang penyelidik, saya turut telah belajar dan mematuhi etika penyelidikan. Jadi, sebelum saya mengendalikan penyelidikan tindakan ini, saya telah mendapat kebenaran daripada pihak-pihak berkenaan seperti guru besar sekolah yang menjalankan penyelidikan tindakan, guru kelas serta murid-murid semasa sesi pengumpulan data.

Selain itu, penyelidikan tindakan ini telah memberi inspirasi untuk saya meneruskan kajian tindakan saya pada hari kelak. Melalui penyelidikan tindakan ini, saya berasa gembira kerana telah mendapat pengalaman yang perlu dilalui oleh seorang penyelidik. Saya telah mempunyai idea berkaitan dengan cara-cara untuk menjalankan kajian yang baharu pada masa yang akan datang dan beringin-ingin untuk mencubakannya.

Cadangan Tindakan Lanjutan

Setelah menjalankan kajian tindakan ini, saya berharap pada masa depan, kejian-kajian lain yang berkaitan dengan kawalan kelas boleh dilaksanakan:

i. Menggunakan sistem ganjaran dan hukuman dalam kelas yang berlainan tahap pencapaian sama ada berpencapaian tinggi atau

sederhana.。

Page 92: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 63-77

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

76

ii. Menggunakan sistem ganjaran dan hukuman dalam kelas tahap rendah (Tahun 1 – 3) atau tahap tinggi (Tahun 4 – 6)

Page 93: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 63-77

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

77

iii. Menggunakan sistem ganjaran dan hukuman dalam kelas yang mempunyai jantina lelaki dan perempuan.

iv. Menggunakan kaedah ini untuk masalah murid sentiasa lambat ke kelas.

v. Menggunakan sistem ganjaran dan hukuman untuk masalah murid yang sentiasa membuat bising dalam kelas.

vi. Menggunakan sistem ganjaran dan hukuman untuk mengatasi masalah murid yang pasif dalam kelas

KESIMPULAN

Sistem Ganjaran dan Hukuman ini telah berjaya membantu dalam mencapai objektifnya iaitu meningkatkan meningkatkan kekerapan menghantar kerja rumah, pencapaian dan minat murid-murid saya.

RUJUKAN

Dale, H. S. (1991). Self-Efficacy and Academic Motivation. Educational Psychologist, (26) 207-231. Didapatkan daripada http://libres.uncg.edu/ir/unc g/f/D_Schunk_Self_1991.pdf

Goh, S. C. (2005) Classroom Management. Singapore: Prentice Hall. Hii, Y. C. (2012) Meningkatkan Pembelajaran Sains Murid-murid Tahun Empat

Melalui Kawalan Kelas dengan Kaedah Sistem Ganjaran. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Ngu, M. K. (2012). Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Kaedah Ganjaran dan Hukuman untuk Murid-murid Tahun 3. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y. & Sharfah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Muriddan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Oxford FajarSdn. Bhd.

Sarah, N. & Hannah. (2002, April 2). Homework: re-examiningthe routine. P. ELT Journal Vol. 56. Didapatkan daripada http://203.72.145.166/elt/files/56-2-3.pdf

Tobias, W., Ovidiu, V. L. & Liu, T. (2009, January 14).Differential Effect of Reward and Punishment on Procedural Learning. The Journal of Neuroscience, 29(2): 436-443. Didapatkan daripada http://www.jneurosci.org/content/29/2/436.full

Wynne, H. & Ruth, D. C. (2003) Testing and Motivation for Learning. Assessment in Education, 10(2). Didapatkan daripada http://webcache.googleusercontent \.com/search?q=cache:http://web.iaincirebon.ac.id/ebook/indrya/Assesmen/efecto%2520ev.pdf

Page 94: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 78-91

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

78

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN i-THINK DALAM MENINGKATKAN MINAT, DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

MURID TAHUN LIMA DI KUCHING

Chua Ee Wang

[email protected]

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Peta Pemikiran Buih dalam meningkatkan minat, daya ingatan dan kefahaman murid-murid dalam tajuk Kemandirian Spesies dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam Sains. Responden dalam kajian ini terdiri daripada lima orang murid dari kelas Tahun lima di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kuching. Mereka adalah murid yang berada dalam tahap sederhana dan lemah bagi mata pelajaran Sains dalam ujian diagnostik. Kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual, ujian kesan tindakan dan hasil kerja murid digunakan untuk mengumpul data tentang kajian tindakan ini. Data yang dikumpul dianalisis melalui analisis deskriptif statistik dan analisis kandungan. Saya telah menggunakan triangulasi kaedah, triangulasi penyelidik dan triangulasi masa dalam proses penyemakan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan Peta Pemikiran Buih berjaya meningkatkan minat, daya ingatan dan kefahaman dalam mata pelajaran Sains. Implikasi dapatan kajian harus diperluaskan penggunaannya supaya dijadikan rujukan dalam kalangan para guru Sains.

Kata kunci: Peta Pemikiran Buih, minat, daya ingatan, kefahaman

Abstract

The research was conducted to investigate the effect of the bubble thinking map on the interest, retention and understanding of pupils in learning the topic of Survival of The Species as well as to improve their performance in Science. The participants of this research consisted of five Year five students from a primary school in Kuching. The participants were chosen because they are from the lower and middle level in the diagnostic test. Observation, surveys, interviews, document analysis were used in collecting data. The data was then analyzed using descriptive statistical analysis and content analysis method. I also used triangulation of method, researcher and time in checking data. The results showed that the use of the bubble thinking map had managed to increase the interest, retention, and understanding of participants in the learning of Science, thus also improving students’ performance in the Science subject. The implication of result should become the reference for all Science teachers in their teaching methods.

Keywords: Bubble Thinking map, interest, retention, understanding

Page 95: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 78-91

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

82

Pengenalan Konteks

Berdasarkan pengalaman pengajaran dalam Praktikum Fasa II, saya mendapati murid-murid kurang memberi tumpuan dan agak pasif dalam melibatkan diri semasa saya memberi penerangan di depan kelas.Saya telah cuba menggunakan LCD dan video klip dalam pengajaran saya. Namun, saya mendapati tumpuan murid-murid tidak dapat dikekalkan lama. Untuk mengatasi masalah itu, saya telah menggunakan pelbagai cara untuk menarik minat murid terhadap pengajaran saya. Kaedah hukuman dan ganjaran telah digunakan tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Selain berbincang dengan guru pembimbing, saya telah mencari banyak maklumat dari laman web tentang cara meningkatkan kaedah penglibatan murid dalam pengajaran Sains. Dalam proses mencari maklumat itu, saya mendapati bahawa kaedah penggunaan peta pemikiran merupakan sesuatu kaedah yang berguna dan telah banyak penyelidikan telah membuktikan bahawa ia dapat meningkatkan penglibatan dan akhirnya pencapaian murid. Menurut Yusup Hasim (1998), pengajaran berasaskan buku teks hanya mampu mempersembahkan simbol pandang, iaitu sesuatu dalam bentuk abstrak. Murid-murid seharusnya mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) supaya mereka bersifat proaktif. Proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperoleh dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Isu Keprihatinan

Bagi Praktikum Fasa III ini, saya telah mengajar bidang menyiasat benda hidup yang bertajuk “Kemandirian Spesies”. Maka saya telah mengambil peluang ini untuk menjalankan tinjaun awal terhadap responden saya melalui teknik soal selidik, ujian awal pencapaian dan temu duga.Jadual 1 dan 2 menunjukkan analisis respon murid terhadap item yang terdapat dalam borang soal selidik.

Jadual 1 Analisis respon murid terhadap item 1 Item 1: Adakah anda berminat untuk mempelajari mata pelajaran Sains?

Respon Murid Kekerapan Peratusan (%) Ya 21 61.7

Tidak 13 38.3

Jadual 2 Analisis sebab murid tidak berminat untuk mempelajari Sains terhadap item 1 Item 1: Jika “Tidak”, apakah faktor utama yang menyebabkan anda tidak berminat untuk mempelajari mata pelajaran Sains?

Respon Murid (Sebab utama) Kekerapan Peratusan (%) Banyak maklumat perlu dihafal dan diingat 5 38.4 Membosankan 6 46.2 Tidak suka membuat latihan Sains 2 15.4 Tidak suka guru Sains 0 0.0 Cara guru mengajar kurang sesuai 0 0.0 Guru memberi kerja yang banyak 0 0.0 Keadaan kelas tidak selesa 0 0.0 Lain-lain 0 0.0

79

Page 96: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 78-91

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

82

Jadual 1 menunjukkan 21 (61.7%) orang murid menyatakan bahawa mereka berminat dalam mempelajari Sains, manakala 13 (38.3%) orang murid dalam kelas Tahun lima menyatakan mereka tidak berminat dalam mempelajari Sains.Melalui hasil analisis item 1 iaitu faktor utama murid tidak berminat dalam mempelajari Sains dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa 6 (46.2%) orang murid berpunca daripada kebosanan. Merujuk kepada Jadual 2, faktor kedua yang menyebabkan murid tidak berminat dalam mempelajari Sains adalah kerana banyak maklumat dalam mata pelajaran Sains perlu dihafal dan diingat, seramai 5 (38.4%) orang murid berpendapat sedemikian. Faktor ketiga yang menyebabkan murid-murid tidak berminat mempelajari Sains adalah tidak suka membuat latihan Sains iaitu 2 (15.4%) orang murid.Jadual 3 menunjukkan jenis pola dan kategori bagi setiap faktor yang disenaraikan. Jadual 4 menunjukkan analisis faktor berdasarkan kategori dan pola. Jadual 3 Pola dan kategori faktor-faktor murid tidak berminat mempelajari Sains

Sebab-sebab Kategori

Banyak maklumat perlu dihafal dan diingat Kaedah pengajaran dan pembelajaran Membosankan Kaedah pengajaran dan pembelajaran Tidak suka membuat latihan Sains Personaliti murid Tidak suka guru Sains Personaliti guru Cara guru mengajar kurang sesuai Kaedah pengajaran dan pembelajaran Guru memberi kerja yang banyak Kaedah pengajaran dan pembelajaran Keadaan kelas tidak selesa Persekitaran

Jadual 4 Analisis faktor berdasarkan kategori dan pola

Kategori Pola Peratusan (%)

Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Personaliti guru

Faktor guru 84.6

Personaliti murid Faktor murid 15.4 Persekitaran Faktor persekitaran 0.0

Merujuk kepada Jadual 3 dan Jadual 4, didapati faktor guru merupakan faktor

utama yang menyebabkan murid-murid tidak berminat untuk mempelajari Sains iaitu seramai 11 (84.6%) orang murid. Manakala, faktor murid seperti murid tidak suka membuat latihan pula menjadi faktor kedua yang menyebabkan mereka tidak berminat untuk mempelajari Sains, iaitu sebanyak 2 (15.4%) orang murid.

Untuk meninjau masalah mengenai murid tidak dapat mengingat fakta-fakta

Sains, saya telah menganalisis data soalan 2(a) dan soalan 2(b) dalamBahagian B bagi ujian data awal pencapaian untuk kelas Tahun lima.Jadual 5 menunjukkan bahawa kurang daripada 50% murid-murid Tahun limaberjaya menjawab soalan 2(a) dan soalan 2(b) dengan betul. Melalui analisis itu, hanya 15 (44.11%) orang murid dapat menjawab soalan 2(a) manakala hanya 12 (35.40%)orang murid dapat menjawab soalan 2(b) dengan betul.

80

Page 97: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 78-91

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

82

Jadual 5 Analisis peratusan murid menjawab soalan 2(a) dan soalan 2(b) dalam bahagian B dengan betul bagi ujian data awal pencapaian

Soalan Menjawab betul Menjawab salah Bilangan Peratusan (%) Bilangan Peratusan (%)

2 (a) 15 44.11 19 55.89 2 (b) 12 35.30 22 64.70

Berdasarkan Rajah 1, jelas menunjukkan bahawa sesetengah murid tidak

dapat menjawab soalan 2(a) dan soalan 2(b). Mereka hanya membiarkan ruang jawapan kosong sahaja.

Rajah 1.Kertasujianawalpencapaian murid Tahunlima

Kaedah temu duga dijalankan untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan kefahaman murid-murid terhadap konsep Sains. Jadual 6 merupakan transkrip temu bual antara guru dengan lima orang murid. Jadual 6 Temu bual antara guru dengan murid mengenai kefahaman terhadap konsep Sains

Guru Apakah sebab anda tidak dapat menjawab sesetengah soalan dalam ujian itu?

Murid A Sebab tidak tahu jawapan Murid B Susah. Tidak belajar bersungguh-sungguh Murid C Tidak faham apa yang ditanya oleh soalan dan keliru dengan

jawapan yang perlu ditulis Murid D Sangat susah. Tidak hafal semua Murid E Keliru dengan mana satu jawapan yang perlu ditulis

Transkrip temu bual telah dikategorikan dan dikodkan mengikut tema-tema

tertentu. Jadual 7 merupakan tema-tema yang diperoleh hasil analisis temu bual guru dengan murid berkaitan dengan sebab tidak dapat menjawab soalan dalam ujian awal pencapaian dandata yang telah dikategorikan dan dikodkan akan dimasukkan ke dalam jadual 7.

81

Page 98: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 78-91

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

82

Jadual 7 Analisis data yang dikategori dan dikodkan

Tema Frekuensi Peratus (%)

Soalan Susah(SS) 1 20 Keliru / Tidak faham (KL) 2 40 Tidak Belajar bersungguh-sungguh (TB)

1 20

Tidak hafal fakta (TH) 1 20 Tidak membuat ulang kaji (UK) 0 0

Berdasarkan analisis data temu bual dalam Jadual 7, 2 (40%) orang murid

daripada kelima orang peserta kajian ini mengalami kekeliruan terhadap konsep Sains. Mereka semata-mata mengingat semua maklumat yang disampaikan oleh guru di dalam kelas tanpa memahaminya. Dengan itu, saya boleh membuat kesimpulan bahawa murid-murid Tahun lima mempunyai kefahaman yang rendah terhadap tajuk “Kemandirian Spesies”.

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan minatmurid-murid Tahun lima terhadap pembelajaran Sains di samping meningkatkan daya ingatan dan kefahaman terhadap fakta dan konsep Sains dengan menggunakan Peta Pemikiran Buih.

Soalan Kajian

Kajian ini membantu dalam menjawab soalan-soalan seperti berikut: 1. Sejauh manakah kaedah penggunaan Peta Pemikiran Buih dapat menarik

minat murid-murid Tahun Lima terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains?

2. Sejauh manakah penggunaan Peta Pemikiran Buih dapat membantu murid-murid Tahun Lima meningkatkan daya ingatan terhadap tajuk Kemandirian Spesies?

3. Sejauh manakah penggunaan Peta Pemikiran Buih dapat meningkatkan kefahaman murid-murid Tahun Lima terhadap konsep Sains?

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Perancangan Tindakan Saya memulakan kajian dengan menggunakan model kajian yang telah

dijalankan oleh Kurt Lewin (1948) melalui buku Rosinah Edinin(2011). Dalam kajian Lewin, terdapat empat langkah yang terlibat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleks. Tinjauan awal telah dijalankan untuk mengumpul data tentang masalah yang dihadapi oleh kumpulan sasaran saya.Walau bagaimanapun, masalah ini telah saya kenal pasti semasa praktikum fasa satu dan fasa dua.Selepas saya mereflek dan mengenal pasti masalah yang timbul dalam kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah memulakan kajian ini dengan melaksanakan gelung yang pertama iaitu fasa merancang. Penyelidikan tindakan ini dijalankan pada sesi waktu pengajaran dan pembelajaran iaitu pada waktu kelas moral dan juga waktu rehat. Tempoh

Page 99: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 78-91

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

84

pelaksanaan penyelidikan tindakan ini adalah selama 18 hari, iaitu dari 10 Februari 2014 hingga 28 Februari 2014. Bilik Sains menjadi tempat melaksanakan penyelidikan tindakan saya. Dalam kajian ini, tajuk yang diberi fokus adalah “Kemandirian Spesies” yang terkandung dalam mata pelajaran Sains Tahun 5.

Fokus utama saya dalam fasa merancang ini ialah merancang teknik dan

strategi yang terbaik untuk mengatasi masalah murid yang kurang faham dan mudah keliru dengan konsep-konsep Sains. Dalam masa yang sama juga, saya juga berfokus kepada teknik pengajaran yang sesuai untuk membantu murid meningkatkan daya ingatan mereka terhadap fakta Sains. Setelah saya merancang semua proses yang diperlukan, saya meneruskan ke fasa bertindak. Dalam fasa ini, saya melaksanakan semua prosedur yang telah dirancang.

Pelaksanaan Tindakan

Penyelidikan tindakan ini bermula pada 10 Februari 2014 hingga 28 Februari 2014. Sebelum itu, saya telah mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran tentang tajuk “Kemandirian Spesies” dengan menggunakan kaedah penggunaan LCD dan kaedah aktiviti kumpulan. Kemudian, tinjauan awal seperti soal selidik, ujian data pencapaian awal dan temu bual telah dijalankan ke atas lima orang peserta kajian tersebut. Selepas saya menyemak dan menganalisis kertas soalan ujian itu, saya telah menggunakan Peta Pemikiran Buih untuk mengajar semula topik yang sama untuk meninjau keberkesanan penggunaan Peta Pemikiran Buih dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Murid-murid diberi peluang untuk melukis Peta Pemikiran Buih sendiri dalam fasa aplikasi idea. Pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Peta Pemikiran Buih ini dijalankan sebanyak tiga kali di mana kali pertama adalah tajuk Kemandirian Spesies Haiwan, Kemandirian Spesies Tumbuhan dan ulangkaji Peta Pemikiran yang dilukis.

Kaedah Kajian

Peserta Kajian Kajian ini melibatkan murid-murid Tahun lima di sebuah sekolah rendah

kebangsaan di Kuching. Sekolah ini hanya mempunyai satu kelas untuk Tahun Lima. Jadi, saya telah memilih lima orang murid dari kelas ini sebagai peserta kajian saya. Kelima-lima orang murid tersebut dipilih kerana mempunyai pencapaian yang sederhana dan rendah di mana mereka mendapat markah dalam lingkungan antara 30 hingga 60 markah dalam ujian awal pencapaian. Daripada lima orang peserta ini, ada dua orang peserta kajian adalah perempuan dan tiga orang adalah lelaki. Dalam kajian ini, saya akan menamakan lima orang murid tersebut seperti Murid A, Murid B, Murid C, Murid D dan Murid E. Etika Penyelidikan

Sebelum menjalankan kajian tersebut, saya telah memaklumkan kepada peserta kajian bahawa mereka telah dipilih sebagai peserta dalam penyelidikan tindakan saya. Mereka juga diberitahu bahawa mereka akan dilibatkan dalam penyelidikan tindakan tersebut sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Selain itu, saya juga telah mendapatkan kebenaran secara lisan daripada responden kajian sebelum mengambil gambar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

83

Page 100: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 78-91

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

84

Teknik Mengumpul Data Ujian Data Awal Pencapaian dan Ujian Data Kesan Tindakan

Dalam kajian ini, ujian telah diberi kepada peserta kajian untuk mengesan daya ingatan dan kefahaman murid-murid Tahun 5 terhadap fakta-fakta serta konsep dalam tajuk ini. Ujian kesan ditindakanakan diberi kepada peserta kajian selepas PetaPemikiran Buih dijalankan sebanyak tiga kali. Ujian ini adalah bertujuan mengesan peningkatan daya ingatan dan kefahaman peserta kajian terhadap tajuk “Kemandirian Spesies”. Dalam kedua-dua ujian ini, ia mengandungi soalan yang menguji fakta Sains dan kefahaman.Format ujian kesan tindakan adalah hampiran sama dengan ujian awal pencapaian iaitu mengandungi soalan objektif dan soalan subjektif.

Soal Selidik

Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data bagi aspek minat murid terhadap pengajaran guru dalam pembelajaran Sains dan daya ingatan murid terhadap fakta-fakta Sains.Jenis soalan tertutup digunakan dalam soal selidik ini, iaitu Skala Likert. Skala yang digunakan adalah terdiri daripada 1 hingga 5. Skala 1 merujuk kepada sangat tidak setuju, skala 2 menunjukkan tidak setuju, skala 3 menujukkan kepada kurang setuju, skala 4 merujuk kepada setuju dan skala 5 merujuk kepada sangat setuju.Borang soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A adalah mengandungi item yang berkaitan dengan minat murid dalam pembelajaran Sains, manakala bahagian B pula adalah item yang mengandungi kebolehan penggunaanPeta Pemikiran Buih dalam meningkatkan daya ingatan peserta kajian.

Temu bual

Kaedah temu bual separa struktur digunakan mengumpulkan data bagi aspek minat murid terhadap pengajaran guru, daya ingatan peserta kajian terhadap fakta-fakta Sains dan kefahaman peserta kajian terhadap konsep Sains. Beberapa soalan yang ditanya berkenaan dengan minat, daya ingatan dan kefahaman peserta kajian seperti dalam lampiran I. Sesi temu bual ini akan dijalankan selepas ujian kesan tindakan. Saya akan mencatat respon mereka semasa menjalankan temu bual. Video rekod juga akan diambil sepanjang menjalankan temu bual ini. Pemerhatian

Pemerhatian digunakan untuk mengumpul data mengenai minat murid dalam pembelajaran Sains. Dengan itu, saya telah menggunakan borang senarai semak sebagai instrumen untuk mencatat maklumat yang dilihat. Item-item yang terdapat dalam borang senarai semak adalah mengenai isu minat murid dalam pembelajaran. Saya sendiri akan memainkan peranan sebagai pemerhati di mana saya akan melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Saya juga meminta rakan sebaya saya untuk membuat pemerhatian dengan menggunakan borang senarai semak. Hal ini adalah untuk meningkatkan kebolehpercayaan data yang dikutip melalui instrumen tersebut.

Hasil Kerja Murid (Peta Pemikiran Buih)

Peta Pemikiran Buih yang dilukis oleh peserta kajian merupakan salah satu instrumen yang digunakan untuk meninjau kefahaman terhadap konsep Sains selepas sesi pengajaran. Saya telah menyediakan satu senarai semakuntuk memastikan peserta kajian menyusun dan menghubungkaitkan konsep yang

Page 101: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 78-91

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

85

disampaikan adalah betul. Terdapat beberapa syarat yang perlu dilakukan untuk menunjukkan peserta kajian telah memahami isi pelajaran yang diajar. Teknik Menganalisis Data Analisis Deskriptif Statistik

Teknik tersebut digunakan untuk menganalisis data kuantitatif, seperti data yang dikumpul melalui kaedah soal selidik, di mana min bagi setiap item telah dikirakan. Skop min yang kurang daripada 4.0 bermaksud responden kurang setuju dengan penyataan yang dinyatakan. Selain itu, teknik menganalisis data tersebut juga digunakan semasa menjalankan pemerhatian. Pemerhatian dijalankan ke atas responden dengan berpandukan kepada senarai semak yang disediakan. Data yang diperoleh akan dianalisis dengan pengiraan min bagi setiap item yang terdapat dalam borang senarai semak yang telah disediakan.Ujian data awal pencapaian dan ujian data kesan tindakan juga dianalisi secara deskriptif. Jumlah soalan yang menguji daya ingatan dan kefahaman yang dijawab betul bagi setiap peserta kajian dalam ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan telah dicatat. Perbandingan peratusan bagi soalan yang dijawab betul daripada semua peserta kajian juga dicatat dalam jadual dan dipersembahkan dalam bentukgraf.

Analisis Kandungan

Temu bual yang dijalankan akan dianalisis secara kualitatif. Transkrip temu bual akan dibaca dengan teliti dan mengekodkan aspek-aspek yang penting berdasarkan tema atau kategori yang sesuai. Selepas itu, saya akan menyemak semula tema-tema yang dibuat dan jika perlu membahagikan kepada beberapa kategori yang tertentu. Respon peserta kajian akan dicatat dalam jadual berdasarkan tema dan kategori yang dinyatakan.Saya juga telah menganalisis kandungan fotografi yang telah saya rakam semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hasil kerja murid juga dianalisis secara kualitatif.Melalui Peta Pemikiran Buih yang dilukis ini, ia membolehkan saya untuk melihat kebolehan peserta kajianmenghubungkaitkan beberapa konsep yang telah dipelajari selepas pengajaran.

Teknik Menyemak Data

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan triangulasi data untuk meningkatkan keesahan dan kebolehpercayaan data kuanlitatif. Saya akan mengumpul data dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi menjawab setiap persoalan kajian saya iaitu kaedah soal selidik, temu bual, pemerhatian, ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakansertahasil kerja murid.

Saya juga telah menggunakan triangulasi penyelidik yang melibatkan rakan sepraktikum saya, di mana saya telah meminta bantuan beliau untuk membuat pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Maklum balas daripada rakan saya tersebut telah membantu meningkatkan kebolehpercayaan data yang telah saya kumpulkan, terutamanya data maklum balas dalam borang senarai semak, di mana min telah dikirakan untuk mengambil kira data maklum balas yang telah saya isi sendiri dan oleh rakan saya.

Page 102: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 78-91

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

87

Refleksi

Refleksi Dapatan

Sejauh manakah kaedah penggunaan Peta Pemikiran Buih dapat menarik minat murid-murid Tahun Lima terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains? Berdasarkan Jadual 8, didapati bahawa nilai min bagi semua item dalam

borang senarai semak adalah 4.0 atau melebihi 4.0. Contohnya, nilai min bagi item 3iaitu murid menunjukkan minat yang tinggi terhadap aktiviti yang sedang dilakukan. Ini menunjukkan bahawa murid-murid mempunyai minat yang tinggi terhadap aktiviti yang sedang dilakukan. Begitu juga dengan item 5 dengan nilai min 5.0 juga menunjukkan bahawa murid-murid berasa seronok dan menikmati penggunaan Peta Pemikiran Buih semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains.

Jadual 8 Nilai min bagi item borang senarai semak

Bil. Item Nilai Min

1. Murid-murid menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap aktiviti (melukis Peta Pemikiran Buih) yang dijalankan.

4.3

2. Murid menunjukkan daya usaha dalam melakukan aktiviti yang dijalankan.

4.0

3. Murid menunjukkan minat yang tinggi terhadap aktiviti yang sedang dilakukan

4.3

4. Murid menanya soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran 4.0 5. Murid menunjukkan seronok dan menikmati semasa

menjalankan aktiviti (Peta Pemikiran Buih). 5.0

Rajah 2 merupakan gambar-gambar menyokong data yang diperoleh daripada

borang senarai semak, di mana ia mengambarkan tingkah laku murid semasa menjalani aktiviti tersebut. Gambar-gambar tersebut menunjukkan bahawa responden menunjukkan minat yang tinggi dan berasa seronok dalam aktiviti yang dijalankan. Mereka memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya semasa menghasilkan peta pemikiran masing-masing.

Rajah 2. Gambar dirakam ketika menjalani aktiviti Peta Pemikiran Buih Temu bual yang dijalankan dengan lima responden juga menunjukkan bahawa

penggunaan Peta Pemikiran Buih dapat menarik minat mereka terhadap pembelajaran Sains. Respon peserta kajian telah dikelaskan untuk menentukan kategori-kategori tertentu dalam Rajah 3.

86

Page 103: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 78-91

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

87

Rajah 3.Pengelasan transkrip temu bual bagi penggunaan peta pemikiran

Merujuk kepada Rajah 3, didapati bahawa murid telah memberi respon postif

seperti suka aktiviti penggunaan Peta Pemikiran Buih, berasa soronok dan gembira semasa menjalankan aktiviti itu.Respon ini menunjukkan bahawa murid-murid berminat dalam pembelajaran Sains.

Soal selidik juga dijalankan untuk menjawab persoalan kajian pertama.

Berdasarkan kepada Jadual 9, nilai min bagi setiap item dalam borang soal selidik adalah melebihi 4.0. Hal ini menunjukkan responden amat bersetuju dengan penggunaan Peta Pemikiran Buih dalam pembelajaran Sains. Skop min yang tertinggi bagi item dalam soal selidik ini adalah 4.8 iaitu item yang menyatakan bahawa penggunaan Peta Pemikiran Buih dapat menarik minat saya untuk mengikut pengajaran dan pembelajaran. Jadual 9 Pengiraan min bagi setiap item soal selidik tentang minat responden

Bil Item Soalan Min

1. Pengajaran menggunakan Peta Pemikiran Buih menyebabkan saya lebih ingin belajar Sains

4.4

2. Pengajaran menggunakan Peta Pemikiran Buih amat seronok. 4.6 3. Saya suka mengikuti kelas Sains yang menggunakan Peta

Pemikiran Buih. 4.8

4. Penggunaan Peta Pemikiran Buih dapat menarik minat saya untuk mengikut pengajaran dan pembelajaran.

4.2

Sejauh manakah penggunaan Peta Pemikiran Buih dapat membantu murid-murid Tahun lima meningkatkan daya ingatan terhadap fakta-fakta Sains? Rajah 4 menunjukkan dengan jelas bahawa peningkatan peratusan menjawab

betul bagi soalan menguji daya ingatan dalam ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan iaitu meningkat sebanyak 100.0%.Peratusan menjawab soalan menguji daya ingatan telah meningkat dari 10.0% kepada 85.0%.Menurut Mansor & Makkrof (2008), penggunaan peta minda dalam pembelajaran membolehkan murid-

Page 104: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 78-91

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

88

0

20

40

60

80

100

120

Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E

Pera

tusan

Murid

Perbandingan Peratusan Menjawab Betul Bagi Soalan Menguji Daya Ingatan

Ujian awal pencapaian

Ujian kesan tindakan

murid mencatat nota atau membentuk gambaran mental yang lengkap daripada perkara yang didengar, dilihat atau dibaca dan apa yang sedang difikirkan.

Rajah 4. Perbandingan peratusan menjawab betul bagi soalan menguji daya ingatan dalam ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan

Dapatan ini juga disokong dengan data yang dikumpul melalui temu bual.

Rajah 5 merupakan respon yang diberi oleh murid semasa menjalankan temu bual.

Rajah 5. Sedutan transkripsi temu bual yang dijalankan dengan responden

Merujuk kepada Rajah 5, murid D memberi pendapat bahawa kata kunci yang

ditulis dalam Peta Pemikiran Buih telah membantu mereka mengingat fakta Sains. Hal ini disokong dengan Mansor & Makkrof (2008), penggunaan peta minda dalam pembelajaran membolehkan murid-murid mencatat nota atau membentuk gambaran mental yang lengkap daripada perkara yang didengar,dilihat atau dibaca dan apa yang sedang difikirkan.Oleh itu, ia telah menunjukkan bahawa Peta Pemikiran Buih amat berkesan dalam membantu murid-murid mengingat fakta Sains.

Soal selidik telah dilakukan untuk menyokong hasil dapatan temu bual dalam

menjawab soalan kajian kedua iaitu penggunaan Peta Pemikiran Buih untuk membantu meningkatkan daya ingatan murid terhadap fakta-fakta Sains. Merujuk kepada Jadual 10, didapati bahawa murid-murid amat bersetuju bahawa penggunaan peta pemikiran telah banyak membantu mereka dalam mengingat fakta-fakta Sains. Seperti contohnya, nilai min bagi item soalan yang kedua iaitu penggunaan Peta Pemikiran Buih membantu dalam mengekalkan fakta Sains dalam ingatan dengan lama telah mendapatkan adalah 4.8. Hal ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid amat bersetuju bahawa Peta Pemikiran Buih amat berkesan dalam membantu mengingat fakta Sains.

Page 105: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 78-91

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

91

Jadual 10 Pengiraan min bagi setiap item soal selidik tentang peningkatan daya ingatan

Bil Item Soalan Min

1. Pengajaran menggunakan Peta Pemikiran Buih membantu saya mengingat fakta-fakta Sains.

4.6

2. Penggunaan Peta Pemikiran Buih membantu saya mengekalkan fakta Sains dalam ingatan dengan lama

4.8

3. Penggunaan Peta Pemikiran Buih telah menjimatkan masa saya semasa membuat ulang kaji.

4.6

Sejauh manakah penggunaan Peta Pemikiran Buih dapat meningkatkan kefahaman murid-murid Tahun lima terhadap konsep Sains? Jadual 11, didapati bahawa min peratusan menjawab dengan betul bagi

soalan meguji kefahaman dalam ujian kesan tindakan telah meningkat dari 28.6% kepada 71.4%. Hasil dapatan kajian saya telah disokong oleh Aminordin bin Che Lah (2009), yang menyatakan bahawa penggunaan grafik banyak membantu pemahaman bagi pengajaran berbentuk abstrak yang sukar difahami oleh pelajar, konsep yang tidak dapat diterangkan degan teks, tajuk yang sukar dan memudahkan proses ingat kembali.

Jadual 11 Perbandingan min peratusan antara ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan bagi soalan yang menguji kefahaman

Ujian Min Peratusan

Kefahaman

Ujian awal pencapaian 28.6 Ujian kesan tindakan 71.4

Dapatan yang dikumpul melalui temu bual juga digunakan untuk menjawab

persoalan kajian ketiga iaitu penggunaan Peta Pemikiran Buih dalam meningkatkan kefahaman dalam konsep Sains. Rajah 6 merupakan respon peserta kajian telah dikelaskan untuk menentukan kategori-kategori tertentu.

Rajah 6.Pengelasan transkrip temu bual bagi penggunaan peta pemikiran

89

Page 106: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 78-91

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

91

Merujuk kepada Rajah 6, respon yang diberi oleh murid-murid adalah positif iaitu Peta Pemikiran Buih dapat membantu dalam memahami konsep yang diajar, dapat membantu menghubungkaitkan konsep baru dan lam dan dapat menjawab soalan dengan betul. Kesemua respon ini adalah dalam kategori murid memahami isi pelajaran. Dengan itu, ia boleh dikatakan Peta Pemikiran Buih amat berkesan dalam membantu murid-murid memahami konsep Sains.

Selain itu, hasil kerja murid juga digunakan untuk menjawab persoalan kajian

yang ketiga. Jadual 12 merupakan borang senarai semak semasa saya menyemak hasil kerja murid dan Rajah 7 merupakan contoh hasil kerja murid (Peta Pemikiran Buih) yang dilakukan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 7.Hasil kerja murid terhadap tajuk “Kemandirian Spesies”

Jadual 12 Borang panduan menyemak Peta Pemikiran Buih Bil Item Peta Pemikiran Buih Murid

A B C D E

1. Topik utama ditulis di bahagian tengah. √ √ √ √ √ 2. Beberapa fakta Sains ditulis di

sekeliling topik utama. √ √ √ √ √

3. Fakta Sains yang di sekeliling akan disambungkan dengan topik utama menggunakan garis.

√ √ √ √ √

4. Boleh gunakan anak panah, simbol atau garisan yang dapat menunjukkan pertalian antara fakta Sains.

√ √ √ √ √

Merujuk kepada Rajah 7, ia boleh dilihat dengan jelas Peta PemikiranBuih

yang dilukis oleh murid dapat memenuhi setiap item-item yang dinyatakan dalam Jadual 12. Perkara ini telah menunjukkan bahawa murid-murid mempunyai pemahaman yang tinggi dan gambaran yang cukup luas terhadap topik yang diajar. Dengan itu, ia boleh membuat kesimpulan bahawa Peta Pemikiran amat berkesan membantu murid-murid untuk memahami konsep Sains Refleksi Penilaian Tindakan

Penggunaan peta pemikiran membantu dalam meningkatkan minat, daya ingatan dan kefahaman dalam pembelajaran Sains. Selain itu, penyelidikan tindakan ini juga memberi peluang kepada saya untuk mencuba sesuatu kaedah pengajaran yang baru selain daripada menggunakan kaedah tradisional. Manakala, kelemahan yang didapati semasa penggunaan peta pemikiran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sains adalah tempoh pelaksanaan terlalu singkat.

90

Page 107: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 78-91

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

91

Refleksi Pembelajaran Kendiri Sebagai seorang bakal guru, saya sedar bahawa seseorang guru perlu kreatif

dalam pengajaran dan pembelajaran supaya berkesan dan bermakna. Saya juga diingati sentiasa mengambil inisiatif untuk memajukan diri mereka dengan pelbagai kaedah mengajar agar tidak ditinggalkan oleh arus pemodenan. Selain itu, kajian ini membolehkan saya menjadi lebih peka dengan masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya. Di samping itu, saya juga sedar bahawa sebagai guru perlu mempunyai persediaan sepenuhnya kerana skop pendidikan adalah amat luas dan sentiasa berlaku perubahan. Cadangan Kajian Seterusnya

Saya bercadang supaya beberapa kitaran kajian intervensi yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan peta pemikiran dalam meningkatkan minat, daya ingatan dan kefahaman responden dalam tajuk yang lain. Masa untuk pelaksanaan aktiviti ini boleh dipanjangkan untuk memastikan semua murid dapat membiasakan diri membuat nota dengan menggunakan peta pemikiran. Saya boleh memperkenalkan pelbagai jenis peta pemikiran kepada murid-murid selain daripada peta buih sahaja. Kaedah lain juga didedahkan apabila murid-murid menggunakan peta pemikiran ini. Sebagai contohnya, kaedah kooperatif boleh digunakan bersama dengan peta pemikiran.

Rujukan

Aminordin bin Che Lah. (2009). Grafik dalam Pembelajaran. Dimuat turun 16 March, 2014 daripada http://kedah.edu.my/sahc/esei_karya/Microsoft%20Word%20% 20Grafik%20Dalam%20Pembelajaran.pdf

Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi II: Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Leahey, T. & Harris, R. (1997). Learning dan cognition. New Jersey: Prentice Hall. Mansor dan makkrof. (2008). Kesan teknik peta minda dalam mencatat nota

terhadap guru conversion sains. Wacanan intelektual XIV IPRM kampus perempuan melayu

Poh Swee Hiang. (2008). Pedagogy of Science (Volume 1) KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Saifuddin Kumar Abdullah. (2009). Keberkesanan Penggunaan “My Aura Map” Untuk Membantu Pelajar Semester 1 Memahami dan Mengingati Istilah-Istilah Dalam Mata Pelajaran Pengajian Perniagaan. Dimuat turun 16 March, 2014 daripada http://politeknik.gov.my/webjpp2/penyelidikan/paper/files/My% 20Aura%20Map.pdf

Smith, E., Blakeslee, T., & Anderson, C. (1993). Teaching Strategies associated with conceptual change leraning in science. Journal of Research in Science Teaching, 30(2), 111-126

Yusuh Hasim. (1998). Peta minda itu Penting. Dimuat turun daripada http://www.cikgukaunseling.com/2012/06/peta-minda-itupenting.html

Page 108: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 92-107

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

92

KEBERKESANAN KAEDAH BERMAIN SAMBIL BELAJAR TERHADAP MINAT, PENGLIBATAN DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN LIMA DALAM SAINS

DI KUCHING

Tang Kho Lee

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan kaedah bermain sambil belajar ke atas minat, penglibatan dan kefahaman murid-murid dalam pembelajaran sains. Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid Tahun 5 Hijau dari sebuah sekolah kebangsaan di Kuching. Kaedah temu bual, soal selidik, pemerhatian dan analisis dokumen digunakan untuk mengumpul data kajian tentang kesan tindakan. Data yang dikumpul dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Penyemakan data dilakukan dengan menggunakan triangulasi data untuk meningkatkan kesahan hasil dapatan dan keputusan kajian. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan kaedah bermain sambil belajar boleh meningkatkan minat, penglibatan dan kefahaman murid-murid. Kaedah bermain sambil belajar akan terus digunakan dalam pengajaran sains pada masa yang akan datang.

Kata kunci: Kaedah bermain sambil belajar, Tahun Lima, minat, penglibatan, kefahaman, sains.

Abstract

The research was conducted to investigate the effectiveness of play-based learning on pupils’ interest, involvement and understanding in learning science. The participants of this action research consisted of five Year 5 Hijau pupils from a primary school in Kuching. Interview, questionnaire, observation and document analysis were used in collecting data. The collected data were analysed qualitatively and quantitatively. Data were checked by data triangulation to increase the validity of the findings and results of this study. The findings of this study show that the use of play-based learning increases the interest, involvement and understanding of pupils. Play-based learning will be used in science teaching in the future.

Keywords: Play-based learning, Year 5, interest, involvement, understanding, science

Page 109: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 92-107

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

93

Pengenalan Konteks

Melalui pengalaman dua fasa praktikum yang lalu, saya telah mengenalpasti

beberapa masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) sains dijalankan. Antaranya termasuklah masalah murid tidak berminat tentang isi pelajaran yang disampaikan. Ada di antara mereka yang termenung sepanjang sesi PdP dijalankan. Selain itu, sesetengah murid kurang melibatkan diri semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Minat yang timbul dalam setiap diri murid akan mempengaruhi proses pembelajaran (Fryland, 1994, Omardin, 1999 melalui Tan, 2012). Mereka hanya menjadi ‘penumpang’ atau ‘penonton’ sahaja semasa ahli kumpulan lain berusaha dengan gigih utuk mencari keputusan sesuatu eksperimen atau mendapatkan hasil perbincangan. Di samping itu, murid cepat lupa tentang sesuatu isi pembelajaran yang telah diajar. Hal ini kerana mereka tidak memahami apa yang telah diajar oleh guru dengan sepenuhnya.

Perbezaan atau variasi seseorang individu dengan norma kumpulan, sama

ada dalam sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat sememangnya wujud dalam sesebuah kumpulan (Suppiah, 1998, Dunn & Dunn, 1978, Baharin, Othman, Shafeq, & Haliza, 2007 melalui Lau, 2012). Untuk memenuhi keperluan murid yang berbeza, saya telah menggunakan cara dan strategi yang pelbagai semasa mengajar.

Tayangan video boleh menarik perhatian dan minat murid. Mereka akan

menonton klip video dengan penuh perhatian. Namun, ia hanya berkesan buat sementara waktu sahaja. Selepas tayangan video berakhir, mereka akan mula bercakap dan termenung. Selain menayangkan video, saya juga menggunakan bantuan slaid-slaid PowerPoint semasa menyampaikan isi pengajaran. Saya memasukkan gambar-gambar untuk meningkatkan kefahaman murid. Tetapi, murid-murid masih beringatan pendek. Akan tetapi, apabila strategi permainan digunakan, hampir semua murid dalam kelas menunjukkan minat yang tinggi. Di samping itu, mereka juga sudi melibatkan diri dengan aktif. Semangat mereka untuk belajar juga tinggi. Oleh yang demikian, saya dapat mengenalpasti bahawa kaedah bermain sambil belajar merupakan antara kaedah yang berkesan untuk membantu murid dalam pembelajaran sains. Isu Keprihatinan

Saya mendapati bahawa murid kelihatan kurang berminat dalam mata pelajaran sains. Mereka selalu termenung dan tidak memberi perhatian semasa proses PdP dijalankan. Selain itu, mereka juga kurang melibatkan diri semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Sesetengah murid hanya menjadi ‘penumpang’ dalam kumpulan masing-masing. Mereka juga suka mengacau kumpulan lain yang sedang menjalankan aktiviti. Di samping itu, kefahaman murid terhadap isi kandungan yang diajar juga rendah. Keadaan ini boleh dilihat melalui latihan yang dibuat oleh mereka. Saya telah menjalankan tinjauan awal melalui tiga teknik pengumpulan data, termasuklah teknik soal selidik, pemerhatian langsung dan analisis dokumen. Jadual 1, 2 dan 3 menunjukkan analisis respon murid terhadap item yang berkaitan dengan minat murid terhadap mata pelajaran sains dalam borang soal selidik.

Page 110: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 92-107

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

95

Jadual 1 Minat Terhadap Mata Pelajaran Sains Soalan 1: Adakah anda berminat dalam mata pelajaran sains?

Jawapan murid Kekerapan Peratusan (%)

Berminat 10 40.00 Tidak berminat 15 60.00

Jadual 2 Sebab Murid Tidak Meminati Mata Pelajaran Sains Soalan 2: Apakah sebab anda tidak meminati mata pelajaran sains?

Jawapan murid Kekerapan Peratusan (%)

Saya memang tidak suka sains sejak dulu. 1 6.67 Saya tidak faham apa yang diajar oleh guru. 2 13.33 Saya rasa aktiviti yang dijalankan bosan. 5 33.33

Saya rasa sains tidak penting. 4 26.67 Saya tidak suka guru sains. 1 6.67 Saya tidak mendapat keputusan yang baik. 1 6.67 Terlalu banyak kerja rumah. 1 6.67

Jadual 3 Cara Pengajaran Guru yang Paling Digemari oleh Murid Soalan 3: Apakah cara guru mengajar yang paling digemari oleh anda?

Jawapan murid Kekerapan Peratusan (%)

Bercerita 3 12.00 Eksperimen 6 24.00 Permainan 12 48.00

Nyanyian 1 4.00 Kuiz 2 8.00 Perbincangan 1 4.00 Peta minda 0 0

Analisis data Jadual 1 dan 2 menunjukkan 60.00% orang murid tidak berminat dalam mata pelajaran sains, di mana aktiviti yang dijalankan bosan menjadi faktor utamanya. Bagi analisis data Jadual 3, kebanyakan murid iaitu 48.00%, gemar guru mengajar melalui permainan.

Teknik pemerhatian langsung juga digunakan untuk meninjau minat murid

terhadap mata pelajaran sains. Rajah 1 menunjukkan seorang murid yang sedang mengetuk mejanya semasa guru mengajar. Dia berbuat demikian untuk menarik perhatian guru dan rakan-rakan lain. Dia menunjukkan sikap tidak berminat tentang apa yang diajar oleh guru.

Rajah 1. Salah seorang murid mengetuk-ketuk meja semasa guru mengajar

94

Page 111: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 92-107

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

95

Jadual 4, 5 dan 6 menunjukkan analisis respon murid terhadap item yang berkaitan dengan penglibatan murid yang rendah dalam proses PdP sains dalam borang soal selidik.

Jadual 4 Kesukaan Murid untuk Menjalankan Aktiviti Kumpulan Soalan 1: Adakah anda suka menjalankan aktiviti kumpulan?

Jawapan murid Kekerapan Peratusan (%)

Suka 11 44.00 Tidak suka 14 56.00

Jadual 5 Sebab Murid Tidak Suka Melibatkan Diri Soalan 2: Apakah sebab anda tidak suka melibatkan diri?

Jawapan murid Kekerapan Peratusan (%)

Tidak suka ahli kumpulan 2 14.30 Tidak menarik 5 35.70

Malas 4 28.60 Susah untuk buat 3 21.40

Jadual 6 Perkara yang Biasa Dilakukan oleh Murid Semasa Aktiviti Kumpulan Dijalankan Soalan 3: Apakah yang biasa anda lakukan semasa aktiviti kumpulan dijalankan?

Jawapan murid Kekerapan Peratusan (%)

Pergi cari kawan 3 21.40 Tengok sahaja 5 35.70

Termenung 1 7.10 Buat kerja rumah lain 3 21.40 Pergi ke tandas 2 14.30

Analisis data Jadual 4 dan 5 menunjukkan 56.00% orang murid tidak suka menjalankan aktiviti kumpulan, di mana aktiviti yang dijalankan tidak menarik menjadi faktor utamanya. Bagi analisis data Jadual 6, kebanyakan murid iaitu 35.70%, biasanya tengok sahaja semasa aktiviti kumpulan dijalankan.

Teknik pemerhatian langsung juga digunakan untuk meninjau penglibatan murid dalam proses PdP. Rajah 2 menunjukkan salah seorang murid beralih ke tempat kumpulan lain. Dia ‘melawat’ ke kumpulan lain untuk bermain dengan ahli kumpulan lain, bukannya berbincang tentang aktiviti yang dijalankan. Keadaan ini menunjukkan penglibatannya yang rendah dalam proses PdP.

Rajah 2. Salah seorang murid yang berdiri jauh dari kumpulan sendiri semasa aktiviti kumpulan dijalankan

Page 112: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 92-107

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

96

Teknik analisis dokumen digunakan untuk meninjau kefahaman murid terhadap isi kandungan yang diajar. Dokumen-dokumen yang dianalisis adalah buku aktiviti murid. Rajah 3 menunjukkan sebahagian daripada latihan yang dibuat oleh salah seorang murid. Murid tersebut tidak faham dengan kehendak soalan dan menjawab dengan salah. Contohnya, soalan menyuruh murid meramalkan bilangan burung pada minggu ke-6. Murid tersebut sepatutnya menulis angka bagi bilangan burung tetapi dia telah menulis corak perubahan bilangan burung. Selain itu, murid tersebut tidak mampu meramal kesan yang akan berlaku apabila sesetengah haiwan berkurangan.

Rajah 3. Latihan yang dibuat oleh murid dalam buku aktiviti Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk meninjau:

a. Keberkesanan kaedah bermain sambil belajar terhadap minat murid Tahun 5 terhadap mata pelajaran sains di Kuching.

b. Keberkesanan kaedah bermain sambil belajar terhadap penglibatan murid Tahun 5 dalam proses PdP mata pelajaran sains di Kuching.

c. Keberkesanan kaedah bermain sambil belajar terhadap kefahaman murid Tahun 5 dalam topik ‘Rantai dan Siratan Makanan’ di Kuching.

Soalan Kajian Saya merumuskan beberapa persoalan yang perlu dikaji berkenaan

keberkesanan penggunaan kaedah yang dipilih. Di antara persoalan utama yang dikaji adalah seperti berikut:

a. Sejauh manakah minat murid Tahun 5 dapat ditingkatkan melalui kaedah bermain sambil belajar bagi mata pelajaran sains di Kuching?

b. Sejauh manakah penglibatan murid Tahun 5 dapat ditingkatkan melalui kaedah bermain sambil belajar bagi mata pelajaran sains di Kuching?

c. Sejauh manakah penggunaan kaedah bermain sambil belajar dapat meningkatkan kefahaman murid Tahun 5 bagi topik ‘Rantai dan Siratan Makanan’ di Kuching?

Page 113: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 92-107

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

97

Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan

Perancangan Tindakan Berdasarkan kajian Ee (1994, melalui Tiang, 2013), PdP bermain memberi

peluang kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti secara beriadah dalam keadaan terkawal. Ini memberikan pengalaman awal seperti keadilan, peraturan dan kesamaan kepada murid-murid.

Menurut Nadirah (2013), bermain menjadi bermakna sekiranya mempunyai

ciri-ciri seperti main hendaklah dipilih secara bebas mengikut kehendak peserta dan tidak dipaksa. Main juga hendaklah membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan. Selain itu, main hendaklah mengandungi unsur khayalan agar dapat memenuhi keperluan atau kepuasan pemain. Tambahan lagi, main merupakan aktiviti fizikal atau psikologi atau kedua-duanya dan hendaklah disertai secara aktif oleh peserta.

Jadi, dalam perancangan permainan yang dijalankan, saya lebih fokus kepada

permainan kreatif dan permainan daya imaginasi. Saya turut menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan serta menetapkan langkah dan peraturan permainan. Masa yang diperuntukkan bagi sesuatu permainan juga ditetapkan. Sebelum permainan dijalankan, saya perlu menjelaskan perincian permainan kepada para responden. Saya akan memastikan mereka memahami permainan yang bakal dijalankan. Semasa permainan dijalankan, saya akan mengawasi seluruh proses permainan. Peranan utama saya adalah sebagai seorang fasilitator. Selepas permainan dijalankan, perbincangan akan dibuat bersama responden dan saya akan membimbing mereka untuk membuat kesimpulan. Pelaksanaan Tindakan

Saya telah mengubahsuai permainan yang menggunakan kad permainan rantai makanan (Tripp, 2012) supaya sesuai dengan tahap kebolehan responden kepada permainan-permainan yang telah dinamakan ‘Mana Makanan Aku?’, ‘Jangan Lari! Biar Aku Makan Kau!’ dan ‘Kita Ada Hubungan’. Berikut merupakan perincian-perincian dan langkah-langkah setiap permainan.

Permainan 1 – ‘Mana Makanan Aku?’ Langkah-langkah aktiviti:

1. Guru menyediakan gambar tumbuhan, herbivor, omnivor dan karnivor. 2. Gambar-gambar tersebut disorok di sudut-sudut yang tertentu dalam

perpustakaan. 3. Responden mencabut undi untuk menentukan peranan sendiri. 4. Responden yang memainkan peranan herbivor mencari 5 gambar

tumbuhan. Responden yang memainkan peranan omnivor mencari 5 gambar campuran tumbuhan dan herbivor. Manakala reponden yang memainkan peranan karnivor mencari 5 gambar campuran herbivor dan omnivor.

5. Responden yang berjaya mencari 5 keping gambar dengan betul dan paling pantas dikira menang.

6. Selepas satu pusingan, responden menukar peranan dan pusingan yang baru dimulakan.

Page 114: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 92-107

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

98

Permainan 2 – ‘Jangan Lari! Biar Aku Makan Kau!’ Langkah-langkah aktiviti:

1. Guru menyediakan topeng-topeng haiwan herbivor, omnivor dan karnivor. 2. Responden mencabut undi untuk menentukan peranan sendiri. 3. Gambar pengeluar dilekat pada dinding. 4. Satu gelung rotan yang dijadikan sebagai rumah disediakan di sudut bilik

darjah. Haiwan yang duduk dalam rumah tidak dapat diancam oleh haiwan lain. Rumah hanya boleh menampung sejenis haiwan.

5. Herbivor mendapatkan gambar pengeluar dengan secepat mungkin, iaitu sebelum diri sendiri dimakan oleh responden omnivor atau karnivor.

6. Omnivor berjaga-jaga supaya karnivor tidak memakannya semasa ia mengejar herbivor.

7. Karnivor perlu mengejar dan memakan mangsanya sebelum mereka melarikan diri ke dalam rumah.

8. Responden-responden bergerak mengikut cara haiwan bergerak. Permainan 3 – ‘Kita Ada Hubungan’ Langkah-langkah aktiviti:

1. Guru menunjukkan satu siratan makanan pada papan putih. Contoh:

2. Responden mencabut undi untuk menentukan peranan masing-masing. 3. Responden menggantungkan kad yang menunjukkan peranan sendiri pada

leher. 4. Guru mengedarkan bola benang kepada responden yang berperanan

sebagai pengeluar. Responden tersebut, iaitu padi memegang benang dan menghantar bebola benang kepada haiwan yang memakannya, iaitu tikus dan burung.

5. Tikus dan burung memegang benang kemudian menghantarnya bebiji benang kepada ular dan helang.

6. Sekarang, semua responden dihubungkait dengan benang. 7. Guru mengutarakan soalan yang berkaitan dengan topik. 8. Melalui soalan-soalan tersebut, responden boleh mengenalpasti kesan

yang akan berlaku apabila salah satu spesies haiwan berkurangan. Permainan 4 – Software ‘The Food Chain Game’

Responden bermain permainan komputer yang berkaitan dengan rantai makanan pada akhir pembelajaran. Permainan interaktif ini boleh menguji kefahaman murid di samping mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

Padi

Tikus

Helang Ular

Burung

Page 115: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 92-107

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

99

Kaedah Kajian

Peserta Kajian Kajian telah dijalankan ke atas lima orang murid Tahun 5 yang belajar di

Sekolah Kebangsaan (SK) S (nama samaran) di daerah Kuching. Mereka terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua orang perempuan. Peserta-peserta tersebut dipilih kerana minat, penglibatan dan prestasi akademik mereka rendah dalam mata pelajaran sains.

Etika Penyelidikan

Saya mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar SK S untuk menjalankan penyelidikan di sekolah tersebut. Saya juga telah meminta persetujuan daripada lima orang murid untuk menjadi peserta kajian. Mereka dikehendaki untuk menandatangani surat kebenaran sebagai tanda persetujuan. Saya turut menerangkan tujuan penyelidikan, perkara yang perlu mereka lakukan, tempoh penyelidikan, jenis data yang akan dikumpul dan penglibatan mereka dari segi penarikan diri pada bila-bila masa dalam tempoh penyelidikan dijalankan. Teknik Mengumpul Data

Temu Bual. Kaedah temu bual dipilih kerana ia merupakan kaedah yang senang dan cepat dilaksanakan di samping boleh memperoleh data yang banyak dan mendalam. Temu bual jenis berstruktur dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap minat dan kefahaman responden terhadap pembelajaran sains. Sesi temu bual dijalankan sebelum dan selepas penggunaan kaedah bermain sambil belajar dalam topik ‘Rantai dan Siratan Makanan’ dijalankan. Perbezaan minat dan kefahaman responden dapat dikesan

Soal Selidik. Borang soal selidik disediakan untuk membantu saya lebih

memahami penglibatan responden semasa PdP sains dijalankan. Sesi soal selidik dijalankan secara peribadi. Soalan jenis tertutup disediakan. Borang soal selidik yang disediakan mengandungi 10 item yang terdiri daripada 5 item postif dan 5 item negatif. Responden menjawab soal selidik sebelum dan selepas penggunaan kaedah bermain dalam topik ‘Rantai dan Siratan Makanan’.

Senarai Semak Pemerhatian. Borang senarai semak pemerhatian

mengandungi beberapa item yang berkaitan dengan keadaan responden semasa proses PdP dijalankan. Item-item yang perlu diperhatikan disediakan sebelum pemerhatian dilakukan. Borang senarai semak yang disediakan diisi oleh pasangan praktikum saya sebelum dan selepas penggunaan kaedah bermain dijalankan. Dengan menggunakan kaedah pengumpulan data, peningkatan minat dan penglibatan murid dikesan dengan mudah.

Nota Lapangan. Nota lapangan digunakan untuk mencatat apa yang didengar,

dilihat, dialami serta pemikiran yang timbul semasa menganalisis data. Kandungan yang terkandung dalam nota lapangan berbentuk deskriptif tentang sesuatu peristiwa atau topik. Format nota lapangan yang disediakan adalah berasaskan Pena dan Onatra (2009) yang merangkumi tarikh, masa, kelas, nama guru mengajar, nama guru pemerhati, topik dan hasil pemerhatian. Dengan menggunakan nota lapangan, ia membantu melihat keberkesanan kaedah terhadap minat para responden terhadap PdP yang dijalankan.

Page 116: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 92-107

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

100

Rakaman Visual. Gambar diambil ketika murid menjalankan aktiviti. Dengan berbuat demikian, tingkahlaku dan respons murid yang benar dapat diperoleh. Selain itu, gambar yang diambil dapat menonjolkan bahasa badan terbayang oleh responden yang terabai oleh saya. Mereka boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kemudian.

Ujian. Responden menduduki kertas ujian yang sama sebelum dan selepas

penggunaan kaedah bermain sambil belajar dugunakan. Kertas ujian yang disediakan merangkumi 10 soalan objektif dan 2 soalan subjektif yang berkaitan dengan topik ‘Rantai dan Siratan Makanan’. Dengan membuat perbandingan data awal pencapaian dan data kesan tindakan, kefahaman responden dapat dianalisis dan dikesan. Teknik Menganalisis Data

Analisis Kandungan. Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data kualitatif seperti data temu bual serta data nota lapangan dan rakaman visual. Hasil temu bual ditranskrip dan dibaca beberapa kali untuk mendapatkan gambaran keseluruhan isi kandungan temu bual. Data-data yang penting digariskan dan tema-tema dibina berdasarkan aspek yang diberi tumpuan. Tema-tema digabungkan menjadi kategori tertentu seterusnya kesimpulan dibuat.

Langkah yang sama digunakan untuk menganalisis data nota lapangan. Di

samping itu, saya juga menganalisis kandungan gambar foto yang telah diambil sebelum dan selepas penggunaan kaedah bermain sambil belajar. Gambar foto yang diambil dijadikan sebagai bahan sokongan bagi kandungan nota lapangan.

Analisis Deskriptif. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data

kuantitatif seperti data soal selidik, data senarai semak pemerhatian dan data ujian. Bagi data soal selidik, jadual perbandingan item-item dihasilkan untuk menunjukkan respon setiap responden dan peratus bagi setiap item. Perubahan penglibatan responden dapat dikesan dengan menganalisis item positif dan item negatif dalam borang soal selidik.

Bagi data senarai semak pemerhatian, jadual perbandingan item-item juga

dihasilkan untuk mengenalpasti perubahan minat dan penglibatan responden melalui frekuensi dan peratus sebelum dan selepas menggunakan keadah bermain sambil belajar.

Selain itu, data ujian awal pencapaian telah dibandingkan dengan data ujian

kesan tindakan. Jadual dan graf yang membandingkan kedua-dua markah ujian disediakan.

Teknik Menyemak Data

Bagi menjawab semua soalan kajian, triangulasi kaedah dijalankan dengan membuat perbandingan antara sumber data yang dikumpul. Bagi menjawab soalan kajian pertama, kaedah senarai semak pemerhatian, temu bual dan nota lapangan berserta gambar foto digunakan. Bagi menjawab soalan kajian kedua, kaedah soal selidik dan senarai semak pemerhatian digunakan. Manakala, bagi soalan kajian ketiga, kaedah ujian dan temu bual digunakan. Dengan mempunyai kaedah

Page 117: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 92-107

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

101

pengumpulan data yang pelbagai, ketidaksamaan dan perbezaan dalam pengintepretasian data dapat dielakkan.

Bagi triangulasi masa, kajian tindakan ini bermula pada fasa ketiga praktikum

dan disambung semula semasa internship dijalankan pada semester ini. Dalam tempoh masa ini, saya telah membandingkan peningkatan minat, penglibatan dan kefahaman responden sebelum dan selepas penggunaan kaedah bermain digunakan.

Triangulasi penilai digunakan untuk menjawab masalah kajian pertama dan

kedua. Ia melibatkan pasangan praktikum saya. Saya sentiasa memperoleh pandangan kritikal daripada beliau. Hal ini kerana beliau berperanan sebagai seorang pemerhati dan pengambil gambar semasa PdP sains dijalankan dalam kajian tindakan ini.

Refleksi

Refleksi Dapatan

Sejauh manakah minat murid Tahun 5 dapat ditingkatkan melalui kaedah bermain sambil belajar bagi topik ‘Rantai dan Siratan Makanan’? Menurut Rajah 4 dan 5 yang berkaitan dengan analisis data bagi temu bual,

minat responden dalam mata pelajaran sains berjaya ditingkatkan selepas penggunaan kaedah bermain sambil belajar. Sebelum ini, bukan semua responden yang berminat dalam mata pelajaran sains. Faktor yang mempengaruhi minat mereka termasuklah persepsi responden, personaliti guru dan kaedah PdP. Kini, semua responden berminat dalam mata pelajaran sains dengan adanya penggunaan kaedah bermain sambil belajar.

Rajah 5. Minat Responden dalam Pembelajaran Sains Selepas Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar

Rajah 4. Minat Responden dalam Pembelajaran Sains Sebelum Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar

Page 118: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 92-107

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

106

Berdasarkan Jadual 7 yang berkaitan dengan analisis data senarai semak pemerhatian, responden-responden mula menunjukkan minat pembelajaran terhadap topik pengajaran selepas penggunaan kaedah bermain sambil belajar. Kini, mereka mula menumpukan perhatian semasa proses PdP dijalankan. Mereka juga menunjukkan air muka yang riang semasa aktiviti dijalankan. Semua responden mendengar arahan dan menjalankan permainan mengikut arahan guru. Tambahan lagi, tiada responden yang meminta keizinan untuk pergi ke tandas sepanjang proses PdP dijalankan. Jadual 7 Senarai Semak Pemerhatian bagi Minat Pembelajaran

Menurut Rajah 6 dan 7 yang berkaitan dengan analisis data nota lapangan

dan rakaman visual, responden-responden menunjukkan minat dalam pembelajaran sains semasa kaedah bermain sambil belajar digunakan. Mereka menunjukkan tingkahlaku positif seperti tiba pada masa yang ditetapkan, tidak sabar untuk menjalankan aktiviti, menumpukan perhatian, mendengar arahan, tertarik dengan topeng haiwan, wajah muka yang ceria, berusaha menjayakan permainan dan merebut menjawab soalan. Mereka tidak menunjukkan tingkahlaku yang tidak berminat dalam pembelajaran sains.

Bil. Item Sebelum “Bermain Sambil Belajar”

Selepas “Bermain Sambil Belajar”

Ya Tidak Catatan Ya Tidak Catatan

1 Responden menumpukan perhatian kepada guru yang mengajar.

/ Beberapa responden termenung

/ Memberi perhatian sepenuhnya

2 Responden menunjukkan air muka yang gembira dan berminat semasa menjalankan aktiviti.

/ Tiada air muka yang riang

/

3 Responden tidak mengikut arahan guru.

/ / Mendengar arahan guru dengan teliti

4 Responden menunjukkan rasa bosan semasa PdP dijalankan.

/ /

5 Responden asyik pergi ke tandas.

/ / Tiada responden yang ingin pergi ke tandas

102

Page 119: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 92-107

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

106

Rajah 6. Nota Lapangan semasa Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar

Responden-responden berusaha untuk mencari gambar haiwan yang dimakan oleh peranan haiwan yang dimainkan.

Responden yang berperanan sebagai ular dimakan oleh responden yang berperanan sebagai singa.

Responden yang berperanan sebagai ular menjalar ke arah responden yang berperanan sebagai tikus.

Rajah 7. Suasana pembelajaran sains dengan penggunaan kaedah bermain sambil belajar

Tarikh : 10 April 2014 Masa: 1100-1200 Guru mengajar: Tang Kho Lee Guru pemerhati: Saudari Lau Topik: Rantai Makanan

Responden-responden tiba ke pusat sumber pada masa yang ditetapkan. Mereka tertanya-tanya tentang aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Apabila proses PdP mula, mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kepada guru. Mereka mendengar arahan dan cara bermain permainan dengan teliti. Masing-masing ingin mencapai kemenangan. Mereka tertarik dengan topeng haiwan yang bakal mereka pakai dalam permainan kemudian. Semua responden menunjukkan wajah muka yang ceria. Semasa permainan dijalankan, mereka berusaha untuk mencari gambar-gambar haiwan yang disorok dalam pusat sumber. Mereka juga tidak segan untuk berjalan atau merangkak seperti haiwan yang mereka tiru. Malah, mereka merayu supaya masa permainan dipanjangkan. Selepas permainan berakhir, semua responden merebut-rebutmengangkat tangan untuk menjawab soalan guru. Mereka menunjukkan keyakinan diri semasa menjawab soalan.

Petunjuk: Minat Tidak Berminat

103

Page 120: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 92-107

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

106

Sejauh manakah penglibatan murid Tahun 5 dapat ditingkatkan melalui kaedah bermain sambil belajar bagi topik ‘Rantai dan Siratan Makanan’?

Penglibatan responden menunjukkan peningkatan berdasarkan Jadual 8 yang berkaitan dengan analisis data soal selidik. Sebelum penggunaan kaedah bermain sambil belajar, 40% responden bersetuju dengan item positif manakala 60% responden yang selebihnya tidak bersetuju dengan item positif. Selain itu, 60% responden bersetuju dengan item negatif manakala 40% responden yang selebihnya tidak bersetuju dengan item negatif.

Analisis dibuat semula selepas penggunaan kaedah bermain sambil belajar.

Kali ini, semua responden (100%) bersetuju dengan pernyataan item positif dan tiada responden (0%) yang bersetuju dengan item negatif. Mereka mengalami keseronokan semasa kaedah bermain sambil belajar diaplikasikan. Justeru, penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran meningkat.

Jadual 8 Perbandingan Item-item Soal Selidik

Item Sebelum ‘Bermain sambil belajar’ Selepas ‘Bermain sambil belajar’

Bersetuju Tidak bersetuju Bersetuju Tidak bersetuju

Item positif 40% 60% 100% 0% Item negatif 60% 40% 0% 100%

Selain itu, menurut Jadual 9 yang berkaitan dengan analisis data senarai semak pemerhatian, responden-responden mula menunjukkan peningkatan penglibatan diri dalam proses PdP selepas penggunaan kaedah bermain sambil belajar. Mereka sudi mengambil bahagian dengan aktif di samping menjalankan aktiviti secara sukarela. Keadaan dalam bilik darjah tidak lagi sunyi disebabkan responden kini giat menanya soalan yang tidak difahami. Mereka juga menunjukkan semangat bekerjasama yang tinggi supaya dapat menang dalam permainan yang dijalankan.

Jadual 9 Senarai Semak Pemerhatian bagi Penglibatan Responden

Bil Item Sebelum “Bermain Sambil Belajar”

Selepas “Bermain Sambil Belajar”

Ya Tidak Catatan Ya Tidak Catatan

1 Responden mengambil bahagian dengan aktif.

/ /

2 Responden menjalankan aktiviti secara sukarela.

/ /

3 Responden giat menanya soalan yang tidak difahami.

/ Keadaan PdP senyap

/ Menanya bahagian yang tidak faham

4 Responden enggan bekerjasama dengan ahli kumpulan.

/ /

104

Page 121: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 92-107

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

106

Sejauh manakah kefahaman murid Tahun 5 dapat ditingkatkan melalui kaedah bermain sambil belajar bagi topik ‘Rantai dan Siratan Makanan’?

Kefahaman responden menunjukkan peningkatan berdasarkan Jadual 10

yang menunjukkan analisis data temu bual. Sebelum penggunaan kaedah bermain sambil belajar, bilangan jawapan yang dijawab dengan betul adalah di antara sifar hingga dua dan tahap kefahaman yang boleh dicapai adalah di antara sederhana dan lemah. Tetapi, selepas kaedah bermain sambil belajar digunakan, bilangan jawapan yang dijawab dengan betul ditingkatkan menjadi dua hingga tiga soalan dan tahap pencapaian juga meningkat ke tahap sederhana dan baik. Jadi, kefahaman responden dalam topik ini dikatakan berjaya ditingkatkan dangan adanya penggunaan kaedah bermain sambil belajar. Jadual 10 Perbandingan Bilangan Jawapan yang Betul dan Tahap Kefahaman Responden

Responden Bilangan Jawapan yang Betul

Tahap Kefahaman

A 2 3 Sederhana Baik

B 2 3 Sederhana Baik

C 0 3 Lemah Baik

D 0 2 Lemah Sederhana

E 1 3 Lemah Baik

Selain itu, menurut Rajah 8 yang berkaitan dengan analisis data ujian awal

pencapaian dan data ujian kesan tindakan. Data ujian awal pencapaian bagi semua responden adalah di bawah markah kelulusan 50. Tetapi, data ujian kesan tindakan bagi semua responden telah meningkat dengan ketara, iaitu melepasi markah kelulusan 50. Jadi, kefahaman responden dalam topik ini menunjukkan peningkatkan dengan adanya penggunaan kaedah bermain sambil belajar.

Rajah 8. Perbandingan Data Ujian Awal Pencapaian dan Data Ujian Kesan Tindakan

0

20

40

60

80

100

A B C D E

Mar

kah

Responden

Graf Perbandingan Data Ujian Awal Pencapaian dan Data Ujian Kesan Tindakan

Data Ujian Awal Pencapaian

Data Ujian Kesan Tindakan

105

Page 122: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 92-107

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

106

Refleksi Penilaian Tindakan Dari aspek murid, minat, penglibatan dan kefahaman murid terhadap topik

sains tertentu, iaitu topik ‘Rantai dan Siratan Makanan’ boleh ditingkatkan. Aktiviti bermain merupakan satu proses permulaan bagi kanak-kanak untuk belajar (Zakiah, Azlina dan Yeo, 2012; Tiang, 2013). Jadi, apabila kaedah yang digunakan berkesan, keyakinan mereka dalam pembelajaran akan bertambah memandangkan responden yang dipilih berpencapaian rendah dalam akademik.

Bagi aspek diri, saya lebih jelas dengan cara membuat penyelidikan tindakan.

Saya faham bahawa kerja menyelidik bukannya mudah. Ia memerlukan usaha yang giat dan berterusan untuk mencapai objektif. Saya juga mengetahui kriteria-kriteria penyelidikan tindakan yang baik melalui rujukan-rujukan yang dirujuk. Selain itu, amalan PdP kendiri juga boleh ditingkatkan melalui penyelidikan yang dijalankan.

Dari aspek sekolah, kalau murid berprestasi baik dalam akademik, mereka

kurang melakukan tingkahlaku yang tidak diingini. Mereka akan lebih berfokus kepada pembelajaran. Justeru, masalah disiplin dalam sekolah boleh dikurangkan di samping meningkatkan imej sekolah. Nama sekolah boleh diharumkan dengan cara ini. Refleksi Pembelajaran Kendiri

Kini saya lebih jelas dengan langkah-langkah untuk melaksanakan kajian tindakan dan menghasilkan laporan kajian tindakan. Saya telah merujuk kepada hasil-hasil kajian tindakan senior dan menyemak rubrik pemarkahan supaya semua aspek yang penting dimasukkan ke dalam laporan. Di samping itu, kemahiran mengajar saya juga telah meningkat. Kini, saya faham dan mengetahui kepentingan menggunakan kaedah mengajar yang sesuai dengan murid yang berlainan. Saya perlu sentiasa menggunakan kaedah mengajar yang berlainan supaya minat, penglibatan dan kefahaman murid boleh ditingkatkan.

Di samping itu, kemahiran mengajar saya juga meningkat melalui proses

penyelidikan. Kini, saya faham dan mengetahui kepentingan menggunakan kaedah mengajar yang sesuai dengan murid yang berlainan. Guru yang mengamalkan satu kaedah mengajar sahaja, terutamanya kaedah mengajar tradisional tidak akan dapat memuaskan murid-muridnya. Murid-murid mudah berasa bosan dan berpendapat bahawa pembelajaran sains tidak membawa makna. Oleh yang demikian, saya perlu sentiasa menggunakan kaedah mengajar yang berlainan supaya minat, penglibatan dan kefahaman murid boleh ditingkatkan.

Tambahan lagi, kemahiran berkomunikasi saya juga bertambah baik. Dalam proses menyiapkan kajian ini, saya perlu berkomunikasi dengan beberapa pihak. Antaranya termasuklah pihak sekolah, guru pembimbing, pasangan praktikum dan akhir sekali responden-responden yang dipilih. Jadi, saya perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berlainan apabila berdepan dengan pihak yang berlainan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang telah dikenalpasti dalam proses menjalankan penyelidikan tindakan ini. Antaranya termasuklah saya tidak menguruskan masa dengan baik sebelum ini. Untuk mengatasi masalah ini, saya menyediakan jadual tugas dan memastikan diri menyiapkan tugas yang perlu dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.

Page 123: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 92-107

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

107

Kesimpulannya, manfaat yang diperolehi melalui projek ini amatlah banyak. Ia banyak membantu saya sebagai seorang bakal guru. Saya boleh mengendalikan sesi PdP yang lebih berkualiti di samping membantu murid yang bermasalah. Cadangan Tindakan Kitaran Seterusnya

Saya mengikhtiarkan beberapa cadangan kajian seterusnya. Antaranya termasuklah mempelbagaikan jenis aktiviti bermain dalam pembelajaran sains. mengaplikasikan kaedah bermain sambil belajar bagi topik lain dalam mata pelajaran lain, melibatkan ganjaran semasa responden menjalankan permainan untuk mendorong mereka dan menambah bilangan responden untuk membawa manfaat kepada lebih ramai murid yang mengalami masalah yang serupa.

Rujukan

Lau, G. L. (2012). Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching.

Nadirah Ibrahim. (2013). Konsep Belajar Sambil Bermain. Diakses daripada http://www.kpakk.edu.my/index.php?ref=article_on&lang=en&aid=3

Pena & Onatra. (2009). Field Notes. Diakses pada 18 Mac, 2014, dari http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http%3A%2F%2Fwww.scielo.org.co%2Fimg%2Frevistas%2Fprf%2Fv11n2%2Fv11n2a02f03.jpg&imgrefurl=http%3A%2F%2Fwww.scielo.org.co%2Fscielo.php%3Fpid%3DS1657-07902009000200002%26script%3Dsci_arttext&h=683&w=624&tbnid=JtX3lfFywoLjsM%3A&zoom=1&docid=akydiN1g68vAbM&hl=en&ei=fTtSU4_WJ8qD8gX264LoDg&tbm=isch&ved=0CFQQMygCMAI&iact=rc&uact=3&dur=70&page=1&start=0&ndsp=19

Tan, M. Y. Y. (2012). Kesan Penggunaan Aktiviti “Hands-On” dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching.

Tiang, Y. C. (2013). Keberkesanan Kaedah Bermain Sambil Belajar dalam Peningkatan Minat Murid Tahun Lima Terhadap Pembelajaran Sains. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching.

Tripp, K. (2012). Food Chain Game – Free Printable. Diakses pada 18 Mac, 2014, dari http://teachbesideme.com/food-chain-game-free-printable/

Page 124: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 108-123

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

108

KEBERKESANAN SISTEM GANJARAN TERHADAP KAWALAN KELAS, PENGLIBATAN DAN KEFAHAMAN SAINS MURID TAHUN EMPAT

DI KUCHING

Goh Poi Gek

[email protected]

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan sistem ganjaran terhadap kawalan kelas, penglibatan dan kefahaman murid Tahun Empat di bandar Kuching. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 37 orang murid Tahun Empat yang kebanyakannya tidak menunjukkan minat dalam pembelajaran Sains di dalam bilik darjah. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah temu bual, soal selidik, pemerhatian, catatan refleksi rancangan pengajaran harian dan analisis lembaran kerja. Data yang dikumpul melalui instrumen-instrumen ini dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Triangulasi masa, kaedah dan penyelidik digunakan untuk menyemak data bagi meningkatkan kesahan hasil dapatan dan keputusan kajian. Hasil kajian menunjukkan kaedah sistem ganjaran adalah berkesan untuk kawalan kelas dan penglibatan serta meningkatkan kefahaman murid-murid dalam pembelajaran Sains.

Kata kunci: keberkesanan, sistem ganjaran, kawalan kelas, melibatkan, pembelajaran, minat, kualitatif, kuantitatif

Abstract

The purpose of the study was to determine the effectiveness of rewards system in class control, involvement and understanding in science’s learning of Year Four students in City of Kuching. The respondents in this research consist of 37 Year Four students who mostly showed low interest in learning Science in the classroom. The instruments used to collect data were the interview, survey forms, observation, reflection of daily lesson plan and worksheets analysis. The data which had been collected was analyzed through qualitative and quantitative, and checked by using time, method and persons’ triangulation. The results of the study showed that rewards system helps in improving the class control as well as involving students in learning and understanding in Science’ learning.

Keywords: Effectiveness, rewards system, class control, involvement,

understanding, learning, interest, qualitative, quantitative

Page 125: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 108-123

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

109

Pengenalan

Konteks/ Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran Saya telah menjalani praktikum di dua buah sekolah kebangsaan di sekitar Kuching. Daripada pengalaman saya dalam Praktikum Fasa I dan II, saya telah mendapati bahawa saya menghadapi masalah yang sama iaitu masalah dalam kawalan kelas. Kebanyakan murid-murid sentiasa membuat bising dan tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya. Kadang-kala, saya terpaksa menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk memarahi dan memberi hukuman kepada mereka. Hal ini telah menjejaskan proses pengajaran saya. Untuk praktikum fasa ketiga dan internship, saya telah memilih sekolah yang sama. Sekolah yang saya pilih merupakan sebuah sekolah rendah kebangsaan yang terletak di Kuching. Bagi memastikan aktiviti PdP saya dapat dijalankan dengan lancar, saya telah berbincang dengan guru pembimbing tentang masalah kelas yang saya hadapi. Saya mendapati bahawa kelas tersebut terdiri daripada murid-murid yang berprestasi tinggi, sederhana dan lemah dari segi pencapaian. Beliau mengatakan bahawa masalah yang paling sukar untuk diatasi ialah masalah pengurusan bilik darjah di mana kelas tersebut “terkenal” dengan masalah disiplin yang buruk. Setelah dua minggu saya mengajar kelas tersebut, saya berasa amat tertekan kerana masalah-masalah yang diberitahu tersebut telah berlaku dalam kelas saya. Saya mengalami masalah dalam mengawal kelas akibat pelbagai jenis tingkah laku disruptif murid-murid. Saya juga mendapati murid-murid suka bercakap dan membuat bising walaupun sesi PdP sedang dilaksanakan, dan masalah ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan murid perempuan, malahan juga berlaku dalam kalangan murid lelaki. Sebelum ini, saya menganggap bahawa sekiranya aktiviti PdP serta rancangan pengajaran harian yang disediakan secara rapi dan menarik, maka kawalan kelas tidak akan menjadi satu masalah yang besar sebab murid-murid akan tertarik dengan PdP saya. Namun, saya selalu gagal mencapai hasil dan objektif PdP yang saya rancangkan. Ini disebabkan murid-murid banyak membuat bising walaupun aktiviti yang dirancangkan sangat menarik. Kadang-kala, keadaan ini boleh digambarkan sebagai “hilang kawalan” sebab kelas terlalu bising dan “huru-hara” terutamanya selepas aktiviti “hands-on”. Oleh itu, saya terpaksa menggunakan masa yang berlebihan untuk mengajar selepas menjerit dan memberi hukuman kepada murid yang membuat bising.

Saya telah meninjau nilai dan kepercayaan saya terhadap masalah ini. Pada asalnya, saya mempercayai bahawa guru-guru adalah tidak tegas dengan tingkah laku disruptif murid. Maka, mereka akan membuat bising dan berkelakuan buruk semasa kelas dijalankan. Selepas membuat pemerhatian serta pengajaran di kelas tersebut, saya mendapati bahawa ini adalah tidak benar. Saya telah bersikap tegas dengan mereka di mana amaran, teguran dan hukuman diberikan kepada mereka. Namun, ini tidak menampakkan sebarang perubahan sikap dalam diri mereka. Malahan, ada yang mulai bersikap pasif apabila saya menanyakan soalan kepada mereka. Masalah kawalan kelas ini perlu diatasi dengan segera agar sesi pengajaran dan pembelajaran saya dapat dijalankan dengan lancarnya. Oleh itu, saya telah

Page 126: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 108-123

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

111

membuat keputusan untuk membuat penyelidikan tindakan tentang kawalan kelas dengan menggunakan kaedah sistem ganjaran. Menurut Skinner melalui Haliza Hamzah, & Joy (2009), “reward” atau “reinforcement” adalah faktor terpenting dalam proses belajar. Beliau berpendapat bahawa tujuan psikologi adalah meramal dan mengawal tingkah laku. Dengan demikian tingkah laku yang diinginkan terjadi, dapat digambarkan dan dibentuk secara nyata melalui pemberian reinforcement yang sesuai.

Fokus Kajian Isu Keprihatinan Untuk Praktikum Fasa III, saya mengajar subjek Sains untuk kelas Tahun Empat. Menurut guru pembimbing saya, kelas Tahun Empat yang saya ambil alih tersebut boleh dikatakan sebagai kelas yang terburuk dari segi disiplin (bertingkah laku disruptif) dan kelas yang paling lemah dari segi pencapaian akademik (paling ramai murid LINUS dalam kelas tersebut). Beliau menasihati saya agar perlu prihatin dan sabar terhadap mereka. Antara isu yang dihadapi termasuklah pencapaian murid yang kurang menggalakkan, khususnya murid yang lemah dalam pencapaian akademik. Ini disebabkan mereka tidak berminat untuk belajar lalu mula bercakap dengan kawan-kawan di sebelah mereka. Isu yang kedua adalah tingkah laku disruptif murid-murid. Tingkah laku disruptif ini telah menjejaskan proses PdP saya kerana saya terpaksa menghentikan pengajaran saya untuk memarahi mereka. Bukan itu sahaja, murid-murid berkenaan merupakan murid yang agak lemah dalam pencapaian akademik. Apabila saya mengajar, mereka akan hilang tumpuan dengan cepat lalu mengambil peluang untuk mengacau kawan-kawan. Saya telah menjalankan satu kajian tinjauan dengan mengumpul data-data awal. Saya telah mengedarkan borang soal selidik yang mengandungi tujuh soalan kepada 37 orang murid Tahun Empat. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada murid-murid mengenai penglibatan, minat dan kelakuan mereka semasa PdP kelas Sains dijalankan. Jadual 1 Dapatan soal selidik murid Tahun Empat sebelum penggunaan sistem ganjaran diaplikasikan dalam proses pembelajaran Sains pada 27 Februari 2014 Item Perkara Kekerapan

Ya Tidak

1 Saya suka subjek Sains

20 (54.05%)

17 (45.95%)

2 Saya selalu melibatkan diri dalam aktiviti Sains

17 (45.95%)

20 (54.05%)

3 Saya selalu bercakap dengan kawan semasa guru mengajar

10 (27.03%)

27 (72.97%)

4 Saya mematuhi arahan guru 20 (54.05%)

17 (45.95%)

5 Saya selalu dimarahi dan dihukum oleh guru

14 (37.84%)

23 (62.16%)

6 Saya berasa bosan dalam kelas Sains

22 (59.46%)

15 (40.54%)

7 Saya suka aktiviti berkumpulan 20 (54.05%)

17 (45.95%)

110

Page 127: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 108-123

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

111

Saya juga menemu bual guru pembimbing saya iaitu Puan Nor (bukan nama sebenar) bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid-murid di kelas tersebut. Rajah 1 merupakan transkrip temu bual saya dengan Puan Nor pada 7 Februari 2014.

Rajah 1. Transkrip temu bual dengan guru pembimbing Sains Kelas Tahun 4 Orkid, pada 7 Februari 2014 ( NOR TB01 07022014)

Rasional Tindakan Kawalan kelas merupakan salah satu punca utama kegagalan seseorang guru dalam mencapai hasil pengajaran selepas PdP dijalankan. Terdapat tiga tujuan saya menjalankan kajian tindakan ini. Pertama adalah untuk meninjau sejauh mana sistem ganjaran dalam kawalan kelas dapat mengurangkan tingkah laku disruptif dalam kalangan murid-murid semasa pengajaran Sains dan meningkatkan kefahaman Sains serta meningkatkan penglibatan murid-murid dalam proses pembelajaran Sains.

Setelah merujuk kepada Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner dan Model Disiplin Marlene dan Lee Canter, saya menggunakan kaedah sistem ganjaran untuk mengatasi masalah pengurusan bilik darjah. Untuk melaksanakan sistem ini, saya membuat satu papan ganjaran. Saya melaksanakan sistem pemberian “Bintang” secara berkumpulan di mana saya telah membahagikan murid-murid kepada enam kumpulan dengan nama-nama kumpulan berbeza. Selepas itu, saya juga memperkenalkan peraturan-peraturan kelas dengan mencetak peraturan-peraturan kelas tersebut dalam kertas warna dan menampalkan pada dinding kelas untuk ratapan murid-murid pada setiap masa. Jika mana-mana kumpulan tidak mematuhi peraturan yang saya tetapkan tersebut, maka “bintang” tidak akan diberikan kepada kumpulan tersebut selepas sesi PdP.

Untuk pembahagian murid pula, saya membahagikan murid-murid yang berjumlah 37 orang kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 atau 7 orang ahli. Cara saya membahagikan kumpulan adalah mengikut tempat duduk di mana murid-murid tidak perlu beralih dari tempat duduk masing-masing apabila aktiviti berkumpulan dijalankan. Ini adalah untuk memastikan murid-murid tidak membazirkan masa untuk tukar tempat duduk.

Peraturan-peraturan Kelas Pada permulaan bulan Mac, saya telah memperkenalkan satu set peraturan-peraturan yang ringkas kepada murid-murid di dalam kelas. Peraturan-peraturan tersebut dicetak dan ditampalkan di dinding kelas agar semua murid dapat meihat dengan jelas. Peraturan-peraturan yang saya tetapkan adalah seperti berikut:

1. Murid-murid tidak boleh membuat bising sewaktu PdP dijalankan.

Saya : Apakah masalah yang puan hadapi ?

Puan Nor : Masalah kawalan kelas. Kelas ini mempunyai beberapa orang murid yang buruk tingkah lakunya. Banyak masalah disiplin yang berlaku. Contohnya, semasa saya mengajar di depan, mereka yang sibuk bercakap tanpa henti-henti. Ada pula yang cepat hilang tumpuan dan berasa bosan. Maka, mereka tidak menumpukan perhatian dalam PdP. Ada langsung yang tidak faham apa yang saya ajar. Apabila saya menanyakan soalan, banyak murid yang gagal jawab dengan betul, padahal dah banyak kali saya ulangi jawapan/soalan tersebut.

Page 128: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 108-123

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

112

2. Murid-murid boleh berbincang dalam kumpulan apabila aktiviti berkumpulan dijalankan dengan syarat iaitu nada suara yang lembut dan rendah.

3. Murid-murid perlu bekerjasama dalam kumpulan sekiranya aktiviti berkumpulan dijalankan.

4. Murid-murid harus mematuhi segala arahan yang diberikan oleh guru sewaktu PdP dilaksanakan.

5. Murid-murid harus menghantar buku aktiviti tetap pada masa 6. Murid-murid tidak boleh mengacau kawan atau mengganggu kawan apabila

PdP dijalankan. 7. Murid-murid tidak boleh ponteng kelas ataupun keluar masuk kelas dengan

kerap. Papan Ganjaran Saya telah membuat satu papan ganjaran yang mempunyai nama enam kumpulan iaitu kumpulan Oren, Hijau, Kuning, Merah, Biru dan Coklat. Saya telah memilih seorang daripada ahli kumpulan untuk menjadi ketua kumpulan. Ketua kumpulan berperanan untuk :

Meminta ahli-ahli kumpulan mereka untuk diam semasa PdP dijalankan

Mengutip buku aktiviti daripada setiap ahli kumpulan

Melaporkan masalah-masalah negatif yang ahli kumpulan buat Sekiranya mana-mana kumpulan dapat bersikap baik sepanjang sesi PdP, maka satu “bintang” akan diberikan kepada kumpulan tersebut. Bagi kumpulan yang berkelakuan negatif, “bintang tidak akan diberikan kepada kumpulan tersebut. Kumpulan yang mendapat bilangan “bintang” yang paling banyak dalam tempoh dua minggu akan menerima hadiah kecil (ganjaran) bagi setiap ahli sebagai dorongan. Bagi murid-murid yang menunjukkan penglibatan yang positif semasa PdP dijalankan seperti menjawab soalan-soalan secara sukarela, menghantar buku-buku dan lembaran kerja tepat pada masa serta menunjukkan minat dalam PdP Sains, maka satu bintang akan diberikan kepada kumpulan murid tersebut sebagai satu galakkan. Saya juga memberi lembaran kerja dari semasa ke semasa. Apabila saya mendapati murid-murid menunjukkan prestasi yang baik dalam menjawab soalan lembaran seperti dapat skor semua soalan dengan betul, maka saya akan memberikan “bintang” kepada kumpulan murid tersebut. Ini dapat dijadikan sebagai satu bentuk peneguhan positif bagi menggalakkan murid tersebut untuk terus berusaha. Objektif kajian Objektif kajian tindakan ini adalah untuk meninjau sejauh mana penggunaan sistem ganjaran dalam kawalan kelas dapat :

1. mengurangkan tingkah laku disruptif dalam kalangan murid Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di bandar Kuching semasa pengajaran Sains

2. meningkatkan kefahaman Sains dalam kalangan murid Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di bandar Kuching

3. meningkatkan penglibatan murid-murid Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di bandar Kuching dalam proses pembelajaran Sains

Page 129: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 108-123

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

113

Persoalan Kajian Berdasarkan objektif kajian ini, persoalan-persoalan kajian adalah seperti berikut:

1. Sejauh manakah penggunaan sistem ganjaran dapat mengurangkan tingkah laku disruptif murid-murid Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di bandar Kuching semasa pengajaran Sains?

2. Sejauh manakah penggunaan sistem ganjaran dapat meningkatkan kefahaman Sains murid-murid Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di bandar Kuching?

3. Sejauh manakah penggunaan sistem ganjaran dapat meningkatkan penglibatan murid-murid Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di bandar Kuching dalam proses pembelajaran Sains?

Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan

Rancangan Tindakan saya telah merujuk kepada Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner (1976) dan Model Disiplin Marlene dan Lee Canter (1953) dalam mengatasi masalah yang saya hadapi iaitu masalah kawalan kelas. Pada permulaan praktikum, saya hanya membuat pemerhatian awal semasa guru Sains menjalankan proses PdP di dalam kelas. Bermula dari minggu seterusnya, saya telah menjalankan PdP saya di dalam kelas. Saya mengambil peluang untuk membuat pemerhatian ke atas murid-murid semasa kelas saya dijalankan. Saya juga menemu bual guru pembimbing bagi mengenal pasti masalah yang wujud dalam kalangan murid. Selepas itu, pemerhatian kelas seterusnya dilakukan oleh rakan sepraktikum dan sampel kelas dikenalpasti. Saya memberitahu pihak sekolah tentang kajian yang bakal saya jalankan. Untuk sampel murid, saya telah mengedarkan soal selidik untuk mendapat maklum balas.

Selepas memperkenalkan sistem ganjaran di dalam kelas, saya membahagikan murid-murid kepada enam kumpulan yang berbeza. Saya membuat refleksi selepas setiap sesi PdP. Saya juga menemu bual enam orang murid secara rawak daripada setiap kumpulan serta memberikan soal selidik kepada murid-murid untuk mendapat maklum balas daripada mereka.

Kaedah Kajian

Kumpulan Sasaran Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di kawasan Bandar Kuching dan melibatkan semua murid kelas Tahun Empat Orkid (bukan nama sebenar). Kelas tersebut mempunyai 37 orang murid iaitu 18 (48.7%) orang murid lelaki dan 19 (51.3%) orang murid perempuan.

Kelas tersebut dikategorikan sebagai kelas yang lemah berbanding dengan sebuah lagi kelas Tahun Empat di sekolah tersebut. Sebahagian besar (70%) daripada murid dalam kelas ini mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dan lemah, manakala hanya sebilangan kecil (30%) murid adalah murid yang agak cemerlang dalam pencapaian akademik mereka. Latar belakang keluarga peserta kajian seperti status sosial ekonomi ahli keluarga, bangsa dan agama adalah tidak diambil kira dalam kajian tindakan ini.

Page 130: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 108-123

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

114

Cara Pengumpulan Data Dalam kajian ini, saya menggunakan pengumpulan data kualitatif melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, temu bual, analisis lembaran kerja dan catatan refleksi semasa dan selepas PdP dijalankan. Manakala, saya mengumpul data kuantitatif dengan menggunakan alat seperti borang soal selidik.

Kaedah-kaedah Pengumpulan Data Pemerhatian Saya telah menggunakan borang pemerhatian untuk mengumpul data tentang tingkah laku di dalam kelas saya. Borang pemerhatian tersebut disediakan untuk merekodkan apa yang telah saya perhatikan semasa PdP kelas saya dijalankan. Aspek-aspek yang boleh diteliti dengan kaedah pemerhatian termasuk keadaan kelas sebelum sesi PdP, kelakuan murid, penglibatan murid dalam aktiviti PdP dan sebagainya. Saya juga mengambil foto semasa membuat pemerhatian di dalam kelas sebagai bukti atau sokongan kepada data yang didapati dalam borang pemerhatian saya. Temu bual Saya juga menggunakan kaedah temu bual untuk mendapat maklumat tentang masalah murid serta pencapaian murid di dalam kelas. Dalam sesi temu bual dengan guru pembimbing saya, saya telah menggunakan teknik temu bual secara separa berstruktur. Manakala, untuk murid-murid, saya telah menggunakan teknik temu bual berstruktur untuk mendapatkan maklumat daripada 6 orang murid secara rawak untuk meninjau sejauh manakah minat mereka dalam subjek Sains, penglibatan mereka dalam sesi PdP Sains dan kefahaman untuk subjek Sains. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah seperti di bawah:

Adakah anda suka subjek Sains?

Adakah anda melibatkan diri dalam sesi pembelajaran Sains?

Jika ya, nyatakan cara anda melibatkan diri secara aktif dalam kelas Sains?

Apakah keputusan yang anda dapat dalam ujian Sains yang lepas?

Adakah anda puas hati dengan markah anda? Jika tidak, nyatakan sebab.

Adakah anda suka guru Sains yang sebelumnya?

Jika ya, nyatakan sebab. Jika tidak, nyatakan sebab.

Adakah anda sentiasa patuh kepada arahan guru/peraturan di dalam kelas? Catatan Refleksi Rancangan Pengajaran Harian Selepas sesuatu sesi PdP, saya dikehendaki untuk menulis refleksi mengenai kekuatan dan kelemahan saya berdasarkan PdP yang telah dijalankan. Maklumat yang ditulis merangkumi pemerhatian kawalan kelas semasa PdP dijalankan, penglibatan murid-murid dalam proses pembelajaran Sains dan refleksi kendiri terhadap keadaan sesi PdP yang telah saya jalankan. Lembaran Kerja Dokumen yang saya gunakan adalah dalam bentuk lembaran kerja yang diberikan setiap kali saya mengajar sesuatu topik Sains. Lembaran kerja ini boleh dijadikan sebagai latihan diagnostik untuk menguji sejauh mana murid-murid dapat menguasai apa yang diajar oleh guru. Sebanyak 4 lembaran kerja telah diberikan dalam kajian ini di mana saya boleh menganalisis dan melihat perkembangan murid-murid dari semasa ke semasa.

Page 131: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 108-123

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

115

Soal Selidik Saya telah menggunakan kaedah soal selidik secara berstruktur untuk mengukur perubahan displin murid-murid. Soal selidik yang digunakan terdiri daripada 7 soalan. Murid-murid diminta untuk menandakan “Ya/Tidak” pada soalan-soalan yang berkenaan. Soal selidik yang sama diberikan dalam intervensi pra dan intervensi pos. Intervensi pra diberikan semasa saya masuk ke kelas pada pertama kali manakala intervensi pos diberikan selepas sistem ganjaran diperkenalkan dan telah dilaksanakan untuk dua bulan. Saya melibatkan semua murid dalam kelas saya untuk soal selidik ini. Cara Menganalisis Data Data Pemerhatian Dari segi pemerhatian, saya menganalisis borang pemerhatian yang telah saya rekodkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kelas saya. Saya membuat catatan pemerhatian dengan menggunakan borang pemerhatian sebanyak 4 kali dalam tempoh dua bulan. Selain membuat pemerhatian, saya juga menganalisis kandungan foto-foto yang telah diambil semasa sesi PdP Sains dijalankan. Catatan Refleksi Rancangan Pengajaran Harian Kandungan catatan refleksi pengajaran harian dianalisis untuk menilai keberkesanan pelaksanaan sistem ganjaran dalam menangani tingkah laku disruptif murid-murid dan penglibatan mereka dalam sesi PdP kelas Sains. Maklumat yang diperoleh daripada catatan refleksi ini termasuklah pemerhatian PdP, reaksi murid, tingkah laku murid serta keberkesanan sistem ganjaran dalam PdP Sains.

Lembaran Kerja Lembaran kerja yang diberikan kepada murid-murid disemak untuk menilai sejauh mana murid-murid dapat menguasai isi pembelajaran yang disampaikan oleh guru selepas sistem ganjaran diperkenalkan dan diaplikasikan dalam kelas. Kandungan dianalisis dari aspek kesesuaian dan ketepatan jawapan yang dijawab oleh murid-murid. Rekod Temu Bual Rekod temu bual dengan murid-murid dianalisis untuk mengesahkan sama ada penglibatan murid dalam sesi PdP menunjukkan penglibatan yang positif selepas sistem ganjaran diperkenalkan di dalam kelas. Pengekodan temu bual untuk setiap transkrip yang dilakukan terhadap 6 orang murid secara rawak telah dicatatkan. Soal Selidik Untuk data borang soal selidik, saya menganalisis dengan mengira kekerapan dalam bentuk peratusan (%) dan frekuensi iaitu dengan cara mengira bilangan “ Ya” dan “Tidak”. Cara-cara Menyemak Data Triangulasi masa Tempoh pelaksanaan bagi kajian penyelidikan mengambil masa selama dua bulan semasa praktikum Fasa III. Saya menetapkan tempoh masa dua bulan agar saya dapat meneliti dan memerhati segala proses dalam kajian untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat dan betul.

Page 132: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 108-123

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

116

Triangulasi kaedah Saya telah memilih triangulasi kaedah iaitu penggunaan kaedah yang berbeza untuk mengumpul data seperti pemerhatian, temu bual, soal selidik analisis dokumen dan sebagainya untuk peserta kajian yang sama. Kesemua sumber yang saya gunakan adalah bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan sistem ganjaran yang diaplikasikan dalam PdP saya. Triangulasi penyelidik Saya telah membuat semakan semula dengan guru pembimbing saya dan rakan sepraktikum saya tentang pandangan mereka untuk pengesahan data penyelidikan saya. Ini boleh dilaksanakan melalui pemberian komen oleh mereka semasa pemerhatian PdP saya bagi menjamin apa yang disemak adalah betul dan tidak tersasar dengan kajian yang saya fokuskan tersebut.

Refleksi

Refleksi dapatan

Sejauh manakah penggunaan sistem ganjaran dapat mengurangkan tingkah laku disruptif murid-murid Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di bandar Kuching semasa pengajaran Sains?

Guru pembimbing saya iaitu Puan Nor telah membuat pemerhatian terhadap kelas saya pada 3 Mac 2014 dan 10 April 2014. Jadual 2 dan Jadual 3 menunjukkan catatan beliau tentang pemerhatian tingkah laku disruptif murid-murid semasa kelas saya pada kedua-dua hari tersebut. Merujuk kepada kedua-dua jadual di bawah, jelas kelihatan bahawa kelakuan disruptif murid-murid semasa PdP Sains menunjukkan perubahan ke arah positif. Tingkah laku negatif kelihatan berkurangan.

Jadual 2 Borang pemerhatian kelas pada 3 Mac 2014

Borang Pemerhatian

Tarikh: 3 Mac 2014

Aspek Pemerhatian

Permulaan kelas Murid-murid masih belum bersedia untuk sesi PdP

Penglibatan murid dalam PdP

Sebahagian murid sangat lemah dalam memahami apa yang dijelaskan oleh guru

Beberapa orang murid agak malu untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru

Tingkah laku negatif yang berlaku semasa PdP

Suasana kelas sangat bising apabila mereka membuat aktiviti kumpulan

Murid-murid Kumpulan Merah bergaduh disebabkan salah seorang daripada mereka cuba mengambil kertas tanpa kebenaran

Beberapa orang murid yang keluar ke tandas dengan kerap.

Beberapa orang murid yang bertukar tempat duduk sesuka hati

Beberapa orang murid lelaki yang suka menoleh ke belakang untuk bercakap dengan kawan mereka

Dua orang murid lelaki membaling gumpalan kertas kepada murid perempuan semasa PdP

Page 133: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 108-123

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

117

Jadual 3 Borang pemerhatian kelas pada 10 April 2014

Borang Pemerhatian

Tarikh 10 April 2014

Aspek Pemerhatian

Permulaan kelas Murid-murid mula mengeluarkan buku-buku Sains sebaik sahaja melihat guru masuk kelas

Penglibatan murid dalam PdP

Murid-murid menjawab soalan yang mereka tahu secara sukarela.

Murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti berkumpulan.

Sebahagian murid bertanya soalan yang mereka tidak fahami di dalam kelas

Murid-murid berbincang dan menghabiskan tugas yang diberikan dalam masa yang diberikan

Murid-murid yang lebih lemah dalam pencapaian dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru

Tingkah laku negatif yang berlaku semasa PdP

Hanya seorang murid yang membuat kerja sendiri semasa guru mengajar

Saya juga meminta rakan sepraktikum saya untuk membuat pemerhatian terhadap kelas Sains saya pada 6 Mac 2014 dan 7 April 2014. Jadual menunjukkan catatan beliau tentang tingkah laku disruptif murid-murid semasa PdP saya dijalankan semakin berkurangan. Kebanyakan murid menunjukkan minat dan perubahan tingkah laku yang positif.

Jadual 4 Catatan rakan sepraktikum tentang pemerhatian tingkah laku disruptif oleh murid murid pada 6 Mac 2014 dan 7 April 2014

Pencatat : Rakan Sepraktikum

Tarikh 6 Mac 2014 7 April 2014

Permulaan kelas

Kelas sangat bising

Murid-murid tidak berdiri untuk mengucapkan “Selamat Pagi” walaupun telah melihat guru berdiri di depan kelas

Murid-murid bersedia untuk sesi PdP apabila melihat guru berdiri di depan kelas

Murid-murid memberi salam kepada guru

Tingkah laku negatif yang berlaku semasa PdP

Murid-murid berteriak dan menjerit apabila seorang murid lelaki memarahi perkataan kesat

Beberapa orang murid keluar ke tandas tanpa keizinan guru.

Tiga orang murid lelaki yang nakal bermain di bawah meja semasa PdP dijalankan

Beberapa orang murid perempuan yang suka menoleh ke belakang untuk bercakap dengan kawan mereka

Kumpulan-kumpulan lain akan berteriak apabila kumpulan yang dipanggil oleh guru untuk menjawab soalan gagal memberi jawapan yang tepat

Hanya seorang murid sahaja yang lupa membawa buku-buku Sains

Seorang murid yang menangis sebab diambil penselnya oleh seorang murid lelaki

Sesetengah murid bercakap semasa guru mengajar, tetapi tidak lagi bercakap apabila guru menegur mereka

Page 134: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 108-123

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

118

Gambar foto juga diambil sebagai bahan sokongan. Gambar foto1 dan gambar foto 2 merupakan gambar foto yang diambil pada 6 Mac 2014 dan 7 April 2014. Berbanding dengan gambar footo 1 di mana murid-murid menunjukkan tingkah laku disruptif, gambar foto 2 menunjukkan murid-murid menumpukan perhatian semasa guru mengajar di depan.

Selain temu bual, soal selidik turut diberikan ke atas 37 orang murid dari kelas Tahun Empat. Soalan-soalan soal selidik yang diberikan adalah sama dengan soalan-soalan yang diberikan sebelum penggunaan sistem ganjaran di dalam kelas pada 27 Februari 2014. Dapatan kajian soal selidik menunjukkan penglibatan murid telah meningkat, jika dibandingkan dengan dapatan soal selidik pada tinjauan awal Jadual 1. Jadual 5 Dapatan soal selidik murid Tahun Empat selepas penggunaan sistem ganjaran diaplikasikan dalam proses pembelajaran Sains Item Perkara Kekerapan

Ya Tidak

1 Saya suka subjek Sains 35 (94.59%)

2 (5.40%)

2 Saya selalu melibatkan diri dalam aktiviti Sains

35 (94.59%)

2 (5.40%)

3 Saya selalu bercakap dengan kawan semasa guru mengajar

1 (2.70%)

36 (97.30%)

4 Saya mematuhi arahan guru 37 (100.00%)

0 (0.00%)

5 Saya selalu dimarahi dan dihukum oleh guru

3 (8.11%)

34 (91.89%)

6 Saya berasa bosan dalam kelas Sains 1 (2.70%)

36 (97.30%)

7 Saya suka aktiviti berkumpulan 37 (100.00%)

0 (0.00%)

Selepas sistem ganjaran diperkenalkan, kelas dapat dikawal dengan baik. Item ketiga telah meningkat ke 97.30% (36 orang murid) di bahagian kekerapan “Tidak” berbanding dengan Jadual 3 di mana terdapat 27 (72.97%) orang murid sahaja yang memberikan maklum balas “Tidak”. Untuk item keempat, 37 (100%) orang murid yang menandakan “Ya” berbanding dengan jadual 3 di mana hanya terdapat 20 (54.05%) orang murid yang menandakan “Ya”.

Gambar foto 2. Murid-murid menumpukan perhatian semasa guru mengajar di depan kelas

Gambar foto 1. Murid-murid membuat kerja sendiri walaupun guru mengajar di depan kelas

Page 135: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 108-123

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

119

Sejauh manakah penggunaan sistem ganjaran dapat meningkatkan kefahaman Sains murid-murid Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di bandar Kuching ?

Selepas sistem ganjaran diperkenalkan di dalam kelas saya, murid-murid menunjukkan minat dalam pembelajaran Sains. Hal ini jelas kelihatan melalui lembaran kerja yang diberikan kepada mereka. Biasanya, saya meminta murid-murid untuk menyiapkan lembaran kerja dalam kumpulan agar mereka boleh berbincang antara satu sama lain. Ini adalah untuk meninjau sejauh mana mereka dapat bekerjasama dalam kumpulan tanpa menunjukkan tingkah laku disruptif. Pemberian “bintang” juga diberikan kepada kumpulan yang dapat menyiapkan kerja dengan baik.

Melalui analisis lembaran kerja Kumpulan Hijau pada 3 Mac 2014, 17 Mac 2014 dan 14 April 2014, mereka telah menunjukkan peningkatan dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan. Pada lembaran kerja bertarikh 3 Mac 2014, murid-murid Kumpulan Hijau banyak membuat kesalahan walaupun topik ini telah dijelaskan dan dibincangkan dalam PdP. Untuk lembaran kerja bertarikh 17 Mac 2014, murid-murid dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik dibandingkan dengan lembaran pertama yang diberikan. Untuk lembaran kerja bertarikh 14 April 2014, soalan yang diberikan adalah berada pada tahap penguasaan 5 dalam standard kandungan KSSR Sains Tahun 4. Murid-murid dapat menjawab soalan dengan tepat sekali tanpa kesalahan. Dalam ketiga-tiga lembaran ini, murid-murid menunjukkan peningkatan dalam pemahaman Sains dalam tempoh dua bulan.

Selain itu, saya juga menganalisis catatan refleksi saya selepas PdP dijalankan. Daripada catatan refleksi saya pada 3 Mac 2014 dan 10 April 2014, murid-murid telah menunjukkan sikap yang positif selepas sistem ganjaran diperkenalkan. Mereka amat teruja untuk mendapat bilangan “Bintang” yang paling banyak daripada saya.

Rajah 3. Lembaran kerja

pada 17 Mac 2014

Rajah 4. Lembaran kerja pada 14 April 2014

Rajah 2. Lembaran kerja pada 3 Mac 2014

Rajah 2. Lembaran kerja pada 3 Mac 2014

Rajah 4. Lembaran kerja

pada 14 April 2014

Page 136: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 108-123

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

122

Tarikh : 3 Mac 2014

Kekuatan

Guru dapat mengenalpasti murid-murid yang bermasalah disiplin di dalam kelas

Teguran dan amaran diberikan kepada murid-murid yang berkelakuan disruptif semasa PdP dijalankan

Guru menjelaskan lagi bahagian yang tidak difahami oleh murid-murid, khususnya semasa membuat lembaran kerja

Murid-murid perlu dibimbing oleh guru untuk menjawab lembaran kerja yang diberikan

Tarikh : 10 April 2014

Kekuatan

Murid-murid peka terhadap pemberian “Bintang” sebagai ganjaran

Murid-murid aktif dalam menjawab soalan yang ditanya oleh guru

Murid-murid boleh membuat lembaran kerja dengan betul tanpa dijelaskan berkali-kali oleh guru

Ketua setiap kumpulan dapat memastikan ahli kumpulan mereka bersikap baik semasa PdP dijalankan

Rajah 5 .Catatan refleksi guru tentang peningkatan pencapaian murid-murid dalam Sains pada 3 Mac 2014 dan 10 April 2014. Daripada Rajah 5, saya telah mengenalpasti kekuatan PdP sebelum dan selepas sistem ganjaran diperkenalkan di dalam bilik darjah. Sebelum menggunakan sistem ganjaran, saya dapat mengenalpasti murid-murid bermasalah disiplin di dalam kelas saya. Ini dapat membantu saya dalam mengubah tingkah laku disruptif mereka. Selepas sistem ganjaran digunakan pada 10 April 2014, saya mendapati murid-murid amat peka dalam pemberian “bintang” sebagai ganjaran, maka mereka akan berusaha untuk menunjukkan sikap yang baik di dalam kelas bagi mendapatkan “bintang”. Murid-murid juga dilihat dapat menyiapkan lembaran kerja tanpa dijelaskan berkali-kali oleh guru dibandingkan dengan catatan refleksi bertarikh 3 Mac 2014.

Sejauh manakah penggunaan sistem ganjaran dapat meningkatkan penglibatan murid-murid Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di bandar Kuching dalam proses pembelajaran Sains?

Persoalan ketiga ini telah dijawab dengan menggunakan dua instrumen pengumpulan data iaitu temu bual dan soal selidik. Saya telah menemu bual 6 orang murid secara rawak daripada setiap kumpulan pada 22 April 2014. Dapatan data temu bual menunjukkan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran Sains. Transkrip temu bual ditunjukkan dalam Rajah 6 dan Rajah 7.

Saya : Adakah anda melibatkan diri dalam sesi pembelajaran Sains? Dionysius : Ya Asha : Ya Steve : Ada Audrey : Ya Eva : Ada Dfetzer : Ya

Rajah 6. Transkrip temu bual daripada enam orang murid daripada setiap kumpulan Tahun Empat. (SEL TB01 22042014)

120

Page 137: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 108-123

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

122

Saya : Jika ya, nyatakan cara anda melibatkan diri secara aktif dalam kelas Sains?

Dionysius : Ya, saya selalu menjawab soalan yang cikgu tanya di dalam kelas Asha : Ya. Saya membuat aktiviti berkumpulan dengan bersungguh-sungguh Steve : Ada. Saya akan angkat tangan apabila guru tanya soalan

Audrey : Saya selalu menyiapkan lembaran kerja dan juga membuat aktiviti kumpulan di dalam kelas

Eva : Ada. Saya bantu guru untuk menulis jawapan di papan putih. Saya juga selalu menjawab soalan walaupun saya tidak pandai

Dfetzer : Ya. Saya membuat aktiviti kumpulan. Saya juga suka menjawab soalan yang ditanya oleh guru

Rajah 7. Transkrip temu bual daripada enam orang murid daripada setiap kumpulan Tahun Empat. (SEL TB02 22042014) Melalui transkrip temu bual (SEL TB01 22042014) dan (SEL TB02 22042014), saya telah melihat respons positif enam orang murid daripada setiap kumpulan terhadap penglibatan mereka dalam proses pembelajaran Sains. Murid-murid memberikan jawapan “Ya” atau “Ada” dalam melibatkan diri dalam proses pembelajaran Sains. Cara-cara mereka melibatkan diri secara aktif dalam Kelas Sains adalah dijawab dalam Rajah 7. Bagi kelas yang terdiri daripada murid-murid yang kebanyakan bermasalah dari segi kelakuan disruptif serta lemah dalam pencapaian Sains, murid-murid telah menunjukkan usaha yang amat positif dengan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran setelah sistem ganjaran diperkenalkan. Mereka aktif dan berusaha untuk mendapatkan ganjaran daripada guru.

Selain temu bual, soal selidik turut diberikan ke atas 37 orang murid dari kelas Tahun Empat. Soalan-soalan soal selidik yang diberikan adalah sama dengan soalan-soalan yang diberikan sebelum penggunaan sistem ganjaran di dalam kelas pada 27 Februari 2014. Merujuk kepada jadual di bawah, dapatan soal selidik telah menunjukkan peningkatan positif dalam kalangan murid-murid. Item kedua dan item ketujuh yang ditunjukkan dalam Jadual 6 adalah berkaitan dengan penglibatan murid-murid dalam proses pembelajaran Sains. Kedua-dua item tersebut menunjukkan peningkatan berbanding dengan soal selidik yang diberikan pada 27 Februari 2014, iaitu sebelum sistem ganjaran diperkenalkan di bilik darjah.

Jadual 6 Dapatan soal selidik murid Tahun Empat selepas penggunaan sistem ganjaran diaplikasikan dalam proses pembelajaran Sains Item Perkara Kekerapan

Ya Tidak

1 Saya suka subjek Sains 35 (94.59%)

2 (5.40%)

2 Saya selalu melibatkan diri dalam aktiviti Sains

35 (94.59%)

2 (5.40%)

3 Saya selalu bercakap dengan kawan semasa guru mengajar

1 (2.70%)

36 (97.30%)

4 Saya mematuhi arahan guru 37 (100.00%)

0 (0.00%)

5 Saya selalu dimarahi dan dihukum oleh guru

3 (8.11%)

34 (91.89%)

6 Saya berasa bosan dalam kelas Sains 1 (2.70%)

36 (97.30%)

7 Saya suka aktiviti berkumpulan

37 (100.00%)

0 (0.00%)

121

Page 138: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 108-123

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

122

Rajah 8. Perbandingan dapatan soal selidik sebelum dan selepas sistem ganjaran

diperkenalkan semasa proses pembelajaran Sains untuk murid-murid Tahun Empat. Refleksi Amalan Kendiri Sepanjang melaksanakan penyelidikan tindakan ini, saya telah banyak memperoleh pengetahuan dan pengalaman baharu. Antara kelebihan yang saya peroleh termasuklah didedahkan kepada cara pelaksanaan kajian tindakan. Kajian ini membolehkan saya membuat tinjauan terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid di kelas saya. Apabila saya mengenalpasti masalah kawalan kelas, saya membuat keputusan untuk membuat kajian tentang cara mengawal kelas dengan menggunakan sistem ganjaran. Saya juga menjadi lebih prihatin dan peka terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Saya menyedari bahawa saya perlu menjadi lebih prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya supaya saya dapat membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi semasa proses PdP. Contohnya, saya dapat mengesan bahawa kelas saya terdiri daripad murid-murid yang mempunyai pelbagai jenis masalah seperti masalah disiplin dan masalah pembelajaran. Sebagai guru, saya perlu peka dan sentiasa bersedia membuat perubahan terhadap pengaplikasian teknik-teknik pengajaran yang sedia ada agar saya dapat membantu murid-murid saya untuk mencapai kecemerlangan.

0 5

10 15 20 25 30 35 40

1 2 3 4 5 6 7

Bila

nga

n M

uri

d

Item

Perbandingan Bilangan Murid yang Menjawab "Ya" dalam Item-Item Borang Soal Selidik Sebelum dan Selepas

Penggunaan Sistem Ganjaran dalam PdP Sains

27-Feb-14

24-Apr-14

Page 139: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 108-123

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

123

Cadangan Kajian Seterusnya Selepas melaksanakan kajian ini, saya berhasrat untuk melanjutkan kajian seperti ini kepada kitaran yang seterusnya. Kajian yang saya laksanakan ini hanya dijalankan untuk murid-murid Tahun Empat Orkid di SK Arif sahaja. Oleh itu, cadangan-cadangan bagi kajian lanjutan adalah seperti di bawah:-

a. Kajian yang melibatkan sampel murid dari kelas-kelas lain yang berlainan umur.

b. Kajian yang melibatkan sampel murid dari sekolah-sekolah luar bandar agar pencapaian murid dapat dipertingkatkan melalui penggunaan sistem ganjaran.

c. Kajian yang melibatkan murid-murid yang berprestasi lemah dalam pencapaian PdP di sesebuah kelas agar dapat memupuk minat mereka dalam pembelajaran Sains.

d. Melibatkan murid-murid bukan sahaja dalam penggunaan sistem ganjaran, malah juga menggunakan hukuman atau peneguhan negatif.

Rujukan

Canter, Lee. & Canter, Marlene. (1976). Assertive discipline: A take-charge approach for today's educator. California: Lee Canter and Associates.

Giesbrecht , Shelly. (t.t.). Reward Systems That Work: What to Give and When to Give it! Dipetik daripada Education World dari http://www.educationworl d.com/a_curr/curr301.shtml

Haliza Hamzah. &Joy, N. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hii Y. C. (2012). Meningkatkan Pembelajaran Sains Murid-murid Tahun Empat

MelaluiKawalan Kelas dengan Kaedah Sistem Ganjaran. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms. 147-164

Khalim Zainal. (t.t). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti. Jurnal Pengajian Umum Bil. 9, m.s. 43-56

Mohamad, Zambry. (3 November, 2009). Sistem Ganjaran Lebih Berkesan. Dipetik pada 1 Mac, 2014, daripada Utusan Online dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1103&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Page 140: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 124-139

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

124

KEBERKESANAN PENGGABUNGJALINAN SENI VISUAL TERHADAP MINAT, PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN MURID TAHUN TIGA

DALAM SAINS DI KUCHING

Kelly Sim Boon Hui

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggabungjalinan seni visual ke atas minat, penglibatan dan pencapaian murid Tahun Tiga dalam pembelajaran Sains. Peserta kajian ini terdiri daripada empat orang murid Tahun Tiga dari sebuah sekolah di Kuching. Mereka dipilih daripada golongan yang berpencapaian rendah dan tidak berminat dalam Sains. Data kajian dikumpul melalui kaedah pemerhatian, temu bual, soal selidik, ujian data awal pencapaian dan ujian data kesan tindakan serta penyemakan lembaran kerja. Triangulasi kaedah dan penyelidik digunakan untuk tujuan penyemakan data bagi meningkatkan kesahan hasil dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan penggabungjalinan seni visual berupaya untuk meningkatkan minat, penglibatan dan pencapaian keempat-empat peserta kajian dalam pembelajaran Sains. Kajian lanjutan dicadangkan untuk mengkaji keberkesanan penggabungjalinan seni halus contohnya nyanyian dan tarian dalam pembelajaran Sains.

Kata kunci: keberkesanan, penggabungjalinan, seni visual, minat, penglibatan, pencapaian, pembelajaran Sains, seni halus

Abstract

The purpose of this study was to investigate the effectiveness of integration of visual arts in enhancing the interest, participation and achievement of Year Three students in Science learning. The participants in this study consisted of four Year Three students of a school in Kuching. The four students were selected among those who have lower levels of achievement and are not interested in Science. The data for this study was collected through observation, interview, questionnaire, early achievement test, impact action test and marking of worksheets. Method and researcher triangulations were used to check the validity of data to enhance the results of the study. The result showed that integration of visual arts was effective in enhancing the interest, participation and achievement of the four students in Science. Further studies were proposed to investigate the effectiveness of integration of fine arts such as singing and dancing in the learning of Science.

Keywords: effectiveness, integration, visual arts, interest, participation, achievement, Science learning, fine arts

Page 141: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 124-139

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

125

Pengenalan Konteks Sepanjang program PISMP yang sedang saya ikuti sekarang, saya telah menjalani tiga fasa praktikum di sekolah yang berbeza. Ketiga-tiga buah sekolah ini telah memberi pengalaman yang berlainan kepada saya daripada pelbagai aspek. Antaranya masalah yang dihadapi termasuk kawalan kelas, masalah komunikasi, masalah mencapai objektif pembelajaran dan sebagainya.

Bagi praktikum fasa tiga pula, saya telah menjalani praktikum di sekolah SM selama tiga bulan. Saya mendapati kebanyakan murid-murid Tahun 3 kelas saya asyik membuat perkara sendiri seperti melukis, mewarna ataupun membuat kad-kad kecil semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Senario ini telah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, masalah ini telah menarik perhatian saya untuk menjadikannya sebagai isu keprihatinan dalam penyelidikan tindakan saya.

Fokus Kajian/ Isu Keprihatinan Setelah beberapa minggu mengajar di kelas Tahun 3V, saya mendapati terdapat beberapa orang murid yang kurang memberi perhatian di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Mereka selalu membuat kerja sendiri dan tidak memberi perhatian kepada pengajaran guru. Antara “kerja sendiri” yang dibuat oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan termasuk melukis di dalam diari, mewarna, membuat kad-kad kecil dan sebagainya.

Apabila ditanya soalan, mereka gagal memberi jawapan yang dikehendaki dan kadang-kala baru ingin membuka buku teks dan berpura-pura mencari jawapan. Selain itu, apabila disuruh untuk melengkapkan latihan pengukuhan di dalam buku aktiviti, mereka langsung tidak menjawab. Sebaliknya, mereka mewarna gambar-gambar dalam buku aktiviti. Apabila ditanya sebab tidak menjawab soalan latihan pengukuhan, mereka memberi alasan seperti “tidak faham” ataupun “tidak pandai”.

Menyedari keadaan ini, saya telah membuat keputusan untuk menggabungjalinkan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Tujuan menggabungjalinkan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik minat murid-murid kepada matapelajaran Sains dan juga meningkatkan penglibatan mereka di dalam kelas. Apabila murid-murid berminat dan melibatkan diri, secara tidak langsung pembelajaran bermakna diwujudkan dan kefahaman mereka diperkukuhkan.

Saya telah menjalankan tinjauan awal terhadap peserta kajian saya melalui tiga teknik pengumpulan data, termasuklah kaedah pemerhatian, temu bual dengan guru Sains,dan juga penyemakan lembaran kerja murid untuk memastikan kewujudan masalah ini secara mendalam. Sepanjang pemerhatian saya, saya mendapat beberapa orang murid yang tidak menumpu perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka langsung tidak mengeluarkan buku Sains mereka. Sebaliknya, mereka membuat kerja sendiri, contohnya, melukis gambar kegemaran mereka, melukis kartun di dalam buku diari, mewarna gambar rajah dalam buku aktiviti dan juga membuat

Page 142: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 124-139

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

126

kad-kad kecil untuk kawan mereka. Apabila ditanya soalan berkaitan dengan kandungan pembelajaran, mereka langsung tidak mampu untuk menjawab. Tingkah laku mereka menunjukkan mereka langsung tidak berminat akan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalanakan. Rajah 1 menunjukkan salah seorang murid yang sedang melukis gambar dirinya dan juga kawan-kawannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains dijalankan.

Rajah 1. Murid yang melukis gambar semasa waktu Sains

Saya juga telah menjalankan temu bual dengan guru Sains tahun 3V. Beliau telah mengajar kelas 3V sejak Tahun 1 dan selalu menggunakan kaedah “chalk and talk” ataupun LCD mengikut keperluan topik. Menurut beliau, sebenarnya beliau juga mendapati beberapa orang murid yang selalu tidak menumpu perhatian di dalam kelas Tahun 3V. Beberapa orang murid ini merupakan murid yang berpencapaian lemah dalam matapelajaran Sains dan gagal dalam ujian bulanan Januari yang lepas. Mereka mudah hilang fokus dan tidak berminat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau berpendapat bahawa mereka lebih suka akan waktu Pendidikan Seni Visual berbanding dengan waktu Sains. Saya telah menyemak lembaran kerja murid murid-murid Tahun 3V sebelum melaksanakan kajian tindakan saya. Saya mendapati terdapat empat orang murid yang menghadapi masalah menjawab soalan lembaran kerja. Murujuk kepada markah ujian bulanan Januari, mereka adalah murid yang berpencapaian rendah dalam matapelajaran Sains.

Objektif Kajian Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau keberkesanan penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi a. meningkatkan minat empat orang murid Tahun 3V dalam pembelajaran Sains

di sebuah sekolah rendah di Kuching. b. meningkatkan penglibatan empat orang murid Tahun 3V dalam pembelajaran

Sains di sebuah sekolah rendah di Kuching. c. meningkatkan pencapaian empat orang murid Tahun 3V dalam pembelajaran

Sains di sebuah sekolah rendah di Kuching.

Page 143: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 124-139

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

127

Soalan Kajian Kajian ini dijalankan untuk membantu menjawab soalan-soalan berikut: a. Sejauh manakah penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Sains dapat meningkatkan minat empat orang murid Tahun 3V dalam pembelajaran Sains di sebuah sekolah rendah di Kuching?

b. Sejauh manakah penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dapat meningkatkan penglibatan empat orang murid Tahun 3V dalam pembelajaran Sains di sebuah sekolah rendah di Kuching?

c. Sejauh manakah penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dapat meningkatkan pencapaian empat orang murid Tahun 3V dalam pembelajaran Sains di sebuah sekolah rendah di Kuching?

Perancangan Dan Perlaksanaan Tindakan

Perancangan Tindakan Saya telah merancang dan melaksanakan kajian tindakan saya berdasarkan empat langkah kajian tindakan dalam Model Kemmis & McTaggart (1998). Antara empat langkah dalam model ini ialah mereflek, merancang, melaksana dan memerhati (Rosinah Edinin, 2012). Langkah-langkah perancangan dan pelaksanaan tindakan saya adalah seperti berikut: Langkah 1: Mereflek Refleksi dibuat terhadap isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak diatasi. Tinjauan awal dijalankan di kelas Tahun 3V untuk mengenalpasti masalah yang wujud. Isu fokus kajian yang dikenalpasti ialah masalah murid-murid tidak menumpu perhatian serta membuat kerja sendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid yang bermasalah dikenalpasti dan dijadikan sebagai peserta-peserta kajian. Langkah 2 : Merancang Data tinjauan awal dikumpulkan sebagai bukti kepada masalah yang dikenalpasti. Kaedah pengumpulan data awal termasuk kaedah pemerhatian, temu bual dan juga penyemakan lembaran kerja murid-murid. Saya telah memilih tajuk “Manusia” untuk menjalankan kajian tindakan saya. Aktiviti kumpulan dirancang berpandukan minat murid dengan menggabungjalinkan seni visual dalam perancangan aktiviti. Antara aktiviti yang dirancang termasuk aktiviti memadankan gigi dan fungsi, aktiviti melukis dan melabel struktur gigi, dan juga aktiviti gigi sihat dan gigi rosak. Kajian tindakan saya melibatkan empat orang peserta kajian dari Tahun 3V yang selalu tidak menumpu perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Aktiviti kumpulan dirancang selaras dengan standard pembelajaran yang digariskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3. Langkah 3 : Bertindak Aktiviti-aktiviti kumpulan yang dijalankan dengan menggabungjalinkan seni visual termasuk aktiviti memadankan gigi dan fungsi, aktiviti membuat dan melabel struktur gigi, dan juga aktiviti gigi sihat dan gigi rosak. Langkah-langkah menjalankan aktiviti itu adalah seperti berikut: (a) Aktiviti memadankan gigi dan fungsi

1. Gambar gigi, nama gigi dan fungsi gigi telah dicetak dan diberi kepada murid-murid.

Page 144: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 124-139

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

128

2. Murid-murid dikehendaki mengenalpasti jenis gigi, nama gigi dan fungsi gigi. 3. Murid-murid melekat gambar gigi dengan nama dan fungsi gigi mengikut

padanan yang betul.

(b) Aktiviti melukis dan melabel struktur gigi 1. 5 keping kertas warna yang berwarna kuning, putih, jingga, merah jambu

dan merah diberi kepada setiap kumpulan. 2. Nama bahagian struktur gigi seperti enamel, dentin, gusi, saraf dan salur

darah juga dicetak dan diberi setiap kumpulan. 3. Murid-murid dikehendaki melukis bahagian struktur gigi dan melekat

bersama untuk menjadi sebatang gigi yang mempunyai struktur dalaman. 4. Murid-murid dikehendaki melabel struktur gigi yang dihasilkan dengan

nama label nama yang diberi.

(c) Aktiviti gigi sihat dan gigi sakit 1. Murid-murid diberi arahan untuk mencari gambar makanan yang berbagai

jenis dari buku, majalah, internet, surat khabar dan lain-lain sumber yang mudah didapati seminggu sebelum waktu Sains.

2. Murid-murid membawa gambar makanan ke sekolah dan mengelas gambar makanan yang dibawa kepada makanan yang sihat untuk gigi manusia dan tidak sihat untuk gigi manusia.

3. Setiap kumpulan diberi satu lembaran kerja yang mengandungi gambar dua batang gigi, iaitu gigi sihat dan gigi sakit.

4. Murid-murid melekatkan jenis makanan yang telah dikelaskan ke gambar gigi yang diberi oleh guru.

(d) Aktiviti melukis poster amalan penjagaan gigi yang sihat

1. Murid-murid diberi arahan untuk melukis poster amalan penjagaan gigi yang sihat.

2. Guru tidak menghadkan jenis amalan yang perlu dirangkumi dalam poster. 3. Murid-murid melukis dan mereka berdasarkan kefahaman dan kreativiti

mereka. Langkah 4 : Memerhati Pemerhatian telah dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian dibuat dari aspek minat dan penglibatan perserta-peserta kajian. Secara keseluruhannya, perkembangan kajian tindakan diperhati dan dinilai. Melalui penggabungjalinan seni visualdalam proses pengajaran dan pembelajaran, diharapkan mampu meningkatkan minat, penglibatan dan juga pencapaian peserta-peserta kajian.Selain daripada memerhati, kaedah pengumpulan data seperti soal selidik, temu bual, penyemakan lembaran kerja peserta-peserta kajian serta ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan juga digunakan.

Kaedah Kajian

Peserta Kajian Seramai 4 orang murid perempuan Tahun Tiga telah melibatkan diri dalam kajian tindakan ini. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan masalah yang sama iaitu minat yang rendah, penglibatan yang pasif dan pencapaian yang rendah dalam pembelajaran Sains.

Page 145: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 124-139

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

129

Etika Penyelidikan Saya telah meminta kebenaran daripada pihak sekolah SK SM, guru pembimbing dan guru kelas untuk menjalankan penyelidikan tindakan ini. Saya juga menyediakan surat persetujuan penyertaan penyelidikan tindakan kepada peserta-peserta kajian yang dipilih. Sebelum memulakan penyelidikan tindakan saya, saya telah menjelaskan tujuan penyelidikan kepada peserta kajian saya iaitu untuk membantu meningkatkan minat, penglibatan dan pencapaian mereka dalam matapelajaran Sains. Teknik mengumpul data Pemerhatian Pemerhatian bagi penggunaan penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran topik “Manusia” telah dijalankan dari 24 Februari 2013 sehingga ke 21 Mac 2013. Aspek yang diperhatikan ialah dari aspek minat dan penglibatan murid. Jenis pemerhatian yang diguanakan ialah jenis pemerhatian berstruktur. Saya telah menggunakan borang pemerhatian untuk merekodkan hasil pemerhatian saya. Gambar digunakan sebagai bahan sokongan kepada data borang senarai semak. Soal Selidik Borang soal selidik disediakan untuk meninjau keberkesanan penggunaan penggabungjalinan seno visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran topik “Manusia” dalam meningkatkan minat dan penglibatan empat orang murid Tahun 3V. Kesemua soalan soal selidik yang disediakan adalah jelas dan mudah difahami. Saya telah memilih soalan-soalan yang berbentuk tertutup supaya mudah ditadbir dan memudahkan peserta-peserta kajian saya untuk menjawab dengan tepat. Jawapan yang perlu diberi oleh responden ialah sama ada “Ya” ataupun ”Tidak”. Temu Bual Saya telah menggunakan temu bual jenis berstruktur dalam kajian ini. Soalan-soalan yang disediakan dalam bentuk teratur supaya respon yang spesifik diperolehi. Soalan temu bual yang disediakan merangkumi aspek minat, penglibatan dan pencapaian peserta-peserta kajian dalam pembelajaran Sains. Nama samaran telah diberi kepada peserta-peserta kajian dalam temu bual. Catatan telah dibuat semasa sesi temu bual dan data-data yang diperoleh telah ditaip ke dalam komputer untuk dianalisis. Ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan Ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan dikendalikan sebelum dan selepas penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian awal pencapaian dan ujian kesan disediakan dengan berpandukan kepada buku rujukan Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3. Format dan kandungan soalan bagi ujian awal pencapaian dan ujian kesan adalah sama. Format ujian merangkumi lima soalan struktur. Kertas ujian disemak, direkod dan dianalisis. Markah penuh untuk ujian ialah 100%. Lembaran Kerja Murid Penyemakan lembaran kerja peserta-peserta kajian juga merupakan salah satu kaedah pengumpulan data. Lembaran kerja yang disemak merujuk kepada latihan pengukuhan yang diberi kepada peserta-peserta kajian selepas tamat sesuatu sesi

Page 146: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 124-139

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

130

pengajaran dan pembelajaran. Peserta-peserta menjawap soalan lembaran kerja di dalam kelas pada sesi aplikasi. Jawapan yang diberi oleh peserta-peserta kajian dalam lembaran kerja mereka jelas menunjukkan kefahaman dan juga tahap penguasaan mereka bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Jadi, saya menilai perkembangan dan kemajuan peserta-peserta kajian melalui lembaran kerja yang diberikan. Teknik Menganalisis Data Analisis Kandungan Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data kualitatif seperti data borang pemerhatian, temu bual, lembaran kerja murid dan gambar. Bagi analisis kandungan data temu bual, saya memberi tumpuan kepada maklumat penting dalam transkrip temu bual. Kemudian, maklumat penting dikategorikan bagi membentuk tema untuk menjawab soalan kajian. Selepas itu, saya menyusun data dalam grid analisis. Penentuan isu berasaskan persoalan kajian dilakukan dan seterusnya diikuti dengan aktiviti kajian susulan untuk membuat penambahbaikan tindakan intervensi yang dijalankan. Saya telah menyemak dan menanda setiap lembaran kerja yang diberi kepada peserta-peserta kajian serta memberikan skor berpandukan soalan yang dijawab dengan betul. Saya juga menganalisis kandungan soal selidik yang diisi oleh responden selepas kajian. Saya telah mengira bilangan dan peratus peserta-peserta kajian yang menjawab Ya dan Tidak bagi item soal selidik. Selain itu, saya juga menganalisis borang pemerhatian dan kandungan gambar yang diambil sebelum dan selepas menggunakan kaedah penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, saya dapat memerhati dan membuat interpretasi terhadap tingkah laku peserta kajian. Analisis Deskriptif Statistik Teknik ini digunakan untuk menganalisis data kuantitatif seperti data yang dikumpul melalui ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan. Analisis deskriptif statistik juga digunakan untuk mengira nilai min bagi keputusan ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan sebelum dan selepas penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Kaedah ini menunjukkan perubahan dalam pencapaian peserta kajian dalam pembelajaran Sains. Teknik Menyemak Data Triangulasi kaedah Saya telah memilih triangulasi antara kaedah iaitu penggunaan kaedah yang berbeza untuk mengumpul data bagi setiap persoalan kajian. Triangulasi antara kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual, penyemakan lembaran kerja murid dan juga ujian awal pencapaian dan ujian kesan dilaksanakan untuk memastikan kepercayaan data yang dikumpul. Saya menggunakan tiga instrumen dalam pengumpulan data bagi setiap persoalan kajian saya. Tujuan triangulasi kaedah adalah untuk mengelakkan perbezaan data yang dianalisis. Dengan menggunakan triangulasi kaedah, data yang diperolehi disahkan dan mampu menjawab persoalan kajian secara berkesan.

Page 147: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 124-139

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

131

Triangulasi penyelidik Dari segi triangulasi penyelidik pula, saya telah meminta bantuan daripada rakan kolaborasi saya, saudari T (nama samaran) untuk menolong saya dalam penyemakan data. Saudari T akan menolong saya untuk membuat semakan hasil lembaran kerja dan ujian awal pencapaian serta ujian kesan tindakan bagi peserta-peserta kajian saya. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kesan bias terhadap peserta-peserta kajian.

Refleksi Refleksi Dapatan

Sejauh manakah penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dapat meningkatkan minat empat orang murid Tahun 3V dalam pembelajaran Sains di sebuah sekolah rendah di Kuching?

Peningkatan minat murid yang ketara ditunjukkan melalui pemerhatian yang dijalankan. Berdasarkan data yang dikumpul dalam borang pemerhatian (Jadual 1), keempat-empat orang peserta kajian telah mampu menjawab soalan yang ditanya oleh guru, melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan serta melengkapkan soalan dalam buku aktiviti dengan tepat selepas penggbungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sepanjang pelaksanaan aktiviti, murid-murid kelihatan bersemangat dan menunjukkan daya usaha untuk menjalankan aktiviti Sains. Data pemerhatian juga disokong dengan gambar (Rajah 2) yang menunjukkan peserta kajian berminat menjalankan aktiviti yang dijalankan.

Jadual 1 Perbandingan data pemerhatian bagi setiap aspek penilaian untuk tema minat

Bil.

Aspek yang dinilai Responden Sebelum Semasa

M1 M2 M1 M2 M3 M4 M5

1 Responden menunjukkan minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Murid A x x / / / / /

Murid B x x / / / / /

Murid C x x / / / / /

Murid D x / / / / / /

2 Responden berasa

seronok untuk belajar Sains

Murid A x x / / / / /

Murid B x x / / / / /

Murid C x x / / / / /

Murid D x / / / / / /

Rajah 2. Peserta kajian berminat dengan aktiviti yang dijalankan

Page 148: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 124-139

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

132

Berdasarkan kepada data temu bual (Jadual 2) yang dijalankan terhadap empat orang peserta kajian, didiapati penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah meningkatkan minat keempat-empat orang peserta kajian. Selepas penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peserta-peserta kajian menyatakan mereka seronok mempelajari Sains dan juga minat dengan aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti membuat dan melabel struktur gigi serta aktiviti pembentangan kumpulan. Jadual 2 Transkrip temu bual peserta kajian bagi tema minat Soalan 1 : Apakah perasaan anda terhadap pembelajaran Sains hari ini? Mengapa?

Murid A : Gembira. Kerana dapat membuat gambar struktur gigi.

Murid B : Seronok. Sebab ada aktiviti kumpulan.

Murid C : Gembira. Kerana ada aktiviti kumpulan.

Murid D : Gembira. Kerana saya membuat pembentangan kerja kumpulan di depan.

Soalan 2 : Adakah aktiviti yang dijalankan menarik minat anda? Mengapa?

Murid A : Ya. Saya suka aktiviti hari ini. Saya suka membuat aktiviti struktur gigi.

Murid B : Ya. Kerana saya suka buat kerja dalam kumpulan.

Murid C : Ya. Saya suka aktiviti membuat struktur gigi dan melabel.

Murid D : Ya. Sebab saya dapat membentang hasil kerja kumpulan

Berpandukan kepada hasil dapatan borang soal selidik seperti yang ditunjukkan dalam Jadual. 3 orang peserta kajian (75%) yang tidak minat dalam matapelajaran Sains dan beranggapan bahawa pembelajaran Sains tidak seronok sebelum penggabungjalinan seni visual telah menunjukkan minat dan rasa seronok selepas penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesemua peserta kajian (100%) suka cara guru Sains mengajar selepas penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan dua orang (50%) orang peserta kajian yang menyukai cara guru mengajar sebelum penggabungjalinan seni visual. Jadual 3 Perbandingan kekerapan item-item borang soal selidik bagi tema minat

Soalan Item

Kekerapan

Sebelum Selepas

Ya Tidak Ya Tidak

1. Saya suka dan minat matapelajaran Sains.

1 (25%)

3 (75%)

4 (100%)

0 (0%)

2. Aktiviti Sains yang dijalankan seronok.

1 (25%)

3 (75%)

4 (100%)

0 (0%)

3. Saya suka cara guru Sains mengajar

2 (50%)

2 (50%)

4 (100%)

0 (0%)

Page 149: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 124-139

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

133

Secara keseluruhannya, analisis data menunjukkan peningkatan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran selepas penggabungjalinan seni visual. Kini, peserta kajian lebih menumpukan perhatian kepada guru yang sedang mengajar daripada membuat kerja sendiri di dalam kelas. Keadaan ini berbeza dengan keadaan dalam bilik darjah sebelum pepenggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peserta-peserta kajian kelihatan gembira semasa menjalankan aktiviti.

Sejauh manakah penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dapat meningkatkan penglibatan empat orang murid Tahun 3V dalam pembelajaran Sains di sebuah sekolah rendah di Kuching?

Berdasarkan kepada Jadual 4, didapati bahawa kesemua peserta kajian (100%) telah melibatkan diri secara aktif sama ada dalam menjawab soalan, aktiviti kumpulan ataupun membuat soalan latihan setelah penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Peserta-peserta kajian bergiat aktif dalam aktiviti yang dijalankan seperti melukis jenis-jenis gigi, melekatkan makanan sihat kepadagigi, melukis jadual perbandingan jenis gigi dan sebagainya. Data pemerhatian juga disokong dengan gambar (Rajah 3) peserta kajian yang melibatkan diri dalam pembentangan kumpulan. Ini telah menunjukkan penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan untuk meningkatkan penglibatan peserta-peserta kajian dalam pembelajaran Sains. Jadual 4 Perbandingan data pemerhatian bagi setiap aspek penilaian untuk tema penglibatan

Bil.

Aspek yang dinilai Responden Sebelum Semasa

M1 M2 M1 M2 M3 M4 M5

3 Responden menjawab soalan yang ditanya oleh guru

Murid A x x / / / / /

Murid B x x / / / / /

Murid C x / / / / / /

Murid D x / / / / / /

4 Responden melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan

Murid A x x / / / / /

Murid B x x / / / / /

Murid C x x / / / / /

Murid D x / / / / / /

5 Responden melengkapkan soalan dalam buku aktiviti dengan tepat

Murid A x x / / / / /

Murid B x x / / / / /

Murid C x x / / / / /

Murid D x x / / / / /

Page 150: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 124-139

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

134

Rajah 3. Peserta kajian melibatkan diri dalam pembentangan kumpulan

Berdasarkan transkrip temu bual empat orang peserta kajian dalam Jadual 5, didiapati semua peserta kajian menyatakan mereka mereka telah melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Mereka telah bekerjasama dengan kawan-kawan yang lain dalam aktiviti kumpulan, contohnya, mereka terlibat dalam aktiviti Sains yang dijalankan iaitu melukis, menggunting, dan melabel struktur gigi. Jadual 5 Transkrip temu bual peserta kajian bagi tema penglibatan

Soalan 3 : Adakah anda melibatkan diri dalam aktiviti Sains yang dijalankan?

Murid A : Ya. Kami semua bekerjasama. Saya suka aktiviti Sains.

Murid B : Ya. Saya tolong menggunting dan melabel struktur gigi.

Murid C : Ya. Saya ada tolong melukis struktur gigi.

Murid D : Ya. Saya ada tolong buat kerja seperti melukis.

Berpandukan kepada hasil dapatan borang soal selidik seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6. Peserta-peserta kajian menunjukkan peningkatan kekerapan penglibatan diri dalam aktiviti Sains selepas penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selepas penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tiga orang peserta kajian (75%) menyatakan mereka bermula untuk bertanya soalan dalam kelas Sains dan emapt orang peserta kajian (100%) bermula untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru secara aktif. Selain itu, selepas penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran, keempat-empat peserta kajian (100%) telah melibatkan diri secara aktif dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada ahli-ahli kumpulan.

Page 151: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 124-139

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

135

Jadual 6 Perbandingan kekerapan item-item borang soal selidik bagi tema penglibatan

Soalan Item

Kekerapan

Sebelum Selepas

Ya Tidak Ya Tidak

4. Saya aktif menanya soalan semasa kelas Sains.

0 (0%)

4 (100%)

3 (75%)

1 (25%)

5. Saya aktif menjawab soalan

yang ditanya oleh guru. 0

(0%) 4

(100%) 4

(100%) 0

(0%)

6. Saya melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan.

1 (25%)

3 (75%)

4 (100%)

0 (0%)

7. Saya memberikan

kerjasama kepada ahli kumpulan semasa aktiviti kumpulan dijalankan.

1 (25%)

3 (75%)

4 (100%)

0 (0%)

Secara keseluruhannya, analisis data di atas telah menunjukkan keberkesanan penggabungjalinan seni visual dalam meningkatkan penglibatan murid Tahun Tiga dalam pembelajaran Sains. Drew & Rankin (2004) menyatakan bahawa menerusi aktiviti seni visual, murid-murid berpeluang untuk bekerjasama dalam kumpulan kecil di mana mereka didedahkan kepada idea rakan sekumpulan yang menarik.

Sejauh manakah Sejauh manakah penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dapat meningkatkan pencapaian empat orang murid Tahun 3V dalam pembelajaran Sains di sebuah sekolah rendah di Kuching?

Melalui transkrip temu bual bagi soalan 4 dan 5 yang ditunjukkan dalam Jadual 7, didiapati keempat-empat peserta kajian telah memberi maklum balas yang positif bahawa mereka memahami kandungan pembelajaran yang disampaikan oleh guru semasa waktu Sains. Mereka juga menjawab bahawa mereka dapat menjawab soalan yang diberi oleh guru dalam lembaran kerja walaupun terdapat 1 orang peserta kajian yang menyatakan bahawa dia masih terdapat 2 kesalahan.

Page 152: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 124-139

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

136

Jadual 7 Transkrip temu bual peserta kajian bagi tema pencapaian Soalan 4 : Adakah anda faham tentang apa yang telah dipelajari? Nyatakan

kandungan yang telah anda pelajari.

Murid A : Ya. Struktur gigi.

Murid B : Ya. Lima bahagian dalam struktur gigi.

Murid C : Ya. Enamel, dentin, saraf, gusi, salur darah.

Murid D : Ya. Nama-nama struktur gigi.

Soalan 5 : Adakah anda dapat menjawab soalan dalam lembaran kerja yang diberi oleh cikgu?

Murid A : Ya. Tetapi terdapat 2 kesalahan.

Murid B : Ya. Saya dapat 100%.

Murid C : Ya. Saya dapat semua betul.

Murid D : Ya. Saya telah mencuba dengan berusaha.

Ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan telah dijalankan untuk membanding pencapaian peserta-peserta kajian sebelum dan selepas penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaean. Berdasarkan kepada Jadual 8 dan Rajah 4, keempat-empat peserta kajian telah memperoleh peningkatan markah yang ketara dalam ujian kesan tindakan berbanding dengan markah ujian awal pencapaian. Murid A yang hanya mendapat 32 markah dalam ujian awal pencapaian telah mendapat 68 markah dalam ujian kesan tindakan; Murid B yang mendapat 36 markah dalam ujian awal pencapaian telah mendapat 76 markah dalam ujian kesan tindakan; Murid C yang mendapat 48 markah dalam ujian awal pencapaian telah mendapat 84 markah dalam ujian kesan tindakan dan Murid D yang mendapat 28 markah dalam ujian awal pencapain telah mendapat 70 markah dalam ujian kesan tindakan. Berpandukan kepada keputusan ujian kesan tindakan peserta kajian, didiapati peningkatan nilai min sebanyak 38.5% selepas penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Jadual 8 Perbandingan markah dan gred bagi ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan

Peserta kajian

Markah (%) Gred

Ujian awal pencapaian

Ujian kesan tindakan

Ujian awal pencapaian

Ujian kesan tindakan

Murid A 32 68 D B

Murid B 36 76 D B

Murid C 48 84 C A

Murid D 28 70 D B

Page 153: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 124-139

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

138

Rajah 4. Perbandingan Data Ujian Awal Pencapaian dan Ujian Kesan Tindakan

Lembaran kerja juga diberi kepada peserta kajian untuk meninjau keberkesanan penggabungjalinan seni visual dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran Sains. Berpandukan kepada Jadual 9, keempat-empat peserta kajian telah menunjukkan peningkatan markah dan gred dalam lembaran kerja 3, 4 dan 5 (gred A) berbanding dengan lembaran kerja 1 dan 2 (gred B). Peningkatan markah dan gred peserta-peserta kajian telah menunjukkan bahawa mereka telah memahami kandungan Sains yang disampaikan oleh guru selepas penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Jadual 9 Borang catatan markah lembaran kerja *L ialah Lembaran Kerja

Peserta Kajian

Markah lembaran kerja (%)

L1 L2 L3 L4 L5

A

68

68

80

88

90

B

66

68 88

94

100

C

70

70

82

96

100

D

62

62

82

86

94

Secara keseluruhannya, penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains telah berjaya meningkatkan pencapaian keempat-empat peserta kajian Tahun Tiga. Menurut Ausubel (1967), salah satu syarat untuk menjadikan pembelajaran bermakna adalah murid-murid mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran. Peserta-peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka kerana pembelajaran bermakna telah berlangsung di mana mereka berminat melibatkan diri dan bersikap positif. dalam pembelajaran Sains.

0

20

40

60

80

100

Murid A Murid B Murid C Murid D

Mar

kah

Ujia

n

Peserta Kajian

Perbandingan Markah Ujian Awal Pencapaian dan Ujian Kesan Tindakan

Markah Ujian Awal Pencapaian

Markah Ujian Kesan Tindakan

137

Page 154: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 124-139

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

138

Refleksi Penilaian Tindakan Dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan kaedah penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains telah meningkatkan minat, penglibatan dan pencapaian keempat-empat murid yang berpencapaian rendah dalam kelas Tahun 3V. Maka, persoalan-persoalan kajian saya telah terjawab. Oleh itu, kaedah penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dapat dilaksanakan oleh guru Sains terhadap murid-murid yang selalu melukis ataupun mewarna semasa waktu Sains dijalankan. Selain itu, setelah didedahkan kepada kaedah penggabungjalinan seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains, peserta-peserta kajian kelihatan lebih berkeyakinan diri dan berani melibatkan diri semasa waktu Sains contohnya mereka lebih berani untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru dan juga melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan. Melalui hasil kerja kumpulan yang dihasilkan, kaedah penggabungjalinan seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains juga memberi peluang kepada peserta-peserta kajian untuk menunjukkan kreativiti masing-masing. Pelaksanaan penyelidikan tindakan ini memberi kesedaran kepada saya bahawa kemahiran membuat refleksi adalah penting bagi seorang guru. Dengan membuat refleksi, saya berpeluang merenung kembali situasi yang berlaku semasa waktu proses pengajaran dan pembelajaran dan membuat refleksi kendiri. Dengan membuat demikian, saya dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri saya. Hal ini kerana, semasa saya mengajar di depan kelas, saya langsung tiada masa untuk mereflek hal-hal yang berlaku di dalam kelas. Relefksi Pembelajaran Kendiri Melalui proses pelaksanaan penyelidikan tindakan ini, saya telah mendapat banyak faedah dan pengalaman yang berharga sebagai seorang penyelidik. Selepas menjalankan penyelidikan tindakan ini, saya lebih memahami prosedur-prosedur dalam menjalankan penyelidikan tindakan secara praktikal. Banyak pengetahuan terutamanya cara mengendalikan penyelidikan tindakan dan cara menulis laporan penyelidikan tindakan dipelajari sepanjang penyelidikan ini. Penyelidikan ini juga memberi motivasi kepada saya untuk membuat penyelidikan pada masa yang akan dating. Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam kajian ini telah memberi panduan kepada saya untuk membuat penambahbaikan dan membuat penyelidikan yang seterusnya. Cadangan Kajian Lanjutan Sebagai cadangan penambahbaikan, saya berharap kajian yang melibatkan sampel murid yang lebih besar. Contohnya, saya oleh melibatkan murid-murid yang berpencapaian rendah dari kelas Tahun 3 yang berlainan di sekolah ini.Kajian yang juga boleh melibatkan topik yang leih luas. Contohnya, topik yang digunakan dalam kajian boleh diperbanyakkan lagi dan tidak hanya terhad kepada topik “Manusia”. Selain itu, kajian boleh melibatkan penggabungjalinan seni halus dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains seperti nyanyian dan tarian.Akhir sekali, tempoh masa kajian boleh dilanjutkan supaya murid-murid diberi pendedahan yang lebih mendalam tentang kaedah penggabungjalinan seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Tempoh masa kajian yang lebih panjang juga

Page 155: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 124-139

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

139

dapat memastikan peserta-peserta kajian menguasai konsep sains dengan lebih mantap. Diharapkan melalui kajian tindakan yang seterusnya, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada para penyelidik dan murid-murid, tetapi dalam mendedahkan para pendidik kepada kaedah penggabungjalinan seni visual adalah berguna dalam meningkatkan minat, penglibatan dan juga pencapaian Sains murid sekolah rendah.

Rujukan

Bahagian Perkembangan Kurikulum (2012). Kurikulum Standard Sekolah RendahDunia Sains Dan Teknologi Tahun Tiga. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Choo, F.M. (2013). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Inkuiri-Penemuan KAKAK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Murid Tahun Lima Di Kuching. Tesis Ijazah Sarjana Muda Perguruan (dengan kepujian). Kuching, Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Choong L.K. ( 2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Haliza Hamzah., & Joy, N. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.

Isbell, R.T., & Raines, S.C. (2002 ). Creativity and the arts with young children. NY: Thomson Delmer Learning Learning Theory: David Ausubel's Theory. (t.t) . Dimuat tuurun pada Februari 2, 2014 daripada http://www.theoryfundamentals.com/ausubel.htm

Learning Theory: Jerome Bruner’s Theory. (t.t) . Dimuat tuurun pada Februari 2, 2014 daripada http://www.theoryfundamentals.com/bruner.htm

Lisah Binti Chong Vui Fah. (2011) Penelitian Teknik Menyemak Data dalam Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL5, 36-45.

Ngui, W.M.S. (2011). Strategi Melukis Dalam Menjawab Soalan Penyelesaian Masalah Matematik Tahun Lima. Tesis Ijazah Sarjana Muda Perguruan (dengan kepujian). Kuching, Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Freemind Horizon Sdn Bhd.

Schirrmacher, R. (2002). Art And Creative Development For Young Children. Albany: Delmar.

Tan, M. Y. Y. (2012). Kesan Penggunaan Aktiviti “Hands-On” dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching.

Tee, I.I.L. (2012). Keberkesanan Powerporpoint ke atas murid Tahun Tiga yang Berpencapaian Sederhana Lemah Dalam Sains Di Kuching. Tesis Ijazah Sarjana Muda Perguruan (dengan kepujian). Kuching, Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Universiti Terbuka Malaysia. Modul HBEF 1403 :Seni Dalam Pendidikan. Dimuat turun pada Februari 10, 2014 daripada http://www.ustzamri.com/jqaf/Seni%20 Dalam%20Pendidikan%20Modul%202-2.pdf

Page 156: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 140-155

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

140

KEBERKESANAN MODEL TERHADAP PRESTASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU SERTA PENCAPAIAN SAINS MURID

TAHUN TIGA DI KUCHING

Carina Chan Hui Hung

[email protected]

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan model terhadap penambahbaikan prestasi pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru Sains serta pencapaian murid Tahun Tiga dalam topik ‘Gigi Manusia’. Peserta kajian ini terdiri daripada tiga orang murid Tahun Tiga Biru yang berpencapaian rendah bagi mata pelajaran Sains di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kuching. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah pemerhatian, soal selidik, analisis dokumen dan temu bual. Data yang dikumpul melalui instrumen-instrumen ini dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Data-data tersebut telah disemak dengan menggunakan triangulasi masa, triangulasi kaedah dan triangulasi penyelidik untuk meningkatkan kesahan hasil dapatan dan keputusan kajian. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan model berupaya untuk menambahbaik prestasi pengajaran dan pembelajaran saya serta pencapaian murid dalam pembelajaran topik ‘Gigi Manusia’. Kajian lanjutan juga dicadangkan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan model di kelas atau sekolah yang berbeza dan juga gabungan penggunaan model dengan aktiviti ‘Hands-on’ dan penghasilan buku skrap.

Kata kunci: penggunaan model, Gigi Manusia, prestasi pengajaran dan pembelajaran, pencapaian, Tahun Tiga

Abstract

This research aims to investigate the effectiveness of using model on my teaching performance as a Science teacher and Year Three pupils’ achievement in learning the topic ‘Gigi Manusia’. The participants for this research are three pupils from Year Three Biru from a primary school in Kuching area. They have very low mark in examination for the Science subject. Observation, questionnaire, document analysis and interviews were used in collectiong data. The data was then analysed quantitatively and qualitatively. Triangulation of time, method and researcher were used in checking data to inhance the validity of the findings and results of the research. The results showed that the use of model is managed to improve my teaching performance and increase students achievement in learning the topic ‘Gigi Manusia’. Further research is also recommended to review the effectiveness of the use of models in different classes or schools as well as the combined use of the model to the activities Hands-on and scrapbook.

Keywords: models, Gigi Manusia, teaching performance, achievement,

Year Three

Page 157: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 140-155

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

141

Pengenalan

Konteks

Daripada pengalaman saya dalam Praktikum Fasa Satu, Fasa Dua dan awal Praktikum Fasa Tiga, saya telah ditugaskan untuk mengajar kelas campur atau kelas yang lemah. Untuk membantu murid-murid yang lemah, saya telah menyediakan aktiviti kumpulan kepada mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Selain itu, saya juga telah menyediakan slaid Power Point dengan tujuan menarik minat murid terhadap pembelajaran Sains. Kadang-kala saya juga menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Namun, saya mendapati bahawa murid-murid yang lemah tidak dapat menguasai apa yang telah saya sampaikan kepada mereka.

Melalui pemerhatian saya semasa saya merancang aktiviti kumpulan kepada murid-murid, murid-murid yang lebih pandai akan memonopoli aktiviti tersebut, manakala untuk murid-murid yang lebih lemah pula, mereka hanya duduk dan tengok sahaja serta tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Tambahan pula, saya juga menyedari bahawa sesetengah murid yang lemah sering tidak memberi tumpuan kepada saya walaupun saya telah menyediakan slaid Power Point untuk menarik minat mereka. Tetapi mereka tidak faham perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang tertera pada slaid-slaid yang disediakan itu.Hal ini telah menyebabkan mereka tidak berminat dengan slaid-slaid Power Point, maka mereka mula bercakap atau bermain dengan rakan-rakan mereka yang juga dalam kumpulan yang lemah. Bukan itu sahaja, kaedah ‘chalk and talk’ merupakan pengajaran berpusatkan guru dan murid-murid tidak dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran. Justeru, kaedah ‘chalk and talk’ ini tidak dapat menarik minat murid-murid terutamanya murid-murid yang lemah.

Menurut John Holt (1995), kanak-kanak secara semula jadinya mempunyai kekuatan daya ingin tahu dan berkeupayaan untuk belajar secara langsung tentang dunia sekitarnya. Maka, guru haruslah merancang aktiviti yang sesuai dan boleh menarik minat murid-murid untuk memastikan hasil pembelajaran boleh dicapai dengan jayanya. Sarason (1995) juga menjelaskan bahawa adalah mustahil untuk mencipta dan mengekalkan suasana pembelajaran yang produktif untuk para murid apabila pengajaran guru tidak produktif. Oleh itu, untuk mewujudkan suasana tersebut, guru perlu bijak mengaplikasikan kaedah atau strategi tertentu mengikut kesesuaian topik yang ingin disampaikan kepada murid-murid. Dengan itu, sedikit sebanyak murid-murid akan lebih berminat dan melibatkan diri secara aktif serta membolehkan mereka memperoleh ilmu pengetahuan baru.

Isu keprihatian

Saya mendapati bahawa kaedah pengajaran saya adalah tidak sesuai kerana murid-murid sering tidak memberi tumpuan kepada saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Mereka bermain dan bercakap dengan rakan-rakan di sebelah mereka semasa saya menerang di depan. Secara tidak langsung, ia telah menjejaskan pencapaian hasil pembelajaran saya. Selain itu, murid-murid juga didapati lemah dan kurang menguasai pembelajaran yang telah disampaikan kepada mereka. Justeru, saya telah menjalankan tinjauan awal terhadap tiga orang

Page 158: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 140-155

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

142

peserta kajian saya melalui tiga teknik, iaitu teknik pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen.

Pemerhatian Saya telah membuat tinjauan awal terhadap prestasi pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru Sains dan pencapaian murid dalam pembelajaran Sains melalui kaedah pemerhatian. Rajah 1 merupakan sedutan nota lapangan yang bertarikh 11 Februari 2014 telah menunjukkan tingkah laku murid-murid saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah pengajaran yang telah saya gunakan pada masa itu ialah kaedah pengajaran ‘chalk and talk’.

Rajah 1. Sedutan nota lapangan yang bertarikh 11 Februari 2014 mengenai proses pengajaran dan pembelajaran Sains

Rajah 1 jelas menunjukkan bahawa murid-murid tidak memberi tumpuan dan asyik bercakap atau bermain dengan rakan yang duduk di sebelah mereka. Bukan itu sahaja, saya juga telah mencatat tingkah laku murid semasa mereka membuat lembaran kerja. Rajah 2 merupakan sedutan nota lapangan tentang tingkah laku murid semasa mereka membuat lembaran kerja.

Rajah 2. Sedutan nota lapangan yang bertarikh 11 Februari 2014 mengenai tingkah

laku murid semasa membuat lembaran kerja

Merujuk kepada Rajah 2, murid-murid yang tidak menguasai pembelajaran hanya duduk di tempat duduk mereka dan termenung sahaja. Ada di antara mereka terus menyalin jawapan daripada rakan-rakan mereka. Hal ini demikian kerana mereka tidak memahami dan kurang menguasai apa yang telah saya sampaikan kepada mereka.

Soal Selidik Saya telah menyediakan borang soal selidik yang mengandungi lima item di mana dua item digunakan untuk meninjau prestasi pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru dan tiga item lain pula digunakan untuk meninjau pencapaian murid dalam pembelajaran Sains. Jadual 1 menunjukkan data-data yang diperoleh untuk meninjau prestasi pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru Sains.

Page 159: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 140-155

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

143

Jadual 1 Respon dan sebab yang diberi oleh tiga orang peserta kajian terhadap prestasi pengajaran dan pembelajaran saya sebagai guru

Item Respon Peserta Kajian Jumlah Peserta Kajian

Porsitif Negatif

1. Adakah anda suka mata pelajaran Sains selepas topik ‘Gigi Manusia’? Beri sebab anda.

Tidak suka.

Tidak suka kerana boring (bosan).

Tidak suka kerana tidak bes (menarik).

0 3

5. Adakah anda suka kalau guru menggunakan pengajaran tradisional untuk mengajar topik ‘Gigi Manusia’?

Tidak suka

Tidak

Tidak

0 3

Merujuk kepada Jadual 1, tiga orang peserta kajian menunjukkan rasa tidak suka kepada mata pelajaran Sains atas faktor pembelajaran Sains sangat bosan dan tidak menarik. Selain itu, peserta-peserta kajian juga menyatakan rasa tidak suka jika saya menggunakan pengajaran tradisional untuk mengajar topik ‘Gigi Manusia’.

Jadual 2 pula menunjukkan data-data daripada tiga item dalam borang soal selidik yang digunakan untuk meninjau pencapaian murid dalam topik ‘Gigi Manusia’, iaitu Item 2, Item 3 dan Item 4.

Jadual 2 Respon dan sebab yang diberi oleh tiga orang peserta kajian terhadap pencapaian (penguasaan) mereka bagi topik ‘Gigi Manusia’

Item Respon Peserta Kajian

Jumlah Peserta Kajian

Porsitif Negatif

2. Adakah anda faham dengan apa yang diterangkan oleh guru?

Tidak faham.

Kadang-kadang faham

Kadang-kadang faham

0 3

3. Adakah anda rasa susah untuk memahami topik ‘Gigi Manusia’?

Susah.

Susah.

Ada yang susah

0 3

4. Adakah anda boleh mengingat fakta dan konsep ‘Gigi Manusia’ sekarang?

Tidak

Tidak boleh

Tidak

0 3

Berdasarkan Jadual 2, murid-murid tidak faham apa yang telah saya terangkan di dalam kelas. Selain itu, mereka juga merasakan topik ‘Gigi Manusia’ susah untuk difahami dan mereka tidak boleh mengingat fakta dan konsep ‘Gigi Manusia’.

Analisis Dokumen Teknik analisis dokumen juga telah digunakan untuk meninjau pencapaian murid bagi subtopik ‘Membandingbeza Set Gigi Susu dan Set Gigi Kekal’ dan ‘Struktur

Page 160: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 140-155

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

144

Gigi’. Saya telah merumuskan bilangan jawapan betul dalam lembaran kerja murid ke dalam bentuk jadual.

Jadual 3. Bilangan jawapan betul dalam lembaran kerja sebelum pelaksanaan tindakan

Berdasarkan Jadual 3, murid-murid saya hanya betul empat hingga enam daripada sembilan soalan betul dalam lembaran kerja bagi subtopik ‘Membandingbeza Set Gigi Susu dan Set Gigi Kekal’. Untuk lembaran kerja bagi subtopik ‘Struktur Gigi’, murid-murid hanya betul satu hingga dua daripada lima soalan dalam lembaran kerja ini. Lembaran-lembaran kerja murid jelas menunjukkan bahawa murid-murid saya tidak dapat menguasai konsep Sains yang telah disampaikan kepada mereka. Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk:

menambahbaik prestasi pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru Sains Tahun Tiga melalui penggunaan model bagi topik ‘Gigi Manusia’.

meningkatkan pencapaian murid Tahun Tiga dalam topik ‘Gigi Manusia’ dengan menggunakan model.

Soalan Kajian Kajian ini bertujuan untuk menjawab dua persoalan kajian berikut:

Sejauh manakah penggunaan model dapat menambahbaik prestasi pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru bagi topik ‘Gigi Manusia’ Tahun Tiga?

Sejauh manakah penggunaan model dapat meningkatkan pencapaian murid dalam topik ‘Gigi Manusia’ Tahun Tiga?

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Perancangan Tindakan

Kajian yang dijalankan oleh Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Nurdalina Binti Daud (2010) terhadap penggunaan bahan bantu mengajar di kalangan guru pelatih UTM yang mengajar mata pelajaran Matematik, model pengajaran lebih membantu merangsangkan dunia pelajar untuk belajar. Penggunaan model memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Selain itu, Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Nurdalina Binti Daud (2010) juga menyatakan bahawa penggunaan model dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini dapat mengetengahkan

Bil. Murid Bilangan jawapan betul sebelum pelaksanaan tindakan

Lembaran kerja 1

(9 soalan)

Lembaran kerja 2

(5 soalan)

1 A 4 1

2 B 6 2

3 C 6 1

Page 161: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 140-155

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

145

konsep. Ini bermaksud pelajar dapat menyaksi sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar. Bukan itu sahaja, Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996) juga menyatakan bahawa penggunaan model merupakan suatu cara yang berkesan untuk meningkatkan proses pembelajaran. Keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran secara langsung bukan sahaja berkait rapat dengan ciri-ciri atau keadaan-keadaan tertentu yang ada pada guru-guru dan pelajar, tetapi juga bergantung kepada mana satukah deria pelajar yang paling banyak dieksploitasikan oleh guru. Justeru, saya memilih kaedah penggunaan model untuk membantu murid-murid saya.

Dalam perancangan tindakan, saya perlu memberitahu peserta-peserta kajian saya bahawa saya akan membawa mereka keluar dari kelas untuk pelaksanaan tindakan. saya juga perlu menentukan tarikah dan masa yang sesuai untuk melaksanakan tindakan saya. Setelah saya menetapkan tarikh dan masa, saya perlu memberitahu peserta-peserta kajian saya tentang tarikh dan masa untuk mengelakkan mereka tidak hadir yang akan mengganggu pelaksanaan tindakan saya. Justeru, pelaksanaan tindakan saya telah ditetapkan pada 2 April 2014, pukul 7.10 hingga 8.10 pagi untuk pengajaran dan pembelajaran yang pertama dan 9 April 2014, pukul 7.10 hingga 8.10 pagi untuk pengajaran dan pembelajaran yang kedua. Sebelum saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan model, saya perlu menghasilkan model set gigi susu, model set gigi kekal dan model struktur gigi untuk pelaksanaan tindakan ini. Pelaksanaan Tindakan

Dalam kajian ini, tajuk yang diberi fokus adalah ‘Membandingbeza Set Gigi Susu dan Set Gigi Kekal’ dan ‘Struktur Gigi’ dalam mata pelajaran Sains Tahun Tiga. Merujuk kepada Jadual 4 dan Jadual 5, saya telah menjalankan beberapa langkah pelaksanaan tindakan untuk kedua-dua subtopik bagi topik ‘Gigi Manusia’ Tahun Tiga.

Jadual 4 Pelaksanaan penggunaan model bagi subtopik ‘Membandingbeza Set Gigi Susu dan Set Gigi Kekal’

Langkah Cara pelaksanaan

1 Menunjukkan model set gigi susu kepada peserta-peserta kajian

2 Membincangkan ciri-ciri set gigi susu bersama murid dengan menggunakan model dan meminta mereka menuliskanya di papan tulis

3 Menunjukkan model set gigi kekal kepada murid-murid

4 Membincangkan ciri-ciri set gigi kekal bersama murid dengan menggunkan model dan meminta murid untuk menuliskan ciri-ciri di papan tulis

5 Membuat bandingbeza antara dua set gigi dengan bantuan model dan juga ciri-ciri yang telah dituliskan di papan tulis

6 Mengedarkan lembaran kerja kepada peserta-peserta kajian

7 Menyemak lembaran kerja murid

Page 162: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 140-155

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

146

Jadual 5 Pelaksanaan penggunaan model bagi subtopik ‘Struktur Gigi’

Langkah Cara pelaksanaan

1 Menunjukkan model struktur gigi kepada peserta-peserta kajian

2 Membimbing murid-murid untuk mengenali nama struktur gigi dengan bantuan warna plastisin pada model

3 Menguji murid-murid berkali-kali selepas mereka telah mengenali nama struktur gigi

4 Mengedarkan lembaran kerja kepada peserta-peserta kajian

5 Meminta setiap peserta kajian untuk tampil ke depan dan menggunakan model untuk memberitahu nama struktur gigi kepada rakan-rakan selepas mereka menghantar lembaran kerja

6 Menyemak lembaran kerja murid

Saya menilai lembaran kerja ketiga-tiga orang peserta kajian selepas pelaksanaan tindakan dan seterusnya membuat perbandingan antara dua lembaran kerja yang dijawab oleh murid-murid bagi sebelum dan selepas penggunaan model bagi topik’ Gigi Manusia’.

Kaedah Kajian

Peserta Kajian

Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Kuching dan ia telah melibatkan tiga orang murid dari Tahun Tiga Biru. Tiga orang murid tersebut terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Pemilihan peserta kajian atas faktor yang sama, iaitu tahap penguasaan dan pencapaian mereka dalam Sains lemah, tidak menumpu perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta mereka tidak menghadiri kelas tuisyen di luar sekolah.

Etika Penyelidikan

Saya telah memaklumkan kepada pihak sekolah dan guru pembimbing pada minggu pertama saya menjalani praktikum di sekolah. Selain itu, saya juga memaklumkan kepada guru kelas dan guru subjek Sains Tahun Tiga Biru mengenai kajian tindakan ini serta mendapatkan keizinan daripada guru-guru tersebut agar saya boleh membawa keluar tiga orang peserta kajian jika saya perlu. Saya turut mendapatkan persetujuan daripada tiga orang peserta kajian untuk menjadi responden dalam kajian ini. Selepas itu, saya menerangkan kepada mereka tentang tujuan kajian tindakan ini dijalankan ke atas mereka serta segala identiti dan maklumat mereka akan dirahsiakan dan mereka juga berhak untuk menarik diri pada bila-bila masa daripada kajian tindakan ini. Saya juga telah mengedarkan surat kebenaran kepada mereka untuk ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga peserta-peserta kajian.

Page 163: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 140-155

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

147

Teknik Mengumpul Data

Pemerhatian Saya menggunakan nota lapangan dan mengambil gambar untuk mengumpul data pemerhatian. Dalam nota lapangan, saya mencatatkan tingkah laku dan respon atau reaksi peserta kajian semasa menjalankan aktiviti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sains. Foto yang menggambarkan penglibatan peserta kajian dalam aktiviti yang dijalankan juga diambil sebagai sokongan kepada data nota lapangan.

Soal Selidik Saya juga menggunakan kaedah soal selidik sebagai satu teknik mengumpul data. Saya telah menyediakan soal selidik berbentuk soalan di mana peserta-peserta kajian perlu menjawab soalan-soalan yang tertera pada borang soal selidik tersebut berdasarkan apa yang difikirkan oleh mereka. Untuk mengkaji keberkesanan penggunaan model terhadap prestasi pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru Sains dan pencapaian murid dalam topik ‘Gigi Manusia’, saya telah mengendalikan sesi soal selidik dalam dua fasa, iaitu sebelum dan selepas pelaksanaan tindakan di mana lima item dalam setiap borang soal selidik adalah lebih kurang sama supaya saya boleh melihat perbezaan respon murid terhadap dua fokus yang dikaji itu. Analisis Dokumen Selain itu, saya juga menggunakan analisis dokumen, iaitu lembaran kerja untuk mengumpul data saya. Lembaran-lembaran kerja diedarkan kepada peserta-peserta kajian selepas saya menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dikendalikan dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas penggunaan model dalam pengajaran dan pembelajaran bagi topik ’Gigi Manusia’ dan soalan-soalan di dalam lembaran kerja adalah lebih kurang sama untuk mengedan dan menilai pencapaian peserta-peserta kajian bagi topik ‘Gigi Manusia’.

Temu Bual dengan Rakan Sepraktikum Saya juga menemu bual rakan sepraktikum saya memandangkan beliau telah membantu saya mengambil gambar dan membuat pemerhatian atas permintaan saya semasa pelaksanaan tindakan. Saya telah menujukan tiga soalan kepada rakan sepraktikum saya untuk menilai keberkesanan penggunaan model terhadap prestasi pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru Sains.

Teknik Menganalisis Data

Analisis Kandungan Analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis data kualitatif seperti kandungan nota lapangan dan gambar yang diambil. Saya telah membaca nota lapangan yang telah saya buat selepas penggunaan model bagi topik ‘Gigi Manusia’. Seterusnya, saya memilih maklumat atau data penting daripada nota-nota lapangan dengan membuat tanda pada kata-kata kunci atau perkataan penting. Maklumat atau data yang dipilih telah dikategorikan mengikut tema yang berkaitan dan disusun dalam Grid Analisis. Kemudian, isu berasaskan persoalan kajian dilakukan dan seterusnya diikuti dengan aktiviti kajian susulan untuk membuat penambahbaikan tindakan intervensi yang dijalankan. Langkah yang sama digunakan untuk membuat analisis kandungan bagi soal selidik dan temu bual dengan rakan sepraktikum.

Page 164: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 140-155

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

148

Analisis Deskriptif Stastitik Teknik ini digunakan untuk menganalisis data kuantitatif dan saya telah menggunakan teknik ini untuk menganalisis data yang dikumpul melalui analisis dokumen, iaitu lembaran kerja. Untuk membandingbeza dua set lembaran kerja bagi sebelum dan selepas penggunaan model, saya telah menggunakan graf bar untuk mengintepretasikan data-data yang diperoleh, iaitu bilangan jawapan betul bagi lembaran kerja yang diberi. Dengan itu, perbezaan bilangan jawapan betul dapat dilihat dengan lebih jelas.

Teknik Menyemak Data

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan triangulasi masa, triangulasi kaedah dan triangulasi penyelidik sebagai teknik menyemak data saya. Triangulasi masa telah dilakukan di mana saya telah melaksanakan kajian ini dalam masa yang berbeza. Saya telah menggunakan masa beberapa minggu untuk mengumpul data sebelum dan selepas pelaksanaan tindakan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual dengan rakan sepraktikum dan analisis dokumen iaitu lembaran kerja. Borang soal selidik dan lembaran kerja telah diberi pada masa yang berbeza untuk memastikan data-data yang dikumpul itu lebih tepat.

Selain itu, saya juga menggunakan tringulasi kaedah untuk membandingkan data yang dikumpul melalui kaedah-kaedah pengumpulan data yang pelbagai. Triangulasi kaedah telah dilakukan dengan membandingkan data yang dikumpul melalui kaedah pemerhatian, soal selidik dan temu bual dengan rakan sepraktikum telah mengkaji isu prestasi pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru Sains. Manakala, perbandingan data melalui kaedah pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen telah digunakan untuk mengkaji isu mengenai pencapaian murid dalam pembelajaran Sains.

Tambahan pula, saya juga menggunakan triangulasi penyelidik di mana saya telah melibatkan rakan sepraktikum saya untuk membantu membuat pemerhatian di samping mengambil gambar semasa saya menjalankan kajian tindakan saya. Rakan saya membantu mengambil gambar supaya saya lebih fokus untuk melaksanakan tindakan saya. Saya juga telah merujuk kepada rakan sepraktikum selepas pelaksanaan tindakan saya berkenaan dengan tingkah laku dan reaksi murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Refleksi

Refleksi Dapatan 1. Sejauh manakah penggunaan model dapat menambahbaik prestasi

pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru bagi topik ‘Gigi

Manusia’ Tahun Tiga?

Pemerhatian Hasil dapatan data daripada kandungan nota lapangan telah menunjukkan penambahbaikan prestasi pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru Sains. Rajah 3 menunjukkan sedutan nota lapangan yang telah dibuat pada 11 Februari 2014 sebelum pelaksanaan tindakan manakala Rajah 4 dan Rajah 5

Page 165: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 140-155

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

149

pula menunjukkan sedutan-sedutan nota lapangan yang dibuat selepas pelaksanaan tindakan yang bertarikh 2 April 2014 dan 9 April 2014.

Rajah 3. Sedutan nota lapangan bertarikh 11 Februari 2014 sebelum pelaksanaan tindakan

Sebelum pelaksanaan tindakan, murid-murid tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Mereka asyik bercakap dan bermain dengan rakan yang duduk di sebelah. Tetapi selepas penggunaan model dalam topik ‘Gigi Manusia’, peserta-peserta kajian telah menunjukkan perubahan tingkah laku seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4 dan Rajah 5 di bawah.

Rajah 4. Sedutan nota lapangan bertarikh 2 April 2014 selepas pelaksanaan tindakan bagi subtopik ‘Membandingbeza Set Gigi Susu dan Set Gigi Kekal’

Rajah 5. Sedutan nota lapangan bertarikh 9 April 2014 selepas pelaksanaan tindakan bagi subtopik ‘Struktur Gigi’

Selepas penggunaan model, peserta-peserta kajian telah memberi tumpuan dan menunjukkan rasa minat terhadap model-model yang dihasilkan berbanding dengan sebelum pelaksanaan tindakan. Secara tidak langsung, penggunaan model telah membantu peserta-peserta kajian untuk belajar dan menguasai konsep dan fakta Sains.

Rajah 6. Murid-murid memberi tumpuan kepada saya semasa saya menjalankan

pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan model di depan

Page 166: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 140-155

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

150

Soal Selidik Selain itu, data-data soal selidik sebelum dan selepas penggunaan model telah menunjukkan penambahbaikan prestasi pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru Sains. Jadual 6 menunjukkan perbandingan data soal selidik sebelum dan selepas penggunaan model bagi Item 1 dan Item 5.

Jadual 6 Perbandingan Item 1 dan Item 5 dalam borang soal selidik sebelum dan selepas penggunaan model

Item Kategori Jumlah peserta kajian yang bersetuju

Sebelum Selepas

1 Suka matapelajaran Sains

0 3

5 Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Tidak suka kaedah pengajaran tradisional

Berharap guru guna model untuk PdP lagi

Merujuk kepada Jadual 6, tiga orang peserta kajian suka matapelajaran Sains selepas pelaksanaan tindakan jika dibandingkan dengan sebelum pelaksanaan tindakan di mana tiada orang peserta kajian yang suka matapelajaran Sains. Di samping itu, ketiga-tiga orang peserta kajian telah menyatakan bahawa mereka tidak suka guru mengamalkan kaedah pengajaran tradisional tetapi berharap guru akan menggunakan model dalam pengajaran dan pembelajaran lagi. Apabila murid-murid menimbulkan rasa minat dalam pembelajaran, maka secara tidak langsung ia telah menunjukkan bahawa penggunaan model telah berupaya menambahbaik prestasi pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru Sains.

Temu Bual dengan Rakan Sepraktikum Temu bual berstruktur telah diadakan dengan rakan sepraktikum memandangkan beliau telah membantu saya mengambil gambar dan membuat pemerhatian semasa pelaksanaan tindakan. Saya telah menujukan tiga soalan kepada rakan sepraktikum untuk menilai keberkesanan penggunaan model terhadap penambahbaikan prestasi pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru Sains. Jadual 7 menunjukkan respon yang diberi oleh rakan sepraktikum saya terhadap soalan-soalan yang telah ditujukan kepada beliau.

Jadual 7 Respon rakan sepraktikum semasa temu bual terhadap penggunaan model bagi topik ‘Gigi Manusia’

Soalan Kategori Respon

1 Tingkah laku murid • Melibatkan diri secara aktif • Menunjukkan minat

2 Penggunaan model berkesan • Setuju

3 Sebab bagi soalan 2 • Murid lebih memahami

Data-data yang ditunjukkan dalam Jadual 7 telah menunjukkan respon positif terhadap prestasi pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru. Saya telah menyusun data-data temu bual dengan rakan sepraktikum dalam Jadual 7 ke dalam Grid Analisis supaya data-datanya jelas dilihat. Rajah 7 merupakan penyusunan data temu bual dengan rakan sepraktikum dalam Grid Analisis.

Page 167: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 140-155

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

151

Rajah 7. Respon rakan sepraktikum terhadap penggunaan model bagi topik ‘Gigi

Manusia’ Tahun Tiga

Berdasarkan Rajah 7, ia jelas menunjukkan tingkah laku murid yang positif semasa saya menggunakan model-model untuk proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik ‘Gigi Manusia’. Rakan sepraktikum saya bersetuju bahawa penggunaan model dalam pengajaran dan pembelajaran topik ‘Gigi Manusia’ lebih berkesan berbanding dengan pengajaran tradisional, iaitu ‘chalk and talk’. Beliau juga dapat perhatikan bahawa murid-murid melibatkan diri secara aktif dan menunjukkan minat semasa pelaksanaan tindakan. Di samping itu, beliau juga berpendapat bahawa penggunaan model lebih berkesan daripada pengajaran tradisional kerana murid-murid lebih memahami topik yang diajar.

Berpandukan analisis data bagi pemerhatian, soal selidik dan temu bual dengan rakan sepraktikum, ia jelas menunjukkan penambahbaikan prestasi pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru Sains bagi topik ‘Gigi Manusia’ Tahun Tiga. Hasil dapatan kajian saya disokong oleh Kamarul Azmi Jasmi et al. (2005) yang mengatakan bahawa kehadiran BBM menjadikan fungsi guru sebagai pemudah cara serta meningkatkan keberkesanan pembelajaran berpusatkan pelajar dengan hanya 25 peratus penglibatan guru di dalam kelas. Selain itu, Kamarudin Hj. Husin (1988) juga merumuskan kepentingan bahan bantu mengajar di mana bahan bantu mengajar itu dapat memberi rangsangan dan minat murid-murid serta dapat menguatkan kefahaman mereka.

2. Sejauh manakah penggunaan model dapat meningkatkan pencapaian murid dalam topik ‘Gigi Manusia’ Tahun Tiga?

Pemerhatian

Data melalui pemerhatian telah menunjukkan peningkatan pencapaian murid Tahun Tiga dalam pembelajaran Sains bagi topik ‘Gigi Manusia’. Rajah 8 merupakan sedutan nota lapangan yang bertarikh 2 April 2014 di mana ia telah ditulis selepas penggunaan model bagi subtopik ‘Membandingbeza Set Gigi Susu dan Set Gigi Kekal’.

Rajah 8. Sedutan nota lapangan bertarikh 2 April 2014 selepas pelaksanaan tindakan bagi subtopik ‘Membandingbeza Set Gigi Susu dan Set Gigi Kekal’

Page 168: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 140-155

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

152

Manakala, Rajah 9 di bawah pula merupakan sedutan nota lapangan yang bertarikh 9 Arpil 2014 selepas penggunaan model dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subtopik ‘Struktur Gigi’.

Rajah 9. Sedutan nota lapangan bertarikh 9 April 2014 selepas pelaksanaan tindakan bagi subtopik ‘Struktur Gigi’ Merujuk kepada Rajah 8 dan Rajah 9, ia jelas menunjukkan bahawa peserta-peserta kajian dapat memberi jawapan yang betul apabila saya bertanya soalan kepada mereka. Mereka juga berkeyakinan diri semasa membuat lembaran kerja tanpa merujuk kepada sumber-sumber lain.

Rajah 10. Salah seorang peserta kajian menyatakan bahagian struktur gigi

Soal Selidik

Soal selidik juga digunakan untuk mengumpul data tentang keberkesanan penggunaan model terhadap peningkatan pencapaian murid dalam topik ‘Gigi Manusia’. Antara item yang digunakan untuk mengesan peningkatan pencapaian tiga orang peserta kajian saya selepas penggunaan model bagi topik ‘Gigi Manusia’ ialah Item 2, Item 3 dan Item 4 dalam borang soal selidik.

Jadual 8 Perbandingan Item 2, Item 3 dan Item 4 dalam borang soal selidik sebelum dan selepas penggunaan model

Berdasarkan Jadual 8, peserta-peserta kajian lebih memahami apa yang telah mereka pelajari jika dibandingkan dengan sebelum penggunaan model bagi topik ‘Gigi Manusia’. Namun demikian, terdapat seorang peserta kajian masih merasakan topik ‘Gigi Manusia’ susah untuk difahami terutamanya subtopik ‘Struktur Gigi’ manakala dua orang peserta kajian pula merasakan senang untuk memahami topik

Item Kategori Jumlah peserta kajian yang bersetuju

Sebelum Selepas

2 Faham apa yang telah dipelajari 0 3

3 Senang untuk memahami topik ‘Gigi Manusia’ 0 2

4 Ingat fakta dan konsep ‘Gigi Manusia’ 0 3

Page 169: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 140-155

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

153

ini selepas penggunaan model jika dibandingkan dengan sebelum penggunaan model, iaitu ketiga-tiga orang peserta kajian merasakan sukar untuk memahami topik ‘Gigi Manusia’. Bukan itu sahaja, penggunaan model juga telah membantu tiga orang peserta kajian saya untuk mengingat fakta dan konsep ‘Gigi Manusia’ jika dibandingkan dengan sebelum pelaksanaan tindakan, iaitu tiada orang yang dapat mengingat fakta dan konsep bagi topik tersebut.

Analisis Dokumen Untuk mengesan peningkatan pencapaian peserta kajian dalam pembelajaran Sains, saya juga menggunakan analisis dokumen untuk memperoleh data-data yang diperlukan. Jadual 9 di bawah menunjukkan bilangan jawapan betul dalam lembaran-lembaran kerja bagi subtopik ‘Membandingbeza Set Gigi Susu dan Set Gigi Kekal’ dan ‘Struktur Gigi’ untuk sebelum dan selepas penggunaan model oleh tiga orang peserta kajian. Soalan-soalan dalam lembaran-lembaran kerja untuk sebelum dan selepas pelaksanaan tindakan juga adalah lebih kurang sama.

Jadual 9 Bilangan jawapan betul dalam lembaran-lembaran kerja sebelum dan selepas penggunaan model bagi topik ‘Gigi Manusia’

Saya juga telah mengintepretasikan data-data dalam jadual ke dalam bentuk graf bar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10 dan Rajah 11.

Rajah 11. Perbandingan bilangan jawapan betul dalam Lembaran Kerja 1 (Membandingbeza Set Gigi Susu dan Set Gigi Kekal) sebelum dan selepas penggunaan model oleh tiga orang peserta kajian

Bil. Peserta kajian

Bilangan jawapan betul sebelum pelaksanaan tindakan

Bilangan jawapan betul sebelum pelaksanaan tindakan

Lembaran Kerja 1

(9 soalan)

Lembaran Kerja 2

(5 soalan)

Lembaran Kerja 1

(9 soalan)

Lembaran Kerja 2

(5 soalan)

1. A 4 7 1 3

2. B 6 9 2 3

3. C 6 9 1 5

Page 170: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 140-155

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

154

Rajah 12. Perbandingan bilangan jawapan betul dalam Lembaran Kerja 2 (Struktur

Gigi) sebelum dan selepas penggunaan model oleh tiga orang peserta kajian

Merujuk kepada Rajah 11 dan Rajah 12, tiga orang peserta kajian telah menunjukkan peningkatan bilangan jawapan betul dalam dua set lembaran kerja bagi dua subtopik ‘Gigi Manusia’.

Dapatan kajian saya daripada pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen telah berjaya menunjukkan bahawa penggunaan model dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dapat meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran Sains. Dapatan kajian saya juga disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Nabilah Binti Yusof dan Pajuzi Bin Awang (2013) yang menunjukkan peningkatan peratusan sebanyak 30-50% dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra selepas penggunaan model dalam pengajaran. Di samping itu, hasil kajian yang dilakukan oleh Christopher Lu (2012) juga menunjukkan peningkatan dalam ujian yang kedua oleh murid-muridnya selepas penggunaan bahan visual (bahan bantu mengajar) dalam pembelajaran mereka. Refleksi Penilaian Tindakan

Penggunaan model dalam pembelajaran Sains telah memberi kesan kepada tiga pihak, iaitu murid, kendiri dan sekolah. Penggunaan model telah membantu pemahaman dan penguasaan sesuatu konsep dan fakta Sains yang disampaikan kepada mereka. Apabila murid-murid memahami sesuatu konsep dan fakta, secara tidak langsung pencapaian murid juga dapat dipertingkatkan. Selain itu, penggunaan model juga telah membolehkan saya untuk membantu murid-murid saya yang lemah untuk memahami dan menguasai sesuatu konsep dan fakta Sains. Penggunaan model juga berupaya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran saya berbanding dengan pengajaran tradisional. Tambahan pula, penggunaan model juga telah memberi impak kepada sekolah. Apabila pencapaian Sains murid meningkat, pencapaian keseluruhan untuk ujian juga dapat dipertingkatkan. Model-model yang dihasilkan itu juga boleh dikongsi dalam kalangan guru di sekolah.

Page 171: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 140-155

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

155

Refleksi Pembelajaran Tindakan

Kajian tindakan ini telah memberi peluang kepada saya supaya senantiasa peka dan prihatin terhadap isu atau masalah yang timbul di dalam kelas. Selain itu, saya juga sedar bahawa sebagai seorang bakal guru, saya perlu sentiasa membuat refleksi dan mempersoalkan amalan diri saya agar saya boleh merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran berasaskan teori dan prinsip pengajaran dan pembelajaran. Setelah melaksanakan tindakan ini, saya juga sedar bahawa guru tidak hanya perlu memastikan murid-murid mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tetapi perlu memupuk rasa minat murid-murid dalam jiwa meraka terhadap mata pelajaran tersebut. Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan dengan lebih lancar dan seterusnya membantu murid-murid memahami dan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Cadangan Kajian Lanjutan

Saya telah mencadangkan tiga cadangan penambahbaikan untuk kajian tindakan saya. cadangan yang pertama ialah menggunakan model-model di dalam kelas dan sekolah yang berlainan supaya saya boleh mengetahui sama ada penggunaan model betul-betul dapat membantu murid-murid dalam pembelajaran mereka. Selain itu, penggunaan model juga boleh digabungkan dengan kaedah pengajaran yang lain seperti aktiviti ‘Hands-on’ atau penghasilan buku skrap agar dapat melibatkan murid-murid dengan lebih aktif. Cadangan kajian lanjutan yang ketiga ialah menggunakan model di kelas yang pandai agar murid-murid lebih memahami terhadap konsep dan fakta yang ingin disampaikan kepada mereka.

Rujukan

Christopher Lu. (2012). Koleksi Artikel Penyeliddkan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009: Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Visual Dalam Pengajaran Subjek Sains Tahun Tiga. Seminar Penyelidikan Tindakan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, 87-101

Harvey N. Switzky. (2004). Personality and Motivational Systems in Mental Retardation. United States: Gulf Proffesional Publishing, 2004. elibrary. Atas Talian. 15 Februari 2014.

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri, & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Penddikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74.

Nabilah Binti Yusof, Pajuzi Bin Awang. (2013). Penggunaan Model Dolly Membantu Meningkatkan Kefahaman Dan Minat Murid Tahun 4 Bagi Tajuk Proses Pernafasan Manusia. Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013, 1-10

Noor Azlan bin Ahmad Zanzali & Nurdalina binti Daud. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Matapelajaran Matematik. Diperoleh pada 20 Februari 2014, daripada http://eprints.utm.my/10261/2/Nurdalina_binti_Daud.pdf

Segaran A/L Shanmugan. (1999, Mac). Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah di Sekolah-sekolah Menengah di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Diperoleh pada 20 Februari 2014, daripada http://psasir.upm.edu.my/9150/1/FPP_1999_36_A.pdf

Page 172: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 156-171

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

156

KEBERKESANAN PENGGUNAAN VIDEO TERHADAP MINAT DAN PENCAPAIAN MURID TAHUN LIMA DALAM SAINS DI KUCHING

Sheila Lee Fui Li

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan video terhadap minat murid dan pencapaian murid Tahun Lima dalam tajuk "Ciri-Ciri Tumbuhan dengan cara penyebarannya." Peserta kajian dalam penyelidikan tindakan ini terdiri daripada tiga orang murid Tahun Lima di sebuah sekolah kebangsaan daerah Kuching. Mereka dipilih daripada golongan yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah, sederhana dan baik. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah pemerhatian melalui nota lapangan, temu bual dan data ujian awal serta data ujian kesan tindakan. Data yang dikumpul dianalisis melalui analisis kandungan dan analisis deskriptif. Triangulasi kaedah, penyelidik dan masa dilakukan untuk proses penyemakan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan video berjaya meningkatkan minat murid dan pencapaian dalam mata pelajaran Sains. Saya ingin melanjutkan kajian saya dengan mengaplikasikan video untuk mengajar topik Sains yang lain untuk menguji sama ada penggunaaan video adalah sesuai digunakan untuk topik Sains lain untuk menambah baik amalan saya.

Kata Kunci: Video, minat murid, pencapaian, Tahun 5, analisis kandungan, analisis deskriptif.

Abstract

The research was conducted to investigate the effect of using video towards Year Five pupil's interest and performance in Science in the topic of "Characteristics of seeds and fruits and their dispersed." The participants of this research consisted of three pupils from Year Five in a primary school of Kuching District. They were selected based on their performance in Science. They were from low, moderate and good categories. The instruments used for collecting data were observations through field notes, interviews, initial test data and final test data. The data were analysed by using content analysis and descriptive analysis. I also used method, researcher's and time triangulation in checking data. The result of the research showed that using video was able to increase the interest of pupils in learning Science. The pupil's performance in Science subject had improved. I would like to further this research by using video in teaching other Science topics in order to improve my teaching and learning practice.

Keywords: Video, performance, pupil's interest, Year Five, content analysis, descriptive analysis.

Page 173: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 156-171

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

157

Pengenalan Konteks

Tujuan Sains diperkenalkan di sekolah rendah adalah untuk membantu murid lebih memahami diri mereka sendiri dan alam sekeliling melalui pengalaman dan penyiasatan. Guru Sains memainkan peranan yang penting untuk membimbing murid membina pengetahuan diri serta menggunakan kaedah ataupun strategi yang sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru Sains bukan sahaja berperanan untuk menyampaikan maklumat kepada murid, malah guru perlu memastikan bahawa muridnya mahir membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Saya merupakan seorang guru pelatih yang menjalani kursus di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Sepanjang menjalani kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama Lima tahun dan setengah, saya menjalani tiga fasa praktikum di sekolah yang berbeza. Saya juga menjalani program Internship selama sebulan di sekolah. Pada praktikum fasa tiga, semua guru pelatih termasuk saya diberi peluang untuk menjalankan penyelidikan tindakan. Saya sangat berbesar hati dan dengan seluruh tekad yang ada, saya menjalankan satu kajian untuk menguji keberkesanan kaedah video dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Kajian tindakan saya ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid saya menamakan ciri-ciri tumbuhan mengikut cara penyebarannya melalui penggunaan video. Refleksi pengalaman PdP lepas

Saya telah menjalani dua praktikum sebelum ini yang merupakan sumber pengalaman dan bekalan untuk praktikum fasa tiga. Saya menjalani selama sebulan di SK C (Nama samaran) dan menjalani selama dua bulan di SK T (nama samaran). Untuk praktikum fasa tiga pula, saya menjalani latihan mengajar selama tiga bulan di SK G (nama samaran). SK G terletak di tengah-tengah bandar raya Kuching dan jumlah murid di sekolah ini agak besar iaitu menjangkau 1000 orang murid. SK G hanya mempunyai satu sesi persekolahan sahaja. Ketiga-tiga fasa praktikum telah memberi peluang untuk saya mengajar Sains bagi kelas Tahun Lima. Antara isu yang paling jelas semasa ketiga-tiga fasa praktikum ialah masalah murid kurang berminat untuk mempelajari Sains kerana ada beberapa topik Sains tentang menyiasat daya dan tenaga serta menyiasat bahan. Ketiga-tiga tema ini adalah bersifat ilmu yang abstrak. Murid menghadapi masalah untuk membayangkan dan memahami bagaimana sesuatu fenomena berlaku dan ini menyebabkan murid gagal memberi penjelasan terhadap konsep Sains dengan tepat.

Pada praktikum fasa satu, saya ditugaskan untuk mengambil alih mata pelajaran Sains kelas Tahun Lima dan berpeluang untuk mengajar dua topik Sains iaitu, tenaga dan elektrik yang bertema menyiasat daya dan tenaga. Ketika menjalani praktikum di sekolah ini, kaedah yang banyak digunakan oleh saya ialah pengajaran dan pembelajaran dengan PowerPoint. Melalui pemerhatian saya, murid dapat memberi perhatian yang sepenuhnya berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan sebarang bahan bantu mengajar. Masalah yang dihadapi oleh murid dalam mempelajari topik tenaga adalah mereka sangat lemah semasa mengenalpasti bentuk tenaga yang terlibat. Misalnya, apabila murid menjalankan aktiviti menyalakan lampu dan berbincang tentang perubahan bentuk tenaga mereka akan menyatakan tenaga cahaya berubah ke tenaga elektrik. Ketika mengajar topik elektrik pula, murid-murid mula menjadi bosan dengan powerpoint yang telah ditunjukkan. Dengan itu, saya telah menggunakan kaedah aktiviti hands-

Page 174: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 156-171

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

158

on. Saya telah membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Kemudian, murid dikehendaki untuk membina litar bersiri dan litar selari dan berdasarkan pemerhatian, murid berbincang mengenai perbezaan susunan mentol dalam litar bersiri dan litar selari. Namun demikian, kaedah ini tidak mendapat respons yang baik daripada murid. Saya dapat mengesan bahawa murid yang lemah tidak melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Mereka hanya menjadi penumpang sahaja dalam satu kumpulan. Ada sesetengah murid pula bermain dengan menggunakan bahan yang disediakan. Masalah sebegini amat membimbangkan saya kerana lama-kelamaan akan menyebabkan murid kurang minat untuk mempelajari Sains.

Pada praktikum fasa dua pula, saya telah ditugaskan untuk mengambil alih mata pelajaran Sains untuk dua kelas Tahun Lima. Kelas 5B merupakan kelas yang berada di pencapaian yang sederhana manakala kelas 5C pula merupakan kelas yang berada di pencapaian yang rendah. Terdapat dua orang murid yang menghadapi masalah membaca dan menulis di dalam kelas 5C. Fokus tajuk yang telah diajar adalah bertemakan menyiasat bahan. Bidang pembelajaran yang diajar adalah Keadaan Bahan. Ketika saya mengajar bidang topik ini, murid kelihatan keliru dan bosan tentang bagaimana bahan boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Saya juga mengesan bahawa murid menghadapi masalah untuk membayangkan dan memahami bagaimana sesuatu fenomena itu berlaku dan ini menyebabkan murid gagal memberi penjelasan terhadap konsep Sains dengan tepat.

Selain daripada itu, saya juga telah menggunakan papan gambar sebagai bahan bantu mengajar untuk membantu murid memahami kitaran air. Sepanjang pengajaran dan pembelajaran ini, murid tidak dapat membayangkan sesuatu yang berlaku dalam situasi kehidupan yang sebenar. Contohnya, murid tidak dapat memerihalkan bagaimana awan dan hujan terbentuk. Penggunaan cara tradisional "chalk and talk" dengan bantuan gambar sahaja tidak dapat mencetuskan minat mereka untuk mempelajari perubahan keadaan bahan dalam kitaran air. Tambahan lagi, murid yang lemah tidak mempunyai semangat dan motivasi untuk mempelajari Sains. Mereka kadangkala akan tidur di dalam kelas semasa guru mengajar di hadapan. Keadaan ini amat membimbangkan saya kerana kebolehan murid untuk memahami pengetahuan Sains asas dalam tema menyiasat bahan perlu semakin menurun.

Semasa menjalani praktikum fasa tiga, keadaan yang sama turut berlaku terhadap murid-murid kelas saya. Tidak dapat dinafikan bahawa tema yang berkaitan tentang menyiasat daya dan tenaga serta menyiasat bahan mengurangkan minat murid untuk mempelajari Sains. Ketika menjalankan praktikum fasa ketiga ini, saya ditugaskan unutuk mengajar dua kelas Tahun Lima yang mempunyai pencapaian akademik yang berbeza. Kelas Tahun Lima Tunku Abdul Rahman digolongkan sebagai murid yang berpencapaian baik manakala kelas Tahun Lima Mahathir pula digolongkan sebagai murid yang berpencapaian rendah. Kaedah yang digunakan untuk mengajar kedua-dua kelas ini adalah berlainan kerana pencapaian murid yang berbeza Bagi murid yang lemah, masalah yang sama timbul apabila murid tidak menunjukkan rasa minat untuk mempelajari tema yang berkaitan dengan menyiasat benda-benda hidup terutmanya topik seperti kemandiran tumbuhan. Semasa menjalankan pengajaran dalam tajuk tumbuhan, saya mendapati murid tidak memberi tumpuan, tidak melibatkan diri secara aktif dan kurang memberi respons apabila guru menanya soalan. Hasil lembaran kerja yang dibuat murid juga tidak memuaskan. Jawapan yang diberikan

Page 175: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 156-171

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

159

oleh murid adalah tidak memberangsangkan. Jadi, saya pun menjalankan aktiviti hands-on untuk menarik minat mereka untuk mempelajari topik ini. Hasil yang didapati juga adalah tidak memuaskan kerana apabila saya meminta murid untuk memerhatikan ciri-ciri tumbuhan tersebut dan mengenalpasti apakah agen penyebaran tumbuhan tersebut, murid tidak dapat mengenalpastinya.

Fokus kajian Isu kajian

Dalam pemilihan fokus penyelidikan tindakan ini, saya telah merujuk kepada kriteria-kriteria tertentu untuk membantu saya mengenalpasti isu kajian yang berkait dengan pengalaman dan amalan kendiri serta kerelevannya kepada keperluan murid-murid di sekolah. Semasa menjalankan praktikum fasa ketiga, saya diamanahkan untuk mengajar dua kelas Tahun Lima yang terdiri daripada murid-murid dari pelbagai tahap pencapaian. Antara topik yang saya mengajar untuk kelas Tahun Lima ini ialah Kemandiran tumbuhan (Plant Survival), iaitu topik yang berkaitan tentang bagaimana biji benih tumbuhan disebarkan. Pada pemerhatian awal, saya dapat mengesan murid-murid yang lemah kurang memberikan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran saya apabila menggunakan PowerPoint sebagai alat pengajaran saya. Pada mulanya, penggunaan PowerPoint dapat menarik perhatian mereka. Lama-kelamahan, murid-murid tidak berminat pada PowerPoint yang ditayangkan. Melalui hasil dapatan pemerhatian saya, kaedah gambar melalui powerpoint yang saya gunakan untuk mengajar topik ini adalah tidak sesuai untuk murid saya. Semasa saya menayangkan gambar tumbuhan mengikut cara penyebarannya dengan PowerPoint, mereka tidak dapat membayangkan ciri-ciri sebenar tumbuhan tersebut sehingga boleh tersebar melalui empat agen penyebarann iaitu haiwan, air, angin dan mekanisme letupan.

Ketika mengajar topik ini, saya juga telah menggunakan kaedah aktiviti hands-on. Aktiviti hands-on ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada murid membuat pemerhatian terhadap tumbuhan-tumbuhan dan buah-buahan yang berbeza seperti buah kelapa, buah pinang, lallang, saga, balsam, betik dan tembikai. Saya meminta murid untuk memerhatikan ciri-ciri tumbuhan atau buah-buahan tersebut dan mengenalpasti agen penyebaran dengan memilih dari senarai perkataan mengandungi nama agen penyebaran dan ciri-ciri tumbuhan atau buah-buahan yang disediakan dengan menuliskan jawapannya di dalam lembaran aktiviti yang disediakan. Saya mula menyedari bahawa kaedah aktiviti hands-on yang saya dilaksanakan ketika mengajar topik ini tidak berkesan untuk anak murid saya. Walaupun mereka melihat tumbuhan tersebut, namun mereka tidak dapat membayangkan ciri-ciri sebenar tumbuhan itu sehingga dia boleh tersebar melalui empat agen penyebaran iaitu haiwan, air, angin dan mekanisme letupan. Pengumpulan data awal dijalankan untuk mengenal pasti isu-isu keprihatinan dalam kajian tindakan saya iaitu berkaitan dengan minat dan pencapaian murid dalam tajuk "Ciri-ciri Tumbuhan mengikut cara penyebarannya". Isu keprihatinan 1: Murid mendapat keputusan Sains yang kurang memuaskan Jadual 1 di bawah menunjukkan markah Sains yang diperolehi oleh tiga peserta kajian saya dalam ujian bulanan mereka yang lepas.

Page 176: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 156-171

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

160

Jadual 1 Markah Sains yang diperolehi oleh peserta kajian dalam ujian bulanan yang lepas

Bil Peserta Kajian Jantina Markah ujian Bulanan

Tahap Pencapaian Gred

1 Jang L 64 Sederhana B

2 Jae L 75 Sederhana B

3 Yeol P 48 Lemah C

Berdasarkan Jadual 1, Jang merupakan seorang peserta kajian yang berada dalam tahap pencapaian yang sederhana. Begitu juga dengan peserta kajian yang kedua, iaitu Jae juga berada dalam pencapaian yang sederhana. Menurut guru Sains mereka, markah Sains yang diperolehi oleh Jang dan Jae dalam ujian bulanan semakin menurun. Selain daripada itu, Yeol pula berada dalam tahap pencapaian yang lemah. Guru Sains bagi kelas ini sangat risau akan markah yang diperolehi oleh ketiga-tiga peserta kajian ini. Hal ini kerana markah Sains yang diperolehi oleh mereka semakin menurun dan mereka juga tidak memberi perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas.

Isu keprihatinan 2: Murid tidak menunjukkan rasa minat dalam PdP Sains Bagi mengumpulkan data yang berkaitan tentang minat murid dalam

pembelajaran Sains, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian melalui nota lapangan. Berdasarkan nota lapangan yang dicatatkan, saya mendapati bahawa murid suka melukis atau menconteng meja, buku teks atau buku latihan apabila mereka berasa bosan. Masalah ini telah merisaukan saya risau kerana pengajaran saya yang menggunakan kaedah powerpoint menyebabkan minat murid terhadap pengajaran Sains menjadi berkurang. Murid tidak memberi respons apabila soalan ditanya Jadi, saya ingin memfokuskan kajian ini kepada peningkatan minat murid dalam mempelajari sub-topik menyenaraikan ciri-ciri tumbuhan berdasarkan cara penyebarannya dengan menggunakan video.

Di samping itu, saya juga dapat memerhati ada satu orang murid yang tidak berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan kerana murid yang pandai tidak suka bergaul dengan mereka. Murid-murid ini juga bersikap pasif dan tidak ingin belajar. Mereka hanya memerhatikan ahli kumpulan mereka menjalankan aktiviti. Masalah yang dihadapi oleh murid menyebabkan saya risau kerana kurang minat mereka dalam pengajaran Sains yang akan menyebabkan mereka tidak suka akan subjek Sains. Selain daripada itu, murid juga tidak dapat menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru. Lantaran itu, kaedah yang sesuai perlu digunakan supaya dapat meningkatkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan video dalam:

i. Meningkatkan minat murid Tahun Lima dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di Kuching.

ii. Meningkatkan pencapaian murid Tahun Lima dalam tajuk "Ciri-ciri Tumbuhan mengikut cara penyebarannya" di Kuching

Persoalan kajian Berdasarkan objektif-objektif kajian, persoalan-persoalan kajian yang ditinjau adalah:

i. Sejauh manakah penggunaan video dapat meningkatkan minat murid Tahun Lima dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di Kuching?

Page 177: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 156-171

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

161

ii. Sejauh manakah penggunaan video dapat meningkatkan pencapaian murid Tahun lima dalam tajuk "Ciri-ciri Tumbuhan mengikut cara penyebarannya" di Kuching?

Perancangan dan Pelaksanaan Kajian

Rancangan Tindakan Sebelum perlaksanaan penggunaan video, perkara-perkara berikut diberi fokus:

i. Mendapatkan maklumat daripada guru terhadap pelajar yang bermasalah dan hasil keputusan dalam ujian bulanan terutamanya subjek Sains.

ii. Mengadakan sesi awal pengajaran dan pembelajaran tentang tajuk "Ciri-Ciri Tumbuhan mengikut cara penyebarannya" tanpa menggunakan video.

iii. Menjalankan pemerhatian terhadap murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas.

iv. Menjalankan temu bual terhadap murid selepas pelaksanaan tindakan tanpa menggunakan video untuk melihat sejauh manakah tahap minat dan kefahaman murid mengenai tajuk ini.

v. Mengumpul data awal untuk melihat sejauh manakah dia dapat menguasai tajuk ini.

vi. Menganalisis lembaran kerja murid, hasil pemerhatian dan hasil soal selidik. vii. Menentukan objektif dan hasil pembelajaran viii. Menentukan peringkat pembelajaran ("Needham" 5 fasa) ix. Menentukan tujuan penggunaan video x. Mencari bahan-bahan melalui pelbagai sumber seperti buku, internet dan

majalah xi. Mencari dan memuat turun pelbagai video klip melalui internet iaitu laman

web Youtube yang berkaitan tentang ciri-ciri tumbuhan mengikut cara penyebarannya

xii. Mengabungkan video klip dengan menggabungkan data, teks, gambar, animasi untuk menhasilkan satu video klip yang baru.

xiii. Menyunting klip video yang terlalu panjang dan mengabungkan beberapa klip video kepada satu klip video dengan menggunakan perisian Movie Maker.

Semasa Perlaksanaan penggunaan video i. Menerangkan tujuan, cara penggunaan video dilaksanakan, data yang

perlu dikumpul dan hak responden. ii. Murid menonton tayangan dan mencatat isi-isi yang penting mengikut

kehendak dan panduan yang diberikan guru. iii. Murid memberi jawapan apabila soalan dipaparkan di video klip. iv. Guru memberi bimbingan kepada murid apabila diperlukan. v. Guru menjalankan pemerhatian terhadap murid dan merekodkan hasil

pembelajaran ke dalam nota lapangan. Selepas Perlaksanaan penggunaan video

i. Mengumpul data ujian kesan tindakan untuk melihat sejauh manakah dia dapat menguasai tajuk ini.

ii. Menjalankan temu bual dengan murid. iii. Membuat analisis terhadap data kesan tindakan yang dikumpul iv. Membuat analisis terhadap hasil temu bual yang dijalankan. v. Membuat analisis terhadap hasil pemerhatian yang dilaksanakan.

Page 178: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 156-171

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

162

vi. Membuat penilaian keberkesanan penggunaan video dalam meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Sains dan pencapaian murid salam mata pelajaran Sains.

Pelaksanaan Tindakan Selepas membuat perancangan berdasarkan langkah-langkah seperti yang

disenaraikan di atas, saya melaksanakan tindakan pada masa yang ditetapkan. Saya juga memberi fokus kepada beberapa perkara yang penting untuk memastikan kajian saya dapat dilaksanakan dengan lancar. Berikut merupakan perkara-perkara penting yang perlu diberi fokus:

1. Menentukan objektif dan hasil pembelajaran Jadual 2 Penentuan objektif dan hasil pembelajaran bagi Sains Tahun Lima Tahun Lima

Topik Kemandiran Spesies Bidang Pembelajaran Menyiasat benda-benda hidup Objektif Pembelajaran Memahami pelbagai tumbuhan mempunyai cara

tersendiri untuk mengekalkan kemandirian spesies mereka.

Hasil Pembelajaran Menyatakan 4 cara pencaran bijih benih dan buah

Memberi contoh-contoh tumbuhan yang dipencarkan melalui air, angin, haiwan dan mekaisme letupan.

Menghubungkaitkan ciri-ciri bijih benih dan buah dengan cara mereka dipencarkan

Pengetahuan Sedia Ada Murid Murid pernah memerhati pelbagai jenis tumbuhan di persekitaran mereka, saluran internet dan televisyen.

Video Gabungan beberapa video, gambar, animasi, penceritaan, bunyi untuk menghasilkan satu video yang baru

2. Menentukan peringkat pengajaran Selain itu, saya juga telah menggunakan "Needham" lima fasa sebagai panduan untuk menentukan peringkat pembelajaran. Jadual 3 Peringkat pengajaran bagi pelaksanaan penggunaan video dalam pembelajaran Sains

Peringkat Isi Pelajaran Aktiviti PdP

Orientasi Pengenalan Guru memulakan isi pelajaran dengan menggunakan video yang dihasilkan. Who am I? i. Guru menunjukkan gambar

kartun sebatang cili melalui video

ii. Video memaparkan soalan seperti berikut:

Do you know who am I?

What is inside my body if I cut myself into half?

What is the size of the chili's seeds?

iii.Video memaparkan topik yang akan dipelajari ialah "Menamakan ciri-ciri tumbuhan mengikut cara penyebarannya"

Pra tontonan 1) Guru menerangkan tujuan, cara

penggunaan video dilaksanakan, data yang perlu dikumpulkan, dan hak responden sebelum kajian bermula.

2) Guru menjelaskan apa yang perlu dilakukan oleh murid semasa tayangan.

3) Murid membuat persediaan awal sebelum pembelajaran bermula.

4) Murid menonton tayangan video dan mendengar panduan dan arahan yang diberi oleh guru.

Page 179: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 156-171

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

163

Pencetusan idea Whom am I belong to? i. Video memaparkan pergerakan

penyebaran

Buah kelapa Cara penyebaran: Air

Dandelion seed Cara penyebaran: Angin

Rambutan Cara penyebaran: Haiwan

Blossom plant Cara penyebaran: Letupan mekanisme

ii. Setiap tumbuhan dan buah mempunyai cara penyebarannya.

1) Murid memerhati pergerakan penyebaran empat tumbuhan/ buah melalui klip video.

2) Murid dikehendaki memberitahu guru cara pencaran bagi setiap tumbuhan/ buah

3) Murid menjawab soalan yang dipaparkan dalam idea.

Penstrukturan semula idea

Let me tell you! i. Isi kandungan yang ditunjukkan

dalam video dipersembahkan dengan gabungan data, teks, gambar dan animasi

ii. Contoh tumbuhan yang ditunjukkan dalam video membantu murid untuk menamakan ciri-ciri tumbuhan berdasarkan cara penyebarannya.

1) Guru menstrukturkan semula idea murid dengan menunjukkan ciri-ciri tumbuhan berdasarkan cara pennyebaran dengan menggunakna klip video.

2) Setiap cara penyebaran menunjukkan ciri-ciri yang tertentu melalui video.

3) Setiap soalan yang dipaparkan di video akan memberi masa murid untuk menjawab soalan tersebut.

Penggunaan Idea Let's discover me more! i. Latihan yang diberi kepada

murid adalah dalam bentuk ojektif dan subjektif.

Pasca tontonan 1) Guru meminta murid membuat

latihan yang diberikan untuk menguji sejauh manakah kefahaman murid terhadap pengajaran yang dijalankan.

2) Guru memberi bimbingan kepada murid jika perlu.

3) Guru menjalankan perbincangan bersama dengan murid.

Renungan kembali Yay! I know you! i. Menguhkuhkan lagi kefahaman

murid dalam pengajaran yang dipelajari.

1) Guru meminta murid untuk menamakan ciri-ciri tumbuhan berdasarkan cara penyebarannya pada gambar yang ditunjukkan dalam video.

Kaedah Kajian

Peserta Kajian Seramai tiga orang murid Tahun Lima menjadi peserta kajian saya. Mereka

terdiri daripada seorang lelaki dan dua orang perempuan. Murid lelaki diwakili dengan nama samaran, Jae. Manakala dua orang murid perempuan pula diwakili dengan nama samaran Jang dan Yeol. Rasional saya memilih tiga orang murid ini adalah kerana mereka merupakan murid yang mempunyai pencapaian yang rendah, sederhana dan baik dalam kelas. Tiga orang murid ini juga dipilih berdasarkan keputusan ujian bulanan yang lepas. Ini akan membantu saya mengenal pasti kesesuaian penggunaan video dijalankan bagi tahap pencapaian berbeza. Tenik Mengumpul Data

Pemerhatian.Sepanjang kajian tindakan ini dilakukan, saya menjalankan pemerhatian saya sebanyak dua kali, iaitu sebelum dan selepas penggunaan video

Page 180: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 156-171

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

164

dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Nota lapangan dicatat semasa saya membuat pemerhatian terhadap tingkah laku atau perubahan sikap peserta kajian yang menarik pemerhatian saya. Setiap tingkah laku peserta kajian yang unik secara khususnya dicatat. Minat murid semasa murid video ditayangkan juga dicatatkan. Saya mencatat setiap perkara atau peristiwa yang berlaku dalam nota lapangan saya. Antara aspek yang saya perhatikan ialah perlakuan “non-verbal”, interaksi lisan, tingkah laku dan perkara-perkara di luar jangkaan yang terjadi sepanjang sesi pelaksanaan berlaku. Melalui catatan nota lapangan, saya membuat analisis terhadap tingkah laku positif dan negatif murid dan mengenal pasti tahap minat murid semasa pembelajaran Sains.

Temu bual.Kaedah temu bual yang saya gunakan ialah berbentuk temu bual berstuktur dan separa berstruktur. Bagi memastikan instrumen temubual ini dapat mengesan sejauh manakah objektif kajian saya boleh tercapai, saya telah menjalankan dua sesi temu bual, iaitu sebelum tindakan dan selepas tindakan. Murid ditemu bual sebelum tindakan dan selepas tindakan. Saya menggunakan set soalan yang sama untuk mengenal pasti perubahan respons daripada murid. Soalan-soalan yang digunakan dalam dua sesi temu bual sebelum dan selepas tindakan dilampirkan pada

Data ujian awal dan data ujian kesan tindakan. Instrumen ini amat penting untuk mengesan sejauh manakah pencapaian objektif saya yang kedua, iaitu samada penggunaan video dapat membantu murid meningkatkan pencapaian atau tidak. Tujuan penggunaan data ujian awal dan data ujian kesan tindakan adalah meninjau samada kefahaman topik dan hasil pengajaran dan pembelajaran dapat tercapai. Kaedah pengumpulan data ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama sebelum penggunaan pembelajaran melalui kaedah penggunaan video dan sesi kedua selepas menggunakan kaedah video. Pada sesi yang pertama, saya menjalankan ujian selama 20 minit sebagai data ujian awal selepas isi pelajaran hari tersebut telah habis disampaikan. Kemudian saya terus menjalankan fasa yang kedua selama 20 minit sebaik sahaja saya melaksanakan kaedah video dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari yang lain. Kertas soalan yang digunakan bagi kedua-dua sesi tadi adalah sama dan tidak diubahsuai. Teknik Menganalisis Data

Analisis Kandungan. Saya telah memerhati, membaca catatan nota lapangan berulang kali dan melabelkan perkara penting dalam tema. Tema seperti minat dan pemahaman murid dikenalpasti semasa analisis kandungan nota lapangan. Catatan dikelaskan dalam tema untuk memudahkan penginterpretasian data yang dikumpul. Data dalam transkrip temu bual dibahagi kepada unit-unit analisis dan segmen yang bermakna, segmen-segmen dikodkan dan dikategorikan dalam tema yang sesuai. Saya menyusun data dalam grid analisis semasa menganalisis data temu bual. Kandungan lembaran kerja dianalisis dari segi cara peserta kajian menjawab soalan, kesalahan sistematik dan kesalahan kecuaian yang terdapat dalam lembaran kerja peserta kajian. Hasil lembaran kerja direkodkan dengan markah dan gred akademik dan dianalisis semasa ke semasa.

Mengkategori Data. Pertama, saya menganalisis pola dalam tema-tema yang dibentukkan melalui nota lapangan, transkrip temu bual dan lembaran kerja peserta kajian. Kedua, saya menganalisis pola kesalahan sistematik dan kesalahan kecuaian dalam lembaran kerja peserta kajian. Tujuannya adalah untuk memastikan kandungan pelajaran disampaikan berjaya diterima oleh peserta kajian. Ini membolehkan mengesan kekuatan, kelemahan dan tahap penguasaan peserta

Page 181: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 156-171

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

166

kajian dalam pembelajaran "Ciri-ciri tumbuhan berdasarkan agen penyebaran" melalui penggunaan video.

Analisis deskriptif. Saya juga memperoleh dan menganalisis data-data yang bersifat nombor atau angka seperti data ujian awal dan data ujian kesan tindakan serta semakan lembaran kerja murid dengan cara kuantitatif. Analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri pembolehubah dalam kajian. Ia juga membantu saya membuat kesimpulan data numerikal. Teknik Menyemak Data

Triangulasi Kaedah. Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul data kajian saya, termasuklah kaedah pemerhatian, temu bual dan data ujian awal dan data ujian kesan tindakan sepanjang proses pengumpulan data. Saya juga telah menggunakan kaedah analisis kandungan untuk menganalisis data saya. Saya telah membahagikan dua bahagian supaya dapat menyatakan kaedah-kaedah yang digunakan sebagai triangulasi. Bahagian pertama adalah berkaitan tentang sejauh manakah penggunaan video dapat meningkatkan minat murid tahun lima dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan bahagian kedua pula adalah berkaitan tentang pencapaian murid tahun lima dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Keputusan data yang selaras menunjukkan kesahan dan kepercayaan data yang tinggi.

Triangulasi Penyelidik. Saya juga telah menggunakan triangulasi penyelidik yang melibatkan rakan sepraktikum saya terhadap tingkah laku dan minat murid sebelum dan selepas penggunaan video dilaksanakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Catatan nota lapangan daripada rakan saya telah membantu meningkatkan kebolehpercayaan data yang telah saya kumpulkan. Sehubungan dengan itu, saya telah membuat perbandingan antara catatan lapangan antara saya dan rakan sepraktikum saya. Catatan nota lapangan saya dan rakan sepratikum saya mempunyai keselarasan yang tinggi. Hampir semua tingkah laku yang dicatatkan oleh rakan sepratikum saya adalah sama dan ini menunjukkan kebolehpercayaan data yang saya kumpulkan adalah tinggi.

Triangulasi Masa. Triangulasi masa dijalankan dengan membanding hasil tinjauan awal dan tinjauan akhir peserta kajian dalam bentuk lembaran kerja. Soalan tinjauan awal dan tinjauan akhir adalah sama dari segi jenis, skop, tahap kesukaran dan hasil pembelajaran. Dalam tempoh tersebut, saya telah mengedarkan soalan-soalan yang dibahagikan kepada bahagian A dan bahagian B kepada murid untuk mengesan sejauh mana kefahaman murid terhadap topik yang diajar sebelum dan selepas video digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya juga menganalisis serta membuat perbandingan markah kesan ujian awal dan kesan ujian tindakan yang diperolehi oleh responden kajian. Jadual 4 di bawah menunjukkan tarikh-tarikh pengedaran lembaran kerja yang diberikan kepada murid untuk pegumpulan data ujian awal dan data ujian kesan tindakan. Jadual 4 Tarikh-tarikh pengedaran lembaran kerja untuk pengumpulan data ujian awal dan data ujian kesan tindakan

Tarikh Hari Lembaran kerja

17/02/2014 Isnin Tinjauan Awal 15/07/2014 Khamis Latihan 1 17/07/2014 Jumaat Latihan 2 21/07/2014 Isnin Tinjauan akhir

165

Page 182: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 156-171

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

166

Etika Penyelidikan Sebelum penyelidikan tindakan ini dijalankan, saya telah memaklumkan perancangan tindakan kajian saya semasa menjalankan praktikum fasa tiga kepada pihak sekolah. Saya juga mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah supaya tiga orang murid tersebut menjadi kumpulan sasaran dalam kajian saya. Saya juga memberitahu guru pembimbing saya berkaitan tentang penyelidikan tindakan yang saya menjalani. Saya memberi taklimat yang ringkas mengenai kehendak saya sebagai penyelidik dan peranan mereka sebagai peserta kajian. Saya menggunakan nama samaran bagi peserta kajian dan semua gambar yang diambil yang menunjukkan identiti peserta juga ditapis supaya identiti mereka dirahsiakan. Antara perkara yang diterangkan terhadap peserta kajian adalah tempoh kajian, objektif kajian, jenis data yang saya kumpulkan, hak peserta kajian, serta perkara yang perlu dilakukan oleh murid bagi mendapatkan data yang saya perlukan. Saya juga memaklumkan mereka bahawa mereka mempunyai hak untuk mengundur diri apabila mereka ingin berbuat demikian dan hal ini juga untuk memastikan segala data yang dikumpulkan itu adalah tulen dan tepat atas kesukarelaan murid. Kajian saya bermula selepas semua peserta kajian memahami tujuan kajian saya.

Refleksi Refleksi Dapatan

Sejauh manakah keberkesanan penggunaan video dalam meningkatkan minat murid Tahun Lima dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di Kuching? Untuk menguji keberkesanan penggunaan video dalam meningkatkan minat

murid dalam mata pelajaran Sains, saya menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian melalui nota lapangan dan temu bual. Kesemua kaedah ini memainkan peranan yang penting untuk menjawab persoalan kajian ini. Ketiga-tiga responden menunjukkan rasa minat terhadap topik "Ciri-ciri Tumbuhan dan cara penyebarannya" apabila penggunaan video dilaksanakan untuk mengajar mata pelajaran Sains. Dapatan kajian menunjukkan saya telah berjaya melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik dengan menggunakan video semasa mengajar Sains. Beberapa video digabungkan untuk menghasilkan satu klip video pembelajaran yang merangkumi pelbagai elemen seperti bunyi, penceritaan, muzik dan gambar. Ia dapat meningkatkan minat murid untuk belajar seperti yang dinyatakan oleh Semrau dan Boyer (1994) bahawa video digemari dan seronok untuk mempelajari Sains.

Sebelum ini, saya hanya menggunakan powerpoint untuk menyampaikan isi pelajaran. Murid hanya mendengar apa yang cikgu mengajar sahaja. Gambar tumbuhan dapat menarik perhatian murid hanya seketika sahaja. Murid menunjukkan muka yang bosan dan tidak memberi perhatian. Saya juga melaksanakan aktiviti kumpulan. Saya menyediakan tumbuhan dan bijih benih bagi setiap kumpulan dan mereka dikehendaki untuk memerhati tumbuhan tersebut dan manamakan ciri-ciri tumbuhan tersebut berdasarkan cara penyebarannya. Ada murid yang agak pasif dan tidak berminat dalam aktiviti kumpulan. Mereka hanya melihat rakan sekumpulan mereka membuat aktiviti. Ada murid yang tidak melibatkan diri dalam aktivti kumpulan kerana ahli kumpulan mereka tidak memberi peluang kepada mereka. Merujuk kepada catatan nota lapangan rakan sepratikum saya,murid menunjukkan rasa minat untuk belajar apabila penggunaan video dilaksanakan di kelas. Melalui video yang ditayangkan, murid dapat memerhati bagaimana pergerakan sesuatu tumbuhan menyebar dengan ciri-ciri yang ada pada

Page 183: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 156-171

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

167

tumbuhan tersebut. Bagi rakan sepratikum saya, dia berpendapat bahawa video yang ditayangkan dapat menunjukkan tumbuhan yang sukar dicari berdasarkan cara penyebarannya.

Rakan sepraktikum saya juga bersetuju bahawa penerangan saya adalah lebih jelas dan mudah difahami dengan bantuan video. Murid berasa seronok dan gembira apabila guru menayangkan video. Ini menunjukkan penggunaan video berjaya melibatkan murid untuk mengikuti sesuatu pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Murid memberi respons terhadap soalan yang dipapar pada video dan menunjukkan rasa minat untuk menanya soalan kepada guru. Perasaan gembira juga dapat diperhatikan dalam kalangan responden kajian semasa mereka membuat soalan selepas selesai menonton video yang ditayangkan. Mereka meunjukkan rasa minat untuk mempelajari topik tersebut. Selain daripada itu, murid juga tertarik terhadap klip kartun cili yang boleh bercakap dan bergerak. Data ini adalah selaras dengan data temu bual bersama murid yang dijalankan sebelum dan selepas penggunaan video dalam sesi pelajaran. Jang didapati bosan pada pelajaran sebelum menggunakan video kerana hanya gambar sahaja ditunjukkan pada peringkat penstrukturan semula idea. Bagi Jae pula, dia masih keliru dan tidak faham maksud ciri-ciri. Ini menunjukkan Jae tidak melibatkan diri secara aktif apabila sesi pelajaran dijalankan. Seterusnya, Yeol pula berasa susah untuk melibatkan diri pada pelajaran hari sebelum guru menggunakan video kerana tidak dapat mengingati ciri-ciri tumbuhan berdasarkan cara penyebarannya.

Sejauh manakah penggunaan video dapat meningkatkan pencapaian murid Tahun lima dalam tajuk "Ciri-ciri Tumbuhan mengikut cara penyebarannya" di Kuching? Menurut Semrau & Boyer (1994), murid dapat mempelajari sesuatu konsep

dari video pembelajaran yang berfokus kepada pelbagai kesan bunyi, penceritaan dan muzik. Jadi, video dipercayai dapat memperkukuhkan lagi pembentukan konsep di samping menghasilkan pembelajaran yang lebih luas. Penggunaan video yang dilaksanakan dapat membantu tiga responden kajian Tahun Lima untuk menjawab soalan yang berkaitan tentang ciri-ciri tumbuhan berdasarkan cara penyebarannya. Bagi mengesan dapatan persoalan kajian ini, saya menggunakan instrumen mengumpul data ujian awal dan data ujian kesan tindakan, nota lapangan dan temu bual. Ketiga-tiga instumen ini telah membantu saya untuk mengumpulkan data yang releven bagi menjawab persoalan kajian ini. Hasil data daripada data ujian awal dan data ujian kesan tindakan memberi sokongan untuk menjawab persoalan kajian ini. Analisis data ujian awal dan data ujian kesan menunjukkan Jang, Jae dan Yeol menjawab soalan yang disediakan selepas video ditayangkan.

Tinjauan akhir menunjukkan kutipan-kutipan responden dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 ciri-ciri tumbuhan berdasarkan cara penyebarannya. Jae mampu menyenaraikan lebih daripada 3 ciri-ciri tumbuhan yang menyebar melalui angin. Jang juga mampu menyenaraikan ciri-ciri tumbuhan dengan lebih tepat berbanding dengan data ujian awal yang dikumpulkan. Yeol pula menunjukkan kemajuan yang paling ketara di mana dia mampu memberi jawapan bagi setiap cara penyebaran sesuatu tumbuhan. Sebelum ini, Yeol hanya berupaya untuk memberi nama bagi sesuatu tumbuhan sahaja. Kini, Yeol dapat memberi ciri-ciri tumbuhan yang tepat berdasarkan cara penyebarannya. Sehubungan dengan itu, selepas penggunaan video diaplikasikan dalam sesi pembelajaran. ketiga-tiga responden kajian dapat memperolehi tahap pencapaian yang lebih baik dalam data ujian kesan tindakan yang dikumpul berbanding dengan tahap pencapaian bagi

Page 184: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 156-171

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

168

data ujian awal yang dikutip. Mereka dapat menyenaraikan ciri-ciri tumbuhan yang tepat mengikut cara penyebarannya. Dapatan kajian melalui data awal dan data kesan tindakan turut disokong oleh data temu bual saya yang dijalankan sebelum dan selepas intervensi kajian.

Selepas tindakan kajian dilaksanakan, saya mendapati Jang, Jae dan Yeol dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik. Jae berada di tahap yang cemerlang kerana mampu memberi satu contoh tumbuhan, menyenaraikan ciri-ciri tumbuhan dengan tepat berdasarkan cara penyebarannya. Jang pula berada di tahap pencapaian yang baik, di mana dia melakukan kesilapan memberi jawapan bagi cara penyebaran tumbuhan. Akan tetapi, dia mampu menyenaraikan ciri-ciri tumbuhan tersebut dengan tepat. Hanya Yeol sahaja mendapat tahap pencapaian yang sederhana kerana dia hanya mampu menyenaraikan satu ciri-ciri tumbuhan tersebut berdasarkan cara penyebarannya. Tahap pencapaian murid ditingkatkan apabila video digunakan dalam sesi pembelajaran Sains. Dapatan hasil melalui data ujian awal dan data ujian kesan tindakan turut disokong oleh catatan nota lapangan saya. Tiga responden kajian mampu menyenaraikan ciri-ciri tumbuhan berdasarkan cara penyebarannya selepas video tamat ditayangkan. Sehubungan dengan ini, saya dapat menunjukkan bahawa pemahaman dan pencapaian murid dapat dipertingkatkan dengan menggunakan video dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kesemua data-data dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan dapatan kajian lepas Semrau & Boyer (1994) yang menyatakan murid dapat mempelajari sesuatu konsep dari video pembelajaran yang berfokus kepada pelbagai kesan bunyi, penceritaan dan muzik. Lantaran itu, penggunaan video mampu memperkukuhkan lagi pembentukan konsep di samping menghasilkan pembelajaran yang lebih luas. Misalnya dalam tajuk tentang bagaimana biji benih tumbuhan disebarkan, ciri-ciri tumbuhan mengikut agen penyebarannya dapat ditunjukkan melalui media bergerak dan ini dapat mengekalkan ingatan murid dan sekali gus meningkatkan pencapaian murid. Refeksi Penyelidikan Tindakan

Penggunaan video dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menunjukkan impak yang positif dalam minat murid dan peningkatan pecapaian murid dalam mata pelajaran Sains. Video yang digunakan juga mampu membantu murid saya untuk menyenaraikan ciri-ciri tumbuhan berdasarkan cara penyebarannya. Akan tetapi, penggunaan video mempunyai kekuatan dan kelemahan di mana ia bergantung kepada situasi dan cara penggunaan video tersebut. Kekuatan penggunaan video ialah ia dapat memberi keseronokan kepada responden kajian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebelum penggunaan video, responden kajian kurang memberi respons, pasif dan tidak berminat untuk melibatkan diri dalam sesi pembelajaran. Selepas tindakan dijalankan, murid menunjukkan rasa minat untuk belajar dan melibatkan diri dalam pembelajaran Sains. Kandungan-kandungan video berjaya menarik perhatian murid dan mereka menjawab soalan yang dipaparkan di dalam video. Penggunaan video pembelajaran yang berfokus kepada pelbagai kesan bunyi, penceritaan. animasi dan muzik menjadikan suasana kelas yang dapat mengurangkan masalah pembelajaran murid terhadap topik yang diajar. Tambahan lagi, penggunaan video ini mendatangkan manfaat dari segi pencapaian murid. Ketiga-tiga responden kajian lebih cenderung memberi jawapan yang betul dan tepat dalam soalan yang diberikan selepas video digunakan. Video-video yang disunting semula dan digabungkan dengan menyelitkan bunyi, penceritaan, animasi dan muzik

Page 185: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 156-171

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

169

merupakan satu cara yang baik untuk mempelajari dan mengingati satu kosep Sains dengan lebih baik. Video juga boleh ditayangkan secara berulang kali supaya murid dapat mengusai ilmu Sains dan sekali gus dapat meningkatkan pencapaian mereka.

Manakala, kelemahan pada penggunaan video adalah ia hanya sesuai bagi beberapa topik Sains sahaja. Misalnya, topik yang memerlukan murid untuk menguasai kemahiran manipulatif Sains seperti elektrik di mana murid dikehendaki untuk membina litar bersiri dan litar selari untuk memerhati perbezaan susunan mental dalam litar bersiri dan litar selari. Kemahiran tersebut tidak sesuai dipelajari melalui video. Topik yang berkaitan tentang ukuran panjang, jisim dan isi padu adalah lebih sesuai dilaksananakna dalam aktiviti hands-on berbanding dengan video. Di samping itu, kelemahan yang dikenal pasti ialah prosedur untuk menghasilkan video yang baru memerlukan masa yang panjang kerana video-video yang dipilih perlu disunting agar sesuai dengan tahap kefahaman murid. Selain daripada itu, kesan bunyi dan animasi perlulah diberi fokus kerana animasi yang terlalu banyak kadangkala akan menimbulkan keliruan dalam murid. Kesan bunyi yang tidak sesuai juga akan menganggu kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran. Proses penambahbaikan terhadap video dijalankan berulang kali sebelum menggunakan video tersebut dalam mata pelajaran Sains. Satu lagi kelemahan dalam menjalankan tindakan ini ialah penggunaan video ini mengambil masa yang lama dalam pengajaran. Hal ini kerana ada murid yang menghadapi masalah sukar menangkap isi penting dalam video. Guru biasanya akan mengulangi tayangan video supaya murid dapat mengingati isi yang terkandung dalam video. Selain itu, jika video yang sama berulang dengan terlalu banyak kali, murid akan berasa bosan. Oleh itu, guru perlu bijak untuk menentukan tempoh masa yang diperlukan oleh murid menguasai topik yang dipelajari. Refleksi Pembelajaran kendiri

Pengalaman saya sepanjang perlaksanaan penyelidikan tindakan ini sungguh bernilai. Hal ini kerana ini merupakan kali pertama saya melibatkan diri dalam dunia penyelidikan. Sepanjang pelaksanaan penyelidikan tindakan ini, saya mendapati murid mempunyai tanggapan bahawa Sains merupakan subjek yang susah untuk difahami dan kurang diminati. Pelaksanaan penyelidikan tindakan ini memberi kesedaran kepada saya bahawa betapa pentingnya seseorang murid sekolah rendah menguasai konsep Sains dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Bagi mengajar topik tentang ciri-ciri tumbuhan berdasarkan cara penyebarannya adalah agak susah bagi guru untuk membawa tumbuhan dan bijih benih yang sebenar ke dalam kelas sebagai alat bantu mengajar. Murid akan mudah berasa bosan semasa guru menyampaikan kandungan dan maklumat dengan hanya menggunakan buku teks dan powerpoint. Lantaran itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah perlu untuk meningkatkan penguasaan dan pemahaman terhadap sesuatu konsep Sains dan sekali gus memupuk minat mereka dalam mempelajari Sains. Hasil kajian ini menyedarkan saya bahawa ciri-ciri tumbuhan berdasarkan cara penyebarannya perlu ditekankan dalam pembelajaran Sains. Hal ini kerana ilmu ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Perlaksanaan penyelidikan ini juga meningkatkan mutu pengajaran saya dalam mata pelajaran Sains. Sebagai contohnya, perlaksanaan penyelidikan ini membantu anak murid saya untuk menamakan ciri-ciri tumbuhan berdasarkan agen penyebarannya melalui video. Semasa melaksanakan tindakan ini, saya telah membina satu hubungan yang positif antara saya dengan murid-murid. Secara tidak

Page 186: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 156-171

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

170

langsungnya, saya telah meningkatkan kawalan emosi saya untuk lebih bersabar apabila menghadapi masalah murid-murid yang lemah dalam Sains. Hasil dapatan menunjukkan kaedah video yang digunakan dapat membantu anak murid untuk mempelajari tajuk ini dengan mudah dan cepat. Ini memberi dorongan kepada saya untuk menambah baik lagi amalan pengajaran saya dalam mengajar Sains. Penyelidikan tindakan ini juga membantu saya dalam meningkatkan kemahiran mengakses sumber, mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi data yang dikumpul serta kemahiran menulis laporan dalam meningkatkan amalan profesional saya sebagai seorang penyelidik pada masa akan datang. Penyelidikan tindakan ini menambah pengalaman dan kemahiran mengajar saya kerana diberi peluang menjadi penyelidik dan peserta kajian yang berupaya untuk sentiasa menilai dan menambah baik tindakan dan amalan kendiri. Lantaran itu, perlaksanaan penyelidikan tindakan ini membantu saya membentuk diri menjadi seorang guru Sains yang berkesan.

Melalui perlaksanaan tindakan ini, saya juga menyedari bahawa untuk menjadi seorang guru yang berkesan, saya perlu mengetahui banyak ilmu terutamanya dari segi pedagogi. Selain itu, tindakan yang saya jalankan ini juga dapat meningkatkan kemahiran interpersonal dalam diri saya. Saya lebih yakin untuk menyampaikan isi pelajaran dengan menggunakan teknik dan strategi yang sesuai. Salah satu peranan yang penting yang perlu ada pada seorang guru Sains ialah guru perlu mengenal pasti potensi dan kebolehan setiap murid. Setiap kelas mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Murid yang cerdas dalam akademik dapat mempelajari sesuatu dan menyelesaikan masalah dengan kadar yang cepat malahan murid yang lemah pula sangat lambat untuk mempelajari sesuatu walaupun topik yang senang apatah lagi topik yang sukar. Oleh itu, kajian ini telah memberi peluang kepada saya untuk meneroka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk membantu murid mempelajari Sains. Di samping itu saya telah menjadi lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh murid saya dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, saya harus mempunyai kreativiti untuk merancang strategi pengajaran yang mampu meningkatkatkan prestasi saya sebagai seorang guru sehingga tahap yang optimum. Perlaksanaan penyelidikan tindakan ini juga membolehkan saya bertanggungjawab ke atas tindakan murid-murid saya dan mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang bersemangat dan dinamik.

Terdapat beberapa cabaran yang saya hadapi semasa melaksanakan penyelidikan tindakan ini. Cabaran pertama yang saya menghadapi ialah saya berasa bimbang tentang kaedah yang paling sesuai digunakan untuk anak murid saya. Kaedah yang digunakan bukan sekadar digunakan untuk mengajar tetapi untuk membantu murid memeperlajari konsep Sains melalui video. Masa yang diperlukan sememangnya lama semasa melaksanakan pengajaran ini. Justeru, saya perlulah tabah dan memahami masalah murid semasa mempelajari Sains. Saya perlu selalu merujuk kepada guru pembimbing untuk memahami prestasi murid saya dan merancang tindakan berdasarkan kemampuan mereka. Cabaran kedua yang saya menghadapi ialah saya tidak dapat mengurus masa secara berkesan. Untuk menyelesaikan masalah ini saya telah membina satu jadual pelaksanaan bagi melaksanakan tindakan penyelidikan ini. Saya mengikut tempoh masa yang ditetapkan untuk dijadikan panduan saya untuk menjalankan tindakan ini. Dengan penggunaan masa yang lebih sistematik, saya dapat melengkapkan setiap proses tindakan dalam masa yang telah saya tentukan sendiri supaya mampu menyiapkan tugas dalam masa terhad.

Page 187: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 156-171

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

171

Cadangan Tindakan Selanjutnya Selaku seorang guru, saya bertanggungjawab untuk mengesah dan

mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran sendiri dan menambah baik pembelajaran murid-murid dari semasa ke semasa. Kaedah penggunaan video yang dijalani dalam penyelidikan tindakan ini sememangnya dapat meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pada kajian seterusnya, saya ingin menerapkan penggunaan video dalam pengajaran dan mengadakan aktiviti lanjutan daripada tayangan video.Antara aktiviti lanjutan yang boleh dilaksanakan selepas penggunaan video ialah mengadakan sesi perbincangan, simulasi, main peranan atau aktiviti hands-on selepas video ditayangkan untuk mengukuhkan lagi kefahaman murid terhadap seuatu konsep Sains. Pada masa yang akan datang, saya juga cadangkan untuk mengaplikasikan video untuk mengajar topik Sains yang lain untuk menguji sama ada penggunaaan video sesuai digunakan untuk mata pelajaran atau topik yang lain untuk menjamin pelaksanaan yang lebih berkesan. Sehubungan dengan itu, saya ingin meningkatkan minat murid dengan melibatkan mereka dalam video. Contohnya, guru boleh menyuruh murid untuk membuat aksi tumbuhan menyebar dengan menggunakan bahan yang sesuai. Selepas itu, guru merekodkan aksi-aksi murid tersebut dan membuat penyuntingan untuk menghasilkan video yang lebih berkualiti dan dapat menarik minat murid. Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya ialah guru boleh menerapkan penggunaan video dalam pengajaran dan mengadakan aktiviti lanjutan, misalnya mengadakan sesi perbincangan, simulasi, main peranan atau aktiviti hands-on selepas video untuk mengukuhkan lagi kefahaman murid. Selain itu, guru boleh mengambil responden yang lebih ramai. Dengan ini, soal selidik boleh dijalankan di kalangan murid yang lebih ramai.

Rujukan

Bell, L., & Bull, G. (2010). Digital video and teaching. Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 10(1). Dimuat turun pada Februari 15, 2014, dari http://www.citejournal.org/vol10/iss1/editorial/article1.cfm

Craven, J., & Penic, J. (2001). Preparing New Teachers to Teach Science: The Role of the Science Teacher Educator, 6, 2. Dimuat turun pada Februari 15, 2014, dari http://ejse.southwestern.edu/article/view/7670/5437

Emily, C. (2010). Using Video in the Classroom: Theory, Research and Practice. Dimuat turun pada Februari 15, 2014, dari http://www.safarimontage.com/pdfs/ training/usingeducationalvideointheclassroom.pd

Harlen, W. (2003). The teaching of Science in Primary Schools. London: David Fulton Publishers.

Heinich R., Molenda M., Russell J. D., Smaldino S.E. (2002). Instruction Media and Technologies for Learning.Coloumbus: Merrill Prentice Hall.

Page 188: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 172-187

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

172

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA ALIR TERHADAP MINAT DAN PENCAPAIAN MURID TAHUN EMPAT DALAM SAINS DI KUCHING

Lau Yieng Sin

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan peta alir ke atas minat dan pencapaian empat orang murid Tahun Empat dalam pembelajaran Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa di sebuah sekolah kebangsaan daerah Kuching. Keempat-empat murid tersebut merupakan golongan yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah, tidak dapat mencapai hasil pembelajaran bagi topik ini dan kurang berminat terhadap topik ini. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah temu bual, soal selidik, pemerhatian dan analisis dokumen. Data yang dikumpul melalui instrumen-instrumen ini dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Penyemakan data dilakukan dengan menggunakan triangulasi kaedah, masa dan penyelidik untuk meningkatkan kesahan hasil dapatan dan keputusan kajian. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan peta alir berupaya untuk meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam pembelajaran Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa. Kajian lanjutan dicadangkan mengkaji keberkesanan peta pemikiran yang berlainan terhadap murid.

Kata kunci: Peta alir, Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa, minat dan pencapaian, Tahun Empat

Abstract

This study aims to investigate the effectiveness of using flow map on the interest and achievements of four Year Four students in learning Science Processing Skill-Using space-time relationship in Kuching area. The students selected where those who have low level of achievement, unable to achieve the learning outcomes of this topic and less interest in this topic. The instruments used to collect data are interview, questionnaire, observation and documents analysis. Data collected was analyzed qualitatively and quantitatively. Data is checked by using triangulation of method, time and researcher in order to improve the validity of the findings and results of the study. The results showed the application of flow map in learning can increase the students interest and achievements. More further study is proposed in order to review the effectiveness of different thinking maps for students.

Keywords: Flow map, Using space-time relationship, interest and achievements, Year Four

Page 189: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 172-187

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

173

Pengenalan

Konteks Semasa Praktikum Fasa l dan ll, saya telah menggunakan pelbagai kaedah

dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tajuk yang saya ingin sampaikan. Antara kaedah yang biasa saya gunakan ialah bercerita dan menyanyi. Saya berpendapat bahawa kaedah bercerita dan menyanyi dapat merangsang minat murid untuk mempelajari mata pelajaran Sains. Namun, saya mendapati murid-murid yang lemah tidak dapat mengingati dan pemikiran mereka tidak dirangsang melalui kaedah-kaedah ini. Mereka hanya mengingati kartun yang saya gunakan dalam cerita tanpa mengingati kandungan cerita yang berkaitan dengan isi pelajaran Sains. Tambahan pula, saya yang menyediakan lirik lagu dan kandungan cerita. Maka, murid hanya belajar daripada apa yang saya sampaikan tanpa berfikir dengan lebih lanjut. Kesannya, minat mereka untuk belajar semakin mengurang dan pencapaian mereka semakin menurun.

Semasa Praktikum Fasa III, saya telah menjalankan praktikum saya di

Sekolah Kebangsaan Ras, Kuching (nama samaran). Saya telah ditugaskan untuk mengajar kelas Tahun Empat Biru yang terdiri daripada 34 orang murid. Topik yang saya ajar ialah Kemahiran Proses Sains. Semasa saya mengajar salah satu Kemahiran Proses Sains iaitu Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa, saya telah menggunakan kaedah aktiviti kumpulan dengan berpandukan video, graf dan jadual. Namun, saya mendapati murid-murid yang lemah tidak faham dan pemikiran mereka tidak dirangsang melalui kaedah-kaedah ini. Mereka tidak faham kerana tidak pandai melihat jadual dan graf. Pemikiran mereka tidak dirangsang kerana aktiviti kumpulan telah dimonopoli oleh ahli kumpulan yang lebih pintar. Kesannya mereka menunjukkan reaksi tidak berminat dengan membuat bising, menganggu rakan, bermain dengan alat tulis dan sebagainya. Selain daripada itu, mereka juga tidak berjaya menyiapkan lembaran kerja dengan betul.

Secara keseluruhannya, saya mendapati kaedah-kaedah yang saya gunakan

sebelum ini kurang sesuai untuk murid tahap lemah. Ini menyebabkan minat dan pencapaian mereka terhadap Sains semakin menurun. Saya berpendapat bahawa keadaan ini perlu dipandang serius dan tindakan selanjutnya harus diambil dengan segera. Isu Keprihatinan

Isu keprihatinan pertama yang saya fokus ialah minat murid terhadap Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa. Saya menggunakan kaedah pemerhatian dan soal selidik untuk mengumpul data mengenai isu ini. Manakala isu keprihatinan kedua ialah pencapaian murid dalam Kemahiran Proses Sains ini. Saya menggunakan kaedah penelitian dokumen dan soal selidik untuk meninjau isu ini. Jadual 1 menunjukkan reaksi murid yang diperhati melalui kaedah pemerhatian semasa sesi pengajaran Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa.

Page 190: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 172-187

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

174

Jadual 1 Reaksi murid semasa sesi pengajaran Kemahiran ProsesSains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Bil. Reaksi Murid

1. Tidak menumpu perhatian

2. Berbual dengan kawan yang berdekatan dengan mereka.

3. Tidak ingin menjawab soalan

4. Menunduk seakan membuat sesuatu yang lain

5. Bermain dengan kawan

6. Mendiamkan diri semasa aktiviti kumpulan

7. Bermain dengan alat tulis mereka

8. Beberapa murid lelaki berlari mengelilingi makmal komputer

Berdasarkan Jadual 1, reaksi murid semasa sesi pengajaran Kemahiran

Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa ialah mereka tidak menumpu perhatian semasa saya mengajar, berbual dengan rakan yang berdekatan, tidak ingin menjawab soalan yang saya kemukakan, menunduk seakan membuat sesuatu yang lain, bermain dengan kawan, mendiamkan diri semasa aktiviti kumpulan, bermain dengan alat tulis dan terdapat beberapa murid lelaki berlari mengelilingi makmal komputer. Reaksi-reaksi ini telah menunjukkan bahawa mereka tidak berminat terhadap sesi pembelajaran ini.

Selain daripada kaedah pemerhatian, saya juga membuat tinjauan awal

melalui kaedah penelitian dokumen. Saya telah mengkaji lembaran kerja yang dibuat oleh murid bagi Topik Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa. Terdapat enam item dalam lembaran kerja tersebut. Jadual 2 menunjukkan analisis pencapaian murid berdasarkan lembaran kerja. Jadual 2 Analisis pencapaian murid berdasarkan lembaran kerja

Bilangan item yang betul

Bilangan murid Peratus (%) Tahap hasil pembelajaran

Peratus (%)

0 2 5.88 Tidak menguasai 23.52

1 2 5.88 Tidak menguasai 2 4 11.76 Tidak menguasai

3 16 47.06 Menguasai

76.48 4 6 17.65 Menguasai 5 3 8.82 Menguasai 6 1 2.94 Menguasai

Berdasarkan Jadual 2, terdapat dua (5.88%) orang murid tidak berjaya

menjawab semua item dalam lembaran kerja dengan betul, dua (5.88%) orang murid menjawab satu item dengan betul dan empat (11.76%) orang murid menjawab dua item dengan betul. Ini bermakna, terdapat lapan (23.52%) orang murid yang tidak berjaya mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan iaitu murid-murid dapat menjawab sekurang-kurangnya tiga daripada enam item dalam lembaran kerja secara betul. Saya telah memberi tumpuan kepada empat orang murid yang tidak berjaya dan hanya berjaya menjawab satu item dengan betul.

Bagi meninjau pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains, saya telah

mengutip data keputusan ujian yang terkini bagi kelas Tahun Empat Biru. Saya telah menganalisis keputusan dari segi gred. Jadual 3 menunjukkan pencapaian ujian Sains Tahun Empat Biru bagi tahun lepas.

Page 191: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 172-187

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

175

Jadual 3 Pencapaian ujian Sains Tahun Empat Biru bagi tahun lepas

Markah Gred Bilangan Murid Peratus(%)

80–100 A 0 0.00 60–79 B 16 47.06 40–59 C 13 38.24 20–39 D 3 8.82 0–19 E 1 2.94

Dari Jadual 3, didapati tiada murid yang mendapat gred A, 16 (47.06%) orang murid mendapat gred B, 13 (38.24%) orang muridmendapat gred C, tiga (8.82%) orang murid mendapat gred D dan seorang (2.94%) orang murid mendapat gred E. Pencapaian salah seorang murid tidak direkod kerana tidak hadiri peperiksaan.

Melalui dua jenis dokumen iaitu lembaran kerja dan prestasi pencapaian

peperiksaan Sains, saya mendapati empat orang murid yang mendapat Gred D dan E merupakan antara empat orang murid yang pencapaiannya paling rendah berdasarkan lembaran kerja. Maka, saya membuat keputusan untuk memilih keempat-empat murid ini sebagai peserta kajian saya kerana pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sains dan juga Topik Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa adalah rendah.

Jadual 4 menunjukkan analisis minat peserta kajian terhadap Kemahiran

Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa.

Jadual 4 Analisis minat peserta kajian terhadap Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Item 2: Adakah anda berminat untuk mempelajari Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa?

Respon murid Bilangan Murid Peratusan (%) Ya 0 0.0

Tidak 4 100.0

Berdasarkan jadual 4, kesemua (100%) peserta kajian menyatakan bahawa

mereka tidak berminat untuk mempelajari Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa.

Jadual 5 menunjukkan analisis faktor yang menyebabkan peserta kajian tidak

berminat dalam Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa.

Jadual 5 Analisis faktor peserta kajian tidak berminat dalam Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Item 3: Jika "tidak" bagi soalan 2, apakah sebab yang menyebabkan anda tidak berminat dalam Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa?

Respon murid a) Tidak faham apa yang guru ajar dalam kelas

Bilangan Murid 1

Peratusan (%) 25.00

b) Tidak suka guru Sains 0 0.00 c) Membosankan 3 75.00 d) Tidak suka mata pelajaran Sains 0 0.00 e) Tidak dapat menumpu perhatian 0 0.00 f) Keadaan kelas tidak selesa 0 0.00

Page 192: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 172-187

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

176

Berdasarkan Jadual 5, terdapat seorang (25.00%) peserta kajian mengakui mereka tidak berminat untuk mempelajari Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa kerana tidak faham apa yang diajar oleh guru dalam kelas. Terdapat tiga (75.00%) orang peserta kajian pula memilih kebosanan sebagai sebab tidak berminat terhadap Kemahiran Proses Sains ini.

Sebab-sebab yang disenaraikan dalam soal selidik boleh dibahagikan kepada beberapa kategori utama bagi mengesan faktor utama mereka tidak berminat untuk mempelajari Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa. Jadual 6 menunjukkan kategori faktor-faktor murid tidak berminat dalam Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa.

Jadual 6 Kategori faktor-faktor murid tidak berminat dalam Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Sebab-sebab Kategori

Tidak faham apa yang guru ajardalam kelas

Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Tidak suka guru Sains Personaliti guru Membosankan Kaedah pengajaran dan

pembelajaran

Tidak suka mata pelajaran Sains Personaliti murid Tidak dapat menumpu perhatian Personaliti murid

Keadaan kelas tidak selesa Persekitaran

Berdasarkan Jadual 6, peserta kajian tidak berminat dalam Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa adalah disebabkan oleh faktor guru iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, bagi meningkatkan minat peserta kajian terhadap Kemahiran Proses Sains ini, kaedah pengajaran saya perlu diubahsuai supaya bersesuaian dengan tahap peserta kajian ini.

Jadual 7 menunjukkan analisis peserta kajian yang menghadapi masalah

untuk menyiapkan lembaran kerja mengenai Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa.

Jadual 7 Analisis peserta kajian yang menghadapi masalah untuk menyiapkan lembaran kerja mengenai Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Item 4: Adakah anda menghadapi masalah untuk menyiapkan lembaran kerja mengenai Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa?

Respon murid Bilangan Murid Peratusan (%) Ya 4 100.00

Tidak 0 0.00

Berdasarkan Jadual 7, semua (100.00%) peserta kajian mengakui bahawa mereka menghadapi masalah untuk menyiapkan lembaran kerja mengenai Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa sebelum kajian.

Jadual 8 menunjukkan analisis masalah yang dihadapi oleh peserta kajian

untuk menyiapkan lembaran kerja mengenai Kemahiran Proses Sains-Mengggunakan Perhubungan Ruang dan Masa.

faktor guru

faktor murid

faktor persekitaran

Page 193: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 172-187

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

177

Jadual 8 Analisis masalah peserta kajian untuk menyiapkan lembaran kerja mengenai Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Item 5: Sekiranya "Ya" untuk soalan 4, cuba nyatakan masalah yang dihadapi untuk menyiapkan lembaran kerja mengenai Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa?

Murid Respon peserta kajian A "sik" faham soalan B tak pandai, susah C "sik" pandai lihat jadual dan graf D "sik" pandai lihat jadual dan graf

Berdasarkan Jadual 8, masalah yang dihadapi oleh peserta kajian semasa membuat lembaran kerja ialah mereka tidak faham soalan, berasa susah dan tidak pandai melihat jadual dan graf.

Semua data yang dikumpul melalui tiga teknik pengumpulan data menunjukkan

peserta kajian saya kurang berminat dan memahami kandungan Topik Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah bercadang menggunakan salah satu peta pemikiran dalami-Thinkiaitu Peta Alir untuk membantu empat orang peserta kajian ini.

Objektif Kajian Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan: a) minat empat orang murid Tahun Empat dalam topik Kemahiran Proses Sains-

Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa b) pencapaian empat orang murid Tahun Empat dalam topik Kemahiran Proses

Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa melalui penggunaan peta alir. Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan-soalan berikut: a) Sejauh manakah penggunaan peta alir dapat meningkatkan minat empat orang

murid Tahun Empat dalam topik Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa?

b) Sejauh manakah penggunaan peta alir dapat meningkatkan pencapaian empat orang murid Tahun Empat dalam topik Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa?

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan Rancangan Tindakan a. Meminta kebenaran daripada peserta kajian

Demi melaksanakan kajian tindakan ini dengan lancar, saya meminta kebenaran daripada empat peserta kajian saya untuk mengikuti kajian tindakan ini. Saya telah memberitahu mereka latar belakang saya, tujuan, matlamat, tempat dan tempoh masa kajian tindakan ini.

b. Menentukan standard prestasi Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Sains Tahun 4, saya telah memilih

dua standard prestasi yang perlu dikuasai oleh peserta kajian saya demi menguasai Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa. Jadual 9 menunjukkan penentuan standard prestasi bagi Topik Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa.

Page 194: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 172-187

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

178

Jadual 9 Penentuan standard prestasi bagi topik Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa.

Tema Pengenalan Kepada Sains

Tajuk Kemahiran Sainstifik

Standard Kandungan Memahami Kemahiran Proses Sains

Standard Pembelajaran Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Standard Prestasi Menyatakan satu parameter yang berubah mengikut masa berdasarkan satu situasi

Memerihalkan satu parameter yang berubah mengikut masa berdasarkan satu situasi

Strategi yang diguna Peta pemikiran: peta alir

c. Menentukan contoh yang sesuai digunakan untuk mengajar Kemahiran

Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa Saya telah memastikan contoh-contoh yang digunakan merupakan isi

kandungan yang telah dipelajari atau pengetahuan sedia ada peserta kajian. Jadual 10 menunjukkan contoh-contoh yang dipilih untuk mengajar topik Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa.

Jadual 10 Contoh yang dipilih untuk mengajar topik Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Bil. Contoh-contoh

1. Ketinggian lilin yang dinyala mengikut masa 2. Leburan ketulan ais mengikut masa 3. Pertumbuhan kacang hijau

d. Penyediaan bahan-bahan yang diperlukan untuk pelaksanaan kajian

tindakan Demi menjamin kelancaran kajian tindakan ini, saya telah membuat persediaan

yang awal. Misalnya, saya telah menyediakan kad-kad gambar rajah dan masa serta kertas. Selain daripada itu, saya juga menyediakan lilin yang diperlukan semasa pelaksanaan kajian tindakan.

Semasa Pelaksanaan Tindakan Pada hari pertama, saya mengulangi tujuan mereka bersama dengan saya

dan memberitahu peserta kajian bahawa mereka akan mempelajari Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa. Seterusnya, saya memperkenalkan peta alir dan proses pemikirannya iaitu membuat urutan dan memberitahu peserta kajian langkah-langkah untuk membina peta alir.

Intervensi saya bermula dengan meminta murid memerhatikan perubahan

ketinggian lilin yang dinyalakan pada setiap 5 minit. Peserta kajian dikehendaki melukiskan lilin dan merekodkan masa ke dalam petak peta alir pada setiap 5 minit. Langkah ini diulangi sebanyak 4 kali. Selepas itu, saya memimpin mereka melihat peta alir tersebut secara keseluruhan dan menuliskan hubungan ruang dan masa mengenai ketinggian lilin yang dinyala mengikut masa. Aktiviti diteruskan dengan mengedarkan kad-kad gambar rajah mengenai contoh lain untuk peserta kajian menyusun ke dalam peta alir dan menuliskan perhubungan ruang dan masa berdasarkan contoh gambar rajah yang diberi. Selepas setiap contoh diberi,saya membimbing murid melihat persamaan antara contoh yang dipersembahkan dalam peta alir dengan jadual atau graf.

Page 195: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 172-187

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

179

Selepas Pelaksanaan Tindakan Selepas dua minggu, saya mengedarkan ujian kesan tindakan kepada peserta

kajian. Saya juga mengumpul data untuk menganalisis keberkesanan kaedah saya.

Kaedah Kajian

Peserta Kajian Empat orang peserta kajian ini terdiri daripada tiga (75%) orang murid lelaki

dan seorang (25%) murid perempuan. Tiga daripada mereka ialah kaum Iban dan seorang ialah kaum Melayu.

Keempat-empat orang peserta kajian ini dipilih berdasarkan pencapaian

mereka dalam lembaran kerja Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa, prestasi pencapaian ujian mata pelajaran Sains terkini dan sikap mereka yang kurang minat terhadap Kemahiran Proses Sains ini. Jadual 11 menunjukkan maklumat peserta kajian. Jadual 11 Maklumat peserta kajian

Peserta Kajian

Jantina Ujian Awal Tindakan

(%)

Markah Ujian Akhir

Tahun (%)

Ciri-ciri

A P 17 38 Selalu diamkan diri semasa aktiviti

kumpulan

Pasif

B L 0 16 Suka mengganggu rakan lain

Suka bergerak dalam kelas

C L 0 26 Sentiasa buat kerja sendiri

Tidak memberi respons kepada soalan guru

D L 17 32 Suka bersembang dengan rakan

sebelah

Suka membuat bising dalam kelas

Etika Penyelidikan

Sebelum saya menjalankan penyelidikan tindakan ini, saya telah memaklumkan kepada pihak atasan sekolah bahawa saya perlu menjalankan kajian tindakan di sekolah ini. Saya juga meminta kebenaran daripada empat peserta kajian yang terlibat dalam kajian tindakan ini. Saya telah memaklumkan kepada mereka bahawa mereka mempunyai hak untuk mengundur diri apabila mereka ingin berbuat demikian dan hal ini juga untuk memastikan segala data yang dikumpulkan itu adalah tulen dan tepat atas kesukarelaan murid. Peserta kajian juga diberitahu mengenai latar belakang saya, tujuan, tempoh kajian ini dan respons yang diperlukan daripada peserta kajian apabila diperlukan, misalnya semasa temu bual. Semasa saya menjalankan kajian ini, saya juga memastikan nama peserta kajian dan kesemua gambar ditapis supaya identiti mereka sentiasa dirahsiakan.

Page 196: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 172-187

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

180

Cara Mengumpul Data Soal Selidik

Dalam kajian ini, soal selidik yang disediakan lebih mengutamakan jenis soalan tertutup, iaitu Skala Guttman, di mana peserta kajian akan membuat pilihan terhadap jawapan sama ada “ya” atau “tidak”. Selain itu, saya akan menggunakan cara tadbir secara kumpulan di mana keempat-empat peserta kajian dikumpulkan dalam kelas untuk menjawab borang soal selidik yang disediakan. Saya telah mengendalikan sesi soal selidik dalam dua fasa, iaitu sebelum dan selepas kajian saya. Hal ini adalah untuk membolehkan saya membuat perbandingan minat dan tahap pencapaian peserta kajian terhadap Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa dalam dua fasa tersebut.

Pemerhatian

Saya telah menggunakan pemerhatian tidak berstruktur iaitu nota lapangan untuk mengumpul data bagi kajian saya. Catatan ini boleh memberikan suatu gambaran yang jelas kepada pembaca dan juga sebagai kata-kata kunci untuk menjawab persoalan kajian saya yang pertama. Saya telah mencatat nota lapangan sebaik sahaja sesi pengajaran saya tamat supaya berupaya mencatatkan kesemua pemerhatian saya. Saya juga meminta rakan sepraktikum mengambil gambar semasa kajian dijalankan sebagai sokongan kepada data nota lapangan. Saya telah membuat catatan nota lapangan bagi kedua-dua fasa, iaitu sebelum dan selepas tindakan saya dijalankan untuk membuat perbandingan minat peserta kajian terhadap Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa dalam dua fasa tersebut.

Temu Bual

Saya memilih temu bual berstruktur sebagai instrumen untuk mengumpul maklumat bagi menjawab persoalan kajian yang pertama. Tujuan utama saya memilih temu bual berstruktur ialah jenis temu bual ini memerlukan respons yang spesifik mengikut kehendak soalan bagi memberikan maklumat yang penting untuk menjawab persoalan pertama dalam kajian saya. Sebelum menjalankan temu bual dengan peserta kajian, saya akan mendapatkan kebenaran daripada mereka dan segala butiran maklumat yang disampaikan oleh peserta kajian akan direkodkan supaya maklumat yang penting tidak ditinggalkan. Penelitian Dokumen

Dalam kajian ini, instrumen ini merupakan sumber utama untuk meninjau sejauh manakah penggunaan peta alir dapat meningkatkan pencapaian peserta kajian iaitu persoalan kajian saya yang kedua. Penelitian dokumen ini dijalankan pada dua fasa iaitu sebelum dan selepas kajian saya. Data pencapaian awal telah dikumpul melalui pencapaian lembaran kerja yang telah saya sediakan selepas pengajaran topik Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa. Terdapat enam soalan subjektif dalam lembaran kerja tersebut. Demi mencapai hasil pembelajaran, murid dikehendaki menjawab sekurang-kurangnya tiga daripada enam soalan dalam lembaran kerja secara betul. Di samping itu, saya telah mengumpul data kesan tindakan selepas dua minggu pelaksanaan kajian saya melalui ujian kesan tindakan. Sebanyak enam soalan subjektif yang hampir serupa dengan ujian pencapaian awal digunakan sebagai ujian kesan tindakan.

Page 197: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 172-187

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

181

Teknik Menganalisis Data Analisis Kandungan

Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data kualitatif seperti data temu bual dan nota lapangan. Bagi langkah analisis kandungan data temu bual secara kualitatif saya memberi tumpuan kepada maklumat penting dalam transkrip temu bual. Kemudian, maklumat penting dikategorikan bagi membentuk tema untuk menjawab soalan kajian. Selepas itu, saya menyusun data dalam grid analisis. Penentuan isu berasaskan persoalan kajian dilakukan dan seterusnya diikuti dengan aktiviti kajian susulan. Langkah yang sama digunakan untuk membuat analisis kandungan nota lapangan secara kualitatif tanpa menyusun data dalam grid analisis.

Selain itu, saya juga menganalisis kandungan gambar yang diambil oleh rakan

sepraktikum saya. Dengan ini, saya dapat memerhati dan membuat interpretasi terhadap tingkah laku murid yang berhubung dengan persoalan kajian saya yang pertama. Analisis Deskriptif Statistik

Teknik ini digunakan untuk menganalisis data kuantitatif, seperti data yang dikumpul melalui soal selidik dan penelitian dokumen. Kebanyakan data soal selidik dalam kajian ini dianalisiskan dengan menggunakan peratus. Peratus adalah nisbah bilangan yang diperoleh dengan jumlah bilangan darab dengan seratus. Sebelum mengira peratus, kekerapan perlu diperoleh daripada pilihan yang dibuat oleh responden. Kekerapan ialah frekuensi yang diperoleh daripada kajian. Peratus dikira untuk menunjukkan perubahan kadar minat peserta kajian sebelum dan selepas kajian. Penganalisisan data ujian pencapaian awal dan ujian kesan tindakan juga dilakukan melalui pengiraan markah secara peratusan untuk menunjukkan perubahan tahap pencapaian peserta kajian. Teknik Menyemak Data Triangulasi Kaedah

Bagi triangulasi kaedah, kaedah soal selidik, pemerhatian dan temu bual digunakan untuk membandingkan data yang dikumpul untuk menjawab persoalan kajian pertama iaitu minat peserta kajian terhadap Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa. Selain itu, perbandingan data melalui kaedah penelitian dokumen dan soal selidik juga digunakan dalam mengkaji persoalan kajian kedua mengenai pencapaian murid dalam Kemahiran Proses Sains ini. Triangulasi Penyelidik

Bagi triangulasi penyelidik, saya melibatkan rakan sepraktikum saya semasa kajian dilaksanakan. Beliau mengambil gambar dan membuat pemerhatian sepanjang kajian ini dilaksanakan. Selepas kajian, beliau menyemak nota lapangan yang saya tulis sama ada selaras dengan pemerhatian beliau.

Triangulasi Masa

Bagi triangulasi masa, saya telah membanding hasil tinjauan awal dan tinjauan akhir peserta kajian dalam bentuk soal selidik dan nota lapangan sebelum dan

Page 198: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 172-187

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

182

selepas kajian. Selain itu, perbandingan markah ujian pencapaian awal dan ujian kesan tindakan juga dijalankan. Soalan lembaran kerja yang digunakan sebagai ujian pencapaian awal dengan soalan ujian kesan tindakan adalah sama dari segi jenis, skop, tahap kesukaran dan hasil pembelajaran.

Refleksi

Refleksi Dapatan

Sejauh manakah penggunaan peta alir dapat meningkatkan minat empat orang murid Tahun Empat dalam topik Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa? Saya telah menggunakan kaedah soal selidik, pemerhatian dan temu bual

untuk menjawab persoalan ini. Jadual 12 menunjukkan analisis minat peserta kajian sebelum dan selepas penggunaan peta alir untuk mempelajari Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa melalui kaedah soal selidik. Jadual 12 Analisis minat peserta kajian sebelum dan selepas kajian

Bil. Item Bilangan dan Peratusan (%) peserta kajian memilih "Ya"

Sebelum kajian Selepas kajian

2. Adakah anda berminat untuk mempelajari Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa?

0 (0%) 4 (100%)

Berdasarkan Jadual 12, tiada peserta kajian yang berminat untuk mempelajari

Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa sebelum kajian. Walaubagaimanapun, semua peserta kajian menyatakan bahawa mereka berminat untuk mempelajari Kemahiran Proses Sains ini selepas kajian. Ini menunjukkan minat mereka telah meningkat melalui pembelajaran dengan menggunakan peta alir.

Data soal selidik disokong oleh hasil dapatan temu bual. Rajah 1 menunjukkan

hasil dapatan temu bual mengenai faktor peserta kajian berminat untuk mempelajari Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa selepas kajian.

Page 199: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 172-187

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

183

Rajah 1. Faktor peserta kajian berminat terhadap Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa selepas penggunaan peta alir

Berdasarkan Rajah 1, ia menunjukkan semua peserta kajian berminat terhadap Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masaselepas penggunaan peta alir. Faktor peserta kajian berminat boleh dibahagi kepada tiga tema iaitu strategi pengajaran dan pembelajaran, penguasaan murid dan persepsi murid. Murid berminat kerana mereka suka dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang kepada mereka untuk melukis gambar mengikut perubahan lilin dalam peta alir dan menyusun gambar ke dalam peta alir. Di bawah tema penguasaan murid, minat peserta kajian meningkat kerana mereka faham, pandai melihat graf dan jadual dan pandai menulis hubungan ruang dan masa berdasarkan contoh yang diberi semasa intervensi dilakukan. Di bawah tema persepsi murid pula, peserta kajian berminat kerana mereka berasa pembelajaran ini seronok dan tidak membosankan.

Hasil dapatan soal selidik dan temu bual juga disokong oleh kaedah

pemerhatian melalui nota lapangan. Rajah 2 menunjukkan nota lapangan yang ditulis selepas kajian.

Tiada

Strategi pengajaran dan pembelajaran

Penguasaan murid

Lukis gambar ikut

perubahan lilin dalam

peta alir

Persepsi murid

Susun gambar dalam

peta alir

Faham

Pandai lihat graf dan

jadual

Pandai tulis hubungan

ruang dan masa

berdasarkan contoh

Seronok

Tidak rasa bosan

Minat murid terhadap Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Faktor berminat Faktor tidak berminat

Page 200: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 172-187

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

184

Topik : Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa Tarikh : 5 Mac 2014 (Rabu) Masa : 1100 - 1200 Catatan :

Peserta kajian menunjukkan muka rasa ingin tahu apabila saya memperkenalkan peta alir. Mereka menunjukkan rasa minat apabila menjalankan aktiviti memerhati lilin yang dinyala pada setiap 5 minit. Mereka melukis peta alir ke dalam kad manila yang saya sediakan dengan telitidan kemas. Murid D meminta bantuan daripada saya untuk membimbing dia melukis peta alir. Selepas itu, mereka melukiskan lilin ke dalam petak peta alir pada setiap 5 minit. Setiap peserta kajian melibatkan diri dengan gembira. Mereka menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada perubahan lilin. Apabila langkah ini diulangi sebanyak 1 kali, murid B menyatakan lilin itu akan semakin pendek mengikut masa.

Peserta kajian seronok apabila menyusun dan melekat gambar-gambar ke dalam peta alir. Mereka bersemangat untuk menyiapkan peta alir yang tersendiri. Mereka banyak berbincang dan bertanya saya apabila terdapat keraguan terhadap urutan kad gambar dan masa yang diberi. Mereka bersama untuk memberi idea tentang perhubungan antara ruang dan masa mengenaicontoh yang diberi. Suasana kelas ceria.

Apabila saya membimbing mereka melihat persamaan antara peta alir dengan jadual dan graf, mereka memberi perhatian dan menjawab soalan yang ditanya.

Rajah 2. Analisis kandungan nota lapangan selepas kajian

Peserta kajian menumpu perhatian semasa melukis peta alir ke dalam kad manila. Mereka melukis dengan teliti dan kemas.

Peserta kajian menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada perubahan lilin mengikut masa.

Peserta kajian menyusun dan melekat gambar-gambar ke dalam peta alir dengan teliti. Mereka bersemangat untuk menyiapkan peta alir yang tersendiri.

Rajah 3. Suasana pembelajaran semasa kajian dilaksanakan

Petunjuk:

Berminat Tidak berminat Berminat

Page 201: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 172-187

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

185

Berdasarkan Rajah 2 dan 3, peserta kajian menunjukkan minat untuk belajar melalui penggunaan peta alir. Data-data dapatan ini selaras dengan dapatan Idon (2003) bahawa peta pemikiran membantu murid untuk menumpukan perhatian pada idea-idea yang sedang diajar serta dapat membantu murid untuk menumpukan perhatian dengan lebih mudah di masa depan. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Schlesinger (2007) di mana beliau menyatakan bahawa strategi peta pemikiran dapat membangunkan proses pemikiran Sains di kalangan murid kerana peta pemikiran dapat menarik perhatian murid, mencetuskan pemikiran, meningkatkan pemahaman dan meningkatkan keupayaan mental murid.

Sejauh manakah penggunaan peta alir dapat meningkatkan pencapaian empat orang murid Tahun Empat dalam topik Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa?

Saya telah menggunakan kaedah penelitian dokumen dan soal selidik untuk

menjawab persoalan ini. Jadual 13 menunjukkan analisis peserta kajian yang menghadapi masalah untuk menyiapkan lembaran kerja selepas kajian.

Jadual 13 Analisis peserta kaijan yang menghadapi masalah untuk menyiapkan lembaran kerja sebelum dan selepas kajian

Bil. Item Bilangan dan Peratusan (%) peserta kajian memilih "Ya"

Sebelum kajian Selepas kajian

4. Adakah anda menghadapi masalah untuk menyiapkan lembaran kerja mengenai Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa?

4 (100%) 1 (25%)

Berdasarkan Jadual 13, bilangan peserta yang menghadapi masalah untuk

menyiapkan lembaran kerja mengenai Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa telah menurun daripada kesemua (100%) peserta kajian kepada seorang (25%) peserta kajian dalam fasa sebelum dan selepas kajian.

Hasil dapatan daripada soal selidik disokong oleh data ujian kesan tindakan. Jadual 14 menunjukkan perbandingan pencapaian peserta kajian dalam ujian pencapaian awal dengan ujian kesan tindakan.

Jadual 14 Perbandingan pencapaian peserta kajian dalam ujian pencapaian awal dan ujian kesan tindakan

Bil Peserta kajian

Jantina

Markah ujian

Peningkatan (%) Ujian Awal Tindakan (%)

Ujian Kesan Tindakan (%)

1. Murid A P 17 83 + 66

2. Murid B L 0 67 + 67

3. Murid C L 0 50 + 50

4. Murid D L 17 83 + 66

Page 202: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 172-187

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

186

Berdasarkan Jadual 14, pencapaian murid A dan D telah meningkat sebanyak 66% selepas kajian dijalankan. Pencapaian murid B meningkat sebanyak 67% manakala pencapaian murid D meningkat sebanyak 50% selepas kajian. Data-data ini menunjukkan keempat-empat peserta telah mencapai kemajuan dalam menguasai Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa melalui penggunaan peta alir.

Dapatan-dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan dapatan kajian

lepas. Menurut kajian Hyerle (2000) yang melibatkan beberapa sekolah di North Carolina, keputusan kajian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam subjek biologi selepas mengaplikasikan peta pemikiran. Kajian ini disokong oleh Fahmi (2008) dimana beliau mengesahkan terdapat perbezaan yang signifikasi dalam murid-murid Gred 5 sebelum dan selepas mengaplikasikan peta pemikiran. Murid-muridnya telah menunjukkan pencapaian pemahaman yang mendalam serta bermotivasi selepas diperkenalkan peta pemikiran dalam subjek sains. Selain itu, kajian Assayed (2009) juga menyatakan bahawa aplikasi peta pemikiran dapat meningkatkan pencapaian dalam bidang sains kerana ia membantu murid memperolehi kemahiran untuk menyelesaikan masalah. Beliau membuat kesimpulan ini selepas membandingkan dua kumpulan di mana hanya kumpulan eksperimental diajar menggunakan peta pemikiran. Refleksi Penilaian Tindakan Kesan terhadap Peserta Kajian

Kajian tindakan ini berjaya meningkatkan minat dan pencapaian peserta kajian saya dalam Kemahiran Proses Sains-Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa. Hal ini kerana penggunaan peta alir dapat membantu mereka memahami hubungan ruang dan masa bagi sesuatu situasi dengan lebih mudah. Ia membantu peserta kajian memahami jadual dan graf yang sebenarnya mempersembahkan maklumat yang sama dengan peta alir tetapi dalam bentuk angka.

Pencapaian peserta kajian dalam ujian kesan tindakan juga menyakinkan

peserta kajian bahawa mereka berpotensi untuk mencapai prestasi yang baik. Ini membina konsep kendiri yang positif kepada peserta-peserta kajian ini bahawa mereka tidak semestinya di bawah golongan murid yang lemah. Secara tidak langsung, ia memotivasi mereka untuk menumpu perhatian dalam pembelajaran mereka.

Kesan terhadap Amalan Kendiri Penyelidik

Kajian ini memberi saya satu pemahaman yang lebih mendalam mengenai peta pemikiran dalam program i-Think. ini adalah kerana saya telah membaca maklumat mengenai peta pemikiran dengan teliti sepanjang perancangan kajian ini.

Selain itu, dapatan kajian ini juga berjaya mengubah persepsi saya bahawa peta pemikiran bukan sahaja sesuai untuk murid yang pandai tetapi murid yang lemah. Melalui kajian ini saya mendapati murid yang lemah bukan tidak pandai berfikir, tetapi idea dalam fikiran mereka tidak dapat disusun dengan urutan yang betul. Maka, mereka tidak berupaya menyampaikan idea mereka. Dengan menggunakan peta alir, ia membantu murid menyusun idea mereka mengikut urutan.

Page 203: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 172-187

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

187

Kesan terhadap Pihak Sekolah Kajian tindakan ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada para guru di

Sekolah Kebangsaaan Ras, Kuching terhadap keberkesanan penggunaan peta pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Data-data yang terkumpul menyakinkan para guru untuk mengaplikasikan peta pemikiran ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Dengan ini, mereka dapat mengaplikasikannya tanpa keraguan demi membawa manfaat yang sepenuhnya kepada murid-murid.

Refleksi Pembelajaran Kendiri Tugasan ini juga memberi peluang untuk saya memikirkan satu alternatif untuk

membantu empat peserta kajian saya yang lemah dalam menguasai Kemahiran Proses Sains ini. Dalam tugasan ini, saya juga menyedari betapa pentingnya peranan guru dalam sesuatu kelas. Tanpa kajian ini, kemungkinan saya tidak akan memberi tumpuan yang banyak, hati yang ihklas untuk memerhati murid saya. Namun, perangai sebegini akan membawa kesan negatif kepada anak murid kita. Tanpa guru sedari, kita sebenarnya membawa banyak impak kepada anak murid kita kerana kita merupakan contoh teladan kepada mereka. Justeru, sikap dan rasa tanggungjawab seseorang guru memainkan peranan yang penting dalam tempoh guru sebagai seorang pendidik.

Cadangan Kajian Lanjutan

Bagi kajian yang seterusnya, saya ingin mengkaji keberkesanan peta pemikiran lain dalam mata pelajaran Sains atau mata pelajaran lain demi meningkatkan minat dan pencapaian murid. Selain itu, saya juga ingin mengkaji kesan penggunaan peta pemikiran terhadap kemahiran berfikir murid. Tambahan pula, saya juga ingin memperbanyakkan peserta kajian saya supaya lebih banyak murid mendapat manfaat melalui kajian saya.

Rujukan

Assayed, S. (2009). The effectiveness of using some ofthinking maps to teach science course in the achievementand solving-problems skills among the students of primaryeducation (Master Thesis). Universityof Zagazig, Zagazig, Egypt.

Fahmi, N. (2008).The effect of using thinking maps inimproving the achievement, deep understanding andachievement motivation among students of the fifth grade inscience course. Journal of Science Education College, 11(4), 63 –118

Hyerle. D. (2000). Thinking Maps: Visual Tools for Activating Habits of Mind. In A. L. Costa and B. Kallick (Eds), Activating and Engaging Habits of Mind

(pp. 46-58). Alexandria,VA.: Association for Supervision and Curriculum Development.

Idon.(2003).Visual Thinking. Diakses pada Jun 14, 2014, dari www.idonresources.com/ct/visualthinking.

Schlesinger, A. (2007). Isee You mean – using visual maps to assess student thinking. Diakses pada Jun 13, 2014, dari www.thinkgoundation.org.

Page 204: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 188-203

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

188

KEBERKESANAN SISTEM GANJARAN DAN HUKUMAN DALAM MENINGKATKAN KAWALAN KELAS, KUALITI PdP DAN MINAT

MURID SAINS TAHUN EMPAT DI KUCHING

Sia Soon Hung

[email protected]

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan untuk menilai bagaimana kaedah sistem ganjaran dan hukuman dapat membantu saya dalam meningkatkan keberkesanan kawalan kelas murid Tahun Empat. Kajian ini turut meninjau keberkesanan kaedah ini dalam mengurangkan tingkah laku disruptif murid, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Sains dan minat murid terhadap mata pelajaran Sains. Responden dalam kajian ini terdiri daripada lima orang murid Tahun Empat dari SK Mutiara yang selalu tidak menumpu perhatian dalam kelas dan sering membuat bising semasa guru mengajar. Hasil data dikumpul melalui pemerhatian, borang soal selidik, temu bual dan gambar foto. Hasil analisis telah menunjukkan bahawa kaedah sistem ganjaran dan hukuman berjaya mengurangkan tingkah laku disruptif murid dan ini telah membawa kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta minat murid terhadap mata pelajaran Sains.

Kata kunci: Sistem ganjaran dan hukuman, keberkesanan kawalan kelas, tingkah laku disruptif, meningkat kualiti & minat murid.

Abstract

The purpose of this action research was to investigate the effectiveness of the reward and punishment method used in class control. This research also aimed to investigate the effectiveness of this method in reducing desruptif behavior of students in order to improving both of my teaching and practices in Sains. The participants of this research consisted of five Year Four students from SK Mutiara who did not pay attention and often make noise during lessons. Data were collected by using observations, questionnaires, interviews and pictures. The results showed that rewardand punishment method was effective in reducing disruptive behavior of pupils and this has led to an increase in the quality of teaching and learning and students' interest in science subjects.

Keywords: Reward and Punishment Method, effectiveness class

control, disturptive behavior, increase quality & interest.

Page 205: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 188-203

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

189

Pengenalan

Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran

Saya merupakan seorang guru pelatih yang sedang menuntut dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pengkhususan sains di Insititut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGK BL), Kuching. Sepanjang masa menuntut ilmu di IPGK BL, saya telah berpeluang untuk mengalami tiga fasa praktikum di tiga buah sekolah rendah yang berlainan di sekitar bandaraya Kuching. Dalam praktikum Fasa I, saya mendapati masalah yang paling ketara adalah kawalan kelas. Antara perkara yang perlu saya uruskan setiap kali saya masuk ke dalam kelas termasuklah murid yang tidak hantar kerja rumah, murid yang berbual-bual dengan rakan lain dan bermain dengan kawan di sebelah sewaktu pengajaran dan pembelajaran saya. Saya telah cuba untuk menjadi seorang guru yang tegas untuk memastikan mereka semua bersedia untuk belajar akan tetapi, cara itu tidak mendatangkan kesan yang positif terhadap kumpulan murid tersebut. Mereka hanya akan berdiam diri untuk 10 minit dan kemudian mula membuat bising dalam kelas. Disebabkan oleh masalah ini, pengajaran dan pembelajaran saya kerap tidak dapat berjalan dengan lancar. Saya tidak dapat menghabiskan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dan saya terpaksa mengulanginya pada waktu yang seterusnya. Secara tidak langsung, pengurusan masa saya juga terjejas kerana saya mengambil masa untuk mengawal kelas dengan marah dan menghukum mereka Justeru, masalah ini hendaklah diatasi dengan segera demi kelancaran pengajaran dan pembelajaran saya dan juga untuk kepentingan murid lain yang ingin belajar. Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk melaksanakan kaedah sistem ganjaran dan hukuman terhadap murid Tahun 4 Mawar untuk melihat keberkesanan sistem ganjaran dan hukuman ini dalam mengatasi masalah kawalan kelas. Saya juga ingin mengatasi masalah ini dengan segera kerana saya akan tamat pengajian pada akhir tahun ini dan menjadi seorang guru yang berwibawa tidak lama lagi. Fokus Kajian Untuk praktikum ketiga, saya telah diberi amanah untuk mengajar kelas Tahun 4 Mawar di SK Mutiara. Terdapat beberapa orang murid yang diajar oleh saya sering membuat bising dan menunjukkan tingkah laku disruptif sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran saya. Menurut Eileen (2000) dalam (Ngu, 2012) kajiannya tentang kawalan kelas, selalunya sistem kawalan kelas yang lemah menjadi punca utama kebanyakkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan baik. Peneguhan positif merupakan rangsangan yang diberikan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini seperti hadiah, pujian dan markah merit manakala peneguhan negatif berlaku apabila rangsangan seperti majalah dan komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini (Smith, 2010; Landrum dan Kauffman, 2013).

Page 206: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 188-203

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

190

Ini juga disokong oleh McCarthy & Siccone (2001) dalam (Jia-Jhen dan Lin, t.t) yang menyatakan bahawa dengan menggunakan sistem ganjaran dan hukuman, mereka percaya sistem ini akan memberi motivasi untuk murid terus belajar dengan berkesan dan menunjukkan tingkah laku yang diingini. Pemerhatian langsung Rajah 1 menunjukkan sesetengah murid tidak memberi tumpuan semasa saya mengajar. Keadaan kelas boleh dikatakan agak bising kerana ada murid yang sibuk membuat kerja sendiri dan ada yang bergerak secara sesuka hati semasa guru mengajar. Rajah 2 menunjukkan salah seorang murid sedang bermain dan bercakap dengan rakan lain di belakangnya semasa guru sedang mengajar di depan kelas. Tingkah laku murid ini bukan sahaja telah mengganggu pengajaran saya malah juga mengganggu murid lain yang ingin belajar.

Rajah 1. Keadaan kelas semasa pengajaran dan pembelajaran sains dijalankan

Rajah 2. Murid bermain dengan rakan lain semasa guru sedang mengajar di depan kelas

Temu bual guru kelas Hasil daripada temu bual saya dengan guru matapelajaran Sains, saya telah mendapati bahawa sesetengah murid membuat bising di dalam kelas disebabkan mereka tidak mempunyai motivasi untuk belajar. Faktor inilah yang menyumbang kepada murid untuk hilang tumpuan dan seterusnya membuat bising di dalam kelas. Rajah 3 merupakan transkrip temu bual dengan guru mata pelajaran Sains sebelum sistem ganjaran dan hukuman dilaksanakan Saya Apakah pendapat cikgu terhadap sikap pembelajaran murid Tahun 4

Mawar? Guru matapelajaran Sains

Mereka suka bercakap masa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Terutamanya murid di duduk di belakang sekali. Mereka suka bermain dan bercakap dengan rakan di sebelah sehingga

mengganggu murid lain yang ingin belajar. Saya Bagaimanakah dengan sikap pembelajaran murid-murid ini terhadap

matapelajaran sains? Guru matapelajaran Sains

Ada yang hanya datang sekolah untuk bermain dan kacau kawan, ada yang benar-benar ingin belajar. Akan tetapi, pada pendapat saya, sikap pembelajaran mereka masih ok dan boleh dipertingkatkan lagi dengan mengaplikasikan kaedah pembelajaran yang sesuai untuk mereka.

Rajah 3. Transkrip temu bual dengan guru matapelajaran Sains Tahun Empat

Page 207: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 188-203

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

191

Analisis Dokumen (Borang PR1) Melalui komen-komen yang diberikan oleh pensyarah pembimbing pada penyeliaan pertama, beliau menyatakan bahawa kawalan kelas saya hendaklah diperbaiki supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Menurut beliau, sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan berlaku jika keadaan kelas terkawal. Objektif Kajian Kajian saya bertujuan untuk: I. Mengawal kelas dari segi mengurangkan tingkah laku disruptif murid Tahun 4 Mawar semasa proses PdP sains. II. Meningkatkan kualiti PdP sains. III. Meningkatkan minat murid terhadap PdP sains. Persoalan Kajian Berdasarkan kepada objektif kajian, persoalan-persoalan kajian berkaitan termasuklah: I. Sejauh manakah sistem ganjaran dan hukuman berkesan ke atas kawalan

kelas dari segi mengurangkan tingkah laku disruptif murid Tahun 4 Mawar semasa proses PdP Sains?

II. Bagaimanakah penggunaan sistem ganjaran dan hukuman dapat membantu saya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sains?

III. Bagaimanakah sistem ganjaran dan hukuman dapat meningkatkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran sains?

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Perancangan Tindakan Keberkesanan menggunakan peneguhan positif dalam kawalan kelas di sekolah telah dapat menarik perhatian murid, meningkatkan pencapaian yang positif dalam kalangan murid dan membina tingkah laku yang baik (Evertson dan Weinstein, 2011). Dengan itu, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan sistem ganjaran dan hukuman dalam mengatasi masalah kawalan kelas saya. Saya membuat satu set peraturan kelas dan menghiaskannya supaya kelihatan menarik dan cantik. Selepas itu, saya mengumpul bahan untuk membuat papan ganjaran saya agar unik, cantik dan mampu menarik perhatian murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Pelaksanaan Tindakan Pada hari pertama sistem ganjaran dan hukuman dilaksanakan, saya masuk kelas dan memperkenalkan satu set peraturan yang ringkas mengenai sistem ganjaran dan hukuman ini kepada murid-murid dalam kelas. Peraturan-peraturan ini dibuat oleh saya dan digantungkan di dalam bilik darjah sebagai ingatan kepada murid dari semasa ke semasa. Peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Menjadi seorang yang baik hati dan rajin. 2. Memberi tumpuan semasa guru mengajar. 3. Mengangkat tangan semasa menjawab soalan. 4. Mengikut arahan yang diberi oleh guru dengan cepat. 5. Menghormati diri, rakan, guru dan sekolah.

Page 208: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 188-203

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

192

Rajah 4. Papan peraturan kelas

Sistem ganjaran saya merupakan sistem ganjaran secara individu seperti dalam yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Terdapat 4 bahagian mimik muka dalam sistem ganjaran iaitu sangat gembira, tiada perasaan, sedih dan marah. Pada setiap kali pengajaran dan pembelajaransaya bermula, nama semua murid akan berada di bahagian mimik muka gembira. Sekiranya murid melakukan sesuatu yang telah melanggar peraturan kelas, maka nama murid itu akan turun dari bahagian gembira ke mimik muka yang lain. Pada akhir pembelajaran, hanya murid yang masih kekal di bahagian “gembira” akan diberikan satu sticker senyuman sebagai ganjaran. Kaedah ini berlangsung selama 4 minggu. Murid yang mengumpul sticker yang terbanyak pada akhir bulan telah diberi hadiah yang istimewa daripada guru.

Rajah 5. Sistem papan ganjaran

Kaedah Kajian

Kumpulan Sasaran Saya telah menjalankan satu kajian di SK Mutiara ke atas murid Tahun 4 Mawar (nama samaran) di bahagian Kuching semasa praktikum fasa lll. Seramai 5 orang murid yang terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan Tahun Empat telah melibatkan diri dalam kajian tindakan pada kali ini. Tujuan saya memilih kelima-lima murid sebagai responden kajian saya adalah kerana mereka mempunyai ciri-ciri seperti suka bercakap dengan rakan sebelah, tidak mendengar arahan guru, bermain dengan rakan sebelah, bergerak secara sesuka hati di dalam kelas dan tidak menyiapkan dan menghantar kerja rumah. Etika Penyelidikan Pihak IPGKBL telah memohon kebenaran daripada pihak pengurusan SK Mutiara secara formal untuk memohon kebenaran kepada guru pelatih termasuk saya untuk menjalankan penyelidikan tindakan. Kemudian, saya telah meminta kebenaraan daripada 5 orang responden kajian yang dipilih untuk terlibat dalam kajian ini bagi menjayakan penyelidikan ini.Hak responden kajian adalah dijamin di mana mereka adalah bebas untuk menarik diri daripada sebarang aktiviti penyelidikan tindakan.

Page 209: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 188-203

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

193

Teknik Mengumpul Data Pemerhatian Semasa menjalankan kajian ini, saya telah fokus kepada aspek keberkesanan kawalan kelas dan tingkah laku murid semasa PdP saya dijalankan. Saya menggunakan gambar dan catatan nota lapangan dalam mengumpul data. Saya menulis dan mencatatkan semua pemerhatian saya terhadap PdP tersebut dalam borang pemerhatian sementara ingatan saya masih jelas (Lampiran A). Selain itu, teknik fotografi juga digunakan oleh saya untuk menyokong data pemerhatian saya. Dengan adanya gambar-gambar mengenai setiap tingkah laku murid dalam PdP sains saya, saya dapat merekodkan sesuatu perlakuan berkaitan sampel kajian dengan lebih menyeluruh serta mempunyai sokongan yang lebih kukuh. Ini secara tidak langsung membantu saya memperolehi data yang lebih signifikan. Analisis dokumen: Borang PR1 Saya menggunakan instrumen borang PR1 yang diisi oleh guru dan pensyarah pembimbing semasa mereka menyelia saya di dalam kelas dari semasa ke semasa. Guru pembimbing dan pensyarah pembimbing telah menjalankan pemerhatian terhadap pengajaran saya dari semasa ke semasa. Maklum balas yang diberikan oleh guru dan pensyarah pembimbing menentukan samada pengajaran dan pembelajaran saya berkesan atau tidak selepas pelaksanaan sistem ganjaran dan hukuman dalam kelas. Temu bual Saya menjalankan sesi temu bual secara bersemuka dengan guru kelas Tahun 4 Mawar. Soalan yang saya kemukakan adalah fokus kepada perubahan tingkah laku murid serta keberkesanan kawalan kelas sebelum dan selepas menggunakan sistem ganjaran dan hukuman.Selain itu, saya juga menyediakan soalan temu bual dan menemu bual 5 orang murid dari kelas 4 Mawar untuk melihat sama ada sistem ganjaran berkesan dalam meningkatkan minat mereka untuk belajar matapelajaran sains (Lampiran C). Soal selidik Melalui analisis dapatan soal selidik tersebut, saya juga dapat mengesan sama ada murid berminat dan setuju dengan sistem ganjaran dan hukuman diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains serta lihat pada perubahan murid. Cara Menganalisis Data Pemerhatian (Nota Lapangan) Sebanyak 3 borang pemerhatian yang telah saya catatkan sebagai rujukan. Saya mencari isi-isi penting dalam nota lapangan melalui bacaan secara berulang kali. Lepas itu, saya rekodkan isi penting yang dicari itu mengikut kategorinya agar dapat menyenangkan saya untuk menginterpretasikan data dalam borang pemerhatian- nota lapangan itu. Hasil analisis nota lapangan, saya mendapati keadaan kelas telah dapat dikawal dengan lebih baik sejak bermulanya intervensi ini dan murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang baik dan senyap. Tingkah laku murid semakin hari semakin bertambah baik dan menunjukkan minat dan keinginan belajar terhadap pengajaran Sains saya.

Page 210: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 188-203

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

194

Pemerhatian (Gambar-gambar) Saya juga menganalisis kandungan fotografi yang diambil semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sains. Semua gambar yang diambil semasa pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dianalisis oleh saya pada hari pengajaran tersebut agar saya dapat memerhatikan dan menginterpretasikan segala tingkah laku mahupun gerak geri murid-murid saya dengan lebih jelas. Melalui foto yang diambil, saya dapat mengesan perubahan tingkah laku murid dan minat mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran saya dalam kelas. Dengan ini, saya dapat melihat kepada keberkesanan sistem ganjaran dan hukuman kepada murid Tahun 4 Mawar. Analisis Dokumen (Borang PR1) Saya telah menganalisis markah-markah untuk komponen pelaksanaan dalam borang PR1 (Lampiran B) yang telah diberikan oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing saya. Jadual 2 menunjukkan petunjuk tahap yang dirujuk oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing semasa memberi markah. Selain itu, komen-komen yang diberikan oleh guru dan pensyarah pembimbing juga dijadikan sebagai bahan sokongan untuk menunjukkan bahawa kualiti pengajaran dan kawalan kelas saya telah meningkat. Teknik Menyemak Data Triangulasi kaedah Triangulasi antara kaedah seperti soal selidik, pemerhatian, analisis dokumen (borang PR1) dan temu bual telah dilaksanakan untuk memastikan kebolehpercayaan data kajian saya dalam proses pengenalpastian keberkesanan sistem ganjaran dan hukuman saya. Triangulasi masa Tempoh perlaksanaan kajian saya adalah selama satu bulan semasa praktikum lll untuk melihat keberkesanaan sistem ganjaran dan hukuman dalam mencapai objektif kajian yang telah digariskan oleh saya. Triangulasi penyelidik Dari segi triangulasi penyelidik pula, saya telah mendapatkan bantuan daripada rakan sebaya saya, saudari M (nama samaran) untuk menolong saya dalam mengambil Gambar foto keadaan kelas setiap kali saya menjalankan PdP. Beliau hanya dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar sahaja dan tidak terlibat dalam kajian saya.

Refleksi Refleksi Dapatan

Sejauh manakah sistem ganjaran dan hukuman berkesan ke atas kawalan kelas dari segi mengurangkan tingkah laku disruptif murid Tahun 4 Mawar semasa proses PdP Sains?

Jadual 1 menunjukkan peningkatan markah bagi borang PR1 yang diberikan oleh guru dan pensyarah pembimbing. Berdasarkan Jadual 1, saya telah mendapat 18/40 markah pada penyeliaan sebelum sistem ganjaran dan hukuman digunakan dan mendapat 26/40 markah pada penyeliaan selepas sistem ganjaran dan hukuman digunakan daripada pensyarah pembimbing saya. Terdapat peningkatan

Page 211: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 188-203

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

195

markah sebanyak 6 markah (15%). Untuk guru pembimbing pula, saya telah mendapat 21/40 markah pada penyeliaan sebelum sistem ganjaran dan hukuman dan 35/40 markah pada penyeliaan selepas sistem ganjaran dan hukuman. Terdapat peningkatan markah sebanyak 14 markah (25%). Secara keseluruhannya, saya telah mendapat peningkatan markah pada penyeliaan selepas sistem ganjaran dan hukuman digunakan daripada kedua-dua pihak. Ini telah menunjukkan bahawa kaedah sistem ganjaran dan hukuman yang digunakan telah berjaya meningkatkan kualiti PdP saya. Selain itu, ini juga menunjukkan bahawa mereka telah bersetuju dengan kaedah sistem ganjaran dan hukuman yang digunakan telah berjaya mempertingkatkan pengurusan bilik darjah. Jadual 1 Hasil penganalisisan borang penilaian (PR1) bagi komponen pelaksanaan

Komponen (Pelaksanaan)

Tahap penilaian Pensyarah pembimbing

Tahap penilaian Guru pembimbing

Sebelum Selepas Sebelum Selepas

1 2 5 3 5

2 2 3 3 4

3 2 4 3 4

4 3 4 2 4

5 2 2 3 5

6 3 3 2 4

7 2 2 2 4

8 2 3 3 5

Jumlah 18 26 21 35

Min 2.25 3.25 2.625 4.375

Berdasarkan Jadual 2, sebelum sistem ganjaran dan hukuman digunakan, pensyarah pembimbing dan guru pembimbing telah membuat ulasan bahawa saya tidak dapat mengawal disiplin dan keadaan kelas. Selepas mendengar ulasan daripada mereka, saya telah berazam dan mulai memperkenalkan kaedah sistem ganjaran dan hukuman semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains saya. Selepas saya melaksanakan kaedah tersebut, saya telah mendapat ulasan yang positif daripada mereka. Ini menunjukkan usaha saya melaksanakan kaedah ini telah berjaya meningkatkan disiplin serta dapat mengawal keadaan kelas dengan berkesan.

Jadual 2 Rumusan tentang hasil penganalisisan ulasan

Pihak penilai

Ulasan penyeliaan sebelum

Ulasan penyeliaan selepas

Pensyarah pembimbing

Kemahiran kawalan kelas masih perlu diperbaiki - aspek suara dan arahan.

Menunjukkan peningkatan dalam kawalan kelas. Kualiti suara sudah meningkat – lebih yakin.

Guru pembimbing

Peka dengan aktiviti murid. Ada murid yang bermain semasa menjawab latihan. Suara perlu lebih jelas dan tegas.

Kawalan kelas bertambah baik. Murid peka dengan “rewards” yang digunakan.

Page 212: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 188-203

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

196

Selain itu, melalui analisis catatan nota lapangan Rajah 6, 7 dan 8, saya mendapati keadaan kelas telah dapat dikawal dengan lebih baik sejak bermulanya intervensi ini dan murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang baik dan senyap. Tingkahlaku murid semakin hari semakin bertambah baik dan menunjukkan minat dan keinginan belajar terhadap pengajaran Sains saya. Ini telah pun menunjukkan kaedah sistem ganjaran dan hukuman yang digunakan bukan sahaja dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran saya, tetapi juga mempertingkatkan kemahiran pengurusan bilik darjah saya .

Rajah 6. Analisis Kandungan Nota Lapangan PdP Setelah Melaksanakan Papan Ganjaran Dan Hukuman Untuk Minggu pertama

Page 213: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 188-203

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

197

Rajah 7. Analisis Kandungan Nota Lapangan PdP Setelah Melaksanakan Papan Ganjaran Dan Hukuman Untuk Minggu kedua

Page 214: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 188-203

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

198

Rajah 8. Analisis Kandungan Nota Lapangan PdP Setelah Melaksanakan Papan Ganjaran Dan Hukuman Untuk Minggu ketiga Untuk menyokong data-data pemerhatian saya, gambar-gambar yang diambil berikut juga dapat memberikan gambaran tentang keberkesanan kaedah sistem ganjaran dan hukuman terhadap murid 4 Mawar.

Rajah 9. Murid-murid duduk diam dan menumpu perhatian pada pengajaran saya

Rajah 10. Semasa disuruh membuat soalan latihan, murid-murid mendengar pada arahan dan tidak membuat bising. Keadaan kelas terkawal

Page 215: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 188-203

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

199

Merujuk kepada transkrip temu bual tersebut, dapat dirumuskan bahawa sistem ganjaran dan hukuman ini telah menunjukkan keberkesanannya dalam mengatasi masalah kawalan kelas. Menurut guru mata pelajaran Sains, sebelum ini murid kelihatan kurang berdisiplin dan kurang ber. Selepas sistem ganjaran dilaksanakan, kawalan kelas terkawal dan proses PdP guru juga bertambah baik. Murid yang paling nakal di dalam kelas juga mula mempunyai keinginan untuk belajar. Rajah 11. Transkrip temu bual dengan temu bual guru matapelajaran Sains selepas sistem ganjaran dan hukuman dilaksanakan Melalui kaedah temu bual dengan responden kajian saya, saya mendapati bahawa kelima-lima orang responden kajian saya telah menunjukkan perubahan dari segi tingkah laku negatif kepada yang positif. Mereka telah bersetuju bahawa tingkah laku mereka yang suka membuat bising, bercakap dengan rakan di sebelah, tidak membuat kerja latihan dan selalu berjalan-jalan di dalam kelas telah berubah selepas sistem ganjaran dan hukuman digunakan. Mereka mula menunjukkan sikap yang baik dan mempunyai sifat ingin belajar. Mereka juga memberi tumpuan dalam kelas semasa saya mengajar kerana mereka ingin cuba untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh saya semasa waktu Sains. Ini telah menunjukkan bahawa pelaksanaan sistem ini telah berjaya mengurangkan tingkah laku disruptif murid di dalam kelas. Rajah 12. Transkrip temu bual dengan responden kajian selepas sistem ganjaran dan hukuman dilaksanakan

Page 216: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 188-203

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

200

Bagaimanakah penggunaan sistem ganjaran dan hukuman dapat

membantu saya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Sains?

Saya telah menjalankan soal selidik untuk meninjau sejauh manakah murid minat terhadap mata pelajaran Sains setelah sistem ganjaran dan hukuman dilaksanakan.Hal ini kerana minat murid terhadap PdP akan menjejaskan kualiti PdP Sains. Sekiranya murid mempunyai minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Sains, maka mereka akan menumpu perhatian yang sepenuhnya serta memberi kerjasama kepada guru semasa guru mengajar. Secara tidak langsung, kualiti PdP pun meningkat. Berdasarkan kepada Jadual 3, kelima-lima orang responden kajian suka membuat kerja latihan dan menunjukkan minat yang tinggi terhadap PdP sains di mana mereka aktif dalam menjawab soalan yang dikemukakan oleh saya. Dengan ada wujudnya interaksi dua hala antara guru dengan murid, maka objektif PdP dapat tercapai dengan senang. Secara tidak langsung, kualiti PdP pun menjadi semakin baik berbanding dengan sebelum ini. Jadual 3 Analisis responden kajian terhadap minat mata pelajaran Sains selepas sistem ganjaran dan hukuman digunakan

Bil Item soalan YA TIDAK

1. Saya suka cikgu memberi ganjaran dan hukuman berbanding dengan cikgu memarahi saya.

5 0

2. Saya menumpu perhatian semasa cikgu mengajar.

5 0

3. Saya membuat kerja latihan yang diberikan oleh cikgu.

5 0

4. Saya suka menjawab soalan yang disoal oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran Sains.

5 0

Bagaimanakah sistem ganjaran dan hukuman dapat meningkatkan minat murid terhadap PdP sains?

Saya telah menjalankan soal selidik dengan 5 orang responden kajian saya berkaitan dengan minat mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains setelah sistem ganjaran dan hukuman digunakan. Berdasarkan kepada Jadual 4, dapat dirumuskan bahawa kesemua 5 orang responden kajian sebulat hati bersetuju dengan kaedah sistem ganjaran dan hukuman yang digunakan oleh guru di dalam kelas. Mereka suka dengan sistem ganjaran dan hukuman dilaksanakan dalam kelas mereka dan mereka teringin-ingin mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains yang dilaksanakan oleh saya.

Page 217: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 188-203

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

201

Jadual 4 Analisis responden kajian terhadap minat mata pelajaran Sains selepas sistem ganjaran dan hukuman digunakan

Bil Item soalan YA TIDAK

5. Saya suka dengan kaedah sistem ganjaran dan hukuman yang cikgu gunakan.

5 0

6. Ganjaran yang cikgu berikan meningkatkan minat saya terhadap matapelajaran Sains.

5 0

7. Saya suka mengikuti matapelajaran sains yang diajar oleh cikgu.

5 0

8. Ganjaran dan hukuman yang diberikan oleh guru berjaya memotivasikan saya untuk belajar bersungguh-sungguh.

5 0

Berdasarkan kepada hasil temu bual Rajah 13 yang dijalankan dengan lima orang responden kajian juga membuktikan bahawa murid-murid telah semakin meminati dan mempunyai keinginan untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains yang dilaksanakan oleh saya. Secara keseluruhanya, kaedah sistem ganjaran dan hukuman ini telah berjaya menarik minat murid untuk belajar matapelajaran Sains. Soalan 3: Adakah sistem ganjaran dan hukuman yang guru berikan telah dapat memberi motivasi untuk anda belajar dan membuat latihan yang diberikan oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sains? Kenapa? M 1: Ya. Kerana saya ingin mendapat lebih banyak sticker, oleh itu saya belajar

bersungguh-sungguh. M 2: Ya. Sebab sticker itu sangat comel. Saya mahu mendapatkannya. M 3: Ya. Saya tidak mahu sticker saya ditanggalkan. Saya mahu mendapat banyak

sticker. M 4: Ya. Kerana saya mahu menjadi orang yang mendapat sticker yang paling

banyak. Oleh itu, saya mahu belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

M 5: Ya. Kerana ada daya saingan dan saya boleh bersaing dengan rakan yang lain untuk mendapatkan sticker yang diberikan oleh cikgu. (senyum)

Rajah 13. Transkrip temu bual dengan responden kajian selepas sistem ganjaran dan hukuman dilaksanakan

Page 218: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 188-203

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

202

Refleksi Penilaian Tindakan Penggunaan sistem ganjaran dan hukuman dalam pengajaran dan pembelajaran Sains telah menunjukkan kesan yang positif terhadap kawalan kelas dan mengurangkan tingkah laku disruptif murid di dalam kelas. Selain itu, sistem ini juga meningkatkan kualiti dan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Melalui kajian tindakan ini, saya mendapati bahawa sekiranya kawalan kelas dapat dikuasai dengan baik, maka aktiviti pengajaran dan pembelajaran pasti dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Saya berasa amat bersyukur kerana penggunaan sistem ganjaran dan hukuman ini telah dapat membantu murid-murid Tahun 4 Mawar dalam pembelajaran Sains mereka di samping meningkatkan kualiti pengajaran saya. Oleh itu, saya akan memberi fokus kepada kaedah yang berkesan ini dalam bidang keguruan selepas saya tamat pengajian nanti. Refleksi Pembelajaran Kendiri Sepanjang proses pelaksanaan penyelidikan tindakan ini, saya telah menimba banyak ilmu dan pengalaman yang baharu sebagai seorang penyelidik. Melalui pengalaman ini, saya menjadi lebih memahami tentang prosedur-prosedur dalam melaksanakan sesuatu penyelidikan tindakan secara praktikal. Selepas melaksanakan penyelidikan ini, saya mendapati bahawa peranan guru bukan hanya mengajar tetapi juga sebagai seorang yang peka terhadap murid-murid di sekolah. Penyelidikan ini juga memberi manfaat kepada saya tentang guru harus peka terhadap masalah yang timbul dalam kalangan murid dan memikir penyelesaian untuk mengatasinya. Sekiranya masalah yang timbul tidak diselesaikan dengan baik, maka agak sukar untuk guru menyalurkan ilmu kepada murid-murid. Contohnya, saya dapat mengesan punca kegagalan kawalan kelas saya di sekolah praktikum. Dan, saya berupaya mengenalpasti strategi PdP yang sesuai iaitu mengaplikasikan sistem ganjaran dan hukuman bagi mengawal kelas saya dengan berkesan. Selepas masalah kawalan kelas diatasi, maka saya dapat menjalankan aktiviti PdP dengan berkesan sekali. Justeru, kaedah atau strategi PdP haruslah dipilih serta dirancang dengan baik dan teliti agar proses PdP dapat berjalan dengan efektif. Manfaat projek ini kepada anak murid saya adalah saya dapat membantu murid saya mengurangkan tingkah laku disruptif dalam kelas. Murid-murid juga mempunyai motivasi untuk belajar kerana sistem ganjaran dan hukuman telah diaplikasikan dalam kelas. Ini secara tidak langsung juga meningkatkan minat murid untuk belajar mata pelajaran sains. Sekiranya murid dapat belajar dengan berkesan, maka sebagai guru saya juga berasa bangga dan gembira kerana ilmu yang ingin disampaikan kepada mereka telah tercapai dengan berkesan sekali. Di samping itu, saya juga dapat berkongsi hasil penyelidikan tindakan saya dengan guru-guru sekolah. Contohnya, kami saling bertukar pendapat atau startegi PdP yang berkesan untuk mengatasi masalah yang wujud dalam bilik darjah. Sekiranya seseorang guru telah banyak membuat kajian tentang masalah pembelajaran murid, maka dapat dipastikan bahawa isu atau masalah murid di sekolah tersebut dapat dikurangkan. Sebuah sekolah yang kurang isu atau masalah pembelajaran murid, maka sekolah ini dapat berkembang dengan baik serta dapat menjadi contoh sekolah cemerlang untuk diteladani ramai.

Page 219: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms. 188-203

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

203

Cadangan Kajian Lanjutan Kajian ini telah menunjukkan keberkesanan sistem ganjaran dan hukuman dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Namum begitu, saya berharap di masa hadapan, kajian-kajian lain yang berkaitan dengan kawalan kelas boleh dilaksanakan. Antara cadangan untuk kajian lanjutan adalah seperti menggunakan kaedah lain seperti pembelajaran yang berunsurkan permainan. Ini adalah untuk mengelakkan murid daripada belajar hanya demi mendapat ganjaran sahaja. Sekiranya murid-murid hanya bergantung pada ganjaran, maka mereka akan kurang mempunyai motivasi intrinsik untuk belajar. Mereka berasa tidak ada matlamat dan tujuan kendiri untuk belajar bersungguh-sungguh. Dengan menggunakan kaedah pembelajaran berunsurkan permainan maka murid akan lebih aktif dan seronok untuk melibatkan diri dalam PdP guru. Selain itu, saya akan menggunakan sistem Queing. Sistem Queing ini juga dapat membantu guru dalam mengawal kelas. Sekiranya keadaan kelas menjadi agak kecoh, maka guru boleh menarik perhatian murid dengan memberi Queing agar murid berikan tumpuan yang sepenuhnya kepada guru di depan. Guru boleh mereka cipta slogan untuk Queing yang sesuai dan menarik agar murid tertarik dengan cara Queing yang direka oleh guru.

Rujukan

Evertson, C. M. & Weinstein, C. S. (2011). Handbook of Classroom Management. New York: Lawrence Erlbaum Associates. Jia-Jhen, Lin. (t.t). Classroom Management: Developing Creative Reward

Systems for Your Classrooms. Didapati daripada http://dns.jgps.ntpc.edu.tw /~rick/files/articles/UK.pdf

Ngu, M. K. (2012). Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Sistem Ganjaran Dan Hukuman Untuk Murid Tahun Empat.Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2009: Seminar Penyelidikan Tindakan IPGKBL Tahun 2012, hlm 132-146. Smith, C. R. (2010, Julai 20). Extrinsic Motivation. Dimuat turun pada Mac 27, 2014, dari http://www.education.com/reference/article/extrinsic-motivation- children- education/

Page 220: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 204-216

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

204

KEBERKESANAN PENGGUNAAN SENI VISUAL TERHADAP MINAT DAN KEFAHAMAN SAINS MURID TAHUN LIMA DI KUCHING

Ruth Ting Sing Huong

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan seni visual ke atas minat dan kefahaman murid Tahun Lima terhadap pembelajaran Sains. Peserta kajian ini terdiri daripada lima orang murid Tahun Lima dari sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kuching. Mereka dipilih daripada golongan yang mempunyai tahap kefahaman yang rendah dan tidak berminat semasa mempelajari sains.Kaedah pemerhatian, analisis dokumen, temu bual dan soal selidik digunakan untuk mengumpul data tentang kajian tindakan ini.Data yang dikumpul dianalisis secara kualitatif melalui kaedah analisis kandungan.Triangulasi kaedah dan triangulasi masa digunakan untuk menyemak data.Hasil kajian menunjukkan penggunaan seni visual berjaya meningkatkan minat dan kefahaman murid terhadap pembelajaran Sains.

Kata kunci: Seni visual, minat, kefahaman, Sains, Tahun Lima

Abstract

The research aimed to investigate the effectiveness of visual art on the interest and understanding of pupils in learning Science. This research involved five Year 5 pupils from a primary school in Kuching. They were selected from among those who have a low level of understanding and are not interested in the study of science. Observation, document analysis, interview and questionnaire were used in collecting data. The data was analysed using content analysis. Method and time triangulation were used in checking data. Visual art was found to have helped to increase the interest and understanding of five pupils in the study of Science. Keywords: Visual art, interest, understanding, Science, Year five

Page 221: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 204-216

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

205

Pengenalan

Konteks Saya adalah seorang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang, Pengajian Sains ambilan Januari 2011 yang berdaftar di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Saya telah menjalani program praktikum Fasa I dan II di dua buah sekolah rendah di bandar Kuching pada Semester 5 dan Semester 6.

Sepanjang menjalani praktikum, masalah utama yang saya hadapi adalah kesukaran untuk mendapatkan fokus murid terhadap pengajaran saya. Banyak murid di dalam kelas saya didapati kurang berminat dan berasa bosan untuk belajar. Mereka tidak memberi perhatian terhadap apa yang saya ajar malah membuat bising dan membuat kerja lain. Setiap kali, saya terpaksa membazirkan masa PdP yang berlebihan untuk memarahi mereka dan menguruskan tingkah laku tersebut.

Untuk memperbaiki amalan-amalan pembelajaran murid di dalam kelas, saya pernah memilih kaedah bermain sambil belajar dan mengintergasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti persembahan Powerpoint dan tayangan video dalam sesi PdP untuk menjamin keberkesanan PdP di kelas. Tetapi, saya masih menghadapi masalah disiplin yang berlaku semasa menjalankan aktiviti permainan dan menggunakan ICT di dalam kelas, iaitu masalah kawasan kelas.

Isu Kajian Masalah-masalah yang saya hadapi di dalam kelas telah difokuskan dan menjadi isu-isu kajian bagi kajian tindakan ini. Isu kajian pertama yang saya kenal pasti ialah minat murid terhadap pembelajaran Sains adalah rendah. Murid-murid di dalam kelas kelihatan bosan dan susah untuk memberi tumpuan semasa saya mengajar. Walaupun penggunaan ICT seperti tayangan video dan persembahan Powerpoint banyak diintergrasikan ke dalam proses PdP Sains, malah minat murid masih gagal ditingkatkan.

Isu kajian kedua adalah kefahaman murid terhadap tajuk-tajuk Sains adalah rendah. Terdapat banyak murid di dalam kelas yangmasih gagal untuk menguasai konsep dan fakta Sains yang disampaikan oleh guru. Hal ini jelas diperlihat melalui kesilapan-kesilapan yang dilakukan semasa mereka menyiapkan lembaran kerja yang diberi. Dalam pada itu, sesetengah daripada mereka langsung tidak membuat lembaran kerja dan enggan menghantarnya.

Setelah mengenalpasti isu-isu yang dihadapi oleh murid di kelas saya, maka saya telah menjalankan kajian tinjauan dengan mengumpul data-data awal yang berkaitan. Saya telah membuat pemerhatian terhadap keadaan kelas semasa proses PdP Sains sedang dijalankan. Sewaktu proses PdP berlangsung, saya juga dibenarkan untuk mengambil gambar mengenai respon pelajar dalam kelas sebagai bukti sokongan bagi pemerhatian saya.Berdasarkan gambar-gambar yang diambil, saya mendapati bahawa sebilangan murid kurang berminat semasa proses PdP Sains dijalankan. Mereka memerhatikan aktiviti di luar bilik darjah, bersiul atau

menyanyi, membaca bahan bacaan lain dan sebagainya.

Page 222: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 204-216

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

206

Rajah 1. Keadaan murid-murid Tahun 5 di dalam kelas semasa proses pengajaran

dan pembelajaran (PdP) Sains sedang dijalankan

Saya juga membuat pemerhatian terhadap lembaran kerja yang diberikan kepada pelajar untuk menyiapkannya. Berdasarkan analisis gambar pada Rajah 2 menunjukkan bahawa murid ini tidak dapat menjawab soalan-soalan yang disediakan dalam lembahan kerja. Soalan-soalan ini sebenarnya sudah diajar semasa proses PdP yang dijalankan. Namun, dia masih menjawab soalan yang salah. Kefahaman murid terhadap tajuk-tajuk Sains jelas diperlihat dan dikenalpasti melalui lembaran kerja.

Rajah 2. Lembaran kerja yang dibuat oleh murid

Borang-borang selidik yang berkaitan telah diedarkan kepada semua murid di kelas ini untuk mengenalpasti minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan faktor-faktor yang menyebabkannya.

Pelajar sedang membaca bacaan lain

semasa guru sedang mengajar.

Pelajar bertidur di dalam kelas semasa guru

sedang mengajar.

Pelajar diminta berdiri kerana membuat

bising semasa guru sedang mengajar.Tetapi,

dia masih tidak memberi perhatian walaupun

dihukum.

Page 223: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 204-216

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

207

Jadual 1 Analisis respon murid mengenai minat mereka terhadap mata pelajaran Sains

Respon Pelajar Kekerapan Peratusan (%)

Ya 15 41.6

Tidak 21 58.3

Jadual 2 Faktor yang menyebabkan murid tahun 5 tidak meminati mata pelajaran Sains

Respon Murid Kekerapan Peratusan (%)

Sains adalah mata pelajaran yang tidak penting.

0 0.0

Sains adalah mata pelajaran yang sangat susah.

5 23.8

Saya tidak faham apa yang guru ajar dalam kelas.

8 38.1

Aktiviti Sains sangat membosankan. 7 33.3

Saya tidak suka guru Sains. 0 0.0

Lain-lain. 1 4.8

Berdasarkan data jadual 1.0, terdapat 15 (41.6%) orang murid di kelas berminat dalam mata pelajaran Sains. Sebanyak 21 (58.3%) orang murid tidak berminat dalam mata pelajaran sains. Bagi analisis data jadual 2.0, didapati bahawa faktor utama yang menyumbang kepada isu tersebut ialah ‘saya tidak faham apa yang guru ajar dalam kelas’ dengan peratusan sebanyak 38.1%. Faktor-faktor seterusnya yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah ‘aktiviti sains sangat membosankan’, iaitu 7 orang (33.3%), ‘Sains adalah mata pelajaran yang sangat susah’, iaitu 5 orang (23.8%), dan ‘lain-lain’ 1 orang (4.8%). Analisis ini juga menunjukkan bahawa guru merupakan faktor utama yang menjejaskan minat pelajar terhadap pembelajaran Sains.

Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk:

Meningkatkan minat murid Tahun 5 dalam pembelajaran Sains dengan menggunakan seni visual.

Meningkatkan kefahaman murid Tahun 5 dalam pembelajaran Sains dengan menggunakan seni visual.

Soalan Kajian Kajian ini dijalankan untuk membantu menjawab soalan-soalan berikut:

Sejauh manakah penggunaan seni visual dapat meningkatkan minat murid Tahun 5 terhadap pembelajaran Sains?

Sejauh manakah penggunaan seni visual dapat meningkatkan kefahaman murid Tahun 5 terhadap pembelajaran Sains?

Page 224: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 204-216

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

208

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Perancangan Tindakan Konsep seni visual yang diutarakan oleh Tolstoy (1924) yang dipetik dalam Beardsley (1966) sebagai suatu kegiatan manusia apabila seseorang menyatakan perasaan yang pernah dilaluinya secara sedar melalui gambaran tertentu.Apabila seni visual diintegrasikan dalam mata pelajaran sains, didapati kebanyakan aktiviti seni visual yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan melukis dan membuat gambar. Murid-murid bebas melukis gambar-gambar yang terdapat di dalam sains dan diintegrasikannya dengan seni visual. Melalui lukisan dan gambar ini, mereka turut membuat pemerhatian dan refleksi terhadap alam benda dan alam semula jadi dunia ini.

Menurut Jeffus (1996), murid-murid digalakkan melukis gambar-gambaran yang terdapat di dalam buku Sains. Melalui lukisan dan gambar ini, mereka turut membuat pemerhatian dan refleksi terhadap alam benda dunia ini.Pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika membuat lakaran ataupun melukis dapat memperkaya pengetahuan mereka tentang perbezaan-perbezaan setiap objek di sekeliling mereka dan mengembangkan pemikiran yang kritis.Dengan itu, seni visual merupakan bidang utama yang saya fokus dalam kajian tindakan ini untuk membantu murid-murid Tahun 5 dalam peningkatkan minat dan kefahaman terhadap pembelajaran Sains.

Pelaksanaan Tindakan Pelaksanaan PdP Sains dengan menggunakan seni bermula pada 24 Feb 2014 hingga 11 April 2014.Aktiviti-aktiviti seni visual yang saya fokus dalam kajian tindakan ini adalah berkaitan dengan topik pelajaran Sains ‘Rantai Makanan & Siratan Makanan’.

Aktiviti 1 Who do I belong to? • Satu set gambar haiwan disediakan kepada murid untuk

mengelaskannya mengikut tabiat makanan masing-masing • Melekat gambar-gambaran ke atas ruang yang disediakan.

Aktiviti 2 Feed The Hungry Animals • 3 lukisan haiwan (herbivor, karnivor & omnivor) disediakan

sebelum menjalankan aktiviti. • Murid harus melukis jenis makanan yang sesuai untuk ketiga-

tiga jenis haiwan ini. • Melekat lukisan makanan pada badan haiwan.

Aktiviti 3 Make a Food Chain • Bahan-bahan seperti ketas warna, pensel warna, gunting dan

glu disediakan. • Membina rantai makanan mengikut kreativiti.

Page 225: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 204-216

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

209

Kaedah Kajian

Peserta Kajian Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah kebangsaan di Bandar Kuching pada tahun 2014 dan seramai lima orang murid Tahun 5, iaitu tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan dalam kelas 5 D telah dipilih untuk terlibat dalam kajian ini. Pemilihan sampel dibuat adalah berdasarkan sikap pembelajaran murid terhadap Sains.Kelima-lima sampel ini mempunyai minat dan kefahaman terhadap pembelajaran Sains yang rendah.Mereka sentiasa menunjukkan kebosanan dan cepat hilang minat semasa guru sedang mengajar.Selain itu, mereka juga didapati sangat lemah dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dan jarang menghantar lembaran kerja yang disediakan oleh guru.Walaupun lembaran kerja kadang-kala dihantar, jawapan-jawapan yang diberi adalah salah.

Etika Penyelidikan Saya mendapat kebenaran daripada pihak sekolah untuk menjalankan penyelidikan tindakan di sekolah tersebut pada hari pertama melapor diri. Saya juga menyediakan surat akuan peserta kajian kepada sampel-sampel kajian untuk mendapat persetujuan penyertaan kajian. Saya turut memberikan satu taklimat kepada mereka supaya mereka lebih memahami objektif dan hak sendiri sebagai sampel kajian. Menurut Azizi Yahaya et al. (2006), kerahsiaan dalam aktiviti penyelidikan boleh memberi ruang yang luas kepada responden bagi memberi respon secara jujur, bebas dan selesa. Oleh itu, segala butiran peribadi dan maklumat-maklumat yang dikumpul akan dirahsiakan. Setiap sampel telah diberikan nama samaran bagi menjamin kerahsiaan.

Teknik Mengumpul Data

Pemerhatian Kaedah pemerhatian digunakan untuk melihat memerhati tingkah laku verbal dan tingkah laku bukan verbal sampel kajian di dalam kelas.Misalnya penglibatan, ekspresi muka dan postur badan.Tingkah laku-tingkah laku ini telah membolehkan saya untuk mengenalpasti perkembangan sampel-sampel kajian dalam peningkatan minat terhadap pembelajaran Sains.

Gambar-gambaran yang diambil dengan menggunakan kamera telah bertindak peranan penting untuk mengesahkan dan menyokong data-data yang didapati daripada pemerhatian dan catatat kajian ini.Ia bukan sahaja membantu saya untuk memperlengkapkan pemerhatian tetapi juga memberi idea dan pemahaman yang lebih mendalam untuk saya bertindak apabila pemerhatian yang seterusnya.

Temu Bual Saya menjalankan temu bual terhadap lima orang sampel kajian sebelum dan selepas penggunaan seni visual untuk mengumpul data mengenai minat dan kefahaman sampel kajian terhadap pembelajaran Sains. Saya menggunakan temu bual jenis berstruktur yang menerapkan soalan tertutup dan terbuka dalam pembinaan soalan untuk tujuan temu bual.Tambahan pula, saya juga telah menemu bual guru pembimbing tentang perubahan sampel-sampel kajian dan keberkesanan penggunaan kaedah seni visual dalam pembelajaran Sains.

Page 226: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 204-216

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

210

Penulisan Refleksi PdP Penulisan refleksi PdP telah digunakan sebagai analisis dokumen bagi mengumpul data-data yang berkenaan. Setelah setiap sesi PdP Sains dijalankan, refleksi kendiri berdasarkan kekuatan dan kelemahan pada hari tertentu dibuat dengan menggunakan borang refleksi.Refleksi ini bukan sahaja membantu saya untuk menilai dan mencatatkan pemerhatian yang berkaitan dengan soalan kajian, malah juga membantu saya dalam rancangan tindakan susulan.

Analisis Lembaran Kerja Selain itu, lembaran kerja yang disiapkan oleh sampel kajian juga diberi dikenal pasrti. Melalui lembaran kerja ini, tahap pembelajaran dan perkembangan sampel-sampel kajian senang dicari dan dikenalpasti sama ada mereka berjaya menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran sesuatu topik dalam pelajaran Sains atau tidak.

Teknik Menganalisis Data

Analisis Kandungan

Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data-data kualitatif, seperti data pemerhatian, temu bual, penulisan refleksi PdP, dan lembaran kerja yang telah dikumpul.Untuk menganalisis data-data ini, saya telah membaca kandungan berulang kali untuk mengenal pasti isi-isi penting yang berkaitan dengan soalan kajian yang ingin dijawab.Seterusnya, data dikategorikan mengikut tema yang telah ditentukan, seperti tema minat, tema penglibatan murid dan sebagainya. Kemudian, langkah pengekodan dilakukan dengan cara mengekodkan isi penting dalam nota lapangan mengikut kategori bagi memudahkan saya untuk menginterpretasi data tersebut.

Teknik Menyemak Data

Dalam kajian ini, saya menggunakan triangulasi masa dan triangulasi kaedah sebagai teknik menyemak data.Triangulasi masa digunakan untuk menyemak data yang dikumpul dalam satu tempoh masa yang panjang, iaitu selama 3 bulan.Tempoh masa yang panjang dianggap penting untuk memastikan kebolehpercayaan data, iaitu pemerhatian dilakukan sepanjang sesi PdP Sains dengan menggunakan kaedah seni visual.

Triangulasi kaedah dilakukan dengan membandingkan data yang dikumpulkan melalui pelbagai kaedah seperti temu bual dan pemerhatian yang disokong oleh gambar dalam mengkaji persoalan kajian mengenai minat murid dalam pembelajaran Sains.

Page 227: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 204-216

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

211

Refleksi

Refleksi Dapatan

Sejauh mana penggunaan seni visual dapat meningkatkan minat murid Tahun 5 terhadap pembelajaran Sains?

Penggunaan seni visual berjaya meningkatkan minat murid Tahun 5 terhadap pembelajaran Sains.Penemuan ini dapat disokong dengan data pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

Dapatan pemerhatian menunjukkan minat sampel-sampel kajian meningkat semasa seni visual digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di dalam kelas. Minat sampel kajian terhadap pembelajaran Sains ini jenis dilihat melalui ekspresi muka dan penglibatan yang ditunjukkan sepanjang proses PdP. Mereka bermuka riang dan bersemangat. Tambahan pula, mereka juga didapati mengubah sikap pasifnya kepada sikap yang lebih aktif semasa aktiviti pembelajaran dikendalikan. Mereka berebut-rebut untuk memberikan jawapan mereka kepada guru untuk menyemak jawapan mereka betul atau salah.

Rajah3.Keadaan PdP Sains semasa aktiviti seni visual dijalankan

Dapatan temu bual dengan sampel-sampel kajian juga mengesahkan bahawa peningkatan minat sampel kajian terhadap pembelajaran Sains dengan menggunakan seni visual. Rajah 4 menunjukkan sedutan transkrip temu bual dengan sampel kajian sebelum dan selepas penggunaan seni visual untuk belajar Sains. Perkataan-perkataan negatif seperti ‘tidak suka”, “kurang berminat” dan “membosankan” yang digunakan oleh sampel-sampel kajian telah menunjukkan minat terhadap pembelajaran sains adalah rendah. Mereka juga menyatakan

Sampel kajian ini bersikap pasif dan

biasanya tidak ingin memberi kerjasama

semasa aktiviti PdP dijalankan.Namun,

dia sanggup melibatkan diri dalam aktiviti

kumpulan.

Sampel-sampel kajian bermuka riang

dan seronok semasa bermain dengan

alat bantu belajar yang disediakan.

Aktiviti PdP dijalankan dengan lancar

dan berkesan.Tiada masalah displin

berlaku.

Page 228: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 204-216

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

212

bahawa mereka berasa letih dan mengantuk semasa cikgu sedang mengajar. Namun begitu, perkataan-perkataan yang positif seperti “gembira”, “seronok” dan “suka” digunakan oleh sampel-sampel kajian setelah seni visual digunakan untuk pembelajaran Sains. Ini menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat sampel-sampel kajian semasa sesi PdP diajar dengan menggunakan seni visual.

Sebelum penggunaan kaedah seni visual dalam pembelajaran Sains

Saya : Adakah anda berminat untuk belajar sains? Arif Ernes Jill Shafi

: : : :

Tidak, saya lebih minat kepada PJ. Sederhana, cikgu. Tetapi, Sains adalah subjek yang susah untuk mendapat markah. Saya tidak suka Sains kerana konsep dan fakta Sains yang diajar adalah susah. Susah untuk saya mengingatnya. Tidak begitu suka. Aktiviti Sains yang dijalankan adalah bosan. Kurang berminat. Susah untuk memahami konsep-konsep yang diajar oleh cikgu.

(TB 01 SEB 24022014)

Rajah 4. Transkrip temu bual dengan sampel kajian sebelum penggunaan kaedah seni visual dalam sesi PdP Sains Dapatan temu bual dengan guru pembimbing (Rajah 5) juga menunjukkan peningkatkan minat sampel-sampel kajin terhadap pembelajaran Sains berdasarkan kaedah seni visual yang digunakan. Menurut guru pembimbing, beliau menyatakan bahawa seni visual merupakan idea yang amat bagus untuk membantu sampel-sampel kajian ini dalam pembelajaran Sains. Hal ini demikian kerana kelima-lima mereka mempunyai minat dan bakat yang amat tinggi dalam bidang kesenian.Mereka bersikap aktif dan lebih berkeyakinan diri untuk menyiapkan tugasan-tugasan seni visual yang diberi.

Selepas penggunaan kaedah seni visual dalam pembelajaran Sains

Saya : Adakah terdapat sebarang perubahan dari segi minat dan kefahaman sampel kajian setelah pembelajaran sains dengan kaedah seni visual dilaksanakan?

Guru pembimbing

: (seyum dan mengangguk kepala) Ya, salah satu perkara penting yang saya perhatikan ialah sikap pembelajaran murid-murid sudah berubah menjadi lebih baik. Mereka bersemangat dan tidak lagi mendiamkan diri sendiri di dalam kelas, terutamanya Arif dan Welter. Dulu, mereka selalu mengantuk atau membuat kerja sendiri semasa saya sedang mengajar. Sekarang, mereka mula bertanya soalan jika ada kemusykilan dan bercuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.

(TB01 GP 10042014)

Rajah 5. Transkrip temu bual dengan guru pembimbing selepas penggunaan seni

visual dalam sesi PdP Sains

Penulisan refleksi PdP turut menyokong peningkatan minat sampel-sampel kajian dengan penggunaan seni visual dalam pembelajaran Sains. Sampel-sampel kajian

Page 229: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 204-216

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

213

kurang memberi perhatian semasa guru sedang mengajar di kelas. Mereka juga bersikap pasif dan jarang menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Manakala, sikap pembelajaran mereka berubah setelah seni digunakan untuk pembelajaran Sains. Mereka bertanya-tanya dan mengangkat tangan untuk menjawab soalan.

Jadual 4 Catatan refleksi guru sebelum dan setelah seni visual digunakan untuk mengajar Sains

Sebelum Selepas

Murid kurang memberi perhatian semasa saya sedang mengajar.

Murid bersikaf pasif dan tidak menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Murid gagal untuk menjawab soalan yang betul semasa sesi soal jawab.

Masalah disiplin berlaku. - Bergaduh - Ponteng kelas.

Hasil pembelajaran tidak tercapai.

Murid berasa seronok dan memberi perhatian semasa aktiviti PdP sedang dijalankan.

Murid bertanya-tanya dan mengangkat tangan untuk menjawab soalan.

Sesetengah murid masih gagal untuk menjawab soalan. Namun, keadaan ini telah diubahsuaikan.

Hasil pembelajaran tercapai.

Soalan kajian 2: Sejauh mana penggunaan seni visual dapat meningkatkan kefahaman minat murid Tahun 5 terhadap pembelajaran Sains? Penggunaan seni visual berjaya meningkatkan kefahaman murid Tahun 5 terhadap pembelajaran Sains.Penemuan ini dapat disokong dengan data pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

Dapatan kajian melalui temu bual dengan sampel kajian mengesahkan hasil kajian bahawa terdapatnya peningkatan pencapaian sampel-sampel kajian dalam proses PdP selepas penggunaan seni visual. Perkataan-perkataan negatif seperti ‘tidak faham” dan “faham sendikit” yang digunakan oleh sampel-sampel kajian telah menunjukkan minat terhadap pembelajaran sains adalah rendah. Walau bagaimanapun, perkataan-perkataan yang positif seperti “faham” yang digunakan oleh sampel-sampel kajian setelah seni visual digunakan untuk pembelajaran Sains. Ini menunjukkan terdapat peningkatan dari segi kefahaman mereka setelah sesi PdP diajar dengan menggunakan seni visual.

Sebelum penggunaan kaedah seni visual dalam pembelajaran Sains

Saya : Apakah perasaan anda terhadap pembelajaran Sains hari ini? Arif Ernes Jill Shafi Welter

: : : : :

(senyum tetapi tidak memberi respons) Masih boleh, cikgu. Tetapi saya memang berasa letih dan mengantuk semasa cikgu sedang mengajar. Maafkan saya, cikgu. Saya dapat faham sendikit tentang apa yang cikgu mengajar pada masa tertentu. Tetapi, sekarang saya sudah lupa. Saya tidak suka aktiviti ini, berasa bosan. Saya tidak faham apa yang cikgu ajar.

(TB 01 SEB 24022014)

Rajah 6. Transkrip temu bual dengan sampel kajian sebelum penggunaan kaedah seni visual dalam sesi PdP Sains

Page 230: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 204-216

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

214

Analisis lembaran kerja sampel-sampel kajian sebelum dan selepas penggunaan seni visual untuk belajar sains juga diberi perhatian dan dibanding beza untuk menentukan kefahamanan mereka.Sebelum penggunaan seni visual, didapati kebanyakkan daripada sampel kajian tidak dapat menjawab soalan-soalan yang disediakan dalam lembahan kerja.Kefahaman sampel kajian yang rendah terhadap tajuk-tajuk Sains jelas diperlihat dan dikenalpasti. Akan tetapi, keadaan ini berubah setelah seni visual digunakan dalam proses PdP Sains. Sampel-sampel bukan sahaja menghatar lembaran-lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan, manakala juga didapati boleh menjawab soalan-soalan dengan memberi jawapan yang betul. Keadaan ini selagi menyokong peningkatkan kefahaman sampel-sampel kajian dengan penggunaan seni visual dalam pembelajaran Sains.

Rajah 7. Lembaran kerja yang dihasilkan oleh sampel kajian selepas penggunaan kaedah seni visual dalam sesi PdP Sains Refleksi Penilaian Tindakan

Penggunaan seni visual dalam pembelajaran Sains merupakan sesuatu yang baru dan menunjukkan impak yang positif terhadap diri murid.Daripada keseluruhan kajian yang dijalankan, didapati bahawa dua persoalan kajian yang diketengahkan di awal kajian telah dapat dirungkai satu persatu berdasarkan dapatan kajian yang dilaksanakan.Ternyata penggunaan seni visual berjaya meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Sains dan secara langsung turut meningkatkan kefahaman murid dalam mata pelajaran Sains.Kenyataan ini disokong dengan keputusan daripada instrumen-instrumen kajian yang dilaksanakan.

Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni visual secara berkesan membolehkan murid-murid meluahkan keinginan dan keperluan mereka.Lazimnya mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada pePengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin unsur-unsur seni visual adalah berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat sahaja.Unsur-unsur seni visual menjadikan murid berasa lebih seronok.Selain itu, murid juga berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama murid.Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

Page 231: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 204-216

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

215

Walau bagaimanapun, pelaksanaan aktiviti Sains berunsurkan seni visual adalah sesuatu yang memerlukan masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah pengajaran tradisional.Setiap kali, saya melaksanakan aktiviti seni visual seperti melukis dan mewarna di dalam kelas, saya memerlukan masa yang berlebihan untuk memberi arahan kepada murid-murid terlebih dahulu, dan seterusnya menunggu mereka untuk melukis dan mewarna.Untuk mengatasi masalah tersebut, saya haruslah membuat perancangan yang lebih sistematik dan terancang supaya murid-murid dapat melakukan aktiviti dalam masa yang diperuntukkan, tetapi tidak pula menyekat peluang mereka dalam menjalani penerokaan melalui aktiviti seni visual.Kelemahan tersebut haruslah diperbaiki secepat mungkin supaya tidak mempengaruhi kualiti dan keberkesanan penggunaan seni visual.

Refleksi Pembelajaran Kendiri

Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian tindakan ini, saya banyak menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tentang penyelidikan tindakan.Penyelidikan tindakan sememangnya merupakan satu kaedah yang baik digunakan oleh saya dengan tujuan memperbaik amalan pengajaran saya.Kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam penyelidikan ini termasuk merancang, mengutip data, menganalisis data dan menyemak data. Kemahiran-kemahiran

Sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, hubungan saya dengan murid-murid telah dipereratkan.Saya sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap mereka dengan memerhati tingkah laku mereka dan berbual dengan mereka selepas aktiviti-aktiviti proses PdP dijalankan. Hubungan baik dengan para peserta kajian membolehkan penyelidikan saya dilaksanakan dengan lancar.Murid-murid juga sentiasa memberikan pendapat dan idea mereka supaya saya dapat membuat penambahbaikan dalam pengajaran saya untuk terus merancang aktiviti yang menarik dan sesuai untuk mereka.

Saya juga banyak mempelajari dan mematuhi etika penyelidikan semasa merancang dan melakukan kerja penyelidikan.Kerahsiaan merupakan satu etika penyelidikan yang penting yang ditekankan dalam aktiviti penyelidikan supaya memberi ruang yang luas kepada responden bagi memberi respon secara jujur, bebas dan selesa.Sebagai penyelidik, saya merahsiakan segala butiran peribadi dan maklumat-maklumat yang dikumpul supaya identiti sampel kajian dijamin.

Selain itu, kajian tindakan ini juga berjaya mengasahkan meningkatkan kebolehan saya untuk mereflek secara sistematik tentang proses PdP dan aktiviti-aktiviti pedagogi yang saya jalankan. Sebagai seorang pengamal reflektif, saya mempersoalkan amalan diri sendiri dengan bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkasa yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengajar.Soalan-soalan ini didapati mendorong saya untuk mengimbas kendiri keadaan bilik darjah dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pada diri sendiri.dengan itu, pengubahsuaian boleh pengubahsuaian boleh dibuat untuk membaiki proses PdP dengan lebih efektif.

Pelaksanaan kajian tindakan amatlan bermanfaat demi menjana kecemerlangan pendidikan. Saya akan meneruskan amalan kajian tindakan dan sentiasa meningkatkan amalan kendiri terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran demi menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Anak-anak murid adalah generasi

Page 232: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 204-216

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

216

baharu yang menjamin kemajuan dan kesejahteraan negara. Hanya dengan pendidikan yang berkualiti, barulah dapat menghasilkan insan yang seimbang dan berkemampuan menerajui negara ke arah kecemerlangan.

Cadangan Kajian Lanjutan

Penyelidikan tindakan yang saya jalankan ini telah berjaya meningkatkan minat dan kefahaman murid Tahun 5 dalam mempelajari mata pelajaran Sains melalui seni visual. Maka, untuk mendapatkan gambaran yang lebih mendalam tentang keberkesanan penggunaan seni visual dalam pembelajaran Sains, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk kajian seterusnya:

Melibatkan lebih ramai responden dalam kajian seterusnya agar dapat mewakili keputusan kajian.

Melaksanakan kaedah seni visual dalam tajuk pembelajaran sains yang lain untuk melihat sejauh mana kaedah tersebut berkesan dalam pembelajaran tajuk lain atau tidak.

Mempelbagaikan aktiviti seni visual dalam pembelajaran sains. Contohnya, aktiviti menggunakan tanah liat untuk menghasilkan model-model haiwan dalam pembelajaran Sains untuk memperkukuhkan pemahaman murid.

Mengaplikasikan lebih banyak elemen seni seperti seni pengerakan dan seni muzik ke dalam pembelajaran Sains selain daripada seni visual.

Rujukan

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis & Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sd

Beardsley, Monroe C. (1966).Aesthetics from Classical Greece to the Present. New York: The Macmillan Co.

Jeffus, R & S. (1996). Visual Manna’s Teaching Science Through Art. Dipetik daripada http://www.homeschoolestore.com/catalog/product_info.php?prod ucts_id=216

Page 233: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 217-231

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

217

KEBERKESANAN KAEDAH HANDS-ON DAN MINDS-ON TERHADAP MINAT DAN PENCAPAIAN MURID TAHUN EMPAT DALAM SAINS

DI KUCHING

Teoh Li Ming

[email protected]

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sama ada penggunaan aktiviti hands-on dan minds-on dapat meningkatkan minat dan pencapaian murid-murid Tahun 4 dalam tajuk ‘Kemahiran Mengawal Kemahiran Pembolehubah’. Peserta penyelidikan tindakan ini melibatkan empat orang murid Tahun Empat. Data dalam penyelidikan tindakan ini dikumpulkan melalui pemerhatian berdasarkan gambar foto, temu bual, sola selidik, ujian diagnostik dan ujian kesan tindakan. Analisis data dibuat melalui kaedah analisis kandungan dan kaedah analisis deskriptif yang seterusnya disemak dengan menggunakan kaedah triangulasi kaedah, penyelidik dan masa. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penggunaan aktiviti hands-on dan minds-on dapat meningkatkan

minat dan pencapaian murid-murid Tahun 4 dalam tajuk Sains ini.

Kata Kunci: Penggunaan aktiviti hands-on dan minds-on, murid Tahun Empat, minat, pencapaian, tajuk ‘Kemahiran Mengawal Pembolehubah’

Abstract

This action research was conducted to evaluate the use of hands-on and minds-on activity to improve interest and achievement of Year 4 students in the topic of ‘Controlling Variables’. The participants of this action research consisted of four students from Year 4. The data for this study was collected by using observation based-on photo, interviews, questionnaire survey, early achievement test and action effect test. The data was analysed through content analysis and descriptive analysis and then checked by using method, researcher and time triangulation. The results of the study showed that the use of hands-on and minds-on activity has increased the interest and achievement of participants in the topic ‘Controlling Variables’.

Keywords: The use of hands-on and minds-on, Year 4 students,

interest, achievement, topic ‘Controlling Variables’

Page 234: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 217-231

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

218

Pengenalan

Konteks Pada Semester ketujuh ini, saya sebagai guru pelatih telah menjalani Praktikum Fasa III di sebuah sekolah di Kuching selama dua belas minggu. Melalui pengalaman pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini, saya mendapati bahawa pelbagai jenis masalah telah berlaku semasa menjalankan proses PdP Sains seperti pengurusan masa yang kurang sesuai, kawalan kelas, kurang prihatin terhadap murid dan sebagainya. Walau bagaimanapun, saya hanya memfokuskan masalah utama yang saya hadapi dalam ketiga-tiga praktikum yang telah saya jalankan, iaitu kurangan memahami isi pelajaran Sains. Melalui pengalaman PdP dalam praktikum yang lepas, saya mendapati bahawa hanya beberapa orang murid sahaja yang dapat memberi respon yang betul dalam aktiviti kuiz yang dijalankan selepas sesi PdP. Manakala murid-murid yang lain hanya menunduk kepala dan berdiam diri di tempat masing-masing. Bukan itu sahaja, saya juga mendapati bahawa terdapat murid-murid yang masih tidak dapat menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam lembaran kerja yang saya berikan. Selepas saya bertanya dengan murid-murid tersebut, saya baru mengetahui bahawa mereka tidak memahami apa yang saya ajar atau sudah lupa terhadap pembelajaran tersebut. Masalah ini menjadi semakin serius apabila saya mengajar tajuk “Mengawal Pembolehubah” melalui kaedah demonstrasi guru. Semasa proses PdP dijalankan, saya mendapati bahawa murid-murid adalah kurang memberi fokus dan tidak dapat menjawab soalan-soalan yang telah saya berikan. Akhirnya, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku dalam Peperiksaan Pertengahan Semester 1. Selepas proses penandaan kertas soalan telah siap, saya amat terkejut kerana semua murid kelas 4 Inovasi telah gagal dalam menjawab soalan 4(c) yang memerlukan murid untuk mengenal pasti tiga jenis pembolehubah berdasarkan situasi yang diberikan. Murid-murid memberi sebarang bentuk jawapan dengan sesuka hati seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah. Dengan ini, saya mendapati bahawa murid-murid langsung tidak faham dan tidak menguasai kemahiran mengawal pembolehubah.

Rajah 1. Jawapan yang diberi oleh murid bagi soalan peperiksaan berkaitan

dengan topik mengawal kemahiran pembolehubah

Page 235: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 217-231

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

219

Menurut Allen (1992) dalam Abdul Halim Tamuri dan Mohamad Khairul Azman Ajuhary (2010), kaedah dan teknik pembelajaran yang baik boleh menyumbang kepada mutu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Jika pengajaran tidak berkesan, murid tidak akan menerima pembelajaran yang baik dan berkesan (Aminudin, 2013).Dengan ini, saya telah membuat refleksi dan menilai semula terhadap keberkesanan proses PdP dalam aspek strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Dengan ini, saya telah mempelbagaikan strategi mengajar saya untuk meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran saya. Isu Keprihatinan Dua isu keprihatinan telah saya kenal pasti, iaitu kekurangan minat peserta-peserta kajian terhadap pembelajaran topik kemahiran mengawal pembolehubah dan pencapaian peserta-peserta kajian yang rendah dalam ujian Sains. Dalam usaha untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang teliti, saya telah menjalankan tinjauan awal terhadap peserta-peserta kajian melalui lima teknik pengumpulan data seperti pemerhatian berdasarkan gambar foto, soal selidik, temu bual, analisis keputusan Peperiksaan Pertengahan Semester 1 dan Ujian Diagnostik. Dalam teknik pemerhatian, gambar foto telah diambil dan temu bual telah dijalankan terhadap murid-murid. Gambar foto 1 menunjukkan peserta kajian duduk di tempat sendiri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan manakala Jadual 1 menunjukkan respon peserta-peserta kajian terhadap item-item yang ditanya dalam temu bual.

Gambar foto 1. Peserta kajian duduk di tempat sendiri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan. Jadual 1 Respon peserta-peserta kajian terhadap item-item

Item Peserta Kajian Respon Peserta

Ya Tidak

Saya suka subjek Sains

Saya berasa seronok untuk

mempelajari topik Kemahiran

Mengawal pembolehubah

1 √

2 √

3 √

4 √

Analisis data Gambar foto 1 dan Jadual 1 menunjukkan kekurangan minat murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Seperti yang ditunjukkan

Page 236: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 217-231

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

220

dalam Gambar foto 1, murid tidak berminat dan tidak berkeinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang sedang dijalankan. Daripada respon murid-murid yang ditunjukkan dalam Jadual 1, saya mendapati bahawa murid-murid kurang suka mata pelajaran Sains dan kurang berasa seronok untuk mempelajari topik Kemahiran Mengawal pembolehubah. Bagi mengukuhkan data-data yang telah saya kumpulkan, saya telah menggunakan teknik temu bual untuk mencari sebab-sebab mengapa peserta kajian tidak berminat terhadap mata pelajaran Sains. Rajah 2 di bawah menunjukkan sedutan transkrip temu bual dengan empat orang peserta kajian.

Guru pelatih Peserta 1 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4

: : : : :

Soal selidik yang kamu buat tadi menunjukkan kamu empat orang tidak minat untuk mempelajari Sains. Bolehkah cikgu tahu sebabnya? Sains susahlah. Ya. Sains susah. Tak faham apa yang cikgu ajar. Sains banyak kerja. Tak suka.

Rajah 2. Sedutan transkrip temu bual dengan empat orang peserta kajian.

Berdasarkan respon-respon yang diberi oleh peserta-peserta kajian, saya telah mengenal pasti tema-tema seperti berikut:

Sains adalah subjek yang susah (Peserta 1 dan Peserta 2) Kurang memahami isi pelajaran (Peserta 3) Malas membuat lembaran kerja (Peserta 4)

Jadual 2 menunjukkan analisis faktor-faktor yang menyebabkan empat orang peserta ini tidak berminat dalam mata pelajaran Sains. Tema-tema peserta kajian telah dikodkan dan dibahagikan dalam kategori dan pola yang berbeza. Melalui pengekodan data yang dikumpul mengikut pola/hubungan, saya mendapati bahawa terdapat dua faktor utama yang menyebabkan peserta-peserta kurang berminat mempelajari mata pelajaran Sains, iaitu masalah peribadi dan kemahiran PdP guru. Analisis dalam Jadual 2 jelas menunjukkan bahawa masalah kurang berminat dalam mata pelajaran Sains bagi peserta kajian 1, 2 dan 3 adalah disebabkan oleh faktor guru. Dengan ini, saya mendapati bahawa kemahiran PdP yang digunakan oleh guru amat mempengaruhi sikap murid dan minat murid dalam mempelajari mata pelajaran tersebut. Di samping itu, masalah peribadi juga merupakan faktor kedua yang mempengaruhi minat peserta kajian untuk mempelajari mata pelajaran Sains. Peserta kajian 4 bersifat malas dan tidak ingin membuat latihan yang diberikan.

Jadual 2 Analisis faktor-faktor yang menyebabkan empat orang peserta ini tidak menunjukkan minat dalam mata pelajaran Sains

Peserta Kajian

Tema Kategori Pola/ Hubungan

1, 2 Sains adalah subjek yang

susah Strategi PdP Kemahiran Guru

3 Kurang memahami isi

pelajaran Strategi PdP Kemahiran Guru

4 Malas membuat lembaran

kerja Personaliti Murid Masalah Peribadi

Page 237: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 217-231

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

221

Teknik analisis data keputusan Peperiksaan Pertengahan Semester 1 juga digunakan untuk meninjau prestasi peserta kajian dalam mata pelajaran Sains. Maka, saya telah mengumpul rekod keputusan peserta kajian dalam peperiksaan tersebut. Jadual 3 menunjukkan bahawa keputusan peperiksaan bagi keempat-empat peserta kajian manakala Jadual 4 menunjukkan analisis markah Bahagian B dalam Peperiksaan Pertengahan Semester 1. Jadual 3 Keputusan peperiksaan bagi keempat-empat peserta kajian

Peserta Kajian Markah (%) Markah Penuh

(%) Bahagian A Bahagian B

1 8 20 28 2 14 20 34 3 18 8 26 4 20 14 34

Jadual 4 Analisis markah Bahagian B dalam Peperiksaan Pertengahan Semester 1

Item KPS yang diuji

Markah yang diperolehi oleh peserta kajian (%)

Jumlah Markah

(%) 1 2 3 4

1 Memerhati 10 10 6 10 36

2 Mengelas 2 4 2 4 12

3 Menggunakan perhubungan ruang dan masa

8 6 0 0 14

4 Mengawal pembolehubah 0 0 0 0 0

Jumlah 20 20 8 14

Berdasarkan Jadual 3, keempat-empat orang peserta kajian telah gagal dalam Peperiksaan Pertengahan Semester 1. Markah yang diperolehi oleh peserta-peserta kajian ialah 28%, 34%, 26% dan 34% masing-masing. Bahagian B dalam kertas ujian Sains telah menguji beberapa KPS seperti memerhati, mengelas, menggunakan perhubungan ruang dan masa serta mengawal pembolehubah. Antara kemahiran-kemahiran proses sains yang diuji, saya mendapati bahawa semua peserta kajian tidak dapat menjawab soalan yang menguji kemahiran mengawal pembolehubah. Berdasarkan Jadual 4, jumlah markah yang diperolehi oleh empat orang peserta kajian bagi item 4 ialah 0%. Dengan ini, jelas lihat bahawa pencapaian peserta-peserta kajian dalam kemahiran mengawal pembolehubah adalah sangat lemah.

Bagi mengenal pasti kelemahan peserta-peserta kajian, saya telah menggunakan lembaran kerja sebagai ujian diagnostik untuk mengumpulkan data awal dalam kajian ini. Dalam ujian diagnostik yang telah saya jalankan, saya mendapati bahawa keempat-empat orang peserta kajian tidak dapat mengenal pasti tiga jenis pembolehubah berdasarkan situasi yang diberi dan juga gagal menyatakan hubungan antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas.

Justeru itu, saya ingin mengkaji keberkesanan kaedah hands-on dan minds-on untuk meningkatkan minat dan pencapaian murid-murid Tahun Empat dalam mata pelajaran Sains.

Page 238: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 217-231

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

222

Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan kaedah hands-on dan minds-on untuk

i. meningkatkan minat empat orang murid Tahun Empat dalam pembelajaran topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah.

ii. meningkatkan pencapaian empat orang murid Tahun Empat dalam Pembelajaran topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah.

Soalan Kajian Berdasarkan objektif kajian, soalan kajian yang ditinjau adalah seperti berikut:

i. Sejauh manakah kaedah hands-on dan minds-on dapat meningkatkanminat empat orang murid Tahun Empat dalam pembelajaran topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah?

ii. Bagaimanakah kaedah hands-on dan minds-on dapat meningkatkan pencapaian empat orang murid Tahun Empat dalam pembelajaran topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah?

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Perancangan Tindakan Kaedah aktiviti hands-on dan minds-on merupakan aktiviti yang memerlukan murid-murid memanipulasi bahan sambil berfikir dalam proses pembelajaran. Ia dapat meningkatkan kedua-dua kemahiran psikomotor dan kemahiran kognitif pada masa yang sama. Kajian-kajian yang dilakukan oleh Rizki, Chai, Nurzatulshima dan Lilia, Jetta, Kellen dan Allison, Marianne dan Kathleen dan ahli-ahli penyelidikan RAFT yang berkaitan dengan penggunaan aktiviti hands-on dan minds-on telah berjaya dijalankan dan menunjukkan kesan yang baik terhadap fokus kajian yang berkaitan dengan minat dan pencapaian peserta-peserta kajian. Dengan ini, saya telah memfokuskan penggunaan kaedah hands-on dan minds-on dalam kajian ini. Jadual 5 menunjukkan perancangan pelaksanaan kajian tindakan saya. Jadual 5 Perancangan Pelaksanaan Kajian Tindakan

Langkah Pelaksanaan Tindakan

1 Proses pengajaran dan pembelajaran (Sebelum) 2 Pengumpulan maklumat awal 3 Mengenal pasti isu-isu keprihatinan dan kumpulan sasaran 5 Peserta-peserta kajian menduduki ujian diagnostik 6 Merancang strategi PdP yang sesuai untuk mengatasi masalah 7 Menyediakan jadual pelaksanaan 8 Proses pengajaran dan pembelajaran I (Selepas) 9 Proses pengajaran dan pembelajaran II (Selepas) 11 Peserta-peserta kajian menduduki ujian kesan KT

12 Mengumpulkan data-data melalui teknik pemerhatian, temu bual, soal selidik, keputusan ujian kesan kajian tindakan

13 Menganalisis data-data yang dikumpulkan 14 Membuat penilaian terhadap keberkesanan strategi yang digunakan

15 Mereflek terhadap kekuatan dan kelemahan pengkaji dan merancang semula strategi sekiranya diperlukan.

Page 239: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 217-231

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

223

Pelaksanaan Tindakan Dalam kajian ini, tajuk yang diberi fokus adalah “Kemahiran Mengawal Pembolehubah” dalam mata pelajaran Sains Tahun 4. Jadual 6 menunjukkan perancangan pelaksanaan proses PdP. Jadual 6 Perancangan Pelaksanaan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Langkah Pelaksanaan Tindakan

1 Aktiviti “Rasa Saya” untuk menarik minat murid 2 Pendedahan perkataan

Apa yang sama Apa yang tidak sama Apa yang diperhatikan

3 Peserta-peserta kajian menjalankan aktiviti hands-on sambil berfikir tentang jawapan 4 Pendedahan tiga jenis pembolehubah

Pembolehubah yang dimalarkan (Apa yang sama) Pembolehubah yang dimanipulasi (Apa yang tidak sama) Pembolehubah bergerak balas (Apa yang diperhatikan)

5 Situasi cawan teh panas diberikan untuk mengukuhkan kefahaman murid 6 Sesi soal jawab dijalankan sebagai kesimpulan

Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6, peserta-peserta kajian dikehendaki melengkapkan litar dengan menggunakan bilangan sel kering yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.

Rajah 3. Jadual yang disediakan oleh guru

Semasa peserta-peserta kajian menjalankan aktiviti ini, peserta-peserta kajian perlu berfikir dan mengisi ruang “Apa yang diperhatikan?” dalam kertas mahjong yang diagihkan terhadap apa yang diperhatikan oleh peserta-peserta kajian. Pada masa yang sama, murid perlu mengenal pasti apa yang sama dan apa yang tidak sama dalam penyiasatan ini. Dengan ini, peserta-peserta kajian dapat menjalankan aktiviti hands-on dan minds-on serentak.

Kaedah Kajian Peserta Kajian Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di Kuching dan melibatkan empat orang murid daripada sebuah kelas Tahun 4I. Empat orang peserta kajian ini terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan yang memegang jawatan pengawas pusat sumber sekolah. Mereka dipilih berdasarkan beberapa kriteria seperti tingkah laku di dalam kelas, pencapaian Sains dan juga ciri-ciri seperti suka bercakap dengan suara yang kuat, suka menganggu rakan, suka berkhayal, selalu tidak membawa buku, suka membuat kerja sendiri pasif dan pendiam. Selain itu, mereka juga mendapat pencapaian yang rendah dalam peperiksaan mata pelajaran

Page 240: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 217-231

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

224

Sains dan ujian dianogstik yang telah saya laksanakan. Oleh itu, keempat-empat orang murid ini telah saya pilih sebagai peserta-peserta kajian dalam kajian tindakan ini. Etika Penyelidikan Saya mendapat kebenaran daripada guru besar dari sekolah berkenaan untuk menjalankan penyelidikan tindakan di sekolah tersebut pada hari pertama melapor diri. Saya telah meminta kebenaran daripada empat orang murid untuk ditemu bual. Mereka juga bersetuju untuk menjalankan soal selidik bagi kajian ini. Saya turut menerangkan secara bersemuka kepada keempat-empat orang responden tentang tujuan penyelidikan, perkara yang akan dilakukannya, tempoh penglibatan dalam penyelidikan, jenis data yang saya akan kumpul dan penglibatannya dari segi penarikan diri dan hak peserta kajian. Teknik mengumpul Data Pemerhatian Saya menggunakan kamera digital untuk merakam video dan mengambil gambar-gambar sepanjang proses PdP yang dijalankan untuk mengenal pasti sama ada objektif-objektif yang ditentukan telah tercapai terhadap ekspresi muka dan tingkah laku peserta-peserta kajian. Pemerhatian yang terancang boleh membantu guru untuk mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat tersebut selain daripada mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif. Soal Selidik Instrumen soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada empat orang peserta kajian tentang pandangan dan perasaan mereka terhadap kaedah hands-on dan minds-on yang digunakan dalam pembelajaran topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah. Item-item yang diberi fokus dalam soal selidik ini hampir sama seperti item-item yang terdapat dalam soal selidik yang dijalankan sebelum tindakan diambil. Item-item yang dibina dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup yang berjenis dichotomous. Soalan “dichotomous” memberikan responden dua pilihan jawapan seperti contohnya yang memerlukan jawapan “Ya” atau “Tidak”. Item-item yang dinyatakan dalam borang soal selidik ini telah dapat mengenal pasti minat dan kefahaman mereka terhadap topik “Mengawal Pembolehubah” Temu Bual Saya telah menjalankan temu bual sambil merekodkan perbualan kami dengan menggunakan telefon bimbit. Soalan-soalan yang dikemukakan termasuklah soalan-soalan yang disediakan dan soalan spontan yang bertujuan untuk mengenal pasti minat dan kefahaman terhadap topik “Mengawal Pembolehubah” selepas sesi PdP yang menggunakan kaedah aktiviti hands-on dan minds-on dijalankan. Ujian Dianogstik dan Ujian Kesan Kajian Tindakan Ujian dianogstik dan ujian kesan kajian tindakan dikendalikanuntuk menguji kefahaman dan pencapaian peserta-peserta kajian terhadap topik pembelajaran tersebut selepas menjalankan aktiviti hands-on dan minds-on. Soalan-soalan ujian kesan kajian tindakan ini adalah sama seperti soalan-soalan dalam ujian diagnostik supaya dapat membanding-bezakan pencapaian bagi empat peserta kajian

Page 241: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 217-231

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

225

terhadap topik pembelajaran yang hendak diuji. Ujian ini ditadbirkan secara kumpulan di mana empat orang peserta kajian mengendalikan ujian ini di bilik sains pada masa yang sama.

Teknik Menganalisis Data Pemerhatian Video dan gambar-gambar telah diambil sepanjang proses PdP dijalankan. Selepas itu, saya lihat semula tayangan video yang dirakam dan juga gambar yang diambil secara teliti untuk memerhatikan tingkah laku dan keadaan peserta-peserta kajian menjalankan aktiviti hands-on dan minds-on terhadap topik pembelajaran yang diajar. Segala gambar dan keadaan dalam rakaman video yang berkaitan dengan fokus kajian disunting untuk dijadikan data sokongan hasil kajian dalam bentuk rajah. Penerangan secara deskriptif juga diberikan berdasarkan rajah-rajah tersebut untuk membuat analisis terhadap fokus kajian ini. Soal Selidik

Soal selidik yang disediakan melibatkan 9 item yang berkaitan dengan fokus kajian saya. Selepas peserta-peserta kajian menjawab borang soal selidik, saya membuat analisis terhadapnya. Saya membahagikan item-item ini kepada kategori isu minat dan kategori isu pencapaian terhadap pembelajaran tersebut dan seterusnya menilai keberkesanan proses PdP terhadap dua fokus kajian saya dengan menyediakan jadual. Daripada jadual yang disediakan, saya membuat analisis dengan peratusan dan seterusnya memberi penerangan secara deskriptif untuk menganalisis data yang dikumpulkan.

Temu Bual

Setelah membuat temu bual bersama-sama dengan empat orang peserta kajian, saya menyediakan transkrip mengenai perbualan antara saya dengan empat orang peserta kajian berdasarkan rakaman suara yang diambil. Kemudian, saya mengenal pasti tema-tema daripada transkrip yang disediakan dan seterusnya membahagikan tema-tema yang dikenal pasti ke dalam kategori dan pola tersendiri dengan bantuan jadual melalui proses pengekodan data. Penerangan juga diberikan berdasarkan analisis yang dilakukan. Dengan ini, analisis bagi teknik ini adalah berbentuk deskriptif.

Ujian Diagnostik dan Ujian Kesan Kajian Tindakan

Ujian yang disediakan mengandungi jumlah 6 markah. Setelah murid-murid telah menjalankan ujian kesan kajian tindakan, markah bagi keempat-empat orang peserta kajian dikira. Dengan bantuan jadual, saya membandingkan markah ujian diagnostik dan markah ujian kesan kajian tindakan bagi peserta-peserta kajian untuk menilai peningkatkan pencapaian terhadap pebelajaran topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah selepas proses PdP dijalankan dengan menggunakan aktiviti hands-on dan minds-on. Berdasarkan jadual yang disediakan, saya memberi penerangan secara teliti. Jadi, analisis yang saya lakukan bagi teknik ini adalah berbentuk kuantitatif. Teknik Menyemak Data Dalam kajian tersebut, saya telah menggunakan triangulasi kaedah, triangulasi masa dan triangulasi penyelidik sebagai teknik menyemak data. Triangulasi kaedah telah dilakukan dengan membandingkan data yang dikumpulkan melalui pelbagai

Page 242: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 217-231

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

226

kaedah seperti pemerhatian berdasarkan gambar foto, soal selidik, temu bual, ujian dianogstik dan ujian kesan kajian tindakan. Hal ini adalah untuk menentukan kredibiliti data serta interpretasi yang telah saya buat. Saya juga telah menggunakan triangulasi penyelidik yang melibatkan rakan sepraktikum saya, di mana saya telah meminta bantuan daripadanya untuk membuat pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya yang menggunakan aktiviti hands-on dan minds-on. Di samping itu, triangulasi masa digunakan untuk membanding data ujian dianogstik dan ujian kesan kajian tindakan walaupun dilaksanakan pada masa yang berbeza.

Refleksi Refleksi Dapatan

i. Sejauh manakah kaedah hands-on dan minds-on dapat meningkatkanminat empat orang murid Tahun Empat dalam pembelajaran topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah?

Bagi mengumpul data berkaitan dengan isu minat peserta-peserta kajian, teknik pemerhatian berdasarkan gambar foto, soal selidik dan temu bual telah dijalankan selepas tindakan diambil. Dalam dua kali proses PdP yang telah dijalankan pada 3 April 2014 dan 9 April 2014, saya telah membuat pemerhatian terhadap empat orang peserta kajian dengan cara rakaman gambar dan video. Gambar foto 2 dan 3 di bawah menunjukkan keadaan pembelajaran Sains 4I semasa aktiviti hands-on dan minds-on dijalankan.

Gambar foto 2. Peserta-peserta kajian melibatkan diri dalam aktiviti membina litar.

Gambar foto 3: Peserta-peserta kajian menunjukkan hasil masing-masing

dengan gembira.

Berdasarkan gambar-gambar foto di atas, gambar foto 2 telah menunjukkan bahawa keempat-empat peserta melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan dengan aktif dan gembira jika berbanding dengan sebelum tindakan diambil. Dengan ini, jelas kelihatan dalam gambar foto 2 bahawa peserta-peserta menunjukkan senyuman yang gembira semasa menjalankan aktiviti dan mereka jugamelibatkan diridengan aktif dalam aktiviti tersebut dan menjalankannya dengan

Page 243: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 217-231

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

227

bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan yang dikemukakan. Manakala gambar foto 3 menunjukkan peserta-peserta kajian menunjukkan hasil masing-masing dengan gembira selepas menjalankan aktiviti pembelajaran. Hal-hal ini telah menunjukkan bahawa keempat-empat orang peserta kajian telah ditingkatkan dengan adanya aktiviti hands-on dan minds-ondalam proses PdP Sains.

Analisis data soal selidik juga dilakukan untuk mengumpul data kajian ini. Jadual 7 menunjukkan perbandingan peratusan dan bilangan peserta kajian memilih “Ya” sebelum dan selepas tindakan diambil bagi item 1, 2, 3, 8 dan 9 dalam soal selidik

Jadual 7 Perbandingan peratusan dan bilangan peserta kajian memilih “Ya” sebelum dan selepas tindakan diambil bagi item 1, 2, 3, 8 dan 9 dalam soal selidik

Bil. Item

Peratusan dan bilangan peserta

kajian memilih “Ya”

Sebelum Selepas

1 Saya berasa seronok untuk mempelajari topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah

0 (0%)

4 (100%)

2 Saya berminat terhadap pembelajaran topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah

0 (0%)

4 (100%)

3 Saya suka menjalankan aktiviti hands-on dan minds-on. 0 (0%)

4 (100%)

8 Saya harap guru akan melakukan lagi aktiviti hands-on dan minds-on.

0 (0%)

4 (100%)

9 Saya berminat belajar subjek Sains 0 (0%)

4 (100%)

Berdasarkan analisis borang maklum balas pada Jadual 7, semua peserta kajian (100%) telah memberi respon yang positif terhadap item ini. Dengan ini, jelas kelihatan bahawa keempat-empat peserta kajian ini telah dapat meningkatkan minat dalam PdP topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah dengan menggunakan aktiviti hands-on dan minds-on. Dapatan ini juga disokong oleh respon peserta-peserta kajian dalam temu bual yang telah dijalankan. Rajah 4 dan 5 menunjukkan sedutan transkrip temu bual dengan empat orang peserta kajian sebelum dan selepas penggunaan aktiviti hands-on dan minds-on (I). Sebelum penggunaan aktiviti hands-on dan minds-on

Guru Peserta 1 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4

: : : : :

Apakah perasaan kamu terhadap pembelajaran Sains hari ini? Macam biasa Bosan bosan biasa je, cikgu

Guru Peserta 1 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4

: : : :

Adakah kamu seronok dalam proses PdP hari ini? Ok Sikit Tidak Tidak

Rajah 4. Sedutan transkrip temu bual dengan empat orang peserta kajian sebelum penggunaan aktiviti hands-on dan minds-on (I)

Page 244: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 217-231

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

228

Selepas penggunaan aktiviti hands-on dan minds-on

Guru Peserta 1 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4

: : : : :

Apakah perasaan kamu terhadap pembelajaran Sains hari ini? Sangat gembira Gembira Gembira Sangat gembira

Guru Peserta 1 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4

: : : : :

Adakah kamu seronok menjalankan aktiviti hands-on dan minds-on? Ya Ya Ya Ya, sebab boleh jalankan aktiviti

Rajah 5.Sedutan transkrip temu bual dengan empat orang peserta kajian selepas penggunaan aktiviti hands-on dan minds-on (I)

Sebelum tindakan diambil, saya telah menjalankan temu bual dengan empat orang peserta kajian ini. saya telah mendapati bahawa keempat-empat peserta kajian ini adalah kurang berminat dengan proses PdP yang dijalankan melalui temu bual mereka. Dalam temu bual tersebut, mereka menyatakan bahawa perasaan mereka hanya macam biasa dan berasa bosan sahaja terhadap proses PdP yang dijalankan. Akan tetapi keempat-empat peserta kajian berasa seronok dan gembira terhadap aktiviti hands-on dan minds-on yang dijalankan dalam proses PdP. Dengan ini, saya mendapati bahawa minat bagi keempat-empat orang peserta kajian ini telah ditingkatkan dalam topik pembelajaran Kemahiran Mengawal Pembolehubah selepas penggunaan hands-on dan minds-on.

ii. Bagaimanakah kaedah hands-on dan minds-on dapat meningkatkan pencapaian empat orang murid Tahun Empat dalam pembelajaran topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah?

Daripada analisis data soal selidik, saya telah menghasilkan jadual untuk membandingkan perubahan peserta-peserta kajian dari aspek pencapaian mata pelajaran Sains. Jadual 8 menunjukkan peratusan dan bilangan peserta kajian memilih “Ya” sebelum dan selepas tindakan diambil bagi item 4, 5, 6 dan 7 dalam soal selidik.

Jadual 8 Perbandingan peratusan dan bilangan peserta kajian memilih “Ya” sebelum dan selepas tindakan diambil bagi item 4, 5, 6 dan 7 dalam soal selidik

Bil. Item

Peratusan dan bilangan peserta kajian memilih “Ya”

Sebelum Selepas

4 Aktiviti hands-on dan minds-on membantu saya lebih memahami topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah

0 (0%)

3 (75%)

5 Saya dapat mengenal pasti pembolehubah dengan mudah. 0 (0%)

4 (100%)

6 Saya dapat menyatakan hubungan antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas.

0 (0%)

3 (75%)

7 Saya dapat menjawab soalan ujian dengan berkeyakinan diri 0 (0%)

4 (100%)

Berdasarkan analisis borang maklum balas pada Jadual 8, keempat-empat peserta kajian (100%) menyatakan bahawa aktiviti hands-on dan minds-on dapat

Page 245: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 217-231

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

229

membantu mereka untuk lebih memahami topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah, dapat mengenal pasti pembolehubah dengan mudah dan dapat menjawab soalan ujian dengan berkeyakinan diri. Manakala terdapat tiga orang daripada empat peserta kajian (75%) telah memberi respon positif terhadap item 6, iaitu saya dapat menyatakan hubungan antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Selain itu, temu bual telah dijalankan untuk mengukuhkan analisis data soal selidik. Rajah 6 dan 7 menunjukkan sedutan transkrip temu bual dengan empat orang peserta kajian sebelum dan selepas penggunaan aktiviti hands-on dan minds-on (II). Rajah 6 menunjukkan keempat-empat peserta kajian langsung tidak memahami topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah dan berasa tidak berkeyakinan diri untuk menyelesaikan soalan-soalan yang berkaitan dengan topik tersebut sebelum tindakan diambil. Akan tetapi selepas aktiviti hands-on dan minds-on dijalankan, peserta 1 dan 4 telah dapat mengenal pasti terdapat tiga jenis pembolehubah dalam temu bual yang dijalankan manakala peserta 2 dan 3 dapat menyatakan tiga jenis pembolehubah dalam topik tersebut. Ini menunjukkan bahawa pemahaman keempat-empat orang peserta kajian ini telah meningkatkan dan mereka kini lebih berkeyakinan diri untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan topik ini selepas tindakan diambil.

Sebelum penggunaan aktiviti hands-on dan minds-on

Guru Peserta1 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4

: : : : :

Bagaimanakah kamu faham terhadap pembelajaran topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah? Tak tau Tak tau, cikgu Tak tau Tak tau

Guru Peserta1 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4

: : : :

Sekiranya soalan yang berkaitan dengan kemahiran mengawal pembolehubah dikemukakan dalam lembaran kerja lain atau ujian, adakah kamu dapat melakukannya? Tidak Tidak Tidak Tidak

Rajah 6. Sedutan transkrip temu bual dengan empat orang peserta kajian sebelum penggunaan aktiviti hands-on dan minds-on (II)

Selepas penggunaan aktiviti hands-on dan minds-on

Guru Peserta1 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4

: : : : :

Bagaimanakah kamu faham terhadap pembelajaran topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah? Ada tiga jenis Tiga jenis pembolehubah, iaitu apa yang sama apa yang tak sama, apa yang berlaku Apa yang tak sama, apa yang sama dan apa yang diperhatikan Tiga pembolehubah

Guru Peserta1 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4

: : : :

Sekiranya soalan yang berkaitan dengan kemahiran mengawal pembolehubah dikemukakan dalam lembaran kerja lain atau ujian, adakah kamu dapat melakukannya? Saya rasa boleh Boleh Boleh kut Mungkin boleh

Rajah 7. Sedutan transkrip temu bual dengan empat orang peserta kajian selepas penggunaan aktiviti hands-on dan minds-on (II)

Page 246: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 217-231

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

230

Data-data daripada temu bual dan soal selidik ini juga disokong dengan keputusan Ujian Diagnostik dan Ujian Kesan Kajian Tindakan bagi keempat-empat peserta kajian. Jadual 9 menunjukkanperbandingan Keputusan Ujian Diagnostik dan Ujian Kesan Kajian Tindakan bagi keempat-empat peserta kajian. Sebelum tindakan diambil, keempat-empat peserta kajian langsung tidak dapat menjawab soalan-soalan dalam ujian diagnostik dan semua peserta kajian ini mendapat 0(0%) markah daripada 6(100%) markah. Selepas penggunaan aktiviti hands-on dan minds-on, peserta 1, 2 dan 3 telah dapat menjawab semua soalan ujian tersebut dan mendapat 100% markah manakala peserta 4 juga telah mendapat 83.33% dalam ujian kesan kajian tindakan. Ini jelas menunjukkan keempat-empat orang peserta kajian ini telah meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran topik Kemahiran Mengawal Pembolehubah melalui penggunaan aktiviti hands-on dan minds-on. Jadual 9 Perbandingan Keputusan Ujian Diagnostik dan Ujian Kesan Kajian Tindakan bagi keempat-empat peserta kajian

Peserta Kajian

Bilangan soalan yang betul dan Peratusan (%) Peningkatan markah (%) Ujian Diagnostik

Ujian Kesan Kajian Tindakan

1 0

(0%) 6

(100%) 6

(100%)

2 0

(0%) 6

(100%) 6

(100%)

3 0

(0%) 6

(100%) 6

(100%)

4 0

(0%) 5

(83.33%) 5

(83.33%)

Secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa penggunaan kaedah hands-on dan minds-on dapat meningkatkan minat dan pencapaian murid-murid Tahun Empat dalam pembelajaran Sains. Ini adalah selaras dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Rizki(2010) yang menunjukkan siswa lebih tertarik menggunakan model pembelajaran yang berasas hands-minds on activity untuk meningkatkan pemikiran mereka. Refleksi Penilaian Tindakan Kaedah hands-on dan minds-on dapat meningkatkan minat dan pencapaian murid-murid Tahun Empat dalam proses PdP Sains. Melalui kajian tindakan ini, saya dapat belajar untuk menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan di samping meningkatkan kualiti proses PdP Sains. Secara tidak langsung, pencapaian dalam mata pelajaran Sains di sekolah tersebut dapat ditingkatkan dengan menjalankan kajian tindakan ini. Refleksi Pembelajaran Kendiri Saya sebagai seorang penyelidik kajian mengamalkan etika penyelidikan sepanjang pelaksanaan kajian tindakan ini dan memberi kebebasan kepada murid untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam ujian yang dijalankan. Selain itu, saya juga menyedari bahawa kepentingan kajian tindakan ini dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dengan menggunakan cara yang terancang dan sistematik, tetapi juga dapat meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran saya. Sebagai seorang penyelidik pula, nilai bekerjasama dan

Page 247: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 217-231

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

231

kemahiran interpersonal adalah amat penting dan perlu sentiasa diaplikasikan dengan semua pihak sekolah supaya dapat menjalankan kajian tindakan saya dengan lancar dan berjaya. Cadangan Kajian Lanjutan Sebagai cadangan penambahbaikan, saya boleh merancang aktiviti hands-on dan minds-on untuk diaplikasikan dalam topik-topik Sains yang lain agar kesan penggunaan kaedah ini juga dapat dilihat dalam topik pembelajaran Sains lain. Selain itu, saya ingin melanjutkan kajian untuk menggunakan peta i-think dalam aktiviti minds-on bagi meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid selain daripada meningkatkan minat dan pencapaian murid-murid dalam pembelajaran Sains. Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kaedah dilakukan mengikut tahap kebolehan dan kesesuaian murid-murid sekolah.

Rujukan

Abdul Halim Tamuri dan Mohamad Khairul Azman Ajuhary. (2010). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu’allim. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(1), 43-56. Didapatkan daripada core.kmi.open.ac.uk/download/pdf/11489996.pdf

Aminudin, M. (2013, Mei 16). Tanggungjawab Guru Era Globalisasi. Sinar Harian. Didapatkan daripada http://www.sinarharian.com.my/tanggungjawab-guru-era-globalisasi-1.160681

Chai, J. Y. (2012). Kesan Penggunaan Kaedah hands-on Dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun 3. Kuching: Institut Pendidikan Guru Batu Lintang.

Jetta, G., Kellen, P. dan Allison, R. (2010). An Evaluation of the Effectiveness of Science Field Trips and Hands-On Classroom Activities at the Maria Mitchell Association, Nantucket, MA. Didapatkan daripada http://www.wpi.edu/Pubs/E-project/Available/E-project-121510202420/unre stricted/MMA_Final_Report.pdf

Nurzatulshima Kamarudin dan Lilia Halim. (2012). Konsep Pengurusan Alatan Dan Bahan Untuk Pembelajaran Sains Di Makmal. Jurnal Teknologi, 60(2013), 65-70. Didapatkan daripada http://www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/ jurnalteknologi/article/view/1449/1152

Marianne B. B. dan Kathleen R. F. (1999). Inquiring Into Three Approaches To Hands-On Learning In Elementary And School Science Methods Courses. Electronic Journal Of Science, 4(2), 18-33. Didapatkan daripada http://ejse.southwestern.edu/article/view/7625/5392

Resource Area For Teaching. (2013, Februari). Didapatkan Februari 28, 2014, daripada Resource Area For Teaching: http://www.raft.net/public/pdfs/case-for-hands-on-learning.pdf

Rizki, A. S. (2010). Implementasi Model Pembelajaran Berbasis Hands-On Activity Untuk Meningkatkan Keterampilan Berpikir Rasional Siswa. Program studi Pendidikan Fisika Fakultas Sains Dan Teknologi Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta. Didapatkan daripada http://digilib.uin-suka.ac.id/4269/1/BAB%20I,%20V,%20DAFTAR%20PUSTAKA.pdf

Page 248: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 232-247

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

232

KEBERKESANAN KAEDAH MODEL TERHADAP AMALAN, MINAT DAN PENCAPAIAN MURID TAHUN EMPAT DALAM SAINS DI KUCHING

Chang Tun Kuet

[email protected]

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji sejauh manakah penggunaan kaedah model dapat meningkatkan amalan pengajaran guru, minat dan pencapaian murid Tahun Empat dalam Tajuk “Proses Hidup Manusia”. Peserta kajian terdiri daripada enam orang murid Tahun Empat di salah sebuah sekolah kebangsaan di sekitar bandar raya Kuching. Kaedah nota lapangan, soal selidik, temu bual, pemerhatian, senarai semak, ujian, hasil karja murid dan lembaran kerja murid telah digunakan untuk mengumpul data tentang kajian tindakan ini. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis statistik deskriptif. Triangulasi penyelidik, masa, dan kaedah telah digunakan untuk menyemak data yang telah dikumpul. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah model didapati berjaya untuk meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam tajuk tersebut, di samping amalan pengajaran kendiri saya juga telah ditingkatkan. Pada masa yang akan datang, saya ingin mengkaji kesan penggunaan kaedah model ke atas tajuk-tajuk Sains yang lain.

Kata kunci: Penggunaan kaedah model, murid Tahun Empat, amalan, minat dan pencapaian, “Proses Hidup Manusia”

Abstract

The research was conducted to investigate to what extent the use of model in enhancing the teaching practices of a teacher, as well as interest and performance of Year Four pupils in the topic “Human Life Processes”. The research involved six Year Four pupils from a primary school in Kuching. Data were collected through field notes, questionnaires, observation, interviews, check lists, short tests, pupils’ works, and pupils’ worksheets. The data was then analyzed using content analysis and descriptive quantitative analysis. Triangulation of researcher’s, time and methods were used in checking data. The findings showed that the use of model successfully increased the teaching practices, interest and performance of Year Four pupils in this topic. The use of model can be expanded to other science topics since it can bring positive results to the pupils.

Keywords: Uses of model, Year Four pupils, teaching practices, interest and performance, “Human Life Processes”

Page 249: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 232-247

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

233

Pengenalan Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Lepas

Saya telah menjalani tiga kali fasa praktikum di sekitar bandar raya Kuching.

Menariknya, pada setiap kali fasa praktikum, saya mesti diamanahkan untuk mengajar kelas “hujung” atau kelas bercampur. Sesungguhnya saya tidak pernah mengajar kelas yang dikatakan pandai atau elit. Oleh itu, saya perlu sentiasa memikirkan cara bagaimana untuk membantu murid-murid yang lemah, khususnya mereka yang lemah dalam mata pelajaran Sains.

Pada fasa praktikum pertama, saya telah mencuba mengajar dengan

menggunakan kaedah peta minda kerana bagi saya, peta minda menarik dan senang diingati. Akan tetapi, apabila saya mengaplikasikannya, saya mengalami kegagalan kerana murid tidak tahu mengapa mereka perlu menghasilkan peta minda, di samping mereka tidak tahu apa yang harus diisi oleh mereka. Ketika itu, saya sedar bahawa pengetahuan hanya dapat dibina berdasarkan pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid (Brooks & Brooks, 1993, seperti dinyatakan dalam Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Pada fasa praktikum kedua pula, saya telah mencuba mengajar dengan

menggunakan kaedah power point kerana sesungguhnya, murid suka akan benda yang berinteraktif dan beranimasi. Akan tetapi, apabila saya mengaplikasikannya, saya tetap mengalami kegagalan kerana sepanjang pengajaran menggunakan power point, didapati bahawa murid akan menjadi semakin pasif di samping pengajaran saya akan menjadi semakin berpusatkan guru. Selepas insiden ini, saya sedar bahawa murid harus menjalankan aktiviti sendiri untuk mendapatkan ilmu pengetahuan (Laury & Rillero, 1994).

Pada fasa praktikum ketiga yang lepas, saya telah diamanahkan untuk

mengajarkan unit “Proses Hidup Manusia” Sains Tahun Empat. Ketika itu, saya sentiasa memikirkan kaedah apa yang paling sesuai digunakan untuk mengajarkan unit ini. Berdasarkan pengalaman lepas, saya sedar bahawa kaedah PdP ini haruslah selaras dengan Teori Konstruktivisme, Pendekatan Hands-on dan Minds-on. Setelah mengambil kira aspek pedagogi pendidikan dan menganalisis latar belakang murid, maka saya telah mengambil keputusan untuk mencuba kaedah model dalam mengajarkan unit ini.

Isu Keprihatinan

Saya benar-benar ingin membantu murid-murid saya untuk meningkatkan

minat dan pencapaian mereka dalam Sains, di samping meningkatkan amalan pengajaran kendiri saya. Oleh itu, saya telah menfokuskan kajian saya terhadap tiga isu keprihatinan tersebut, iaitu amalan pengajaran kendiri saya, minat dan pencapaian murid. Sehubungan dengan itu, saya telah menjalankan beberapa aktiviti tinjauan awal untuk menunjukkan bahawa isu-isu tersebut benar-benar wujud dalam konteks kajian saya. Jadual 1 menunjukkan cara-cara yang telah digunakan untuk meninjau setiap satu isu keprihatinan.

Page 250: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 232-247

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

234

Jadual 1 Isu Keprihatinan dan Cara Mengumpul Maklumat Tinjauan Awal

Bil. Isu Keprihatinan Cara Mengumpul Maklumat Tinjauan Awal

1. Amalan Pengajaran Kendiri

(i) Pemerhatian (Nota Lapangan PdP)

(ii) Temu Bual (Dengan guru)

(iii) Soal Selidik (Terhadap Murid)

2. Minat Murid

(i) Pemerhatian (Mengambil Gambar)

(ii) Pemerhatian (Senarai Semak)

(iii) Soal Selidik (Terhadap Murid)

3. Pencapaian Murid

(i) Analisis Rekod Pencapaian Peperiksaan Murid

(ii) Ujian Diagnostik

Berdasarkan Jadual 1, dapat diperhatikan bahawa tinjauan awal bagi setiap isu

keprihatinan yang ingin dikaji telah dikumpul data dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua jenis instrumen pengumpulan data yang berbeza.

Saya telah menggunakan tiga jenis kaedah untuk meninjau isu amalan

pengajaran kendiri saya, iaitu kaedah nota lapangan PdP, perbincangan dan soal selidik. Rajah 1 menunjukkan hasil dapatan tinjauan awal berdasarkan kaedah-kaedah yang telah digunakan semasa meninjau isu amalan pengajaran kendiri saya.

Rajah 1. Dapatan Tinjauan Awal Mengenai Isu Amalan Pengajaran Kendiri

Berdasarkan Rajah 1, catatan nota lapangan yang dihasilkan oleh rakan

sepraktikum saya telah menunjukkan bahawa masih terdapat banyak amalan guru tidak baik yang dapat diperhatikan sepanjang PdP. Ketika berbincang dengan guru pembimbing dan pensyarah penyelia pula, mereka sekadar memberikan penilaian sederhana terhadap pengajaran saya dan mengesyorkan agar memperbanyak penggunaan alat bantu mengajar semasa mengajar. Malah, dapatan daripada soal selidik turut menunjukkan bahawa murid-murid sekadar memberikan penilaian sederhana terhadap pengajaran saya. Oleh itu, saya sedar bahawa amalan pengajaran saya adalah lemah dan masih boleh ditingkatkan lagi.

Sementara itu, saya juga telah meninjau isu minat murid menerusi kaedah senarai semak dan pemerhatian. Rajah 2 menunjukkan hasil dapatan tinjauan awal

Page 251: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 232-247

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

235

berdasarkan kaedah-kaedah yang digunakan semasa meninjau isu minat murid terhadap Sains.

Rajah 2. Dapatan Tinjauan Awal Mengenai Minat Murid dalam Sains

Berdasarkan dapatan senarai semak seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2,

didapati bahawa daripada seluruh kelas, hanya enam orang murid sahaja yang menunjukkan minat mereka terhadap Sains, sementara murid-murid yang selebihnya (16 orang murid) langsung tidak berminat terhadap Sains. Apabila saya meneliti perlakuan mereka, didapati bahawa mereka akan melakukan perkara-perkara lain semasa PdP dijalankan, seperti bercakap, menconteng, membuat rantai manik, atau berbaring begitu sahaja. Semua ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak mempunyai minat yang tinggi dalam mata pelajaran Sains.

Dari segi pencapaian murid pula, saya telah menganalisis peperiksaan Sains

mereka yang lepas dan juga telah menjalankan ujian diagnostik. Rajah 3 menunjukkan analisis keputusan Sains bagi Peperiksaan Pertengahan Semester I Tahun 2014 dan Ujian diagostik yang telah saya tabdirkan bagi subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”.

Rajah 3. Dapatan Tinjauan Awal Mengenai Prestasi Pencapaian Murid dalam Sains Berdasarkan Rajah 3, didapati bahawa tiada murid yang berjaya mendapat

markah bergred A, iaitu antara 80% - 100% dalam kedua-dua ujian. Sememangnya

Page 252: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 232-247

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

236

terdapat segolongan murid yang sering gagal atau sekadar lulus dalam ujian mereka sahaja. Malah, terdapat 6 orang murid yang telah gagal dalam ujian diagostik yang telah saya jalankan. Situasi ini menunjukkan bahawa sememangnya pencapaian sesetengah murid adalah amat lemah dan memerlukan bantuan saya.

Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan amalan pengajaran kendiri saya, minat dan prestasi pencapaian murid dalam subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia” dengan menggunakan kaedah model. Soalan Kajian

Secara spesifiknya, kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian seperti berikut:

1. Sejauh manakah kaedah model dapat membantu meningkatkan amalan pengajaran profesional saya dalam subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?

2. Bagaimanakah kaedah model dapat membantu meningkatkan minat murid-murid terhadap Sains dalam subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?

3. Sejauh manakah kaedah model dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid dalam Sains bagi subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?

Tinjauan Literatur Kajian

Menurut Steinmuller (1993) menerusi Kuhne (2005), model merupakan satu bahan yang mengandungi maklumat tentang sesuatu dan dicipta untuk matlamat atau tujuan tertentu.Bahagian Pendidikan Guru (1998) pula mendefinisikan model sebagai binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah. Jadi, model merupakan salah satu jenis contoh bahan simulasi (Poh, 1998). Dari perspektif yang lain, Gilbert (2000) menerusi Ornek (2008) mentakrifkan model sebagai pewakilan sesuatu fenomena, objek ataupun idea. Sesungguhnya takrif ini adalah selaras dengan Blumschein, Hung, Jonassen, dan Strobel (2009) yang mengatakan bahawa model merupakan sesuatu yang konkrit, boleh ditunjukkan untuk tujuan pemahaman dan pewakilan untuk objek atau fenomena yang kabur atau abstraks.

Perancangan dan Pelaksanaan Kajian Perancangan Kajian

Unit yang difokuskan dalam kajian saya ialah “Proses Hidup Manusia” daripada sukatan pelajaran Sains Tahun 4. Memandangkan unit ini meliputi 7 subunit kecil, maka saya menfokuskan kajian saya kepada 2 subunit kecil sahaja, iaitu “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”. Rasional saya memilih dua subunit ini adalah berdasarkan kajian tokoh Sains yang lepas.

Page 253: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 232-247

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

237

Untuk subunit “Sistem Pernafasan Manusia”, kajian Kuebler, Mertens, dan Pries (2007) menunjukkan bahawa murid biasanya tidak dapat memberitahu atau memahami mekanisme pernafasan yang melibatkan peparu, diafragma, dan dinding tulang rusuk apabila mereka mempelajari topik ini. Sesungguhnya mekanisme pernafasan manusia ialah sesuatu topik yang sukar dipelajari oleh murid-murid dan juga sukar diajar oleh guru itu sendiri (Anderson et al., 2009). Untuk subunit “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia” pula, kajian Soyibo (1995) menerusi Yan (1998) mendapati bahawa murid akan mengalami kekeliruan mengenal pasti organ-organ perkumuhan dan perbezaan antara perkumuhan dengan penyahtinjaan. Kajian juga menunjukkan bahawa sistem-sistem dalaman manusia, seperti sistem perkumuhan manusia ialah sesuatu topik yang sukar disampaikan oleh guru dan dipelajari oleh murid (Bahar, Johnstone, & Hansell, 1999, seperti dinyatakan dalam Henno & Reiska, 2008).

Dengan itu, saya telah mengaplikasikan kaedah model terhadap peserta

kajian semasa PdP dijalankan berasaskan model Lima Fasa Needham, terutamanya pada langkah penstrukturan semula idea dan aplikasi idea. Fokus telah diberikan kepada proses murid menghasilkan model semasa PdP, iaitu model peparu manusia bagi subunit “Sistem Pernafasan Manusia” dan model organ-organ perkumuhan manusia bagi subunit “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”.

Pelaksanaan Kajian

Merujuk kepada Model Kemmis & McTaggart (1988), saya telah melaksanakan PdP kajian dengan kaedah model untuk mengajarkan subnit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”. Jadual 2 menunjukkan jadual pelaksanaan saya sepanjang kajian penyelidikan tindakan ini dijalankan. Jadual 2 Jadual Pelaksanaan Kajian Penyelidikan Tindakan

Bil. Rancangan dan Pelaksanaan Tindakan Tarikh

1. Melaksanakan 2 sesi PdP “Sistem Pernafasan Manusia” dan “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia” secara chalk and talk.

31 Mac 2014 01 April 2014

2. Menjalankan ujian diagnostik kepada seluruh kelas.

02 April 2014

3. Mengenal pasti murid yang berminat rendah terhadap Sains dan lemah berdasarkan keputusan ujian sains dan diagnostik.

03 April 2014

4. Mengadakan perjumpaan dengan peserta kajian, memberitahu tujuan penyelidikan tindakan, mendapatkan kebenaran peserta, dan menjalankan soal selidik terhadap peserta kajian.

04 April 2014

5. Pelaksanaan 4 sesi PdP kajian mengenai subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”dengan menggunakan kaedah model.

07 April 2014 – 15 April 2014

6. Melaksanakan ujian dapatan kajian dengan peserta kajian.

21 April 2014

7. Melaksanakan temu bual dengan peserta-peserta kajian.

22 April 2014

8. Menjalankan soal selidik selepas kajian dengan peserta kajian.

24 April 2014

9. Pengumpulan dan penyusunan data dilakukan. 28 April 2014

Page 254: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 232-247

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

238

Merujuk kepada Jadual 2, didapati bahawa walaupun tempoh masa untuk sesi PdP kajian hanyalah mengambil masa kira-kira sebulan, tetapi sebenarnya tempoh masa untuk menyiapkan seluruh laporan kajian perlu mengambil masa mencecah sehingga 6 bulan.

Kaedah Kajian

Peserta Kajian

Kajian ini melibatkan saya sendiri sebagai penyelidik dan juga 6 orang peserta kajian. Jadual 3 menunjukkan maklumat asas mengenai peserta-peserta kajian. Jadual 3 Senarai Peserta bagi Kajian Penyelidikan Tindakan

Bil. Nama Jantina Markah Ujian Pertengahan

Semester I 2014

Markah Ujian diagnostik unit “Sistem Hidup

Manusia”

Minat Terhadap PdP Sains

1. Murid A Perempuan 58 / C 36 / D Rendah 2. Murid B Perempuan 54 / C 32 / D Rendah 3. Murid C Lelaki 46 / C 24 / D Rendah 4. Murid D Lelaki 56 / C 34 / D Rendah 5. Murid E Lelaki 46 / C 24 / D Rendah 6. Murid F Lelaki 56/ C 34 / D Rendah

Merujuk kepada Jadual 3, boleh diperhatikan bahawa setiap peserta kajian

telah gagal dalam ujian diagnostik mereka, di samping berpencapaian rendah dalam peperiksaan Sains yang lepas. Selain itu, pemilihan peserta kajian juga disebabkan kesemua peserta kajian menunjukkan minat yang amat rendah terhadap pembelajaran Sains.

Etika Penyelidikan

Saya sentiasa memastikan bahawa saya sentiasa mematuhi etika penyelidikan sepanjang masa. Saya telah mendapatkan kebenaran daripada guru besar untuk menjalankan penyelidikan tindakan di sekolah tersebut. Sebelum memulakan sesi PdP kajian dengan para peserta, saya juga telah mendapatkan kebenaran daripada murid-murid serta ibu bapa mereka untuk melibatkan diri dalam kajian saya. Mereka dikehendaki untuk menandatangani surat kebenaran sebagai tanda persetujuan menerima tawaran dan sebagai peserta kajian saya. Untuk menjaga kerahsiaan dan anomiti identiti peserta kajian, saya telah menggunakan nama samaran semasa melaporkan dapatan kajian dan mengkaburkan atau menghitamkan mata peserta kajian sekiranya gambar mereka disiarkan dalam laporan kajian saya. Kaedah Pengumpulan dan Penganalisisan Data

Sepanjang kajian ini, saya telah menggunakan pelbagai cara untuk mengumpul dan menganalisis data. Jadual 4 menunjukkan cara-cara bagaimana saya mengumpul dan menganalisis data berdasarkan isu keprihatinan dalam konteks kajian saya.

Page 255: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 232-247

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

239

Jadual 4 Cara-cara Menganalisis Data Kajian Mengikut Aspek Kajian

Bil. Aspek Cara Mengumpul Data Kajian Cara Menganalisis Data Kajian

1. Amalan Pengajaran Kendiri

(i) Nota Lapangan Kualitatif (Analisis Kandungan) (ii) Soal Selidik Murid Kuantitatif (Min) (iii) Temu Bual Murid

Kualitatif (Analisis Kandungan)

2. Minat Murid (i) Nota Lapangan Kualitatif (Analisis Kandungan)

(ii) Fotografi dan video Kualitatif (Analisis Kandungan)

(iii) Senarai Semak Kuantitatif (Min)

(iv) Soal Selidik Murid Kuantitatif (Min)

(v) Temu Bual Murid

Kualitatif (Analisis Kandungan)

3. Pencapaian Murid

(i) Ujian Dapatan Kajian Kuantitatif (Skor Ujian)

(ii) Hasil Kerja Murid Kualitatif (Analisis Kandungan)

(iii) Lembaran Kerja Murid

Kuantitatif (Skor Ujian)

Merujuk kepada Jadual 4, saya telah menggunakan pelbagai jenis instrumen

untuk mengumpul data. Semua data yang dikumpul akan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif untuk menghasilkan dapatan kajian. Kaedah Penyemakan Data

Triangulasi Kaedah. Saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data sepanjang pelaksanaan kajian ini. Keputusan data yang selaras menunjukkan kesahan dan kepercayaan data kajian saya yang tinggi.

Triangulasi Masa. Saya telah mentadbir ujian diagnostik ketika saya

menjalankan tinjauan awal dan hanya menjalankan ujian dapatan kajian selepas tempoh dua minggu, iaitu apabila kesemua sesi PdP kajian disempurnakan. Maka tempoh masa di antara ujian diagnostik dan ujian dapatan kajian adalah cukup lama dan ini menjamin masalah murid masih mengingati jawapan yang betul tidak wujud.

Triangulasi Penyelidik. Saya telah bekerjasama dan berkolaborasi dengan

pelbagai pihak, termasuklah guru pembimbing, pensyarah peyelia, rakan guru pelatih sepraktikum saya serta para peserta kajian sepanjang mengumpul dan menyemak data bagi memastikan bahawa semua data dan maklumat yang telah saya peroleh adalah sahih kebenarannya.

Refleksi 1. Sejauh manakah kaedah model dapat membantu meningkatkan amalan pengajaran profesional saya dalam subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?

Untuk menjawab persoalan ini, saya telah menggunakan tiga jenis instrumen untuk mengumpul data, iaitu instrumen nota lapangan PdP, soal selidik dan temu bual untuk mengumpul data. Rajah 4 menunjukkan grid analisis nota lapangan PdP sebelum dan semasa kajian dijalankan.

Page 256: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 232-247

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

240

Rajah 4. Grid Analisis Nota Lapangan Sebelum dan Semasa Kajian dijalankan

Berdasarkan Rajah 4, ternyata bahawa terdapat berlakunya perubahan positif

yang amat ketara sepanjang saya mengamalkan pengajaran dengan kaedah model. Sebelum kajian dijalankan, hanya 5 amalan pengajaran guru yang baik sahaja dapat diperhatikan. Akan tetapi, semasa PdP kajian dijalankan dengan kaedah model, sebanyak 16 amalan pengajaran guru yang baik dapat diperhatikan. Peningkatan ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah model berupaya untuk membaiki dan meningkatkan amalan pengajaran kendiri saya.

Selain itu, hasil dapatan daripada soal selidik juga menunjukkan bahawa amalan

pengajaran kendiri saya dapat ditingkatkan semasa saya mengajar dengan menggunakan kaedah model. Jadual 5 menunjukkan perbandingan min bagi pernyataan 1-5 dalam soal selidik sebelum dan selepas kajian ini dijalankan. Jadual 5 Perbandingan Min bagi Penyataan 1-5 Soal Selidik Sebelum dan Selepas Kajian

Bil. Pernyataan Purata Skala (Min) Perbezaan

(Min) Sebelum Kajian Selepas Kajian

1. Saya sentiasa dapat mengikuti isi pelajaran yang diajar oleh guru.

2.00 4.67 + 2.67

2. Saya sentiasa faham isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

1.83 4.50 + 2.67

3. Tugasan-tugasan kerja dapat saya siapkan dengan mudah.

1.67 4.00 + 2.33

4. Cara guru menyampaikan kandungan amat menarik dan menyeronokkan.

1.67 4.83 + 3.16

5. Saya amat suka guru Sains saya.

3.00 5.00 + 2.00

Berdasarkan Jadual 5, semua peserta bersetuju bahawa semasa belajar

dengan kaedah model, mereka dapat mengikuti dan memahami apa yang diajar, dapat menyiapkan kerja dengan mudah di samping cara pengajaran saya menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa

Page 257: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 232-247

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

241

penggunaan kaedah model berupaya untuk meningkatkan amalan pengajaran kendiri saya.

Malah, menerusi dapatan temu bual dengan peserta selepas kajian dijalankan, saya dapat mengenal pasti aspek-aspek amalan pengajaran yang telah saya baiki dan tingkatkan. Rajah 5 menunjukkan grid analisis temu bual dengan peserta kajian mengenai kajian penyelidikan tindakan ini.

Rajah 5. Grid Analisis Temu Bual dengan Peserta Kajian Selepas Kajian Dijalankan

Berdasarkan Rajah 5, murid-murid berpendapat bahawa pengajaran saya telah bertambah baik daripada pelbagai aspek semasa saya mengajar menggunakan kaedah model. Antaranya termasuklah kaedah PdP, kemahiran pengajaran, malah personaliti diri saya. Tuntasnya, semua dapatan kajian daripada instrumen yang berbeza telah menunjukkan bahawa penggunaan kaedah model mampu membantu meningkatkan amalan pengajaran profesional saya. 2. Bagaimanakah kaedah model dapat membantu meningkatkan minat murid-murid terhadap Sains dalam subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?

Untuk menjawab persoalan ini, saya telah mengumpul data menerusi lima cara, iaitu senarai semak, soal selidik, nota lapangan, pemerhatian, dan temu bual. Pertama sekali, hasil dapatan senarai semak menunjukkan bahawa minat murid telah mengalami perubahan positif yang ketara pada awal dan akhir kajian. Jadual 6 menunjukkan min bagi setiap item senarai semak pada awal dan akhir kajian.

Jadual 6 Perbandingan Min bagi Setiap Item Senarai Semak Pada Awal dan Akhir Kajian

Bil. Item Senarai Semak Purata Min Skala Perbezaan

Min Awal Kajian Akhir Kajian

1. Murid menumpukan perhatian sepenuhnya.

1.92 4.50 + 2.58

2. Murid menunjukkan daya usaha untuk cuba menjawab soalan.

1.58 4.75 + 3.17

3. Murid menunjukkan semangat inkuiri dan minat yang tinggi.

1.92 4.58 + 2.66

4. Terdapat interaksi dua hala berlaku.

1.83 4.83 + 3.00

Page 258: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 232-247

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

242

Berdasarkan Jadual 6, didapati bahawa murid mula menunjukkan perubahan dalam tingkah laku dan berusaha melibatkan diri secara aktif semasa PdP. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa murid menjadi semakin berminat mengikuti sesi PdP dengan menggunakan kaedah model. Keputusan yang serupa juga diperoleh menerusi hasil dapatan soal selidik. Jadual 7 menunjukkan perbandingan min bagi pernyataan 6-8dalam soal selidik sebelum dan selepas kajian ini dijalankan. Jadual 7 Min bagi Penyataan 6-8 dalam Soal Selidik Sebelum dan Selepas Kajian Dijalankan

Bil. Pernyataan Purata Skala (Min) Perbezaan

(Min) Sebelum Kajian Selepas Kajian

6. Saya amat suka dan minat dalam mempelajari Sains.

2.16 4.50 + 2.34

7. Saya mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi setiap kali waktu Sains.

1.50 4.67 + 3.17

8. Saya sentiasa menunggu-nunggu ketibaan waktu Sains.

1.67 4.83 + 3.16

Merujuk kepada Jadual 7, didapati bahawa dengan berskalakan 5.00 sebagai

skala penuh, min bagi setiap pernyataan yang berkaitan dengan minat murid telah meningkat melebihi sekurang-kurangnya 2.00 markah. Dapatan ini menunjukkan penggunaan kaedah model dapat meningkatkan minat murid dalam Sains.

Selain itu, hasil dapatan nota lapangan PdP turut menunjukkan bahawa

kaedah model mampu meningkatkan minat murid dalam sains. Rajah 6 menunjukkan grid analisis nota lapangan PdP sebelum dan semasa kajian dijalankan.

Rajah 6. Grid Analisis Nota Lapangan Sebelum dan Semasa Kajian dijalankan

Merujuk kepada Rajah 6, sebelum kajian dijalankan, hanya 1 perlakuan murid

yang menunjukkan bahawa mereka berminat mengikuti PdP Sains. Akan tetapi, sepanjang kaedah model diamalkan, sebanyak 14 perlakuan telah ditunjukkan oleh murid, menunjukkan bahawa mereka begitu berminat mengikuti PdP Sains. Maka, dapatan ini menunjukkan bahawa minat murid terhadap Sains dapat ditingkatkan sekiranya kaedah model diaplikasikan berbanding dengan kaedah konvensional.

Page 259: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 232-247

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

243

Seterusnya, menerusi dapatan temu bual dengan peserta selepas kajian ini dijalankan, saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang bagaimana kaedah model dapat meningkatkan minat mereka terhadap Sains. Rajah 7 menunjukkan grid analisis temu bual dengan peserta selepas kajian ini dijalankan.

Rajah 7. Grid Analisis Temu Bual dengan Peserta Kajian Selepas Kajian Dijalankan

Berdasarkan Rajah 7, murid-murid berpendapat bahawa mereka mula

berminat terhadap Sains disebabkan oleh beberapa faktor, seperti perasaan dan emosi, pengurusan masa, penguasaan, kaedah PdP, interaksi kawan, dan faktor peribadi.

Malah, hasil dapatan pemerhatian juga dapat menjelaskan bagaimana minat

murid dapat ditingkatkan dengan semasa belajar dengan kaedah model. Rajah 8 menunjukkan gambar-gambar pemerhatian sepanjang PdP kajian ini dijalankan.

Rajah 8. Gambar-Gambar Sepanjang PdP Kajian Dijalankan

Berdasarkan Rajah 8, didapati bahawa semua peserta kajian begitu terhibur dan

seronok belajar dengan menggunakan kaedah model. Semua perasaan dan reaksi yang lahir secara zahir dan intrinsik ini menunjukkan bahawa minat murid terhadap Sains dapat dipupuk dan ditingkatkan dengan kaedah model. Pendek kata, menerusi pelbagai hasil dapatan yang diperoleh daripada instrumen yang berbeza, ternyata bahawa kaedah model mampu meningkatkan minat murid dalam Sains, dan ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti yang telah dibincangkan.

Page 260: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 232-247

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

244

3. Sejauh manakah kaedah model dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid dalam Sains bagi subunit “Sistem Pernafasan Manusia” serta “Perkumuhan dan Penyahtinjaan Manusia”?

Untuk menjawab persoalan ini, tiga jenis instrumen telah digunakan, iaitu ujian, penelitian hasil kerja dan lembaran kerja murid. Pertama sekali, dapatan daripada ujian menunjukkan bahawa pencapaian murid telah berjaya ditingkatkan menerusi penggunaan kaedah model. Rajah 9 menunjukkan markah ujian bagi setiap peserta dan perbandingan purata markah ujian sebelum dan selepas kajian dijalankan.

Rajah 9. Markah Ujian Diagnostik dan Ujian Dapatan Kajian Peserta Kajian

Merujuk kepada Rajah 9, semua peserta yang telah gagal dalam ujian diagnostik sebelum ini telah menunjukkan peningkatan markah yang amat ketara semasa ujian dapatan kajian dijalankan antara julat 40 hingga 52 markah. Purata markah ujian juga berjaya ditingkatkan daripada 30.67 markah kepada 78.00 markah. Semua data dalam ujian menunjukkan bahawa kaedah model berupaya untuk membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam Sains.

Selain itu, untuk analisis hasil kerja murid pula, semua peserta kajian telah

berjaya menyiapkan model mereka dengan baik sekali. Rajah 10 menunjukkan contoh-contoh hasil kerja model murid.

Rajah 10. Hasil Model Peparu Manusia dan Model Organ-Organ Perkumuhan

36 32

24

34

24

34 30.67

88 84

64

76 72

84 78.00

Markah Ujian Diagnostik dan Ujian Dapatan Kajian Peserta Kajian

Page 261: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 232-247

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

245

Merujuk kepada Rajah 10, didapati bahawa semua peserta berupaya untuk menghasilkan model dengan sempurna, melabelkan model mereka dengan tepat dan dapat menamakan setiap bahagian model dengan betul semasa pembentangan model dijalankan. Penguasaan peserta yang kukuh dan mantap terhadap pembinaan model menunjukkan bahawa mereka berupaya untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan subunit berkenaan dalam ujian kelak. Maka, prestasi pencapaian mereka juga akan meningkat.

Untuk kaedah penelitian lembaran kerja murid pula, saya telah menyemak

setiap lembaran kerja yang telah disiapkan oleh peserta pada setiap akhir sesi PdP kajian dan seterusnya menukarkan bilangan item yang dapat dijawab oleh murid dalam lembaran kerja tersebut kepada bentuk peratusan. Rajah 11 menunjukkan catatan perbandingan markah antara empat lembaran kerja yang diperoleh oleh setiap peserta kajian.

Rajah 11. Catatan Markah Empat Lembaran Kerja Setiap Peserta

Berdasarkan Rajah 11, setiap peserta telah menunjukkan kemajuan dan

peningkatan secara beransur maju daripada lembaran kerja yang pertama sehingga lembaran kerja yang keempat. Peningkatan secara beransur maju ini menunjukkan bahawa murid memahami kandungan pembelajaran dan berupaya untuk menguasai tajuk pembelajaran selepas mengikuti sesi PdP dengan kaedah model. Jadi, ini telah menunjukkan bahawa penggunaan kaedah model berupaya untuk membantu meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam pembelajaran Sains. Refleksi Penilaian Tindakan

Sepanjang kajian ini, saya sedar bahawa penggunaan kaedah model dalam PdP mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Dari segi kelebihan, sesungguhnya penggunaan kaedah model dalam PdP dapat meningkatkan kemahiran dan amalan pengajaran kendiri saya, malah murid-murid juga akan berasa sangat seronok dan berminat mengikuti PdP Sains. Selain itu, murid-murid akan dapat lebih memahami dan mengingati kandungan pembelajaran menerusi kaedah model, di samping hasil-hasil model murid boleh dijadikan sebagai bukti pembelajaran atau bahan-bahan pameran.

Walau bagaimanapun, kaedah model juga mempunyai kekurangan atau limitasinya yang tersendiri. Antaranya termasuklah kaedah model hanya sesuai diaplikasikan kepada sesetengah tajuk Sains sahaja, memerlukan masa

Perbandingan Markah Antara Empat Lembaran Kerja

Page 262: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 232-247

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

246

perancangan dan penyediaan bahan yang lama dan teliti, memerlukan kos untuk membeli bahan model yang bukan kitar semula, dan memerlukan satu ruang yang besar untuk menyimpan hasil-hasil model murid. Oleh itu, guru yang ingin mengaplikasikan kaedah model dalam PdP perlulah menyediakan pelan tindakan atau resolusi untuk menyelesaikan kekangan atau kekurangan ini.

Refleksi Pembelajaran Kendiri

Melalui kajian ini, saya dapat lebih memahami prosedur bagaimana melaksanakan sesuatu penyelidikan tindakan secara praktikal. Sebagai seorang guru, saya perlu mengetahui bagaimana untuk mengenal pasti masalah yang berlaku dalam kalangan murid menerusi tinjauan awal, memikirkan cara atau kaedah untuk mengatasinya, merancang dan melaksanakan cara atau kaedah yang dirancang, serta terdapat langkah-langkah yang sistematik dan teratur tentang bagaimana untuk mengumpul, menganalisis dan menyemak data-data saya

Selain itu, saya juga sedar bahawa kita haruslah sentiasa membuat refleksi

kritikal untuk setiap tindakan yang telah kita lakukan. Sepanjang kajian ini, saya telah menghadapi pelbagai masalah, dan hanya dengan pemikiran yang reflektif dan kritikal sahaja yang dapat menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Maka, saya sentiasa mengimbas kembali dan bertindak untuk mengenal pasti masalah, bersedia menyelesaikan masalah serta mengambil tindakan susulan yang bersesuaian dengan masalah tertentu. Sesungguhnya amalan reflektif ini telah membantu dalam mengeratkan hubungan saya dengan murid-murid saya.

Malah, kajian ini juga telah menyedarkan saya bahawa minat dan pencapaian

murid dalam Sains adalah bergantung kepada cara bagaimana seseorang guru melaksanakan PdPnya. Sesungguhnya, kelas akan menjadi lebih menarik dan murid akan lebih berminat untuk belajar sekiranya aktiviti berbentuk hands-on dan minds-on dibekalkan kepada mereka. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan minat dan pencapaian murid dalam akademik mereka. . Saya sedar bahawa peranan guru masa kini bukanlah sekadar mengajar semata-mata, tetapi perlu menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan sentiasa memikirkan cara atau kaedah baharu untuk mengembangkan ilmu pengetahuan serta menambah baik amalan pengajaran kendiri.

Cadangan Kajian Lanjutan

Sekiranya kajian ini diteruskan, saya bercadang untuk mencuba kaedah model

pada tajuk-tajuk lain yang terdapat dalam sukatan Sains Tahun Empat, seperti “Organ Pernafasan Haiwan”, “Mencipta Alat Pengukur Masa”, “Sistem Suria”, “Perkembangan Teknologi”, dan sebagainya untuk melihat keberkesanannya. Selain itu, saya juga ingin menjalankan kajian ini terhadap murid yang bertahap pandai untuk melihat perbezaan keberkesanan antara golongan ini dengan murid bertahap pandai. Akhir sekali, saya berharap agar kajian ini dapat dilanjutkan untuk membaiki isu-isu keprihatinan yang lain seperti kawalan kelas, ingatan, penglibatan murid, dan sebagainya dengan menggunakan kaedah model.

Page 263: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 232-247

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

247

Rujukan

Anderson, J., Goplen, C., Murray, L., Seashore, K., Soindarrajan, M., Lokuta, A., … & Khesler, N. (2009). Human Respiratory Mechanics Demonstration Model. How We Teach, 33, 53-59. doi: 10.1152/advan.90177.2008

Bahagian Pendidikan Guru. (1998). Konsep dan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Matematik: Nombor Bulat Untuk Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Blumschein, P., Hung, W., Jonassen, D. & Strobel, J. (2009). Modeling and Simulation in Learning and Instruction: A Theoretical Perspective. Rotterdam, the Netherlands: Sense Publisher.

Henno, I. & Reiska, P. (2008). Using Concept Mapping As Assessment Tool In School Biology. Kertas kerja yang dibentang dalam Third Int. Conference on Concept Mapping, Tallinn, Estonia & Helsinki, Finland pada 2008. Didapatkan daripada http://cmc.ihmc.us/cmc2008papers/cmc2008-p404.pdf

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner (3rd

Ed.). Victoria, Australia: Deakin University.

Kuebler, W. M., Mertens, M. & Pries, A. R. (2007). A Two Component: Simulation Model to Teach Respiratory Mechanics. Teaching in the Laboratory, 31, 218-222. doi: 10.1152/advan.000001.2007

Kuhne, T. (2005). What is a Model. Dagstuhl Seminar Proceedings 04011. Didapatkan daripada http://drops.dagstuhl.de/opus/volltexte/2005/23

Laury, D. L. & Rillero, P. (1994). Perspectives of Hands-On Science Teaching. Columbus, OH: The ERIC Clearinghouse for Science, Mathematics and Environmental Education.

Ornek, F. (2008). Models in Science Education: Application of Models on Learning and Teaching Science. International Journal of Environment & Science Education, 3(2), 35-45.

Poh, S. H. (1998). Pedagogi Sains 4: Pengurusan Makmal dan Sumber Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Yan, Y. D. (1998). Alternative Conceptions on Excretion and Implications for Teaching. The Chinese University of Hong Kong, 26(1), 101-116.

Page 264: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 248-263

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

248

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA POKOK TERHADAP MINAT DAN PENCAPAIAN MURID TAHUN LIMA DALAM SAINS DI KUCHING

Sia Siew Bing

[email protected]

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan peta pokok terhadap minat dan pencapaian murid-murid Tahun Lima dalam tajuk “Kemandirian Spesies” di Kuching. Peserta penyelidikan tindakan ini melibatkan tiga orang murid Tahun Lima. Data dalam penyelidikan tindakan ini dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual, ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan, lembaran kerja dan hasil kerja murid. Data analisis dibuat melalui kaedah analisis kandungan dan kaedah analisis deskriptif yang seterusnya disemak dengan menggunakan triangulasi kaedah, penyelidik dan masa. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penggunaan peta pokok adalah berkesan dalam meningkatkan minat dan pencapaian peserta-peserta kajian dalam topik “Kemandirian Spesies”.

Kata Kunci: Penggunaan Peta Pokok, murid Tahun Lima, minat, pencapaian, topik “Kemandirian Spesies”

Abstract

This action research was conducted to evaluate the effectiveness of using tree map on the interest and achievement of Year Five students in the topic of “Survival of the Species” in Kuching. The participants of this action research consisted of three Year Five students. The data for this study was collected by using observation, interviews, early achievement test and action effect test, students’ worksheets and works. The data was analysed through content analysis and descriptive statistical analysis and then checked by using method, researcher and time triangulation. The results of the study showed that the use of tree map was effective in increasing participant’s interest and achievement in the topic “Survival of the Species”.

Keywords: The use of Tree Map, Year Five students, interest,

achievement, topic ‘Survival of the Species”

Page 265: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 248-263

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

249

Pengenalan Konteks Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran Sains melalui praktikum fasa I, saya mendapati bahawa murid-murid menghadapi pelbagai masalah dalam pembelajaran Sains. Contoh masalah termasuklah tidak berminat dan tidak dapat mengingat konsep dan fakta Sains. Punca-punca tersebut menyebabkan mereka berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu, pelbagai kesan negatif terwujud dalam kalangan murid seperti tidak menumpu perhatian, pasif, kacau murid lain dan tidak menghabiskan kerja rumah atau latihan yang diberi. Menurut Poh (1998), guru masih perlu merancang dengan teliti untuk mengajar dengan berkesan. Walaupun perancangan yang teliti tidak secara automatik memastikan kejayaan, ketiadaan perancangan pasti akan menyebabkan masalah yang besar dan membawa kegagalan. Justeru, saya menggunakan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menyelesaikan masalah tersebut. Strategi yang telah digunakan termasuklah bercerita, menyanyi, kuiz dengan ganjaran dan menunjukkan gambar rajah. Strategi-strategi yang dinyatakan mempunyai unsur menyeronokkan dan menarik. Bagi praktikum pertama yang hanya dilaksanakan selama sebulan, saya mendapati strategi-strategi tersebut dapat menarik perhatian murid terhadap pengajaran saya. Pada praktikum II, masalah kurang memahami dan miskonsepsi terhadap konsep Sains terwujud dalam kalangan murid yang lemah. Saya telah menggunakan strategi yang lebih kurang sama seperti yang digunakan pada praktikum I. Pada awalnya, murid agar aktif dan menumpu perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Selepas sebulan, tajuk yang diajar semakin sukar untuk difahami. Murid-murid mula berasa bosan kerana tidak memahami apa yang diajar. Mereka menyalin jawapan daripada rakan yang lebih pandai semasa membuat lembaran kerja. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya mengumpulkan murid-murid yang lemah dan mengajar mereka secara ‘chalk and talk’. Selepas itu, bimbingan diberi supaya mereka dapat menyiapkan lembaran kerja dengan sempurna. Berdasarkan refleksi kendiri, saya mendapati bahawa kaedah dan strategi yang saya gunakan kurang memuaskan kerana ia lebih berpusatkan guru dan guru perlu memberi bantuan dan bimbingan dengan sepenuhnya kepada murid. Pada praktikum yang ketiga, salah satu kelas yang saya ajar adalah terdiri daripada golongan murid yang berpencapaian lemah dalam subjek Sains berbanding kepada kelas Tahun 5 yang lain. Mereka merasakan diri sendiri memang tidak mahir dalam Sains. Penganggapan negatif ini menyebabkan mereka kurang menunjukkan minat dan tidak menumpu perhatian dalam kelas. Terdapat murid selalu mengantuk atau tidur dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran Sains dijalankan. Selain itu, saya mendapati mereka kurang memahami konsep Sains dan tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan semasa membuat ulang kaji atau mengimbas kembali pelajaran pada sesi yang lepas. Mereka selalu memberi jawapan yang kurang tepat atau menyatakan apa-apa sahaja yang diingati. Hal ini mengakibatkan kebanyakan murid mempunyai prestasi pencapaian lemah dalam subjek Sains. Menurut An-Nashmy (1980) melalui Nuraisham (2010), mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan berprofesional, saya haruslah mencari jalan yang

Page 266: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 248-263

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

250

sesuai bagi mengatasi atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh murid. Oleh itu, saya merancang untuk menggunakan kaedah peta pokok yang merupakan salah satu peta pemikiran (Peta i-THINK) bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Fokus Kajian Saya telah mendapati bahawa murid-murid dalam salah satu kelas Tahun 5 yang saya ajar mempunyai masalah kurang berminat dalam topik “Kemandirian Spesies” bagi mata pelajaran Sains. Hal ini dapat dibuktikan melalui tingkah laku negatif murid di dalam kelas. Selain itu, murid-murid saya mempunyai pencapaian yang rendah dalam topik tersebut kerana kebanyakan mereka tidak dapat menghubungkaitkan dan mengelaskan ciri-ciri bijih benih atau buah bagi setiap agen pencaran. Bagi isu kurang minat dalam kalangan murid terhadap topik “Kemandirian Spesies”, kaedah-kaedah yang saya gunakan untuk mengumpul data awal dalam penyelidikan tindakan ini ialah pemerhatian melalui gambar foto dan soal selidik.Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran Sains bagi topik “Kemandirian Spesies", saya telah melaksanakan pemerhatian ke atas murid-murid Tahun 5 di kelas X.

Rajah 1. Murid berbual-bual dengan rakan yang duduk di belakangnya.

Rajah 2. Murid membuat kerja rumah subjek lain semasa PdP Sains.

Rajah 1 menunjukkan seorang murid menoleh ke belakang dan berbual-bual dengan rakan lain semasa guru sedang mengajar. Mereka saling berbual-bual dan tidak menumpu perhatian terhadap pengajaran guru. Rajah 2 menunjukkan bahawa terdapat seorang murid yang duduk di belakang kelas membuat kerja rumah subjek Bahasa Inggeris semasa saya mengajar topik “Kemandirian Spesies" di dalam kelas. Murid tersebut hanya meletakkan buku aktiviti Sains di tepi meja sahaja dan mula membuat latihan bagi subjek lain.Melalui pemerhatian yang dijalankan, tingakah laku negatif murid yang diperhatikan jelas menunjukkan bahawa murid-murid tidak berminat dalam topik “Kemandirian Spesies”.

Di samping itu, soal selidik juga merupakan salah satu keadah pengumpulan data dalam proses tinjauan awal terhadap isu minat murid dalam topik “Kemandirian Spesies”. Saya telah menyediakan borang soal selidik kepada para murid dalam kelas tersebut.

Page 267: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 248-263

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

251

Jadual 1 Dapatan soal selidik

Bil Perkara

Bilangan Murid dengan Jawapan

Ya Tidak

1. Saya suka dan berminat terhadap topik “Kemandirian Spesies”.

13 (40.6%)

19 (59.4%)

2. Saya berasa pengajaran dan pembelajaran dalam topik “Kemandirian Spesies” amat membosankan.

17 (53.1%)

15 (46.9%)

Berdasarkan Jadual 1, saya menyedari bahawa terdapat sebanyak 19 (59.4%) orang murid tidak suka dan berminat topik “Kemandirian Spesies”. Bilangan murid yang suka dan berminat topik tersebut tidak melebihi 50% murid dalam kelas X. Terdapat 17 (53.1%) orang murid bersetuju bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam topik tersebut amat membosankan. Hal ini menunjukkan bahawa guru harus menggunakan strategi yang sesuai untuk meningkatkan minat murid terhadap topik “Kemandirian Spesies”.

Bagi isu pencapaian murid dalam kalangan murid terhadap topik “Kemandirian Spesies”, teknik-teknik yang saya gunakan untuk mengumpul data awal dalam penyelidikan tindakan ini ialah lembaran kerja murid, ujian awal pencapaian, Ujian Pertengahan Penggal 1 dan soal selidik. Dokumen seperti lembaran kerja murid merupakan salah satu kaedah pengumpulan data awal tentang isu pencapaian murid dalam topik “Kemandirian Spesies”. Rajah 3 menunjukkan lembaran kerja yang dibuat oleh salah seorang murid di kelas tersebut.

Rajah 3. Lembaran kerja yang dilakukan oleh salah seorang murid Tahun 5 tentang subtajuk “Kemandirian Tumbuhan”

Hasil dapatan daripada rajah tersebut menunjukkan bahawa murid tidak dapat membuat pengelasan dengan tepat. Selepas sebulan, lembaran kerja yang sama diedarkan kepada murid sebagai latihan ulang kaji sebelum ujian sekolah. Semasa menyemak lembaran kerja, saya mendapati kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan dalam latihan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.

Page 268: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 248-263

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

252

Rajah 4. Latihan ulang kaji murid

Rajah 4 menjelaskan bahawa murid tersebut telah lupa tentang isi kandungan bagi subtajuk “Kemandirian Tumbuhan” selepas beberapa minggu. Apabila lembaran kerja tersebut diedarkan sebagai latihan ulang kaji, murid-murid meminta bantuan daripada saya supaya diberi bimbingan dan penjelasan tentang subtajuk tersebut.

Selain itu, saya telah memberikan ujian yang berkaitan dengan topik “Kemandirian Spesies” kepada murid-murid bagi mengumpul data awal pencapaian. Jadual 2 menunjukkan prestasi murid dalam data awal pencapaian.

Jadual 2 Prestasi murid dalam data awal pencapaian

Julat markah Gred Bilangan Murid Peratusan (%)

80 – 100 A 3 9.4 60 – 79 B 5 15.6 40 – 59 C 13 40.6 20 – 39 D 10 31.3 0 – 19 E 1 3.1

Daripada Jadual 2, didapati sebanyak 13 (40.6%) orang murid mencapai gred C, 10 (31.3%) orang murid mendapat gred D dan seorang murid (3.13%) sahaja mendapati gred E. Daripada analisis tersebut, saya mendapati kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan dengan betul walaupun soalan disertai dengan gambar. Kebanyakan murid menjawab soalan dengan suka hati.

Di samping itu, saya juga mengumpul data dan membuat tinjauan awal melalui Kertas 2 (soalan subjektif) bagi Ujian Pertengahan Penggal 1. Soalan 2 dan 3 dalam Kertas 2 bagi Ujian Pertengahan Penggal 1 adalah berkaitan dengan topik “Kemadirian Spesies”. Jadual 3 menunjukkan prestasi murid dalam Ujian Pertengahan Penggal 1.

Page 269: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 248-263

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

253

Jadual 3 Prestasi murid dalam Ujian Pertengahan Penggal 1 bagi soalan 2 dan 3

Tajuk Kecil No.

Soalan Bil murid

jawab betul

Peratus jawab betul

(%)

Bil murid jawab salah

Peratus jawab salah (%)

Kemandirian Haiwan

2a 16 51.6 15 48.4 2b(i) 11 35.5 20 64.5 2b(ii) 3 9.7 28 90.3

2c 9 29 22 70.9 Kemandirian Tumbuhan

3a 5 16.1 26 83.9 3b 2 6.4 29 93.5 3c 2 6.4 29 93.5 3d 3 9.7 28 90.3

Berpandukan data dalam Jadual 3, terdapat lebih daripada 50% murid tidak dapat memberi jawapan yang betul bagi semua soalan kecuali soalan 2a bagi subtajuk “Kemandirian Haiwan”. Terdapat 29 (93.5%) orang murid yang menjawab salah bagi soalan 3b dan 3c bagi subtajuk “Kemandirian Tumbuhan”. Saya juga mendapati bahawa murid-murid lebih lemah dalam subtajuk “Kemandirian Tumbuhan” berbanding dengan subtajuk “Kemandirian Haiwan”.

Tambahan pula, borang soal selidik digunakan untuk menentukan kefahaman murid tentang isi pelajaran dalam topik “Kemandirian Spesies” (Jadual 4). Pencapaian murid dalam ujian adalah lemah sekiranya mereka kurang memahami dalam topik tersebut. Jadual 4 Dapatan soal selidik

Bil Perkara

Bilangan Murid dengan Jawapan

Ya Tidak

3. Saya memahami isi pelajaran dalam topik “Kemandirian Spesies”.

8 (25%)

24 (75%)

4. Saya pandai menggunakan peta pokok untuk membuat pengelasan tentang isi pelajaran dalam topik “Kemandirian Spesies”.

0 (0%)

32 (100%)

Daripada dapatan daripada Jadual 4, terdapat 24 (75%) orang murid tidak memahami isi pelajaran dalm topik “Kemandirian Spesies”. Ini menunjukkan lebih daripada 50% orang murid ke atas tidak memahami topik ini selepas pengajaran dan pembelajaran di kelas. Keseluruhan kelas tidak mahir dalam menggunakan peta pokok untuk mengelas isi pelajan dalam topik tersebut. Oleh itu, saya harus mendedahkan peta pokok dengan teliti kepada murid sasaran. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk

i. meningkatkan minat murid Tahun 5 dalam topik “Kemandirian Spesies”, dan

ii. meningkatkan pencapaian murid Tahun 5 dalam topik “Kemandirian Spesies”melalui penggunaan peta pokok.

Page 270: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 248-263

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

254

Persoalan Kajian Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:

i. Sejauh manakah penggunaan peta pokok dapat meningkatkan minat murid Tahun 5 dalam topik “Kemandirian Spesies”?

ii. Sejauh manakah penggunaan peta pokok dapat meningkatkan pencapaian murid Tahun 5 dalam topik “Kemandirian Spesies”?

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Menurut Holzman (2004), kekuatan peta pemikiran adalah cara ia membantu pelajar menyusun maklumat untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain. Tanpa mengira skop kandungan atau tahap gred, pelajar dapat membuktikan bahawa mereka memahami konsep. Perancangan bagi proses pelaksanaan sesi kajian tindakan dimulakan dengan memperkenalkan peta pokok terebih dahulu kepada murid.Selepas itu, murid akan didedahkan tentang penggunaan peta pokok dalam topik “Kemandirian Spesies”. Murid diberi satu gambaran keseluruhan tentang salah satu subtajuk, iaitu “Kemandirian Haiwan” atau “Kemandirian Tumbuhan” dalam topik “Kemandirian Spesies”. Gambaran keseluruhan boleh ditunjukkan dalam bentuk jadual, peta minda, teks daripada buku teks atau buku rujukan. Kemudian, murid ditunjukkan satu peta pokok yang sudah siap dilukis dengan garisan dan tajuk utama pembelajaran telah disediakan. Murid dihendaki mengisikan kategori atau kumpulan bagi tajuk utama tersebut dengan menggunakan pensel warna yang berbeza. Contoh-contoh bagi setiap kategori atau kumpulan dalam bentuk gambar rajah diberikan kepada murid. Murid dihendaki memerhati contoh-contoh gambar rajah yang diberi dan membuat pengelasan dengan melekatkan gambar-gambar tersebut pada setiap kategori atau kumpulan secara tepat. Selepas gambar-gambar siap dikelaskan, saya membimbing murid untuk memberi penerangan tentang isi kandungan atau konsep yang terkandung dalam peta pokok tersebut. Selepas itu, murid dihendaki melukis satu peta pokok baru dengan menulis tajuk utama, menyenaraikan kategori dan contoh atau pengelasan bagi setiap kategori tanpa menggunakan gambar. Setiap kategori atau kumpulan dan contoh atau penjelasan disenaraikan dengan menggunakan pensel warna yang berbeza. Saya telah menjalankan kajian tindakan yang melibatkan ketiga-tiga peserta kajian dengan mengikut jadual pelaksanaan tindakan yang disenaraikan dalam Jadual 5. Jadual 5 Jadual pelaksaan tindakan

Tarikh Pelaksanaan

Pelaksanaan Tindakan

20. 02. 2014 – 10. 03. 2014

Melaksanakan tinjauan awal dengan menggunakan kaedah pemerhatian, ujian awal pencapaian, Ujian Pertengahan Penggal 1, soal selidik, dan lembaran kerja

14. 03. 2014 Tiga orang murid telah dipilih sebagai peserta kajian

Menjalankan pemerhatian terhadap tiga peserta kajian semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

01. 04. 2014

Sesi 1 Kajian Tindakan

Memperkenalkan penggunaan peta pokok dan menunjukkan contoh 03. 04. 2014 Sesi 2 Kajian Tindakan

Memberi satu gambaran keseluruhan tentang subtajuk “Kemandirian Haiwan”

Penggunaan kaedah peta pokok dalam subtajuk tersebut

Page 271: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 248-263

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

255

07. 04. 2014 Sesi 3 Kajian Tindakan

Memberi satu gambaran keseluruhan tentang subtajuk “Kemandirian Tumbuhan”

Penggunaan kaedah peta pokok dalam subtajuk tersebut 09. 04. 2014 Ujian kesan tindakan diberikan kepada peserta kajian

11. 04. 2014 Temu bual dijalankan dengan peserta kajian 14. 04. 2014 Lembaran kerja diedarkan dan dilakukan oleh pesera kajian

16. 04. 2014 – 21. 04. 2014

Pengumpulan dan penyusunan data dilakukan

14. 07. 2014 – 04. 08. 2014

Menganalisis data berdasarkan kriteria

15. 08. 2014 Draf laporan dihantar dan disemak 29. 08. 2014 Laporan kajian tindakan dihantar dan disemak

Kaedah Kajian

Peserta Kajian Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini terdiri daripada tiga orang murid lelaki Tahun 5. Mereka adalah murid saya dari kelas X. Nama samaran diberi kepada ketiga-tiga murid tersebut, iaitu Murid A, Murid B dan Murid C supaya lebih senang dibezakan.

Saya memilih ketiga-tiga murid ini menjadi peserta kajian berdasarkan masalah minat dan pencapaian mereka dalam topik “Kemandirian Spesies”. Mereka mempunyai ciri-ciri tertentu yang menunjukkan mereka kurang berminat dalam topik “Kemandirian Spesies” seperti yang dinyatakan dalam Jadual 6. Mereka merupakan murid yang dapat menulis dan mengeja sedangkan kebanyakan murid lain dalam kelas tersebut adalah buta huruf. Akan tetapi, prestasi pencapaian ketiga-tiga murid ini adalah di kategori sederhana dan lemah. Jadual 6 menunjukkan maklumat ketiga-tiga peserta kajian tersebut. Jadual 6 Maklumat keempat-empat peserta kajian Peserta kajian

Jantina Umur Markah data awal pencapaian (%)

Ciri-ciri

Murid A Lelaki 11 40 Tidak menumpu perhatian, berkhayal di dalam kelas

Murid B Lelaki 11 45 Tidak bersemangat, selalu mengantuk

Murid C Lelaki 11 35 Tidak menghabiskan latihan, buat kerja rumah lain, tidak memberi tumpuan

Etika Penyelidikan Pada hari pertama melapor diri di sekolah, saya telah mendapat kebenaran daripada guru besar supaya mengizinkan saya untuk melaksanakan penyelidikan tindakan di sekolah. Semasa menjalankan penyelidikan tindakan ini, saya mematuhi etika penyelidikan agar dapat menjamin hak dan kerahsiaan peserta kajian yang dipilih. Saya telah mendapat kebenaran daripada ketiga-tiga peserta kajian untuk melibatkan diri dalam kajian saya sebelum memulakan penyelidikan tindakan ini. Selepas itu, saya turut menerangkan kepada mereka tentang tujuan penyelidikan, perkara yang akan dilakukan, tempoh penglibatan, jenis data yang akan dikumpul dan hak peserta kajian. Peserta-peserta kajian juga dimaklumkan bahawa identiti mereka akan dirahsiakan dan nama samaran akan digunakan. Saya

Page 272: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 248-263

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

256

turut mendapat kebenaran secara lisan daripada mereka sebelum mengambil gambar sebagai bukti dalam setiap sesi kajian tindakan. Teknik Mengumpul Data Pemerhatian Saya menjalankan pemerhatian melalui catatan nota lapangan terhadap tingkah laku responden semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebelum dan semasa mengaplikasikan kaedah penggunaan peta pokok dalam topik “Kemandirian Spesies”. Saya mencatat tingkah laku dan peristiwa yang berlaku terhadap responden dalam proses menjalani sesi kajian tindakan. Saya lebih fokus kepada tingkah laku dan respon murid supaya dapat mengumpul data yang berkenaan untuk mengkaji sama ada penggunaan peta pokok dapat meningkatkan minat murid dalam topik “Kemandirian Spesies”. Temu bual Saya menggunakan kaedah temu bual untuk menilai keberkesanaan penggunaan peta pokok dalam meningkatkan minat dan pencapaian murid Tahun 5 dalam topik “Kemandirian Spesies”. Temu bual yang saya gunakan adalah temu bual berstruktur. Saya telah menyediakan dan menetapkan soalan tertutup dan soalan terbuka untuk menjalani temu bual dengan tiga orang responden dalam kajian tindakan saya. Saya mencatatkan butiran maklumat yang diperihalkan oleh responden dalam bentuk transkripsi temu bual. Soalan temu bual yang dikemukakan adalah fokus kepada objektif kajian yang melibatkan pandangan dan perasaan responden terhadap penggunaan peta pokok dalam topik “Kemandirian Spesies”. Ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan Untuk mengumpul data awal pencapaian dan data kesan tindakan, ketiga-tiga responden dihendaki menduduki ujian yang sama sebelum dan selepas penggunaan peta pokok dalam topik “Kemandirian Spesies”. Data awal pencapaian dikumpul melalui ujian yang telah diadakan semasa menjalani tinjauan awal pada bulan Februari sebelum penggunaan peta pokok dalam kalangan murid. Manakala ujian kesan tindakan diberikan kepada ketiga-tiga responden selepas penggunaan peta pokok dalam topik tersebut. Soalan bagi kedua-dua ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan adalah sama. Ia terdapat 14 soalan objektf dan 6 soalan subjektif. Saya melakukan analisis dengan membandingan antara data awal pencapaian dengan data kesan tindakan sebelum dan selepas penggunaan peta pokok dalam topik “Kemandirian Spesies”. Lembaran Kerja Dalam proses melaksanakan kajian tindakan ini, saya juga mengumpul data daripada lembaran kerja yang dilakukan oleh responden. Lembaran kerja bagi subtajuk “Kemandirian Haiwan” dan “Kemandirian Spesies” yang diedarkan adalah sama dengan lembaran kerja yang telah dilakukan oleh murid-murid semasa tinjauan awal dijalani. Dengan ini, saya dapat menilai penguasan dan pencapaian murid dalam topik Kemandirian Spesies sebelum dan selepas penggunaan peta pokok.

Page 273: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 248-263

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

257

Hasil Kerja Murid Dalam pelaksanaan kajian tindakan, guru telah menunjukkan contoh peta pokok yang berkenaan kepada ketiga-tiga responden. Guru memberi keterangan kandungan kepada mereka berdasarkan peta pokok yang ditunjukkan. Selepas guru memberi penerangan dan gambaran keseluruhan bagi subtajuk “Kemandiriaan Haiwan” dan “Kemandirian Tumbuhan”, murid-murid menghasilkan peta-peta pokok berdasarkan tajuk utama yang diberikan. Berdasarkan hasil kerja murid, saya dapat menilai pencapaian murid dalam topik Kemandirian Spesies sebelum dan selepas penggunaan peta pokok dalam topik “Kemandirian Spesies”. Teknik Menganalisis Data Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis deskriptif statistik, data-data yang dikumpul telah dianalisis dan diinterpretasi. Jadual 7 menunjukkan kaedah menganalisis data berdasarkan instrumen pengumpulan data tertentu bagi setiap persoalan kajian yang ditetapkan dalam kajian tindakan ini.

Jadual 7 Teknik mengumpul dan menganalisis data

Persoalan Kajian Instrumen pengumpulan data Kaedah menganalisis data

i. Bagaimana penggunaan peta pokok dapat meningkatkan minat murid Tahun 5 dalam Tajuk Kemandirian Spesies?

Pemerhatian Analisis kandungan (Analisis kualitatif)

Temu bual

ii. Bagaimana penggunaan peta pokok dapat meningkatkan pencapaian murid Tahun 5 dalam Tajuk Kemandirian Spesies?

Ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan

Analisis deskriptif statistik (Analisis kuantitatif)

Temu bual Analisis kandungan (Analisis kualitatif) Lembaran kerja

Hasil kerja

Berdasarkan Jadual 7, data bagi persoalan kajian pertama dikumpul melalui kaedah pemerhatian dan temu bual. Kedua-dua kaedah instrumen ini dianalisis melalui kaedah analisis kandungan. Bagi persoalan kajian kedua pula, data dikumpul melalui ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan yang dianalisis melalui kaedah analisis deskriptif statistik. Selain daripada ujian, instrumen pengumpulan data lain bagi persoalan kajian kedua termasukah temu bual, lembaran kerja dan hasil kerja murid. Ketiga-tiga instrumen ini dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Teknik Menyemak Data Triangulasi Kaedah Bagi mengkaji persoalan kajian tentang kekurangan minat murid Topik “Kemadirian Spesies”, saya mengunakan kaedah pemerhatian dan temu bual untuk menyokong data yang terkumpul. Bagi mengkaji persoalan kajian mengenai pencapaian murid yang lemah bagi Topik “Kemadirian Spesies”, kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan, temu bual, lembaran kerja dan hasil kerja murid. Triangulasi Penyelidik Saya telah melibatkan rakan sepraktikum, Saudari Wong sebagai pemerhati dalam proses kajian tindakan saya. Dia menolong saya mengambil gambar semasa sesi

Page 274: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 248-263

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

258

kajian tindakan dilaksanakan pada 14 Mac 2014, 1 April 2014, 3 April 2014 dan 7 April 2014. Saudari Wong memberikan cadangan dan mengkongsikan ideanya dengan saya melalui pemerhatian yang telah dilakukan. Triangulasi Masa Pemerhatian melalui nota lapangan dilaksanakan sebelum pelaksanaan penggunaan peta pokok dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Satu lagi pemerhatian dilakukan semasa sesi kajian tindakan ke-3 dijalankan di perpustakaan. Kedua-duapemerhatian ini dilaksanakan dalam tempoh masa sebulan. Kaedah ini dapat membandingkan dan menilai peningkatan minat murid dalam topik “Kemandirian Spesies” dengan penggunaan peta pokok.Di samping itu, saya juga mengumpul data melalui ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan dalam tempoh masa sebulan. Sebelum pelaksanaan sesi kajian tindakan, murid-murid menduduki ujian awal pencapaian pada awal bulan Mac secara keseluruhan kelas. Ketiga-tiga responden yang dipilih menduduki ujian kesan tindakan pada bulan April selepas penggunaan peta pokok dalam topik “Kemandirian Spesies”. Kertas soalan bagi ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan adalah sama. Markah ujian dikira dan dianalisis supaya dapat membuat perbandingan antara pencapaian murid sebelum dan selepas didedahkan kaedah penggunaan peta pokok dalam topik “Kemandirian Spesies”.

Refleksi Refleksi Dapatan

Sejauh manakah penggunaan peta pokok dapat meningkatkan minat murid Tahun 5 dalam topik “Kemandirian Spesies”?

Berdasarkan hasil dapatan nota lapangan dalam Rajah 6, ia menunjukkan minat murid ditingkatkan dalam topik tersebut semasa pelaksanaan penggunaan peta pokok jika berbanding dengan sebelumnya (Rajah 5). Gambar-gambar foto yang diambilkan melalui pemerhatian telah menunjukkan murid menumpu perhatian dalam menghasilkan peta pokok sendiri berdasarkan tajuk utama yang diberikan.

Rajah 5. Analisis kandungan nota lapangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains sebelum penggunaan peta pokok dalam topik “Kemandirian Spesies”

Page 275: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 248-263

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

259

Rajah 6. Analisis kandungan nota lapangan semasa menjalani sesi kajian tindakan ke-3

Rajah 7. Murid melukis garisan untuk menghasilkan satu bentuk peta pokok.

Rajah 8. Responden-responden memilih warna yang disukai.

Rajah 5 menunjukkan tingkah laku negatif responden semasa pengajaran dan pembelajaran diadakan. Dalam sesi kajian tindakan ke-3, pemerhatian melalui nota lapangan (Rajah 6) yang dilakukan telah menunjukkan perubahan tingkah laku responden kajian dari negatif kepada positif. Rajah 7 dan 8 menunjukkan bahawa responden menumpu perhatian semasa menghasilkan peta pokok. Tingkah laku positif yang diwujudkan dalam kalangan responden menunjukkan minat mereka telah dipertingkatkan dalam topik “Kemandirian Spesies” dengan menggunakan peta pokok. Menurut Holzman (2004), murid meningkatkan minat dalam proses pembelajaran dan suka menggunakan peta pemikiran untuk mencatat nota.

Selain itu, hasil dapatan daripada analisis data temu bual juga menjelaskan bahawa ketiga-tiga responden tersebut menunjukkan peningkatan minat dalam tajuk “Kemandirian Spesies” selepas penggunaan peta pokok. Jawapan yang diberikan oleh responden-responden semasa menjalani temu bual seperti suka, tidak bosan, seronok dan boleh fokus telah menunjukkan bahawa mereka berminat terhadap

Page 276: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 248-263

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

260

topik tersebut semasa menggunakan peta pokok. Berdasarkan Rajah 9, iaitu grid analisis data temu bual tentang minat murid telah dibahagikan kepada beberapa tema seperti perasaan, sebab peribadi dan penguasaan murid terhadap topik tersebut. Hasil dapatan daripada grid analisis tersebut menjelaskan bahawa minat murid telah ditingkatkan dalam topik ini dengan penggunaan peta pokok.

Rajah 9. Grid analisis temu bual tentang minat murid dalam topik “Kemandirian Spesies” selepas menggunakan peta pokok

Sejauh manakah penggunaan peta pokok dapat meningkatkan pencapaian murid Tahun 5 dalam Topik “Kemandirian Spesies’?

Perbandingan antara markah ujian responden dalam ujian awal pencapaian dan ujian kesan tindakan telah dilakukan untuk meninjau peningkatan pencapaian murid dalam topik “Kemandirian Speises” selepas pelaksanaan penggunaan peta pokok. Jadual 8 menunjukkan bahawa murid mempunyai peningkatan dalam pencapaian bagi topik tersebut.

Jadual 8 Perbandingan antara markah ujian peserta kajian

Peserta kajian Markah ujian

Peningkatan (%) Ujian awal pencapaian (%) Ujian kesan tindakan (%)

Murid A 40 70 +30 Murid B 45 85 +40 Murid C 35 65 +30

Berdasarkan Jadual 8, Murid A telah menunjukkan peningkatan 40% dalam ujian, manakala Murid B dan Murid C menunjukkan peningkatan 30% dalam ujian selepas pendedahan penggunaan peta pokok. Hasil dapatan kajian tindakan saya adalah selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Long dan Carlson (2011) yang menyatakan bahawa berdasarkan pemerhatiannya dan data yang dikumpul, beliau menjangkakan bahawa murid-murid yang menggunakan peta pemikiran

Page 277: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 248-263

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

261

mempunyai peningkatan dalam kemajuan akademik mereka yang berkaitan dengan berfikir tahap tinggi dan menghubungakaitkan dengan kandungan.

Di samping itu, hasil dapatan daripada analisis data temu bual turut menunjukkan peningkatan pencapaian murid selepas penggunaan peta pokok dalam topik “Kemandirian Spesies”. Hal ini dapat ditunjukkan melalui grid analisis dalam Rajah 10 tentang respon murid positif berdasarkan beberapa faktor seperti penguasaan, daya ingatan dan kebaikan kaedah.

Rajah 10. Grid analisis tentang pencapaian murid dalam topik “Kemandirian Spesies” selepas menggunakan peta pokok

Selain itu, soalan mengenai kandungan topik juga ditanya melalui temu bual untuk menilai kefahaman dan peningkatan pencapaian murid dalam topik tersebut. Ketiga-tiga responden dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Hal ini menunjukkan penggunaan peta pokok berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid dalam topik “Kemandirian Speises”. Menurut Weis (2008), murid dapat ingat lebih banyak jawapan yang tepat apabila mereka memasukkan kandungan topik ke dalam format Peta Pemikiran semasa jawapan dibincangkan atau bertulis dalam senarai. Peningkatan dalam skor menunjukkan bahawa pemikiran murid dirangsangkan.

Data daripada analisis dokumen melalui lembaran kerja dan hasil kerja murid juga menunjukkan peningkatan murid dari segi pencapaian dalam topik “Kemandirian Speises”. Murid menunjukkan peningkatan pencapaian dalam lembaran kerja yang diedarkan selepas pelaksanaan peta pokok dalam subtajuk “Kemandirian Haiwan” dan “Kemandirian Tumbuhan”. Mereka juga menghasilkan peta-peta pokok sendiri secara teliti dan sistematik. Menurut Weis (2008), peta pemikiran adalah alat yang mudah untuk seorang guru untuk digunakan bagi menilai pemahaman murid. Seorang guru boleh melihat peta dan menilai sama ada murid memahami kandungan dengan terperinci.

Page 278: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 248-263

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

262

Refleksi Penilaian Tindakan Melalui kajian tindakan ini, murid A, B dan C telah berubah dari tingkah laku negatif kepada positif semasa pengajaran dan pembelajaran Sains dijalankan. Mereka menjadi lebih berminat dan memberi respon yang positif kepada guru selepas pelaksanaan penggunaan peta pokok berbandingkan dengan sebelumnya. Pencapaian murid dalam topik tersebut juga ditingkatkan. Hal ini kerana mereka lebih memahami dan senang mengingati kandungan dalam topik tersebut. Dengan ini, mereka menjadi lebih bersemangat, menumpu perhatian dengan sepenuhnya dan lebih berminat dalam pembelajaran Sains kerana terdapat peningkatan dari segi pencapaian markah dalam akademik walaupun hanya dalam salah satu topik Sains.

Semasa mengumpul data kajian tindakan, saya telah mempelajari kemahiran membuat pemerhatian terhadap respon dan tingakah laku murid. Sebagai seorang guru, saya perlu sabar dalam membuat pemerhatian terhadap setiap murid supaya masalah yang terwujud dalam kalangan murid atau amalan pengajaran dan pembelajaran dapat dikesankan dengan efektif. Masalah murid dapat dikesan melalui tingkah lakunya seperti mendiamkan diri, bermuka masam, tidak bersemangat, suka mengacau rakan-rakan, tidak ingin membuat latihan dan sebagainya. Dengan adanya hasil pemerhatian yang terperinci, saya dapat membuat analisis data dengan berkesan.

Refleksi Pembelajaran Kendiri Melalui penyelidikan tindakan ini, saya menyedari bahawa sebagai seorang guru Sains haruslah lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Guru tidak sepatutnya hanya mementingkan masalah yang terwujud pada diri sendiri tetapi juga mengambil berat dan berusaha untuk menyelesaikan masalah orang lain terutamanya anak murid kita. Sebagai seorang guru Sains, saya haruslah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dengan mencari punca yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut. Seterusnya, cara tindakan yang sesuai perlu dirancang dan dilaksanakan. Dengan ini, saya menyedari bahawa seorang guru harus bertanggungjawab dan bersikap tidak mudah berputus asa dalam membimbing murid kepada arah kecemerlangan diri dan akademik. Selain itu, saya juga menyedari bahawa penyelidik harus membuat perancangan yang baik dalam menjalani satu penyelidikan tindakan. Rancangan yang teliti dan sistematik harus dilakukan supaya dapat mengetahui langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang penyelidik. Pada awal kajian, saya berasa keliru dan kelam kabut apabila menjalani kajian tindakan kerana tidak membuat persediaan dan perancangan dengan secukupnya. Oleh itu, saya telah melakukan satu jadual rancangan dan membuat persediaan mengikut segala tugas yang dirancangakan. Dengan ini, tugas atau langkah yang penting tidak akan ditinggalkan dengan mudah.

Di samping itu, saya mendapati bahawa sebagai seorang penyelidik, mematuhi etika penyelidikan adalah satu aspek yang penting. Isu etika penyelidikan dalam bidang sosial amat penting kerana penyelidikan pendidikan melibatkan manusia yang mempunyai pelbagai perasaan dan pengalaman (Rosinah Edinin, 2012). Sebelum menjalani sesi tindakan kajian, saya memberitahu peserta-peserta kajian yang dipilih tentang tujuan dan prosedur penyelidikan yang akan dijalani terhadap mereka. Selain itu, saya juga merahsiakan segala maklumat peribadi peserta kajian.

Page 279: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 248-263

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

263

Etika-etika penyelidikan yang perlu saya patuhi dalam sepanjang proses pelaksanan penyelidikan tindakan telah memberi kesedaran kepada saya bahawa selain daripada etika penyelidikan, sebagai seorang guru yang berprofesional juga haruslah sentiasa mematuhi etika keguruan yang telah ditentukan. Cadangan Kajian Lanjutan Salah satu cadangan bagi kajian seterusnya adalah kajian penyelidikan ini boleh melibatkan sampel-sampel kajian dari kelas atau tahap yang berlainan. Sampel-sampel kajian boleh terdiri daripada murid yang pencapaian tinggi atau sederhana dalam mata pelajaran Sains. Penyelidik atau guru boleh mengkaji keberkesanan kaedah penggunaan peta pokok dalam mengukuhkan dan mengekalkan pencapaian murid bagi mata pelajaran Sains selain daripada meninjau peningkatan pencapaian murid dalam topik tertentu. Selain itu, kajian penyelidikan ini boleh melanjutkan ke kitaran yang seterusnya. Kaedah penggunaan peta pokok boleh diaplikasikan dalam topik Sains yang lain seperti “Pemakanan Haiwan”, “Tenaga”, “Keadaan Bahan” dan lain-lain. Tambahan pula, peta pokok juga boleh dihasilkan melalui cara yang lain seperti penggunaan ICT. Guru boleh mengajar murid-murid untuk melukis peta pokok dengan menggunakan komputer sekolah. Dengan ini, masa dapat dijimatkan untuk murid melukis garisan dalam peta pokok.

Rujukan

Holzman, S. (2004). Thinking maps: Strategy-based learning for English language learners (and others!). Didapatkan Februari 21, 2014, daripada https://www.scoe.org/files/AH_maps.pdf

Long, D., & Carlson, D. (2011). Mind the map: How thinking maps affect student achievement. Networks: An On-line Journal for Teacher Research, 13 (2). Dimuat turun daripada https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s& source=web&cd=15&cad=rja&uact=8&ved=0CIUBEBYwDg&url=http%3A%2F%2Fjournals.library.wisc.edu%2Findex.php%2Fnetworks%2Farticle%2Fdownload%2F262%2F496&ei=D_03U4OMFIf_rAe4hICgDw&usg=AFQjCNG7O5z_KCHa8CUB8uRU9EcidqOkQw&bvm=bv.63808443,d.bmk

Nuraisham. (2010). Pembelajaran berasaskan masalah. Fakulti Pendidikan, 2. Poh, S. H. (1998). KBKK Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mengikut

sulatan pelajaran Kemahiran Berfikir (Dinamika guru) Diploma Perguruan Malaysia (Edisi Ke-2). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan tindakan kaedah dan penulisan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdh. Bhd.

Weis, L.A. (2008). The Effect of Thinking Maps on Students’ Higher Order Thinking Skills. California State University, Northridge.

Page 280: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 264-278

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

264

KEBERKESANAN PENGUNAAN PETA DAKAP TERHADAP INGATAN DAN MINAT MURID TAHUN LIMA DALAM SAINS DI KUCHING

Chong Siau Nee

[email protected]

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan peta dakap terhadap peningkatan ingatan dan minat lima orang murid Tahun Lima dalam Sains di sebuah sekolah kebangsaan daerah Kuching. Kelima-lima murid tersebut dipilih atas pencapaian mereka yang rendah dalam ujian diagnostik yang telah dijalankan. Kaedah soal selidik, temu bual, pemerhatian dan ujian kesan tindakan telah digunakan untuk mengumpul maklumat bagi kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Penyemakan data dilakukan dengan menggunakan triangulasi masa, penyelidik dan kaedah untuk meningkatkan kesahan hasil dapatan dan keputusan kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan peta dakap dapat meningkatkan ingatan dan minat murid-murid Tahun Lima dalam sains. Saya ingin melanjutkan kajian ini di mana peta dakap digantikan dengan peta pemikiran yang lain seperti peta bulatan dan peta alir agar penggunaan peta pemikiran dapat menyumbang hasil secara optimun dalam pembelajaran murid.

Kata kunci: Peta dakap, sains, Tahun Lima, ingatan dan minat murid.

Abstract

This action research was conducted to study the effectiveness of brace map in improving memory and interest of five Year Five pupils in a primary school of Kuching district. These five pupils were selected based on their low achievement in diagnostic test conducted. Surveys, interviews, observation and tests were used to collect data for this study. Data were analyzed qualitatively and quantitatively. Data were checked by using time, persons’ and method triangulation to increase the validity of the findings and results of this study. The findings of this study shows that the use of brace map increase interest and achievement of Year Five students in science. I would like to further this research by replacing brace map with other thinking maps like circle map and flow chart so that the use of thinking map would achieve its optimun results in students learning.

Keywords: Brace map, science, Year Five, memory and interest of students.

Page 281: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 264-278

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

265

Pengenalan

Konteks Semasa Praktikum Fasa I dan ll, teknik nyanyian telah digunakan untuk

mengajar topik “Pengukuran” dan topik “Kitaran Air”. Selepas penggunaan teknik ini dalam kedua-dua fasa praktikum tersebut, didapati teknik nyanyian dapat menarik minat murid dan membolehkan murid mengingati fakta-fakta dalam topik-topik tersebut. Namun, teknik nyanyian ini tidak merangsang murid untuk berfikir kerana murid hanya menghafal isi-isi kandungan melalui lirik lagu yang disediakan oleh guru. Teknik nyanyian tidak digunakan pada fasa praktikum yang ketiga semasa mengajar topik”Kemandirian tumbuhan”. Hal ini adalah kerana tiada lagu yang sesuai untuk diubahsuai bagi mengajar topik tersebut memandangkan terlalu banyak fakta yang terdapat dalam topik tersebut. Oleh itu, saya telah membawa buah/tumbuhan yang maujud untuk ditunjukkan kepada murid supaya murid boleh melihat ciri-ciri yang ada pada tumbuhan atau buah tersebut untuk merangsang pemikiran mereka. Namun, murid cepat lupa tentang isi-isi pembelajaran dan kurang berminat terhadap PdP tersebut.

Isu Keprihatinan Semasa mengajar murid-murid Tahun Lima Bestari bagi topik “Kemandirian

Tumbuhan”, saya mendapati bahawa kebanyakan murid tidak dapat mengingati contoh-contoh tumbuhan atau buah yang dipencar melalui suatu agen pencaran. Selain itu, mereka juga tidak dapat mengingati ciri-ciri buah atau tumbuhan yang dipencar melalui suatu agen pencaran itu. Walaupun saya telah membawa contoh-contoh tumbuhan yang maujud seperti angsana, lalang, manga, buah sawit dan buah pinang untuk ditunjukkan kepada mereka, tetapi mereka masih tidak dapat mengingat agen pencaran bagi setiap buah dan tumbuhan tersebut. Maka, isu keprihatinan pertama yang dikenalpasti adalah masalah ingatan murid terhadap topik tersebut. Teknik ujian diagnostik dan analisis soal selidik digunakan untuk meninjau ingatan murid dalam topik “Kemandirian Tumbuhan”.

Isu keprihatinan kedua ialah minat murid dalam topik “Kemandirian

Tumbuhan”. Hal ini adalah kerana semasa saya mengajar, ekspresi muka murid juga kelihatan murung dan tidak bersemangat. Ini menunjukkan minat murid terhadap topik pembelajaran tersebut rendah memandangkan mereka selalu tidak menumpukan perhatian dalam kelas. Teknik analisis pemerhatian dan analisis soal selidik digunakan untuk meninjau minat murid dalam PdP topik “Kemandirian Tumbuhan”. Rajah 1 menunjukkan contoh jawapan yang diberi oleh murid A dalam ujian diagnostik.

Jadual 1 menunjukkan prestasi murid Tahun Lima terhadap PdP “Kemandirian Tumbuhan” dalam ujian diagnostik.

Jadual 1 Prestasi murid-murid Tahun Lima dalam ujian diagnostik

Bilangan soalan yang betul Bilangan murid Peratus

11-16 5 19.23% 6-10 16 61.54% 0-5 5 19.23%

Melalui dapatan ujian diagnostik (Jadual 1), terdapat lima (19.23%) orang murid yang dapat menjawab lebih daripada 10 soalan dengan betul. Seramai 16 (61.54%) orang murid pula dapat menjawab antara enam hingga sembilan soalan

Page 282: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 264-278

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

266

dengan betul. Namun, terdapat lima (19.23%) orang murid yang menjawab kurang daripada enam soalan dengan betul. Justeru, melalui ujian diagnostik ini, saya dapat mengesan bahawa tahap penguasaan lima orang murid dalam topik “Kemandirian Tumbuhan” adalah sangat rendah.

Selain itu, saya juga membuat tinjauan awal tentang ingatan peserta kajian

dalam PdP “Kemandirian Tumbuhan” melalui kaedah soal selidik. Jadual 2 menunjukkan dapatan soal selidik bagi item 3 dan 5 daripada kelima-lima responden kajian. Jadual 2 Dapatan soal selidik bagi item 3 dan 5 daripada kelima-lima responden kajian

Bil Item soalan Setuju Tidak setuju

3 Saya faham dan ingat apa yang diajar oleh guru hari ini.

0 5

5 Saya boleh menyatakan semula isi kandungan pembelajaran hari ini.

0 5

Berdasarkan Jadual 2, didapati kelima-lima responden kajian tidak dapat

mengingat isi-isi bagi topik “Kemandirian Tumbuhan” yang disampaikan oleh guru. Selain itu, semua responden kajian juga tidak dapat menyatakan semula isi kandungan pembelajaran yang telah dipelajari.

Saya telah membuat pemerhatian terhadap kelima-lima responden kajian saya.

Jadual 3 menunjukkan pemerhatian guru terhadap tingkah laku dan respon murid semasa PdP. Jadual 3 Tinjauan awal masalah melalui teknik pemerhatian

Melalui pemerhatian saya, kelima-lima orang murid sering tidak memberi

tumpuan dalam PdP Sains. Murid-murid tersebut mempunyai persamaan iaitu suka berkhayal dan tidak pernah menanya soalan dalam kelas. Selain itu, murid-murid tersebut juga tidak menunjukkan usaha dalam menyiapkan kerja rumahnya. Mereka amat pasif dan tidak menunjukkan minat dalam pembelajaran sains.

Soal selidik juga diagihkan kepada lima orang responden kajian saya. Jadual 4

menunjukkan hasil dapatan soal selidik daripada kelima-lima murid tersebut.

Langkah Pemerhatian

Pemerhatian awal kelima-lima orang murid sering tidak memberi tumpuan dalam PdP yang dilaksanakan oleh saya.

Pemerhatian yang lebih lanjut dari aspek tingkah laku kelima-lima orang murid

Murid A merupakan seorang yang pendiam dan pasif. Apabila saya menanya soalan, dia hanya mengeleng-geleng kepalanya.

Murid B dan C sentiasa berkhayal dalam kelas. Mereka tidak dapat menjawab soalan saya dan kadang-kadang mereka tidak mengetahui kehendak soalan saya.

Murid D dan E selalu bersembang dengan rakan sebelahnya dan suka berjalan ke sana sini semasa saya mengajar. Apabila saya mengutarakan soalan kepada mereka, mereka hanya mengeleng-geleng kepala mereka sahaja.

Page 283: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 264-278

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

267

Jadual 4 Dapatan soal selidik bagi item 1,2 dan 4 daripada kelima-lima responden kajian

Bil Item soalan Setuju Tidak setuju

1 Saya berasa seronok semasa belajar topik “Kemandirian Tumbuhan”.

1 4

2 Saya suka cara pengajaran guru hari ini. 1 4 4 Saya berasa mengantuk semasa guru

mengajar. 4 1

Berdasarkan Jadual 4, didapati empat orang daripada lima orang responden kajian berasa tidak seronok dan juga tidak suka cara pengajaran guru semasa PdP topik “Kemandirian Tumbuhan”. Hanya seorang sahaja yang berasa seronok dan suka cara pengajaran guru semasa PdP topik tersebut. Sebanyak empat daripada lima orang responden kajian mengatakan bahawa mereka berasa mengantuk semasa sesi pembelajaran. Hanya seorang responden kajian yang tidak berasa mengantuk semasa PdP “Kemandirian Tumbuhan”.

Secara kesimpulan, saya telah mengetahui keperluan saya untuk menjalankan

kajian tindakan ini bagi membantu kelima-lima orang murid tersebut selepas membuat tinjauan awal. Maka, saya akan menggunakan salah satu peta yang terkandung dalam peta pemikiran iaitu peta dakap untuk melihat keberkesanannya terhadap peningkatan ingatan dan minat murid dalam PdP “Kemandirian Tumbuhan”.

Objektif kajian Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan peta dakap untuk meningkatkan: a) Ingatan lima orang murid kelas Tahun Lima dalam topik “kemandirian

Tumbuhan”. b) Minat lima orang murid kelas Tahun Lima dalam PdP topik “kemandirian

Tumbuhan”. Soalan Kajian Berdasarkan objektif kajian, soalan-soalan kajian adalah seperti berikut: a) Sejauh manakah penggunaan peta dakap dapat meningkatkan ingatan lima

orang murid kelas Tahun Lima dalam topik “Kemandirian Tumbuhan”? b) Sejauh manakah penggunaan kaedah peta dakap dapat meningkatkan minat

lima orang murid kelas Tahun Lima dalam PdP topik “Kemandirian Tumbuhan”?

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan Prosedur Tindakan

Pelaksanaan PdP berdasarkan penggunaan peta dakap telah bermula dari 31 Mac hingga 25 April 2014. Penggunaan peta dakap hanya difokuskan kepada topik “Kemandirian Tumbuhan” sahaja.

Sebelum kajian bermula, saya telah memohon kebenaran daripada pihak sekolah untuk membenarkan saya menjalankan kajian ini. Selain daripada kebenaran daripada pihak sekolah, saya juga telah mendapatkan persetujuan penyertaan kelima-lima responden kajian untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Tambahan pula, responden-responden kajian dimaklumkan bahawa segala respon yang diberi oleh mereka tidak akan diubahsuai demi kepentingan diri saya atau pihak lain. Hak-hak responden-responden kajian juga diterangkan kepada mereka iaitu mereka boleh menarik diri pada bila-bila masa sekiranya tidak selesa

Page 284: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 264-278

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

268

dengan kajian ini. Responden-responden kajian juga membenarkan saya mengambil gambar mereka semasa kajian dijalankan. Gambar-gambar yang diambil adalah untuk dijadikan bahan sokongan kepada kajian saya. Langkah-langkah tindakan yang dijalankan adalah seperti berikut:

i. Fokus pembelajaran empat jenis agen pencaran dalam topik “Kemandirian Tumbuhan” diagihkan kepada lima sesi PdP. Jadual 6 menunjukkan pengagihan pembelajaran topik “Kemandirian Tumbuhan” dalam lima sesi PdP.

ii. Membuat perancangan pelaksanaan sesi PdP bagi topik “Kemandirian Tumbuhan”.

iii. Sebelum pelaksanaan PdP dengan menggunakan kaedah peta dakap, borang soal selidik diedarkan. Selain itu, ujian diagnostik dan temu bual juga dilaksanakan untuk mendapat data sebelum penggunaan peta dakap dalam topik “Kemandirian Tumbuhan”.

iv. Melaksanakan lima sesi PdP bagi topik “Kemandirian Tumbuhan”. v. Membuat temu bual, pemerhatian dan mengedarkan soal selidik kepada

responden-responden kajian selepas pelaksanaan kaedah penggunaan peta dakap dalam topik “Kemandirian Tumbuhan”. Ujian kesan tindakan juga diberi kepada responden-responden kajian.

Jadual 5 Pengagihan fokus pembelajaran dalam lima sesi pembelajaran terhadap kelima-lima responden kajian

Sesi Fokus pembelajaran

1 Agen pencaran air

contoh-contoh buah/ tumbuhan

ciri-ciri 2 Agen pencaran angin

contoh-contoh buah/ tumbuhan

ciri-ciri 3 Agen pencaran haiwan

contoh-contoh

ciri-ciri 4 Mekanisme letupan

contoh-contoh buah/ tumbuhan

ciri-ciri 5 Agen pencaran air, agen pencaran angin, agen pencaran haiwan

mekanisme letupan

contoh-contoh buah/ tumbuhan

ciri-ciri

Pelaksanaan Tindakan Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti: 1. Pada sesi yang pertama, guru mendedahkan panduan untuk menghasilkan

peta dakap. a) Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya b) Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa

kumpulan/kategori. c) Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan. d) Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori. e) Gariskan setiap contoh yang ditulis.

(Sumber: Membudayakan Kemahiran Berfikir, KPM, 2014)

Page 285: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 264-278

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

269

2. Selepas tamat satu sesi pembelajaran, guru mengagihkan satu bingkai peta dakap yang kosong kepada murid. Murid dikehendaki menyenaraikan segala yang berkaitan dengan jenis agen pencaran yang difokuskan pada sesi tersebut dalam bingkai peta dakap yang telah disediakan.

3. Selepas murid menyiapkan peta dakapnya, guru membimbing murid melihat kandungan dalam peta dakapnya.

4. Pada sesi yang seterusnya, bingkai peta dakap tidak diberi lagi. Murid dikehendaki untuk melakarkan peta dakap sendiri. Idea-idea murid tentang pembelajaran pada sesi tersebut disusun dalam peta dakap tersebut.

5. Pada sesi pembelajaran yang terakhir, murid dikehendaki untuk merumuskan kesemua agen pencaran yang telah dipelajari dalam sebuah peta dakap. Bangkai bagi peta dakap disediakan untuk murid.

6. Selepas kelima-lima sesi tersebut, ujian kesan tindakan diedarkan kepada murid untuk menilai kefahaman murid terhadap topik pembelajaran tersebut.

Kaedah Kajian

Peserta Kajian Kumpulan sasaran untuk kajian penyelidikan tindakan ini terdiri daripada lima

orang murid Tahun Limayang belajar di sekolah kebangsaan X (nama samaran) di daerah Kuching. Responden-responden kajian terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan. Rasional pemilihan mereka sebagai responden kajian saya adalah berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian diagnostik iaitu mereka hanya dapat menjawab 5 soalan ke bawah dengan betul. Di samping itu, mereka juga mempunyai minat yang rendah dalam topik “ Kemandirian Tumbuhan”. Etika Penyelidikan

Sebelum menjalankan kajian ini, saya telah mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah dan seterusnya kebenaran secara lisan daripada responden-responden kajian untuk melibatkan diri dalam ini. Saya juga memastikan murid-murid menjadi responden kajian secara sukarela dan tidak dipaksa untuk melibatkan diri dalam kajian ini. Selepas itu, saya juga menerangkan kepada responden-responden kajian mengenai tujuan penyelidikan tindakan dan perkara yang akan mereka lakukan sepanjang penyelidikan ini. Semua responden-responden kajian bersetuju untuk menyertai kajian ini. Seterusnya, saya juga telah berjanji bersikap jujur dalam pengumpulan data, iaitu tidak menukar atau memanipulasi data yang dikumpul dengan sesuka hati semata-mata memenuhi kehendak saya.

Teknik Mengumpul Data Temu Bual

Saya telah menemu bual kelima-lima responden kajian saya. Saya menggunakan temu bual berstruktur untuk mengumpul maklumat tentang ingatan dan juga minat responden-responden kajian. Sesi temu bual dikendalikan sebelum dan selepas penggunaan peta dakap dalam topik “Kemandirian Tumbuhan”. Ujian Diagnostik dan Ujian Kesan Tindakan

Ujian diagnostik dan ujian kesan tindakan digunakan untuk mengesan ingatan responden-responden kajian mengenai topik “Kemandirian Tumbuhan”. Ujian diagnostik dan ujian kesan tindakan yang disediakan mengandungi 16 soalan. Ujian

Page 286: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 264-278

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

270

yang disediakan merangkumi 16 soalan subjektif. Soalan-soalan subektif tersebut memerlukan murid mengisi jawapan yang betul dalam tempat kosong yang telah disediakan. Pemerhatian

Kaedah pemerhatian oleh rakan sepenyelidik telah dijalankan untuk melihat tingkah laku dan minat responden-responden kajian semasa PdP dijalankan. Nota lapangan digunakan untuk mencatat sesi pembelajaran selepas penggunaan peta dakap.

Soal selidik Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada responden-responden

kajian untuk mendapat maklum balas mereka terhadap keberkesanan penggunaan peta dakap dari aspek-aspek ingatan dan minat murid dalam topik “Kemandirian Tumbuhan”. Responden dikehendaki menjawab soal selidik sebelum dan selepas penggunaan kaedah peta dakap dalam topik “Kemandirian Tumbuhan”. Responden kajian diminta untuk menjawab lima soalan item soal selidik Skala Likert Lima Mata. Teknik Menganalisis Data Analisis Kandungan

Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data kualitatif dan kuantitatif, seperti data temu bual, nota lapangan dan gambar. Bagi langkah analisis kandungan data temu bual secara kualitatif dan kuantitatif, saya memberi tumpuan kepada maklumat penting dalam transkrip temu bual. Kemudian, maklumat penting dikategorikan bagi membentuk tema untuk menjawab soalan kajian. Selepas itu, saya menyusun data dalam grid analisis. Penentuan isu berasaskan persoalan kajian dilakukan dan seterusnya diikuti dengan aktiviti kajian susulan untuk membuat penambahbaikan tindakan intervensi yang dijalankan. Langkah sama digunakan untuk membuat analisis kandungan nota lapangan secara kualitatif. Analisis Deskriptif Statistik

Teknik ini digunakan untuk menganalisis data kuantitatif, seperti data yang dikumpul melalui borang soal selidik. Nilai min bagi setiap item dikira untuk menunjukkan perubahan kadar minat peserta kajian bagi sebelum dan selepas menggunakan peta dakap dalam proses PdP “Kemandirian Tumbuhan”.

Selain itu, analisis deskriptif statistik juga digunakan untuk mengira peratus bagi keputusan ujian diagnostik dan ujian kesan tindakan sebelum dan selepas menggunakan peta dakap dalam proses PdP “Kemandirian Tumbuhan”. Kaedah ini dapat menunjukkan perubahan ingatan responden kajian dalam “Kemandirian Tumbuhan”.

Teknik Menyemak Data Triangulasi kaedah

Antara kaedah yang digunakan untuk menyemak data mengenai soalan kajian pertama iaitu ingatan muridtermasuklah triangulasi data temu bual serta data ujian diagnostik dan ujian kesan tindakan. Bagi soalan kajian yang kedua iaitu minat murid, kaedah-kaedah yang digunakan untuk menyemak data termasuklah triangulasi data temu bual, pemerhatian dan soal selidik.Kredibiliti data yang telah dikumpul dapat dikenalpasti apabila perbandingan dilakukan. Dengan mempunyai

Page 287: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 264-278

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

271

kaedah pengumpulan data yang pelbagai, ketidaksamaan dan perbezaan dalam pengintepretasian data dapat dielakkan. Triangulasi penyelidik

Untuk menyemak data bagi soalan kajian kedua, saya meminta rakan pasangan praktikum saya untuk membuat pemerhatiandan pemantauan sepanjang proses pelaksanaan kajian di dalam kelas. Pemerhatian dan pemantauan beliau tentang proses PdP saya dicatat dalam nota lapangan yang kemudiaan dianalisis sebagai sokongan terhadap tafsiran yang telah saya buat. Triangulasi masa

Triangulasi masa dilakukan dengan mengumpul semula data dalam satu tempoh. Triangulasi ini digunakan untuk menyemak data bagi soalan kajian pertama. Soalan ujian diagnostik dan ujian kesan tindakanadalah sama dari segi jenis, skop, tahap kesukaran dan hasil pembelajaran tetapi dilaksanakan pada masa yang berbeza untuk tujuan meninjau peningkatan ingatan murid dalam topik “Kemandirian Tumbuhan”.

Refleksi

Refleksi Dapatan

Soalan kajian 1: Apakah kesan penggunaan peta dakap terhadap

peningkataningatan lima orang murid Tahun Lima dalam topik “kemandirian

Tumbuhan”?

Untuk mengesan keberkesanan penggunaan peta dakap terhadap peningkataningatan lima orang murid Tahun Lima dalam topik “Kemandirian Tumbuhan”, dua kaedah iaitu temu bual dan ujian kesan tindakan digunakan dalam pengumpulan data. Kesemua kaedah ini memainkan peranan yang penting bagi menjawab persoalan ini.

Merujuk kepada data hasil analisis temu bual, ingatan para responden kajian dalam topik “Kemandirian Tumbuhan” meningkat selepas kaedah peta dakap digunakan dalam pembelajaran tersebut. Data temu bual sebelum tindakan yang ditunjukkan pada Jadual 6 telah menunjukkan semua responden kajian mempunyai daya ingatan yang rendah dalam PdP “Kemandirian Tumbuhan”. Jadual 6 Daya ingatan responden kajian dalam topik “Kemandirian Tumbuhan” sebelum penggunaan peta dakap

Nama murid Bilangan Jawapan yang betul Jumlah Daya ingatan

Contoh-contoh Ciri-ciri

A 0 0 0 Rendah B 1 1 2 Rendah C 1 1 2 Rendah D 1 1 2 Rendah E 0 1 1 Rendah

Kebanyakan responden kajian tidak dapat mengingat dan menjawab dengan

tepat secara lisan apabila ditanya. Terdapat responden kajian yang memberi jawapan bahawa kelapa dipencar melalui angin kerana pokok kelapa ditiup angin.

Page 288: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 264-278

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

272

Ini jelas menunjukkan mereka tidak dapat mengingat fakta-fakta dalam topik pembelajaran tersebut. Jadual 7 menunjukkan peningkatan daya ingatan responden kajian dalam topik “kemandirian tumbuhan” selepas penggunaan peta dakap. Jadual 7 Daya ingatan responden kajian dalam topik “Kemandirian Tumbuhan” selepas penggunaan peta dakap

Nama murid

Bilangan Jawapan yang betul Jumlah Daya ingatan

Contoh-contoh Ciri-ciri

A 1 2 3 Sederhana B 2 2 4 Tinggi C 2 2 4 Tinggi D 2 2 4 Tinggi E 2 2 4 Tinggi

Berdasarkan Jadual 7, didapati selepas penggunaan peta dakap dalam

pembelajaran “Kemandirian Tumbuhan”, empat daripada lima responden kajian dapat menjawab semua soalan saya dengan tepat dan betul. Hanya seorang sahaja yang tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul. Kesemua responden telah menunjukkan peningkatan ingatan dalam pembelajaran.

Dalam ujian diagnostik yang mengandungi 16 soalan, responden-responden

kajian hanya mampu menjawab tiga hingga lima soalan dengan betul. Selepas penggunaan peta dakap, ujian kesan tindakan diberikan kepada mereka untuk menguji ingatan mereka supaya dapat dibandingkan dengan hasil dapatan ujian diagnostik.

Seperti ujian dianogstik, ujian kesan tindakan juga mengandungi 16 soalan.

Daripada 16 soalan tersebut, responden–responden kajian dapat menjawab 14 hingga 16 soalan dengan betul selepas penggunaan peta dakap dalam pembelajaran “Kemandirian Tumbuhan”. Jadual 8 menunjukkan perbandingan pencapaian bagi sebelum dan selepas penggunaan peta dakap, ujian kesan tindakan diberikan kepada mereka untuk menguji ingatan mereka supaya dapat dibandingkan dengan hasil dapatan ujian diagnostik. Jadual 8 Perbandingan pencapaian ujian diagnostik dan ujian kesan tindakan responden

Nama Jantina Ujian diagnostik Ujian kesan tindakan Peningkatan peratus Jumlah

soalan yang betul

Peratus Jumlah soalan yang betul

Peratus

A P 3 19% 14 88% +69%

B L 5 31% 16 100% +69% C L 5 31% 16 100% +69% D L 5 31% 16 100% +69%

E L 4 25% 16 100% +75%

Data ujian diagnostik dan ujian kesan tindakan diinterpreasikan dalam bentuk graf bar supaya dapat melihat perbezaan antara markah ujian diagnostik dan ujian

Page 289: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 264-278

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

273

19 31 31 31 25

88 100 100 100 100

A B C D E

Graf Perbandingan Peratusan antara Ujian Diagnostik dan Ujian Kesan Tindakan

Ujian Diagnostik Ujian Kesan

kesan tindakan dengan lebih ketara. Rajah 1 menunjukkan graf perbandingan peratusan antara ujian diagnostik dan ujian kesan tindakan.

Rajah 1.Graf Perbandingan Peratusan antara Ujian Diagnostik dan Ujian Kesan Tindakan

Berdasarkan Rajah 1, terdapat peningkatan yang ketara bagi data dapatan ujian kesan tindakan jika dibandingkan dengan ujian diagnostik dapat dilihat melalui peningkatan peratusan di antara 69% hingga 75%. Hal ini menunjukkan ingatan responden-responden kajian telah meningkat memandangkan kebanyakan mereka dapat menjawab soalan dengan betul dan tepat.

Dapatan-dapatan kajian daripada analisis temu bual, soal selidik dan ujian

kesan tindakan saya disokong oleh dapatan kajian Katayama & Robinson (2000) yang menyatakan pelajar menyimpan dan mendapatkan semula maklumat dengan baik apabila pengurusan grafik, digunakan. Hal ini adalah kerana pengurusan grafik dapat disimpan dalam ingatan seseorang sama seperti sekeping gambar yang disimpan. Pencipta atau pengasas peta berfikir, D.Hyerle, mengakui bahawa alat-alat visual dapat membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Pembelajaran boleh diajar dalam masa yang singkat dengan peningkatan pengekalan ingatan (Hyerle dan Curtis, 2001).

Marzano (2003, melalui Hickie, 2006) menyatakan bahawa penggunaan peta

pemikiran iaitu peta dakap yang khusus ini secara berulangan dapat dijadikan sebagai satu cara untuk mengintegrasikan dan mengekalkan pengetahuan dalam ingatan kekal. Kajian Blount (1998) menyatakan bahawa terdapat peningkatan pencapaian akademik bagi murid yang berpencapaian rendah dan juga tinggi selepas didedahkan kepada peta pemikiran.

Soalan kajian 2: Apakah kesan penggunaan kaedah peta dakap terhadap minat lima orang murid Tahun Lima dalam topik “Kemandirian Tumbuhan”?

Untuk mengesan keberkesanan penggunaan peta dakap terhadap peningkatanminat lima orang murid Tahun Lima dalam PdP topik “kemandirian Tumbuhan”, tiga kaedah iaitu pemerhatian, temu bual dan soal selidik digunakan dalam pengumpulan data. Kesemua kaedah ini memainkan peranan yang penting bagi menjawab persoalan ini.

Page 290: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 264-278

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

274

Merujuk kepada data hasil analisis nota lapangan, minat para responden kajian dalam topik “Kemandirian Tumbuhan” meningkat selepas kaedah peta dakap digunakan dalam pembelajaran tersebut. Rajah 2 menunjukkan menunjukkan kandungan nota lapangan yang telah dianalisis.

Topik : Kemandirian Tumbuhan Tarikh : 17/2/2014 Masa : 7.20-8.50 am

Peristiwa/ catatan Murid-murid datang ke sesi pembelajaran tepat pada masanya. Mereka duduk di tempat

masing-masing sebaik sahaja masuk ke kelas. Mereka tidak bersabar-sabar ingin mencatatkan isi-isi pembelajaran yang diajar oleh guru ke dalam peta dakap walaupun guru belum habis mengajar tentang hasil pembelajaran hari ini.

Selain itu, murid-murid juga membuat peta dakap sendiri tanpa bertanya-tanya dengan rakan di sebelahnya atau guru sebaik sahaja mendapat lembaran kerja. Selepas itu, murid-murid berlumba-lumba antara satu sama lain untuk menyiapkan peta dakap mereka. Ekspresi muka murid-murid adalah riang dan bersemangat semasa melukis peta dakap bagi topik tersebut. Mereka berasa amat seronok dan kelihatan amat berminat terhadap topik “Kemandirian Tumbuhan”. Di samping itu, murid-murid juga berupaya menyiapkan peta dakap tersebut dengan betul dan cepat.

Petunjuk: Berminat

Tidak berminat

Rajah 2. Analisis kandungan nota lapangan semasa penggunaan kaedah peta dakap dalam pembelajaran “Kemandirian Tumbuhan”.

Dengan merujuk kepada Rajah 2, didapati tingkah laku dan ekspresi muka murid menunjukkan murid berminat terhadap pembelajaran tersebut selepas peta dakap digunakan. Tingkahlaku responden-responden kajian seperti datang pada tepat masa, tidak besabar-sabar hendak melukis peta dakap dan berlumba-lumba di antara satu sama lain untuk menyiapkan peta dakap menunjukkan murid berminat dalam pembelajaran. Selain itu, ekspresi muka mereka juga riang dan bersemangat.

Saya juga telah menjalankan temu bual terhadap kelima-lima responden kajian saya bagi menjawab soalan kajian kedua iaitu minat murid terhadap proses PdP “Kemandirian Tumbuhan”. Berpandukan Rajah 3 dan 4 mengenai analisis data bagi temu bual, minat murid dalam “Kemandirian Tumbuhan” berjaya ditingkatkanselepas kaedah peta dakap digunakan dalam pembelajaran tersebut. Rajah 3 menunjukkan minat murid sebelum penggunaan peta dakap dalam proses PdP.

Rajah 3. Minat Murid-murid dalam topik “Kemandirian Tumbuhan” sebelum penggunaan peta dakap

Minat murid-murid dalam Topik “Kemandirian Tumbuhan”

Minat Tidak Berminat

Ingatan murid Persepsi murid Persepsi

murid

Kaedah PdP

Ingin

tahu

Boleh

melihat

buah dan

tumbuhan

Stres

Bosan

Pening

kepala

Tidak dapat

ingat

Banyak yang

perlu dihafal

Page 291: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 264-278

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

275

Berdasarkan Rajah 3, perasaan murid terhadap topik tersebut sebelum penggunaan peta dakap adalah stres, bosan dan sakit kepala. Hanya seorang murid yang mempunyai perasaan positif terhadap topik tersebut iaitu perasaan ingin tahu. Selain itu, murid juga tidak berminat dalam pembelajaran tersebut kerana mereka berasa topik teresebut susah dan mempunyai banyak perkara yang perlu diingat. Namun, persepsi murid-murid terhadap topik tersebut telah berubah selepas kaedah peta dakap digunakan dalam pembelajaran tersebut. Rajah 4 menunjukkan minat Murid-murid dalam topik “Kemandirian Tumbuhan” selepas penggunaan peta dakap.

Rajah 4. Minat Murid-murid dalam topik “Kemadirian Tumbuhan” selepas penggunaan peta dakap

Berdasarkan dapatan Rajah 4, responden kajian telah mengikis tanggapan negatif terhadap PdP “Kemandirian Tumbuhan” iaitu bosan, susah, banyak hafalan kepada seronok, senang dan juga mudah diingat. Tidak ada murid yang tidak berminat terhadap PdP “Kemandirian Tumbuhan”. Maka, minat responden-responden kajian dalam topik tersebut telah dipertingkatkan secara tidak langsung.

Di samping itu, kelima-lima responden kajian saya juga telah menjawab borang soal selidik yang telah disediakan oleh saya. Jadual 9 menunjukkan perbandingan item-item soal selidik bagi sebelum dan selepas menggunakan peta dakap.

Minat murid-murid dalam Topik “Kemandirian Tumbuhan”

Minat Tidak Berminat

Ingatan Persepsi murid Kaedah PdP

Seronok Seronok melukis peta

dakap

Faham dan ingat

Senang dipelajari Gembira

Peta dakap

meningkatkan ingatan Senang hati

Tidak banyak hafalan

Page 292: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 264-278

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

276

Jadual 9 Perbandingan item-item soal selidik bagi sebelum dan selepas menggunakan peta dakap

Bil Item Min Perbezaan Min Fasa sebelum Fasa selepas

1 Saya berasa seronok semasa belajar topik “Kemandirian Tumbuhan”.

2.6 4.2 1.6

2 Saya suka cara pengajaran guru hari ini.

2.4 4.6 2.2

3 Saya faham dan ingat apa yang diajar oleh guru hari ini.

1.8 4.6 2.8

4 Saya berasa mengantuk semasa guru mengajar.

4.0 1.8 -2.2

5 Saya berasa keliru terhadap topik pembelajaran hari ini.

4.2 1.4 -2.8

Berdasarkan Jadual 19, peningkatan min bagi item pertama yang sebanyak

1.6 menunjukkan bahawa responden kajian berasa lebih seronok selepas penggunaan kaedah peta dakap dalam topik “Kemandirian Tumbuhan”. Peningkatan min bagi item yang kedua iaitu 2.2 menunjukkan responden kajian lebih berminat dan suka terhadap cara pengajaran guru. Bagi item yang ketiga, peningkatan min sebanyak 2.8 menunjukkan responden kajian berupaya mengingat isi pembelajaran dalam topik “Kemandirian Tumbuhan” dengan berkesan. Item yang keempat dan kelima merupakan item negatif. Penurunan min perbezaaan yang sebanyak -2.2 bagi item keempat menunjukkan responden kajian tidak lagi berasa mengantuk semasa pembelajaran. Perbezaan min bagi item yang kelima adalah sebanyak -2.8. Penurunan min ini menunjukkan bahawa responden-responden kajian tidak lagi berasa keliru semasa PdP topik “Kemandirian Tumbuhan”.

Secara keseluruhan, data yang diperoleh dalam soal selidik ini jelas

menunjukkan bahawa penggunaan kaedah peta dakap dapat meningkatkan minat murid. dalam topik “Kemandirian Tumbuhan”

Dapatan-dapatan kajian saya mengenai minat murid dipertingkatkan selepas

penggunaan peta dakap disokong oleh Hyerle (2010) yang menyatakan peta pemikiran membantu murid berdikari, memotivasi murid dan membolehkan murid dan juga guru untuk melihat apa yang murid itu sedang berfikir. Maka, minat murid dalam topik “Kemandirian Tumbuhan” dapat dipertingkatkan selepas penggunaan peta dakap.

Dapatan kajian saya juga disokong oleh Idon (2003) yang menyatakan peta

berfikir membantu murid menumpukan perhatian dengan mudah pada idea-idea dan membuat ia lebih mudah untuk difokus. Di samping itu, ia juga memupuk kebebasan berfikir dan penerokaan. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan minat murid dalam pembelajaran “Kemandirian Tumbuhan”.

Page 293: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 264-278

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

277

Refleksi Penilaian Tindakan Kesan terhadap Peserta Kajian

Penggunaan peta dakap dalam pembelajaran topik “Kemandirian Tumbuhan” dapat meningkatkan ingatan murid. Hal ini adalah kerana pemikiran atau idea murid dirangsang dan seterusnya disusun dalam peta dakap. Penggunaan peta dakap berfungsi sebagai sebuah alat visual yang dapat menyusun isi-isi pembelajaran dalam bentuk yang teratur dan jelas. Apabila idea murid dirangsang dan disusun dalam sebuah alat visual, maka ini dapat meningkatkan ingatan murid terhadap topik tersebut.

Apabila ingatan murid terhadap topik “Kemandirian Tumbuhan” meningkat, ini sekaligus meningkatkan motivasi mereka dalam mempelajari topik tersebut. Apabila motivasi murid meningkat, minat murid dalam topik tersebut juga akan meningkat secara tidak langsung. Jadi, penggunaan peta dakap dalam pembelajaran topik tersebut memberi kesan positif terhadap minat pembelajaran murid-murid terhadap topik itu.

Kesan terhadap Pengkaji

Kajian ini memberi saya satu pemahaman yang lebih mendalam mengenai

konsep I-think. Kelebihan dan kesan penggunaan peta dakap dalam “Kemandirian

Tumbuhan” telah dikaji dalam kajian ini. Ini secara tidak langsung membolehkan

saya mengetahui kelebihan penggunaan peta pemikiran dalam PdP Sains. Kajian

ini juga dapat membantu saya meninjau keberkesanan peta dakap dalam topik

“Kemandirian Tumbuhan”. Dapatan kajian saya menunjukkan bahawa peta dakap

berkesan dalam meningkatkan ingatan dan minat murid dalam topik tersebut.

Kesan terhadap Pihak Sekolah Kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru di sekolah terhadap kesan

positif penggunaan peta pemikiran I-THINK dalam PdP. Ini adalah kerana kajian ini membekalkan data dan maklumat tentang keberkesanan konsep I-think ini dalam PdP. Data dan maklumat ini akan menyakinkan guru-guru yang lain untuk mengaplikasikan konsep ini dalam PdP mereka tanpa keraguan. Refleksi Pembelajaran Kendiri

Selepas melaksanakanprojek ini, saya mempelajari kemahiran-kemahiran yang digunakan untuk menjalankan sesuatu penyelidikan tindakan.Kemahiran-kemahiran tersebut adalah seperti mereflek, merancang, mengutip data dan menganalisis data.

Dalam kajian ini, saya juga dapat mengetahui bahawa kita harus berani mencuba kaedah baru. Kalau belum cuba, kita tidak akan tahu hasil dapatannya. Tambahan pula, kita harus mempunyai sikap positif dan terbuka untuk menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui setiap percubaan tersebut.

Melalui kajian ini, saya juga telah mempunyai pemahaman yang lebih mendalam mengenai konsep I-think. Hal ini adalah kerana saya telah membuat tinjauan literatur tentang konsep tersebut. Ini secara tidak langusng membolehkan saya mengetahui kelebihan penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran Sains.

Page 294: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 264-278

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

278

Kajian ini juga melatih saya untuk mengaplikasikan konsep I-think seperti disarankan oleh KPM dalam PdP. i-THINK melahirkan murid dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang. Prestasi pencapaian juga dapat meningkat. Bukan itu sahaja, mereka juga lebih berkeyakinan semasa menjawab soalan.

Secara kesimpulannya, kajian ini telah melatih saya untuk mereflek secara kritis dan sistematik tentang amalan PdP saya dan mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya. Diharapkan melalui kajian tindakan ini, saya akan lebih peka dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid pada masa hadapan.

Cadangan Kajian Lanjutan

Sebagai cadangan penambahbaikan, saya boleh melaksanakan penggunaan

peta dakap dalam mata pelajaran yang lain untuk melihat keberkesanannya. Saya

ingin mempelbagaikan jenis peta I-think dalam pembelajaran Sains dan tidak terhad

kepada pengunaan satu peta sahaja. Saya ingin melanjutkan kajian bagi

menambahkan bilangan responden kajian supaya dapat memanfaatkan lebih ramai

murid . Selain itu, saya juga ingin menggunakan pensel warna semasa melukis peta

dakap memandangkan kajian ini hanya tertumpu kepada pelukisan peta dakap

dengan menggunakan pensel sahaja

Rujukan

Blount, M. H. (1998). The effect of thinking map in reading retention. Diakses pada Februari 10, 2014, dari http://www.thinkingfoundation.org/research/graduate_ studies/pdf/blount-masters.pdf

Hickie, K. M. (2006). An examination of student performance in reading/language and mathematics after two years of thinking maps® implementation in three tennessee schools. Diakses pada Februari 15, 2014,dari http://www.thinkingfoun dation.org/research/graduate_studies/pdf/HickieK_study.pdf

Hyerle, D., & Curtis, S. (2001). Thinking maps training. Training session conducted at the Innovative Learning Group conference, Nashua, NH.

Idon. (2003). "Visual thinking" Diaskes pada Februari 10, 2014, dari www.idonresources.com/ct/visualthinking. Katayama, A. D. & Robinson, D. H. (2000) Getting students "partially" involved in

note-taking using graphic organizers. The Journal of Experimental Education, 68, 119-133.

Membudayakan kemahiran berfikir. (2014). Diakses pada Februari 10, 2014, dari http://www.lmsipda.net/lms/file.php/1/ithink/PemikiranA.pdf

Page 295: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 279-282

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

279

GAMBAR-GAMBAR PELAKSANAAN SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2011 TAHUN 2014

Rajah 1. Pembentangan kertas kerja oleh Angela Hii Ai Yin

Rajah 2. Pembentangan kertas kerja oleh Wong Liew Ling

Rajah 3. Pembentangan kertas kerja oleh Yeong Chan Yeu

Rajah 4. Pembentangan kertas kerja oleh Betty Lau Chien Lu

Rajah 5. Pembentangan kertas kerja oleh Tan Shi Jing

Rajah 6. Pembentangan kertas kerja oleh Chua Ee Wang

Page 296: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 279-282

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

280

Rajah 7. Pembentangan kertas kerja oleh Tang Kho Lee

Rajah 8. Pembentangan kertas kerja oleh Goh Poi Gek

Rajah 9. Pembentangan kertas kerja oleh Kelly Sim Boon Hui

Rajah 10. Pembentangan kertas kerja oleh Carina Chan Hui Hung

Rajah 11. Pembentangan kertas kerja oleh Sheila Lee Fui Li

Rajah 12. Pembentangan kertas kerja oleh Lau Yieng Sin

Page 297: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 279-282

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

281

Rajah 13. Pembentangan kertas kerja oleh Sia Soon Hung

Rajah 14. Pembentangan kertas kerja oleh Ruth Ting Sing Huong

Rajah 15. Pembentangan kertas kerja oleh Teoh Li Ming

Rajah 16. Pembentangan kertas kerja oleh Chang Tun Kuet

Rajah 17. Pembentangan kertas kerja oleh Sia Siew Bing

Rajah 18. Pembentangan kertas kerja oleh Chong Siau Nee

Page 298: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 279-282

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

282

SESI PENGGAMBARAN BERSAMA PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2011

270

Page 299: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Sains Ambilan Januari 2011, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014, ms 279-282

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

283

Autograf

Page 300: “Penyelidikan Tindakan serta penerbitan laporan penyelidikan tindakan. 2.0 RASIONAL Seminar Penyelidikan Tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek pengelolaan dan

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2014 2 & 3 September 2014/ IPG KBL

283