penyampaian lisan dalam pengajaran · pdf filepenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam...

24
i PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN KARANGAN GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU UNTUK MURID-MURID TINGKATAN EMPAT ROZITA RADHIAH BT. HJ. SAID GS 16703 TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH DOKTOR FALSAFAH FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SERDANG MAC 2012

Upload: vodiep

Post on 06-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

i

PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN KARANGAN

GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

UNTUK MURID-MURID TINGKATAN EMPAT

ROZITA RADHIAH BT. HJ. SAID

GS 16703

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH

IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SERDANG

MAC 2012

Page 2: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

ii

DEDIKASI

Untuk suami tercinta atas setiap dorongan, kesabaran dan kepercayaan

Untuk Fursan, Muiz, Masturah dan Maryam atas kesucian jiwa kalian

Untuk ibu bapaku dan kedua mertuaku atas doa dan ihsan

Jazakallahukhairankathira

Page 3: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

iii

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia

sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah

PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN KARANGAN

GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

UNTUK MURID-MURID TINGKATAN EMPAT

Oleh

ROZITA RADHIAH BT. HJ. SAID

Disember 2011

Pengerusi: Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Bin Jamian

Fakulti: Fakulti Pengajian Pendidikan

ABSTRAK

Penyelidikan kualitatif ini dijalankan untuk mengkaji penyampaian lisan

pengajaran karangan guru cemerlang Bahasa Melayu dalam kalangan murid-

murid tingkatan empat. Penyampaian lisan di dalam kajian ini merujuk

kepada pengajaran karangan guru cemerlang di dalam bilik darjah yang

bemula daripada peringkat permulaan, penyampaian isi dan penutupan.

Terangkum di dalam penyampaian lisan itu juga apa-apa cara atau sistem

mengajar sama ada dengan penggunaan pendekatan, kaedah atau teknik

dalam melaksanakan segala sesuatu yang dirancang, disediakan,

dikembangkan dan diakhiri dengan penilaian. Secara khusus tiga objektif

kajian ini adalah, pertama bertujuan untuk menghuraikan kefahaman guru

cemerlang tentang pengajaran karangan dan rasionalnya. Kedua, untuk

Page 4: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

iv

menerangkan cara pengajaran karangan guru cemerlang di dalam bilik darjah

dan ketiga, untuk menjelaskan bagaimanakah pelaksanaan penilaian

pengajaran karangan guru di dalam bilik darjah. Pengkaji menggunakan reka

bentuk kajian kes, iaitu satu kes pelbagai lokasi. Gabungan maklumat kajian

ini diperoleh menerusi kaedah pemerhatian dan rakaman video, temu bual

separa formal serta analisis dokumen-dokumen berkaitan. Data-data dalam

kajian ini dianalisis secara induktif bagi membolehkan pengkaji memahami

fenomena yang dikaji secara keseluruhan. Penganalisisan data juga dibuat

menggunakan teknik triangulasi terhadap ketiga-tiga kaedah pemerhatian

iaitu rakaman video, temu bual separa formal dan analisis dokumen. Seramai

lima orang peserta kajian yang terdiri daripada guru cemerlang telah dipilih

sebagai peserta kajian.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman iaitu pendapat yang

diutarakan daripada pengetahuan di dalam fikiran guru cemerlang tentang

apa yang dikatakan pengajaran karangan adalah bersamaan dengan garis

panduan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan

berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bermula daripada susuk

karangan yang diajar mestilah mengandungi perenggan pendahuluan,

perenggan isi dan perenggan penutupan, sehinggalah kepada cara

mengorganisasi perenggan, jumlah isi dan jumlah perkataan yang perlu

ditulis adalah akur kepada keperluan peperiksaan. Kefahaman ini dipegang

sebagai asas untuk merealisasikan ciri-ciri karangan cemerlang supaya

Page 5: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

v

menepati kriteria penskoran penulisan karangan umum yang digariskan oleh

Lembaga Peperiksaan Malaysia. Rasional yang diberikan adalah pada

akhirnya untuk memenuhi tuntutan peperiksaan.

Penyampaian lisan pengajaran karangan guru cemerlang memperlihatkan

ciri-ciri pengajaran konvensional yang ketara. Penyampaian lisan pengajaran

karangan di dalam bilik darjah adalah berpusatkan guru, berpusatkan bahan

dan berpusatkan disiplin. Murid hanya bertindak atas arahan atau pertanyaan

guru dan tugasan berbentuk individu. Pengajaran guru jelas berpandukan

objektif dan berasaskan pengetahuan, perancangan rutin, persekitaran

terkawal, rangsangan seluruhnya adalah daripada teks yang telah disediakan

lebih awal oleh guru. Guru juga mengemukakan jawapan melebihi soalan dan

satu soalan untuk jawapan yang panjang. Teknologi komputer hanya

digunakan untuk memberitahu bukan mengaplikasi perisian atau sebagai

enjin carian, manakala pergerakan murid terbatas kerana susunan kerusi meja

tetap sepanjang P&P yang berprosedur ketat. Rasional yang diberi oleh

peserta kajian atas dapatan tersebut adalah merujuk kepada saiz dan bilangan

murid di dalam bilik darjah, pengurusan masa, pengurusan bilik darjah, serta

tekanan sebagai GC untuk merealisasikan harapan pentadbir sekolah, ibu

bapa dan masyarakat atas tuntutan peperiksaan awam.

Pelaksanaan penilaian karangan murid-murid di dalam bilik darjah pula

dibuat dengan beberapa cara iaitu, (i) berdasarkan ciri-ciri karangan yang

Page 6: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

vi

menepati skor peperiksaan awam, (ii) berdasarkan kepada tercapai atau tidak

tercapai objektif pelajaran dan (iii) berdasarkan ujian sumatif dan ujian

formatif. Penilaian juga dibuat dengan jelas berpandukan garis panduan

penskoran peperiksaan awam supaya murid-murid dapat membiasakan diri.

Kriteria penskoran Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi peperiksaan SPM

digunakan sebagai garis panduan setiap peserta kajian untuk membuat

penilaian dan penentuan pencapaian standard terhadap kemahiran menulis

murid-murid. Maka penyampaian lisan pengajaran karangan guru di dalam

bilik darjah dilihat juga sebagai satu usaha menyediakan murid-murid ke arah

itu. Sama ada secara langsung atau secara tidak langsung penyampaian lisan

pengajaran karangan guru pasti menyentuh aspek penilaian, sifat-sifat luaran

karangan yang cemerlang, ciri-ciri karangan yang baik, penggredan dan juga

pemarkahan. Kajian ini mencadangkan agar kajian lanjutan dibuat khususnya

untuk mengenal pasti keperluan-keperluan atau faktor-faktor lain yang secara

nyata dapat membantu meningkatkan kemahiran mengajar karangan di dalam

bilik darjah.

Page 7: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

vii

Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia

in fulfilment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

ORAL DELIVERY COMPOSITION

AMONG THE EXCELLENT TEACHERS TEACHING

MALAY LANGUAGE TO FORM FOUR STEDENTS

By

ROZITA RADHIAH BT. HJ. SAID

Disember 2011

Chairperson: Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Bin Jamian

Faculty of Educational Study

ABSTRACT

This qualitative research was conducted to examine the aspects of oral

delivery composition among the best teachers whom teaching Malay

Language to Form Four students. Oral presentation in this study refers to the

teaching composition by teachers in a classroom which commenced from the

start, expansion and closure. Embodied in the oral presentation was also in

any manner or whether the system with the used of teaching approaches,

methods or techniques on carrying out a planned, prepared, developed, and

concludes with an assessment. In particular, there are three objectives of this

study. The first one is intended to describe level of understanding by teachers

about the teaching composition and its rationale. Secondly, this research is

about to explain how the teaching composition teachers in the classroom and

why they do that. The last area is to explain how teacher implement their

assessment in the classroom. The researcher uses this case study namely a

Page 8: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

viii

case of multiple locations. This data was collected through observation and

video recording, semi-formal interviews and analysis of relevant documents.

The data were analyzed using inductive to enable researchers to understand

these phenomena as an overall view. The data analysis was also done by

using triangulation techniques; mainly the three methods which is the

observation and video recording, semi-formal interviews and document

analysis. A total of five person consisting of the best teachers were selected

as study participants.

The result shows that level of understanding form the best teachers on

teaching composition are equivalent to the guidelines which is in Malay

Language Secondary School’s Curriculum and School-based National

Education Philosophy. Starting from the composition form that were been

taught by them must have to includes the introduction, the body or contents,

and the closure paragraph, until the right way on how to organize paragraphs,

the total contents and number of words which is to submit into examination

requirements. This understanding is held as a basic to realize the

characteristics of excellent essays that meet the general essay scoring criteria

outlined by the Malaysian Examination Board. The rationale given in the end

is to meet demands of the examination.

Oral presentation of the teaching composition from the best teachers are also

characterized by significant conventional teaching. This presentation is

Page 9: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

ix

teacher - centered, material - centered and discipline – centered. Pupils can

only act on instructions or assignments in the form of inquiry and individual

task. Teaching lesson is supposedly has a clear teaching objectives and based

on knowledge, routine planning and controlling the environment. Next, the

stimulus from the text had been also prepared in advance by the teachers.

Teachers are require to produce more option answers to each questions. They

should also provide one question which need a longer answer. Recently,

computers technology is used to inform the students rather than to use it as an

application. At the same time, students’ movement are very limited because

of the arrangement of chairs and physical equipment during the P & P are

too strict. The rationale that is given out to the participants on the findings of

the study refers to the size and number of students in a classroom setting,

time and classroom management, as well as GGC pressure. All these

rationale are to realize the expectations of school administrators, parents and

the community on a claim of public examinations.

Essay assessment of pupils in the classroom is done in several ways, namely :

(i) based on characteristics of the essay that meet requirement of public

examination scores; (ii) based on objectives of the education whether it is

achieved or not achieved; and (iii) based on summative and formative tests.

Besides, clear scoring guidelines is made based on public examinations in

order to make the students become familiar with it. Moreover, Malaysian

Examination Board’s (LPM) scoring criteria for the SPM is used as a

Page 10: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

x

yardstick for each study participant. The relevant of using this criteria is to

assess and determine the standards of achievement for students in writing

skills. Last but not least, oral delivery composition by the teachers who are

teaching in classroom is also seen as an effort to provide students in that

direction. Whether it is directly or indirectly, the delivery would affect the

evaluation, the external characteristics of an excellent essay, good essay,

grading and scoring. This study is recommends to obtain more information

and further studies in particular to identify the needs or other factors that

could be significantly help to improve the writing skills taught in classroom.

Page 11: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

xi

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi pujian tanda kesyukuran saya ke hadrat ALLAH s.w.t di

atas segala rahmat dan limpah kurnia-Nya kerana akhirnya saya dapat menyiapkan

kajian ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih khas saya tujukan

kepada Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan Tesis saya Prof. Madya Dr. Abdul Rasid

Bin Jamian, begitu juga kepada Dr. Roselan Baki dan Dr. Fadzilah Abdul Rahman

yang begitu komited dan professional dengan tanggungjawab mereka. Kewibawaan

mereka bertiga membantu dalam sekecil-kecil permasalahan sehinggalah kepada

terhasilnya kajian ini, datang dalam segala bentuk idea, pandangan, cadangan,

penambahbaikan dan teguran yang sangat membina. Segala ilmu dan tunjuk ajar

yang diberi amat saya hargai. Ucapan terima kasih ini saya iringi dengan doa semoga

Allah memberi ganjaran kebaikan yang berlipat kali ganda, atas kemuliaan golongan

berilmu dengan kemuliaan diri kerana ketinggian akal dan budi mereka.

Ucapan berbanyak terima kasih juga diucapkan kepada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia serta Jabatan

Pelajaran Negeri Melaka yang telah memberikan kebenaran untuk menjalankan

kajian ini di sekolah-sekolah. Sokongan dan dorongan daripada Tuan Pengetua di

sekolah-sekolah yang terpilih, guru-guru cemerlang yang menjadi peserta kajian,

murid-murid serta kaki tangan sekolah yang terlibat, rakan-rakan guru yang banyak

memberikan input pengajaran dan pembelajaran, jasa kalian tidak akan pernah saya

lupakan selagi hayat dikandung badan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga

juga ditujukan kepada semua pensyarah Program Doktor Falsafah, PBMP yang telah

membimbing dan membekalkan pengetahuan yang amat berguna sepanjang

pengajian saya di UPM.

Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua kakitangan

Pusat Pengajian Siswazah UPM, kakitangan di Fakulti Pengajian Pendidikan,

pustakawan di UPM, UM, UKM, UPSI, IPPM, IPG di atas bimbingan semasa

menggunakan sumber-sumber di perpustakaan untuk kegunaan kajian ini.

Akhir kata, tidak lupa setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan

penghargaan yang tidak terhingga ditujukan kepada suami tercinta serta keluarga

tersayang atas kesabaran serta menaruh sepenuh kepercayaan kepada diri ini

sehingga memungkinkan tesis ini berjaya disiapkan sepenuhnya. Dorongan dan kata-

kata semangat serta sikap positif dalam banyak hal menyedarkan saya betapa setiap

kejayaan itu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Semoga kalian juga tidak

akan jemu-jemu menuntut ilmu yang diberkati ALLAH walau dalam apa bidang

sekalipun yang kalian ceburi. Justeru jadikanlah tesis ini sebagai kenang-kenangan

yang abadi.

AMIN.

Page 12: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

xii

Page 13: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

xiii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tarikh : 14 NOVEMBER 2011 ____________________________

ROZITA RADHIAH BT. HJ. SAID

(GS 16703)

Page 14: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

xiv

Tesis ini telah disiapkan bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Doktor

Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Penyeliaan tesis yang telah dilantik adalah seperti berikut:

Penyelia:

Abdul Rasid Bin Jamian, PhD

Profesor Madya

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

(Pengerusi)

Penyelia Bersama:

Roselan Bin Baki, PhD

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

(Ahli)

Fadzilah Binti Abdul Rahman, PhD

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

(Ahli)

Page 15: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

xv

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

DEDIKASI ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

PENGHARGAAN v

PENGESAHAN vi

PENGAKUAN vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL DAN RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB

1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 2

1.2 Kurikulum Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

Di Malaysia 4

1.3 Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dalam

Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) 6

1.4 Pengajaran Penulisan Karangan dalam KBSM 8

1.5 Pendekatan Holistik dalam Pengajaran Bahasa Melayu 10

1.6 Pernyataan Masalah 12

1.7 Objektif Kajian 17

1.8 Persoalan Kajian 18

1.9 Kepentingan Kajian 19

1.10 Batasan Kajian 21

1.11 Definisi Operasional 23

1.11.1 Guru Cemerlang Bahasa Melayu 23

1.11.2 Penyampaian Lisan 24

1.11.3 Permulaan Pengajaran Karangan 25

1.11.4 Penyampaian Isi Pengajaran Karangan 25

1.11.5 Penutupan Pengajaran Karangan 26

1.11.6 Pendekatan Pengajaran Karangan 27

1.11.7 Kaedah Pengajaran Karangan 27

1.11.8 Teknik Pengajaran Karangan 28

1.11.9 Strategi Pengajaran Karangan 29

1.11.10 Pengajaran Karangan 29

1.11.11 Menulis Karangan 30

Page 16: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

xvi

2 SOROTAN LITERATUR

2.0 Pendahuluan 32

2.1 Kajian-kajian tentang Pengajaran Penulisan Karangan 32

2.2 Kemahiran Menulis 42

2.2.1 Penulisan Karangan 43

2.3 Kerangka Teoritikal Kajian 44

2.4 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Karangan 49

2.5 Panduan Mengarang dilihat daripada

Beberapa Sudut Pengkaji Terdahulu 52

2.6 Kesepaduan Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam

Pengajaran Karangan 57

2.7 Kaedah Konvensional dalam Pengajaran Karangan 66

2.8 Kaedah Contohan Model Prosa 69

2.9 Kaedah Konstruktif dalam Pengajaran Karangan 71

2.10 Pendekatan Proses 77

2.11 Pendekatan Koperatif 83

2.12 Guru Cemerlang 86

2.13 Kajian-kajian tentang Guru Cemerlang

dan Pengajaran Berkesan 89

2.14 Model Pengajaran Berkesan di dalam Bilik Darjah 96

2.15 Kerangka Konseptual Kajian 107

2.16 Rumusan 108

3 METODOLOGI

3.0 Pendahuluan 109

3.1 Reka Bentuk Kajian 109

3.1.1 Kajian Kes 109

3.1.2 Rasional Menggunakan Kajian Kes 110

3.1.3 Konteks Kajian dan Lokasi Kajian 111

3.1.4 Peserta Kajian dan Latar belakang 113

3.1.5 Teknik Pengumpulan Data 120

3.2 Teknik Penganalisan Data 122

3.3 Kesahan dan Kebolehpercayaan Maklumat 130

3.4 Prosedur Kajian 137

3.4.1 Data Pemerhatian 140

3.4.2 Data Rakaman Video 140

3.4.3 Data Temu bual 144

3.4.4 Data Dokumen 148

3.5 Rumusan 148

3.6 Kerangka Kajian 149

Page 17: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

xvii

4 DAPATAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan 148

4.1 Kefahaman Guru Cemerlang Terhadap

Pengajaran Karangan 150

4.2 Pelaksanaan Pengajaran Karangan

Guru Cemerlang di dalam Bilik Darjah 171

4.2.1 Permulaan Pengajaran Karangan 172

4.2.2 Perkembangan Pengajaran Karangan 175

4.2.3 Penutupan Pengajaran Karangan 182

4.2.4 Teknik Pengajaran Karangan 188

4.2.5 Pendekatan Pengajaran Karangan 200

4.2.6 Saiz dan Bilangan Murid 203

4.2.7 Penggunaan Media Pengajaran dan Teknologi 211

4.2.8 Pengurusan Bilik Darjah 213

4.3 Pelaksanaan Penilaian Terhadap Pengajaran Karangan 214

4.3.1 Berdasarkan Ciri-ciri Karangan Cemerlang

Dalam Peperiksaan Awam 215

4.3.2 Berdasarkan Objektif Pelajaran 221

4.3.3 Berdasarkan Ujian Formatif 223

4.4 Rumusan 238

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan 240

5.1 Rumusan Kajian 240

5.2 Perbincangan Kajian 245

5.3 Implikasi Kajian 258

5.3.1 Implikasi Kajian ke atas Peranan Guru

Cemerlang Bahasa Melayu di dalam Bilik Darjah 258

5.3.2 Implikasi Kajian ke atas Pengajaran

Karangan di Sekolah 264

5.3.3 Implikasi Kajian ke atas Sikap Guru

Terhadap Perubahan 267

5.3.4 Implikasi Kajian ke atas Pengurusan Bilik Darjah 270

5.3.5 Implikasi Kajian Terhadap Sistem Penilaian 272

5.3.6 Implikasi Kajian ke atas Strategi Peningkatan

Professionalisme Guru Cemerlang 275

5.3.6.1 Peningkatan Profesionalisme Melalui

Latihan Dalam Perkhidmatan 275

5.3.6.2 Amalan Refleksi Kendiri 276

5.3.6.3 Menyediakan Jurnal Pengajaran 277

5.3.6.4 Membuat Kajian Tindakan 278

5.3.6.5 Pembelajaran Sepanjang Hayat 279

Page 18: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

xviii

5.3.6.6 Membudayakan Sistem Pementoran 280

5.4 Cadangan 281

5.4.1 Cadangan kepada Peranan dan

Tanggungjawab Guru Cemerlang

di dalam bilik darjah 281

5.4.2 Cadangan Terhadap Pentadbiran Sekolah 283

5.4.3 Cadangan kepada Sikap Guru Terhadap

Aplikasi TMK dalam P&P Karangan 284

5.4.4 Cadangan terhadap Sistem Penilaian Karangan 285

5.4.5 Cadangan Kajian Lanjutan 286

5.5 Penutup 287

BIBLIOGRAFI 289-301

LAMPIRAN 302

BIODATA PELAJAR 343

Page 19: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

xix

SENARAI RAJAH

RAJAH MUKA SURAT

1 Model Global Linear Perspektif Gaya Pembelajaran 11

2 Kerangka Teoritikal Kajian 48

3 Model Karangan yang Baik 54

4 Proses Penulisan Karangan dan Tahap-tahapnya 56

5 Kesepaduan Pendekatan, Kaedah dan Teknik 60

7 Aplikasi Serentak Pengajaran 62

8 Kaedah Pengajaran Konvensional 67

9 Kaedah Pengajaran Progresif 67

12 Proses Menulis Draf 80

14 Aspects of professional standards (MCEETYA) 95

15 Keberkesanan Amalan Guru dalam Pengajaran 99

16 Model Nilai, Sikap, Prestasi Guru dan Pencapaian Murid 101

17 Sikap, Nilai dan Prestasi Guru : Implikasinya Terhadap

Diri dan Pencapaian Murid 101

18 Tujuh Langkah Asas Perancangan P&P Bilik Darjah 103

19 Model Input-Output Pengajaran Berkesan 106

20 Kerangka Konseptual Kajian 107

30 Kerangka Kajian 149

42 Bilik Darjah PK1 di SM1 205

43 Bilik Darjah PK2 di SM2 205

44 Bilik Tayang PK2 di SM2 206

45 Bilik Darjah PK4 di SM4 206

Page 20: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

xx

46 Bilik Tayang PK4 di SM4 207

47 Bilik Darjah PK5 di SM5 207

Page 21: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

xxi

SENARAI JADUAL

JADUAL MUKA SURAT

6 Ciri-ciri Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran 61

10 Perbandingan Dua Pendekatan dalam P&P Karangan 76

11 Peringkat-peringkat Kegiatan dan Tujuan dalam Proses Penulisan 78

21 Profil Sekolah 112

22 Profil Guru Cemerlang 114

23 Jumlah Murid di dalam Bilik Darjah 115

24 Contoh Penganalisisan Mengikut Kes Menggunakan

Data Triangulasi 124

25 Contoh Penganalisisan Bersilang Kes Menggunakan Data Triangulasi 125

27 Contoh Pengekodan Data Pemerhatian 128

28 Strategi Menentukan Kesahan dan Kebolehpercayaan 136

29 Lawatan Kajian 139

31 Tema Kefahaman Guru Terhadap Pengajaran Karangan 151

32 Cara Pelaksanaan Permulaan Pengajaran Karangan 174

33 Cara Pelaksanaan Perkembangan

Pengajaran Karangan 182

34 Cara Pelaksanaan Penutupan Pengajaran Karangan 187

35 Teknik Mengajar Karangan PK1 189

36 Teknik Mengajar Karangan PK2 190

37 Teknik Mengajar Karangan PK3 191

38 Teknik Mengajar Karangan PK4 192

39 Teknik Mengajar Karangan PK5 193

40 Rumusan Kekerapan Penggunaan Teknik Pengajaran

Karangan dalam Enam Sesi P&P Setiap Peserta Kajian . 194

Page 22: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

xxii

41 Pendekatan Pengajaran Karangan 201

48 Penggunaan Media Pengajaran dan Teknologi

dalam P&P Karangan 212

49 Jadual Penggunaan Perkataan Berkaitan Konsep Karangan

dalam P&P Setiap Peserta Kajian Hasil Data Pemerhatian 228

Page 23: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

xxiii

SENARAI LAMPIRAN

A Rangkaian Audit

B Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia

C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri

D Contoh Surat Akuan Terima Sebagai Peserta Kajian

E Contoh Surat Akuan Semakan dan Pengesahan Transkripsi

F Protokol Pemerhatian di dalam Bilik Darjah

G Protokol Soalan Temu Bual

H Transkripsi Temu bual

I Transkripsi Verbatim Penyampaian Lisan Pengajaran Karangan

di dalam Bilik Darjah

J Contoh Analisa Pola Penyampaian Lisan Karangan PK1

K Analisa Pola Penyampaian Lisan Pengajaran Karangan BM

L Contoh Analisa Transkripsi Temu bual

M Contoh Format Soalan Karangan Bahagian A dan B

N Contoh Kriteria Penskoran Karangan Umum Bahagian A dan B

O Contoh Perincian Pemarkahan Karangan Rangsangan

P Contoh Karangan Murid

Page 24: PENYAMPAIAN LISAN DALAM PENGAJARAN · PDF filePenyampaian lisan pengajaran karangan di dalam ... Falsafah mengikut kelulusan Senat Universiti Putra Malaysia. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

xxiv

SENARAI SINGKATAN

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

PK1-PK5 Peserta Kajian 1 – Peserta Kajian 5

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

P&P1/b34-40 Peserta Kajian 1/ Pengajaran dan Pembelajaran 1/

baris 34-40

PK2/TB2/b4-6 Peserta Kajian 2/ Temu bual 2/ baris 4 hingga 6

SM Sekolah Menengah

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi

ABM Alat Bantu Mengajar

BBM Bahan Bantu Mengajar

BRM Buku Rekod Mengajar

SKPM Suruhanjaya Kualiti Pendidikan Malaysia

EPRD Education, Planning, Research and Development

BPG Bahagian Pendidikan Guru

BPPDP Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelidikan Pendidikan

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KLSM Kurikulum Lama Sekolah Menengah

KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah